| /// |
|
| Search : Presiden Pas News | Page 1 |
|
PN sedia berunding dengan BN hadapi PRN Melaka – Ahmad Samsuri PN .. - Mygazette - 10/08 8:13 am Yang paling idealialah sebelum bubar (DUN Melaka), katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen PASPerak Ke-23 di sini hari ini. Turut hadirNaib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad yang jugaPesuruhjaya PASPerak |
|
Presiden PAS bukan ‘penghukum agama’ - Harakahdaily - 9/08 9:07 pm MENJAWAB kritikan Syeikh Umar Bagharib Ali terhadap Presiden PAS dengan fakta, hujah dan prinsip Islam |
|
Kesatuan Pondok-pondok Kelantan tidak mewakili pendirian semua institusi pondok di negeri ini - Sinarharian - 9/08 5:57 pm KOTA BHARU Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan disifatkan tidak mewakili pendirian semua institusi pondok di negeri ini, malah kenyataan dikeluarkan pertubuhan berkenaan didakwa boleh mencetuskan kekeliruan dan perpecahan dalam kalangan guru pondok serta masyarakat kata, Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Mohd Asri Mat Daud.Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Kelantan berkata, Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan yang baru ditubuhkan tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan berkaitan isu politik semasa tanpa memahami latar belakang dan situasi politik ketika ini.Menurut beliau, polemik tekanan politik terhadap Melayu Islam bukan perkara baharu, termasuk pendirian pimpinan DAP terhadap isu dan dasar negara yang menyentuh kepentingan Melayu, Islam serta institusi Raja-Raja Melayu seperti yang dinaungi Perlembagaan Persekutuan."Pendirian pimpinan DAP khasnya terhadap isu dan dasar negara yang menyentuh kepentingan Melayu dan Islam serta Raja-Raja Melayu yang dinaungi oleh Perlembagaan Persekutuan telah cuba disentuh oleh DAP secara tidak wajar sebagaimana yang disebut oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang secara panjang lebar melalui bukti yang boleh difahami seluruh rakyat Malaysia tentang peristiwa yang berlaku."Beliau (Abdul Hadi) telah berhujah dengan memasukkan latar belakang situasi dan pertimbangan berfakta serta menimbang Maqasid Syariah secara terperinci," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan menolak sekeras-kerasnya dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa DAP memimpin Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan agenda penjajah bagi menghapuskan kedudukan Melayu dan Islam.Pengerusi Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan, Zulkarnain Harun menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai fitnah dan tidak berasas sekiranya tidak disertakan bukti jelas serta sahih, selain memberi amaran ia berpotensi menyemarakkan prasangka, kebencian dan perpecahan dalam kalangan umat Islam serta masyarakat majmukMohd Asri memberitahu, perkara yang dibangkitkan Presiden Pas itu sepatutnya diteliti secara tabayyun oleh Pengerusi Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan sebelum mengaitkan kenyataan pertubuhan berkenaan dengan penulisan Presiden Pas mengenai agenda DAP.Beliau turut mendakwa kenyataan itu yang disifatkan tersasar daripada bacaan politik semasa boleh menimbulkan fitnah serta salah faham rakyat terhadap Presiden Pas. |
|
Dewan Ulama Pas pertahan Abdul Hadi dakwaan DAP mahu hapuskan Islam, Melayu - Sinarharian - 9/08 5:21 pm SHAH ALAM - Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP mempunyai agenda untuk menghapuskan kaum Melayu dan agama Islam di negara ini dibuat bersandarkan akidah dan sejarah, bukan mengikut sentimen perkauman.Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, percaturan politik di Malaysia tidak boleh dipisahkan daripada lipatan sejarah panjang Tanah Melayu yang perlu difahami rakyat.Menurut beliau, perkara yang dibangkitkan Ahli Parlimen Marang itu adalah untuk menyedarkan masyarakat mengenai pertembungan akidah dan jati diri menentang doktrin penjajahan baharu"Agenda DAP menerusi gagasan 'Malaysian Malaysia' hakikatnya adalah penjelmaan semula strategi perpecahan yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris |
|
Kemelut PN: RoS digesa segera campur tangan - Tun Faisal - Sinarharian - 9/08 5:11 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) diminta mengambil tindakan segera bagi menangani kemelut yang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN).Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa, Pas telah mempergunakan PN sesuka hati demi kepentingan politik parti itu, termasuk melalui tindakan unilateral yang menafikan hak parti anggota serta didakwa melanggar Perlembagaan PN."Isu utamanya di sini ialah perlu ada urgency daripada pihak RoS untuk campur tangan agar PN tidak dipergunakan sesuka hati oleh Pas untuk bertindak dan membuat keputusan secara unilateral, menafikan hak mana-mana parti anggota PN dan melanggar perlembagaan parti gabungan."Kita mahu supaya keputusan-keputusan Majlis Tertinggi PN (MTPN) diputuskan mengikut perlembagaan melalui mesyuarat dan bukannya (menerusi) campur tangan daripada Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang)," katanya kepada Bernama hari ini.Pada Jumaat lepas, media melaporkan Abdul Hadi mendakwa Bersatu terkeluar secara automatik daripada PN susulan hasrat parti itu untuk membentuk gabungan baharu.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun menolak kenyataan Abdul Hadi dan menegaskan parti berkenaan masih merupakan anggota sah PN memandangkan tiada mana-mana fasal dalam Perlembagaan PN yang memperuntukkan keanggotaan parti anggota tergugur dengan sendirinya.Mohamed Azmin turut menegaskan Presiden Pas tidak mempunyai hak atau kuasa veto untuk menentukan kedudukan Bersatu dalam PN.Mengulas lanjut, Tun Faisal mendakwa PN tidak seharusnya diurus mengikut telunjuk satu pihak sahaja, sebaliknya perlu ditadbir secara adil, telus dan berintegriti berasaskan Perlembagaan PN.Sementara itu, di Perak, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata setakat ini Bersatu masih merupakan anggota gabungan itu.- Bernama |
|
Kesatuan Pondok Kelantan seru umat Islam tolak politik fitnah, perpecahan - Mygazette - 9/08 4:53 pm # Kesatuan Pondok Kelantan seru umat Islam tolak politik fitnah, perpecahan KUALA LUMPUR - Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan memandang serius kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP memimpin Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan agenda penjajah bagi menghapuskan kedudukan Melayu dan Islam |
|
Baru ditubuhkan, kenyataan Pondok Madani tak wakili pendirian semua pondok .. - Mygazette - 9/08 4:53 pm Ujarnya, dalam situasi terkini, ketika rakyat negeri Sabah, Johor dan Negeri Sembilan telah menunjukkan kesatuan menolak DAP dan Pakatan Harapan (PH), Pondok Madani tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang tersasar jauh daripada bacaan politik semasa. Apakah Pondok Madani telah meneliti kesemua hujah dan fakta Tuan Guru Presiden Pas dan memahaminya atau kenyataan yang dibuat hanya kerana tidak berpuas hati dengan pegangan politik beliau? Jika begitu ia hanya menimbulkan fitnah dan boleh membawa kekeliruan serta salah faham rakyat terhadap Tuan Guru Presiden Pas dalam perkara ini |
|
Jika benar DAP, PH ancam Melayu dan Islam, buktikan di mahkamah... - Mygazette - 9/08 4:53 pm # Jika benar DAP, PH ancam Melayu dan Islam, buktikan di mahkamah Aiman Athirah KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara (Amanah) mencabar Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan parti itu supaya mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya benar dakwaan bahawa DAP dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai agenda mengancam Melayu serta Islam |
|
Bukan soal Bersatu terhegeh-hegeh dengan PN, tapi hak, perlembagaan perlu .. - Mygazette - 9/08 4:53 pm Jadi, tidak perlulalah anda bercakap mengenai "moral courage" apabila apa yang anda lakukan terhadap BERSATU adalah langsung tidak bermoral dan tidak berperlembagaan, katanya. Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi mendakwa Bersatu terkeluar secara automatik daripada PN susulan hasrat parti itu untuk membentuk gabungan baharu |
|
DAPSY lapor polis terhadap Hadi, fitnah DAP hapus Melayu-Islam - Mygazette - 9/08 4:53 pm # DAPSY lapor polis terhadap Hadi, fitnah DAP hapus Melayu-Islam SHAH ALAM - Pemuda DAP (DAPSY) Shah Alam hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berhubung kenyataan yang didakwa menuduh DAP mempunyai agenda untuk menghapuskan kaum Melayu dan agama Islam di negara ini |
|
Politik fitnah, ketakutan boleh pecahbelahkan umat Kesatuan Pondok-pondok Kelantan - Sinarharian - 9/08 4:33 pm KOTA BHARU - Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan menolak sekeras-kerasnya dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa DAP memimpin Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan agenda penjajah bagi menghapuskan kedudukan Melayu dan Islam.Pengerusi Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan, Zulkarnain Harun menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai fitnah dan tidak berasas sekiranya tidak disertakan bukti jelas serta sahih, selain memberi amaran ia berpotensi menyemarakkan prasangka, kebencian dan perpecahan dalam kalangan umat Islam serta masyarakat majmuk.Menurut beliau, pendekatan politik sedemikian juga bercanggah dengan tuntutan syariat yang mewajibkan keadilan, tabayyun serta melarang tuduhan dibuat tanpa bukti."Politik ketakutan mungkin memberikan keuntungan politik jangka pendek, tetapi perpecahan umat dan kerosakan keharmonian negara adalah harga yang terlalu mahal untuk dibayar," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Ujar beliau,ia menggambarkan penyertaan DAP dalam Kerajaan Perpaduan secara automatik membolehkan parti berkenaan menghapuskan kedudukan Melayu dan Islam adalah gambaran tidak tepat terhadap sistem pemerintahan negara.Katanya, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang meletakkan kuasa pemerintahan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan, institusi Raja-Raja, Parlimen, undang-undang serta prinsip semak dan imbang."Kedudukan Islam jelas melalui Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, manakala kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dilindungi melalui Perkara 153."Malah, pindaan terhadap beberapa perkara tertentu yang menyentuh kedudukan tersebut turut tertakluk kepada perlindungan dan tatacara perlembagaan," katanya.Dalam pada itu, beliau menegaskan politik tidak seharusnya dilihat semata-mata melalui persoalan siapa kawan dan siapa lawan, sebaliknya menjadi medan mengurus kemaslahatan manusia, menegakkan keadilan, mencegah kemudaratan serta memelihara keamanan masyarakat.Sehubungan itu, pihaknya menyeru semua pemimpin politik, khususnya yang membawa imej dan nama Islam supaya lebih bertanggungjawab ketika mengeluarkan kenyataan."Pengaruh seorang pemimpin datang bersama amanah yang besar |
|
Bersatu masih anggota PN - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 9/08 2:38 pm TAIPING - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih kekal sebagai anggota Perikatan Nasional (PN) sehingga hari ini, kata Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Bagaimanapun, beliau berkata, kedudukan Bersatu dalam gabungan itu sedang diteliti susulan terdapat laporan daripada beberapa Ahli Parlimen Bersatu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berkaitan keabsahan kepimpinan jawatankuasa parti berkenaan.Menurutnya, PN mengambil maklum perkara tersebut dan akan melihat sejauh mana keabsahan kepimpinan Bersatu dipertikaikan oleh ROS."Buat masa ini sehingga tarikh hari ini, 9 Ogos, Bersatu masih lagi ahli dalam PN."Walaupun mungkin isu keberadaan Bersatu dalam PN ini agak unik sedikit oleh kerana ada laporan daripada beberapa orang Ahli Parlimen Bersatu sendiri kepada ROS tentang keabsahan kedudukan kepimpinan jawatankuasa Bersatu," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pas Perak kali ke-23 di Hotel Perdana di sini pada Ahad.Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Idris Ahmad yang juga Naib Presiden Pas.Media sebelum ini melaporkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Bersatu terkeluar secara automatik daripada PN susulan hasrat parti itu untuk membentuk gabungan baharu.Menurut Abdul Hadi, berdasarkan perlembagaan, mana-mana pihak yang memutuskan untuk menyertai atau membentuk jalinan lain secara automatik hilang keahlian tanpa memerlukan sebarang surat rasmi atau keputusan khusus.Bagaimanapun Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Abdul Hadi tidak mempunyai hak atau kuasa veto untuk menentukan kedudukan parti itu dalam PN.Mohamed Azmin berkata, dakwaan bahawa keahlian Bersatu dalam PN telah tergugur secara automatik adalah tidak berasas dan menunjukkan Abdul Hadi tidak memahami Perlembagaan PN.Dalam pada itu Ahmad Samsuri berkata, buat masa ini tiada perbincangan khusus dalam PN mengenai kedudukan Bersatu kerana keutamaan gabungan itu adalah memastikan kemenangan sebanyak mungkin kerusi pada pilihan raya akan datang khususnya di Melaka."Saya rasa yang menjadi keutamaan nombor satu dalam Perikatan Nasional sekarang ini ialah bagaimana untuk memastikan kita memenangi kerusi sebanyak mungkin dalam pilihan raya di Melaka khususnya yang paling hampir dan tentunya di peringkat Persekutuan."Jadi tidak ada perkara lain lagi yang dalam agenda untuk dibincangkan selain daripada itu," katanya.Sementara itu, mengulas dakwaan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz bahawa Pengerusi PN seolah-olah menjadi boneka, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas berkata, perkara itu terpulang kepada pihak yang membuat kenyataan."Itu terpulang, saya tak boleh nak halang apa yang mereka nak bercakap."Mereka nak kata apa sekalipun, itu adalah hak mereka," katanya. |
|
Bersatu dakwa hak dalam PN dilanggar - Sinarharian - 9/08 12:49 am SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempunyai hak untuk hadir dan memberikan pandangan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) berdasarkan Fasal 7 Perlembagaan PN.Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mendakwa, hak itu bagaimanapun dilanggar apabila Bersatu dihalang daripada menghadiri Mesyuarat MT PN pada 16 Julai 2026.Menurutnya, mesyuarat itu antara lain membincangkan pembahagian kerusi PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, termasuk keputusan yang didakwa bertujuan menghalang Bersatu daripada bertanding menggunakan logo PN."Malah, dua kerusi incumbent Bersatu iaitu Labu dan Gemas telah diagihkan kepada BN dan Wawasan," katanya.Marzuki berkata, Bersatu kemudiannya didakwa kehilangan keanggotaan dalam PN secara automatik selepas parti itu bertanding menggunakan logo sendiri serta mengumumkan hasrat membentuk gabungan baharu.Bagaimanapun, katanya, tiada satu fasal pun dalam Perlembagaan PN yang memperuntukkan keanggotaan sesebuah parti tergugur secara automatik."Ini bukan soal Bersatu terhegeh-hegeh nak kekal duduk dalam PN. Tapi ia soal hak, peraturan dan perlembagaan yang mesti dipatuhi," katanya.Sebelum ini, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di Facebook berkata, pihak terbabit sepatutnya mempunyai 'moral courage' untuk menerima hakikat bahawa tindakan mereka menyebabkan 'hilang' hak keadilan dalam gabungan.Kenyataan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pertikaian mengenai kedudukan Bersatudalam PN susulan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu terkeluar secara automatik daripada gabungan berkenaan.Mengulas lanjut,Marzuki berkata, persoalan yang timbul ialah bagaimana amanah untuk mentadbir negara secara adil dan saksama dapat dipikul sekiranya hak yang termaktub dalam perlembagaan parti sendiri didakwa dilanggar secara semberono."Jadi, tidak perlulah anda bercakap mengenai 'moral courage' apabila apa yang anda lakukan terhadap Bersatu adalah langsung tidak bermoral dan tidak berperlembagaan," katanya. |
|
Bersatu cadang lapor pertikaian keahlian PN kepada JPPM - FMT - 9/08 10:49 am Bersatu dakwa Presiden PAS Hadi Awang sebenarnya mengawal PN dengan Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar digambarkan seperti pemimpin boneka. |
|
Kedudukan Bersatu perlu diputuskan secara demokratik - Sinarharian - 9/08 8:30 am SHAH ALAM - Sebarang keputusan berhubung kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) perlu dibuat mengikut saluran yang diperuntukkan dalam perlembagaan gabungan itu serta berlandaskan prinsip demokrasi.Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Syaza Farhana Mohamad Shukri berkata, keputusan berhubung perkara itu sepatutnya dibuat secara kolektif menerusi badan yang diperuntukkan dalam perlembagaan PN."Majlis Presiden berperanan sebagai badan tertinggi dalam memberikan nasihat, jadi keputusan perlu dicapai secara bersama."Perkara inilah yang menyebabkan kebuntuan berpanjangan kerana Pas mengetahui sekiranya perkara itu dibawa ke Majlis Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) dijangka menggunakan kuasa veto."Jika melibatkan keputusan di Majlis Presiden, kita sudah boleh jangka bagaimana keputusannya," katanya kepada Sinar Harian.Syaza Farhana berkata, proses membuat keputusan tetap perlu melalui mekanisme yang diperuntukkan dalam perlembagaan gabungan itu selaras dengan prinsip demokrasi."Sekiranya selepas mesyuarat diadakan dan Bersatu masih mengekalkan pendirian untuk menggunakan kuasa veto serta kekal sebagai komponen PN, keputusan tersebut perlu dihormati," ujarnya.Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Bersatu terkeluar secara automatik daripada gabungan tersebut susulan tindakan parti itu yang mahu membentuk gabungan bersama parti lain.Ahli Parlimen Marang itu berkata, mana-mana pihak yang memutuskan untuk menyertai atau membentuk jalinan lain secara automatik hilang keahlian tanpa memerlukan sebarang surat rasmi atau keputusan khusus berdasarkan perlembagaan PN.Bagaimanapun, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Presiden Pas tidak mempunyai kuasa veto untuk menentukan kedudukan mana-mana parti kerana keputusan berkaitan keahlian perlu dibuat secara kolektif.Justeru, beliau menolak dakwaan bahawa Bersatu terkeluar secara automatik daripada PN. |
|
Hadi mahu selesai kemelut Bersatu-PAS tanpa melalui proses, kata penganalisis - FMT - 9/08 7:00 am Penganalisis juga berkata kenyatan Presiden PAS Hadi Awang bukan sekadar tafsiran perlembagaan PN. |
|
Kemelut Bersatu-PN: Annuar gesa terima hakikat - Sinarharian - 9/08 12:01 am SHAH ALAM - Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan kemelut yang berlaku dalam PN perlu dilihat dengan keberanian untuk menerima hakikat, termasuk kesan sesuatu tindakan terhadap hak dan kedudukan parti dalam gabungan berkenaan.Menerusi hantaran di media sosial, beliau berkata, pihak terbabit sepatutnya mempunyai "moral courage" untuk menerima hakikat bahawa tindakan mereka menyebabkan 'hilang' hak keadilan dalam gabungan."Sepatutnya mereka mempunyai "moral courage" untuk menerima hakikat tindakan mereka menyebabkan hilang hak keadilan dalam gabungan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Sabtu.Kenyataan itu dilihat mempunyai kaitan dengan pertikaian mengenai kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PN susulan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu terkeluar secara automatik daripada gabungan berkenaan.Abdul Hadi sebelum ini berkata, Bersatu dianggap terkeluar daripada PN berikutan tindakan parti itu yang mahu membentuk gabungan bersama parti lain.Beliau berkata, mengikut perlembagaan, mana-mana pihak yang memutuskan untuk menyertai atau membentuk jalinan lain secara automatik hilang keahlian tanpa memerlukan surat rasmi atau keputusan khusus.Bagaimanapun, Bersatu menegaskan, Abdul Hadi tidak mempunyai hak atau kuasa veto untuk menentukan kedudukan parti itu dalam PN.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dakwaan bahawa keahlian Bersatu dalam PN telah gugur secara automatik adalah tidak berasas dan menunjukkan Abdul Hadi tidak memahami Perlembagaan PN.Beliau menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Marang itu sebagai semberono kerana keputusan berkaitan keanggotaan mana-mana parti dalam PN dan katanya, hanya boleh dibuat oleh Majlis Presiden PN. |
|
Buktikan di mahkamah jika benar DAP ancam Melayu-Islam, pemimpin Amanah cabar Hadi - FMT - 8/08 2:14 pm Ketua Wanita Amanah Aiman Athirah Sabu berkata presiden PAS perlu buktikan tuduhan itu bukan retorik politik dan strategi bina ketakutan bagi rampas kuasa. |
|
Hadi, tunjuk fasal mana Perlembagaan PN sebut pengguguran automatik .. - Mygazette - 8/08 7:47 am # Hadi, tunjuk fasal mana Perlembagaan PN sebut pengguguran automatik Bersatu Tun Faisal KUALA LUMPUR Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang digesa mendedahkan peruntukan dalam perlembagaan Perikatan Nasional (PN) yang membolehkan pengguguran automatik parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada gabungan politik itu |
|
Kenyataan Hadi bercanggah Perlembagaan PN, Bersatu masih parti anggota sah .. - Mygazette - 8/08 7:47 am # Kenyataan Hadi bercanggah Perlembagaan PN, Bersatu masih parti anggota sah - Azmin KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai keanggotaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) tergugur dengan sendirinya disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan gabungan itu |
|
Nafi PN-BN bergolak, dakwaan keretakan cubaan pecah belah gabungan – .. - Mygazette - 8/08 7:47 am Hari ini baru sahaja kita angkat sumpah (Exco Kerajaan Negeri Sembilan), bagaimana orang boleh kata ada keretakan? Ini hanyalah unsur-unsur untuk memecah-belahkan kita, katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung luar biasa Wawasan di sini, malam ini. Hamzah turut merujuk kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menurutnya tidak menunjukkan sebarang masalah dalam hubungan antara parti komponen |
|
Jangan kerana satu dua kerusi, muafakat PN-BN di Melaka tergugat ???... - Mygazette - 8/08 7:47 am # Jangan kerana satu dua kerusi, muafakat PN-BN di Melaka tergugat Tuan Ibrahim KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa semua pihak supaya tidak menjadikan perebutan satu atau dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai punca kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di Melaka gagal dicapai |
|
Hadi Dakwa Bersatu Terkeluar PN, Azmin Tegaskan Masih Anggota Sah - Siakapkeli - 7/08 5:18 pm Hadi Dakwa Bersatu Terkeluar PN, Azmin Tegaskan Masih Anggota SahMARANG, 7 Ogos (Bernama) -- Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa Parti Pribu... |
|
Kamu tiada hak tentu kedudukan Bersatu dalam PN, Azmin beritahu Hadi - FMT - 7/08 3:51 pm Setiausaha agung Bersatu menyifatkan kenyataan presiden PAS semberono dan menunjukkannya tidak faham asas Perlembagaan PN. |
|
Bersatu automatik terkeluar daripada PN, tak perlu kenyataan rasmi .. - Mygazette - 7/08 3:30 pm # Bersatu automatik terkeluar daripada PN, tak perlu kenyataan rasmi - Hadi KUALA LUMPUR - Langkah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berhasrat membentuk pakatan baharu bersama parti lain menyaksikan keahlian parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) terbatal secara automatik. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu jelas dalam perlembagaan gabungan PN di mana mana-mana parti yang memutuskan untuk menyertai atau membentuk pakatan lain akan hilang keahlian |
|
Presiden Pas tiada hak, kuasa veto tentukan kedudukan Bersatu dalam PN - Azmin - Sinarharian - 7/08 3:28 pm KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak mempunyai hak atau kuasa veto untuk menentukan kedudukan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN).Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dakwaan bahawa keahlian Bersatu dalam PN telah tergugur secara automatik adalah tidak berasas dan menunjukkan Abdul Hadi tidak memahami Perlembagaan PN.Beliau menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Marang itu sebagai semberono kerana keputusan berkaitan keanggotaan mana-mana parti dalam gabungan tersebut hanya boleh dibuat oleh Majlis Presiden PN."Abdul Hadi tidak mempunyai apa-apa hak atau kuasa veto untuk menentukan kedudukan Bersatu dalam PN."Kenyataan semberono menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai Perlembagaan PN," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mohamed Azmin berkata, kedudukan Bersatu sebagai parti anggota PN hanya boleh dimuktamadkan oleh Majlis Presiden mengikut Fasal 7A Perlembagaan PN dan bukannya diputuskan oleh mana-mana individu."Sehingga kini, Majlis Presiden tidak pernah bersidang untuk menentukan keanggotaan Bersatu dalam PN |
|
PRN Melaka: PN-BN runding untuk capai kesepakatan - Harakahdaily - 7/08 2:38 pm Timbalan Pengerusi PN, Dato Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rundingan itu mengambil kira kerjasama telah dilaksanakan antara kedua-dua gabungan berkenaan di Negeri Sembilan sebelum ini. Menurut Timbalan Presiden PAS itu […] The post PRN Melaka: PN-BN runding untuk capai kesepakatan appeared first on Harakahdaily . |
|
PRN Melaka: PAS masih runding, usaha perpaduan - Harakahdaily - 7/08 12:58 am MARANG: PAS masih meneruskan rundingan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan matlamat memperkukuh perpaduan Melayu-Islam di samping menjalin kerjasama dengan parti bukan-Melayu yang tidak ekstrem. Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rundingan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka masih belum dibubarkan |
|
Bersatu automatik gugur daripada PN Hadi Awang - Mypress - 7/08 12:57 am MARANG Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dianggap secara automatik tergugur daripada Perikatan Nasional (PN) susulan hasrat parti itu membentuk gabungan politik baharu bersama beberapa parti lain. Presiden Pas, Tan… |
|
Umum tubuh gabungan baharu, Hadi dakwa Bersatu automatik terkeluar PN - FMT - 7/08 12:36 am Presiden PAS berkata perkara itu mengikut Perlembagaan PN. |
|
PN yakin pertindihan kerusi dengan BN di Melaka dapat diselesaikan - FMT - 6/08 9:18 pm Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PN belum mengadakan rundingan kerusi dengan BN. |
|
Jangan guling atas jalan dahlah – sindir Ustaz Idris - Harakahdaily - 6/08 7:37 am KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad menyindir dakwaan bahawa kerajaan Negeri Sembilan terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) |
|
PRN Melaka: Bibit perpecahan mula landa BN, PN – Penganalisis - Mygazette - 5/08 4:22 pm Ini termasuk isu pembahagian kerusi untuk ditandingi serta agihan jawatan selepas kemenangan yang boleh mencetuskan rasa tidak puas hati. Beliau berkata, kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa bentuk persefahaman BN-PN di Melaka mungkin berbeza daripada formula yang digunakan di Johor dan Negeri Sembilan boleh dibaca sebagai isyarat awal bahawa Pas dan PN tidak mahu sekadar menjadi rakan kecil kepada BN di negeri itu |
|
Hubungan Pas-UMNO: Tidak perlu ada batu api - Sinarharian - 4/08 3:29 pm Tengku Razaleigh Hamzah dan sebahagian besar pengikutnya kemudian kembali menyertai UMNO.Sebelum itu, hubungan Pas-Semangat 46 telah terjejas apabila Semangat 46 menyokong calon lawan Pas, iaitu BN, dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Asahan pada 22 Jun 1996.Dari perspektif Pas, tindakan menyokong lawan politik sendiri sebelum kembali kepada UMNO merupakan pelanggaran nyata terhadap kepercayaan dalam APU.Oleh itu, dakwaan bahawa Pas "meracun" atau menghancurkan Semangat 46 terbalik daripada urutan peristiwa sebenar.Ketiga, dalam Barisan Alternatif (BA), DAP sendiri mengambil keputusan keluar pada 22 September 2001 kerana tidak bersetuju dengan pendirian Pas mengenai negara Islam.Pas menganggap perjuangan Islam sebagai identiti dan tujuan asas penubuhannya manakala DAP mempertahankan kerangka politik sekularnya.Pas tidak boleh dituduh menikam DAP hanya kerana enggan menggugurkan prinsip terasnya demi memastikan sebuah gabungan terus hidup.Apa yang berlaku ialah pertembungan ideologi yang tidak dapat didamaikan. DAP berhak mempertahankan pendiriannya tetapi Pas juga mempunyai hak yang sama.Dalam keadaan itu, DAP yang memilih untuk keluar daripada BA, bukannya Pas yang mengusir DAP.Keempat, keruntuhan Pakatan Rakyat (PR) pada 2015 juga bermula apabila DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Pas pada 23 Mac 2015 berhubung usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.Penyertaan Pas dalam mana-mana kerjasama politik tertakluk kepada konsep tahaluf siyasi yang digariskan oleh Majlis Syura Ulama Pas.Antara enam perkara yang menjadi syarat kepada penyertaan Pas di dalam adalah bahawa "tahaluf (kerjasama) mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam".Turut dinyatakan ialah "Tahaluf dengan parti non-Islamik atau pihak non-Islamik perlu dikaji semula sekiranya ia boleh menyebabkan berlakunya halangan kepada penegakan negara Islam, kedudukan orang Islam tergugat atau disyaratkan untuk tidak melaksanakan syariat Islam.Oleh itu, apabila kerjasama itu disyaratkan supaya Pas tidak melaksanakan agenda syariahnya maka asas kepada kerjasama tersebut dengan sendirinya telah terjejas.Sama juga selepas itu, belum pun sempat Majlis Syura Ulama Pas bermesyuarat bagi membincangkan kelulusan satu usul yang dikemukakan di dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 pada 6 Jun 2015 yang mendesak agar diputuskan hubungan dengan DAP, Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 15 Jun 2015 dengan segera memutuskan bahawa "usul di Muktamar Pas itu telah membunuh PR, justeru kini tiada lagi PR".Ini menunjukkan bahawa perpecahan tersebut bukan tindakan unilateral Pas |
|
ANALISIS Melaka mungkin lain, Hadi beri isyarat Pas tak mahu jadi penumpang BN di Melaka? - Harapandaily - 4/08 7:08 am Team Editorial Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa kerjasama BN-PN untuk PRN Melaka mungkin lain boleh dibaca sebagai mesej kepada tiga pihak serentak: BN, Bersatu dan PH |
|
Kerjasama BN-PN untuk PRN Melaka mungkin lain, kata Hadi - Mkini - 3/08 3:11 pm Hal itu kerana, kata Presiden PAS, BN 'kosong' dalam parlimen apabila sebahagian besar kerusi yang ada dimenangi oleh PAS dan Bersatu |
|
Kemenangan ujian lebih berat daripada kekalahan - Harakahdaily - 2/08 8:07 pm KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan semua yang memperoleh kemenangan dalam pilihan raya supaya tidak terjebak dengan sifat ujub dan sombong |
|
PRN N9 jadi pencetus gelombang lebih besar, kata Hadi - Mygazette - 2/08 8:15 am # PRN N9 jadi pencetus gelombang lebih besar, kata Hadi KUALA LUMPUR -Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 bakal menjadi pencetus perubahan yang lebih besar dalam usaha memulihkan negara termasuk membina pentadbiran yang bersih, prihatin dan stabil. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana kejayaan gabungan persefahaman Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) merupakan isyarat jelas penerimaan rakyat terhadap usaha penyatuan ummah berteraskan keadilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk |
|
Kejayaan PN-BN N9 hasil pertolongan Allah, perpaduan jentera - Harakahdaily - 2/08 5:18 am SEREMBAN: Kejayaan yang dicapai dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan kali ke-16 disifatkan sebagai hasil pertolongan Allah SWT serta perpaduan dalam kalangan jentera pilihan raya dan pimpinan semua parti terbabit. Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, kerjasama antara semua pihak menjadi punca kejayaan berkenaan selepas wujud perpaduan dalam kalangan jentera pilihan raya […] The post Kejayaan PN-BN N9 hasil pertolongan Allah, perpaduan jentera appeared first on Harakahdaily . |
|
Gelombang BN-PN mampu ubah landskap politik negara – Abdul Hadi - Kosmo - 2/08 2:20 am SEREMBAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang optimis kejayaan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mampu menjadi pencetus kepada perubahan landskap politik negara |
|
'Tak perlu nama baharu, yang penting perpaduan BN-PN' - Hadi Awang - Sinarharian - 2/08 2:20 am SEREMBAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan soal penggunaan nama baharu bagi kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bukan keutamaan, sebaliknya yang lebih penting ialah semangat perpaduan antara parti-parti yang terlibat.Menurut beliau, kejayaan kerjasama kedua-dua gabungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuktikan persefahaman politik lebih penting daripada penjenamaan."Tak perlu nama, ada apa pada nama |
|
Kejayaan N9 jadi pencetus gelombang perubahan lebih besar - Harakahdaily - 1/08 11:28 pm KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan penghargaan kepada seluruh pengundi Negeri Sembilan atas kepercayaan diberikan kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) |
|
[TIDAK RASMI] Calon tunggal DHPP gagal ikut rentak kemenangan Pas - Sinarharian - 1/08 11:02 pm SHAH ALAM - Calon tunggal Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan gagal mengikut rentak kemenangan calon Pas apabila tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak.Calon Perikatan Nasional (PN), Dr P Kumar yang mewakili DHPP itu memperoleh 1,989 undi, sekali gus gagal menyaingi penyandang daripada Pakatan Harapan (PH), Chew Seh Yong yang meraih kemenangan besar dengan 13,014 undi.Keputusan tidak rasmi itu menyaksikan Chew mempertahankan kerusi tradisi DAP tersebut dengan majoriti 11,025 undi dalam pertandingan satu lawan satu.DUN Lobak merupakan satu-satunya kerusi yang menyaksikan DHPP mewakili PN pada PRN kali ini.Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menerusi hantaran di Facebook melahirkan rasa syukur atas prestasi parti itu apabila memenangi empat daripada lima kerusi yang ditandingi."Alhamdulillah |
|
Kerjasama BN-PN tak perlu nama rasmi meski menang besar N Sembilan, kata Hadi - FMT - 1/08 10:23 pm Presiden PAS berkata paling penting semangat kerjasama dan perpaduan antara kedua-dua gabungan. |
|
Hadi Awang hadir, penyokong PN ikuti keputusan di Kompleks Pas Negeri Sembilan - Sinarharian - 1/08 9:20 pm SEREMBAN Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hadir ke Kompleks Pas Negeri Sembilan di Kampung Ismail, Ampangan di sini pada Sabtu bagi mengikuti perkembangan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bersama pimpinan Perikatan Nasional (PN).Ketibaan beliau disambut penyokong yang berkumpul di pusat operasi berkenaan bagi menantikan keputusan rasmi selepas proses pengundian selesai.Setakat malam ini, PN dilaporkan sudah mendahului di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Serting, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diterima di pusat operasi parti.Bagi PRN Negeri Sembilan, Pas mewakili PN mempertaruhkan lima calon iaitu Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa di DUN Serting, P M Kumar (Lobak), Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek (Ampangan), Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Paroi) dan Ustaz Abdul Fatah Zakaria (Bagan Pinang).Suasana di Kompleks Pas Negeri Sembilan kekal terkawal dengan penyokong terus mengikuti perkembangan keputusan yang dikemas kini dari semasa ke semasa sambil menunggu pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). |
|
'Kita jumpa di mahkamah ' - Akmal Saleh - Sinarharian - 1/08 12:25 am Kita lawan di mahkamah."Jangan risau, minggu depan akan ada LOD daripada peguam saya. Kita jawab di mahkamah dan kita lawan di mahkamah," katanya menerusi hantaran pada Sabtu.Sebelum ini, Akmal memuat naik rakaman video yang memaparkan petikan ceramah seorang pemimpin DAP dalam bahasa Cina yang didakwa mengaitkannya dengan tuduhan sebagai ekstremis, menerima rasuah serta menghina namanya.Beliau turut mendakwa penceramah terbabit menyebut nama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ceramah berkenaan.Menurutnya, penceramah itu juga didakwa menyentuh mengenai keperluan mengekalkan pemimpin Melayu yang liberal serta kebimbangan terhadap penyatuan orang Melayu.Akmal berkata, perkara itu bercanggah dengan dakwaan bahawa kempen politik perlu dilakukan secara berhemah tanpa menghina mana-mana pihak."Mereka hina orang, hina nama orang dan sebarkan pelbagai fitnah."Mereka cakap tidak serupa bikin |
|
RCI Tabung Haji jangan jadi macam RCI Batu Puteh-Tuan Ibrahim - Sinarharian - 31/07 7:22 pm PORT DICKSON Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berharap pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) tidak mengulangi apa yang berlaku terhadap laporan RCI Batu Puteh yang didakwanya mengandungi muka surat kosong.Beliau berkata, laporan RCI Tabung Haji yang akan dibawa ke sidang khas Parlimen itu wajar didedahkan secara telus tanpa sebarang unsur menyembunyikan maklumat."Tahniahlah kerana ia akan dibawa ke Parlimen dalam sidang khas akan datang |
|
Lee Kuan Yew lihat layanan kepada kaum Cina Kelantan - Harakahdaily - 31/07 7:17 pm REMBAU: Masyarakat bukan-Melayu di negara ini disaran mencontohi bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang datang sendiri ke Kelantan untuk melihat layanan sebenar negeri itu terhadap kaum Cina. Naib Presiden PAS, Dato’ Sri Amar D’Raja Mohd Amar Abdullah berkata, Lee Kuan Yew berada di Kelantan selama beberapa hari kerana mahu melihat sendiri keadaan sebenar, […] The post Lee Kuan Yew lihat layanan kepada kaum Cina Kelantan appeared first on Harakahdaily . |
|
BN- PN belum bincang calon MB Negeri Sembilan – Zahid - Mygazette - 31/07 7:46 am Dalam perkembangan sama, beliau melihat kerjasama jentera BN dan PN di lapangan berjalan dengan baik sepanjang tempoh kempen. Malah beliau turut menghargai arahan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya ahli parti itu mengundi calon BN sambil memaklumkan BN juga menggerakkan jenteranya membantu calon-calon PN di kerusi yang ditandingi gabungan tersebut |
|
Kenyataan fitnah: Anwar tuntut Tuan Ibrahim buat permohonan maaf - Mygazette - 31/07 7:46 am # Kenyataan fitnah: Anwar tuntut Tuan Ibrahim buat permohonan maaf KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan notis tuntutan menuntut Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung beberapa kenyataan didakwa berunsur fitnah yang dikeluarkan terhadapnya |
|
'Saya belum terima apa-apa, akan rujuk peguam'- Tuan Ibrahim - Sinarharian - 31/07 1:04 am PORT DICKSON "Saya hanya sebut berdasarkan beberapa laporan media tentang kenyataan dia."Demikian reaksi Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika diminta mengulas mengenai tuntutan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkannya membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung beberapa kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.Menurutnya, setakat ini beliau belum menerima sebarang notis berhubung perkara itu."Saya belum terima apa-apa |
|
Anwar tuntut Tuan Ibrahim mohon maaf, tarik kenyataan fitnah - FMT - 30/07 8:13 pm Perdana menteri beri tempoh 48 jam untuk timbalan presiden PAS itu mohon maaf atau berdepan tindakan saman. |
|
PRN Negeri Sembilan: Zahid dakwa ada sekatan media sosial - Sinarharian - 30/07 6:08 pm TAMPIN Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa terdapat beberapa saluran media sosial disekat pada penghujung kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Beliau berkata, semua parti politik seharusnya diberikan ruang yang adil untuk menyampaikan pandangan kepada rakyat selagi mematuhi undang-undang serta etika pilihan raya.Menurutnya, kebebasan bersuara yang pernah diperjuangkan oleh pihak tertentu ketika menjadi pembangkang sewajarnya terus dipelihara walaupun mereka kini berada dalam kedudukan berkuasa."Dalam keadaan tekanan yang begini terdapat beberapa sekatan yang telah dilakukan di media sosial apabila sesuatu saluran itu telah 'diblackout'. Kita harap perkara itu tidak dilakukan kepada sesiapa sahaja," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sesi Libat Urus Bersama Pimpinan Masyarakat Negeri Sembilan Tahun 2026 (JPKK) di Gemencheh pada Khamis.Ahmad Zahid berkata, walaupun undang-undang boleh dikuatkuasakan, layanan yang adil perlu diberikan kepada semua parti tanpa mengira saiz atau jumlah calon yang ditampilkan.Katanya, rakyat perlu diberikan kebebasan untuk menilai setiap tawaran dan pendapat yang dikemukakan supaya mereka dapat membuat pilihan sendiri pada hari pengundian.Dalam pada itu, beliau turut mendakwa terdapat pelbagai taktik yang digunakan pada penghujung kempen, termasuk dakwaan berhubung tawaran yang melangkaui batas undang-undang pilihan raya seperti dibangkitkan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.Menurutnya, laporan polis telah dibuat berserta bukti dan saksi, justeru beliau berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan segera jika berlaku pelanggaran Akta Pilihan Raya."Saya harap semua pihak berkempen secara berhemah, membangkitkan isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat Negeri Sembilan dan memberi penjelasan secara santun tanpa sebarang unsur paksaan terhadap pengundi," katanya.Mengulas perjalanan kempen BN, Ahmad Zahid berkata, momentum sokongan terhadap gabungan itu terus menunjukkan peningkatan hasil gerak kerja jentera di peringkat lokaliti, Pusat Daerah Mengundi (PDM), Dewan Undangan Negeri (DUN) serta negeri-negeri angkat di 25 kerusi yang ditandingi BN.Beliau berkata, kerjasama turut berjalan baik di 11 kerusi yang tidak ditandingi BN menerusi persefahaman bersama jentera parti rakan."Kita merasakan gelombang biru itu benar-benar dirasai, namun kita mahu menterjemahkan gelombang itu kepada undi pada hari pengundian, 1 Ogos nanti," katanya.Mengulas arahan Presiden PAS supaya ahli parti itu menyokong calon BN di kerusi tertentu, Ahmad Zahid berkata, BN menghargai pendirian tersebut dan menjelaskan pihaknya turut menggerakkan jentera membantu calon-calon parti berkenaan.Beliau menegaskan hubungan antara kedua-dua pihak ketika ini berasaskan persefahaman dan bukannya perjanjian rasmi, sambil memaklumkan segala bentuk kerjasama akan dibincangkan secara lebih terperinci selepas pilihan raya. |
|
Hadi: Pas jadi ???penjaga gol??? bantu UMNO pertahan Johor - Mygazette - 30/07 4:11 pm # Hadi: Pas jadi penjaga gol bantu UMNO pertahan Johor SEREMBAN - Pas mengambil pendekatan sebagai penjaga gol bagi membantu UMNO Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa di Johor, selain menggesa ahli parti itu memberikan sokongan kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang |
|
Melayu Islam benar-benar hilang kuasa atau sekadar naratif politik? - Mygazette - 30/07 4:11 pm # Melayu Islam benar-benar hilang kuasa atau sekadar naratif politik? SEREMBAN - Benarkah orang Melayu Islam semakin kehilangan kuasa di negara sendiri, atau dakwaan itu sekadar naratif politik yang dibina untuk menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat? Persoalan itu dibangkitkan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (AHAS KIRKHS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin ketika mengulas tulisan Presiden Pas bertajuk Kaum dan Perkauman: Mengapa Melayu Islam Memimpin Malaysia yang diterbitkan baru-baru ini |
|
Undi PN-BN hantar isyarat kepada Kerajaan Pusat - Harakahdaily - 30/07 1:40 pm SEREMBAN: Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad menyeru rakyat Negeri Sembilan menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 ini sebagai medan menghantar isyarat jelas kepada Kerajaan Persekutuan |
|
Hadi arah penyokong Pas mesti undi, kerja untuk calon BN - Harapandaily - 30/07 10:31 am Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengeluarkan arahan terbuka kepada seluruh penyokong dan jentera parti itu supaya mengundi serta membantu calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang ditandingi gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan |
|
PRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi arah ahli Pas undi BN demi pastikan kemenangan gabungan - Sinarharian - 30/07 9:59 am SEREMBAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli dan penyokong parti itu mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.Beliau berkata, arahan itu merupakan sebahagian daripada strategi kerjasama BN-PN bagi memastikan kemenangan gabungan berkenaan."Saya ulangi seruan saya |
|
Umno di barisan depan, PN pasukan sampingan demi selamatkan Johor, kata Hadi - FMT - 30/07 8:44 am Presiden PAS berkata PN bertindak sebagai pasukan sampingan pada PRN Johor bagi menampung kekurangan. |
|
Persefahaman BN-PN perlu diteruskan, mesti menang PRN Negeri Sembilan - Utusan - 30/07 8:00 am SEREMBAN: Persefahaman yang terbentuk buat pertama kali di antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ketika ini perlu dibuktikan menerusi keputusan kemenangan di peti undi pada 1 Ogos ini. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, persefahaman kedua-dua gabungan itu bukan hanya untuk PRN Negeri Sembilan .. |
|
PAS buat keputusan MB N9 daripada Barisan Nasional - Harakahdaily - 30/07 7:39 am SEREMBAN: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa PAS memutuskan untuk Barisan Nasional (BN) yang akan memimpin Negeri Sembilan sekiranya kerjasama BN dan PERIKATAN NASIONAL (PN) menguasai Pilihan Raya Negeri itu pada 1 Ogos ini |
|
'UMNO tidak pernah tutup pintu penyatuan Melayu' - Razlan - Sinarharian - 28/07 10:39 pm SHAH ALAM - UMNO tidak pernah menutup pintu terhadap usaha menyatukan orang Melayu dan Islam, termasuk membabitkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) berasaskan matlamat memperkukuh kedudukan bangsa serta negara.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii menjelaskan, usaha itu tidak seharusnya terus dibelenggu dengan pertelingkahan politik lampau kerana generasi hari ini perlu melihat kepentingan lebih besar demi masa depan negara serta kepentingan orang Melayu."Pelbagai episod yang pernah berlaku sebelum ini termasuk isu 'Amanat Hadi' dan perpecahan dalam masyarakat Melayu perlu dilihat sebagai sejarah yang tidak wajar diheret berpanjangan."Kita kena faham, selagi mana kita nampak titik pertemuan untuk kita bersama, kita kena perjuangkan perkara itu kerana itulah yang akan menjamin masa depan kita."Kalau perkara itu boleh diterjemahkan dari sudut politik, itulah hasrat kita untuk melihat orang Melayu bersatu," katanya.Beliau berkata demikian dalam program Berani Semuka Sinar Harian bertajuk 'Seteru Jadi Kawan, Kawan Jadi Seteru: Politik Matang atau Huru-hara', yang turut disertai Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Hasbie Muda dan Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara (Wawasan), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.Mengulas gesaan supaya Pas menarik balik Amanat Hadi yang pernah diucapkan Presiden Pas itu di Banggol Peradong, Terengganu pada April 1981, Razlan menegaskan, perkara itu diserahkan kepada ketentuan ALLAH SWT dan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha mencari titik persefahaman.Malah beliau menjelaskan, banyak perkara yang berlaku pada masa lalu termasuk kewujudan dua imam, isu kenduri dan perpecahan dalam masyarakat Melayu tidak sepatutnya terus dijadikan asas permusuhan politik."Hari ini zaman kita yang muda-muda, takkan kita nak heret perkara-perkara itu sehingga menyebabkan orang Melayu terus bergaduh."Orang Melayu kena fikirkan negara ini satu-satunya tanah Melayu |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |