///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Tahanan Rumah News   Page 1    





Semua banduan berhak buat rayuan – PM - Mygazette - 21/09 7:53 am

SHAH ALAM Semua banduan termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim





Tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di pekarangan bengkel depan balai .. - Mygazette - 21/09 7:53 am

# Tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di pekarangan bengkel depan balai polis JOHOR BAHRU - Tujuh kenderaan yang diletak di pekarangan sebuah bengkel di hadapan Balai Polis Plentong di Taman Plentong Baru di sini, musnah dalam kebakaran hari ini





Kuota Menteri Pengangkutan kekal milik DAP atau dilepaskan? - Mygazette - 21/09 7:53 am

Itu bukan apa yang berlaku, katanya. Najib juga tidak dibebaskan sepenuhnya daripada hukuman, sebaliknya dibenarkan menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 dengan syarat termasuk pembayaran denda RM50 juta





PH, DAP kena terima hakikat mereka `keluarkan Najib dari penjara ke... - Mygazette - 21/09 7:53 am

# PH, DAP kena terima hakikat mereka `keluarkan Najib dari penjara ke rumah Isham Jalil KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dan DAP perlu menerima hakikat pihak yang `mengeluarkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari penjara untuk menjalani tahanan di rumah adalah Lembaga Pengampunan yang dianggotai menteri PH dan DAP sendiri





Pesara guru rugi RM15,000 diperdaya sindiket penipuan menyamar pegawai .. - Mygazette - 21/09 7:53 am

# Pesara guru rugi RM15,000 diperdaya sindiket penipuan menyamar pegawai polis KOTA BHARU - Polis mengesahkan seorang pesara guru berusia 75 tahun di Bachok kerugian kira-kira RM15,000 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis pada12 Sept lepas





`Jangan jadikan kami kambing hitam sindiket luar’ ??? Batin Semelai - Mygazette - 21/09 7:53 am

# `Jangan jadikan kami kambing hitam sindiket luar' Batin Semelai BERA Jangan jadikan kami kambing hitam sindiket luar





Kor Ming, Gobind antara nyata hasrat lepas jawatan Kabinet dalam mesyuarat .. - Mygazette - 21/09 7:53 am

Memang Anthony Loke menunjukkan keberanian dengan meletakkan jawatan, tetapi Nga Kor Ming juga memerlukan keberanian politik yang lebih besar untuk terus kekal, kerana tekanan dan serangan yang bakal dihadapinya selepas ini boleh dijangka akan menjadi lebih kuat, kata sumber itu. Semalam, AnthonyLoke mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, sebagai tindak balas DAP terhadap keputusan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak





`Hari ini, saya sedar siapa sahabat yang sentiasa bersama kami ketika .. - Mygazette - 21/09 7:53 am

Tabung itu diwujudkan susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028. Bagaimanapun, pelaksanaan tahanan rumah itu tertakluk kepada beberapa syarat termasuk penyelesaian denda berjumlah RM50 juta





Hannah Yeoh patut jadi `jambatan’ beri nasihat wajar kepada DAP - Mygazette - 21/09 7:53 am

# Hannah Yeoh patut jadi `jambatan' beri nasihat wajar kepada DAP KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh sepatutnya berperanan sebagai `jambatan' dengan memberikan kefahaman dan nasihat yang sewajarnya kepada kepimpinan DAP berhubung isu tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak





Isu Anthony Loke: NGO gesa kerajaan serah mandat pada rakyat - Mygazette - 21/09 7:53 am

"Apa yang berlaku hari ini terbukti dengan jelas bahawa Kerajaan MADANI sedang berdepan dengan keadaan yang sangat tidak stabil. "Ketidakstabilan ini berpunca daripada perbezaan pendirian yang sangat ketara dan asas antara parti-parti di dalam Kerajaan MADANI itu sendiri," ujarnya Sementara itu, Naib Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Hishamuddin Abu Bakar mendakwa, tindakan Anthony Loke yang tidak berpuas hati dengan tahanan rumah terhadap Najib menunjukkan bahawa beliau menyanggah perkenan Agong



Mangsa maut akibat kecederaan kebakaran, terhidu asap dalam kejadian rumah teres di Tambun – Polis - SUN - 21/09 7:52 am

Tiga Beranak Maut Dalam Kebakaran Rumah Di Taman Desa Tambun, Ipoh





'Jangan jadi batu api, DAP perlu jaga rumah sendiri' - Pemuda UMNO - Sinarharian - 20/09 11:55 pm

JOHOR BAHRU DAP perlu menyelesaikan urusan dalaman parti itu terlebih dahulu sebelum mencampuri soal kepimpinan UMNO termasuk menentukan kedudukan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah berkata, tindakan Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali mempersoalkan kedudukan Ahmad Zahid serta mencadangkan penggantinya disifatkan sebagai melampaui batas."Jaga rumah sendiri sebelum mahu mengubah susunan perabot di rumah orang lain."Jangan menjadi batu api dalam Kerajaan Perpaduan semata-mata untuk meraih perhatian politik," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Kenyataan itu dibuat susulan tindakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan selepas mesyuarat tergempar CEC DAP.Sheikh Umar kemudian mempersoalkan kedudukan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pemimpin UMNO lain untuk menggantikannya.Mohd Hairi yang juga Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor berkata, kepimpinan UMNO ditentukan ahli parti berdasarkan Perlembagaan dan proses pemilihan, bukannya melalui tekanan atau campur tangan DAP."Sejak bila seorang pemimpin DAP diberikan mandat untuk menentukan siapa yang layak memimpin UMNO?"UMNO tidak pernah membuka tender kepada DAP untuk memilih Presidennya," jelasnya.Menurut beliau, Sheikh Umar sendiri mengakui terdapat anggota CEC DAP yang pada awalnya tidak bersetuju dengan keputusan dibuat berhubung isu Anthony Loke."Jika rumah sendiri masih berserabut, kemaskanlah dahulu





'Saya sedar siapa sahabat yang sentiasa bersama ketika susah, senang' - Rosmah - Sinarharian - 20/09 10:29 pm

SHAH ALAM Datin Seri Rosmah Mansor menzahirkan rasa terharu apabila menerima sokongan serta tawaran sumbangan daripada rakan dan sahabat taulan, termasuk dari luar negara susulan perkembangan terkini membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata, rakan-rakannya dari Brunei, Itali, Singapura serta Kanada menghubunginya bagi menyatakan kegembiraan terhadap perkembangan terkini bekas Perdana Menteri itu selain menyatakan hasrat untuk menghulurkan sumbangan."Mereka hanya mahu melihat Datuk kembali bersama keluarga





Jenazah tiga sekeluarga maut dalam kebakaran di Tambun dikebumi dalam satu liang lahad - Astroawani - 20/09 10:14 pm

Pasangan suami isteri warga emas dan cucu itumaut dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat, awal pagi tadi.





Jenazah tiga sekeluarga maut dalam kebakaran dikebumi dalam satu liang lahad - Sinarharian - 20/09 9:20 pm

IPOH - Jenazah tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Persiaran Desa Tambun 4, Taman Desa Tambun, di sini awal pagi tadi, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini kira-kira jam 8.25 malam Ahad.Terdahulu lebih 500 jemaah menunaikan solat jenazah buat Raja Ahmad Raja Ali, 70, Zaitun Mohamed, 64, dan cucu mereka Nik Abdurrahman Azimin Harith Helal, 18, selepas solat Maghrib di Masjid Jamek Al Amin, Tambun di sini.Kesemua mangsa selesai menjalani proses bedah siasat kira-kira jam 5.30 petang di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dan sejurus selepas itu mereka dibawa ke masjid berkenaan dengan menaiki tiga buah van jenazah.Hujan renyai-renyai menambah suasana pilu di kawasan tanah perkuburan dengan kira-kira 300 ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan turut mengiringi perjalanan akhir tiga sekeluarga itu.Terdahulu, pasangan suami isteri warga emas dan cucu itu maut dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat, awal pagi tadi.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan pada 4 pagi, sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tambun dan Ipoh bergegas ke lokasi kejadian.Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia akibat kebakaran tersebut namun seorang lagi penghuni Raja Ikhwan Hadi Raja Ahmad, 47, terselamat, kerana dipercayai tidur di ruang parkir rumah berkenaan.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbangkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada keluarga mangsa kejadian kebakaran tersebut.Sumbangan itu disampaikan Ketua Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun, Mohamad Hairul Amir Sabri mewakili Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun, kepada wakil keluarga Raja Ikhwan Hadi.- Bernama





Hidu asap, cedera akibat kebakaran punca tiga sekeluarga maut - Sinarharian - 20/09 9:18 pm

IPOH Dua daripada tiga mangsa yang maut dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Persiaran Desa Tambun 4, Taman Desa Tambun di sini pada awal pagi Ahad, meninggal dunia akibat kecederaan berkaitan kebakaran.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia akibat terhidu asap dalam kejadian kira-kira jam 3.53 pagi itu.Menurutnya, ketiga-tiga mangsa terdiri daripada seorang wanita berusia 64 tahun serta dua lelaki masing-masing berusia 70 dan 18 tahun."Berdasarkan hasil bedah siasat, dua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan berkaitan kebakaran manakala seorang lagi akibat terhidu asap."Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Muhammad Najib berkata, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian bagi mengawal keselamatan serta menjalankan operasi pemadaman.Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 6 pagi.Sementara itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta menghormati sensitiviti keluarga mangsa.Terdahulu media melaporkan pasangan suami isteri warga emas bersama cucu lelaki mereka ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Taman Desa Tambun di sini awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Raja Ahmad Raja Ali, 70, dan isterinya, Zaitun Mohamed, 64, serta cucu mereka, Nik Abdurrahman Azimin Harith Helal, 18, ditemukan meninggal dunia di dalam rumah berkenaan.





'Mereka hampir berkahwin tapi dah lama berpisah' Abang terkejut adik maut bersama bekas kekasih - Sinarharian - 20/09 9:02 pm

ALOR GAJAH Berita mengenai penemuan seorang wanita berusia 31 tahun yang maut bersama seorang lelaki di dalam sebuah kereta di Taman Inang Sari, Durian Tunggal, di sini tengah malam Ahad mengejutkan keluarganya.Lebih mengejutkan, lelaki berusia 33 tahun yang ditemukan bersama wanita berkenaan merupakan bekas kekasihnya.Abang mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya pernah memberitahu bahawa hubungan dengan lelaki terbabit telah lama berakhir.ARTIKEL BERKAITAN: Hilang tiga hari: Wanita ditemukan maut bersama kenalan lelaki dalam keretaKatanya, kedua-duanya pernah menjalin hubungan dan hampir mendirikan rumah tangga, namun perancangan itu tidak kesampaian."Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada rakan yang memaklumkan mereka ditemukan bersama dalam kereta Proton Preve."Arwah (adik) beritahu mereka sudah lama berpisah





Pengampunan Najib: Anwar nafi buka jalan, setiap banduan berhak kemuka rayuan - Sinarharian - 20/09 8:52 pm

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau membuka jalan bagi pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya menegaskan bahawa setiap banduan berhak mengemukakan permohonan pengampunan untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan.Anwar berkata, Lembaga Pengampunan mempunyai bidang kuasa untuk menilai sesuatu permohonan dengan mengambil kira nasihat Perdana Menteri dan Peguam Negara di peringkat Kerajaan Persekutuan, manakala keputusan muktamad terletak pada Yang di-Pertuan Agong."Saya sebut setiap banduan berhak mengemukakan (rayuan) dan saya tetap pertahan hak itu kepada sesiapa pun termasuk Datuk Seri Najib, ada hak untuk mengemukakan rayuannya untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Agong."Ada suara-suara sumbang rakan-rakan kita dulu kata ini (kerja) Pakatan (Harapan)."Saya Perdana Menteri tidak mahu cakap kasar, boleh kritik saya tetapi tidak betul...mereka yang ada dalam kerajaan tahu pendirian saya daripada awalkalau nak menang undi pun bukan dengan cara menipu





Tahanan rumah Najib: G25 gesa pandangan bertulis AG didedah - FMT - 20/09 7:48 pm

Hormati peranan raja ikut Perlembagaan bukan bermakna perlu diam diri mengenai persoalan undang-undang, ketelusan dan keadilan, kata kumpulan itu.





Laporan awal Felda mula didedah minggu depan PM - Sinarharian - 20/09 7:41 pm

SHAH ALAM Laporan awal berkaitan isu pengurusan dan tatakelola Felda akan mula didedahkan kepada umum, minggu depan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendedahan itu penting bagi menjelaskan persoalan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan kerugian yang ditanggung agensi berkenaan."Minggu depan, mula laporan awal tentang Felda





Tahanan rumah Najib: Anwar tegaskan hormati bidang kuasa Lembaga Pengampunan - Sinarharian - 20/09 7:21 pm

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa setiap banduan mempunyai hak untuk memohon pengampunan, namun keputusan mengenainya bukan terletak pada kerajaan.Beliau berkata, perkara itu perlu dilihat berdasarkan prinsip Perlembagaan, termasuk dalam isu berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini diberikan pengurangan hukuman oleh Lembaga Pengampunan.Menurutnya, beliau tetap menghormati hak berkenaan, namun pada masa sama perlu mengambil kira kes-kes Najib yang masih berjalan di mahkamah."Saya tetap pertahankan hak





'Daddy betul-betul tak sangka begitu ramai sanggup menyumbang' - Yana Najib - Sinarharian - 20/09 5:27 pm

KUALA LUMPUR - "Daddy betul-betul tak sangka begitu ramai yang sanggup menyumbang. I would never force it on anyone."Datuk Seri Najib Razak menyatakan perkara itu ketika dilawati keluarganya pada Sabtu, selepas mengetahui kesediaan orang ramai memberikan sumbangan bagi tujuan pembayaran denda RM50 juta.Perkara itu dikongsikan anaknya, Nooryana Najwa, menerusi hantaran di Instagramnya pada Ahad, yang turut meluahkan penghargaan kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai keadaan bekas Perdana Menteri itu dan keluarganya.Menurut Nooryana Najwa atau dikenali sebagai Yana, buat masa ini ayahnya itu masih belum dibenarkan pulang ke kediamannya, susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang menetapkan tahanan rumah tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta terlebih dahulu."Kami sekeluarga menghormati sepenuhnya keputusan tersebut," katanya.Beliau memberitahu, sekiranya jumlah RM50 juta berjaya dikumpulkan melalui sumbangan sukarela Tabung Solidariti DSN, urusan pembayaran dan proses seterusnya akan dilaksanakan menerusi saluran rasmi.Yana berkata, beliau difahamkan bayaran denda perlu dibuat kepada mahkamah terlebih dahulu sebelum resit pembayaran diserahkan kepada pihak penjara."Mahkamah kemudiannya akan mengeluarkan resit pembayaran, dan resit tersebut akan diserahkan kepada pihak penjara





Wanita menyamar polis, perdaya pesara guru serah kad ATM dan barang kemas - Sinarharian - 20/09 3:56 pm

KOTA BHARU - Seorang wanita berusia 31 tahun ditahan disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menipu seorang pesara guru berusia 75 tahun sehingga mangsa menyerahkan dua kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) serta rantai leher emas bersama loket bernilai RM15,000.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek ditahan pada 13 September lalu di sini hasil risikan dan maklumat yang diterima.Menurutnya, kejadian berlaku pada 12 September apabila mangsa menerima panggilan daripada individu yang mengaku sebagai pegawai polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor."Mangsa dimaklumkan mempunyai saman mahkamah berjumlah RM25,000 dan didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram serta sindiket dadah yang boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun."Panggilan kemudian disambungkan kepada seorang lagi individu yang mengaku sebagai pegawai kanan polis Bukit Aman melalui WhatsApp," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Mohd Yusoff memberitahu, mangsa yang dipercayai panik akibat dakwaan berkenaan kemudiannya diarahkan merahsiakan perkara itu daripada sesiapa.Ujar beliau, mangsa turut diarahkan menyerahkan dua kad ATM serta rantai leher bersama loket emas milik isterinya dengan alasan pegawai penyiasat akan datang ke rumah."Sekitar jam 5 petang, seorang wanita datang menaiki sebuah kereta ke rumah mangsa sebelum menerima barangan tersebut dan beredar."Hasil siasatan awal mendapati suspek menerima arahan melalui WhatsApp daripada individu tidak dikenali untuk mengambil barangan milik mangsa," katanya.Tambah beliau, rantai emas berkenaan kemudiannya dijual di sebuah kedai emas di Kota Bharu pada hari sama, manakala sebahagian wang hasil jualan dimasukkan ke akaun pihak ketiga.Ujarnya lagi, mangsa bagaimanapun sempat menghubungi pihak bank untuk menyekat kad ATM berkenaan dan tiada transaksi dikesan.Menurut Mohd Yusoff, pihaknya merampas dua kad ATM milik mangsa, sebuah kereta Perodua Axia, resit bank-in dan resit kedai emas."Rantai emas berkenaan turut berjaya diperoleh semula daripada kedai emas terbabit."Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.Mohd Yusoff menegaskan orang ramai perlu berwaspada dengan panggilan individu yang menyamar sebagai pegawai polis, mahkamah, Bank Negara Malaysia atau pihak bank bagi mendapatkan barangan berharga."Polis, mahkamah, Bank Negara Malaysia dan pihak bank tidak akan menghubungi anda untuk meminta menyerahkan kad ATM, PIN atau barang kemas kepada sesiapa."Jangan panik dengan ugutan saman atau tangkapan





Ugut bakar rumah, suami dipenjara sembilan bulan - Sinarharian - 20/09 3:34 pm

MACHANG - Tindakan seorang suami melakukan ugutan jenayah untuk membakar rumah selepas isterinya keluar tanpa izin apabila berlaku perbalahanberhubung isu nafkah sewa rumah minggu lalu membawa padah apabila dia dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Ahad.Tertuduh, Muhammad Shahril Mat Sali, 32, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya berusia 35 tahun dengan menyatakan bahawa dia akan membuang barang-barang rumah dan membakar kediaman sekiranya wanita itu keluar lagi tanpa izinnya.Ugutan itu didakwa dibuat dengan niat menyebabkan mangsa berasa takut dan cemas.Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Bandar, Pulai Chondong di sini kira-kira jam 2 pagi pada 11 September 2026.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Hazim Aqiffullah Mohd Amran, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Norfaraliyana Othman.Terdahulu, Ahmad Hazim mencadangkan hukuman setimpal dengan mengambil pertimbangan bahawa tertuduh dan mangsa mempunyai perhubungan suami isteri."Perbuatan tertuduh menyebabkan mangsa trauma dan seorang suami sepatutnya menjadi tempat selamat dan pelindung kepada isteri





Bubar Parlimen, biar rakyat tentukan kerajaan - UMNO Kedah - Sinarharian - 20/09 3:27 pm

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran membubarkan Parlimen supaya rakyat dapat menentukan sendiri kerajaan yang mereka mahukan, kata Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri.Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Kedah itu berkata, tindakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan hanya menambah kekusutan politik negara di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.Menurutnya, rakyat ketika ini sudah letih dengan perkembangan politik yang didakwa berlebihan, terutama ketika berdepan tekanan kos sara hidup."Tindakan terbaik PMX sekarang adalah bubarkan Parlimen, biar pengundi tentukan kerajaan yang mereka mahukan."Biar rakyat tentukan sama ada mereka dapat menerima dasar dan polisi Madani atau mahu dipimpin kerajaan lain," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Pada Sabtu, media melaporkan Anthony menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.Anthony dilaporkan berkata, beliau akan mengemukakan surat peletakan jawatan itu kepada Anwar dalam masa terdekat.Mengulas perkara tersebut, Syed Mohd Johan Rizal berkata, Kerajaan Madani didakwa semakin sukar dipertahankan sekiranya perkembangan politik seumpama itu berterusan sehingga tamat penggal.Katanya, keadaan berkenaan turut dibimbangi memberi kesan kepada ekonomi negara, reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa serta kualiti hidup rakyat."PMX harus jadikan langkah DAP sebagai penamat terhadap kekusutan politik negara," ujarnya.Dalam pada itu, beliau mempersoalkan tindakan DAP berhubung tawaran peletakan jawatan Anthony, sedangkan menteri dan timbalan menteri daripada parti itu masih kekal dalam Kabinet.Beliau turut mempersoalkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang sebelum ini dikaitkan dengan kenyataan mengenai peletakan jawatan sekiranya Najib mendapat pengampunan."Kenapa tidak seluruh anggota Kabinet DAP lepaskan jawatan, kenapa Kor Ming juga tidak lepaskan jawatan."Kor Ming yang membuat kenyataan letak jawatan jika Najib Razak diampunkan, tetapi Anthony yang berkorban, manakala menteri DAP lain terus kekal dalam Kabinet," katanya lagi.Beliau turut mempersoalkan sama ada tawaran peletakan jawatan Anthony itu akan benar-benar membawa kepada pengunduran daripada Kabinet.Menurutnya, Anthony masih belum meninggalkan Kabinet, sebaliknya hanya akan menawarkan peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri."Jika tawaran itu ditolak (oleh PM), Anthony kekal, Kor Ming kekal dan semua menteri DAP terus memegang jawatan."Maka ini peletakan jawatan atas prinsip atau sekadar surat tawaran yang dirancang untuk ditolak," katanya lagi.





Cadangan gubal Akta Tahanan Rumah sasar tahanan reman, bukan kes jenayah... - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# Cadangan gubal Akta Tahanan Rumah sasar tahanan reman, bukan kes jenayah berat KUALA LUMPUR Cadangan menggubal Akta Tahanan Rumah yang dibawa sejak 2024 bertujuan untuk menangani kesesakan penjara, khususnya membabitkan tahanan reman yang masih menunggu proses perbicaraan





Tindakan Anthony Loke didakwa untuk jaga kelangsungan DAP - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# Tindakan Anthony Loke didakwa untuk jaga kelangsungan DAP KUALA LUMPUR - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Antony Loke menawarkan peletakan jawatan dalam Kabinet, didakwa sebagai tindakan hipokrasi untuk menjaga kelangsungan parti





Balai polis bergerak ditempatkan berhampiran rumah Najib mulai esok Balai .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm

Ia bukan tugas yang diarahkan untuk kawalan Datuk Seri Najib, tetapi untuk kawalan keselamatan semasa proses pemindahan beliau selepas membayar denda, dari penjara ke rumah, katanya ketika dihubungi media hari ini. Mengenai status kediaman berkenaan sebagai lokasi tahanan rumah Najib, Anuar Bakri berkata pihaknya belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung perkara itu





Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB yang sedang .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB yang sedang berjalan - SPRM KAJANG - Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yangdihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak kekal tidak berubah walaupun bekas perdana menteri itu diberikan pengampunan bersyarat, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman





Jabatan Penjara tunggu surat rasmi keputusan Lembaga Pengampunan – .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm

Maksudnya, sekarang ini tempoh Najib menjalani hukuman penjara. Tahanan rumah bermaksud beliau tidak berada dalam penjara sebaliknya akan berada di satu premis lain dan tentu ada prosesnya





Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan susulan pengampunan Najib - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan susulan pengampunan Najib KUALA LUMPUR Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak





Jangan terbeban dengan saya – Najib - Mygazette - 20/09 2:51 pm

Jelasnya, pengampunan yang diperkenankan adalah pengampunan bersyarat dan sepertimana yang dinyatakan dengan jelas dalam pengumuman tersebut. Pelaksanaan tahanan rumah bagi Najib itu, tambahnya, bergantung kepada pematuhan syarat-syarat yang telah ditetapkan





Pegawai Penjara di kediaman Najib, proses pewartaan tahanan rumah jadi .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# Pegawai Penjara di kediaman Najib, proses pewartaan tahanan rumah jadi perhatian KUALA LUMPUR Kehadiran beberapa pegawai Jabatan Penjara Malaysia di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini pagi tadi mencetuskan perhatian susulan keputusan membolehkan beliau menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah





Penduduk terkejut kereta diparkir rupanya ada dua mayat - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# Penduduk terkejut kereta diparkir rupanya ada dua mayat ALOR GAJAH Penduduk Taman Inang Sari, Durian Tunggal di sini tidak menyangka bau kurang menyenangkan sejak lebih dua hari lalu membongkar penemuan mayat lelaki dan wanita dari sebuah kereta yang diparkir di taman itu





Tahanan rumah Najib: ???Hanya pengecut guna tuduhan hasutan???- Amira - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# Tahanan rumah Najib: Hanya pengecut guna tuduhan hasutan- Amira JOHOR BAHRU Kritikan dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap layanan diterima Datuk Seri Najib Razak yang mendapat pengampunan diraja tidak boleh disekat dengan mengaitkannya sebagai satu hasutan terhadap institusi diraja





Pengampunan Najib beri ???bola tanggung??? kepada PH dalam PRU-16 - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# Pengampunan Najib beri bola tanggung kepada PH dalam PRU-16 JOHOR BAHRU - Pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak memberi 'bola tanggung' kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16)





Pemimpin DAP hadir mesyuarat tergempar susulan pengampunan bersyarat Najib - Mygazette - 20/09 2:51 pm

Mesyuarat CEC yang bermula kira-kira jam 3 petang itu dijangka membincangkan pendirian DAP serta tindakan susulan parti itu berhubung pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Semalam, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberi pengampunan bersyarat kepada Najib yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta





Pengampunan Najib: Hubungan parti Kerajaan Perpaduan kekal baik – .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# Pengampunan Najib: Hubungan parti Kerajaan Perpaduan kekal baik - Ahmad Zahid JAKARTA - Hubungan antara parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan kekal baik susulan keputusan Lembaga Pengampunan melibatkanbekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi





Jabatan Penjara belum terima arahan rasmi tahanan rumah Najib - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# Jabatan Penjara belum terima arahan rasmi tahanan rumah Najib KUALA LUMPUR Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum sebarang tindakan lanjut bagi melaksanakan baki hukuman secara tahanan di rumah ditentukan





“Kalau tak setuju, kenapa seorang sahaja, itupun sekadar tawar .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# "Kalau tak setuju, kenapa seorang sahaja, itupun sekadar tawar 'letak jawatan?" Fadhli KUALA LUMPUR Keputusan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menimbulkan persoalan mengenai pendirian keseluruhan parti itu terhadap keputusan berkenaan





Tahanan rumah Najib: Jangan double standard – Hairi - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# Tahanan rumah Najib: Jangan double standard - Hairi JOHOR BAHRU - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pusat, Mohd Hairi Mad Shah menafikan dakwaan Tabung Solidariti Najib Razak adalah jarum halus UMNO untuk menghalalkan rasuah





UMNO tidak jadikan isu Najib untuk raih sokongan menang pilihan raya?? - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# UMNO tidak jadikan isu Najib untuk raih sokongan menang pilihan raya KOTA TINGGI - UMNO tidak menjadikan isu pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sebagai modal politik untuk mendapatkan mandat rakyat dalam pilihan raya akan datang





Pelbagai penjajaran politik tidak mustahil berlaku – Fahmi Pelbagai .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# Pelbagai penjajaran politik tidak mustahil berlaku - Fahmi KUALA PILAH - Dinamika politik semasa memungkinkan berlaku pelbagai penjajaran politik, termasuk mengambil kira keunikan landskap politik setiap negeri





Sesiapa sahaja boleh ulas keadaan politik menjelang PRN Melaka – .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm

Khairy sebelum itu berkata, PRN Melaka bakal menjadi penanda aras awal untuk melihat tindak balas landskap politik tanah air terhadap pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Najib. Ia selepas keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat termasuk pembayaran denda RM50 juta





Tiga sekeluarga maut: PM ucap takziah, sumbang RM5,000 kepada mangsa kebakaran - Sinarharian - 20/09 2:45 pm

IPOH Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran di Taman Desa Tambun di sini yang mengorbankan tiga ahli keluarga pada Ahad.Ucapan takziah itu disampaikan Ketua Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun, Mohamad Hairul Amir Sabri ketika hadir mewakili Perdana Menteri bagi menyampaikan sumbangan kepada wakil keluarga mangsa, Raja Ikhwan Hadi Raja Ahmad, 47, pada Ahad.Beliau berkata, sumbangan sebanyak RM5,000 diserahkan kepada keluarga berkenaan bagi membantu meringankan beban mereka susulan kejadian yang menimpa."Perdana Menteri turut menyampaikan salam takziah kepada keluarga yang terlibat dan meminta pihak pusat khidmat membantu sebaik mungkin bagi memudahkan urusan keluarga mangsa."Esok pihak ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) akan datang untuk membuat penilaian dan insya-ALLAH kita akan bantu dari segi kerja baik pulih serta sumbangan lain yang diperlukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan berkenaan.Mohamad Hairul Amir berkata, pihaknya turut akan mengusahakan bantuan penginapan sementara sekiranya keluarga mangsa memerlukannya berikutan keadaan rumah yang mungkin mengambil masa untuk dibaiki."Kalau kita lihat keadaan dalam rumah ini mungkin mengambil masa yang lama





Hilang tiga hari: Wanita ditemukan maut bersama kenalan lelaki dalam kereta - Sinarharian - 20/09 2:30 pm

MELAKA - Misteri kehilangan seorang wanita terungkai selepas mayatnya bersama seorang kenalan lelaki ditemukan dalam sebuah kereta di Taman Inang Sari, Durian Tunggal di sini,tengah malam Ahad.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 12 tengah malam berhubung penemuan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat dua individu iaitu seorang wanita dan lelaki berada di dalam kenderaan berkenaan dan kedua-duanya telah meninggal dunia."Apabila diperiksa, terdapat seorang lelaki berusia 33 tahun dan seorang wanita berumur 31 tahun di dalam kenderaan."Keadaan fizikal mayat yang sudah dalam keadaan kembung dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari," katanya.Beliau berkata, sebelum penemuan itu, ibu kepada wanita berkenaan telah membuat laporan polis pada 17 September lalu selepas anaknya tidak pulang ke rumah.Katanya, wanita berkenaan yang berstatus bujang kali terakhir dilihat menaiki sebuah kereta berwarna hitam."Belum sempat siasatan kehilangan orang itu dijalankan, polis menerima maklumat berhubung penemuan kenderaan yang dipercayai dinaiki mangsa."Polis kemudian mengenal pasti wanita terbabit sebagai individu yang dilaporkan hilang," katanya.Ahmad berkata, pemeriksaan awal di lokasi tidak menemukan sebarang kesan samun atau pergaduhan.Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil siasatan lanjut dan bedah siasat.





Tiga sekeluarga maut: 'Adik cuma sempat pegang tangan mak' - Sinarharian - 20/09 2:18 pm

IPOH Hasrat seorang anak menyelamatkan ibunya yang terperangkap dalam kebakaran di Taman Desa Tambun di sini tidak kesampaian apabila jeriji besi menghalang usaha berkenaan.Raja Muhammad Syukri Raja Ahmad, 30, hanya sempat memegang tangan ibunya dari luar balkoni tingkat atas rumah sebelum wanita itu maut dalam kebakaran berkenaan.Turut meninggal dunia dalam tragedi menyayat hati itu ialah bapanya, Raja Ahmad Raja Ali, 70, dan anak saudara, Nik Abdurrahman Azimin Harith Helal, 18.Menceritakan detik cemas itu, saksi kejadian, Raja Ikhwan Hadi Raja Ahmad, 47, berkata, kejadian disedarinya selepas terdengar suara meminta pertolongan ketika dia sedang tidur di luar rumah berkenaan."Saya terus terjaga dan keluar





Jabatan Penjara bersedia laksana keputusan Lembaga Pengampunan - SUN - 20/09 2:04 pm

Jabatan Penjara Malaysia bersedia laksanakan arahan rasmi berhubung pengampunan bersyarat dan tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak





Akta Tahanan Rumah disasar kepada tahanan reman, bukan banduan sabitan – Saifuddin - Mydateline - 20/09 2:00 pm

Cadangan mewujudkan Akta Tahanan Rumah bertujuan menempatkan tahanan reman yang memenuhi syarat di rumah sementara menunggu perbicaraan, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan penjara





Isteri orang, rakan bawah umur dicekup khalwat dengan dua lelaki di hotel - Sinarharian - 20/09 1:59 pm

MUAR - Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang antara empat individu ditahan selepas dipercayai berkhalwat dalam sebuah bilik hotel di daerah ini, pagi Jumaat.Keempat-empat mereka termasuk seorang daripadanya masih di bawah umur, ditahan selepas pemeriksaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira jam 9 pagi.Menurut JAIN, pemeriksaan mendapati keempat-empat individu terbabit berada dalam sebuah bilik hotel dan mereka bukan pasangan suami isteri serta tiada hubungan mahram."Seorang daripada wanita terbabit mengaku masih mempunyai suami, namun memaklumkan mempunyai masalah dalam rumah tangga."Bagaimanapun, perkara itu tidak mengubah statusnya sebagai seorang isteri ketika pemeriksaan dijalankan," katanya dalam kenyataan.Jelas JAINJ, wanita berkenaan mendakwa berada di hotel bersama seorang lagi wanita, manakala dua lelaki terbabit dikatakan datang kemudian untuk menghantar sarapan serta berbual."Mereka memberi alasan hanya berkawan dan tidak melakukan sebarang perbuatan tidak bermoral."Namun, mereka tetap ditahan untuk tindakan lanjut kerana berada bersama dalam bilik hotel tanpa hubungan mahram," katanya.Menurutnya, pemeriksaan lanjut turut mendapati terdapat beg dan pakaian wanita di dalam almari, manakala keadaan katil di bilik berkenaan tidak teratur."Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor dan akan didakwa di Mahkamah Syariah," katanya.





Tahanan rumah Najib: Balai polis bergerak ditempatkan esok, bantu kawal proses - FMT - 20/09 1:15 pm

Penempatan itu bukan bertujuan kawal Najib Razak 24 jam tetapi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan jika pemindahan dari penjara ke kediaman dilaksana.





Tahanan rumah Najib: Balai polis bergerak ditempatkan bermula esok, bantu kawal proses pulang - Sinarharian - 20/09 1:12 pm

KUALA LUMPUR - Sebuah balai polis bergerak akan ditempatkan berhampiran satu daripada kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mulai esok.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penempatan balai bergerak di bawah tanggungjawab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul itu, dijadualkan bermula jam 7 pagi di kediaman Najib di Langgak Duta, di sini.Beliau berkata, penempatan balai bergerak itu bukan bertujuan mengawal Najib secara 24 jam, sebaliknya bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan beliau sekiranya proses pemindahan dari penjara ke kediaman berkenaan dilaksanakan."Ia untuk kawalan semasa proses kembalinya beliau sahaja (jika kediaman ini dipilih) bagi menjaga keselamatan pemberita luar dan dalam negara, jiran-jiran serta mengelakkan kesesakan jalan raya dan kehadiran penyokong."Ia bukan tugas yang diarahkan untuk kawalan Datuk Seri Najib, tetapi untuk kawalan keselamatan semasa proses pemindahan beliau selepas membayar denda, dari penjara ke rumah," katanya ketika dihubungi media pada Ahad.Mengenai status kediaman berkenaan sebagai lokasi tahanan rumah Najib, Anuar Bakri berkata, pihaknya belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung perkara itu."Saya tidak boleh beri pengesahan sebab saya pun tidak dapat apa-apa maklumat, tetapi satu daripada rumah rasmi Datuk Seri Najib di bawah tanggungjawab saya."Terdapat kemungkinan kediaman lain milik Datuk Seri Najib turut berada dalam pertimbangan, namun perkara itu belum dapat dipastikan," katanya.Mengulas pihak yang bertanggungjawab mengawasi sekiranya Najib menjalani tahanan rumah, Anuar Bakri berkata, berdasarkan maklumat diterimanya, tanggungjawab berkenaan adalah di bawah Jabatan Penjara Malaysia dan bukan PDRM.Empat pegawai Jabatan Penjara telah hadir ke kediaman berkenaan semalam bagi menjalankan pemeriksaan dan penilaian." PDRM hanya memudah cara pergerakan Datuk Seri Najib untuk masuk dan pada masa sama menjaga keselamatan pemberita," katanya.Anuar Bakri berkata, penempatan anggota polis ketika proses berkenaan dijangka melibatkan seorang penyelia bersama dua anggota, selain dibantu unit kereta peronda (MPV).Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) tahanan rumah Najib akan memperincikan, antara lain aspek lawatan, kawalan dan pemantauan pergerakan bekas Perdana Menteri itu selepas surat rasmi berkaitan diterima.Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 atas sabitan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd





'Pampasan RM3,300 ringankan beban saya, keluarga' - Orang Berinsurans PERKESO - Sinarharian - 20/09 12:55 am

KOTA DAMANSARA - Seorang pekerja kilang mengakui hampir 'opt-out' daripada menyertai Skim LINDUNG 24 Jam membabitkan caruman tambahan sebanyak 0.75 peratus.Disebabkan enggan meneruskan hasrat tersebut, keputusannya ternyata memberi dampak besar apabila dia layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) di bawah skim berkenaan selepas disahkan mengalami retak pada pergelangan tangan.Orang Berinsurans PERKESO, Azrul Azuan Abdullah berkata, kejadian tidak diingini itu berlaku di luar waktu bekerja pada hujung minggu, bahkan tiada kena-mengena langsung dengan pekerjaannya."Kejadiannya berlaku selepas saya membasuh pinggan di dapur rumah, mungkin sinki bocor dan lantai licin membuatkan saya tergelincir





Tahanan rumah Najib: Jabatan Penjara tunggu pemakluman rasmi - Astroawani - 20/09 12:45 am

Menurut jabatan itu, keputusan berkenaan membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta.





Jabatan Penjara tunggu arahan rasmi sebelum laksana tahanan rumah Najib - FMT - 20/09 12:33 am

Pemakluman dan dokumen rasmi berkaitan keputusan akan disampaikan melalui saluran rasmi sebelum dikemukakan kepada Jabatan Penjara untuk tindakan selanjutnya.





Jabatan Penjara tunggu surat rasmi berkaitan tahanan rumah Najib - Sinarharian - 20/09 12:29 am

KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum sebarang tindakan lanjut bagi melaksanakan keputusan berkenaan dapat ditentukan.Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih menunggu pemakluman rasmi berhubung keputusan itu."Selaras dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 19 September 2026, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan tersebut sebelum sebarang tindakan lanjut bagi melaksanakan keputusan berkenaan dapat ditentukan," menurut kenyataan itu pada Ahad.Pada Jumaat, media melaporkan Najib mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.Menurut kenyataan sama, berdasarkan makluman Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap Najib.Keputusan itu membenarkan baki hukuman dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta.Jabatan Penjara turut menjelaskan, sebarang pemakluman dan dokumen rasmi berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan akan disampaikan melalui saluran rasmi sewajarnya sebelum dikemukakan kepada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya."Jabatan Penjara Malaysia sentiasa bersedia untuk melaksanakan sebarang arahan rasmi yang diterima daripada pihak berkuasa yang berkenaan, selaras dengan peruntukan undang-undang, peraturan penjara serta tatacara dan prosedur yang sedang berkuat kuasa."Jabatan ini akan melaksanakan sebarang keputusan dan arahan yang diterima secara teratur, profesional dan berintegriti, selaras dengan peruntukan undang-undang serta ketetapan pihak berkuasa yang berkenaan," katanyaSehubungan itu, jabatan berkenaan menyeru semua pihak supaya merujuk sumber rasmi dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai pelaksanaan keputusan tersebut.





Pengampunan Najib bukan bola tanggung, penyatuan Melayu isu berbeza - Khaled Nordin - Sinarharian - 20/09 12:29 am

KOTA TINGGI - Keputusan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak wajar dijadikan bola tanggung politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan berkenaan perlu difahami sebagai pengampunan bersyarat dan bukannya pengampunan penuh."Soal pengampunan ini bukan perkara baharu, banyak kes pengampunan telah dilakukan sama ada kes seseorang dihukum mati, dihukum penjara seumur hidup dan sebagainya."Tidak wajar mana-mana pihak dipertikaikan kerana merupakan kuasa serta hak mutlak Yang di-Pertuan Agong."Sama ada isu Najib ini, dijadikan alasan untuk mendapatkan mandat rakyat, saya rasa dalam pilihan raya ada isu-isu lain yang lebih besar," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kota Tinggi di Dewan Besar Felda Air Tawar 2, dekat sini pada Ahad.Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pengampunan bersyarat terhadap Najib Razak memberi 'bola tanggung' kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Jelas Hassan lagi, dari segi politik, Najib kini betul-betul menjadi beban kepada UMNO dan juga Pas.Dalam pada itu, Mohamed Khaled menegaskan isu pengampunan Najib tidak mempunyai kaitan dengan soal pilihan raya atau usaha penyatuan orang Melayu kerana kedua-duanya merupakan perkara berbeza.Katanya, isu penyatuan Melayu perlu dilihat dari sudut kedudukan dan kuasa politik orang Melayu yang didakwa semakin terhakis akibat perpecahan antara parti politik Melayu."Soal pilihan raya itu soal lain





Najib kekal di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta dibayar - Sinarharian - 20/09 11:45 am

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal berada di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta dibayar kepada mahkamah.Perkara itu dimaklumkan peguam bela dan peguamcara Najib, Tetuan Shafee & Co. menerusi kenyataan bagi pihak beliau yang dikeluarkan pada Ahad.Menurutnya, anak guam dan pasukan peguamnya kini sedang meneliti syarat-syarat tersebut serta implikasi praktikal."Sepertimana yang dinyatakan dengan jelas dalam pengumuman tersebut, pelaksanaan tahanan rumah bagi anak guam kami bergantung kepada pematuhan syarat-syarat yang telah ditetapkan."Sementara itu, dan sehingga denda tersebut dibayar kepada mahkamah, anak guam kami kekal berada di dalam Penjara Kajang," katanya.Pada Jumaat lepas, Sinar Harian melaporkan Najib mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.Berhubung syarat pembayaran denda RM50 juta itu, Tetuan Shafee & Co





Najib kekal di Penjara Kajang hingga denda RM50 juta dibayar - Peguam - Astroawani - 20/09 11:40 am

Pelaksanaan tahanan rumah Najib bergantung kepada pematuhan syarat, termasuk pembayaran denda RM50 juta kepada mahkamah.





3 sekeluarga rentung rumah terbakar di Ipoh - FMT - 20/09 11:36 am

Seorang lagi mangsa selamat kerana dipercayai tidur di ruang parkir rumah teres dua tingkat itu.




Reformasi     >>



'Kalau Raja kita boleh tukar-tukar ikut bulan, sistem .. - Mkini
Di Negeri Sembilan, orang yang bising-bising, Raja Melayu, Raja Melayu, Raja Melayu, tapi bila keputusan tak selari dengan dia, mahu buang itu Raja Melayusaya tak boleh terima, kita ikut Perlembagaa
Kroni     >>



DAP faces tough balancing act after Loke quits over .. - NST
KUALA LUMPUR: Anthony Lokes decision to step down from the cabinet over Datuk Seri Najib Razaks conditional pardon may signal principle to DAP supporters, but analysts say its political impact remains uncertain.
Tabloid     >>



Tuanku Muhriz batal perlantikan EXCO Kerajaan Negeri .. - Hmetro
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Google Gemini allegedly hacked three companies on its .. - Mashable
Google Gemini autonomously hacked three external companies and Google didn't tell anyone.
World     >>



Gaza artists honour Macklemore for supporting Palestine - Aljazeera
Artists in Gaza are painting murals on destroyed walls, honouring US rapper Macklemore for his support for Palestine.
Motor Trend     >>



Motosikal Cima 2026: Zxmoto Lancar 820x – 114hp, .. - Mekanika
**ZXMOTO dengan rasminya menyertai segmen motosikal adventure dengan pelancaran ZXMOTO 820X ketika di CIMA 2026 yang berlangsung di Chongqing, China, baru-baru ini.** Ciri utama pada 820X tertumpu pada ruangan enjin, ini kerana 820X dikuasakan enjin sama yang terdapat pada 820RR. Menurut ..