| /// |
|
| Search : Puteri Wangsa News | Page 1 |
|
Calon ‘kitar semula’ BN lebih berpengaruh, PH letak yang tewas .. - Mygazette - 28/06 3:16 pm # Calon 'kitar semula' BN lebih berpengaruh, PH letak yang tewas di kawasan baharu JOHOR BAHRU - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang didakwa bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebagai kitar semula adalah mereka yang berpengaruh dan pernah berkhidmat untuk rakyat |
|
Malu tengok penyokong parti ejek-mengejek sepanjang penamaan calon – .. - Mygazette - 28/06 3:16 pm # Malu tengok penyokong parti ejek-mengejek sepanjang penamaan calon - MUDA JOHOR BAHRU - Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), menggesa semua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menghentikan budaya ejek-mengejek dan provokasi sepanjang tempoh berkempen kerana ia tidak mencerminkan kematangan politik yang diharapkan rakyat. Amira Aisya Abdul Aziz yang juga penyandang kerusi DUN Puteri Wangsa itu berkata, suasana yang disaksikan pada hari penamaan calon semalam menunjukkan masih terdapat penyokong parti yang gemar melontarkan ejekan dan kata-kata tidak wajar terhadap lawan politik |
|
Calon BN dipilih dalam kalangan kroni, `partner??? main golf – Puad - Mygazette - 28/06 3:16 pm # Calon BN dipilih dalam kalangan kroni, `partner main golf - Puad KUALA LUMPUR Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 sebagai kitar semula, _mediocre _(biasa-biasa) dan antiaspirasi anak muda |
|
Pemimpin dinilai melalui kualiti, bukan jantina, agama atau bangsa – .. - Mygazette - 28/06 3:16 pm Akhirnya, yang menentukan seseorang itu layak menjadi pemimpin bukan jantinanya, bukan bangsanya dan bukan agamanya. Yang penting ialah sama ada dia mempunyai kualiti, personaliti, integriti dan nilai untuk memimpin rakyat, katanya pada sidang media di Puteri Wangsa, hari ini |
|
Rencana khas Calon di PRN Johor* - Wrlr - 28/06 2:59 pm *Dr. Maszlee Malik di Puteri Wangsa: Aset Besar Pakatan Harapan atau Berdepan Laluan Berliku?* Oleh *Shahbudin Embun* *Penganalisis Politik merangkap Pengerusi Biro Politik SEKPUR* Pencalonan Dr |
|
Epilog Sebuah Penempatan: Renungan Tentang Kampung Lee Kong Chian - Wrlr - 28/06 11:53 am Apa sahaja pembangunan yang dilakukakan di Kampung Lee Kong Chian seharusnya tidak meminggirkan nilai sejarah dan kenangan yang tercipta sejak puluhan tahun lalu |
|
Calon kitar semula, anti-anak muda Puad bedal senarai BN Johor - Wrlr - 28/06 11:35 am Harapandaily June 27, 2026 Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai kitar semula, biasa-biasa dan gagal mencerminkan aspirasi generasi muda oleh bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi |
|
PRN Johor: Maszlee sedia debat dengan Onn Hafiz - Sinarharian - 28/06 12:25 am JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Maszlee Malikmenyatakan kesediaan untuk bersemuka dan berdebat dengan mana-mana pihak, terutamanya Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi membentangkan visi serta membela nasib keseluruhan rakyat yang diwakili oleh PH."Saya menerima berdebat dengan mana-mana pihak terutamanya dengan pihak Menteri Besar kerana kita ingin mengemukakan visi bagi mewakili Pakatan Harapan."Kita ingin membawa visi yang membawa suara rakyat daripada sekecil-kecil rakyat sehingga ke sebesar-besar rakyat kerana itulahraison d'treataupun tujuan Pakatan Harapan," katanya.Pada masa sama, Maszlee juga bertekad membawa pembangunan seimbang di seluruh daerah di Johor sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Beliau berkata, kemenangan PH di Puteri Wangsa dan di seluruh negeri itu amat penting bagi membawa episod pembangunan baharu yang bukan hanya tertumpu di kawasan selatan Johor, sekali gus membolehkan setiap lapisan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik."Kita mahu Johor yang membawa kemajuan yang seimbang di seluruh daerahnya |
|
PRN Johor uji kekuatan sebenar jentera BN, PH - Penganalisis - Sinarharian - 27/06 9:37 pm JOHOR BAHRU - Pertembungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16tidak akan menggugat kestabilan serta keutuhan kerjasama Kerajaan Perpaduan padaperingkat Persekutuan.Rata-rata penganalisis politik berpendapat, persaingan itu harus dilihat sebagai manifestasi kematangan demokrasi padaperingkat tempatan, memandangkan percaturan politik dalamsesebuah negeri tidak semestinya mencerminkan keretakan hubungan padaperingkat pusat.Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sosial Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Nazreena Mohammed Yasin berkata, persaingan itu merupakan ruang bagi setiap parti mengekalkan identiti organisasi masing-masingdan bukannya satu petunjuk kepada kerapuhan hubungan."Kita boleh lihat bahawa kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan lebih berkait dengan aspek pentadbiran dan tadbir urus pada peringkat Persekutuan, manakala PRN memberikan ruang kepada parti-parti untuk mengukur kekuatan serta mengekalkan identiti politik masing-masing."Oleh itu, 'pertandingan' yang berlaku lebih wajar dilihat sebagai sebahagian daripada proses demokrasi dan strategi pilihan raya, bukannya petunjuk bahawa hubungan dalam Kerajaan Perpaduan telah terjejas," katanya kepada Bernama.Nada yang sama dikongsi Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan serta Politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin yang menganggap perbezaan strategi itu sebagai variasi lazim antara pentadbiran pusat dan politik lokal.Beliau berkata, keadaan itu berpotensi memberikan lonjakan pemikiran baharu kepada masyarakat bahawa kebersamaan elemen federalisme boleh berjalan seiring dengan perbezaan politik setempat untuk menyokong kebaikan pengundi di Johor."Kerjasama padaperingkat Persekutuan itu tidak boleh diganggu-gugat berdasarkan kepada isu-isu yang boleh membawa kepada kepentingan bersama," kata Noor Nirwandy.Sementara itu, Geostrategis, Dr Azmi Hassan pula berkata, pertembungan itu tidak mencerminkan sebarang kekalutan kepimpinan di Putrajaya, sebaliknya bertitik tolak daripada momentum pencapaian BN pada peringkat negeri sebelum ini.Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) itu berkata, keputusan BN untuk bergerak secara solo di Johor ialahrealiti politik yang diambil kira sejak kemenangan besar gabungan itu pada PRN 2022."Mengambil kira apa yang berlaku ketika Pilihan Raya Umum ke-15, sebab itu BN memilih untuk bergerak solo. Keputusan ini tidak merencatkan hubungan padaperingkat nasional antara BN dan PH."Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mengatakan beliau akan menyokong gabungan Kerajaan Perpaduansehinggalah penggal Parlimen berakhir," katanya.Azmi berpendapat, 14 kerusi yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu akan menjadi medan bersih bagi menguji pengaruh mutlak BN dan PH,manakala 27 kerusi saingan tiga penjuru bakal menjadi penentu kerjasama selepas pilihan raya."Sebanyak 27 kerusi ini saya lihat sebagai penentu sama ada kerajaan campuran antara kedua-dua gabungan ini akan berlaku," katanya.Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, realiti politik Malaysia hari ini membenarkan kerjasama peringkat Persekutuan dan pertembungan strategi negeri berjalan serentak.Beliau berkata, tindakan bertanding padasemua kerusi menunjukkan kedua-dua parti ingin 'berlumba' menawarkan khidmat terbaik kepada rakyat dengan matlamat membawa kestabilan."Saya yakin selepas pilihan raya kedua-dua gabungan akan menjalinkan kerjasama yang lebih kukuh untuk negeri Johor," katanya.Mengenai "kerusi panas", beliau meramalkan Datuk Onn Hafiz Ghazi di DUN Machap dan Dr Maszlee Malik di DUN Puteri Wangsa mempunyai kelebihan untuk menang, namun penyandang DUN Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal dijangka berdepan jalan berliku."Laluan sukar kepada Dr Sahruddin kerana beliau sebelum ini hanya menang majoriti 700 undi sahaja di kerusi tersebut," katanya.Sebanyak 56 kerusi menjadi rebutan pada PRN kali ini dengan 14 daripadanya menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 27 kerusi saingan tiga penjuru, 12 kawasan empat penjuru dan tiga kawasan saingan lima penjuru.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal pada 7 Julai, manakala hari pengundian bagi PRN Johor ke-16 adalah pada 11 Julai.- Bernama |
|
DUN Puteri Wangsa, Machap, Pasir Raja antara kerusi tumpuan PRN Johor - Hotfm - 27/06 8:29 pm DUN Machap, yang akan ditandingi Onn Hafiz Ghazi (BN) dianggap sebagai medan uji penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya selepas 4 tahun terajui kerajaan negeri. |
|
DUN Puteri Wangsa, Machap, Pasir Raja antara kerusi tumpuan PRN Johor - FMT - 27/06 8:29 pm DUN Machap, yang akan ditandingi Onn Hafiz Ghazi (BN) dianggap sebagai medan uji penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya selepas 4 tahun terajui kerajaan negeri. |
|
PRN Johor: Puad Zarkashi dakwa UMNO tampil ramai calon kitar semula - Sinarharian - 27/06 8:11 pm JOHOR BAHRU Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa UMNO membariskan ramai calon 'kitar semula' dan tidak memenuhi aspirasi golongan muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Menurutnya, senarai calon yang diumumkan selepas proses penamaan calon hari ini didakwa tidak mencerminkan pembaharuan dalam parti, sebaliknya masih didominasi calon daripada generasi lama.Beliau mendakwa, UMNO sebagai parti yang berusia 80 tahun sepatutnya memberi lebih banyak ruang kepada pemimpin generasi keempat, namun ramai calon yang dipilih terdiri daripada pemimpin generasi ketiga."Penamaan calon hari ini sudah selesai |
|
Senarai penuh 172 calon PRN Johor 2026 - Sinarharian - 27/06 6:21 pm SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 menyaksikan seramai 172 calon membabitkan lapan gabungan parti termasuk Bebas bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Berikut adalah calon yang disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas proses penamaan selesai pada Sabtu:N01 Buloh KasapNoraziah Mohd Razit PH-PKRDatuk Zahari Sarip BN-UMNOPemilih berdaftar: 28,973Penyandang 2022: Datuk Zahari Sarip BN-UMNO (5,377 majoriti) N02 JementahNg Kor Sim PH-DAPSaifullah Abdul Wahab PN-PasSee Ann Giap BN-MCAPemilih berdaftar: 41,137Penyandang 2022: Ng Kor Sim PH-DAP (714 majoriti) N03 PemanisJalex Lee En Xiang PH-PKRDr A Ariventharan PN-MIPPAnuar Abd Manap BN-UMNOPemilih berdaftar: 30,458Penyandang 2022: Anuar Abd Manap BN-UMNO (4,187 majoriti) N04 KemelahMohd Afif Abd Hamid PH-AmanahUzzair Ismail PN-BersatuK Raven Kumar BN-MICPemilih berdaftar: 35,365Penyandang 2022: N Saraswati BN-MIC (1,611 majoriti) N05 TenangElia Nadira Sabudin PH-AmanahNormala Sudirman PN-PasMohd Azahar Ibrahim BN-UMNOSiti Aisyah Zobir Bebas-PenPemilih berdaftar: 22,616Penyandang 2022: Haslinda Salleh BN-UMNO (1,736 majoriti) N06 BekokTay Yok Jiuen PH-DAPTan Chong BN-MCAPemilih berdaftar: 27,317Penyandang 2022: Tan Chong BN-MCA (3,569 majoriti) N07 Bukit KepongC Subramani PH-PKRDatuk Dr Sahrudin Jamal PN-BersatuAhmad Syare Yusof BN-UMNOPemilih berdaftar: 37,683Penyandang 2022: Datuk Dr Sahrudin Jamal PN-Bersatu (710 majoriti) N08 Bukit PasirKapt (B) Muhd Najib Lep PH-AmanahMohd Idzharruddin Mohd Nasirruddin PN-BersatuMohamad Fazli Mohamad Salleh BN-UMNOPemilih berdaftar: 34,142Penyandang 2022: Mohamad Fazli Mohamad Salleh BN-UMNO (198 majoriti) N09 GambirMohd Nor Mohd Yusof PH-PKRSahrihan Jani BN-UMNOSuraya Sulaiman PN-PejuangPemilih berdaftar: 30,326Penyandang 2022: Sahrihan Jani BN-UMNO (3,146 majoriti) N10 TangkakEe Chin Li PH-DAPDatuk Haw Chin Teck BN-MCAPemilih berdaftar: 36,955Penyandang 2022: Ee Chin Li PH-DAP (372 majoriti) N11 SeromAhmad Nazari Abd Hamid PH-AmanahMahfidz Omar PN-BersatuNadhirah Afiqah Abdull Rahim BN-UMNOPemilih berdaftar: 40,172Penyandang 2022: Khairin-Nisa Ismail@Md On BN-UMNO (699 majoriti) N12 BentayanNg Yak Howe PH-DAPChua Lee Huat BN-MCAPemilih berdaftar: 34,205Penyandang 2022: Ng Yak Howe PH-DAP (7,476 majoriti) N13 Simpang JeramNazri Abd Rahman PH-AmanahAinie Haziqah Shafii MudaArshed Yahya@Awang PN-PasDatuk Azman Ismail BN-UMNOPemilih berdaftar: 41,975Penyandang 2022: Datuk Seri Salahuddin Ayub PH-Amanah (2,399 majoriti)Penyandang 2024: Nazri Abd Rahman PH-Amanah (3,514 majoriti) N14 Bukit NaningMd Ysahrudin Kusni PH-PKRIskandar Md Alias BersamaMohd Radzi Amin PN-BersatuMohd Ghazali Sabari BN-UMNOS Jegnanaathan Bebas-GajahPemilih berdaftar: 23,002Penyandang 2022: Datuk Mohd Fuad Tukirin BN-UMNO (1,535 majoriti) N15 MaharaniMuhammad Taqiuddin Cheman PH-AmanahMuhammad Amir Fiqri MudaMohamad Anuar Hayan PN-PasDatuk Ashari Md Sarip BN-UMNOPemilih berdaftar: 40,040Penyandang 2022: Abdul Aziz Talib PN-Pas (1,037 majoriti) N16 Sungai BalangAyna Soraya Badaruddin PH-PKRMuhammad Amin Sailan PN-PasSelamat Takim BN-UMNOPemilih berdaftar: 31,039Penyandang 2022: Selamat Takim BN-UMNO (2,293 majoriti) N17 SemerahMohd Khuzzan Abu Bakar PH-PKRHalim Kepol PN-PasMohd Fared Mohd Khalid BN-UMNOPemilih berdaftar: 47,431Penyandang 2022: Mohd Fared Mohd Khalid BN-UMNO (4,041 majoriti) N18 Sri MedanHishamudin@Misrin Ishak PH-PKRAhmad Rosdi Bahari PN-PasDatuk Zulkurnain Kamisan BN-UMNOPemilih berdaftar: 33,875Penyandang 2022: Datuk Zulkurnain Kamisan BN-UMNO (6,274 majoriti) N19 Yong PengYong Hui Yi PH-DAPLing Tian Soon BN-MCAPemilih berdaftar: 34,023Penyandang 2022: Ling Tian Soon BN-MCA (2,741 majoriti) N20 SemarangRamli Abd Hamid PH-AmanahMuhammad Syafiq Abdul Aziz PN-BersatuDatuk Samsolbari Jamali BN-UMNOPemilih berdaftar: 28,753Penyandang 2022: Datuk Samsolbari Jamali BN-UMNO (5,846 majoriti) N21 Parit YaaniMd Ezam Md Taslim PH-AmanahDatuk Mohamad Najib Samuri BN-UMNOPemilih berdaftar: 44,741Penyandang 2022: Datuk Mohamad Najib Samuri BN-UMNO (294 majoriti) N22 Parit RajaShazwan Dzainal Abidin PH-DAPDr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee PN-BersatuNor Rashidah Ramli BN-UMNOPemilih berdaftar: 38,159Penyandang 2022: Nor Rashidah Ramli BN-UMNO (4,219 majoriti) N23 PenggaramFelicia Poh Rui Ling PH-DAPBoo Chin Liong BN-MCAPemilih berdaftar: 70,294Penyandang 2022: Gan Peck Cheng PH-DAP (9,956 majoriti) N24 SenggarangOnn Abu Bakar PH-PKRDatuk Mohd Rashid Hasnon PN-BersatuMohd Yusla Ismail BN-UMNOPemilih berdaftar: 38,576Penyandang 2022: Mohd Yusla Ismail BN-UMNO (3,912 majoriti) N25 RengitMohamed Yazid Bakri PH-AmanahSyed Mohamad Syed Alwi PN-BersatuZaidi Japar BN-UMNOPemilih berdaftar: 27,608Penyandang 2022: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi BN-UMNO (1,920 majoriti) N26 MachapNur Hafiz Roslan PH-AmanahDatuk Onn Hafiz Ghazi BN-UMNOPemilih berdaftar: 35,206Penyandang 2022: Datuk Onn Hafiz Ghazi BN-UMNO (6,543 majoriti) N27 Layang-LayangGuna Balakrishnan PH-PKRAbd Mutalip Abd Rahim PN-BersatuChua Jian Boon BN-MCAPemilih berdaftar: 25,181Penyandang 2022: Abd Mutalip Abd Rahim BN-UMNO (2,815 majoriti) N28 MengkibolChu Poh Yee PH-DAPYap Zhi Peng BN-MCAPemilih berdaftar: 68,457Penyandang 2022: Chew Chong Sin PH-DAP (10,107 majoriti) N29 MahkotaDr Ahmad Zuhan Md Zain PH-AmanahAbd Hamid Ali BersamaSyed Hussien Syed Abdullah BN-UMNOPemilih berdaftar: 67,562Penyandang 2022: Sharifah Azizah Syed Zain BN-UMNO (5,166 majoriti)Penyandang 2024: Syed Hussien Syed Abdullah BN-UMNO (20,648 majoriti) N30 PalohDr Ruben Arumungum PH-DAPD S Jeevakumar PN-MIPPLee Ting Han BN-MCAG Kamaleswaren Bebas-Kereta ApiPemilih berdaftar: 25,419Penyandang 2022: Lee Ting Han BN-MCA (3,176 majoriti) N31 KahangMohd Sabri Abd Kadir PH-AmanahMazlan Bujang PN-PasV Rugendran BN-MICPemilih berdaftar: 29,814Penyandang 2022: R Vidyananthan BN-MIC (6,698 majoriti) N32 EndauSaiful Nizam Samat PH-PKRHasnul Hakimi Hussein PN-PasAlwiyah Talib BN-UMNOJati Awang ASLIPemilih berdaftar: 28,767Penyandang 2022: Alwiyah Talib PN-Bersatu (3,041 majoriti) N33 TenggarohMd Yusof Dawam PH-PKRMuhamad Amerul Muhamad PN-BersatuMohd Youzaimi Yusof BN-UMNOPemilih berdaftar: 39,001Penyandang 2022: Raven Kumar Krishnasamy BN-MIC (1,356 majoriti) N34 PantiAhmad Daniel Sharudin PH-AmanahAlias Rasman PN-BersatuDr Muhammad Naqib Md Ghazali BN-UMNOPemilih berdaftar: 41,407Penyandang 2022: Hahasrin Hashim BN-UMNO (5,854 majoriti) N35 Pasir RajaMohd Fakharuddin Moslim PH-PKRYuhanita Yunan PN-PasDatuk Seri Dr Adham Baba BN-UMNOPemilih berdaftar: 29,818Penyandang 2022: Rashidah Ismail BN-UMNO (4,888 majoriti) N36 SediliAmirul Huzni Onn PH-AmanahRasman Ithnain PN-BersatuMuszaidee Makmor BN-UMNOPemilih berdaftar: 29,090Penyandang 2022: Muszaidee Makmor BN-UMNO (5,679 majoriti) N37 Johor LamaDanish Hossman Abd Rahman PH-PKRAisah Esa PN-BersatuNorlizah Noh BN-UMNOPemilih berdaftar: 32,716Penyandang 2022: Norlizah Noh BN-UMNO (6,039 majoriti) N38 PenawarMohd Sawaludin Salleh PH-AmanahFairulnizar Rahmat PN-BersatuFauziah Misri BN-UMNOPemilih berdaftar: 31,112Penyandang 2022: Fauziah Misri BN-UMNO (7,505 majoriti) N39 Tanjung SuratFaizul Abdul Ghani PH-PKRAznan Tamin BN-UMNOPemilih berdaftar: 26,943Penyandang 2022: Aznan Tamin BN-UMNO (5,903 majoriti) N40 TiramNor Zulaila Abd Ghani PH-DAPDr Harith Fakhrudin Abdul Malek BersamaKhirul Mutanazar Ismail PN-PasDatuk Abdul Halim Suleiman BN-UMNOPemilih berdaftar: 117,496Penyandang 2022: Azizul Bachok BN-UMNO (5,281 majoriti) N41 Puteri WangsaDr Maszlee Malik PH-PKRNicholas Paul Vincent BersamaRashifa Aljunied MudaTeow Chia Ling BN-MCAWang Wee Siong Bebas-KunciPemilih berdaftar: 128,723Penyandang 2022: Amira Aisya Abd Aziz - Muda (7,114 majoriti) N42 Johor JayaLee Wern Yiing PH-DAPLau Yi Leong BersamaChan San San BN-MCALim Hun Peaw Bebas-KunciPemilih berdaftar: 97,685Penyandang 2022: Liow Cai Tung PH-DAP (1,922 majoriti) N43 PermasSharon Teo Siew Hui PH-AmanahDr Zamil Najwah BersamaT Vela PN-MIPPBaharudin Mohamed Taib BN-UMNOPemilih berdaftar: 113,963Penyandang 2022: Baharudin Mohamed Taib BN-UMNO (7,926 majoriti) N44 LarkinSuhaizan Kaiat PH-AmanahNorsinah Abu BersamaMohd Hairi Mad Shah BN-UMNOPemilih berdaftar: 76,662Penyandang 2022: Mohd Hairi Mad Shah BN-UMNO (6,178 majoriti) N45 StulangAndrew Cheng Kah Eng PH-DAPStanley Tan BersamaLim Chin Eng @ Roland Lim PN-BersatuBong Seng Heng BN-MCAPemilih berdaftar: 60,029Penyandang 2022: Andrew Cheng Kah Eng PH-DAP (2,866 majoriti) N46 PerlingAlan Tee Boon Tsong PH-DAPBoo Wei Han BersamaPannir Selvam BN-MICPemilih berdaftar: 109,992Penyandang 2022: Liew Chin Tong PH-DAP (3,347 majoriti) N47 KempasMuhammad Faezuddin Mohd Puad PH-PKRSalamahafifi Mohd Yusnaieny BersamaDatuk Ramlee Bohani BN-UMNOPemilih berdaftar: 64,244Penyandang 2022: Datuk Ramlee Bohani BN-UMNO (3,514 majoriti) N48 SkudaiKartiyaini Jeyapalan PH-DAPEugene Chua BersamaTan Hiang Kee BN-MCAAmir PSMPemilih berdaftar: 106,805Penyandang 2022: Marina Ibrahim PH-DAP (13,943 majoriti) N49 Kota IskandarDzulkefly Ahmad PH-AmanahSahrudin Omar BersamaS Anna Pravina PN-MIPPDatuk Pandak Ahmad BN-UMNOPemilih berdaftar: 132,579Penyandang 2022: Datuk Pandak Ahmad BN-UMNO (4,360 majoriti) N50 Bukit PermaiMohamad Shafwan Ani PH-DAPMuhammad Aidil Riduan Mohd Yusof BersamaM Lina Manoh PN-MIPPDatuk Mohd Jafni Md Shukor BN-UMNOPemilih berdaftar: 44,819Penyandang 2022: Datuk Mohd Jafni Md Shukor BN-UMNO (4,755 majoriti) N51 Bukit Batu (hot seat)Arthur Chiong Sen Sern PH-PKRG Tamili BersamaM Premanand MudaR Kumaran BN-MICKamaruzaman Ali Bebas-KunciPemilih berdaftar: 49,963Penyandang 2022: Arthur Chiong Sen Sern PH-PKR (137 majoriti) N52 SenaiWong Bor Yang PH-DAPDr Tew Chian How BersamaTai Chee Chee BN-MCAPemilih berdaftar: 66,635Penyandang 2022: Wong Bor Yang PH-DAP (5,921 majoriti) N53 BenutAbd Razak Ismail PH-AmanahDatuk Mohd Sumali Reduan BN-UMNOPemilih berdaftar: 28,798Penyandang 2022: Datuk Hasni Mohammad BN-UMNO (5,859 majoriti) N54 Pulai SebatangHaniff@Ghazali Hosman PH-PKRHasrunizah Hassan BN-UMNOPemilih berdaftar: 47,651Penyandang 2022: Hasrunizah Hassan BN-UMNO (6,325 majoriti) N55 Pekan NanasYeo Tung Siong PH-DAPTan Eng Meng BN-MCAPemilih berdaftar: 37,556Penyandang 2022: Tan Eng Meng BN-MCA (4,835 majoriti) N56 KukupCheah Chee Hong PH-PKRMohd Israk Abdullah BN-UMNOPemilih berdaftar: 34,968Penyandang 2022: Datuk Jefridin Atan BN-UMNO (8,201 majoriti) |
|
Johor election key contests Machap, Puteri Wangsa, Bukit Kepong in spotlight - Malaymail - 27/06 6:07 pm JOHOR BAHRU, June 27 Several high-profile contests are set to dominate the campaign for the 16th Johor state ele... |
|
Fokus kepentingan rakyat Johor, PH muktamad manifesto Isnin ini - Sinarharian - 27/06 3:37 pm KULAI - Pakatan Harapan (PH) akan memuktamadkan manifesto bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Isnin ini sebelum melancarkan tawaran rasmi kepada rakyat negeri berkenaan dalam tempoh terdekat.Ketua Setiausahanya PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jawatankuasa Manifesto PH telah menyiapkan draf tawaran tersebut sejak minggu lalu dan hanya menunggu pengesahan akhir daripada kepimpinan tertinggi gabungan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN:Calon Bebas, Saifuddin, Amirudin warnai penamaan calon Puteri WangsaMenurutnya, pertemuan yang dijadualkan pada jam 9 pagi Isnin itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi PH bersama barisan pimpinan utama gabungan sebelum manifesto berkenaan dilancarkan."Kali ini kami tampil dengan satu kerangka manifesto yang realistik, bersifat 'tangible' dan 'reasonable'."Jawatankuasa Manifesto telah memuktamadkan tawaran tersebut dan saya akan membentangkannya kepada pimpinan utama PH pada Isnin sebelum pengesahan akhir dibuat," katanya pada sidang akhbar di sini pada Sabtu.Turut hadir, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Pengarah Pilihan Raya bersama.Saifuddin berkata, manifesto berkenaan akan memberi penekanan terhadap kepentingan rakyat Johor memilih sebuah kerajaan negeri yang bergerak seiring dengan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan lebih banyak manfaat disalurkan kepada negeri itu.Dalam perkembangan sama, beliau mengesahkan kesemua 56 calon PH berjaya mengemukakan kertas pencalonan tanpa sebarang masalah dan diterima Pegawai Pengurus Pilihan Raya.Jelasnya, kejayaan itu menjadi permulaan yang baik buat PH yang bertanding dengan matlamat untuk membentuk kerajaan negeri, bukannya sekadar menjadi pembangkang."Kami menawarkan diri sebagai pilihan kepada rakyat Johor untuk mengambil alih pentadbiran negeri."Pilihan raya ini adalah urusan demokrasi yang serius, bukan medan uji kaji atau pertandingan populariti |
|
Johor polls: Maszlee pledges balanced development across all districts - Malaymail - 27/06 2:50 pm JOHOR BAHRU, June 27 Pakatan Harapan (PH) candidate for the Puteri Wangsa state constituency, Dr Maszlee Malik,... |
|
Three MB Hopefuls, Four Marginal Seats: Johor’s Battlegrounds That Could Decide The Next Government - Rakyatpost - 27/06 1:34 pm A political analyst says victories in Machap, Puteri Wangsa and Bukit Kepong could prove decisive in the race for Johor's next Menteri Besar. |
|
Pecut laju elak polis, rupanya bawa dadah dalam kereta - Sinarharian - 27/06 12:48 am KUALA LUMPUR Tindakan pemandu kereta Perodua Viva memecut laju di Wangsa Maju di sini selepas diarahkan polis supaya berhenti membawa kepada penemuan dadah pada Jumaat.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati kira-kira jam 5.30 petang, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, yang sedang menjalankan tugas mengesan sebuah Perodua Viva dalam keadaan mencurigakan.Menurutnya, pemandu bersama seorang penumpang dipercayai enggan memberhentikan kenderaan apabila diarahkan berbuat demikian oleh pihak polis."Kereta suspek telah dikejar sehingga ke Jalan Kuching."Setibanya di lokasi kejadian, pemandu kereta itu dipercayai memandu secara berbahaya dengan bergerak di antara lorong kiri dan kanan jalan sebelum hilang kawalan lalu merempuh tiga kereta lain yang sedang berhenti akibat kesesakan lalu lintas," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Tambahnya, kemalangan bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Beliau berkata, kedua-dua suspek bagaimanapun berjaya ditahan di lokasi kejadian oleh anggota BSJN IPD Wangsa Maju.Katanya, hasil pemeriksaan menemukan dadah disyaki heroin seberat 19.63 gram."Kedua-dua suspek berusia 40 dan 42 tahun direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.Jelas Fadil, pihaknya mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S |
|
Proses penamaan calon di 56 Dun PRN Johor berjalan lancar - Ketua Polis Johor - Sinarharian - 27/06 11:59 am JOHOR BAHRU Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 yang berlangsung di 56 pusat penamaan calon di seluruh negeri pada Sabtu berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang boleh mengganggu ketenteraman awam.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, sehingga jam 10 pagi, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian atau provokasi yang boleh menjejaskan kelancaran proses penamaan calon."Sehingga jam 10 pagi, pihak kami tidak menerima sebarang laporan atau kejadian yang boleh mengganggu proses penamaan calon."Dengan erti kata lain, proses penamaan calon di 56 pusat penamaan calon di seluruh negeri Johor berjalan lancar dan tidak berlaku sebarang insiden yang boleh mengganggu perjalanan proses penamaan calon," katanya pada sidang media selepas meninjau Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Dato' Onn di sini pada Sabtu.Menurut Ab Rahaman, bagi memastikan kelancaran proses itu, seramai 4,832 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor diatur gerak bagi melaksanakan tugas kawalan keselamatan di semua pusat penamaan calon.Beliau berkata, polis turut memberi perhatian terhadap aspek pengurusan trafik memandangkan beberapa laluan utama berhampiran pusat penamaan calon ditutup bagi melancarkan pergerakan calon dan penyokong."Seramai 437 pegawai dan anggota trafik turut diatur gerak untuk memantau aliran trafik serta mengiringi pemimpin dan penyokong parti politik yang hadir."Memang terdapat sedikit kesesakan di beberapa lokasi akibat penutupan jalan, namun ia tidak menjejaskan aliran trafik secara keseluruhan |
|
Pertembungan 5 penjuru di Puteri Wangsa, 3 di Bukit Kepong - Hotfm - 27/06 11:36 am DUN Machap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Onn Hafiz Ghazi daripada BN dan calon PH Nur Hafiz Roslan. |
|
Pertembungan 5 penjuru di Puteri Wangsa, 3 di Bukit Kepong - FMT - 27/06 11:36 am DUN Machap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Onn Hafiz Ghazi daripada BN dan calon PH Nur Hafiz Roslan. |
|
PRN Johor: Pertandingan 5 penjuru di Puteri Wangsa - Sinarharian - 27/06 10:29 am JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa menyaksikan saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.Pertandingan itu membabitkan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mewakili Pakatan Harapan (PH), calon muka baharu dari Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling dan Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).Turut bertanding, Nicholas Paul Vincent dari Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan calon Bebas, Wang Wee Szong.Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon DUN Puteri Wangsa, Zulkurnain Abdul Rahman membuat pengumuman tersebut selepas selesai proses penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Dato ' Onn, Tebrau.Terdapat seramai 128,723 pengundi berdaftar di DUN Puteri Wangsa dengan 128,525 orang daripadanya adalah pengundi biasa dan 198 pengundi terdiri daripada polis dan pasangan.Pada PRN Johor 2022, kerusi DUN Puteri Wangsa merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi Muda menerusi calon mereka, Amira Aisya Abd Aziz yang merupakan Presiden Muda.Amira Aisya menang dalam persaingan enam penjuru di kerusi tersebut dengan majoriti 7,114 undi menewaskan pencabar daripada BN, Ng Yew Aik.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor manakala pengundian awal pada 7 Julai ini. |
|
'Bukan cuba nasib, saya mahu menang' - Calon Bebas Puteri Wangsa - Sinarharian - 27/06 9:23 am JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Wang Wee Szong menegaskan penyertaannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bukan sekadar mencuba nasib, sebaliknya bertekad untuk menang dan membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri.Peniaga berusia 49 tahun itu berkata, beliau mengambil keputusan bertanding selepas tidak lagi mampu berdiam diri melihat pelbagai isu yang dihadapi rakyat."Saya muncul sebab nak bawa suara rakyat |
|
Nomination day at Puteri Wangsa draws hundreds of supporters - FMT - 27/06 9:06 am The candidates, accompanied by their respective party leaders, were welcomed by supporters waving flags and chanting slogans. |
|
Laungan 'Maju Johor' iringi calon BN, penyokong Muda, PH berbalas sorakan di Puteri Wangsa - Sinarharian - 27/06 8:43 am JOHOR BAHRU - Penyokong Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Pakatan Harapan (PH) berbalas sorakan di pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa di SMK Taman Dato Onn, Tebrau pada Sabtu.Penyokong Muda yang mengiringi calon mereka, Rashifa Aljunied lantang melaungkan 'Bebas Rasuah' dan 'Bebas Sampah' menyebabkan penyokong PH turut berbalas sorakan.Sementara itu Laungan 'Maju Johor' mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling.Chia Ling yang berbaju biru lembut ditemani Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng dan ratusan penyokongnya di SMK Taman Dato Onn, Tebrau.AKAN MENYUSUL |
|
PRN Johor: Amirudin, Saifuddin iringi Maszlee di Puteri Wangsa - Mkini - 27/06 8:38 am PRN JOHOR Kira-kira 100 penyokong turut hadir mengiringi Maszlee. |
|
Calon Bebas, Saifuddin, Amirudin warnai penamaan calon Puteri Wangsa - Sinarharian - 27/06 8:30 am JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari mengiringi bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di pusat penamaan SMK Taman Dato Onn, Tebrau, di sini pada Sabtu.Maszlee yang segak berbaju Melayu biru muda menjadi calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.Mereka berarak bermula jam 8.14 pagi sambil diiringi penyokong yang membawa bendera Pakatan Harapan.Suasana bertukar agak riuh seketika apabila penyokong Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berarak bersebelahan penyokong PH sambil lantang melaungkan 'Bebas Rasuah' dan 'Bebas Sampah' ketika mengiringi calon mereka, Rashifa Aljunied.Situasi itu meyebabkan penyokong PH turut berbalas sorakan melihatkan gelagat mereka.Tidak lama kemudian, laungan 'Maju Johor' mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling yang juga muka baharu dalam pilihan raya kali ini.Chia Ling ditemani Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng dan ratusan penyokongnya.Sementara itu, seorang lelaki berusia 49 tahun tiba di pusat penamaan SMK Taman Dato Onn, Tebrau, kira-kira jam 8.50 pagi untuk bertanding di kerusi berkenaan.Wang Wee Szong yang berkemeja putih hadir bersama dua penyokong bagi menghantar borang pencalonan.Turut mengemukakan kertas pencalonan ialah calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Nicholas Paul Vincent yang hadir bersama dua penyokong.Untuk rekod, Puteri Wangsa merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi Muda pada PRN Johor 2022 apabila Amira Aisya Abd Aziz menewaskan lima pencabar lain dengan majoriti 7,114 undi mengatasi calon BN, Ng Yew Aik.Dengan penyertaan calon Bebas selain pertembungan melibatkan parti-parti utama, Puteri Wangsa sekali lagi dijangka menjadi antara kerusi paling sengit dan mendapat perhatian dalam PRN Johor kali ini. |
|
23 kerusi tanpa PN beri kelebihan kepada BN - Sinarharian - 27/06 8:00 am SHAH ALAM - Keputusan Perikatan Nasional (PN) tidak meletakkan calon di 23 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berpotensi memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, namun manfaat itu tidak semestinya berlaku di semua kawasan.Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ketiadaan PN di kerusi berkenaan membuka ruang kepada pertandingan satu lawan satu antara BN dan Pakatan Harapan (PH), sekali gus mengubah corak persaingan berbanding PRN Johor 2022."Dalam pertandingan dua penjuru, BN tidak lagi berdepan risiko sebahagian undi Melayu konservatif atau pengundi yang tidak berpuas hati beralih kepada PN."Ini memberi peluang kepada BN menyatukan undi tradisional UMNO, pengundi atas pagar yang mengutamakan kestabilan serta pengundi yang menilai prestasi kerajaan negeri," katanya kepada Sinar Harian.Setakat malam Khamis, PN mengumumkan akan meletakkan calon di 33 kerusi daripada 56 kerusi DUN pada PRN Johor yang dijadual berlangsung pada 11 Julai depan.Ini bermakna gabungan itu tidak meletakkan calon di baki 23 kerusi, melibatkan 13 kerusi kini disandang BN, iaitu Buloh Kasap, Bekok, Yong Peng, Parit Yaani, Machap, Tanjung Surat, Larkin, Kempas, Benut, Pulai Sebatang, Pekan Nanas, Kukup dan Mahkota.PN juga tidak bertanding di sembilan kerusi iaitu Tangkak, Bentayan, Penggaram, Mengkibol, Perling, Skudai, Bukit Batu, Senai dan Johor Jaya yang dimenangi PH pada PRN Johor 2022, selain kerusi Puteri Wangsa yang sebelum ini disandang Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).Menurut Awang Azman, situasi kali ini berbeza daripada PRN Johor 2022 apabila BN memenangi 40 daripada 56 kerusi, diikuti PH (12), PN (3) dan Muda (1)."Kemenangan besar BN ketika itu turut dibantu pertandingan pelbagai penjuru, perpecahan undi pembangkang dan kadar keluar mengundi yang rendah iaitu sekitar 54.92 peratus," ujarnya.Kata beliau, pertandingan dua penjuru kali ini berpotensi menghasilkan dua kesan berbeza mengikut komposisi pengundi di sesuatu kawasan dengan BN lebih berpeluang di kawasan majoriti Melayu, luar bandar dan separa bandar kerana sebahagian penyokong PN mungkin memilih BN atas faktor kestabilan, calon tempatan dan kesinambungan pentadbiran Melayu."Sebaliknya, di kawasan bandar atau bercampur, ketiadaan PN juga boleh membantu PH kerana undi penolakan terhadap BN tidak lagi berpecah kepada beberapa parti," ujarnya.Justeru, beliau memaklumkan, BN hanya mendapat manfaat maksimum sekiranya mampu menarik sebahagian besar pengundi PN yang tidak mempunyai calon."BN tidak boleh menganggap penyokong PN akan berpindah secara automatik |
|
MCMC tubuh pasukan khas pantau berita palsu sepanjang PRN - Fahmi - Sinarharian - 27/06 12:19 am BATU PAHAT - Pakatan Harapan (PH) akan memperkukuh strategi kempen melalui gabungan gerak kerja padaperingkat akar umbi dan platform media sosial bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula secara rasmi pada Sabtu.Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan segala mesej serta tawaran gabungan berkenaan dapat disampaikan secara berkesan kepada setiap lapisan rakyat.Beliau berkata, bagi PRN kali ini, PKR yang akan bertanding di 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan memulakan gerak kerja kempen sejurus selesai proses penamaan calon pagi Sabtu."Pagi esok, saya sendiri akan ke Semerah, manakala (Timbalan Presiden PKR) Nurul Izzah Anwar akan menemani (calon Senggarang) Onn Abu Bakar di Pusat Penamaan Calon DUN Senggarang."Kita juga wujudkan group (kumpulan)media rasmi untuk penyaluran maklumat calon PH dengan pantas," katanya pada sidang media selepas Program Hasrat Madani di sini pada Jumaat.Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata,kempen PH kali ini juga akan memberikan tumpuan penuh kepada penyebaran fakta bagi memastikan pengundi mendapat maklumat yang sahih sepanjang tempoh berkempen.Dalam pada itu, Fahmi berkata, keselarasan hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terbukti menjadi pemangkin kepada pelaksanaan projek berimpak tinggi di Johor.Beliau memberikan contoh Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), yang bukan sahaja memacu ekonomi, malah berupaya merapatkan jurang pembangunan antara daerah."Kemampuan PH bukan omong kosong tetapi telah terbukti di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Dengan tokoh berwibawa seperti Dr Maszlee Malik di Puteri Wangsa dan Onn Abu Bakar di Senggarang, kita yakin mampu membawa perubahan di Johor," katanya.Mengenai manifesto PH, beliau mengesahkan gabungan itu akan meluncurkan manifesto khusus untuk PRN Johor dalam masa terdekat.Sementara itu, Fahmi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan pasukan petugas khas bersama SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Majlis Media Malaysia bagi memantau dan menangkis penularan berita palsu sepanjang PRN.Terdahulu, beliau meluangkan masa menyantuni dan mendengar aspirasi warga Senggarang, selain menonton tayangan 'wayang pacak' filem Blood Brothers bersama penduduk setempat bersempena dengan program berkenaan.- Bernama |
|
PRN Johor: Tiada calon 'boomers' untuk Bersama - Sinarharian - 26/06 10:18 pm Bagaimanapun kita tapis dan lalui proses itu bagi memastikan hasrat Bersama masuk dalam pilihan raya di Johor buat kali pertama ini."Kita nak tunjukkan bahawa dalam memilih calon, paling penting mereka ada latar belakang yang baik, ada potensi untuk jadi pemimpin dan kita nak pastikan mereka boleh bawa suara rakyat biasa."Kami tak perlukan ahli politik lagi ramai dalam Bersama. Apa yang kita perlukan ialah orang biasa daripada kalangan rakyat biasa supaya bila mereka masuk dan kalau ditakdirkan 'we have miracles' tiba-tiba ada calon kita menang," katanya.Beliau berkata demikian semasa Majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Trak Kancil di Kampung Baru Majidee, Johor Bahru pada Jumaat.Kesemua 15 calon Bersama telah mengisytiharkan penyata harta, pendapatan dan perbelanjaan secara Akuan Bersumpah (SD).Selain itu, mereka turut menandatangani empat aku janji secara SD dan satu surat peletakan jawatan secara bersyarat termasuk aku janji bersetuju dengan bon penalti RM2 juta sekiranya melanggar perjanjian tidak lompat parti.Berikut ialah senarai penuh kerusi yang akan ditandingi Bersama:N14 Bukit Naning - Iskandar Md AliasN29 Mahkota - Abd Hamid AliN40 Tiram - Dr Harith FakhrudinN41 Puteri Wangsa - Nicholas Paul VincentN42 Johor Jaya - Lau Yi LeongN43 Permas - Dr Zamil NajwahN44 Larkin - Norsinah AbuN45 Stulang - Stanley TanN46 Perling - Boo Wei HanN47 Kempas - Salamahafifi YusnanienyN48 Skudai - Eugene ChuaN49 Kota Iskandar - Sahrudin OmarN50 Bukit Permai - Aidil RiduanN51 Bukit Batu - Tamili GopalakrishnanN52 Senai - Tew Chian HowSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 7 Julai. |
|
Salahkah cadangkan anak saya jadi calon? – Puad - Mygazette - 25/06 10:13 pm KUALA LUMPUR - "Mengenai anak saya, salahkah kalau saya mencadangkannya? Kenapa itu jadi isu? Kalau tidak boleh, kenapa anak perempuan Ketua Bahagian Ledang boleh bertanding di Serom" |
|
Cops bust forex investment scam syndicate in Wangsa Maju, nab nine Chinese nationals - Sinardaily - 25/06 9:12 pm KUALA LUMPUR - Police raided a luxury condominium in Wangsa Maju today and arrested nine foreign men for suspected involvement in fraudulent foreign exchange investment activities targeting Chinese nationals.Kuala Lumpur police chief Datuk Fadil Marsus said the operation, conducted by the KL Police Strike Force at 11am, was aimed at curbing commercial crimes involving investment scams."The nine foreign men arrested are Chinese nationals, while a Malaysian man was also detained for his role in delivering food |
|
'Bukan sebab anak, lakukan 'kamikaze' demi sedarkan pemimpin' - Puad Zarkashi - Sinarharian - 25/06 8:40 pm SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan tindakannya keluar parti bukan kerana tidak puas hati anaknya tidak dipilih sebagai calon, sebaliknya keputusan kamikaze tersebut diambil bagi menyedarkan kepimpinan mengenai kelemahan sistem pemilihan calon.Menurutnya, tindakan tersebut diambil selepas bantahannya terhadap proses pemilihan calon tidak mendapat perhatian sehingga menyebabkan beliau tiada pilihan selain mengambil pendirian berkenaan.Mohd Puad mempersoalkan keputusan mengetepikan Ketua Puteri UMNO Johor yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Mersing dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing demi memberi laluan kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Endau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor."Itu juga yang berlaku kepada Saudara Azizul Bachok bekas ADUN Tiram |
|
Polis tumpas pusat panggilan pelaburan palsu, 10 ditahan - Utusan - 25/06 8:13 pm PETALING JAYA: Sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang beroperasi di sebuah unit kediaman mewah di Wangsa Maju dekat sini, tumpas selepas polis menahan 10 lelaki dalam serbuan hari ini |
|
Kediaman mewah jadi sarang scam pelaburan, sembilan warga China ditahan - Sinarharian - 25/06 5:25 pm KUALA LUMPUR - Sebuah unit kediaman mewah yang menjalankan aktiviti pusat panggilan pelaburan dalam talian palsudi Wangsa Maju di sini terbongkar susulan serbuan polis pada Khamis.Serbuan dijalankan oleh pasukan khas KL Police Strike Force, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada jam 11 pagi, hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan di kawasan kediaman berkenaan.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil serbuan pihaknya menemui sembilan lelaki warga negara China dan seorang lelaki warga tempatan dalam satu unit kediaman di tingkat 17, residensi berkenaan."Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan peralatan seperti komputer riba dantelefon bimbit dalam sebuah bilik di kediaman itu yang dijadikan sebagai pusat panggilan."Siasatan awal mendapati, kesemua warga China berusia dalam lingkungan 30-an ini menjalankan aktiviti penipuan pelaburan tukaran mata wang asing (Forex Scam) dan menyasarkan mangsa di negara China," katanya kepada media pada Khamis.Beliau berkata, pihaknya percaya pusat panggilanitu mula beroperasi sejak awal Mei lalu."Kita turut menahan seorang lelaki tempatan yang merupakan penghantar makanan secara harian kepada suspek warga China terbabit."Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pemilik yang menyewakan kediaman berkenaan selain ejen atau dalang yang menguruskan kemasukan warga asing terbabit ke negara ini," katanya.Beliau berkata, pihak polis mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai dan masyarakat setempat yang mengetahui atau melihat sebarang situasi mencurigakan di persekitaran mereka."Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Hotline Polis KL di talian 03-21159999 atau datang ke balai polis berhampiran," katanya. |
|
Syed Hussien calon tepat untuk DUN Mahkota- Mohd Hafiz - Mygazette - 25/06 3:38 pm # Syed Hussien calon tepat untuk DUN Mahkota- Mohd Hafiz KLUANG - Keputusan meletakkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan satu keputusan tepat |
|
MCA pertaruh 15 calon di PRN Johor MCA pertaruh 15 calon di PRN Johor - Mygazette - 25/06 8:08 am Sebanyak 80 peratus mempunyai kelulusan universiti atau lebih tinggi, 20 peratus berlatar belakang perundangan dan 33.3 peratus berasal daripada sektor perniagaan. MCA akan bertanding di 15 kerusi DUN iaitu Jementah, Bekok, Tangkak, Bentayan, Yong Peng, Penggaram, Layang-Layang, Mengkibol, Paloh, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Stulang, Skudai, Senai dan Pekan Nanas. |
|
Rekod, hubungan istana jadi penentu - Penganalisis politik - Sinarharian - 24/06 9:00 am PUTRAJAYA - Calon Menteri Besar Johor bukan sekadar ditentukan berdasarkan nama besar dan pengalaman dalam pentadbiran kerajaan, sebaliknya rekod pencapaian serta hubungan dengan institusi istana turut menjadi antara pertimbangan penting.Menurut penganalisis politik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Dr Mohd Izani Mohd Zain, perkara itu turut terpakai terhadap bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.Menurutnya, pengalaman dimiliki Maszlee menjadikan pencalonan beliau bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan tokoh berkenaan pernah memegang portfolio penting dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan."Beliau merupakan ahli politik yang berpengalaman dan pernah menjadi Menteri Pendidikan sebelum ini. Jadi bukan suatu perkara yang baharu untuk beliau dicalonkan bertanding dan dianggap calon utama MB Johor jika PH menang," katanya kepada Sinar Harian.Bagaimanapun, Mohd Izani menjelaskan, pelantikan Menteri Besar melibatkan beberapa pertimbangan lain yang tidak boleh diketepikan.Katanya, rekod pencapaian dan hubungan dengan institusi istana merupakan antara faktor signifikan yang perlu diberi perhatian sebelum seseorang individu dilantik menerajui pentadbiran negeri."Banyak pertimbangan lain perlu diambil kira untuk dilantik sebagai MB Johor, " ujarnya.Pada masa sama, beliau mengingatkan bahawa semua andaian mengenai jawatan berkenaan masih tertakluk kepada keputusan PRN Johor yang akan berlangsung nanti.Menurut Mohd Izani, Maszlee perlu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dan PH perlu memperoleh kemenangan bagi membentuk kerajaan negeri terlebih dahulu."Apa pun beliau perlu menang dan PH perlu menang dalam PRN kali ini untuk beliau boleh dilantik dengan perkenan Sultan," ujarnya.Sebelum ini, PH mempertaruhkan 56 calon dari pelbagai latar belakang termasuk bekas menteri, Exco dan ahli Parlimen.Selain Maszlee yang diletakkan sebagai calon DUN Puteri Wangsa, antara nama besar turut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat (DUN Larkin), Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Zuhan Zain (DUN Mahkota).Muka baharu iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad (DUN Kempas) dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor dan Mohd Fakharuddin Moslim (DUN Pasir Raja). |
|
Maszlee setuju mahu debat dengan Onn Hafiz - Mygazette - 23/06 5:35 pm Bismillah," katanya. Maszlee sebelum ini dipilih menjadi calon Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa oleh Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini |
|
Calon MUDA mahu reformasi perundangan, gubal dasar lebih progresif - Mygazette - 23/06 5:35 pm "Ini untuk memastikan tidak ada ADUN lantikan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor," menurut kenyataan tersebut yang dikeluarkan di sini hari ini. Kenyataan tersebut melibatkan calon DUN Simpang Jeram, Ainie Haziqah Shafii; Calon DUN Maharani, Amir Jack; calon DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied dan calon DUN Bukit Batu, Premanand |
|
Pakatans Puteri Wangsa hopeful Maszlee says yes to face Onn Hafiz in debate - Malaymail - 23/06 5:34 pm KUALA LUMPUR, June 23 Former Education Minister Maszlee Malik has openly accepted an invitation to debate with J... |
|
Debat PRN Johor: Maszlee sudah sedia, Onn Hafiz bagaimana? - Mkini - 23/06 5:17 pm Maszlee, yang diumumkan sebagai calon PH bagi kerusi Puteri Wangsa berkata keputusan dibuat atas dasar menghormati demokrasi. |
|
Maszlee accepts challenge to debate Onn Hafiz - FMT - 23/06 4:20 pm PHs Puteri Wangsa candidate says he is prepared to take part in a proposed debate with the Johor Barisan Nasional chief. |
|
Maszlee terima cadangan debat dengan Onn Hafiz - FMT - 23/06 3:35 pm Calon PH Puteri Wangsa itu berharap debat sempena PRN Johor itu menjadi wahana mendidik rakyat. |
|
Dr Maszlee sedia terima debat dengan Onn - Harapandaily - 23/06 2:46 pm Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik menyatakan kesediaannya untuk menerima pelawaan debat bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung bulan depan |
|
Onn disarankan berdebat dengan Maszlee - Harapandaily - 23/06 11:51 am Cadangan agar debat diadakan antara Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz dengan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mendapat perhatian ramai |
|
Pakatan names full Johor election candidate list: Maszlee Malik for Puteri Wangsa, former state assembly speaker for Larkin - Malaymail - 23/06 9:12 am TANGKAK, June 23 Pakatan Harapan (PH) announced its full list of 56 candidates for the Johor election last... |
|
PRN Johor: Bekas Menteri, Exco, Ahli Parlimen antara 56 calon PH - Mygazette - 23/06 8:02 am # PRN Johor: Bekas Menteri, Exco, Ahli Parlimen antara 56 calon PH TANGKAK - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dipilih sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Puteri Wangsa yang merupakan antara kerusi panas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 |
|
PRN Johor: PKR tanding 20 kerusi, sasar menang 7 kerusi? - Mygazette - 23/06 8:02 am # PRN Johor: PKR tanding 20 kerusi, sasar menang 7 kerusi? JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mempertaruhkan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini dengan tujuh daripadanya dikenal pasti sebagai sasaran kemenangan. Sumber tertinggi Pakatan Harapan (PH) memberitahu MalaysiaGazette, tujuh kerusi berkenaan ialah DUN Bukit Naning; Pemanis; Senggarang; Bukit Batu; Tenggaroh; Kempas dan Puteri Wangsa |
|
Johor polls: Maszlee Malik, Suhaizan Kayat among 56 PH candidates - Sinardaily - 23/06 7:16 am TANGKAK - Pakatan Harapan (PH) chairman Datuk Seri Anwar Ibrahim announced the list of candidates for the coalition who will contest in the 16th Johor state election.The announcement made at the PH Candidate Announcement Ceremony at Padang Bukit Gambir Extreme Park here last night was also witnessed by the top leadership and thousands of supporters of the coalition.Also present were PH secretary-general Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, DAP secretary-general Anthony Loke and Amanah president Datuk Seri Mohamad Sabu.The list of candidates announced featured a combination of new faces and experienced leaders from PH component parties, namely PKR, DAP and Amanah.In his speech, Anwar, who is also PKR president, said the process of selecting candidates was not easy given that more than 1,000 individuals were identified as being worthy of being nominated, but only 56 candidates could be selected to represent the coalition."I ask everyone to work hard, he said.The following are PH candidates for the Johor state election:N.01: Buloh Kasap - Noraziah Mohd RazitN.02: Jementah - Ng Kor SimN.03: Pemanis - Jalex Lee En XiangN.04: Kemelah - Mohd Afif Abd HamidN.05: Tenang - Elia Nadira SabudinN.06: Bekok - Tay Yok JiuenN.07: Bukit Kepong - Subramani ChamiN.08: Bukit Pasir - Muhd Najib LepN.09: Gambir - Mohd Nor Mohd YusofN.10: Tangkak - Ee Chin LiN.11: Serom - Ahmad Nazari Abd HamidN.12: Bentayan - Ng Yak HoweN.13: Simpang Jeram - Nazri Abd RahmanN.14: Bukit Naning - Md Ysahrudin KusniN.15: Maharani - Muhammad TaqiuddinN.16: Sungai Balang - Ayna Soraya BadaruddinN.17: Semerah - Mohd Khuzzan Abu BakarN.18: Sri Medan - Cikgu HishamuddinN.19: Yong Peng - Yong Hui YiN.20: Semarang - Ramli Abd HamidN.21: Parit Yaani - Md Ezam Md TaslimN.22: Parit Raja - Shazwan Dzainal AbidinN.23: Penggaram - Felicia Poh Rui LingN.24: Senggarang - Onn Abu BakarN.25: Rengit - Mohamad Yazid BakriN.26: Machap - Nor Hafiz RoslanN.27: Layang-Layang - Guna BalakrishnanN.28: Mengkibol - Chu Poh YeeN.29: Mahkota - Ahmad Zuhan Md ZainN.30: Paloh - Dr. Ruben ArumungumN.31: Kahang - Mohd Sabri Abd KadirN.32: Endau - Saiful Nizam SamadN.33: Tenggaroh - Md Yusof DawamN.34: Panti - Ahmad Daniel SharudinN.35: Pasir Raja - Mohd Fakharuddin MuslimN.36: Sedili - Amirul Husni OnnN.37: Johor Lama - Danish Hossman Abd RahmanN.38: Penawar - Mohd Sawaludin SallehN.39: Tanjung Surat - Faizul Abdul GhaniN.40: Tiram - Nor Zulaila Abd GhaniN.41: Puteri Wangsa - Maszlee MalikN.42: Johor Jaya - Lee Wern YiingN.43: Permas - Teo Siew HuiN.44: Larkin - Suhaizan KaiatN.45: Stulang - Cheng Kah EngN.46: Perling - Alan Tee Boon TsongN.47: Kempas - Muhammad Faezuddin Mohd PuadN.48: Skudai - Kartiyaini JeyapalanN.49: Kota Iskandar - Dzulkefly AhmadN.50: Bukit Permai - Mohamad Shafwan AniN.51: Bukit Batu - Chiong Sen SernN.52: Senai - Wong Bor YangN.53: Benut - Abd Razak IsmailN.54: Pulai Sebatang - Haniff @ Ghazali HosmanN.55: Pekas Nanas - Yeo Tung SiongN.56: Kukup - Cheah Chee Hong- BERNAMA |
|
PRU Johor: PM Anwar Umum Kesemua 56 Calon Pakatan Harapan - Wrlr - 23/06 2:37 am Foto PMO Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi di Padang Extreme Bukit Gambir yang dihadiri ribuan penyokong seluruh pelusuk Johor. Beberapa nama lain yang diumumkan termasuk bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang dicalonkan di DUN Puteri Wangsa |
|
PRN Johor: Bekas menteri, Exco, ahli Parlimen antara 56 calon PH - Sinarharian - 22/06 11:54 pm TANGKAK - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik antara nama besar yang diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.Pengumuman senarai 56 calon PH itu dibuat oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis di Bukit Gambir, Tangkak malam Isnin.Selain itu, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat turut dicalonkan di kerusi DUN Larkin, manakala Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Zuhan Zain ditampilkan di DUN Mahkota yang sebelum ini dianggap kubu kuat UMNO.Selain itu, dua bekas Exco Kerajaan Johor era Pakatan Harapan (PH) iaitu Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah) dan Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar) kembali mewakili kerusi masing-masing yang ditandingi sebelum ini.Muka baharu iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad (Kempas) dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor dan Mohd Fakharuddin Moslim (Pasir Raja).Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar pula kali ini mencuba nasib di kerusi DUN Senggarang sementara Noraziah Mohd Razit (Buloh Kasap); Ng Kor Sim (Jementah); Jalex Lee En Xiang (Pemanis) dan Mohd Afif Abd Hamid (Kemelah).Turut mempertaruhkan nasib Elia Nadira Sabudin (Tenang); Tay Yok Jiuen (Bekok); C Subramani (Bukit Kepong); Muhd Najib Lep (Bukit Pasir); Mohd Nor Mohd Yusof (Gambir) dan Ee Chin Li (Tangkak).Ini termasuk Ahmad Nazari Abd Hamid (Serom); Ng Yak Howe (Bentayan) Nazri Abd Rahman (Simpang Jeram); Md Ysahrudin Kusni (Bukit Naning); Muhammad Taqiuddin (Maharani) dan Ayna Soraya Badaruddin (Sungai Balang).Hishamuddin (Sri Medan); Yong Hui Yi (Yong Peng); Ramli Abd Hamid (Semarang); Md Ezam Md Taslim (Parit Yaani); Shazwan Dzainal Abidin (Parit Raja); Felicia Poh Rui Ling (Penggaram); Mohamad Yazid Bakri (Rengit) dan Nor Hafiz Roslan (Machap).Sementara Guna Balakrishnan (Layang Layang); Chu Poh Yee (Mengkibol); Dr Ruben Arumungum (Paloh); Mohd Sabri Abd Kadir (Kahang); Saiful Nizam Samad (Endau); Md Yusof Dawam (Tenggaroh) Ahmad Daniel Sharudin (Panti) dan Amirul Husni Onn (Sedili).Danish Hossman Abd Rahman (Johor Lama); Mohd Sawaludin Salleh (Penawar);Faizul Abdul Ghani (Tanjung Surat); Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram); Lee Wern Yiing (Johor Jaya) dan Teo Siew Hui (Permas).Cheng Kah Eng (Stulang); Alan Tee Boon Tsong (Perling); Kartiyaini Jeyapalan (Skudai); Mohamad Shafwan Ani (Bukit Permai); Chiong Sen Sern (Bukit Batu); Wong Bor Yang (Senai); Abd Razak Ismail (Benut); Haniff@Ghazali Hosman (Pulai Sebatang); Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) dan Cheah Chee Hong (Kukup). |
|
Terkini PH pertaruhkan Suhaizan di Larkin, Maszlee Malik di Puteri Wangsa - Harapandaily - 22/06 11:32 pm Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan barisan calon gabungan itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. Antara pemimpin yang menjadi tumpuan adalah bekas menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik yang bakal dipertaruhkan merebut kerusi Puteri Wangsa yang kini disandang Muda |
|
Harapan unveils Johor candidates, Maszlee for PKR in Puteri Wangsa - Mkini - 22/06 11:32 pm UPDATED 11.47PM Anwar makes announcement during event in Tangkak tonight. |
|
[VIDEO] PRN Johor: Maszlee taruhan PH di Puteri Wangsa - Kosmo - 22/06 11:21 pm TANGKAK – Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai ini |
|
PH umum Maszlee, Ahli Parlimen Batu Pahat calon PRN Johor - FMT - 22/06 10:56 pm Maszlee Malik akan bertanding di kerusi Puteri Wangsa, manakala Onn Abu Bakar di Senggarang. |
|
PH umum Maszlee, Ahli Parlimen Batu Pahat calon PRN Johor - Hotfm - 22/06 10:56 pm Maszlee Malik akan bertanding di kerusi Puteri Wangsa, manakala Onn Abu Bakar akan bertanding di Senggarang. |
|
PH names ex-education minister Maszlee, Batu Pahat MP for Johor polls - FMT - 22/06 10:55 pm Maszlee Malik will contest the Puteri Wangsa seat, while Onn Abu Bakar will vie for Senggarang. |
|
PRN Johor: Maszlee Malik, Suhaizan Kayat antara calon PH - Sinarharian - 22/06 10:50 pm TANGKAK - [DIKEMAS KINI] Pakatan Harapan (PH) menampilkan barisan calon pelbagai latar belakang termasuk bekas menteri, speaker dan Exco dalam usaha mempertahankan serta merampas beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua calon yang ditampilkan merupakan anak Johor yang memahami isu setempat dan dipilih berdasarkan kemampuan serta rekod perkhidmatan.Antara calon yang menjadi tumpuan ialah Dr Maszlee Malik (Puteri Wangsa-PKR), bekas Menteri Pendidikan yang kembali menjadi taruhan PH.Turut disenaraikan ialah Suhaizan Kayat (Larkin, Amanah) yang merupakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor serta Andrew Chen Kah Eng yang berperanan sebagai Ketua Pembangkang DUN Johor mewakili DAP.Sementara itu, Faezuddin Puad, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, turut diketengahkan di kawasan Kempas sebagai sebahagian strategi PH memberi ruang kepada pemimpin muda.Calon PH bagi PRN Johor adalah seperti yang berikut:- N.01: Buloh Kasap - Noraziah Mohd Razit- N.02: Jementah - Ng Kor Sim- N.03: Pemanis - Jalex Lee En Xiang- N.04: Kemelah - Mohd Afif Abd Hamid- N.05: Tenang - Elia Nadira Sabudin- N.06: Bekok - Tay Yok Jiuen- N.07: Bukit Kepong - C |
|
PRN Johor: Bersama tanding 15 kerusi - Sinarharian - 22/06 5:24 pm KUALA LUMPUR - Parti Bersama akan bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.Menerusi kenyataan bersama Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad pada Isnin, pemilihan kerusi berkenaan dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk latar belakang dan kecenderungan pengundi hasil dapatan kaji selidik serta data yang dijalankan sejak enam bulan lalu.Menurut mereka, faktor lain yang diambil kira ialah sambutan terhadap Bersama berdasarkan keahlian mengikut unit Parlimen dan kecenderungan ahli-ahli di kawasan terbabit."Pemilihan kerusi juga mengambil kira kesesuaian calon-calon daripada kalangan perintis Bersama di Johor dan calon terbuka yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut."Ia turut mengambil kira kemampuan Bersama mengendalikan kempen pilihan raya secara berkesan di kerusi-kerusi berkenaan," kata mereka dalam satu kenyataan pada Isnin.Kerusi yang akan ditandingi Bersama ialah N13 Bukit Naning (Bakri), N29 Mahkota (Kluang), N40 Tiram (Tebrau), N41 Puteri Wangsa (Tebrau), N42 Johor Jaya (Pasir Gudang) dan N43 Permas (Pasir Gudang).Selain itu, N44 Larkin (Johor Bahru), N45 Stulang (Johor Bahru), N46 Perling (Pulai), N47 Kempas (Pulai), N48 Skudai (Iskandar Puteri), N49 Kota Iskandar (Iskandar Puteri), N50 Bukit Permai (Kulai), N51 Bukit Batu (Kulai) serta N52 Senai (Kulai).Daripada jumlah itu, tujuh kerusi kini disandang UMNO, lima disandang DAP, satu disandang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu lagi disandang Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).Rafizi dan Nik Nazmi berkata, calon-calon Bersama akan diumumkan pada Jumaat ini jam 8 malam di Johor Bahru bersempena pelancaran trak kancil parti itu.Menurut mereka, lokasi pelancaran berkenaan akan diumumkan kemudian.Dalam pada itu, mereka memaklumkan ahli-ahli Bersama dan orang ramai yang ingin menjadi jentera parti di 15 kerusi terbabit boleh mula mendaftarkan diri menerusi laman sesawang parti.Jelasnya, sistem ejen pengundian atau Polling Agent dan Counting Agent (PACA) juga telah dibuka untuk pendaftaran."Mereka yang ingin menjadi PACA boleh melayari laman sesawang BERSAMA dan klik 'Sertai Kempen'."Dari situ, mereka boleh log masuk ke sistem kempen Bersama selepas mendapat OTP dan melalui proses untuk menjadi PACA, termasuk mengemukakan dokumen yang dikehendaki Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta mengikuti latihan," menurut kenyataan itu.Mereka berkata, sistem kempen bersepadu Bersama akan mula dibuka pada Selasa, 23 Jun 2026, bagi membolehkan ahli-ahli parti dan orang ramai dari seluruh negara memilih kempen pilihan raya yang ingin disertai atau dibantu mengikut tarikh, masa, lokasi dan jenis aktiviti.Menurut mereka, Bersama berhasrat merintis kempen pilihan raya moden yang tidak memerlukan perbelanjaan besar dengan mengaktifkan seramai mungkin ahli dan orang ramai dari seluruh Malaysia untuk membantu kempen parti itu di 15 kerusi berkenaan secara sukarela."Bagi Bersama, PRN Johor 2026 bukan sahaja medan berebut kerusi dan pangkat untuk orang politik."Ia adalah peluang untuk merintis budaya politik yang lebih berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat serta masa depan negara dan rakyat," kata mereka. |
|
Bersama tanding 15 kerusi di PRN Johor - FMT - 22/06 3:10 pm Kerusi itu termasuk lapan dimenangi Umno-BN dan Puteri Wangsa dikuasai Muda pada pilihan raya lalu. |
|
Bersama targets 15 seats in Johor polls - FMT - 22/06 2:49 pm These include eight that Umno-BN won in the last state election, and Puteri Wangsa, which Muda won. |
|
MUDA letak empat calon di PRN Johor - Mygazette - 22/06 7:46 am KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokrasi Malaysia (MUDA) mengesahkan meletakkan calon di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai depan. Perkara itu diumumkan Presidennya, Amira Aisya Abdul Aziz dimana kerusi-kerusi itu adalah DUN Puteri Wangsa, Bukit Batu, Maharani dan DUN Simpang Jeram |
|
Muda fields three more candidates for Johor polls - Sinardaily - 22/06 7:42 am KUALA LUMPUR - The Malaysian United Democratic Alliance (Muda) announced three more candidates who will contest in the Johor state election.Muda Kulai chief M. Premanand, 53, will contest the Bukit Batu state seat, while Muda Muar information chief Muhammad Amir Fiqri, 30, has been named for Maharani and the party's secretary-general Ainie Haziqah Shafii, 36, will contest Simpang Jeram.The announcement was made by party president Amira Aisya Abdul Aziz during the Malam Suara Muda event here last night.On Saturday, Amira Aisya announced Puteri Wangsa State Constituency Service Centre chief Rashifa Aljunied, 26, as the party's candidate for the Puteri Wangsa seat.The Election Commission has set July 11 as polling day for the Johor state election, with nomination day on June 27 and early voting on July 7 |
|
Muda pertaruh tiga lagi calon pada PRN Johor - Sinarharian - 21/06 11:47 pm KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada Ahad mengumumkan tiga lagi calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Ketua Muda Bahagian Kulai, M Premanand, 53, dipertaruhkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu; Ketua Penerangan Muda Muar, Muhammad Amir Fiqri, 30, di DUNMaharani manakalaSetiausaha Agung Muda, Ainie Haziqah Shafii, 36, di DUN Simpang Jeram.Pengumuman kesemua calon dibuatPresiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz pada Malam Suara Muda di sini.Semalam, Amira Aisya mengumumkan Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied, 26, sebagai calon bagi kerusi DUNPuteri Wangsa, pada PRNberkenaan.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 7 Julai |
|
Puteri kedua Raja Muda Perlis tamat Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela TDM - FMT - 21/06 5:39 pm Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyertai kursus berkenaan bermula 7 hingga semalam. |
|
Maszlee kembali jadi sebutan, Suhaizan dipertaruh Amanah, Aminolhuda .. - Mygazette - 21/06 5:26 pm Pada masa sama, Amanah dikatakan telah mengemukakan 19 nama calon, manakala PKR dijangka mempertaruhkan 20 calon, namun rundingan akhir masih berjalan dan belum dimuktamadkan. Antara kerusi yang menjadi tumpuan ialah Pemanis, Layang-Layang, Puteri Wangsa, Kempas dan Bukit Naning |
|
Modern masculinity meets Malaysian craftsmanship at Style Now finale - Sinardaily - 21/06 5:20 pm KUALA LUMPUR Fashion, culture and modern masculinity took centre stage at KLGCC Mall as its week-long Style Now showcase drew to a close with a Father's Day-themed fashion presentation on Saturday.Held at the mall's Main Atrium, the showcase brought together some of Malaysia's leading designers, lifestyle brands and creative talents in conjunction with Father's Day and Awal Muharram, offering visitors a blend of fashion, retail experiences and family-focused activities.Saturday's programme featured runway presentations by Radzuan Radziwill, Smart Master, Kalai House of Linen andUlin Songket, alongside musical performances by Rezza Shah and Vince Chong, who performed fatherhood-inspired songs including Nothing's Gonna Change My Love For You and Dance With My Father.The event was graced by Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and hosted by emcee Joey G.The showcase formed part of Style Now, a nine-day lifestyle campaign held from June 13 to 21 that celebrated contemporary menswear, local craftsmanship and personal style through fashion presentations, lifestyle booths, designer showcases and celebrity appearances.Visitors also explored a curated lifestyle bazaar featuring retailers, experiential booths and local entrepreneurs, including a pop-up by actor Aaron Aziz showcasing his signature fragrance line, Oud.Malaysian actor and Kuala Lumpur Men's Fashion Week founder Datuk Seri Raja Shah Rezza, who organised the showcase in collaboration with KLGCC Mall, said the programme was designed to celebrate both fashion and fatherhood."I wanted the show to have the flavour of Father's Day |
|
Perebutan berakhir, Amanah serah DUN Puteri Wangsa pada PKR - Mkini - 21/06 2:35 pm Tidak mengapa, kami bersetuju dengan kehendak mereka (PKR) |
|
Malaysian students return from US exchange with new confidence, global outlook - Sinardaily - 21/06 12:00 am KUALA LUMPUR - For 23 Malaysian students, six months in the United States (US) was more than an exchange programme; it was a journey that broadened their horizons, built their confidence, and deepened their appreciation for their Malaysian identity.The students were participants of the 2026 Kennedy-Lugar Youth Exchange and Study (KL-YES) Programme managed by Yayasan AFS Antarabudaya Malaysia, which enabled them to spend six months in the US after completing their Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examinations.The participants were enrolled in different high schools during their stints, which began in January.They were celebrated at a homecoming event in Kuala Lumpur on June 8.The event was attended by US Embassy Counsellor for Public Diplomacy Morgan O'Brien and Yayasan AFS Antarabudaya Malaysia national director Kuhan Kandiah Chelvanathan.Seven students from the cohort were also awarded Public Service Department (JPA) scholarships, underscoring the programme's impact on the participants.For Aleeya Qistina Sa'aroni from Seri Kembangan, Selangor, the programme began with an unexpected challenge when an ice storm in Tennessee confined her indoors for two weeks.Rather than dampening her experience, the situation helped her forge a close bond with her host mother."We shared stories and culture with each other, and that made our relationship better |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |