| /// |
|
| Search : Pilihan Raya News | Page 1 |
|
Proton X50 Terus Jadi Pilihan, Pembeli Mahu SUV Bergaya Dengan Teknologi Premium - Careta - 24/05 6:10 pm Menurut PROTON, kajian tersebut dijalankan dalam kalangan pemilik Proton X50 serba baharu yang dilancarkan pada Julai 2025 bagi memahami faktor utama pembeli memilih model berkenaan dalam pasaran SUV yang semakin sengit |
|
Hajat emak tercapai, 10 anak tunai haji bersama - Mygazette - 24/05 6:04 pm Dia merupakan jemaah bertuah kerana berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima bersama-sama sembilan adik-beradiknya dan enam ipar |
|
PM label pemimpin ‘budak’ bukan satu isu- Mohd Muzhaffar - Mygazette - 24/05 6:04 pm Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri itu berkata demikian kepada pemberita selepas Program khatan Perdana Yayasan Penyayang Iskandar Puteri Zon Tanjung Kupang di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Kupang di sini hari ini. Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim melabel pemimpin muda sebagai budak-budak ketika mengulas pendirian Barisan Nasional (BN) Johor bertanding solo menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang |
|
Kerjaya keselamatan kini setanding profesional lain, graduan digalak .. - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Kerjaya keselamatan kini setanding profesional lain, graduan digalak ceburinya GEORGE TOWN - Kerjaya dalam bidang keselamatan tidak wajar dipandang rendah atau dijadikan pilihan terakhir kerana profesion itu kini mampu menawarkan pendapatan mencecah RM15,000 sebulan kepada pengurus keselamatan berpengalaman |
|
PRU-16: PKR Perak mahu Anwar kekal pertahan Tambun - Mygazette - 24/05 6:04 pm # PRU-16: PKR Perak mahu Anwar kekal pertahan Tambun IPOH Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak berharap Presiden Parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal mempertahankan kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti |
|
Isteri hilang ketika beli barang dapur - Mygazette - 24/05 6:04 pm MELAKA Seorang wanita dilaporkan hilang dan gagal dikesan selepas keluar membeli barang dapur di sebuah pasar raya di Taman Malim Jaya di sini Khamis lalu |
|
PKR Johor kekal tenang, tak terheret dalam politik dendam – Dr .. - Mygazette - 24/05 6:04 pm Beliau bekas Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Johor itu memberitahu, seramai 2,800 keahlian baharu Bersama sudah direkodkan dalam tempoh seminggu dan hampir 30 peratus daripada jumlah itu merupakan ahli PKR. Bersama Johor juga menyasarkan untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti |
|
PRN Johor: Parti Bersama hasrat tanding semua 56 kerusi DUN - Mygazette - 24/05 6:04 pm # PRN Johor: Parti Bersama hasrat tanding semua 56 kerusi DUN JOHOR BAHRU Parti Bersama Malaysia (Bersama) Johor menyasarkan untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti |
|
Jangan mudah terpukau retorik politik Rafizi ??? Yaakob Sapari - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Jangan mudah terpukau retorik politik Rafizi Yaakob Sapari KUALA LUMPUR Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya anak muda diingatkan tidak mudah terpesona dengan retorik politik dibawa Datuk Seri Rafizi Ramli. Mantan Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Dr Yaakob Sapari berkata, prestasi dan kredibiliti pemimpin seharusnya dinilai berdasarkan merit kerja serta komitmen terhadap organisasi |
|
Bekas pemimpin, ahli masuk Bersama, PKR Johor tak terjejas - Mygazette - 24/05 6:04 pm Beliau bekas Setiausaha MPN Keadilan Johor itu memberitahu, seramai 2,800 keahlian baharu Bersama sudah direkodkan dalam tempoh seminggu dan hampir 30 peratus daripada jumlah itu merupakan ahli PKR. Bersama Johor juga menyasarkan untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.- MalaysiaGazette |
|
Komited perkukuh PKR, Zafrul pastikan Anwar kekal PM penggal kedua - Mygazette - 24/05 6:04 pm Rafizi telah mengumumkan hasrat keluar daripada PKR dan menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama). Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada PRK akan diadakan di Parlimen Pandan berikutan kedudukan kerusi itu |
|
Kuota petrol subsidi penduduk Pulau Tioman kritikal, mohon pengecualian .. - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Kuota petrol subsidi penduduk Pulau Tioman kritikal, mohon pengecualian sepenuhnya - Exco KUALA LUMPUR Penduduk di Pulau Tioman kini berdepan kebimbangan apabila kuota petrol subsidi sebanyak 1,000 liter seminggu didakwa tidak lagi mencukupi untuk menampung keperluan harian masyarakat di pulau berkenaan |
|
Ustaz Mad Kecik bergelar suami - Mygazette - 24/05 6:04 pm MARANG Pendakwah, Muhammad Abdullah, 33, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK) selamat melangsungkan pernikahan bersama pilihan hatinya, Nor Suhada Mohd |
|
Nak tinggalkan PKR, silakan – Danish Hairudin - Mygazette - 24/05 6:04 pm PKR pernah berada di titik paling rendah pada 2004 pernah tinggal satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh sahaja nak menang kerusi Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), itu pun kena kira undi tiga, empat kali," katanya ketika Ceramah Isu Semasa Pakatan Harapan Selangor Parlimen Kota Raja di Jalan Kebun di sini hari ini. Menurut Danish, PKR yang pernah berada di titik rendah mampu berdiri bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini sehingga Berjaya menawan beberapa buah negeri dalam pilihan raya umum (PRU) |
|
Rafizi bakal hilang Pandan seperti Azmin tewas di Gombak – Zakwan - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Rafizi bakal hilang Pandan seperti Azmin tewas di Gombak - Zakwan KUALA LUMPUR Datuk Seri Rafizi Ramli berdepan risiko kehilangan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU-16) akan datang sekiranya PKR menampilkan calon berprofil tinggi untuk mencabarnya |
|
Parti Bersama diramal senasib dengan Pejuang – Penganalisis - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Parti Bersama diramal senasib dengan Pejuang - Penganalisis KUALA LUMPUR Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang diasaskan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli diramal berdepan nasib sama seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang pernah dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad apabila gagal menambat sokongan pengundi pada pilihan raya |
|
PH P. Pinang tambah tiga j/kuasa baharu hadapi PRU-16 - Mygazette - 24/05 6:04 pm # PH P. Pinang tambah tiga j/kuasa baharu hadapi PRU-16 GEORGE TOWN - Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang menambah tiga jawatankuasa baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sebagai langkah awal memperkukuh kesiapsiagaan parti pada peringkat negeri |
|
Zafrul pantau pengurusan Parlimen Pandan, Ampang – Amirudin - Mygazette - 24/05 6:04 pm Dalam perkembangan sama, beliau turut menyentuh tindakan beberapa pemimpin yang keluar parti sebelum ini namun menegaskan PKR tetap mampu bergerak ke hadapan. Katanya, ramai pemimpin termasuk bekas Timbalan Presiden, Menteri Besar, Ketua AMK dan Ketua Wanita pernah meninggalkan parti, namun PKR terus kukuh dan mencatat kemenangan lebih besar dalam pilihan raya |
|
RM40,000 for Kadamaian mosques, suraus for Hari Raya Korban - BorneoPost - 24/05 5:32 pm KOTA BELUD (May 24): Sabah Deputy Chief Minister Datuk Ewon Benedick has presented contributions totalling RM40,000 to seven mosques and a group of five suraus in the Kadamaian constituency in conjunction with the Hari Raya Korban celebration |
|
Bubar DUN Negeri Sembilan jalan terbaik selesai kemelut - Kosmo - 24/05 5:29 pm SEREMBAN – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak dengan Johor atau Melaka merupakan jalan terbaik untuk menamatkan ketidaktentuan politik di negeri itu |
|
Mat rempit kena 'pukat', motosikal diangkat lintas pembahagi jalan - Sinarharian - 24/05 4:39 pm SHAH ALAM - Motosikal diangkat melintasi pembahagi jalan lebuh raya dan longkang antara cubaan segelintir mat rempit melarikan diri selepas menyedari laluan di Plaza Tol Bukit Raja, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini ditutup polis pada Ahad.Operasi Bersepadu Samseng Jalanan itu digerakkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.Tindakan dijalankan dengan bantuan JSPT Bukit Aman, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).Penutupan jalan dijalankan kira-kira jam 3 pagi selepas pemantauan dan risikan beberapa jam di lokasi operasi mengesan aktiviti samseng jalanan.Difahamkan, lokasi itu menjadi litar bagi menguji kelajuan motosikal yang telah diubah suai.Polis Selangor dalam kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak 103 kenderaan dan 120 individu berusia lingkungan 14 hingga 32 tahun telah diperiksa."Hasil operasi turut menyaksikan 200 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, manakala 41 motosikal telah disita bagi tindakan lanjut."Selain itu, pihak AADK telah melaksanakan 50 pemeriksaan saringan rambang dan berjaya merekodkan lapan tangkapan melibatkan individu positif, iaitu tujuh positif ketum dan seorang positif ganja," katanya pada Ahad.Tambahnya, operasi itu dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras aktiviti samseng jalanan, selain memastikan keselamatan, ketenteraman serta pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa berada pada tahap terbaik.Kesemua tangkapan dan sitaan motosikal telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk tindakan lanjut.Operasi itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan dan Ketua JSPT Selangor, Superintenden Edward Kondokor. |
|
'Parti Bersama akan senasib dengan Pejuang' - Penganalisis politik - Sinarharian - 24/05 4:09 pm Jika nama sebesar Mahathir pun boleh ditolak mentah-mentah oleh pengundi, apatah lagi Rafizi," katanya hari ini.Mashitah berkata, Rafizi hanya menjadi Menteri Ekonomi kurang daripada tiga tahun dan tidak mempunyai jasa serta legasi besar seperti rekod pembangunan fizikal di mana-mana kawasan.Katanya, pengaruh beliau tertumpu di kawasan bandar besar seperti Pandan dan Setiawangsa sahaja, tetapi itu tidak cukup untuk menang di peringkat nasional."Malaysia mempunyai 222 kerusi Parlimen dan untuk menang, sesebuah parti perlu menembusi Felda, kawasan pedalaman dan kawasan luar bandar yang langsung tidak terkesan dengan wacana idealisme bandar."Pengundi luar bandar tidak mengundi kerana debat Twitter atau pendedahan skandal. Mereka mengundi kerana bantuan sara hidup, projek jalan raya, elektrik dan air serta kehadiran pemimpin di majlis kenduri."Populariti dalam kalangan anak muda juga tidak bermakna jika kadar keluar mengundi mereka rendah," katanya.Beliau berkata, parti berasaskan ideologi seperti DAP dan Pas kekal relevan kerana mempunyai jentera dan identiti yang jelas, manakala parti berasaskan personaliti seperti Semangat 46 dan Pejuang semuanya tenggelam selepas satu atau dua pilihan raya.Katanya, tanpa struktur parti dan naratif yang lebih daripada sekadar anti-establishment, Parti Bersama juga akan berakhir sebagai parti yang sekadar boleh membuat bising di media sosial atau ceramah sahaja, tetapi gagal memberi impak di Parlimen. |
|
PRU16: PKR Maran sasar rampas kerusi DUN Luit, Kuala Sentul - Sinarharian - 24/05 3:40 pm MARAN- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Maran sasar untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luit dan Kuala Sentul serta mempertahankan sokongan rakyat di kedua-dua kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).Ketua Cabang PKR Maran, Michael Sia berkata, kedua-dua kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15 lalu itu penting kerana ia bukan sekadar soal politik atau pilihan raya tetapi melibatkan masa depan rakyat, pembangunan kawasan serta hala tuju generasi akan datang di Maran.Menurutnya, selama ini pimpinan dan anggota PKR Maran turun padang secara konsisten mendekati rakyat tanpa mengira kaum, agama ataupun latar belakang politik."Kami turun ke kampung, taman perumahan, kampung baharu, kawasan Felda dan penempatan masyarakat untuk mendengar suara rakyat dan melihat sendiri masalah dihadapi masyarakat setempat."Semua isu ini telah kami lihat, dengar dan teliti sendiri melalui suara serta aduan rakyat di peringkat akar umbi bagaimanapun banyak yang masih gagal diselesaikan dengan baik," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Penubuhan Jentera Pilihan Raya Cabang (JPRC) PRU16 di Pejabat PKR Maran di sini pada Ahad.Michael berkata, rakyat tidak mahu mendengar slogan politik semata-mata sebaliknya mahukan wakil rakyat yang benar-benar bekerja, memahami denyut nadi masyarakat dan mampu membawa penyelesaian kepada masalah rakyat.Atas sebab itu katanya, PKR Maran percaya sudah tiba masanya untuk parti itu khususnya Pakatan Harapan (PH) menawarkan satu pendekatan politik yang lebih matang, stabil, inklusif dan berpaksikan rakyat."Di Maran ini, masyarakat terdiri kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain hidup bersama dalam suasana harmoni justeru semangat saling menghormati dan bekerjasama ini perlu terus dipertahankan," katanya.Sementara itu, beliau turut berkata, landskap politik akan datang semakin mencabar dan sebarang perpecahan dalaman hanya akan melemahkan kekuatan parti serta memberi kelebihan kepada lawan politik.Namun katanya, jangan sesekali memandang rendah kesungguhan, semangat dan kebangkitan gerak kerja PKR di Maran kerana PRU16 bakal menjadi medan penting untuk rakyat menentukan masa depan mereka."PKR Maran memberikan mesej jelas kepada mana-mana parti politik yang berhasrat menawarkan diri kepada rakyat pada PRU16 bahawa kami tidak gentar berdepan cabaran pada pilihan raya umum nanti," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Michael meluahkan rasa kekecewaan apabila ada pimpinan cabang itu hadir ke program Parti Bersama Malaysia (PBM) di Petaling Jaya pada hari yang sama berlangsungnya Konvensyen Pakatan Harapan, baru-baru ini.Beliau berkata, tindakan tersebut bukan sahaja menimbulkan keresahan dalam kalangan anggota akar umbi, malah telah mencalar keyakinan anggota terhadap disiplin serta kesetiaan pimpinan parti."Cabang PKR Maran tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pimpinan yang gagal menunjukkan kesetiaan, disiplin dan komitmen yang jelas kepada perjuangan parti."Sehubungan itu, kami dengan tegas mendesak mana-mana pimpinan yang tidak lagi bersama perjuangan dan hala tuju parti supaya melepaskan jawatan mereka secara terhormat," katanya. |
|
'Lebih 80 peratus calon UEC ambil SPM, atas asas apa perlu iktiraf?' - Pakar - Sinarharian - 24/05 2:37 pm SHAH ALAM - Pakar pendidikan sekali lagi mempersoalkan kewajaran kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diterima masuk di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Pensyarah kanan dan penyelidik bidang Sosiologi Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, ia kerana isu itu membabitkan segelintir kecil murid berbanding lebih 400,000 pelajar seluruh negara yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Menurut Felo Bersekutu MINDA-UKM itu, pelajar boleh sahaja menggunakan sijil SPM dan kemudiannya memilih untuk menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) jika mahu memohon kemasukan ke IPTA."Jika berhajat memohon masuk ke universiti luar negara termasuk Taiwan walaupun STPM juga diiktiraf di kebanyakan universiti luar negara, maka ambillah UEC."Mengapa hanya kerana sekitar 2,000 pelajar yang tidak berminat menduduki SPM, jadi riuh satu negara? Berbaloikah disebabkan 0.5 peratus murid ini yang sebahagiannya merancang belajar di luar negara, kita sanggup 'langgar' Dasar Pendidikan Kebangsaan dan membelakangkan anak-anak bukan Melayu di peringkat STPM?"Bukankah sepatutnya dinasihatkan, lebih baik pelajar UEC ini ambil SPM dan STPM untuk memohon ke IPTA?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Anuar berpandangan, isu UEC memang kecil dari segi data murid yang terlibat kerana hanya melibatkan sekitar 2,000 pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang tidak mengambil peperiksaan SPM setiap tahun.Bagaimanapun, baginya, isu yang lebih besar adalah cabaran pembinaan negara bangsa, perpaduan kaum dan ketegasan dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.Menurutnya, satu aliran persekolahan yang menggunakan kurikulum, bahasa pengantar dan sistem peperiksaan awam sangat penting bagi menyatukan kehidupan masyarakat berbilang kaum."Malaysia negara majmuk |
|
MPV mewah milik pemain bola sepak kebangsaan disita - Sinarharian - 24/05 2:31 pm ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Vellfire dipercayai milik seorang pemain bola sepak kebangsaan kerana cukai jalan dan insurans tamat tempoh.Pengarah JPJ negeri, Stien Van Lutam berkata, kenderaan itu ditahan dalam Ops Luxury yang dijalankan di hadapan Penjara Alor Setar di Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini kira-kira jam11.30 pagi Khamis lalu."Semasa ditahan MPV berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun yang merupakan abang ipar kepada pemain bola sepak terbabit."Pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) MPV itu telah tamat tempoh pada 18 November tahun lalu selain tidak mempunyai perlindungan insurans."Pemandu itu memaklumkan dia tidak mengetahui cukai jalan kenderaan tersebut telah tamat tempoh," katanya pada Ahad.Menurut beliau, operasi khas itu dijalankan bagi memastikan semua pemilik kenderaan mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya tanpa mengira status atau latar belakang.Katanya, JPJ Kedah akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan demi memastikan pematuhan undang-undang sentiasa dipatuhi |
|
Kereta Vellfire Milik Pemain Bola Sepak Kebangsaan Popular Disita - Beautifulnara - 24/05 1:03 pm Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Vellfire dipercayai milik seorang pemain bola sepak kebangsaan disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah selepas didapati menggunakan cukai jalan dan insurans yang telah tamat tempoh |
|
Budak 11 tahun ditemukan lemas selepas terjatuh dalam sungai - Sinarharian - 24/05 12:44 am SUNGAI BULOH - Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE)) berdekatan Menara FINAS, Damansara Damai di sini pada Sabtu.Mayat mangsa, Paulus Amsal Jimri, 11, itu ditemukan kira-kira 1.9 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan lebih 18 jam oleh pasukan penyelamat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 petang.Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh bersama bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam digerakkan ke lokasi kejadian."Komander operasi menerima laporan awal daripada pihak polis memaklumkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun dipercayai lemas di sungai terbabit."Operasi pencarian segera dijalankan oleh anggota bomba menggunakan teknik surface searching di sepanjang kawasan sungai," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya, pencarian pada hari pertama dilakukan sejauh dua kilometer melalui kaedah pencarian permukaan dari darat, namun mangsa gagal ditemukan."Operasi ditangguhkan pada jam 9 malam selepas mengambil kira faktor keselamatan serta keadaan gelap yang menyukarkan pencarian."Operasi kemudian disambung semula pada jam 7.30 pagi Ahad dengan anggota melakukan pencarian menyusuri tebing sungai dari Jambatan Paya Jaras Hilir hingga Jambatan Merbau Sempak," katanya.Menurutnya, pada jam 10 pagi, pihaknya menerima maklumat terdapat mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemukan di tepi sungai di Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh."Pasukan PPDA berjaya membawa naik mangsa pada jam 10.47 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada jam 11 pagi."Pengecaman mayat kemudian dibuat oleh ahli keluarga sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
Anggota tentera mengaku tidak bersalah aniaya anak - Sinarharian - 24/05 12:13 am KOTA BHARU - Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya, dua tahun lepas.Zainudin Zainal Abidin, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.Mengikut pertuduhan, dia didakwa menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun satu bulan dengan cara menendang perut dan menampar muka sehingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal dan gangguan emosi di sebuah rumah di Kampung Kijang, di sini kira-kira 7.30 malam pada 11 Mei 2024.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Kamilah Che Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Samsul Bahrin.Terdahulu, Nur Kamilah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh, manakala Samsul memohon jaminan rendah diberikan kepada anak guamnya.Mahkamah membenarkan Zainudin diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen |
|
Simpan RM10 sejak kecil, 16 ahli keluarga tunai haji bersama - Sinarharian - 24/05 11:48 am MAKKAH Hanya bermula dengan simpanan Tabung Haji (TH) serendah RM10 sebulan yang dimulakan ibunya sejak kecil, Muhammad Huzair Zakhal, 39, kini berjaya menunaikan ibadah haji bersama 15 lagi ahli keluarganya di Tanah Suci.Menurutnya, perjalanan itu bukan sekadar memenuhi panggilan haji, tetapi menjadi bukti pengorbanan dan didikan seorang ibu yang sanggup mengorbankan masa serta kerjayanya demi masa depan anak-anak.Muhammad Huzair berkata, kejayaan mereka berkumpul menunaikan haji tahun ini hasil disiplin dan pengorbanan ibunya, Azizah Ibrahim, 68, yang sejak awal menitikberatkan pendidikan agama serta simpanan TH anak-anak.Katanya, beliau bersama sembilan adik-beradik lain serta pasangan masing-masing berangkat di bawah KT37 menjadikan keseluruhan 16 ahli keluarga berada bersama di bumi Makkah."Mak sebelum ini pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) tetapi berhenti kerja untuk membesarkan dan mendidik kami sepenuh masa di rumah," katanya ketika ditemui di sini.Beliau berkata, sistem pendidikan keluarga mereka menggabungkan akademik dan tahfiz sebelum meneruskan pengajian kitab selepas khatam 30 juzuk al-Quran.Jelasnya, tiga adik-beradiknya turut menyambung pengajian di Indonesia termasuk adik lelaki bongsu yang akan kembali ke negara itu selepas selesai menunaikan haji.Menurutnya, legasi pendidikan itu kini diteruskan menerusi penubuhan Maahad Tahfiz Baitul Hamd di Bandar Universiti, Seri Iskandar.Muhammad Huzair berkata, ibunya memulakan simpanan TH sebanyak RM10 sebulan bagi setiap seorang daripada 12 anak yang masih kecil ketika itu sebelum dinaikkan kepada RM20 seorang."Mak potong daripada pendapatan sendiri |
|
AMK gesa wakil rakyat hadir program Rafizi beri penjelasan - Sinarharian - 24/05 11:42 am PADANG RENGAS - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa mana-mana wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menghadiri program pengumuman Parti Bersama Malaysia (Bersama) baru-baru ini supaya tampil memberikan penjelasan kepada parti bagi mengelakkan polemik berterusan.Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan itu wajar sebagai tanda tanggungjawab kepada parti susulan kehadiran beberapa Ahli Parlimen pada majlis pengenalan parti baharu pimpinan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli.Menurutnya, kegagalan berbuat demikian hanya akan membuka ruang kepada lebih banyak persoalan dan kritikan daripada anggota parti sendiri."Bagi saya mudah, mereka ini muncul dengan platform di parti lain dan mereka harus tampil serta memberikan penjelasan yang sewajarnya."Kalau mereka tidak mengambil sikap sedemikian, maka biarlah perkara ini berterusan dan jangan marah kalau ada pihak terus menyerang."Adalah adil untuk anggota parti mempertikaikan perkara ini, tetapi menjadi tanggungjawab mereka juga untuk memberikan penerangan dan saya yakin parti akan meminta sebahagian daripada mereka tampil memberikan penjelasan secara tuntas," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Hari Keluarga Padang Rengas sempena Program Fun Run Untukmu Ibu 2026 anjuran Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas di Surau Al-Khairiah, Kampung Labu Kubong di sini pada Ahad.Mengulas penubuhan parti baharu itu, Muhammad Kamil menegaskan bahawa gerakan itu tidak memberi kesan besar terhadap kekuatan PKR di peringkat akar umbi.Katanya, PKR, khususnya AMK, kekal fokus memperkukuh jentera parti sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk pilihan raya negeri dan pilihan raya umum."Kita tidak nampak gerakan ini mempunyai signifikan besar |
|
Tiada cawangan terbubar, hanya satu kes di Tanjung Malim - Pengerusi PKR Perak - Sinarharian - 24/05 11:19 am IPOH - Tiada cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak yang terbubar susulan beberapa siri peletakan jawatan dan tindakan keluar parti baru-baru ini.Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, perkembangan di negeri ini hanya melibatkan satu cawangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Tanjung Malim dan tidak menjejaskan keseluruhan struktur organisasi parti.Menurutnya, hanya enam individu daripada barisan kepimpinan AMK cawangan berkenaan yang meletakkan jawatan, manakala majoriti ahli jawatankuasa masih kekal dan meneruskan fungsi seperti biasa."Daripada 18 ahli jawatankuasa yang dilantik, 12 orang masih bersama parti |
|
Rafizi berdepan risiko hilang Pandan seperti Azmin tewas di Gombak - AMK Pulau Pinang - Sinarharian - 24/05 10:14 am KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli berdepan risiko kehilangan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya PKR menampilkan calon berpengaruh untuk menentang beliau.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, situasi itu dilihat tidak mustahil berlaku sebagaimana nasib Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.Menurutnya, meskipun Rafizi mempunyai pengaruh tersendiri, parti baharunya iaitu Bersama Malaysia masih terlalu awal untuk dinilai dari segi kekuatan akar umbi dan jentera parti."Buat masa ini, terlalu awal untuk saya katakan beliau akan tewas di Pandan kerana partinya masih baharu dan belum teruji dari segi kekuatan akar umbi serta jentera."Bagaimanapun, jika PKR meletakkan seorang tokoh yang kuat di kawasan tersebut, saya yakin Rafizi boleh tewas dengan majoriti tipis," katanya pada Ahad.Pada PRU15, Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri tewas di Parlimen Gombak kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, selepas menyandang kerusi itu selama tiga penggal atas tiket Pakatan Harapan (PH).Sementara itu, Muhammad Zakwan berkata, faktor lokaliti Pandan sebagai kawasan bandar turut memainkan peranan penting dalam menentukan sokongan pengundi.Katanya, pengundi di kawasan itu lazimnya cenderung memilih parti yang stabil serta mempunyai kekuatan untuk membentuk kerajaan."Jika dilihat dari sudut pengaruh politik, Azmin dan Rafizi mempunyai kekuatan yang hampir sama," ujarnya. |
|
PKR Perak harap Anwar kekal pertahan kerusi Tambun - Sinarharian - 24/05 9:57 am IPOH - Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menyuarakan harapan agar Presiden parti itu yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terus mempertahankan kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, kehadiran Anwar di negeri itu amat penting bagi memperkukuh momentum parti, khususnya dalam usaha menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)."Sudah semestinya kami di Perak sangat memerlukan kehadiran Presiden di sini (bertanding PRU) untuk mendapatkan momentum dan sokongan."Setakat ini belum ada sebarang perubahan (kerusi), namun berdasarkan pengalaman kita, beliau akan membuat keputusan dalam tempoh dua hingga tiga bulan sebelum PRU dan tidak terlalu memikirkan pun sama ada sesuatu kerusi itu selamat atau sebaliknya," katanya.Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab media selepas Majlis Hi-Tea Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Perak bersama pengamal media di Wisma Keadilan Negeri Perak di Meru Raya di sini pada Sabtu.Majlis yang disertai hampir 50 pengamal media pelbagai agensi itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi PKR Perak merangkap Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing.Hadir sama Naib Pengerusi, Baldip Singh Santokh Singh, Muzaffar Shah Khairuddin dan Sandrea Ng; Ketua Wanita Keadilan Perak, Zuraidah Zakaria serta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Ashraf Kahasani.Pada PRU15, Anwar memenangi kerusi Parlimen Tambun dengan majoriti 3,735 undi dalam pertembungan sengit menentang Timbalan Presiden Parti Primbumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.Mengulas laporan pengelasan kerusi mengikut kategori Tier 1, Tier 2A dan 2B, Mohamad Hairul Amir mengakui tiada kerusi Parlimen di Perak diklasifikasikan sebagai kerusi selamat.Beliau berkata, realiti politik di negeri ini menunjukkan kebanyakan kerusi adalah bersifat campuran dan sukar dijangka, termasuk Tambun yang diklasifikasikan sebagai kawasan Tier 2B atau kerusi marginal."Kita perlu realistik |
|
Arif Aiman kembali warnai kemenangan JDT di Bukit Jalil - Sinarharian - 24/05 9:45 am PEMAIN sayap sensasi Johor Darul Tazim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi meluahkan rasa syukur selepas kembali beraksi setelah hampir enam bulan berehat akibat kecederaan serius yang dialami pada kempen Kelayakan Piala Asia 2027, November tahun lalu.Arif Aiman, yang membuat penampilan semula di pentas kompetitif pada final Piala Malaysia 2025-2026 menentang Kuching City di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur di sini malam tadi, mengakui tempoh pemulihan yang dilaluinya bukan sesuatu yang mudah.Pemain kebangsaan itu berkata beliau terpaksa melalui rutin latihan dan pemulihan yang mencabar setiap hari demi memastikan dirinya kembali cergas untuk beraksi semula di padang."Pertama sekali, alhamdulillah, saya bersyukur selepas hampir enam bulan tidak beraksi |
|
Remaja perempuan maut, lapan cedera dalam dua kemalangan - Sinarharian - 24/05 9:12 am IPOH Seorang remaja perempuan maut manakala lapan lagi cedera dalam dua kemalangan jalan raya berasingan yang berlaku di Ayer Tawar, Manjung dan Bidor, Tapah awal pagi Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian pertama dilaporkan pada jam 1.15 pagi membabitkan dua kenderaan di hadapan Petronas Changkat Cermin, Changkat Cermin, Ayer Tawar.Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah Honda CRV dan Perodua Kancil itu menyebabkan dua mangsa yang menaiki Perodua Kancil tersepit."Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah."Pemandu Honda CRV bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dan BBP Seri Iskandar yang tiba pada jam 1.24 pagi menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.Katanya, mangsa lelaki yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa wanita diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.Menurut beliau, operasi yang melibatkan 17 anggota dengan dua jentera tamat sepenuhnya pada jam 3.18 pagi.Sementara itu, dalam satu lagi kejadian yang berlaku sekitar jam 5.14 pagi di Kilometer 342.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Bidor, tujuh individu cedera selepas dua kenderaan terbabit dalam kemalangan.Sabarodzi berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah Ford Ranger yang dinaiki enam individu dengan sebuah Honda Civic."Terdapat seorang wanita berusia 42 tahun yang menaiki Ford Ranger tersepit, manakala lima lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba."Pemandu Honda Civic iaitu seorang wanita berusia 21 tahun turut mengalami kecederaan ringan dan telah dibantu keluar oleh orang awam," katanya.Menurutnya, anggota dari BBP Bidor menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit sebelum semua mangsa diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.Operasi yang melibatkan enam anggota dengan sebuah jentera itu berjaya dikawal pada jam 6.20 pagi sebelum tamat lima minit kemudian. |
|
PRU16 mungkin hujung 2027 - Penganalisis - Sinarharian - 24/05 9:00 am SHAH ALAM Gelombang kedua krisis tenaga global yang dijangka memuncak bermula pertengahan tahun depan berpotensi memberi kesan lebih kompleks terhadap ekonomi Malaysia dan memungkinkan kerajaan terpaksa menangguhkan sebarang pertimbangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) lebih awal.Penganalisis ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, krisis kali ini berbeza daripada gelombang pertama pasca pandemik Covid-19 kerana ia berpunca daripada gangguan bekalan sebenar yang memberi kesan langsung kepada rantaian logistik, pengeluaran makanan, baja dan kos operasi harian.Menurutnya, keadaan tersebut bakal mencetuskan tekanan inflasi lebih serius kepada negara-negara membangun termasuk Malaysia."Gelombang kedua ini jauh lebih rumit kerana ia bukan sekadar lonjakan permintaan seperti selepas pandemik, sebaliknya berlaku akibat gangguan bekalan tenaga global yang memberi kesan berantai kepada keseluruhan sistem ekonomi."Apabila harga tenaga meningkat, kos pengangkutan dan input pengeluaran juga naik |
|
Pandan kini Parlimen angkat PM, Tengku Zafrul pegawai pemantau - Amirudin - Sinarharian - 23/05 11:31 pm KUALA LUMPUR - Kawasan Pandan kini menjadi Parlimen angkat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari ketika mengumumkan perkara itu berkata, Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pula diberi tanggungjawab sebagai pegawai pemantau PKR di Parlimen Pandan.Menteri Besar Selangor itu berkata, keputusan diambil pimpinan parti berkenaan adalah bagi mengatur semula pentadbiran pusat khidmat parlimen dan jentera parti di kawasan terbabit."Jadi kita aturkan (Tengku Zafrul) sebagai wakil kerajaan dan pastinya wakil Perdana Menteri (Anwar) di kawasan Pandan itu," katanya dalam ucapan pada Himpunan Setia Keadilan Pandan di sini malam ini.Amirudin berkata, pemilihan Tengku Zafrul bagi "menjaga" kawasan Pandan adalah atas permintaan Anwar sendiri, memandangkan Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu mahu lebih agresif dalam lapangan politik di Selangor."Tengku Zafrul juga kita beri tanggungjawab untuk menjadi pegawai pemantau untuk Parlimen Ampang (cuma) pimpinan di Ampang itu ahli parti (PKR) jadi saya tak nak kacau lagi. Kalau di Ampang ada terjadi apa-apa, Tengku Zafrul boleh tengokkan sekali," katanya.Beliau berkata, biarpun berhadapan cabaran menguruskan kawasan yang dikosongkan bekas pemimpin PKR, ia sama sekali tidak mengganggu atau melemahkan khidmat dan operasi parti berkenaan."Ini bukan perkara baharu, kita sudah alami dahulu seperti kes bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali (Parlimen Gombak) dan bekas Naib Presiden Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang), itulah yang kita buat (jaga pentadbiran), hasilnya Ampang kemenangan kita lebih besar berbanding pilihan raya sebelumnya," katanya.Pada 17 Mei lepas, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 18 Mei, sebelum keluar daripada PKR berkuat kuasa 19 Mei.Sementara itu, Tengku Zafrul di pentas sama hari ini berkata, beliau berharap mendapat sokongan penuh pimpinan dan akar umbi PKR di Pandan bagi memastikan gerak kerja parti dapat dilaksanakan secara berkesan di kawasan itu."Saya perlukan teguran dan bimbingan daripada teman-teman |
|
Polis buru Paeh dan Aboy, bantu siasatan kes samun gerai nasi bajet - Sinarharian - 23/05 10:41 pm IPOH - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan dua beradik dikenali sebagai Paeh dan Aboy bagi membantu siasatan kes samun gerai nasi bajet di Lebuh Meru Raya, Khamis lalu.Kedua-dua mereka, Mohd Faiz Naharoddin, 36, dan adiknya, Mohamad Arif, 25, beralamat terakhir di Halaman Meru Damai, di sini.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, individu terlibat merupakan warganegara tempatan, berkulit sawo matang, bertubuh kurus dan berketinggian antara 175 hingga 180 sentimeter."Dua lelaki ini sedang dikesan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Azrul di talian 017-5823467 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.ARTIKEL BERKAITAN: Video live dedah aksi dua lelaki larikan wang jualan gerai nasi bajetSaya rasa bersalah, mama susah cari duitPeniaga gerai nasi bajet dapat perhatian MydinDalam kejadian jam 12 tengah hari itu, dua suspek menunggang motosikal yang menyamar sebagai pelanggan melarikan sebuah peti wang mengandungi wang tunai RM300 serta sebuah telefon bimbit jenis iPhone 13 milik peniaga, Nor Atheerah Nadzirah Mior Ikram Shah, 21.Kejadian mendapat perhatian selepas tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi satu minit 25 saat yang dirakam mangsa ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok.Difahamkan, telefon bimbit berkenaan berjaya ditemui semula selepas dipercayai dibuang suspek berhampiran kawasan perumahan dekat Meru Raya, Ipoh pada hari sama kejadian. |
|
Bersama: PH akan terkesan, BN diseru fokus - FMT - 23/05 10:08 pm Pengarah komunikasi Pemuda BN kata kehadiran Bersama mengesahkan BN perlu fokus pada pengukuhan dan persiapan pilihan raya. |
|
Air Mineral Nampak Sama, Tapi Kenapa Rasanya Berbeza? - Siakapkeli - 23/05 6:21 pm Air putih dalam botol yang dijual di kedai kini menjadi pilihan utama ramai orang kerana mudah didapati dan senang dibawa ke mana sahaja. |
|
Hubungan dengan Bersatu: Pas adakan mesyuarat sehari dua lagi - Takiyuddin - Sinarharian - 23/05 6:14 pm KUALA LUMPUR - Pas akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi memutuskan ketetapan berkaitan hubungannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kepimpinan parti akan terlebih dahulu mencapai keputusan dalaman sebelum merujuknya kepada Perikatan Nasional (PN)."Kita akan mesyuarat dalam masa terdekat, kemudian buat keputusan |
|
'Bukan sekadar fitnah, conteng imej buruk Bersatu' - Marzuki - Sinarharian - 23/05 5:59 pm SHAH ALAM - Dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyokong Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) merupakan usaha 'mind conditioning' untuk membentuk persepsi negatif terhadap parti itu.Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, dakwaan yang berlegar menerusi akaun Facebook palsu itu menjadi punca Pas mengkaji hubungan mereka dengan Bersatu."Dikhuatiri Ahli-ahli Parlimen Bersatu yang menang nanti akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM (Perdana Menteri)."Ini bukan sekadar fitnah |
|
Peralihan tenaga kini realiti, bukan lagi agenda masa depan - TNB - Sinarharian - 23/05 4:55 pm KUALA LUMPUR - Peralihan tenaga negara bukan lagi agenda masa depan, sebaliknya perubahan yang sedang berlaku dan akan dilalui bersama seluruh rakyat Malaysia, kata Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Kamal Arifin A Rahman.Beliau berkata, perkembangan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan kini semakin dekat dengan kehidupan harian rakyat, sekali gus menjadikan peralihan tenaga suatu keperluan semasa."Peralihan tenaga bukan lagi pilihan, ia sedang berlaku dan kita semua akan melaluinya bersama |
|
Lelaki rempuh kereta, kasari pemandu ditahan - Sinarharian - 23/05 4:42 pm PETALING JAYA Seorang lelaki bertindak merempuh sebuah kereta sebelum didakwa mengasari pemandu kenderaan itu dalam kejadian tular di Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, di sini awal pagi Sabtu.Kejadian melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda HRV dan Perodua Bezza itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.27 pagi.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 10.31 pagi hari sama."Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 20an dipercayai gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah sebelum merempuh Perodua Bezza berkenaan."Kemalangan itu menyebabkan seorang wanita tempatan berusia 20an yang merupakan penumpang kereta itu mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, semakan mendapati kejadian itu turut tular di media sosial."Suspek telah ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kerana memandu secara melulu."Hasil ujian alkohol dan saringan awal air kencing mendapati suspek negatif," katanya.Shamsudin berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dijalankan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Ahad."Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Siasatan selari turut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.Beliau berkata, polis memandang serius kesalahan melibatkan pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi."Mana-mana saksi yang melihat atau berada di lokasi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor M Sivam di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan," katanya. |
|
Grab hargai rakan penghantar menerusi Penghargaan Rakan Grab - Sinarharian - 23/05 3:58 pm SUNGAI BULOH - Grab Malaysia (Grab) menganjurkan program Penghargaan Rakan Grab sebuah usaha berterusan sebagai tanda penghargaan terhadap peranan penting dimainkan rakan-pemandu dan penghantar Grab dalam memastikan kelancaran ekosistem platform berkenaan.Menerusi program itu, Grab dengan kerjasama Central Mart mengagihkan baucar petrol dan barangan runcit kepada rakan penghantar dan pemandu yang hadir, sebagai sebahagian daripada inisiatif yang lebih luas bagi membantu mengurangkan beban peningkatan kos sara hidupMenurut Grab, usaha membantu rakan platform itu selari dengan inisiatif nasional dalam mengurangkan tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini.Pengarah Kanan Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, Grab komited memperkasa ekonomi rakyat menerusi peluang pendapatan yang lebih mampan dan fleksibel."Grab percaya dalam menyumbang ke arah memacu Malaysia ke hadapan dengan mewujudkan pemerkasaan ekonomi untuk semua."Menerusi pelbagai alat dan program yang membantu rakan kami membina peluang pendapatan jangka panjang yang lebih berdaya tahan, kami menyediakan platform yang membolehkan semua pihak berkembang maju."Dalam masa sama, bantuan jangka pendek seperti pemberian baucar turut dapat memberi sedikit ruang bernafas kepada rakan kami dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini," katanya.Beliau berkata, Grab mahu memastikan ekonomi gig terus kekal sebagai ekosistem pendapatan yang mampan dan relevan kepada seluruh rakyat Malaysia.Tambah beliau, Grab turut memperkenalkan teknologi seperti AI Ride Guide.Katanya, kemudahan itu membolehkan rakan penghantar bekerja dengan lebih fleksibel mengikut kesesuaian masa masing-masing.Dalam pada itu,, pendekatan Grab turut membantu memperkasakan wanita yang sering mempunyai pilihan terhad untuk menjana pendapatan.Menurut kajian pada tahun 2026 mendapati sebanyak 74 peratus rakan wanita Grab melaporkan mereka menikmati tahap kebebasan kewangan yang lebih baik menerusi platform tersebut."Adalah penting untuk Grab melaksanakan perkara ini dengan tepat kerana ia merupakan teras kepada pendekatan kami."Sebagai syarikat berteraskan misi, kejayaan kami bukan sahaja diukur melalui pertumbuhan syarikat, tetapi juga impak sosial positif dan berkekalan terhadap komuniti yang kami berkhidmat."Teknologi yang disertakan dengan nilai kemanusiaan mampu memperkasakan rakan platform untuk menjana pendapatan dan membina masa depan yang lebih baik menerusi sokongan menyeluruh, keselamatan, pendapatan mampan serta peningkatan kemahiran," katanya.Selain teknologi dalam platform, Grab telah melabur lebih RM10 juta sepanjang tahun 2025 melalui GrabBenefits |
|
Ketua cabang keluar parti tidak gugat kestabilan PKR Sabah - AMK Sabah - Sinarharian - 23/05 3:46 pm KOTA KINABALU Tindakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran dan Semporna keluar daripada parti langsung tidak menggugat kestabilan kepimpinan PKR di negeri ini.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Zaidi Jatil berkata, pihaknya mengambil maklum tindakan dua Ketua Cabang PKR yang mengambil keputusan keluar daripada parti baru-baru ini."AMK Sabah ingin menegaskan bahawa perkara tersebut sedikit pun tidak menggugat kekuatan organisasi, semangat perjuangan mahupun kestabilan kepimpinan PKR di Sabah."Malah, 25 Ketua AMK Cabang di seluruh Sabah terus kekal teguh berdiri memberikan sokongan penuh kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Tambah Zaidi, AMK Sabah percaya bahawa dalam sebuah parti demokratik, perbezaan pandangan dan keputusan politik merupakan perkara biasa."Namun begitu, keutamaan pada ketika ini bukanlah untuk melayani polemik politik yang berpanjangan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang boleh berlaku pada bila-bila masa."Justeru, seluruh jentera AMK Sabah akan terus memperkukuh gerak kerja organisasi, mendekati anak muda, memperhebat agenda penerangan serta memperkukuh kesiapsiagaan jentera di semua peringkat."Fokus utama kami adalah memastikan PKR terus menjadi wadah perjuangan rakyat yang konsisten membawa agenda reformasi, kestabilan dan masa depan yang lebih baik untuk Malaysia serta Sabah khususnya," katanya.Sehubungan itu, AMK Sabah menyeru agar semua pihak mengamalkan politik yang matang, beretika dan tidak terjebak dengan budaya serangan peribadi atau fitnah yang hanya melemahkan keyakinan rakyat terhadap politik negara."Pada masa yang sama, AMK Sabah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mantan pimpinan yang mengambil keputusan meninggalkan parti atas segala sumbangan, jasa dan bakti yang pernah dicurahkan sepanjang bersama perjuangan PKR."Selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan segala urusan |
|
'PKR Johor kekal kukuh walau ada yang keluar parti' - Ketua AMK - Sinarharian - 23/05 3:42 pm Perjuangan reformasi ini terlalu besar untuk diganggu oleh tindakan individu tertentu yang meletakkan kepentingan peribadi mengatasi agenda membela rakyat," ujarnya dalam kenyataan pada Sabtu.Dalam masa sama, beliau yang juga Ketua Cabang Pulai, menghormati keputusan mana-mana pihak yang memilih haluan politik berbeza dan menyifatkan perbezaan pendirian sebagai sebahagian daripada proses demokrasi negara."Selamat maju jaya buat teman-teman yang telah memilih haluan berlainan. Kita jumpa di medan pesta demokrasi negara," katanya.Sebelum itu, bekas pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor dilaporkan menubuhkan jawatankuasa sementara Parti Bersama Malaysia (Bersama)Pengerusi Jawatankuasa Sementara Bersama Johor, Abdul Hamid Ali berkata, penubuhan jawatankuasa sementara itu dibuat selepas mereka mengambil keputusan meninggalkan PKR kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan serta proses pemilihan parti sebelum ini.Bersama turut menyasarkan mahu bertanding di 56 DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. |
|
Ketiadaan Rafizi perkuat kembali dalaman PKR - Pengasas parti - Sinarharian - 23/05 2:05 pm KUALA LUMPUR Ketiadaan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam parti itu dilihat mampu memperkukuh kembali kestabilan dalaman PKR menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, PKR dibina atas semangat reformasi dan perjuangan pelbagai kaum, bukannya bergantung kepada mana-mana individu tertentu.Menurut beliau, sepanjang berada dalam parti, Rafizi bersama kelompok penyokongnya sering dilihat membawa pendekatan yang menyebabkan berlaku perpecahan serta ketegangan dalam kalangan pimpinan parti."PKR selama ini terpaksa berdepan dengan kelompok yang menganggap hanya mereka sahaja betul, manakala pihak lain dianggap salah."Memang tidak dinafikan Rafizi dan sekutunya mempunyai kekuatan dalam menyerang pihak lawan menerusi strategi politik tertentu, namun pendekatan sama turut dibawa ke dalam parti sehingga kadangkala menimbulkan masalah kepada kepimpinan atasan," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, pemergian Rafizi daripada PKR membuka ruang kepada parti itu untuk kembali fokus memperkukuh perpaduan dalaman dan agenda perjuangan asal parti.Sebelum ini, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin dilaporkan menyifatkan manifesto Parti Bersama Malaysia yang dibentangkan Rafizi sebagai terlalu idealistik dan sukar dilaksanakan dalam realiti pentadbiran negara.Menurut Mashitah, 12 agenda yang diketengahkan itu kedengaran menarik di peringkat slogan, namun kebanyakannya lebih bersifat populis berbanding pelan dasar yang benar-benar praktikal.Sementara itu, penganalisis politik dari Akademi Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan pula berpandangan agenda 12 perkara yang dibawa Bersama dijangka mengundang penelitian lebih mendalam terhadap Rafizi dan Nik Nazmi Nik Ahmad.Katanya, pengundi dijangka menilai semula rekod serta prestasi kedua-dua pemimpin tersebut ketika berada dalam kerajaan antara tahun 2022 hingga 2025."Wujud risiko politik kerana banyak janji dalam manifesto Bersama menyentuh secara langsung bidang yang pernah berada di bawah pengaruh mereka ketika menjadi anggota pentadbiran kerajaan," katanya. |
|
Kaji kerjasama dengan Bersatu: Pemimpin, anak muda Pas perlu bersedia - Afnan Hamimi - Sinarharian - 23/05 1:08 pm SHAH ALAM- Seluruh saf kepimpinan dan anak muda Pas perlu bersedia menerima sebarang keputusan lanjut hasil penelitian dan kajian yang akan diputuskan oleh parti demi maslahat perjuangan dan kestabilan gabungan.Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, ia susulan kenyataan Presiden Pas yang menegaskan keperluan untuk mengkaji semula bentuk kerjasama dan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Menurutnya, pendirian tersebut wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak.Ini kerana katanya, dalam membina sebuah kesefahaman politik yang kukuh dan berprinsip, setiap keputusan serta tindakan perlu dilihat menerusi kerangka lebih besar iaitu berasaskan perbincangan bersama dan hala tuju kolektif antara semua parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN)."Perkara utama ketika ini ialah memperkukuhkan peranan PN sebagai semak imbang paling kuat terhadap kerajaan yang semakin gagal menangani pelbagai isu rakyat termasuk kos sara hidup, tekanan ekonomi dan ketidakstabilan pentadbiran negara."Justeru, tumpuan seluruh pimpinan dan jentera parti seharusnya diberikan secara kolektif kepada usaha memperkukuhkan muafakat pembangkang serta menyusun strategi menghadapi cabaran politik mendatang, bukannya membuka ruang kepada polemik yang boleh melemahkan keyakinan rakyat terhadap PN," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, hubungan Pas dan Bersatu dalam PN ibarat retak menanti belah apabila parti Islam itu kini sedang mengkaji dan meneliti satu persatu percanggahan serta tindakan negatif yang dilakukan oleh rakan sekutunya itu.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan Bersatu menolak hasrat untuk memperkukuh PN dengan menyekat keahlian parti Melayu-Islam serta parti bukan Islam tidak ekstrem adalah sesuatu yang tidak menyenangkan.Menurut beliau, Pas mahu memperbanyakkan lagi penyertaan komponen dalam gabungan tersebut demi memperkasakan agenda Melayu-Islam, namun langkah itu tidak dipersetujui pihak berkenaan.Tambah Afnan Hamimi, pemuda Pas menyokong penuh kenyataan Presiden berhubung isu penarikan sokongan dan Akuan Bersumpah (SD) melibatkan Bersatu Negeri Sembilan serta perkembangan isu politik semasa yang turut melibatkan hubungan kerjasama dalam PN."Pas turut menegaskan komitmen untuk terus mempertahankan kebersamaan dalam PN serta menyokong segala usaha memperkukuhkan kerjasama strategik antara Pas dan Bersatu demi menghadapi Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri yang bakal menjelang," katanya. |
|
PKR tidak 'goyah' walau Rafizi, Nik Nazmi keluar parti - Sinarharian - 23/05 1:07 pm Bahkan kita terus kekal kukuh. Ini sebahagian daripada proses demokrasi."Keadilan telah melalui banyak episod dan juga siri-siri di mana kita lihat ada pimpinan-pimpinan yang meninggalkan parti atas alasan dan hujah masing-masing."Tapi akhirnya yang membuat penilaian ialah rakyat di luar sana," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.Sebelum itu beliau merasmikan Program Sumbangan Komputer Riba dan Bantuan Awal Ke Institusi Pengajian Tinggi kepada anak-anak eKasih Cemerlang SPM 2025 Negeri Kelantan, Jajahan Kota Bharu yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu di sini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin cabang PKR yang dilaporkan meninggalkan parti sehingga menimbulkan tanggapan kononnya PKR semakin lemah.Muhammad Kamil memberitahu, parti itu pernah berdepan cabaran lebih besar termasuk ketika tercetusnya Langkah Sheraton pada tahun 2020.Menurut beliau, ketika itu ramai menjangkakan PKR akan lumpuh sepenuhnya, namun tanggapan tersebut meleset selepas parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)."Dulu pada 2020 ketika berlaku Langkah Sheraton, ramai yang menganggap pada waktu itu Keadilan akan lumpuh sepenuhnya."Tetapi ternyata fakta itu meleset apabila pada PRU15 kita berjaya membentuk kerajaan dan Perdana Menteri ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.Mengulas dakwaan bahawa tindakan melibatkan pimpinan tertentu termasuk bekas Timbalan Presiden PKR itu memberi kesan kepada parti, beliau menegaskan perkara itu tidak memberi impak signifikan kepada AMK mahupun PKR secara keseluruhan."Tak ada kesan apa, biasalah macam itu |
|
Staycation Macam Hotel Mewah, Tapi Sebenarnya The Luxurious Homestay Adalah Homestay Privasi Di Malaysia - Murai - 23/05 9:00 am The Luxurious Homestay ialah homestay dan vila privasi di Malaysia yang mengetengahkan konsep penginapan lebih eksklusif, selesa dan mesra keluarga |
|
Naib Pengerusi PKR Sabah umum lepas jawatan, keluar parti - Sinarharian - 23/05 8:32 am KOTA KINABALU - Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Mohd Amin Abdul Mem mengumumkan peletakan semua jawatannya sebelum mengisytiharkan keluar daripada parti.Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Semporna menyatakan pendirian bahawa parti berkenaan kini sudah berubah daripada perjuangan asal reformasi yang pernah diyakininya.Menurut Mohd Amin, PKR yang sebelum ini dilihat berani, tegas, jujur dan berprinsip kini semakin dipengaruhi unsur kompromi politik susulan pembentukan kerajaan Perpaduan.Katanya, keadaan itu menjadi lebih sukar apabila pimpinan yang menurutnya berada di luar rantaian perjuangan reformasi mula mendominasi parti."Daripada yang dahulunya berani, tegas, jujur dan berprinsip, kini kepada kompromi, politiking dan memilih. Ini berlaku kerana strategi telah diubah atas faktor perkongsian kuasa dalam Kerajaan semasa, kerajaan Perpaduan."Lebih sukar bila watak-watak pimpinan di luar rantaian reformasi sudah hampir mendominasi parti," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.Dalam kenyataan sama, Mohd Amin turut menyentuh kegagalan PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu yang menurutnya meninggalkan banyak persoalan tanpa pertanggungjawaban jelas daripada pimpinan.Beliau berkata, kekalahan itu akhirnya lebih banyak dipertanggungjawabkan kepada cabang parti berbanding dilakukan penilaian menyeluruh terhadap kepimpinan dan strategi parti.Mohd Amin turut berpandangan bahawa agenda reformasi yang diperjuangkan PKR kini semakin sukar direalisasikan dalam landskap politik semasa, khususnya dalam Kerajaan Perpaduan."PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) sudah dikelilingi oleh lapisan-lapisan yang cuba menutup ruang tuntutan reformasi sebenar, sementara kebanyakan kita hanya mampu melihat, menerima dan mengulas di balik pintu."Melihat kesukaran PMX dalam kerajaan Perpaduan membentuk kerjasama yang baik bersama komponen untuk PRU16, gagasan reformasi bersama Keadilan mungkin menemui jalan yang kian sukar," katanya.Pada masa sama, beliau menyifatkan kewujudan Parti Bersama Malaysia (PBM) di bawah pengaruh bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai kesinambungan idealisme perjuangan reformasi dengan pendekatan baharu.Menurutnya, PBM dilihat membawa semula perjuangan tanpa kompromi politik selain memberi harapan kepada mereka yang masih percaya terhadap agenda reformasi asal. |
|
Suasana Berkabus Di Hill & Heal Cafe Buat Ramai Rasa Macam Dalam Fairy Tale! - Murai - 23/05 8:24 am Hill & Heal Cafe merupakan sebuah kafe unik yang terletak berhampiran kawasan hijau Gunung Lambak di Kluang |
|
LLM Jangka 3.3 Juta Kenderaan Guna Lebuh Raya Sempena Aidiladha - Careta - 23/05 7:57 am Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, peningkatan trafik dijangka berlaku secara berperingkat bermula 22 Mei hingga 7 Jun 2026 susulan cuti umum Aidiladha pada 27 Mei yang turut bertembung dengan cuti persekolahan panjang |
|
Honda City Facelift 2026 diperkenalkan di Thailand - Ada 3 varian hibrid e:HEV ! - Careta - 23/05 7:57 am Apa yang paling mencuri perhatian semestinya pengenalan varian e:HEV yang kini ditawarkan dengan pilihan lebih mampu milik, sekaligus membuka peluang kepada lebih ramai pengguna untuk memiliki model hibrid penuh daripada Honda |
|
Berdepan pelbagai pertuduhan, pengutip hutang mohon `hukuman .. - Mygazette - 23/05 7:53 am # Berdepan pelbagai pertuduhan, pengutip hutang mohon `hukuman seberat-beratnya SHAH ALAM - Seorang pengutip hutang yang berdepan pelbagai pertuduhan jenayah, termasuk mengurung dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki minggu lepas, hari ini memohon agar mahkamah menjatuhkan seberat-berat hukuman ke atas dirinya |
|
Pekerja restoran warga India ditangkap khalwat dengan janda - Mygazette - 23/05 7:53 am # Pekerja restoran warga India ditangkap khalwat dengan janda JOHOR BAHRU - Seorang janda memberi alasan sudah bernikah semasa ditangkap khalwat dengan seorang lelaki warga India di rumahnya di sini, dalam operasi cegah maksiat semalam |
|
Bakar suar, ganggu tempat awam: 7 lelaki didenda antara RM50 hingga... - Mygazette - 23/05 7:53 am # Bakar suar, ganggu tempat awam: 7 lelaki didenda antara RM50 hingga RM4,500 KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki didenda antara RM50 hingga RM4,500 oleh tiga Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah membakar suar, melakukan kekacauan di tempat awam dan memberhentikan kenderaan dengan membahayakan pengguna jalan raya |
|
Piala Dunia: England hadir tanpa Foden, Palmer, Alexander – Arnold - Mygazette - 23/05 7:53 am # Piala Dunia: England hadir tanpa Foden, Palmer, Alexander - Arnold LONDON - England membuat kejutan senarai pemain ke Piala Dunia tanpa beberapa nama besar apabila pengurus Thomas Tuchel menggugurkan Phil Foden, Cole Palmer dan Trent Alexander-Arnold daripada skuad 26 pemain |
|
SPRM fail notis rayuan keputusan tolak perintah larangan wang pelaburan .. - Mygazette - 23/05 7:53 am # SPRM fail notis rayuan keputusan tolak perintah larangan wang pelaburan RM548 juta didakwa milik Na'imah, 8 pihak lain KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, yang menolak permohonan pendakwaan untuk mendapatkan perintah larangan terhadap wang pelaburanRM548 juta |
|
Aidiladha: Aliran trafik di Gua Musang dijangka sesak esok - Mygazette - 23/05 7:53 am # Aidiladha: Aliran trafik di Gua Musang dijangka sesak esok GUA MUSANG - Aliran trafik di pintu masuk Gua Musang dijangka sesak mulai esok, susulan pertambahan kenderaan perantau yang pulang ke kampung halaman sempena cuti persekolahan dan sambutan Aidiladha minggu depan |
|
Bubar DUN hak multak Sultan Johor – Mohamad - Mygazette - 23/05 7:53 am SEREMBAN - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan |
|
Bersatu teliti teguran Abdul Hadi, bincang dalam MPT dan Biro Politik - Mygazette - 23/05 7:53 am Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, setiap isu yang dibangkitkan Abdul Hadi akan diperhalusi secara menyeluruh dalam semangat setiakawan dan tanggungjawab bersama bagi memastikan gabungan pembangkang itu terus kekal utuh. Menurut beliau, Bersatu tidak mahu polemik yang timbul ketika ini membuka ruang kepada keretakan lebih besar dalam PN menjelang pilihan raya akan datang |
|
Bersama tak sertai mana-mana gabungan – Nik Nazmi - Mygazette - 23/05 7:53 am Nik Nazmi berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyatakan partinya sedia mempertimbangkan penyertaan Bersama yang dipimpin Datuk Seri Rafizi Ramli ke dalam Perikatan Nasional (PN). Abdul Hadi berkata, kehadiran parti berkenaan tidak akan menjejaskan Pas dan PN dalam membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang |
|
Aidiladha: MUDA Kelantan gesa kuota BUDI95 dikembalikan 300 liter - Mygazette - 23/05 7:53 am # Aidiladha: MUDA Kelantan gesa kuota BUDI95 dikembalikan 300 liter KUALA LUMPUR Parti katan Demokratik Malaysia (MUDA) Kelantan menggesa kerajaan mempertimbangkan segera penambahan sementara kuota subsidi RON95 daripada 200 liter kepada 300 liter sempena sambutan Hari Raya Aidiladha |
|
Pas tegas tolak pengkhianatan, Azmin bakal dihumban di Gombak ??? Shafiq... - Mygazette - 23/05 7:53 am Tambahnya, beliau percaya rakyat kini semakin berani untuk membuat keputusan demi memastikan masa depan politik negara lebih stabil dan berteraskan prinsip perjuangan sebenar. Terdahulu media melaporkan, Abdul Hadi dipetik berkata, Pas sedang meneliti semula hubungan dan kerjasama politik dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |