///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Abang Johari News   Page 1    





Mayat lelaki reput ditemukan di bekas tapak pengumpulan besi buruk di... - Mygazette - 24/11 8:15 am

# Mayat lelaki reput ditemukan di bekas tapak pengumpulan besi buruk di Sibu SIBU - Polis sedang menyiasat penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan reput di kawasan bekas tapak pengumpulan besi buruk di Jalan Bukit Lima di sini petang semalam bagi mengenal pasti identiti dan punca kematiannya





ART dijangka mula beroperasi Januari depan Abang Johari - Astroawani - 23/11 8:17 pm

Sistem pengangkutan awam moden, Autonomous Rapid Transit (ART), dijangka mula beroperasi pada Januari tahun depan, kata Premier SarawakTan Sri Abang Johari Tun Openg.





ART dijangka mula operasi Januari - FMT - 23/11 8:14 pm

Premier Sarawak Abang Johari berkata pembangunan infrastruktur pengangkutan dijangka buka lebih banyak aktiviti ekonomi dan perumahan.





Kuching ART system likely to begin operations in January - FMT - 23/11 7:45 pm

Sarawak premier Abang Johari Openg says it will strengthen the state's public transport network and improve connectivity.





Mayat lelaki reput ditemui di bekas tapak besi buruk - Sinarharian - 23/11 6:40 pm

SIBU - Polis sedang menyiasat penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan reput di kawasan bekas tapak pengumpulan besi buruk di Jalan Bukit Lima di sini petang semalam bagi mengenal pasti identiti dan punca kematiannya.Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada jam 6.25 petang sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian."Pemeriksaan awal mendapati mayat lelaki itu sudah reput





Guan Eng dakwa penafian Kon Yeow bercanggah pekeliling PBAH - Mygazette - 23/11 6:37 pm

# Guan Eng dakwa penafian Kon Yeow bercanggah pekeliling PBAH GEORGE TOWN - Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mendakwa penafian Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berhubung kewajipan pembayaran caj kapasiti RM210 juta setahun kepada Perak bercanggah dengan pekeliling PBA Holdings Bhd (PBAH) kepada pemegang saham bertarikh 27 Oktober lalu





Penyandang DUN Engkilili umum keluar parti, lepas jawatan dalam PDP .. - Mygazette - 23/11 6:37 pm

"Saya membuat keputusan ini atas pertimbangan sendiri setelah meneliti prinsip politik yang saya pegang, aspirasi saya untuk masa depan dan peranan ingin terus saya mainkan dalam politik Sarawak," katanya menerusi video di laman Facebooknyahari ini. Meskipun meninggalkan PDP, Rayong menegaskan beliau kekal bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi menyokong suara negeri, memperjuangkan hak dan memelihara kestabilan politik gabungan berkenaan





Wong Soon Koh keluar PDP, kekal sokong GPS dan Abang Johari - Sinarharian - 23/11 5:45 pm

SIBU - Selepas hampir 35 tahun berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh mengumumkan peletakan jawatannya daripada Parti Demokratik Progresif (PDP), namun menegaskan beliau kekal menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kepimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.Soon Koh, 84, yang juga bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Naib Presiden Kanan PDP berkata, beliau secara rasmi mengemukakan surat peletakan jawatannya semalam, sekali gus melepaskan semua jawatan dan pelantikan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.Beliau turut mengesahkan cucunya, Sean Wong mengambil langkah sama dengan meninggalkan PDP serta melepaskan semua jawatan yang disandang, termasuk pelantikannya sebagai Ahli Majlis Perbandaran Sibu.Soon Koh berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati hala tuju politik PDP ketika ini tidak lagi selaras dengan matlamat dan persefahaman asal yang mendorong beliau menyertai parti berkenaan susulan pembubaran PSB pada 2024."Matlamat asal saya menyertai PDP tidak tercapai





Wong Soon Koh quits PDP, pledges full support for Abang Jo - FMT - 23/11 4:54 pm

The seven-term assemblyman says the party has strayed from the political direction that prompted him to join.





Penantian 9 tahun berakhir, naik taraf Kompleks Sukan Labuan bernilai RM21.45 juta siap - Sinarharian - 23/11 2:59 pm

SETELAH sembilan tahun menunggu, penduduk di pulau bebas cukai ini khususnya para atlet, peminat sukan dan persatuan sukan, akhirnya dapat menikmati kemudahan yang telah dinaik taraf dengan penyerahan rasmi Kompleks Belia dan Sukan Labuan bernilai RM21.45 juta di sini, hari ini.Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, siapnya projek yang telah lama dinanti-nantikan itu merupakan satu pencapaian penting bagi komuniti sukan di pulau tersebut, yang telah mengharapkan kemudahan yang lebih baik sejak projek itu diluluskan pada 2017 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.Beliau mengakui tempoh pelaksanaan yang panjang telah menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan komuniti sukan tempatan serta menekankan kepentingan perancangan projek yang rapi bagi mengelakkan kelewatan serupa pada masa hadapan."Sembilan tahun adalah tempoh yang lama, saya memahami perasaan penduduk Labuan dan saya berterima kasih atas kesabaran mereka."Pengajarannya jelas, skop dan kos projek mesti dirancang dengan teliti sejak awal lagi, supaya orang ramai tidak perlu menanggung penantian yang begitu lama seperti ini lagi," katanya pada majlis penyerahan projek tersebut di sini, hari ini.Mohammed Taufiq berkata projek itu pada asalnya bertujuan untuk membaik pulih kolam renang namun skopnya terpaksa dikaji semula memandangkan dana yang tersedia di bawah siling peruntukan asal tidak mencukupi.Antara 2017 dan 2021, ia melalui beberapa siri semakan yang melibatkan skop, kos dan kelulusan, sebelum komponen kolam renang digugurkan dan fokus projek dialihkan kepada kerja-kerja menaik taraf bangunan, kemudahan sukan serta infrastruktur sokongan.Tapak projek telah diserahkan pada Disember 2021, dengan tarikh siap asal dijadualkan pada April 2024, namun setelah diberikan enam kali lanjutan masa, termasuk semasa tempoh sekatan pergerakan akibat pandemik Covis-19, kompleks berkenaan akhirnya siap pada Ogos tahun ini.Mohammed Taufiq menjelaskan bahawa projek bernilai RM21.45 juta itu merangkumi kerja-kerja menaik taraf stadium, dewan serba guna, padang bola sepak, trek olahraga dan gelanggang sukan, di samping pembaikan struktur, infrastruktur bekalan air, pagar perimeter serta penambahbaikan akses bagi golongan orang kurang upaya (OKU).Beliau berkata kompleks tersebut kini menawarkan 33 kemudahan untuk disewa yang merangkumi 29 kemudahan sukan dan empat kemudahan kegunaan umum termasuk padang sintetik, trek olahraga lapan lorong, empat gelanggang badminton tertutup, tiga gelanggang futsal, enam gelanggang pickleball, gimnasium dan dewan serba guna.Menurut menteri, antara yang paling signifikan ialah trek olahraga lapan lorong yang memperoleh pensijilan Kelas 2 daripada World Athletics selepas pemeriksaan oleh perunding bertauliah yang diiktiraf oleh badan pentadbir antarabangsa itu."Atlet Labuan kini boleh berlatih dan bertanding di trek yang memenuhi piawaian antarabangsa tanpa perlu menyeberang laut," katanya.Beliau berkata kompleks yang telah dinaik taraf itu akan memperkukuh pembangunan sukan peringkat akar umbi, menyediakan peluang latihan yang lebih baik untuk atlet tempatan serta meningkatkan potensi Labuan untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan sukan berstatus lebih tinggi.Mohammed Taufiq berkata kerajaan Persekutuan kekal komited untuk merapatkan jurang infrastruktur sukan antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan





Teen missing for five days after leaving home to play basketball - Sinardaily - 23/11 10:06 am

NILAI - Police are seeking public assistance to locate a 14-year-old girl who has been missing since leaving her home in Taman Melati, Ulu Beranang, Lenggeng, on Nov 18.Nilai District Police chief Supt Johari Yahya said police received a report on the disappearance of Chen Youki, a Form Two student, at about 9.46pm on Nov 21.He said the teenager had left home at about 4pm on Nov 18 to play basketball with her friends."She was wearing a white T-shirt and shorts when she left





Remaja perempuan 14 tahun hilang selepas keluar bermain bola keranjang - Sinarharian - 23/11 9:12 am

NILAI - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahundilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Melati, Ulu Beranang, Lenggeng, di sini pada 18 November lalu.Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Chen Youki pada 21 November kira-kira jam 9.46 malam."Berdasarkan laporan polis, remaja berkenaan keluar dari rumah kira-kira jam 4 petang untuk bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya."Ketika keluar, remaja itu memakai kemeja putih dan seluar pendek," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Bagaimanapun katanya, sehingga laporan polis dibuat, remaja berkenaan masih belum pulang ke rumah, manakala panggilan telefon daripada ahli keluarganya tidak dijawab.Ujarnya, polis sedang menjalankan usaha mengesan remaja terbabit dan orang ramai yang melihatnya atau mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran.





Camaraderie key to resolving differences, says Abang Jo of PDPs electoral goals - FMT - 22/11 10:54 pm

The GPS chairman says there is no sea that does not experience rough waters.





Dont undermine Sarawaks political cohesion, Abang Jo tells GPS component parties - FMT - 22/11 7:57 pm

The Gabungan Parti Sarawak chairman says the coalition has been instrumental in maintaining stability at the federal level.





There are bound to be waves, but dont sink the ship Abang Jo tells GPS - Malaymail - 22/11 7:23 pm

KUCHING, Nov 22 Which sea is without rough waters? There are bound to be some waves, but do not sink the ship





Kira-kira dulu sebelum tanding PRN Sarawak, Abang Jo beritahu parti Semenanjung - FMT - 22/11 7:21 pm

Pengerusi GPS tekankan semangat setia kawan yang jadi asas kekuatan kerajaan persekutuan.





Kejayaan PRN 3 negeri jadi asas rundingan BN-PN hadapi PRU16 - Mohamed Khaled - Sinarharian - 22/11 12:51 am

KOTA TINGGI Pengalaman menjalinkan kerjasama politik di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka menjadi antara asas yang boleh dimanfaatkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam merangka kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketiga-tiga negeri berkenaan mempunyai pendekatan berbeza dalam membentuk hubungan politik, sekali gus membuktikan rundingan boleh dilaksanakan berdasarkan persetujuan bersama.Menurutnya, pengalaman itu boleh dijadikan rujukan dalam menangani sebarang cabaran atau perbezaan pandangan yang mungkin timbul sepanjang rundingan antara kedua-dua gabungan."Di Johor mereka bersetuju untuk bertanding hanya beberapa kerusi





'Pengorbanan abang jaga adik autisme berakhir tragedi' - Sinarharian - 21/11 11:29 am

TAWAU - Pengorbanan seorang abang berusia 13 tahun yang setia menjaga adik perempuannya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) autisme berusia 10 tahun mengundang sebak apabila mereka ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Taman Ria 11 di sini pada Jumaat.Ibu saudara mangsa Noreen Malvine, 37, berkata Muhammad Nor Fazryn Norman dan adiknya Nurailin Nathania gagal menyelamatkan diri selepas terperangkap di bilik kedua rumah teres dua tingkat itu yang dipasang jeriji."Ke mana-mana sahaja, dia (Muhammad Nor Fazryn) yang urus Nurailin dan mereka memang sentiasa bersama





Pengorbanan abang jaga adik autisme berakhir tragis dalam kebakaran di .. - Mygazette - 21/11 7:39 am

# Pengorbanan abang jaga adik autisme berakhir tragis dalam kebakaran di Tawau TAWAU - Pengorbanan seorang abang berusia 13 tahun yang setia menjaga adik perempuannya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) autisme berusia 10 tahun mengundang sebak apabila mereka ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Taman Ria 11 di sini pagi tadi





Ke mana-mana bersama, abang, adik OKU rentung dalam kebakaran di Tawau - FMT - 20/11 7:46 pm

Ibu saudara mangsa berkata, Muhammad Nor Fazryn Norman, 13, dan adiknya Nurailin Nathania, 10, terperangkap di bilik terpasang jeriji.





Ke mana-mana pun berdua, abang 13 tahun dan adik autisme maut dalam kebakaran rumah di Tawau - Mydateline - 20/11 7:44 pm

Pengorbanan seorang abang berusia 13 tahun yang setia menjaga adik perempuannya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) autisme berusia 10 tahun mengundang sebak apabila mereka ..





Annuar Rapaee likely to defend Nangka in Sarawak polls - FMT - 20/11 6:08 pm

Abang Johari Openg says Parti Pesaka Bumiputera Bersatu is seeking to strengthen its leadership while grooming potential successors.





Tuntutan pengesahan hibah manfaat takaful RM1 juta, ditentukan Mahkamah Tinggi Sivil - Sinarharian - 20/11 4:47 pm

PUTRAJAYA Pertikaian membabitkan tuntutan pengesahan hibah manfaat takaful bernilai lebih RM1 juta antara balu dengan keluarga mentuanya, akan ditentukan Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur.Ini selepas Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada Jumaat membenarkan bantahan awal yang difailkan balu kepada pencarum takaful itu, Sazila Sabri terhadap permohonan tuntutan pengesahan hibah oleh ibu dan abang kandung arwah suaminya.Keputusan itu sekali gus menyaksikan saman pengesahan hibah yang difailkan ibu arwah, Saminah Mahroji dan abang, Sukarman Hamid selaku responden-respondan, dibatalkan.Hakim Syarie, Mamat Haizan Salleh kemudiannya memerintahkan responden membayar kos prosiding sebanyak RM10,000 kepada Sazila selaku pemohon.Permohonan bantahan awal itu difailkan susulan tindakan ibu dan abang kepada Allahyarham Mohd Aswan Hamid yang mempertikaikan penerimaan manfaat hibah takaful oleh Sazila.Berdasarkan hujahan pemohon, Allahyarham semasa hayatnya mencarum produk takaful dengan menamakan isterinya sebagai penerima manfaat menerusi hibah bersyarat berjumlah RM1,006,216.49.Tidak berpuas hati terhadap penerimaan manfaat berkenaan, Saminah dan Sukarman memfailkan tuntutan pengesahan hibah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 21 Ogos 2025.Semasa prosiding, peguam syarie yang mewakili Sazila, Amirul Ashraf Abd Ghani daripada Tetuan Amirul Hani & Associates dan Muhammad Al-Khusairi Md Danial (Tetuan Khusairi Danial & Co) menghujahkan, Sukarman bukan waris kepada Allahyarham.Pemohon turut berhujah, Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu memandangkan ibu bapa Allahyarham bermastautin di Selangor.Selain itu, pihak pemohon berhujah manfaat hibah bersyarat takaful dikategorikan sebagai perniagaan kewangan Islam di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.Katanya, bantahan itu turut menyentuh dakwaan bahawa, pernyataan tuntutan responden mengemukakan naratif serta peruntukan undang-undang yang tidak berkaitan sehingga boleh mengelirukan mahkamah.Bagaimanapun, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili responden berkata, mahkamah menolak hujahan pemohon bahawa kedua-dua responden tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk memulakan tindakan berkenaan.Menurutnya, hakim berpendapat kedua-dua responden selaku pentadbir harta pusaka mempunyai kuasa untuk memulakan tindakan serta mencabar hibah tersebut."Mahkamah turut menolak dakwaan pemohon bahawa, responden merujuk kepada peruntukan undang-undang yang tidak mempunyai kaitan dengan tuntutan berkenaan."Selain itu, hakim menerima surat pengesahan bermastautin responden pertama sebagai bukti bahawa individu berkenaan menetap di Putrajaya," katanya.Sebelum keputusan dibuat, Akberdin memaklumkan mahkamah bahawa, berdasarkan persetujuan peguam sivil yang mewakili pemohon, tuntutan berkenaan telah difailkan semula di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur.Katanya, kes berkenaan juga telah ditetapkan untuk perbicaraan pada 15 Januari 2027, menyebabkan prosiding di Mahkamah Syariah menjadi akademik.Berdasarkan hujahan, Akberdin berhujah, harta itu bukan hibah, maka ia perlu terbatal dan tidak sah kerana tidak memenuhi rukun-rukun dan syarat sah hibah menurut Hukum Syarak.Katanya, mahkamah perlu memerintahkan sebarang transaksi wujud pada ketika itu terbatal atau dihentikan serta-merta.Beliau memohon, mahkamah memerintahkan manfaat takaful tersebut menjadi sebahagian daripada harta pusaka Allahyarham dan perlu dibahagikan kepada waris-waris si mati mengikut hukum faraid.Responden juga diwakili peguam syarie, Izzah Shakirah Mohd Sukor.





Ismail akui Undang tiga luak terhenti jawatan, iktiraf pengganti - Mygazette - 20/11 3:34 pm

# Ismail akui Undang tiga luak terhenti jawatan, iktiraf pengganti SEREMBAN Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengakui Datuk Mubarak Tohak dan Datuk Maarof Mat Rashad masing-masing telah terhenti daripada memegang jawatan Undang Luak Sungai Ujong dan Undang Luak Jelebu mengikut adat luak masing-masing





Pahang teliti cadangan projek solar terapung di Pulau Tioman - Mygazette - 20/11 3:34 pm

# Pahang teliti cadangan projek solar terapung di Pulau Tioman KUANTAN - Kerajaan negeri sedia pertimbang cadangan pembangunan projek solar terapung di Pulau Tioman, Rompin sebagai alternatif kepada perolehan bekalan elektrik yang ketika ini masih bergantung kepada penjanaan diesel





Ismail Lasim pledges allegiance to Tuanku Muhriz as rightful ruler of Negeri Sembilan - Sinardaily - 20/11 3:25 pm

SEREMBAN - Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Ismail Lasim today pledged allegiance to Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, and vowed to uphold the sovereignty of the state's royal institution, abide by the Negeri Sembilan State Constitution 1959 and comply with all decisions of the Dewan Keadilan dan Undang (DKU).Ismail said the undertaking reaffirmed his recognition of Tuanku Muhriz as the state's legitimate Ruler and his commitment to safeguarding His Royal Highness's sovereignty, powers, rights and privileges.He also confirmed that a proclamation dated April 19 was invalid, had no legal effect, and would not be gazetted."Alhamdulillah, I have received the consent of Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir to continue carrying out my duties as Menteri Besar





Ismail Lasim to remain as Negeri Sembilan MB - Sinardaily - 20/11 1:45 pm

SEREMBAN - Datuk Ismail Lasim will remain Negeri Sembilan Menteri Besar on the decree of Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, amid controversy over a purported resignation letter that Ismail denied submitting or authorising.Ismail said Tuanku Muhriz had instructed him to continue carrying out his duties to ensure continuity in the state administration.Confirming the matter, Ismail pledged to discharge his duties and responsibilities with full dedication."I wish to clarify reports concerning a letter of resignation as Negeri Sembilan Menteri Besar dated Nov 16





No 'big brother' in PN-BN talks, says Dr Sam - Sinardaily - 20/11 11:59 am

GEORGE TOWN: Any political cooperation between Perikatan Nasional (PN)and Barisan Nasional (BN)must be based on equality, with neither side assuming a dominant role, says PNchairman Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.He said both coalitions must respect each other's interests and be willing to make compromises to build a strong political understanding.He said PN should not be the only side expected to make concessions, adding that both parties must show goodwill."There is no 'Abang Long' (big brother)."I have said from the beginning that there should be no such concept in our discussions and negotiations."Both sides must sit together as equal partners."Do not expect only PNto show magnanimity."The other side must also be willing to do so," he said during the 70th anniversary celebration of Dungun Pasdivision and the Teguh Memimpin Terengganu (TMT 2.0) gathering in Dungun on Thursday (Nov 19).Ahmad Samsuri, who is also Terengganu Mentri Besar, said the principles governing political cooperation must remain consistent and should not be changed to suit certain parties.Comparing the negotiations to a football match, he said changing the rules midway through a game would be unfair to the teams involved."If we put on our jerseys and start playing, it would not be right for someone to suddenly change the rules when they see our team playing well."We cannot keep changing the rules at the last minute."The same rules and principles used in Melaka must also apply elsewhere





Ismail Lasim, three Undang meet Tuanku Muhriz at Istana Hinggap - Sinardaily - 20/11 11:34 am

SEREMBAN Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Ismail Lasim had an audience with Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir at Istana Hinggap earlier today, amid questions surrounding his position following a reported resignation announcement.The vehicle carrying Ismail, who is also the Juasseh State Assemblyman, arrived at the palace at about 10.20am.Tuanku Muhriz had arrived earlier at about 9.30am, followed by the three undisputed Undang, namely Undang Luak Rembau Datuk Hassan Ab Hamid, Undang Luak Sungei Ujong Datuk Muhammad Faris Johari and Undang Luak Jelebu Datuk Azrin Khairi.The audience was understood to be intended to brief the ruler on the key details of the state budget, which Ismail is scheduled to table on Nov 27, while also seeking His Royal Highness's views and preliminary consent.The meeting may also have been related to Ismail's position as Menteri Besar, following Barisan Nasional (BN) secretary-general Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir's announcement last Monday regarding his resignation.Ismail had also been reported to have met Tuanku Muhriz at Istana Hinggap last Tuesday at about 5pm, with the meeting lasting more than an hour.However, the outcome of that meeting has not been made clear





Tiada 'Abang Long' dalam rundingan politik PN, BN - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 20/11 9:46 am

DUNGUN - Perikatan Nasional (PN) menegaskan sebarang rundingan kerjasama politik bersama Barisan Nasional (BN) mesti dilaksanakan atas prinsip kesetaraan tanpa ada mana-mana pihak bertindak sebagai 'Abang Long'.Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sikap saling menghormati dan mengambil kira kehendak semua pihak adalah asas utama sekiranya kedua-dua gabungan itu mahu membina muafakat politik yang kukuh.Menurutnya, PN tidak boleh menjadi satu-satunya pihak yang diminta mengalah, sebaliknya rakan rundingan juga perlu menunjukkan sikap terbuka demi kepentingan bersama."Tidak ada 'Abang Long'





Jangan minta PN sahaja berjiwa besar, Samsuri ingatkan rakan kerjasama - FMT - 20/11 9:33 am

Pengerusi PN itu menegaskan tiada abang long dalam rundingan politik dengan BN.





Malaysia dapatkan penjelasan AS berhubung sekatan cip AI - FMT - 18/11 7:38 pm

Menteri Miti Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia telah berhubung dengan pihak berkuasa AS untuk dapatkan perincian rasmi serta implikasinya.





Malaysia seeks US clarification on new AI chip restrictions - FMT - 18/11 7:05 pm

Investment, trade and industry minister Johari Ghani says the government has yet to receive documentary evidence that data centre operators have traded or re-exported restricted items.





Malaysia seeks US clarification on AI chip restrictions, probes alleged re-exports Johari - Sinardaily - 18/11 5:16 pm

SHENZHEN - Malaysia is seeking further clarification from the United States on new restrictions governing artificial intelligence (AI) chips, particularly their licensing requirements and the provision of data centre services to third parties, the Investment, Trade and Industry Minister Datuk Seri Johari Abdul Ghani said.He said Malaysia was in communication with US authorities, including the US Embassy and trade representatives, to obtain official details on the regulations and their implications for data centre operators in the country.Johari said Malaysia will inform all 117 approved data centre projects to ensure compliance once Washington officially communicates the requirements





Abang saksi kereta terbakar, tidak sangka adik sendiri rentung - Astroawani - 18/11 4:20 pm

Seorang lelaki terkejut mengetahui kereta terbakar yang dilihatnya selepas kemalangan di Rengit sebenarnya meragut nyawa adik dan rakan sekerjanya yang rentung.





Abang saksi kereta terbakar, tidak sangka adik sendiri rentung - Sinarharian - 18/11 4:10 pm

BATU PAHAT - Tidak pernah terlintas dalam fikiran Kamal Syafiq Maskat bahawa sebuah kereta yang dilihatnya terbakar dalam kemalangan di Jalan Jaya Diri, Rengit malam tadi sebenarnya meragut nyawa adik kandungnya sendiri.Lebih memilukan, lelaki berusia 35 tahun itu sempat menyaksikan anggota bomba memadamkan kebakaran ketika melalui lokasi kejadian, tanpa mengetahui adiknya, Kamal Nur Hafizi Maskat, 22, berada dalam kenderaan terbabit.Kamal Syafiq berkata, ketika itu dia dalam perjalanan ke pekan Rengit untuk membeli barangan keperluan dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama kira-kira 10 minit susulan kemalangan berkenaan."Saya lihat sendiri api yang cukup marak membakar kereta dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke pekan Rengit tanpa mengesyaki apa-apa, apatah lagi ia melibatkan ahli keluarga sendiri."Selepas hampir sejam, apabila tiba di rumah di Kampung Sri Ladang, beberapa kenalan sudah berkumpul di hadapan rumah dan memberitahu adik saya terlibat dalam kemalangan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini hari ini.Kamal Syafiq berkata, sebaik menerima perkhabaran itu, fikirannya terus terbayang kemalangan yang dilihatnya kira-kira empat kilometer dari rumah sebelum bergegas semula ke lokasi bersama bapanya, Maskat Sarjan, 74, bagi mendapatkan kepastian.Katanya, apabila mereka tiba di tempat kejadian, kebakaran sudah berjaya dipadamkan dan dimaklumkan terdapat dua mangsa rentung di dalam kereta itu."Apabila saya mendekati mangsa untuk membuat pengecaman, memang betul itu adik saya berdasarkan rantai yang dipakainya





Government to fully cover Hafizuddins medical expenses Taufiq - Sinardaily - 18/11 1:55 pm

KUALA LUMPUR - The government will fully cover the medical and treatment costs of national weightlifter Muhammad Hafizuddin Roslin, who sustained serious injuries in a road accident last Monday, said Youth and Sports Minister Dr Mohammed Taufiq Johari.He said the coverage, to be provided through the National Sports Council (NSC), included follow-up treatment and ward accommodation until the athlete is discharged from Kuala Lumpur Hospital (HKL)





Kerajaan tanggung sepenuhnya kos rawatan Muhammad Hafizuddin, elaun latihan diteruskan - Sinarharian - 18/11 12:22 am

KERAJAAN menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) akan menanggung sepenuhnya kos rawatan dan perubatan atlet angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslinyang mengalami kecederaan serius dalam kemalangan jalan raya Isnin lepas.Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, tanggungan itu merangkumi rawatan susulan serta penginapan di wad sehingga atlet berkenaan dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur, manakala elaun latihannya akan diteruskan seperti biasa berdasarkan kadar kelayakan semasa.Beliau berkata, semakan MSN menerusi Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) turut mendapati pemenang pingat emas kategori 88 kilogram (kg) lelakiSukan Komanwel Glasgow 2026 itu layak menerima manfaat polisi insurans dianggarkan berjumlah RM120,000."Beliau juga layak menerima faedah di bawah Skim Lindung 24 Jam PERKESO





Malaysia keen to attract French investment, including in rare earths PM Anwar - Sinardaily - 17/11 2:17 pm

KUALA LUMPUR - Malaysia is seeking greater French investment in key sectors, particularly rare earth processing, as the two countries look to deepen economic ties, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said on Tuesday.Anwar said cooperation in the rare earth sector must be built on trust, stressing Malaysias commitment to expanding processing activities in an environmentally safe manner."Rare earth processing is something we are very keen on attracting and expanding and we are doing it in an environmentally safe way, he said.Anwar said French investment in Malaysia continued to grow, citing aerospace, defence and semiconductors among the sectors offering opportunities for further cooperation.Anwar said this in his opening remarks ahead of a bilateral meeting with visiting French President Emmanuel Macron at the historic Sultan Abdul Samad Building here on Tuesday.Macron also expressed France's interest in the rare earth sector, describing it as one of the key areas the country wanted to pursue with Malaysia through a respectful and mutually beneficial partnership.The French president also highlighted opportunities to expand cooperation in semiconductors, artificial intelligence and data centres, alongside defence, security and economic ties.According to a Foreign Ministry statement issued on Monday, the visit focuses on efforts to elevate Malaysia-France relations to a Strategic Partnership, covering trade and investment, critical minerals, energy transition, defence and education.In 2025, total trade between Malaysia and France amounted to RM17.78 billion (US$4.17 billion), with Malaysian exports valued at RM6.05 billion (US$1.41 billion), mainly comprising electrical and electronic products.Imports from France totalled RM11.73 billion (US$2.76 billion), consisting primarily of transport equipment, machinery and chemicals.France was Malaysia's 21st-largest trading partner globally and fourth-largest among European countries in 2025.On education and culture, Anwar highlighted longstanding cooperation between the two countries, including opportunities for Malaysian students to study at French universities."We need to continue to support the translation of Malay classics into French, as well as the translation of French classics into Malay, he said.Turning to international developments, Anwar welcomed Frances position on Palestine and Gaza, describing it as a voice of conscience in defence of humanity.He also said Malaysia had taken a strong position against Russia's war in Ukraine while maintaining relations with Moscow.Macron, meanwhile, said both countries could strengthen their sovereignty and independence without adopting a confrontational approach towards major powers."There is no double standard for France."We are on the side of the UN Charter and we do support peoples rights, and sovereignty, and territorial integrity everywhere, he said.Macron also referred to the New York Declaration of July 2025 and Frances recognition of Palestine as part of its diplomatic efforts on the issue.He said France had worked with several countries to pursue a peaceful resolution to the conflict and address the humanitarian situation in the region.He also reaffirmed Frances support for Ukraines sovereignty against Russias aggression."So we are predictable in this regard and loyal to our partners, he said.Macron is on a two-day official visit to Malaysia beginning Monday at Anwars invitation, his first visit to the country since assuming office in May 2017.Also present at the bilateral meeting were Deputy Prime Minister and Energy Transition and Water Transformation Minister Datuk Seri Fadillah Yusof, Investment, Trade and Industry Minister Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Tourism, Arts and Culture Minister Datuk Seri Tiong King Sing, Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin and Chief Secretary to the Government Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar





Malaysia berminat tarik pelaburan Perancis termasuk nadir bumi - PM - Sinarharian - 17/11 1:48 pm

KUALA LUMPUR - Malaysia berhasrat menarik pelaburan dari Perancis dalam beberapa sektor termasuk pemprosesan nadir bumi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau menegaskan bahawa kerjasama dalam sektor nadir bumi perlu berasaskan kepercayaan, dengan Malaysia berusaha memperluas aktiviti pemprosesan secara selamat tanpa menjejaskan alam sekitar."Pemprosesan nadir bumi merupakan antara bidang yang sangat kami berminat untuk menarik pelaburan dan memperluas aktivitinya dan kami melaksanakannya dengan cara yang selamat untuk alam sekitar," katanya.Anwar berkata demikian dalam ucapan pembukaannya sebelum mesyuarat dua hala dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron yang diadakan di Bangunan Sultan Abdul Samad yang bersejarah di sini pada Selasa.Macron turut menyuarakan pandangan yang sama sambil menyatakan bahawa nadir bumi merupakan antara bidang kerjasama utama yang ingin diterokai Perancis bersama Malaysia menerusi perkongsian yang berteraskan sikap saling menghormati dan manfaat bersama.Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof;Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani;Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing;Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Sementara itu, Anwar berkata, pelaburan Perancis di Malaysia terus meningkat dengan sektor aeroangkasa, pertahanan dan semikonduktor antara bidang yang menawarkan peluang untuk memperluas kerjasama.Mengenai pendidikan dan kebudayaan, Anwar menyentuh kerjasama yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, termasuk peluang untuk pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di universiti di Perancis."Kita perlu terus menyokong usaha penterjemahan karya klasik Melayu ke dalam bahasa Perancis serta karya klasik Perancis ke dalam bahasa Melayu," katanya.Menyentuh perkembangan antarabangsa, Anwar mengalu-alukan pendirian Perancis mengenai Palestin dan Semenanjung Gaza, sambil menyifatkannya sebagai suara hati nurani dalam mempertahankan nilai kemanusiaan.Beliau turut berkata, Malaysia mengambil pendirian tegas menentang perang Rusia di Ukraine, namun pada masa sama terus mengekalkan hubungan dengan Rusia.Bercakap bersama Anwar, Macron turut menyatakan minat untuk memperluas kerjasama dalam bidang semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) dan pusat data, selain hubungan pertahanan, keselamatan dan ekonomi.Presiden Perancis itu berkata, kedua-dua negara boleh memperkukuh kedaulatan dan kemerdekaan masing-masing tanpa mengambil pendekatan konfrontasi terhadap kuasa besar."Tiada dwistandard bagi Perancis."Kami berpihak kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong hak rakyat, kedaulatan serta keutuhan wilayah di mana-mana sahaja," katanya.Macron turut merujuk kepada Deklarasi New York pada Julai 2025 dan pengiktirafan Perancis terhadap Palestin sebagai sebahagian daripada usaha diplomatik negara itu dalam isu berkenaan.Beliau berkata, Perancis telah bekerjasama dengan beberapa negara untuk mencari jalan penyelesaian secara aman bagi menghentikan perang dan menangani situasi kemanusiaan di rantau itu.Macron turut menegaskan semula sokongan Perancis terhadap kedaulatan Ukraine dalam menghadapi pencerobohan Rusia."Jadi, pendirian kami dalam hal ini boleh dijangka dan kami tetap setia kepada rakan-rakan kami," katanya.Macron sedang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula Isnin atas jemputan Anwar, yang merupakan lawatan pertamanya ke negara ini sejak memegang jawatan pada Mei 2017.Menurut kenyataan Kementerian Luar yang dikeluarkan pada Isnin, lawatan itu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan hubungan Malaysia-Perancis ke tahap Perkongsian Strategik, merangkumi perdagangan dan pelaburan, mineral kritikal, peralihan tenaga, pertahanan serta pendidikan.- Bernama





Institusi Parlimen perlu dilibatkan secara strategik dalam agenda ASEAN - Johari - Astroawani - 16/11 7:00 pm

Institusi Parlimen perlu dilibatkan secara lebih strategik dan berterusan dalam agenda ASEAN bagi memastikan setiap komitmen serantau dapat diterjemahkan kepada perundangan yang membawa manfaat nyata kepadarakyat.





Roket mereka tak pernah berlepas, Abang Johari sindir DAP - FMT - 15/11 11:19 pm

Premier Sarawak itu menyindir lambang DAP ketika mengulas rancangan negeri melancarkan satelit sendiri menjelang 2030.





In swipe at DAP, Abang Johari says their rocket never takes off - FMT - 15/11 11:05 pm

The Sarawak premier made the remark while talking about the state's plans on launching its own satellites by 2030





Reformasi Parlimen perkukuh kebebasan badan perundangan - PM - Sinarharian - 15/11 10:15 pm

MANILA - Reformasi Parlimen Malaysia melibatkan pemindahan kuasa pentadbiran daripada Perdana Menteri serta kerajaan kepada Parlimen dan Speakernya sekali gus memperkukuh kebebasan badan perundangan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau menyifatkan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen sebagai reformasi besar yang melibatkan kesediaan pihak eksekutif melepaskan kuasa ke atas pentadbiran Parlimen."Akta Perkhidmatan Parlimen membawa maksud bahawa kuasa yang sebelum ini berada di tangan Perdana Menteri dan kerajaan diserahkankepada Dewan Rakyat," katanya pada majlis makan malam yang diadakan sempena lawatan kerja beliau ke Filipina bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini malam Ahad.Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Duta Besar Malaysia ke Filipina, Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony.Anwar juga berkata, kepentingan reformasi tidak selalu dihargai sepenuhnya, dan ramai pemimpin enggan melepaskan kuasa sedemikian.Beliau berkata, reformasi itu telah dibincangkan selama 30 hingga 40 tahun, dan menegaskan bahawa mereka yang memegang jawatan tinggi perlu sentiasa terbuka kepada sebarang pertanyaan.Makan malam anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Manila itu turut diserikan dengan persembahan oleh kanak-kanak Malaysia





Hubungan Malaysia-AS tidak hadkan keterlibatan dengan negara lain termasuk China - Anwar - Sinarharian - 15/11 9:06 pm

MANILA -Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) tidak akan menghalang negara ini daripada melibatkan diri secara bebas dengan negara-negara lain, termasuk China, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, pelaburan asing mesti beroperasi mengikut kerangka dasar negara Malaysia dan menghormati kepentingannya, ketika negara mengharungi persekitaran geopolitik yang semakin tidak menentu."Anda seorang pelabur, anda boleh membuat keputusan tentang apa yang ingin dilakukan, tetapi ia mesti melalui kerangka kami, dasar negara kami





GPS to announce list of 82 candidates on Nov 25 - Abang Johari - Sinardaily - 15/11 3:27 pm

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) will announce the full list of all 82 candidates who will contest in the 13th Sarawak state election on Nov 25, said its chairman, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.Abang Johari, who is also the president of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), hinted at the possibility of changes to the party's candidate list, aiming to provide an opportunity for a mix of young and experienced leaders."Certainly, there may be some changes, with a mix of younger individuals and experienced figures among the candidates we will put forward."We will share the details with you on November 25, all 82 candidates so please wait until then, he said when met by reporters after the PBB Southern Zone Convention here today.Earlier, while addressing the event, Abang Johari urged PBB members who are not selected as candidates for this state election to continue supporting whoever is chosen.He said this spirit and culture of mutual support form the foundation of PBBs success, serves as the anchor party within the GPS coalition."Even if you are not chosen as a candidate, the spirit remains, just as others would support us, we must likewise support them





Tiada istilah 'abang long', Pejuang tidak rasa seperti 'adik-adik' dalam PN - Mukhriz - Sinarharian - 15/11 1:43 pm

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak pernah berasa seperti 'adik-adik' dalam Perikatan Nasional (PN), sebaliknya menganggap semua parti komponen diberikan ruang dan layanan sama rata.Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Pejuang sentiasa diberikan peluang untuk menyuarakan pandangan serta terlibat dalam perbincangan dan perancangan strategi bersama kepimpinan PN."Setiap kali kami dijemput untuk menghadiri mesyuarat khas dalam PN yang dipimpin oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri, kita diberikan ruang dan peluang seluas-luasnya untuk menyuarakan pandangan."Tidak ada sifat 'abang long' dan kita tidak berasa seperti 'adik-adik'





Abang Rita Rudaini meninggal dunia akibat serangan jantung - Sinarharian - 15/11 12:43 am

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang dilaporkan meninggal dunia di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) pada Ahad dipercayai mengalami serangan jantung.Ahmad Musyaiful Mokhtar, 51, yang juga abang sulung pelakon Rita Rudaini, dilaporkan rebah ketika berada di tempat tugas sebelum disahkan meninggal dunia.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi."Ya, meninggal dunia di tempat tugas Kastam Kelana Jaya, arwah menghidap sakit jantung dan mendapat rawatan sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Media sebelum ini melaporkan Rita berdepan detik pilu selepas kehilangan abang sulungnya yang meninggal dunia di PPUM selepas rebah ketika menghadiri program membabitkan JKDM di Kelana Jaya.Sementara itu, JKDM dalam satu kenyataan memaklumkan, Allahyarham yang berpangkat Pegawai Kastam Tinggi (WK3) dan bertugas di Perlis rebah selepas menyertai aktiviti sukan di Kompleks Kastam WPKL.Aktiviti berkenaan diadakan sempena persiapan Pesta Sukan Kementerian Kewangan yang sedang berlangsung.Allahyarham kemudian menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.45 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).





[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Akmal Saleh dahului di Merlimau, abang di tempat kedua di Bemban - Sinarharian - 14/11 7:45 pm

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendahului pencabarnya, manakala abangnya, Muhammad Solehin Saleh berada di kedudukan kedua di DUN Bemban.Setakat jam 7.30 malam, Akmal yang juga Ketua Pemuda BN memperoleh 6,805 undi, meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Rahayu Hamzah dengan 2,140 undi.Sementara itu, di Bemban, Muhammad Solehin daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama) berada di tangga kedua dalam saingan yang menyaksikan pertembungan empat penjuru.Setakat ini, calon PN, Mohd Yadzil Yaakub memperoleh 2,846 undi, diikuti Muhammad Solehin dengan 899 undi, manakala calon Bersatu, Muhammad Rabaie Ab Hamid memperoleh 5,111 undi dan Calon Bebas, Abd Halim Said pula mendapat 83 undi.Sementara itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pusat Operasi BN-PN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada jam 7.30 malam.





Sarawak mahu jadi pencipta teknologi, bukan sekadar pengguna - Abang Johari - Astroawani - 14/11 6:50 pm

Pembangunan keupayaan teknologi tempatan amat penting bagi memastikan rakyat Sarawak bukan sahaja menikmati manfaat kemajuan digital, tetapi turut memainkan peranan utama dalam membentuk industri masa depan.





Cheaper flights home for Sarawak polls? Abang Johari fears bribery claims - Malaymail - 14/11 11:24 am

KUCHING, Nov 14 The Sarawak caretaker administration is cautious about proposals for state-owned carrier AirBorn...





Kenaikan insentif SHAKAM suntik semangat pelumba pecut berpasukan wanita - Amarjit - Sinarharian - 14/11 8:07 am

KENAIKAN kadar insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi atlet acara berpasukan disifatkan mampu menyuntik semangat baharu kepada pelumba negara, khususnya skuad pecut berpasukan wanita yang meraih pingat perak pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, peningkatan ganjaran itu merupakan langkah tepat pada masanya, terutama dalam memberi motivasi kepada atlet negara menjelang Sukan SEA 2027 dan kempen kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.Menurutnya, PKBM menyambut baik keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) menaikkan insentif SHAKAM bagi atlet acara berpasukan yang dianggap sebagai pengiktirafan wajar terhadap sumbangan mereka di pentas antarabangsa."Langkah ini mengiktiraf usaha atlet acara berpasukan secara lebih adil dan mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat baharu negara," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari atas tindakan pantas kerajaan meluluskan penambahbaikan tersebut.Menurut Amarjit, kadar ganjaran bagi acara berpasukan tidak berubah selama 24 tahun sebelum ini, namun penambahbaikan itu berjaya dipersetujui hanya seminggu selepas Majlis Penyampaian SHAKAM pada 3 November lalu.Di bawah kadar baharu, insentif bagi setiap ahli pasukan yang memenangi pingat emas di Sukan Asia, Para Asia dan Sukan Komanwel dinaikkan daripada RM15,000 kepada RM40,000, iaitu peningkatan sebanyak 166.67 peratus.Bagi pingat perak pula, ganjaran meningkat daripada RM8,000 kepada RM20,000 seorang, manakala pingat gangsa dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM10,000 seorang.Penambahbaikan itu memberi manfaat langsung kepada skuad pecut berpasukan wanita negara yang meraih pingat perak di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menerusi gandingan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, Nur Alyssa Mohd Farid, Anis Amira Rosidi dan Nurul Aliana Syafika Azizan.Sebelum ini, empat pelumba terbabit berkongsi ganjaran RM40,000 atau RM10,000 seorang, namun menerusi kadar baharu setiap atlet bakal menerima RM20,000 seorang.Secara keseluruhan, empat pelumba berbasikal negara itu akan menerima tambahan bayaran berjumlah RM40,000, manakala jurulatih turut memperoleh tambahan RM8,000 menerusi Skim Galakan Jurulatih (SGAR), menjadikan keseluruhan tambahan ganjaran sebanyak RM48,000.Skuad berbasikal trek negara menamatkan saingan di Aichi-Nagoya 2026 dengan satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa, manakala kejayaan skuad pecut berpasukan wanita dilihat membuktikan kemunculan generasi baharu pelumba wanita yang semakin kompetitif di pentas Asia.PKBM yakin penambahbaikan insentif SHAKAM itu mampu merancakkan lagi pembangunan acara berpasukan dalam berbasikal trek serta memperluaskan kelompok bakat yang berpotensi mengharumkan nama negara.Dalam pada itu, badan induk berbasikal negara itu turut merakamkan penghargaan kepada MSN, Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) atas sokongan berterusan terhadap pembangunan atlet serta sukan negara.





Tambang khas untuk pengundi boleh ditafsir sebagai rasuah, kata Abang Johari - FMT - 13/11 10:12 pm

Premier Sarawak kata kerajaan negeri perlu berhati-hati tentang bagaimana perkara itu boleh digambarkan.





Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi meninggal dunia - Sinarharian - 13/11 9:39 pm

BAYAN LEPAS Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dilaporkan telah meninggal dunia pada petang Jumaat.Perkara itu disahkan adik Allahyarham, Zafruddin Zainul Abidin ketika dihubungi sebentar tadi.Menurut Zafruddin, Allahyarham abangnya dikhabarkan meninggal dunia kira-kira jam 5 petang, Jumaat."Sebenarnya saya pun tak berapa pasti jam berapa arwah meninggal (dunia) tetapi yang saya dapat maklumat daripada kawan, arwah meninggal petang tadi."Saya tidak ada maklumat lebih kerana baru tiba dari China," katanya.Tambah Zafruddin, beliau mendapat berita mengenai keadaan kesihatan Allahyarham abangnya merosot sejak Rabu lalu."Yang saya tahu, kesihatannya merosot sejak Rabu dan ketika itu, dia dirawat di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang





Special voter airfares could be seen as bribery, says Abang Johari - FMT - 13/11 8:39 pm

Sarawak's caretaker premier says political opponents could use the offer of special airfares to accuse the government of offering incentives to secure votes.





Kenaikan insentif SHAKAM lonjak motivasi skuad sepak takraw - Sinarharian - 13/11 6:10 pm

KENAIKAN kadar ganjaran di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi acara berpasukan dijangka menyuntik motivasi baharu kepada skuad sepak takraw kebangsaan menjelang Sukan SEA 2027 di Malaysia.Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, keputusan itu hadir tepat pada masanya ketika skuad kebangsaan sedang membina momentum menjelang temasya dwitahunan berkenaan."Dalam sepak takraw, setiap pemain di gelanggang mahupun di bangku simpanan berlatih dan berkorban sama banyak





AMK kecam kenyataan Hadi, dakwa hina rakyat bukan Islam - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# AMK kecam kenyataan Hadi, dakwa hina rakyat bukan Islam MELAKA Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa 'sejahat-jahat orang Islam yang memerintah tidak akan sezalim orang bukan Islam'





Zalim tetap zalim, tidak kira agama pemimpin - AMK - Sinarharian - 13/11 4:10 pm

MELAKA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa bahawa sejahat-jahat orang Islam yang memerintah tidak akan sezalim orang bukan Islam.Naib Ketua AMK, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, kenyataan itu bukan sahaja menghina rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, malah mencemarkan imej Islam sebagai agama yang menitikberatkan keadilan.Menurutnya, ukuran seseorang pemimpin seharusnya dinilai berdasarkan amanah, integriti dan keadilan, bukannya agama yang dianutinya."Pemimpin Islam yang rasuah, menyalahgunakan kuasa dan menindas rakyat tetap zalim





Sukan SEA 2027: Indonesia hantar surat, persoal keputusan Malaysia gugurkan beberapa acara sukan - Sinarharian - 13/11 3:57 pm

MENTERI Pemuda dan Olahraga Indonesia, Erick Thohir mempersoalkan prinsip kesukanan susulan keputusan Malaysia menggugurkan beberapa acara sukan dipertandingkan di Sukan Olimpik daripada saingan Sukan SEA 2027.Erick menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang menyedihkan kerana tindakan berkenaan dilihat tidak menghargai usaha atlet Asia Tenggara yang selama ini bekerja keras sehingga mampu mencipta kejayaan di pentas dunia.Menurutnya, beberapa negara Asia Tenggara memiliki atlet bertaraf dunia dalam sukan yang turut dipertandingkan di Sukan Olimpik, antaranya Filipina dalam gimnastik, Thailand (taekwondo), Vietnam (menembak) serta Indonesia menerusi sukan memanjat tembok dan angkat berat."Jika acara sukan Olimpik ini tidak dipertandingkan, ia seolah-olah mengkhianati perjuangan atlet yang sudah mengibarkan bendera negara masing-masing," katanya.Sebagai langkah susulan, Erick memaklumkan beliau sudah menghantar surat kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dr Mohammed Taufiq Johari bagi mendapatkan penjelasan serta komitmen tuan rumah dalam memastikan prinsip keadilan dan kesukanan terus dihormati.Bagaimanapun, Taufiq sebelum ini menegaskan tiada isu berhubung pemilihan sukan kerana program temasya itu ditentukan mengikut proses dan peraturan Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) serta dipersetujui negara anggota.Program Sukan SEA 2027 juga sudah dimuktamadkan dengan 473 acara membabitkan 43 jenis sukan disahkan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif SEAGF ketiga pada 30 Oktober lalu.Mesyuarat berkenaan turut disertai secara dalam talian oleh presiden dan wakil Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) dari seluruh rantau ini, dengan keputusan dibuat selepas perbincangan membabitkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) serta jawatankuasa eksekutif SEAGF berdasarkan piagam dan peraturan badan itu.Untuk rekod, antara sukan yang tidak disenaraikan dalam program Sukan SEA 2027 termasuk memanjat tembok, mendayung, bola tampar pantai, gusti, catur, jujitsu, kickboxing, bola baling dan triathlon selain beberapa acara badminton berpasukan lelaki serta wanita.





Belum ada bukti cip AI NVIDIA dieksport semula - PM Anwar - Astroawani - 13/11 3:50 pm

Anwar turut memaklumkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sudah mengemukakan laporan awal berhubung isu berkenaan pada pagi ini.





Tiada petunjuk cip AI berkaitan isu Nvidia-Megaspeed dieksport dari Malaysia - PM - Sinarharian - 13/11 3:12 pm

KUALA LUMPUR -Tiada sebarang petunjuk cip kecerdasan buatan (AI) yang dikaitkan dengan isu Nvidia-Megaspeed dieksport dari Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Tiada sebarang petunjuk tentang perkara itu," kata beliaukepada pemberita hari ini apabila ditanya sama ada terdapat bukti cip tersebutdieksport keluar dari negara ini.Anwar turut berkata, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghanitelah memberikan laporan mengenai perkara itupagi tadi."Kami akan bekerjasama dengan semua agensi yang terlibat," kata beliau.Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikansolat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah diBrickfields pada Jumaat.- Bernama





Ministry never cleared Megaspeed, Speedmatrix, says data centre visits part of routine monitoring - Sinardaily - 13/11 11:58 am

KUALA LUMPUR - The Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI) has never cleared Singapore-based Megaspeed International Pte Ltd or its Malaysian affiliate, Speedmatrix Sdn Bhd.The ministry, however, did not explain what the two entities were being cleared of.In a statement today, MITI said any verification visits carried out by the ministry at data centre facilities were part of its regular monitoring of the data centre sector and should not be taken to mean that a company had been cleared."Any suggestion otherwise is inaccurate."As a data centre tenant in Malaysia, Speedmatrix brings its own servers and artificial intelligence (AI) chips into Malaysia for its operations





If he has self-respect, step down: Kamil takes aim at Zahid - Sinardaily - 13/11 10:38 am

TANGGA BATU - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has been urged to resign as Deputy Prime Minister if he is not aligned with the current government leadership.Angkatan Muda Keadilan (AMK) chief Muhammad Kamil Abdul Munim said Zahid should do so if he has any self-respect, given the stance he is showing at present.He said several other Barisan Nasional (BN) leaders were qualified to replace Zahid in the post.If he has any self-respect, he should step down as Deputy Prime Minister because he is clearly showing an attitude that is out of step with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.There are many other leaders, such as Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), Datuk Seri Johari Abdul Ghani or Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, who can take his place as Deputy Prime Minister, he said at a dinner event in Bukit Rambai on Thursday.Asked whether the Prime Minister should sack Zahid from the post, Kamil said it was up to Anwar to decide.You have to ask the Prime Minister





'Kalau ada maruah, undur sebagai Timbalan Perdana Menteri'- Kamil Munim - Sinarharian - 13/11 10:04 am

TANGGA BATU - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya tidak sehaluan dengan kepimpinan kerajaan sedia ada.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan itu wajar dilakukan Ahmad Zahid sekiranya beliau mempunyai maruah susulan pendirian yang ditunjukkan ketika ini.Menurutnya, terdapat beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) lain yang berkelayakan untuk menggantikan Ahmad Zahid bagi mengisi jawatan berkenaan."Kalau dia ada maruah, dia harus berundur sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana dia jelas menunjukkan satu sikap yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Ada ramai lagi pimpinan lain seperti Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), Datuk Seri Johari Abdul Ghani ataupun Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang boleh menggantikan tempat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri," katanya pada program makan malam di Bukit Rambai pada Khamis.Mengulas lanjut sama ada Perdana Menter perlu mengambil tindakan memecat Zahid daripada jawatan berkenaan, Kamil berkata, perkara itu terpulang kepada pertimbangan Anwar."Itu kena tanya Perdana Menteri, boleh ganti dengan yang lain, tidak ada masalah kerana itu kuasa prerogatif Perdana Menteri."Tapi kalau tanya saya, tidak perlu pecat





Sarawak targets year-end pilot launch for ART service on Rembus-Northbank route, says Abang Johari - Malaymail - 12/11 6:29 pm

KUCHING, Nov 12 Pilot operations of the Autonomous Rapid Transit (ART) service along the initial Rembus-Northban...





Keperluan lapor maklumat operasi pusat data akan dimasukkan dalam undang-undang - Johari - Astroawani - 12/11 5:30 pm

Keperluan mengemukakan maklumat operasi pusat data, termasuk penggunaan elektrik dan jumlah cip unit pemprosesan grafik (GPU) yang dibawa masuk,akan dimasukkan dalam undang-undang.





Kesemua telur penyu belimbing gagal menetas – Perikanan Terengganu - Mygazette - 12/11 4:33 pm

# Kesemua telur penyu belimbing gagal menetas - Perikanan Terengganu DUNGUN - Kesemua 313 telur penyu belimbing yang dihasilkan daripada lima pendaratan spesies berkenaandi jajaran Pantai Rantau Abang disini antara September hingga Oktober lepas, disahkan gagal menetas





Malaysia sedia teruskan perbincangan dengan Taiwan - Mygazette - 12/11 4:33 pm

# Malaysia sedia teruskan perbincangan dengan Taiwan KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia meneruskan perbincangan mengenai perdagangan dan pelaburan dengan Taiwan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani





Govt to strengthen requirements for data centre incident reporting Gobind - Sinardaily - 12/11 4:11 pm

KUALA LUMPUR - The government is looking to strengthen reporting and notification requirements for data centre operators to ensure disruptions affecting digital infrastructure can be promptly communicated to the relevant authorities.Digital Minister Gobind Singh Deo said a proper notification mechanism should specify the nature of the incident and measures, whether the problem could be resolved, and the sectors potentially affected





All 313 leatherback turtle eggs fail to hatch Terengganu Fisheries Department - Sinardaily - 12/11 2:55 pm

DUNGUN - All 313 leatherback turtle eggs laid during five nesting visits along the Rantau Abang coastline near here between September and October have failed to hatch.Terengganu Fisheries Department director Pang Nyukang said technical examinations conducted by the department with assistance from experts at the Fisheries Research Institute (FRI) found no embryonic development in any of the eggs.He said the eggs were believed to be unfertilised as the female turtle may not have mated, possibly due to the absence of male leatherback turtles in Terengganu waters."The eggs collected from the five nesting visits were examined in stages on Oct 3, Oct 15 and today to assess embryonic development and determine whether they had the potential to hatch," he told reporters after inspecting the eggs at the Rantau Abang Turtle Conservation and Information Centre here today.Pang said the first nesting was recorded at Pantai Pasir Putih in Marang on Sept 1, with 44 eggs laid, followed by a second nesting at Pantai Rantau Abang on Sept 13, which produced 81 eggs.He said the third nesting was recorded at Pantai Kuala Abang here on Sept 22, with 70 eggs, followed by the fourth at Pantai Jambu Bongkok on Oct 1, also with 70 eggs, while the fifth nesting at Pantai Rantau Abang produced 48 eggs.Pang said the department believed all five nesting visits this year involved the same female turtle, based on the nesting patterns and intervals between visits."Leatherback turtles typically come ashore to lay eggs between five and eight times in a single nesting season, with intervals of about 10 to 13 days between each nesting."If the turtle is still alive, we expect it may return to nest around 2029 or 2030," he said.He said the actual population of male leatherback turtles in Terengganu waters was difficult to determine because males do not come ashore, unlike females, which return to beaches to lay their eggs.Pang said conservation efforts must therefore be intensified to protect the species' natural habitat and provide opportunities for leatherback turtles to continue breeding.He said leatherback turtles were a critically endangered species worldwide, including in Malaysia, and had not been recorded nesting in Terengganu for nine years before their return to the state's beaches in September.He said the development underscored the importance of conservation efforts and habitat protection by all parties to ensure the species' long-term survival




Reformasi     >>



Tampung lebih 4 juta pelarian, Turkiye belum bersedia .. - Harapandaily
Usaha Malaysia mendapatkan Turkiye menerima 10,000 pelarian Rohingya dari negara ini belum membuahkan hasil apabila Ankara secara rasmi menyatakan belum bersedia mempertimbangkan permintaan tersebut. Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan ..
Kroni     >>



Trump backs Nvidia boss's return as backlash grows - NST
WASHINGTON: US President Donald Trump praised Nvidias decision on Monday to reinstate Jensen Huang as chief executive, as Democratic leaders vowed investigations and prominent Republicans questioned whether his return posed a national security risk.
Tabloid     >>



“Macam Nak Bagi Rimau Makan” – Tular .. - Beautifulnara
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa marah dan kecewa selepas menerima aduan daripada beberapa pelajar serta ibu bapa Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka berhubung kualiti makanan yang disediakan di dewan selera. Menerusi perkongsian di Instagram, beliau ..
Tech     >>



Six key questions raised by Jensen Huang's return to .. - Cnbc
As Jensen Huang returns to Nvidia, questions remained around the board's reversal, Trump's involvement and the tech giant's future.
World     >>



Trump sealed deal for Nvidia to rehire Jensen Huang as .. - Cnbc
President Trump said his administration gave Nvidia's board assurance that Jensen Huang would not be a national security threat if he was reinstated as CEO.
Motor Trend     >>



Honda Avancier 2028 Buka Laluan Kepada Generasi Baharu .. - Careta
Honda Avancier 2028 yang diumumkan baru-baru ini menjadi model pertama yang disahkan menggunakan platform berkenaan, sebagai sebahagian daripada perancangan lebih besar Honda untuk memperluaskan pilihan model hibridnya. Portal automotif Autoblog - The Avancier Is Just the Beginning of Hondas ..