///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Platform Sepat News   Page 1    





3 jenazah pekerja maut di FSO Sepat dituntut keluarga - Mygazette - 26/05 7:32 am

# 3 jenazah pekerja maut di FSO Sepat dituntut keluarga KUALA TERENGGANU - Jenazah tiga pekerja perkapalan yang maut selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut di perairan Terengganu-Kelantan tengah hari semalam, telahdituntut keluarga untuk proses pengebumian





???Nak jadi PM kena menang kerusi Parlimen dulu??? ??? Nik Nazmi sindir .. - Mygazette - 26/05 7:32 am

# Nak jadi PM kena menang kerusi Parlimen dulu Nik Nazmi sindir Tengku Zafrul KUALA LUMPUR Bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyindir Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berhubung kenyataan penubuhan Parti Bersama Malaysia (Bersama) dengan menegaskan seseorang itu perlu memenangi kerusi Parlimen terlebih dahulu sebelum bercita-cita menjadi Perdana Menteri





3 Petronas contractors died from impact injuries or drowning - FMT - 25/05 11:28 pm

The lifeboat they were in plunged into the sea at the Sepat platform in the waters of Kuala Terengganu on Sunday.





Parah akibat hentakan, lemas antara punca kematian 3 pekerja - FMT - 25/05 10:44 pm

Polis ulas punca kematian pekerja platform minyak dalam kejadian bot penyelamat terjatuh ke laut ketika kerja penyelenggaraan.





Kecederaan parah akibat hentakan, lemas antara punca kematian tiga pekerja perkapalan - Sinarharian - 25/05 10:07 pm

KUALA TERENGGANU - Kecederaan parah akibat hentakan kuat dan lemas dikenal pasti antara punca kematian tiga pekerja dalam kejadian bot penyelamat terjatuh ke laut di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat, kira-kira 150 meter dari perairan Kuala Terengganu, tengah hari semalam.Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noorberkata, hasil bedah siasat ke atas mangsa pertama mendapati Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, maut akibat kecederaan serius pada bahagian abdomen kesan hentakan kuat."Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, pula maut akibat cedera di bahagian leher manakala Ahmad Fiqri Zakaria, 38, meninggal dunia akibat lemas," katanya ketika dihubungi.ARTIKEL BERKAITAN:Isteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir'Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua'Beliau berkata, proses bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa dijalankan pada10 pagi hingga 2.15 petang tadi sebelum kesemua jenazah dituntut oleh ahli keluarga masing-masing.Semalam, Bernama melaporkan tiga pekerja platform minyak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di FSO Sepat.Mangsa yang cedera parahMohd Taufik Mohd Ruslan, 37, kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah





Insiden FSO Sepat: Jenazah terakhir dikebumikan di Alor Gajah - Sinarharian - 25/05 10:06 pm

ALOR GAJAH - Mangsa terakhir yang maut dalam kejadianbot penyelamatterjatuh ke laut ketika menjalankankerja penyelenggaraan di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat dekat perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad, selamat dikebumikan di sini, malam ini.Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria, 38, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang kira-kira 9.20 malam selepas selesai disembahyangkan di Masjid Al-Najihin Padang Sebang.Terdahulu, suasana sayu menyelubungi saat van jenazah yang membawa Allahyarham tiba di pekarangan masjid berkenaan pada 8.35 malam selepas bertolak dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 2.54 petang sebaik proses bedah siasat selesai dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSNZ.ARTIKEL BERKAITAN:Insiden FSO Sepat: Ahmad Fiqri penderma darah setia di Hospital MelakaTragedi bot penyelamat terjatuh: 'Happy birthday kakak' ucapan terakhir Hafifi sebelum mautSolat jenazah kemudiannya diimamkan oleh ayah Allahyarham sendiri, Zakaria Mohamed bersama-sama hampir 200 ahli keluarga, penduduk kampung dan kenalan yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ahmad Fiqri.Dalam kejadian pada 12.50 tengah hari Ahad, tiga pekerja pelantar minyak maut, manakala seorang lagi cedera parah.Jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, danMuhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di Kuantan, Pahang petang Isnin.Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, yang mengalami kecederaan parah sedang dirawat di HSNZ





Insiden FSO Sepat: Ahmad Fiqri penderma darah setia di Hospital Melaka - Sinarharian - 25/05 8:00 pm

SHAH ALAM - Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria yang terkorban ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Platform Sepat, di perairan Terengganu-Kelantan merupakan penderma darah setia di bank darah Melaka yang aktif.Menerusi satu hantaran di media sosial pada Isnin, Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka memaklumkan, pendermaan darah terakhir Allahyarham direkodkan pada 15 Mei lalu di Pusat Pendermaan Darah Hospital Melaka."Jasa dan pengorbanan Allahyarham amat dihargai dan akan sentiasa dikenang."Semoga roh semua mangsa dicucuri rahmat dan ahli keluarga diberi kekuatan serta ketabahan," menurutnya.Ahmad Fiqri dan dua lagi pekerja pelantar minyak dilapor maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat (life boat) yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam laut di Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan sedang menaiki bot berkenaan untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform tersebut.Insiden itu dipercayai berpunca apabila tali atau cangkuk (hook) yang dipasang pada bot penyelamat berkenaan tiba-tiba tercabut, menyebabkan kesemua mangsa bersama bot tersebut terjatuh ke dalam laut.





Jenazah dua pekerja insiden FSO Sepat selamat dikebumikan - Sinarharian - 25/05 7:37 pm

KUANTAN Jenazah dua pekerja tragedi bot penyelamat yang terjatuh di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di perairan Terengganu-Kelantan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di sini pada Isnin.Jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dan Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dibawa secara berasingan dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selepas selesai proses bedah siasat.Terdahulu, jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri tiba di Masjid Imam Ash-Shafie, KotaSAS kira-kira jam 2.40 petang sebelum disolatkan.Jenazah Allahyarham kemudian tiba di tanah perkuburan sebelum urusan pengebumian selesai kira-kira jam 5.56 petang.Sementara itu, jenazah Muhammad Faezuan Hakim tiba di tanah perkuburan sama dan urusan pengebumian selesai kira-kira jam 6.44 petang.Ratusan penduduk setempat, ahli keluarga serta kenalan hadir memberi penghormatan terakhir.Pada Ahad, media melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari, tiga pekerja pelantar minyak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di FSO Sepat.Seorang lagi mangsa yang maut ialah Ahmad Fiqri Zakaria, 38, manakala Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, cedera parah dan sedang menerima rawatan di HSNZ.





Bersatu leader revives call for PN presidential council amid tensions - FMT - 25/05 5:50 pm

Dr Afif Bahardin says the proposed body could provide another platform to discuss and resolve coalition issues internally.





Sepat FSO tragedy: Remains of three workers claimed by families - Sinardaily - 25/05 5:48 pm

KUALA TERENGGANU - The remains of three workers who were killed after a lifeboat plunged into the sea during maintenance work at the Sepat floating storage and offloading (FSO) facility in the Terengganu-Kelantan waters yesterday afternoon have been claimed by their families for burial.A Bernama check at the Forensic Medicine Department of Sultanah Nur Zahirah Hospital (HSNZ) found that the remains of the first victim, Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, were taken out at about 12.25 pm for funeral prayers at Masjid Al-Iman As-Shafie KotaSAS, before being laid to rest at the Setali Muslim Cemetery in Kuantan, Pahang.Meanwhile, the remains of the second victim, Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, were taken out at about 1.40pm for funeral prayers at Masjid Cenderawasih, Kuantan, before being laid to rest at the same cemetery.As for the third victim, Ahmad Fiqri Zakaria, 38, from Alor Gajah, Melaka, his remains were released after the post-mortem examination and taken back to Melaka at about 2.50 pm for burial at the Padang Sebang Muslim Cemetery in Alor Gajah.Yesterday, Bernama reported that three oil platform workers were killed, while another suffered serious injuries, after their lifeboat fell into the sea while carrying out maintenance work at the Sepat FSO facility.The injured victim, Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, from Banting, Selangor, is currently receiving treatment at HSNZ





Petronas confirms three dead, one critical in Sepat platform incident - BorneoPost - 25/05 5:35 pm

KUALA TERENGGANU (May 25): Petroliam Nasional Bhd (Petronas) has confirmed that three contractor personnel were killed while another was critically injured during lifeboat maintenance work at the Sepat platform in Terengganu-Kelantan waters yesterday





Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah harap keluarga mangsa tragedi Platform Sepat terus tabah - Sinarharian - 25/05 5:21 pm

KUANTAN Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap seluruh ahli keluarga mangsa tragedi pelantar minyak Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan diberikan ketabahan dan kekuatan.Baginda berdua turut berharap agar segala urusan keluarga mangsa dipermudahkan dalam menghadapi saat yang sukar dan menyedihkan itu.Al- Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban."Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dan amat bersimpati atas tragedi berkenaan yang turut mengorbankan dua anak Pahang itu."Malah, baginda berdua mendoakan agar roh semua mangsa dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," titahnya dalam satu kenyataan di Facebook Kesultanan Pahang di sini pada Isnin.Tragedi itu turut mengorbankan dua anak Pahang iaitu Allahyarham Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dari Kuantan dan Allahyarham Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dari Bandar Indera Mahkota.Dalam kejadian itu, tiga pekerja dilaporkan maut manakala seorang lagi parah selepas bot penyelamat yang dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di platform berkenaan.





Tiga jenazah pekerja maut di FSO Sepat dituntut keluarga - Sinarharian - 25/05 4:36 pm

KUALA TERENGGANU -Jenazah tiga pekerja perkapalan yang maut selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut di perairan Terengganu-Kelantan tengah hari Ahad, telahdituntut keluarga untuk proses pengebumian.Tinjauan Bernama di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mendapati jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dibawa keluar kira-kira 12.25 tengah hari untuk disolatkan di Masjid Al-Iman As-Shafie KotaSAS dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan, Pahang.Sementara jenazah Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dibawa keluar kira-kira 1.40 tengah hari untuk disembahyangkan di Masjid Cenderawasih di Kuantan, Pahangdan disemadikan di perkuburan yang sama.Jenazah Ahmad Fiqri Zakaria, 38, yang berasal dari Alor Gajah, Melaka pula selesai dibedah siasat dan dibawa pulang ke Melaka pada 2.50 petang tadi untuk dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Padang Sebang, Alor Gajah.ARTIKEL BERKAITAN:Isteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir'Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua'Tragedi bot penyelamat terjatuh: 'Happy birthday kakak' ucapan terakhir Hafifi sebelum mautPada Ahad,Bernama melaporkan tiga pekerja platform minyak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat.Mangsa yang cedera parahMohd Taufik Mohd Ruslan, 37, dari Banting, Selangor, kini sedang menerima rawatan di HSNZ





Cubaan 2 lelaki seludup 88kg syabu bernilai RM4.4juta ke Indonesia jerat diri - Sinarharian - 25/05 4:31 pm

TANJONG SEPAT - Cubaan 'berani mati' dua lelaki membawa 88 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM4.4 juta dipercayai untuk diseludup ke Indonesia melalui pesisir pantai berhampiran kira-kira 100 meter dari Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Ladang Tumbok di sini hanya menjerat diri.Kedua-dua lelaki Indonesia itu dicekup menerusi Op Taring Nyah 1 kira-kira jam 11.30 pagi, Sabtu lalu oleh sepasukan anggota Batalion 6 PGA.Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, pemeriksaan ke atas suspek menemui beg yang berisi bungkusan disyaki dadah jenis syabu.Menurutnya, ketika tangkapan, suspek dipercayai sedang menunggu bot untuk ke Indonesia bagi membawa bungkusan-bungkusan dadah bernilai kira-kira RM4.4 juta terbabit."Anggota serbuan turut merampas satu unit telefon bimbit dipercayai digunakan suspek sebagai alat perhubungan bagi aktiviti terbabit."Siasatan awal tidak tolak kemungkinan bot yang ditunggu suspek merupakan bot membawa pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya dalam sidang akhbar di Pos PGA Ladang Tumbok di sini pada Isnin.Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti peranan serta upah diterima suspek terbabit.Tambahnya, kegiatan penyeludupan melalui persisiran pantai ini sentiasa berubah-ubah apabila sindiket mengesan tindakan operasi di lokasi tertentu."Kedua-dua suspek diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Akta Imigresen 1959/63," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Hakemal turut memaklumkan kejayaan Briged Tengah PGA meliputi kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada tahun ini sehingga 25 Mei dengan pelaksanaan 179 serbuan serta 611 tangkapan individu termasuk 125 wanita.Jelasnya, nilai rampasan direkodkan mencecah RM254 juta."Tangkapan terdiri daripada pelbagai warganegara antaranya Indonesia, Bangladesh, Myanmar serta tempatan," ujarnya.Tegasnya, pihak polis melalui PGA akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam demi kesejahteraan rakyat Malaysia."Kita berharap orang awam menjadi mata dan telinga polis dalam menyalurkan segala maklumat berkaitan kes-kes penyeludupan bagi memastikan negara tidak dicerobohi oleh elemen yang menyalahi undang-undang," ujarnya.





PSM lapor tingkah laku pegawai Thailand kepada ISTAF - Sinarharian - 25/05 3:54 pm

PERSEKUTUANSepaktakraw Malaysia (PSM) mengemukakanaduan rasmi kepada Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) berhubung dakwaan tingkah laku beberapa pegawai Thailand semasa final regu berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2026.Dalam surat bertarikh 24 Mei, Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh berkata, aduan itu berkaitan dengan perlawanan No





Polis jalankan siasatan terperinci punca kemalangan di FSO Sepat - Mygazette - 25/05 3:38 pm

# Polis jalankan siasatan terperinci punca kemalangan di FSO Sepat KUALA TERENGGANU - Polis sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap kes kemalangan yang menyebabkan tiga pekerja maut di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat yang terletak kira-kira 150 meter dari perairan Kuala Terengganu, tengahari semalam





Family’s final birthday wish becomes lasting memory after Sepat FSO tragedy - SUN - 25/05 3:30 pm

The family of a Sepat FSO victim says a simple WhatsApp birthday greeting became their final message from him, leaving a lasting memory of their loss





Tragedi pelantar minyak: Tidak tolak kemungkinan kes jenayah atau kecuaian jika ada bukti kukuh - Polis - Sinarharian - 25/05 1:40 pm

KUALA TERENGGANU - Polis tidak menolak kemungkinan untuk mengklasifikasikan semula kes tragedi pelantar minyak FSO Sepat kepada kes jenayah atau kecuaian jika terdapat bukti kukuh.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kini telah pun dihantar ke pelantar minyak yang terletak 150 kilometer (km) dari perairan Kuala Terengganu itu untuk menjalankan siasatan lanjut.Bagaimanapun, menurutnya, buat masa ini, kes kematian tiga pekerja luar pesisir (offshore) warga tempatan itu disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR)."Sekiranya siasatan mendapati terdapat unsur jenayah atau kecuaian, kes itu akan diklasifikasikan semula dan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Siasatan Jenayah."Ketika ini proses bedah siasat sedang dijalankan dan polis masih menunggu laporan penuh berhubung punca kematian mangsa," katanya kepada media di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pekerja pelantar minyak maut, bot penyelamat terjatuh ke dalam lautIsteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir'Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua'Sementara itu, Azli turut memberi amaran keras kepada netizen agar menghentikan segera penyebaran pelbagai spekulasi dan dakwaan tidak sahih yang kini sedang tular meluas di media sosial.Tegas beliau, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja boleh mengganggu siasatan pihak polis, malah mampu menimbulkan kekeliruan parah dalam kalangan masyarakat.Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, tiga pekerja syarikat perkapalan disahkan maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat dinaiki dilaporkan terjatuh dari ketinggian 20 meter.ARTIKEL BERKAITAN: Petronas sahkan insiden di FSO Sepat, siasatan masih dijalankanPetronas sahkan insiden melibatkan pekerja kontraktornyaTragedi bot penyelamat terjatuh: 'Happy birthday kakak' ucapan terakhir Hafifi sebelum mautKerajaan pandang serius insiden maut pekerja pelantar minyak, pastikan keselamatan diperkukuh - PMMenurut Azli, insiden itu dipercayai berpunca apabila tali atau cangkuk (hook) yang dipasang pada bot penyelamat berkenaan tiba-tiba tercabut, menyebabkan kesemua mangsa bersama bot tersebut terjatuh ke dalam laut.Mangsa maut dikenali sebagai Ahmad Fiqri Zakaria, 38, dari Melaka, Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dari Kuantan, Pahang serta Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dari Bandar Indera Mahkota, Pahang.Seorang lagi mangsa, Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, dari Banting, Selangor dilaporkan cedera parah akibat patah tulang dan kini menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).





Sepat FSO tragedy: Police conduct detailed investigation into deaths of three workers - Malaymail - 25/05 1:30 pm

KUALA TERENGGANU, May 25 Police are conducting a detailed investigation into the accident that claimed the lives...





Roh reformasi kini pada Rafizi, bukan PMX - Sanusi - Sinarharian - 25/05 1:17 pm

ALOR SETAR Pengerusi Perikatan Nasional Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengalu-alukan kehadiran Parti Bersama Malaysia (MU) untuk mengambil alih ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini.Menteri Besar Kedah itu berkata, perkembangan tersebut dilihat mampu memecah-belahkan PKR selain memberi ruang kepada ahli parti berkenaan menyertai MU.Menurutnya, beliau percaya semangat atau roh reformasi kini lebih dekat dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli berbanding Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Saya alu-alukan kehadiran mereka untuk mengambil ahli-ahli PKR di Kedah, pecah-belahkan PKR dan masuk MU."Sungguh-sungguh pun, saya rasa roh reformasi ada pada Rafizi, tidak ada pada PMX, roh tersebut telah beralih kepada Rafizi," katanya pada Isnin.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Lembu Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 2026 di Mentaloon di sini.Pada 17 Mei lalu, media melaporkan Rafizi dan Nik Nazmi mengesahkan akan mengambil alih MU sebagai platform politik baharu mereka.Penyerahan parti yang bakal diterajui kedua-dua bekas menteri itu dilakukan dalam majlis pengumuman hala tuju politik.Perkembangan tersebut sekali gus menjawab spekulasi mengenai masa depan politik Rafizi dan Nik Nazmi selepas kedua-duanya dipercayai semakin tersisih dalam PKR sejak setahun lalu.Untuk rekod, MU merupakan sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.





Three Malaysian Offshore Workers Killed After Lifeboat Fall In Tragic Sea Accident - Rakyatpost - 25/05 1:14 pm

One operation on Sepat Platform turns deadly as three workers perish and one remains seriously injured.





Kerajaan pandang serius insiden maut pekerja pelantar minyak, pastikan keselamatan diperkukuh - PM - Sinarharian - 25/05 1:10 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan memandang serius insiden maut melibatkan tiga pekerja kontraktor di platform Sepat di perairan Terengganu-Kelantan semalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menerusi hantaran di laman X, beliau berkata, siasatan menyeluruh sedang dilaksanakan pihak berkaitan bagi mengenal pasti punca kejadian.Anwar berkata, kerajaan juga akan memastikan aspek keselamatan pekerjaan sentiasa diperkukuh demi melindungi kebajikan pekerja negara."Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi dugaan yang amat berat ini dan moga mangsa yang sedang menerima rawatan dikurniakan kesembuhan segera," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pekerja pelantar minyak maut, bot penyelamat terjatuh ke dalam lautIsteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir'Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua'Semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pada jam 12.50 tengah hari semasa semua mangsa dipercayai menaiki sebuah bot penyelamat yang berada di atas platform untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform itu.Bagaimanapun, tali atau cangkuk yang dipasang pada bot itu dipercayai tercabut menyebabkan kesemua mangsa terjatuh ke dalam laut bersama-sama bot.Mereka yang maut ialah Ahmad Fiqri Zakaria, 38, dari Batu Berendam, Melaka; Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, (Kuantan, Pahang); dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, (Bandar Indera Mahkota, Pahang).ARTIKEL BERKAITAN: Petronas sahkan insiden di FSO Sepat, siasatan masih dijalankanPetronas sahkan insiden melibatkan pekerja kontraktornyaTragedi bot penyelamat terjatuh: 'Happy birthday kakak' ucapan terakhir Hafifi sebelum mautSeorang lagi mangsa, Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, dari Banting, Selangor dilaporkan cedera parah dan masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.Sementara itu, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam kenyataan pada Isnin mengesahkan insiden itu melibatkan tiga pekerja kontraktornya maut manakala seorang lagi cedera parah dan memaklumkan siasatan berhubung punca insiden sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan





Tragedi bot penyelamat terjatuh: 'Happy birthday kakak' ucapan terakhir Hafifi sebelum maut - Sinarharian - 25/05 12:55 am

KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja pelantar minyak sempat menitipkan ucapan hari lahir terakhir kepada adiknya sebelum maut dalam tragedi bot penyelamat terjatuh di Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad.Ucapan menyayat hati itu dihantar oleh mangsa, Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, kepada adiknya, Nurul Ain Safiqah Ab Majid, 32, menerusi aplikasi WhatsApp keluarga pada 18 Mei lalu, kira-kira jam 10.31 pagi."Happy birthday kakak, semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan," memetik kandungan pesanan ringkas terakhir tersebut.Adik bongsunya, Nurul Ain Shazwani Ab Majid, 30, berkata, pesanan berkenaan kini menjadi kenangan terakhir mereka sekeluarga terhadap anak keempat daripada tujuh beradik itu yang disifatkan sebagai seorang penyayang."Abang memang seorang yang penyayang dan suka bantu orang





Petronas says investigations ongoing after fatal lifeboat incident at Sepat platform in Terengganu-Kelantan waters - Malaymail - 25/05 11:31 am

KUALA TERENGGANU, May 25 Petroliam Nasional Bhd (Petronas) has confirmed that three contractor personnel were ki...





EON sasar jadi legasi pemacu mobiliti negara - Sinarharian - 25/05 9:30 am

Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) menyasarkan untuk membina legasi pemacu ekosistem industri mobiliti negara dengan menumpukan kepada inovasi, kekuatan dalaman serta transformasi digital yang menyeluruh.Ketua Pegawai Operasi dan Peruncitan Automatif EON Berhad, Mohammad Azwan Yahaya berkata, EON mahu dikenali bukan sekadar sebagai penjual kereta, sebaliknya sebagai organisasi yang memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan industri dan masyarakat."Legasi yang dibina menjadi organisasi yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi, teknologi dan komuniti setempat."Kami mempunyai rangkaian cawangan yang besar di seluruh Malaysia dan kami akan menggunakan rangkaian ini untuk memberi sumbangan dari segi teknologi, pengalaman dan pendidikan kepada masyarakat setempat supaya industri itu dapat terus berkembang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di EON Glenmarie.Tambahnya, syarikat komited untuk memperluaskan akses kepada rakyat Malaysia dengan menyediakan pelbagai pilihan kenderaan serta menyokong peralihan industri ke arah mobiliti yang lebih lestari termasuk kenderaan elektrik (EV)."Melalui rangkaian cawangan yang kita ada, kita mengharapkan dapat mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk jualan, perkhidmatan selepas jualan, logistik dan kewangan serta menyokong rantaian nilai industri melalui kerjasama strategik dan teknologi," katanya.Beliau menambah, syarikat turut memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta pelaburan dalam inovasi dan perindustrian bagi memastikan kelangsungan industri.Sehubungan itu, Mohammad Azwan memaklumkan, EON optimis legasi yang dibina bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat, malah turut menyumbang kepada pembangunan industri automotif dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.Tingkatkan keupayaan digital Kongsinya, EON turut berdepan pelbagai cabaran termasuk ketidaktentuan ekonomi global, tekanan luaran serta gangguan rantaian bekalan yang memberi kesan kepada permintaan, harga dan pelancaran produk dalam tempoh lebih 40 tahun dalam industri automotif."Selain itu, perubahan tingkah laku pelanggan yang semakin menuntut perkhidmatan pantas, telus dan digital turut menjadi cabaran utama yang perlu ditangani secara berterusan," ujarnya.Beliau melihat keperluan untuk meningkatkan keupayaan digital menjadi aspek kritikal apabila peralihan daripada model jualan tradisional kepada peralihan platform digital berlaku dengan pantas.Tambahnya, penambahbaikan perlu dibuat dalam semua aspek termasuk proses jualan, perkhidmatan dan strategi bagi memastikan syarikat kekal kompetitif dan relevan.Mohammad Azwan berkata, dalam mendepani cabaran tersebut, EON melakukan transformasi model perniagaan daripada satu jenama kepada pelbagai jenama serta memperkukuh kecekapan operasi melalui penggunaan teknologi.Bagaimanapun, beliau menambah, EON mempunyai kekuatan rahsia terutamanya pangkalan data pelanggan yang besar yang digunakan untuk meningkatkan kepercayaan serta memperkukuh hubungan dengan pelanggan, meskipun berdepan persaingan sengit industri."Selain itu, kita menawarkan pelbagai pilihan kenderaan dan menyediakan penyelesaian menyeluruh merangkumi jualan, pembiayaan, insurans dan selepas jualan di bawah satu bumbung," jelasnya.Tambah beliau, transformasi digital yang dilaksanakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini menjadi antara pembaharuan paling signifi kan dalam meningkatkan pengalaman pelanggan."Pendigitalan membolehkan perkhidmatan disampaikan dengan lebih pantas, mudah dan telus, di samping memastikan standard perkhidmatan yang konsisten di semua cawangan," katanya.Dalam masa sama, penggunaan data secara berpusat membantu syarikat membuat keputusan strategik serta merancang pelan masa depan dengan lebih berkesan.Pengiktirafan BISA 2026 kukuhkan reputasi EONDalam pada itu, Mohammad Azwan berkata, pengiktirafan terhadap EON melalui Anugerah Kecemerlangan Korporat Automotif pada Anugerah BISA 2026 dilihat sebagai bukti usaha dan strategi yang dilaksanakan berada di landasan tepat."Pengiktirafan ini mencerminkan kepercayaan daripada rakan industri dan pelanggan terhadap perancangan serta hala tuju yang kita tetapkan, selain menjadi platform untuk kita terus komited dalam inovasi, meningkatkan pengalaman pelanggan serta meningkatkan ekosistem mobiliti," katanya.Menurut beliau, pengiktirafan itu turut memberi nilai tambah kepada organisasi dengan meletakkan satu tanda aras terhadap keberkesanan transformasi yang dilaksanakan."Ia juga mengukuhkan reputasi EON sebagai antara pemain utama dalam industri automotif negara serta memberi pengiktirafan kepada seluruh warga kerja atas usaha kolektif yang telah dilaksanakan," ujarnya.Menurutnya, anugerah tersebut turut memberi impak positif kepada motivasi pekerja serta mengukuhkan budaya kecemerlangan dalam organisasi."Anugerah ini juga mendorong EON untuk terus meletakkan standard yang lebih tinggi setiap tahun, mengukuhkan komitmen untuk terus mencari dan meneroka peluang baharu dalam mobiliti, digitalisasi serta meningkatkan pengalaman pelanggan," katanya.Kata beliau, EON merancang untuk terus memperkukuh ekosistem mobiliti menyeluruh, memperluas penggunaan automasi dan digitalisasi serta meneroka jenama baharu bagi memastikan pertumbuhan mampan dalam tempoh lima tahun akan datang.





Tiga pekerja pelantar minyak maut: Petronas sahkan insiden melibatkan pekerja kontraktornya - Sinarharian - 25/05 9:18 am

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan insiden melibatkan tiga pekerja kontraktornya maut manakala seorang lagi cedera parah semasa kerja penyelenggaraan bot penyelamat di platform Sepat di perairan Terengganu-Kelantan semalam.Dalam kenyataan pada Isnin, Petronas memaklumkan siasatan berhubung punca insiden sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa yang berkaitan."Petronas merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja mangsa yang meninggal dunia





Petronas sahkan insiden di FSO Sepat, siasatan masih dijalankan - Sinarharian - 25/05 8:35 am

KUALA LUMPUR - Petronas pada Isnin mengesahkan mengenai satu insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di luar pantai Terengganu yang membabitkan empat pekerja kontraktor."Dukacita dimaklumkan bahawa tiga pekerja telah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada kira-kira jam 5.57 petang semalam manakala seorang lagi petugas yang cedera sudah dipindahkan bagi menerima rawatan perubatan dan masih di bawah pemerhatian," menurut syarikat minyak dan gas negara itu dalam kenyataan pada Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pekerja pelantar minyak maut, bot penyelamat terjatuh ke dalam lautIsteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir'Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua'Petronas sahkan insiden melibatkan pekerja kontraktornyaMenurut Petronas, siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan dan dengan kerjasama pihak berkuasa yang berkaitan."Petronas merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja mangsa yang meninggal dunia





Bedah siasat 3 mangsa kejadian bot penyelamat jatuh di pelantar minyak .. - Mygazette - 25/05 7:43 am

# Bedah siasat 3 mangsa kejadian bot penyelamat jatuh di pelantar minyak pagi ini - Polis KUALA TERENGGANU - Polis mengesahkan tiga pekerja pelantar minyak maut manakala seorang lagi cedera parah, selepas bot penyelamat yang dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan, tengah hari semalam





GSF 3.0 diteruskan, tarikh akan dikongsi- Nadir Al- Nuri - Sinarharian - 25/05 7:25 am

SEPANG- Misi kemanusiaan ke Gaza menerusi Global Sumud Flotilla (GSF) akan terus dilaksanakan bagi meroboh dan menghancurkan Israel.Chef de Mission Sumud Nusantara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata, tarikh untuk misi kali ketiga itu akan dikongsikan kelak."Kita akan menggerakkan apa yang disebut sebagai We Rise iaitu membabitkan baki negara-negara yang tidak terlibat dalam GSF pada kali ini."Hampir 100 tahun perjuangan Palestin, kalau ada rezeki dan umur, Palestin akan dibebaskan saat kita masih lagi bernyawa





'Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua' - Sinarharian - 25/05 7:14 am

KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang isteri yang sedang hamil tujuh bulan untuk ditemani suami ketika berpantang tidak kesampaian apabila lelaki itu maut dalam tragedi bot penyelamat terjatuh ke laut di Platform Sepat, perairan Terengganu/Kelantan pada Ahad.Mangsa, Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, merupakan salah seorang daripada tiga pekerja yang disahkan terkorban dalam insiden itu.Isterinya, Nurkhaeryna Dhania Azreen Khairil Azri, 28, berkata, dia menerima panggilan daripada pihak syarikat pada jam 4 petang yang memaklumkan suaminya terlibat dalam kemalangan."Syarikat telefon beritahu suami terlibat dalam kemalangan, tetapi tidak pasti sama ada dia meninggal dunia atau tidak."Saya kemudian hubungi rakan-rakan dia dan dapat tahu suami sudah meninggal dunia sebelum mereka memaklumkan perkara itu kepada ibu saya," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.Sebaik sahaja mendapat perkhabaran tersebut, dia yang menetap di Bukit Setongkol, Kuantan terus bergegas ke Kuala Terengganu dan tiba di hospital sekitar jam 7 malam.Menurut Nurkhaeryna, kali terakhir dia bertemu suaminya adalah pada Ahad minggu lalu sebelum mangsa kembali bertugas di pelantar minyak (offshore) selama dua minggu, dan dijadualkan pulang ke rumah pada 1 Jun depan.Katanya, sebelum kejadian, arwah sempat menghantar mesej melalui WhatsApp pada jam 7 pagi menyatakan rasa tidak sabar untuk pulang ke rumah selain mahu mengumpul cuti bagi menemaninya berpantang nanti.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pekerja pelantar minyak maut, bot penyelamat terjatuh ke dalam lautIsteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir"Pagi tadi dia WhatsApp cakap tak sabar nak balik rumah dan mahu kumpul cuti untuk temankan saya berpantang





Tiga pekerja pelantar minyak maut, bot penyelamat terjatuh ke dalam laut - Sinarharian - 25/05 12:30 am

KUALA TERENGGANU Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat (life boat) yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam laut di Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan sedang menaiki bot berkenaan untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform tersebut.Menurut beliau, insiden itu dipercayai berpunca apabila tali atau cangkuk (hook) yang dipasang pada bot penyelamat berkenaan tiba-tiba tercabut, menyebabkan kesemua mangsa bersama bot tersebut terjatuh ke dalam laut."Pasukan penyelamat digerakkan segera untuk menaikkan mereka semula ke atas platform."Kesemua mangsa kemudiannya telah dibawa menaiki helikopter pada jam 4 petang untuk diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) bagi mendapatkan rawatan kecemasan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.Azli berkata, mangsa tiba di LTSM pada jam 5 petang dan terus dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), namun tiga daripada mereka kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 5.25 petang."Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Ahmad Fiqri Zakaria, 38, yang beralamat di Batu Berendam, Melaka; Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dari Kuantan, Pahang; dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 37, dari Bandar Indera Mahkota, Pahang."Sementara itu, seorang lagi mangsa iaitu Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, yang berasal dari Banting, Selangor dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat patah tulang dan kini masih dirawat di Unit Kecemasan HSNZ," ujarnya.Beliau menambah, ketiga-tiga jenazah mangsa yang maut telah dibawa ke Jabatan Forensik HSNZ pada jam 7.40 malam untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.Bagaimanapun katanya, setakat lewat malam tadi pihak jabatan berkenaan dilaporkan masih belum menjalankan prosedur tersebut.





Isteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir - Sinarharian - 24/05 11:55 pm

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang sedang sarat mengandung tujuh bulan tidak menyangka panggilan video bersama suaminya malam tadi menjadi kenangan terakhir mereka.Lelaki itu dilaporkan maut dalam kemalangan yang dipercayai berpunca daripada tali bot yang terputus ketika menjalani latihan kecemasan di perairan Terengganu-Pahang pada Ahad.Isteri kepada seorang mangsa, Nurkhaeryna Dhania Azreen Khairil Azri, 28, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 4 petang, selepas menerima panggilan daripada majikan suaminya yang memberitahu lelaki berkenaan terlibat dalam satu kemalangan di lokasi kejadian."Ketika itu pihak syarikat tidak dapat memberikan maklumat lanjut berhubung keadaan suami saya.Pihak terbabit cuma beritahu suami saya terlibat dalam kejadian dan tak cakap sama ada meninggal dunia atau macam mana, sebab pihak itu sendiri belum dapat maklumat penuh," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada Ahad.Nurkhaeryna Dhania Azreen yang menetap di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang berkata, sebaik menerima berita itu, dia bersama ibunya terus bertolak dari rumah mereka ke Kuala Terengganu dan tiba di HSNZ kira-kira 7 malam tadi.Beliau berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman, 28, pada Ahad lepas sebelum mangsa kembali bertugas di platform offshore selama dua minggu.Beliau berkata, suaminya dijadual pulang pada 1 Jun depan, namun tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik atau meninggalkan pesanan terakhir."Kali terakhir saya bercakap dengan suami kira-kira 10 malam semalam sebelum dia masuk tidur selepas keletihan bekerja."Dia kata penat dan nak tidur awal





Jawatankuasa khas tangani jenayah penipuan dalam talian - Fahmi - Sinarharian - 24/05 9:12 pm

KUALA LUMPUR -Kerajaan bercadang menubuhkan satu jawatankuasa khas bertujuan memperkukuh kerjasama antara agensi bagi menangani jenayah penipuan dalam talian di Malaysia.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa itu akan melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa, badan kawal selia, institusi kewangan, syarikat telekomunikasi serta platform digital bagi memastikan tindakan lebih bersepadu dapat dilaksanakan





Battle of the Barbell 2026 offers Sukma preparation platform for Sarawak weightlifters - BorneoPost - 24/05 6:19 pm

KUCHING (May 24): Battle of the Barbell 2026 concluded on a high note at CFK Training Ground, bringing together Sarawak’s top weightlifters, emerging talents and fitness enthusiasts in a competition aimed at preparing athletes for the upcoming Malaysia Games (Sukma) in August





Fahmi: Media organisations should earn returns from livestream audiences, ministry ready to engage TikTok - BorneoPost - 24/05 6:12 pm

KUALA LUMPUR (May 24): The Communications Ministry is prepared to hold discussions with TikTok to enable media organisations in Malaysia to generate revenue from livestream content broadcast on the platform





271,000 Kandungan Scam Diturunkan MCMC – Fahmi Fadzil - Mygazette - 24/05 6:04 pm

# 271,000 Kandungan Scam Diturunkan MCMC - Fahmi Fadzil Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mendedahkan sebanyak 91 peratus daripada 271,000 kandungan yang diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lalu melibatkan scam dan judi dalam talian, majoritinya di platform Facebook





Kementerian Komunikasi sedia bincang dengan TikTok bantu media jana .. - Mygazette - 24/05 6:04 pm

# Kementerian Komunikasi sedia bincang dengan TikTok bantu media jana pendapatan KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi bersedia mengadakan perbincangan dengan TikTok bagi membolehkan organisasi media di Malaysia menjana pendapatan menerusi kandungan penstriman langsung yang disiarkan di platform berkenaan





Rugi lebih RM2.7b: Kerajaan sedia nota Jemaah Menteri gempur scam dan... - Mygazette - 24/05 6:04 pm

# Rugi lebih RM2.7b: Kerajaan sedia nota Jemaah Menteri gempur scam dan judi dalam talian KUALA LUMPUR Kementerian Komunikasi akan menyediakan satu nota khas kepada Jemaah Menteri bagi membentangkan hasil resolusi daripada Pemukiman Membanteras Penipuan Dalam Talian, Jun ini





Analysis: The necessity of reining in social media companies - Sinardaily - 24/05 12:00 am

KUALA LUMPUR - Children under 16 in Malaysia will likely not be able to make social media accounts in the near future, when the provision under the Online Safety Act (ONSA) 2025 restricting underage access to social media takes effect.Years of research have shown social medias deleterious effects on youth mental health, fueling anxiety, depression, self-harm and even suicide





AMK gesa wakil rakyat hadir program Rafizi beri penjelasan - Sinarharian - 24/05 11:42 am

PADANG RENGAS - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa mana-mana wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menghadiri program pengumuman Parti Bersama Malaysia (Bersama) baru-baru ini supaya tampil memberikan penjelasan kepada parti bagi mengelakkan polemik berterusan.Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan itu wajar sebagai tanda tanggungjawab kepada parti susulan kehadiran beberapa Ahli Parlimen pada majlis pengenalan parti baharu pimpinan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli.Menurutnya, kegagalan berbuat demikian hanya akan membuka ruang kepada lebih banyak persoalan dan kritikan daripada anggota parti sendiri."Bagi saya mudah, mereka ini muncul dengan platform di parti lain dan mereka harus tampil serta memberikan penjelasan yang sewajarnya."Kalau mereka tidak mengambil sikap sedemikian, maka biarlah perkara ini berterusan dan jangan marah kalau ada pihak terus menyerang."Adalah adil untuk anggota parti mempertikaikan perkara ini, tetapi menjadi tanggungjawab mereka juga untuk memberikan penerangan dan saya yakin parti akan meminta sebahagian daripada mereka tampil memberikan penjelasan secara tuntas," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Hari Keluarga Padang Rengas sempena Program Fun Run Untukmu Ibu 2026 anjuran Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas di Surau Al-Khairiah, Kampung Labu Kubong di sini pada Ahad.Mengulas penubuhan parti baharu itu, Muhammad Kamil menegaskan bahawa gerakan itu tidak memberi kesan besar terhadap kekuatan PKR di peringkat akar umbi.Katanya, PKR, khususnya AMK, kekal fokus memperkukuh jentera parti sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk pilihan raya negeri dan pilihan raya umum."Kita tidak nampak gerakan ini mempunyai signifikan besar





Agenda 12 perkara Bersama tiada apa yang baharu, kata Hassan Karim - FMT - 24/05 8:30 am

Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada PKR berkata beberapa cadangan yang diketengahkan oleh gerakan Rafizi Ramli tidak memerlukan platform baharu.





Nothing new about Bersamas 12-point agenda, says Hassan Karim - FMT - 24/05 8:30 am

The PKR Pasir Gudang MP says several proposals mooted by Rafizi Ramli's outfit do not require a new platform.





Kebajikan pekerja gig diperkukuh menerusi latihan, perlindungan sosial - Sinarharian - 23/05 6:45 pm

KUALA LUMPUR Kerajaan terus memperkukuh kebajikan serta masa depan pekerja gig menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif melibatkan perlindungan sosial, peningkatan kemahiran dan pembangunan kerjaya.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, antara usaha yang sedang dilaksanakan termasuk Pakej Daya Tahan Ekonomi (PACE) yang diumumkan kerajaan dengan peruntukan lebih RM710 juta.Menurut beliau, daripada jumlah itu, RM20 juta diperuntukkan khusus bagi membantu meningkatkan daya tahan ekonomi pekerja gig termasuk pemandu e-panggilan dan penghantar p-panggilan."Kerajaan komited memperkukuh ekosistem pekerjaan gig supaya lebih stabil, inklusif dan mampan untuk jangka panjang," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan Rakan Grab yang menghimpunkan hampir 1,000 rakan pemandu dan penghantar dari kawasan Parlimen Sungai Buloh pada Sabtu.Tambah beliau, kerajaan turut melaksanakan program berkaitan kecerdasan buatan dan peningkatan kemahiran digital menerusi AI MyMahir bagi memberi pendedahan kepada teknologi baharu dalam pasaran pekerjaan semasa.Katanya, pekerja gig juga berpeluang mengikuti latihan teknikal menerusi ADTEC Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bagi meningkatkan kemahiran dan daya saing mereka."Selain itu, pekerja turut boleh memanfaatkan platform MYFutureJobs oleh PERKESO bagi mendapatkan peluang pekerjaan dan peningkatan kerjaya yang lebih luas," ujarnya.Dalam pada itu, beliau berkata, sebuah portal e-aduan pekerja gig turut diwujudkan bagi memudahkan akses kepada maklumat berkaitan hak pekerjaan, perlindungan sosial serta saluran aduan secara lebih sistematik.Menurutnya, pembangunan sektor gig memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, syarikat penyedia platform dan pekerja sendiri bagi memastikan kebajikan golongan itu terus terbela."Kerjasama semua pihak amat penting supaya sektor gig terus berkembang secara sihat dan memberi manfaat kepada pekerja serta ekonomi negara," katanya.Pada majlis sama, Ramanan turut menyampaikan sumbangan kepada rakan Grab sebagai tanda penghormatan atas dedikasi mereka dalam membantu melancarkan urusan harian masyarakat.





Grab hargai rakan penghantar menerusi Penghargaan Rakan Grab - Sinarharian - 23/05 3:58 pm

SUNGAI BULOH - Grab Malaysia (Grab) menganjurkan program Penghargaan Rakan Grab sebuah usaha berterusan sebagai tanda penghargaan terhadap peranan penting dimainkan rakan-pemandu dan penghantar Grab dalam memastikan kelancaran ekosistem platform berkenaan.Menerusi program itu, Grab dengan kerjasama Central Mart mengagihkan baucar petrol dan barangan runcit kepada rakan penghantar dan pemandu yang hadir, sebagai sebahagian daripada inisiatif yang lebih luas bagi membantu mengurangkan beban peningkatan kos sara hidupMenurut Grab, usaha membantu rakan platform itu selari dengan inisiatif nasional dalam mengurangkan tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini.Pengarah Kanan Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, Grab komited memperkasa ekonomi rakyat menerusi peluang pendapatan yang lebih mampan dan fleksibel."Grab percaya dalam menyumbang ke arah memacu Malaysia ke hadapan dengan mewujudkan pemerkasaan ekonomi untuk semua."Menerusi pelbagai alat dan program yang membantu rakan kami membina peluang pendapatan jangka panjang yang lebih berdaya tahan, kami menyediakan platform yang membolehkan semua pihak berkembang maju."Dalam masa sama, bantuan jangka pendek seperti pemberian baucar turut dapat memberi sedikit ruang bernafas kepada rakan kami dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini," katanya.Beliau berkata, Grab mahu memastikan ekonomi gig terus kekal sebagai ekosistem pendapatan yang mampan dan relevan kepada seluruh rakyat Malaysia.Tambah beliau, Grab turut memperkenalkan teknologi seperti AI Ride Guide.Katanya, kemudahan itu membolehkan rakan penghantar bekerja dengan lebih fleksibel mengikut kesesuaian masa masing-masing.Dalam pada itu,, pendekatan Grab turut membantu memperkasakan wanita yang sering mempunyai pilihan terhad untuk menjana pendapatan.Menurut kajian pada tahun 2026 mendapati sebanyak 74 peratus rakan wanita Grab melaporkan mereka menikmati tahap kebebasan kewangan yang lebih baik menerusi platform tersebut."Adalah penting untuk Grab melaksanakan perkara ini dengan tepat kerana ia merupakan teras kepada pendekatan kami."Sebagai syarikat berteraskan misi, kejayaan kami bukan sahaja diukur melalui pertumbuhan syarikat, tetapi juga impak sosial positif dan berkekalan terhadap komuniti yang kami berkhidmat."Teknologi yang disertakan dengan nilai kemanusiaan mampu memperkasakan rakan platform untuk menjana pendapatan dan membina masa depan yang lebih baik menerusi sokongan menyeluruh, keselamatan, pendapatan mampan serta peningkatan kemahiran," katanya.Selain teknologi dalam platform, Grab telah melabur lebih RM10 juta sepanjang tahun 2025 melalui GrabBenefits





Perkasa penggunaan poligraf tangani jenayah, isu integriti - Sinarharian - 23/05 1:36 pm

KUALA LUMPUR Perkongsian kepakaran dan pengalaman antara agensi penguatkuasaan serta organisasi berkaitan mampu meningkatkan kerjasama strategik dalam usaha memerangi jenayah, salah laku dan isu berkaitan integriti.Pendekatan itu menjadi antara fokus Seminar Poligraf Malaysia: Peranan Poligraf dalam Saringan Pekerjaan anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini.Timbalan Pengarah Akademik dan Latihan Asas MACA SPRM, Mohd Saud Ayutollah Abdul Manan berkata, seminar tersebut menjadi platform penting bagi meningkatkan pengetahuan serta amalan terbaik dalam bidang poligraf di peringkat nasional."Kerjasama rentas agensi menerusi perkongsian kepakaran dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan integriti organisasi dan pengendalian siasatan melibatkan aspek keselamatan."Perkongsian kepakaran dan pengalaman rentas agensi seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sekali gus meningkatkan kerjasama strategik antara agensi dalam usaha memerangi jenayah, salah laku serta isu berkaitan integriti," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup seminar berkenaan di Dewan Tun Ismail, MACA di sini pada Khamis.Mohd Saud berkata, SPRM berharap Seminar Poligraf Malaysia dapat diteruskan secara berkala dalam skala lebih besar melalui penganjuran penyelidikan, kolokium dan seminar ilmiah.Katanya, usaha itu penting bagi meningkatkan pembangunan kepakaran serta potensi penggunaan teknologi poligraf di Malaysia.Seminar itu disertai seramai 60 peserta terdiri daripada wakil pelbagai agensi penguatkuasaan, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemain industri teknologi poligraf.Antara organisasi terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Turut menyertai seminar itu ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan XSpec Technology





PROWIRA-RTW Graduan sasar tiga kumpulan anak Warga Kerja Pertahanan - Sinarharian - 23/05 1:01 pm

SHAH ALAM - Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menyasarkan kadar penempatan kerja peserta program PROWIRA Ready-to-Work (RTW) Graduan mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus dalam tempoh enam bulan selepas tamat program.Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Datuk Dr Mohd Nizar Sudin berkata, sasaran itu selaras dengan mandat yang diberikan Kementerian Pertahanan dalam memastikan peserta memperoleh pekerjaan berkualiti setara dengan kelayakan mereka.Menurut beliau, inisiatif strategik itu sesuai dengan matlamat program bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam kalangan anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), veteran ATM dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan."Dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar, program ini tepat pada masanya dalam menangani isu pengangguran dan pekerjaan yang tidak sepadan dengan kerjaya yang diceburi."Malah, program ini juga mewujudkan situasi menang-menang apabila secara tidak langsung membantu syarikat-syarikat mendapatkan tenaga kerja eksekutif dengan kos yang ditanggung kerajaan," katanya kepada Sinar Harian.Beliau ditemui selepas mengadakan sesi perbincangan strategik bersama Pengasas Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub dan pengurusan Sinar Harian di Karangkraf pada Khamis.Tambah beliau lagi, dalam memastikan kesejahteraan warga pertahanan terus diperkasa secara holistik, perhatian bukan sahaja perlu diberikan kepada anggota yang sedang berkhidmat, tetapi juga kepada masa depan keluarga mereka terutama anak-anak yang bakal meneruskan kehidupan selepas alam pengajian."Kesejahteraan warga ATM bukan hanya ketika mereka berkhidmat, tetapi turut merangkumi masa depan anak-anak mereka





Bersamas entry a boon for PN, says analyst - FMT - 23/05 8:30 am

Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmads new platform could split non-Malay votes in mixed seats, which would likely benefit PN.





Turning down millions for a shared vision : The story behind Rafizi???s .. - Sinchew - 23/05 7:53 am

Turning down millions for a shared vision : The story behind Rafizis Parti Bersama Malaysia takeover PENANG: Their very first meeting focused on matching visions rather than financial terms





Lembu ‘sado’ 980kg tumpuan Karnival Qurban 2026 Tayyib Ranch - Mygazette - 23/05 7:53 am

# Lembu 'sado' 980kg tumpuan Karnival Qurban 2026 Tayyib Ranch BANTING - 10 ekor lembu sado seberat hampir satu tan bakal menjadi tarikan utama Karnival Qurban Tayyib Ranch 2026 di Fidlot Tayyib Ranch, Sungai Kelambu, Banting yang dijangka menarik lebih 1,000 pengunjung sempena Aidiladha tahun ini





Pengguna perlu muat naik dokumen rasmi bagi pengesahan umur di platform... - Mygazette - 23/05 7:53 am

# Pengguna perlu muat naik dokumen rasmi bagi pengesahan umur di platform media sosial KUCHING - Susulan pelaksanaan dua kod baharu di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) yang berkuat kuasa mulai 1 Jun ini, pengguna platform media sosial perlu memuat naik dokumen rasmi yang dikeluarkan kerajaan bagi membuat pengesahan umur





Pengguna perlu muat naik dokumen rasmi bagi pengesahan umur di platform media sosial - Sinarharian - 22/05 11:48 pm

KUCHING - Susulan pelaksanaan dua kod baharu di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) yang berkuat kuasa mulai 1 Jun ini, pengguna platform media sosial perlu memuat naik dokumen rasmi yang dikeluarkan kerajaan bagi membuat pengesahan umur.Dua kod yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu ialah Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) serta Kod Pengurangan Risiko (RMC).Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, antara dokumen yang boleh digunakan pengguna termasuk kad pengenalan dan pasport bagi menyekat pengguna bawah umur 16 tahun membuka akaun media sosial."Sekarang kita telah meminta platform melaksanakan age verification (pengesahan umur)





Harvest Fusion Festival 2026 returns to Kuching celebrating Sarawaks cultural diversity - BorneoPost - 22/05 9:09 pm

KUCHING (May 22): Harvest Fusion Festival 2026 (HFF3) returns for its third edition with a line-up of cultural performances, fusion food experiences and community activities celebrating Sarawak’s diversity while providing a platform for local creative talent





TikTok works with MCMC to tighten platform safety and protect young users in Malaysia - Malaymail - 22/05 7:50 pm

KUCHING, May 22 Global short-video platform TikTok is strengthening its commitment to enhancing platform safety...





Kod baharu ONSA perkukuh perlindungan kanak-kanak dalam talian - Mygazette - 22/05 3:39 pm

# Kod baharu ONSA perkukuh perlindungan kanak-kanak dalam talian KUALA LUMPUR Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menerbitkan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) berkuat kuasa pada 1 Jun depan





Akses Portal MyKhas pejabat Parlimen Subang disekat,?? Wong Chen tuntut .. - Mygazette - 22/05 3:39 pm

# Akses Portal MyKhas pejabat Parlimen Subang disekat, Wong Chen tuntut penjelasan JPM KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengecam tindakan menyekat akses akaun Portal MyKhas milik pejabatnya secara tiba-tiba tanpa sebarang notis rasmi sekali gus didakwa menjejaskan urusan permohonan bantuan rakyat di kawasannya





Wong Chen dakwa akses portal MyKhas disekat selepas hadir program Rafizi - Sinarharian - 22/05 2:11 pm

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Subang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen mendakwa pejabatnya dinafikan akses ke portal MyKhas secara tiba-tiba tanpa sebarang notis, sekali gus menjejaskan urusan permohonan peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) untuk kawasan Parlimen berkenaan.Beliau berkata, portal yang dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu merupakan platform penting bagi memuat naik, mengurus dan memproses permohonan berkaitan peruntukan rakyat."Gangguan perkhidmatan ini disedari pada jam 12 tengah hari, Rabu lalu ketika pegawai saya cuba memuat naik beberapa permohonan dana PMR untuk sekolah-sekolah dalam kawasan Parlimen Subang."Selepas menghubungi pihak berkaitan bagi mendapatkan penjelasan, pegawai saya dimaklumkan secara lisan oleh seorang penjawat awam bahawa akses tersebut telah disekat atas arahan pihak atasan di Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Chen berkata, susulan itu pejabatnya menghantar emel kepada ICU pada hari sama bagi menuntut akses dipulihkan selain meminta penjelasan rasmi berhubung sekatan berkenaan.Beliau berkata, pegawainya turut menyerahkan sendiri surat rasmi kepada ICU JPM Selangor dan ibu pejabat ICU JPM di Putrajayapada keesokan harinya."Sehingga jam 10 pagi hari ini, pejabat kami masih belum diberikan semula akses ke portal MyKhas dan belum menerima sebarang penjelasan rasmi secara bertulis berhubung sekatan tersebut," katanya.Beliau turut mempersoalkan tindakan itu selepas mendakwa semakan bersama beberapa ahli Parlimen penyokong kerajaan di Selangor termasuk Ahli Parlimen PKR lain yang menghadiri program Hala Tuju Politik Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad pada Ahad lalu mendapati akaun portal MyKhas mereka masih boleh diakses sepenuhnya."Perkara ini menimbulkan persoalan serius mengapa pejabat Parlimen Subang menjadi satu-satunya kawasan yang disasarkan dan dinafikan akses."Jika benar berlaku layanan terpilih, ia amat dikesali dan bercanggah sama sekali dengan prinsip Madani yang menekankan pentadbiran adil, telus dan profesional," ujarnya.Chen berkata, pejabatnya sebelum ini sering menerima pengiktirafan daripada ICU JPM Selangor kerana pengurusan fail, dokumentasi dan akaun kewangan berkaitan peruntukan kerajaan yang disifatkan profesional serta mematuhi prosedur.Malah katanya, pejabat beliau juga secara terbuka menerbitkan penyata akaun termasuk peruntukan komuniti dan perbelanjaan setiap enam bulan sejak lebih sedekad lalu sebagai komitmen terhadap ketelusan.Sehubungan itu, beliau menuntut JPM segera memulihkan akses portal MyKhas milik pejabat Parlimen Subang selain memberikan penjelasan rasmi secara bertulis mengenai sekatan tersebut.Sebelum ini Chen dilapor menjadi salah seorang daripa enam Ahli Parlimen PKR yang menghadiri program Hala Tuju Politik Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi (bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam).Lima lagi yang lain ialah Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya).





Yayasan Madani terima 200 permohonan Madani Mart - Sinarharian - 22/05 12:58 am

KUANTAN - Yayasan Madani menerima lebih 200 permohonan untuk membuka cawangan Madani Mart di seluruh negara setakat ini.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, lebih 20 pengusaha telah melepasi peringkat saringan awal dan sedang melalui proses pembangunan secara berperingkat.Menurutnya, ia juga tertakluk kepada kesesuaian lokas, kesiapsiagaan operasi dan pematuhan kepada standard Madani Mart."Sambutan terhadap inisiatif ini amat memberangsangkan apabila kita telah menerima lebih 200 permohonan daripada pelbagai pihak di seluruh negara melalui platform dalam talian dan secara fizikal."Sebagai sebahagian pelan pengembangan, dua lagi outlet Madani Mart dijangka dibuka Jun ini di kawasan Inderapura di sini dan Kuala Lumpur, sekaligus menandakan permulaan peluasan jaringan Madani Mart ke kawasan Lembah Klang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan pelancaran rasmi Madani Mart Cawangan Jalan Dato Wong Ah Jang di sini pada Jumaat.Hadir sama, Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang.Madani Mart bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum itu adalah yang kedua selepas pembukaan cawangan pertama di Indera Mahkota yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.Fuziah yang juga Pengerusi Yayasan Madani berkata, pembukaan outlet kedua itu mencerminkan perkembangan positif inisiatif Madani Mart yang dibangunkan melalui model kerjasama strategik melibatkan kerajaan, sektor swasta dan elemen sosial melalui Yayasan Madani.Katanya, Madani Mart sebagai pelengkap yang selari dengan aspirasi kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat akses kepada barangan keperluan harian pada harga yang kompetitif"Inisiatif ini turut melengkapi pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) KPDN yang terbukti membantu rakyat mendapatkan akses kepada barangan asas pada harga lebih rendah," ujarnya.Jelas beliau, Yayasan Madani kekal komited untuk memperluaskan capaian manfaat Madani Mart secara strategik dan mampan, supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati akses kepada barangan keperluan pada harga yang berpatutan.Sementara itu katanya, selaras dengan maklum balas pasaran dan minat tinggi daripada pengusaha kedai runcit sedia ada, Yayasan Madani kini sedang memperincikan satu model baharu yang lebih fleksibel, Madani Mart Express."Model ini bertujuan membuka ruang kepada lebih ramai pengusaha kecil tempatan serta kedai runcit komuniti untuk menyertai ekosistem Madani Mart."Melalui pendekatan yang lebih praktikal dan inklusif ini, Madani Mart Express turut mengutamakan aspek standardisasi, pematuhan operasi serta penawaran harga rahmah kepada rakyat," katanya.Jelas beliau, pihaknya telah berunding dengan beberapa institusi kewangan mengenai peluang pembiayaan kepada usahawan untuk pembukaan oulet tersebut."Ada bank menyatakan kesediaan mereka dengan mengemukakan cadangan kertas kerja untuk dipertimbangkan," ujarnya.





'Jangan tunggu laporan polis, terus tahan penghina Sultan' Syed Ali - Sinarharian - 22/05 10:21 am

KUALA LUMPUR Pihak berkuasa disaran mengambil tindakan segera terhadap mana-mana individu yang didakwa menghina, mempertikai atau mempersendakan institusi Sultan dan Raja-Raja Melayu tanpa perlu menunggu laporan polis dibuat terlebih dahulu.Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan pantas perlu dilaksanakan khususnya melibatkan kandungan melampau yang tular di platform media sosial seperti TikTok.Menurut beliau, kelewatan mengambil tindakan dikhuatiri akan menyebabkan perbuatan menghina institusi kesultanan Melayu dianggap sebagai perkara biasa dalam kalangan masyarakat."Jika pihak berkuasa lambat bertindak dan sekadar melihat serta menunggu laporan polis dibuat, saya khuatir perbuatan jahat dan pencercaan terhadap institusi kesultanan Melayu akhirnya dianggap satu kebiasaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata demikian susulan kebimbangan terhadap peningkatan kandungan media sosial yang didakwa bersifat biadab dan melampaui batas terhadap institusi Raja-Raja Melayu.Menurut Syed Ali, generasi muda khususnya yang membesar dalam era teknologi maklumat berisiko kehilangan rasa hormat dan kesetiaan kepada institusi diraja sekiranya perkara tersebut tidak dibendung lebih awal.Katanya, kedudukan Raja-Raja Melayu perlu dipertahankan selaras dengan semangat Rukun Negara yang meletakkan prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara sebagai salah satu tonggak utama perpaduan nasional."Justeru, saya amat berharap tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu terbabit perlu disegerakan tanpa mengira anutan politik," katanya.Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan supaya penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara adil dan tidak dilihat bersifat terpilih."Saya juga bimbang jika pihak berkuasa lambat bertindak dan hanya menunggu laporan dibuat, akan timbul dakwaan kononnya pihak berkuasa di negara ini membudayakan undang-undang terpilih serta tindakan lebih menjurus kepada kepentingan politik," ujarnya.Sebelum ini, beberapa kes melibatkan penghinaan terhadap institusi diraja dan pemimpin negara di media sosial pernah mencetuskan perhatian ramai sehingga membawa kepada siasatan pihak berkuasa di bawah pelbagai peruntukan undang-undang termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.




Reformasi     >>



Air bocor RM200 juta setahun, rakyat Terengganu kini .. - Harapandaily
Isu bekalan air di Terengganu kembali menjadi perhatian selepas pendedahan mengenai kerugian besar yang ditanggung negeri akibat masalah air tidak berhasil (NRW) yang semakin meruncing. Menerusi satu kenyataan yang tular di media sosial, kumpulan Greater Terengganu Development mendakwa negeri ..
Kroni     >>



Rakyat jelata teruja jejak kaki ke Istana Arau - Utusan
ARAU: Tepat pukul 9.30 malam sebaik sahaja pintu pagar dibuka menyaksikan puluhan ribu pengunjung memasuki istana bagi menyaksikan keindahan gemerlapan lampu hiasan bersempena Malam Kilauan Cahaya (MKC) Istana Arau berlangsung selama dua hari berakhir semalam. MKC dianjur bersempena Sambutan Ulang ..
Tabloid     >>



[VIDEO] Dua penjenayah maut berbalas tembakan dengan .. - Kosmo
KAJANG Dua penjenayah tegar maut selepas terlibat dalam insiden berbalas tembakan dengan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, Bangi di sini malam tadi. Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kejadian ..
Tech     >>



Apple vs US antitrust case sees government attempting .. - Appleinsider
The DOJ spent years threatening to bring antitrust charges against Apple, and now that it finally has, the US government seems incapable of participating in its own case. Apple wants the DOJ to play ball in its own court The United States Department of Justice brought antitrust claims against ..
World     >>



Mexico agrees to host Iran at World Cup instead of US - BBC
Mexico's President Claudia Sheinbaum agrees to allow Iran to stay in the country during the World Cup, with the United States unwilling to host them.
Motor Trend     >>



JPJ sita Vellfire bekas bintang bola sepak, Brabus AMG .. - Careta
Pakar motivasi terbabit pula ditahan di sekitar Lembah Klang selepas memandu kereta mewah Mercedes Benz Brabus AMG dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi), JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi, berkata kenderaan