///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Amk News   Page 1    



PKR leaders criticise Hadi over remarks on Muslim, non-Muslim leaders - Sinardaily - 13/11 9:04 pm

Unfortunately, that knowledge is not reflected in the wisdom of his words, Chang said in a statement today.Chang, who is also Science, Technology and Innovation Minister, said Malaysia's multiracial and multireligious harmony was essential to economic development, investor confidence and job creation.He questioned whether the pursuit of political power should come at the expense of national unity and stability, stressing that Malaysia needed leaders who brought people together rather than divided them.Meanwhile, PKR secretary-general Datuk Dr Fuziah Salleh questioned how Abdul Hadi's remarks aligned with PAS's political cooperation in Melaka, particularly with MCA and Gerakan in the campaign for the Klebang seat."Interestingly, the MCA president had spoken at the same campaign event, while Gerakan president Dominic Lau also appealed to Barisan Nasional and Perikatan Nasional supporters to back a non-Muslim Gerakan candidate."This happened in front of a Malay-majority audience. So, how should Abdul Hadi's remarks be interpreted in the context of their political cooperation? said Fuziah, who is also Deputy Domestic Trade and Cost of Living Minister.Fuziah also expressed support for Pakatan Harapan's candidate for Klebang, Farzana Hayani, saying her links to the federal government could help bring local concerns to the authorities' attention regardless of race or religion.Separately, PKR Youth (AMK) chief Muhammad Kamil Abdul Munim described Abdul Hadi's remarks as extreme and prejudiced, warning that they could fuel religious hostility and undermine national unity.He said it was particularly concerning that such remarks came from a senior political leader with a background in religious education and significant influence within the Muslim community."Such a position and level of knowledge should be used to foster an understanding of Islam rooted in justice, wisdom, and noble character, not to cultivate the perception that a Muslim possesses an absolute moral superiority over followers of other religions, even when committing acts of injustice, he said in a statement.He said AMK viewed attempts to weigh the severity of an injustice based on religious identity as a departure from the principle of justice, a fundamental tenet of Islamic teachings.He added that such remarks raised questions about PAS's sincerity in building political cooperation across racial and religious lines."Do such views also apply to the leaders of the MCA and Gerakan, who are PASs political partners? Or is this principle applied only when dealing with those who hold opposing political stances? he asked.Muhammad Kamil urged Abdul Hadi to publicly clarify and retract his remarks, saying justice should apply equally regardless of race, religion or political affiliation.He stressed that Malaysia's future must be grounded in constitutional principles, respect for Islam as the religion of the Federation and the protection of religious freedom for all citizens."Justice does not discriminate based on the perpetrators skin color, lineage, or religion; indeed, injustice must be opposed, even when committed by those of the same race, religion, or political persuasion, he added





Albert Tei beri keterangan kepada polis isu hina PM - Sinarharian - 13/11 6:26 pm

MELAKA Pengarah Media Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Albert Tei hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada Jumaat bagi memberikan keterangan berhubung laporan polis terhadapnya.Beliau berkata, kehadirannya pada jam 11 pagi itu adalah bagi membantu siasatan susulan beberapa laporan polis yang dibuat oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung kenyataannya mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, beliau menerima panggilan daripada pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Melaka Tengah pada Khamis kira-kira jam 5 petang bagi membantu siasatan."Saya hadir ke sini untuk memberikan kerjasama kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan."Saya ingin menegaskan bahawa ucapan yang saya keluarkan ketika ceramah kempen PRN Melaka pada 7 November lalu di Dataran Madani Ayer Keroh Height, Melaka itu mempunyai asas berdasarkan perkara yang pernah diputuskan oleh mahkamah."Kenyataan berkenaan dibuat dengan tujuan memberikan peringatan kepada generasi muda supaya mengambil iktibar daripada sejarah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Terdahulu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang membuat satu laporan polis berhubung kenyataan yang didakwa mengandungi unsur penghinaan dan tuduhan peribadi terhadap Perdana Menteri.Timbalan Ketua Penerangan AMK Pulau Pinang, Syamer Suhaimi berkata, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada malam Selasa.Menurutnya, laporan berkenaan dibuat susulan penularan rakaman video yang memaparkan Albert menyampaikan ucapan dalam sebuah program ceramah politik yang dipercayai dianjurkan PN.





AMK kecam kenyataan Hadi, dakwa hina rakyat bukan Islam - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# AMK kecam kenyataan Hadi, dakwa hina rakyat bukan Islam MELAKA Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa 'sejahat-jahat orang Islam yang memerintah tidak akan sezalim orang bukan Islam'





AMK sifatkan Armand ‘cacing kepanasan’, tiada hujah selain .. - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# AMK sifatkan Armand 'cacing kepanasan', tiada hujah selain caci PMX ALOR GAJAH - Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah disifatkan seperti cacing kepanasan apabila didakwa semakin lantang melontarkan gelaran menghina pemimpin negara di tengah-tengah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka





AMK : Ucapan Hadi semarakan sentimen kebencian, bagaimana MCA, Gerakan? - Harapandaily - 13/11 5:00 pm

Kenyataan yang membandingkan tahap kezaliman seseorang berdasarkan agama mencetuskan teguran daripada Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang menyifatkannya sebagai pandangan ekstrem dan bercanggah dengan prinsip keadilan dalam Islam





Zalim tetap zalim, tidak kira agama pemimpin - AMK - Sinarharian - 13/11 4:10 pm

MELAKA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa bahawa sejahat-jahat orang Islam yang memerintah tidak akan sezalim orang bukan Islam.Naib Ketua AMK, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, kenyataan itu bukan sahaja menghina rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, malah mencemarkan imej Islam sebagai agama yang menitikberatkan keadilan.Menurutnya, ukuran seseorang pemimpin seharusnya dinilai berdasarkan amanah, integriti dan keadilan, bukannya agama yang dianutinya."Pemimpin Islam yang rasuah, menyalahgunakan kuasa dan menindas rakyat tetap zalim





AMK Johor persoal Onn Hafiz, minta UMNO cermin pendirian isu Raja Melayu - Sinarharian - 12/11 8:05 pm

JOHOR BAHRU Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diminta melihat semula pendirian UMNO berhubung isu institusi Raja-Raja Melayu sebelum menegur pihak lain berkaitan perkara sama.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, terdapat isu membabitkan institusi diraja di Negeri Sembilan yang menurutnya perlu turut diberi perhatian kepimpinan UMNO.Beliau merujuk kepada tindakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim yang didakwa menandatangani proklamasi penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Menurutnya, perkara itu menimbulkan persoalan mengapa Onn Hafiz tidak mengeluarkan kritikan sama ketika isu berkenaan berlaku.Faezuddin turut mendakwa Tuanku Muhriz pernah menyatakan kemurkaan terhadap Ismail secara terbuka ketika bertitah di Masjid Kariah Beting, Juasseh.Beliau memetik titah baginda yang dilaporkan berbunyi, "Selagi dia tidak tarik balik apa yang dia kata, jangan datang jumpa saya."Malah, katanya, Ismail sehingga kini masih belum mendapat perkenan Tuanku Muhriz untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).Faezuddin berkata, pendirian mempertahankan institusi Raja seharusnya konsisten dan tidak hanya dibangkitkan apabila melibatkan pihak tertentu."Kalau benar mahu mempertahankan institusi Raja, mulakan dengan parti sendiri."Jangan sampai kesetiaan kepada Raja dijadikan modal politik, sedangkan prinsipnya berubah apabila terkena batang hidung sendiri," katanya menerusi kenyataan di Facebook.Beliau turut menggunakan peribahasa 'Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak' bagi menggambarkan apa yang disifatkannya sebagai ketidakselarasan pendirian dalam isu berkenaan.Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada pendirian Onn Hafiz sebelum ini mempertahankan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong susulan polemik pelaksanaan tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Onn Hafiz menjelaskan sebarang persoalan atau kekeliruan berhubung pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat perlu dirujuk kepada kerajaan dan pihak bertanggungjawab, bukannya menjadikan Istana sebagai sasaran pertikaian politik.Ujar Pengerusi UMNO Johor itu lagi, sekiranyq terdapat kekeliruan pimpinan DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Majlis Peguam sepatutnya penjelasan perlu diperoleh daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.





PRN Melaka: Sasaran 15% undi bukti politik dendam Rafizi terhadap PH... - Mygazette - 12/11 4:33 pm

# PRN Melaka: Sasaran 15% undi bukti politik dendam Rafizi terhadap PH AMK ALOR GAJAH Sasaran Parti Bersama Malaysia (Bersama) untuk meraih 15 peratus undi popular pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan sebagai bukti parti pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli itu lebih didorong agenda politik balas dendam berbanding usaha memperjuangkan kepentingan rakyat





PRN Melaka: Sasar 15 peratus undi popular bukti politik dendam, kebencian Rafizi kepada PH - AMK - Sinarharian - 12/11 12:15 am

KUALA LUMPUR - Dengan potensi kemenangan yang semakin menipis dengan hanya menyasarkan 15 peratus undi popular pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, Bersama menunjukkan matlamat sebenar parti pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli itu untuk membalas dendam.Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Hilmi Zainol berkata, tindakan membalas dendam tersebut pastinya ditujukan kepada semua parti dalam komponen Pakatan Harapan (PH) terutama PKR selepas beliau kalah dalam pemilihan parti tersebut tahun lalu sekali gus masih memberi kesan terhadap Rafizi."Apakah rakyat Melayu mahu memberikan sokongan kepada politik balas dendam yang diamalkan parti pimpinan Rafizi ini sedangkan semua tahu dan sedar bahawa PH sedang berusaha sedaya-upaya untuk memberi kesenangan kepada rakyat."Pengundi yang menjadi sasaran Rafizi tentunya penyokong PH sendiri yang terpedaya dengan retorik dan hasutan beliau untuk memberikan undi kepada parti Kancil agar undi kepada PH akan berkurangan, terutama yang ditandingi PKR dan DAP," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Sebelum ini, Rafizi berkata, Bersama menyasarkan 15 peratus undi popular pada PRN Melaka sebagai penanda aras kekuatan parti itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi membuktikan mereka mempunyai penyokong tersendiri meskipun bertanding secara solo.Menurutnya, pencapaian tersebut mampu meletakkan Bersama pada kedudukan setanding dengan parti-parti yang sudah lama bertapak dalam politik negara.Mengulas lanjut, Dzul Hilmi berkata, pengundi harus menyedari matlamat politik Rafizi yang menggunakan pentas politik sebagai kaedah beliau untuk membalas dendam pada PKR selepas kalah dalam pemilihan yang lalu."Tiada elemen untuk membantu rakyat sebaliknya hanya bermatlamatkan untuk mengamalkan politik balas dendam yang penuh kebencian dan nafsu semata-mata," jelasnya





Tahanan rumah Najib: Tindakan AGC dapat penjelasan mahkamah bukan ingkar titah Agong - AMK - Sinarharian - 11/11 3:59 pm

SHAH ALAM - Tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapatkan penjelasan dan pembetulan perintah mahkamah berhubung pelaksanaan hukuman ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nabil Halimi berkata, sebaliknya ia bagi memastikan titah baginda dan keputusan Lembaga Pengampunan dilaksanakan dengan tepat, tanpa sebarang penyimpangan daripada maksud asal.Menurut beliau, hasilnya, Mahkamah Tinggi pada 10 November telah membatalkan Perintah Pelepasan Atas Pembayaran Denda bertarikh 6 November dan menggantikan perintah baharu yang secara jelas menetapkan Najib masih perlu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028."Ia membuktikan bahawa tindakan AGC mendapatkan penelitian dan pembetulan perintah tersebut mempunyai asas perundangan yang jelas."Malaysia ialah negara hukum





Penghinaan peribadi PM: AMK Pulau Pinang buat laporan polis terhadap Albert Tei - Sinarharian - 11/11 11:52 am

KEPALA BATAS Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang membuat satu laporan polis berhubung kenyataan ahli perniagaan, Albert Tei yang didakwa mengandungi unsur penghinaan dan tuduhan peribadi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Timbalan Ketua Penerangan AMK Pulau Pinang, Syamer Suhaimi berkata, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada malam Selasa.Menurutnya, laporan berkenaan dibuat susulan penularan rakaman video yang memaparkan Albert menyampaikan ucapan dalam sebuah program ceramah politik yang dipercayai dianjurkan Perikatan Nasional (PN).Beliau berkata, pihaknya memandang serius kenyataan yang didakwa menggunakan perkataan berunsur penghinaan seperti peliwat dan manusia biseksual bagi merujuk kepada Anwar."Kebebasan bersuara bukan lesen untuk membuat tuduhan dan penghinaan





Zahid's dissolution proposal could threaten political stability, says Johor AMK chief - Sinardaily - 11/11 9:25 am

JOHOR BAHRU Political leaders have been reminded not to sacrifice national stability for power struggles that could undermine the government's ongoing efforts to revive the economy and drive development.Johor Angkatan Muda Keadilan (AMK) chief Faezuddin Puad said Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi's suggestion that Parliament should be dissolved rather than a Cabinet reshuffle being carried out could create public anxiety and threaten the country's political stability.He said the people still remembered Umno's withdrawal of support for the government led by Tan Sri Muhyiddin Yassin in July 2021, as well as the political developments that led to the dissolution of Parliament under the administration of former prime minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob in October 2022."Does Zahid now want to repeat the same episode?"Such statements should not be taken lightly





AMK Sabah gesa PM rombak Kabinet, nilai semula menteri UMNO - Sinarharian - 11/11 8:44 am

KOTA KINABALU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mempertimbangkan untuk melakukan rombakan Kabinet secara tegas.Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil berkata, ini termasuk menilai semula kedudukan menteri-menteri UMNO sekiranya parti tersebut terus mengambil pendirian yang bercanggah dengan semangat dan hala tuju Kerajaan Madani."Kerajaan Perpaduan bukan tempat untuk menikmati kuasa dan jawatan, tetapi pada masa yang sama menyerang kerajaan sendiri demi kepentingan politik kepartian."Perkembangan mutakhir jelas menimbulkan persoalan terhadap kesepakatan politik dalam Kerajaan Perpaduan





'Apakah Ahmad Zahid mahu ulang episod sama?' - AMK Johor persoal cadangan bubar Parlimen - Sinarharian - 10/11 8:59 pm

JOHOR BAHRU - Pemimpin politik diingatkan supaya tidak mengorbankan kestabilan negara demi percaturan kuasa sehingga menjejaskan usaha pemulihan ekonomi dan pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berpandangan Parlimen lebih baik dibubarkan berbanding rombakan Kabinet boleh menimbulkan keresahan serta menggugat kestabilan politik negara.Beliau berkata, rakyat masih mengingati episod UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Julai 2021, selain perkembangan politik yang membawa kepada pembubaran Parlimen ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Oktober 2022."Apakah sekarang Ahmad Zahid mahu mengulangi episod yang sama?"Kenyataan begini bukan perkara kecil





AMK buat laporan polis siasat kekeliruan perintah pengampunan Najib - Mygazette - 10/11 7:58 am

# AMK buat laporan polis siasat kekeliruan perintah pengampunan Najib KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia akan membuat laporan polis bagi memohon siasatan terhadap kemungkinan wujud ketidakaturan dalam proses penyediaan perintah pengampunan bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak





Perintah pengampunan bersyarat Najib: Titah Agong mesti dijunjung, tafsiran undang-undang ikut saluran sah - AMK - Sinarharian - 9/11 5:05 pm

SHAH ALAM - Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mesti dijunjung, manakala setiap tindakan kerajaan dan institusi perundangan hendaklah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menegaskan, sebarang persoalan berhubung tafsiran dan pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diselesaikan melalui saluran undang-undang sah, bukan menerusi tuduhan belum dibuktikan.Ketua Biro Guaman dan Aduan Awamnya, Khairul Naim Rafidi berkata, kedaulatan undang-undang menuntut ketelitian, keadilan dan tanggungjawab daripada semua pihak dalam menangani isu berkenaan.Menurutnya, biro itu memandang serius kekeliruan pelaksanaan perintah berkenaan sehingga menimbulkan dakwaan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) dan kerajaan Malaysia mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong."Kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan wajib dihormati."Namun, tindakan AGC mendapatkan penjelasan mengenai tafsiran dan pelaksanaan perintah tidak dengan sendirinya bermaksud berlaku keingkaran terhadap titah Seri Paduka Baginda," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengarahkan Peguam Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan kedudukan undang-undang berkenaan.Sehubungan itu, proses penyediaan 'Order of Discharge' wajar diteliti bagi memastikan kandungannya selaras dengan keputusan Lembaga Pengampunan dan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong.Khairul Naim berkata, AMK juga akan menggerakkan laporan polis bagi memohon siasatan terhadap kemungkinan wujud ketidakaturan dalam proses berkenaan, termasuk sama ada terdapat unsur kesalahan.Menurutnya, tindakan itu bertujuan mengenal pasti punca kekeliruan serta memastikan sebarang salah laku, jika terbukti, ditangani mengikut undang-undang."Semua pihak perlu menghormati Perlembagaan dan memastikan persoalan berkaitan pelaksanaan perintah pengampunan diselesaikan secara tertib menerusi proses perundangan yang sah," tegasnya.





Lagi 50 peserta gabungan NGO berdemonstrasi, tuntut Rafizi hentikan fitnah - Sinarharian - 7/11 4:40 pm

KUALA LUMPUR - Kira-kira 50 peserta dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini sekali lagi berhimpun bagi menyerahkan memorandum yang menuntut bekas Ahli Parlimen Pandan yang juga pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli agar segera bersara dan berhenti fitnah.Jurucakap gabungan itu yang juga aktivis politik Pekemas, Faizan Mohd Nor berkata, berbanding himpunan di ibu pejabat Bersama sebelum ini, himpunan tersebut bertujuan untuk memberi tekanan yang lebih serius kepada Rafizi yang tidak mahu bertaubat dari menfitnah."Kami terpanggil untuk bangkit berdemonstrasi untuk mendesak Rafizi agar menghentikan perkara tidak bermoral dan berunsur fitnah seperti yang dilakukan ke atas exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amira Alias baru-baru ini."Kami juga mempersoalkan tindakan Rafizi yang didakwa semakin rancak menyerang pimpinan kerajaan dan ahli PKR, termasuk mereka yang sudah bersama-sama parti sejak zaman reformasi, susulan keputusan pemilihan parti baru-baru ini," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.Himpunan yang diadakan di pejabat Rafizi di Dataran Pandan Prima, di sini, turut menuntut agar Rafizi bertaubat dan tidak menyokong isu khalwat yang membabitkan sahabat baiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Setiawangsa.Antara pertubuhan NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Sekretariat Suara Wanita Nasional (SWN), Anak Muda Negara (Gen.Z), Bangkit Nasional (BANGKIT), Yayasan Masih Ada Yang Sayang (MAYS) dan Pertubuhan Demi Bangsa Negara (DEMI).Amira sebelum ini meminta Rafizi berhenti menipu dan menabur fitnah dalam isu yang didakwanya tuduhan tidak berasas terhadap latar belakang politik bapanya.Terbaharu, bekas Ahli Parlimen PKR, N





Menteri tidak sehaluan kerajaan Madani wajar undur diri, usah tunggu dipecat - Kamil Munim - Sinarharian - 7/11 3:35 pm

MASJID TANAH - Menteri yang tidak lagi sehaluan dengan kerajaan atau tidak mampu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, wajar mengundurkan diri secara sukarela dan bukannya menunggu sehingga dipecat.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan itu lebih mencerminkan prinsip dan pendirian seseorang pemimpin berbanding terus berada dalam Kabinet, tetapi pada masa sama bertindak memburukkan kerajaan.Menurutnya, keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan kestabilan politik terus terpelihara bagi menjamin kestabilan ekonomi negara."Mana-mana menteri daripada mana-mana blok yang tidak lagi sehaluan atau tidak mampu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, maka mereka sewajarnya mengundurkan diri."Tidak perlu menunggu sehingga dipecat





???Jangan hina keluarga pejuang Reformasi??? ??? Gobalakrishnan tegur .. - Mygazette - 6/11 4:25 pm

Ini adalah kemuliaan seorang Melayu Terengganu, katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook. Rafizi sebelum ini menerusi podcastnya mengkritik Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amira Alias berhubung dakwaan wanita itu bahawa beliau merupakan anak kepada bekas Ketua Cabang PKR Marang





Bersama controversies could affect support in Melaka polls - Sinardaily - 4/11 10:36 am

SHAH ALAM Controversies involving Bersama and criticism of its leader Datuk Seri Rafizi Ramli could affect the party's support in the Melaka state election, an Angkatan Muda Keadilan (AMK) leader has claimed





Rafizi, cukup-cukuplah fitnah dan menipu Exco AMK - Sinarharian - 4/11 6:30 am

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rafizi Ramli diminta menghentikan segera fitnah serta penipuan yang didakwa tidak berasas terhadap latar belakang politik bapa Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amira Alias.Amira menegaskan, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Rafizi mahu mengkritik atau menyerang dirinya secara peribadi, namun tindakan mengaitkan bapanya dengan dakwaan menyertai politik untuk mencari makan disifatkan sebagai penghinaan terhadap pengorbanan individu yang sudah bersama-sama perjuangan Parti Keadilan sejak 1999.Menurutnya, bapanya bukan sahaja pernah menjadi Ketua Pemuda Keadilan Marang, malah turut memegang jawatan Bendahari Pemuda Keadilan Terengganu dari 1999 hingga 2002.Jelas Amira, bapanya dipilih memegang jawatan bendahari ketika itu kerana mempunyai latar belakang sebagai ahli perniagaan yang mengusahakan perniagaan pengangkutan, pembuatan simen larik dan siling kapur."Cukup-cukuplah menipu, cukup-cukuplah fitnah orang





PRN Melaka: Faktor Rafizi menteri gagal, isu khalwat Nik Nazmi buat rakyat mahu 'sembelih' parti Kancil - AMK - Sinarharian - 2/11 6:30 pm

KUALA LUMPUR: Rakyat Melaka pasti akan menolak parti Kancil yang dipimpin Datuk Seri Rafizi Ramli ekoran dakyah-dakyah palsu yang sering menjadi mainan bibirnya selain rekod beliau sebagai menteri yang gagal.Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Hilmi Zainol berkata, selain faktor Rafizi itu, rakyat Melaka juga pastinya tidak menyokong dan memberikan undi kepada 16 calon parti Kancil ekoran isu moral pemimpinnya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang terpalit isu khalwat baru-baru ini."Rakyat sudah muak dengan pendedahan-pendedahan yang Rafizi selalu lakukan dan akan membuat penilaian terhadap pencapaian serta kemajuan negara ini terutama dalam bidang ekonomi semenjak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui kerajaan kira-kira empat tahun yang lalu."Pada masa yang sama, rakyat Melaka juga pastinya menilai kemampuan calon-calon Pakatan Harapan (PH) yang boleh menyelesaikan banyak isu-isu rakyat dengan gandingan yang mantap bersama kerajaan Persekutuan," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.Rafizi sebelum ini secara berseloroh berkata penyokong parti itu akan 'menyembelihnya' jika Bersama menyertai mana-mana gabungan politik kerana pengundi semakin bosan dengan kerjasama politik yang dibentuk atas dasar perebutan kuasa.Bersama bertanding secara solo dengan meletakkan calon di 16 kerusi pada PRN Melaka yang akan berlangsung pada 14 Nov ini.Mengulas lanjut, Dzul Hilmi berkata, pihaknya mahu menjadikan pencapaian ekonomi kerajaan Persekutuan dan usaha menangani kos sara hidup sebagai modal utama untuk meraih sokongan pengundi pada PRN Melaka.Jelasnya, PH juga berjanji tidak akan memainkan sentimen perkauman atau menggunakan serangan peribadi sepanjang kempen menerusi tema "Melaka Rumah Kita" dengan manifesto yang mengutamakan peluang pekerjaan, kos sara hidup dan masa depan golongan muda





PRN Melaka: Faktor Rafizi menteri gagal, isu khalwat Nik Nazmi buat rakyat mahu ‘sembelih’ parti Kancil – AMK - Utusan - 2/11 3:23 pm

KUALA LUMPUR: Rakyat Melaka pastinya akan menolak parti Kancil yang dipimpin DS Rafizi Ramli ekoran dakyah-dakyah palsu yang sering menjadi mainan bibirnya selain rekod beliau sebagai menteri yang gagal. Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Hilmi Zainol berkata, selain faktor Rafizi itu, rakyat Melaka juga pastinya tidak menyokong dan memberikan undi kepada 16 calon parti ..





PRN Melaka: PH beri ruang generasi baharu memimpin, pastikan kesinambungan kepimpinan Taufiq Johari - Sinarharian - 31/10 3:54 pm

SUNGAI PETANI Keputusan Pakatan Harapan (PH) mengetengahkan beberapa calon muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bertujuan memastikan kesinambungan kepimpinan parti dengan memberi ruang kepada generasi baharu.Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, semua faktor juga diambil kira termasuk kemampuan dan potensi mereka untuk menjadi pemimpin.Menurutnya, golongan muda perlu diberikan peluang membuktikan kebolehan masing-masing terutama dalam membawa idea serta pendekatan baharu kepada masyarakat."Apabila kita bercakap mengenai anak muda, ia bukan hanya soal usia semata-mata, tetapi kebolehan kepimpinan mereka serta ruang dan peluang yang diberikan."Ini satu langkah yang sangat baik kerana kita mahu memastikan adanya kesinambungan kepimpinan dengan memberi peluang kepada anak muda untuk memimpin," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) dan Hari Sukan Negara di Taman Komuniti Lebuh Arked di sini pad Sabtu.Pada PRN Melaka, PH menampilkan calon muda antaranya Muhammad Hakimin Mokhtar yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Farzana Hayani Mohd Nasir di (Klebang) dan Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah dari Amanah (Kuala Linggi).Muhammad Hakimin adalah Ketua AMK Melaka dan muka baharu bagi kerusi DUN Ayer Molek, manakala Farzana yang juga Ketua AMK Tangga Batu mempunyai pengalaman bertanding pada PRN Melaka 2021 apabila mewakili PH di DUN Sungai Rambai.Dr Mohammed Taufiq yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, langkah mengetengahkan calon muda itu merupakan perkembangan baik dalam landskap politik negara.Bagaimanapun, katanya, kepimpinan yang dipilih perlu mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi memastikan pembangunan serta kesejahteraan rakyat Melaka terus diberi perhatian."Kita harap agar rakyat di negeri Melaka mampu untuk membuat pilihan yang bijak, pilihan yang tepat untuk memastikan kelangsungan kepimpinan itu dapat terus berjalan dengan baik."Kita inginkan Melaka lebih baik di bawah kepimpinan yang mampu melaksanakan tugas untuk rakyat," katanya.





Rampasan aset RM409j: AMK gesa Rafizi henti jadikan isu mafia korporat... - Mygazette - 29/10 4:59 pm

# Rampasan aset RM409j: AMK gesa Rafizi henti jadikan isu mafia korporat modal politik KUALA LUMPUR Rampasan aset bernilai lebih RM409 juta dalam siasatan dakwaan 'mafia korporat' membuktikan ketegasan Kerajaan Madani menangani isu berkenaan, kata Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amira Alias



AMK minta penjelasan Zahid, rakyat mahu jalan siap, bukan polemik - Harapandaily - 28/10 6:01 pm

Jika peruntukan sudah disalurkan dan penyelarasan kewangan diluluskan, mengapa projek jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak masih dibatalkan? Persoalan itu dibangkitkan Mohd Nur Hilmie Milus, anggota Majlis Pimpinan AMK Malaysia yang menggesa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberikan penjelasan tuntas berhubung isu berkenaan



PKR tetap main peranan semak, imbang walaupun menang satu kerusi DUN - Mygazette - 27/10 4:00 pm

# PKR tetap main peranan semak, imbang walaupun menang satu kerusi DUN JOHOR BAHRU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor menegaskan akan tetap memainkan peranan sebagai semak dan imbang terhadap Kerajaan Negeri Johor walaupun hanya ada satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)



PRN Melaka: Tolak parti guna sentimen kaum, agama semasa kempen –... - Mygazette - 27/10 4:00 pm

# PRN Melaka: Tolak parti guna sentimen kaum, agama semasa kempen - AMK Johor JOHOR BAHRU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor menyeru rakyat menolak parti politik yang mempergunakan sentimen kaum dan agama dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti



Rafizi perlu kemuka bukti dakwaan, bukan alih perhatian – AMK - Mygazette - 26/10 5:41 pm

# Rafizi perlu kemuka bukti dakwaan, bukan alih perhatian - AMK KUALA LUMPUR - Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli menyaman Naib Presiden PKR, Datuk Seri R



UMNO dekati Pas, di mana kedudukan MCA dan MIC? – AMK - Mygazette - 26/10 7:49 am

# UMNO dekati Pas, di mana kedudukan MCA dan MIC? - AMK KUALA LUMPUR - Tindakan MCA menimbulkan persoalan mengenai kedudukan parti itu dalam gabungan Barisan Nasional (BN) ketika UMNO dilihat semakin terbuka kepada kemungkinan kerjasama politik dengan Pas



Mafia korporat: Rafizi perlu perjelas peranan beliau semasa jadi menteri - AMK - Sinarharian - 21/10 8:55 pm

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mempersoalkan sejauh mana peranan dan pembabitan Datuk Seri Rafizi Ramli semasa menjadi Menteri Ekonomi mengenai kewujudan kegiatan mafia korporat sehingga beliau terpaksa mendiamkan diri dan tidak langsung bersuara mengenainya.Exco AMK, Dzul Hilmi Zainol berkata, jika benar Rafizi mengetahui tentang kewujudan mafia korporat ketika beliau menjadi Menteri Ekonomi, rakyat berhak bertanya kenapa perkara itu tidak dibangkitkan secara terbuka ketika beliau masih berada dalam kerajaan.Tegasnya, Rafizi sendiri bukan orang luar ketika itu, malah beliau adalah sebahagian daripada kerajaan dan mempunyai kedudukan serta akses untuk membawa perkara itu kepada perhatian pihak berkuasa."Jadi, persoalan yang perlu dijawab ialah, bila Rafizi mula mengetahui perkara ini? Apakah tindakan yang telah diambil dan adakah beliau pernah membawa perkara tersebut kepada Perdana Menteri, Jemaah Menteri atau agensi penguatkuasaan?"Saya tidak mahu membuat tuduhan bahawa Rafizi terlibat atau bersubahat



Mafia korporat: Mengapa Rafizi diam ketika berkuasa, AMK desak beri .. - Mygazette - 21/10 3:56 pm

# Mafia korporat: Mengapa Rafizi diam ketika berkuasa, AMK desak beri penjelasan KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli perlu menjelaskan mengapa isu mafia korporat hanya dibangkitkan selepas tidak lagi memegang jawatan, sedangkan beliau mempunyai kedudukan dan akses untuk bertindak ketika berada dalam kerajaan



Nak tadbir negara, perlembagaan PN sendiri pun tak beres! AMK bidas Samsuri - Wrlr - 21/10 1:40 pm

Harapandaily October 21, 2026 Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Danish Hairudin membidas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar susulan dakwaan bekas pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu bahawa pembatalan pendaftaran gabungan berkenaan sebagai tindakan luar tabii dan kerajaan ketakutan



Nak tadbir negara, perlembagaan PN sendiri pun tak beres! – AMK bidas Samsuri - Harapandaily - 21/10 11:02 am

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Danish Hairudin membidas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar susulan dakwaan bekas pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu bahawa pembatalan pendaftaran gabungan berkenaan sebagai tindakan luar tabii dan kerajaan ketakutan



'Fahami perlembagaan sendiri sebelum salahkan kerajaan' - AMK - Sinarharian - 20/10 9:00 pm

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar supaya memahami dan mematuhi perlembagaan gabungan itu sebelum menyalahkan kerajaan berhubung pembatalan pendaftarannya.Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata, Naib Presiden Pas itu sepatutnya menjelaskan isu pematuhan perlembagaan PN susulan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan bukan menyifatkannya sebagai luar tabii serta mendakwa kerajaan ketakutan."Yang luar tabii ialah apabila pengerusi gabungan begitu lantang menuding jari, tetapi seolah-olah tidak memahami perlembagaan gabungannya sendiri."Notis RoS bertarikh 22 September 2026 telah dijawab PN dan menurut RoS, penjelasan itu gagal menyangkal asas pembatalan



Pas utamakan UMNO bukti tiada semangat setiakawan ??? AMK - Mygazette - 20/10 7:48 am

# Pas utamakan UMNO bukti tiada semangat setiakawan AMK KUALA LUMPUR Keputusan Pas mengutamakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam rundingan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) membuktikan parti itu lebih mengejar kuasa berbanding semangat setiakawan, dakwa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor



Kebebasan bersuara prinsip yang mesti dipertahankan – AMK Johor - Mygazette - 20/10 7:48 am

# Kebebasan bersuara prinsip yang mesti dipertahankan - AMK Johor JOHOR BAHRU - Kebebasan bersuara di negara ini merupakan prinsip yang mesti dipertahankan tanpa mengira siapa bertanya atau siapa dipersoalkan



PRU16: Utamakan UMNO bukti Pas kejar kuasa semata-mata, tiada semangat setiakawan - AMK - Sinarharian - 19/10 7:30 pm

KUALA LUMPUR - Selepas menyingkirkan Bersatu daripada Perikatan Nasional (PN), dengan mementingkan Wawasan yang merupakan parti serpihan Bersatu, Pas kini menunjukkan sikap sebenar dengan lebih mengutamakan seteru lama, UMNO pula berbanding Wawasan.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, situasi itu menunjukkan Pas tidak mempunyai semangat setiakawan sepertimana Pakatan Harapan (PH) kerana sanggup meminggirkan rakan gabungan yang ada semata-mata mahu melampiaskan nafsu untuk menduduki Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU16)."Pas pandai menggunakan slogan penyatuan ummah untuk PRU16, tetapi hakikat yang kita semua dapat lihat ialah mereka sanggup berkawan dengan seteru politik sejak berdekad-dekad selepas melihat potensi dan peluang yang wujud untuk meraih keuntungan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin sebelum ini berkata, Pas akan mengutamakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berbanding parti lain, termasuk Wawasan pimpinan Datuk Seri Hamzah Zainudin, dalam rundingan pakatan politik.Hashim berkata, mesyuarat Majlis Syura Pas yang dipengerusikannya baru-baru ini bersetuju bahawa parti itu boleh mengadakan rundingan dengan mana-mana parti, tetapi UMNO perlu diberi keutamaan.Mengakui bahawa usaha mengeratkan hubungan Pas dengan UMNO bukanlah mudah, beliau berkata kedua-dua parti perlu memanfaatkan sebaik-baiknya peluang untuk menyatukan kedua-dua parti.Mengulas lanjut, Muhammad Iman berkata, rakyat harus menilai dengan bijak terutama selepas apa yang terjadi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan kerajaan negeri menjadi tidak stabil selepas BN dan Pas menang dan berjaya menumbangkan PH



'Rakyat berhak dapat penjelasan' - AMK persoal kemampuan UMNO-BN kekalkan kestabilan Negeri Sembilan - Sinarharian - 16/10 10:43 pm

SHAH ALAM Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan mempersoalkan kemampuan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengekalkan kestabilan negeri susulan insiden kemurkaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohamad Hamizan Mohd Bahtiar berkata, perkembangan itu menimbulkan persoalan mengenai keupayaan kepimpinan politik negeri memelihara keharmonian institusi, mempertahankan maruah negeri dan memenuhi amanah rakyat.Beliau berkata, kestabilan dan kemakmuran yang diketengahkan UMNO-BN ketika pilihan raya kini dipersoalkan berikutan kemelut politik yang turut menjejaskan imej Negeri Sembilan.Menurutnya, rakyat mengharapkan kepimpinan negeri menguruskan perselisihan secara berhemah melalui perundingan, selain mengutamakan kepentingan negeri dan mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan."Sebarang perselisihan yang melibatkan institusi negeri seharusnya ditangani secara berhemah, berlandaskan Perlembagaan dan dengan mengutamakan kepentingan rakyat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Hamizan berkata, krisis itu turut menimbulkan persoalan mengenai kematangan diplomasi politik kepimpinan negeri, khususnya dalam menguruskan perbezaan pandangan yang membabitkan institusi diraja.Menurutnya, mandat yang diberikan melalui pilihan raya bukanlah lesen untuk sesebuah parti bertindak tanpa penelitian, sebaliknya hadir bersama tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dan keharmonian negeri."Sokongan rakyat juga bukan sesuatu yang boleh dianggap kekal, sebaliknya perlu dipelihara melalui prestasi, integriti dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan," katanya.Sehubungan itu, beliau berkata, kepimpinan UMNO-BN Negeri Sembilan perlu melakukan penilaian serius terhadap pendekatan politik dan pentadbiran yang diambil."Rakyat berhak mengetahui langkah yang akan dilaksanakan bagi meredakan ketegangan, memulihkan keyakinan awam dan memastikan perkara seumpama ini tidak berulang," katanya.Hamizan berkata, polemik berkenaan turut berisiko menjejaskan imej Negeri Sembilan yang sinonim dengan Adat Perpatih, kebijaksanaan bermusyawarah dan penghormatan terhadap institusi.Beliau menegaskan, rakyat berhak mendapatkan penjelasan, menuntut akauntabiliti dan menilai prestasi kepimpinan yang diberikan mandat.Menurutnya, kesetiaan kepada institusi diraja dan penghormatan terhadap Perlembagaan perlu dizahirkan melalui tindakan berhemah, manakala perbezaan pandangan hendaklah diselesaikan melalui saluran sah berlandaskan undang-undang."Akhirnya, persoalan yang harus dijawab bukan sekadar siapa yang menang atau kalah dalam percaturan politik ini, tetapi siapa yang benar-benar mempertahankan kepentingan rakyat dan maruah Negeri Sembilan," katanya.



PRN Melaka: AMK ketengah calon muda yang mampu beri kejutan - Mygazette - 16/10 7:17 am

# PRN Melaka: AMK ketengah calon muda yang mampu beri kejutan PUTRAJAYA Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengesahkan sayap parti itu akan mengetengahkan beberapa calon muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang




Reformasi     >>



Hadi did make the statement that even the worst Muslim .. - Harapandaily
Pas president Tan Sri Abdul Hadi Awang did make the controversial statement that even the worst Muslim rulers are less oppressive than non-Muslims, as reported by news portal Malaysiakini. The remarks were made during a Barisan NasionalPerikatan Nasional (BNPN) election campaign event in ..
Kroni     >>



Experts divided on whether Najib's house arrest sets .. - NST
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razaks house arrest could shape how future royal pardons are implemented, although constitutional experts differ on whether it would establish a precedent.
Tabloid     >>



Sensasi Langgak Duta, tamatnya PRN Melaka - Kosmo
Jalan Langgak Duta tiba-tiba popular. Ia menjadi sebutan disebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak kembali ke situ untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028. Jeritan bossku mengiringi kepulangan Najib pada malam Rabu lalu sebaik kenderaan yang membawanya memasuki Jalan ..
Tech     >>



Nvidia closes below $4T market cap for first time .. - Cnbc
Jensen Huang resigned as CEO of Nvidia on Thursday after coming under scrutiny for two extramarital affairs.
World     >>



Nvidia is done with Jensen Huang. The fallout in .. - Cnbc
The Republican-led Congress wants to see Jensen Huang in Washington before Democrats take control in January.
Motor Trend     >>



Nissan Bolot Dua Anugerah Utama JAHFA 2026, Elgrand .. - Careta
Nissan turut menguasai dua daripada empat kategori utama apabila LEAF generasi ketiga memenangi Car Design of the Year, manakala Volvo ES90/EX90 dan Toyota RAV4 masing-masing menerima anugerah bagi kategori kereta import dan teknologi. Keputusan pemenang diumumkan pada 4 November 2026 sebelum