| /// |
|
| Search : Peraturan News | Page 1 |
|
Bikers Malaysia ditahan di Thailand: Hormati peraturan negara asing ??? .. - Mygazette - 22/08 8:01 am # Bikers Malaysia ditahan di Thailand: Hormati peraturan negara asing Zahid KUALA LUMPUR - Insiden membabitkan 17 penunggang motosikal Malaysia yang ditahan dan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Thailand wajar menjadi peringatan mengenai kepentingan menghormati peraturan negara asing, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
Sistem KKM jadikan petugas kesihatan lebih teruk daripada buruh kasar .. - Mygazette - 22/08 8:01 am Kenapa senyap? Macam mana mereka nak bising, mereka disenyapkan. Mana boleh bercakap, kan ada peraturan kakitangan awam |
|
Bekas CEO Tabung Haji bergelar Tan Sri direman - Utusan - 22/08 7:00 am PUTRAJAYA: Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) direman tujuh hari bermula semalam kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan wang pelaburan dan saham bernilai RM190 juta. Ini susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada 29 Julai lalu bahawa TH mengalami kerugian hampir RM10 bilion akibat kegagalan mematuhi peraturan dan kesilapan dalam pelaburan .. |
|
Isu saman konvoi Malaysia: Peraturan jalan raya perlu dibincang - Ahmad Fahmi - Sinarharian - 21/08 7:12 pm HATYAI - Kerajaan Malaysia dan Thailand perlu mengadakan perbincangan semula berhubung perbezaan peraturan serta undang-undang jalan raya di kedua-dua belah negara.Ia susulan penahanan dan saman membabitkan penunggang motosikal warga Malaysia di Hat Yai yang tular baru-baru ini.Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata demikian menerusi satu video pendek berdurasi 1 minit 35 saat yang dimuat naik seorang pengguna Facebookmenggunakan nama Qamarul Asyraf."Memang terdapat perbezaan sedikit di antara peraturan-peraturan jalan raya di Thailand dan di Malaysia, ada beza sikit."Jadi mungkin perbezaan itu yang perlu kita bincang semula dengan pihak Thailand agar rakyat di Thailand dan juga di Malaysia mendapat lebih pendedahan mengenai undang-undang jalan raya di kedua-dua belah negara," katanya.Beliau turut menegaskan bahawa amat penting bagi pelancong dan warga negara dari kedua-dua belah pihak untuk sentiasa menghormati serta mematuhi undang-undang jalan raya yang berkuat kuasa di negara berkenaan. |
|
Rampasan hampir RM31.7 juta bongkar aktiviti 4 lombong haram di Perak, Kedah - Sinarharian - 21/08 7:00 pm IPOH - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara berjaya membongkar aktiviti perlombongan haram di empat premis di Perak dan Kedah dengan rampasan hampir RM31.7 juta menerusi Operasi Gali Mega pada Khamis.Operasi khas yang dijalankan bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam itu turut membawa kepada penahanan 30 individu termasuk 16 warga asing yang bekerja di lokasi berkenaan.Pemangku Komander Briged Utara, Asisten Komisioner Jafri Muhamad berkata, hasil serbuan mendapati kesemua premis menjalankan aktiviti perlombongan dan pemprosesan mineral seperti pasir silika, kaolin dan bijih besi tanpa kelulusan pihak berkuasa."Pasukan serbuan turut menemui sejumlah besar bahan mineral serta jentera yang digunakan untuk aktiviti tersebut."Rampasan melibatkan 3,714 jumbo beg pasir silika dianggarkan 3,714 tan, 900 guni serbuk separa kaolin seberat kira-kira 45 tan serta 30 jumbo beg kaolin dianggarkan 15 tan."Turut dirampas 60 kilogram bijih besi yang diproses dengan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM31,688,800," katanya dalam sidang akhbar Kejayaan Operasi Gali Mega di Ibu Pejabat PGA Ulu Kinta di sini pada Jumaat.Seramai 64 pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Briged Utara, Batalion 1, Batalion 3 dan Batalion 18 PGA terlibat dalam operasi tersebut.Operasi turut mendapat kerjasama strategik daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Perak dan Kedah.Jafri berkata, semua barang kes berkaitan pemprosesan pasir silika dan bijih besi telah diserahkan kepada JMG untuk siasatan lanjut di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Pelesenan) 2016.Katanya, PTG Perak dan Kedah turut mengambil tindakan mengikut Seksyen 425 dan Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 berkaitan kesalahan menceroboh dan mengangkut bahan batuan tanpa kebenaran.Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 turut dijalankan ke warga asing terlibat melibatkan kesalahan tinggal tanpa dokumen sah serta menggaji pekerja tanpa permit."Dalam kes ini, Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah mengeluarkan notis pemberhentian kerja dan notis meruntuh terhadap struktur yang dibina tanpa kelulusan," katanya. |
|
Roboh kuil di Perlis: Negara ada undang-undang, bukan hutan rimba yang... - Mygazette - 21/08 5:40 pm # Roboh kuil di Perlis: Negara ada undang-undang, bukan hutan rimba yang tanahnya tiada pemilik Dr MAZA KUALA LUMPUR Ahli Parlimen sepatutnya mengajar rakyat untuk mengikut undang-undang, bukan membina bangunan sesuka hati tanpa peraturan dan hak milik |
|
Siasatan TH, Felda perlu dijalankan telus dan segera ??? Anwar - Mygazette - 21/08 5:40 pm Beliau berucap dalam program sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi dan pengurus Felda 2026, di sini hari ini. Anwar berkata, sebarang isu membabitkan pengurusan, peraturan dan keputusan perlu ditangani secara serius, termasuk memastikan tindakan susulan dibuat terhadap sebarang pelanggaran yang boleh menjejaskan kepentingan kerajaan dan negara |
|
Jual diesel subsidi tanpa lesen, PNK Sungai Besar didenda RM320,000 - Sinarharian - 21/08 5:23 pm KUALA SELANGOR Persatuan Nelayan Kawasan Sungai Besar (PNKSB) didenda RM320,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan berkaitan penjualan diesel secara borong tanpa lesen yang sah, dua tahun lalu.Hakim, Nurul Mardhiah Mohammed Redza memutuskan demikian selepas wakil persatuan berkenaan selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah dalam dua kes berasingan pada 5 Mac dan 30 Julai 2024 di premis berbeza sekitar Sungai Besar dan Sekinchan.Dalam kes pertama, PNKSB berdepan dua pertuduhan iaitu berurusan dengan barang kawalan, diesel, secara borong tanpa lesen sah mengikut Peraturan 3(1) serta gagal mematuhi syarat lesen runcit seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 13(2), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.Bagi pertuduhan kedua, persatuan itu didapati bersalah menjalankan aktiviti penjualan diesel secara borong tanpa lesen sah, sekali lagi mengikut peraturan sama.Bagi kes pertama, mahkamah mengenakan denda RM80,000 bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan RM160,000 sementara denda RM160,000 bagi kes kedua.Berdasarkan kenyataan media, Siasatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor mendapati persatuan berkenaan memiliki lesen untuk menjual diesel secara runcit kepada nelayan.Bagaimanapun katanya, OKS membenarkan sebuah syarikat yang tidak mempunyai lesen berkaitan mengurus operasi penjualan bahan api itu.Perbuatan tersebut bercanggah dengan syarat lesen runcit barang kawalan berjadual yang menetapkan bekalan diesel hendaklah dijual terus kepada bot nelayan tempatan yang berdaftar.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya KPDN Selangor, Norhashimah Hashim, manakala PNKSB diwakili peguam bela yang dilantik.Menurut KPDN Selangor, tindakan berurusan dengan barang kawalan secara borong tanpa lesen borong yang sah merupakan kesalahan serius di bawah Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.Kesalahan berkenaan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(2), Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 2015), yang memperuntukkan denda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya bagi pertubuhan perbadanan.KPDN Selangor menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap pemegang lesen atau persatuan yang melanggar syarat ditetapkan, selain menyalahgunakan kemudahan subsidi yang sepatutnya dinikmati golongan sasar.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan atau salah laku dalam urus niaga boleh menyalurkan aduan lengkap kepada KPDN menerusi WhatsApp di talian 019-848 8000, Pusat Panggilan 1-800-886-800, e-mel e-aduan@kpdn.gov.my atau aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN. |
|
Notifikasi Chomel Hand Sanitizer dibatalkan, metanol melebihi had - KKM - Sinarharian - 21/08 3:18 pm PUTRAJAYA - Notifikasi Chomel Hand Sanitizer dibatalkan selepas tiga kelompok produk itu dikesan mengandungi metanol melebihi had ditetapkan dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pembatalan notifikasi itu dibuat oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi susulan hasil pengujian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) terhadap produk berkenaan menerusi Aktiviti Pemantauan Kualiti Kosmetik Bernotifikasi di pasaran.Menurut KKM, hasil pengujian mendapati kelompok produk terbabit tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan di bawah Guidelines for Control of Cosmetic Products in Malaysia."Tiga kelompok Chomel Hand Sanitizer yang terlibat ialah BN111025, BN01026 dan BN061225," menurut kenyataan itu.Oleh itu, KKM menggesa orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan produk daripada kelompok berkenaan.KKM menjelaskan bahawa metanol ialah bahan kimia yang tidak dibenarkan digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik termasuk pensanitasi tangan, kecuali dalam kuantiti amat kecil bagi tujuan tertentu dan penggunaan secara tidak terkawal boleh mendatangkan risiko kesihatan serius."Penggunaan metanol secara tidak terkawal boleh mendatangkan risiko kesihatan yang serius. Pendedahan kepada metanol melalui kulit boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan mata, sakit kepala, pening, loya, kerosakan sistem saraf, serta gangguan penglihatan termasuk risiko buta."Dalam kes yang serius, pendedahan berlebihan kepada metanol atau tertelan secara tidak sengaja boleh menyebabkan koma dan kematian," menurut kenyataan berkenaan.Sehubungan dengan itu, KKM mengarahkan penjual dan pengedar supaya menghentikan penjualan serta pengedaran produk terbabit dengan serta-merta kerana tindakan menjual atau mengedarkannya melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.Menurut KKM, individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.Syarikat pula boleh dikenakan denda hingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan hingga RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.KKM turut menasihati orang ramai yang sedang menggunakan produk berkenaan supaya menghentikan penggunaannya serta-merta dan mendapatkan nasihat profesional kesihatan sekiranya mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers |
|
Kedai ikan hiasan digempur, arapaima gergasi 50kg dirampas - Sinarharian - 21/08 2:43 pm PETALING JAYA - Seekor ikan arapaima bersaiz mega seberat 50 kilogram (kg) dengan panjang 1.8 meter antara 258 ekor ikan larangan yang dirampas dalam serbuan di premis ikan hiasan di Bandar Sunway di sini pada Khamis.Operasi itu dijalankan Jabatan Perikanan (DOF) Selangor bersama Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman serta Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, operasi bermula jam 2.30 petang itu hasil risikan dan pemantauan terhadap aktiviti berkaitan pemilikan ikan melalui media sosial.Menurutnya, pemantauan terhadap hantaran di laman Facebook mendapati terdapat gambar dan video yang memaparkan ikan-ikan yang disyaki ikan larangan terjadual di bawah peruntukan undang-undang perikanan."Hasil risikan dan pemantauan lanjut kemudiannya membawa kepada pengenalpastian premis yang mempunyai kaitan dengan aktiviti tersebut."Pemeriksaan mendapati premis itu menyimpan pelbagai spesies ikan larangan antaranya lapan ekor Redtail Catfish Amazon, seekor Pictus Catfish, empat ekor Tiger Surubim Catfish, 13 ekor Shovelnose Catfish, 30 ekor Red-bellied Piranha, 119 ekor Peacock Bass, 13 ekor Gar, 41 ekor Silver Dollar, 28 ekor Parrot Fish serta seekor arapaima," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Beliau berkata, keseluruhan ikan yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM43,660.Katanya, ikan paling besar yang dirampas ialah arapaima seberat 50kg dan proses mengeluarkan ikan berkenaan dari premis mengambil masa kira-kira 30 minit dengan menggunakan peralatan jaring."DOF kini menjalankan siasatan sama ada spesies invasif itu ditempatkan di premis berkenaan untuk tujuan jualan atau sekadar dipelihara," katanya.Noraisyah berkata, pemeriksaan turut mendapati individu yang terlibat gagal mengemukakan sebarang kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia berkaitan ikan-ikan tersebut."Sehubungan itu, kesemua ikan berkenaan telah disita dan dibawa ke Pusat Transit Ikan Larangan untuk tindakan selanjutnya."Seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun yang dikenal pasti mempunyai kaitan dengan premis tersebut turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya.Menurutnya, premis berkenaan dipercayai beroperasi berdasarkan tempahan sahaja dan tidak menerima pelanggan secara terus (walk-in), selain mempromosikan ikan larangan menerusi Facebook.Beliau berkata, semakan rekod turut mendapati individu berkenaan pernah dikenakan tindakan kompaun sebelum ini atas kesalahan yang sama dan kes kali ini adalah kesalahan kedua berkaitan aktiviti ikan larangan.Katanya, premis berkenaan turut dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan."DOF Selangor akan terus mempergiatkan risikan, pemantauan media sosial serta tindakan penguatkuasaan bersama agensi berkaitan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang perikanan dan membanteras aktiviti perdagangan ikan larangan," ujarnya.Kes disiasat di bawah Peraturan 2(1), Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import, Dsb, bagi Ikan) (Pindaan) 2024 berkaitan dengan pemeliharaan, penyimpanan dan penjualan ikan hidup daripada famili, genus atau spesies yang dinyatakan dalam Jadual tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. |
|
Cap jari bongkar penyamaran, PATI wanita dipenjara lima bulan guna MyKad orang lain - Sinarharian - 21/08 11:20 am KUANTAN - Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) wanita warga Filipina dipenjara lima bulan selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan memberikan maklumat palsu semasa membuat permohonan gantian kad pengenalan hilang.Hukuman penjara ke atas tertuduh, Lorna Adilun, 45, bermula dari tarikh ditangkap pada 18 Ogos lalu.Pendakwaan dikemukakan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Pahang, Fahkrol Anuar Sani di hadapan Majistret Ellyana Othman.Berdasarkan fakta kes dikemukakan, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai datang berurusan di kaunter JPN Cawangan Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Pahang di sini bagi permohonan gantian kad pengenalan hilang atas nama wanita lain yang didakwa sebagai miliknya.Selepas selesai urusan, tertuduh dikeluarkan resit bayaran bernombor dan Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK11).Bagaimanapun, hasil semakan Unit Validasi, Bahagian Kad Pengenalan, JPN mendapati imej Sistem Pengenalan Cap Jari Automatik (AFIS) dan Cap Ibu Jari (CIJ) berbeza.Wanita dari Suluk, Filipina yang disyaki menyamar menggunakan identiti pemilik kad pengenalan itu telah ditahan semasa hadir ke JPN UTC Pahang untuk menuntut kad pengenalan baharu, 18 Ogos lalu.Hasil semakan lanjut melalui sistem pengesahan cap jari dengan nombor kad pengenalan berkenaan mendapati keputusan cap jari tidak sepadan.Semakan melalui pertanyaan ke atas tertuduh mendapati dia tidak memiliki kad pengenalan sepanjang berada di negara ini sebaliknya menggunakan kad pengenalan orang lain yang didakwa dibeli sebelum dokumen tersebut hilang.Siasatan lanjut mendapati, tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bernama Lorna Adilun berasal dari Suluk, Filipina.Tertuduh telah didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana memberikan maklumat palsu dalam butir material semasa membuat permohonan gantian kad pengenalan hilang.Bagi kesalahan itu, individu terlibat boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. |
|
Rumah mewah jadi sarang scam, 21 individu dicekup - Sinarharian - 21/08 11:08 am PUTRAJAYA - Kegiatan sindiket penipuan dalam talian yang menggunakan kediaman mewah di kawasan terpencil sebagai pusat operasi terbongkar selepas 21 individu ditahan dalam serbuan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Nilai Negeri Sembilan.Operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Rabu lalu itu turut membongkar kegiatan sindiket yang dipercayai memperdaya mangsa di luar negara menerusi taktik love scam selain menjual barangan palsu menggunakan platform media sosial.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi bermula kira-kira jam 5.55 petang selepas pihaknya menjalankan risikan selama sebulan berdasarkan maklumat awam.Menurutnya, sepasukan pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas bersama Bahagian Keselamatan dan Pasport, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya digerakkan ke KLIA Terminal 1 sebelum menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai ahli sindiket."Turut ditahan dua warga China terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 50 hingga 53 tahun"Siasatan awal mendapati sindiket menguruskan kemasukan warga asing ke Malaysia dan menyasarkan warga China yang dipercayai telah disenarai hitam JIM," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Zakaria berkata, suspek yang disenarai hitam dipercayai memiliki dua pasport China dengan nombor berbeza, manakala pasport yang tidak disenarai hitam digunakan untuk melepasi pemeriksaan melalui e-Gate di KLIA."Hasil pemeriksaan menemukan pasport China yang telah disenarai hitam di dalam beg suspek," katanya.Beliau berkata, lelaki tempatan yang ditahan dipercayai berperanan menghantar warga China berkenaan ke lokasi ditetapkan dengan bayaran antara RM150 hingga RM500 seorang bergantung kepada destinasi.Katanya, JIM turut menyita beberapa pasport China, telefon bimbit dan sebuah kenderaan jenis Proton X70 yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan."Hasil soal siasat membawa pasukan operasi ke sebuah premis kediaman di Taman Desa Melati, Nilai sebelum menahan empat individu yang dipercayai dalang utama iaitu tiga warga China dan seorang warga Rusia."Turut ditahan 14 ahli sindiket terdiri daripada warga China, Vanuatu, Pakistan, India dan Myanmar berusia lingkungan 23 hingga 33 tahun," katanya.Menurutnya, semakan awal mendapati warga asing berkenaan memasuki Malaysia menggunakan Pas Lawatan Sosial."Pemeriksaan di premis terbabit turut membawa kepada penyitaan puluhan pasport pelbagai negara, komputer meja, komputer riba, telefon bimbit serta wang tunai RM4,800 yang dipercayai hasil kegiatan berkenaan," katanya.Zakaria berkata, sindiket terbabit dipercayai menjalankan operasi penipuan dalam talian sejak awal tahun dengan menggunakan skrip tertentu bagi memperdaya mangsa di luar negara.Katanya, mereka menggunakan platform Telegram dan WhatsApp untuk memperdaya mangsa menerusi taktik love scam serta menawarkan barangan palsu pada harga yang menarik."Ahli sindiket diberikan komisen berdasarkan jumlah mangsa yang berjaya diperdayakan dan kegiatan itu dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga AS$50,000," katanya.Beliau berkata, ahli sindiket warga tempatan serta empat individu yang dipercayai dalang utama ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63."Warga asing lain pula ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963."Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
Seramai 112 warga asing ditahan dalam operasi di Kajang - Mygazette - 21/08 8:16 am Mohmad Khusairi berkata, siasatan awal mendapati mereka dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen atau pas yang sah untuk berada di negara ini. "Turut dikesan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama iaitu tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas atau permit, selain Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 |
|
'Nak show-off, tapi culas bayar insurans' - JPJ sita 190 kereta mewah - Sinarharian - 20/08 7:22 pm IPOH - Sebanyak 190 kenderaan mewah ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak sejak 1 Januari hingga 20 Ogos lalu menerusi pelaksanaan Op Luxury di seluruh negeri ini.Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, tindakan dikenakan ke atas pemilik kenderaan atas kegagalan memiliki perlindungan insurans dan cukai jalan.Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 121 kenderaan telah dilepaskan manakala baki 69 lagi masih disita dan ditempatkan di lima cawangan JPJ negeri ini."Ini sikap manusia, kadang-kadang mereka mahu show off, mampu membeli kenderaan mewah, tetapi hakikatnya tidak mahu menanggung kos membeli perlindungan insurans dan roadtax"Jadi kita rasakan mereka cuba mengambil tindakan mengelakkan mematuhi peraturan semasa berada di jalan raya," katanya kepada pemberita sempena sidang akhbar Op Motosikal Ekstrem di sini pada Khamis.Beliau berkata, pemilik kenderaan mewah tidak seharusnya mengambil mudah kewajipan memiliki insurans dan cukai jalan yang sah kerana ia membabitkan hak serta kepentingan pengguna sekiranya berlaku kemalangan di jalan raya."Ketiadaan insurans menyebabkan mangsa yang dilanggar atau terbabit dalam kemalangan dinafikan haknya sebagai pengguna jalan raya."Antaranya, mereka tidak boleh mendapat tuntutan yang sepatutnya mereka boleh dapat," katanya.Mohammad Yusoff turut memaklumkan, kesalahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada perlindungan insurans serta Seksyen 23 (1) bagi kesalahan tiada lesen kenderaan motor atau cukai jalan.Ujar beliau, tindakan saman bukan sahaja dikenakan terhadap pemandu, malah pemilik kenderaan turut bertanggungjawab sekiranya membenarkan kenderaan digunakan tanpa dokumen sah."Sebagai contoh, jika pemilik benarkan orang lain memandu kenderaan tanpa insurans dan roadtax, empat saman boleh dikeluarkan iaitu dua kepada pemilik dan dua kepada pemandu," katanya. |
|
Berita gembira untuk belia menjelang Hari Kebangsaan - Anwar - Sinarharian - 20/08 6:41 pm KLANG - Golongan belia bakal menerima berita gembira apabila kerajaan dijangka mengumumkan satu atau dua inisiatif penting untuk golongan itu menjelang sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman itu akan dibuat selepas beliau meneliti pandangan dan cadangan berkaitan usaha membantu golongan muda."Insya-ALLAH saya dengar, teliti, ada keupayaan kita akan lakukan yang terbaik untuk belia," katanya semasa menjawab soalan daripada salah seorang mahasiswa ketika Sesi Temu Anwar pada Himpunan Anak Muda (HAMKA) Antarabangsa 2026 di sini pada Khamis.Anwar berkata, selain pengumuman pada sambutan Hari Kebangsaan, beliau dijadualkan berada di Kuching, Sarawak bagi sambutan Hari Malaysia pada 16 September sebelum pembentangan Belanjawan 2027 pada awal Oktober.Katanya, ketiga-tiga tempoh itu akan menjadi antara waktu penting bagi kerajaan mengumumkan langkah berkaitan pembangunan dan kebajikan rakyat termasuk golongan belia.Mengulas lanjut, katanya, kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan anak muda dalam merangka dasar dan inisiatif yang bersesuaian dengan keperluan semasa."Kita dengar, kita teliti dan dengan keupayaan yang ada akan lakukan yang terbaik untuk belia," jelas beliau.Beliau berkata, kerajaan juga menyedari perubahan landskap ekonomi dan pekerjaan yang menyaksikan semakin ramai anak muda terbabit dalam bidang baharu termasuk ekonomi digital, perniagaan kecil-kecilan dan pekerjaan gig.Katanya, pendekatan kerajaan perlu berubah seiring perkembangan berkenaan supaya peluang yang lebih luas dapat diwujudkan untuk generasi muda.Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan akan mempermudah proses mendapatkan pembiayaan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) bagi graduan yang mahu memulakan perniagaan tanpa perlu menunggu sehingga mempunyai rekod perniagaan selama tiga tahun.Beliau berkata, syarat sedia ada perlu diteliti semula kerana landskap perniagaan kini sudah berubah dan semakin ramai anak muda memilih keusahawanan sebagai kerjaya.Katanya, kerajaan mahu membantu graduan yang baru tamat pengajian dan mempunyai hasrat memulakan perniagaan termasuk mereka yang terbabit dalam perniagaan kecil-kecilan serta ekonomi digital."Tadi dicadangkan bagi anak-anak yang lulus universiti nak mula perniagaan, dia kena tunggu tiga tahun, dia nak dapat pinjaman TEKUN, dia kena ada rekod."Tapi keadaan dah berubah. Sebab itu kita akan permudahkan," katanya.Anwar menjelaskan, kerajaan juga sedang memperkenalkan rang undang-undang baharu berkaitan perniagaan kecil-kecilan bagi memastikan peraturan sedia ada lebih relevan dengan perkembangan ekonomi semasa.Katanya, beliau sudah meminta Kementerian Sumber Manusia menyiapkan rang undang-undang itu pada tahun ini. |
|
112 warga asing ditahan dalam operasi imigresen di Kajang - Sinarharian - 20/08 6:20 pm KAJANG - Seramai 112 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dalam operasi di beberapa premis di sini pada Rabu.Operasi yang dijalankan menerusi Ops Belanja, Ops Minyak, Ops Mahir dan Ops Selera itu bermula jam 9 pagi dan melibatkan seramai 20 pegawai JIM Selangor.Timbalan Pengarah Imigresen Selangor (Kawalan), Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, dalam operasi berkenaan, seramai 114 individu diperiksa sebelum 112 daripada mereka ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen."Mereka yang ditahan terdiri daripada 87 warga Bangladesh, Indonesia (13), Myanmar (lima) dan Pakistan (tujuh)."Kesemua yang ditahan berusia antara 14 hingga 52 tahun membabitkan 98 lelaki dan 14 perempuan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohmad Khusairi berkata, siasatan awal mendapati mereka dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen atau pas yang sah untuk berada di negara ini."Turut dikesan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama iaitu tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas atau permit, selain Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963."Kesemua individu yang ditahan dibawa ke pejabat imigresen untuk tindakan lanjut dan siasatan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan," ujarnya. |
|
Polis selamatkan 17 kanak-kanak Jordan dijadikan pengemis - Sinarharian - 20/08 5:42 pm KUALA LUMPUR - Polis menyelamatkan 17 kanak-kanak warga Jordan disyaki menjadi mangsa eksploitasi pemerdagangan orang untuk mengemis menerusi Ops Pintas Kasih di Bukit Bintang dan Chow Kit di sini, semalam.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, mangsa terdiri daripada lapan kanak-kanak lelaki dan sembilan perempuan berusia tiga bulan hingga 14 tahun diselamatkan mengikut Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.Beliau berkata, polis turut menahan tujuh lelaki dan lapan wanita dipercayai warga Jordan berusia 21 hingga 49 tahun dalam 13 serbuan di kaki lima dan premis penginapan bagi siasatan memperdagangkan kanak-kanak untuk tujuan eksploitasi."Siasatan awal mendapati ahli kumpulan ini memasuki Malaysia secara sah menggunakan Pas Lawatan Sosial yang membenarkan mereka berada di negara ini selama 90 hari."Kumpulan ini membawa kanak-kanak bagi tujuan mengemis di sekitar Kuala Lumpur dengan kutipan dianggarkan antara RM500 hingga RM1,000 sehari," katanya dalam kenyataan hari ini.Kumar berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti hubungan semua mangsa dengan individu ditahan.Beliau berkata dalam operasi itu, pihaknya turut merampas antaranya 14 telefon bimbit, 32 pasport Jordan serta wang tunai pelbagai negara berjumlah RM24,445, USD100, 100 Euro dan 635,000 Rupiah.Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 ATIPSOM 2007, Seksyen 32(A) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 |
|
DBKL angkut 17 motosikal, kompaun 24 kenderaan halang laluan awam - Mygazette - 20/08 4:14 pm Kesemua tindakan penguatkuasaan itu dilakukan mengikut Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sehubungan itu, DBKL mengingatkan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal supaya mematuhi peraturan dan papan tanda larangan parkir yang ditetapkan serta memastikan kenderaan tidak menghalang pergerakan pejalan kaki atau menjejaskan kelancaran lalu lintas |
|
Isu Jalur Gemilang: AMK Perak gesa tindakan konsisten - Mygazette - 20/08 4:14 pm Sebarang tindakan yang melibatkan pemasangan, pengibaran atau penggunaan Jalur Gemilang secara tidak wajar perlu diteliti berdasarkan keadaan dan fakta setiap kes. Sekiranya terdapat unsur kecuaian, pelanggaran peraturan atau kesalahan di sisi undang-undang, pihak berkuasa hendaklah menjalankan siasatan secara telus dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, katanya |
|
PM arah percepat peraturan e-dagang, sasar lulus awal Oktober - Mygazette - 20/08 4:14 pm # PM arah percepat peraturan e-dagang, sasar lulus awal Oktober KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya peraturan berkaitan perdagangan elektronik dipercepatkan bagi memudahkan urusan peniaga digital di negara ini |
|
Buletin Miros Uji Had Laju Minimum, Sasar Kurangkan ???lane Hogging??? Di .. - Mekanika - 20/08 4:14 pm Papan tanda khas akan dipasang di kawasan terlibat bagi memaklumkan pengguna jalan raya mengenai cadangan kelajuan tersebut. Bagaimanapun, Miros menegaskan bahawa had laju minimum itu bukan peraturan mandatori dan tidak boleh dikuatkuasakan dari sudut undang-undang |
|
Pelabur antarabangsa perlu berkongsi teknologi perlombongan REE - Kosmo - 20/08 3:33 pm IPOH – Rizab unsur nadir bumi (REE) yang bernilai tinggi dalam pasaran global memerlukan komitmen pelabur antarabangsa berkongsi kepakaran teknologi, peraturan serta undang-undang, hak paten serta menjaga rahsia perdagangan melibatkan negeri-negeri pengeluar |
|
34 kenderaan operasi ringan perkasa kesiapsiagaan JBPM Selangor hadapi monsun - Sinarharian - 20/08 12:37 am SHAH ALAM - Persiapan menghadapi musim monsun diperkukuhkan dengan penambahan aset mobiliti apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima 19 unit kenderaan operasi ringan (LOV).Penerimaan terbaharu itu menjadikan keseluruhan 34 LOV berkeupayaan pacuan empat roda kini dimiliki JBPM Selangor bagi menyokong operasi di seluruh negeri.Pengarah JBPM Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail berkata, aset berkenaan akan digunakan sebagai sokongan utama di peringkat balai termasuk pergerakan anggota, pengangkutan peralatan, pemantauan kawasan serta bantuan awal ketika berlaku kecemasan dan bencana."Daripada jumlah keseluruhan itu, lima kenderaan dilengkapi 'winch' penarik dan tombol penarik bot yang memberi keupayaan tambahan kepada pasukan ketika berdepan situasi banjir, laluan berlumpur atau muka bumi sukar dilalui kenderaan biasa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Wan Md Razali berkata, penerimaan aset itu juga bertepatan dengan langkah kesiapsiagaan awal JBPM Selangor menghadapi perubahan cuaca serta peningkatan risiko hujan lebat dan banjir."Penempatan kenderaan berkenaan akan disusun mengikut keperluan operasi dan profil risiko kawasan bagi membolehkan anggota serta peralatan digerakkan dengan lebih berkesan, khususnya di kawasan terjejas banjir, jalan berlumpur dan laluan tidak rata," katanya.Menurutnya, semua kenderaan berkenaan perlu dijaga dan diselenggara dengan baik bagi memastikan sentiasa berada dalam keadaan siap operasi."Pegawai dan anggota yang mengendalikan kenderaan berkenaan diingatkan supaya memandu secara berhemah, mematuhi peraturan jalan raya serta mengutamakan keselamatan anggota dan pengguna jalan raya," katanya.Menurut beliau, tahap kesiapsiagaan bukan hanya bergantung kepada jumlah aset dimiliki, sebaliknya turut merangkumi kecekapan anggota, penyelenggaraan aset, kecukupan peralatan serta keupayaan pasukan bertindak pantas dan teratur."JBPM Selangor akan terus memperkukuhkan kesiapsiagaan menerusi pengurusan aset secara sistematik, pemeriksaan berkala, latihan anggota serta penyelarasan operasi antara balai bomba dan penyelamat."Masyarakat turut diminta supaya sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca, mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah keselamatan awal sekiranya berlaku hujan lebat, banjir atau keadaan cuaca yang berisiko," ujarnya. |
|
PMX Anwar : Harus Ada Peraturan Ketat Mengekang Atau Menyekat Kemasukkan Produk Asing Tanpa Terkawal - Amanz - 20/08 12:34 am Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi menyatakan harus ada suatu peraturan yang ketat dalam mengekang atau menyekat kemasukkan produk asing tanpa terkawal ke pasaran Malaysia |
|
78 warga asing ditangkap Imigresen Johor - Sinarharian - 20/08 10:06 am KOTA TINGGI - Seramai 78 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Johor menerusi serbuan di beberapa premis sekitar Pengerang, 11 pagi pada Selasa.Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, mereka yang ditahan melibatkan 71 lelaki dan tujuh wanita warga asing berusia 20 hingga 50 tahun."Mereka yang ditahan adalah 30 lelaki Indonesia, 24 lelaki Pakistan, 10 lelaki Bangladesh, enam lelaki Myanmar dan seorang lelaki India manakala tangkapan wanita melibatkan enam dari Indonesia dan seorang Myanmar."Mereka ditahan melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.Mohd Rusdi berkata, lapan keping borang 29 iaitu saman kepada saksi dikeluarkan sepanjang operasi tersebut.Menurutnya, operasi yang dijalankan bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) itu bagi mengenal pasti premis-premis yang menggajikan dan menempatkan warga asing tanpa mengikut syarat imigresen."Premis-premis yang dipercayai menggaji atau dikendalikan warga asing yang menyalahi undang-undang diperiksa secara menyeluruh."Terdapat individu yang didapati melakukan kesalahan seperti menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah," ulasnya.Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut. |
|
Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas - Mypress - 19/08 8:49 pm PUTRAJAYA – Kerajaan disarankan supaya melakukan perbincangan meja bulat bersama pakar undang-undang dan pihak berkaitan bagi merangka peraturan lebih kukuh dalam kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa |
|
Peruntukan ahli Parlimen perlu disalur secara adil, tidak harus jadi alat politik kerajaan - Ronald Kiandee - Sinarharian - 19/08 6:59 pm SHAH ALAM - Peruntukan ahli Parlimen tidak seharusnya dijadikan instrumen politik kerajaan yang boleh diberikan atau dinafikan berdasarkan pihak yang memegang tampuk pemerintahan.Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia perlu menjadi satu hak yang tertakluk kepada peraturan yang jelas, telus dan terpakai secara sama rata kepada semua ahli Parlimen.Menurutnya, jika benar reformasi yang dibawa adalah berasaskan prinsip dan bukan kepentingan politik, maka inilah masanya kerajaan mengambil langkah tuntas untuk berbuat demikian."Jangan jadikan peruntukan rakyat sebagai alat politik |
|
Jana Wibawa: PM tiada kuasa arah anugerah dianugerah kepada syarikat tertentu - Saksi - Sinarharian - 19/08 6:44 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi pada Rabu diberitahu bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang dan peraturan perolehan kerajaan untuk mengarahkan sesuatu projek dianugerahkan secara terus kepada mana-mana syarikat tertentu.Timbalan Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) di Kementerian Kewangan, Datuk Zamzuri Abdul Aziz, 56, yang ketika itu Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di kementerian berkenaan berkata, kuasa menentukan sama ada sesuatu projek dilaksanakan secara pra-kelayakan atau rundingan terus terletak di bawah bidang kuasa menteri kewangan manakala perdana menteri tiada kuasa membuat keputusan itu."Berkaitan dengan penganugerahan projek kerajaan, saya menyatakan bahawa bagi projek bernilai di bawah RM100 juta, kuasa untuk memuktamadkan pelantikan kontraktor terletak pada Lembaga Perolehan kementerian berkaitan."Bagi projek bernilai melebihi RM100 juta, Lembaga Perolehan kementerian berkenaan akan mengemukakan syor atau keputusan mereka kepada Kementerian Kewangan untuk dimuktamadkan," katanya dalam pernyataan saksi.Saksi pendakwaan ke-26 itu berkata demikian pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan serta pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa.Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mengenai sama ada terdapat penglibatan Pejabat Perdana Menteri (PMO) semasa proses perolehan dan penilaian bagi syarikat KCJ Engineering Sdn Bhd, Zamzuri menjawab ada.Pada prosiding semalam, Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan Datin Rosni Mohd Yusoff menyatakan KCJ Engineering pernah gagal dalam penilaian kontraktor kerana mempunyai projek sakit serta prestasi kerja semasa tidak memuaskan bagi melaksanakan projek di bawah Program Jana Wibawa.Saksi pendakwaan ke-25 itu berkata, syarikat kejuruteraan dan pembinaan berkenaan memohon bagi projek Membina Jalan Baru Menyambung Felda Bukit Jalor Ke Gemas, Negeri Sembilan.Zamzuri turut bersetuju dengan Wan Shaharuddin bahawa KCJ Engineering pada awalnya tidak berjaya dalam proses penilaian peringkat awal dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Kontraktor Program Jana Wibawa.Wan Shaharuddin: Kebiasaannya kalau gagal dalam penilaian, ia tidak akan diluluskan dan tidak dipertimbangkan, betul?, Zamzuri menjawab betul.Saksi itu bersetuju dengan Wan Shaharuddin bahawa PMO mengemukakan maklumat tambahan menerusi surat (Perdana Menteri) bertarikh 13 November 2020.Wan Shaharuddin: Kenapa PMO bekalkan maklumat tambahan, Datuk tahu ke?, Zamzuri menjawab tidak tahu.Zamzuri dalam pernyataan saksinya berkata bagi proses penilaian sehingga penganugerahan projek oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada KCJ Engineering Sdn Bhd, beliau mengarahkan Rosni (saksi pendakwaan ke-25) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Kontraktor bagi Program Jana Wibawa untuk membuat penilaian terhadap syarikat berkenaan kerana syarikat itu disenaraikan dalam Surat Pejabat Perdana Menteri bertarikh 13 November 2020."Surat tersebut dihantar kepada Menteri Kewangan (ketika itu) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz |
|
Kes dua pelajar MRSM hilang masih disiasat – Asyraf - Mygazette - 19/08 5:12 pm Ditanya sama terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pergerakan pelajar terbabit ke klinik, Asyraf Wajdi berkata, perkara itu sedang diperhalusi. Katanya, kejadian itu tidak wajar dijadikan asas untuk mewujudkan peraturan baharu yang boleh menjejaskan aktiviti serta program pelajar MRSM |
|
Peruntukan Ahli Parlimen, jangan jadikan wang rakyat ???senjata politik??? .. - Mygazette - 19/08 5:11 pm Peruntukan Ahli Parlimen tidak seharusnya menjadi instrumen politik kerajaan yang boleh diberi atau dinafikan berdasarkan siapa yang memerintah dan siapa yang menjadi pembangkang. Ia perlu menjadi satu hak yang tertakluk kepada peraturan yang jelas, telus dan terpakai secara sama rata kepada semua Ahli Parlimen, katanya |
|
Setahun risikan, JKNK rampas ubat kurus disyaki beracun - Sinarharian - 19/08 4:53 pm KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merampas 5,584 produk kesihatan, sebahagian besarnya ubat kurus tidak berdaftar yang disyaki mengandungi racun berjadual pada Rabu, selepas setahun menjalankan risikan.Serbuan serentak di tujuh premis oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi itu mendapati ia melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952.Pengarah JKNK, Dr Kasuadi Hussin berkata, operasi itu turut membongkar kegiatan penjualan produk kesihatan tidak sah yang dipercayai menggunakan rangkaian bekalan tertentu.Menurut beliau, dua peranti digital termasuk telefon dan komputer turut dirampas bagi membantu pihak berkuasa menjejaki rantaian bekalan."Nilai keseluruhan rampasan termasuk dua peranti digital dianggarkan RM60,000."Risikan terhadap kegiatan penjualan produk berkenaan dilakukan kira-kira setahun sebelum tindakan serbuan dilaksanakan pada hari ini," katanya semasa sidang akhbar di Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri di sini pada Rabu.Beliau memberitahu, pihaknya masih menyiasat sumber bekalan produk terbabit termasuk kemungkinan ia diperoleh dari luar negara, melalui ketirisan saluran bekalan atau dihasilkan sendiri."Kita tidak boleh kata secara automatik produk itu dibuat atau diambil dari luar. Ada kemungkinan ia terhasil daripada ketirisan atau pemesongan daripada saluran sebenar."Sebab itu peranti digital yang dirampas akan dianalisis untuk kita mengesahkan rangkaian atau rantaian bekalan yang terlibat," katanya.Menurut Dr Kasuadi, setakat ini tiada tangkapan dibuat kerana siasatan masih berjalan, manakala pekerja yang berada di premis ketika serbuan hanya diambil maklumat.Ujar beliau, tindakan itu bermula selepas pihaknya menerima aduan mengenai penjualan ubat tidak berdaftar yang disyaki mengandungi racun berjadual."Hasil persampelan daripada produk yang diadu itu, kita dapati ia mengandungi racun berjadual."Setakat ini tidak ada individu tampil melaporkan mengalami kesan akibat penggunaan produk berkenaan, tetapi kita syak ia boleh memberi kesan kepada sistem kardiovaskular, khususnya jantung," katanya.Jelas beliau lagi, semua produk yang dirampas akan dihantar ke makmal bagi menentukan sama ada ia mengandungi racun berjadual.Tambahnya, kes disiasat mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 Akta Jualan Dadah 1952.Kata beliau, ia turut disiasat mengikut Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) akta sama, dengan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya. |
|
MARA perhalusi SOP "outing" susulan kes pelajar MRSM hilang - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 19/08 4:36 pm KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) pergerakan pelajar bagi aktiviti "outing" susulan kes dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dilaporkan hilang baru-baru ini.Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kes kehilangan dua pelajar tingkatan empat MRSM Alor Gajah, Melaka pada 11 Ogos lepas merupakan kes terpencil dan ia tidak sewajarnya dijadikan asas untuk mewujudkan peraturan yang boleh menjejaskan aktiviti serta program di MRSM."Sepatutnya perkara ini kes terpencil yang bagi saya tidak boleh kita jadikan satu (perkara) konklusif untuk kita membuat satu peraturan yang akhirnya merencatkan segala aktiviti dan program yang selama ini berjalan dengan baik di MRSM."Pelajar ini pun perlukan proses pematangan |
|
Padah promosi ikan larangan di TikTok - Sinarharian - 19/08 4:35 pm SHAH ALAM - Aktiviti mempromosikan ikan yang disyaki spesies larangan menerusi platform media sosial TikTok membongkarkan penemuan 92 ekor ikan berkenaan dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Kajang pada Selasa.Pengarah Jabatan Perikanan (DOF) Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, risikan dan pemantauan dilakukan susulan pengesanan aktiviti mempromosikan ikan yang dipercayai merupakan spesies larangan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import, dsb., bagi Ikan) (Pindaan) 2024.Menurutnya, hasil risikan mendapati seorang pengguna TikTok dipercayai terlibat mempromosikan beberapa jenis ikan larangan, antaranya Peacock Bass, Amazon Redtail Catfish, Tiger Shovelnose Catfish dan Gar."Pemantauan lanjut berjaya mengenal pasti alamat kediaman individu berkenaan sebelum pemeriksaan dijalankan pada 18 Ogos 2026."Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa akuarium di dalam kediaman berkenaan yang mengandungi ikan disyaki daripada spesies ikan larangan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Noraisyah berkata, keseluruhan 92 ekor ikan pelbagai saiz bernilai kira-kira RM2,000 disita untuk tujuan siasatan."Jumlah ikan yang disita terdiri daripada 54 ekor Gar, 24 ekor Peacock Bass, sembilan ekor Amazon Redtail Catfish dan lima ekor Tiger Shovelnose Catfish."Kesemua ikan berkenaan dihantar ke Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor untuk tindakan dan pemeriksaan lanjut," katanya.Beliau berkata, individu yang dikenal pasti sebagai pemilik serta pengguna akaun TikTok berkenaan turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membantu siasatan."Jabatan Perikanan Negeri Selangor akan menjalankan siasatan lanjut berhubung sumber, pemilikan serta aktiviti promosi dan penjualan ikan berkenaan."Tindakan penguatkuasaan selanjutnya akan diambil sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.Dalam pada itu, Noraisyah menasihatkan orang ramai supaya tidak mengimport, menjual, memelihara, mempamer atau menyimpan ikan hidup yang tersenarai sebagai spesies larangan tanpa kebenaran. |
|
Ketahui perbezaan peraturan sebelum rentas sempadan ke Thailand - Mkini - 19/08 1:47 pm Sekumpulan 17 penunggang motosikal Malaysia ke Hat Yai, menerima 15 saman berjumlah 15,000 baht (kira-kira RM1,850) atas pelbagai kesalahan trafik. |
|
Mahkamah putuskan pemecatan koperal polis tidak patuh prosedur tatatertib - Sinarharian - 19/08 1:09 pm PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan di sini memutuskan pemecatan seorang anggota polis berpangkat koperal pada tiga tahun lalu, dilakukan tanpa mematuhi prosedur tatatertib.Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Rhodzariah Bujang memutuskan demikian selepas mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah dan Mahkamah Rayuan di sini.Mahkamah menolak rayuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan dengan kos RM50,000 pada 6 Ogos lalu.Beliau yang bersidang bersama Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Collin Lawrence Sequerah turut memutuskan pangkat dan jawatan Mohd Sahamuddin Mohd Sapari, 36,selaku pemohon, dikembalikan.Ketika dihubungi, peguam, EN Amnach yang mewakili pemohon berkata, mahkamah mendapati prosiding tatatertib oleh pihak polis terhadap anak guamnya sebagai tidak sah.Katanya, ia berhubung ketidakpatuhan terhadap Peraturan 29(1) yang menyatakan 'hendaklah dengan segera' namun pihak polis mengambil masa selama lebih dua tahun untuk tindakan susulan, sebagai satu kelewatan yang tidak munasabah.Berdasarkan dokumen yang diperoleh media, pada 4 Mac 2021, pemohon telah dituduh di Mahkamah Majistret Langkawi kerana disyaki mengambil dadah di Balai Polis Air Hangat, daerah sama, mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan, anggota polis berpangkat koperal tersebut didenda sebanyak RM1,500 pada hari sama pendakwaan dibuat.Pada 15 April 2021 pemohon dikenakan perintah gantung kerja oleh Ketua Polis Kedah seterusnya menyebabkan beliau tidak berhak menerima sebarang emolumen di sepanjang tempoh tahan kerja.Pada 18 September 2023, pemohon mendakwa telah dibuang kerja oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib Kontinjen Kedah, Asisten Komisioner (ACP) Zaimy Mohamad Nawi kerana telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman berhubung kes dadah tersebut.Pemohon yang bertugas di Balai Polis Lapangan Terbang, Langkawi telah berkhidmat dengan PDRM selama 12 tahun, ditahan kerja selama dua tahun dan lima bulan.Susulan itu, pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.Beliau menamakan empat pihak iaitu Zaimy, Ketua Polis Kedah, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga keempat, pada 11 Januari 2024.Beliau membuat permohonan berkenaan kerana tidak berpuas hati selepas digantung kerja terlalu lama dan tidak munasabah sebelum tindakan tatatertib buang kerja diambil.Tindakan itu katanya, merupakan satu penyalahgunaan proses prosiding tatatertib kerana pemohon tidak menerima sebarang emolumen, tiada pendapatan kerana tidak boleh bekerja dengan gaji tetap.Hakim, Mahazan Mat Taib kemudiannya membenarkan semakan kehakiman pemohon dengan menyatakan, keputusan buang kerja oleh responden pertama setelah digantung kerja selama dua tahun lima bulan sebagai satu penyalahgunaan proses prosiding tatatertib.Katanya, ia termasuk keputusan buang kerja tersebut tidak mematuhi Peraturan 29 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.Tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan, responden membuat rayuan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 24 Oktober tahun sama.Bagaimanapun panel hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan yang membawa kepada rayuan terakhir mereka di Mahkamah Persekutuan. |
|
'Nak masuk Thailand, study dulu undang-undang negara orang' - Polis Kelantan - Sinarharian - 19/08 12:51 am KOTA BHARU - Peserta konvoi motosikal dari Malaysia yang memasuki Thailand dinasihatkan supaya terlebih dahulu study dan memahami undang-undang tempatan bagi mengelak dikenakan tindakan atas kesalahan lalu lintas, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.Menurut beliau, pengguna jalan raya perlu menyedari bahawa peraturan di negara lain tidak semestinya sama dengan undang-undang yang ditetapkan di Malaysia.Tambah beliau, ia termasuk perkara berkaitan pengubahsuaian motosikal yang mungkin dibenarkan di Malaysia, namun boleh menjadi satu kesalahan di negara lain."Tak kiralah, sebab itu nak masuk negara orang kena belajar dulu undang-undang negara orang macam mana."Kadang-kadang tidak sama dengan negara kita |
|
Nama sering dikaitkan kes Menara KL, Annuar pilih berdiam diri - Sinarharian - 19/08 12:11 am Saya hanya memberi kerjasama kepada yang berwajib menjalankan tugas mereka," katanya lagi.Annuar menegaskan bahawa segala tindakan yang dilakukannya tidak dipengaruhi perkara yang bercanggah dengan undang-undang dan prinsip integriti."Apa lagi dalam perkara yang bukan kuasa saya. Semua perkara wajib mematuhi peraturan dan undang-undang."Mereka yang berjaya kerana merit adalah hak mereka, perbualan atau perancangan sesama mereka bukan urusan saya."Saya yakin mereka yang benar, tetap benar |
|
Peraturan Thailand Perlu Jelas Kepada Penunggang Malaysia - Careta - 18/08 3:57 pm Menurutnya, dia sendiri pernah dikenakan kompaun atas alasan ekzos, selain menerima beberapa perkongsian daripada rakan-rakan penunggang Malaysia yang berdepan situasi sama |
|
Pengguna jalan raya perlu hormati undang-undang Thailand - Utusan - 18/08 3:19 pm SUNGAI PETANI: Rakyat negara ini yang memandu di Thailand khususnya secara bermotosikal dinasihatkan mematuhi undang-undang negara itu termasuk memastikan kenderaan mengikut peraturan dan spesifikasi ditetapkan |
|
Peserta konvoi perlu hormati undang-undang Thailand - Kosmo - 18/08 3:11 pm SUNGAI PETANI – Rakyat Malaysia yang menyertai konvoi motosikal ke Thailand dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang negara itu termasuk memastikan kenderaan mengikut peraturan dan spesifikasi ditetapkan |
|
Selepas Dihalau Dari Johor, Network School Dibuka Pula Di Kazakhstan - Amanz - 18/08 11:31 am Operasi Network School (NS) telah ditutup di Forest City Johor pada Julai lalu selepas pihak berkuasa mendapati ia melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan |
|
Kes guru pukul murid, ibu: KPM serah kepada JPN, PPD - Sinarharian - 18/08 10:45 am KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah akan mengambil tindakan mengikut peraturan sedia ada berhubung kes seorang guru didakwa memukul murid dan ibunya menggunakan tongkat.Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, pihaknya bagaimanapun belum mahu mengulas lanjut termasuk berkaitan sama ada siasatan dalaman dibuka berhubung kejadian berkenaan."Saya tak nak komen dulu sebab saya pun baru dapat maklumat tersebut."Saya pasti JPN, PPD dan sekolah-sekolah akan mengambil tindakan mengikut peraturan yang ada," katanya selepas penyerahan bas sekolah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat di sini pada Selasa.Mohd Azam berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan pihak pendidikan terhadap kes berkenaan.Pada 13 Ogos lalu, akhbar melaporkan seorang guru lelaki berusia 54 tahun di Pasir Mas ditahan pada Rabu lalu bagi membantu siasatan selepas didakwa memukul seorang murid dan ibunya menggunakan tongkat dalam dua kejadian berasingan.Kejadian terhadap murid itu dikatakan berlaku terlebih dahulu sebelum ibunya hadir ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan.Bagaimanapun, pertemuan tersebut didakwa bertukar tegang apabila guru terbabit memukul wanita berkenaan menggunakan tongkat.Polis sebelum ini memaklumkan suspek ditahan dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. |
|
Perlu serius, tegas tangani isu pelarian Myanmar di Johor - Mygazette - 17/08 10:11 pm Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mohd Faizul Salleh berkata, antara isu yang perlu ditandatangani melibatkan aspek pengurusan penempatan, keselamatan, kebajikan dan keharmonian sosial. "Amanah Johor berpandangan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak boleh mengambil sikap sambil lewa terhadap isu ini dan PBT perlu bertegas menguatkuasakan peraturan |
|
Singapura henti serta-merta eksport sisa binaan ke Malaysia - Mygazette - 17/08 10:11 pm Pengarah SWCorp Negeri Johor, Zainal Fitri Ahmad memberitahu, panggilan diterima daripada Pengarah Kumpulan bagi Sumber dan Kemampanan NEA Singapura, Chan Chin Kai, bagi membincangkan isu aktiviti eksport dan pelupusan sisa pembinaan serta perobohan dari republik itu ke Pontian. "SWCorp Negeri Johor menegaskan sebarang aktiviti eksport sisa berkenaan ke Malaysia perlu mematuhi peraturan berkuat kuasa serta mendapat kelulusan agensi penguat kuasa berkaitan di negara ini |
|
JPJ sita Mercedes-Benz milik penanam sayur warga Bangladesh - Sinarharian - 17/08 6:06 pm Hasil soal siasat, dia memaklumkan kereta berkenaan adalah miliknya tetapi tidak memberitahu harga sebenar kereta yang dibelinya itu."Pemeriksaan mendapati lelaki tersebut tidak memiliki lesen memandu yang sah, selain lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans yang telah tamat pada 26 Julai lepas," katanya dalam kenyataan, hari ini.Beliau berkata susulan itu, kereta mewah berkenaan telah disita untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan."JPJ Kedah ingin memberi peringatan bahawa memiliki kenderaan mewah bukan bermakna kebal terhadap undang-undang. Setiap pemandu dan kenderaan yang berada di atas jalan raya wajib mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya |
|
Apa nasib Akta 173, 174 selepas AUKU dimansuhkan? – KMUiTM - Mygazette - 17/08 7:55 am # Apa nasib Akta 173, 174 selepas AUKU dimansuhkan? - KMUiTM KUALA LUMPUR - Kolektif Mahasiswa UiTM (KMUiTM) menuntut kerajaan menjelaskan sama ada pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) turut melibatkan Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174). Menurut KMUiTM, pengumuman pemansuhan AUKU sahaja tidak memadai sekiranya sekatan terhadap kebebasan mahasiswa masih dikekalkan melalui undang-undang, peraturan atau kerangka pentadbiran yang lain |
|
Tiada pengganti AUKU selepas dimansuhkan - Anwar - Sinarharian - 16/08 4:40 pm MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak akan digantikan dengan undang-undang baharu yang mengongkong mahasiswa.Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, langkah berkenaan bagi membolehkan kebebasan mahasiswa tanpa menyekat kegiatan mereka di kampus."Kita sudah setuju tentang pemansuhan AUKU. Saya hendak jelaskan bahawa saya tidak mahu pindaan, AUKU wajib dimansuhkan sepenuhnya."Ada kebimbangan apabila AUKU dibatalkan, undang-undang baharu akan diperkenalkan yang turut mengongkong atau menyekat."Saya tidak akan benarkan mana-mana peraturan atau undang-undang gantian yang mengongkong kegiatan mahasiswa," katanya ketika ucapan penggulungan Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Ahad.Katanya, undang-undang jenayah dan peraturan tatatertib sedia ada sudah memadai untuk dikenakan terhadap mahasiswa selepas pemansuhan AUKU."Saya tidak bermaksud untuk melonggarkan peraturan tatatertib atau undang-undang jenayah sedia ada, tetapi undang-undang khas bagi mahasiswa seperti AUKU tidak wajar diteruskan."Saya akan tegaskan perkara ini dalam mesyuarat Jemaah Menteri bahawa saya tidak bersetuju dengan apa-apa pindaan atau akta penggantian yang mengekang kegiatan mahasiswa," katanya.Pada Sabtu, Anwar memberitahu kerajaan akan memansuhkan AUKU dan perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini. |
|
AUKU dimansuh sepenuhnya, tiada akta ganti kongkong mahasiswa ??? PM - Mygazette - 16/08 4:18 pm "Ada kebimbangan kononnya bila AUKU dibatalkan, undang-undang baharu diperkenalkan yang juga mengongkong dan menyekat. Saya tidak akan benarkan mana-mana peraturan atau undang-undang gantian yang mengongkong kegiatan mahasiswa," katanya ketika penggulungan Kongres PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini |
|
Usahawan dinasihat jaga etika, tadbir urus dalam penggunaan AI – .. - Mygazette - 15/08 9:26 pm Turut hadir Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Digital) Kementerian Digital, M. Ma Sivanesan Menurut Fadzli, penggunaan AI dalam kalangan usahawan perlu disertai kesedaran terhadap standard dan peraturan platform digital bagi memastikan teknologi itu tidak dimanipulasi untuk menjual produk atau perkhidmatan yang tidak sewajarnya |
|
Helikopter terbakar ketika ujian enjin di Subang, empat selamat - Mygazette - 15/08 9:26 pm Pada masa sama para penumpang dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kejadian berkenaan akan disiasat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.- MalaysiaGazette |
|
Selesai TH, kerajaan akan ???bongkar??? Felda - Mygazette - 15/08 9:26 pm Selesai TH, bongkar Felda," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini. Anwar menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan atau mengambil harta rakyat |
|
Tinggalkan final Piala Dunia KL: ISTAF denda lima pemain, tiga pegawai Thailand - Sinarharian - 15/08 4:52 pm PERSEKUTUAN Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) mengenakan denda terhadap lima pemain dan tiga pegawai pasukan kebangsaan Thailand susulan tindakan mereka meninggalkan final Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF Kuala Lumpur 2026, Mei lepas.Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, Panel Pendengaran Tatatertib yang bersidang di Bangkok pada 10 Ogos lepas mendapati kelapan-lapan individu bersalah dalam insiden berkenaan.Beliau berkata, final itu terpaksa dihentikan pada jam 12.05 tengah malam 24 Mei lepas."Tiga pemain utama masing-masing didenda AS$6,000 (RM24,507) manakala dua pemain simpanan masing-masing didenda AS$5,000 (RM20,422.50) dengan tempoh penggantungan yang dikenakan terhadap mereka telahpun selesai."Dua jurulatih masing-masing didenda AS$8,000 (RM32,676) manakala pengurus pasukan didenda AS$10,000 (RM40,845) selain tempoh penggantungan juga selesai dijalani," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.Tiga pemain utama itu ialah Phutawan Sopa, Wichan Temkort dan Jakkrit Thinbangbon manakala Sittipong Khamchan dan Chattuphon Siriart adalah pemain simpanan.Ketua jurulatih kebangsaan, Narachit Kalachan dan penolong jurulatih, Sahachat Sakhoncharoen merupakan dua jurulatih yang dikenakan tindakan manakala Auychai Srisuwan ialah pengurus pasukan.Sementara itu, Abdul Halim berkata, berdasarkan Peraturan Prosedur Tatatertib ISTAF, sebarang denda yang gagal dilunaskan dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis hukuman akan menyebabkan individu terbabit digantung antara satu hingga dua tahun."Rayuan boleh dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis hukuman dengan disertakan yuran sebanyak AS$500," katanya.Beliau juga berkata, keputusan itu ditandatangani pada 11 Ogos 2026 oleh anggota Panel Pendengaran Tatatertib ISTAF yang terdiri daripada wakil dari lima negara |
|
Pemansuhan AUKU selari perancangan KPT - Sinarharian - 15/08 4:11 pm Namun begitu, AUKU bukan sebuah akta yang diwujudkan hanya untuk mengawal mahasiswa.AUKU sebenanrya merupakan salah satu kerangka perundangan utama yang menjadi asas kepada penubuhan, penyelenggaraan, pentadbiran dan tadbir urus universiti awam. Ia menyentuh struktur universiti, pihak berkuasa universiti, mekanisme pentadbiran dan pelbagai aspek lain yang jauh melangkaui hal ehwal kemahasiswaan.Atas sebab itu, pemansuhan AUKU tidak boleh dilihat seperti memansuhkan satu peraturan disiplin mahasiswa dan kemudian keseluruhan proses selesai |
|
Helikopter terbakar: Semua penerbangan di Lapangan Terbang Subang ditangguhkan - Sinarharian - 15/08 2:49 pm SUBANG - Semua penerbangan dari dan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ditangguhkan sehingga diberitahu kelak susulan kebakaran sebuah helikopter di lapangan terbang berkenaan pada Sabtu.Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, kejadian membabitkan helikopter jenis Kamov Ka-32S dengan nombor pendaftaran UR-CIT kira-kira jam 12.28 tengah hari.Menurutnya, helikopter berkenaan sedang menjalani ujian enjin di darat sebagai sebahagian daripada aktiviti penyelenggaraan ketika kejadian."Susulan kejadian itu, landasan lapangan terbang berkenaan ditutup. Penumpang dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai status penerbangan," jelas CAAM.Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebuah helikopter terbakar ketika hendak berlepas bagi tujuan pengujian enjin selepas menjalani kerja pembaikan di Lapangan Terbang Subang di sini.Dalam kejadian itu, seorang mangsa dilaporkan cedera dan berada di luar pesawat selepas terkena serpihan, manakala empat lelaki warga Ukraine yang terdiri daripada juruterbang, kru dan pembantu juruterbang (co-pilot) berjaya menyelamatkan diri.Menurut CAAM, kejadian berkenaan akan disiasat Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. |
|
Gudang simpan, kumpul barang kontraban diserbu, rampasan RM5.9 juta - Mygazette - 15/08 8:15 am "Dua warga Bangladesh yang ditahan turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 berkaitan kesalahan berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah, manakala tindakan turut dijalankan berkaitan penggajian pekerja asing tanpa permit yang sah," jelasnya. Ujarnya, bagi produk makanan, tindakan diambil mengikut Akta Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Makanan 2009, termasuk berkaitan kesalahan pelabelan makanan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |