| /// |
|
| Search : Abu Bakar News | Page 1 |
|
PKR Bera buat laporan polis isu kenyataan Nik Zawawi - Mygazette - 15/05 7:48 am Ujarnya, laporan polis tersebut dibuat bagi memastikan perkara itu disiasat secara telus dan tindakan sewajarnya dapat diambil sekiranya terdapat asas di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. Terdahulu, tular petikan ucapan Nik Muhammad Zawawi yang menceritakan perihal kehidupan Sayidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali Abi Talib sebelum memeluk Islam |
|
Policeman dies after collapsing during drill at Sepang IPD - Sinardaily - 14/05 9:08 am SEPANG A policeman dies after collapsing during a marching drill at the Sepang district police headquarters (IPD) here yesterday.Corporal Khairil Idzhar Rodzi, 36, who was attached to the Dato Abu Bakar Baginda Police Station, was pronounced dead at the IPD, while the cause of death had yet to be determined.Selangor police chief Datuk Shazeli Kahar and Selangor Police Family Association (Perkep) chairperson Datin Rozana Kasbon conveyed their condolences to the family following Khairils passing.He passed away at the age of 36 after serving in the police force for 17 years.The death of Corporal Khairil Idzhar is a significant loss to the Selangor police contingent |
|
Anggota polis meninggal dunia selepas jalani aktiviti berkawad Anggota .. - Mygazette - 14/05 8:36 am # Anggota polis meninggal dunia selepas jalani aktiviti berkawad SEPANG - Seorang anggota polis meninggal dunia dipercayai selepas menjalani aktiviti berkawad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini semalam. Koperal Khairil Idzhar Rodzi, 36, yang bertugas di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda disahkan meninggal dunia di IPD berkenaan, namun punca kematian belum disahkan |
|
Anggota polis meninggal dunia selepas jalani aktiviti berkawad - Sinarharian - 14/05 8:12 am SEPANG - Seorang anggota polis meninggal dunia dipercayai selepas menjalani aktiviti berkawad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepangdi sini pada Rabu.Koperal Khairil Idzhar Rodzi, 36, yang bertugas di Balai Polis Dato' Abu Bakar Baginda disahkan meninggal dunia di IPD berkenaan, namun punca kematian belum disahkan.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Selangor, Datin Rozana Kasbonmenzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Khairil Idzhar."Allahyarham meninggal dunia pada usia 36 tahun dan telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia selama 17 tahun."Pemergian Allahyarham Kpl 171014 Khairil Idzhar merupakan satu kehilangan besar buat Warga Polis Kontinjen Selangor, salam takziah," katanya menerusi kenyataan dalamFacebook rasmi Polis Selangor.Media melaporkan Allahyarham rebah semasa menjalani aktiviti kawad dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatanKementerian Kesihatan (KKM) yang menjalankan pemeriksaan ke atas dirinya di IPD Sepang.Sehingga kini, IPD Sepang belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung punca kematian anggota berkenaan |
|
Pemuda AMANAH buat laporan polis isu fakwaan hina sahabat nabi - Harapandaily - 14/05 2:29 am KUALA LUMPUR, 13 Mei 2026 Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) tampil membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin PAS susulan kenyataan yang didakwa menghina dua sahabat utama Nabi Muhammad SAW. Pengarah Mobilisasi Pemuda AMANAH, Ramadhan Lotphi berkata, kenyataan yang dikaitkan dengan seorang ulama PAS itu dilihat jelas memperlekehkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar.. |
|
Jangan biar Sultan Selangor diasak kumpulan cauvinis hingga ke .. - Mygazette - 13/05 10:15 pm # Jangan biar Sultan Selangor diasak kumpulan cauvinis hingga ke dinding - Hishammudin SHAH ALAM Rakyat Selangor perlu menunjukkan solidariti dan taat setia kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan dakwaan wujud pihak tertentu cuba mengganggu-gugat institusi diraja di negeri itu. Naib Pengerusi Pertubuhan Ummah Prihatin Malaysia (UMMAH), Hishammudin Abu Bakar berkata, rakyat tidak seharusnya berdiam diri apabila kedudukan agama Islam dan institusi raja-raja Melayu terus dicabar |
|
Azam Baki berjaya lonjak SPRM jadi badan penguat kuasa unggul –... - Mygazette - 13/05 10:15 pm # Azam Baki berjaya lonjak SPRM jadi badan penguat kuasa unggul - KSN KUALA LUMPUR Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memuji kejayaan Tan Sri Azam Baki yang disifatkan berjaya melonjakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebuah badan penguat kuasa unggul sepanjang menerajui agensi itu |
|
Nik Zawawi mohon maaf isu ceramah kontroversi sahabat Nabi - Mygazette - 13/05 10:15 pm Nik Muhammad Zawawi turut berharap Allah SWT mengampunkan segala kekhilafannya serta menerima usaha semua pihak dalam menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kebijaksanaan. Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib yang mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam |
|
KP SPRM baharu tekad perkukuh integriti, banteras rasuah - Mygazette - 13/05 10:15 pm Dalam menghadapi kekangan pegawai siasatan, beliau turut menyarankan agar pengisian dalaman diperkasakan selain menekankan kepentingan pendidikan masyarakat berkaitan pencegahan rasuah diteruskan tanpa henti. Sementara itu, dalam satu majlis berasingan yang diadakan di Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Bangunan Perdana Putra di sini semalam, Abd Halim menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM daripada Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar |
|
'Perlu ada adab dalam berhujah elak kekeliruan' - Sinarharian - 13/05 7:27 pm SEREMBAN - Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa menyentuh isu akidah dan kedudukan sahabat Nabi tanpa sandaran hujah yang sahih boleh disifatkan sebagai serius.Ketua Penerangan Briged Negaraku Malaysia, Ross Razeq Rosli berkata, sebarang kenyataan berkaitan agama Islam perlu berlandaskan ilmu, dalil yang jelas daripada al-Quran dan hadis."Perlu ada adab dalam berhujah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam serta menjaga keharmonian masyarakat."Perkara melibatkan agama bukan ruang untuk kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham, apatah lagi jika ia menyentuh sahabat Nabi, ia perlu dijelaskan dengan hujah yang tepat dan bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib yang mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.Antara lain setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang "bapa ceti" yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah.Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.Dalam pada itu, Ross Razeq turut menegaskan bahawa kenyataan yang berpotensi mengganggu ketenteraman awam atau mencetuskan perpecahan boleh tertakluk kepada peruntukan undang-undang negara.Jelasnya, antara yang berkaitan ialah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menghina atau melukakan perasaan agama dengan niat, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali."Selain itu, Seksyen 298A Kanun Keseksaan turut memperuntukkan kesalahan bagi mana-mana perbuatan atau kenyataan yang menyebabkan atau cuba menyebabkan perpecahan, kebencian atau ketidakharmonian atas dasar agama, yang boleh membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun."Selain itu Seksyen 505 Kanun Keseksaan, yang berkaitan kenyataan-kenyataan yang boleh menyebabkan kegusaran awam atau mengganggu ketenteraman masyarakat," katanya.Justeru, beliau menyeru semua pihak khususnya pemimpin politik, agar lebihberhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan agama demi menjaga perpaduan, keharmonian serta kestabilan negara. |
|
Anggota polis meninggal dunia selepas berkawad - Sinarharian - 13/05 7:18 pm SEPANG - Seorang anggota polis disahkan meninggal dunia selepas menjalani aktiviti berkawad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini pada Rabu.Anggota terbabit, Koperal Khairil Idzhar Rodzi, 36, yang bertugas di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda, dilaporkan rebah semasa menjalani aktiviti kawad.Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjalankan pemeriksaan ke atas dirinya di IPD Sepang.Berdasarkan maklumat awal, punca kematian masih belum dapat dipastikan.Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, dan isteri yang juga Pengerusi PERKEP Selangor, menzahirkan ucapan takziah ke atas pemergian Allahyarham Khairil menerusi akaun Facebook rasmi Polis Selangor."Allahyarham dilaporkan telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 17 tahun dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada Polis Kontinjen Selangor," katanya. |
|
Polis tunggu maklumat lanjut isu kenyataan Nik Zawawi - KPN - Sinarharian - 13/05 5:27 pm KUALA LUMPUR - Polis masih menunggu maklumat lanjut berhubung kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh didakwa menghina sahabat nabi dalam program ceramah politik di Terengganu pada minggu lalu.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya telah mengambil perhatian terhadap perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan."Perkara itu masih dalam perhatian dan tindakan kita. Sebarang maklumat (isu tersebut) kita masih lagi menunggu daripada pihak berkaitan," katanya.Beliau berkata demikian secara ringkas dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutupan PDRM Special Dialogue V 2026 di sini pada Rabu.Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi yang mengeluarkan kenyataan menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.Kenyataan itu dipercayai disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu pada hujung minggu lalu.Sementara itu, Nik Muhammad Zawawi pada Rabu tampil memohon maaf dan mengakui bahawa beliau kurang cermat dalam mengolah serta menyampaikan maklumat ketika itu. |
|
Abd Halim mula tugas KP SPRM secara rasmi - Sinarharian - 13/05 3:01 pm PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Abd Halim Aman memulakan tugas secara rasmi pada Rabu.Beliau menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menamatkan perkhidmatan selepas 42 tahun berkhidmat dalam SPRM pada Selasa.Abd Halim dilantik menggantikan Azam menerusi surat pelantikan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar pada 25 April lalu.Menurut kenyataan SPRM, Abd Halim dilantik bagi tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa mulai 13 Mei 2026 hingga 12 Mei 2028.SPRM turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada beliau dalam menerajui usaha memperkukuh integriti, tadbir urus serta agenda pembanterasan rasuah negara.Abd Halim dilahirkan pada 10 Mac 1957 di Kampung Alai, Melaka dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada 1982 sebelum menamatkan Ijazah Sarjana Undang-Undang di University of Hull pada 1996.Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada 1982 serta berkhidmat dalam pelbagai jawatan selama 22 tahun, termasuk sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, majistret di Kluang dan Muar, Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Melaka serta Hakim Mahkamah Sesyen di beberapa lokasi termasuk Tawau, Sandakan, Kuala Lumpur, George Town dan Ampang.Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Peguam Negara, selain menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Timbalan Pendakwa Raya serta Ketua Bahagian Penyelidikan di Pejabat Ketua Hakim Negara.Pada 2005, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Temerloh sebelum dipindahkan ke Kuantan pada 2006 |
|
Halim begins duties as new MACC chief - FMT - 13/05 2:42 pm Chief secretary Shamsul Azri Abu Bakar says Abd Halim Amans legal experience will strengthen MACCs role and standing. |
|
Nik Zawawi mohon maaf, akui kurang cermat - Sinarharian - 13/05 2:16 pm KOTA BHARU Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memohon maaf susulan kontroversi membabitkan pengucapannya yang tular.Beliau mengakui kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan berkenaan.Menurutnya, beliau menghargai segala teguran, nasihat dan pandangan yang diberikan oleh para tuan guru, asatizah, sahabat serta masyarakat berhubung isu tersebut."Saya mengakui bahawa saya kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut."Justeru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Kontroversi sebelum ini tercetus selepas tersebar sedutan ucapan bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat itu dalam satu ceramah yang dianggap menghina sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, Terengganu pada hujung minggu lalu.Susulan itu, Dewan Ulamak Pas Pusat menegur Nik Muhammad Zawawi dan mengakui ada beberapa kesilapan fakta dalam ceramah berkenaan.Nik Muhammad Zawawi berkata, kenyataan yang dibuat sebelum ini sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan ALLAH SWT.Jelasnya, tujuan asal kenyataan itu hanyalah untuk menjelaskan mengenai kehebatan risalah Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW dalam mengubah sosio budaya masyarakat jahiliah kepada kehidupan yang lebih mulia dan berperadaban.Dalam pada itu, beliau turut mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu berkenaan dan menegaskan itu adalah kekhilafan peribadi yang tidak berkaitan dengan pendirian Pas atau kepimpinannya."Semoga ALLAH SWT mengampunkan segala kekhilafan saya dan menerima segala usaha kita semua dalam menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kebijaksanaan," katanya. |
|
Dewan Ulamak Pas akui terdapat kenyataan tidak tepat dalam ceramah Nik Zawawi - Sinarharian - 13/05 11:46 am SHAH ALAM - Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) mengakui terdapat beberapa kenyataan yang tidak tepat dari sudut fakta sejarah berkaitan latar kehidupan para sahabat Rasulullah dalam ceramah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.Ketua Penerangan DUPP, Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, kenyataan itu khususnya melibatkan Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA dan Saidina Uthman RA sebelum Islam.Menurutnya, para sahabat Rasulullah merupakan generasi terbaik umat Islam yang wajib dimuliakan serta dipelihara kehormatan mereka."Sebarang huraian berkaitan sejarah dan keperibadian mereka, khususnya kehidupan mereka pada zaman jahiliah, hendaklah disampaikan secara tepat, beradab serta berpandukan disiplin ilmu yang sahih."DUPP juga telah menyampaikan teguran serta peringatan secara dalaman kepada Nik Zawawi Salleh agar lebih cermat dan berhati-hati dalam menyampaikan fakta sejarah Islam."Terutama yang melibatkan kedudukan serta kemuliaan para sahabat Rasulullah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi yang mengeluarkan kenyataan menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.Antara lain, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mendakwa Saidina Abu Bakar sebagai seorang "bapa ceti" yang gemar memeras orang miskin semasa berada pada zaman jahiliah.Saidina Umar pula digambarkan sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan, kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu pada hujung minggu lalu.Tambah Mohd Nor, pada masa sama, DUPP menghargai teguran para asatizah dan ilmuwan yang disampaikan secara beradab, ilmiah serta bersandarkan fakta yang sahih."Budaya saling menasihati dalam perkara ilmu perlu terus diperkukuhkan demi memelihara kefahaman Islam yang benar dalam masyarakat."DUPP komited untuk terus memperkemaskan panduan penyampaian dakwah agar setiap penyampaian dibuat dengan lebih teliti, berhikmah serta mematuhi disiplin ilmu dan adab," ujarnya. |
|
Nik Zawawi beri penjelasan, hanya mahu masyarakat faham konteks sejarah - Sinarharian - 13/05 12:23 am SHAH ALAM- Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau menghina, merendah atau mempersendakan wibawa para sahabat Nabi Muhammad SAW dalam ceramahnya baru- baru ini.Nik Muhammad Zawawi berkata, perkara yang disampaikan ketika itu hanya untuk memudahkan masyarakat memahami konteks sejarah.Menurut beliau, misalnya penggunaan istilah 'ceti' itu adalah bertujuan agar masyarakat lebih mudah memahami betapa zalim zaman jahiliyah dan indahnya sistem Islam yang dibawa selepas itu."Apa yang saya maksudkan ialah pada zaman jahiliyah di Mekah, sesiapa sahaja yang bermuamalah dalam masyarakat ketika itu terpaksa akur dan patuh."Ia termasuklah tokoh-tokoh seperti Abu Bakar RA dan Abdul Rahman bin Auf |
|
[VIDEO] Nik Zawawi beri penjelasan isu ceramah kontroversi - Kosmo - 12/05 11:30 pm PETALING JAYA Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memberi penjelasan berhubung ceramahnya yang mencetuskan kontroversi selepas dikatakan mengaitkan Saidina Abu Bakar dengan istilah ceti ketika menyentuh tentang sistem ekonomi masyarakat jahiliah |
|
Pihak berkuasa digesa ambil tindakan, sengaja timbul kebencian terhadap tokoh Islam - Sinarharian - 12/05 10:59 pm SHAH ALAM - Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menggesa pihak berkuasa dan institusi berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan kebencian terhadap tokoh-tokoh Islam termasuk para sahabat Nabi Muhammad SAW.Timbalan Presiden Wadah, Hasri Harun berkata, ini kerana para sahabat adalah generasi terbaik umat Islam yang telah dipilih oleh ALLAH SWT untuk mendampingi, membantu serta menyampaikan risalah Islam yang suci kepada seluruh umat manusia.Menurutnya, kedudukan mereka telah dimuliakan dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW."Oleh itu, Wadah mengecam kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh ceramahnya seolah-olah menghina, merendah atau mempersendakan wibawa para Sahabat Nabi Muhammad SAW."Sebarang usaha untuk mencemarkan nama para Sahabat bukan sahaja bertentangan dengan adab Islam, malah boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam, menggugat keharmonian masyarakat dan menimbulkan kekeliruan atas kewibawaan sahabat Nabi SAW yang telah berjasa dengan agama Islam."Apalah maksud dan tujuan menimbulkan dan membangkitkan sejarah lama para sahabat nabi sebelum Islam walaupun faktanya juga masih diragui," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib yang mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.Antara lain setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang "bapa ceti" yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah.Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.Tambah Hasri, bukankah ALLAH lebih mengetahui akan suasana dan keadaan mereka sehinggakan mereka berjaya bersama-sama Rasulullah SAW membangunkan Islam sehingga dinikmati hingga hari ini.Jelasnya, justeru, Wadah menyeru agar semua pihak harus berhati-hati menyatakan pandangan, khususnya umat Islam di Malaysia."Ia bagi menghormati kedudukan para sahabat Nabi SAW sebagai tokoh agung Islam dan mengelakkan sebarang provokasi, fitnah atau kenyataan tidak berasas terhadap sejarah Islam."Selain itu, sebarang kenyataan perlu merujuk kepada autoriti ilmiah dan ulama muktabar dalam memahami isu-isu berkaitan sejarah Islam serta memelihara perpaduan umat dan mengutamakan adab dalam perbezaan pandangan."Akhirnya, Wadah berharap agar umat Islam kembali kepada nilai ilmu, hikmah dan akhlak mulia dalam menyampaikan pandangan, selaras dengan tuntutan Islam sebagai agama rahmat untuk sekalian alam," ulasnya. |
|
Penceramah bebas tuduhan rogol remaja 14 tahun, keterangan mangsa tak .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm # Penceramah bebas tuduhan rogol remaja 14 tahun, keterangan mangsa tak meyakinkan KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan penceramah Fathi Na'im tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan merogol seorang remaja 14 tahun, lima tahun lalu. Hakim Tasnim Abu Bakar memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh atau nama sebenarnya Muhammad Fathi Naim Mazlam |
|
Perlekeh sahabat Nabi: Nik Zawawi digesa tarik balik ucapan, mohon maaf .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm Sebarang bentuk ucapan yang boleh membawa persepsi penghinaan, merendahkan martabat atau mempermainkan para sahabat Nabi tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila datang daripada seorang tokoh agama dan Ahli Parlimen, katanya dalam kenyataan hari ini. Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Puteh itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup yang keji sebelum memeluk Islam |
|
Khairuddin ???sekolahkan??? Nik Zawawi, tegas fakta sahabat Nabi jangan .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm Tiada pernah diriwayatkan Umar bin al-Khattab berzina zaman Jahiliyyah. Abu Bakar al-Siddiq seorang ahli perniagaan bukannya ceti |
|
Nik Zawawi didesak beri penjelasan, Pas mohon maaf - Sinarharian - 12/05 7:29 pm SHAH ALAM - Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan (BiPPA) mendesak Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh memberikan penjelasan terhadap kenyataan beliau berhubung sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW.Pengerusi BiPPA, Amidi Abdul Manan berkata, jika tiada sebarang penjelasan maka pimpinan tertinggi Pas perlu menyatakan sikap dan pendirian terhadap isu ini.Menurutnya, Pas perlu memohon maaf kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana kenyataan Nik Muhammad Zawawi yang boleh mencemarkan kemurnian Islam."Rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu pernyataan yang terkandung kebohongan terhadap para Ashabi Rasulullah SAW yang dikeluarkan beliau."Tohmahan yang sehingga ini, kita menanti penjelasan setelah lebih 24 jam ia berlegar dalam domain komunikasi awam di Malaysia."Islam di Malaysia ini terancam bukan kerana kepelbagaian agama, kaum dan budaya tetapi, Islam terancam kerana akhlaq buruk seorang yang mengakui dirinya pewaris tugasan para nabi tetapi biadab kepada para sahabat baginda SAW," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib yang mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.Antara lain setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang "bapa ceti" yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah.Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.Tambah Amidi, BiPPA menasihatkan Nik Muhammad Zawawi agar mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang tidak menyebut-nyebut perilaku menyimpang dari norma Islam yang dilakukan oleh para sahabat baginda ketika masih jahiliyah.Jelasnya, jasa para sahabat Rasulullah SAW terlalu besar kepada Islam."Pengorbanan yang terpaksa mereka tempuh, begitu juga penderitaan yang dialami mereka, bukti keyakinan dan keimanan serta kesetiaan terhadap Rasulullah SAW yang tidak pernah disangsikan."Kita faham dan kita yakini betul, kekuatan ajaran al-Quran yang mempunyai kekuatan transformatif terhadap diri dan masyarakat |
|
Nik Zawawi perlu tarik balik ucapan, mohon maaf terbuka - Sinarharian - 12/05 6:46 pm JOHOR BAHRU Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menggesa Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh menarik balik kenyataan serta memohon maaf secara terbuka susulan ucapan yang didakwa menyentuh dan memperlekehkan beberapa sahabat Rasulullah SAW.Menurut Sheikh Umar yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, isu berkenaan perlu dipandang serius kerana melibatkan sensitiviti umat Islam serta kedudukan para sahabat Nabi dalam tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah.Beliau berkata, para sahabat Rasulullah SAW mempunyai kedudukan yang tinggi dan dimuliakan, justeru sebarang perbahasan berkaitan kehidupan mereka perlu dilakukan secara beradab, berhati-hati dan bersandarkan riwayat sahih."Sebarang bentuk ucapan yang boleh membawa persepsi penghinaan, merendahkan martabat atau mempermainkan para sahabat Nabi tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila datang daripada seorang tokoh agama dan Ahli Parlimen," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Seputeh itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup yang keji sebelum memeluk Islam.Antara lain beliau mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang bapa ceti yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah, Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.Sheikh Umar berkata, permohonan maaf terbuka perlu dibuat memandangkan rakaman ucapan berkenaan telah tersebar luas dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.Pada masa sama, beliau turut menggesa pihak berkuasa agama dan pihak berkaitan menjalankan siasatan secara telus serta adil bagi memastikan isu berkaitan kesucian agama tidak dipolitikkan atau dipermainkan oleh mana-mana pihak.Tambah beliau, Islam mengajar umatnya supaya memuliakan para sahabat Rasulullah SAW kerana golongan itu merupakan generasi yang membawa, mempertahankan dan menyebarkan agama Islam sehingga sampai kepada umat hari ini.Katanya lagi, kebebasan berceramah dan berpolitik tidak boleh dijadikan alasan untuk mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti akidah serta adab terhadap tokoh-tokoh agung Islam |
|
Menghina sahabat Nabi Muhammad haram, berdosa besar - Menteri Agama - Sinarharian - 12/05 6:25 pm Mereka generasi terbaik, dipuji ALLAH SWT. Mencaci mereka bererti menghina insan yang menegakkan Islam bersama baginda," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada ucapan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas menyentuh kisah kehidupan Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum memeluk Islam.Isu berkenaan mencetuskan pertikaian di media sosial susulan dakwaan beberapa pihak yang mempersoalkan ketepatan fakta sejarah dalam ucapan beliau.Malah, ramai warga maya menyifatkan kisah melibatkan para sahabat Rasulullah tidak sepatutnya dijadikan bahan ceramah politik atau dihuraikan tanpa rujukan yang jelas.Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil menekankan kepentingan menjaga adab dan bahasa ketika berbicara.Ujarnya, perkara tersebut merupakan sesuatu yang telah disepakati seluruh umat Islam dan tidak seharusnya dijadikan bahan senda atau hinaan."Perlu mempunyai kecermatan dalam penceritaan berkenaan para sahabat kiram (mulia) |
|
Jangan heret nama sahabat Nabi untuk retorik politik Wanita AMANAH - Wrlr - 12/05 5:47 pm Harapandaily May 12, 2026 Wanita AMANAH mengingatkan mana-mana pihak termasuk pemimpin politik dan agamawan supaya tidak menggunakan naratif sensasi berkaitan para sahabat Rasulullah SAW sehingga boleh mencetuskan salah faham terhadap Islam. Ketua Wanita AMANAH, Aiman Athirah Al Jundi berkata pihaknya memandang serius penyebaran kenyataan dan bahan visual yang menggunakan ungkapan disifatkan tidak beradab ketika merujuk kepada sahabat Nabi khususnya Abu Bakar As-Siddiq dan Umar ibn al-Khattab |
|
Fakta Sahabat Nabi Jangan Diputar Belit, Khairuddin Tegur Nik Zawawi - Wrlr - 12/05 5:42 pm Tiada pernah diriwayatkan Umar bin al-Khattab berzina zaman Jahiliyyah. Abu Bakar al-Siddiq seorang ahli perniagaan bukannya ceti |
|
Pemuda Pas Selangor tegur tokoh ulama pusat sabit hina sahabat - Wrlr - 12/05 5:35 pm Salah tetap salah, YB Dr Nik Zawawi perlu bertaubat dan betulkan kenyataan, katanya lagi. Sejak semalam, tular beberapa video memaparkan ceramah Nik Zawawi yang didakwa menyentuh sejarah hidup empat sahabat utama Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Affan dan Ali Abi Talib sebelum mereka memeluk Islam |
|
Peguam Syarie ccadang Kelantan dakwa Nik Zawawi di Mahkamah Syariah - Wrlr - 12/05 5:32 pm Dalam satu ceramahnya baru-baru ini, selain menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Majlis Syura Ulama itu membawa satu naratif yang sangat mengejutkan apabila menggambarkan beberapa sahabat besar Nabi Muhammad SAW secara amat buruk dalam ceramahnya. Beliau mendakwa Saidina Abu Bakar seorang bapak ceti yang kaya kerana memeras orang miskin pada zaman jahiliah |
|
Bi Ka Lila Man amang seksual kanak-kanak dijel dua tahun, satu sebatan - Sinarharian - 12/05 5:04 pm KUALA LUMPUR Seorang pengawal keselamatan dari Nepal dihukum penjara selama dua tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, bulan lalu.Bi Ka Lila Man, 42, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca dalam bahasa Nepal di hadapan Hakim, Tasnim Abu Bakar.Mahkamah memerintahkan bapa kepada dua anak itu dipenjara serta-merta selain menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan dan dikenakan pengawasan polis selama setahun selepas dibebaskan.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun empat bulan di sebuah kedai di Bukit Bintang di sini, antara jam 12.32 pagi hingga 12.33 pagi pada 25 April lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.Mengikut fakta kes, ibu mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian selepas anaknya memaklumkan telah disentuh oleh tertuduh ketika berada di premis berkenaan.Wanita itu kemudian pergi ke kedai terbabit untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mendapati tertuduh yang bertugas sebagai pengawal keselamatan memegang bahagian punggung mangsa tanpa kerelaannya.Rakaman CCTV itu turut menunjukkan tertuduh memberi isyarat tangan seolah-olah berpuas hati selepas melakukan perbuatan berkenaan.Semasa prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman minimum atas alasan perlu menanggung dua anak serta ibu bapanya yang sudah tua di negara asal."Saya ada sepasang anak dan perlu menanggung ibu bapa yang sudah tua di negara asal," katanya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Pervinah Mohamad Yusof memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira mangsa merupakan seorang kanak-kanak.Menurutnya, hukuman itu penting bagi memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama pada masa depan selain meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab melindungi kanak-kanak."Pendekatan ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada hukuman tetapi juga usaha rehabilitasi supaya tertuduh memahami kesan tindakannya terhadap mangsa," katanya |
|
Independent preacher freed on rape charge involving teenager - Sinardaily - 12/05 2:12 pm KUALA LUMPUR - Independent preacher Muhammad Fathi Naim Mazlam was acquitted and discharged by the Sessions Court here today on a charge of raping a 14-year-old girl five years ago.Judge Tasnim Abu Bakar ruled that the prosecution failed to establish a prima facie case against the 34-year-old, better known as Fathi Naim, at the close of the prosecutions case.The judge said the testimony of the victim, the third prosecution witness (SP3), could not be regarded as credible after impeachment proceedings revealed material discrepancies between her testimony in this trial and a separate case at the Klang Sessions Court."This court finds that the explanatory evidence revealed during the impeachment proceedings rendered the witnesss testimony unreliable and incapable of being categorised as credible evidence."As such, the prosecution failed to establish a prima facie case against the accused on the amended charge |
|
Fathi Naim Dilepas Dan Dibebaskan Atas Satu Pertuduhan Rog*l Remaja 14 Tahun - Beautifulnara - 12/05 12:36 am Penceramah bebas, Fathi Naim dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas satu pertuduhan seksual melibatkan seorang remaja berusia 14 tahun di sebuah hotel lima tahun lalu. Keputusan itu dibuat Hakim Tasnim Abu Bakar terhadap Fathi Naim atau nama sebenarnya Muhammad Fathi Naim Mazlam, 34, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie […] The post Fathi Naim Dilepas Dan Dibebaskan Atas Satu Pertuduhan Rog*l Remaja 14 Tahun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi . |
|
Seorang maut, 11 selamat dalam kebakaran rumah kedai - Sinarharian - 12/05 9:19 am KUALA LUMPUR Seorang lelaki warga asing ditemukan maut manakala 11 lagi berjaya diselamatkan dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Tun H S Lee, di sini pada Selasa.Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.13 pagi.Seramai 45 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dengan bantuan BBP Titiwangsa, BBP Pudu, BBP Sentul dan BBP Sri Hartamas bergegas ke lokasi kejadian.Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba 1 Azrul Khairi Abu Bakar berkata, sebaik tiba di lokasi pada jam 2.25 pagi, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan rumah kedai tiga tingkat."Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 12 mangsa warga asing terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita."Bagaimanapun, seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, empat lelaki dewasa berjaya diselamatkan di tingkat dua manakala dua lelaki dan seorang wanita yang berada di bahagian bumbung bangunan dibawa turun menggunakan tangga bomba."Kebakaran melibatkan tingkat bawah dan tingkat satu bangunan yang terbakar kira-kira 50 peratus," katanya.Menurutnya, kesemua mangsa yang terselamat dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut."Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.10 pagi, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. |
|
Hantavirus tidak mudah merebak seperti Covid-19 - Sinarharian - 12/05 9:00 am PUTRAJAYA Langkah pencegahan khas tidak perlu diaktifkan di dalam negara kerana risiko jangkitan hantavirus ketika ini masih terkawal dan tidak mudah merebak seperti Covid- 19.Pakar virologi, Professor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, langkah pencegahan buat masa ini hanya melibatkan individu yang mempunyai pendedahan langsung kepada mereka yang dikenal pasti berada di dalam kapal MV Hondius bersama pesakit dijangkiti atau individu bergejala yang mempunyai kaitan dengan kapal itu."Tiada keperluan bagi mereka yang lain termasuk masyarakat umum mengambil langkah pencegahan bagi jangkitan ini," katanya pada Isnin.Menurutnya, individu yang pulang dari negara endemik bagaimanapun disaran segera mendapatkan rawatan di hospital sekiranya mengalami gejala seperti jangkitan saluran pernafasan atau selesema.Katanya, sejarah perjalanan juga perlu dimaklumkan kepada doktor bagi memudahkan proses pengesanan awal jangkitan.Sebelum ini, Kapal MV Hondius yang membawa 150 penumpang dan kru pelbagai negara, berlabuh di Kepulauan Canary pada Ahad selepas wabak hantavirus tercetus.Operasi pemindahan besar-besaran dilakukan pihak Sepanyol dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga penumpang dilaporkan maut akibat wabak tersebut, yang dikaitkan dengan strain Andes, satu jenis hantavirus jarang berlaku tetapi boleh membawa maut dan berpotensi menular antara manusia dalam kes tertentu.Selain Perancis, puluhan penumpang lain turut dipulangkan ke negara masing-masing termasuk Sepanyol, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Belanda dengan kebanyakan mereka menjalani kuarantin serta pemantauan kesihatan rapi.Sementara itu, mengulas tahap bahaya virus itu, Sazaly berkata, secara amnya hantavirus tidak mudah ditularkan seperti virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19.Namun jelas beliau, jangkitan itu perlu dikenal pasti lebih awal bagi mengelakkan komplikasi lebih serius kepada pesakit."Jangkitan ini amat perlu dikesan awal dan pesakit menerima rawatan segera bagi mengelakkan komplikasi yang boleh menyebabkan gejala jangkitan lebih teruk termasuk kematian," katanya.Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, Malaysia berada dalam keadaan siap siaga menghadapi ancaman hantavirus termasuk memperkukuh kawalan di pintu masuk negara. |
|
Isu kesesakan laluan lori ke Singapura di KSAB: Serah kepada KDN,... - Mygazette - 12/05 7:40 am # Isu kesesakan laluan lori ke Singapura di KSAB: Serah kepada KDN, kata Anthony Loke JOHOR BAHRU - Masalah kesesakan laluan lori ke Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Tanjung Kupang, Iskandar Puteri, di sini akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) |
|
Sabah youths assured of initiatives out to harness potential from talents, interests - BorneoPost - 11/05 9:10 pm KUALA LUMPUR (May 11): The Sabah government is planning various initiatives for youths in the state, including the establishment of a special unit to drive the growth of the creative economy. In stating this, Minister of Youth Development, Sports Advancement and Creative Economy Datuk Nizam Abu Bakar Titingan said such effort meant to create more [...] The post Sabah youths assured of initiatives out to harness potential from talents, interests appeared first on Borneo Post Online . |
|
Second Link congestion to be raised with home ministry - FMT - 11/05 8:19 pm Transport minister Loke Siew Fook says the Sultan Abu Bakar Complex is under the jurisdiction of the home ministry's Border Control and Protection Agency. |
|
Institusi Diraja diperlekeh: Mana suara Umno-PH? - Harakahdaily - 11/05 3:53 pm KUANTAN: Dewan Pemuda PAS Pahang menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan isu peruntukan dan hasil negeri sebagai kurang cermat serta tidak wajar. Ketua Penerangannya, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, titah Tengku Mahkota Pahang dibuat atas asas […] The post Institusi Diraja diperlekeh: Mana suara Umno-PH? appeared first on Harakahdaily . |
|
Filem Konspirasi angkat penguatkuasaan rasuah - SPRM - Sinarharian - 11/05 12:15 am PUTRAJAYA Tayangan khas berjudul Konspirasi menjadi platform kreatif dalam memperkukuh mesej antirasuah kepada masyarakat menerusi penghasilan filem aksi tempatan yang mengangkat tema penguatkuasaan rasuah secara realistik, dramatik dan berimpak tinggi.Filem yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh negara bermula 21 Mei ini turut mengetengahkan isu kebocoran maklumat siasatan membabitkan pendedahan data sulit, rahsia dan maklumat siasatan secara tidak sah kepada pihak yang tidak dibenarkan.Ini sekali gus memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya pengkhianatan amanah terhadap keselamatan negara serta integriti institusi penguatkuasaan.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, filem itu diyakini mampu meningkatkan kefahaman dan keyakinan masyarakat terhadap peranan SPRM yang bukan sahaja tertumpu kepada aspek penguatkuasaan, malah merangkumi usaha pencegahan serta pendidikan antirasuah kepada rakyat."Masyarakat sebelum ini mungkin hanya mengenali gerak kerja SPRM menerusi laporan berita dan paparan media, namun filem Konspirasi memberi gambaran lebih dekat mengenai liku perjuangan, ancaman, tekanan serta keteguhan prinsip pegawai SPRM dalam melaksanakan amanah demi kepentingan negara."Filem ini memberi gambaran jelas mengenai cabaran sebenar yang dihadapi pegawai penguat kuasa dalam menjalankan tanggungjawab mereka," katanya ketika menghadiri tayangan khas filem itu di sini pada Ahad.Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman serta Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Junipah Wandi.Sementara itu, pengarah filem Konspirasi, Ghaz Abu Bakar berkata, filem itu diluluskan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tanpa sebarang potongan jalan cerita hingga penghujung filem.Jelasnya, Konspirasi bukan sekadar sebuah karya hiburan, sebaliknya membawa mesej dan nilai yang baik kepada masyarakat dalam memahami peranan serta tanggungjawab sebenar SPRM."Filem ini menjadi medium untuk mengetengahkan SPRM kepada masyarakat daripada sudut yang lebih dekat dan berbeza," katanya.Filem Konspirasi menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Datuk Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shidin Kamal, Che Puan Sarimah Ibrahim, Amir Nafis dan Esma Daniel. |
|
Transformasi Digital, AI Mesti Sampai Ke Akar Umbi PM Anwar - Wrlr - 9/05 10:16 pm Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan. Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Mohammad Mohamarin |
|
Anwar mahu transformasi digital, AI sampai ke akar umbi - Sinarharian - 9/05 3:39 pm KUDAT - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dasar transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI) negara tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur, universiti utama atau institusi penyelidikan, sebaliknya dapat dinikmati rakyat di peringkat akar umbi.Beliau berkata, dasar teknologi baharu itu perlu diperluas ke setiap kawasan serta daerah bagi memastikan keadilan kepada semua rakyat, khususnya golongan miskin serta masyarakat di kawasan pedalaman, pulau dan desa."Bila kita jadikan ini dasar negara, dua tahun setengah yang lepas, kebimbangan saya ialah dasar itu tinggal (tertumpu) di Kuala Lumpur, di universiti-universiti utama, badan-badan penyelidikan penting, tetapi tak sampai ke akar umbi."Jadi berlaku kesenjangan antara golongan terdidik, golongan kaya bandar, dengan golongan miskin terutama di pedalaman desa, pulau, bukit dan gunung di seluruh Sabah ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi di sini hari ini.Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan.Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Mohammad Mohamarin.Anwar berkata, Kerajaan MADANI akan terus memberi perhatian bagi memastikan pembangunan digital tidak melebarkan jurang antara bandar dan luar bandar, sebaliknya menjadi pemangkin kepada peningkatan ilmu, kemahiran dan peluang baharu rakyat.Menurut Menteri Kewangan itu, kejayaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pulau Banggi di sini yang dinobatkan juara kategori capacity building pada World Summit on the Information Society (WSIS) anjuran International Telecommunication Union di Geneva tahun lepas, membuktikan masyarakat di kawasan pulau terpencil juga mampu cemerlang dalam bidang digital apabila diberi ruang, kemudahan dan sokongan sewajarnya.Beliau berkata, walaupun Pulau Banggi jauh dari pusat bandar dan berdepan pelbagai kekangan kemudahan, kawasan itu tetap berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.Perdana Menteri berkata, kejayaan itu juga menjadi antara faktor beliau mahu turun sendiri ke Pulau Banggi bagi melihat pencapaian masyarakat dan pengurusan NADI di pulau berkenaan."NADI di Pulau Banggi disebut antara NADI yang berjaya di negara kita |
|
Anwar umum peruntukan lebih RM31 juta pacu pembangunan Pulau Banggi - Sinarharian - 9/05 2:42 pm KUDAT - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan khas lebih RM31 juta bagi memacu pembangunan di Pulau Banggi, sekali gus memastikan penduduk di pulau terbesar Malaysia itu tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.Beliau berkata, peruntukan menerusi Kerajaan Persekutuan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri itu merangkumi pembangunan jalan raya, jambatan, kesihatan, pendidikan, keselamatan dan kemudahan jeti.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, projek terbabit meliputi naik taraf jalan dan jambatan di Kampung Limbuak Laut, Kapitangan, Damaran dan Bayangan Laut, selain penambahbaikan Balai Polis Pulau Banggi serta fasiliti kesihatan di Klinik Kesihatan Karakit.Turut disenaraikan projek menaik taraf asrama sekolah di Pulau Banggi dan Pulau Balambangan, pelaksanaan projek berkaitan keselamatan dan pertahanan negara oleh Kementerian Pertahanan serta naik taraf Jeti Awam Karakit kepada terminal feri."Saya mahu Pulau Banggi ini menjadi contoh rakyat rata-rata sedikit miskin atau terpencil tidak terbiar...Kerajaan Madani ini merasa tanggungjawab angkat martabat dan keupayaan tiap rakyat," kata Anwar ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Penduduk Pulau Banggi, di sini hari ini.Hadir sama Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan.Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Mohammad Mohamarin.Mengenai infrastruktur pengangkutan darat pula, Anwar berkata, projek menaik taraf Jalan Kampung Limbuak Laut ke Kampung Pengkalan Darat kini sedang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dengan kos hampir RM44 juta."Projek ini amat penting kerana jalan raya yang baik akan membuka akses ekonomi, pendidikan dan kesihatan kepada rakyat di kawasan pedalaman pulau ini," kata beliau.Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan tambahan kerajaan berjumlah RM1.25 juta yang akan diselaraskan oleh agensi-agensi di bawah Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).Anwar berkata, dana tersebut akan memberi manfaat kepada penduduk menerusi pelaksanaan program pendidikan, pengupayaan institusi, teknologi hijau, kesihatan dan pembangunan insan.Beliau berkata, bagi memperkukuh jaringan keselamatan serta kemudahan harian di kawasan pesisir, kerajaan turut meluluskan peruntukan RM1 juta bagi menaik taraf jeti di Kampung Dogoton untuk kegunaan penduduk dan agensi penguat kuasa."Kerajaan juga bersetuju untuk menaik taraf jeti di Kampung Dogoton bagi kegunaan penduduk kampung dan agensi-agensi penguat kuasa berjumlah RM1 juta, iaitu kerja-kerja ini akan dilaksanakan oleh ICU Jabatan Perdana Menteri," katanya.Beliau menegaskan, kedudukan geografi pulau yang jauh bukan alasan untuk komuniti di kawasan itu terus ketinggalan, sebaliknya Kerajaan Madani memikul tanggungjawab besar membela nasib seluruh rakyat tanpa mengira lokasi penempatan mereka."Usaha berterusan akan sentiasa digerakkan bagi menjamin setiap rakyat berpeluang menikmati taraf hidup yang lebih baik berbanding sebelumnya," kata beliau |
|
Titah Sultan Selangor bukan campur tangan bercanggah prinsip Raja .. - Mygazette - 9/05 7:31 am # Titah Sultan Selangor bukan campur tangan bercanggah prinsip Raja Berperlembagaan - Peguam KUALA LUMPUR Titah serta pendirian Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shahdalam isu ternakan babi tidak boleh disalahertikan sebagai suatu bentuk campur tangan yang bercanggah dengan prinsip Raja Berperlembagaan. Sebaliknya, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Sultan Selangor merupakan Ketua Negeri dan mengetuai struktur pemerintahan Negeri Selangor menurut kerangka Undang-Undang Tubuh Negeri |
|
KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam - Mypress - 8/05 10:00 pm PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam |
|
Six senior civil service appointments unveiled, government says move boosts efficiency and integrity in ministries - Malaymail - 8/05 8:34 pm PUTRAJAYA, May 8 Chief Secretary to the Government (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar today announced six new... |
|
Elak polemik isu babi, hormati titah Sultan Selangor - Pembela - Sinarharian - 8/05 12:37 am SHAH ALAM Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penternakan babi perlu dihormati dan dipatuhi semua pihak demi menjaga kepentingan rakyat serta kestabilan negeri.Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pendirian Sultan Selangor itu mencerminkan kebijaksanaan dan keprihatinan Baginda dalam memastikan kelestarian alam sekitar, keselamatan sumber air serta keharmonian masyarakat terus terpelihara.Menurutnya, titah tersebut juga selaras dengan prinsip pencegahan mudarat yang diiktiraf dalam pelbagai kerangka undang-undang berkaitan alam sekitar, kesihatan awam dan kesejahteraan masyarakat."Risiko pencemaran terhadap sumber air, tanah dan udara bukan sahaja memberi implikasi kepada alam sekitar, malah berpotensi menjejaskan hak dan kepentingan jutaan rakyat yang bergantung kepada bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya."Dalam masa sama, titah Baginda turut mengambil kira aspek kemampanan ekonomi, penggunaan tanah secara optimum serta keseimbangan antara keperluan industri dan kepentingan awam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini Sultan Sharafuddin dilapor kekal dengan pendirian tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di negeri ini sama ada berskala besar mahupun kecil susulan faktor kesesuaian guna tanah serta risiko alam sekitar yang boleh menjejaskan kepentingan awam.Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah baginda itu kekal seperti yang telah ditegaskan menerusi kenyataan media bertarikh 10 Februari lalu berhubung isu penternakan babi di negeri ini.Dalam pada itu Zainul Rijal menegaskan, titah Sultan Selangor tidak boleh disalah tafsir sebagai campur tangan yang bercanggah dengan prinsip Raja Berperlembagaan.Jelas beliau, berdasarkan Bahagian 3 Perkara 50 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, autoriti eksekutif negeri terletak kepada Sultan dan boleh dilaksanakan Baginda atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengikut peruntukan undang-undang."Baginda mempunyai tanggungjawab perlembagaan untuk memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan teratur, stabil dan mengambil kira kepentingan rakyat serta negeri secara keseluruhannya."Sebagai Ketua Negeri, Baginda bukan sahaja simbol perpaduan dan kedaulatan negeri, malah mempunyai peranan penting memastikan dasar dan tindakan kerajaan negeri sentiasa selaras dengan kepentingan awam serta kesejahteraan rakyat."Diharapkan agar semua pihak mengelakkan polemik yang boleh mencetuskan ketegangan atau keresahan awam dan memberikan kerjasama konstruktif demi menjamin kepentingan negeri serta kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya," katanya. |
|
Empayar media masa depan bakal berubah sepenuhnya, kata pengarah urusan FMT - FMT - 8/05 11:22 am Azeem Abu Bakar kata AI mungkin memaksa syarikat media berubah jadi pusat maklumat besar, dibina berasaskan risikan, ekosistem dan kepercayaan. |
|
The next media empire will be unrecognisable, says FMT managing director - FMT - 8/05 10:11 am Azeem Abu Bakar says AI will force media companies to evolve into information powerhouses built on intelligence, ecosystems and trust. |
|
Hasrat jadikan Perlis Dubai Kedua bukan sasar bina pencakar langit, kata MB - FMT - 7/05 4:26 pm Abu Bakar Hamzah berkata titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail baru-baru ini merujuk inisiatif penjenamaan jadikan Perlis hab pemasaran antarabangsa. |
|
Perlis rulers second Dubai remark not about skyscrapers, says MB - FMT - 7/05 3:54 pm Abu Bakar Hamzah says the ruler was talking about positioning Perlis as an international trade hub. |
|
Delegasi Singapura kunjungi Pahang, perkukuh kerjasama strategik - Mygazette - 7/05 8:11 am Barisan degasi daripada Singapura mengadakan kunjungan bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang di Hotel Zenith, hari iniTurut mengiringi beliau ialah Menteri Hal Ehwal Luar dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Zhulkarnain Abdul Rahim; Ahli Parlimen Singapura, Joan Pereira; serta Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon bersama pegawai kanan kerajaan republik itu. Kehadiran delegasi berprofil tinggi itu disambut kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Pahang termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Nazri Abu Bakar; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Fadzilla Salleh; Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi |
|
Kes Lembah Bertam: TNB zahir simpati, komitmen berterusan - Mygazette - 6/05 7:28 am Taksiran ganti rugi dilakukan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 25 Mei 2018 yang membenarkan tuntutan saman penduduk terhadap TNB atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan berlakunya banjir di kawasan berkenaan pada 2013. Hakim Datuk Nordin Hassan (kini hakim Mahkamah Persekutuan) mendapati TNB selaku pemilik dan pengendali Empangan Sultan Abu Bakar (ESAB) bertanggungjawab menyebabkan banjir yang mengakibatkan kemusnahan kepada harta penduduk dan kehilangan nyawa |
|
Mangsa banjir Lembah Bertam dapat ganti rugi RM4.7 juta - Sinarharian - 5/05 8:34 pm KUALA LUMPUR - Selepas 13 tahun berjuang, 100 penduduk Lembah Bertam, Cameron Highlands akhirnya berjaya mendapat ganti rugi berjumlah RM4.7 juta susulan banjir kilat yang menimpa mereka.Peguam, M Manogaran yang mewakili penduduk berkenaan berkata, Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh memberikan ganti rugi khas berjumlah RM912,459.76 bagi semua 100 penduduk selaku plaintif."Mahkamah juga memberikan ganti rugi am sebanyak RM30,000 bagi setiap plaintif dan tambahan RM10,000 bagi 83 plaintif."Mahkamah turut mengenakan faedah sebanyak lima peratus setahun atas jumlah ganti rugi yang dikira daripada 25 Mei 2018 sehingga penyelesaian penuh dibuat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Dalam prosiding untuk keputusan bagi taksiran ganti rugi tersebut penduduk turut diwakili peguam, M Thulsi dan KM Mooresh sementara peguam, Datuk Alvin John hadir bagi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai defendan.Pada 25 Mei 2018, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan tuntutan saman 100 penduduk berkenaan terhadap TNB apabila memutuskan defendan bertanggungjawab menyebabkan banjir kilat di kawasan itu.Hakim, Datuk Nordin Hassan (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) berkata, defendan selaku pemilik dan pengendali Empangan Sultan Abu Bakar (ESAB) bertanggungjawab kerana cuai.Kejadian itu menyebabkan banjir seterusnya mengakibatkan kemusnahan harta penduduk malah kehilangan nyawa.Pada 11 Disember 2018, defendan mengemukakan rayuan supaya Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengetepikan keputusan berkenaan namun ia ditolak.Defendan sekali lagi gagal untuk mendapatkan kebenaran merayu dalam saman itu di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada 12 November 2019.Dalam saman difailkan pada 2 November 2015, penduduk mendakwa defendan telah melepaskan air empangan itu ke Sungai Bertam tanpa memberikan sebarang amaran pada 23 Oktober 2013. |
|
Bekalan minyak dan gas Malaysia masih terjamin – PM - Mygazette - 4/05 10:16 pm "Jadi, dari segi bekalan kita tiada masalah tetapi cabarannya adalah harga yang meningkat di luar kawalan kita, katanya. Anwar berkata demikian ketika berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar |
|
Jemaah berihram tanpa visa pernah diusir, usah ambil mudah peraturan Arab .. - Mygazette - 4/05 10:16 pm # Jemaah berihram tanpa visa pernah diusir, usah ambil mudah peraturan Arab Saudi - Darul Nain JEDDAH - Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak memperlekehkan undang-undang Kerajaan Arab Saudi terutama melibatkan isu pemilikan visa rasmi untuk mengerjakan ibadah haji. Pengarah Operasi Jeddah, Darul Nain Abu Bakar berkata, beliau pernah menyaksikan sekumpulan kira-kira 30 jemaah haji yang ditahan di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz di sini ekoran tidak memiliki visa haji yang sah |
|
PKBM lulus usul tukar nama Velodrom Nasional kepada Velodrom Azizulhasni - Sinarharian - 3/05 3:43 pm Potensi Azizulhasni harus dicerminkan oleh velodrom tersebut"Bagaimanapun menukar nama bukanlah satu keputusan yang kita sebagai persekutuan boleh buat sendiri dan ia mungkin ambil masa satu atau dua tahun," katanya ketika ditemui media hari ini.Amarjit berkata, sekiranya pertukaran nama itu berjaya, Velodrom Azizulhasni di Dungun Terengganu akan ditukar nama bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.Velodrom Nasional yang menelan kos pembinaan RM80 juta dirasmikan lima jaguh berbasikal negara termasuk Azizulhasni pada 2017.Sementara itu pada AGM tersebut, Amarjit berkata, pihaknya kini menuntut janji daripada pihak pembeli tanah Velodrom Cheras untuk membina velodrom baharu seperti dalam perjanjian asal.Beliau berkata, bagaimanapun situasi itu kini agak rumit memandangkan difahamkan pembeli asal tanah berkenaan sudah menjualnya kepada pihak yang lain."Saya harap pemaju atau sesiapa sahaja yang membeli hartanah tersebut menepati janji mereka. Jika kita boleh mendapat velodrom secara "percuma" di ibu negara, ia akan memudahkan lagi ahli gabungan kita di Kuala Lumpur," katanya.Dalam perkembangan lain, pemilihan jawatankuasa PKBM untuk penggal 2026-2030 yang berlangsung hari ini menyaksikan Norazman Abu Samah dipilih sebagai Timbalan Presiden selepas mendapat 44 undi, mengatasi pencabarnya Mohd Saiful Abdul Jalil yang meraih 21 undi.Bagi jawatan Naib Presiden dimenangi Muhammad Firdaus Dawod, M Rezal Abu Bakar, Firdaus Arshad, Mohd Zairi Badderul dan Irawan Sudarsono."Bagi jawatan lain, iaitu setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan penolong bendahari saya akan berbincang lanjut mengenai perkara ini."Saya tidak mahu membuat keputusan yang terburu-buru dan akan berunding dengan rakan-rakan saya |
|
Nat Antarabangsa ANGKASA Perlis kukuh ekonomi koperasi, pelancongan - Sinarharian - 3/05 3:22 pm KANGAR Kerajaan negeri Perlis giat melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkukuh ekonomi negeri termasuk melalui penganjuran program berasaskan komuniti seperti Nat Antarabangsa Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Perlis 2026.Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, pendekatan tersebut selari dengan usaha membangunkan sektor agromakanan moden yang bukan sahaja meningkatkan pengeluaran, malah membuka peluang kepada koperasi dan usahawan memasarkan produk secara terus kepada pengguna.Menurutnya, platform seperti nat antarabangsa membolehkan produk tempatan diketengahkan ke pasaran selain menjadi medan untuk usahawan menguji permintaan, membina jenama serta menjana pendapatan."Perlis sebagai negeri sempadan mempunyai kelebihan dalam memperkukuh perdagangan rentas sempadan Malaysia-Thailand."Penyertaan usahawan dari kedua-dua negara dalam program ini membuktikan potensi Perlis sebagai pintu masuk kepada aktiviti perdagangan serantau yang lebih terancang," katanya pada Ahad.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Wacana Nat Antarabangsa ANGKASA Perlis 2026: Cabaran dan Masa Depan di Dewan JPS di sini.Tambah beliau, kerajaan negeri turut merancang untuk mengaktifkan semula laluan keluar masuk di Kuala Perlis ke Saturn dalam tempoh terdekat bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan pelancongan."Langkah ini dijangka memberi impak positif kepada ekonomi rakyat Perlis serta mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Thailand, khususnya dalam sektor perdagangan dan pelancongan," ujarnya.Sementara itu, seramai 10,000 pengunjung disasarkan memeriahkan NAT Antarabangsa ANGKASA Perlis yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad.Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri Perlis, Dr Ammar Hassan berkata, acara pertama kali itu dianjurkan dengan matlamat memperkukuh jaringan ekonomi koperasi, komuniti dan usahawan tempatan melalui platform jualan, promosi produk serta padanan perniagaan.Menurutnya, program berkenaan menghimpunkan peserta koperasi, usahawan mikro, kecil dan sederhana serta agensi kerajaan dan pemain industri dari dalam dan luar negara."Sebanyak 50 pempamer koperasi mengambil bahagian dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan termasuk makanan dan minuman, barangan keperluan asas, hasil pertanian serta perkhidmatan inovatif."Kepelbagaian penyertaan ini mencerminkan keupayaan gerakan koperasi dalam memenuhi keperluan pasaran semasa, di samping menunjukkan potensi besar sektor ini untuk terus berkembang dalam landskap ekonomi negara," katanya.Tambah beliau, program tersebut turut menyediakan ruang komprehensif kepada koperasi untuk memasarkan produk secara terus kepada pengguna selain membuka peluang jaringan perniagaan bersama rakan strategik. |
|
Jangan tekan Azizulhasni untuk berlumba di LA28 - Khairy - Sinarharian - 3/05 1:59 pm JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak sepatutnya diberi tekanan untuk terus berlumba sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28), kata bekas Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata, perkara berkenaan perlu diserahkan sepenuhnya kepada pelumba berusia 38 tahun itu untuk dibincangkan bersama keluarga."Sebab saya rasa kalau kita bagi tekanan kepada beliau untuk sampai ke LA28, bagi saya tidak adil |
|
UMNO perlu akui kesilapan, tampil idea baharu ??? KJ UMNO perlu akui .. - Mygazette - 3/05 7:33 am KUALA LUMPUR - UMNO perlu mengakui kesilapan lalu serta tampil dengan pendekatan baharu sekiranya mahu mengembalikan keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, usaha lebih besar perlu digerakkan bagi memulihkan sokongan masyarakat yang dilihat masih belum kembali sepenuhnya kepada UMNO |
|
PM seru majikan lebih prihatin, ihsan nasib pekerja - Mygazette - 1/05 3:38 pm Ramanan, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta barisan Kabinet. Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, pegawai kanan kerajaan serta wakil kesatuan pekerja dan majikan.- BERNAMA Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu melibatkan sebuah Proton Saga, Perodua Myvi dan motosikal jenis Yamaha Y16 |
|
UMDAP, sotong, ceplos: KJ tegur budaya label dalam politik - Mygazette - 1/05 3:38 pm # UMDAP, sotong, ceplos: KJ tegur budaya label dalam politik KUALA LUMPUR - Di sebalik tirai politik yang kian memanas, terselit satu realiti pahit tentang bagaimana tutur kata dan label kini menjadi senjata yang menghancurkan ukhwah. Ahli UMNO, Khairi Jamaluddin Abu Bakar secara terbuka menyentuh titik paling sensitif yang kini menghantui landskap politik negara |
|
Laksana enkuiri sambung kembali tali muafakat di Negeri Sembilan - Rais - Sinarharian - 30/04 10:20 pm Kedua, hilangnya penghormatan, kesucian dan kepercayaan justeru bolehlah diadakan pemeriksaan oleh satu pihak yang dipersetujui semua."Tapi jangan ambil tindakan dulu walaupun sekarang Undang Luak Sungei Ujong tak ada tempat dah. Maknanya 'ambil keris terus hunus, ambil pedang terus pancung'," katanya.Pakar pengkaji Adat Perpatih itu berkata demikian ketika podcast Keluar Sekejap episod 196 yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Sufian Hamdan di Youtube pada Khamis.Ditanya lebih lanjut tentang kaedah yang boleh dipertimbangkan dalam menjalin semula muafakat, Rais mencadangkan supaya empat Undang menghantar wakil untuk berbincang dengan wakil Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Jika tidak dibuat sebegitu, kata Rais, nama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan akan cacat dan ia berpotensi menimbulkan konflik lebih parah."(Sebagai contoh), kalau nak tandatangan enakmen, baginda sudah was-was |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |