| /// |
|
| Search : Rohingya News | Page 1 |
|
'Kami ada kad UNHCR, kenapa perlu takut' - Sinarharian - 31/07 3:15 pm KOTA BHARU - "Kami ada kad UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian), kenapa perlu takut."Demikian kata etnik Rohingya yang ingin dikenali sebagai Kobir, 34, ketika ditemui pada Jumaat.Tinjauan Sinar Harian di sekitar Bandar Kota Bharu mendapati masih ada warga asing terutama etnik Rohingya, Bangladesh dan Myanmar yang keluar bersantai, membeli-belah serta berkumpul walaupun pada Jumaat lalu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan Operasi Penguatkuasaan (Ops Mega).Mereka kelihatan bersahaja dan melakukan aktiviti rutin seperti membeli barangan keperluan, bertemu rakan dan lepak.Menurut Kobir, dia serta rakan-rakan tidak takut kerana mereka mempunyai dokumen lengkap."Kami hanya cuti pada hari Jumaat, malah gaji sebagai tukang rumah dibayar pada Khamis."Di sini ada jualan pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta pakaian yang dijual dengan harga murah, berbanding tempat lain," katanya.Ujar dia yang sudah menetap lapan tahun di Malaysia memberitahu, setakat ini mereka cuba mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang dan hanya menjalani kehidupan seperti masyarakat tempatan lain.Bagi peniaga yang ingin dikenali sebagai Siti Ismail, 50, memberitahu, dia serta peniaga lain tidak menolak kehadiran warga asing pada hari minggu membantu melariskan jualan.Dia yang menjual makanan berkata, pembeli tempatan sudah tidak seramai dulu dan hanya golongan ini yang berbelanja sakan."Pembeli tempatan mungkin ke pasar raya, atau pasar berhampiran."Setakat ini yang banyak melariskan barangan jualan ialah warga asing |
|
Kebanjiran etnik Rohingya di Taman Jujur, Sikamat jejas keselesaan .. - Mygazette - 31/07 7:46 am # Kebanjiran etnik Rohingya di Taman Jujur, Sikamat jejas keselesaan penduduk Tun Faisal SEREMBAN - Kebanjiran etnik Rohingya di Taman Jujur, Sikamat di sini semakin membimbangkan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk tempatan |
|
UNHCR sedia perkukuh kerjasama dengan Malaysia urus isu pelarian - Sinarharian - 30/07 5:26 pm SHAH ALAM Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Malaysia dalam menangani isu pelarian, termasuk memastikan individu yang memerlukan perlindungan antarabangsa dikenal pasti menerusi sistem suaka yang adil, berkesan dan berteraskan perlindungan.UNHCR dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan serta mengalu-alukan penekanan terhadap kerjasama yang lebih erat dalam menangani isu pelarian di negara ini.Menurut kenyataan itu, sesebuah negara memikul tanggungjawab utama menyediakan perlindungan antarabangsa kepada pelarian dan pencari suaka di wilayah masing-masing, manakala UNHCR diberi mandat untuk menyokong kerajaan dalam melaksanakan peranan tersebut."UNHCR secara konsisten berurusan dengan pihak berkuasa Malaysia dan menyokong usaha mengukuhkan kapasiti serta prosedur suaka kebangsaan, termasuk proses pendaftaran dan pengeluaran dokumentasi," menurut kenyataan itu kepada Sinar Harian pada Khamis.Terdahulu, Mohamad mempersoalkan ketiadaan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas bagi mengawal bidang kuasa, tanggungjawab dan skop operasi agensi berkenaan.Beliau mendakwa Malaysia menjadi 'magnet' kepada pelarian kerana UNHCR terlalu mudah mengeluarkan kad pelarian.Mohamad turut menggesa supaya diwujudkan keseimbangan antara pertimbangan kemanusiaan dan keselamatan negara.Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan langkah yang mewajibkan pemohon pelarian menjalani saringan keselamatan serta mendapatkan kelulusan kementerian sebelum kad UNHCR dikeluarkan.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLMengulas mengenai integriti sistem, UNHCR menjelaskan bahawa proses pendaftaran dan penentuan status pelarian (RSD) dilaksanakan mengikut piawaian serta prosedur yang ditetapkan.Langkah itu merangkumi pengesahan identiti dan tindakan lain bagi mencegah risiko penipuan serta pertindihan dokumen.Pada masa sama, UNHCR menegaskan bahawa kawalan imigresen, saringan keselamatan negara dan penguatkuasaan undang-undang kekal menjadi tanggungjawab pihak berkuasa kerajaan."UNHCR sedia bekerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia bagi mengukuhkan kerjasama praktikal, menyokong pengaturan perkongsian maklumat yang bersesuaian, serta memastikan prosedur sedia ada dapat menangani kedua-dua keperluan perlindungan dan pertimbangan pengurusan sempadan."Ini bertepatan dengan sejarah panjang Malaysia yang sentiasa memberikan perlindungan serta keselamatan kepada mereka yang melarikan diri daripada konflik dan penganiayaan," katanya.Menyentuh mekanisme sedia ada, UNHCR berkata, pihaknya dan kerajaan Malaysia sentiasa mengekalkan penglibatan berterusan berkaitan isu pelarian menerusi saluran penyelarasan rasmi, termasuk Pasukan Petugas Bersama (Joint Task Force) antara agensi yang menjadi platform perbincangan.Selain itu, penglibatan bersama pihak berkuasa Persekutuan dan negeri turut dilaksanakan menerusi konsultasi dua hala, mesyuarat antara agensi, perbincangan teknikal serta penyelarasan operasi di peringkat dasar dan pelaksanaan."Saluran ini mencerminkan amalan dialog dan kerjasama yang telah lama terjalin antara UNHCR dan pihak berkuasa Malaysia."UNHCR kekal komited untuk meneruskan serta mengukuhkan mekanisme ini bagi menyokong pengurusan pelarian yang berkesan, di samping menangani isu kepentingan bersama secara konstruktif dan kolaboratif," menurut kenyataan itu. |
|
Malaysia Says Myanmar Will Take Back 5,000 Rohingya, A Penang NGO Has One Question: Then What? - Rakyatpost - 30/07 5:20 pm A Penang civil society group, Penang4Palestine, is not saying don't send the Rohingya back it's asking for proof that sending them back won't get them killed. |
|
Merhrom rayu 5,000 pelarian Rohingya tidak dihantar pulang ke Myanmar - Sinarharian - 30/07 5:06 pm SHAH ALAM - Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan Malaysia tidak menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa nyawa mereka terancam sekiranya kembali ke negara berkenaan.Presidennya, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, status Rohingya sebagai golongan tidak bernegara menyebabkan keselamatan mereka menjadi persoalan sekiranya dihantar pulang ke Myanmar ketika konflik dan kekejaman masih berlaku di negara itu.Menurutnya, tindakan itu juga bercanggah dengan prinsip utama undang-undang antarabangsa iaitu non-refoulement yang melarang pemulangan individu ke tempat yang boleh mengancam nyawa atau keselamatan mereka."Merhrom merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail agar menghentikan pengusiran 5,000 orang Rohingya ke Myanmar memandangkan nyawa mereka akan terancam |
|
Home Ministry starts refugee checks as Malaysia prepares to send back 5,000 Myanmar nationals - Malaymail - 30/07 4:24 pm BUKIT KAYU HITAM, July 30 The Home Ministry (KDN) has begun identifying, documenting and screening Rohingya refu... |
|
Home ministry starts screening Rohingya for repatriation - FMT - 30/07 4:24 pm The process will identify, document and verify 5,000 Myanmar nationals before their return. |
|
KDN starts identification and screening of Rohingya ahead of repatriation - SUN - 30/07 3:59 pm The Home Ministry has begun identifying and screening Rohingya refugees in Malaysia ahead of repatriating 5,000 Myanmar nationals |
|
KDN mulakan proses tapisan 5,000 pelarian Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar - Sinarharian - 30/07 3:31 pm BUKIT KAYU HITAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memulakan proses mengenal pasti, mendokumentasi dan membuat tapisan terhadap pelarian Rohingya sebagai persediaan bagi penghantaran pulang 5,000 warga Myanmar itu.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini susulan keputusankerajaan negara ituyang bersetuju menerima semula rakyatnya yang berada di Malaysia.Beliau berkata, proses itu dilaksanakan menerusi Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No |
|
Santiago persoal cadangan hantar pulang 5,000 Rohingya ke Myanmar - FMT - 30/07 11:19 am Bekas Ahli Parlimen Klang berkata Myanmar masih bergolak akibat perang, manakala masyarakat Rohingya terus berdepan penganiayaan. |
|
Santiago questions plan to return 5,000 Rohingya to Myanmar - FMT - 30/07 11:01 am Former Klang MP says Myanmar remains engulfed in war, while the Rohingya continue to face persecution. |
|
'Kebanjiran Rohingya dah cukup memeningkan kepala kami' - Sinarharian - 30/07 8:10 am AMPANG Penduduk Pandan Mewah di sini berharap lebih 100 pelarian Rohingya yang diusir dari penempatan mereka di Kampung Kuala Muda, Pulau Pinang tidak ditempatkan di kawasan itu kerana bimbang menambah kebanjiran etnik berkenaan.Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Wati, 44, berkata, komuniti Rohingya di kawasan itu sudah ramai dan pertambahan jumlah mereka dikhuatiri meresahkan dan menjejaskan kesejahteraan penduduk."Kami tak mahu terima mereka, cukuplah yang ada di sini pun sudah memeningkan kepala," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rabu.Menurutnya, kebimbangan penduduk bertambah apabila mendakwa melihat beberapa individu yang tidak dikenali sebelum ini meminta sedekah di sebuah restoran berhampiran kediamannya.Bagaimanapun, Wati mengakui tidak dapat mengesahkan sama ada individu itu mempunyai kaitan dengan kumpulan pelarian yang diusir dari Kampung Kuala Muda."Saya tidak boleh sahkan, tetapi memang wajah mereka berbeza daripada biasa saya lihat," katanya.Seorang lagi penduduk, Izzati, 49, berkata, kawasan Pandan Mewah sememangnya mempunyai komuniti Rohingya yang ramai dan mereka boleh dilihat di beberapa lokasi sekitar kawasan perumahan serta premis perniagaan.Katanya, dalam kalangan mereka kebanyakannya bekerja di kilang dan premis berhampiran, manakala sebahagian lagi berniaga di pasar malam, mengutip barang kitar semula serta meminta sedekah.Penduduk yang hanya dikenali sebagai Rosnah, 49, berkata, kawasan perumahan itu juga sering dijadikan lokasi transit oleh sebahagian pelarian Rohingya dari beberapa negeri sebelum mendapatkan rawatan atau bersalin di sebuah hospital kerajaan berhampiran.Katanya, berdasarkan maklumat didengarinya, terdapat pelarian Rohingya dari Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang menyewa bilik di flat sekitar Pandan Mewah untuk tempoh singkat sebelum pulang ke negeri masing-masing."Selepas selesai urusan bersalin, mereka akan pulang semula ke negeri asal," dakwanya.Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Sulaiman, 43, pula berkata, pihak berkuasa diharap dapat menjalankan pemeriksaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang.Katanya, penduduk mahu agensi berkaitan menyiasat segala aduan dibangkitkan bagi memastikan kawasan itu terus selamat dan mematuhi peraturan."Kami cuma mahu suara penduduk didengar dan setiap aduan disiasat secara telus |
|
Myanmar agrees to take in 5,000 Rohingya refugees - Anwar - Sinardaily - 29/07 8:15 pm JELEBU - Myanmar has agreed to take in about 5,000 Rohingya refugees currently in Malaysia, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.He said the matter was initially difficult to implement but was eventually achieved through the good relations between Malaysia and Myanmar."People ask to send them back (the Rohingya refugees), but send them back where? Send them to Myanmar.. |
|
Anwar says Myanmar agrees to accept 5,000 Rohingya refugees from Malaysia - Malaymail - 29/07 7:31 pm JELEBU, July 29 Myanmar has agreed to take in about 5,000 Rohingya refugees currently in Malaysia, said Prime Mi... |
|
Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia - PM - Sinarharian - 29/07 7:22 pm JELEBU - Myanmar bersetuju untuk menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang kini berada di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, walaupun perkara itu sukar untuk dilaksanakan pada peringkat awal, ia akhirnya berjaya dilakukan dan perkembangan itu hasil rundingan dan hubungan baik antara Malaysia dan Myanmar."Orang kata hantar balik (pelarian Rohingya tapi), hantar balik ke mana? Hantar ke Myanmar...depa (mereka) dekat sana (sebelum ini) tak mahu terima (pelarian Rohingya ini)."(Tapi) sebab hubungan baik (Malaysia) dengan Myanmar sekarang ini, dia (Myanmar) setuju ambil 5,000 (pelarian Rohingya) dulu dari Malaysia," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan hadirin pada majlis Minum Petang Bersama PMX DUN Chennah, yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan yang juga calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah Anthony Loke di Simpang Durian di sini pada Rabu.Isnin lepas, ratusan pelarian Rohingya berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur selepas mereka tiba di ibu negara pada awal pagi tersebut dengan menaiki tiga bas dari Pulau Pinang.Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus pada Rabu berkata, pelarian berkenaan dipindahkan secara berperingkat ke tiga negeri ditetapkan pertubukan bukan kerajaan (NGO) dan UNHCR.Ketika mengulas mengenai perkara itu semalam, Anwar berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kumpulan pelarian yang bertindak mengganggu ketenteraman awam atau cuba menguasai mana-mana kawasan di negara ini.Perdana Menteri sekali lagi mengingatkan pelarian Rohingya yang berada di Malaysia agar tidak mengganggu ketenteraman awam dengan berkumpul di jalan raya mahupun tempat-tempat awam."Saya dah bagi arahan (kepada polis), saya tak mahu (pelarian) Rohingya ganggu jalan raya dan tempat-tempat awam."Ini negara Malaysia, tak boleh dia ganggu kita |
|
Pemandu warga asing 'terkedu' ditahan JPJ - Sinarharian - 29/07 3:50 pm SELAYANG - Suasana sekitar Pasar Borong Selayang di sini bertukar menjadi 'tumpuan' apabila beberapa penunggang motosikal warga asing ditahan pada Rabu.Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) bermula jam 6.30 pagi itu digerakkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hasil maklumat dan aduan awam.Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata penunggang motosikal warga asing terbabit hanya mampu terpinga-pinga ketika ditahan dan ada antara mereka sedang melakukan kerja membawa barang, namun memberi pelbagai alasan dan merayu untuk tidak diambil tindakan.Difahamkan, ada cubaan warga asing terbabit cuba menyogok anggota JPJ dengan bayaran wang agar tidak dikenakan tindakan, namun ia tidak diendahkan anggota operasi.Pemeriksaan kenderaan seperti motosikal dan van didapati berlaku beberapa kesalahan teknikal seperti tiada nombor pendaftaran serta cermin sisi.Penahanan penunggang antaranya melibatkan warga India, Myanmar, Bangladesh dan Pakistan selain kenderaan motosikal yang diubah suai dan muatan berbahaya seperti timbunan barangan plastik serta besi.Seorang etnik Rohingya dikenali Shahabudin, 25 berkata, dia sudah bekerja di premis sejuk beku di sekitar kawasan Pasar Borong Selayang sejak kira-kira dua tahun lepas."Saya cuma pusing-pusing sini, lima minit sahaja |
|
113 pelarian dipindahkan ke KL, Selangor dan Pulau Pinang - Mygazette - 29/07 3:39 pm # 113 pelarian dipindahkan ke KL, Selangor dan Pulau Pinang KUALA LUMPUR - Seramai 113 individu termasuk daripada komuniti pelarian etnik Rohingya selesai menjalani proses dokumentasi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang |
|
Pelarian Rohingya 'pindah' ke destinasi pilihan guna e-hailing - Polis - Sinarharian - 29/07 1:31 pm KUALA LUMPUR - Majoriti pelarian etnik Rohingya yang selesai proses dokumentasi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini menggunakan khidmat e-hailing untuk pergerakan ke destinasi pilihan di ibu negara, Selangor dan Pulau Pinang.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, destinasi pilihan pelarian itu adalah berdasarkan kenalan dan saudara-mara mereka di destinasi terbabit."Pecahan penempatan pelarian ialah 66 di Kuala Lumpur, Pulau Pinang (18 orang), Selangor (29 orang) dengan jumlah keseluruhan 113 orang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Fadil berkata, pada jam 12.01 tengah malam hingga 4.30 petang, Selasa, Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah menjalankan proses dokumentasi ke atas komuniti pelarian etnik Rohingya di Dataran Wira IPK Kuala Lumpur.Katanya, tujuh orang wakil Malaysian Relief Angensy (MRA) telah hadir memberi sumbangan makanan tengah hari dan bantuan semakan kesihatan ke atas pelarian tersebut."Jumlah pelarian yang terlibat ialah seramai 113 orang."Seramai 109 orang pelarian Rohingya bersama seorang Indonesia merupakan isteri kepada Ketua Komuniti Rohingya, seorang pelarian Iraq dan seorang pelarian Somalia telah dipindahkan keluar ke destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLTambahnya, proses telah dimulakan dengan pengecaman semula pemilik dokumen dan mereka dilepaskan secara bergilir melalui Pintu Utama IPK Kuala Lumpur.Sinar Harian melaporkan kesemua mereka telah berkumpul di hadapan Pejabat UNHCR Kuala Lumpur sejak awal pagi Isnin selepas diusir dari Kampung Kuala Muda, Penaga di Pulau Pinang.Kesemua pelarian itu datang menaiki tiga buah bas dan bertolak dari kampung terbabit kira-kira jam 10 malam, Ahad.Kesemua warga asing itu kemudian telah dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Isnin.Tindakan dokumentasi ke atas pelarian telah dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) IPK Kuala Lumpur bersama wakil UNHCR.Hasil dari proses dokumentasi yang dijalankan terhadap etnik rohingya di perkarangan IPK Kuala lumpur mendapati kesemua etnik terbabit mempunyai dokumen UNHCR yang sah. |
|
110 pelarian Rohingya pindah ke lokasi baharu di tiga negeri - Polis - Sinarharian - 29/07 12:07 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 113 pelarian termasuk 110 etnik Rohingya sudah pindah ke destinasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang yang diuruskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, seramai 66 orang ditempatkan di Kuala Lumpur, 18 orang di Pulau Pinang dan Selangor seramai 29 orang."Pihak NGO dan UNHCR telah menguruskan semua pelarian terbabit."Lokasi pilihan pelarian terbabit adalah Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang berdasarkan kenalan dan saudara-mara mereka di destinasi terbabit," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Media sebelum itu melaporkan seramai 113 pelarian membabitkan 110 etnik Rohingya termasuk 53 kanak-kanak, seorang lelaki warga Iraq, wanita Somalia (1 orang) dan wanita Indonesia (1 orang) merupakan isteri etnik terbabit telah dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Isnin.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, tindakan dokumentasi ke atas pelarian telah dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) IPK Kuala Lumpur bersama wakil UNHCR.Hasil dari proses dokumentasi yang dijalankan terhadap etnik rohingya di perkarangan IPK Kuala lumpur mendapati kesemua etnik terbabit mempunyai dokumen UNHCR yang sah.ARTIKEL BERKAITAN:Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah- PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLSinar Harian melaporkan kesemua mereka telah berkumpul di hadapan Pejabat UNHCR Kuala Lumpur sejak awal pagi Isnin selepas diusir dari Kampung Kuala Muda, Penaga di Pulau Pinang.Kesemua pelarian itu datang menaiki tiga buah bas dan bertolak dari kampung terbabit kira-kira jam 10 malam, Ahad. |
|
Amnesty Condemns Malaysia: You Can’t Protect Refugees By Rounding Them Up - Rakyatpost - 29/07 11:42 am Amnesty International has condemned Malaysia after police detained more than 100 Rohingya asylum seekers outside the UNHCR compound in Kuala Lumpur in a country that hosts 215,000 refugees but legally recognises none of them. |
|
Rohingya Refugees Keep Getting Framed By Fake News – Why Do We Keep Falling For It? - Rakyatpost - 29/07 10:53 am A wave of fabricated claims about Rohingya refugees has gone viral in Malaysia this year, and research suggests most Malaysians know how to fact-check but rarely bother. |
|
113 pelarian tinggalkan IPK Kuala Lumpur, NGO sedia lokasi penempatan - Mygazette - 29/07 7:58 am # 113 pelarian tinggalkan IPK Kuala Lumpur, NGO sedia lokasi penempatan KUALA LUMPUR - Seramai 113 pelarian termasuk 110 warga Rohingya yang ditempatkan sementara di di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini telah dibawa keluar ke lokasi penempatan yang disediakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) |
|
All 113 refugees relocated to Kaladan NGO designated shelter - Sinardaily - 28/07 8:03 pm KUALA LUMPUR - All 113 refugees temporarily housed at the Kuala Lumpur Contingent Police Headquarters (IPK) since yesterday have been moved to a facility designated by the Kaladan non-governmental organisation (NGO).Brickfields police chief ACP Hoo Chang Hook said all the refugees, including an Iraqi man, a Somali woman, and an Indonesian woman married to a Rohingya refugee, left the police headquarters around 4pm."All 113 refugees moved out of the Kuala Lumpur IPK to the destination set by the NGO, he said in a statement today.Kuala Lumpur police chief Datuk Fadil Marsus said the refugees were handed over to Kaladan, an NGO based in Ampang, Selangor."All the refugees are placed under the management of Kaladan from Ampang, Selangor |
|
'Wanita Rohingya menangis, meraung' - Sinarharian - 28/07 6:17 pm KUALA LUMPUR - Suasana tenang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bertukar riuh dengan tangisan dan raungan sejurus melihat kehadiran pihak media dan lensa kamera.Itu gelagat seorang wanita Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur sementara menanti tindakan lanjut daripada pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati semua 110 pelarian Rohingya dan tiga individu masing-masing pencari suaka dari negara lain ditempatkan dalam keadaan lebih teratur berbanding di kaki lima pejabat UNHCR.Turut kelihatan petugas dari badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia Relief Agency (MRA) membuat pemeriksaan perubatan buat individu yang memerlukan.Difahamkan pelarian terbabit diberi makan dan minum yang mencukupi malah kemudahan asas seperti tandas serta susu bayi termasuk air panas disediakan.Terdahulu media melaporkan, kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNCHR pada jam 8.50 malam, Isnin.Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.Fadil berkata, hasil daripada proses dokumentasi yang dijalankan terhadap warga Rohingya di pekarangan Dataran Wira IPK Kuala lumpur mendapati kesemua warga Rohingya mempunyai dokumen UNHCR yang sah.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KL |
|
Beri keutamaan kepada rakyat Malaysia isi peluang pekerjaan - Ramanan - Sinarharian - 28/07 5:58 pm Rakyat Malaysia perlu diberikan keutamaan dulu. Contohnya, kalau tidak ada yang mengambilnya, ya kita boleh buka untuk warga lain mengambil pekerjaan tersebut."Tetapi keutamaan adalah kepada warga Malaysia dulu...yang rakyat Malaysia tak minat ataupun kurang minat, kita boleh tawarkan kepada warga asing tetapi ikutlah undang-undang dan peraturan negara," katanya ketika diminta mengulas cadangan pengambilan pekerja dalam kalangan pelarian etnik Rohingya yang sah dalam negara.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Senawang, di sini pada Selasa.Dalam pada itu, Ramanan berkata, kementeriannya akan mempermudah proses permohonan pekerja asing khususnya bagi sektor perkhidmatan selaras arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar keperluan tenaga kerja asing dapat dipenuhi dengan segera.Beliau berkata, hari ini, pihaknya telah memberi arahan kepada jabatan berkaitan di bawah kementerian itu agar tidak berlaku birokrasi atau kelewatan dalam proses permohonan berkenaan."Perdana Menteri telah memberi kami tempoh 30 hari untuk menyelesaikannya, namun saya akan percepatkan dan berharap dalam tempoh 20 hari kita boleh selesaikan, bergantung kepada beberapa isu di sumber manusia, tapisan keselamatan dan sebagainya," katanya.Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri mengarahkan isu permohonan penggajian pekerja asing mengikut keutamaan khususnya bagi sektor restoran diselesaikan kementerian serta jabatan berkaitan dalam tempoh sebulan.Beliau berkata, kerajaan memahami keperluan mendesak pengusaha restoran di negara ini untuk mengisi kekosongan tenaga kerja, namun pada masa sama perlu memastikan pengambilan pekerja asing dilakukan secara terkawal.Dasar kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) menetapkan penggajian pekerja asing tidak boleh melebihi 15 peratus daripada guna tenaga negara, manakala di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) jumlah itu disasarkan menurun kepada 10 peratus menjelang 2030 |
|
Pelarian Rohingya tinggalkan IPK Kuala Lumpur - Sinarharian - 28/07 4:59 pm KUALA LUMPUR Kesemua 113 pelarian, termasuk 110 etnik Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejak Isnin, telah dibawa keluar petang tadi ke lokasi penempatan yang ditetapkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua pelarian berusia antara satu bulan hingga 60 tahun itu meninggalkan IPK Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang."Kesemua pelarian berjumlah 113 orang telah bergerak keluar dari IPK Kuala Lumpur menuju ke destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak NGO di Ampang, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLPelarian Rohingya ditempatkan sementara di IPK KL, terima bantuan saringan kesihatanTerdahulu, media melaporkan kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen sah yang dikeluarkan oleh Pesuruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Fadil dilaporkan berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke IPK Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNHCR pada jam 8.50 malam, Isnin.Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan. |
|
Police: All Rohingya refugees relocated to KL headquarters hold valid UNHCR documents - Malaymail - 28/07 4:44 pm KUALA LUMPUR, July 28 All the 110 Rohingya refugees relocated to the Kuala Lumpur Police Contingent Headquarters... |
|
113 pelarian pemegang kad UNHCR tidak ditempatkan di depoh imigresen 113 .. - Mygazette - 28/07 3:47 pm # 113 pelarian pemegang kad UNHCR tidak ditempatkan di depoh imigresen KUALA LUMPUR - Seramai 113 pelarian termasuk 110 warga Rohingya yang berlindung di Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) sejak semalam tidak akan ditempatkan di depoh tahanan imigresen |
|
113 pelarian termasuk warga Rohingya ditempatkan di IPK Kuala Lumpur - Mygazette - 28/07 3:47 pm # 113 pelarian termasuk warga Rohingya ditempatkan di IPK Kuala Lumpur KUALA LUMPUR - Seramai 113 pelarian termasuk 110 warga Rohingya yang 'berkampung' di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kini ditempatkan sementara di Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur |
|
Penduduk Kuala Muda tidak mahu etnik Rohingya dominasi kampung mereka - Mygazette - 28/07 3:47 pm # Penduduk Kuala Muda tidak mahu etnik Rohingya dominasi kampung mereka Penduduk sepakat minta komuniti Rohingya berpindah secara sukarela PENAGA - Penduduk Kampung Kuala Muda di sini, mengakui pertambahan komuniti etnik Rohingya sehingga membentuk penempatan kecil mencetuskan kebimbangan terhadap landskap masa depan kampung itu |
|
P.Pinang pantau komuniti Rohingya susulan kebimbangan penduduk – Kon .. - Mygazette - 28/07 3:47 pm # P.Pinang pantau komuniti Rohingya susulan kebimbangan penduduk - Kon Yeow GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang akan terus memantau perkembangan komuniti etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri ini susulan kebimbangan penduduk terhadap peningkatan jumlah mereka |
|
Bersatu sangkal dakwaan sertai PRN kerana mahu pecah undi ??? Tun Faisal - Mygazette - 28/07 3:47 pm Dalam soal tanah misalnya, terdapat janji berkaitan penukaran status pegangan tanah daripada pajakan kepada pegangan bebas yang masih belum dilaksanakan. Kita juga mahu mencari penyelesaian terhadap isu pengurusan penempatan komuniti Rohingya yang tertumpu di Taman Jujur, katanya lagi |
|
Wajar pertimbang semula UNHCR jika tiada kerjasama saringan, kata Tok Mat - FMT - 28/07 3:40 pm Menteri luar berkata, kewujudan pejabat itu di Malaysia kini seolah-olah jadi 'magnet' pelarian terutama Rohingya. |
|
Pelarian Rohingya tidak dihantar ke depoh imigresen - Sinarharian - 28/07 3:18 pm KUALA LUMPUR - Kesemua 113 pelarian termasuk 110 etnik Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur tidak akan dihantar ke depoh tahanan imigresen.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, depoh tahanan imigresen hanya digunakan untuk menempatkan warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan atau dokumen sah."Individu yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dibenarkan berada di Malaysia atas dasar kemanusiaan, namun kedudukan mereka tetap tertakluk kepada undang-undang tempatan yang berkuat kuasa."Kesemua 113 pelarian ini tidak boleh ditempatkan di depoh tahanan imigresen |
|
Review UNHCRs presence if no strict screening, says Tok Mat - FMT - 28/07 2:07 pm Foreign minister says UNHCR's presence in Malaysia is a 'magnet' that attracts more refugees, especially the Rohingya, to the country. |
|
Pelarian Rohingya ditempatkan sementara di IPK KL, terima bantuan saringan kesihatan - Sinarharian - 28/07 1:56 pm KUALA LUMPUR Suasana di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tenang apabila 113 pelarian termasuk wanita dan kanak-kanak ditempatkan di kawasan berbumbung sementara menunggu tindakan lanjut pihak berkuasa.Tinjauan Sinar Harian pada Selasa mendapati mereka duduk secara berkumpulan di atas lantai dengan barangan peribadi masing-masing termasuk beg pakaian.Sebahagian wanita dilihat bersama anak, manakala golongan lelaki ditempatkan secara berasingan bagi memastikan keadaan lebih teratur dan terkawal.Dalam pada itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir menjalankan saringan kesihatan bagi memastikan keadaan kesihatan pelarian berada dalam keadaan baik.Tinjauan turut mendapati pihak berkuasa membekalkan botol air mineral dan susu kepada golongan terbabit.Beberapa wanita menangis dan meraung apabila menyedari kehadiran pengamal media.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLTerdahulu media melaporkan, kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNCHR pada jam 8.50 malam, Isnin.Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.Fadil berkata, hasil dari proses dokumentasi yang dijalankan terhadap warga rohingya di perkarangan Dataran Wira IPK Kuala lumpur mendapati kesemua warga rohingya mempunyai dokumen UNHCR yang sah. |
|
Malaysia wajar pertimbangkan semula keberadaan UNHCR jika tiada kerjasama saringan - Mohamad - Sinarharian - 28/07 1:38 pm SEREMBAN - Malaysia wajar mempertimbangkan semula keberadaan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini, sekiranya badan antarabangsa itu enggan bekerjasama dalam melaksanakan proses saringan ketat terhadap pemohon kad pelarian.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kewujudan pejabat UNHCR ketika ini dilihat seolah-olah menjadi 'magnet', yang menarik kemasukan lebih ramai pelarian, khususnya etnik Rohingya ke Malaysia.Sehubungan dengan itu, beliau berkata, kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengusahakan mekanisme bagi memastikan proses saringan dilakukan secara bersama-sama oleh UNHCR dan pihak berkuasa tempatan, sebelum sebarang kad pelarian dikeluarkan kepada mana-mana individu.ARTIKEL BERKAITAN:Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah- PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLMohamad berkata, perkara itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan beliau meminta supaya Perjanjian Negara Tuan Rumah disegerakan, bagi menetapkan garis panduan serta kawalan yang lebih ketat terhadap pengeluaran kad UNHCR."Kita mahu supaya ada kerjasama dan tapisan ketat dilakukan |
|
Penang monitoring Rohingya settlements after Penaga relocation, says chief minister - Malaymail - 28/07 1:08 pm GEORGE TOWN, July 28 The Penang government is monitoring areas with sizeable Rohingya communities following the... |
|
Pelarian Rohingya 'diusir' dari Kuala Muda miliki dokumen UNHCR sah - Polis - Sinarharian - 28/07 11:32 am KUALA LUMPUR Kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNCHR pada jam 8.50 malam, Isnin."Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya."Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Fadil berkata, tindakan dokumentasi ke atas pelarian telah dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur (JSJN), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kuala Lumpur (JKA) serta wakil bersama pejabat UNHCR."Hasil dari proses dokumentasi yang dijalankan terhadap warga rohingya di pekarangan Dataran Wira IPK Kuala lumpur mendapati kesemua warga rohingya mempunyai dokumen UNHCR yang sah," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLTerdahulu, media melaporkan operasi pemindahan bermula pada 8.20 malam dengan menggunakan empat trak polis, selepas dua trak yang disediakan pada awalnya tidak mencukupi berikutan kebanyakan pelarian itu turut membawa bagasi dan barangan peribadi.Kumpulan pelarian itu tiba di ibu negara dengan menaiki tiga bas selepas diusir keluar oleh penduduk tempatan dari penempatan mereka di Kampung Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang.Beliau berkata, kesemua etnik Rohingya ditempatkan sementara di Dataran Wira IPK Kuala Lumpur."Setakat ini, pihak UNHCR sedang berusaha mengambil tindakan lanjut ke atas komuniti pelarian yang ada pada hari ini," ujarnya. |
|
Rohingya refugees relocated after setting up temporary settlement outside UNHCR office, say police - Malaymail - 28/07 9:25 am KUALA LUMPUR, July 28 A total of 126 Rohingya refugees were relocated from outside the Office of the United Nati... |
|
110 pelarian Rohingya berhimpun di hadapan pejabat UNHCR diperiksa JIM - Sinarharian - 28/07 9:16 am KUALA LUMPUR Seramai 110 pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Pesuruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di sini telah diperiksa Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL).JIM WPKL dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, tindakan penguatkuasaan itu dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur."Individu yang diperiksa terdiri daripada 35 lelaki, 29 kanak-kanak lelaki, 22 wanita dan 23 kanak-kanak perempuan warga Myanmar serta seorang wanita warga Indonesia."Kesemua mereka kemudiannya dipindahkan ke lokasi yang bersesuaian bagi membolehkan proses saringan, pemeriksaan dan pengesahan status dilaksanakan secara teratur," katanya.Terdahulu, media melaporkan operasi pemindahan bermula pada 8.20 malam dengan menggunakan empat trak polis, selepas dua trak yang disediakan pada awalnya tidak mencukupi berikutan kebanyakan pelarian itu turut membawa bagasi dan barangan peribadi.Difahamkan, kesemua warga asing itu akan menjalani pemeriksaan identiti sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.JIM WPKL berkata, tindakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah."Bagi individu yang mendakwa memiliki dokumen UNHCR, pengesahan status akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak UNHCR."Status sebagai pelarian bukan alasan untuk mengganggu ketenteraman awam, mencetuskan keresahan atau melanggar undang-undang negara," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLMenurut JIM WPKL, pihaknya bersama IPK Kuala Lumpur akan terus memperkukuh kerjasama bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara."Semua warga asing yang berada di Malaysia tanpa mengira status atau latar belakang adalah tertakluk kepada undang-undang negara," katanya.Semalam dilaporkan ratusan pelarian Rohingya 'berkampung' di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling susulan diusir dari penempatan mereka di Pulau Pinang. |
|
Ganggu ekonomi penduduk punca 121 etnik Rohingya berpindah - Mygazette - 28/07 8:07 am # Ganggu ekonomi penduduk punca 121 etnik Rohingya berpindah KEPALA BATAS - Persaingan ekonomi dan pertambahan jumlah penempatan warga Rohingya menjadi faktor 121 etnik tersebut berpindah secara sukarela dari penempatan sementara bekas tapak tsunami Penaga, Kuala Muda di sini, semalam |
|
Bimbang penempatan Rohingya berkembang, hampir 200 orang etnik itu .. - Mygazette - 28/07 8:07 am # Bimbang penempatan Rohingya berkembang, hampir 200 orang etnik itu dipindahkan PENAGA - Hampir 200 etnik Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak dipindahkan secara aman dari Kampung Kuala Muda di sini, semalam selepas persetujuan dicapai antara komuniti terbabit, penduduk tempatan, pihak berkuasa dan wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) |
|
Ratusan Rohingya berhimpun depan UNHCR dipindahkan ke IPK KL Ratusan .. - Mygazette - 28/07 8:07 am # Ratusan Rohingya berhimpun depan UNHCR dipindahkan ke IPK KL KUALA LUMPUR - Ratusan pelarian Rohingya yang berkampung di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling di sini hari ini, dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan pengesahan identiti |
|
Anwar arah tindakan tegas terhadap Rohingya ganggu ketenteraman awam Anwar .. - Mygazette - 28/07 8:07 am # Anwar arah tindakan tegas terhadap Rohingya ganggu ketenteraman awam KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap pelarian Rohingya yang didakwa mengganggu lalu lintas dan ketenteraman awam di ibu negara |
|
126 Rohingya refugees relocated after setting up tents outside UNHCR - SUN - 28/07 7:31 am Police relocate 126 Rohingya refugees from outside UNHCR office after they set up tents; 58 adults among them |
|
Polis pindah 126 Rohingya diri khemah di hadapan UNHCR - FMT - 27/07 11:58 pm Polis dan imigresen memindahkan mereka ke IPK KL bagi menjalankan proses saringan dan dokumentasi. |
|
126 Rohingya refugees relocated from UNHCR office after setting up tents - FMT - 27/07 11:42 pm Police say 58 of those relocated to the Kuala Lumpur police headquarters are adults. |
|
Ratusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - Polis - Sinarharian - 27/07 10:46 pm KUALA LUMPUR - Ratusan pelarian Rohingya yang berkampung di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petalingdi sini pada Isnin dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan pengesahan identiti.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus ketika dihubungi Bernamamengesahkan pemindahan kesemua warga asing terbabit dilakukan pada Isnin malam.ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan tidak kompromi pelarian langgar undang-undang, ganggu ketenteraman awam - AnwarTinjauan Bernamadi lokasi mendapati operasi pemindahan bermula8.20malam dengan menggunakan empat trak polis, selepas dua trak yang disediakan pada awalnya tidak mencukupi berikutan kebanyakan pelarian tersebutturut membawa bagasi dan barangan peribadi.Difahamkan,kesemua warga asing itu akan menjalani pemeriksaan identiti sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.Sementara itu, sumber memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangkaterlibat dalam penyelarasan kes berkenaanesok bagi mengenal pasti pelarian yang mempunyai dokumen sah UNHCR serta menentukan penempatan yang bersesuaian.Menurut sumber, individu yang tidak mempunyai kad UNHCR atau gagal membuktikan status pelarian yang sahakan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk dihantar ke depoh tahanan sebelum melalui proses penghantaran pulang ke negara asal.Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak akanberkompromi terhadap mana-mana kumpulan pelarian yang bertindak mengganggu ketenteraman awam atau cuba menguasai mana-mana kawasan di negara ini.Anwar berkata, agensi penguat kuasatermasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), JIM serta pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.Media sebelum ini melaporkankumpulan pelarian itu tiba di ibu negara pada awal pagi tadi dengan menaiki tiga bas selepas diusir keluar oleh penduduk tempatan dari penempatan mereka di Pulau Pinang |
|
Perpindahan 121 warga Rohingya dilakukan secara sukarela - FMT - 27/07 9:40 pm Perpindahan dari penempatan sementara itu susulan persaingan ekonomi dan pertambahan penghuni. |
|
121 Rohingya relocated to UNHCR office voluntarily, say police - FMT - 27/07 8:58 pm The relocation followed growing competition for economic opportunities and pressure on residential areas due to the increasing Rohingya population in Kuala Muda. |
|
Relocation of 121 Rohingya carried out voluntarily - Police - Sinardaily - 27/07 8:50 pm KEPALA BATAS - The relocation of 121 Rohingya from a temporary settlement at the former Penaga tsunami site in Kuala Muda here was carried out voluntarily and coordinated by various government agencies to ensure public safety and order.Seberang Perai Utara police chief ACP Anuar Abdul Rahman said police were informed that the group travelled to the Office of the United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) in Kuala Lumpur yesterday.He said the relocation followed economic competition and pressure on residential areas resulting from the growing Rohingya population at the settlement."The relocation process was carried out voluntarily by the Rohingya themselves with the assistance and coordination from the National Unity and Integration Department (JPNIN), the state government, the National Security Council (MKN), local community representatives and Rohingya representatives."It was monitored and coordinated by the Royal Malaysia Police (PDRM) to ensure public safety and order, he said in a statement today.Anuar urged the public not to sensationalise the issue in ways that could jeopardise public safety and order.He said enquiries on the matter could be directed to Seberang Perai Utara District Police Headquarters Internal Security and Public Order Department chief DSP Fakhruz Zaman Husin at 04-5762222.It was reported in the media that hundreds of Rohingya refugees gathered outside the UNHCR office in Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur, after arriving in the capital early today on three buses following their relocation from the settlement in Penang.Commenting on the matter, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said the government would not compromise with any refugee group that disrupted public order or attempted to take control of any area in the country.He said enforcement agencies, including the PDRM, Immigration Department and local authorities, had been instructed to take firm action against anyone found violating the law |
|
Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - Polis - Sinarharian - 27/07 8:18 pm KEPALA BATAS Persaingan ekonomi dan pertambahan jumlah penghuni di Penempatan Sementara Bekas Tapak Tsunami Penaga, Kuala Muda di sini dikenal pasti menjadi punca seramai 121 etnik Rohingya berpindah ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur pada Ahad.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, proses perpindahan tersebut dilakukan secara sukarela oleh etnik itu sendiri dengan bantuan dan penyelarasan Jabatan Persekutuan (Jabatan Perpaduan), kerajaan negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN), wakil penduduk tempatan serta wakil komuniti Rohingya."Perpindahan itu dibuat susulan persaingan ekonomi dan isu kawasan penempatan yang semakin terhad berikutan pertambahan etnik Rohingya di kawasan berkenaan."Sepanjang proses perpindahan itu, polis turut memantau dan menyelaras bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terjamin," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Terdahulu, tular video dan gambar yang memaparkan kehadiran beberapa buah bas persiaran dipercayai ketika proses membawa keluar warga asing terbabit dari kawasan berkenaan ke pejabat UNHCR di Kuala Lumpur.Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mensensasikan isu berkenaan sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.Katanya, sebarang pertanyaan berkaitan perkara itu boleh diajukan kepada Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Deputi Superintendan Fakhruz Zaman Husin di talian 04-5762222. |
|
Kerajaan tidak kompromi pelarian langgar undang-undang, ganggu ketenteraman awam - Anwar - Sinarharian - 27/07 6:00 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kumpulan pelarian yang bertindak mengganggu ketenteraman awam atau cuba menguasai mana-mana kawasan di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.Mengulas tindakan ratusan pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling di sini pada Isnin Anwar menegaskan bahawa semua pihak wajib menghormati undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini."Dia (pelarian) berpangkalan di pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian, ganggu lalu lintas |
|
'Kami mahu pergi mana' - Luah etnik Rohingya diusir dari Kampung Kuala Muda - Sinarharian - 27/07 5:14 pm KUALA LUMPUR - "Bila dengar pengumuman (halau) itu, kami mahu pergi mana?"Itu luahan Seyed Kassim, 55, antara etnik Rohingya diusir dari Kampung Kuala Muda, Penaga di Pulau Pinang yang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling di sini.Katanya, semua etnik Rohingya menghormati semua penduduk tempatan di sana."Hari ini (Isnin) kami sampai 3.30 pagi pun tidak minum |
|
Dua warga asing direman bantu siasaran kematian kanak-kanak lima tahun - Mygazette - 27/07 8:09 am Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan petugashospital membuat laporan polis selepas menemukankesan lebam pada beberapa bahagian badan kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu difahamkan anak kepada wanita warga Indonesia itu hasil perkahwinannya dengan seorang lelaki Rohingya yang meninggal dunia tahun lepas |
|
Two foreigners remanded to assist probe into death of five-year-old boy - Sinardaily - 27/07 7:38 am GEORGE TOWN - A foreign man and woman have been remanded for seven days to assist investigations into the death of a five-year-old boy in Gelugor here on Thursday.Timur Laut Police chief ACP Abdul Rozak Muhammad said the foreigners, who are in their 30s and were neighbours of the child, were detained on Friday."Police have now detained four individuals to assist investigations, including the boy's mother, an Indonesian national and her Bangladeshi boyfriend," he told Bernama when contacted on Sunday.He said the post-mortem found that the boy died from head and body injuries caused by blunt force impact.Abdul Rozak said the case was being investigated under Section 302 of the Penal Code, and police were also recording statements from several other individuals to complete the investigation.A remand order for the boy's mother, 30, and her 34-year-old boyfriend was issued by Magistrate Nadratun Naim Mohd Saidi until July 30 to enable investigations under Section 31(1)(a) of the Child Act 2001.The incident came to light after the unemployed Bangladeshi man took the boy to a nearby clinic after finding him vomiting at their rented apartment in Gelugor at about 10am on Thursday.The boy was reported to be unconscious at the clinic and was subsequently transferred to Penang Hospital, where he was pronounced dead.Hospital staff then lodged a police report after finding bruises on several parts of his body.The child was believed to be the son of the Indonesian woman, who works at a restaurant, from her marriage to a Rohingya man who died last year |
|
Dua jiran warga asing direman kes kematian budak lima tahun - Sinarharian - 26/07 8:38 pm GEORGE TOWN - Seorang lelaki dan seorang wanita warga asing direman bagi membantu siasatan berkaitan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Gelugor, di sini Khamis lepas.Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an itu, yang juga jiran kanak-kanak terbabit ditahan pada Jumaat."Susulan penahanan mereka, polis kini telah menahan empat individu bagi membantu siasatan termasuk ibu kanak-kanak lelaki terbabit dan teman lelakinya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau berkata, berdasarkan laporan bedah siasat, kanak-kanak itu didapati meninggal dunia akibat cedera pada kepala dan badan akibat hentakan tumpul.Sehubungan dengan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan polis juga sedang merekodkan keterangan beberapa individu lain bagi melengkapkan siasatan.Sebelum ini perintah reman terhadap ibu kanak-kanak terbabit, yang berusia 30 tahun dan teman lelakinya berusia 34 tahun dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi hingga 30 Julai ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.Dilaporkan kejadian itu terbongkar selepas lelaki warga Bangladesh yang tidak bekerja tersebut mendapati kanak-kanak itu muntah di pangsapuri disewa mereka di Gelugor kira-kira 10 pagi Khamis.Dia kemudian membawa kanak-kanak itu ke sebuah klinik berhampiran ketika ibu mangsa sedang bekerja di sebuah restoran, namun, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri ketika di klinik lalu dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan petugas hospital membuat laporan polis selepas menemukan kesan lebam pada beberapa bahagian badan kanak-kanak itu.Kanak-kanak itu difahamkan anak kepada wanita warga Indonesia itu hasil perkahwinannya dengan seorang lelaki Rohingya yang meninggal dunia tahun lepas |
|
Anak maut dengan kesan lebam, pasangan kekasih direman tujuh hari - Mygazette - 24/07 3:21 pm Susulan laporan itu, polis menahan wanita terbabit yang bekerja sebagai pembantu restoran bersama kekasihnya bagi membantu siasatan. Difahamkan, mangsa merupakan anak hasil perkahwinan wanita warga Indonesia itu dengan seorang lelaki Rohingya yang telah meninggal dunia tahun lalu |
|
Wajah tak sama, etnik Rohingya dikesan guna kad UNHCR palsu - Sinarharian - 24/07 1:29 pm KOTA BHARU Taktik menggunakan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) palsu untuk menyamar sebagai pemegang dokumen sah terbongkar apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan mengesan tiga warga etnik Rohingya menggunakan kad yang memaparkan identiti individu lain dalam Operasi Penguatkuasaan (Ops Mega) di sekitar bandar ini pada Jumaat.Pengarah JIM Kelantan, Garry Belayong Anak John Siki berkata, hasil semakan menggunakan aplikasi khas milik jabatan itu mendapati gambar pada kad UNHCR berkenaan tidak sepadan dengan wajah pemegangnya, manakala maklumat peribadi yang dipaparkan juga milik individu lain.Menurut beliau, tiga lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun itu merupakan sebahagian daripada 20 lelaki warga asing yang ditahan untuk siasatan lanjut dalam operasi yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari melibatkan 11 lokasi tumpuan di sekitar Bandar Kota Bharu."Semasa pemeriksaan kita mengimbas kod QR di belakang kad UNHCR menggunakan aplikasi jabatan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |