| /// |
|
| Search : Setiausaha Agung News | Page 1 |
|
Taklimat Khas BN RCI TH: 'Bagus', tunggu esok' antara respons ringkas ahli Parlimen BN - Sinarharian - 10/08 8:16 pm KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) memberi respons ringkas ketika ditemui selepas menghadiri taklimat khas berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) pada Isnin.Ketika ditanya wartawan mengenai perkembangan taklimat yang berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan hanya menjawab 'bagus'.Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula meminta wartawan 'tunggu esok' ketika ditanya mengenai taklimat berkenaan.Taklimat yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berakhir sekitar jam 7 malam.Selepas taklimat, beberapa Ahli Parlimen BN dilihat meninggalkan lokasi, antaranya Ahmad Maslan; Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary; Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias; Mohamad Alamin dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.Difahamkan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut berada di lokasi berkenaan.Terdahulu, taklimat khas itu diadakan menjelang sidang khas Dewan Rakyat pada 11 Ogos bagi membahaskan laporan RCI berkaitan TH yang didedahkan kerajaan baru-baru ini.Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang sebelum ini dijangka berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, WTCKL.Sebelum ini, Ahmad Maslan memaklumkan taklimat berkenaan dibuat bagi menyeragamkan pertahanan atau perbahasan ahli Parlimen gabungan itu dalam perbahasan laporan RCI tersebut.Beliau turut memaklumkan beberapa wakil Kelab Ahli Penyokong BN (BNBBC) telah dikenal pasti untuk mengambil bahagian dalam sesi sidang khas Dewan Rakyat pada 11 Ogos. |
|
'Adakah Kor Ming sindir Nie Ching, Anthony Loke?' - Pemuda MCA - Sinarharian - 10/08 8:02 pm IPOH Pemuda MCA menyifatkan perbandingan yang dibuat Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming di antara Perak dengan Johor dan Negeri Sembilan seolah-olah sindiran terhadap kepimpinan DAP di kedua-dua negeri berkenaan.Ketua Penerangannya, Neow Choo Seong berkata, perbandingan itu dibuat Pengerusi DAP Perak berkenaan ketika berucap semasa Majlis Makan Malam Perdana Ulang Tahun ke-60 DAP di Buntong di sini pada Ahad."Kenyataan Nga (Kor Ming) ini mencetuskan tanda tanya, adakah beliau menyindir Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke (sebelum letak jawatan) merangkap Setiausaha Agung DAP atas kekalahan mereka di Johor dan Negeri Sembilan?"Setiap pemimpin berhak bersikap optimis, dan mungkin Nga Kor Ming juga yakin bahawa DAP Perak lebih baik daripada DAP di Johor dan Negeri Sembilan |
|
Azmin gelar ADUN PH sebagai 'adinda, sahabat dan teman - Sinarharian - 10/08 5:32 pm Amanah adalah peganganku. Kekal tenang adalah prinsip aku," katanya semasa menyampaikan perbahasan pada Persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada Isnin.Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut meminta Amirudin supaya tidak "gundah-gulana" dan meneruskan usaha membangunkan Selangor."Wahai Menteri Besar, jangan gundah-gulana |
|
Kerajaan beri lebih tumpuan kepada `ekonomi rakyat??? ??? Fahmi - Mygazette - 10/08 5:23 pm # Kerajaan beri lebih tumpuan kepada `ekonomi rakyat Fahmi KOTA KINABALU - Kerajaan MADANI terus komited menjaga ekonomi rakyatdengan memastikanprestasi ekonomi negara memberi limpahan nikmat yang dapat dirasai dalam kehidupan segenap lapisan masyarakat |
|
Pilihan terbaik Bersatu kekal dalam PN meskipun ibarat hidup segan, mati... - Mygazette - 10/08 5:23 pm Abdul Hadi berkata, PN tidak perlu membuat pemberitahuan secara rasmi kepada Bersatu berhubung kedudukannya dalam gabungan itu kerana parti berkenaan dianggap terkeluar dengan sendirinya selepas menyatakan hasrat untuk membentuk gabungan lain. Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Alidalam kenyataan menolak kenyataan Abdul Hadi itu dan menegaskan parti berkenaan masih merupakan anggota sah PN memandangkan tiada mana-mana fasal dalam Perlembagaan PN yang memperuntukkan keanggotaan parti anggota tergugur dengan sendirinya |
|
PM jalani pemeriksaan perubatan - Mygazette - 10/08 5:23 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan pasukan pakar perubatan |
|
Kekal atau keluar Kerajaan Perpaduan tak akan kembalikan sokongan kepada .. - Mygazette - 10/08 5:23 pm Pada Ahad ini, seramai 4,264 perwakilan DAP akan menentukan sama ada parti itu akan kekal atau keluar daripada Kerajaan Perpaduan menerusi pengundian yang akan dilakukan pada Persidangan Kebangsaan DAP. Usul sama ada parti itu akan kekal dalam Kerajaan Persekutuan sehingga tamat penggal atau sebaliknya akan dibawa Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook |
|
Tiada rundingan rasmi PH-Bersatu, pintu kerjasama masih terbuka ??? .. - Mygazette - 10/08 5:23 pm Sebelum ini, laporan media mendedahkan wujud rundingan antara pemimpin Bersatu Selangor dengan gabungan tersebut bagi menentukan hala tuju mereka di Selangor. Malah Mei lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata parti itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa parti itu akan kembali bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
ADUN Nilai dilantik Pengerusi DAP N. Sembilan baharu - Mygazette - 10/08 5:23 pm Arul Kumar dilantik sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini. Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata pelantikan Arul Kumar dibuat secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Negeri DAP Negeri Sembilan selepas beliau mengosongkan jawatan itu yang disandangnya selama 22 tahun sejak 2004 |
|
Tangguh perbahasan RCI TH, tunggu Anwar - Hamzah - Sinarharian - 10/08 4:35 pm KUALA LUMPUR Tiada keperluan meneruskan perbahasan mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Parlimen sekiranya Perdana Menteri tidak dapat hadir untuk memberikan penjelasan.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu sewajarnya ditangguhkan terlebih dahulu bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan membahaskan isu berkenaan, terutama apabila RCI telah dilakukan kira-kira tiga tahun lalu."Kalau isunya besar kepada dia sebagai Perdana Menteri, apa yang patut dibuat? Dia beritahu dengan Speaker, tangguhkan dahulu."Sebab nak tunggu dia sendiri untuk membahaskan isunya, bukan semata-mata kerana lontaran telah dilakukan," katanya kepada Sinar Harian dalam sesi wawancara eksklusif, pada Isnin.Sebelum ini Anwar dilapor sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH dijadual berlangsung pada Selasa, dimulakan dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan.Sesi perbahasan itu kemudian dijangka digulung oleh Zulkifli dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.Dalam pada itu Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut turut mempersoalkan tindakan membawa semula isu berkenaan ke Parlimen selepas tempoh yang begitu lama.Menurutnya, isu berkenaan mula dilontarkan oleh Perdana Menteri ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebelum cadangan mengadakan sidang khas bagi membincangkan perkara tersebut."Sebelum ini ada kenyataan Anwar melawat beberapa orang di hospital dan hari ini, beliau dilaporkan mendapat rawatan selama dua hari."Sekiranya Perdana Menteri menjalani rawatan, perkara itu perlu diambil kira sebelum perbahasan mengenai isu RCI TH diteruskan."Kalau isu ini besar kepada dia sebagai Perdana Menteri, beliau sepatutnya bagi tahu kepada Speaker untuk tangguhkan dahulu sesi berkenaan sebab nak tunggu dia sendiri membahaskan isu ini sebagai isu yang besar," ujarnya.Laporan RCI setebal 211 halaman mengenai TH yang diterbitkan pada 29 Julai lepas mendedahkan pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020.Antara dapatan utama RCI ialah kelemahan tadbir urus, termasuk campur tangan politik dalam pengurusan serta pengagihan keuntungan tanpa mengambil kira kesan rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan. |
|
Anwar selamat jalani pembedahan hernia perut - Sinarharian - 10/08 4:22 pm KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia), pada Isnin.Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata, prosedur tersebut berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan."Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik," katanya dalam kenyataan |
|
Kerajaan beri lebih tumpuan kepada 'ekonomi rakyat' - Fahmi - Sinarharian - 10/08 4:01 pm KOTA KINABALU - Kerajaan Madani terus komited menjaga 'ekonomi rakyat' dengan memastikan prestasi ekonomi negara memberi limpahan nikmat yang dapat dirasai dalam kehidupan segenap lapisan masyarakat.Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, meskipun petunjuk ekonomi pada peringkat nasional dan negeri menunjukkan perkembangan memberangsangkan termasuk dari segi pelaburan, hasil, rizab, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan perdagangan, perkara paling penting ialah kesannya terhadap kehidupan seharian rakyat."Ekonomi rakyat adalah ekonomi yang tuan-tuan dan puan-puan sendiri rasai |
|
Arul Kumar dilantik Pengerusi DAP Negeri Sembilan baharu - Sinarharian - 10/08 2:44 pm SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, J Arul Kumar dilantik sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pelantikan Arul Kumar dibuat secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Negeri DAP Negeri Sembilan selepas beliau mengosongkan jawatan itu yang disandangnya selama 22 tahun sejak 2004."Pemilihan Arul Kumar adalah sesuatu yang saya rasa amat positif dan membuktikan DAP adalah sebuah parti berbilang kaum |
|
PRN Melaka: PN ada banyak pilihan, sedia pertimbang kerjasama dengan BN - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 10/08 1:02 pm Apa langkah seterusnya akan kita bincangkan secara bersama dalam PN."Setakat ini, kita belum berbincang secara rasmi dengan mana-mana pihak. Kita baru sahaja selesai PRN Negeri Sembilan, jadi ambil masa sedikit," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Renjer Sedunia 2026 peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini pada Isnin.Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan kesediaan Pas untuk mengadakan rundingan dengan UMNO bagi menentukan pembahagian kerusi pada PRN Melaka, termasuk mempertimbangkan semula kedudukan kerusi yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).Menurutnya, rundingan berhubung perkara itu dijangka diadakan dalam masa terdekat, namun belum ada tarikh khusus ditetapkan.Jelas beliau, rundingan di peringkat Pas dan Perikatan Nasional (PN) itu buat masa ini tidak membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Sementara itu, mengulas mengenai desas-desus berhubung peluang meneruskan kerjasama politik bersama BN, Ahmad Samsuri menjelaskan bahawa perkara tersebut itu antara pilihan yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan PN.Menurut beliau, fokus ketika ini adalah untuk memberikan ruang dan masa kepada kepimpinan gabungan sebelum membuat sebarang keputusan rasmi memandangkan jentera parti baru sahaja selesai menghadapi saingan dalam PRN Negeri Sembilan. |
|
Arul Kumar pengerusi DAP N Sembilan - FMT - 10/08 12:46 am Beliau menggantikan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook yang melepaskan jawatan pengerusi negeri pada 3 Ogos lalu. |
|
Arul Kumar ganti Loke sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan - Mkini - 10/08 12:39 am Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata pelantikan Arul Kumar dibuat secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Negeri DAP Negeri Sembilan. |
|
Tunku Osman Jewa kapal ketiga LMSB2 TLDM dilancarkan di Trkiye - Sinarharian - 10/08 11:52 am SHAH ALAM - Industri pertahanan dan ketenteraan maritim negara melakar satu lagi pencapaian bersejarah apabila kapal ketiga Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dinamakan dan dilancarkan di Istanbul Shipyard, Trkiye pada Ahad.Kapal perang moden berkenaan secara rasmi dinamakan Tunku Osman Jewa (143) dalam satu majlis yang disaksikan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan disempurnakan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff selaku Royal Sponsor.Kerabat diraja Kedah turut berangkat mengiringi baginda berdua pada majlis berkenaan.Delegasi Kementerian Pertahanan pula diketuai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Malek Razak Sulaiman.Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datin Roszanina Wahab dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Ts Badarudin Taha yang mewakili Panglima Tentera Laut.Menurut kenyataan media, penamaan kapal itu merupakan penghormatan bagi mengenang jasa dan mengabadikan legasi Almarhum Jeneral Tan Sri Tunku Osman Tunku Mohammad Jewa, kerabat diraja Kedah yang merupakan Panglima Angkatan Tentera pertama daripada kalangan anak watan.Dengan pelancaran kapal ketiga itu, tiga kapal LMSB2 iaitu Tunku Laksamana Abdul Jalil (141), Raja Laut (142) dan Tunku Osman Jewa (143) kini bersedia memasuki fasa seterusnya secara serentak.Kesemua kapal tersebut akan menjalani fasa integrasi sistem penderia, pemasangan sistem peperangan dan persenjataan moden serta siri penilaian ujian pelabuhan dan ujian laut.Pembinaan ketiga-tiga aset tempur strategik itu mengikut jadual dan dijangka diserahkan secara rasmi kepada TLDM pada penghujung tahun hadapan. |
|
PMX dipantau dua hari - Sinarharian - 10/08 9:55 am SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan kesihatan dan prosedur yang ditetapkan pasukan pakar perubatan.Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.Sehubungan itu, beliau turut memohon supaya orang ramai mendoakan agar segala urusan dipermudahkan."Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan dan prosedur Perdana Menteri dipermudahkan serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat."Insya-ALLAH," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. |
|
PM Anwar kini sedang jalani rawatan dan prosedur kesihatan, perlu pantauan rapi 2 hari - Mydateline - 10/08 9:50 am Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur kesihatan yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan |
|
Tawaran sertai Kerajaan Perpaduan?: 'Kita tunggu dan lihat' - Pas - Sinarharian - 10/08 9:43 am KOTA BHARU - Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung pendirian DAP sama ada mahu kekal atau keluar daripada Kerajaan Perpaduan pada 16 Ogos ini.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Pas tidak menerima sebarang risikan atau tawaran untuk menyertai Kerajaan Perpaduan."Untuk 16 Ogos ini kita tunggu dan lihat, kita juga tidak menerima sebarang risikan atau tawaran (sertai kerajaan) |
|
BN-PN akan runding PRN Melaka tanpa Bersatu, kata Takiyuddin - FMT - 10/08 9:22 am Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan berkata rundingan belum bermula, tetapi akan diadakan dalam waktu terdekat. |
|
PN serah RoS siasat aduan Bersatu - Sinarharian - 10/08 8:51 am KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menentukan tindakan susulan terhadap sebarang aduan yang mahu dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung dakwaan Pas memanipulasi gabungan itu untuk kepentingan politiknya.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya bersedia memberikan penjelasan sekiranya RoS meminta maklumat berkaitan, namun pada ketika ini tidak mengetahui bentuk aduan yang mahu dikemukakan Bersatu."Itu hak dia untuk rujuk kepada mana-mana pertubuhan yang berdaftar bawah RoS, boleh buat apa-apa aduan pun dan biar RoS buat keputusan."Dia minta penjelasan kita, kita bagilah |
|
Serah urusan peruntukan ahli Parlimen kepada proksi politik .. - Mygazette - 10/08 8:13 am # Serah urusan peruntukan ahli Parlimen kepada proksi politik 'sakau' terang-terangan KUALA LUMPUR Tindakan menyalurkan peruntukan kewangan ahli Parlimen yang dipilih rakyat kepada pihak lain didakwa sebagai amalan sakau secara terang-terangan |
|
Kerajaan perlu wujudkan zon khas, hadkan pergerakan pelarian Myanmar - Mygazette - 10/08 8:13 am Gesaan itu dibuat susulan penahanan tiga lelaki warga Myanmar di Kemaman semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan. Setiausaha Agung merangkap Pengasas Bersama BAM, M |
|
PDRM nafi kenyataan palsu dikaitkan dengan Pemangku Timbalan Ketua Polis .. - Mygazette - 10/08 8:13 am # PDRM nafi kenyataan palsu dikaitkan dengan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan tegas menafikan satu hantaran tular di media sosial yang memaparkan visual dan teks seolah-olah Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara mengadakan sidang media khas di Bukit Aman berkaitan pelaksanaan satu operasi polis |
|
PRN Melaka: Pas sedia runding agihan kerusi dengan UMNO - Sinarharian - 10/08 7:48 am KOTA BHARU Pas bersedia mengadakan rundingan dengan UMNO bagi menentukan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk mempertimbangkan semula kedudukan kerusi yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, rundingan berhubung perkara itu dijangka diadakan dalam masa terdekat, namun belum ada tarikh khusus ditetapkan.Menurut beliau, rundingan akan dibuat di peringkat Pas dan Perikatan Nasional (PN), namun buat masa ini tidak membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)."Di pihak Pas telah diputuskan kita masih lagi dibenarkan untuk berunding ataupun diminta untuk berunding dengan UMNO mengikut kedudukan kerusi itu."Dalam waktu terdekatlah |
|
Pimpinan UMNO diundang ke Muktamar Pas - Sinarharian - 9/08 11:55 pm KOTA BHARU - Pas mengesahkan akan mengundang pimpinan UMNO hadir ke Muktamar kali ke 72 parti itu di Kelantan yang dijadual bermula 2 hingga 5 September ini.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jemputan itu dibuat susulan UMNO dilihat sebagai rakan kerjasama politik parti berkenaan.Menurut beliau, jemputan turut akan diberikan kepada pimpinan sayap UMNO untuk menghadiri Muktamar."Ya, dalam Muktamar Pas Pusat ini kita akan jemput pimpinan UMNO |
|
Bekas Setiausaha Agung FAS meninggal dunia - Sinarharian - 9/08 10:08 pm KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim meninggal dunia di Hospital Shah Alam, Selangor hari ini.Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Rosman menghembuskan nafas terakhir pada 5.36 petang pada usia 63 tahun."Salam takziah buat seluruh keluarga |
|
PDRM nafi hantaran tular papar visual, teks kaitkan pemangku Timbalan Ketua Polis Negara - Sinarharian - 9/08 5:59 pm KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan hantaran tular di Facebook memaparkan visual serta teks seolah-olah pemangku Timbalan Ketua Polis Negara telah mengadakan sidang media khas di Bukit Aman berkaitan pelaksanaan operasi oleh agensi keselamatan itu.Setiausaha PDRM, Datuk Mohamad Noor Yusof Ali menegaskan bahawa hantaran tersebut adalah palsu.Menurutnya, pemangku Timbalan Ketua Polis Negara tidak pernah mengadakan sidang media atau mengeluarkan sebarang kenyataan sebagaimana yang digambarkan dan dinyatakan dalam hantaran berkenaan."Kandungan yang disebarkan telah menggunakan imej dan identiti palsu serta kedudukan pemangku Timbalan Ketua Polis Negara bagi mewujudkan gambaran seolah-olah kenyataan tersebut merupakan pendirian rasmi PDRM."Perbuatan sedemikian berpotensi mengelirukan masyarakat, mencetuskan salah faham serta menjejaskan kredebiliti individu dan institusi PDRM," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, sehubungan itu PDRM telah membuat satu laporan polis bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menghasilkan dan menyebarkan kandungan berkenaan, termasuk meneliti motif serta tujuan di sebalik penyebarannya," ujarnya.Tambahnya, PDRM memandang serius sebarang tindakan menghasilkan, memanipulasi atau menyebarkan kandungan palsu dengan menggunakan identiti, imej atau kedudukan mana-mana pegawai dan anggota pasukan bagi memberikan gambaran bahawa suatu kenyataan atau tindakan tersebut adalah rasmi."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat yang belum ditentukan kesahihannya serta mendapatkan pengesahan melalui saluran rasmi PDRM dan sumber berita yang sahih," ujarnya.Tegasnya, PDRM turut menyeru masyarakat agar menjadi pengguna media sosial bertanggungjawab dan tidak terlibat dalam penyebaran kandungan yang boleh menimbulkan kekeliruan serta menjejaskan ketenteraman awam. |
|
Kemelut PN: RoS digesa segera campur tangan - Tun Faisal - Sinarharian - 9/08 5:11 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) diminta mengambil tindakan segera bagi menangani kemelut yang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN).Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa, Pas telah mempergunakan PN sesuka hati demi kepentingan politik parti itu, termasuk melalui tindakan unilateral yang menafikan hak parti anggota serta didakwa melanggar Perlembagaan PN."Isu utamanya di sini ialah perlu ada urgency daripada pihak RoS untuk campur tangan agar PN tidak dipergunakan sesuka hati oleh Pas untuk bertindak dan membuat keputusan secara unilateral, menafikan hak mana-mana parti anggota PN dan melanggar perlembagaan parti gabungan."Kita mahu supaya keputusan-keputusan Majlis Tertinggi PN (MTPN) diputuskan mengikut perlembagaan melalui mesyuarat dan bukannya (menerusi) campur tangan daripada Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang)," katanya kepada Bernama hari ini.Pada Jumaat lepas, media melaporkan Abdul Hadi mendakwa Bersatu terkeluar secara automatik daripada PN susulan hasrat parti itu untuk membentuk gabungan baharu.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun menolak kenyataan Abdul Hadi dan menegaskan parti berkenaan masih merupakan anggota sah PN memandangkan tiada mana-mana fasal dalam Perlembagaan PN yang memperuntukkan keanggotaan parti anggota tergugur dengan sendirinya.Mohamed Azmin turut menegaskan Presiden Pas tidak mempunyai hak atau kuasa veto untuk menentukan kedudukan Bersatu dalam PN.Mengulas lanjut, Tun Faisal mendakwa PN tidak seharusnya diurus mengikut telunjuk satu pihak sahaja, sebaliknya perlu ditadbir secara adil, telus dan berintegriti berasaskan Perlembagaan PN.Sementara itu, di Perak, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata setakat ini Bersatu masih merupakan anggota gabungan itu.- Bernama |
|
MyKhas bukan peruntukan untuk ahli Parlimen, ia untuk rakyat – Fahmi - Mygazette - 9/08 4:53 pm # MyKhas bukan peruntukan untuk ahli Parlimen, ia untuk rakyat - Fahmi KUALA LUMPUR - Peruntukan melalui sistem MyKhas bukan wang yang diberikan kepada ahli Parlimen untuk kegunaan mereka, sebaliknya ia merupakan Peruntukan Khas Perdana Menteri yang disalurkan bagi manfaat rakyat |
|
Sejak bila proksi lebih berkuasa daripada ahli Parlimen dipilih .. - Mygazette - 9/08 4:53 pm # Sejak bila proksi lebih berkuasa daripada ahli Parlimen dipilih rakyat?- Lima MP PKR persoal Anwar KUALA LUMPUR - "Sejak bila seorang proksi yang tidak dipilih rakyat mempunyai mandat yang lebih besar daripada seorang ahli Parlimen yang dipilih melalui pilihan raya?," tanya lima ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Bukan soal Bersatu terhegeh-hegeh dengan PN, tapi hak, perlembagaan perlu .. - Mygazette - 9/08 4:53 pm Abdul Hadi berkata, PN tidak perlu membuat pemberitahuan secara rasmi kepada Bersatu berhubung kedudukannya dalam gabungan itu kerana parti berkenaan dianggap terkeluar dengan sendirinya selepas menyatakan hasrat untuk membentuk gabungan lain. Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Alimenyangkal kenyataan Abdul Hadi itu dan menegaskan parti berkenaan masih merupakan anggota sah PN memandangkan tiada mana-mana fasal dalam Perlembagaan PN yang memperuntukkan keanggotaan parti anggota tergugur dengan sendirinya |
|
Pemuda Amanah persoal peruntukan MP PKR disekat - Mygazette - 9/08 4:53 pm JOHOR BAHRU - Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda mempersoalkan sama ada lima ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditarik peruntukan kerana terdapat usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan |
|
Tiada Ahli Parlimen PKR letak jawatan, kata Fuziah - Mygazette - 9/08 4:53 pm # Tiada Ahli Parlimen PKR letak jawatan, kata Fuziah PUTRAJAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana Ahli Parlimennya di tengah-tengah spekulasi mengenai kedudukan beberapa wakil rakyat parti itu. Setakat ini tiada, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh ketika dihubungi media hari ini |
|
Shafie Apdal bimbang penularan berita palsu kaitkan Warisan - Sinarharian - 9/08 4:48 pm Contohnya, surat yang ada tandatangan saya, tetapi lain tandatangan kononnya supaya orang ini dibebaskan daripada tahanan imigresen."Lepas itu pula, surat mengenai Warisan menarik diri daripada kerajaan. Sebenarnya semuanya fitnah ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan, di sini, pada Ahad.Menurut Mohd Shafie, penularan bahan berkenaan turut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakan-rakannya apabila ada yang menghubunginya bagi mendapatkan kepastian mengenai kesahihan maklumat terbabit."Kadang-kadang surat layang, sehingga rakan-rakan ada yang hubungi saya bertanyakan adakah ini betul."Jadi fitnahnya itu pelbagai corak, pelbagai kaedah," katanya.Beliau berkata, tidak mahu perkara berkenaan berterusan, pihaknya telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut."Saya harap pihak yang berwajib (ambil tindakan) menerusi laporan polis yang dibuat, mereka juga sedang menunggu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), barulah susulan tindakan akan diambil terhadap pihak-pihak ini."Kita mahu tahu bukan hanya kita minta polis supaya kenal pasti siapa orangnya tapi siapa di sebaliknya, apa tujuan mereka," katanya.Mohd Shafie turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan penyebaran fitnah sedemikian terus berlaku, terutama menjelang pilihan raya.Katanya, pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya kritikan atau dakwaan yang dibuat adalah benar, namun tindakan menyebarkan maklumat palsu tidak seharusnya dijadikan alat politik.Sementara itu, Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S Padua Jr berkata, pihaknya turut mengarahkan pasukan peguam mengambil tindakan sivil terhadap individu yang disyaki terbabit dalam penyebaran bahan berkenaan."Pada masa sama kita arahkan peguam untuk mengambil tindakan sivil ke atas suspek," katanya. |
|
Bersatu masih anggota PN - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 9/08 2:38 pm TAIPING - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih kekal sebagai anggota Perikatan Nasional (PN) sehingga hari ini, kata Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Bagaimanapun, beliau berkata, kedudukan Bersatu dalam gabungan itu sedang diteliti susulan terdapat laporan daripada beberapa Ahli Parlimen Bersatu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berkaitan keabsahan kepimpinan jawatankuasa parti berkenaan.Menurutnya, PN mengambil maklum perkara tersebut dan akan melihat sejauh mana keabsahan kepimpinan Bersatu dipertikaikan oleh ROS."Buat masa ini sehingga tarikh hari ini, 9 Ogos, Bersatu masih lagi ahli dalam PN."Walaupun mungkin isu keberadaan Bersatu dalam PN ini agak unik sedikit oleh kerana ada laporan daripada beberapa orang Ahli Parlimen Bersatu sendiri kepada ROS tentang keabsahan kedudukan kepimpinan jawatankuasa Bersatu," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pas Perak kali ke-23 di Hotel Perdana di sini pada Ahad.Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Idris Ahmad yang juga Naib Presiden Pas.Media sebelum ini melaporkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Bersatu terkeluar secara automatik daripada PN susulan hasrat parti itu untuk membentuk gabungan baharu.Menurut Abdul Hadi, berdasarkan perlembagaan, mana-mana pihak yang memutuskan untuk menyertai atau membentuk jalinan lain secara automatik hilang keahlian tanpa memerlukan sebarang surat rasmi atau keputusan khusus.Bagaimanapun Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Abdul Hadi tidak mempunyai hak atau kuasa veto untuk menentukan kedudukan parti itu dalam PN.Mohamed Azmin berkata, dakwaan bahawa keahlian Bersatu dalam PN telah tergugur secara automatik adalah tidak berasas dan menunjukkan Abdul Hadi tidak memahami Perlembagaan PN.Dalam pada itu Ahmad Samsuri berkata, buat masa ini tiada perbincangan khusus dalam PN mengenai kedudukan Bersatu kerana keutamaan gabungan itu adalah memastikan kemenangan sebanyak mungkin kerusi pada pilihan raya akan datang khususnya di Melaka."Saya rasa yang menjadi keutamaan nombor satu dalam Perikatan Nasional sekarang ini ialah bagaimana untuk memastikan kita memenangi kerusi sebanyak mungkin dalam pilihan raya di Melaka khususnya yang paling hampir dan tentunya di peringkat Persekutuan."Jadi tidak ada perkara lain lagi yang dalam agenda untuk dibincangkan selain daripada itu," katanya.Sementara itu, mengulas dakwaan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz bahawa Pengerusi PN seolah-olah menjadi boneka, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas berkata, perkara itu terpulang kepada pihak yang membuat kenyataan."Itu terpulang, saya tak boleh nak halang apa yang mereka nak bercakap."Mereka nak kata apa sekalipun, itu adalah hak mereka," katanya. |
|
Bersatu dakwa hak dalam PN dilanggar - Sinarharian - 9/08 12:49 am SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempunyai hak untuk hadir dan memberikan pandangan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) berdasarkan Fasal 7 Perlembagaan PN.Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mendakwa, hak itu bagaimanapun dilanggar apabila Bersatu dihalang daripada menghadiri Mesyuarat MT PN pada 16 Julai 2026.Menurutnya, mesyuarat itu antara lain membincangkan pembahagian kerusi PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, termasuk keputusan yang didakwa bertujuan menghalang Bersatu daripada bertanding menggunakan logo PN."Malah, dua kerusi incumbent Bersatu iaitu Labu dan Gemas telah diagihkan kepada BN dan Wawasan," katanya.Marzuki berkata, Bersatu kemudiannya didakwa kehilangan keanggotaan dalam PN secara automatik selepas parti itu bertanding menggunakan logo sendiri serta mengumumkan hasrat membentuk gabungan baharu.Bagaimanapun, katanya, tiada satu fasal pun dalam Perlembagaan PN yang memperuntukkan keanggotaan sesebuah parti tergugur secara automatik."Ini bukan soal Bersatu terhegeh-hegeh nak kekal duduk dalam PN |
|
Kedudukan Bersatu perlu diputuskan secara demokratik - Sinarharian - 9/08 8:30 am SHAH ALAM - Sebarang keputusan berhubung kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) perlu dibuat mengikut saluran yang diperuntukkan dalam perlembagaan gabungan itu serta berlandaskan prinsip demokrasi.Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Syaza Farhana Mohamad Shukri berkata, keputusan berhubung perkara itu sepatutnya dibuat secara kolektif menerusi badan yang diperuntukkan dalam perlembagaan PN."Majlis Presiden berperanan sebagai badan tertinggi dalam memberikan nasihat, jadi keputusan perlu dicapai secara bersama."Perkara inilah yang menyebabkan kebuntuan berpanjangan kerana Pas mengetahui sekiranya perkara itu dibawa ke Majlis Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) dijangka menggunakan kuasa veto."Jika melibatkan keputusan di Majlis Presiden, kita sudah boleh jangka bagaimana keputusannya," katanya kepada Sinar Harian.Syaza Farhana berkata, proses membuat keputusan tetap perlu melalui mekanisme yang diperuntukkan dalam perlembagaan gabungan itu selaras dengan prinsip demokrasi."Sekiranya selepas mesyuarat diadakan dan Bersatu masih mengekalkan pendirian untuk menggunakan kuasa veto serta kekal sebagai komponen PN, keputusan tersebut perlu dihormati," ujarnya.Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Bersatu terkeluar secara automatik daripada gabungan tersebut susulan tindakan parti itu yang mahu membentuk gabungan bersama parti lain.Ahli Parlimen Marang itu berkata, mana-mana pihak yang memutuskan untuk menyertai atau membentuk jalinan lain secara automatik hilang keahlian tanpa memerlukan sebarang surat rasmi atau keputusan khusus berdasarkan perlembagaan PN.Bagaimanapun, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Presiden Pas tidak mempunyai kuasa veto untuk menentukan kedudukan mana-mana parti kerana keputusan berkaitan keahlian perlu dibuat secara kolektif.Justeru, beliau menolak dakwaan bahawa Bersatu terkeluar secara automatik daripada PN. |
|
Wawasan lulus pindaan perlembagaan parti - FMT - 9/08 8:12 am Setiausaha Agung Wawasan, Saifuddin Abdullah berkata pindaan perlembagaan itu diluluskan dalam mesyuarat khas perwakilan Jumaat lalu. |
|
Kemelut Bersatu-PN: Annuar gesa terima hakikat - Sinarharian - 9/08 12:01 am SHAH ALAM - Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan kemelut yang berlaku dalam PN perlu dilihat dengan keberanian untuk menerima hakikat, termasuk kesan sesuatu tindakan terhadap hak dan kedudukan parti dalam gabungan berkenaan.Menerusi hantaran di media sosial, beliau berkata, pihak terbabit sepatutnya mempunyai "moral courage" untuk menerima hakikat bahawa tindakan mereka menyebabkan 'hilang' hak keadilan dalam gabungan."Sepatutnya mereka mempunyai "moral courage" untuk menerima hakikat tindakan mereka menyebabkan hilang hak keadilan dalam gabungan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Sabtu.Kenyataan itu dilihat mempunyai kaitan dengan pertikaian mengenai kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PN susulan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu terkeluar secara automatik daripada gabungan berkenaan.Abdul Hadi sebelum ini berkata, Bersatu dianggap terkeluar daripada PN berikutan tindakan parti itu yang mahu membentuk gabungan bersama parti lain.Beliau berkata, mengikut perlembagaan, mana-mana pihak yang memutuskan untuk menyertai atau membentuk jalinan lain secara automatik hilang keahlian tanpa memerlukan surat rasmi atau keputusan khusus.Bagaimanapun, Bersatu menegaskan, Abdul Hadi tidak mempunyai hak atau kuasa veto untuk menentukan kedudukan parti itu dalam PN.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dakwaan bahawa keahlian Bersatu dalam PN telah gugur secara automatik adalah tidak berasas dan menunjukkan Abdul Hadi tidak memahami Perlembagaan PN.Beliau menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Marang itu sebagai semberono kerana keputusan berkaitan keanggotaan mana-mana parti dalam PN dan katanya, hanya boleh dibuat oleh Majlis Presiden PN. |
|
Lima Ahli Parlimen PKR kecewa MyKHAS Parlimen Ampang disekat - Sinarharian - 8/08 3:54 pm SHAH ALAM- Lima Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecewa apabila kerajaan menyekat akses portal peruntukan khas (MyKHAS), Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.Menerusi kenyataan bersama pada Sabtu, mereka berkata, Rodziah merupakan wakil rakyat kerajaan ketiga yang dinafikan hak untuk menguruskan peruntukan kawasan Parlimennya."Sekali lagi, penyalahgunaan kuasa yang serius ini mendedahkan bagaimana Kerajaan Madani semakin mengaburkan sempadan antara parti dengan kerajaan dan antara demokrasi dengan autokrasi."Lebih serius lagi, apabila akses MyKHAS wakil rakyat yang dipilih disekat, tetapi pengurusan peruntukan kawasan diserahkan kepada individu atau 'proxy' yang disenangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Sejak bila seorang proxy yang tidak dipilih rakyat mempunyai mandat yang lebih besar daripada seorang ahli Parlimen yang dipilih melalui pilihan raya?" katanya.Lima wakil rakyat itu ialah Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Lee Chean Chung (Petaling Jaya); Rodziah; S Kesavan (Sungai Siput) dan Zahir Hassan (Wangsa Maju).Rodziah dilaporkan mendakwa pusat khidmatnya tidak lagi dibenarkan mengakses sistem MyKhas yang digunakan untuk menguruskan peruntukan pembangunan kawasan.Sebelum ini, Chean Chung dan Wong Chen yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, turut dilaporkan menerima nasib sama.Sementara itu, menurut mereka peruntukan kawasan bukan hadiah daripada Perdana Menteri kepada ahli Parlimen, sebaliknya menuntut mandat rakyat dihormati dan tidak dijadikan mangsa kepada perbezaan politik.Mereka juga mempersoalkan asas pelantikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin sebagai Penyelaras Parlimen Ampang, termasuk sama ada tugas berkenaan berada dalam skop tugas hakikinya serta kapasiti untuk memikul tanggungjawab tambahan itu."Kami juga menuntut Perdana Menteri menjelaskan peruntukan undang-undang, peraturan atau dasar yang digunakan bagi menyekat akses MyKHAS kepada tiga Ahli Parlimen kerajaan terbabit."Sekiranya seseorang Ahli Parlimen melakukan kesalahan, siasatan dan tindakan sewajarnya perlu dibuat mengikut undang-undang, manakala pelanggaran tatacara parti perlu diuruskan melalui Lembaga Disiplin tanpa menjadikan peruntukan rakyat sebagai senjata politik."Reformasi tidak bermaksud mempolitikkan peruntukan rakyat dan menggantikan wakil yang dipilih rakyat dengan proxy pilihan sendiri," katanya.Mereka turut menegaskan tuntutan berkenaan bukan untuk mendapatkan layanan istimewa, sebaliknya memastikan satu prinsip dihormati iaitu mandat rakyat. |
|
RCI Tabung Haji: Ambil tindakan kalau ada 'sakau', UMNO tidak bela salah laku - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 8/08 3:08 pm KOTA BHARU - UMNO tidak pernah menafikan atau menutup sebarang kelemahan mahupun membela salah laku berkaitan tadbir urus Lembaga Tabung Haji (TH), kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.Menurut beliau, sekiranya benar wujud salah laku, rasuah atau sebarang bentuk penyelewengan, tindakan perlu diambil tanpa mengira kedudukan individu terbabit.ARTIKEL BERKAITAN:RCI Tabung Haji: Taklimat khas BN Isnin iniRCI Tabung Haji: SPRM selesai rakam keterangan bekas CFORCI Tabung Haji: Tiga individu direman lima hari"Daripada awal lagi, kepimpinan UMNO menyatakan, ambillah tindakan |
|
'Pihak ketiga' jangan ganggu usaha persefahaman parti Melayu - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 8/08 2:21 pm KOTA BHARU - Usaha mewujudkan persefahaman dan muafakat antara parti politik sering kali digagalkan oleh pihak ketiga, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.Menurut beliau, keadaan itu turut berlaku apabila terdapat pihak tertentu yang menggunakan media sosial untuk mengeluarkan kenyataan melampaui kepimpinan tertinggi parti sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli dan akar umbi."Pengalaman nampak yang mana usaha ke arah mewujudkan persefahaman dan muafakat sering kali digagalkan oleh pihak ketiga."Kadang kala dalam dunia sosial media atau dunia tanpa sempadan hari ini, banyak dalam kalangan pihak-pihak yang mahu berlagak hero mengeluarkan status-status, kenyataan yang melampaui kepimpinan tertinggi parti sehingga menimbulkan keresahan kepada parti dan juga orang-orang di bawahnya," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu, Empat Peringkat Tahun 2026 di Dewan UMNO Negeri Kelantan di sini pada Sabtu.Asyraf Wajdi memberitahu, pihak yang terlibat dalam usaha perundingan juga seharusnya tidak menggunakan media umum untuk membentuk persepsi sebelum sebarang perbincangan dimulakan."Jadi saya kira lebih baiklah untuk kita tidak menggunakan media umum ini sebelum kita mulakan perundingan ataupun perbincangan, memberikan persepsi-persepsi yang sebenarnya tidak menguntungkan dalam konteks perbincangan ini," katanya.Mengulas mengenai pihak ketiga yang dimaksudkan, beliau menyerahkan kepada wartawan untuk membuat tafsiran sama ada ia membabitkan pemimpin politik atau pihak lain."Pihak ketiga ini ada macam-macam |
|
Jangan ambil kerja Tuhan tentukan keikhlasan seseorang - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 8/08 2:13 pm KOTA BHARU - UMNO menyerahkan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menentukan bentuk kerjasama termasuk soal pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, soal sama ada BN ikhlas atau tidak dalam kerjasama berkenaan tidak wajar dipersoalkan sebelum rundingan antara kedua-dua pihak berlangsung.ARTIKEL BERKAITAN:21 kerusi BN, apa baki untuk PN?[VIDEO] BN pertahankan 21 kerusi di Melaka - Ahmad Zahid"Jadi biarkan keikhlasan itu kerja Tuhan |
|
Senario peruntukan tiga MP PKR disekat tidak sama dengan tindakan MP BN - Bryan Ng - Sinarharian - 8/08 12:58 am SHAH ALAM - Senario tiga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa berdepan sekatan akses kepada sistem MyKhas dan pengurusan peruntukan kawasan tidak boleh disamakan dengan tindakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang berbeza pendirian di peringkat negeri.Timbalan Setiausaha Agung PKR, Bryan Ng Yin Miih berkata, perbezaan ketara ialah Ahli Parlimen BN tidak menentang Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, sebaliknya persaingan mereka dengan Pakatan Harapan (PH) berlaku dalam konteks politik negeri.Menurutnya, tiga Ahli Parlimen PKR terbabit pula masih berada dalam parti, namun pada masa sama mengambil pendirian yang dilihat bertentangan dengan perjuangan parti serta bertindak seolah-olah sebagai pembangkang terhadap kerajaan sendiri.Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan isu penyaluran peruntukan kepada kawasan mereka tidak wajar dilihat semata-mata sebagai tindakan menyekat hak wakil rakyat, sebaliknya perlu dilihat dalam konteks pendirian politik yang diambil oleh mereka."Mereka mengatakan hanya mahu menjadi 'opposition within the government', tetapi saya tidak fikir pendirian itu munasabah."Mereka sudah meninggalkan perjuangan parti dan apa yang dilakukan lebih menjurus kepada kepentingan politik mereka sendiri |
|
Perdana Menteri diminta teliti semula isu penarikan peruntukan kepada Ahli Parlimen - Sinarharian - 8/08 11:38 am JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta meneliti semula kenyataannya berhubung peruntukan yang disalurkan terus kepada rakyat dan bukannya menerusi Parlimen.Exco Pemuda Parti Amanah Malaysia (AMANAH) Nasional, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, ia penting bagi memastikan agenda reformasi tidak terjejas oleh percaturan politik dalaman."Pakatan Harapan sedang berusaha membina semula keyakinan penyokong selepas beberapa kekalahan siri pilihan raya."Cukuplah memberi peluru hidup kerana mana-mana pihak dan sebaliknya laksakanlah agenda Reformasi yang tertunggak berbekalkan baki masa yang tidak seberapa lama pun lagi," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.Ahmad Fadhli Umar berkata, pihaknya memahami peruntukan sebegitu tidak diterima ahli parlimen pembangkang atas keengganan mereka menandatangani MoU bagi menstabilkan kerajaan."Tetapi, adakah peruntukan ahli parlimen kerajaan yang ditarik ini juga disebabkan asas yang sama iaitu terdapat usaha mereka menjatuhkan kerajaan?," soalnya dalam kenyataan itu.Kenyataan dikeluarkan Exco Pemuda AMANAH nasional selepas kecewa dengan lantikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin sebagai Penyelaras Parlimen Ampang yang berperanan untuk memastikan bantuan dan kebajikan kepada penduduk disampaikan secara tersusun, cekap dan berkesan.Menurut beliau, perkara itu boleh menimbulkan persepsi bahawa peranan ahli Parlimen boleh diketepikan jika akses kepada peruntukan kawasan disekat dan diselaraskan menerusi pegawai dilantik.Jelasnya, jika tujuan untuk memastikan bantuan disampaikan tersusun, akses sewajarnya dikembalikan kepada ahli Parlimen dengan mekanisme pemantauan yang jelas dan telus."Perkara ini juga selari dengan komitmen Pakatan Harapan dalam Tawaran HARAPAN PRU15 yang menjanjikan peruntukan kawasan secara sama rata kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti."Laporan bahawa beberapa ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan turut berhadapan masalah sama hanya menguatkan keperluan untuk penjelasan terbuka, terutama ketika perkembangan ini berlaku selepas pergolakan dalaman parti," katanya. |
|
PKR belum terima surat peletakan jawatan ahli Parlimen - Sinarharian - 8/08 8:00 am PUTRAJAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana ahli Parlimen parti itu.Ia sekali gus menepis spekulasi yang bertiup kencang mengenai dakwaan seorang wakil rakyat PKR bakal mengosongkan kedudukan.Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh ketika dihubungi Sinar Harian."Setakat ini tiada," katanya ringkas pada Jumaat.Spekulasi berhubung perkara itu timbul ketika beberapa Ahli Parlimen PKR yang dilihat tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan parti menjadi perhatian susulan perkembangan politik mutakhir.Tiga Ahli Parlimen PKR sebelum ini secara terbuka mengambil pendirian berbeza daripada kepimpinan parti, termasuk mengkritik beberapa keputusan serta hala tuju kepimpinan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kedudukan mereka dalam parti.Malah, kumpulan ahli Parlimen terbabit mendakwa akses pejabat mereka kepada sistem MyKhas bagi mengurus permohonan Projek Mesra Rakyat (PMR) dan peruntukan khas kawasan disekat.Kerajaan bagaimanapun menjelaskan peruntukan untuk kawasan berkenaan tidak dihentikan, sebaliknya pelaksanaannya diteruskan melalui ICU Jabatan Perdana Menteri dan agensi berkaitan tanpa disalurkan menerusi pejabat ahli Parlimen terbabit.Dalam pada itu, sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh mana-mana Ahli Parlimen PKR berhubung peletakan jawatan daripada parti atau kerusi yang disandang. |
|
Hadi, tunjuk fasal mana Perlembagaan PN sebut pengguguran automatik .. - Mygazette - 8/08 7:47 am Abdul Hadi berkata, PN tidak perlu membuat pemberitahuan secara rasmi kepada Bersatu berhubung kedudukannya dalam gabungan itu kerana parti berkenaan dianggap terkeluar dengan sendirinya selepas menyatakan hasrat untuk membentuk gabungan lain. Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Alidalam kenyataan menolak kenyataan Abdul Hadi itu dan menegaskan parti berkenaan masih merupakan anggota sah PN memandangkan tiada mana-mana fasal dalam Perlembagaan PN yang memperuntukkan keanggotaan parti anggota tergugur dengan sendirinya |
|
Wawasan bincang rombakan besar, jawatan Pengerusi dijangka dimansuhkan - Mygazette - 8/08 7:47 am # Wawasan bincang rombakan besar, jawatan Pengerusi dijangka dimansuhkan PETALING JAYA Parti Wawasan Negara (Wawasan) dijangka melakukan rombakan besar terhadap struktur pentadbirannya apabila Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) yang berlangsung malam ini membincangkan beberapa pindaan penting termasuk pemansuhan jawatan Pengerusi parti |
|
Pas perlu pertimbangan mendalam jika Zahid jadi ‘poster boy’ .. - Mygazette - 8/08 7:47 am Soal calon Perdana Menteri pula hanya akan dirundingkan selepas keputusan PRU16 diperoleh," katanya. Sebelum ini, Ahmad Zahid secara sinis mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang mencadangkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU16 |
|
Nafi PN-BN bergolak, dakwaan keretakan cubaan pecah belah gabungan – .. - Mygazette - 8/08 7:47 am # Nafi PN-BN bergolak, dakwaan keretakan cubaan pecah belah gabungan - Hamzah PETALING JAYA Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan wujud sebarang keretakan dalam kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) |
|
Wawasan rombak perlembagaan, angkat falsafah baharu demi ???Malaysia lebih .. - Mygazette - 8/08 7:47 am # Wawasan rombak perlembagaan, angkat falsafah baharu demi Malaysia lebih baik - Hamzah PETALING JAYA Parti Wawasan Negara (Wawasan) secara rasmi meluluskan pindaan menyeluruh terhadap perlembagaan parti sebagai langkah memperkukuhkan hala tuju perjuangannya selepas mengambil alih parti yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Cinta Malaysia (PCM) |
|
Kenyataan Hadi bercanggah Perlembagaan PN, Bersatu masih parti anggota sah .. - Mygazette - 8/08 7:47 am # Kenyataan Hadi bercanggah Perlembagaan PN, Bersatu masih parti anggota sah - Azmin KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai keanggotaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) tergugur dengan sendirinya disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan gabungan itu. Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tiada sebarang fasal dalam Perlembagaan PN yang memperuntukkan keanggotaan sesebuah parti anggota boleh tergugur secara automatik |
|
Beza parti tak boleh sekat persahabatan, kerjasama demi manfaat rakyat ??? .. - Mygazette - 8/08 7:47 am # Beza parti tak boleh sekat persahabatan, kerjasama demi manfaat rakyat Anwar MELAKA - Perbezaan parti yang memerintah peringkat kerajaan Persekutuan dan negeri, tidak boleh dijadikan alasan untuk menyekat persahabatan yang terjalin antara kedua-dua pihak, kataPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
PRN Melaka: PN-BN perlu tolak ansur agih kerusi demi kekalkan ???Gelombang .. - Mygazette - 8/08 7:47 am # PRN Melaka: PN-BN perlu tolak ansur agih kerusi demi kekalkan Gelombang Biru - Hamzah PETALING JAYA Semua parti dalam Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) digesa mengamalkan sikap bertolak ansur dalam rundingan pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka |
|
PN, BN perlu bertolak ansur agih kerusi jika mahu kekalkan 'gelombang biru' - Hamzah - Sinarharian - 7/08 11:54 pm PETALING JAYA - Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk bertolak ansur dalam pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya mahu meneruskan momentum 'gelombang biru'.Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semangat kompromi penting bagi memastikan kerjasama antara parti dapat dikekalkan demi agenda yang lebih besar."Jika kita benar-benar mahu bersama, kita perlu melihat kepada 'gelombang biru' yang bermula di Johor dan diteruskan di Negeri Sembilan."Sekiranya mahu mengekalkan gelombang itu, kita mesti mempunyai semangat bertolak ansur," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Wawasan di sini pada Jumaat.Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan gabungan itu berhasrat mempertahankan kesemua 21 kerusi yang kini disandangnya di Melaka.Menurutnya, hasrat tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selain menyifatkan momentum 'gelombang biru' yang bermula di Johor dan diteruskan di Negeri Sembilan dijangka terus mara ke Melaka.Dalam pada itu Hamzah menjelaskan, rundingan pengagihan kerusi perlu dibincangkan dalam kalangan pemimpin parti yang terlibat kerana setiap parti sememangnya mempunyai hasrat untuk bertanding di lebih banyak kerusi."Insya-ALLAH, apabila menyentuh mengenai kehendak setiap parti, sudah tentu semua orang mahukan lebih banyak kerusi."Tetapi apabila kita melihat gambaran yang lebih besar, ia bukan hanya mengenai Melaka |
|
Setiap parti ada pendirian, PN ikut perlembagaan gabungan - Hamzah - Sinarharian - 7/08 11:33 pm PETALING JAYA - Pemikiran atau keputusan sesebuah parti tidak boleh dianggap mewakili pendirian Perikatan Nasional (PN) kerana gabungan itu mempunyai perlembagaan serta mekanisme membuat keputusan yang tersendiri.Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan, orang ramai perlu memahami bahawa PN ialah gabungan beberapa parti politik, manakala setiap parti dalam gabungan itu mempunyai perlembagaan masing-masing yang berbeza."Banyak jenis perlembagaan dari parti-parti lain, jadi pemikiran parti lain tidak diambil kira dalam gabungan kerana gabungan itu sendiri ada perlembagaan."Jadi kalau hari ini sebagai contoh, jika terdapat keperluan untuk meminda perlembagaan dalam PN, perkara itu boleh diputuskan melalui mesyuarat gabungan."Namun bagi Wawasan, pindaan perlembagaan perlu dibuat melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang melibatkan perwakilan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |