///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Sungai Pahang News   Page 1    





Pegawai kanan polis maut motosikal bertembung lori di Jalan Batang Kali... - Mygazette - 3/06 3:20 pm

# Pegawai kanan polis maut motosikal bertembung lori di Jalan Batang Kali - Genting KUALA LUMPUR Seorang pegawai kanan polis berusia 51 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor, petang semalam





Lelaki cuba seberang Sungai Pahang ditemukan lemas - Mygazette - 3/06 3:20 pm

# Lelaki cuba seberang Sungai Pahang ditemukan lemas KUANTAN - Lelaki dihanyut arus Sungai Pahang berhampiran Kampung Peragap, Temerloh semalam ditemukan lemas pagi ini





Selipar terlucut ketika lari, pekerja jadi dalang samun bersenjata diberkas - Mygazette - 3/06 3:20 pm

# Selipar terlucut ketika lari, pekerja jadi dalang samun bersenjata diberkas ALOR GAJAH Cubaan dua lelaki menyamun bersenjatakan parang di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kuala Sungai Baru di sini Isnin lalu gagal apabila mereka termasuk dalangnya seorang pekerja premis itu diberkas polis





Mayat bilal masjid ditemukan lemas 2.2 kilometer dari lokasi hilang - Sinarharian - 3/06 3:18 pm

TEMERLOH - Mayat seorang bilal masjid yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang menyeberangi Sungai Pahang di Kampung Peragap ditemukan lemas pada pagi Rabu.Mayat mangsa, Samsul Azmi Ishury, 41, ditemukan pada jam 9.35 pagi di Sungai Pahang berhampiran Kampung Loyang, kira-kira 2.2 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat mangsa ditemukan pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas operasi disambung semula pada jam 7.43 pagi."Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama Unit Pengesan K9 menjalankan pencarian di sekitar lokasi kejadian sebelum mangsa ditemukan pada jam 9.35 pagi."Mayat mangsa kemudian dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, operasi SAR membabitkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, lima anggota PPDA BBP Bukit Angin serta empat anggota Unit K9 bersama seekor anjing pengesan.Turut membantu ialah lapan anggota polis, 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 37 penduduk kampung dengan menggunakan 17 bot.Terdahulu, mangsa yang juga bilal sebuah masjid di Kampung Lipat Kajang dilaporkan hilang selepas dipercayai berenang menyeberangi Sungai Pahang sebelum dihanyutkan arus.Kehilangan mangsa disedari selepas motosikal dan barangan peribadinya ditemukan di tebing sungai, manakala saksi memaklumkan melihat mangsa berenang di kawasan berkenaan sebelum kejadian.





Mapim hantar memorandum kepada PM, gesa tubuh Majlis Tindakan Khas Nasional - Sinarharian - 3/06 2:15 pm

SUNGAI PETANI - Satu memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menuntut penubuhan Majlis Tindakan Khas Nasional menangani isu sosial yang tidak berkesudahan.Pesiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, memorandum yang turut mendapat sokongan kira-kira 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga akan dihantar kepada kementerian berkaitan.Menurutnya, Malaysia sedang berhadapan krisis sosial yang semakin membimbangkan bukan sahaja membabitkan penyalahgunaan dadah, kes juvana dan ponteng sekolah, kini muncul ancaman baharu seperti penggunaan vape dicampur bahan terlarang, pil khayal sintetik, lumba haram, perjudian dalam talian, ketagihan media sosial, pornografi digital serta budaya ganas dalam kalangan remaja."Penggunaan vape jenis 'magic mushroom' dikatakan boleh menimbulkan kecelaruan, halusinasi bahkan kematian di mana cecair dicampur dadah sintetik berisiko menjejaskan fungsi otak serta kesihatan tubuh badan," katanya ketika sidang media di Pejabat Mapim di sini pada Selasa.Menurut Mohd Azmi, mereka turut menuntut penguatkuasaan lebih tegas pihak berkuasa memandangkan tindakan sedia ada dilihat belum mencukupi menyebabkan keruntuhan sosial terus berlaku.Beliau berkata, Mapim turut menggesa kerajaan melaksanakan audit nasional terhadap program belia bagi menilai semula keberkesanan perbelanjaan dan program dilaksanakan kementerian serta agensi berkaitan."Kami juga meminta kerajaan mengekalkan peruntukan bagi pembangunan belia dan remaja serta menyediakan dana kepada NGO yang sentiasa melaksanakan program menangani gejala sosial," katanya.Jelasnya, memorandum itu turut merangkumi intipati menekankan keperluan memperkasakan masjid dan surau sebagai pusat pembangunan belia di peringkat akar umbi, selain melaksanakan program intervensi awal bagi menangani masalah institusi kekeluargaan yang dilihat mempunyai kaitan langsung dengan gejala sosial remaja."Dalam masa sama, kami turut mencadangkan agar kawalan lebih berkesan terhadap kandungan digital yang dilihat menjadi faktor menyumbang kepada masalah sosial apabila tidak dipantau sewajarnya," katanya.Beliau dalam masa sama menyeru seluruh rakyat Malaysia melihat isu ini sebagai tanggungjawab bersama demi menyelamatkan generasi muda daripada keruntuhan moral, ketagihan, jenayah dan budaya yang merosakkan masa depan agama, bangsa dan negara.





Man swept away in Sungai Pahang crossing found drowned - Malaymail - 3/06 2:14 pm

KUANTAN, June 3 A man believed to have been swept away by strong currents while attempting to cross Sungai Pahan...





Tong gas meletup di rumah, lelaki melecur dikejarkan ke hospital - Sinarharian - 3/06 1:35 pm

ALOR GAJAH - Seorang lelaki melecur kira-kira 50 peratus pada anggota badan selepas terkena letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Taman Baiduri, Kuala Ina di sini hari ini.Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penolong Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.26 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah digerakkan ke lokasi."Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga penyewa rumah berkenaan mengalami kecederaan selepas berlaku letupan secara tiba-tiba di bahagian dapur rumah itu."Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) JBPM memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.Zulkhairani berkata, sebelum kejadian, mangsa yang difahamkan baru pulang dari kampungnya di Pahang, mendengar bunyi dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di dalam rumah dan membuat pemeriksaan terhadap tong gas memasak.Beliau berkata, ketika mangsa melakukan pemeriksaan, berlaku satu letupan secara tiba-tiba yang menyebabkannya mengalami kecederaan melecur dan kerosakan serius pada rumah berkenaan."Letupan itu menyebabkan kerosakan pada bahagian bumbung rumah selain menjejaskan struktur bangunan, termasuk pintu, tingkap, siling dan pendawaian elektrik."Operasi pemantauan dan pemeriksaan keselamatan turut dijalankan bagi memastikan tiada risiko kebocoran gas susulan selain membantu siasatan berhubung kejadian itu," katanya.Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian disyaki berpunca daripada kebocoran gas LPG yang terkumpul di dalam rumah sebelum berlaku letupan dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi menentukan punca sebenar kejadian





Kes Amirul Hafiz maut dirempuh hingga melambung, pemandu Myvi tukar pengakuan kes dadah - Sinarharian - 3/06 1:28 pm

KLANG - Seorang lelaki yang tular terlibat kemalangan sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut selepas melambung atas sebuah kereta menukar pengakuan kepada tidak bersalah bagi satu pertuduhan kes dadah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.R Saktygaanapathy, 28, yang memakai baju-T berkolar putih membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Nor Azilah Mat.Peguam, Aravind Raj berkata, semasa anak guam dihadapkan ke mahkamah dua bulan lalu, Saktygaanapathy tidak diwakili peguam."Jadi saya tidak pasti sama ada dia faham atau tidak pertuduhan yang dihadapinya ketika itu."Selepas saya jelaskan kes yang dihadapinya, kesan dan akibat pengakuan awal, barulah dia kata tidak mahu mengaku bersalah," katanya ketika ditemui di luar mahkamah.Beliau berkata, keluarga tertuduh baru sahaja melantiknya untuk mewakili lelaki itu yang bekerja sebagai pembantu makmal.Menurutnya, Saktygaanapathy masih dalam proses untuk menyesuaikan diri di Penjara Sungai Buloh, malah dia mengakui tempoh reman berkenaan agak sukar untuk dihadapi.Peguam juga berkata, pendakwaan memaklumkan laporan kimia berhubung kes itu belum diperoleh, maka mahkamah menetapkan 22 Julai depan untuk sebutan kes.Pada 1 April lalu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan pindaan memberikan dirinya dadah disyaki jenis 11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-Carboxylic Acid ke dalam badan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, jam 3.30 petang pada 29 Mac lalu.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sulfie Abu Hassan.Sementara itu bagi kes bunuh yang dihadapi tertuduh, di hadapan Majistret, A Karthiyayini, Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz berkata, laporan bedah siasat belum diterima.Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes.Sementara itu, peguam, Mohd Faizi Che Abu yang mewakili isteri mangsa, Nor Nadia Abdul Majid, 32, hadir selaku peguam pemerhati.Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, di sini pada jam 11.47 pagi tarikh sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman gantung, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.Hujung Mac lalu, kemalangan berkenaan tular di media sosial, memaparkan Amirul Hafiz melambung selepas dirempuh kereta dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan.Akibat pelanggaran itu, lelaki tempatan itu tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.





'Lebih 8 jam perjalanan, redah curam, lintas sungai' - Orang Asli dedah laluan getir ke Gunung Batu Putih - Sinarharian - 3/06 11:09 am

TAPAH Laluan ke puncak Gunung Batu Putih yang menjadi lokasi kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, bukan sahaja mencabar, malah memerlukan tempoh perjalanan sehingga lapan jam bergantung kepada pengalaman seseorang.Gambaran itu dikongsikan penduduk Orang Asli dari Kampung Ampang Woh yang mula memasuki kawasan hutan seawal jam 5 pagi hari ini (Rabu) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.Seorang daripada mereka, Suhaimi Bah Kakdak, 55, berkata, bagi individu yang tidak arif, tempoh perjalanan ke puncak gunung boleh menjangkau sehingga 12 jam."Memang laluan itu sukar kerana banyak lubang, selain perlu melalui tebing dan kawasan curam





Kaul Festival key to preserving Melanau heritage, says Fatimah - BorneoPost - 3/06 10:47 am

DALAT (June 3): The Kaul Festival remains an important platform for preserving Melanau cultural heritage, strengthening community unity and fostering harmonious intergenerational relationships, said Women, Childhood and Community Wellbeing Development Minister Dato Sri Fatimah Abdullah





Pahang police to record more statements in probe into students claim of being slapped by politician - Malaymail - 3/06 10:07 am

KUANTAN, June 3 Pahang police will record the statements of several witnesses to complete investigati...





Pegawai kanan polis maut motosikal bertembung lori - Sinarharian - 3/06 9:53 am

HULU SELANGOR - Seorang pegawai kanan polis maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah lori di Jalan Batang Kali-Genting di sini pada Selasa.Kemalangan menyebabkan mangsa, Superintenden Yuslimezam Hashim yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di kepala.Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang.Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 51 tahun menunggang motosikal seorang diri dari Alor Setar, Kedah menuju ke IPK Pahang."Apabila sampai di Jalan Batang Kali menghala ke Genting, mangsa mengambil selekoh ke kiri dan dipercayai telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dipandu lelaki berusia 50 tahun."Mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat, manakala pemandu lori cedera ringan di muka dan dada," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Tambahnya, polis meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan ini dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohammadi Mt Abu @ Ramli di talian 03-60641222 atau mana-mana balai polis berdekatan.Sebelum itu, Polis Pahang dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa memaklumkan, Allahyarham meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran sebuah tapak perkhemahan di lokasi kejadian."Dimaklumkan bahawa Superintenden Yuslimezam Hashim, Ketua Jabatan Logistik IPK Pahang kembali ke rahmatullah hari ini (Selasa) akibat kemalangan motosikal."Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dan Pengerusi PERKEP Pahang, Datin Seri Sumarnie Haris mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah dan mendoakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama-sama golongan orang beriman," kata hantaran itu.





Selama manfaatkan potensi eko-pelancongan - Sinarharian - 3/06 9:30 am

LARUT - Terletak di utara Perak, Selama terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara.Daerah yang dahulunya dilihat sebagai kawasan luar bandar itu kini mula meneroka potensi pelancongan berasaskan alam secara lebih tersusun.Usaha tersebut semakin membuahkan hasil apabila Selama kian menarik perhatian pelancong tempatan dan antarabangsa, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.Pengurus ATV Sungai Seputih, Masrul Apdhal Mohamad berkata, perniagaan yang mula beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2025 itu diwujudkan dengan matlamat membantu komuniti setempat menjana pendapatan tambahan.Menurutnya, pakej yang ditawarkan bukan sahaja memberi pengalaman rekreasi kepada pelancong, malah turut membawa mereka menyelami kehidupan kampung serta menyokong ekonomi penduduk sekitar."Melalui pakej ATV, pengunjung dibawa melalui laluan mencabar seperti bukit pacak, kawasan sungai, bendang dan ladang, selain pakej santai yang memberi peluang melihat keindahan kampung serta keunikan budaya tempatan."Dalam masa sama, mereka turut dibawa melawat pusat industri kecil dan sederhana (IKS), rumah tradisional serta pusat anyaman bagi memberi pendedahan dan sokongan kepada pengusaha tempatan," katanya.Beliau berkata, bantuan kerajaan menerusi program Sejati MADANI berjumlah RM100,000 telah digunakan untuk menambah unit ATV dan memperluaskan operasi perniagaan.Sementara itu, pengendali Selama Rafting dan Selama Beach Campsite, Mohd Idrus Abd Wahid berkata, peningkatan jumlah pelawat daripada 5,300 orang kepada 8,000 orang setahun, memberi kesan langsung kepada kitaran ekonomi setempat termasuk pengusaha inap desa, peniaga runcit dan penyedia katering."Apabila pelancong datang, mereka bukan sahaja sertai aktiviti seperti rafting, malah menggunakan kemudahan lain seperti penginapan, makanan dan perkhidmatan tempatan."Ini mewujudkan rantaian ekonomi berterusan yang turut membuka peluang pekerjaan kepada belia tempatan sebagai pemandu pelancong dan tenaga sokongan," katanya.Beliau berkata, kemudahan tapak perkhemahan yang disediakan merangkumi 19 lot dengan kapasiti sehingga sekitar 200 pengunjung pada satu-satu masa.Menariknya, lokasi itu turut menerima kehadiran pelancong dari pelbagai benua termasuk Amerika dan Eropah, selain negara Asia seperti Hong Kong dan China."Bagi memperkukuh pembangunan sektor ini, adalah penting untuk pengusaha pelancongan mengekalkan kerjasama erat dengan agensi seperti Majlis Daerah Selama, Pejabat Daerah dan Tanah Selama dan Tourism Perak," katanya.Dalam pada itu, pengusaha produk makanan tempatan, Faridah Mohamed Yatim berkata, kehadiran pelancong turut memberi impak besar kepada perkembangan industri makanan dan cenderahati di kawasan berkenaan."Pelancong bukan sahaja membeli, malah ada yang menjadi ejen dan membantu mempromosikan produk kami, sekali gus memperluaskan pasaran," katanya.Pembangunan pelancongan di Selama membuktikan bahawa gabungan keunikan alam semula jadi, penglibatan komuniti serta sokongan kerajaan pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mampu mewujudkan ekosistem ekonomi yang mampan dan inklusif.Dalam perancangan di dalam pelan Perak Sejahtera 2030 daerah berkenaan dikhususkan sebagai Hab Eko-Pelancongan Selama.





Polis buru suspek samun, cederakan pekerja serbaneka guna parang - Mygazette - 3/06 8:20 am

# Polis buru suspek samun, cederakan pekerja serbaneka guna parang NIBONG TEBAL - Seorang pekerja kedai serbaneka cedera di kepala dan kedua-dua tangan selepas disamun serta diserang lelaki bersenjatakan parang di sebuah premis di Jalan Sungai Daun, Taman Bistari di sini, pada Ahad lalu





Cucu Nik Aziz ditampar ahli politik: Polis buka kertas siasatan - Mygazette - 3/06 8:20 am

# Cucu Nik Aziz ditampar ahli politik: Polis buka kertas siasatan BENTONG - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditampar oleh seorang ahli politik ketika menghadiri sebuah program di Janda Baik, di sinj





RM6.5 juta naik taraf Taman Lembah Kiara tumpu pemulihan infrastruktur .. - Mygazette - 3/06 8:20 am

# RM6.5 juta naik taraf Taman Lembah Kiara tumpu pemulihan infrastruktur - Hannah KUALA LUMPUR - Kerja naik taraf Taman Lembah Kiara bernilai RM6.5 juta yang dilaksanakan Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah siap, dengan sebahagian besar peruntukan digunakan bagi pemulihan sistem saliran, kolam takungan serta kemudahan elektrik di taman rekreasi itu





PRN Johor: Jangan abai peranan pengundi muda – Azalina - Mygazette - 3/06 8:20 am

# PRN Johor: Jangan abai peranan pengundi muda - Azalina PENGERANG - Peranan pengundi muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak boleh diabaikan kerana mempunyai jumlah peratusan yang besar





Anthony Loke beremosi bila cabar bubar DUN N. Sembilan jika Johor... - Mygazette - 3/06 8:20 am

# Anthony Loke beremosi bila cabar bubar DUN N





Seludup 60 tong petrol sehari ke Thailand - Sinarharian - 3/06 7:26 am

TUMPAT - Kegiatan penyeludupan petrol ke Thailand yang dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lalu terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah stor haram di pangkalan Haram Tualang, Pengkalan Kubor di sini pada Selasa.Dalam serbuan jam 7.30 pagi itu, empat lelaki termasuk seorang warga Thailand berusia antara 32 hingga 58 tahun diberkas bersama pelbagai peralatan dan petrol yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan bahan bersubsidi berkenaan.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dilakukan hasil risikan berhubung kegiatan penyeludupan petrol di kawasan sempadan.Menurut beliau, anggota risik Batalion 8 PGA bersama anggota Sekat Pitas Pos Ular membuat pemerhatian selama kira-kira 30 minit sebelum mengesan dua kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero memasuki stor berkenaan dalam keadaan mencurigakan."Ketika serbuan dilakukan, anggota mendapati dua lelaki sedang menyedut petrol dari tangki kenderaan ke dalam tong plastik, seorang berada di meja stor manakala seorang lagi sedang memunggah tong berisi petrol ke dalam perahu."Bagaimanapun, beberapa individu yang berada di kawasan sungai bertindak melarikan diri menggunakan perahu ke arah Thailand sebaik menyedari kehadiran pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita pada Rabu.Ujar beliau, hasil pemeriksaan menemukan dua buah Mitsubishi Pajero, 140 liter petrol, dua hos getah, dua pam angin, wang tunai RM4,800 dipercayai hasil jualan petrol serta beberapa barangan lain.Menurutnya, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM65,588.80.Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati dua suspek tempatan berperanan membeli petrol di stesen minyak berhampiran sebelum menjualnya kepada seorang warga Thailand yang bertindak sebagai pembeli utama di stor berkenaan."Suspek itu dipercayai aktif dalam kegiatan penyeludupan petrol sejak tiga tahun lalu dan menyewa stor tersebut dengan kadar RM700 sebulan."Hasil siasatan juga mendapati petrol dibeli pada harga RM4.40 seliter sebelum dijual semula di Thailand dengan keuntungan tertentu





Kabinet Thailand lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Sungai Golok - Sinarharian - 2/06 11:47 pm

BANGKOK - Kabinet Thailand pada Selasa meluluskan projek alam sekitar bersama Malaysia yang bertujuan mengurangkan risiko banjir, meningkatkan keselamatan air dan memulihkan ekosistem di Lembangan Sungai Golok, iaitu laluan air merentas sempadan utama yang menghubungkan kedua-dua negara.Inisiatif yang mendapat sokongan dana sebanyak US$4 juta (RM15.9 juta) daripada Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF) itu akan dilaksana dalam tempoh 48 bulan dengan sokongan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO).Timbalan Jurucakap Kerajaan Lalida Persvivatana berkata projek itu dibangunkan secara bersama oleh Pejabat Sumber Air Kebangsaan Thailand dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia untuk menambah baik pengurusan banjir, menangani hakisan tebing sungai serta memperkukuh pengurusan sumber air merentas sempadan di Lembangan Sungai Golok."Projek ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuh keselamatan alam sekitar dan memastikan pengurusan mampan bagi sumber air yang dikongsi bersama," katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Kabinet pada Selasa.Lalida berkata inisiatif berkenaan akan meningkatkan kerjasama dua hala melalui pembangunan pangkalan data bersama, penilaian risiko banjir dan kemarau, serta pelan tindakan strategik bersama untuk lembangan sungai itu."Ia juga akan mempromosikan penyelesaian berasaskan alam semula jadi bagi memulihkan ekosistem dan mengurangkan kesan cabaran alam sekitar terhadap komuniti di dalam lembangan berkenaan," katanya.Sungai Golok membentuk sebahagian daripada sempadan semula jadi antara selatan Thailand dan utara Semenanjung Malaysia, dan sering terkesan oleh banjir bermusim yang menjejaskan komuniti di kedua-dua belah sempadan





Orang Asli Pahang bantu SAR laluan Gunung Rayu sejak empat hari - Sinarharian - 2/06 8:19 pm

TAPAH - Sekumpulan Orang Asli dari Pos Titom, Hulu Jelai, Pahang tampil membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih secara sukarela sejak empat hari lalu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seramai 13 individu daripada kumpulan berkenaan dikesan berada di sekitar Gunung Rayu bagi membantu usaha pencarian mangsa.Menurutnya, kumpulan tersebut dipercayai sebahagian daripada Pasukan Pelindung di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang aktif menjalankan aktiviti di kawasan hutan.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat"Mereka ini telah memulakan usaha pencarian secara sukarela sejak empat hari lalu di kawasan Gunung Rayu."Pasukan SAR yang beroperasi di kawasan itu telah bertemu dengan kumpulan berkenaan ketika menjalankan operasi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, setakat ini tiada perkembangan baharu dilaporkan berhubung penemuan mangsa, dengan operasi pencarian masih diteruskan seperti hari sebelumnya.Menurutnya, pasukan SAR yang diturunkan menggunakan pesawat MI-17 semalam masih berada di lokasi bagi meneruskan usaha pencarian dan dijangka keluar pada tengah hari Rabu."Tiada penambahan pasukan baharu sama ada melalui udara atau darat pada hari ini," katanya.Mangsa, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN:Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuBagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.





Polis siasat dakwaan pelajar IPTA ditampar ahli politik - Sinarharian - 2/06 7:21 pm

KUANTAN - Polis membuka siasatan berhubung dakwaan seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditampar oleh seorang ahli politik ketika menghadiri Program Pemerkasaan Bangsa 2.0 di Janda Baik, Bentong pada 20 Mei lalu.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 30 Mei lalu daripada mangsa yang berusia 23 tahun.Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang juga seorang ahli politik berusia 62 tahun dipercayai menampar pipi kiri mangsa ketika berada di dalam dewan Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Kampung Janda Baik."Perbuatan itu didakwa berlaku di hadapan beberapa individu yang turut berada di lokasi kejadian."Mangsa membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ahli politik tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Yahaya berkata, mangsa tidak mengalami kecederaan serius akibat kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.Dalam pada itu, beliau memaklumkan polis turut menerima laporan daripada ahli politik terbabit pada 1 Jun lalu berhubung kejadian sama.Menurutnya, keterangan mangsa dan suspek telah dirakam, manakala beberapa saksi lain akan dipanggil bagi membantu siasatan."Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan lanjut," katanya.Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.Sebelum ini, seorang pelajar universiti yang juga cucu kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa ditampar seorang bekas Senator ketika menghadiri Program Pemerkasaan Bangsa 2.0 di ILMU Janda Baik, Bentong.Mangsa mendakwa insiden berlaku selepas tamat sesi ceramah program berkenaan, manakala bekas Senator terbabit dilaporkan menafikan dakwaan tersebut.





Pahang cops to probe claim Umno man slapped Nik Azizs grandson - FMT - 2/06 6:38 pm

Kelantan police chief Yusoff Mamat says a report was lodged by Nik Alif Aiman Abdul Ariffahmi at the Kota Bharu police headquarters.





Perahu terbalik di Sarawak, lelaki dikhuatiri lemas - FMT - 2/06 6:17 pm

Gerald anak Lansam dipercayai dihanyutkan arus sungai kira-kira 1 tengah hari tadi.





MetMalaysia warns of thunderstorms, heavy rain in seven states until 7pm - Sinardaily - 2/06 5:28 pm

KUALA LUMPUR - The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorms, heavy rain and strong winds expected to hit several areas across seven states until 7pm today.MetMalaysia, in a statement today, said weather conditions are expected throughout Perlis, while in Pahang, they will affect Cameron Highlands.The weather is also forecast for Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, and Sik in Kedah; as well as Larut, Matang and Selama, Kuala Kangsar, Kinta, and Kampar in Perak.In Terengganu, the affected areas comprise Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun, and Kemaman.Meanwhile, in Sabah, a similar warning was issued for the West Coast (Ranau and Kota Belud); Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, and Sandakan) and Kudat, while in Sarawak it involves Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri, and Marudi) and Limbang





Pahang police probe alleged senator slap involving Nik Azizs grandson at Janda Baik programme - Malaymail - 2/06 5:15 pm

KUALA LUMPUR, June 2 The investigation into a case involving the grandson of the late Kelantan menteri besar Tan...





Ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri - Sinarharian - 2/06 4:59 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di tujuh negeri hingga 7 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu berlaku di seluruh negeri Perlis manakala Pahang melibatkan kawasan Cameron Highlands.Keadaan sama turut melanda kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik di Kedah manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.Di Terengganu, kawasan terlibat meliputi Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.Sementara itu, di Sabah, amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat manakala di Sarawak melibatkan kawasan Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang





Fisherman feared drowned while attempting to swim across Pahang river in Temerloh - Malaymail - 2/06 4:37 pm

KUALA LUMPUR, June 2 A river fisherman is feared to have drowned after he was believed to have been swept away w...





Lelaki dihanyut arus ketika menyeberang Sungai Pahang - Mygazette - 2/06 3:02 pm

# Lelaki dihanyut arus ketika menyeberang Sungai Pahang TEMERLOH - Seorang lelaki berusia 41 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika cuba berenang menyeberangi Sungai Pahang berhampiran Kampung Peragap, di sini, pagi tadi





Kilang pengeluar peralatan transformer di Semenyih terbakar - Mygazette - 2/06 3:02 pm

# Kilang pengeluar peralatan transformer di Semenyih terbakar **SEMENYIH** Sebuah kilang yang menghasilkan bahan dan peralatan transformer untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kawasan Perindustrian Sungai Purun, Jalan Bangi Lama di sini, mengalami kebakaran awal pagi tadi





Pendaki hilang: Awan berkelompok, angin kuat antara cabaran hantar, ambil .. - Mygazette - 2/06 3:02 pm

# Pendaki hilang: Awan berkelompok, angin kuat antara cabaran hantar, ambil pasukan penyelamat TAPAH - Keadaan awan berkelompok, tiupan angin kuat dan ruang yang sempit dikelilingi pokok tebal antara cabaran operasi udara dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih di sini





Afnan Hamimi desak UMNO siasat dakwaan mahasiswa UiTM ditampar pemimpin .. - Mygazette - 2/06 3:02 pm

# Afnan Hamimi desak UMNO siasat dakwaan mahasiswa UiTM ditampar pemimpin parti KUALA LUMPUR Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menggesa UMNO menjalankan siasatan secara serius dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pemimpin parti itu yang didakwa menampar seorang mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) selepas menghadiri program di Institut Latihan UMNO (ILMU), Janda Baik, Pahang, baru-baru ini





Kepayang Jaya longhouse celebrates Gawai with rich display of Dayak heritage - BorneoPost - 2/06 3:00 pm

SELANGAU (June 2): The Gawai Dayak 2026 celebration at Rumah Panjang Kepayang Jaya, Sungai Arip, was marked by vibrant cultural festivities aimed at preserving the customs, traditions and heritage of the Dayak community amid rapid modernisation





Suspected Rames gang leader charged in Alor Setar court - SUN - 2/06 2:31 pm

G





Ketua 'Geng Rames' diheret ke mahkamah - Sinarharian - 2/06 1:15 pm

ALOR SETAR - Seorang lelaki dipercayai ketua Geng Rames didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana terlibat dalam kumpulan jenayah terancang.Mengikut pertuduhan G





PRN Johor dijangka saksikan pertandingan enam penjuru - Sinarharian - 2/06 12:59 am

KUANTAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berkemungkinan menyaksikan pertandingan sehingga enam penjuru susulan kemunculan beberapa parti baharu, kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Pahang, Mohd Tarmizi Yahaya.Beliau berkata, senario itu tidak mustahil berlaku apabila parti-parti baharu menjadikan PRN Johor sebagai platform untuk menguji sokongan pengundi."Parti-parti baharu, contohnya Parti Bersama Malaysia (Bersama) pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli, akan menjadikan PRN Johor sebagai medan ujian sokongan."Jika di Johor mereka boleh menang, tidak mustahil perkara sama boleh berlaku di kerusi lain atau di peringkat Parlimen," katanya ketika ditemui pada program Jom Sarapan Pagi di kedai Ghodong Bukit Rangin Perdana di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan berlakunya pertandingan pelbagai penjuru susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.Pada Isnin, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.Mengulas lanjut, Mohd Tarmizi berkata, PN menjangkakan Johor antara negeri yang akan mengadakan PRN lebih awal berdasarkan perkembangan politik semasa."Kita tahu sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan semakin berkurangan, manakala sokongan terhadap UMNO juga dilihat merosot susulan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP."Justeru, antara usaha untuk meningkatkan sokongan ialah dengan mengadakan PRN Johor," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata PN dan PAS bersedia menggerakkan jentera ke Johor sekiranya pilihan raya diadakan."Jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman, kita akan segera menghantar jentera ke Johor," katanya.





Kisah pengorbanan Jameliah bantu asnaf dibalas rezeki haji - Sinarharian - 2/06 12:25 am

MAKKAH Siapa sangka di sebalik rutin harian sebagai suri rumah sepenuh masa, tersimpan kisah pengorbanan panjang yang akhirnya membuahkan rezeki tidak disangka-sangka.Bagi Jameliah Abdul Manaf, 66, keikhlasannya membantu golongan asnaf sejak 2010 tanpa mengharapkan sebarang imbuhan akhirnya dibalas dengan peluang menunaikan ibadah haji menerusi kuota kurniaan kerajaan negeri Selangor.Menceritakan detik menerima berita gembira itu, Jameliah berkata, kakitangan Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Selangor telah hadir ke kediamannya bagi memaklumkan pemilihannya sebagai tetamu Allah SWT."Apabila dimaklumkan nama saya dicalonkan untuk menerima tajaan haji ini, pada mulanya saya menolak kerana merasakan ramai lagi yang lebih layak."Namun apabila dimaklumkan ia adalah perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, saya menerimanya sebagai rezeki dan jawapan kepada doa yang dipanjatkan selama ini," katanya yang berasal dari Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh.Perjalanan Jameliah dalam kerja-kerja kebajikan bermula secara fi sabilillah pada tahun 2010 apabila beliau membantu penduduk yang berdepan pelbagai masalah, termasuk urusan zakat, perumahan, pendidikan serta individu yang tidak mempunyai kad pengenalan dan sijil kelahiran."Ramai yang datang meminta bantuan





Afnan Hamimi urges Umno to probe leader over alleged slap of Nik Azizs grandson - Sinardaily - 2/06 12:21 am

SHAH ALAM - Pas Youth chief Afnan Hamimi Taib Azamudden has called on Umno to conduct an immediate investigation and take firm action against one of its leaders following allegations that the politician slapped the grandson of former Kelantan Menteri Besar, the late Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, during an official university event.Afnan said the incident allegedly took place at an Umno-owned premises and involved a university student who should have been treated with respect regardless of political differences.In a Facebook post on Tuesday, he questioned the explanation given by the Umno leader, who reportedly claimed that he had only touched Nik Alif Aiman Abdul Ariffahmis cheek as a gesture of friendliness."This explanation is difficult to accept





Lelaki parah di kepala, bahu, siku ditetak dalam kejadian samun - Sinarharian - 2/06 12:01 am

BALING Seorang lelaki tempatan parah di bahagian kepala, bahu dan siku selepas dipercayai ditetak menggunakan parang dalam kejadian samun di sebuah rumah di Kuala Ketil di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, kejadian itu dipercayai melibatkan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.Menurutnya, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian samun berkumpulan bersenjatakan senjata tajam itu pada jam lebih kurang 8.40 pagi."Berdasarkan siasatan awal, pada 1 Jun 2026 kira-kira jam 8.10 pagi, mangsa didatangi dua lelaki menaiki motosikal jenis Honda berwarna perak."Kedua-dua suspek dipercayai bersenjatakan parang sebelum menyerang mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, mangsa yang merupakan lelaki berbangsa Siam berusia lingkungan 20-an mengalami kecederaan di bahagian kepala, bahu dan siku akibat ditetak dalam kejadian tersebut."Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani," katanya.Katanya, kejadian turut menyebabkan mangsa mengalami kerugian wang tunai serta kehilangan barangan peribadi.Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan.Brandon berkata, polis kini giat mengesan kedua-dua suspek dan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut."Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan," katanya.





Lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba seberangi Sungai Pahang - Sinarharian - 2/06 11:40 am

TEMERLOH Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika cuba berenang menyeberangi Sungai Pahang di Kampung Peragap di sini pada Selasa.Mangsa dikenali sebagai Samsul Azmi Ishury, 41.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.30 pagi.Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan utiliti Triton dan sebuah bot aluminium dikerahkan ke lokasi kejadian."Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 8.02 pagi dan menjalankan operasi pencarian bersama polis."Berdasarkan maklumat awal saksi, mangsa dipercayai berenang untuk menyeberangi sungai sebelum dihanyutkan arus dan dikhuatiri lemas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin turut digerakkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa."Operasi pencarian masih dijalankan dan setakat ini mangsa belum ditemukan," katanya.





Dakwaan tampar cucu Tok Guru Nik Aziz: UMNO digesa siasat pemimpin parti - Afnan Hamimi - Sinarharian - 2/06 11:27 am

SHAH ALAM - UMNO perlu segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap seorang tokoh politik parti itu berhubung dakwaan menampar cucu bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, insiden tersebut melibatkan pemimpin UMNO dan berlaku dalam premis mereka.Menurutnya, mahasiswa tidak patut dikasari sedemikian dan perlu dihormati walaupun berlainan warna bendera politik dan kecenderungan mereka."Pemimpin UMNO tersebut memberikan penjelasan bahawa dia hanya menyentuh pipi Nik Alif Aiman sebagai tanda mesra





114 maut lemas, tragedi di sungai paling tinggi - JBPM - Sinarharian - 2/06 10:50 am

SHAH ALAM Seramai 114 individu dilaporkan maut akibat lemas dalam 113 insiden yang direkodkan di seluruh negara sejak Januari hingga 1 Jun lalu.Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, daripada jumlah kematian itu, 102 mangsa adalah lelaki manakala 12 lagi perempuan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.Menurutnya, golongan berusia tujuh hingga 19 tahun mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 53 orang."Bagi kategori umur, sehingga enam tahun melibatkan tiga kematian, tujuh hingga 19 tahun (53 orang), 20 hingga 39 tahun (31 orang), 40 hingga 59 tahun (20 orang) dan 60 tahun ke atas (tujuh orang)."Lokasi insiden paling banyak direkodkan ialah sungai atau tali air dengan 68 kes, diikuti pantai (25 kes), tasik atau lombong (11 kes), air terjun atau jeram (tujuh kes) dan pembentung (dua kes)," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Beliau berkata, peningkatan insiden lemas kebelakangan ini amat membimbangkan, terutama ketika musim cuti panjang yang menyaksikan ramai memilih lokasi rekreasi berasaskan air untuk beriadah.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau pergerakan ahli keluarga bagi memastikan keselamatan serta mengelakkan kejadian tidak diingini ketika berkelah atau mandi-manda di pantai, sungai dan air terjun."Kepekaan masyarakat terhadap bahaya air nampaknya masih rendah berbanding keghairahan untuk beriadah."Masyarakat perlu mengetahui kemampuan diri dan memahami risiko di sesuatu lokasi





Angin kuat, hutan tebal cabaran operasi udara SAR Jaslinda - Sinarharian - 2/06 10:29 am

TAPAH - Angin lembah yang tidak menentu, kanopi hutan yang tebal serta ruang pendaratan yang terhad menjadi antara cabaran utama dihadapi kru helikopter dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih di sini.Timbalan Penguasa Bomba II, Kapten Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata, faktor persekitaran tersebut menyukarkan pesawat untuk kekal stabil, sekali gus memberi risiko tinggi ketika melaksanakan teknik winching bagi menurunkan anggota penyelamat ke lokasi pencarian.Beliau yang bertanggungjawab mengedalikan pesawat MI-17 itu berkata, setakat ini hanya satu lokasi dikenal pasti sesuai untuk operasi winching iaitu di kawasan Kem Sukaneka, yang dipercayai paling hampir dengan lokasi laluan mangsa."Operasi winching biasanya dilakukan pada ketinggian minimum antara 50 kaki dari puncak kanopi bagi mengelakkan risiko terkena pokok."Kalau kawasan lapang, kita boleh lakukan pada ketinggian lebih tinggi, tetapi dalam hutan tebal seperti ini, kita perlu berada serendah mungkin untuk memastikan ketepatan penurunan anggota."Namun, semakin rendah kita berada, semakin besar cabaran terutama dari segi kestabilan pesawat dan kesan angin yang kuat," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Kawalan Hadapan (PKH) di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor di sini pada Isnin.Beliau berkata, ketiadaan penanda seperti bendera atau sebarang isyarat visual di kawasan berkenaan menyukarkan kru udara mengenal pasti kedudukan tepat pasukan di darat, terutama pada peringkat awal operasi."Dalam keadaan hutan tebal, pencarian dari udara memang mencabar





Warning of thunderstorms, heavy rain in nine states - MetMalaysia - Sinardaily - 2/06 10:00 am

KUALA LUMPUR - The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorms, heavy rain and strong winds in nine states until 12 noon today.MetMalaysia in a statement announced that the states expected to be affected are Perlis, Kedah, Penang, Perak, Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub and Bentong).The weather is also predicted to occur in Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya and Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah and Rembau)





Difficult terrain, strong winds hamper search for missing hiker - JBPM - Sinardaily - 2/06 9:44 am

TAPAH - Clustered clouds, strong winds and the confined terrain surrounded by dense trees are among the main challenges faced by rescuers in the search and rescue (SAR) operation for a missing female hiker at Gunung Batu Putih here.Fire and Rescue Department (JBPM) assistant superintendent II Mohd Hasrizal Kamaruzzaman said the aerial operation, carried out using a Russian-made MI-17 helicopter from the JBPM Central Region Air Base yesterday, involved complex winching procedures to deploy and extract rescue personnel.He said the operation at the Sukaneka Camp area involved 32 rescuers."The weather was favourable this morning, but clustered clouds and strong winds at higher altitudes posed challenges."The main difficulty is carrying out winching in a confined area surrounded by trees





Ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri - Sinarharian - 2/06 9:41 am

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga 12 tengah hari ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri-negeri yang dijangka terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong).Keadaan cuaca itu turut diramal berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau).- Bernama





Nik Azizs grandson alleges senator slapped him - Sinardaily - 2/06 9:32 am

KOTA BHARU The grandson of former Kelantan Menteri Besar, the late Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, has alleged that he was slapped by a senator while attending an official university programme in Janda Baik, Pahang on May 20.Nik Alif Aiman Abdul Ariffahmi said the incident allegedly occurred at around 6pm after the end of a lecture session held in conjunction with the "Program Pemerkasaan Bangsa 2.0" at Institut Latihan Memperkasa Ummah (Ilmu).He said the invited speaker at the event was a senator who was also introduced as a member of the board of directors of a university."During a conversation after a photo session, a deputy vice-chancellor informed the senator that I am the grandson of the late Nik Aziz."After that, a discussion related to politics arose and I claim that he made remarks criticising Pas before suddenly slapping my left cheek with his right hand," said Alif, who is also the president of the Student Representative Council (MPP).He claimed the slap did not cause physical injury, but was strong enough to turn his head and face to the right due to the impact.He said the incident took place in front of about 10 to 15 people, including several senior university officers and fellow MPP members."I did not retaliate out of respect for him as an older person





Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 1 pagi - MetMalaysia - Sinarharian - 1/06 9:58 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di lima negeri iaitu Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak hingga 1 pagi ini.Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada jam 8.30 malam, kawasan terlibat ialah Dungun dan Kemaman di Terengganu, Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat dan Mersing).Di Sabah, cuaca buruk dijangka melanda pedalaman Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan, Pantai Barat (Papar), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).Di Sarawak pula, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Kapit (Song) serta Limbang (Lawas)





Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri - Sinarharian - 1/06 7:20 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di enam negeri hingga jam 9 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca berkenaan diramal berlaku di pantai timur melibatkan daerah Besut, Setiu dan Dungun di Terengganu, manakala di Pahang membabitkan Bera dan Rompin.Keadaan sama turut dijangka melanda Jempol di Negeri Sembilan serta di Johor (Segamat dan Mersing)Sementara itu di Sabah, amaran dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman (Nabawan) serta Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).Di Sarawak kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang





Operasi SAR Jaslinda: 'Kami sedia bantu, bila-bila masa saja' - Tok Batin - Sinarharian - 1/06 6:02 pm

TAPAH - Komuniti Orang Asli di Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu.Rata-rata mereka berpandangan bahawa pengalaman hidup dan kepakaran dalam selok-belok hutan boleh membantu memperluaskan skop pencarian.Tok Batin Kampung Batu 17, Bah Ahang, 72, berkata, komuniti Orang Asli boleh digerakkan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan pihak berkuasa.Menurutnya, meskipun operasi SAR kini melibatkan pelbagai agensi dan penggunaan teknologi, kepakaran Orang Asli dalam menjejaki laluan hutan serta memahami corak pergerakan di kawasan berkenaan boleh menjadi nilai tambah."Kalau pihak kerajaan minta bantuan, kita boleh gerakkan anak-anak buah untuk cari





Sultan, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan Selamat Hari TUDM 2026 Sultan, .. - Mygazette - 1/06 3:21 pm

# Sultan, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan Selamat Hari TUDM 2026 KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2026 kepada seluruh warga TUDM





2 ??beradik maut, seorang cedera kereta dinaiki hilang kawalan di Jempol - Mygazette - 1/06 3:21 pm

# 2 beradik maut, seorang cedera kereta dinaiki hilang kawalan di Jempol JEMPOL - Dua maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki adik-beradik itu hilang kawalan sebelum terbabas, dalam kemalangan di Kilometer 11 Jalan Bahau-Kemayan di sini malam tadi





140 individu termasuk kanak-kanak masih hilang - Sinarharian - 1/06 1:18 pm

SHAH ALAM - Seramai 140 individu melibatkan kanak-kanak, remaja dan dewasa dilaporkan masih hilang di seluruh negara setakat 28 Mei lalu.Semakan di Portal Rasmi Kanak-Kanak Hilang Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu mendapati 28 kanak-kanak berusia antara satu hingga 12 tahun, manakala 30 remaja berusia 13 hingga 17 tahun dan 82 lagi ialah daripada golongan dewasa.Portal terbabit turut menyenaraikan butiran individu hilang iaitu nama penuh, usia, tarikh hilang dan lokasi terakhir beserta paparan gambar.Orang ramai juga boleh membuat carian di ruangan khas berkenaan penama yang dilaporkan hilang itu.Portal terbabit juga melampirkan alamat, emel dan telefon PDRM setiap kontinjen untuk dihubungi bagi orang awam menyalurkan maklumat.Semakan di portal itu mendapati terdapat senarai kanak-kanak yang dilaporkan masih hilang di Mentakab, Pahang sejak 4 Jun 2010 iaitu C Nisha berusia dua tahun.Selain itu, antara kes yang dilaporkan ialah kehilangan Qaseh Qumaira Damia Abdullah, 7 di Kota Tinggi, Johor pada 23 Januari 2017.Kanak-kanak lain yang turut dipaparkan ialah Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah berusia lima tahun di Bintulu, Sarawak yang dilapor hilang pada 28 September 2019.Laporan Sinar Harian pada Julai 2024 melaporkan sebanyak 3,067 kes individu hilang membabitkan usia lingkungan sehingga 18 tahun dilaporkan di seluruh negara bagi tahun 2020 hingga 2023.Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan dilaporkan berkata, pihaknya bekerjasama dengan penglibatan pelbagai agensi, jabatan kerajaan dan bukan kerajaan.Kata beliau, usaha mencari dan mengesan ini akan diteruskan sehingga kanak-kanak yang dilaporkan hilang ditemui semula.PDRM akan terus berhubung dengan ahli keluarga bagi mendapatkan perkembangan dan memberi khidmat sokongan psikologi kepada keluarga mangsa.





Menteri Besar bukan ditentukan hierarki parti - Pesuruhjaya Pas Pahang - Sinarharian - 1/06 11:03 am

KUANTAN Pemilihan Menteri Besar (MB) tidak ditentukan berdasarkan kedudukan seseorang dalam parti, sebaliknya bergantung kepada kelayakan individu untuk menerajui pentadbiran negeri.Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, jawatan tertinggi negeri itu bukan ganjaran kepada mana-mana pemimpin atas pengorbanan dalam parti.Menurutnya, tanggapan bahawa jawatan tersebut perlu diberikan kepada pimpinan tertinggi parti adalah tidak tepat kerana perkara itu tidak termaktub dalam perlembagaan Pas."Dalam Pas jawatan MB bukan jawatan yang wajib dipilih dari kalangan pimpinan tertinggi parti, siapa sahaja akan dipilih walaupun tidak mempunyai jawatan tertinggi dalam parti jika sekiranya ia layak."MB Kelantan, Kedah, Terengganu semuanya bukan Pesuruhjaya dan pimpinan paling tinggi Pas





Penuntut UniKL, abang maut kereta terbabas rempuh pokok - Sinarharian - 1/06 9:14 am

JEMPOL - Dua beradik maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11 Jalan Bahau-Kemayan di sini pada malam Ahad.Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Norhisham Mustapar berkata, ketika kejadian jam 8.40 malam itu, kereta Volkswagen dinaiki mereka dalam perjalanan dari arah Kuala Pilah menuju Temerloh, Pahang."Kereta jenis Volkswagen terbabit dipandu oleh lelaki berusia 31 tahun bersama dua adik lelaki berusia 27 dan 25 tahun."Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dari arah bertentangan dan merempuh pula sebatang pokok," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan pemandu yang bekerja sebagai pegawai keselamatan dan penumpang belakang berusia 25 yang juga penuntut Universiti Kuala Lumpur(UniKL) maut di tempat kejadian akibat cedera parah.Tambahnya, penumpang hadapan turut cedera dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Jempol.Beliau berkata, orang kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal di talian 016-3627746 bagi membantu siasatan.





Petani takut tanam sayur tiada untung - Sinarharian - 1/06 8:20 am

KONFLIK berpanjangan di Asia Barat yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu terus memberi tekanan kepada golongan petani apabila mereka terpaksa berdepan kenaikan kos penanaman dan pengangkutan, gangguan rantaian bekalan, subsidi kerajaan tidak mencukupi serta perubahan iklim, sekali gus menjejaskan hasil dan harga pertanian.Beberapa petani mengeluh dengan gangguan pengangkutan, kenaikan harga baja, peningkatan kos sewa tanah dan bantuan kerajaan yang tidak memadai menyebabkan rata-ratanya berada dalam dilema.'Hanya menanam apabila harga baik dan tidak berani menanam apabila harga rendah', sehinggakan pengguna akhirnya dijangka menanggung kenaikan harga sayur-sayuran.Presiden Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands, Chai Kok Lim berkata, ketegangan di Asia Barat dan Selat Hormuz mengganggu laluan perkapalan apabila terdapat banyak kapal tidak dapat belayar seperti biasa atau terpaksa mengubah laluan.Menurut beliau, memandangkan kebanyakan kapal kargo yang menghantar barangan ke wilayah Timur Tengah biasanya singgah di Singapura dan Pelabuhan Klang untuk memuatkan bekalan makanan, gangguan sedemikian menyebabkan eksport sayur seperti tomato dan lada benggala merosot ketara."Permintaan terhadap tomato dan lada benggala di Timur Tengah sangat tinggi."Tetapi, apabila jumlah penghantaran kapal berkurangan, jualan tomato dan lada benggala Cameron Highlands turut terjejas teruk sehingga berlaku lambakan, kejatuhan harga serta pembuangan hasil lebihan," katanya.Beliau turut memaklumkan bahawa harga sayur berdaun mula menurun sejak Khamis dan Jumaat lepas.Justeru sebagai penyelesaian jangka panjang, Kok Lim berpandangan, kerajaan perlu mengawal selia kemasukan sayur import dengan lebih baik.Jelasnya, apabila bekalan sayur tempatan mencukupi, import perlu dikurangkan supaya petani dapat merancang aktiviti penanaman dengan lebih teratur.Tambah Kok Lim lagi, pasaran berubah mengikut musim seperti ketika musim durian apabila permintaan terhadap sayur-sayuran menurun."Isu besar lain adalah baja





Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri malam ini - Mygazette - 1/06 8:10 am

# Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri malam ini KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 11 malam ini




Reformasi     >>



Marina recalls being 'spat on face', denies fear of .. - Mkini
UPDATED 2.48PM Outgoing Skudai rep points out past campaigning in Felda, Malay-majority areas.
Kroni     >>



DUN Perlis bubar atau Abu Bakar bertahan? - Utusan
KANGAR: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang bermula hari ini sehingga 5 Jun dijangka menarik perhatian iaiti sama ada akan berlaku usul undi tidak percaya enam wakil rakyat Pas terhadap Menteri Besar atau kesediaan Abu Bakar Hamzah membubarkan DUN jika usul menjatuhkan beliau itu diteruskan. ..
Tabloid     >>



"Adindaku Jaslinda Saludin..", Luahan Kakak Undang .. - Siakapkeli
"Adindaku Jaslinda Saludin..", Luahan Kakak Undang Sebak Memasuki hari ke-11 usaha membawa pulang sejak Jaslinda Saludin dilaporkan
Tech     >>



Microsoft Surface RTX Spark Dev Box Pula Dilancarkan .. - Amanz
Selepas melancarkan Microsoft Surface Laptop Ultra beberapa hari lalu dengan cip NVIDIA RXT Spark, pagi ini Microsoft Surface RTX Spark Dev Box pula dilancarkan sebagai sebuah PC untuk pembangun kecerdasan buatan (AI) lokal. Ia mempunyai rekaan kompak untuk pembangun yang mahu membina, ..
World     >>



Trump denies reports Iran stopped talking to .. - Globalnews
Iran reportedly stopped communicating with mediators about extending a ceasefire, but U.S. President Donald Trump disputed the claim.
Motor Trend     >>



Buletin Xpeng Malaysia Perkenal Mega X9 Rewards .. - Mekanika
# XPENG MALAYSIA PERKENAL MEGA X9 REWARDS - GANJARAN PEMILIKAN SEHINGGA RM45,000 **XPENG Malaysia mengumumkan pelaksanaan program khas MEGA X9 REWARDS bagi model MPV elektrik premium utamanya, XPENG X9, yang menawarkan pelbagai manfaat pemilikan bernilai sehingga RM45,000 kepada pelanggan ..