| /// |
|
| Search : Pusat Tarbiah Islamiah News | Page 1 |
|
Bandar Ho Chi Minh Rancang Sekat Kenderaan Petrol, Diesel Mulai Julai 2027 - Careta - 6/09 5:21 pm Rancangan itu akan dimulakan sebagai projek perintis meliputi kawasan teras pusat bandar Ho Chi Minh dan kawasan bandar baharu Thu Thiem, dengan keluasan keseluruhan kira-kira 930 hektar |
|
600 pelajar orang asli berada di universiti, kolej seluruh negara tahun... - Mygazette - 6/09 5:15 pm # 600 pelajar orang asli berada di universiti, kolej seluruh negara tahun ini -TPM ISKANDAR PUTERI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersyukur dan bangga apabila lebih 600 anak orang asli berada di universiti dan kolej seluruh negara tahun ini |
|
Berang televisyen kuat, suami mabuk tetak isteri - Mygazette - 6/09 5:15 pm KOTA TINGGI - Seorang warga emas yang berang, tergamak menetak isterinya dengan parang hanya kerana memasang televisyen dengan kuat dalam kejadian di Taman Desa Sejahtera di sini malam tadi |
|
Hadi dedah AS pernah tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan - Mygazette - 6/09 5:15 pm "Dia (pihak AS) nak ajak bincang, sanggup nak jatuh kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Amerika sanggup tolong," katanya ketika ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini, hari ini |
|
Amerika Syarikat tolak dakwaan pernah campur tangan dalam politik Malaysia - Mygazette - 6/09 5:15 pm "Kami tidak memberikan apa-apa keputusan kerana kita tidak mengharapkan campur tangan daripada negara-negara luar. Politik negara kita, negara kitalah, tidak boleh ada campur tangan luar," katanya pada sidang media selepas Muktamar Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini, semalam.- MalaysiaGazette Kenyataan berkenaan tidak wajar kerana golongan profesional juga tidak terkecuali daripada terlibat dalam kes rasuah dan salah laku, kata Mohd Yussof. |
|
Cukuplah berkelahi, ‘ketegaq’ sangat – Sanusi tegur Pas .. - Mygazette - 6/09 5:15 pm Tak ada siapa dah nak pergi berubat, hampa berubatlah diri hampa sendiri," katanya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Tahunan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini, hari ini |
|
Prestasi 6 bulan jadi penentu nasib pengerusi PN negeri - Mygazette - 6/09 5:15 pm Dilantik pada Mac, maka September ini sudah cukup enam bulan. "Berkemungkinan kita akan mengkaji semula," katanya ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini, hari ini |
|
Masih terlalu awal namakan calon PM untuk PRU-16 – Zahid - Mygazette - 6/09 5:15 pm "Belum tiba masanya. Kita belum tahu lagi kerusi siapa banyak, siapa sedikit," katanya dalam sidang akhbar Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kota Bahru |
|
Pas tak mahu lagi ???lepas??? kerusi boleh menang kepada parti lain... - Mygazette - 6/09 5:15 pm "Kita akan tentukan kerusi mana yang patut, yang boleh dimenangi oleh Pas. Kita jangan lepas dah kerusi itu kepada siapa-siapa pun," katanya ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini, hari ini |
|
Letusan Anak Krakatau: 31 penerbangan ke Jakarta dari Malaysia dibatalkan hari ini - MAHB - Sinarharian - 6/09 4:10 pm PUTRAJAYA - Sebanyak 31 penerbangan ke Jakarta dibatalkan di semua lapangan terbang seluruh negara pada Ahad susulan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta berikutan abu vulkanik yang terhasil daripada letusan Gunung Anak Krakatau.Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), pembatalan yang dilaporkan syarikat penerbangan setakat tengah hari ini, melibatkan penerbangan yang dijadualkan antara 6.45 pagi hingga 11.55 malam.Pengendali lapangan terbang itu menjelaskan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencatat bilangan pembatalan tertinggi dengan 21 penerbangan meliputi 15 di Terminal 1 dan enam di Terminal 2."Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang merekodkan enam pembatalan, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching mencatat satu pembatalan, Lapangan Terbang Subang dua dan Lapangan Terbang Kota Bharu dengan satu pembatalan," katanya kepada Bernama pada Ahad.Gunung Anak Krakatau, yang terletak di Selat Sunda antara Jawa dan Sumatera, terus meletus sehingga Sabtu, dengan pihak berkuasa melaporkan aktiviti pancutan lava dan bunyi dentuman dan gemuruh yang boleh didengar dari sebuah pos pemerhatian.Letusan itu bermula pada 11.07 malam waktu tempatan pada Jumaat dan berterusan sepanjang pemerhatian dari tengah malam hingga 6 pagi semalam.Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia melaporkan abu gunung berapi dikenal pasti setinggi 6,000 meter di bahagian Jawa gunung berapi itu manakala kepulan sehingga 15,000 meter di bahagian Sumatera dan beberapa bahagian wilayah Banten di Jawa.Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta telah digantung sehingga 1.30 tengah hari, waktu tempatan hari ini (2.30 petang, waktu Malaysia).Terdahulu, akaun media sosial rasmi KLIA mengeluarkan nasihat perjalanan yang menggesa penumpang menuju ke Jakarta menerusi penerbangan yang terjejas supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk maklumat jadual terkini.KLIA memaklumkan kawasan rehat telah disediakan untuk penumpang yang terjejas menunggu berita selanjutnya |
|
Mardhiyyah usik, DAP melatah, Fadhli skru Ramkarpal - Harakahdaily - 6/09 1:26 pm KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan DAP bukan sahaja hipokrit, malah penipu besar terhadap prinsip integriti parti itu berhubung pelepasan 47 pertuduhan rasuah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
Penunggang p-hailing maut motosikal terbabas sendiri, tiada kaitan rempit - Polis - Sinarharian - 6/09 1:26 pm MELAKA - Seorang penunggang p-hailing maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sendiri sebelum melanggar pokok di pembahagi jalan di Lebuh AMJ Semabok menghala ke Bandar Melaka, awal pagi Ahad.Mangsa, Muhammad Hakimin A Samah, 24, yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala, badan dan kaki.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, kemalangan berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan lumba haram atau rempit.Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 2.30 pagi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kandang menghala ke Bandar Melaka."Setibanya di lokasi kejadian, motosikal itu hilang kawalan sebelum melanggar pokok yang berada di pembahagi jalan lalu terjatuh di pembahagi jalan."Tiada saksi awam di lokasi kejadian dan tiada rakaman kamera papan pemuka (dashcam) daripada kenderaan yang terlibat," katanya menerusi kenyataan.Halim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan sebelum mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.Ujarnya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Terdahulu, awal pagi Ahad tular video berdurasi 29 saat di Facebook memaparkan kegiatan sekumpulan penunggang motosikal dipercayai terlibat dalam aktiviti mat rempit dan lumba haram di sekitar Melaka Sentral.Halim berkata, polis menerima aduan awam berhubung kegiatan sekumpulan penunggang motosikal yang disyaki terlibat dalam aktiviti berkenaan sekitar jam 3.10 pagi.Susulan aduan itu, katanya, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Melaka Tengah menyalurkan maklumat kepada pegawai bertugas dan mengarahkan elemen polis berhampiran untuk menjalankan kawalan serta pemantauan di lokasi."Dalam operasi penguatkuasaan berkenaan, polis telah membuat dua tangkapan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki memandu secara melulu dan membahayakan."Polis turut membuat sitaan terhadap lapan motosikal sepanjang operasi yang dijalankan di sekitar daerah Melaka Tengah," katanya.Katanya, secara keseluruhannya, sebanyak 97 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang operasi berkenaan.Ujar beliau, polis mengambil kira peningkatan aktiviti serta penganjuran pelbagai acara di negeri Melaka yang menarik kehadiran orang luar, sekali gus menyumbang kepada pertambahan aliran trafik dan penggunaan motosikal di beberapa lokasi tumpuan."Polis Melaka Tengah akan terus mempertingkatkan rondaan, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan mat rempit selain memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan lumba haram, mat rempit atau sebarang kesalahan jalan raya diseru supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis melalui saluran yang disediakan," katanya. |
|
Masih terlalu awal namakan calon PM - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/09 12:03 am Kita tidak tahu bila Parlimen dibubarkan. Saya fikir elok kita ketepikan soal itu dululah dan tumpukan kepada menghadapi pilihan raya di Melaka," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan di Stadium EduCity di sini pada Ahad.Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kota Bharu yang dilaporkan mengakui parti itu mempunyai calon Perdana Menteri daripada Pas untuk menghadapi PRU16.Bagaimanapun, Pas belum bersedia mendedahkan individu berkenaan kerana penentuan calon Perdana Menteri hanya akan dibuat selepas melihat kekuatan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding pada PRU16.Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, sebarang perbincangan berkaitan calon Perdana Menteri bagi kerajaan Persekutuan hanya wajar diberi perhatian selepas perkembangan politik semasa, khususnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dapat diketahui."Tumpuan kita ketika ini ialah PRN Melaka |
|
Safeguard patient safety with safer working hours for healthcare workers - Pas Muslimat Council - Sinardaily - 5/09 8:47 pm KOTA BHARU The Pas Muslimat Council has called for the government to establish a National Safe Working Hours Framework for healthcare workers, saying working hours should be treated as a patient safety and workforce sustainability issue.Its representative Wan Syahirah Wan Jafri said long working hours, staff shortages and heavy on-call workloads could lead to fatigue and burnout, affecting the welfare of healthcare workers, clinical performance and patient safety.She said the issue could not be resolved simply by reducing working hours or changing duty schedules without addressing the root cause of whether there were enough healthcare workers to meet workload and service demands.If there are not enough workers, reducing working hours will simply shift the workload onto other staff, she said during the 72nd Pas Annual Muktamar at Pusat Tarbiyah Islam Kelantan in Pengkalan Chepa, here today.She proposed that the Health Ministry establish national standards covering working hours, on-call duties, limits on continuous working hours, minimum rest periods after on-call duties, post-call protections and monitoring of actual overtime.She also called for a National Health Workforce Supply and Demand plan, including transparent projections of healthcare workforce requirements over the next five to 10 years.The plan should cover doctors, nurses, pharmacists and allied health professionals, as well as regularly updated information on vacancies and workforce requirements, she said.She also called for minimum safe staffing levels to be determined based on workload and actual service demand rather than simply the number of positions available.She said factors including patient numbers, the severity and complexity of cases, procedures performed, operating hours and on-call workloads should be taken into account."Workforce retention and wellbeing should become key performance indicators for the Health Ministry, including staff turnover, resignations, vacancy rates, overtime, burnout and retention rates."We also call for the national healthcare task audit to identify and reduce administrative duties that do not require clinical expertise."The roles of doctors, nurses and allied health professionals should be optimised according to their respective competencies through digitalisation, information technology systems, administrative support, automation and better distribution of tasks."This is not a demand to work less |
|
Puspakom Beroperasi 24 Jam Mulai Januari Tahun Depan - Mydateline - 5/09 8:00 pm Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan memanjangkan tempoh operasi sedia ada kepada 24 jam bermula Januari 2027 bagi memberi peluang kepada orang ramai membuat pemeriksaan .. |
|
Ikhlas dengan bodoh dekat sangat, senipis kulit bawang' - Sanusi - Sinarharian - 5/09 7:35 pm Itu ikhlas dengan bodoh namanya."Ikhlas dengan bodoh ni dekat sangat, jaraknya hanya senipis kulit bawang. Jangan ambil yang bodoh, ambil yang ikhlas tak apa," katanya.Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah mengibaratkan Pas seperti 'parti gajah' yang tidak sepatutnya gundah atau mengikut rentak parti baharu yang diumpamakan seperti kucing."Dilarang tawaduk kepada orang yang tidak tawaduk |
|
Puspakom Beroperasi 24 Jam Mulai Januari Tahun Depan - Siakapkeli - 5/09 7:15 pm Puspakom Beroperasi 24 Jam Mulai Januari Tahun DepanKLANG, 5 Sept (Bernama) -- Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan memanjangkan tempoh opera... |
|
Mardhiyyah dan Alex diumum pembahas terbaik - Harakahdaily - 5/09 6:59 pm KOTA BHARU: Perwakilan PAS Kedah, Mardhiyyah Johari, dinobatkan sebagai pembahas terbaik pada Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali ke-72 yang diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini, hari ini |
|
Terengganu tuan rumah Muktamar Pas Ke-73 tahun depan - Sinarharian - 5/09 5:23 pm KOTA BHARU - Terengganu bersedia mengalas tanggungjawab sebagai tuan rumah penganjuran Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-73 yang dijadualkan berlangsung pada 2027.Setiausaha Pas Terengganu, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa Pas Pusat atas kepercayaan yang diberikan untuk memilih negeri itu sebagai lokasi penganjuran.Menurutnya, persediaan awal membabitkan keperluan logistik seperti pemilihan lokasi, penyediaan petugas serta kemudahan penginapan akan mula dikenal pasti bagi memastikan kelancaran program berskala besar berkenaan."Terengganu akan bersiap sedia dengan segala keperluan sama ada dari sudut tempat, petugas, penginapan dan sebagainya |
|
Pas to send four leaders to Umno assembly next week - Sinardaily - 5/09 5:21 pm KOTA BHARU Pas has confirmed it will attend the 2026 Umno General Assembly (PAU), which begins on Sep 9 at the World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.Pas Secretary-general Datuk Seri Takiyuddin Hassan said he is among four top party leaders set to attend.He said Pas hopes the Ummah unity agenda would be among the main issues raised and debated at the assembly."We believe that is an emphasis from the Umno president himself and that is what we understand the agenda to be. We were invited and we will attend."I am one of those attending along with other Pas leaders, but who the others will be has not yet been finalised," he said.He was speaking at a press conference after the 72nd Pas Annual Muktamar at Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa here on Saturday.Meanwhile, Pas deputy president Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man confirmed the party had received the official invitation, adding that the list of representatives would be finalised later. |
|
PN to decide Bersatu's position at upcoming meeting - Sinardaily - 5/09 5:09 pm KOTA BHARU Perikatan Nasional is set to decide on Bersatus position in the coalition at an upcoming meeting.According to the Pas secretary-general Datuk Seri Takiyuddin Hassan the meeting, expected to be held in about two weeks, would discuss the status of existing component parties as well as the possibility of new parties joining the coalition.One of the agendas may be to look at the position of our component parties |
|
Penentuan syurga dan neraka hak mutlak ALLAH, jangan kaitkan dengan politik - Menteri Agama - Sinarharian - 5/09 5:09 pm SHAH ALAM - Penentuan syurga dan neraka adalah hak mutlak ALLAH SWT semata-mata dan tiada mana-mana individu, pemimpin atau wadah politik yang mempunyai autoriti untuk menjamin laluan ke syurga.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, mendakwa sokongan kepada organisasi tertentu sebagai syarat ke syurga seolah-oleh mempertikai hak ALLAH SWT.Menurutnya, perkara berkenaan bertentangan dengan firman-Nya dalam Surah al-Baqarah ayat 111 yang menegur sikap mendakwa syurga hanya milik kelompok sendiri."Syarat utama untuk meraih keredaan dan rahmat ALLAH SWT adalah keimanan yang ikhlas, ketakwaan, amalan soleh mengikut ajaran al-Quran dan al-Sunnah, bukannya borang keahlian atau sokongan kepada mana-mana bendera politik."Sikap mendakwa kumpulannya pasti suci manakala orang lain terkeluar daripada rahmat ALLAH SWT merupakan bentuk memuji diri sendiri dan ghuluw (sikap melampau) yang dilarang keras dalam Islam," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam ceramah Sambutan Jubli Intan 75 tahun Pas di Kota Bharu pada Jumaat berkata, seseorang boleh mendapat tempat di syurga melalui perjuangan dibawa mereka.Walaupun mengakui parti itu sekadar sebuah pertubuhan politik beliau menegaskan wadah perjuangan mereka berteraskan Islam dan selaras dengan ajaran yang diperintahkan ALLAH SWT.Menurut Zulkifli, parti politik hanyalah satu wasilah (alat atau perantara) usaha manusia yang tidak sunyi daripada kelemahan dan ijtihad, bukannya agama itu sendiri."Berpolitiklah dengan matang dan berakhlak berasaskan keadilan serta kemaslahatan ummah, tanpa menggadaikan nilai akidah dan ukhuwah Islamiah," katanya. |
|
Pas terima jemputan, akan hantar wakil ke PAU 2026 - Sinarharian - 5/09 4:52 pm KOTA BHARU - Pas mengesahkan akan memenuhi jemputan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadualkan bermula 9 September ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau merupakan antara empat pimpinan tertinggi parti yang dijadualkan hadir ke persidangan tahunan tersebut.Menurutnya, Pas turut berharap agar agenda Penyatuan Ummah menjadi antara fokus utama yang diangkat dan dibahaskan dalam persidangan berkenaan."Kita yakin itu adalah satu penekanan daripada Presiden UMNO itu sendiri dan digambarkan kepada kami itulah agendanya. Kami dijemput dan kami akan hadir."Saya salah seorang yang akan hadir bersama kepimpinan Pas yang lain, cuma siapa (empat pimpinan) yang akan hadir itu belum dimuktamadkan lagi," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengesahkan penerimaan jemputan rasmi berkenaan dan memaklumkan keputusan rasmi mengenai senarai perwakilan akan dimuktamadkan kelak. |
|
Pas-Umno talks to continue despite Zahids absence, says Takiyuddin - Sinardaily - 5/09 4:41 pm KOTA BHARU Pas says negotiations with Umno will continue despite the absence of Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi from the 72nd Pas Annual Muktamar, with discussions expected to focus on political cooperation ahead of the Melaka state election.Pas secretary-general Datuk Seri Takiyuddin Hassan said Zahids absence should not be interpreted as a sign that Umno would contest the Melaka election on its own.I can confirm that because I am directly involved in the discussions, he told reporters at Pusat Tarbiyah Islam Kelantan, here today.Takiyuddin said negotiations between Pas and Umno would continue, possibly within the next few days.We will continue our negotiations |
|
PRU16: Pas lancar Tabung Derma Jihad, sasar kembali ke Putrajaya - Sinarharian - 5/09 4:28 pm KOTA BHARU - Pas menyasarkan untuk menawan beberapa buah negeri lagi sekaligus melangkah ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, seluruh ahli dan pimpinan parti digesa kekal fokus dan mengukuhkan semangat kerja berjemaah sebagai persiapan awal."Mudah-mudahan muktamar kita hari ini bukan sahaja merumuskan agenda besar, tetapi kita akan pulang dengan semangat mujahadah yang tinggi, sabar, istiqamah dalam perjuangan dan terus bekerja bagi memastikan PRU16, insyaALLAH kita akan menawan beberapa buah negeri dan akan berada di Putrajaya," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Mengulas mengenai perundingan kerusi bersama rakan komponen, beliau berkata, prinsip keutamaan parti kekal berpegang kepada kerusi yang dimenangi akan dipertahankan, selain perlu adanya sifat bertolak ansur bagi pembahagian kerusi baharu.Menurutnya, setiap keputusan pimpinan peringkat pusat perlu dipatuhi oleh jentera di semua peringkat demi agenda yang lebih besar."Di sana kita perlu lihat lebih besar, toleransi dan tolak ansur membahagikan kerusi-kerusi yang belum kita menangi |
|
'Judi bukan hak, tetapi virus kepada masyarakat' - DHPP - Sinarharian - 5/09 4:20 pm KOTA BHARU - Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) mahu kerajaan bertegas dalam menangani gejala perjudian yang menjadi virus dalam masyarakat.Ketua DHPP, Kumaresan Baby Kalidawson berkata, perkembangan teknologi menyebabkan kegiatan perjudian tidak hanya tertumpu kepada premis atau kaunter nombor ekor, tetapi merangkumi permainan 4D, serta platform perjudian dalam talian yang boleh diakses melalui telefon bimbit pada bila-bila masa.Menurut beliau, keadaan itu menuntut pendekatan yang lebih menyeluruh daripada kerajaan bagi memastikan masyarakat dilindungi daripada kesan buruk gejala berkenaan menerusi langkah kawalan, pendidikan dan pencegahan yang lebih berkesan."Perjudian bukan sekadar kerugian, ia memberi kesan besar kepada institusi keluarga, masalah hutang dan kesejahteraan masyarakat."DHPP mohon kerajaan mengawal, mendidik dan melindungi masyarakat daripada masalah perjudian ini. Judi bukan hak golongan bukan Islam, tapi adalah virus kepada masyarakat," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Beliau berkata, akses yang semakin meluas kepada pelbagai bentuk perjudian melalui platform digital menyebabkan gejala itu boleh berlaku tanpa mengira masa dan lokasi sekali gus meningkatkan risiko ketagihan serta pelbagai implikasi sosial kepada masyarakat.Sehubungan itu, katanya, usaha menangani perjudian tidak boleh hanya tertumpu kepada aspek penguatkuasaan semata-mata, sebaliknya perlu disertai pendidikan berterusan serta langkah pencegahan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesan buruk gejala tersebut.Terdahulu, Muktamar Tahunan Pas Ke-72 turut menerima tanpa bahas usul yang dibawa Pas Kawasan Baling yang menggesa kerajaan Persekutuan memberi ruang lebih jelas kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar lebih tegas terhadap operasi premis perjudian menerusi penambahbaikan peruntukan undang-undang berkaitan. |
|
Pas to launch Influencer Academy 2.0 after training 43 graduates for GE16 cyber fight - Sinardaily - 5/09 4:00 pm KOTA BHARU - The 16th General Election (GE16) will see a new-era battle involving the use of artificial intelligence (AI) as a key weapon against political rivals in the online arena.Pas central information chief Ahmad Fadhli Shaari said to meet this challenge, the party had produced 43 graduates through the Pas Influencer Academy to serve as frontliners in the battle of perception.He said all the participants completed the course, out of a total of 81, after passing several stages of assessment and training, both physical and online."Those who successfully completed this course received their certificates at the recent Pas Muslimat muktamar and Pas Youth muktamar."They will become frontliners fighting in the shadow arena, producing videos and responding to issues and will be among our forces facing the upcoming general election," he said.He was speaking while delivering the closing address at Pas' 72nd annual muktamar at Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa.Fadhli said following the success of the first phase, the Pas central information bureau (Lajnah Penerangan) would launch Influencer Academy 2.0, opening participation to divisions nationwide.He urged division-level leaderships to be more proactive in sending capable representatives who could give full commitment."This is a battle of the new millennium, a battle on new ground |
|
Edutainment Fest Simpan SSPN satukan hiburan, pendidikan semai budaya menyimpan - Sinarharian - 5/09 3:45 pm KUALA LUMPUR Edutainment Fest Simpan SSPN menjadi platform penting dalam membentuk generasi masa depan menerusi gabungan pendidikan dan hiburan yang bukan sahaja menyeronokkan, malah memberikan pendedahan kepada kanak-kanak dan keluarga mengenai kepentingan merancang masa depan.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Lokman Affandy Yahya berkata, pendekatan edutainment membolehkan mesej pendidikan disampaikan dalam suasana yang lebih santai, menarik dan mudah diterima.Menurutnya, antara perkara yang diberikan penekanan menerusi penganjuran Edutainment Fest ialah usaha membudayakan amalan menabung dalam kalangan keluarga, khususnya bagi persediaan pendidikan anak-anak."Budaya menabung merupakan satu amalan yang perlu kita utamakan pada masa ini."Selain itu, kita mahu memupuk generasi muda masa depan agar lebih yakin, kreatif dan berani mencuba tanpa rasa takut," katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Peluncuran Edutainment Fest Simpan SSPN di sebuah pusat beli-belah pada Sabtu.Majlis pelancaran festival itu disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Zawiah Wan Abu Bakar.Edutainment Fest 2026 berlangsung selama dua hari, iaitu pada 5 dan 6 September di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 10 malam.Festival anjuran Pa&Ma dan Nu Ideaktiv dengan kerjasama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) PTPTN serta sokongan Jalen dan Sanofi itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk Himpunan Generasi Futuristik, Genius IQ Simpan SSPN, Kuasa Mewarna dan sesi Meet & Greet Mechamato.Sebanyak 500 peserta terawal yang mendaftar turut berpeluang menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM30, barangan eksklusif dan sijil penyertaan.Lokman berkata, pendekatan edutainment yang menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan membolehkan mesej berkaitan pendidikan serta perancangan masa depan disampaikan dalam suasana yang lebih menyeronokkan."Kami menggabungkan pendidikan dengan hiburan sebaik mungkin bagi menjadikan program ini satu acara yang bermakna untuk semua lapisan masyarakat," katanya.Beliau berkata, sambutan ibu bapa terhadap penganjuran Edutainment Fest amat memberangsangkan, khususnya melihat komitmen mereka membawa anak-anak menyertai program tersebut."Alhamdulillah, saya melihat sambutan ibu bapa dan kesungguhan mereka hadir seawal pagi ke Kuala Lumpur sebagai sesuatu yang amat membanggakan dan menggembirakan kami," katanya.Tambah beliau, Edutainment Fest yang kini memasuki edisi keempat diharap dapat diteruskan serta diperluaskan menerusi kerjasama strategik dengan lebih banyak pihak pada masa hadapan."Kami sentiasa mencari rakan strategik yang mempunyai aspirasi sama untuk memperkukuh agenda kekeluargaan dan membudayakan aktiviti yang sihat serta bermanfaat untuk keluarga," katanya. |
|
Enam kawasan di Sarawak catat bacaan IPU sangat tidak sihat - Sinarharian - 5/09 3:20 pm KUALA LUMPUR - Sebanyak enam kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat setakat 1 tengah hari tadi dengan Serian merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 287.Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Azuri Azizah Saedon berkata, lima lagi kawasan di negeri itu yang merekodkan bacaan sangat tidak sihat ialah Kuching (267), Sri Aman (251), Samarahan (242), Samalaju (202) dan Bintulu (201).Beliau berkata, 25 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihatmelibatkan Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Labuan, Sarawak dan Selangor, selain26 kawasanmencatatkan status kualiti udarasederhana dan 11kawasan pada tahap baik.Azuri Azizah berkata, keadaan itu berlaku dalam persekitaran cuaca kering yang berterusan di sebahagian Rantau Selatan ASEAN.Beliau berkata, berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) semalam, 139 titik panas dikesan di Kalimantan, Sumatera (138) dan Malaysia (16), iaitu sembilan di Sarawak, Sabah (lima) dan Terengganu (dua)."ASMC turut melaporkan jerebu sederhana hingga tebal diperhatikan bergerak ke arah timur laut dari Kalimantan ke beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Brunei."Kepulan asap sederhana hingga tebal turut diperhatikan di Kalimantan Utara dan Kalimantan Timur serta bahagian tengah dan selatan Sumatera, manakala jerebu sederhana di Singapura, bahagian selatan Semenanjung dan bahagian timur Jawa,"katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sehubungandengan itu, beliau berkata, JAS terus mempertingkatkan pemantauan dan rondaan di kawasan berisiko termasuk hutan, tanah gambut, tapak pelupusan sampah, kawasan pertanian dan perladangan serta kawasan industri yang berpotensi menjadi punca pembakaran terbuka.Azuri Azizah berkata, sebarang sumber pembakaran terbuka atau pencemaran yang dikenal pasti akan disiasat dan tindakan penguatkuasaan akan diambil dengan tegas mengikut peruntukan undang-undang serta bidang kuasa JAS.Orang ramai diminta segera melaporkan sebarang kejadian kebakaran atau pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui talian 999 atau talian bebas tol JAS 1-800-88-2727 bagi membolehkan tindakan segera diambil.Bacaan IPU terkini boleh dirujuk melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) JAS di laman sesawangapims.doe.gov.myatau aplikasi MyJAS |
|
LIMA: Risiko hilang penyertaan peserta dunia jika tiada tambah baik tapak, fasiliti - Mohamed Khaled - Sinarharian - 5/09 3:06 pm KOTA TINGGI - Negara berdepan risiko kehilangan penyertaan peserta dunia dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) jika tidak melakukan penambahbaikan drastik terhadap keluasan tapak serta fasiliti.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia bagi memastikan pameran LIMA di Malaysia kekal relevan dan berprestij.Menurutnya, persaingan menjadi semakin sengit apabila negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia mula agresif menganjurkan pameran pertahanan."Itulah sebabnya saya beri bayangan satu kawasan yang boleh tampung lebih besar dan mudahkan orang semua datang sebagainya."Kawasan berpotensi adalah seperti di Klebang, Melaka dan ini boleh dipertimbangkan untuk penganjuran masa depan," katanya ketika ditemui selepas hadir merasmikan Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kerajaan meneroka alternatif untuk menganjurkan LIMA di Melaka pada masa hadapan.Dalam laporan itu, Mohamed Khaled berkata, ia memerlukan pelaburan besar daripada kerajaan bagi memastikan infrastruktur berkaitan dapat dilengkapkan dengan sempurna sebelum pameran berkenaan dilaksanakan.Dalam perkembangan sama, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan, LIMA tidak seharusnya dihentikan selepas jenamanya dibina selama berpuluh tahun sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.Menurutnya, sekiranya kemudahan sedia ada di Langkawi tidak lagi mampu menampung keperluan pameran yang semakin besar, kerajaan perlu melihat pilihan lain bagi memastikan penyertaan pemain industri antarabangsa tidak terjejas.Mengulas lanjut, Mohamed Khaled memberi contoh penganjuran di Arab Saudi dan Abu Dhabi yang memanfaatkan keluasan kawasan tapak setingkat sekali gus membolehkan aset serta kenderaan pertahanan dipamerkan secara terbuka di luar bangunan."Kita setiap dua tahun buat Defense Services Asia (DSA) |
|
Pas siapkan 'frontliner' medan maya, tangkis serangan persepsi menjelang PRU16 - Sinarharian - 5/09 2:58 pm KOTA BHARU - Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bakal menyaksikan pertempuran era baharu membabitkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai senjata utama bagi mendepani cabaran musuh politik di medan maya.Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, bagi menggalas cabaran tersebut, parti itu telah berjaya melahirkan seramai 43 graduan menerusi Akademi Influencer Pas sebagai barisan hadapan (frontliner) bagi menangkis pertempuran persepsi.Menurutnya, kesemua peserta berkenaan berjaya menamatkan kursus selepas melepasi beberapa fasa penilaian dan latihan fizikal serta secara dalam talian daripada keseluruhan 81 peserta."Mereka yang berjaya menamatkan kursus ini telah menerima sijil pada Muktamar Muslimat Pas dan Muktamar Dewan Pemuda Pas baru-baru ini."Mereka ini akan menjadi frontliner bertempur di medan bayang, menghasilkan video-video dan juga menjawab isu-isu, sekali gus menjadi antara tenaga kita untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli memberitahu, susulan kejayaan fasa pertama itu, pihak Lajnah Penerangan Pas Pusat bakal melancarkan Akademi Influencer 2.0 dengan membuka penyertaan dari kawasan-kawasan di seluruh negara.Sehubungan itu, beliau menggesa kepimpinan peringkat kawasan supaya lebih proaktif menghantar wakil yang berprestasi dan mampu memberikan komitmen padu."Ini pertempuran alaf baru, pertempuran medan baru |
|
Pas Ulama Council calls for Muslim unity as national agenda ahead of GE - Sinardaily - 5/09 2:42 pm KOTA BHARU - The Pas Ulama Council wants Muslim unity to be made a strategic national agenda, including closer political cooperation among Malay-Muslim parties ahead of the next general election (GE).PasUlama Council representative Zulkarnain Hassan said Muslim unity was crucial to strengthening the community, ensuring political stability, fostering social harmony and safeguarding the country's wellbeing.He said political divisions and partisan competition could weaken Muslim unity and the community's ability to determine its own direction."The unity of the ummah must become a strategic agenda that takes priority over party interests and electoral considerations, based on Islamic principles, mutual understanding and the interests of the ummah and the nation," he said when tabling the motion on Muslim unity at the 72nd Pas Muktamar at Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) in Pengkalan Chepa, here, today.Zulkarnain said the unity agenda should be based on Islam while upholding the position of Islam, the Malay Rulers, Malay and Bumiputera rights and the Malay language as provided for under the Federal Constitution, while ensuring justice and the legitimate rights of all citizens.He said the agenda should also strengthen Malay-Muslim political power in a mature, strong and credible manner to establish a stable and integrity-driven government capable of addressing economic issues, the rising cost of living, corruption, education and the welfare of the people."Pas should expand dialogue and cooperation with Malay-Muslim political parties, ulama, non-governmental organisations, professionals, academics, the younger generation and other parties that share common ground on matters concerning Islam, the ummah and the country," he said.Among the proposals put forward by the council is to strengthen strategic political cooperation among Malay-Muslim parties, including developing strategies for the next general election to reduce fragmentation of the Malay-Muslim vote.However, Zulkarnain stressed that any such cooperation would remain subject to decisions by the party leadership.The council also proposed the establishment or strengthening of a specific mechanism to coordinate dialogue, strategic studies and network-building on Muslim unity.Zulkarnain said the unity agenda should extend beyond politics to areas including the economy, education, social development, dakwah, media, professional development and the younger generation.He said all forms of cooperation must take into account the principles of priorities, balance and the interests of the ummah without compromising the principles of Pas' Islamic struggle."The Pas Ulama Council should continue to provide guidance on Islamic law and political principles in determining the principles and limits of cooperation," he said.Zulkarnain also stressed that Pas was not merely a political party, but also a movement centred on dakwah and tarbiah.He also reminded delegates of the need to engage with everyone, regardless of whether they were Muslims or non-Muslims, as part of efforts to advance the broader unity agenda.Zulkarnain also cited Surah Al-Imran, verse 103, which calls on Muslims to "hold firmly to the rope of Allah all together and do not be divided", as the basis for the council's call for greater unity.He said the approach was also consistent with the advice of Islamic scholar Al-Allamah Rashid Rida to help one another in matters on which there was agreement and show understanding towards one another in areas of difference. |
|
Pas calls for broader unity, urges members to stop internal conflicts - Sinardaily - 5/09 2:10 pm KOTA BHARU - Pas has called for greater unity among Muslims, saying internal divisions weaken the community's political strength and undermine its dignity.Pas Pahangdelegate Nasaruddin Hassan urged the party's leaders and supporters to replace a politics of punishment with education, guidance and nurturing in efforts to strengthen unity.He said there should be no attempts to create conflict or undermine the unity agenda, while cautioning members against using harsh or divisive language in their speeches and writings.Social media, he said, should also be used as a platform for unity rather than division."A single harsh or divisive social media post could undermine years of efforts to build unity |
|
Pas Youth calls for RCI into alleged 'corporate mafia' network linked to political figures, enforcement officials - Sinardaily - 5/09 1:18 pm KOTA BHARU - Pas Youth Councilhas called for the establishment of a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate allegations of a "corporate mafia" network with links to political figures and enforcement officials.Moving the motion at the muktamar, Pas Youth Councildelegate Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir said the allegations, first raised in an international report in February 2026, involved a network of businessmen said to have connections with senior political leaders and enforcement officials attempting to gain control of a company."This is what we call the corporate mafia that is allegedly operating and existing in our country without us knowing,"said during the 72nd Pas Muktamar at Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) in Pengkalan Chepa, here, today.Nazrul argued that if Tabung Haji could be subjected to an RCI in the name of good governance, the same standard should apply to allegations involving individuals with links to the highest levels of government and enforcement."If Tabung Haji can have an RCI, why can't this alleged corporate mafia issue also have an RCI?" he asked.He noted that police had said the authorities may not be involved, but argued this was insufficient given allegations that enforcement bodies may themselves have played a role."No businessman should be too wealthy or too powerful to be investigated |
|
Cadangan lokasi alternatif Lima tampung penyertaan lebih besar, kekal kompetitif - Hotfm - 5/09 12:59 am Menteri pertahanan berkata Klebang antara lokasi boleh dipertimbangkan, namun perlu pelaburan besar untuk menyediakan pusat konvensyen dan kawasan pameran sesuai. |
|
Cadangan lokasi alternatif Lima tampung penyertaan lebih besar, kekal kompetitif - FMT - 5/09 12:59 am Menteri pertahanan berkata Klebang antara lokasi boleh dipertimbangkan, namun perlu pelaburan besar untuk menyediakan pusat konvensyen dan kawasan pameran sesuai. |
|
Pas perlu buka pintu seluas-luas tarik anak muda - Afnan - Sinarharian - 5/09 12:46 am KOTA BHARU - Pas digesa membuka seluas-luasnya 'pintu masuk' parti itu bagi menyambut sokongan, sekali gus menarik golongan muda yang kini mendominasi demografi negara.Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, sekitar 60 hingga 65 peratus daripada 34.2 juta penduduk Malaysia berusia bawah 40 tahun kini semakin berminat serta yakin dengan masa depan dibawa parti itu."Pas ada dewan yang besar, pintu yang nak masuk dewan itu juga kena besar. Buka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang nak bersama Pas," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Afnan Hamimi menjelaskan, generasi muda hari ini mempunyai sifat tersendiri iaitu tidak mahu terikat dengan struktur organisasi tegar mahupun pengisian borang ahli, namun sedia menyertai aktiviti parti seperti konvoi dan program kemasyarakatan."Sebab itu kita kena faham pendekatan mereka |
|
LIMA: Lokasi alternatif tampung penyertaan lebih besar, pastikan kekal kompetitif - Khaled - Sinarharian - 5/09 12:20 am KOTA TINGGI - Cadangan mencari lokasi alternatif bagi penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada masa hadapan dibuat bagi memastikan acara itu kekal kompetitif susulan persaingan sengit pameran pertahanan di rantau ini.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia perlu sentiasa melakukan penambahbaikan termasuk dari segi keluasan kawasan dan kemudahan penganjuran, terutama apabila semakin banyak negara jiran turut menganjurkan pameran pertahanan."Persaingan untuk penganjuran itu sangat kuat |
|
Pameran pelancongan domestik di MATTA Fair rekod jualan hingga RM16 juta setiap edisi - Sinarharian - 5/09 12:08 am KUALA LUMPUR - Pameran pelancongan domestik di MATTA Fair merekodkan sambutan positif apabila menjana jualan sehingga RM16 juta setiap edisi.Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Nigel Wong berkata, perkembangan itu menunjukkan perubahan trend apabila semakin ramai rakyat Malaysia mula meneroka destinasi pelancongan dalam negara."Dewan domestik MATA Fair kini menjadi antara pameran pelancongan domestik terbesar di Malaysia, dengan setiap edisi menjana kira-kira RM15 juta hingga RM16 juta dalam jualan pelancongan domestik."Pada masa sama, Aras 1 (dewan domestik) menghimpunkan pemain domestik dengan penyertaan negeri-negeri dari seluruh Malaysia serta rakan pelancongan tempatan," katanya ketika berucap pada pembukaan MATTA Fair September ke-59 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada Sabtu.Tambahnya, perkembangan itu baik untuk pelancongan antarabangsa kerana ia merangsang kreativiti dan inovasi dalam kalangan tarikan serta destinasi pelancongan tempatan.Kata beliau, MATTA Fair kali ini menawarkan pelbagai destinasi percutian, tawaran perjalanan dan pengalaman pelancongan kepada pengunjung.Jelasnya, penganjuran edisi kali ini berlangsung ketika sektor pelancongan negara menunjukkan momentum positif dengan Malaysia merekodkan 42.2 juta pelawat antarabangsa pada 2025, meningkat 11.2 peratus berbanding tahun sebelumnya."Momentum itu berterusan pada 2026 apabila sebanyak 21.2 juta ketibaan antarabangsa direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini."Penganjuran MATTA Fair kali ini turut menyokong sasaran 47 juta ketibaan pelancong antarabangsa dan RM147.1 bilion hasil pelancongan menjelang akhir tahun menerusi kempen Visit Malaysia 2026," ujarnya.Nigel berkata, pameran ini turut menghimpunkan pelbagai agensi pelancongan berlesen, lembaga pelancongan, hotel dan syarikat penerbangan, selain 12 Organisasi Pelancongan Negeri (STO) serta 16 Organisasi Pelancongan Kebangsaan (NTO) dari seluruh dunia."Taiwan pula menjadi destinasi antarabangsa kegemaran bagi edisi kali ini," ujarnya.Menurut beliau, prestasi positif sektor pelancongan negara tahun ini memberikan peluang kepada keseluruhan industri untuk terus berkembang."Kami secara aktif berusaha membina momentum ini dengan menjadikan perjalanan lebih mudah diakses dan dipercayai."Sebagai rakan strategik kepada Visit Malaysia 2026, MATTA akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan dan rakan industri bagi menyokong agenda pelancongan negara serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong," katanya.Beliau turut menegaskan bahawa industri pelancongan kekal berdaya tahan walaupun berdepan pelbagai cabaran global termasuk ketidaktentuan geopolitik dan isu alam sekitar."Industri pelancongan telah membuktikan bahawa ia merupakan sektor yang sangat berdaya tahan, mudah menyesuaikan diri dan fleksibel |
|
PRU16: Penyatuan ummah perlu pengorbanan - Pemuda Pas Selangor - Sinarharian - 5/09 11:44 am SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor menyambut baik dan menyokong penuh usul 'Memperkasa Agenda Penyatuan Ummah ke Arah Pengukuhan Kekuatan Politik Melayu-Islam dan Kestabilan Negara' yang telah dibahas dan diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72.Usul yang dibawa oleh Dewan Ulamak Pas Pusat tersebut bukan sekadar strategi pilihan raya, sebaliknya ia adalah satu kewajiban demi menjamin kelangsungan agama, bangsa, dan tanah air.Menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor,Dr |
|
Pas desak tindakan tegas hapus kartel, monopoli industri padi, beras - Sinarharian - 5/09 10:55 am KOTA BHARU - Muktamar Tahunan Pas Pusat Kali Ke-72 mendesak kerajaan agar mengambil tindakan segera dan tegas terhadap kewujudan kartel serta amalan monopoli yang membelenggu industri padi dan beras negara.Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr Azman Ibrahim berkata, isu itu tidak boleh dilengahkan memandangkan wujud dakwaan golongan 'orang tengah' atau kartel kini mengawal hampir 95 peratus penghasilan padi tempatan.Menurutnya, kuasa kartel berkenaan bertapak kukuh ekoran kebergantungan pesawah yang terikat dengan dana pinjaman permulaan musim, sekali gus menjadikan golongan itu seperti 'tawanan' dalam sistem yang membelenggu mereka."Selagi kartel dibiarkan beroperasi, selagi itulah pesawah terus diperah, bekalan beras tempatan dimanipulasi dan rakyat menanggung harga yang tidak sepatutnya. Tindakan perlu dilaksanakan tanpa pilih kasih serta tanpa kompromi politik," katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Azman berkata, Perdana Menteri sebelum ini pernah menyeru agar amalan kartel dihapuskan, namun tindakan nyata masih belum dirasai oleh pesawah di lapangan manakala amalan monopoli terus berlaku.Dalam pada itu, beliauturut menyenaraikan empat ketetapan utama yang digariskan menerusi usul berkenaan bagi membela nasib lebih 200,000 pesawah di seluruh negara.Antaranya, kerajaan digesa menyemak dan menaikkan harga lantai padi serta-merta kepada sekurang-kurangnya RM2,000 setan metrik berbanding RM1,500 masa kini yang disifatkan hanya menyamai kos pengeluaran sehektar tanpa memberi margin keuntungan.Selain itu, beliau berkata, bekalan baja bersubsidi, benih berkualiti dan racun perosak perlu dipastikan sampai kepada pesawah tepat pada waktunya tanpa sebarang gangguan birokrasi.Katanya, tindakan undang-undang secara lebih tegas juga perlu diambil terhadap rangkaian kartel dan orang tengah bagi membebaskan rantaian bekalan makanan ruji negara."Kerajaan perlu menetapkan pelan tindakan terukur bagi meningkatkan kadar sara diri beras negara daripada 52.9 peratus pada 2024 kepada sekurang-kurangnya 75 peratus dalam tempoh lima tahun," katanya.Mengulas lanjut, beliau menggariskan realiti bebanan yang ditanggung pesawah antaranya kenaikan kos membajak mencecah RM190 seekar, kos jentuai RM17 seguni, pengangkutan RM35 setan kasar, serta isu pemutuan timbangan di kilang yang dilaporkan mencapai melebihi 40 peratus."Kadar sara diri beras negara pada tahun 2024 adalah 52.9 peratus manakala pengeluaran padi mencatatkan penurunan kepada 2.06 juta tan metrik berbanding 2.17 juta tan metrik pada 2023 |
|
Pas lulus usul desak Persekutuan henti beri lesen judi - Sinarharian - 5/09 10:21 am KOTA BHARU - Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 pada Sabtu meluluskan tanpa bahas usul menggesa kerajaan Persekutuan menghentikan pemberian lesen perjudian selain memperkukuh kuasa kerajaan negeri dalam membendung aktiviti berkenaan.Usul yang dibentangkan Pas Kawasan Baling itu diterima dalam sesi pembentangan usul pada muktamar yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepadi sini.Ketua Penerangan Pas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Muktamar, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan mahkamah berkaitan isu lesen premis perjudian di Kedah menunjukkan terdapat kekangan dari sudut perundangan terhadap kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan lebih tegas.Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan keperluan supaya kerajaan Persekutuan menilai semula dasar pemberian lesen perjudian serta mengkaji ruang perundangan bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan dasar yang lebih tegas mengikut bidang kuasa yang sah."Justeru, muktamar menggesa kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan menilai semula dasar pemberian dan pembaharuan lesen perjudian, termasuk mempertimbangkan penghentian pemberian lesen baharu."Kerajaan negeri khususnya negeri-negeri SG4, juga digesa memperkemaskan undang-undang sedia ada, dasar PBT dan mekanisme pentadbiran berdasarkan nasihat perundangan supaya usaha membendung aktiviti perjudian dapat dilaksanakan dengan asas undang-undang yang lebih kukuh," katanya ketika membentangkan usul itu.Ahmad Fadhli berkata, usul itu turut menggesa Ahli Parlimen Pas membawa perkara berkenaan ke Dewan Rakyat bagi mengkaji serta mencadangkan pindaan terhadap undang-undang Persekutuan.Menurutnya, langkah itu bertujuan memberikan ruang lebih jelas kepada kerajaan negeri untuk menentukan dasar lebih ketat terhadap operasi premis perjudian.Beliau berkata, kerajaan negeri Kedah sebelum ini mengambil pendekatan tidak mengeluarkan dan memperbaharui lesen premis perjudian sebagai sebahagian daripada usaha membendung kesan sosial dan moral akibat perjudian.Bagaimanapun, dasar tersebut dicabar melalui proses kehakiman sehingga Mahkamah Persekutuan pada 12 Ogos lalu menolak permohonan kebenaran kerajaan negeri Kedah untuk merayu sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.Usul berkenaan turut menegaskan bahawa Islam melarang perjudian kerana kemudaratannya terhadap individu, keluarga dan masyarakat selain menyifatkan isu itu berkaitan kepentingan dasar awam, kesejahteraan sosial serta ketenteraman masyarakat."Sehubungan itu muktamar berpandangan usaha menangani isu perjudian perlu diteruskan melalui saluran dasar, perbahasan di Parlimen serta pindaan undang-undang yang bersesuaian bagi memperjelaskan bidang kuasa kerajaan negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya.Sebanyak 33 usul diterima pada muktamar berkenaan daripada seluruh negara membabitkan Pas Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Jawatankuasa Pas Pusat.Selain isu perjudian, muktamar turut meluluskan tanpa bahas usul mendesak kerajaan mengambil langkah menyeluruh bagi menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.Antara cadangan dikemukakan ialah memperkukuh kawalan harga dan bekalan barangan keperluan asas, meningkatkan pendapatan serta kuasa beli rakyat, memperluaskan peluang pekerjaan berkualiti dan mengukuhkan jaringan keselamatan sosial khususnya kepada golongan B40, warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta ibu atau bapa tunggal.Muktamar juga menerima tanpa bahas usul gabungan Pas Kawasan Parit dan Pas Kawasan Bangi yang menggesa Ameerah diperkasakan sebagai sayap penting dalam organisasi Pas.Melalui usul itu, satu Jawatankuasa Khas di peringkat Pas Pusat dicadangkan ditubuhkan bagi meneliti secara menyeluruh kedudukan, struktur, fungsi, bidang kuasa serta mekanisme terbaik untuk memperkukuh peranan Ameerah dalam pembangunan kepimpinan, tarbiyah, dakwah dan advokasi Muslimat muda.Sementara itu, Ahmad Fadhli berkata, muktamar turut menerima empat usul untuk dibahaskan oleh para perwakilan."Usul-usul itu ialahmemperkasa Agenda Penyatuan Ummah ke arah pengukuhan kekuatan politik Melayu-Islam dan kestabilan negara serta penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan mafia korporat."Selain itu, usul reformasi masa kerja dan tenaga kerja kesihatan serta usul memperkasakan rantaian pengeluaran padi serta beras negara bagi memperkukuh keterjaminan makanan," katanya. |
|
'Anak muda Pas akan jadi penggali kubur PH pada PRU16' - Sinarharian - 5/09 10:15 am Anak muda tidak mudah termakan dengan dakyah PH."Bersedialah untuk dikuburkan dalam PRU16. Anak muda akan menjadi penggali kubur kepada PH nanti," katanya.Konvoi berkenaan bermula dengan peserta berkumpul di Pusat Khidmat DUN Panchor sebelum bergerak menuju ke Dataran Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini.Ketibaan peserta disambut Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Afnan Hamimi Taib bersama kepimpinan Pemuda Pas Malaysia.Program diteruskan dengan solat asar berjemaah dan sesi Pidato Anak Muda yang turut menampilkan Ketua Pengarah ARC Malaysia, Hanafi Zulkapli.Mohd Firdaus yang juga Timbalan Ketua Pengarah DACS Pemuda Pas Malaysia memberitahu gelombang penyertaan anak muda itu membuktikan generasi baharu bersedia memainkan peranan lebih besar dalam menentukan hala tuju politik negara.Ujarnya, golongan muda bakal menjadi antara kelompok penting yang menentukan keputusan PRU16, justeru Pas melihat mobilisasi anak muda sebagai elemen penting dalam menghadapi pilihan raya berkenaan. |
|
Pas calls for Parliament to be dissolved, claims Madani Government is in turmoil - Sinardaily - 5/09 8:49 am KOTA BHARU Pas has proposed for Parliament to be dissolved to allow the people to give a fresh mandate to a new administration, following claims that the Madani Government is in turmoil.Pas deputy president Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man claimed that parties within the government, particularly Pakatan Harapan (PH), were openly attacking Barisan Nasional (BN) despite currently being in cooperation with the coalition government.The situation is now out in the open and is no longer a secret |
|
Pas Terengganu has its candidate for PM, says delegate - Sinardaily - 5/09 8:30 am KOTA BHARU - Pas Terengganu has a candidate for prime minister from the state, should Perikatan Nasional (PN) go on to govern Malaysia at the upcoming 16th General Eection (GE16).Pas Terengganu delegate Dr Wan Mat Sulaiman said this is based on the successes and achievements already secured in administering the state."We are not just playing identity politics. We are also able to prove that Pas has the capability to govern well and deliver the best performance," he said while tabling a motion and debating the president's policy speech at the 72nd Pas Annual Muktamar at the Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) in Pengkalan Chepa here on Friday.Pas had earlier acknowledged having a prime ministerial candidate from within the party for GE16, though it said the time had not yet come to reveal the individual concerned.Pas president Tan Sri Abdul Hadi Awang has said the choice of prime ministerial candidate will only be made after seeing the strength of seats won by the contesting parties in the election. |
|
Pas backs MACCs move to suspend use of orange lock-up attire - Sinardaily - 5/09 8:30 am KOTA BHARU Pas has welcomed the Malaysian Anti-Corruption Commissions (MACC) decision to suspend the use of its orange lock-up attire for individuals under investigation who are brought to court for remand proceedings.Pas deputy president Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man said the move was appropriate as the individuals involved had not been charged with any offence and were only being brought to court for an extension of their remand.So, when they are made to wear orange attire, handcuffed, it gives the impression that they have already been found guilty or are being tried in court, he said during a press conference at the 72nd Pas Muktamar at Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) in Pengkalan Chepa, here, on Friday.It was reported that MACC had suspended the use of the orange lock-up attire for individuals under investigation who are brought to court for remand applications, effective immediately.MACC chief commissioner Datuk Seri Abd Halim Aman said the decision was made following recent developments and current recommendations concerning procedures for handling individuals under investigation, particularly when they are brought to court.Earlier, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said individuals detained by MACC would no longer be required to wear orange attire when brought to court for remand proceedings.Anwar was reported as saying that individuals who were merely cooperating with the authorities should first be investigated before any further action was decided. |
|
We'll run Selangor 1,000 times better than PH, says Selangor Pas chief - Sinardaily - 5/09 8:22 am The PN chairman must be appointed from Pas to steer the party to victory in Selangor."I am confident we have many qualified candidates for PN Selangor chairman. Pas Selangor commissioner Datuk Dr Yunus Hairi is among the qualified candidates," he said.He was speaking while tabling a motion and debating the president's policy speech at the 72nd Pas Annual Muktamar at the Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) in Pengkalan Chepa here on Friday.He said Pas Selangor is targeting at least 36 State Legislative Assembly (DUN) seats and 12 parliamentary seats in the state, driven by a reinforced ummah unity agenda.He added Pas Selangor already has a leadership line-up drawn from professional and religious backgrounds, whom he described as ready to take over the state administration.Pas' preparations, he said, should not be limited to winning Selangor and that the party needs to be ready to govern Malaysia as a whole, including through the formation of a shadow cabinet.He said Pas's administrative approach in Selangor would be built on Islam, integrity, professionalism, technology and justice for all citizens regardless of religion and culture."Selangor is a wealthy state, but that wealth must be felt by the people as a whole |
|
Dakwa Kerajaan Madani 'bergolak', Pas cadang bubar Parlimen - Sinarharian - 5/09 8:21 am KOTA BHARU - Pas mencadangkan supaya parlimen dibubarkan bagi membolehkan rakyat memberi mandat kepada pentadbiran baharu selepas Kerajaan Madani dilihat bergolak, dakwa Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Ini kerana dakwanya lagi, parti-parti yang ada dalam kerajaan terutama Pakatan Harapan (PH) rancak menyerang Barisan Nasional (BN) walaupun membentuk kerjasama ketika ini."Keadaan ini sudah terbuka dan bukan lagi satu rahsia. Biasanya perkara sebegini dalam parti tidak akan dibawa keluar, tetapi kerana kritikan, situasi sudah sangat serius dan tidak boleh dikawal, masing-masing serang-menyerang satu sama lain," dakwanya semasa sidang akhbar pada Jubli Intan 75 Tahun Pas sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Tuan Ibrahim berkata, situasi itu tidak seharusnya dibiarkan berlarutan kerana kestabilan politik perlu dikembalikan menerusi mandat baharu daripada rakyat."Pandangan saya mudah sahaja |
|
Ab Rauf ajak anak muda, warga p-hailing ???birukan Melaka??? - Mygazette - 5/09 7:51 am # Ab Rauf ajak anak muda, warga p-hailing birukan Melaka MELAKA Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengajak semua anak muda warga penghantaran makanan (p-hailing) di negeri ini untuk bersama-sama birukan Melaka' |
|
Polis cari remaja perempuan hilang sejak dua minggu lalu - Mygazette - 5/09 7:51 am # Polis cari remaja perempuan hilang sejak dua minggu lalu ISKANDAR PUTERI - Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang menghilangkan diri tanpa khabar berita hampir dua minggu lalu |
|
RM300,000 untuk 3,000 warga p-hailing Melaka ??? Ab Rauf - Mygazette - 5/09 7:51 am # RM300,000 untuk 3,000 warga p-hailing Melaka Ab Rauf MELAKA Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan RM300,000 kepada 3,000 warga penghantaran makanan (p-hailing) sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka menggerakkan ekonomi serta memudahkan urusan rakyat |
|
P-hailing Melaka lega, tiga inisiatif ringankan beban P-hailing Melaka .. - Mygazette - 5/09 7:51 am # P-hailing Melaka lega, tiga inisiatif ringankan beban MELAKA Tiga inisiatif Kerajaan Negeri Melaka termasuk peruntukan RM300,000 disambut baik penghantar makanan (p-hailing) yang menyifatkannya sebagai penghargaan terhadap sumbangan golongan berkenaan |
|
Pas Sarawak sasar empat kerusi, intai kemenangan sulung - Mygazette - 5/09 7:51 am Setiap kerusi yang kita usulkan mempunyai objektif tertentu yang jelas. "Kita mesti tahu mengapa kita bertanding, apa kekuatan kita, apa kelemahan kita dan apa yang mahu kita bina," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, di sini, hari ini |
|
Pas Perak buka pintu rundingan dengan UMNO demi penyatuan ummah Pas Perak .. - Mygazette - 5/09 7:51 am "Bagaimana pula dengan negeri-negeri lain seperti Perak, Selangor, Pulau Pinang dan negeri-negeri SG4? Formula yang akan digunakan di setiap negeri mungkin berbeza mengikut keadaan dan keperluan negeri masing-masing," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini, hari ini |
|
Pas desak diberi jawatan Pengerusi PN Selangor, mahu pimpin PRU - Mygazette - 5/09 7:51 am Pengerusi PN mesti dilantik daripada Pas untuk mengemudi kemenangan di negeri Selangor, katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelatan (Putik) di sini, hari ini |
|
Gesaan DAP semak kes Zahid disifatkan hipokrasi ??? Pas - Mygazette - 5/09 7:51 am Ini bukan reformasi tetapi hipokrasi," katanya. Beliau yang juga ADUN Pengkalan Kundor berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini |
|
Pas mahu Kementerian Wilayah Persekutuan jadi portfolio keutamaan jika PN .. - Mygazette - 5/09 7:51 am "Ini bukan soal kedudukan. Ini soal tanggungjawab memenangkan Perikatan Nasional di pusat kuasa negara," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelatan (Putik) di sini, hari ini |
|
Pas Terengganu tawar calon PM, pengalaman tadbir negeri 2 penggal jadi .. - Mygazette - 5/09 7:51 am "Oleh yang demikian itu, Pas Terengganu Insyaallah, kalau pusat mahu, ingin menawarkan calon Perdana Menteri daripada Negeri Terengganu," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini, hari ini |
|
Tindakan SPRM gantung pemakaian baju oren tepat - Pas - Sinarharian - 5/09 7:48 am KOTA BHARU - Pas melihat tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah untuk tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta sebagai tepat.ARTIKEL BERKAITAN:Baju tahanan jingga dicadang tidak perlu dipakai sebelum individu didakwa - PMTimbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hal ini kerana OKS yang dibawa itu bukan dituduh sebaliknya proses sambung reman."Jadi bila pakai pakaian baju oren... digari dan sebagainya, seolah-oleh mereka dah bersalah ataupun dibicara di mahkamah," katanya semasa sidang akhbar pada Jubli Intan 75 Tahun Pas sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, SPRM menggantung pemakaian baju oren bagi OKS yang dibawa ke mahkamah bagi tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, keputusan itu dibuat susulan perkembangan terkini dan saranan semasa berkaitan tatacara pengendalian OKS, khususnya ketika proses membawa mereka ke mahkamah.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan individu yang ditahan SPRM tidak lagi perlu memakai 'baju oren' ketika dibawa ke mahkamah untuk prosiding reman.Anwar dilaporkan berkata, individu yang hanya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa wajar disiasat terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lain diputuskan.Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim memberitahu, secara peribadi tindakan SPRM itu sesuatu yang positif dan Pas menyambut baik perkara tersebut. |
|
Rahsia atlet pecut UPSI - Sinarharian - 5/09 7:10 am DOMINASI Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam acara pecut Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 tidak berlaku secara kebetulan apabila empat emas menerusi acara 100 meter (m) dan 200m lelaki serta wanita berjaya menjadi milik atlet universiti berkenaan.Lebih menarik, pencapaian itu memperlihatkan kekuatan UPSI yang bukan hanya bergantung kepada bakat individu, sebaliknya dibentuk menerusi pendekatan latihan dan sokongan sains sukan secara menyeluruh.Danish Iftikhar Muhammad Roslee menjadi watak utama dalam penguasaan lelaki apabila meraih emas 100m dan 200m, manakala Fatin Ilyana Mat Nayan dan Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka masing-masing menyumbang emas dalam acara 100m dan 200m wanita.Pengarah Pusat Sukan UPSI, Mohammad Faeez Mohamad Alias berkata, kerjasama erat antara Pusat Sukan serta Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKj) menjadi antara tunjang kepada pencapaian tersebut."Kerjasama erat antara Pusat Sukan dan FSSKj dalam memenuhi keperluan latihan dan prestasi atlet membolehkan pencapaian ini direalisasikan."Latihan yang konsisten serta komitmen tinggi daripada atlet turut menjadi faktor penting kepada kejayaan mereka dalam acara masing-masing," katanya.Beliau berkata, UPSI turut memberi penekanan terhadap aspek sains sukan dengan kepakaran daripada fakulti berkenaan, meliputi psikologi, rehabilitasi, penyesuaian fizikal dan aspek lain yang berkaitan secara menyeluruh dan holistik."Pendekatan ini penting bagi memastikan prestasi atlet bukan sahaja dibangunkan dari segi fizikal, malah aspek mental, pemulihan dan pengurusan prestasi turut diberikan perhatian," katanya.Menurut Faeez, Pusat Sukan UPSI juga memainkan peranan dalam memastikan kebajikan atlet sentiasa terpelihara sepanjang menjalani latihan dan menghadapi pertandingan."Pusat Sukan menyokong kebajikan atlet termasuk penyediaan venue latihan, pengurusan program latihan, pengurusan prestasi serta urusan penyertaan atlet dalam pertandingan," katanya.Beliau berkata, kerjasama antara semua pihak turut mewujudkan persekitaran yang membolehkan atlet memberi tumpuan sepenuhnya terhadap latihan dan pertandingan."Kerjasama yang kukuh ini membolehkan atlet menjalani latihan dengan baik tanpa tekanan daripada elemen luar yang boleh mengganggu prestasi mereka," katanya.Dalam saingan 100m lelaki, Danish mencatat 10.36 saat (s) untuk meraih emas selepas terlebih dahulu memecahkan rekod kejohanan dengan catatan 10.44s pada saringan.Dia kemudian meneruskan momentum dalam 200m apabila merekodkan 20.77s, sekali gus memecahkan rekod kejohanan 21.11s milik Aravinn Thevar dari HELP University yang dilakukan pada 2016.Catatan 20.77s itu turut menyaksikan Danish menghampiri rekod kebangsaan miliknya iaitu 20.73s yang dilakukan pada 2025, dengan perbezaan hanya 0.04s.Bagi acara wanita pula, Fatin meraih emas 100m dengan catatan 11.93s, memperbaiki rekod peribadi 11.96s yang dilakukan pada 2022.Sementara itu, Wardatul melengkapkan sapuan UPSI dalam acara pecut wanita apabila memenangi 200m dengan catatan 24.76s.Dalam 200m wanita, Nurul Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dari Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih perak dengan 25.02s, manakala Tay Shuen Min membawa pulang gangsa selepas mencatat 25.09s.Penguasaan empat acara utama itu sekali gus menjadi gambaran jelas bahawa kekuatan UPSI dalam olahraga, khususnya acara pecut, dibangunkan menerusi gabungan bakat, latihan konsisten dan sokongan kepakaran sains sukan.Pendekatan bersepadu itu bukan sahaja membantu atlet mencapai prestasi terbaik ketika pertandingan, malah memberi gambaran bahawa pembangunan atlet di UPSI turut mengambil kira aspek fizikal, mental, pemulihan, kebajikan dan pengurusan prestasi secara menyeluruh. |
|
'Kerjasama Pas-BN bukan suka-suka, diputuskan Majlis Syura Ulama' - Tuan Ibrahim - Sinarharian - 5/09 12:14 am KOTA BHARU - Sebarang kerjasama politik yang bakal dimeterai Pas termasuk dengan Barisan Nasional (BN) bukan dibuat secara suka-suka sebaliknya diperhalusi satu persatu sebelum diputuskan dengan panduan Majlis Syura Ulama, kata Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Menurut beliau, pendekatan itu termasuk dalam soal pemilihan calon yang turut melalui semakan parti bagi memastikan mereka memenuhi pertimbangan yang ditetapkan.Tambahnya, Pas tidak meletakkan calon semata-mata berdasarkan keperluan pilihan raya, sebaliknya meneliti pelbagai aspek sebelum sesuatu keputusan dibuat."Dalam Pas, kita menyemak semua calon-calon kita. Lebih membanggakan ialah kerana kita dikawal, dipandu oleh Majlis Syura Ulama yang memandu parti dalam penegasan yang hendak buat."Sebab itu yakinlah, sebarang kerjasama politik yang kita buat bukan hanya bermesyuarat kemudian suka-suka buat keputusan."Kita perhalusi satu per satu, kita meneliti satu per satu, kita semak semua aspek, lalu kita serah kepada panduan daripada Majlis Syura Ulama," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Jubli Intan 75 Tahun Pas sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Tuan Ibrahim memberitahu, pengalaman Pas dalam beberapa kerjasama politik sebelum ini membuktikan pendekatan berkenaan tidak merugikan parti, malah pernah membawa kepada kejayaan menguasai beberapa negeri."Bersama Angkatan 46 (Semangat 46), kita berjaya tawan Kelantan |
|
Muktamar PAS: 2 tokoh Sabah terima anugerah - Harakahdaily - 4/09 11:08 pm KOTA BHARU: Dua tokoh dari Sabah menerima pengiktirafan pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, dekat sini sebagai penghargaan terhadap jasa, istiqamah dan sumbangan mereka kepada perjuangan parti |
|
Pas Terengganu ada calon PM jika PN menang - Sinarharian - 4/09 10:23 pm KOTA BHARU - Pas Terengganu mempunyai calon Perdana Menteri dari negeri itu sekiranya Perikatan Nasional (PN) mentadbir Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.Perwakilan Pas Terengganu, Dr Wan Mat Sulaiman berkata, ia berdasarkan kejayaan dan pencapaian yang sudah diraih sepanjang mentadbir negeri berkenaan."Kita bukan sekadar memainkan politik identiti, tetapi kita juga mampu membuktikan Pas mempunyai keupayaan untuk mentadbir dengan baik serta menunjukkan prestasi yang terbaik," katanya semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Sebelum itu Pas mengakui mempunyai calon Perdana Menteri daripada parti itu bagi menghadapi PRU16 akan datang, namun belum tiba masanya untuk mendedahkan individu berkenaan.Menurut Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, penentuan calon Perdana Menteri hanya akan dibuat selepas melihat kekuatan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding pada pilihan raya berkenaan. |
|
Perkasa lagi DHPP tembusi pengundi bukan Islam - Harakahdaily - 4/09 10:10 pm KOTA BHARU: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat menyifatkan penerimaan sebagai ahli bersekutu PAS sebagai kepercayaan dan amanah besar kepada sayap berkenaan |
|
Penyelesaian Islam mesti dirasai masyarakat bukan Islam - DHPP - Sinarharian - 4/09 8:12 pm KOTA BHARU - Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) mengingatkan bahawa gagasan Negara Berkebajikan dan penyelesaian Islam mesti dapat dilihat dan dirasai oleh masyarakat bukan Islam.Wakilnya, Alex Chan Foo Yew berkata, ia perlu diterjemahkan dan bukan sekadar di bibir sahaja."Masyarakat bukan Islam sememangnya mahu melihat idea yang menggabungkan pembangunan material dengan pembangunan insan serta berdiri di atas prinsip keadilan di mana semua itu direalisasikan."Bagi masyarakat bukan Islam, inilah yang mahu dilihat. Mereka ingin pendidikan yang baik untuk anak-anak, peluang pekerjaan dan ekonomi, pentadbiran bersih, keselamatan keluarga dan kebebasan beragama dihormati."Paling penting mereka ingin diyakinkan bahawa dalam negara yang dipimpin berteraskan Islam, mereka juga mempunyai tempat, hak dan masa depan," katanya.Beliau berkata demikian semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Menurut beliau, penekanan terhadap pembangunan insan, membina manusia berilmu, berakhlak, berkemahiran serta mampu menghadapi perubahan zaman merupakan titik pertemuan sangat luas dengan masyarakat bukan Islam.Katanya, DHPP selaku pembawa mesej bahawa Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan sekadar membina negara tetapi membina manusia, turut menyambut baik Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS 2051)."WINS 2051 bergerak melalui tiga fasa, iaitu pemulihan negara, negara model dan negara memimpin, namun jika ia ingin menjadi wawasan untuk Malaysia, maka masyarakat majmuk mesti dapat melihat diri mereka berada di dalamnya."Golongan profesional, usahawan, akademik, belia dan pemimpin masyarakat bukan Islam juga mempunyai kepakaran untuk menyumbang dan DHPP bersedia menjadi jambatan untuk membawa mereka Bersama," katanya.Jelas beliau, jika Pas ingin memperluaskan kemenangan, DHPP mesti diperkasakan dan untuk menembusi pengundi bukan Islam, peranan DHPP mesti diperluaskan."Dalam perkara melibatkan masyarakat bukan Islam, DHPP ingin membawa satu permintaan jelas kepada seluruh pimpinan dan jentera Pas |
|
Pas Sabah gesa laksana MA63, mansuh subsidi bersasar - Sinarharian - 4/09 6:48 pm KOTA BHARU - Pas Sabah menggesa kerajaan melaksanakan sepenuhnya tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk mengembalikan 40 peratus hasil negeri itu, selain memansuhkan subsidi bersasar bagi bahan api.Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan berkata, Sabah tidak memerlukan wang ihsan atau peruntukan khas, sebaliknya mahu hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan.Menurut beliau perkara itu termasuk hak 40 peratus atau dua perlima daripada hasil negeri Sabah yang diperuntukkan menerusi Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan."Sabah tidak mahu peruntukan, Sabah tidak mahu wang ihsan. Sabah mahu adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan 112C dan 112D, yang termaktub di dalamnya 40 peratus ataupun dua perlima daripada hasil negeri Sabah dipulangkan semula ke negeri Sabah."Kita berharap, insya-ALLAH, ketika mana nanti kita akan memerintah Malaysia, perkara ini bukan perkara untuk dirundingkan tetapi perkara ini adalah untuk kita laksanakan bersama-sama," katanya.Beliau semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Dalam pada itu, Aliakbar turut menggesa kerajaan memansuhkan pelaksanaan subsidi bersasar Budi Madani bagi bahan api di Sabah.Ujarnya, pendekatan berkenaan perlu mengambil kira keadaan geografi dan demografi Sabah yang berbeza, selain kedudukan rakyat negeri itu yang masih memerlukan sokongan untuk mengembangkan aktiviti ekonomi dan keusahawanan."Kita mohon kepada kerajaan bukan setakat menaikkan 200 ke 300 liter sama ada petrol ataupun diesel."Rakyat Sabah antara rakyat yang susah |
|
Pas Sarawak sasar tanding empat kerusi DUN PRN akan datang - Sinarharian - 4/09 6:45 pm KOTA BHARU Pas Sarawak menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu akan datang.Timbalan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Rashidi Halun berkata, sasaran itu bukan sekadar memenuhi penyertaan dalam pilihan raya, sebaliknya menjadi sebahagian daripada pelan jangka panjang bagi membina kekuatan parti di negeri berkenaan.Menurutnya, setiap kerusi yang akan ditandingi mempunyai objektif tersendiri dan perlu disokong dengan perancangan yang tersusun sebelum, semasa dan selepas pilihan raya."Empat kerusi bukan sekadar angka tapi setiap kerusi yang diusulkan, mempunyai objektif tertentu."Paling penting, kita mesti mempunyai pelan gerak kerja yang tersusun sebelum, semasa dan selepas pilihan raya," katanya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Jumaat.Rashidi berkata, Pas Sarawak turut meletakkan sasaran untuk meraih kemenangan sulung di negeri itu sempena hampir 30 tahun penubuhan Pas Sarawak sejak dilancarkan secara rasmi pada 1996.Katanya, kemenangan tersebut diharapkan menjadi titik permulaan kepada pembinaan kekuatan parti secara lebih mampan, namun hanya mampu dicapai menerusi perancangan rapi, usaha berterusan dan pengorbanan seluruh jentera.Dalam pada itu, beliau berkata, Pas Sarawak melalui proses pembangunan organisasi yang panjang daripada sebuah jawatankuasa penaja kepada sebuah organisasi yang kini mempunyai 11 kawasan di seluruh negeri.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pas negeri-negeri lain yang membantu memperkukuhkan gerak kerja Pas Sarawak termasuk Kelantan yang disifatkannya sentiasa memberikan sokongan menerusi penubuhan pasukan petugas bersama."Tempoh yang berbaki sebelum PRN perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memperkukuhkan organisasi, memperluaskan khidmat kepada masyarakat dan melahirkan lebih ramai pelapis yang mampu meneruskan perjuangan parti," katanya. |
|
Penyatuan ummah mesti jadi agenda utama Pas - Sinarharian - 4/09 6:36 pm KOTA BHARU Usaha penyatuan ummah melalui kerjasama politik perlu terus dijadikan agenda utama Pas bagi mengelakkan perpecahan yang boleh melemahkan kekuatan parti serta membuka ruang kepada pihak lawan meraih kelebihan.Perwakilan Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, sejarah perjuangan parti membuktikan permuafakatan politik menjadi antara faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan Pas mentadbir negeri dan memperluaskan pengaruh di peringkat nasional.Menurutnya yang juga Ketua Penerangan Pas Kelantan, pengalaman kerjasama politik yang pernah dijalinkan Pas dengan pelbagai gabungan sebelum ini menunjukkan penyatuan mampu memperkukuhkan kedudukan parti dalam menghadapi cabaran politik semasa."Usaha penyatuan ummah melalui kerjasama politik sama ada atas dasar taawun siyasi atau tahaluf siyasi hendaklah dijadikan agenda keutamaan dengan mengelakkan sebarang anasir perpecahan dan pertembungan."Perpecahan hanya akan melemahkan kita serta membuka ruang kepada musuh politik untuk menjejaskan kekuatan yang telah dibina," katanya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Jumaat.Mohd Asri berkata, kejayaan Pas membentuk kerajaan di beberapa negeri pada pelbagai fasa sebelum ini tidak dapat dipisahkan daripada semangat permuafakatan yang berjaya diwujudkan bersama rakan-rakan politik.Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli dan kepimpinan parti supaya terus memperkukuhkan hubungan dengan parti-parti yang berkongsi matlamat serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan perpecahan.Dalam pada itu, beliau turut menggariskan tiga fokus utama yang perlu diberi perhatian bagi memperkukuhkan parti iaitu memperkasa tarbiah dan jati diri ahli, memperluaskan penguasaan medium penerangan khususnya dalam era digital dan kecerdasan buatan (AI)."Selainnya perlu memperkukuhkan walak dan ketaatan terhadap keputusan kepimpinan," katanya.Dalam pada itu, katanya, jentera penerangan perlu bergerak lebih agresif dan bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa selaras dengan perkembangan teknologi semasa.Beliau turut menegaskan komitmen Kerajaan Kelantan untuk terus mempertahankan dasar Membangun Bersama Islam serta memperkukuhkan pelaksanaan syariat Islam di negeri itu.Pada akhir perbahasannya, Mohd Asri mengemukakan cadangan supaya Ucapan Dasar Presiden Pas diterima dan disokong oleh para perwakilan. |
|
Pas Selangor tuntut jawatan Pengerusi PN negeri - Sinarharian - 4/09 5:53 pm Pengerusi PN mesti dilantik daripada Pas untuk mengemudi kemenangan di Negeri Selangor."Saya yakin kita mempunyai ramai calon Pengerusi PN Selangor yang berkelayakan. Datuk Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Yunus Hairi antara calon yang berkelayakan," katanya.Beliau berkata demikian semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Menurut beliau, Pas Selangor menyasarkan kemenangan sekurang-kurangnya 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 12 kerusi Parlimen di negeri itu menerusi agenda penyatuan ummah yang diperkukuhkan.Ujarnya, Pas Selangor juga sudah mempunyai barisan kepimpinan daripada latar belakang profesional dan agamawan yang disifatkan bersedia untuk mengambil alih pentadbiran negeri.Mohamed Sukri memberitahu, persiapan Pas tidak seharusnya terhad kepada sasaran kemenangan di Selangor, sebaliknya parti itu perlu bersedia untuk mentadbir Malaysia termasuk melalui pembentukan Kabinet Bayangan.Ujar beliau, pendekatan pentadbiran Pas di Selangor akan berteraskan Islam, integriti, profesionalisme, teknologi serta keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira agama dan budaya."Selangor sebagai sebuah negeri yang kaya, tetapi kekayaan itu mestilah dirasai oleh rakyat secara keseluruhan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |