///
See Also: Shutterstock

Search : Tinggi News   Page 1    



Maklumat perlu sampai lebih pantas ketika dilanda banjir - Utusan - 10/12 8:00 am

NEGARA dijangka berdepan beberapa lagi gelombang hujan lebat sehingga menyebabkan banjir dan pelbagai bencana yang berkaitan berlaku pada bulan-bulan akan datang. Tempoh kemuncak Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dijangka antara pertengahan Disember hingga Januari 2026, sekali gus membawa ancaman risiko banjir besar lebih tinggi





Pempengaruh, suami didakwa simpan 7 ekor hidupan liar dilindungi - Mgazette - 10/12 7:58 am

Terdahulu, Mas Izzaty memohon jaminan sebanyak RM10,000 bagi semua pertuduhan beserta syarat tambahan pasangan itu perlu melapor diri ke pejabat Perhilitan terdekat sebulan sekali. Bagaimanapun, Nur Nina dan Mohamad Zulaiman merayu mahkamah menetapkan ikat jamin lebih rendah dengan alasan mereka tidak mampu membayar jumlah yang tinggi dan mempunyai dua anak dan ibu bapa untuk disara





‘Malaysia banyak hospital hebat, tawarkan rawatan IVF terbaik - Kosmo - 9/12 10:25 pm

PETALING JAYA – Dilantik sebagai duta jenama Tahun Pelancongan Perubatan Malaysia (MYMT) 2026, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sedia memberikan komitmen tinggi dalam mempromosikan kepakaran industri perubatan





Farreyl Haikal bebas tuduhan bunuh polis bantuan wanita - Sinarharian - 9/12 8:47 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan bekas penebar roti canai daripada pertuduhan membunuh seorang anggota polis bantuan wanita di sebuah pangsapuri di Damansara Damai, enam tahun lepas.Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah dalam keputusan sebulat suara melepas dan membebaskan Mohamad Farreyl Haikal Abdullah, 28, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Jun 2024 yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) dan 12 sebatan terhadapnya."Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana gagal mengambil kira laporan kimia yang membuktikan kehadiran seorang lelaki lain yang tidak dapat dikenal pasti identitinya (di dalam rumah tersebut)."Laporan itu menunjukkan wujud kesan asid deoksiribonukleik (DNA) orang lain pada puntung rokok, seluar dalam dan bantal di dalam bilik mangsa yang memungkinkan kehadiran pihak lain di dalam bilik si mati."Tiada keterangan dikemukakan untuk menyokong hujahan pihak pendakwaan yang bersandarkan prinsip orang terakhir dilihat di tempat kejadian (last seen principle) bagi mendakwa perayu," kata Azman yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz.Mohamad Farreyl Haikal didakwa membunuh Nor Aisyah Abdullah, 25, di sebuah pangsapuri di Damansara Damai antara jam 2 pagi, 17 Oktober 2019 hingga 12.45 tengah malam, 18 Oktober 2019 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah berhujah bahawa penemuan DNA perayu di dalam rumah terbabit menjadi bukti kukuh bahawa perayu ada bersama dengan wanita itu sebelum kematiannya."Perayu mengaku menghisap rokok dan DNA dirinya dijumpai pada puntung rokok yang diambil oleh pihak forensik," katanya.Beliau berkata keterangan saksi pakar dalam bidang Forensik Patologi (saksi pendakwaan ketiga - SP3) turut menyatakan sebab kematian si mati ialah sesak nafas (smothering) akibat tekupan sepertimana laporan bedah siasat."Tekupan boleh terjadi daripada tangan atau apa-apa objek





Valve Mahu HDMI Forum Menyokong Teknologi Sumber Terbuka Melalui HDMI 2.1 - Amanz - 9/12 6:13 pm

Teknologi High-Definition Media Interface ataupun lebih dikenali sebagai HDMI ialah sebuah teknologi sambungan media yang dibangunkan oleh HDMI Forum sebagai piawaian teknologi untuk sambungan berdefinisi tinggi untuk pelbagai jenis media dan peranti-peranti elektronik





Peguam Albert Tei mohon semakan kehakiman terhadap arahan SPRM - FMT - 9/12 5:15 pm

Mahajoth Singh kata permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi.





Penuntut IPT Berdepan 2 Pertuduhan, Mengaku Tak Bersalah Buat Perlakuan Intim Dengan Calon SPM Dalam Myvi - Siraplimau - 9/12 5:01 pm

Mahkamah Sesyen Pasir Emas pada Selasa menjadi perhatian apabila seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Jeli dihadapkan atas dua pertuduhan dengan sengaja melakukan seks oral dan amang seksual fizikal





Yayasan Ilham, 5 syarikat dibenar mencelah kes aset London dikaitkan Naimah - FMT - 9/12 4:55 pm

Mahkamah Tinggi putuskan ada bidang kuasa dengar permohonan syarikat itu cabar permohonan SPRM beku aset bernilai 132 juta.





Haval Raptor PHEV Hi4 Bakal Tiba 2026 Rekaan Kotak Moden Kuasa Tinggi Jarak Penuh Hingga 1000km - Careta - 9/12 4:45 pm

Rupa depan Haval Raptor menampilkan gaya kotak dengan identiti rugged yang jelas





Penganggur terjerat pelaburan dalam talian rugi RM310,000 - Mgazette - 9/12 4:38 pm

# Penganggur terjerat pelaburan dalam talian rugi RM310,000 MUAR - Seorang penganggur berputih mata selepas wang simpanannya RM310,000 lesap selepas tertarik dengan tawaran keuntungan tinggi sekiranya menyertai satu pelaburan dalam talian





Penjenamaan semula wakaf PPZ perkukuh identiti pengurusan wakaf - Mgazette - 9/12 4:38 pm

Dalam pada itu, Mohd Naim turut menzahirkan kesyukuran kerana penjenamaan semula tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 5 September lalu. Ia sekali gus menjadi pengiktirafan tertinggi kepada usaha PPZ-MAIWP dan MAIWP dalam memodenkan pengurusan wakaf tunai di negara ini





KFC Malaysia Bersama Johor Motorsports Racing, Perkasa Pembangunan Belia - Siakapkeli - 9/12 3:47 pm

KFC Malaysia Bersama Johor Motorsports Racing, Perkasa Pembangunan Belia KFC Malaysia mengukuhkan komitmennya dalam memperkasa pembangunan belia melalui jalinan kerjasama strategik dengan Johor Motorsports Racing (JMR) dengan membawakan pengalaman paddock perlumbaan secara langsung ke restoran KFC Edusphere, Cyberjaya. Inisiatif ini menjadikan sukan permotoran lebih mudah diakses serta menyemarakkan minat generasi muda terhadap industri berimpak tinggi […] The post KFC Malaysia Bersama Johor Motorsports Racing, Perkasa Pembangunan Belia appeared first on Siakap Keli .





Mahkamah kurang sebatan lelaki edar 113kg kanabis - FMT - 9/12 2:48 pm

Hakim membuat keputusan itu walaupun pihak pendakwaan berhujah 15 sebatan patut dikekalkan kerana berat kanabis terlalu tinggi.





Bank Dunia Saran Malaysia Tumpu Pertumbuhan Inklusif - Wrlr - 9/12 1:42 pm

Barisan panelis pada sesi Forum Memperkukuh Sektor Kesihatan Pendidikan dan Kemiskinan sempena Majlis Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin Perbadanan Putrajaya pada 6 Disember 2025. Ririn berkata Malaysia sudah mempunyai asas yang kukuh, termasuk kadar kemasukan ke sekolah menengah yang tinggi, perlindungan penjagaan kesihatan yang meluas serta kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)





Penuntut IPT didakwa seks oral dengan calon SPM dalam Myvi - Sinarharian - 9/12 11:48 am

PASIR MAS - Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di Jeli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dua pertuduhan melakukan seks oral terhadap kekasihnya yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lebih seminggu lalu.Tertuduh, Muhammad Yushakimi Jamaludin, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Zulkpli Abdullah.Mengikut pertuduhan, Muhammad Yushakimi didakwa sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun 10 bulan itu dalam sebuah Perodua Myvi di tempat letak kereta Lata Janggut, Jeli, pada jam 2.30 petang, 29 November lalu.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah seksyen 377B Kanun yang sama dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta hendaklah disebat, jika sabit kesalahan.Pada pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada masa, tarikh dan tempat yang sama.Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum dibawah seksyen 14 Akta yang sama.Sabit kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta 792, pesalah boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Nailah Harizan menawarkan jaminan RM20,000 bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam, Habibah Wahab merayu jaminan itu dikurangkan."Tertuduh masih muda dan kini menuntut di semester lima, dua semester lagi untuk tamat pengajian."Ibu bapa tertuduh juga hadir pada hari ini dari Ipoh, Perak untuk membayar jaminan," katanya.Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan pada 11 Januari tahun depan untuk sebutan semula.Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang penuntut universiti dan calon SPM yang ditahan selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Kampung Rabbana, Jeli dipercayai tidak sempat melakukan hubungan tidak bermoral di dalam kereta.Pasangan kekasih itu ditahan polis yang mengejar kereta dinaiki mereka





Ombudsman Malaysia akan ditubuh, perkukuh integriti sektor awam - Sinarharian - 9/12 10:46 am

PUTRAJAYA - Ombudsman Malaysia akan ditubuhkan dengan mandat yang lebih luas untuk memperkukuh integriti dan ketelusan sektor awam negara.Perkara itu dipersetuju dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Negara (JKKTN) 2025 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan cadangan itu merangkumi fungsi salah tadbiran, salah laku, perlindungan pemberi maklumat serta kebebasan maklumat yang mengutamakan kepentingan dan hak rakyat untuk mengajukan aduan bagi penambahbaikan perkhidmatan dan mengekalkan tahap integriti tinggi sektor awam."Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman ini akan dibentangkan di Parlimen pada awal tahun depan," menurut SPRM dalam kenyataan pada Isnin.Menurut SPRM, mesyuarat itu turut membincangkan empat substrategi dalam Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) yang perlu diberi tumpuan supaya dapat dilaksanakan mulai 2026."Substrategi itu ialah sistem perolehan bersepadu dikenali sebagai Sistem Perolehan Digital (Sistem d.Pro) oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan penggubalan RUU Kebebasan Maklumat untuk orang awam mengakses maklumat kerajaan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM)," menurut kenyataan itu.Dua lagi substrategi ialah pelaksanaan i-Kad secara digital melalui National Integrated System (NIIse) dalam modul Pas Pelajar sebagai pengenalan diri bagi pelajar asing oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan menggalakkan insentif cukai dalam kalangan syarikat yang mendapat akreditasi Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) MS ISO 37001 oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM).Menurut SPRM, mesyuarat itu juga menyambut baik cadangan penggubalan undang-undang baharu bagi mengawal selia Perusahaan yang Dimiliki atau Dikawal oleh Kerajaan (SOE) termasuk anak syarikat di bawah badan berkanun."Melalui perundangan ini, penubuhan dan laporan SOE hendaklah dibentangkan di Parlimen bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban," menurut kenyataan itu.SPRM memaklumkan usaha itu adalah bagi meningkatkan pematuhan korporat supaya syarikat yang mengurus dana awam melaksanakan mandat obligasi sosial berdasarkan standard tatakelola baik di bawah kerangka undang-undang lebih berstruktur."RUU SOE ini akan dibentangkan di Parlimen pada akhir 2026," menurut kenyataan itu.Mengenai Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) yang dilancarkan Jumaat lepas, SPRM memaklumkan, ia adalah inisiatif nasional untuk membudayakan integriti sektor awam yang dijadikan mekanisme wajib menilai tahap integriti dan tatakelola agensi sektor awam.SPINE merupakan sistem alternatif kepada ABMS yang tidak membebankan agensi daripada segi kos melibatkan yuran pensijilan atau audit luaran."SPINE akan mula dilaksanakan sepenuhnya kepada semua agensi awam Persekutuan serta negeri bermula Januari 2026," menurut kenyataan itu.Mesyuarat itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Turut hadir ialah Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar; Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) SPRM Datuk Idris Zaharuddin





Lebih 3500 peserta sertai Miles with ecoBrowns Urban Walk 2025 - Sinarharian - 9/12 9:30 am

PETALING JAYA Program Miles with ecoBrowns Urban Walk 2025 berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 3,500 peserta yang berkumpul seawal jam 6 pagi di Sunway Pyramid disini menandakan komitmen tinggi masyarakat terhadap gaya hidup sihat dan aktiviti komuniti.Menurut Pengurus Kanan Kumpulan, Serba Wangi Sdn Bhd, Chua Keng Jin, acara berjalan kaki anjuran ecoBrowns itu memasuki tahun Kelima sejak diperkenalkan ketika tempoh Covid-19 bagi menggalakkan masyarakat kekal aktif walaupun berdepan cabaran kesihatan dan pergerakan terhad."Tahun ini menandakan kali ketiga ia diadakan secara fizikal sebagai acara tahunan, sekali gus menunjukkan sambutan yang semakin meningkat," katanya kepada Sinar Harian selepas menyempurnakan majlis pelepasan Program Miles with ecoBrowns Urban Walk 2025.Menurut Keng Jin, walkathon berkenaan bukan sahaja menjadi platform untuk menghargai pengguna, malah sebagai usaha berterusan mempromosikan kehidupan sihat dan masa berkualiti bersama keluarga serta rakan-rakan."Dalam kesibukan hidup, kita sering terburu-buru dari satu perkara ke perkara lain





Lazada rekod lonjakan permintaan jenama bernilai tinggi semasa 11.11 - Sinarharian - 9/12 9:27 am

KUALA LUMPUR Pengguna di Malaysia kini menunjukkan perubahan ketara dalam corak membeli-belah dalam talian mereka, apabila jenama premium muncul sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan di platform Lazada Malaysia sepanjang 11.11 Global Brands Festival 2025.Perkembangan ini mencerminkan kepercayaan yang konsisten terhadap Lazada Malaysia sebagai platform yang selamat dan boleh dipercayai untuk pembelian produk premium, serta tahap keselesaan yang semakin meningkat untuk berbelanja lebih bagi produk berkualiti menjelang jualan hujung tahun 12.12.Jenama premium dan mewah seperti Nike, Sony, Este Lauder, Dyson dan Shu Uemura adalah antara jenama paling laris di Lazada Malaysia sepanjang 11.11, membuktikan bahawa rakyat Malaysia kini lebih yakin memilih produk bernilai tinggi secara dalam talian, khususnya di Lazada.Pengguna juga menunjukkan tahap kepercayaan yang kukuh terhadap platform Lazada untuk pembelian elektronik bernilai tinggi.Dalam kategori Electronics (EL), semakin ramai pembeli memilih gajet bernilai tinggi, yang muncul sebagai antara segmen paling menonjol sepanjang kempen mega 11.11 baru-baru ini





Lenovo Akan Lancarkan Komputer Riba Skrin Gulung Ultra Lebar - Amanz - 9/12 9:20 am

Tahun lalu ThinkBook Plus Gen 6 Rollable dilancarkan sebagai komputer riba dengan skrin gulung pertama dunia. Dengan menekan hanya satu butang, skrin komputer riba ini akan memanjang ke atas memberikan skrin yang lebih tinggi berbanding 16:9





Letak STPM, matrikulasi bawah KPT risiko gugat masa depan pelajar Melayu - Utusan - 9/12 7:51 am

KOTA BHARU: Reformasi pendidikan tinggi yang sedang dirangka kerajaan untuk memindahkan program Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan matrikulasi daripada Kementerian Pendidikan (KPM) ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan pelajar Melayu di luar bandar





Wujud campur tangan politik, cubaan tutup kes rasuah kerajaan – Azman - Mgazette - 9/12 7:49 am

Mengikut pertuduhan sama, Azman melakukan kesalahan itu dengan mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KAHB untuk mengeluarkan surat tawaran projek tersebut kepada Mohd Hassanaim. Selain itu, Azman bersama barisan peguamnya akan mengemukakan permohonan untuk menggugurkan pertuduhan itu ke Mahkamah Tinggi sebelum sebutan kes tersebut pada 17 Januari 2026





Thanabalan mati dalam tahanan polis, keluarga dapat ganti rugi RM1.1 juta .. - Mgazette - 9/12 7:49 am

# Thanabalan mati dalam tahanan polis, keluarga dapat ganti rugi RM1.1 juta SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini memberikan ganti rugi kira-kira RM1.1 juta kepada keluarga ahli perniagaan, S





Ganti rugi lebih RM30 juta masuk akaun Amanah Raya selaku pemegang amanah - Mgazette - 9/12 7:49 am

# Ganti rugi lebih RM30 juta masuk akaun Amanah Raya selaku pemegang amanah KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan ganti rugi lebih RM30 juta yang perlu dibayar kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes saman berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh, didepositkan ke dalam akaun Amanah Raya Berhad





Sektor pelancongan Hat Yai rugi lebih RM2.58 bilion - Utusan - 9/12 7:37 am

Presiden Persatuan Industri Pelancongan Halal Thai-ASEAN (TAHTA), Aida Oujeh berkata, ia melibatkan lokasi pelancongan, hasil pendapatan pengusaha hotel, pengangkutan dan kedai makan. Katanya, kerugian dijangka meningkat tinggi sekiranya ..





Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetapkan 5 Feb - Mkini - 8/12 8:55 pm

Notis rayuan difailkan pada 7 Mac untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Isa atas pertuduhan rasuah.





Mati Dalam Tahanan Polis, Keluarga Ahli Perniagaan Terima Pampasan RM1.1 Juta - Siakapkeli - 8/12 8:39 pm

Mati Dalam Tahanan Polis, Keluarga Ahli Perniagaan Terima Pampasan RM1.1 Juta KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan polis dan kerajaan membayar pampasan RM1.1 juta kepada keluarga seorang ahli perniagaan yang meninggal dunia dalam lokap polis pada 2018





Mati dalam tahanan polis, keluarga ahli perniagaan terima pampasan RM1.1 juta - Sinarharian - 8/12 7:52 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan polis dan kerajaan membayar pampasan RM1.1 juta kepada keluarga seorang ahli perniagaan yang meninggal dunia dalam lokap polis pada 2018.Hakim Noor Hayati Mat memutuskan balu S





Belanja RM11,000 ubah suai motosikal, akhirnya disita JPJ - Sinarharian - 8/12 7:19 pm

KUALA LUMPUR Seorang penunggang motosikal sanggup membelanjakan hampir RM11,000 untuk mengubah suai kenderaannya, namun ia dikesan gagal memenuhi spesifikasi keselamatan.Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL), Hamidi Adam berkata, motosikal terbabit merupakan antara empat buah motosikal yang disita dalam satu operasi khas di ibu negara pada Ahad."Dalam operasi itu, sebanyak 65 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya ubah suai ekzos ekstrem, nombor pendaftaran fancy, lesen kenderaan tamat tempoh, tiada lesen memandu, tiada insurans, tiada brek belakang serta nombor pendaftaran palsu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Hamidi berkata, operasi yang dijalankan dari jam 2 pagi hingga 5 pagi itu melibatkan lapan anggota JPJ dan 12 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Skuad 42."Kami turut mengesan penunggang motosikal yang menggunakan 'cable tie' sebagai pengikat brek, selain kesalahan lesen kenderaan motor tamat tempoh sejak 2011, dan seorang penunggang lain mempunyai 11 saman lampau yang masih belum diselesaikan," katanya.Beliau berkata, individu yang terlibat datang dari Negeri Sembilan, Kuala Selangor, Klang dan sekitar Lembah Klang."Mereka dipercayai berkumpul di pusat bandar untuk aktiviti berisiko tinggi pada lewat pagi," katanya lagi.Hamidi turut menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap motosikal ubah suai akan dipertingkatkan pada tahun 2026, khususnya di kawasan 'hotspot' pusat bandar."Kami akan meneruskan operasi ini sehingga penghujung tahun, dengan tumpuan pada waktu-waktu panas ketika aktiviti kumpulan itu berlaku."Orang awam boleh menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang melalui aplikasi MyJPJ (e-Aduan) atau e-mel aduantrafik@jpj.gov.my bagi membantu pihak berkuasa melaksanakan tindakan penguatkuasaan dengan lebih berkesan," ujarnya.





Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetapkan pada 5 Februari 2026 - Sinarharian - 8/12 6:58 pm

PUTRAJAYA - Pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah telah dijadualkan semula kepada 5 Februari tahun depan di Mahkamah Persekutuan.Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz berkata, tarikh baharu itu ditetapkan semasa pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar, Wan Fatimah Zaharah Wan Yussof hari ini.Beliau memberitahu Bernama bahawa tarikh pendengaran yang sepatutnya ditetapkan pada 4 Disember terpaksa dijadualkan semula kerana Mohd Isa, 75, dimasukkan ke hospital.Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 7 Mac lepas untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Mohd Isa atas pertuduhan terbabit.Pihak pendakwaan kemudiannya mengemukakan petisyen rayuan pada 26 Jun dengan 24 alasan bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta ketika melepaskan dan membebaskan Mohd Isa daripada semua pertuduhan.Pada 6 Mac tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan Mohd Isa selepas membenarkan rayuannya.Panel itu sebulat suara mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta yang dijatuhkan kepada Mohd Isa.Mahkamah Rayuan juga membatalkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021 yang mendapati Mohd Isa bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 hingga 11 Dismber 2015.Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu didakwa menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd ketika itu, Ikhwan Zaidel, melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip.Bayaran itu dibuat sebagai tanda terima kasih kerana meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd pada harga RM160 juta.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 21(1) akta sama, memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan





Pembukaan Pusat Data Baru Dikatakan Tidak Akan Menyebabkan Tarif Elektrik Dan Air - Amanz - 8/12 6:46 pm

Malaysia dijangka akan membuka banyak bangunan pusat data dalam masa terdekat dan akan datang kelak, dan sebahagian daripada kerisauan orang ramai ialah tentang penggunaan air yang tinggi untuk menyejukkan komputer-komputer pelayan tersebut





ACLE: Shanghai Port FC optimis raih tiga mata - Sinarharian - 8/12 6:39 pm

PENGENDALIShanghai Port FC, Kevin Muscat optimis bahawa pasukannya mampu membawa pulang tiga mata berharga dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa.Menurutnya, skuad The Red Eagles bakal mempamerkan aksi terbaik untuk merealisasikan misi meraih kemenangan dan mengukuhkan kedudukan dalam saingan Kumpulan A, Zon Timur."Kami tetap akan berusaha melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini."Ia merupakan perlawanan penting di mana kami memerlukan mata maksimum dan kami akan melihat cabaran ini secara positif," katanya pada sidang akhbar menjelang perlawanan.Mengulas lanjut, Muscat berkata, beliau sedar akan corak permainan berintensiti tinggi yang diamalkan skuad Harimau Selatan, hasil analisis menyeluruh ke atas prestasi JDT."Saya boleh sifatkan JDT sebagai sebuah pasukan yang stabil dan konsisten dalam saingan ACLE ketika ini," ujarnya.Berkaitan kemungkinan Arif Aiman tidak diturunkan pada perlawanan tersebut, Muscat berkata, pasukannya tetap perlu berwaspada dengan ancaman daripada jentera serangan JDT.Malah, katanya, beliau masih mengingati dua jaringan Arif Aiman ketika pertembungan kedua-dua pasukan musim lalu."Arif adalah pemain yang sangat baik tetapi mungkin bukan satu-satunya pemain berkualiti yang tidak dapat bermain."Walau apa pun, JDT tetap mempunyai ramai pemain yang bagus





Caruman tamat tempoh: Penghantar p-hailing maut tidak layak tuntut SKSPS - Sinarharian - 8/12 6:22 pm

SHAH ALAM Penghantar p-hailing, Muhammad Izzat Daanish Sharil, 22, yang meninggal dunia susulan terlibat dalam kemalangan pada Sabtu didapati tidak layak untuk menerima tuntutan faedah di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).Pengerusi Pertubuhan Tenaga GiG Melaka, Muhammad Nazli Zainul Abidin berkata, perkara itu berlaku kerana caruman SKSPS Allahyarham telah tamat tempoh pada 28 April 2025.Menurutnya, situasi itu amat mengecewakan, lebih-lebih lagi apabila insiden sebegini melibatkan individu yang bekerja dalam sektor berisiko tinggi."Kami juga telah berhubung dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menyemak status caruman SKSPS Allahyarham."Namun, kami dimaklumkan bahawa caruman Allahyarham telah tamat tempoh."Allahyarham merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan sedang menjaga ibunya yang menghadapi masalah kesihatan."Kami difahamkan Allahyarham tidak dapat membayar caruman tersebut berikutan kenaikan mendadak selepas kerajaan menghentikan subsidi bagi sektor e-hailing dan p-hailing," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, industri ekonomi gig dikejutkan dengan kemalangan yang meragut nyawa Muhammad Izzat Daanish.Allahyarham ketika itu sedang menjalankan tugas sebagai Rakan Penghantar GrabFood Malaysia sebelum terlibat dalam insiden tragis apabila dihempap pokok tumbang ketika melalui kawasan Ayer Keroh, Melaka.Tambahnya, kenaikan kadar caruman tersebut menjadi punca utama ramai rakan penghantar gagal memperbaharui perlindungan di bawah SKSPS."Pada tahun 2024, penghantar p-hailing dan pemandu e-hailing hanya perlu membayar RM23.30 setahun."Namun, pada tahun 2025, mereka perlu membayar RM70.00 setahun, iaitu kenaikan sebanyak 200 peratus."Subsidi tersebut tiba-tiba dihentikan dan PERKESO hanya mengeluarkan kenyataan selepas rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kami, Penghantar mengutarakan isu ini."PERKESO sepatutnya lebih cakna dengan memaklumkan lebih awal supaya rakan e-hailing dan p-hailing dapat bersedia jika tiada lagi subsidi daripada kerajaan, dan bukannya hanya memberi reaksi selepas menerima pertanyaan daripada rakan NGO," jelasnya.Pertubuhan Tenaga GiG Melaka turut menggesa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk mengambil tanggungjawab atas kemalangan yang meragut nyawa Muhammad Izzat.Muhammad Nazli juga menggesa pihak MBMB untuk menyegerakan dan mempermudahkan semua proses tuntutan bagi membantu serta menjamin kebajikan waris Allahyarham."Kami juga ingin menyeru pihak berkuasa tempatan agar mempertingkatkan pemantauan serta penyelenggaraan pokok-pokok besar dan uzur yang berpotensi membahayakan pengguna jalan raya."Langkah pencegahan awal amat penting bagi mengelakkan tragedi seumpama ini, khususnya kepada mereka yang saban hari berada di jalan raya demi mencari rezeki buat keluarga," ujarnya.





Azman dakwa tuduhan rasuah sengaja dibuat untuk alih perhatian - Sinarharian - 8/12 4:13 pm

SHAH ALAM Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin selesai membayar ikat jamin RM75,000 selepas hampir empat jam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah.Bercakap pada sidang media selepas proses itu, Azman, 53, mendakwa pertuduhan terhadapnya sengaja dibuat bagi mengalihkan perhatian daripada kes-kes lain yang lebih besar, antaranya isu rakaman video 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, ia termasuk pendakwaan kes rasuah membabitkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin."Semua ini berlaku mungkin disebabkan teguran saya mengenai soalan di Parlimen baru-baru ini. Disebabkan perkara itu, saya dituduh dengan kes yang tidak berasas malah dalam kertas pertuduhan, tidak dinyatakan bahawa saya meminta mahupun menerima rasuah."Nampak wayang lebih, saya harap tiada pihak menggunakan kuasa untuk menekan orang lain tapi dalam masa sama, menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi," katanya yang ditemani peguam, Afiq NardinMenurut Azman lagi, beliau yakin pertuduhan ke atas dirinya mempunyai unsur campur tangan politik bagi menutup isu lain.Ditanya punca pertuduhan dibuat selepas lima tahun kesalahan didakwa dilakukan, Azman berkata, soalan tersebut sepatutnya diajukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)."Itu kena tanya SPRM," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada pengamal media yang menanti sejak jam 11 pagi, memandangkan proses pembayaran jaminan tersebut memakan masa agak lama.Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa bersubahat dengan seorang ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, 41, untuk melakukan kesalahan menerima suapan RM400,000 daripada seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun.Ia sebagai upah membantu lelaki itu mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).Kesalahan tersebut dilakukan hasil persubahatannya dengan mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KAHB untuk mengeluarkan surat tawaran kepada lelaki itu bagi projek tersebut.Kesalahan didakwa dilakukan di tepi jalan berhadapan pejabat sebuah syarikat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi di sini, jam 5 petang 23 Jun 2020.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta serupa.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Tertuduh dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM75,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan, menyerahkan pasport kepada mahkamah.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, SPRM menahan ahli Parlimen terbabit Khamis lalu bagi siasatan kes usaha sama ternakan lembu milik kerajaan negeri sementara seorang ahli perniagaan telah ditahan pada Mac lalu, namun dilepaskan dengan jaminan.Siasatan yang dijalankan sejak Februari, melibatkan dakwaan penerimaan wang ratusan ringgit sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.





MP PN nafi salah laku kes projek lembu - Harapandaily - 8/12 4:07 pm

Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan pertuduhan bersubahat menerima suapan RM400,000 yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini





Anthony Loke Saran Pemaju Kurangkan Parkir Untuk Projek Baharu Berhampiran Stesen Pengangkutan Awam - Careta - 8/12 4:01 pm

Beliau menyarankan agar pemaju mengurangkan jumlah petak parkir yang dibina untuk projek baharu yang berada dalam lingkungan stesen pengangkutan awam kerana keperluan parkir yang terlalu tinggi menjadi antara faktor yang meningkatkan harga hartanah





Peruntukan kesihatan 2026 ???cukup makan???, negara risiko hadapi krisis .. - Mgazette - 8/12 3:55 pm

Jika panggilan tidak dijawab atau terputus, siapa yang menanggung darah di tangan mereka? soalnya. Beliau turut menegur kelewatan pembayaran kenaikan elaun on-call di hospital pengajar, mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjelaskan hospital mana yang telah melaksanakan bayaran dan menyenaraikan yang masih tertunggak





43 sekolah di Melaka guna alat pengesan logam kawal kemasukan telefon... - Mgazette - 8/12 3:55 pm

# 43 sekolah di Melaka guna alat pengesan logam kawal kemasukan telefon bimbit MELAKA Sebanyak 43 daripada 80 sekolah menengah di Melaka termasuk yang mempunyai isu tertentu sudah menggunakan pengimbas logam bagi mengawal kemasukan telefon bimbit serta peralatan terlarang ke dalam kawasan sekolah. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, langkah itu adalah antara 13 inisiatif utama kerajaan negeri tahun ini bagi menangani isu disiplin pelajar





Kerajaan bersilih ganti tetapi rakyat masih derita kerana jalan masih .. - Mgazette - 8/12 3:55 pm

Maknanya kalau kita bincang semua projek-projek, projek kecil itu masih penting yang dikendali oleh jabatan-jabatan lain tapi projek-projek pelaksanaan dan infrastruktur yang besar, itu KKR. "Dan sebab itu saya pada hari ini, bagi rakan-rakan saya datang selain menyatakan penghargaan tentang apa yang dilakukan tapi meletakkan harapan yang sangat tinggi (ke atas KKR), katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya di sini hari ini





Kenal Azhar lebih 30 tahun, Presiden Mahkamah Rayuan tarik diri daripada .. - Mgazette - 8/12 3:55 pm

Bersatu turut memohon deklarasi bahawa keempat-empat ahli Parlimen telah terhenti daripada menjadi Ahli Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan selain perintah agar Johari mengesahkan bahawa kerusi terbabit adalah kosong. Pada 16 November 2023, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Bersatu untuk kebenaran merayu yang menyebabkan parti itu membawa perkara berkenaan ke Mahkamah Rayuan





Buletin Aion i60 Dilancarkan Di China, Pilihan Ev Dan Erev – Harga .. - Mekanika - 8/12 3:55 pm

# AION i60 DILANCARKAN DI CHINA, PILIHAN EV DAN EREV - HARGA BERMULA RM63K **GAC memperluaskan barisan SUV 5 tempat duduknya dengan model terbaru, AION i60, yang dilancarkan di China pada November lalu.** Model ini hadir dalam enam warna menarik iaitu Warm Velvet Gold, Galaxy Blue, Polar White, Ocean Gray, Night Shadow Black, dan Holographic Silver. Dari segi saiz, AION i60 mempunyai panjang 4,685mm, lebar 1,854mm, tinggi 1,660mm, dan jarak roda 2,775mm, menjadikannya SUV kompak yang lapang untuk kegunaan harian





Buletin Toyota Gazoo Racing Dan Lexus Dedah Tiga Model Ikonik Baharu Read .. - Mekanika - 8/12 3:55 pm

# TOYOTA GAZOO RACING DAN LEXUS DEDAH TIGA MODEL IKONIK BAHARU **Toyota sekali lagi mencuri tumpuan dunia automotif apabila TOYOTA GAZOO Racing (TGR) dan Lexus bergandingan mendedahkan tiga model sports berprestasi tinggi GR GT, GR GT3, dan Lexus LFA Concept.** Ketiga-tiganya tampil sebagai pewaris baharu kepada legenda seperti Toyota 2000GT dan Lexus LFA, mencerminkan usaha Toyota memelihara kemahiran pembuatan kereta yang menjadi tunjang identiti jenama itu





Buletin Toyota Probox 2026, Model Lama Lebih Canggih Dengan Toyota Safety .. - Mekanika - 8/12 3:55 pm

# TOYOTA PROBOX 2026, MODEL LAMA LEBIH CANGGIH DENGAN TOYOTA SAFETY SENSE TERKINI **Toyota Motor Corporation telah mengumumkan pelancaran rasmi Toyota Probox yang menjalani penambahbaikan separa (_minor change_), dengan penjualan bermula pada 25 November 2025.** Model komersial ini menerima peningkatan ketara pada ciri keselamatan canggih dan prestasi asas. **Ciri Keselamatan dan Bantuan Pemanduan yang Ditingkatkan** Peningkatan utama Probox tertumpu pada teknologi keselamatan untuk menawarkan perlindungan dan keyakinan yang lebih tinggi semasa pemanduan





Buletin Dongfeng 007 Dan Dongfeng Vigo Diperkenalkan Di Malaysia – .. - Mekanika - 8/12 3:55 pm

Rekaan fastback yang agresif dan imej sporty sememangnya cukup untuk membuatkan ia jadi tumpuan, tetapi angka prestasi awal yang dikongsi pula lebih mengujakan. Berdasarkan maklumat global, 007 dijangka menawarkan: Ya, itu angka yang cukup untuk meletakkan 007 dalam kelompok EV prestasi tinggi di Malaysia, segment yang sedang berkembang pesat dengan kehadiran pelbagai model elektrik baharu





Business : World Halal Excellence Awards 2024 Boosts Malaysia .. - Bernama - 8/12 3:55 pm

KOTA TINGGI, Dec 8 (Bernama) -- Malaysias leadership in the global halal ecosystem continues to be strengthened through the World Halal Excellence Awards 2024 (WHEA 2024), further boosting the countrys competitiveness in the rapidly expanding global halal market projected to reach US$5 trillion (US$1 = RM4.10) by 2030.





Kerana Kekurangan Cip, Telefon Pintar Mungkin Kembali Menyokong Kad Micro SD - Amanz - 8/12 3:50 pm

Tahun depan kos untuk RAM dan storan SSD dijangka meningkat sehingga 30% disebabkan permintaan cip NAND yang tinggi oleh sektor pusat data khususnya untuk melatih kecerdasan buatan





MyDigital ID mampu bendung penipuan dalam talian - Sinarharian - 8/12 3:41 pm

PUTRAJAYA Jenayah penipuan dalam talian dijangka berkurangan selepas kerajaan melaksanakan penggunaan MyDigital ID bagi pembelian, pendaftaran dan pengesahan SIM kad prabayar bermula 1 Disember lalu.Langkah itu dilihat mampu menghalang penjenayah daripada mendaftarkan nombor telefon baharu untuk menyamar dan memperdaya mangsa.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim, syarat pengesahan identiti itu menyukarkan taktik scammer yang sebelum ini mudah membeli SIM kad baharu untuk melakukan tipu daya melalui panggilan atau mesej.Beliau berkata, penerimaan rakyat terhadap sistem identiti digital menunjukkan perkembangan positif dengan 6.3 juta pengguna berdaftar setakat ini, hasil usaha mempercepat proses pendaftaran yang kini mengambil masa kurang satu minit.Menurut Nik Hisham, penerimaan MyDigital ID serta penggunaan perkhidmatannya semakin meningkat. Jika dua bulan lalu jumlahnya sekitar 100,000, namun kini ia mencecah 400,000 seminggu berikutan kesedaran orang ramai yang semakin tinggi.Beliau menjelaskan bahawa fungsi utama MyDigital ID ialah mengesahkan identiti sebenar pengguna melalui padanan wajah dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekali gus memastikan hanya pemilik sah boleh menggunakan identiti tersebut.Nik Hisham turut menggalakkan rakyat mendaftar segera, memandangkan MyDigital ID bakal digunakan lebih meluas dalam pelbagai aplikasi kerajaan dan seterusnya sektor swasta."Kemudahan log masuk satu ID ini akan memudahkan banyak urusan





Qube, Inspur Cloud meterai MoU perkukuh penganjuran acara berasaskan AI - Utusan - 8/12 3:28 pm

(Qube) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Inspur Cloud, peneraju global dalam pengkomputeran maju dan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh ekosistem penganjuran acara dan persidangan berasaskan teknologi digital di Malaysia. Kerjasama strategik jangka panjang itu merangkumi penggunaan teknologi AI, komputasi awan serta infrastruktur digital berprestasi tinggi bagi meningkatkan perancangan, ..





Keperluan pusat data tidak sebabkan kenaikan tarif air domestik - Akmal Nasrullah - Sinarharian - 8/12 3:12 pm

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin dimaklumkan bahawa kadar tarif air domestik tidak akan dinaikkan semata-mata untuk menampung keperluan pusat data.Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerajaan menetapkan kos penambahbaikan infrastruktur grid elektrik dan air bagi kemasukan pusat data ditanggung oleh pihak pemaju bagi mengelakkan kenaikan tarif terhadap pengguna, khususnya pengguna domestik.Beliau berkata, kemasukan pusat data dan peningkatan unjuran permintaan elektrik di Semenanjung memerlukan penambahbaikan grid bagi tempoh Regulatory Period 4 (RP4) bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027, susulan permintaan komited melebihi 7,000 megawatt (MW) yang ditandatangani melalui Perjanjian Bekalan Elektrik (ESA) antara syarikat pusat data dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), termasuk projek yang dijangka siap sehingga September 2025."Dalam hal ini, pendekatan user pays diperkenalkan dalam jadual tarif baharu di mana pengguna pusat data perlu menanggung kos tambahan pemantapan infrastruktur grid tersebut bagi mengelakkan kos ditanggung pengguna lain," katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Negara pada Isnin.Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Rosni Sohar yang ingin mengetahui penilaian kerajaan mengenai kesan peningkatan pusat data terhadap penggunaan tenaga dan air negara serta jaminan tiada kenaikan tarif elektrik dan air yang akhirnya membebankan rakyat dan menjejaskan kesejahteraan ekonomi domestik.Menurut Akmal Nasrullah, kerajaan turut mewujudkan kategori tarif khusus Voltan Ultra Tinggi (UHV) bagi pusat data yang disambungkan pada voltan tinggi dan voltan amat tinggi bagi memastikan bekalan elektrik stabil serta mampan di premis pusat data berkenaan.Beliau memaklumkan penggunaan air bagi sistem penyejukan (cooling system) dan operasi pelayan (server) pusat data turut meningkat hasil pembangunan pusat data berskala besar, dan kerajaan sedang melaksanakan strategi pengurusan bekalan air mampan supaya keperluan sektor ini tidak menjejaskan pengguna domestik serta industri lain.Katanya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengeluarkan Garis Panduan Bekalan Air bagi Pembangunan Pusat Data berkuat kuasa 1 September 2025 yang memperincikan syarat teknikal perlu dipatuhi, meliputi proses dari perancangan hingga fasa operasi, termasuk pematuhan standard antaranya oleh Pertubuhan Antarabangsa untuk Piawaian (ISO) dan Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (IEC)."Operator juga digalakkan menggunakan teknologi hijau seperti sistem penyejukan efisien, penggunaan air boleh guna, pengumpulan air hujan dan kitar semula air dalam pengoperasian pusat data bagi mengurangkan kebergantungan kepada air terawat serta menyokong agenda kelestarian negara," katanya.Menjawab soalan tambahan Senator Dr Jufitri Joha mengenai kebimbangan penduduk terhadap penggunaan air bawah tanah oleh projek pusat data di Port Dickson, Akmal Nasrullah berkata, kawal selia pengambilan air tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri, dan sebarang bantahan perlu dirujuk kepada pihak berkenaan





Ganti rugi kehilangan Pastor Raymond Koh dimasukkan ke akaun AmanahRaya Berhad - Kosmo - 8/12 3:00 pm

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan ganti rugi lebih RM30 juta yang perlu dibayar Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes saman berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh didepositkan ke dalam akaun AmanahRaya Berhad





Presiden Mahkamah Rayuan tarik diri dengar permohonan Bersatu cabar keputusan Speaker Dewan Rakyat - Sinarharian - 8/12 2:32 pm

PUTRAJAYA - Presiden Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar permohonan Bersatu untuk mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat yang tidak mengisytiharkan kekosongan empat kerusi Parlimen Sabah yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum lepas.Datuk Abu Bakar Jais, yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, memaklumkan bahawa beliau memutuskan untuk menarik diri kerana mengenali peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun, yang mewakili Bersatu, selama lebih 30 tahun.Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi serta Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan.Panel itu menetapkan esok sebagai pengurusan kes bagi menetapkan tarikh pendengaran baharu.Prosiding itu turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Peguam Persekutuan Imtiyaz Wizni Aufa Othman yang mewakili Tan Sri Johari Abdul selaku responden pertama.Terdahulu, Abu Bakar berkata, beliau percaya isu itu tidak akan menimbulkan konflik terhadap kepentingan awam yang mewajarkannya menarik diri daripada mendengar permohonan tersebut.Bagaimanapun, beliau meminta kedua-dua pihak menyuarakan pendapat berhubung perkara itu.Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili keempat-empat Ahli Parlimen, memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya agak keberatan jika Abu Bakar terus mendengar permohonan itu.Pada 17 April 2023, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya, yang juga pegawai awam parti itu, memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Johari serta Ahli Parlimen terbabit iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) sebagai responden.Bersatu memohon perintah untuk membatalkan keputusan Johari melalui surat bertarikh 16 Jan 2023 yang menyatakan keempat-empat Ahli Parlimen telah memberikan penjelasan dan mengesahkan tiada kekosongan kerusi berdasarkan tafsiran Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Perlembagaan Bersatu.Parti politik itu turut memohon deklarasi bahawa Ahli Parlimen terbabit telah berhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan selain perintah supaya Johari mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kesemua kerusi Parlimen.Pada 16 Nov 2023, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Bersatu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman dan rayuannya turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 4 Ogos lepas





KUMO KUMO, Jenama Kek Keju Antarabangsa, Lancar Cawangan Pertama di Malaysia - Siakapkeli - 8/12 2:26 pm

KUALA LUMPUR, 6 Disember 2025 Jenama pencuci mulut antarabangsa KUMO KUMO, yang terkenal dengan kek keju Jepun selembut awan, kini secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pembukaan kedai pertamanya di Sunway Pyramid. Selepas kejayaan pembukaan kecil selama sebulan, cawangan ini sudah pun menarik jumlah pengunjung yang tinggi serta tular di media sosial dalam […] The post KUMO KUMO, Jenama Kek Keju Antarabangsa, Lancar Cawangan Pertama di Malaysia appeared first on Siakap Keli .





Projek fitlot Kedah: Ahli perniagaan didakwa minta, terima rasuah RM400,000 - Sinarharian - 8/12 1:56 pm

SHAH ALAM - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan RM400,000 berhubung projek penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah, lima tahun lalu.Amar Assuat Abu Bakar, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.Mengikut semua pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut, daripada seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun, sebagai dorongan untuk membantunya mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, daerah Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah restoran dan tepi jalan berhadapan sebuah syarikat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini pada 20 dan 23 Jun 2020.Dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin."Termasuk syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sekali setiap bulan di pejabat SPRM," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa' Zamri.Bagaimanapun, peguam, R Yoganathan yang mewakili tertuduh berkata, jumlah jaminan yang dicadangkan pihak pendakwaan bersifat keterlaluan."Kadar itu terlalu tinggi, seakan-akan bersifat menghukum, sedangkan anak guam belum disabitkan keslaahan malah tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri," katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mohd Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM75,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Januari 2026.





Roslin Hashim jadi ketua jurulatih pasukan badminton Mesir - Sinarharian - 8/12 1:42 pm

BEKAS pemain badminton negara Muhammad Roslin Hashim sah berkelana ke Mesir sebagai Ketua Jurulatih bagi kem badminton negara itu bermula bulan ini.Beliau berkata, keputusan itu diambil bagi menimba pengalaman baharu dalam kerjayanya sebagai jurulatih badminton di luar negara, dan Persekutuan Badminton Mesir (EBF) telah menawarkan kontrak selama tiga tahun sebagai persiapan menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028."Ini satu cabaran, saya ambil satu skop kerja yang baharu untuk saya... cabaran memang besar, kalau tengok tugas yang saya harus pikul ini bukan tugas mudah, bukan hanya sebagai seorang jurulatih di sana tetapi juga sebagai seorang pengarah teknikal dan ketua jurulatih."Tugas memang besar dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk kerjaya saya," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.Roslin juga berkata, tawaran EBF merupakan peluang terbaik beliau untuk mencurahkan segala ilmu yang dimilikinya dalam membantu pembangunan sukan badminton di bumi Mesir."Kita lihat dari segi tahap badminton di sana tidak begitu tinggi..





Ahli Parlimen PN Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000 - Wrlr - 8/12 1:28 pm

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 28 (1) (c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta serupa. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan





TrendForce: Tanda Harga Komputer Riba Akan Mula Meningkat Tidak Lama Lagi - Amanz - 8/12 12:44 am

Seperti yang sedia maklum, harga memori komputer telah semakin meningkat kerana permintaan untuknya kini adalah jauh lebih tinggi daripada apa yang boleh dihasilkan syarikat-syarikat pengeluar memori





SEA-PLM: Pencapaian murid kekal stabil dalam domain Bacaan, Matematik - Sinarharian - 8/12 12:33 am

PUTRAJAYA - Pencapaian murid Malaysia dalam pentaksiran serantau Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM) kekal stabil dengan kedua-dua domain Bacaan dan Matematik masing-masing merekodkan skor melebihi purata serantau, meskipun mencatat sedikit penurunan berbanding pusingan penilaian pertama.Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, bagi domain Bacaan, Malaysia merekodkan skor melepasi purata serantau 300 mata, dengan penurunan kecil sebanyak lima mata berbanding penilaian SEA-PLM 2019.Beliau berkata, gambaran sama turut direkodkan bagi domain Matematik apabila skor negara melepasi purata serantau 305 mata, juga dengan penurunan lima mata."Ini bermakna secara keseluruhan, murid Malaysia berada pada tahap literasi membaca yang kompetitif walaupun menghadapi gangguan pembelajaran."Ini menunjukkan asas numerasi murid Malaysia masih kukuh secara relatif, walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam pemulihan pembelajaran," katanya ketika membentangkan keputusan SEA-PLM 2024 di sini pada Isnin.Beliau berkata, kohort yang mengambil bahagian dalam SEA-PLM 2024 ialah murid yang lahir pada 2013, dan menyifatkan kohort itu unik kerana murid menjalani PdPR (proses pengajaran dan pembelajaran di rumah) selama hampir dua tahun ketika berada di Tahun 1 dan Tahun 2, iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dari 2020 hingga 2021."Gangguan pembelajaran pada awal fasa persekolahan ini merupakan faktor besar yang mempengaruhi penguasaan kemahiran asas mereka dan menjadi konteks penting untuk mentafsir dapatan SEA-PLM dengan tepat," katanya.Mohd Azam berkata, trend yang direkodkan membantu Kementerian Pendidikan (KPM) merangka intervensi lebih bersasar bagi memastikan murid bukan sekadar pulih, malah mampu meningkatkan kemahiran Matematik ke tahap lebih tinggi.SEA-PLM yang dijalankan dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil adalah pentaksiran serantau anjuran Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), melibatkan tujuh negara ASEAN termasuk Timor-Leste.SEA-PLM 2024 menilai pencapaian 4,379 murid Tahun 5 daripada 158 sekolah dalam empat domain utama, namun bagi pusingan kali ini, dapatan hanya melibatkan domain Bacaan dan Matematik.Mengulas pencapaian mengikut band aras penguasaan, beliau berkata, sebanyak 69 peratus murid mencapai Band 5 dan ke atas bagi domain Bacaan, yang disifatkan sebagai pencapaian baik, termasuk satu pertiga murid daripada keluarga berstatus sosioekonomi (SES) rendah.Bagi domain Matematik pula, sebanyak 74 peratus murid mencapai Band 5 dan ke atas, sekali gus menunjukkan trend penguasaan asas numerasi yang semakin positif."Ini menunjukkan inisiatif yang dilaksanakan oleh KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah telah menampakkan implikasi positif," katanya.Antara inisiatif berkenaan ialah pembangunan kapasiti guru, program pemulihan khas, program baca bersama serta program literasi dan numerasi sekolah rendah.Dari segi jantina, Mohd Azam berkata, pencapaian murid perempuan masih mengatasi murid lelaki dalam domain Bacaan, namun jurang semakin mengecil daripada sembilan mata pada 2019 kepada tujuh mata pada 2024.Katanya, bagi Matematik pula, tiada jurang pencapaian antara murid lelaki dan perempuan direkodkan, malah murid lelaki mencatat peratusan lebih tinggi bagi Band 8 dan 9 berbanding murid perempuan.Beliau berkata, jurang berdasarkan status sosioekonomi kekal sebagai cabaran utama apabila perbezaan ketara direkodkan antara murid daripada keluarga berpendapatan rendah dan tinggi, iaitu jurang 23 mata bagi Bacaan dan 26 mata bagi Matematik





Ayam Gepuk & Matcha, Makanan Viral 2025 Semuanya Tinggi Kalori & Gula! Jangan Sesekali Terjebak - Siraplimau - 8/12 12:22 am

Setiap minggu ada sahaja menu baharu yang menjadi tumpuan daripada pencuci mulut manis, minuman berwarna-warni sarat gula, hinggalah hidangan besar yang jauh melebihi keperluan kalori harian. Walaupun popular di platform digital, kebanyakan pilihan makanan viral ini sebenarnya tidak […] The post Ayam Gepuk & Matcha, Makanan Viral 2025 Semuanya Tinggi Kalori & Gula! Jangan Sesekali Terjebak first appeared on SirapLimau.com .





Pertuduhan subahat babit Azman defektif - Peguam - Sinarharian - 8/12 12:07 am

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pasukan pembelaan kepada Ahli Parlimen Padang Serai memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin bahawa pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah membabitkan projek penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah, yang dihadapi Datuk Azman Nasrudin, adalah defektif dan tidak berasas.Semasa prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin, peguam N. Surendran yang mewakili Azman, 53, berkata selepas meneliti pertuduhan berkenaan, ia didapati tidak sah dari segi undang-undang dan bercampur aduk.Beliau berkata perincian terhadap pertuduhan juga tidak menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin Bersatu berkenaan."Kami berpendapat berdasarkan pertuduhan, ia umpama dirangka, jadi tiada alasan untuk mengekalkannya."Susulan itu kami akan mencabar untuk membatalkan pertuduhan di Mahkamah Tinggi di sini," katanya yang hadir bersama peguam Nizamuddin Abdul Hamid, Sasha Lyna Abdul Latif dan Shahid Adli Kamarudin.Dalam prosiding sama, beliau berkata pembelaan juga akan membuat rayuan supaya ahli politik Kedah itu tidak dikenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes berkenaan selesai.Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa bersubahat dengan seorang ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, 41, untuk melakukan kesalahan menerima satu suapan berjumlah RM400,000 daripada seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun.Ia sebagai upah membantu lelaki itu mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).Kesalahan tersebut didakwa dilakukan hasil persubahatannya dengan mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KAHB untuk mengeluarkan surat tawaran kepada lelaki itu bagi projek tersebut.Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan berhadapan pejabat sebuah syarikat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini pada jam 5 petang, 23 Jun 2020.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta tersebut.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin dan Asmaa' Zamri.Mahkamah membenarkan Azman dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM75,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkannya memenuhi syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Januari 2026.





FAM cabar keputusan FIFA, kes pemain warisan dibawa ke CAS - Sinarharian - 8/12 12:04 am

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan tindakan mencabar keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman berat yang dikenakan ke atas badan induk itu serta tujuh pemain warisan.Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya telah memanjangkan isu berkenaan ke peringkat lebih tinggi dengan mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).Menurut beliau, proses perundangan itu kini memasuki fasa penting di mana pasukan peguam FAM perlu menyediakan dokumentasi terperinci dalam tempoh yang ditetapkan."CAS telah menetapkan bahawa pihak peguam yang mewakili FAM mempunyai tempoh 10 hari sehingga 18 Disember 2025 untuk mengemukakan hujahan bertulis lengkap."FAM menegaskan komitmen penuh untuk melalui proses ini secara profesional, telus dan menghormati semua prosedur perundangan yang telah ditetapkan," katanya.Mohd Yusoff memberitahu bahawa sebarang perkembangan terkini mengenai proses rayuan tersebut akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.Terdahulu, Jawatankuasa Rayuan FIFA dilaporkan menolak rayuan FAM dan tujuh pemain warisan tersebut berhubung kesalahan di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) yang membabitkan isu pemalsuan dokumen.Keputusan itu menyaksikan hukuman asal kekal menyaksikan FAM dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta).Sementara itu, tujuh pemain terlibat iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel masing-masing didenda CHF2,000 (sekitar RM10,000).Selain denda wang ringgit, kesemua pemain berkenaan turut dikenakan hukuman gantung selama 12 bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak.





Ahli Parlimen Padang Serai didakwa subahat kes rasuah RM400,000 - Sinarharian - 8/12 10:16 am

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan bersubahat berhubung kes rasuah RM400,000 dalam projek penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah, lima tahun lalu.Azman, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa bersubahat dengan seorang ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, 41, untuk melakukan kesalahan menerima suapan, RM400,000 daripada seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun.Ia sebagai upah membantu lelaki itu mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).Kesalahan tersebut telah dilakukan hasil persubahatannya dengan mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KAHB untuk mengeluarkan surat tawaran kepada lelaki itu bagi projek tersebut.Kesalahan didakwa dilakukan di tepi jalan berhadapan pejabat sebuah syarikat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini jam 5 petang 23 Jun 2020.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 28 (1) (c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta serupa.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.Bagaimanapun, Surendran merayu anak guamnya dikenakan hukuman minimum dengan alasan, ahli politik itu perlu menyara lima anak dan ibu yang berusia 82 tahun di Sungai Petani."Anak guam telah menjadi wakil rakyat di negeri itu selama beberapa penggal yang mana sebelum ini beliau juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas."Mengambil kira latar belakangnya, saya mohon mahkamah tidak mengenakan syarat tambahan tersebut," katanya yang hadir bersama peguam-peguam, Nizamuddin Abdul Hamid, Sasha Lyna Abdul Latif dan Shahid Adli Kamarudin.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mohd Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM75,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Januari 2026.Sinar Harian melaporkan, SPRM menahan ahli Parlimen terbabit Khamis lalu bagi siasatan kes usaha sama ternakan lembu milik kerajaan negeri sementara seorang ahli perniagaan telah ditahan Mac lalu namun dilepaskan dengan jaminan.Siasatan yang dijalankan sejak bulan Februari, melibatkan dakwaan penerimaan wang ratusan ringgut sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.





Tak Hairan Angka Obesiti Makin Naik - Hotfm - 8/12 8:53 am

Public Health Malaysia berkongsi lima juadah viral yang mengandungi jumlah kalori dan gula yang tinggi.





Nafuzi tenang tapi tetap waspada - Sinarharian - 8/12 8:40 am

KETUA jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Nafuzi Zain tetap tenang menghadapi tekanan menjelang aksi penentuan Kumpulan B menentang Vietnam pada Khamis ini, meskipun perlawanan itu bakal menentukan sama ada Malaysia meneruskan kemaraan atau berdepan penyingkiran awal di Sukan SEA Thailand 2025.Malaysia kini berkongsi tiga mata bersama Vietnam, namun kelebihan jaringan memihak kepada skuad Harimau Muda.Walaupun situasi itu memberi sedikit ruang bernafas, Nafuzi tidak mahu pemain dibebani kebimbangan berlebihan, sebaliknya menuntut mereka turun dengan keyakinan dan disiplin tinggi."Seperti yang diketahui, Vietnam merupakan pasukan yang kuat terdiri daripada pemain pantas, berbakat dari segi teknikal, tenang dan matang."Kami perlu memberikan yang terbaik untuk mengalahkan mereka," katanya pada sidang media selepas menewaskan Laos 4-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok pada Sabtu.Pada Khamis ini, Malaysia hanya perlu mengelakkan kekalahan untuk terus bersaing dalam kejohanan, manakala kemenangan akan memastikan slot automatik ke separuh akhir.Sebagai rekod, Vietnam merupakan juara pada edisi 2019 dan 2021.Kumpulan B dianggotai Malaysia, Vietnam dan Laos





Benteng penyelamat mengundang derita - Sinarharian - 8/12 8:00 am

PEMBINAAN Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) yang bermula pada tahun 2021 dijangka mampu melindungi dan menyelamatkan lebih 40,000 penduduk di sepanjang Sungai Golok dari Pengkalan Kubor, Tumpat, Meranti dan Gelang Mas (Pasir Mas) serta Rantau Panjang apabila siap sepenuhnya.PLSB yang merangkumi tiga fasa itu digambarkan sebagai projek mega yang mampu menamatkan banjir tahunan di sempadan MalaysiaThailand di Kelantan.Namun di sebalik harapan itu, terselit derita yang perlu ditanggung oleh penduduk di semua lokasi terlibat apabila projek dalam pembinaan itu menyebabkan kawasan rumah mereka dilanda banjir buruk setiap tahun sejak ia dibina.Situasi itu menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian mencecah ratusan ribu ringgit termasuk ada dalam kalangan penduduk khususnya di Rantau Panjang hilang tempat berteduh selepas rumah runtuh dihanyutkan banjir.Di Tumpat, penduduk perlu berdepan dengan banjir termenung hampir dua minggu sebelum ia surut sepenuhnya.Mengikut rekod Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 2024, Pasir Mas dan Tumpat masing- masing melibatkan kerugian sektor kediaman, berjumlah RM46.2 juta serta RM31.7 juta, sekali gus menjadi banjir terburuk sepanjang empat tahun sejak projek itu mula dibina.Melihat kepada kesan tersebut, timbul persoalan dalam kalangan penduduk, adakah projek yang mencecah lebih RM2 bilion itu benar-benar menyelesaikan masalah atau sekadar menambah derita baharu kepada penduduk di sepanjang Sungai Golok.Ikuti laporan wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin mendengar keluhan serta merungkai benteng yang dianggap penyelamat tetapi pada masa sama mengundang derita.Air naik cecah bumbungPenduduk di sepanjang Sungai Golok di sini mencadangkan agar Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok yang sedang dibina ditambah dengan anak sungai pada kadar segera bagi membebaskan mereka daripada terus menjadi mangsa banjir saban tahun.Mereka menyifatkan benteng yang sedang dibina di sepanjang Sungai Golok sepanjang 103km sejak 2021 itu bagaikan meragut nyawa serta memusnahkan harta benda.Sebelum ia dibina, penduduk hanya perlu berdepan banjir sedalam 0.3 meter dan tidak perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana binaan rumah mereka tinggi dan air hanya melimpah di sekitar kawasan kediaman sahaja.Namun kewujudan PLSB yang dianggap menjadi penyelesaian kepada masalah banjir di sini berubah menjadi mimpi ngeri apabila penduduk dikejutkan dengan paras air sedalam 3 hingga 4 meter malah lebih daripada itu di sebahagian kawasan rendah.Boleh dikatakan kampung yang terletak di sepanjang Sungai Golok seperti Tersang, Lanchang, Gual To Deh dan banyak lagi hanya kelihatan bumbung sahaja walaupun rumah tinggi.Lebih memburukkan keadaan, ada sesetengah kawasan akan mengalami banjir termenung dalam tempoh yang lama sehingga ada mangsa banjir perlu berlindung di PPS sehingga hampir sebulan sementara menunggu air surut.Mewakili penduduk, Penghulu Mukim Lubok Gong, Mohd Ariffin Ismail berkata, mereka ketika ini keliru dengan status projek PLSB di mana menurut jangkaan awal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dijangka siap pada 2028."Sekarang pula kami diberitahu mungkin akan siap pada 2030




Reformasi     >>



Where is Malaysia really heading on human rights? - Harapandaily
S SHASHI KUMAR It has been three years since the current Pakatan Harapan coalition government, led by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, came into power. Yet Malaysians remain disappointed, dissatisfied, and increasingly betrayed by the unfulfilled promises and hopes raised during GE15. While ..
Kroni     >>



Business : Global SAF Output To Reach 1.9 Mln Tonnes .. - Bernama
By Kisho Kumari Sucedaram GENEVA, Dec 9 (Bernama) --Global sustainable aviation fuel (SAF) output is expected to reach 1.9 million tonnes (Mt), or equal to 2.4 billion litres, this year, double the 1 Mt produced in 2024, according to the International Air Transport Association (IATA).
Tabloid     >>



Zaki nak 'fit' berlakon filem aksi - Hmetro
PADA usia yang baharu sahaja mencecah 19 tahun pada 5 Disember lalu, penyanyi Zaki Yamani sudah mempunyai perancangan besar untuk masa hadapannya. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Google is reviving wearable gesture controls, but only .. - Arstechnica
Google will let you select and dismiss with a gesture, but only on the newest watch.
World     >>



Trump's blessing of Nvidia AI chip sales to China gets .. - Cnbc
Trump said Chinese President Xi Jinping "responded positively" to the proposal to let Nvidia sell H200 AI chips on condition that the U.S. gets 25% of revenue.
Motor Trend     >>



Buletin Byd Rai Ulang Tahun Ketiga Di Malaysia, Jual .. - Mekanika
# BYD RAI ULANG TAHUN KETIGA DI MALAYSIA, JUAL LEBIH 25,000 UNIT EV **BYD Sime Motors, pengedar rasmi BYD di Malaysia, meraikan ulang tahun ketiga sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) nombor satu negara selepas mencapai angka lebih 25,000 unit di atas jalan raya setakat ini.** Pencapaian ini ..