| /// |
|
| Search : Raja Perlis News | Page 1 |
|
APM guna lori pengangkat berhidraulik pindah pesakit 180 kilogram - Mygazette - 6/06 7:32 am # APM guna lori pengangkat berhidraulik pindah pesakit 180 kilogram KOTA BHARU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menggunakan sebuah lori lima tan yang dilengkapi sistem pengangkat berhidraulik, bagi memindahkan dua pesakit wanita obesiti ke hospital rujukan dalam operasi khas awal pagi tadi |
|
Langgar perintah injunksi, Setiausaha DKU akan mulakan prosiding hina .. - Mygazette - 6/06 7:32 am # Langgar perintah injunksi, Setiausaha DKU akan mulakan prosiding hina mahkamah SEREMBAN - Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) Raja Norazli Raja Nordin akan memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap pihak yang terlibat dalam pelantikan Yang Dipertuan Besar, seperti yang dilaporkan hari ini |
|
Langgar injunksi: Setiausaha DKU akan mula prosiding hina mahkamah - FMT - 5/06 11:11 pm Raja Norazli Raja Nordin akan memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap pihak yang terlibat dalam pelantikan 'Yang di-Pertuan Besar'. |
|
Polis buru penunggang motosikal pecahkan cermin kereta - Sinarharian - 5/06 10:20 pm IPOH - Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang dipercayai memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledar, dalam satu kejadian di Jalan Raja Ashman Shah di sini, awal pagi semalam.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang lelaki warga tempatan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.26 pagi."Siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila mangsa membunyikan hon terhadap sebuah motosikal yang ditunggang secara tidak stabil dan hampir memasuki laluannya."Akibat daripada kejadian tersebut, mangsa mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM1,500," katanya dalam kenyataan malam ini.Beliau berkata, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.Muhammad Najib berkata, polis sedang giat mengesan dan mengenal pasti suspek yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 30 tahun serta menunggang sebuah motosikal jenis Honda Dash berwarna biru."Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang diperoleh sedang dianalisis bagi membantu siasatan, namun nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek tidak dapat dikenal pasti dengan jelas," katanya.Terdahulu, rakaman video kejadian itu tular di media sosial menerusi laman Threads dan Facebook yang memaparkan seorang penunggang motosikal memecahkan cermin hadapan sebuah kereta.- Bernama |
|
Perlis Malaysia Sports School abandoned 12 years now 60pc complete, slated for January 2027 opening - Malaymail - 5/06 5:07 pm KANGAR, June 5 The long-delayed Perlis Malaysia Sports School project in Bukit Chabang near Padang Besar is expe... |
|
No-confidence vote against MB Abu Bakar fizzles out as Perlis legislative assembly ends - Malaymail - 5/06 5:07 pm KANGAR, June 5 Rumours of a no-confidence motion against Menteri Besar Abu Bakar Hamzah never materialised as th... |
|
Perlis MB cautiously welcomes Muafakat revival amid election buzz, buries SD row - Malaymail - 5/06 4:35 pm KANGAR, June 5 Perlis Menteri Besar Datuk Seri Abu Bakar Hamzah today said the state government will adopt a wai... |
|
Kerajaan Persekutuan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz - PM - Sinarharian - 5/06 4:13 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, meskipun Kerajaan Persekutuan tidak terlibat secara langsung dalam isu berkaitan kedudukan pemerintahan Negeri Sembilan, kemuliaan institusi diraja mesti kekal dipertahankan dan perlu melalui setiap kaedah serta peraturannya."Jadi kita sebagai Kerajaan Persekutuan walaupun tidak terlibat secara langsung, harus memberikan nasihat terutamanya (mengenai) orang Melayu dan rakyat Malaysia, sistem Raja ini bukan saja namanya tetapi kemuliaannya dan beberapa kaedah serta peraturannya sebab itu bagi kita tetap pertahankan kedudukan dan kemuliaan dan kedaulatan Raja."Kalau kita ikut sekarang susur galur setakat ini, kita tetap bekerja dan mengiktiraf kedudukan Yang di-Pertuan Negeri Sembilan Tuanku Muhriz |
|
Kemelut DKU: Mahkamah halang usaha singkir Raja Norazli - Sinarharian - 5/06 3:42 pm SEREMBAN [DIKEMAS KINI] Pertikaian membabitkan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) memasuki episod baharu apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat mengeluarkan perintah 'ad interim' atau injunksi sementara yang menghalang Sidang Khas DKU daripada diteruskan serta menyekat sebarang usaha untuk menyingkirkan Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin.Hakim, Roz Mawar Rozain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh Raja Norazli dan DKU bagi mengekalkan status quo pentadbiran badan berkenaan sementara tindakan undang-undang yang sedang berlangsung diputuskan oleh mahkamah.Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan pihak defendan, melalui perintah sementara itu, plaintif sama ada secara langsung atau menerusi wakil mereka dihalang daripada memanggil atau mengadakan sebarang mesyuarat DKU termasuk Sidang Khas yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.Mahkamah turut melarang plaintif daripada menggantung, menyingkirkan, menggantikan atau mengganggu Raja Norazli dalam melaksanakan tugas dan fungsinya sebagai Setiausaha DKU.Plaintif dalam tindakan itu ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri; serta Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.ARTIKEL BERKAITAN - Undang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUDalam perintah yang sama, mahkamah mengarahkan supaya tiada jawatankuasa, individu atau badan lain ditubuhkan atau diberikan kuasa untuk mengambil alih fungsi serta bidang kuasa Setiausaha DKU.Plaintif juga dilarang membuat, melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang keputusan berkaitan pentadbiran, tadbir urus, prosiding dan urusan DKU termasuk mengambil langkah yang boleh mengubah kedudukan sedia ada sebelum 21 Mei lalu.Menurut kenyataan itu, injunksi tersebut akan terus berkuat kuasa sehingga mahkamah memutuskan isu bidang kuasa dan kebolehhakiman kes berkenaan serta sehingga sebarang perintah lanjut dikeluarkan.Kenyataan itu turut menegaskan bahawa kesan perintah berkenaan ialah plaintif tidak boleh menyingkirkan Raja Norazli sebagai Setiausaha DKU, menjalankan urusan badan itu atau mengeluarkan kenyataan media berkaitan DKU.Peguam kanan, Steven Thiru yang mewakili Raja Norazli dan DKU ketika dihubungi mengesahkan keputusan tersebut.Selain Steven, Raja Norazli dan DKU diwakili peguam, David Dinesh Mathew, Shafrin Halim, Gregory Das dan Gurjeevan Singh.Plaintif pula diwakili peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Rhiza Ghazi dan Asmawi Ismail, manakala defendan ketiga diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal bersama Aala'uddin Baharom.Setakat jam 6 petang Jumaat, Sinar Harian masih menunggu kenyataan daripada pihak plaintif. |
|
Krisis adat N. Sembilan: Injuksi Mahkamah Tinggi hentikan sidang khas DKU .. - Mygazette - 5/06 3:24 pm # Krisis adat N |
|
Bubar DUN jalan terbaik selesaikan ‘simpang-siur’ di N. .. - Mygazette - 5/06 3:24 pm # Bubar DUN jalan terbaik selesaikan 'simpang-siur' di N |
|
Bubar DUN N. Sembilan: Kecoh pembesar adat dihalang masuk Sidang Khas DKU - Mygazette - 5/06 3:24 pm # Bubar DUN N |
|
PH perlu perjelas keabsahan pembubaran DUN N. Sembilan – Syed Rosli .. - Mygazette - 5/06 3:24 pm # PH perlu perjelas keabsahan pembubaran DUN N |
|
Tiada undi tidak percaya bukti hubungan kukuh ADUN Pas, Bersatu - MB Perlis - Sinarharian - 5/06 3:01 pm KANGAR Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang berlangsung selama tiga hari berakhir tanpa sebarang usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah seperti yang diperkatakan sebelum ini.Abu Bakar berkata, perkembangan itu sekali gus membuktikan hubungan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas dan Bersatu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perlis kekal kukuh.Menurutnya, dakwaan kononnya wujud usaha menjatuhkannya hanyalah spekulasi yang dimainkan pihak tertentu bagi mewujudkan perpecahan dalam gabungan berkenaan."Hari ini sudah terang lagi bersuluh. Isu-isu seperti ini dimainkan oleh pihak yang cuba melaga-lagakan PN."Bagi saya, usaha seperti ini adalah sebahagian daripada cubaan untuk melemahkan dan memecah-belahkan hubungan antara kami dalam PN," katanya pada sidang akhbar selepas Persidangan DUN Perlis di Kompleks Seri Putra di sini.Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, sepanjang persidangan berlangsung tidak timbul sebarang usul atau perkara yang boleh menjejaskan hubungan antara Pas dan Bersatu.Katanya, semua ADUN kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik sehingga persidangan dapat disempurnakan dalam suasana harmoni."Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana berjaya menyempurnakan tugas masing-masing."Yang penting, kita sentiasa kekal tenang dalam PN dan terus memberikan tumpuan kepada agenda pembangunan serta kebajikan rakyat," ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut menjunjung kasih atas titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang mahu pentadbirannya sebagai Menteri Besar diteruskan sehingga tamat tempoh penggal DUN Perlis pada Disember 2027.Menurutnya, titah berkenaan telah dihormati dan dilaksanakan oleh semua pihak dalam kerajaan negeri."ADUN daripada Pas dan Bersatu telah menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan perkara yang diperkatakan sebelum ini terbukti tidak berlaku," kata beliau.Sementara itu, ketika mengulas laporan media bahawa Pas mengakui wujud pertemuan dengan UMNO, Abu Bakar yang juga Pengerusi Bersatu Perlis berkata, perkara itu perlu dilihat berdasarkan perkembangan semasa.Bagaimanapun, beliau berpandangan bahawa penyatuan dalam kalangan parti Melayu perlu terus diperkukuhkan demi menjaga kepentingan masyarakat Melayu dan kestabilan politik negara."Melayu perlu bersatu |
|
TVET pathways key to social mobility, Perlis told - SUN - 5/06 1:45 pm TVET programmes boost social mobility and youth interest in skilled careers, says Perlis exco Marzita Mansor. |
|
High Court halts Negeri Sembilan DKU meeting, bars chiefs from removing secretary Raja Norazli - Malaymail - 5/06 12:45 am SEREMBAN, June 5 The High Court today stepped in to halt a planned Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DK... |
|
No gaming outlets in Perlis - Sinchew - 5/06 7:50 am KANGAR: The state government maintains its decision of not renewing gaming licences, says its Menteri Besar Abu Bakar Hamzah |
|
Tiada usul undi tidak percaya - ADUN Beseri - Sinarharian - 4/06 4:30 pm KANGAR Tiada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.ADUN Beseri, Haziq Asyraf Dun berkata, keputusan tersebut adalah selari dengan pendirian Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang menekankan kepentingan mengekalkan kestabilan pentadbiran kerajaan negeri berdasarkan keputusan sedia ada.Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Perlis bagaimanapun menjelaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan hala tuju kepimpinan negeri, khususnya melibatkan enam ADUN Pas akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti di peringkat pusat.Menurutnya, perkara itu akan dibincangkan lanjut selepas mesyuarat Pas Pusat yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat."Perkara itu, saya pegang yang Pengerusi Perikatan Nasional Perlis sebab dia AJK Pas Pusat, kalau saya nak banding dengan AJK Pas Pusat, saya Ketua Pemuda Pas (Perlis sahaja), Datuk Seri Shahidan kata apa itu yang kami ikut," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di luar Persidangan DUN Perlis di Kompleks Seri Putra di sini, Khamis.Dalam pada itu, Haziq Asyraf turut menjunjung titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berhubung kepentingan mengekalkan kestabilan politik dan pentadbiran negeri.Menurutnya, semua ADUN perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan persidangan DUN sebagai medan untuk membawa suara rakyat di kawasan masing-masing.Sebelum ini, media melaporkan PN Perlis menjunjung titah Raja Perlis yang mahukan Menteri Besar dikekalkan sehingga akhir penggal DUN.Shahidan dilaporkan berkata, PN Perlis tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dalam sidang kali ini, selain menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan parti di peringkat pusat untuk menentukan hala tuju politik negeri. |
|
Queen visits Chow Kit school for vulnerable children and presents RM30,000 contribution - Malaymail - 4/06 4:24 pm KUALA LUMPUR, June 4 Her Majesty Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia, today presented a RM30,000 cheque contri... |
|
PRN Johor: Sudah sampai masanya gagasan Muafakat Nasional 2.0 dijayakan .. - Mygazette - 4/06 3:59 pm # PRN Johor: Sudah sampai masanya gagasan Muafakat Nasional 2.0 dijayakan Tuan Ibrahim KUALA LUMPUR Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan sudah sampai masanya gagasan Muafakat Nasional (MN) 2.0 dijayakan dengan kehadiran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta beberapa negeri lain dalam masa terdekat |
|
Ibrahim serah warkah cadang Akta Kedaulatan Raja, Akta Kesetiaan Negara .. - Mygazette - 4/06 3:59 pm # Ibrahim serah warkah cadang Akta Kedaulatan Raja, Akta Kesetiaan Negara kepada Agong KUALA LUMPUR Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali hari ini menyerahkan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu berhubung cadangan penubuhan Akta Kedaulatan Raja dan Akta Kesetiaan Negara bagi memperkukuh kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu serta memelihara keharmonian negara |
|
Perlis terima peruntukan RM4 juta daripada persekutuan - FMT - 4/06 3:21 pm Perlis terima RM4 juta susulan pertemuan antara Menteri Besar Abu Bakar Hamzah dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. |
|
Kisah Saidina Ali dalam Hikayat Raja Khaibar - FMT - 4/06 9:30 am Insiden Khaibar dan kegagahan Saidina Ali cukup menggerunkan watak-watak Yahudi sedia ada hari ini. |
|
Dewan PUTIK milik Pas terbakar - Sinarharian - 4/06 7:37 am KOTA BHARU - Dewan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini yang merupakan milik Pas mengalami kebakaran pada malam Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, dewan berkeluasan 37.16 meter persegi berkenaan mengalami kemusnahan sekitar 10 peratus dan tidak melibatkan sebarang mangsa.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan II, Fadhely Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.13 malam sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.Menurut beliau, jentera tiba di lokasi kira-kira 18 minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah dewan di kompleks berkenaan."Sebaik tiba, anggota mendapati berlaku kebakaran pada sebuah dewan dan terus menjalankan operasi pemadaman."Api berjaya dikawal pada jam 10.39 malam dan kebakaran hanya memusnahkan kira-kira 10 peratus struktur dewan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Ujar beliau, seramai 20 anggota daripada BBP Pengkalan Chepa terlibat dalam operasi itu bersama empat jentera dan sebuah lori tangki air.Sementara itu Penyelia PUTIK, Raja Roslan Raja Yaacob memberitahu, beliau mengetahui mengenai kebakaran terbabit selepas menerima panggilan telefon daripada pengawal keselamatan sekitar jam 9.30 malam."Ia hanya melibatkan kemusnahan kecil sahaja dan kebakaran dipercayai disebabkan litar pintas," katanya. |
|
Kestabilan kunci tarik pelaburan dan majukan Perlis ??? Syed Ahmed Najib - Mygazette - 4/06 7:30 am # Kestabilan kunci tarik pelaburan dan majukan Perlis Syed Ahmed Najib KANGAR Titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang menekankan kepentingan kestabilan politik dilihat sebagai mesej penting bagi memastikan negeri itu terus menarik pelaburan serta mempercepatkan agenda pembangunan negeri |
|
Jawatan Setiausaha DKU lantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan .. - Mygazette - 4/06 7:30 am # Jawatan Setiausaha DKU lantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan - SUK SEREMBAN - Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim menjelaskan jawatan Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) adalah jawatan lantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir |
|
Sudah tiba masanya MN 2.0 dijayakan - Tuan Ibrahim - Sinarharian - 3/06 11:12 pm SHAH ALAM - Sudah tiba masanya gagasan Muafakat Nasional (MN) 2.0 dijayakan demi memperkukuh politik Melayu dan umat Islam menjelang beberapa pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun lalu membuka ruang kepada satu gelombang perubahan baharu dalam landskap politik negara yang berpotensi mengembalikan semula kekuatan politik Melayu-Islam.Menurut beliau, perkembangan itu dijangka disusuli beberapa negeri antarabya Melaka, Sarawak dan Negeri Sembilan yang menghampiri penghujung tempoh pentadbiran masing-masing."Usaha penyatuan ini perlu disegerakan, bermula dengan mendepani PRN Johor dan terus diperkukuh pada masa hadapan."Pas amat mengharapkan semua parti utama khususnya parti-parti Melayu di negara ini dapat berfikir secara serius, berlapang dada, mengenepikan perbezaan serta meletakkan masa depan bangsa dan ummah sebagai keutamaan."Insya-ALLAH, apabila Melayu-Islam bersatu, kita akan menjadi kuat dan mampu melindungi hak semua pihak," katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut membangkitkan beberapa isu yang menurutnya memberi kesan kepada orang Melayu dan umat Islam.Antaranyapengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), bantahan terhadap titah Raja-Raja Melayu, penukaran status tanah di kawasan majoriti bukan Melayu serta cabaran terhadap enakmen syariah negeri-negeri.Malah ujarnya, perpecahan dalam kalangan parti politik Melayu dan kegagalan menyatukan kekuatan politik sedia ada telah menyumbang kepada situasi yang berlaku pada hari ini."Hal ini seharusnya membuka mata pemimpin utama politik Melayu khususnya Pas dan UMNO untuk segera bertindak sebelum nasi menjadi bubur."Kekuatan politik Melayu terletak pada agama Islam yang menjadi alat penyatuan ummah."Paksi utama ini mesti dijadikan asas dalam usaha penyatuan agar generasi yang bakal menerajui politik Melayu pada masa depan mewarisi kekuatan akidah, akhlak dan pegangan agama yang kukuh," ujarnya. |
|
Persidangan DKU perlu dapat perkenan Tuanku - Mohd Zafir - Sinarharian - 3/06 7:25 pm SEREMBAN - Kerajaan negeri berpendirian bahawa Dewan Keadilan dan Undang (DKU) merupakan sebuah institusi di bawah perlembagaan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan.Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata, ia berdasarkan Fasal-Fasal 16, 17 dan 19 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS)."Sebarang persidangan atau mesyuarat DKU yang diadakan tanpa mendapat perkenan YDPB, tidak boleh dianggap sebagai suatu persidangan DKU."Kerajaan negeri mengambil maklum pendirian yang telah diambil oleh Datuk-Datuk Undang Luak dan Tunku Besar Tampin berkenaan kedudukan DKU dan Setiausaha DKU yang dilantik," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau turut memaklumkan bahawa Setiausaha DKU merupakan satu jawatan lantikan oleh YDPB sendiri dan akan memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh baginda seperti mana Fasal 25 UUTKNS.Justeru katanya, mana-mana pihak selain YDPB tidak mempunyai kuasa untuk menggantung, menamatkan, menggantikan atau melantik mana-mana individu lain sebagai Setiausaha DKU.Sebelum ini media melaporkan, Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kewajipan untuk mematuhi sebarang arahan atau permintaan yang bercanggah dengan kerangka perlembagaan dan peruntukan undang-undang di bawah institusi berkenaan.Menurut beliau, sebagai seorang eksekutif DKU, tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada UUTKNS 1959 serta prosedur DKU yang telah ditetapkan."Pada setiap masa, saya juga telah bertindak secara sah dan selaras dengan tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkansebagai Setiausaha DKU," katanya.Beliau berkata demikian menerusi surat maklum balas terhadap arahan Datuk Mubarak Dohak, Undang Jelebu, Datuk Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Datuk Abdul Rahim Yassin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri serta Datuk Shahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid untuk memanggil sidang Khas DKU. |
|
Devoid of legal effect: Negeri Sembilan DKU secretary rejects suspension amid royal crisis - Malaymail - 3/06 6:37 pm KUALA LUMPUR, June 3 Dewan Keadilan dan Undang (DKU) secretary Raja Norazli Raja Nordin has reportedly rejected... |
|
Tuanku Syed Sirajuddin wants Perlis MB given space to govern until end of assembly term - Malaymail - 3/06 4:21 pm KANGAR, June 3 The Raja of Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, wants Menteri Besar Abu Bakar Hamza... |
|
Krisis adat Negeri Sembilan: Panggil Sidang Khas DKU tidak berperlembagaan, tidak sah - Sinarharian - 3/06 4:20 pm SEREMBAN - Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan, Raja Norazli Raja Nordin menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kewajipan untuk mematuhi sebarang arahan atau permintaan yang bercanggah dengan kerangka perlembagaan dan peruntukan undang-undang di bawah institusi berkenaan.Menurut beliau, sebagai seorang eksekutif DKU, tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 serta prosedur DKU yang telah ditetapkan."Oleh yang demikian, saya tidak berkewajipan untuk bertindak atas apa-apa arahan atau permintaan yang tidak konsisten dengan kerangka perlembagaan yang mentadbir DKU."Pada setiap masa, saya juga telah bertindak secara sah dan selaras dengan tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya sebagai Setiausaha DKU,"katanya.Beliau berkata demikian menerusi maklum balas terhadap arahan Datuk Mubarak Dohak, Undang Jelebu, Datuk Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Datuk Abdul Rahim Yassin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri serta Datuk Shahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid untuk memanggil sidang Khas DKU.Jelas beliau lagi, menurut Fasal 16(1) dan Fasal 17 UUTKNS 1959, DKU tidak terbentuk dengan sempurna sebagai suatu badan tanpa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Justeru katanya, apa-apa perubahan untuk memanggil suatu mesyuarat DKU yang bertentangan dengan peruntukan tersebut dan prosedur DKU yang telah ditetapkan adalah tidak berperlembagaan serta tidak sah.Jelas beliau, di bawah Fasal 25 UUTKNS 1959, Setiausaha DKU dilantik dan memegang jawatan atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan."Itulah sifat jawatan saya |
|
Bersatu masih nafikan fakta cubaan jatuhkan MB - Pemuda Pas Perlis - Sinarharian - 3/06 3:54 pm KANGAR Kemelut politik yang melanda Perikatan Nasional (PN) di Perlis kembali menjadi perhatian apabila Dewan Pemuda Pas Perlis mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus menafikan fakta berhubung usaha menjatuhkan Menteri Besar Perlis yang diterajui Pas.Ketua Pemuda Pas Perlis, Haziq Asyraf Dun berkata, kenyataan Biro Politik Bersatu pada 24 Mei lalu yang menafikan penglibatan ADUN-ADUN parti itu dalam usaha menarik sokongan terhadap Menteri Besar adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pengakuan yang pernah dibuat oleh individu yang terlibat.Menurutnya, penafian berterusan oleh Bersatu menimbulkan persoalan kerana tiga ADUN Pas yang kemudiannya terhenti keahlian parti sebelum ini didakwa telah mengakui penglibatan mereka dalam usaha berkenaan.Beliau mendakwa pengakuan tersebut dibuat dalam satu pertemuan bersama Dewan Harian Pas Pusat pada 21 Disember 2025 yang turut dihadiri semua ADUN Pas Perlis."Dalam pertemuan itu, tiga ADUN terbabit secara terbuka mengakui telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bersama ADUN-ADUN Bersatu."Pengakuan tersebut bukan sahaja didengari oleh para hadirin, malah direkodkan dan diminitkan dalam perbincangan rasmi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri itu berkata, berdasarkan fakta dan rekod yang didakwa wujud itu, isu berkenaan tidak lagi boleh dianggap sebagai persepsi atau dakwaan politik semata-mata.Sebaliknya, katanya, ia melibatkan pengakuan yang dibuat sendiri oleh pihak yang terlibat dalam satu platform rasmi parti."Adalah menghairankan apabila Bersatu terus memilih untuk menafikan perkara yang telah diakui sendiri oleh individu-individu yang terlibat secara langsung dalam usaha tersebut," ujarnya.Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap tindakan Bersatu yang didakwa berulang kali menafikan peranan ADUN-ADUN parti itu dalam perancangan menjatuhkan Menteri Besar Perlis daripada Pas.Menurutnya, penafian berterusan terhadap fakta yang didakwa telah direkodkan hanya akan memanjangkan lagi kemelut yang sedang berlaku dalam PN.Kenyataan tersebut dilihat menambah bab baharu dalam krisis politik Perlis yang sejak beberapa bulan lalu menyaksikan hubungan antara pemimpin Pas dan Bersatu negeri menjadi tumpuan pemerhati politik.Isu berkaitan sokongan terhadap Menteri Besar serta dakwaan kewujudan SD untuk menukar kepimpinan negeri telah mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai tahap kesepakatan dalam gabungan yang mentadbir Perlis.Haziq menegaskan, semua pihak seharusnya berani berterus terang dan bertanggungjawab terhadap tindakan yang telah dilakukan demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerjasama politik yang dibina atas dasar kejujuran dan amanah.Menurut beliau, kepercayaan rakyat hanya dapat dipertahankan sekiranya setiap pihak bersikap telus dalam menangani isu yang timbul dan tidak terus menafikan perkara yang didakwa mempunyai rekod serta bukti yang jelas. |
|
Ribut petir, hujan lebat dijangka melanda lapan negeri - Sinarharian - 3/06 3:46 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri, termasuk beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga 5 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 2.50 petang memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Perlis, manakala di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik.Di Pantai Timur, kawasan yang terlibat ialah Setiu dan Kuala Nerus di Terengganu, manakala di Selangor, amaran dikeluarkan bagi daerah Gombak serta Hulu Langat.Selain itu, cuaca sama turut diramal berlaku di Jelebu dan Jempol, Negeri Sembilan, serta Mersing dan Kota Tinggi, Johor.Bagi Sarawak, amaran berkenaan melibatkan Selangau di Sibu selain Matu, Dalat dan Mukah di Bahagian Mukah serta Song di Kapit.Sementara itu, di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Ranau di Pantai Barat serta Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan di Bahagian Sandakan |
|
Raja Perlis titah Abu Bakar diberi ruang hingga habis penggal - Mygazette - 3/06 3:20 pm # Raja Perlis titah Abu Bakar diberi ruang hingga habis penggal KUALA LUMPUR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah perlu diberikan ruang untuk memimpin Perlis sehingga tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir |
|
Perlis ruler urges bold innovation amid economic challenges - SUN - 3/06 3:20 pm The Raja of Perlis calls for innovative approaches and strategic investments to tackle economic challenges while prioritising long-term growth. |
|
Perlis ruler urges state to pursue high-impact investments, explore new revenue sources for sustainable growth - Malaymail - 3/06 3:16 pm KANGAR, June 3 The Perlis state government must explore innovative approaches suited to local potenti... |
|
Perlis receives RM661.7m under 13MP as ruler calls for faster project implementation - Malaymail - 3/06 3:07 pm KANGAR, June 3 Perlis has received an allocation of RM661.70 million under the Rolling Plan 1 (RP1) o... |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri - Sinarharian - 3/06 2:06 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri hingga 3 petang ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran itu dalam kenyataan yang memaklumkan, ia melibatkan Perlis, Pulau Pinang dan Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda).Keadaan sama dijangka melanda Sarawak melibatkan kawasan Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).Di Sabah pula kawasan yang terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar dan Penampang) |
|
Thunderstorms and heavy rain in five states until 3 pm - Sinardaily - 3/06 1:53 pm KUALA LUMPUR - Thunderstorms, heavy rain and strong winds are expected to hit five states until 3 pm today, according to the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia).It said that the areas involved are Perlis, Penang, and Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang and Kuala Muda)."Similar weather conditions are also expected in Sarawak, involving Sibu (Sibu and Selangau) and Mukah (Tanjung Manis and Daro), MetMalaysia said in a statement.It added that in Sabah, the affected areas include the interior (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau and Tambunan) and the west coast (Papar and Penampang) |
|
Let MB finish term uninterrupted, says Perlis ruler - FMT - 3/06 1:15 pm Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail reminds assemblymen that the state government is 'his government'. |
|
Raja Perlis mahu MB terus pimpin hingga hujung penggal - FMT - 3/06 12:33 am Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah kestabilan pentadbiran penting bagi memastikan perancangan pembangunan dirangka dapat dilaksanakan dengan lancar. |
|
Kembali ke meja rundingan jika ingin selamatkan PN - Penganalisis - Sinarharian - 3/06 10:31 am SHAH ALAM - Kepimpinan tertinggi Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu kembali ke meja rundingan dan menyelesaikan isu-isu berbangkit secara dalaman sekiranya ingin menyelamatkan Perikatan Nasional (PN).Penganalisis politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, proses itu penting bagi menyelesaikan kemelut melibatkan kedua-dua parti berkenaan."Pada pandangan saya, PN masih mempunyai ruang untuk dipertahankan |
|
Tourist surge chokes Cameron Highlands roads, vegetable trucks take seven .. - Sinchew - 3/06 8:20 am Tourist surge chokes Cameron Highlands roads, vegetable trucks take seven hours to complete one-hour trip CAMERON HIGHLANDS: A holiday exodus to Cameron Highlands over the long weekend triggered a massive traffic jam where vegetable transport lorries take up to seven hours to reach their destinations |
|
DUN N. Sembilan sukar dibubar awal kerana dibelenggu krisis institusi .. - Mygazette - 3/06 8:20 am # DUN N |
|
MetMalaysia warns of thunderstorms, heavy rain in seven states until 7pm - Sinardaily - 2/06 5:28 pm KUALA LUMPUR - The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorms, heavy rain and strong winds expected to hit several areas across seven states until 7pm today.MetMalaysia, in a statement today, said weather conditions are expected throughout Perlis, while in Pahang, they will affect Cameron Highlands.The weather is also forecast for Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, and Sik in Kedah; as well as Larut, Matang and Selama, Kuala Kangsar, Kinta, and Kampar in Perak.In Terengganu, the affected areas comprise Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun, and Kemaman.Meanwhile, in Sabah, a similar warning was issued for the West Coast (Ranau and Kota Belud); Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, and Sandakan) and Kudat, while in Sarawak it involves Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri, and Marudi) and Limbang |
|
Ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri - Sinarharian - 2/06 4:59 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di tujuh negeri hingga 7 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu berlaku di seluruh negeri Perlis manakala Pahang melibatkan kawasan Cameron Highlands.Keadaan sama turut melanda kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik di Kedah manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.Di Terengganu, kawasan terlibat meliputi Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.Sementara itu, di Sabah, amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat manakala di Sarawak melibatkan kawasan Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang |
|
Bersatu Kelantan seru PN henti provokasi menjelang PRN Johor - Mygazette - 2/06 3:02 pm # Bersatu Kelantan seru PN henti provokasi menjelang PRN Johor KUALA LUMPUR Bersatu negeri Kelantan menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti dalam Perikatan Nasional (PN) supaya menghentikan sebarang kenyataan berunsur provokasi, sindiran serta serangan sesama sendiri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi memastikan gabungan itu kekal bersatu dan berupaya meraih kemenangan |
|
Four minors among six arrested over wheelie stunts in KL - Sinardaily - 2/06 2:57 pm KUALA LUMPUR - Police have arrested six individuals, including four minors, believed to have been involved in dangerous wheelie stunts on Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak and Jalan P |
|
Bawa teman wanita sambil 'wheelie', tiga samseng jalanan dicekup - Sinarharian - 2/06 2:19 pm KUALA LUMPUR - Perbuatan sia-sia tiga samseng jalanan membonceng rakan perempuan dengan melakukan aksi 'wheelie' di sekitar ibu negara memakan diri selepas ditahan polis.Penahanan tiga lelaki dan tiga perempuan berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun itu dilaksanakan Unit Risikan/Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, mereka ditahan dalam dua tangkapan berasingan pada Isnin dan Selasa.Menurutnya, ini susulan video tular berdurasi 44 saat melibatkan beberapa penunggang motosikal Yamaha 135LC melakukan aksi 'wheelie' bersama pembonceng di sekitar Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak dan Jalan P Ramlee."Tangkapan pertama kira-kira jam 3.20 pagi, Isnin melibatkan penunggang lelaki dan pembonceng perempuan yang juga pasangan kekasih."Tangkapan kedua dibuat pada jam 12.54 tengah malam, Selasa melibatkan dua penunggang lelaki bersama dua pembonceng perempuan dipercayai masing-masing adalah rakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, kesemua tangkapan telah dirakam percakapan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain."JSPT Kuala Lumpur memandang serius kegiatan samseng jalanan yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain," ujarnya.Tambahnya, tindakan pengesanan dan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan tersebut.Tegasnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti samseng jalanan serta sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan semua pihak. |
|
Warning of thunderstorms, heavy rain in nine states - MetMalaysia - Sinardaily - 2/06 10:00 am KUALA LUMPUR - The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorms, heavy rain and strong winds in nine states until 12 noon today.MetMalaysia in a statement announced that the states expected to be affected are Perlis, Kedah, Penang, Perak, Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub and Bentong).The weather is also predicted to occur in Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya and Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah and Rembau) |
|
Ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri - Sinarharian - 2/06 9:41 am KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga 12 tengah hari ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri-negeri yang dijangka terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong).Keadaan cuaca itu turut diramal berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau).- Bernama |
|
Pengurusan Haji 1447H/2026M terbukti bersistematik – Menteri Agama - Mygazette - 2/06 7:17 am # Pengurusan Haji 1447H/2026M terbukti bersistematik - Menteri Agama SEPANG - Pengurusan Haji 1447H/2026M kali ini terbukti bersistematik, rapi dan teliti |
|
Ajaran Ahmadiyah Qadiani difatwakan sesat sejak 20 tahun lalu - Sinarharian - 1/06 6:29 pm KOTA KINABALU - Ajaran Ahmadiyah Qadiani telah difatwakan sebagai sesat dan menyeleweng oleh Majlis Fatwa Negeri Sabah sejak 20 tahun lalu, sebelum diwartakan pada tahun berikutnya.Perkara itu didedahkan Exco Agama Negeri Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif susulan tangkapan 300 individu termasuk 12 pemimpin kumpulan ajaran sesat tersebut.Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, susulan aduan awam yang diterima, Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah (BPUUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah menjalankan operasi di dewan sebuah sekolah menengah di daerah ini."Operasi tersebut melibatkan Program Jalsa Salana Wilayah Sabah Kali Ke-32 yang dikendalikan oleh Jamaat Ahmadiyah Muslim Malaysia (JAMM) yang juga berkait dengan ajaran Ahmadiyah Qadiani."Hasil operasi yang dijalankan mendapati program tersebut telah pun berlangsung selama tiga hari bermula 29 sehingga 31 Mei 2026 dan dianggarkan telah dihadiri hampir 300 peserta dari seluruh negeri Sabah."Pelbagai bahan penerbitan, dokumen serta bahan promosi yang berkaitan dengan ajaran Ahmadiyah Qadiani telah dipamerkan dalam dewan sepanjang program berlangsung," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Katanya lagi, kesemua bahan berkaitan telah diambil tindakan mengikut peruntukan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 dan siasatan lanjut sedang dijalankan."Untuk makluman, ajaran Ahmadiyah Qadiani telah difatwakan sebagai sesat dan menyeleweng oleh Majlis Fatwa Negeri Sabah pada tahun 2006 serta diwartakan pada tahun 2007."Kerajaan negeri melalui JHEAINS memandang serius dalam sebarang usaha menyebarkan mana-mana ajaran yang telah pun difatwakan salah, sesat dan menyeleweng daripada pegangan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah diwartakan di Negeri Sabah pada tahun 2019, " katanya.Sehubungan itu, Mohd Arifin berkata, umat Islam di negeri ini hendaklah berwaspada dan menjauhi sebarang bentuk penyebaran fahaman yang boleh menjejaskan kesucian akidah Islam."Kerajaan negeri melalui JHEAINS akan terus komited memperkukuh usaha pemantauan, penguatkuasaan dan pendidikan bagi memastikan kesucian akidah umat Islam sentiasa terpelihara serta keharmonian masyarakat terus terjamin," tegasnya.Sebelum itu, beliau memaklumkan seramai 52 anggota Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) JHEAINS telah diarahkan untuk melaksanakan operasi tersebut dengan bantuan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melibatkan 25 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi mengawal keselamatan."Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM Sabah, khususnya IPD Kota Kinabalu atas kerjasama dalam memastikan kawalan keselamatan semsa operasi dijalankan terlaksana dengan baik lancar dan seterusnya bersama-sama membantu membanteras penyebaran ajaran yang bercanggah dengan akidah Islam di negeri ini," katanya.Sinar Harian pada Isnin melaporkan 300 termasuk 12 pemimpin ditahan kumpulan ajaran sesat tersebut ditahan semasa program mereka yang berlangsung di dewan sebuah sekolah di Likas. |
|
Titah Agong tepat untuk golongan kaduk naik junjung Asyraf Wajdi - Sinarharian - 1/06 6:23 pm SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bahawa mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara, tidak layak digelar warga Malaysia sebagai bertepatan kepada golongan 'kaduk naik junjung'.Menurut beliau, titah baginda jelas menekankan terhadap kepentingan menghayati dan menghormati prinsip Rukun Negara yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 sebagai asas perpaduan."Titah Tuanku YDP Agong jelas: siapa yang tidak menghormati Rukun Negara, tidak layak bergelar warganegara."Amat tepat buat golongan 'kaduk naik junjung' yang lupa daratan, lupa adab dan batas," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Terdahulu, Sultan Ibrahim menyeru kepada semua pihak agar menghayati setiap prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan dan garis panduan hidup sebagai rakyat Malaysia."Jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tersebut, saya menasihati agar dia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia," titah baginda.Baginda bertitah pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Isnin.Sebelum ini, Asyraf Wajdi mendakwa Tony lupa adab dan batas dengan raja, selain menyifatkannya sebagai biadab.Kata beliau, apabila titah Sultan dipersenda, ia bukan kebebasan bersuara tetapi biadab. |
|
Pas tidak pernah mengkhianati kerjasama dengan pihak lain - Abdul Hadi - Sinarharian - 1/06 4:24 pm SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan parti yang diterajuinya tidak pernah mengkhianati kerjasama dengan pihak lain.Kenyataan tersebut dimuat naik di Facebook miliknya pada Isnin ketika hubungan antara Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) didakwa sedang goyah.Menurut Ahli Parlimen Marang itu, kerjasama dengan pihak lain tidak akan dikhianati selagi mana ia mengikut sempadan ALLAH dan ajaran Rasulullah SAW."Pas bekerjasama dengan semua pihak sejak mula ditubuhkan sebelum kemerdekaan menentang penjajahan dan selepas kemerdekaan bagi mengisi kemerdekaan dengan teguh atas prinsip Islamnya serta membatalkan kerjasama apabila mahu diheret keluar daripada landasannya."Pas membatalkan kerjasama dengan DAP bersama Pakatan Rakyat apabila suara dan perkataan Islam diminta untuk disembunyikan serta berlakunya tentangan terhadap Islam yang menjadi dasar dan matlamat Pas," katanya.Sebelum ini, Abdul Hadi dalam satu sidang media menyatakan parti itu akan menilai semula kerjasama dengan Bersatu atas beberapa faktor antaranya mendakwa parti berkenaan menolak hasrat untuk memperkukuh PN dengan menyekat keahlian parti-parti Melayu-Islam serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem.Dakwaan Abdul Hadi kemudiannya dibalas Biro Politik Bersatu yang menyatakan rasa kesal terhadap tuduhan dilemparkan berhubung beberapa isu termasuk pertukaran Menteri Besar Perlis, krisis politik Negeri Sembilan serta dakwaan kelemahan jentera pilihan raya dikatakan menjadi asas Pas mengkaji semula hubungan dengan parti itu.Terbaru, Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan Pas dan Bersatu wajar bergerak secara berasingan pada pilihan raya akan datang selepas mendakwa hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu semakin sukar dipertahankan.Menurutnya, kenyataan seorang pemimpin Bersatu di Melaka menyifatkan pihak yang mendakwa partinya tiada jentera sebagai pekak menggambarkan bahawa sudah tiada harapan untuk mewujudkan kerjasama harmoni antara kedua-dua pihak.Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut menyatakan Pas menolak kalangan anggotanya sendiri yang mengambil pendekatan mujamalah (toleransi atau mengambil hati) supaya menyembunyikan cita-cita negara Islam dan pelaksanaan Islam bagi meneruskan kerjasama dengan pihak lain."Pas banyak mengambil pengalaman daripada beberapa gerakan Islam di beberapa negara yang mengambil pendekatan mujamalah sehingga membuang label Islamnya, lalu ditukar kepada perkataan keadilan, kemerdekaan, islah dan amanah," ujar beliau.Tambahnya lagi, tegasan parti tersebut dalam istiqamah bersama Islam menjadikannya gagal diheret dan dipergunakan dalam permainan politik tidak ikhlas bersama Islam."Semua pihak yang mahukan Pas menjadi tangga tujuan politik mereka berkonsepkan oportunis akan meninggalkan parti ini dengan menerjunkan diri, sehingga terhumban tanpa tangga ataupun dicampak dan tersungkur keluar dalam keadaan membawa diri yang hilang tujuannya |
|
PM rafak sembah tahniah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Agong - Mygazette - 1/06 3:21 pm # PM rafak sembah tahniah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Agong KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim |
|
Kerajaan Madani tadbir negara penuh dedikasi di bawah naungan Agong .. - Mygazette - 1/06 3:21 pm # Kerajaan Madani tadbir negara penuh dedikasi di bawah naungan Agong - PM KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merafak sembah setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas naungan serta kebijaksanaan Seri Paduka Baginda dalam memayungi negara berteraskan prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen |
|
Mana suara persatuan perubatan veterinar insiden MB Perlis tembak lembu korban?... - Mygazette - 1/06 3:21 pm |
|
Ahli politik jaga tutur kata, jangan salah guna kebebasan bersuara ??? .. - Mygazette - 1/06 3:21 pm # Ahli politik jaga tutur kata, jangan salah guna kebebasan bersuara Agong KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menitahkan semua pemimpin politik supaya sentiasa menjaga adab dan tutur kata serta berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan |
|
Rakyat tertunggu-tunggu formula baharu Rafizi versi parti Bersama - Mygazette - 1/06 3:21 pm # Rakyat tertunggu-tunggu formula baharu Rafizi versi parti Bersama KUALA LUMPUR Rakyat kini dikatakan sedang tertunggu-tunggu untuk mendengar formula terbaharu daripada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli selepas beberapa formula yang diketengahkannya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) antaranya mesin layan diri dan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) didakwa tidak mencapai hasil yang diharapkan |
|
Jangan buat spekulasi, jatuh hukum sendiri insiden MB Perlis tembak .. - Mygazette - 1/06 3:21 pm # Jangan buat spekulasi, jatuh hukum sendiri insiden MB Perlis tembak lembu korban Armada Kangar KUALA LUMPUR Armada Bersatu Bahagian Kangar menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menjatuhkan hukuman sebelum siasatan lengkap dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung insiden menembak lembu korban membabitkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |