///
See Also: Shutterstock

Search : Pendakwa Raya News   Page 1    



13 Ogos depan dengar permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset .. - Mygazette - 18/06 3:11 pm

Permohonan itu membabitkan aset berjumlah AS$157.5 juta (kira-kira RM667 juta) dan GBP85 juta (kira-kira RM4.9 bilion) yang didakwa mempunyai kaitan dengan balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin itu. Hakim Noor Ruwena Md Nurdin menetapkan tarikh berkenaan ketika prosiding pengurusan kes yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat serta peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid yang mewakili Naimah





Jurujual mengaku bersalah tetak penunggang motosikal di Lebuhraya .. - Mygazette - 18/06 3:11 pm

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, selain denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. Ketika prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Ho Zee Xing memohon mahkamah menetapkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin tempatan serta syarat tambahan





Kereta lawan arus bertembung lori di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak - Mygazette - 18/06 3:11 pm

# Kereta lawan arus bertembung lori di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak KUANTAN - Kereta yang melawan arus di Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak menjadi punca berlaku kemalangan di kilometer 54.7 menghala ke Bentong malam tadi





Tiada kerusi ???favourite???, BN mahu tawan semua DUN Johor - Mygazette - 18/06 3:11 pm

# Tiada kerusi favourite, BN mahu tawan semua DUN Johor JOHOR BAHRU Barisan Nasional (BN) Johor tidak bergantung dengan peratusan mengundi tinggi atau rendah untuk menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor





Apa yang PH tawarkan, siapa calon MB mereka? - Mygazette - 18/06 3:11 pm

PH lebih banyak menyerang daripada tawar penyelesaian JOHOR BAHRU Pakatan Harapan (PH) didakwa kontang idea dan hanya memainkan sentimen kebencian serta perkauman sebagai modal politik untuk dijadikan bahan semasa berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti





PRN Johor: 80 peratus senarai calon BN sudah siap, dimuktamad minggu... - Mygazette - 18/06 3:11 pm

# PRN Johor: 80 peratus senarai calon BN sudah siap, dimuktamad minggu depan JOHOR BAHRU Calon-calon Barisan Nasional (BN) Johor yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini sudah 80 peratus siap disenaraikan





Isu logo PN ibarat `perebutan harta sepencarian’ Pas-Bersatu – .. - Mygazette - 18/06 3:11 pm

# Isu logo PN ibarat `perebutan harta sepencarian' Pas-Bersatu - Gulam Muszaffar KUALA LUMPUR Perebutan hak terhadap logo dan bendera Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin menyerlahkan keretakan hubungan antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)





Onn Hafiz ???poster boy??? untuk PRN Johor - Mygazette - 18/06 3:11 pm

JOHOR BAHRU Datuk Onn Hafiz Ghazi mengakui akan menjadi poster boy semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor meskipun belum tentu akan dilantik semula sebagai Menteri Besar Johor





PRN N. Sembilan: Akar umbi mahu DUN Temiang diserahkan kepada UMNO - Mygazette - 18/06 3:11 pm

# PRN N





PRN Johor: Polis kenal pasti 39 kawasan panas?? PRN Johor: Polis kenal .. - Mygazette - 18/06 3:11 pm

JOHOR BAHRU - Polis mengenal pasti sebanyak 39 kawasan panas di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini yang memerlukan kawalan dan keselamatan rapi





Projek skuasy: CEO Stadium Malaysia mengaku tidak salah minta, terima .. - Mygazette - 18/06 3:11 pm

Jika sabit kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Semasa prosiding tadi, Timbalan Pendakwa Raya, Nuralis Mat, memohon mahkamah mengenakan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin





Buletin Geely Emgrand i-HEV Dilancarkan Di China ??? Penggunaan Minyak .. - Mekanika - 18/06 3:11 pm

# GEELY EMGRAND i-HEV DILANCARKAN DI CHINA PENGGUNAAN MINYAK SERENDAH 2.22L/100KM, HARGA MULA RM59K **Geely terus memperkukuh penawaran kenderaan hibridnya di China menerusi pelancaran rasmi Geely Emgrand i-HEV, sebuah sedan segmen-C yang ditawarkan pada harga bermula sekitar AS$13,010 (RM59,000).** Model ini dibangunkan berasaskan Emgrand generasi kelima versi petrol dan menggunakan platform modular BMA Evo





Iqbal Razak calon DUN Bukit Pasir? - Harakahdaily - 18/06 2:52 pm

JOHOR BAHRU: Penentuan sama ada PAS akan meletakkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir pada Pilihan Raya Umum Negeri Johor ke-16 masih tertakluk kepada keputusan PAS Pusat dan sehingga kini belum ada sebarang keputusan rasmi dimuktamadkan





KDPP gariskan tiga reformasi utama perkukuh demokrasi negeri - Sinarharian - 18/06 2:45 pm

PETALING JAYA Reformasi pendanaan politik, reformasi Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) dan pemerkasaan Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi antara fokus utama yang digariskan Kaukus Demokrasi Pelbagai Parti (KDPP) dalam usaha memperkukuh tadbir urus dan demokrasi di peringkat negeri.Pengerusi Bersama KDPP, Dr Hafidzah Mustakim berkata, perkara itu terkandung dalam Laporan Tahunan dan Kertas Pendirian KDPP yang merumuskan hasil siri bengkel demokrasi dan sesi libat urus bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), parti politik, organisasi masyarakat sivil, mahasiswa dan orang awam di beberapa negeri sepanjang tempoh 2025 hingga 2026."Pada masa hadapan, saya berharap kami dapat menerbitkan lebih banyak kertas kajian dan memperluas keanggotaan KDPP kepada wakil dari Sabah dan Sarawak."KDPP juga mencerminkan satu anjakan paradigma dalam politik Malaysia laitu bergerak melangkaui politik kepartian serta polarisasi kaum dan agama, ke arah politik yang lebih rasional dan berteraskan dasar," katanya.Terdahulu, KDPP melancarkan laporan tahunannya dan kertas cadangan dasar untuk perkukuh institusi negeri pada Khamis yang dirasmikan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid.Dalam pada itu, Dr Hafidzah berkata, pelancaran dan kertas cadangan berkenaan menandakan permulaan fasa seterusnya bagi KDPP yang akan memberi tumpuan kepada kajian mendalam, advokasi dan libat urus bersama pihak berkepentingan bagi memajukan reformasi demokrasi dan institusi di peringkat negeri, merentasi lebih banyak negeri di Malaysia.Ujarnya, menjelang pilihan raya negeri yang bakal diadakan di Johor dan Negeri Sembilan, KDPP menyeru semua parti politik dan calon untuk komited memperkukuh DUN serta memajukan agenda reformasi demokrasi dan institusi dalam manifesto masing-masing."KDPP turut menggesa kerajaan negeri memastikan peruntukan CDF yang sama rata diberikan kepada semua ADUN tanpa mengira hubungan politik, sekiranya peruntukan tersebut terus diagih dan digunakan."Layanan yang saksama adalah penting bagi menjamin keadilan





Muda wajibkan calon tandatangan perjanjian anti lompat parti, isytihar aset - Utusan - 18/06 2:37 pm

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mewajibkan semua calonnya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menandatangani Aku Janji Calon serta Perjanjian Anti Lompat Parti sebelum disahkan bertanding





Dua anggota tentera didakwa angkut migran di Bukit Kayu Hitam - Sinarharian - 18/06 2:19 pm

ALOR SETAR - Dua anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyendi sini pada Khamis atas pertuduhan mengangkut migran yang diseludup di Bukit Kayu Hitamdekat sini, bulan lepas.Mohd Zulhilmi Aqwa A Rahman, 34, dan Mohamad Johan Iskandar Shah Jeffry Pidin, 26, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad.Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.Mengikut pertuduhan, Mohd Zulhilmi Aqwa didakwa mengangkut dua migran lelaki warga Myanmar yang diseludup iaitu Binajo, 19, dan Antoi, 29, menggunakan kereta jenis Toyota Yaris.Mohamad Johan Iskandar Shah pula dituduh mengangkut seorang migran lelaki warganegara sama yang diseludup iaitu Win Shwe, 61, dengan menggunakan kereta jenis Perodua Bezza.Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Check Point Foxtrot, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kira-kira 7.13 malam, 22 Mei lepas.Mereka didakwa di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nurfatin Mastura Asri tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.Mahkamah kemudian menetapkan 17 Ogos depan untuk sebutan semula kes.Mohd Zulhilmi Aqwa diwakili peguam, Datuk G





AGC terus pacu reformasi undang-undang negara - Sinarharian - 18/06 2:16 pm

SINTOK - Jabatan Peguam Negara (AGC) memainkan peranan strategik dalam memacu reformasi undang-undang dan institusi negara bagi memastikan sistem keadilan Malaysia kekal moden, responsif dan selari dengan keperluan semasa.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, reformasi institusi bukan sekadar agenda pentadbiran, sebaliknya merupakan keperluan penting bagi memastikan prinsip kedaulatan undang-undang terus diperkukuh dalam landskap masyarakat yang semakin kompleks.Menurut beliau, kedaulatan undang-undang bukan konsep statik yang hanya tersimpan dalam sejarah, sebaliknya merupakan kerangka hidup yang perlu sentiasa berkembang seiring dengan perubahan masyarakat."Reformasi institusi ialah enjin yang memastikan kerangka ini terus moden, tersusun dan anjal, sekali gus menjamin neraca keadilan kekal seimbang dalam dunia moden," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Syarahan Perdana CEO@Faculty, UUM bertajuk 'Strengthening the Rule of Law Through Institutional Reform: Malaysias Roadmap for a Modern Justice System' di Kompleks Konvensyen Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Khamis.Mohd Dusuki berkata, antara reformasi institusi paling penting yang sedang dilaksanakan ialah pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.Beliau berkata, langkah itu bertujuan mewujudkan fungsi Pendakwa Raya yang benar-benar bebas dan terpisah daripada peranan Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan.Menurutnya, pemisahan tersebut merupakan pencapaian penting dalam memperkukuh kebebasan pendakwaan dan meningkatkan keyakinan awam terhadap sistem keadilan negara."Reformasi itu juga penting kerana ia memperkukuh prinsip pengasingan kuasa dan memberi keyakinan bahawa keputusan pendakwaan dibuat secara bebas serta berasaskan pertimbangan undang-undang," katanya.Mohd Dusuki berkata, hala tuju negara ke arah sistem keadilan moden turut dapat dilihat melalui beberapa inisiatif perundangan penting, khususnya usaha memodenkan asas perundangan lama negara.Dalam hubungan ini, AGC sedang melaksanakan Kajian Reformasi Undang-Undang Pra-1969 bagi mengenal pasti undang-undang lama yang perlu dipinda, dikemas kini atau dimansuhkan supaya kekal relevan dengan keperluan semasa.Beliau berkata, usaha itu merangkumi semakan dan reformasi undang-undang Malaysia secara sistematik, penyelarasan undang-undang dengan perkembangan semasa serta penyesuaian perundangan dengan keperluan masyarakat moden.Katanya, AGC turut menyumbang kepada penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 [Akta 869] sebagai sebahagian daripada agenda reformasi institusi berkaitan perkhidmatan Parlimen di Malaysia."Akta itu memberi kuasa kepada Parlimen untuk mengurus hal ehwal perjawatan, kewangan dan pentadbirannya secara bebas, termasuk melalui pembentukan kerangka tadbir urus dan pentadbiran yang lebih kukuh bagi menyokong fungsi Parlimen," katanya.Selain itu, Mohd Dusuki berkata, AGC turut memajukan reformasi bagi memperkukuh akses kepada keadilan untuk semua, khususnya melalui penggubalan dan penguatkuasaan Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026 [Akta 878].Menurut beliau, undang-undang baharu itu akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan guaman, khususnya bagi masyarakat luar bandar dan individu yang kurang mengetahui hak undang-undang mereka.Katanya, akta tersebut turut memperkenalkan mekanisme yang membolehkan orang ramai mendapatkan nasihat guaman secara dalam talian tanpa perlu hadir secara fizikal ke pejabat bantuan guaman."Antara reformasi utama yang sedang diberi perhatian ialah Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat, yang telah dipersetujui secara prinsip oleh Jemaah Menteri





PN lucut jawatan Radzi, Azmin: Tindakan ikut kuasa Perlembagaan - Sinarharian - 18/06 2:08 pm

SHAH ALAM - Rombakan beberapa jawatan penting dalam Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai langkah yang sah di sisi Perlembagaan gabungan itu.Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan Pas Selangor, Dr Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, keputusan itu selaras dengan kuasa yang diperuntukkan secara jelas mengikut fasal 8.3(V), 8.3(VI) dan 8.3(VII) Perlembagaan PN.Menurut beliau, kesemua fasal tersebut memperuntukkan jawatan Bendahari Agung, Timbalan Setiausaha Agung dan Ketua Pengarah Pilihan Raya dilantik oleh Pengerusi PN dan dipegang selama mana yang dikehendaki."Dalam kes ini, Pengerusi PN yang melantik Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke jawatan mereka dan beliau juga buat keputusan untuk memberhentikan mereka."Jadi daripada penjelasan di atas, tindakan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar adalah sangat jelas mengikut Perlembagaan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Pada masa sama, beliau turut mengambil perhatian terhadap pengumuman bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat.Tambah Nurul Islam, walaupun agenda mesyuarat belum diumumkan, beliau berpandangan pelbagai isu yang sedang membelenggu gabungan pembangkang itu berkemungkinan akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan."Saya yakin dan percaya perkara-perkara berbangkit akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut."Tahniah Ahmad Samsuri sebab berani buat keputusan dalam pengurusan PN dan saya yakin perjalanan gabungan parti ini akan lebih lancar," ujarnya lagi.Terdahulu, PN mengumumkan Mohd Radzi dihentikan perkhidmatan sebagai ketua pengarah pilihan raya parti itu berkuat kuasa serta-merta dan diganti Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.Bagi jawatan bendahari PN yang dipegang Muhammad Sanusi sebelum ini digantikan oleh Timbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), S Subramaniam dan Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah diberhentikan perkhidmatan.Ahmad Samsuri berkata, penstrukturan semula pentadbiran gabungan itu adalah bertujuan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.





PRN Johor: PH dijangka umum calon Isnin ini - Dr Zaliha - Sinarharian - 18/06 1:35 pm

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor padaIsnin ini, kataPengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, pengumuman itu dijangka dibuat pada majlis yang melibatkan pimpinan tertinggi parti termasuk Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Pengumumancalon ini telah disepakati oleh PH negeridan juga pusat





Permohonan SPRM halang Na'imah urus aset di Jersey didengar 13 Ogos - Sinarharian - 18/06 1:28 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi pada Khamis menetapkan 13 Ogos depan untuk mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghalang Toh Puan Na'imah Abdul Khalid daripada menguruskan aset luar pesisir di Jersey, sebuah wilayah naungan Mahkota British.SPRM selaku pendakwa raya memfailkan permohonan untuk menghalang balu Tun Daim Zainuddin itu atau mana-mana pihak berkaitan dengannya daripada menguruskan aset luar pesisir berjumlah AS$157.5 juta dan GBP85 juta yang terletak di wilayah berkenaan.Hakim Noor Ruwena Md Nurdin menetapkan tarikh tersebut semasa prosiding pengurusan kes yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat dan peguam, Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid mewakili Na'imah.Na'imah dikecualikan kehadiran pada prosiding hari ini.Pada 25 Jun tahun lepas, SPRM memfailkan permohonan itu mendakwa aset berkenaan diperoleh Naimah atau individu yang mempunyai kaitan dengan beliau di Malaysia dan tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) susulan siasatan mengikut Seksyen 113 Akta Cukai Pendapatan dan Seksyen 4(1) AMLATFPUAA.Ia merupakan permohonan ketiga difailkan pihak pendakwaan selepas dua permohonan terdahulu membabitkan aset di United Kingdom dan Singapura.Pada 19 Jun 2025, SPRM memfailkan permohonan untuk menghalang Na'imah, anaknya Muhammed Amir Zainuddin, dua individu, lima syarikat atau mana-mana pihak berkaitan dengannya daripada menguruskan harta yang berada di luar Malaysia iaitu wang pelaburan GBP21 juta dan AS$99 juta di Singapura.Mahkamah Tinggi di sini pada 22 Mei 2026 menolak permohonan pendakwaan untuk mendapatkan perintah larangan terhadap wang pelaburan berkenaan.Sementara itu, bagi kes membabitkan The Ilham Foundation, mahkamah menetapkan 30 Jun ini untuk keputusan permohonan Na'imah bagi membatalkan permohonan SPRM membekukan beberapa bangunan komersial dan kediaman di London, United Kingdom (UK) bernilai GBP132 juta.Pada 22 Mei 2025, Tan Sri Azam Baki, yang ketika itu Ketua Pesuruhjaya SPRM mendedahkan bahawa lapan kertas siasatan dibuka berdasarkan maklumat baharu daripada agensi luar negara berhubung aset milik Daim, keluarganya dan proksi.Azam berkata, maklumat terkini menunjukkan aset terbabit tidak diisytiharkan semasa siasatan SPRM pada 2023





Tukang kebun didakwa bunuh teman lelaki bekas kekasih - Sinarharian - 18/06 12:20 am

BATU GAJAH - Seorang tukang kebun dituduh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh teman lelaki bekas kekasihnya, minggu lalu.Tertuduh Mohammad Farizzal Fazly Mohd Zulkifli, 30, mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd





Jurujual mengaku bersalah tetak penunggang motosikal di lebuh raya - FMT - 18/06 12:06 am

Azmi Jantan didakwa sengaja sebabkan cedera parah guna pisau pemotong daging dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan 11 Jun lalu.





'PN gagal tubuh kerajaan kerana sikap hasad individu' - Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 18/06 12:01 am

SHAH ALAM Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mendakwa kegagalan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berpunca daripada sikap hasad dan ego seorang individu yang enggan memberi laluan kepada calon lain.Bekas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, perkara tersebut didedahkan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang."Alkisah selepas gagal membentuk kerajaan, istana bersedia menerima nama lain daripada PN dan Pas juga bersedia menamakan calon lain, malah Ahli Parlimen Bersatu (asal) turut bersedia."Tetapi orang itu tetap berkeras, hanya aku seorang yang boleh dan layak," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa sikap hasad, angkuh dan keakuan menjadi punca kepada kemelut yang berlaku dalam PN ketika itu.Tanpa menamakan mana-mana individu, beliau mengumpamakan sifat berkenaan sebagai api dalam sekam yang menjadi kanser dan merosakkan organisasi."Alhamdulillah, barah ini kita dah rawat





Jurujual mengaku bersalah tetak penunggang motosikal - Sinarharian - 18/06 11:44 am

SHAH ALAM - Seorang jurujual mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamisatas pertuduhan menetak seorang penunggang menggunakan pisau pemotong daging di Lebuhraya Persekutuan, Selasa lepas.Azmi Jantan, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Fatimah Zahari.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Mohd Fairus Jaafar, 45, menggunakan sebilah pisau pemotong daging yang merupakan senjata boleh menyebabkan kematian.ARTIKEL BERKAITAN:Berang kena hon, lelaki tetak penunggang motosikal dengan pisau pemotong dagingKesalahan itu dilakukan di Kilometer (KM) 14.6 laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan, Seksyen 13di sini pada 8.19 pagi, 11 Jun lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ho Zee Xing menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin, serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan dikurangkan kepada RM5,000 atas alasan mempunyai tanggungan isteri selain hanya bekerja sebagai jurujual.Mahkamah kemudian membenarkan lelaki itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin warganegara serta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.Mahkamah turut menetapkan 8 Julai untuk mengemukakan fakta kes dan menjatuhkan hukuman.Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala dan lengan selepas ditetak dengan pisau pemotong daging oleh seorang lelaki lain di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur berhampiran Seksyen 13.Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerja di ibu negara dipercayai membunyikan hon kepada suspek kerana menghalang laluan sebelum berlaku pertengkaran yang membawa kepada insiden tetakan berkenaan





'Poster boy' bukan jaminan jadi MB - Onn Hafiz - Sinarharian - 18/06 11:13 am

JOHOR BAHRU - Kedudukan sebagai poster boy atau watak utama mewakili kempen sesebuah parti dalam pilihan raya bukanlah jaminan untuk dilantik sebagai Menteri Besar sekiranya berjaya membentuk kerajaan baharu.Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkenan istana, khususnya Sultan Johor Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail amat penting dalam menentukan siapa bakal menerajui kerajaan negeri





'Rakyat berhak tahu siapa calon MB Johor dari PH?' - Onn Hafiz - Sinarharian - 18/06 10:29 am

JOHOR BAHRU Barisan Nasional (BN) Johor mempersoalkan siapakah calon Menteri Besar yang akan ditampilkan Pakatan Harapan (PH) sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sehingga kini PH masih belum mengumumkan calon Menteri Besar mahupun menawarkan pelan yang jelas kepada rakyat Johor menjelang pilihan raya negeri itu.Menurut beliau, rakyat berhak mengetahui siapa yang akan menerajui pentadbiran negeri dan apakah hala tuju yang dibawa PH sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Johor."Mereka bercakap soal perubahan, tetapi rakyat mahu tahu siapa calon Menteri Besar mereka





Senarai calon BN sudah 80 peratus siap - Onn Hafiz - Sinarharian - 18/06 10:18 am

JOHOR BAHRU Barisan Nasional (BN) Johor hampir melengkapkan proses pemilihan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, apabila kira-kira 80 peratus calon telah dikenal pasti dan dimuktamadkan.Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemilihan calon tidak hanya tertumpu kepada faktor umur, sebaliknya berdasarkan kemampuan seseorang untuk berkhidmat kepada rakyat serta diterima pengundi.Menurutnya, gabungan calon yang bakal diketengahkan merangkumi pelbagai latar belakang termasuk calon muda dan berpengalaman serta mewakili pelbagai kaum."Kita akan memilih calon yang paling boleh diterima dan mempunyai peluang kemenangan terbaik di kawasan masing-masing."Ada calon muda, ada calon lama, pelbagai bangsa





Krisis Pas vs Bersatu, masuk fasa perang gerila, kata pensyarah - Wrlr - 18/06 9:10 am

Harapandaily June 18, 2026 Perikatan Nasional (PN) berdepan risiko kehilangan jenamanya sendiri sekiranya konflik antara Pas dan Bersatu gagal diselesaikan, malah tidak mustahil gabungan itu boleh berakhir dengan pembubaran jika pertikaian dibawa ke peringkat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)





PROTON Rentas Sempadan Malaysia-Brunei Menerusi Ekspedisi 10,000 sMILEs - Careta - 18/06 8:03 am

Sepanjang perjalanan, ketiga-tiga model tersebut diuji dalam pelbagai keadaan termasuk pemanduan lebuh raya, kawasan bandar, pemeriksaan sempadan serta trafik berhenti dan bergerak yang lazim dihadapi pengguna setiap hari





Tanah jerlus di Bukit Bayan, Melaka dua lorong ditutup - Careta - 18/06 8:03 am

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka Ir Mohamad Salzeli Moktar berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada paip utama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) berdiameter 600 milimeter yang pecah akibat kerja pemasangan kabel gentian optik menggunakan kaedahHorizontal





PN lucutkan jawatan Azmin, Radzi Jidin berkuat kuasa serta-merta PN .. - Mygazette - 18/06 8:00 am

# PN lucutkan jawatan Azmin, Radzi Jidin berkuat kuasa serta-merta KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) mengumumkan penamatan perkhidmatan Ketua Pengarah Pilihan Raya, Datuk Mohd





Pemandu Proton Aruz tular kemalangan di Jalan Kepong ditahan - Mygazette - 18/06 8:00 am

# Pemandu Proton Aruz tular kemalangan di Jalan Kepong ditahan KUALA LUMPUR Polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun selepas dipercayai memandu secara mencurigakan dan membahayakan pengguna jalan raya di Jalan Kepong, di sini





Siti Khadijah ikuti jejak langkah bapa sebagai tentera - Mygazette - 18/06 8:00 am

# Siti Khadijah ikuti jejak langkah bapa sebagai tentera KLUANG - Hasrat seorang pesara tentera untuk melihat anaknya mengikut jejak langkahnya berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akhirnya menjadi kenyataan apabila Prebat Siti Khadijah Sungip, 24, diterima menyertai perkhidmatan Tentera Darat tahun lalu





PRN Johor: Puad Zarkashi tidak pertahan kerusi DUN Rengit - Mygazette - 18/06 8:00 am

# PRN Johor: Puad Zarkashi tidak pertahan kerusi DUN Rengit JOHOR BAHRU - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengisytiharkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Rengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor





PRN Johor penentu naratif menuju PRU16 – Yuneswaran PRN Johor .. - Mygazette - 18/06 8:00 am

# PRN Johor penentu naratif menuju PRU16 - Yuneswaran KUALA LUMPUR Rakyat Johor kini tidak lagi sekadar menjadi penonton politik sebaliknya mereka bakal menjadi hakim yang menilai calon pilihan raya berdasarkan prestasi, dasar, kemampuan dan integriti





Jika ‘kabilah’ bertembung, yang untung PH -Nasihat Syahir .. - Mygazette - 18/06 8:00 am

# Jika 'kabilah' bertembung, yang untung PH -Nasihat Syahir kepada Bersatu KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin Pas mengingatkan Bersatu agar tidak membuat kesilapan dalam mencatur strategi pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi





Jangan sampai biduk yang menumpang tentukan haluan nakhoda – Sultan .. - Mygazette - 18/06 8:00 am

# Jangan sampai biduk yang menumpang tentukan haluan nakhoda - Sultan Pahang LIPIS - Jangan sampai biduk yang ditumpangkan akhirnya mahu menentukan haluan nakhoda





PRN Johor: Amanah tak setuju kerusi Puteri Wangsa diserahkan kepada PKR - Mygazette - 18/06 8:00 am

# PRN Johor: Amanah tak setuju kerusi Puteri Wangsa diserahkan kepada PKR JOHOR BAHRU - Parti Amanah Negara (Amanah) Johor tidak bersetuju kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa diserahkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang





Kenyataan Muhyiddin Bersatu lawan PAS untungkan PH-BN, kata penganalisis - FMT - 18/06 8:00 am

Azmi Hassan berkata Bersatu berisiko menjadi pihak paling terkesan kerana dilihat bergantung kekuatan jentera pilihan raya PAS.





Insentif saja tak cukup untuk tingkat keselamatan jalan raya, kata pakar - FMT - 18/06 7:30 am

Pakar berkata ganjaran untuk pemanduan berhemah harus disokong penguatkuasaan lebih tegas serta penambahbaikan infrastruktur bagi mengoptimumkan keselamatan jalan raya.



PN lucutkan jawatan Radzi, Azmin - Mkini - 18/06 7:30 am

Muhammad Sanusi menggantikan Radzi Jidin selaku ketua pengarah pilihan raya PN, manakala pemimpin MIPP, S Subramaniam menggantikan Azmin selaku timbalan setiausaha agung PN.





Bersatu di ambang kehancuran, Muhyiddin gagal uruskan konflik dengan Pas - Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 18/06 7:02 am

KUALA LUMPUR Kegagalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menguruskan konflik dalaman dengan Pas akan meletakkan parti itu di ambang kehancuran.Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan Muhyiddin yang berkeras dalam kemelut Perikatan Nasional (PN) ketika ini dilihat merugikan parti dan gabungan itu."Apa yang beliau buat itu benar-benar merugikan Bersatu dan PN."Beliau masih lagi berkeras, bertegang urat dengan Pas dan dengan kami semua seolah-olah beliau masih lagi Pengerusi PN," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Parlimen pembangkang di Pejabat Agung Pas pada Rabu.Wan Ahmad Fayhsal turut meluahkan rasa kecewa terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu yang disifatkan tidak mempunyai pertimbangan rasional dalam menyelesaikan kemelut berkenaan."Apa yang beliau cuba hujahkan semalam dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu itu langsung tidak berasas."Biarlah pimpinan dalam Majlis Tertinggi PN membincangkannya





Musim teater politik sudah bermula - FMT - 18/06 7:00 am

Menjelang musim pilihan raya, ramai ahli politik Malaysia mula beralih daripada tugas mentadbir kepada aksi politik penuh sandiwara





Tiada perbincangan singkirkan Bersatu - Rosol - Sinarharian - 18/06 6:54 am

KUALA LUMPUR Kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Parlimen pembangkang di Pejabat Agung Pas pada Rabu.Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam itu memfokuskan kepada gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan serta kedudukan Ketua Pembangkang."Tidak, isu mengeluarkan Bersatu daripada PN tidak dibincangkan."Kita bincang untuk mengesahkan semula Datuk Seri Hamzah sebagai Ketua Pembangkang





Wawasan ambil alih parti, tiada isu pendaftaran - Hamzah - Sinarharian - 18/06 12:24 am

KUALA LUMPUR - Status pendaftaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) Parti Wawasan Negara (Wawasan) bukan satu isu kerana parti itu hanya melalui proses pertukaran nama.Pengasas Gerakan Reset, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu berikutan pihaknya mengambil alih sebuah parti yang telah berdaftar."Saya ambil alih parti, nama sahaja kita tukar," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Parlimen Pembangkang di Pejabat Agung Pas di sini pada Rabu.Hamzah yang juga Pengasas Wawasan memaklumkan, mesyuarat itu membincangkan persiapan gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan."Maklum sahaja di Johor sudah pun ada ketetapan maka kita nak tentukan bagaimana caranya untuk kita pastikan kemenangan calon-calon kita begitu juga di Negeri Sembilan"Jadi semua perbincangan itu memerlukan rakan-rakan terutama Ahli Parlimen turun membantu calon-calon kita itu kita bincangkan,"katanya.Terdahulu, Hamzah bersama 16 lagi Ahli Parlimen yang mengikuti Gerakan Reset Malaysia antara yang hadir dalam mesyuarat bersama Ahli-Ahli Parlimen PAS yang berlangsung hampir dua jam.





Rombakan Perikatan Nasional: Sanusi kembali ketuai pilihan raya - Harakahdaily - 18/06 12:08 am

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Dato Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan rombakan pentadbiran gabungan itu berkuat kuasa serta-merta sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan





Radzi, Azmin digugurkan daripada jawatan dalam PN - Sinarharian - 18/06 12:03 am

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dihentikan perkhidmatan sebagai ketua pengarah pilihan raya parti itu berkuat kuasa serta-merta.Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jawatan itu kini diganti oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor."Jawatan bendahari PN yang dipegang Muhammad Sanusi digantikan olehTimbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP),S Subramaniam."Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah diberhentikan perkhidmatan, bagi memenuhi kehendak Perlembagaan PN," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Ahmad Samsuri berkata, penstrukturan semula pentadbiran gabungan itu adalah bertujuan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan."Perkara itu berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal 8.3 (V), (VI), dan (VII) Perlembagaan PN."Suatu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh organisasi itu," katanya lagi.





Dulu Tebuk Atap Bersama-Sama, Sekarang Saling Bertebuk Atap Sesama Sendiri - Wrlr - 17/06 9:49 pm

Jason





Lelaki tular pandu SUV rosak secara berbahaya ditahan - Sinarharian - 17/06 8:24 pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan selepas didapati memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang rosak teruk secara berbahaya sehingga mengundang risiko kepada pengguna jalan raya lain di Jalan Kepong.Tindakan individu berusia 26 tahun itu tular di media sosial memaparkan sebuah Perodua Aruz merah yang mengalami kerosakan teruk dipandu di lokasi terbabit.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku pada 6 Jun lalu kira-kira jam 12.30 tengah malam.Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan selepas tayar hadapan kanan dan tayar belakang kiri pecah sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan."Kemalangan itu menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan kenderaan termasuk bumper, bonet, lampu, fender, rim serta tayar hadapan dan belakang."Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, pemandu terbabit bagaimanapun meneruskan perjalanan walaupun kenderaan dipandunya mengalami kerosakan terukKatanya, tindakan pemandu itu bagaimanapun dikesan sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang sedang menjalankan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) di kawasan berkenaan pada jam 1.15 pagi hari sama."Anggota polis mengesan kenderaan itu dipandu dalam keadaan mencurigakan dan membahayakan pengguna jalan raya di Jalan Kepong sebelum berjaya menahannya di hadapan sebuah premis di Jalan Barat, Jinjang Utara."Hasil pemeriksaan mendapati pemandu tidak mempunyai rekod kesalahan atau jenayah lampau," katanya.Mohd Zamzuri berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas lelaki terbabit turut didapati negatif.Beliau berkata, video yang tular di media sosial itu disahkan berkaitan insiden kemalangan sama dan satu laporan polis dibuat pada 8 Jun lalu selepas kenderaan berkenaan berjaya ditahan."Kes disiasat di bawah Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S





Pemimpin PAS yakin penyokong PN pilih parti itu jika lawan Bersatu - FMT - 17/06 7:00 pm

Iskandar Samad berkata PAS sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berdepan Bersatu pada pilihan raya.





Pemimpin PAS yakin penyokong PN pilih parti itu jika lawan Bersatu - Hotfm - 17/06 7:00 pm

Iskandar Samad berkata PAS sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berdepan Bersatu pada pilihan raya.





Tun Faisal persoal dakwaan Pas dipaksa pilih antara dua kem Bersatu - Sinarharian - 17/06 6:39 pm

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan dakwaan Pas kononnya terpaksa membuat pilihan antara dua kem dalam Bersatu sehingga menyebabkan hubungan politik antara kedua-dua parti itu diputuskan.Beliau berkata, kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa Pas seolah-olah dipaksa memilih antara kem dikaitkan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainudin adalah mengelirukan serta tidak bersandarkan fakta sebenar.Kata beliau, persoalan utama yang perlu dijawab ialah siapa sebenarnya yang memaksa Pas membuat pilihan sedemikian."Siapa yang memaksa Pas membuat pilihan? Hamzah, (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi atau (Datuk Seri ) Anwar Ibrahim?"Tidak ada Bersatu kem Hamzah





PRN Johor: Amanah nafi setuju serah Puteri Wangsa kepada PKR - Sinarharian - 17/06 6:18 pm

JOHOR BAHRU Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menegaskan tidak pernah membuat sebarang keputusan atau persetujuan untuk menyerahkan kerusi N41 Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.Naib Pengerusi Amanah Johor, Zuhan Zain berkata, parti itu telah membuat persiapan awal dan menyusun gerak kerja jentera secara menyeluruh untuk mengambil semula serta mempertahankan kerusi berkenaan yang sebelum ini dipinjamkan kepada MUDA pada PRN Johor 2022.Menurut beliau, Amanah Johor mengambil maklum laporan media yang memetik kenyataan berhubung status kerusi tersebut, namun tidak dapat memastikan sama ada berlaku salah tafsir, kekeliruan atau penafsiran yang tidak tepat terhadap kenyataan yang dikeluarkan pihak tertentu."Sehingga hari ini, Amanah Johor masih berpegang kepada semangat persahabatan dan kerjasama dalam Pakatan Harapan (PH)."Sebarang perbezaan pandangan akan ditangani menerusi saluran rundingan dan perbincangan dalaman, bukannya melalui polemik terbuka yang boleh menjejaskan hubungan antara parti-parti komponen," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau turut berharap semua pihak dapat menjaga sentimen setiakawan dalam gabungan dan mengelakkan kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham atau ketegangan yang tidak perlu.Katanya, fokus utama ketika ini adalah memperkukuhkan Pakatan Harapan dan terus menyantuni rakyat.Zuhan berkata, jentera Amanah di Puteri Wangsa kini terus aktif bergerak di lapangan menerusi pelbagai program kemasyarakatan bagi memastikan kehadiran dan peranan parti itu terus dirasai masyarakat setempat.Tegas beliau, DUN Puteri Wangsa kekal sebagai kerusi yang akan dipertahankan oleh Ananah untuk Pakatan Harapan dan sebarang keputusan berkaitan pembahagian kerusi hanya akan diputuskan melalui proses rundingan yang dipersetujui dalam gabungan berkenaan.-e s





Pas minta Bersatu bertenang, jangan tergesa-gesa keluar kenyataan isu PN - Sinarharian - 17/06 5:17 pm

SHAH ALAM Pas menggesa pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya bertenang dan tidak tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini dalam Perikatan Nasional (PN) susulan kemelut yang melanda gabungan parti itu ketika ini.Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, setakat ini tiada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN diadakan seperti yang diperkatakan dan sebarang notis mesyuarat hanya akan dikeluarkan apabila tiba masanya mengikut peraturan ditetapkan.Menurutnya, semua ahli MT termasuk wakil daripada Bersatu akan menerima notis berkenaan apabila proses berkaitan selesai diteliti."Mesyuarat MT PN hari ini? Ramai pemberita bertanyakan hal ini, jawapannya tiada





Label Onn Hafiz sombong, Akmal Saleh 'tegur' PM - Sinarharian - 17/06 5:09 pm

SHAH ALAM Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tampil mempertahankan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa rakyat memilih pemimpin yang tidak sombong.Menurut beliau, kenyataan itu menimbulkan persoalan sama ada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu merujuk kepada Onn Hafiz yang juga Pengerusi UMNO Johor."Saya ada satu persoalan kepada Perdana Menteri





Konflik kepentingan bukti keperluan pisah kuasa AG, Pendakwa Raya - Karen - Sinarharian - 17/06 4:57 pm

SHAH ALAM - Pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dilaksanakan bagi mengelakkan konflik kepentingan yang wujud dalam struktur sedia ada, kata bekas Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah Yee Lynn.Beliau berkata, ketika ini Peguam Negara memegang dua peranan yang berbeza apabila bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan semasa dan pada masa sama mempunyai kuasa penuh untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan prosiding jenayah."Namun pada masa sama, mereka juga memegang kuasa penuh untuk memulakan, menjalankan, atau menghentikan prosiding jenayah," katanya.Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama moderator, Ismail Adnan ketika program Wacana Rakyat Edisi Ke-487 bertajuk "Pisah Kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya: Apa Rakyat Mahu?" anjuran bersama Rasuah Busters dan Sinar Harian di Studio F, Sinar Harian pada Selasa malam.Selain Karen, sesi wacana itu turut menampilkan Pensyarah Sains Politik Universiti Sunway, Prof Dr Wong Chin Huat serta Pengarah Eksekutif Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar.Menurut beliau, konflik kepentingan boleh timbul apabila Peguam Negara perlu membuat keputusan bebas untuk mendakwa individu tertentu atau mengendalikan kes berprofil tinggi tanpa dipengaruhi kuasa eksekutif.Karen berkata, Bar Malaysia telah lama melakukan advokasi berhubung kepentingan memisahkan kedua-dua fungsi berkenaan.Mengulas Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan, beliau berpendapat Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai budi bicara dalam pelantikan Peguam Negara kerana kuasa itu tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri.Katanya, perkara itu selaras dengan Artikel 40(1) yang menetapkan Seri Paduka Baginda perlu menerima nasihat pihak eksekutif dalam urusan berkenaan.





Pemilihan Pendakwa Raya perlu diperluas di luar AGC - Sinarharian - 17/06 4:52 pm

SHAH ALAM - Pemilihan calon Pendakwa Raya tidak seharusnya terhad kepada alumni Jabatan Peguam Negara (AGC) atau bekas Timbalan Pendakwa Raya semata-mata, kata Pensyarah Sains Politik Universiti Sunway, Profesor Dr Wong Chin Huat.Beliau berkata, proses pelantikan perlu diperluaskan kepada pengamal undang-undang luar yang mempunyai pengalaman dan kelayakan setanding."Jika kita mempunyai peguam senior yang kanan dan mempunyai pengalaman mengendalikan kes jenayah selama berdekad-dekad, kita tidak boleh mengandaikan bahawa peguam kanan tersebut kurang berkebolehan berbanding mereka yang berada di Jabatan Peguam Negara," katanya.Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama moderator, Ismail Adnan ketika program Wacana Rakyat Edisi Ke-487 bertajuk "Pisah Kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya: Apa Rakyat Mahu?" anjuran bersama Rasuah Busters dan Sinar Harian di Studio F, Sinar Harian pada Selasa malam.Selain Chin Huat, sesi wacana itu turut menampilkan Pengarah Eksekutif Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar serta bekas Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah Yee Lynn.Menurutnya, beberapa negara mengamalkan penglibatan Parlimen dalam proses pelantikan bagi memastikan wujud elemen akauntabiliti politik dan mengelakkan monopoli kuasa oleh pihak eksekutif.Beliau turut mengingatkan bahawa budaya organisasi dalam AGC tidak akan berubah dalam tempoh singkat walaupun peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dipisahkan.Sehubungan itu katanya, kriteria pelantikan perlu diperincikan melalui satu akta pemberian kuasa (enabling act) seperti Akta Pejabat Pendakwa Raya (Office of Public Prosecutor Act - OPA).Chin Huat berkata, tapisan yang komprehensif melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selain Jawatankuasa Parlimen penting bagi melahirkan institusi pendakwaan yang bebas serta diyakini rakyat.




Reformasi     >>



Krisis Pas vs Bersatu, masuk fasa perang gerila, kata .. - Harapandaily
Perikatan Nasional (PN) berdepan risiko kehilangan jenamanya sendiri sekiranya konflik antara Pas dan Bersatu gagal diselesaikan, malah tidak mustahil gabungan itu boleh berakhir dengan pembubaran jika pertikaian dibawa ke peringkat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Pensyarah Kanan ..
Kroni     >>



Pertumbuhan ekonomi Malaysia utuh, OPR dijangka kekal - Utusan
PETALING JAYA: Pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal utuh untuk mencapai sasaran yang ditetapkan, sekali gus menolak keperluan untuk menyemak semula Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tahun ini. Profesor Ekonomi Sunway University, Dr. Yeah Kim Leng berkata, dalam keadaan pertumbuhan yang relatif ..
Tabloid     >>



Piala Dunia 2026: Portugal, Ronaldo mulakan kempen .. - Kosmo
HOUSTON – Portugal gagal memanfaatkan status sebagai pasukan pilihan apabila sekadar seri 1-1 dengan Congo dalam aksi Kumpulan K saingan Piala Dunia 2026, sekali gus meneruskan rekod negatif mereka dalam perlawanan pertama kejohanan berprestij itu. Ini adalah kali keempat dalam lima edisi ..
Tech     >>



Google Android 17 is official, already available in .. - Technave
Google has officially announced Android 17 , rolling out to Pixel devices first before it hits other eligible devices. The update introduces floating app Bubbles for fast multitasking, the creator-focused Screen Reactions tool, an optimized 50/50 foldable gaming mode with native controller ..
World     >>



Trump to Netanyahu: Use a softer touch on Lebanon - Aljazeera
US President Donald Trump has encouraged Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu to use a softer touch in Lebanon.
Motor Trend     >>



Chery Buka Pusat 3S Baharu di Kulai - Tampil Dengan .. - Careta
Pusat 3S tersebut mempunyai keluasan keseluruhan 734 meter persegi. Apa yang menarik, Chery Kulai merupakan cawangan kedua di Malaysia yang menggunakan konsep reka bentuk bilik pameran Gen 4.0 Chery, selain menjadi yang pertama memperkenalkan konsep tersebut di wilayah selatan. Reka bentuk