///
See Also: Shutterstock

Search : Siti News   Page 1    



Niat sambut hari jadi rakan berakhir tragedi - Kosmo - 8/11 4:12 pm

LANGKAWI – Peniaga tudung yang maut dalam kemalangan di Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong di sini malam tadi dikatakan dalam perjalanan mahu menyambut ulang tahun kelahiran rakannya. Menurut Azwani Abdul, 36, adik angkatnya, Allahyarham Siti Sarah Hana Mohamad Subri, 23, sebelum kejadian sempat singgah di kedai makannya yang terletak tidak jauh dari rumah sewa ..





‘Lebib baik diam, saya memang sangat sayangkan mereka’ - Kosmo - 8/11 3:40 pm

KUALA LUMPUR – Atas nama persahabatan, penyanyi popular Siti Nordiana mengambil pendekatan untuk tidak mengulas tentang masalah rumah tangga yang sedang dihadapi kawan lamanya, Nubhan dan Dr





Afgan terbuka berkolaborasi dengan Siti Nurhaliza - Sinarharian - 8/11 2:59 pm

PENYANYI terkenal Indonesia, Afgan, terbuka untuk berkolaborasi dengan Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza pada masa depan, selepas duet spontan mereka di Festival Muzik Pestapora 2025 di Jakarta, Indonesia pada September lepas, tular di media sosial.Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, 36, berkata, sekiranya kerjasama itu menjadi kenyataan, pemilihan lagu perlu dibuat dengan teliti agar benar-benar sesuai dengan kedua-dua mereka."(Masih) belum ada apa-apa perancangan





Peniaga tudung maut motosikal terbabas elak lembu melintas - Sinarharian - 8/11 12:23 am

LANGKAWI - Seorang peniaga tudung maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ketika cuba mengelak seekor lembu yang melintas jalan dalam kejadian di Jalan Ulu Melaka di sini pada malam Jumaat.Mangsa, Siti Sarah Hana Mohamad Subri, 23, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut kira-kira jam 11.40 malam."Hasil siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah Ulu Melaka menghala ke Ayer Hangat sebelum hilang kawalan dan terbabas apabila cuba mengelak lembu yang melintas dari bahu jalan sebelah kiri ke kanan."Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala





GISBH: Anak Abuya tidak salahkan sesiapa - Sinarharian - 7/11 7:54 pm

KAJANG Anak bekas pengasas Al-Arqam yang bebas dari Penjara Kajang selepas selesai menjalani hukuman kerana menjadi ahli kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang menyalahi undang-undang tidak menyalahkan mana-mana pihak.Mohammad Adib At-Tamimi Asaari, 33, berkata, peristiwa yang menimpanya bersama 12 pemimpin tertinggi yang lain merupakan salah satu ujian ALLAH untuk mendidik hamba-hambanya."Kami tak salahkan sesiapa, sememangnya kamilah yang kena bertawakal dengan Tuhan."ALLAH nak didik kami untuk terus kuat dan selama ini kami banyak belajar malah akan terus belajar," katanya ketika ditemui di luar Penjara Kajang, pada Jumaat.Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakan-rakan yang sentiasa mendoakan mereka di sepanjang penahanan.Mohammad Adib yang memakai baju-T lengan Panjang berwarna biru kemudiannya dipeluk oleh ahli keluarga dan rakan-rakan yang menunggu sejak awal pagi.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali mengucapkan salam ketika menuruni bas Jabatan Penjara Malaysia."Assalamualaikum semua," katanya yang kemudian duduk di kerusi roda oleh ahli keluarganya.Dia mengangkat tangan dan tidak mengulas lanjut ketika disapa pihak mediaPada Jumaat, Mohammad Adib, Nasiruddin dan 11 pemimpin tertinggi syarikat dihukum penjara 15 bulan manakala sembilan wanita didenda RM4,500 kerana menjadi ahli pertubuhan yang menyalahi undang-undang, lima tahun lalu.Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar memerintahkan semua tertuduh lelaki itu dihukum penjara bermula tarikh tangkap, antara 25 September hingga 12 Oktober 2024.Sementara isteri CEO GISBH dan lapan tertuduh wanita diperintah ke penjara selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.Mereka ialah Nasiruddin, 66; isterinya, Azura Md Yusof, 58; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib, 33.Sementara lapan tertuduh wanita lain ialah Hamimah Yakub, 72; Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29 dan Nur Jannah Omar, 33.Seramai 11 tertuduh lelaki pula ialah Hasnan Abd Hamid, 54; Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Mokhtar Tajuddin, 61; Shuhaimi Mohamed, 57; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35 dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.





CEO GISBH dan 21 ahli kumpulan mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan - Mgazette - 7/11 3:21 pm

Hakim sedang mendengar rayuan untuk mengurangkan hukuman daripada pasukan peguam bela. Mereka yang mengaku bersalah termasuk lapan tertuduh wanita iaitu Hamimah Yakub, 72, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29; dan Nur Jannah Omar, 33





Semua 22 ahli GISBH dibebaskan hari ini - Mgazette - 7/11 3:21 pm

Yusof, 58, anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tarmizi Asa'ari, 33, serta 19 yang lain mengaku bersalah pada prosiding yang dijalankan di Kompleks Penjara Kajang di sini. Mereka yang mengaku bersalah termasuk lapan tertuduh wanita iaitu Hamimah Yakub, 72, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29; dan Nur Jannah Omar, 33





CEO GISBH, anak Abuya, 11 tertuduh lelaki dijel 15 bulan - Sinarharian - 7/11 12:08 am

KAJANG - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali bersama anak bekas pengasas Al-Arqam dan 11 tertuduh lelaki lain dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat kerana menjadi ahli kumpulan menyalahi undang-undang, lima tahun lalu.Sementara isteri Nasiruddin dan lapan tertuduh wanita lain didenda masing-masing RM4,500 atas pertuduhan sama.Tertuduh wanita diperintah ke penjara selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.Mendengar keputusan itu, semua tertuduh mengucapkan syukur kepada ALLAH di atas keputusan berkenaan.Turut kedengaran ialah ungkapan Allahuakbar' dan 'terima kasih banyak' ketika peguam menghampiri kandang tertuduh.Semasa membaca keputusan, Hakim, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar berkata, semua 13 tertuduh lelaki dihukum penjara bermula tarikh tangkap antara 25 September hingga 12 Oktober 2024.Mereka dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca secara serentak, dalam prosiding pilihan yang dijalankan di Kompleks Mahkamah Penjara Kajang.Semua tertuduh tersebut ialah Nasiruddin, 66, isterinya, Azura Md Yusof, 58, dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asaari, 33.Sementara lapan tertuduh wanita lain ialah Hamimah Yakub, 72, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45, Mahani Kasim, 55, Siti Salmiah Ismail, 58, Siti Hajar Ismail, 52, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28, Nurul Jannah Idris, 29, dan Nur Jannah Omar, 33.Seramai 11 tertuduh lelaki pula ialah Hasnan Abd Hamid, 54, Mohd Shukri Mohd Noor, 54, Mokhtar Tajuddin, 61, Shuhaimi Mohamed, 57, Muhammad Afdaluddin Latif, 35, Mohamad Sayuti Omar, 36, Mohd Fazil Md Jasin, 58, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35, Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52, Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35 dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.Mengikut pertuduhan pilihan, mereka, didakwa menjadi anggota kumpulan GISBH yang merupakan satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, di sebuah premis di Bandar Country Homes, Rawang antara bulan Oktober 2020 hingga 11 September 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.AKAN MENYUSUL





PROTUNe 2025 raih jualan RM2.87 juta - Sinarharian - 7/11 11:50 am

SHAH ALAM - Program Tunas Niaga (PROTUNe) terus membuka peluang kepada pelajar sekolah menengah setiap daerah di negeri Selangor terutamanya ddi kawasan luar bandar.Ia bertujuan untuk membina untuk membina kemahiran berniaga dan memupuk semangat keusahawanan sejak di bangku sekolah.Pengurus Pembangunan Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Yuzawati Yusof berkata, setiap pelajar yang terlibat diberi peluang untuk memiliki saham, melantik pengurusan syarikat seperti ketua pegawai eksekutif, pengurus kewangan dan bahagian pemasaran selain menyiapkan produk untuk dijual.Menurutnya, dalam masa sama pelajar juga diajar menyediakan penyata kewangan, aliran tunai dan laporan prestasi syarikat sekali gus memberi mereka pengalaman sebenar dalam pengurusan perniagaan."Pada tahun ini, sebanyak 20 sekolah berjaya mengumpul RM2.87 juta dalam tempoh tujuh bulan."Kejayaan ini bukan sekadar angka, tetapi bukti bahawa pelajar mampu menerapkan ilmu yang dipelajari dalam modul PROTUNe ke dalam situasi sebenar."Menariknya, selain daripada keuntungan perniagaan, pelajar juga perlu menyumbang sekurang-kurangnya 15 peratus kepada sekolah masing-masing. Ia menekankan nilai tanggungjawab sosial dalam setiap aktiviti keusahawanan mereka," ujarnya.Beliau berkata demikian pada Majlis Konvensyen PROTUNe 2025 di Ibu Pejabat PKNS, di sini pada Selasa.Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Usaha Sama Strategik), Md Kamarzan Md Rais.Antara anugerah yang dipertandingkan adalah e-PROTUNe, Perkhidmatan Terbaik, Harapan, Produk Kreatif Terbaik, Produk Inovasi Terbaik, Laporan Kewangan Terbaik, Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik, Guru Pembimbing Terbaik, Persembahan Terbaik, Syarikat Terbaik dan Sekolah Terbaik.Mengulas lanjut, beliau berkata, pada tahun 2025, PROTUNe mencatat kejayaan dengan penyertaan seramai 1,221 pelajar dari 47 sekolah menengah di Selangor.Program ini dijalankan secara fizikal dan dalam talian untuk memberi fleksibiliti pembelajaran serta peluang kepada pelajar tingkatan 1 hingga 5.Siti Mereyan bantu pelajar luar bandarSementara itu, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Siti Mereyan Che Ngah yang menerima Anugerah Guru Pembimbing Terbaik turut berkongsi pengalaman membimbing pelajar di sekolahnya.Katanya, peluang mengajar di SMK Munshi Abdullah yang berada di kawasan luar bandar mendorong beliau untuk memastikan anak-anak mendapat peluang setara dengan sekolah di bandar."Mengajar di sekolah pedalaman membuatkan saya tertanya-tanya, mengapa anak-anak di sini jarang mendapat peluang untuk berada di atas pentas





CEO GISBH, isteri, anak Abuya, 19 lain mengaku jadi ahli kumpulan menyalahi undang-undang - Sinarharian - 7/11 10:58 am

KAJANG [DIKEMAS KINI] Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pemimpin tertinggi perniagaan itu mengaku bersalah pada Jumaat, atas satu pertuduhan pilihan menjadi anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang, lima tahun lalu.Mereka membuat pengakuan itu di hadapan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar dalam prosiding yang dijalankan di Kompleks Mahkamah Penjara Kajang.Semua tertuduh tersebut ialah Nasiruddin Mohd Ali, 66, isterinya, Azura Md Yusof, 58, dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asaari, 33.Sementara lapan tertuduh wanita lain ialah Hamimah Yakub, 72, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45, Mahani Kasim, 55, Siti Salmiah Ismail, 58, Siti Hajar Ismail, 52, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28, Nurul Jannah Idris, 29 dan Nur Jannah Omar, 33.Seramai 11 tertuduh lelaki pula ialah Hasnan Abd Hamid, 54, Mohd Shukri Mohd Noor, 54, Mokhtar Tajuddin, 61, Shuhaimi Mohamed, 57, Muhammad Afdaluddin Latif, 35, Mohamad Sayuti Omar, 36, Mohd Fazil Md Jasin, 58, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35, Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52, Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35 dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.Mengikut pertuduhan pilihan, mereka didakwa menjadi anggota kumpulan GISBH yang merupakan satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, di sebuah premis di Bandar Country Homes, Rawang antara bulan Oktober 2020 hingga 11 September 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pada 23 Oktober 2024, mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang masing-masing atas satu pertuduhan asal iaitu menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu namun ditawarkan pertuduhan pilihan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada prosiding 30 Oktober lalu.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.Tiada jaminan diberikan kepada semua tertuduh memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.Prosiding diteruskan dengan hujahan mitigasi untuk mengurangkan hukuman oleh peguam yang mewakili semua tertuduh kemudian sesi pemberatan oleh pihak pendakwaan.Pada 23 Disember tahun lalu, Mahkamah Sesyen membenarkan kes berkenaan dipindahkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Susulan itu, mereka selaku pemohon merayu kepada Mahkamah Tinggi supaya dilepaskan dengan jaminan sehingga kes itu didengar dan diputuskan.Pada 13 Januari lalu, Hamimah yang juga bekas akauntan GISBH menjadi tertuduh pertama yang dilepaskan dengan jaminan.Pada 24 Mac lalu, semua tertuduh lelaki gagal dalam permohonan untuk dilepaskan dengan jaminan namun Mahkamah Tinggi membenarkan tertuduh-tertuduh wanita diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan dua penjamin.Ia termasuk syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap dua minggu, hadir ke mahkamah pada setiap tarikh yang ditetapkan dan tidak mengganggu mana-mana saksi sepanjang tempoh jaminan





UiTM, WUIF perkasa sahsiah wanita melalui Surah al-Sajadah - Sinarharian - 7/11 9:30 am

SHAH ALAM - Program Usrah Fiqh An-Nisa anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) terus memperkukuh peranan al-Quran dalam kehidupan kampus menerusi sesi tadabbur Surah al-Sajadah bertemakan Sembuh, Bangkit dan Hebat.Program tahunan ini menjadi platform untuk memperkasa kefahaman hal ehwal Islam serta penghayatan al-Quran dalam kalangan warga universiti, khususnya golongan wanita, agar mereka lebih menyedari hakikat diri sebagai hamba yang sentiasa bergantung kepada ALLAH.Pentadabbur yang juga Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan (RnD) WUIF, Norsyamimi Syarah Mohd Ghazi berkata, Surah al-Sajadah memainkan peranan besar dalam menetapkan semula keimanan serta mengingatkan manusia kepada ALLAH dan akhirat.Menurutnya, Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan bacaan Surah al-Sajadah dan al-Mulk sebelum tidur (Sunan Tirmizi, no 2892), sekali gus membuktikan ia adalah surah yang menyegarkan iman dan menenangkan jiwa."Surah ini mengajak kita menilai semula tujuan hidup dan arah perjalanan sebagai hamba



Siti Nurhaliza appointed adjunct professor at UiTM Siti Nurhaliza appointed adjunct professor at UiTM - SUN - 7/11 7:40 am





Nahas UPSI: Syarikat gagal patuhi syarat lesen didenda RM20,000 – .. - Mgazette - 7/11 7:34 am

didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah menjual bas persiaran bernombor pendaftaran PLD 8892 dan menyewa permit bas terbabit kepada Noreen Maju Trading, sebuah entiti yang menjalankan perniagaan pengendalian pelancongan tanpa lesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]. Bas persiaran terbabit dikendalikan oleh Noreen Maju Trading terlibat dalam kemalangan maut di Gerik, Perak ketika membawa sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pulang ke kampus Tanjong Malim pada 9 Jun lepas





TokTi Dilantik Profesor Adjung UiTM – “Saya Bukan Usahawan Masyhur, Tapi Ini Amanah Besar” - Murai - 6/11 11:00 pm

Terus melakar sejarah dalam perjalanan seni dan keusahawanannya, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan pengaruh dan kredibilitinya apabila dilantik sebagai Profesor Adjung bagi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) di Universiti Teknologi Mara (UiTM)





Nahas pelajar UPSI: Syarikat bas didenda RM20,000 jual, sewa permit kepada entiti tak berlesen - Sinarharian - 6/11 9:31 pm

PUTRAJAYA - Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu menjual bas persiaran dengan nombor pendaftaran PLD 8892 dan menyewa permit kenderaan tersebut kepada Noreen Maju Trading.Noreen Maju Trading merupakan perniagaan pengendalian pelancongan tanpa lesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] di mana bas dikendalikannya terlibat dalam kemalangan maut ketika membawa sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lalu.Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) berkata, Mahkamah Majistret Gerik, Perak pada Isnin lalu mensabitkan Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd (806799-V) dengan dua pertuduhan itu di bawah Peraturan 6(1)(f) Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992 [P.U.(A) 333/1992].Menurutnya, ia kerana syarikat perkhidmatan bas tersebut gagal mematuhi syarat lesen yang melarang urus niaga dengan pihak tidak berlesen seperti Noreen Maju Trading."Bas PLD 8892 yang dikendalikan Noreen Maju Trading terlibat dalam kemalangan maut di Gerik ketika membawa sekumpulan pelajar UPSI pulang ke kampus Tanjung Malim."Hakim Mahkamah Majistret Gerik, Muhammad Firdaus Nor Azlan menjatuhkan hukuman denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan RM20,000."Kegagalan membayar denda boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga lima tahun," kata Motac dalam kenyataan pada Khamis.Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Zulaikha Mahadi bersama Pegawai Pendakwa Motac, Nurul Hidayah Aman.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, 15 pelajar disahkan meninggal dunia manakala selebihnya mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Gerik.Nahas sekitar jam 1 pagi di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik itu berlaku apabila bas terbabit melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan hilang kawalan sebelum terbalik merempuh pembahagi jalan.Turut cedera ialah pemandu bas berusia 40 tahun dan kelindannya, 54.Dalam pada itu, Motac menegaskan bahawa pelanggaran Akta 482 dan peraturannya merupakan satu kesalahan jenayah yang serius."Kementerian komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan dan integriti industri pelancongan negara," ujar kenyataan itu lagi.





Bertahun peminat setia simpan doorgift majlis Siti Nurhaliza dan Datuk K - Kosmo - 6/11 9:06 pm

PETALING JAYA – Perkongsian seorang pengguna Thread mengenai buah tangan yang diterima semasa majlis perkahwinan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mencuri perhatian orang ramai





Siti Nurhaliza dilantik Profesor Adjung UiTM - Astroawani - 6/11 6:30 pm

Pelantikan berprestij itu bukan sekadar penghormatan terhadap legasi seninya, tetapi juga tanda pengiktirafan atas kejayaannya sebagai usahawan wanita.





Siti Nurhaliza dilantik Profesor Adjung UiTM - Sinarharian - 6/11 6:11 pm

SHAH ALAM - Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dilantik Profesor Adjung Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam bidang keusahawanan yang berjaya membina empayar perniagaan tersendiri.Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, pelantikan Siti Nurhaliza, 46, selama dua tahun bermula 15 Oktober 2025 hingga 15 Oktober 2027 itu adalah antara langkah signifikan UiTM dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan universiti.Beliau berkata, pelantikan Siti Nurliza juga merupakan pengiktirafan UiTM terhadap sumbangan besar penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang itu bukan sahaja sebagai ikon seni negara tetapi juga sebagai usahawan wanita berdaya saing."Kejayaannya menampilkan kreativiti, integriti dan daya inovasi dalam perniagaan serta mengangkat jenama tempatan ke peringkat antarabangsa menjadi inspirasi kepada ribuan usahawan muda dan mahasiswa di seluruh negara," katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Profesor Adjung Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM di Bangunan Tuanku Canselori Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam hari ini.Terdahulu, Siti Nurhaliza hari ini menerima surat pelantikan Jawatankuasa berkenaan daripada Shahrin disaksikan Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Profesor Dr Shafinar Ismail.Shahrin berkata, UiTM amat berbangga menerima penyanyi nombor satu negara itu sebagai sebahagian daripada keluarga besar universiti dan pelantikan beliau bukan sahaja mengiktiraf kejayaannya dalam industri kreatif dan keusahawanan, tetapi juga menandakan permulaan baharu dalam kolaborasi antara dunia akademik dan industri."Pelantikan ini memperkukuh ekosistem keusahawanan UiTM dan membuka ruang kepada pelajar untuk menimba ilmu terus daripada tokoh yang telah membina empayar perniagaan dengan nilai, kejujuran dan ketekunan," katanya.Sementara itu, Siti Nurhaliza menzahirkan rasa berbesar hati menerima pelantikan tersebut serta terharu atas kepercayaan yang diberikan oleh UiTM."Keusahawanan bagi saya bukan hanya tentang keuntungan, tetapi tentang nilai, kejujuran dan tanggungjawab sosial





ASA UIAM gesa ambil tindakan terhadap pensyarah langgar etika, integriti .. - Mgazette - 6/11 3:12 pm

# ASA UIAM gesa ambil tindakan terhadap pensyarah langgar etika, integriti akademik KUALA LUMPUR - Persatuan Staf Akademik (ASA) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menggesa pihak pengurusan universiti mengambil tindakan segera terhadap ahli akademik yang melanggar etika profesional dan integriti akademik, susulan kontroversi melibatkan seorang pensyarah universiti itu





Ruqyah reda, dapat berita abah meninggal dunia 3 jam sebelum konvokesyen - Hmetro - 5/11 6:36 pm

Pasir Puteh: "Saya menangis dalam kereta selepas dapat berita abah meninggal dunia, tapi kuatkan hati naik pentas kerana cita-cita melihat anak menjadi doktor adalah hasrat arwah," kata bakal doktor, Siti Ruqyah Adnan,24





Remuk hati ibu anak tak dapat ambil UPKK - Hmetro - 5/11 9:27 am

Kuala Langat: "Remuk rasa hati ini apabila dimaklumkan anak tidak dapat mengambil Ujian Penilaian Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) 2025 memandangkan anak sudah bersemangat untuk mendudukinya," kata Siti Khadijah Mohd Dahari, 40





[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza - Murai - 5/11 7:30 am

Baru-baru ini,tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza memberitahu bahawa beliau tidak akan marah jika seseorang mengatakan kepada anaknya ‘mak kau hijau’ kerana beliau seorang yang sememangnya mengemari warna hijau





Bayi Hidap Sindrom Edward, Isteri Shah Iskandar Terpaksa GugurKandungan - Rotikaya - 5/11 2:01 am

Pelakon Shah Iskandar berkongsikan khabar duka isterinya, Siti Sarah perlu menjalani prosedur pengguguran selepas bayi dalam kandungan disahkan menghidap Sindrom Edwards





EAIC tubuhkan Pasukan Petugas Khas siasat isu 7 pemain naturalisasi - Sinarharian - 4/11 6:48 pm

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat isu berkaitan dakwaan kegagalan pengesahan dokumen pengenalan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) proses kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasi Malaysia.EAIC dalam kenyataan berkata, pasukan khas ituditubuhkan pada Selasa selaras dengan Subseksyen 17(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700]."Pasukan Petugas Khas ini akan diketuai oleh Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham (Timbalan Pengerusi EAIC) bersama ahli-ahli Suruhanjaya iaitu Datuk Siti Zainab Omar, Datuk Seri Dr Yusof Ismail dan Datuk Ong Lam Kiat serta pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Operasi EAIC."Berdasarkan keputusan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 11/2025 yang diadakan pada hari ini, mesyuarat telah memutuskan agar EAIC menjalankan siasatan menyeluruh terhadap aspek integriti, tadbir urus dan pematuhan prosedur yang berkaitan dalam pengurusan serta pengesahan dokumen pemain-pemain berkenaan," katanya pada Selasa.Tambah EAIC, pihaknya memohon kerjasama penuh semua agensi dan pihak berkaitan sepanjang proses siasatan dijalankan memandangkan isu tersebutmelibatkan kepentingan awam dan integriti negara di peringkat antarabangsa.Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya berhubung kes pemalsuan dokumen ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).Dalam satu kenyataan rasmi, FIFA memaklumkan pihaknya mengekalkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang mendapati FAM dan tujuh pemain berkenaan melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).Susulan keputusan berkenaan, FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta) kepada FIFA.Tujuh pemain terbabit iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garcs, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joo Figueiredo, Jon Irazbal dan Hector Hevel masing-masing dikenakan denda CHF2,000 (lebih kurang RM10,000) serta digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.





Pendengaran hujah kes 1MDB Najib tamat, keputusan sehari selepas Krismas - Sinarharian - 4/11 6:11 pm

PUTRAJAYA - Pendengaran hujah kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion yang melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini telah tamat hari ini selepas kedua-dua pihak selesai mengemukakan hujahan masing-masing.Pihak pembelaan dan pendakwaan menyelesaikan hujah lisan terakhir mereka di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, dengan keputusan dijadualkan pada 26 Disember untuk menentukan sama ada bekas perdana menteri itu akan disabitkan atau dibebaskan.Pada penghujung prosiding, kedua-dua pihak memaklumkan kepada mahkamah bahawa masih terdapat beberapa isu kecil yang perlu diselesaikan, dan isu-isu tersebut akan dikemukakan secara bertulis mengikut arahan mahkamah.Sebelum bersurai, kedua-dua pihak turut menyampaikan ucapan Krismas kepada Hakim Sequerah, yang membalas dengan menyatakan penghargaan kepada semua yang terlibat.Prosiding ini, yang dijangka selesai pada Jumaat lepas, dilanjutkan selepas peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memohon masa tambahan untuk menyiapkan hujahnya.Pada Jumaat lepas, hakim membenarkan lanjutan dan mengumumkan bahawa beliau akan menyampaikan keputusan pada 26 Disember.Perbicaraan berprofil tinggi ini, yang melibatkan 50 saksi pendakwaan dan sembilan hari hujah lisan, mendapat perhatian dunia.Najib, 72, didakwa buat kali pertama pada 20 September 2018 dan perbicaraan bermula hampir setahun kemudian pada 28 Ogos 2019, dengan pihak pendakwaan menutup kes mereka pada 30 Mei 2024.Pada 30 Oktober 2024, mahkamah memerintahkan Najib membela diri atas semua pertuduhan, dan prosiding pembelaan berlangsung dari 2 Disember 2024 hingga 6 Mei 2025, melibatkan 58 hari perbicaraan dengan keterangan daripada 26 saksi.Antara saksi utama pembelaan ialah bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Che Lodin Wok Kamarudin, adinda Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB di cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014.Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pihak pendakwaan pada awalnya diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Allahyarham Datuk Seri Gopal Sri Ram, sebelum pemergiannya pada Januari 2023.Kes itu kemudiannya dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Datuk Ahmad Akram Gharib dan Datuk Kamal Baharin Omar, dengan bantuan TPR Mohamad Mustaffa P. Kunyalam, Deepa Nair Thevarahan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.Peguam lain yang mewakili Najib termasuk Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Wan Mohammad Arfan Wan Othman, Hartrisha Kaur Sandhu dan Naresh Mayachandran.Najib kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang berhubung kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd





Pukul isteri hingga koma: Peniaga kekal dipenjara 10 tahun - Mgazette - 4/11 3:13 pm

"Walaupun mahkamah simpati pada mangsa yang kini dalam keadaan memerlukan penjagaan berterusan kesan perbuatan tertuduh, namun mahkamah tidak berpuas hati untuk campur tangan tentang keputusan tempoh hukuman Mahkamah Sesyen itu," katanya. Pada prosiding hari ini, kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu dan Umar Faiz Abdul Kohar manakala peguam, Kamal Hisham Jaafar; Muhammad Nor Tamrin dan Nurainaa Kamilah Zalizan mewakili Rosmaini





Howard balas Ka Siong: YB ke mana masa sejam penggulungan MITI? - Wrlr - 4/11 2:30 pm

SITI NUR ZAWANI November 3, 2025 Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee tampil menjawab kenyataan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong berhubung sesi penerangan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri di Parlimen mengenai perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia -AS





Pemuda terima ganti rugi RM7.4 juta atas kecuaian perubatan - Sinarharian - 3/11 8:38 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menganugerahkan RM7.4 juta sebagai ganti rugi kepada seorang pemuda yang memfailkan saman terhadap sebuah hospital awam dan doktornya.Saman itu adalah atas kecuaian perubatan dalam rawatan, penjagaan dan pengurusan yang menyebabkan tangan kiri dan kaki kanan pemuda itu dipotong, lima tahun lepas.Hakim Datuk Su Tiang Joo menganugerahkan K Vimal Raj, 22, RM6.4 juta dengan sebahagian besar daripada jumlah itu untuk pembelian lengan dan kaki robotik.Vimal Raj turut menerima RM213,000 atas kesakitan dan penderitaan susulan amputasi itu, selain RM180,000 bagi penjagaan di rumah dan RM20,000 ganti rugi teruk.Vimal Raj dan bapanya, J Krishnasamy, 51, yang merupakan plaintif kes turut dianugerahkan RM200,000 untuk kos, bagaimanapun Tiang Joo tidak membenarkan pampasan untuk kehilangan pendengaran Krishnasamy selepas memutuskan tiada bukti dokumen diserahkan bagi membuktikan kes berkenaan.Pada 2020, Vimal Raj dan bapanya memfailkan saman berkenaan menerusi Tetuan AJ Ariffin Yeo & Harpal dan menamakan Kementerian Kesihatan, sebuah hospital kerajaan, 12 doktor dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.Kedua-dua pihak menandatangani penghakiman persetujuan mengenai liabiliti yang diakui oleh kerajaan selaku defendan keenam pada 22 Julai 2024 manakala tuntutan terhadap semua defendan lain telah dihentikan.Menurut pernyataan tuntutan, Vimal Raj yang ketika kejadian berumur 15 tahun, sebelum kejadian adalah remaja yang sihat, aktif dan tidak mempunyai penyakit kronik, namun pada 14 Januari 2019, bapanya menghantarnya ke Jabatan Kecemasan sebuah hospital kerajaan kerana jangkitan teruk pada kulit skrotum.Dia kemudiannya disahkan menghidap balanitis kronik, keadaan yang boleh dirawat yang biasa berlaku dalam kalangan lelaki tidak berkhatan.Bagaimanapun, pada 23 Januari 2019, Vimal Raj yang masih tidak sedarkan diri telah dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas keadaannya semakin teruk serta dalam keadaan koma.Semasa anaknya berada di ICU, Krishnasamy menyedari bahawa jari kaki dan jari tangan anaknya telah bertukar menjadi hitam biru.Dia segera memaklumkan kepada pegawai perubatan yang merawat anaknya untuk mendapatkan penjelasan mengenai keadaan itu, tetapi tiada penjelasan diberikan.Disebabkan perubahan warna hitam yang teruk pada tangan kiri dan kaki kanan, yang menyebabkan kedua-dua anggota badan tidak berfungsi akibat kematian sel, seorang pegawai perubatan memaklumkan Krishnasamy bahawa untuk menyelamatkan nyawa anaknya, tangan kiri dan kaki kanannya terpaksa dipotong.Menurut Krishnasamy, pihak hospital gagal membuat diagnosis yang tepat tentang keadaan anaknya sehingga membawa kepada amputasi anggota badan.Keluarga itu diwakili peguam Brijnandan Singh Bhar, Datin Harwinder Kaur, Dhanesh Subramaniam Nair, Nathasha Bhar, Jasween Kaur, Keshvinder Kaur dan R Vinushini, manakala Peguam Persekutuan Siti Asmath Che Man mewakili kerajaan





Siti Nurhaliza Rujuk Doktor Pakar Untuk Pulihkan Suara - Rotikaya - 3/11 8:30 pm

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini berkata beliau reda seandainya Allah menarik suaranya selepas diuji masalah peti suara





UPM graduate Dr Siti triumphs over PhD challenges to empower community - BorneoPost - 3/11 8:03 am

BINTULU (Nov 3): The path to a Doctor of Philosophy (PhD) degree is never easy, and for Dr Siti Nur Rohani Hasbie, it was a journey defined by challenges, unwavering perseverance, and profound self-discovery





Pecat kakitangan bank sunting gambar Anwar dengan notis 24 jam amat keras, .. - Mgazette - 3/11 7:36 am

# Pecat kakitangan bank sunting gambar Anwar dengan notis 24 jam amat keras, zalim Haim Hilman KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Dr. Haim Hilman Abdullah menyifatkan tindakan memberhentikan kakitangan bank, Siti Nurziswanis Mohd Zaindengan notis 24 jam sebagai amat keras dan zalim





Pasar Berek 12 kini dikenali sebagai Pasar Siti Fatimah - Harakahdaily - 2/11 3:49 pm

KOTA BHARU: Pasar yang sebelum ini dikenali sebagai Pasar Berek 12 kini diberi nama Pasar Siti Fatimah selepas munculnya Pasar Siti Khadijah dan Bazar Siti Aisyah di tengah Bandar Kota Bharu





Suspek tetak abang ipar hingga putus kepala direman enam hari - Astroawani - 1/11 12:10 am

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Alor Setar, Siti Nor Hasliza Md Ali bermula hari ini hingga 6 November.





Warga emas maut motosikal bertembung - Sinarharian - 1/11 11:55 am

MUAR Seorang warga emas maut manakala seorang lagi lelaki cedera apabila dua motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam nahas di Jalan Bakri Batu 5, di sini, pada petang Jumaat.Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, kejadian dipercayai berlaku pada jam 5.40 petang apabila salah seorang penunggang motosikal terbabit cuba melintas jalan sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang datang dari arah bertentangan."Akibat pertembungan itu, seorang lelaki berusia 72 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Seorang lagi penunggang, lelaki berusia 57 tahun, pula mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000."Pihak polis meminta mana-mana saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Insp. Siti Ayu Mohamad Japri di talian 010-7724850 atau hadir ke Balai Polis Trafik IPD Muar bagi membantu siasatan."Pada masa sama, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan diri serta pengguna lain," katanya.





RHB umumkan, dia bukan lagi kakitangan mereka - Harapandaily - 31/10 10:16 pm

Kakitangan RHB, Siti Nurziswanis, yang mengundang kemarahan netizen dengan berkongsi gambar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipaparkan memakai sari dari bendera Israel telah dipecat





Halang urus aset di Jersey, permohonan Na'imah jadi pencelah diputuskan 13 November - Sinarharian - 31/10 4:19 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menetapkan 13 November ini untuk keputusan permohonan Toh Puan Naimah Abdul Khalid bagi menjadi pencelah dalam permohonan yang difailkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat dan Siti Amira Muhammad Ali mewakil SPRM serta peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar dan Abraham Au, mewakili Na'imah."Saya perlu masa untuk meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak





Najib bebas atau bersalah diputuskan 26 Disember ini - Mgazette - 31/10 3:25 pm

Selepas itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib dan dibantu oleh Datuk Kamal Baharin Omar, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam, Deepa Nair Thevarahan Lee, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md





Pegawai kanan tentera dituduh terima suapan lebih RM93,000 Pegawai kanan .. - Mgazette - 31/10 3:25 pm

Berdasarkan pertuduhan, Mahazam Ali, 47, berpangkat Kapten TLDM dan bertugas sebagai pengarah Cawangan Komunikasi, Bahagian Siber Elektromagnetik Pertahanan, didakwa menerima wang antara RM10,000 hingga RM14,400 bagi setiap transaksi, melalui beberapa deposit yang dibuat antara Oktober 2023 hingga April 2025 di sebuah bank di Shah Alam. Wang berkenaan didakwa diterima daripada Chong Gui Lin, melalui individu dikenali sebagai Siti Nor Badariah Marzuki menerusi beberapa transaksi ketika tertuduh memegang jawatan berkaitan sumber manusia dan kemudian komunikasi elektromagnetik di kementerian pertahanan





Dec 26 verdict on Najib's fate in RM2.3 billion 1MDB case - Sinardaily - 31/10 2:08 pm

PUTRAJAYA - After a 302-day trial spanning seven years, the High Court today set Dec 26 to deliver its verdict on Datuk Seri Najib Razaks abuse of power and money laundering case.The former Prime Minister faces four charges of abusing his position for gratification totalling RM2.3 billion in 1MDB funds, and 21 counts of money laundering involving the same amount.Trial judge Justice Datuk Collin Lawrence Sequerah, who has since been elevated to the Court of Appeal, fixed the judgment date despite the defence not having completed its reply submissions."The defence can continue its submissions on Nov 4I know it will spill over to that day





Pekerja bank mohon maaf muat naik gambar suntingan keterlaluan hina PM - Harapandaily - 31/10 8:24 am

Gambar itu memaparkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenakan sari dari bendera lambang Israel yang mencetuskan kemarahan ramai kerana menghina. Individu bernama Siti Nurziswanis dalam satu permohonan maaf secara terbuka..





Senjata, peluru berkaitan kes kematian anak AR Badul diarah dikemukakan di mahkamah - Sinarharian - 30/10 6:46 pm

KOTA KINABALU - Semua barangan berkaitan termasuk senjata api dan peluru yang digunakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi perlu dikemukakan sebelum prosiding tuntutan saman berhubung kematian Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd Zahir Armaya terhadap sembilan defendan disambung semula di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.Dalam prosiding di hadapan Hakim Datuk Alexander Siew How Wai pada Khamis, mahkamah mendapati beberapa barangan belum dikemukakan termasuk gambar yang lazimnya diambil ketika proses bedah siasat.Mahkamah juga tidak melihat senjata api dan peluru yang digunakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi pada 3 dan 4 September 2019.Walaupun gambar jaket kalis peluru telah dikemukakan, mahkamah mengarahkan jaket tersebut dibawa secara fizikal ke mahkamah.Sehubungan itu, hakim memerintahkan semua barangan berkenaan serta apa-apa barangan lain yang berkaitan dibawa ke mahkamah dengan kadar segera untuk membolehkan pemeriksaan dibuat oleh kedua-dua pihak sebelum perbicaraan bersambung.Prosiding yang turut mendengar keterangan saksi dalam pemeriksaan balas oleh pasukan peguam mewakili ahli keluarga Allahyarham itu ditangguhkan dan akan disambung semula pada 10 November depan.Sebelum itu, ahli keluarga Allahyarham Mohd Zahir melalui pasukan peguam mereka telah memulakan prosiding tuntutan saman terhadap sembilan defendan termasuk bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Pasukan peguam plaintif diwakili oleh Datuk Ansari Abdullah bersama anaknya, Erveana dan Noor Shazwani Sapri manakala pasukan pembelaan defendan ialah Peguam Kanan Persekutuan, Nur Ezdiani Roleb dan Peguam Persekutuan, Siti Norashikin Hassanor serta Wan Nur Muhammad Ehsan Alauddin.Mohd Zahir, 36, yang juga anak kepada pelakon popular A R Badul disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, pada 4 September 2019.





Three-year-old now bedridden after rare brain damage from Influenza A - Sinardaily - 30/10 6:45 pm

SHAH ALAM For any mother, there is no greater pain than watching a once lively child lose the ability to move, speak or even respond.That is the heartbreaking reality faced by 31-year-old homemaker Siti Nur Shafiqa Suraini, whose three-year-old son, Muhammad Aish Irfan Mohammad Hakeem, was diagnosed with Acute Necrotising Encephalopathy of Childhood (ANEC), a rare and severe form of brain damage caused by an Influenza A infection.Before falling ill, Aish was an active, cheerful boy who could already recognise colours and recite the alphabet from A to Z.That night, he was still playing and drinking milk as usual before bed





22 pemimpin tertinggi GISBH ditawar pertuduhan bawah Akta Pertubuhan - Sinarharian - 30/10 3:11 pm

KAJANG Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi 22 pemimpin tertinggi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang berdepan kes menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dengan menawarkan pertuduhan pilihan di bawah Akta Pertubuhan 1966.Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim memberitahu demikian ketika prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar yang bersidang di Kompleks Penjara Kajang pada Khamis.Beliau berkata, AGC telah menerima permohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pemimpin tertinggi perniagaan itu bagi pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.Untuk info, seksyen itu melibatkan kesalahan bagi mana-mana individu yang menganggotai pertubuhan yang menyalahi undang-undang.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.Shafiq berkata, sebelum ini mahkamah menetapkan perbicaraan bagi kes menjadi ahli kumpulan jenayah terancang bermula 17 November depan."Memandangkan pihak pembelaan mahu berbincang dengan anak guam berhubung perkembangan baharu ini, maka saya mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes."Kami juga tidak membantah permohonan pihak pembelaan sekiranya sebutan kes di buat lebih awal dari tarikh berkenaan," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim.Dalam prosiding tersebut, pendakwaan tidak mendedahkan butiran pertuduhan pilihan yang akan dihadapi semua tertuduh secara terperinci.Sementara itu, peguam, Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili semua tertuduh mengesahkan telah menerima makluman mengenai status representasi terbabit.Beliau memberitahu akan menasihati semua anak guamnya supaya menerima peluang yang diberikan."Kami mohon sebutan kes dibuat lebih awal dan pada tarikh itu, saya akan membuat hujahan untuk mengurangkan hukuman."Pada tarikh sama, mahkamah boleh membacakan pertuduhan pilihan terbabit, disusuli hujahan pemberatan hukuman oleh pendakwaan dan rayuan untuk mengurangkan hukuman daripada peguam bela," katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Hakim menetapkan sebutan kes pada 7 November depan.Ketika ditemui di luar mahkamah, Rosli berkata, akan memujuk semua anak guam supaya menerima pertuduhan pilihan tersebut.Menurutnya, permohonan untuk mengkaji pertuduhan antaranya mencadangkan beberapa pertuduhan bawah Akta Petubuhan itu telah dimasukkan dalam representasi yang dihantar kepada AGC pada 26 Mei lalu"Kami telah berbincang dengan anak guam dan diharap mereka menerima pertuduhan pilihan itu."Kami akan membuat mitigasi dan menyerahkan kepada mahkamah untuk pertimbangan," katanya yang turut dibantu peguam, Muhammad Zaim Rosli dan Boestamam Ahmad.Pada 23 Oktober 2024, mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang masing-masing atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu.Semua tertuduh itu ialah Nasiruddin, 66, isterinya, Azura Md Yusof dan 58, anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib, 33.Lapan lagi tertuduh wanita ialah Hamimah Yakub, 72, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29; dan Nur Jannah Omar, 33.Sementara itu, 11 tertuduh lelaki lain ialah Hasnan Abd Hamid, 54; Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Mokhtar Tajuddin, 61; Shuhaimi Mohamed, 57; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35; dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.Tiada jaminan diberikan kepada semua tertuduh memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.Pada 23 Disember tahun lalu, Mahkamah Sesyen membenarkan kes itu dipindahkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Susulan itu, mereka selaku pemohon merayu kepada Mahkamah Tinggi supaya dilepaskan dengan jaminan sehingga kes itu didengar dan diputuskan.Pada 13 Januari lalu, Hamimah yang juga akauntan GISBH menjadi tertuduh pertama yang dilepaskan dengan jaminan.Pada 24 Mac lalu, semua tertuduh lelaki gagal dalam permohonan untuk dilepaskan dengan jaminan namun Mahkamah Tinggi membenarkan tertuduh-tertuduh wanita diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan dua penjamin.Ia termasuk syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap dua minggu, hadir ke mahkamah pada setiap tarikh yang tetapkan dan tidak mengganggu mana-mana saksi sepanjang tempoh jaminan





Lovebirds charged with robbing pawnshop of RM5.7 million in jewellery - Sinardaily - 30/10 1:51 pm

PASIR MAS - A couple was charged in the Magistrate s Court here today in connection with last weeks robbery, involving jewellery worth RM5.755 million, at a pawnshop.Lovebirds Wee Chin Ooi, 49, and Wee Fei Fang, 47, pleaded not guilty and claimed trial to their charges, which were read out separately, before Magistrate Syed Farid Syed Ali.Chin Ooi is charged under Section 392 of the Penal Code, read together with Section 397 of the same law, with committing robbery when armed with a knife at Kedai Pajak Gadai Aik Lee Jaya Sdn Bhd here at about 1 pm last Oct 21.He faces a jail sentence of up to 14 years and caning or whipping upon conviction.Meanwhile, Fei Fang is charged with abetting Chin Ooi in committing the robbery at the same location, time and date.The charge is framed under Section 392 of the Penal Code, read together with sections 397 and 109 of the same law.The court set Nov 6 for mention for the submission of documents.The couple is represented by lawyer M. K Maalinn, while the prosecution is conducted by deputy public prosecutor Siti Aiysha Na'ilah Harizan





Ibu Sedih Tengok Anak Yang Dulu Ceria Kini Terlantar Kerana Kerosakan Otak Akibat Influenza A - Lobakmerah - 30/10 1:47 pm

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak kecil yang dulunya aktif dan ceria memanggil namanya, kini hanya mampu terlantar tanpa daya. Selepas anak sulung kepada seorang suri rumah, Siti Nur Shafiqa Suraini, 31 iaitu Muhammad Aish Irfan Mohammad Hakeem, 3, terkena jangkitan Influenza A, anaknya kini mengalami Acute Necrotising Encephalopathy of Childhood (ANEC) […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah .





Pasangan kekasih didakwa rompak barang kemas RM5.755 juta - Sinarharian - 30/10 1:38 pm

PASIR MAS - Sepasang kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan merompak barang kemas di sebuah kedai pajak gadai dianggarkan bernilai RM5.755 juta, minggu lepas.Wee Chin Ooi, 49, dan Wee Fei Fang, 47, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.Chin Ooi didakwa merompak barang kemas itu dengan menggunakan sebilah pisau terhadap seorang wanita di sebuah kedai pajak gadai di sini pada 1 tengah hari, 21 Oktober lalu.Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh disebat atau denda, jika sabit kesalahan.Sementara itu, Fei Fang didakwa bersubahat dengan teman lelakinya melakukan rompakan itu di lokasi serta pada masa dan tarikh sama, dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 392 dibaca bersama-sama Seksyen 397 dan Seksyen 109 kanun sama.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na'ilah Harizan manakala peguam M K Maalinn mewakili pasangan tersebut.Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap mereka dan menetapkan sebutan semula kes pada 6 November untuk serahan dokumen.Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan polis menahan seorang pengurus kedai pajak gadai dan teman lelakinya kerana dipercayai menjadi dalang rompakan barang kemas seberat 10.9 kilogram





Usaha bangun potensi anak muda Perak pelaburan jangka masa panjang - Mgazette - 30/10 7:46 am

Malah kejayaan beberapa usahawan Perak perlu dijadikan inspirasi oleh generasi muda seperti Amzari Abd Mutalib, pengasas Miker Food, yang kini menjadi ikon kebanggaan negeri. Tidak ketinggalan Siti Zahirah Ismail, pengasas Akak Lejen Ventures, penerima Anugerah Usahawan Asnaf Terbaik Perak 2022





JPJ Melaka gantung lesen 8 syarikat pengendali bas, lori - Mkini - 29/10 5:22 pm

Syarikat tersebut gagal mematuhi syarat pengauditan Sistem Pemeriksaan dan Audit Keselamatan, kata Pengarah JPJ Melaka Siti Zarina Mohd Yusop.





Ikut nasihat mak, Siti amalkan zikir Bismillah 5 untuk hindari perkara buruk - Mdateline - 29/10 5:00 pm

Mencecah tiga dekad bergelar ikon industri seni, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pastinya telah melalui pelbagai liku hidup, daripada detik manis penuh kejayaan hingga ..





Apa yang berlaku kepada Amad, biarlah berlalu – Siti Saerah - Utusan - 29/10 2:04 pm

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Siti Saerah Tarudin berharap kejadian menimpa anaknya, Amad Dayyan dalam pertandingan Talk To My Manager (TTMM) baru-baru ini tidak terus diperkatakan atau dijadikan isu





Keputusan status representasi kes GISBH diketahui Khamis ini - Sinarharian - 29/10 12:49 am

KAJANG Status representasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pemimpin tertinggi perniagaan itu untuk mengkaji kes menjadi ahli kumpulan jenayah terancang akan diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis.Hakim, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar akan membuat keputusan berkenaan dalam prosiding di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang di sini.Semasa prosiding lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Norinna Bahadun memberitahu Jabatan Peguam Negara (AGC) memerlukan masa untuk meneliti representasi daripada semua tertuduh.Selepas prosiding terbabit, peguam, Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili semua tertuduh berkata, pihaknya mengemukakan representasi supaya AGC dapat mengkaji semula pertuduhan yang dihadapi.Menurutnya, permohonan berkenaan termasuk menukar kepada seksyen dan hukuman yang lebih rendah.Pada 23 Oktober 2024, Nasiruddin, 66, isterinya, Azura Md Yusof; 58, anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asaari, 33 dan 19 pemimpin tertinggi perniagaan itu didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, masing-masing atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu.Mereka ialah lapan tertuduh wanita iaitu Hamimah, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29; dan Nur Jannah Omar, 33.Sementara itu, 11 tertuduh lelaki lain ialah Hasnan Abd Hamid, 54; Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Mokhtar Tajuddin, 61; Shuhaimi Mohamed, 57; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35; dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.Tiada jaminan diberikan kepada semua tertuduh memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.Pada 23 Disember 2024, Mahkamah Sesyen Selayang membenarkan kes yang dihadapi 22 tertuduh itu dipindahkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Susulan itu, mereka selaku pemohon, merayu kepada mahkamah supaya dilepaskan dengan jaminan sehingga kes itu didengar dan diputuskan, namun pihak pendakwaan membantah permohonan tersebut.Pada 13 Januari lalu, Hamimah yang juga akauntan GISBH menjadi tertuduh pertama yang dilepaskan dengan jaminan.Pada 24 Mac lalu, semua tertuduh lelaki gagal dalam permohonan untuk dilepaskan dengan jaminan namun Mahkamah Tinggi membenarkan tertuduh-tertuduh wanita diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan dua penjamin.Ia termasuk syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap dua minggu, hadir ke mahkamah pada setiap tarikh yang tetapkan dan tidak mengganggu mana-mana saksi sepanjang tempoh jaminan





Penganggur ditahan sebar gambar lucah bekas teman wanita - Mgazette - 29/10 7:32 am

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan; Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. "Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes ini boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti AidahYem di talian 010-2176278," jelasnya





Siti Nurhaliza Amal Zikir Bismillah 5 Elak Perkara Tak Baik - Rotikaya - 29/10 2:30 am

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengemalakan zikir Bismillah 5 sebagai ikhtiar serta memohon perlindungan buat diri dan keluarganya daripada perkara tidak baik





Man arrested for circulating obscene photos of 17-year-old ex-girlfriend - Sinardaily - 28/10 7:30 pm

KUALA LUMPUR - Police arrested a man last Sunday for allegedly circulating obscene photos of his 17-year-old ex-girlfriend via the WhatsApp application.Kajang district police chief ACP Naazron Abdul Yusof said the 40-year-old suspect was arrested at 9.35 pm in Saujana Putra, Kajang after police received a report from the management of a private college last Thursday.Last Thurday at 8.26 pm, a police report was filed by the college staff regarding the distribution of obscene and humiliating photographs, believed to belong to a former female student of the college, which were circulated in the college students' WhatsApp group."Acting on information, police arrested the victim's former boyfriend, who is unemployed, and seized a mobile phone to assist with the investigation," he said in a statement today.Naazron said the suspect was remanded for three days until tomorrow to assist with the investigation.The case is being investigated under Section 509 of the Penal Code and Section 233 of the Multimedia Communications Act 1998.Naazron asked the public with information regarding the incident to contact any nearby police station or the assistant investigating officer Sergeant Siti Aidah Yem at 010-2176278 to assist with the investigation





Lelaki ditahan sebar gambar lucah bekas kekasih - Sinarharian - 28/10 6:22 pm

KAJANG - Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menyebarkan gambar lucah bekas teman wanitanya di aplikasi kumpulan WhatsApp pelajar sebuah kolej.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 8.26 malam Khamis daripada seorang wanita tempatan berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah kolej swasta berhubung pengedaran gambar lucah dan mengaibkan disyaki milik bekas pelajar wanita kolej tersebut."Bertindak atas maklumat, seorang lelaki tempatan yang juga penganggur berusia 40 tahun ditahan pada jam 9.35 malam Ahad."Kita turut merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Naazron berkata, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau."Lelaki itu telah direman tiga hari sehingga esokbagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini, boleh menghubungi mana-mana balai berdekatan atau Penolong Pegawai Penyiasat kes iaitu Sarjan Siti Aidah Yem di talian 010-2176278 bagi membantu siasatan," katanya.





Majlis Khatam Al-Quran Perdana Murid Tahun Enam SAN Selangor dirai di Karangkraf - Sinarharian - 28/10 5:42 pm

SHAH ALAM - Seramai lebih 400 murid Tahun Enam Sekolah Agama Negeri (SAN) Selangor diraikan dalam Majlis Khatam al-Quran Perdana Murid Tahun Enam SRA/SRAI/KAFA Integrasi Negeri Selangor 1447H/2025 yang diadakan di Karangkraf Sdn Bhd di sini.Program anjuran Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam Daerah Petaling, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Karangkraf dan Karya Bestari itu menjadi simbolik penghargaan kepada pelajar yang berjaya khatam al-Quran sebelum melangkah ke sekolah menengah.Majlis dimulakan dengan sesi tadabbur surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail.Beliau menggalakkan agar tiga surah tersebut diamalkan pada waktu pagi dan petang sebagai benteng diri daripada gangguan, hasad dengki serta rasa lemah semangat."Surah al-Ikhlas merupakan ringkasan kepada satu pertiga isi kandungan al-Quran yang merangkumi tauhid, ibadah dan akhlak. Apabila kita yakin dengan ALLAH Yang Maha Esa, hati menjadi tenang dan kuat menghadapi ujian hidup," katanya.Menurut beliau, surah al-Falaq pula mengajar umat Islam memohon perlindungan daripada segala keburukan makhluk, sihir dan hasad dengki, manakala Surah an-Nas mengingatkan manusia agar berlindung daripada godaan syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan hati.Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi JAIS, Siti Razmah Idris, dalam ucapan penutupnya berkata, majlis itu membuktikan kejayaan anak-anak menguasai bacaan al-Quran pada usia muda, sekali gus menunjukkan keberhasilan usaha pendidikan Islam yang diterapkan di semua sekolah agama negeri di Selangor."Tahniah kepada semua sekolah rendah agama yang melaksanakan majlis khatam serentak di seluruh negeri ini."Penghayatan al-Quran harus dijadikan asas pembentukan peribadi, nilai murni dan integriti dalam diri generasi muda."Khatam al-Quran bukan penamat, tetapi langkah permulaan untuk memahami, menghayati dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan





Wan Fayhsal anggap arahan Azmin peraturan bodoh, malu Bersatu jadi bahan .. - Wrlr - 28/10 5:20 pm

SITI NUR ZAWANI October 28, 2025 Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar peraturan baru dikeluarkan Bersatu yang melarang pemimpin dan ahli daripada berhubung serta berbincang dengan ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin parti itu





Kamal Adli mohon netizen tidak burukkan Uqasha Senrose - Sinarharian - 28/10 4:43 pm

Kita jumpa dan selesaikan secara baik demi anak kita, Hawra."Saya datang sebab cinta, bukan benci," ujarnya penuh emosi.Kamal turut mendedahkan bahawa mereka sudah lama tidak bertemu sejak isterinya bertindak menyekat komunikasi dengannya termasuk di telefon dan media sosial."Kami sudah lama tidak berjumpa. Terus terang saya sangat merindui isteri saya," katanya lagi.Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manaf, memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau menarik diri daripada mewakili anak guamnya dalam prosiding tersebut.Prosiding dijalankan di hadapan Hakim Siti Noraini Mohd Ali





MyAirportCARES Lestari Seni pelihara seni tradisional - Sinarharian - 28/10 9:30 am

KOTA BHARU - Rebana ubi hasil air tangan Persatuan Kebudayaan Kesenian Awang Selamat berusia satu dekad kini menjadi penyeri dan simbol kebanggaan khazanah warisan Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini.Ia bukan sekadar hiasan, tetapi menjadi tanda negeri Cik Siti Wan Kembang masih kuat berpegang pada warisan budaya agar ia tidak luput ditelan arus kemodenan dunia zaman kini.Alat muzik tradisional yang dihasilkan daripada kulit kerbau dan kayu merbau, dijahit kemas menggunakan rotan itu menampilkan keaslian kerja tangan tradisional yang semakin sukar ditemukan hari ini.Biasanya rebana ubi dimainkan dalam majlis istimewa seperti perkahwinan, silat dan dikir barat iaitu seni yang begitu sinonim dengan masyarakat Kelantan.Lebih membanggakan, rebana ubi bersejarah itu kini diangkat semula oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melalui program MYAirportCARES Lestari Seni.Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) JKKN, Rosnan Abdul Rahman berkata, inisiatif berkenaan menjadi simbol kesungguhan pelbagai pihak dalam memastikan seni tradisional seperti rebana ubi kekal relevan dan tidak ditelan arus moden."Kita mahu generasi baharu melihat seni tradisional ini bukan sekadar alat muzik lama, tetapi warisan yang membentuk jati diri bangsa."Ia juga selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) yang menekankan pemberdayaan komuniti dan pemeliharaan khazanah warisan agar terus hidup dalam arus moden," katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.Sebelum itu beliau hadir pada MYAirportCARES Lestari Seni, Majlis Pemerkasaan dan Pemuliharaan Rebana Ubi dan Sambutan Penerbangan Sulung Scoot di LTSIP di sini.Hadir sama ialah, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Mohd Izani Ghani di mana majlis turut diserikan dengan penyerahan sumbangan bernilai RM140,000 oleh pihak MAHB kepada Persatuan Kebudayaan Kesenian Awang Selamat, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar di bawah JKKN.Rosnan memberitahu, program MYAirportCARES Lestari Seni rebana ubi merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertama hasil kerjasama strategik antara MAHB bersama JKKN, yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan serta penghidupan semula seni warisan negeri ini.Ujarnya, antara objektif utama program tersebut adalah untuk memelihara dan menghidupkan semula seni warisan rebana ubi.Tambah beliau, ia turut memberdaya komuniti seni tempatan melalui sokongan infrastruktur dan latihan serta memartabatkan warisan budaya Malaysia ke peringkat nasional serta antarabangsa."Program ini dijangka memberi impak positif dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap seni warisan tradisional, menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti seni tempatan, serta memperkukuh imej MAHB sebagai peneraju tanggungjawab sosial korporat yang menyokong pelestarian seni, budaya dan pelancongan negara," katanya.Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, selain pelancaran dan penyerahan sumbangan, majlis turut diserikan dengan persembahan rebana ubi oleh Persatuan Kebudayaan Kesenian Awang Selamat.Ujarnya, ia diikuti dengan sambutan penerbangan pertama Scoot Air dari Singapura ke LTSIP melibatkan 50 penumpang.Daya tarikan pelancongSementara itu, orang ramai yang ditemui Nur Shaida Ahamad, 32, dari Pengkalan Chepa berkata, sebagai anak jati Kelantan, rebana ubi biasanya dilihat di majlis perkahwinan dan dikir barat."Saya menyaksikannya semasa saya remaja kerana sekarang sukar untuk melihat persembahan melibatkan rebana ubi."Sebagai anak Kelantan saya menyambut baik usaha JKKN untuk memperkasakan rebana ubi agar ia tidak luput ditelan zaman," katanya.Bagi Syafira Hassan, 32, dari Ketereh pula walaupun berasal dari Kelantan ini merupakan kali pertama dia melihat per sembahan melibatkan rebana ubi.Syafira teruja dan sanggup berdiri untuk me lihat persembahan sehingga tamat.Tambahnya, khazanah warisan itu harus dipelihara sebaik mungkin bagi memasti kan golongan muda tidak melupakannya serta menjadi salah satu daya tarikan kepada pelancong asing apabila berkunjung ke Kelantan.Noah Abdul Aziz berusia sembilan tahun dari Panji pula ia merupakan pengalaman pertama melihat persembahan rebana ubi."Ia sangat menghiburkan dan menarik





Fattah Jaga Amira Baik-Baik, Dia Wanita Solehah - Rotikaya - 28/10 1:54 am

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan pesanan buat pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman ketika di majlis resepsi mereka semalam





Naib Ketua Pemuda Pas Johor sempat pesan isteri jaga anak-anak sebelum... - Mgazette - 27/10 4:29 pm

Tetapi arwah tetap kuatkan diri utk membuat segala kebaikan selagi hidupnya ada," katanya. Arwah meninggalkan isteri dan tiga cahaya mata iaitu Siti Maryam, 5; Muhammad Zaid, 4, dan Muhammad Suhail, 2 tahun.- MalaysiaGazette





Anugerah Akademik Negara julang keunggulan ilmuwan negara 2025 - Sinarharian - 27/10 11:40 am

SUBANG JAYA Anugerah Akademik Negara (AAN) terus menjadi pengiktirafan tertinggi negara kepada ahli akademik yang menyumbang besar terhadap kemajuan pendidikan dan penyelidikan di dalam serta luar negara.Sejak diperkenalkan pada 2006 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), AAN menjadi simbol keunggulan akademia yang memartabatkan ilmu, memperkukuh budaya penyelidikan dan memperkasa peranan institusi pendidikan tinggi sebagai pemangkin pembangunan negara.Majlis penganugerahan AAN Ke-16 disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor.Pakar arkeologi terkemuka negara, Profesor Emerita Datin Paduka Dr Siti Zuraina Abdul Majid dari Universiti Sains Malaysia (USM) dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara AAN Ke-16, mengiktiraf sumbangan beliau selama hampir lima dekad dalam bidang arkeologi dan warisan dunia.Penemuan penting beliau, termasuk rangka Perak Man serta penyelidikan di Lembah Lenggong, telah merevolusikan pemahaman terhadap sejarah prasejarah Malaysia dan membawa pengiktirafan UNESCO terhadap tapak berkenaan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2012."Saya tidak pernah menyangka akan menerima pengiktirafan ini kerana sepanjang karier saya hanya fokus kepada kerja dan penyelidikan




Reformasi     >>



Bekas hakim: Sekatan Fifa pada FAM, pemain kesilapan .. - Mkini
Fifa tidak mempunyai kuasa menentukan dokumen kerajaan yang sahih - walaupun terdapat percanggahan - telah dipalsukan, kata Hamid Sultan Abu Backer.
Kroni     >>



Rombakan Kabinet: Anwar berseloroh minta kemuka senarai - Utusan
PUTRAJAYA: Di sebalik spekulasi rombakan Kabinet berlaku dalam tempoh terdekat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sikap mengunci mulut. Ketika ditanya pemberita selepas merasmikan ucapan penutup Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025, Anwar secara berseloroh meminta pihak media ..
Tabloid     >>



Ada Masalah Lari Rumah, Rupanya Nak Duduk Dengan Bibik .. - Rotikaya
Adik kepada Dr Afifah Hidayah dikenali sebagai Zaim Tawfek mempertahankan kakaknya susulan kemelut rumah tangga dengan penyanyi Nubhan. Menerusi komen ditinggalkan di Threads, Zaim meminta kakaknya untuk tidak meratapi lelaki... Baca selanjutnya → The post Ada Masalah Lari Rumah, ..
Tech     >>



ICYMI: the week's 7 biggest tech stories from IKEA's .. - Techradar
The week's top stories from GTA 6, IKEA, Samsung, Goo
World     >>



Trump says he was 'very much in charge' of Iran war .. - Tehrantimes
TEHRAN U.S. President Donald Trump claimed responsibility for Israel's June aggression against Iran, walking back his prior denials of involvement and substantiating Iranian allegations that Washington had been complicit in the deadly war from its outset.
Motor Trend     >>



Motosikal Yamaha Yzf-r7 2026 Terima Elektronik R1 .. - Mekanika
# YAMAHA YZF-R7 2026 TERIMA ELEKTRONIK R1 - 6-AXIS IMU, Y-CCT **Yamaha menyuntik naik taraf singnifikan pada Yamaha YZF-R7 bagi tahun 2026 sekaligus menjadikan motosikal segmen supersport itu lebih dinamik.** Bagaimanapun, R7 baharu ini bukan hanya mendapat elektronik baharu malah beberapa aspek ..