| /// |
|
| Search : Pencegahan Rasuah News | Page 1 |
|
Pekarangan mahkamah sesak, ratusan tunggu Ismail Sabri - Mygazette - 27/08 3:28 pm Ismail Sabri dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sekitar 9 pagi ini di hadapan Hakim Suzana Hussin. Beliau dijangka berdepan pertuduhan berkaitan pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 |
|
RCI TH: Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan direman 7 hari RCI TH: .. - Mygazette - 27/08 3:28 pm # RCI TH: Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan direman 7 hari PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan (MOF) direman selama tujuh hari bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalanakan siasatan susulan pendedahan dan dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH |
|
Mahkamah Jalan Duta jadi tumpuan, 3 bekas PM berdepan prosiding berbeza - Mygazette - 27/08 3:28 pm # Mahkamah Jalan Duta jadi tumpuan, 3 bekas PM berdepan prosiding berbeza KUALA LUMPUR - Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini, menjadi tumpuan hari ini apabila tiga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir bagi mengikuti prosiding undang-undang membabitkan kes masing-masing. Ketibaan Ismail Sabri paling mendapat perhatian apabila bekas Perdana Menteri itu hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 |
|
Bekas Menteri pula akan didakwa esok? - Mygazette - 27/08 3:28 pm KUALA LUMPUR - Seorang bekas menteri dijangka didakwa atas pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di sini esok. Menurut sumber, bekas menteri berkenaan dipercayai akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 |
|
PRU-16: Pengundi makin kritikal, sentimen perkauman bukan lagi jaminan .. - Mygazette - 27/08 3:28 pm # PRU-16: Pengundi makin kritikal, sentimen perkauman bukan lagi jaminan kemenangan Penganalisis KUALA LUMPUR Parti politik yang masih bergantung kepada sentimen perkauman dan politik berasaskan ketakutan berdepan cabaran untuk mengekalkan sokongan pengundi yang semakin kritikal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) |
|
Bekas CEO Tabung Haji direman 4 hari lagi - Mygazette - 27/08 3:28 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret di sini membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambung tempoh reman selama empat hari terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) bergelar Tan Sri |
|
Ismail Sabri mengaku tak bersalah gagal isytihar harta, mahu dibicarakan - Mygazette - 27/08 3:28 pm Pertuduhan itu membabitkan wang tunai kira-kira RM14 juta serta mata wang asing terdiri daripada SG$6.1 juta, AS$1.46 juta, CHF3 juta, 12.16 juta, 363 juta, 50,250, NZD44,600, AED34.7 juta dan AUD352,850. Ahli Parlimen Bera itu didakwa memberikan pernyataan bertulis yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bertarikh 7 Januari 2025 |
|
Siapakah Bekas Menteri Bakal Didakwa Kes Rasuah Esok? - Beautifulnara - 27/08 3:26 pm Seorang bekas menteri dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok bagi menghadapi pertuduhan berkaitan rasuah. Difahamkan, bekas menteri berkenaan bakal berdepan pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 |
|
RCI TH: Bekas CEO TH disambung reman empat hari - Kosmo - 27/08 3:26 pm PUTRAJAYA- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) disambung reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan institusi itu. Perintah reman bermula esok sehingga 31 Ogos depan terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi |
|
Bekas Pengerusi TH, bekas KSP masing-masing direman tujuh hari - Utusan - 27/08 3:24 pm PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH) yang juga seorang ahli politik ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan susulan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH. Perintah reman bermula hari ini sehingga 2 September itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, .. |
|
Bekas menteri akan didakwa kes suapan esok - Sinarharian - 27/08 3:19 pm KUALA LUMPUR Seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, dipercayai berhubung kes rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.Perkara itu diberitahu menerusi jemputan media SPRM bahawa, pertuduhan terhadap pemimpin politik berkenaan akan dibuat pada jam 9 pagi.Bagaimanapun, kes berkenaan belum didaftarkan dalam sistem kehakiman mahkamah berkenaan. |
|
RCI Tabung Haji: Bekas Pengerusi TH, bekas KSP direman tujuh hari - Sinarharian - 27/08 3:06 pm PUTRAJAYA- Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan susulan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.Majistret, Ezrene Zakariah menetapkan tempoh tersebut yang berakhir 2 September depan selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.Mereka yang bergari dan memakai baju jingga tiba jam 9.30 pagi Khamis diiringi pegawai penyiasat SPRM bagi permohonan reman di hadapan Majistret.Sementara itu, peguambela, Datuk Abu Bakar Isa Rahmat memaklumkan anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 atas kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kedua-dua tokoh berusia 60-an itu ditahan jam 4 petang, Rabu ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM.Sebelum ini bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH direman tujuh hari sehingga 27 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan pendedahan RCI mengenai TH.Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu sama.SPRM telah menahan dan memanggil tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung RCI itu.Dalam laporan RCI yang didedahkan pada 29 Julai lalu, sebanyak 25 syor utama dikemukakan bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme, dan tadbir urus institusi terbabit.Antara syor utama yang terkandung dalam laporan RCI terbabit ialah melarang ahli politik aktif daripada menduduki Lembaga Pengarah TH bagi mengelakkan campur tangan politik.Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut bertitah supaya siasatan berhubung laporan RCI TH dijalankan sehingga ke lubang cacing. |
|
Siapa bekas menteri didakwa esok? - Kosmo - 27/08 3:03 pm KUALA LUMPUR – Seorang bekas menteri dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini esok atas pertuduhan rasuah. Difahamkan bekas menteri berkenaan dijangka berdepan pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 |
|
SPRM dapat ‘lampu hijau’, bekas menteri diheret ke mahkamah esok - Harapandaily - 27/08 2:32 pm Seorang bekas menteri dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 9 pagi esok atas pertuduhan rasuah. Dia dijangka berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang berkaitan dengan perbuatan meminta, menerima, memberi, menjanjikan atau menawarkan suapan secara rasuah |
|
Bekas menteri didakwa kes rasuah esok - Mkini - 27/08 2:21 pm Menteri itu dipercayai berkhidmat dari 2020 hingga 2022. |
|
SPRM sambung reman bekas CEO Tabung Haji sehingga 30 Ogos - Mypress - 27/08 1:57 pm PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan kebenaran untuk menyambung tempoh reman terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan wang… |
|
Pendakwaan cadangkan Ismail Sabri dijamin setengah juta - Sinarharian - 27/08 12:59 am KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes gagal mengisytiharkan wang tunai RM14.7 juta, jutaan mata wang asing serta lima jongkong emas membabitkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan kepada Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis supaya bekas Perdana Menteri itu diberi ikat jamin sebanyak RM500,000.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan pada mulanya tidak mencadangkan pemimpin UMNO berusia 66 tahun itu diberi ikat jamin kerana kesalahan berkenaan termasuk dalam kes yang tidak boleh diberi jaminan.Menurutnya, Ismail Sabri didakwa di bawah kesalahan yang tidak boleh dijamin mengikut Seksyen 388(1) Kanun Tatacara Jenayah.Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya mahkamah mahu menggunakan budi bicara untuk melepaskan tertuduh dengan jaminan, pihaknya memohon kadar itu ditetapkan pada nilai yang tinggi."Mahkamah perlu mengambil kira amaun wang yang terlibat dalam kes ini sangat tinggi iaitu mencecah jutaan ringgit, tidak termasuk jutaan mata wang asing dan beberapa jongkong emas."Yang Arif, disebabkan kesalahan ini membabitkan seorang tokoh politik berprofil tinggi, jadi kami mencadangkan jaminan ditetapkan pada RM500,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia, termasuk syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya.Pada prosiding itu, Farah Ezlin dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin dan Nurul Qistini Qamarul Abrar.Beliau berkata, jumlah wang yang terbabit dalam pertuduhan itu amat besar dan menunjukkan tertuduh mempunyai kemampuan kewangan lebih daripada mencukupi untuk menyediakan jumlah jaminan berkenaan.Menyentuh syarat tambahan itu, beliau berkata, tertuduh mempunyai jaringan hubungan yang luas di peringkat antarabangsa, sekali gus menunjukkan wujud risiko untuk melarikan diri.Katanya, jika dokumen perjalanan antarabangsa itu tidak diserahkan kepada mahkamah, ia akan menyukarkan usaha pihak pendakwaan untuk menjejaki keberadaannya kelak.Pada Khamis, bekas Naib Presiden UMNO itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin, atas satu pertuduhan tidak mengisytiharkan harta iaitu wang tunai RM14.7 juta, jutaan mata wang asing serta lima jongkong emas, tahun lalu.Mengikut pertuduhan, Ismail Sabri didakwa sengaja memberikan pernyataan bertulis yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bertarikh 7 Januari 2025.Ia membabitkan kesalahan tidak mengisytiharkan harta di Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya pada 7 Februari 2025.Harta itu melibatkan wang tunai RM14,772,150 serta mata wang asing SG$6.1 juta, AS$1.46 juta, CHF3 juta, 12.16 juta, 363 juta, 50,250, NZ$44,600, AE$34.7 juta dan AU$352,850.Ia termasuk lima jongkong emas Petak Suisse Fine Gold seberat satu kilogram setiap satu, selain satu jongkong perak Petak Suisse Fine Silver seberat 100 gram dan satu syiling emas 999 Fine Gold seberat lima gram.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda maksimum RM100,000.Selepas mendengar permohonan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, Suzana membenarkan Ismail Sabri diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin terdiri daripada ahli keluarga.Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan permohonan pendakwaan supaya pasportnya diserahkan kepada mahkamah. |
|
Saya sihat Ismail Sabri - Sinarharian - 27/08 12:39 am KUALA LUMPUR "Saya sihat, peguam telah mengadakan sidang akhbar."Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemui pengamal media di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.Sebelum beredar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 11.43 pagi, Ismail Sabri sempat bertemu dengan penyokong di pekarangan mahkamah."Jumpa di pejabat," katanya ringkas kepada penyokongnya.Lebih 80 penyokong Ismail Sabri berkumpul di mahkamah sejak jam 7 pagi.Mereka yang kebanyakan datang dari Bera, Pahang itu dipercayai untuk memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu yang menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Ismail Sabri tiba Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.32 pagi tadi diiringi ahli keluarganya.Terdahulu, Ismail Sabri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan tidak mengisytiharkan harta iaitu wang tunai RM14.7 juta, jutaan mata wang asing serta lima jongkong emas, tahun laluPemimpin UMNO berusia 66 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Suzana Hussin.Suzana kemudian membenarkan Ismail Sabri diikat jamin dengan wang jaminan berjumlah RM300,000 oleh penjamin terdiri daripada ahli keluarga, bagaimanapun tidak menbenarkan permohonan pendakwaan suoaya pasportnya diserahkan kepada mahkamah. |
|
BACA KRONOLOGI- RCI Tabung Haji: Mudahnya Takiyuddin, Idris Ahmad, Marzuk .. - Wrlr - 27/08 11:13 am Syam Ghaz 1 |
|
Tercipta sejarah hari ini, tiga bekas PM reunion di mahkamah - Wrlr - 27/08 11:00 am Kes membabitkan Mahiddin yang juga bekas Timbalan Presiden Umno sebelum dipecat pada 2016 itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Khas Rasuah, Noor Ruwena Md Nurdin. Pak Long Mail Di Mahkamah Sesyen pula, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 |
|
Pak Long Mail didakwa tak isytihar harta RM14 juta, timbunan mata wang .. - Wrlr - 27/08 10:58 am Faham, tidak mengaku salah dan minta dibicarakan, kata Ahli Parlimen Bera berkenaan ringkas. Mengikut pertuduhan, Ismail Sabri didakwa memberikan satu pernyataan bertulis yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bertarikh 7 Januari 2025 |
|
Ismail Sabri didakwa tidak isytihar RM14.7 juta, jutaan mata wang asing, 5 jongkong emas - Sinarharian - 27/08 9:55 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan tidak mengisytiharkan harta iaitu wang tunai RM14.7 juta, jutaan mata wang asing serta lima jongkong emas, tahun lepas.Pemimpin UMNO berusia 66 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Suzana Hussin."Saya faham, mengaku tidak bersalah, mohon dibicarakan," katanya yang memakai kot berwarna hitam ketika berdiri dalam kandang tertuduh.Ismail Sabri kelihatan tenang sambil disaksikan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, tiga anak mereka termasuk penyanyi Dafi bersama penyokong-penyokongnya.Mengikut pertuduhan, Ismail Sabri didakwa sengaja memberikan pernyataan bertulis yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bertarikh 7 Januari 2025.Notis berkenaan telah dihantar kepadanya oleh seorang pegawai SPRM pada 10 Januari 2025, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta di Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya pada 7 Februari 2025.Harta itu melibatkan wang tunai RM14,772,150, SG$6.1 juta, AS$1.46 juta, CHF3 juta, 12.16 juta, 363 juta, 50,250, NZ$44,600, Dirham Emiriah Arab Bersatu AED34.7 juta dan AU$352,850.Ia termasuk lima jongkong emas Petak Suisse Fine Gold seberat satu kilogram setiap satu, selain satu jongkong perak Petak Suisse Fine Silver seberat 100 gram dan satu syiling emas 999 Fine Gold (lima gram).Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda maksimum RM100,000.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan, Ifa Sirrhu Samsudin dan Nurul Qistini Qamarul Abrar.Ismail Sabri pula diwakili peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad, Datuk Seri Rajan Navaratnam, Ragunath Kesavan, Joshua Tay, Tan Xu Yin, Jason Anthony dan Ashwath Ramakrishnan.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Suzana membenarkan Ismail Sabri diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin terdiri daripada ahli keluarga.Bagaimanapun beliau tidak membenarkan permohonan pendakwaan supaya pasportnya diserahkan kepada mahkamah."Selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati tiada bukti diberi kepada mahkamah, yang menunjukkan tertuduh berisiko untuk melarikan diri," katanya sebelum menetapkan sebutan semula kes pada 29 September depan.Turut hadir dalam prosiding tersebut ialah bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob.Sebelum ini, Ismail Sabri telah dipanggil beberapa kali bagi merakamkan percakapan berhubung pengisytiharan harta yang dibuat kepada SPRM.Dalam siasatan berkenaan, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing selain menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.Rampasan itu dilakukan ketika penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan rumah selamat, susulan siasatan terhadap empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025. |
|
RCI Tabung Haji: Bekas Pengerusi TH, bekas KSP tiba di mahkamah untuk direman - Sinarharian - 27/08 9:46 am PUTRAJAYA- Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) yang ditahan pada Rabu tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi prosedur permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Mereka yang bergari dan memakai baju jingga tiba jam 9.30 pagi Khamis diiringi pegawai penyiasat SPRM bagi permohonan reman di hadapan Majistret.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kedua-dua tokoh berusia 60-an itu ditahan jam 4 petang, Rabu ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM.Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan susulan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.Sebelum ini bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH direman tujuh hari sehingga 27 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan pendedahan RCI mengenai TH.Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu sama.SPRM telah menahan dan memanggil tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung RCI itu.Dalam laporan RCI yang didedahkan pada 29 Julai lalu, sebanyak 25 syor utama dikemukakan bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme, dan tadbir urus institusi terbabit.Antara syor utama yang terkandung dalam laporan RCI terbabit ialah melarang ahli politik aktif daripada menduduki Lembaga Pengarah TH bagi mengelakkan campur tangan politik.Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut bertitah supaya siasatan berhubung laporan RCI TH dijalankan sehingga ke lubang cacing. |
|
Ismail Sabri tiba di Mahkamah Kuala Lumpur untuk hadapi pertuduhan - Sinarharian - 27/08 9:34 am KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis untuk berdepan pertuduhan yang dipercayai berkaitan kesalahan membabitkan pengisytiharan aset.Ismail Sabri berpakaian sut hitam tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada jam 8.30 pagi dan disambut lebih 50 penyokongnya.Ismail Sabri sebelum ini mengalami masalah kesihatan ketika diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kemudian digegaskan ke Institut Jantung Negara (IJN).Beliau mendapatkan rawatan di IJN dan menjalani prosedur berkaitan masalah degupan jantung tidak sekata (arrhythmia).Susulan itu, prosiding pendakwaan terhadapnya yang dijadualkan pada 7 Ogos lalu ditangguhkan.Pendakwaan terhadap Ismail Sabri dipercayai berhubung pengisytiharan harta selepas beliau beberapa kali dipanggil bagi sesi rakaman percakapan mengenai perisytiharan harta yang dibuat kepada SPRM.SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadapnya.Rampasan itu dilakukan ketika penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan rumah selamat, hasil siasatan terhadap empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025. |
|
Najib, Muhyiddin, Ismail Sabri: Tiga bekas PM di mahkamah hari ini - Sinarharian - 27/08 8:57 am KUALA LUMPUR - Tiga bekas Perdana Menteri hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini serentak pada Khamis, masing-masing bagi menghadapi prosiding undang-undang berbeza.Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi tumpuan apabila ketiga-tiganya dijadualkan berada di mahkamah pada hari yang sama.Najib terlebih dahulu akan meneruskan prosiding saman sivil berbilion ringgit yang difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya serta beberapa defendan lain di Mahkamah Tinggi.Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Redzuan Idrus itu dijangka menyentuh keterangan berkaitan transaksi serta keputusan yang menjadi antara perkara utama dalam tuntutan berkenaan.Dalam prosiding berasingan, Muhyiddin pula akan meneruskan perbicaraan berkaitan tujuh pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan program Jana Wibawa.Presiden Bersatu itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti berkenaan, selain tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM200 juta.Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Ruwena Md Nurdin.Sementara itu, perhatian turut terarah kepada Ismail Sabri yang dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan berkaitan pengisytiharan aset.Ahli Parlimen Bera berusia 66 tahun itu dijangka berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, berhubung dakwaan gagal mengisytiharkan aset seperti yang dikehendaki agensi antirasuah.Prosiding terhadap Ismail Sabri sebelum ini ditangguhkan susulan masalah kesihatan yang dialaminya selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan menjalani prosedur pemasangan perentak jantung.Kes itu mendapat perhatian selepas SPRM mendedahkan penyitaan RM170 juta wang tunai dalam pelbagai mata wang serta 16 kilogram jongkong emas yang dianggarkan bernilai RM7 juta.Rampasan berkenaan dibuat sebagai sebahagian daripada siasatan yang turut membabitkan beberapa bekas pegawai kanan Ismail Sabri. |
|
Ismail Sabri akan didakwa pagi ini - Hmetro - 27/08 8:48 am Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, pagi ini bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 |
|
178 CCTV dipasang di kawasan PBT seluruh Negeri Sembilan - Careta - 27/08 8:02 am Beliau berkata, sejumlah 67 unit CCTV akan ditambah dalam masa terdekat di beberapa lokasi terpilih di PBT negeri itu |
|
Azeez, Irwan ditahan SPRM, direman esok Azeez, Irwan ditahan SPRM, direman .. - Mygazette - 27/08 7:58 am KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dan mereka dijangka direman esok |
|
Jangan sesekali bela kaki rasuah dan pengkhianat, dahulu masa berkuasa Pas buat apa isu RCI TH - Harapandaily - 27/08 7:01 am Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) tidak sepatutnya dipersoalkan dari sudut politik kerana proses penubuhan suruhanjaya itu sendiri bermula ketika beberapa pemimpin yang kini mengkritiknya masih berada dalam kerajaan |
|
Lepas bekas CEO, kini bekas Pengerusi Tabung Haji pula ditahan SPRM - Harapandaily - 26/08 10:19 pm Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini menahan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang juga ahli politik |
|
Ismail Sabri akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Hmetro - 26/08 8:54 pm Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 |
|
Azeez dan Irwan ditahan SPRM petang tadi, akan direman Khamis - Mypress - 26/08 8:16 pm PUTRAJAYA Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah… |
|
Cuaca panas, jerebu: KPM arah henti aktiviti luar jika IPU melebihi 100 - Sinarharian - 26/08 7:30 pm SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta semua institusi pendidikan di bawah naungannya menghentikan serta-merta sebarang aktiviti di luar bilik darjah di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.Arahan itu termasuk aktiviti keramaian dan sukan di luar bangunan berikutan situasi jerebu serta cuaca panas di luar jangkaan yang sedang melanda negara ketika ini, dengan beberapa lokasi menunjukkan bacaan IPU pada paras tidak sihat.Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, KPM sentiasa memantau dan menitikberatkan kebajikan, kesihatan serta keselamatan murid dalam menghadapi fenomena berkenaan."Bagi kawasan yang bacaan IPU melebihi 200, semua sekolah yang berada dalam kawasan atau daerah berkenaan hendaklah ditutup dengan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mengulas penganjuran acara sukan yang sedang berlangsung di peringkat Majlis Sukan Sekolah (MSSM) dan Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Mohd Azam berkata, penyesuaian akan dilakukan demi keselamatan peserta."Lokasi pertandingan bagi acara terbabit akan diselaraskan semula ke kawasan lebih selamat atau dijalankan secara tertutup di dalam bangunan sekiranya perlu, berdasarkan bacaan IPU semasa," katanya.Dalam pada itu, KPM menggariskan beberapa langkah pencegahan bagi memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid sentiasa terpelihara.Antaranya, semua aktiviti luar bilik darjah hendaklah ditangguhkan jika cuaca terlalu panas dan berjerebu, manakala aktiviti luar perlu dihentikan serta-merta sekiranya bacaan IPU melebihi 100."Sekolah juga wajib ditutup serta-merta sekiranya bacaan IPU di kawasan atau daerah melebihi 200," katanya.KPM turut meminta pihak sekolah memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada cuaca panas supaya kesihatan mereka tidak terjejas.Pada masa sama, institusi pendidikan perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi, menggalakkan murid membawa air sendiri serta membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain."Murid juga dinasihati dan digalakkan minum air dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan."Selain itu, institusi pendidikan diminta sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi akibat jerebu dan cuaca panas," katanya.KPM turut menasihati semua institusi pendidikan di bawah naungannya supaya sentiasa peka dan memantau status terkini bacaan IPU menerusi laman sesawang Jabatan Alam Sekitar dari semasa ke semasa."Institusi pendidikan juga diminta sentiasa merujuk dua dokumen rujukan utama, iaitu Surat Siaran KPM Bilangan 5 Tahun 2016: Persediaan Sekolah Berhubung Penjagaan Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Murid Semasa Menghadapi Cuaca Panas dan Kering Berpanjangan, bertarikh 26 April 2016."Dokumen kedua ialah Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2019: Langkah-langkah KPM bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid di Sekolah yang Berada Dalam Kawasan Jerebu yang Dianggap Kritikal, bertarikh 15 Januari 2019," katanya.Mohd Azam menegaskan, KPM akan memastikan aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga pendidikan sentiasa diberikan keutamaan dari semasa ke semasa. |
|
Dua termasuk bekas Pengerusi Tabung Haji ditahan SPRM - Hmetro - 26/08 7:13 pm Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Pengerusi Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi membantu siasatan susulan isu dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH |
|
RCI Tabung Haji: Bekas Pengerusi TH, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan ditahan - Sinarharian - 26/08 7:10 pm PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan ditahan pada Rabu bagi membantu siasatan susulan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.Memetik TikTok rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kedua-dua lelaki berusia lingkungan 60-an tersebut ditahan kira-kira jam 4 petang ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya."Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman esok," katanya.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH direman tujuh hari sehingga 27 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan pendedahan RCI mengenai TH.Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu sama.Laporan RCI mengenai TH yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu merekodkan pelbagai kelemahan berkaitan pengurusan dan tadbir urus institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta mengemukakan 25 syor penambahbaikan. |
|
Kes Jana Wibawa: Pengarah Syarikat KCJ Engineering sumbang RM4.8 juta kepada Bersatu - Sinarharian - 26/08 5:04 pm Alhamdulillah dengan pertolongan Tan Sri (Muhyiddin), industri bangkit semula. Sebab itu saya akur dan memberi sumbangan kepada Bersatu," kata saksi itu.Azman berkata, beliau tidak pernah memberikan sumbangan kepada parti politik lain selain Bersatu, serta berterima kasih kepada Muhyiddin kerana membantu kontraktor Bumiputera mendapatkan projek meskipun ketika itu negara dilanda pandemik Covid-19.Muhyiddin, 79, yang ketika kejadian ialah Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM225.3 juta bagi parti itu daripada empat syarikat, iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan KCJ Engineering Sdn Bhd serta Datuk Seri Azman Yusoff, berkaitan Projek Jana Wibawa.Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, yang dimasukkan ke akaun AmBank dan CIMB Bank milik Bersatu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.Bagi pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Perbicaraan kes di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin bersambung esok |
|
Sultan Pahang nasihat rakyat pakai pelitup muka, jaga kesihatan susulan .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Sultan Pahang nasihat rakyat pakai pelitup muka, jaga kesihatan susulan jerebu KUANTAN Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan seluruh rakyat supaya sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu yang dilaporkan semakin buruk di beberapa kawasan, khususnya di Kuala Lumpur |
|
Gulam Mustakim persoal kepercayaan kerajaan terhadap agensi audit negara - Mygazette - 26/08 4:53 pm Beliau turut membangkitkan kebimbangan sekiranya corak sedemikian berterusan sehingga keputusan serta dapatan institusi awam hanya dipersoalkan apabila tidak selari dengan kepentingan politik tertentu. Menurutnya, ia boleh memberi kesan kepada keyakinan terhadap institusi seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Bank Negara Malaysia (BNM) serta kementerian dan agensi kerajaan |
|
Pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk dibebas dengan jaminan RM10,000 - Mygazette - 26/08 4:53 pm Lelaki berusia 53 tahun itu dibebaskan kira-kira jam 1 petang hari ini dengan seorang penjamin serta aku janji lisan. Peguamnya, Shamsher Singh Thind berkata, anak guamnya memberikan kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan dijalankan |
|
Ismail Sabri sah didakwa esok - Mygazette - 26/08 4:53 pm Ismail Sabri sebelum ini sepatutnya didakwa pada 7 Ogos lalu, namun prosiding itu ditangguhkan selepas beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan. Pada hari berkenaan, beliau hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses pendakwaan, namun mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke IJN |
|
PAC, RCI baharu TH hanya taktik lengahkan tindakan undang-undang – .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula memberi cadangan agar RCI 2.0 dilakukan, padahal BN dan PN terlibat ketika RCI itu ditubuhkan, katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini. Beliau berkata, tumpuan sepatutnya diberikan kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), bukannya mewujudkan mekanisme baharu yang boleh menyebabkan isu berkenaan kembali berlarutan |
|
Ismail Sabri bakal didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Sinarharian - 26/08 3:47 pm KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esokdi bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.Peguam, Datuk Amer Hamzah Arshadyang mewakili Ismail Sabri, 66, ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkananak guamnya akan hadir ke mahkamah esok.Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes terhadap Ismail Sabri akan disebut di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.Ahli Parlimen Bera itu akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 berhubung pengisytiharan harta.Ismail Sabri sepatutnyadidakwa di mahkamah pada 7 Ogos, namun prosiding ditangguhkan ke 27 Ogos selepas beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah kesihatan.Suzana menangguhkan pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan ke tarikh berkenaan (27 Ogos) selepas Amer Hamzah memohon penangguhan berikutan Ismail Sabri mengalami kemungkinan degupan jantung tidak sekata (possible arrhythmia) dan dijadualkan menjalani prosedur pemasangan perentak jantung (pacemaker procedure).Amer Hamzah berkata, anak guamnya mengalami masalah jantung ketika rakaman percakapan dengan SPRM pada 6 Ogos lepas.Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai pengisytiharan harta yang dibuatnya kepada SPRM.SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen dianggarkan bernilai RM7 juta berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabatdipercayai dijadikan 'rumah selamat' hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025 |
|
Kes jual tanah rugi RM1.96 juta: Pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan RM10,000 - Sinarharian - 26/08 3:18 pm GEORGE TOWN Pengerusi sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan RM10,000 selepas selesai menjalani tempoh reman berhubung siasatan dakwaan salah guna kuasa membabitkan urusan tanah milik agensi kerajaan.Lelaki berusia 53 tahun itu dibebaskan kira-kira jam 1 petang Rabu selepas melengkapkan tempoh lanjutan reman selama seminggu yang diberikan Mahkamah Majistret di sini.Beliau dibebaskan dengan seorang penjamin selain memberikan jaminan secara lisan.Peguam, Dr Shamsher Singh Thind berkata, anak guamnya memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan dijalankan."Anak guam saya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai penyiasat dan tidak menyembunyikan apa-apa maklumat."Beliau bersedia membantu siasatan sekiranya diperlukan," katanya ketika dihubungi.Pada Isnin, Majistret Nurhanisah S H Sahul Hamid membenarkan lanjutan reman selama tiga hari terhadap lelaki berkenaan dan seorang lagi lelaki bergelar Datuk berusia 40-an yang juga seorang pemaju.SPRM sebelum itu memohon lanjutan reman selama empat hari namun mahkamah membenarkan tiga hari dan kedua-duanya dijangka dibebaskan hari ini.Kedua-dua suspek sebelum itu direman selama empat hari bermula Jumaat lalu.Sementara itu, tiga lagi individu yang sebelum ini direman termasuk adik lelaki pengerusi terbabit, adik iparnya dan seorang lagi pemaju telah dibebaskan dengan jaminan.Siasatan SPRM itu dipercayai berkaitan dakwaan salah guna kedudukan membabitkan urusan penjualan tanah di Seberang Perai Selatan pada 2015.Menurut Shamsher sebelum ini, permohonan reman dibuat susulan kebimbangan anak guamnya boleh mengganggu saksi serta dokumen berkaitan siasatan."Alasan reman adalah perkara biasa kerana beliau pengerusi dan mereka tidak mahu beliau mengganggu saksi lain, selain terdapat banyak dokumen yang perlu diteliti," katanya selepas prosiding pada Isnin.Sebelum ini, SPRM menahan lima individu termasuk pengerusi agensi kerajaan berkenaan yang disyaki menyalahgunakan kedudukan ketika menjadi Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah untuk meluluskan penjualan tanah kepada sebuah syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sekutunya.Urus niaga berkenaan dipercayai dilakukan pada harga lebih rendah berbanding nilai pasaran sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM1.96 juta.Empat lagi individu yang ditahan sebelum ini terdiri daripada seorang lagi pengarah syarikat, pengurus teknikal dan seorang kerani wanita.Kesemua mereka ditahan secara berperingkat di pejabat SPRM Pulau Pinang sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk permohonan reman.Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. |
|
'Ismail Sabri makin sihat, Insya-ALLAH hadir mahkamah esok' - Peguam - Sinarharian - 26/08 2:35 pm KUALA LUMPUR Selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), prosiding pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan diteruskan di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.Peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili pemimpin UMNO berusia 66 tahun itu ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan anak guamnya kini berada dalam keadaan baik."Datuk Seri Ismail Sabri semakin sihat dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di IJN baru-baru ini."Insya-ALLAH, beliau dijangka hadir ke mahkamah sebelum jam 9 pagi esok," katanya.Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibacakan di hadapan Hakim, Suzana Hussin mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai berkaitan pengisytiharan harta.Sebelum ini, Ismail Sabri telah dipanggil beberapa kali bagi merakamkan percakapan berhubung pengisytiharan harta yang dibuatnya kepada SPRM.Dalam siasatan berkenaan, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing selain menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.Rampasan itu dilakukan ketika penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan rumah selamat, susulan siasatan terhadap empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.Pada 7 Ogos lalu, Ismail Sabri selamat menjalani prosedur pemasangan perentak jantung tanpa wayar bagi merawat masalah degupan jantung tidak normal di IJN.Susulan rawatan berkenaan, prosiding pendakwaan yang sepatutnya berlangsung tiga minggu lalu ditangguhkan ke 27 Ogos. |
|
Jurutera UniSZA didakwa perdaya lima kontraktor - Sinarharian - 26/08 2:05 pm KUALA TERENGGANU Seorang jurutera awam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas lima pertuduhan memperdayakan lima kontraktor membabitkan jumlah keseluruhan RM18,198, sekitar tahun 2023 hingga 2024.Tertuduh, Mohd Nizam Mohd, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdayakan lima kontraktor dengan mendorong mereka menyerahkan sejumlah wang bagi tujuan pembelian peralatan, bayaran perkhidmatan serta sumbangan program atau kelab UniSZA.Bagaimanapun, tertuduh didakwa mengetahui bahawa wang itu bukan digunakan bagi tujuan berkenaan, sebaliknya secara tidak jujur mendorong kesemua mangsa memindahkan wang berjumlah RM18,198 ke dalam akaun bank milik isterinya.Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.Selain itu, mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport, melaporkan diri di Pejabat SPRM Terengganu tidak lewat daripada 5 hari bulan setiap bulan, serta dilarang berkomunikasi dengan mana-mana saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amalina Najwa Mohd Ali bersama Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Raihan Mohd Yusof dan Fatiha Abdul Shatar, manakala tertuduh diwakili peguam Wan Shahrizal Wan Ladin daripada firma Wan Shahrizal, Hari & Co. |
|
Pempengaruh agama tak mengaku seleweng duit NGO lebih RM15 juta - Sinarharian - 26/08 1:36 pm SEREMBAN - Pendakwah yang juga pempengaruh agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas 34 pertuduhan pertuduhan pecah amanah wang milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM15.4 juta.Tertuduh, Abdullah Abdol Razak, 40, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin M Kunasundary selepas kesemua kertas pertuduhan dibacakan yang mengambil masa lebih satu jam.ARTIKEL BERKAITAN:Pendakwah bebas terkenal tiba di mahkamah untuk pertuduhan seleweng dana NGO RM13 jutaMengikut 34 pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, tertuduh sebagai seorang ejen iaitu Pengerusi Pertubuhan Rezeki Infaq Malaysia (PRIM) yang diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta berupa wang dana PRIM berjumlah keseluruhan RM13,847,535.89 didakwa telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap harta berkenaan.Tertuduh didakwa secara tidak jujur melepaskan harta itu dengan melanggar Fasal 10 Perlembagaan PRIM yang menetapkan cara bagaimana amanah berkenaan perlu disempurnakan.Ia didakwa dilakukan dengan cara meluluskan pembayaran wang tersebut ke beberapa akaun bank termasuk akaun bank miliknya sendiri tanpa kebenaran Mesyuarat Agung PRIM.Kesalahan terbabit dilakukan antara 28 Februari 2023 hingga 31 Mac 2026 di sebuah bank di daerah ini.Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574).Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun, sebatan dan boleh juga dikenakan denda.Tertuduh turut berdepan 17 pertuduhan pengubahan wang haram yang mana tertuduh didakwa telah memindahkan hasil daripada aktiviti haram iaitu wang keseluruhan berjumlah RM1.56 juta daripada beberapa bank termasuk miliknya ke beberapa akaun bagi tujuan pembayaran pembelian emas.Kesalahan berkenaan dilakukan pada 18 mei 2024 hingga 24 Februari 2026 di lokasi sama.Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.Sabit kesalahan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun, boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib memaklumkan kes tersebut tidak boleh dijamin, namun beliau mencadangkan mahkamah mengenakan jaminan RM1 juta sekiranya diberikan.Beliau turut menetapkan yang penjamin tersebut terdiri daripada dua warganegara yang bukan daripada ahli keluarga dengan beberapa syarat tambahan.Peguam, Azrul Zulkifli Stork dalam rayuannya memaklumkan anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai 11 anak berusia empat hingga 15 tahun.Katanya, tertuduh juga pemilik sebuah restoran dan pempengaruh dengan pendapatan tidak menentu, bergantung kepada penyiaran.Tambahnya, jumlah jaminan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan adalah tinggi memandangkan kesemua akaun bank tertuduh telah dibekukan.Justeru beliau merayu jumlah jaminan RM700,000 dipertimbangkan iaitu RM350,000 jaminan bercagar dan selebihnya tidak bercagar.Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM700,000 dengan dua penjamin warganegara berusia lebih 21 tahun yang mana RM400,000 jaminan bercagar manakala RM300,000 tidak bercagar.Sekiranya tertuduh tidak mematuhi syarat-syarat ditetapkan, jaminan bercagar RM300,000 itu tidak akan dikembalikan selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak menganggu mana-mana saksi pendakwaan secara sendiri atau melalui pihak ketiga.Selain itu, Setiausaha NGO terbabit iaitu Noor Sahira Abdullah, 30 didakwa bersubahat dengan Abdullah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta PRIM berjumlah keseluruhan RM13,847,535.89 dengan sengaja membantu beliau membuat pemindahan wang tersebut secara perbankan atas talian ke beberapa akaun bank tanpa kebenaran Mesyuarat Agung PRIM.Tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas perbuatan itu yang dilakukan dari 24 April 2023 hingga 28 Mac 2026.Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan [Akta 574] dibaca bersama seksyen 409 Kanun yang sama.Sabit kesalahan, boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun, sebat dan denda.Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil menawarkan jaminan RM250,000 dengan dua penjamin warganegara dengan beberapa syarat tambahan.Azrul Zulkifli dalam rayuannya berkata, tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia lima bulan selain perlu menanggung ibu bapa yang tidak sihat.Beliau memohon jaminan dikurangkan kepada RM150,000 dengan dua penjamin.Mahkamah menetapkan jaminan RM200,000 dengan dua penjamin tempatan berusia lebih 21 tahun dengan syarat tambahan seperti mana ditetapkan kepada Abdullah.Sebutan semula kes 28 September depan. |
|
Kes samun dua kedai emas masih dalam siasatan - Polis - Sinarharian - 26/08 12:33 am KUANTAN Polis masih menjalankan siasatan berhubung dua kes samun kedai emas di Genting Highlands dan Taman Pandan Damai di sini membabitkan kerugian dianggarkan hampir RM2 juta baru-baru ini.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, siasatan ketika ini memberi tumpuan kepada rakaman percakapan serta keterangan saksi yang berada di lokasi kejadianMenurutnya, kes masih dalam siasatan dan pihaknya tidak boleh mendedahkan maklumat-maklumat terbaharu yang diperoleh."Setakat ini tiada mana-mana pihak tampil menyalurkan maklumat baharu kepada polis berkaitan kejadian terbabit," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pencegahan Jenayah sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pahang 2026 di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) di sini pada Rabu.Sebelum ini Pahang digemparkan dengan dua kes samun kedai emas dalam tempoh empat hari melibatkan kerugian hampir RM2 juta.Kes samun di Genting Highlands berlaku pada 17 Ogos lalu melibatkan tiga lelaki melarikan 81 barang kemas seberat kira-kira 2.5 kilogram bernilai lebih RM1.7 jutaSementara itu, pada 21 Ogos lalu, empat lelaki bersenjata menyamun barang kemas dianggarkan bernilai RM500,000 dari sebuah kedai emas di Taman Pandan Damai di sini.Sebelum ini, polis memaklumkan siasatan awal mendapati kedua-dua kejadian terbabit tidak mempunyai kaitan dan melibatkan suspek berbeza.Polis turut meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan kedai emas sebagai langkah pencegahan susulan kedua-dua kejadian berkenaan.Azry sebelum ini memaklumkan polis masih memburu suspek bagi kedua-dua kes tersebut. |
|
Perbezaan RM4.8 bilion, kerajaan perlu jawab kedudukan sebenar TH INTRAS - Sinarharian - 26/08 12:28 am PUTRAJAYA Kerajaan perlu memberi penjelasan menyeluruh berhubung perbezaan kira-kira RM4.8 bilion antara keuntungan RM3.4 bilion dan kerugian sekitar RM1.4 bilion yang dikaitkan dengan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2017.Presiden Pertubuhan Integriti dan Antirasuah Malaysia (INTRAS), Datuk Mohamad Fauzi Husin berkata, persoalan berhubung perbezaan angka berkenaan tidak seharusnya berakhir dengan penjelasan bahawa ia berpunca daripada perbezaan metodologi, mandat, objektif dan skop antara laporan audit.Menurutnya, rakyat berhak mengetahui kedudukan kewangan sebenar TH pada ketika keputusan berkaitan hibah dibuat, termasuk maklumat yang diketahui pihak pengurusan, lembaga pengarah dan kerajaan ketika itu."Apabila dua laporan mengenai kedudukan kewangan sebuah institusi awam yang sangat penting menghasilkan angka yang amat berbeza, rakyat berhak bertanya."Perbezaan angka itu tidak semestinya bermaksud seseorang telah menipu atau bahawa satu laporan itu sengaja direka. Namun, ia melahirkan persoalan lebih besar mengenai bagaimana kaedah dan piawaian yang berbeza boleh menghasilkan gambaran kedudukan kewangan yang begitu jauh berbeza," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tegas Mohamad Fauzi, persoalan lebih penting ialah bagaimana gambaran kewangan sebenar diketahui pihak berkaitan ketika keputusan kewangan dibuat dan sama ada keputusan tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang lengkap.Beliau berkata, kerajaan juga perlu menjelaskan pihak yang bertanggungjawab menentukan kaedah perakaunan yang digunakan ketika itu serta tindakan susulan terhadap sebarang kelemahan tadbir urus yang dikenal pasti."Apakah kedudukan kewangan sebenar TH pada akhir 2017? Mengapa penyata kewangan menunjukkan keuntungan RM3.4 bilion sedangkan penilaian berdasarkan MFRS menunjukkan kerugian sekitar RM1.4 bilion?"Siapakah yang bertanggungjawab menentukan kaedah perakaunan yang digunakan ketika itu dan apakah maklumat mengenai kedudukan kewangan sebenar yang diketahui oleh pihak pengurusan, lembaga pengarah dan kerajaan ketika keputusan berkaitan hibah dibuat?" katanya.Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang didedahkan kerajaan pada 29 Julai lalu mendapati, sekiranya piawaian Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) digunakan sepenuhnya, TH sepatutnya merekodkan kerugian bersih sekitar RM1.4 bilion bagi 2017, bukannya keuntungan RM3.4 bilion seperti yang dilaporkan ketika itu.RCI turut menyentuh kegagalan membuat rosot nilai terhadap beberapa pelaburan, isu berkaitan nilai saksama pelaburan hartanah serta pengiktirafan pendapatan tertentu, selain mendapati hibah bagi 2017 diagihkan tanpa mengambil kira sepenuhnya kesan rosot nilai dan penurunan nilai pelaburan.Laporan itu juga menyatakan wujud defisit antara aset dan liabiliti TH sejak 2014, menunjukkan persoalan berkenaan bukan semata-mata membabitkan satu tahun kewangan.Mengulas lanjut, Mohamad Fauzi yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, perbezaan kira-kira RM4.8 bilion antara keuntungan dan kerugian berkenaan bukan angka kecil yang boleh dianggap sebagai perbezaan statistik dalam laporan kewangan.Sebaliknya, ujar beliau, ia menyentuh persoalan bagaimana kedudukan kewangan sebuah institusi yang mengurus wang simpanan rakyat digambarkan kepada pihak berkepentingan dan masyarakat."Apatah lagi TH bukan syarikat biasa |
|
Ayob Khan Tegas, Rasuah Boleh Dihapus Kalau Pemimpin Berani Bertindak - Ohmedia - 26/08 12:17 am Ayob Khan percaya rasuah boleh dibanteras jika pemimpin mempunyai keberanian dan iltizam politik untuk bertindak tegas |
|
Pendakwah bebas terkenal tiba di mahkamah untuk pertuduhan seleweng dana NGO RM13 juta - Sinarharian - 26/08 9:02 am SEREMBAN - Pendakwah bebas yang juga pempengaruh agama terkenal tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu untuk berdepan pertuduhan menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernilai hampir RM13 juta.Selain pendakwah berusia 30-an yang juga pengerusi NGO berkenaan, seorang wanita yang juga setiausaha pertubuhan itu turut berdepan pertuduhan.Mereka tiba di mahkamah sekitar jam 8.30 pagi bersama peguam.Media sebelum ini melaporkan pendakwah bebas terbabit yang turut dikenali sebagai pempengaruh agama di media sosial, terutama TikTok ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Negeri Sembilan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana NGO terbabit.Individu berkenaan dipercayai menyalahgunakan kedudukannya dan bersubahat dengan ahli jawatankuasa lain dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun bank miliknya serta lapan akaun syarikat yang turut dimilikinya.Siasatan SPRM sebelum ini dijalankan bagi mengenal pasti aliran dana terbabit serta kemungkinan wujud salah guna kuasa dalam pengurusan kewangan NGO berkenaan. |
|
Pempengaruh agama di TikTok didakwa hari ini berkait seleweng dana NGO hampir RM13 juta - Harapandaily - 26/08 8:11 am Pendakwah bebas berusia 30-an itu, yang juga pengerusi NGO berkenaan, dijangka didakwa bersama seorang wanita yang merupakan setiausaha pertubuhan tersebut. Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.. |
|
Iltizam politik, keberanian kunci banteras rasuah, kata Ayob Khan - FMT - 26/08 8:00 am Bekas timbalan KPN itu berkata mereka yang berkuasa mempunyai kewibawaan untuk membawa perubahan jika berani bertindak. |
|
Pengerusi NGO, isteri bakal didakwa seleweng dana hampir RM13 juta - Sinarharian - 25/08 7:21 pm KUALA LUMPUR - Seorang pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama isterinya dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu berhubung kes penyelewengan dana pertubuhan itu bernilai hampir RM13 juta.Beliau yang juga merupakan pempengaruh agama terkenal itu dipercayai akan didakwa bersama isterinya yang berkhidmat sebagai setiausaha NGO berkenaan.Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan, kedua-duanya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada jam 9 pagi."Individu itu dan isterinya akan dituduh esok berhubung satu kes yang dibuka SPRM beberapa bulan lalu," katanya.Media sebelum ini melaporkan, pendakwah bebas berusia 30-an itu ditahan SPRM Negeri Sembilan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana NGO terbabit.Individu berkenaan dipercayai menyalahgunakan kedudukandan bersubahat dengan ahli jawatankuasa lain dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun bank miliknya serta lapan akaun syarikat yang turut dimilikinya. |
|
Isu Tabung Haji: Ahli Bersatu mohon maaf kepada Hamzah selepas terima LOD - Sinarharian - 25/08 7:10 pm SHAH ALAM - Ahli Bersatu Masjid Tanah, Mohd Rodzi Mat Rejab (pemilik akaun Facebook Chey Rodzi) membuat permohonan maaf kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung kenyataan fitnah berkaitan Tabung Haji.Kenyataan permohonan maaf itu dikongsi Hamzah menerusi hantaran Facebook miliknya pada Selasa.Mohd Rodzi dalam kenyataan itu memaklumkan beliau menerima surat tuntutan (LOD) dua muka surat dan sembilan perenggan daripada Tetuan Siddiq Azani & Co pada 12.50 pagi, 25 Ogos.Melalui LOD tersebut, Mohd Rodzi diminta untuk memadam posting berkenaan serta membuat permohonan maaf atas kenyataan yang telah disiarkan.Mohd Rodzi turut mengakui bahawa posting yang dipadam sebelum ini dibuat berdasarkan maklumat tanpa mendapatkan pengesahan yang sewajarnya.Menurutnya, beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas kenyataan yang ditulis dan tidak berniat untuk menjatuhkan maruah, nama baik atau kredibiliti sesiapa."Posting yang telah saya padam sebelum ini yang mengandungi kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah dan salah faham terhadap beliau."Untuk penjelasan, posting tersebut saya buat menggunakan gambar yang diambil daripada akaun media sosial lain."Namun begitu, saya mengakui bahawa saya tetap bertanggungjawab terhadap kandungan dan kenyataan yang saya tulis bersama posting tersebut," ujarnya.Tambah Mohd Rodzi, permohonan maaf itu dibuat dengan ikhlas serta atas rasa menghormati proses perundangan yang masih berjalan."Saya memohon maaf kepada Hamzah Zainudin atau mana-mana pihak yang terkesan, terasa dan tersinggung dengan posting berkenaan dan menyerahkan segala perkara berkaitan kepada pihak berkuasa (Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Sebagainya)."Saya berharap proses yang sewajarnya diambil, dan tidak mahu membuat sebarang kesimpulan yang boleh mendahului proses tersebut," jelasnya. |
|
Beberapa jalan di Putrajaya ditutup sempena Hari Kebangsaan - Sinarharian - 25/08 5:36 pm KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan kawalan keselamatan dan lalu lintas secara menyeluruh di ibu negara serta Putrajaya bersempena Sambutan Ambang Merdeka ke-69 dan Hari Kebangsaan 2026, bermula esok.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, di Putrajaya, penutupan jalan bagi sesi 'Raptai Skeleton' bermula esok hingga Jumaat melibatkan penutupan penuh sepanjang Persiaran Perdana bermula dari Jalan Kemerdekaan hingga Lebuh Bestari.Beliau berkata, bagi sesi raptai 28 dan 29 Ogos, lapan jalan utama akan ditutup bermula 6 pagi hingga 12 tengah hari iaitu Dataran Putra, Persiaran Perdana, Laman Perdana, Jalan P2a, Jalan P2t, Jalan P2s, Jalan P2w dan Jalan P2y."Pada 30 Ogos, penutupan jalan di Putrajaya bermula 5 pagi hingga 6 petang keesokan harinya secara sepenuhnya melibatkan Core Island dan beberapa laluan."Antara laluan yang terlibat ialah Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Saujana, Jambatan Seri Gemilang, Jambatan Putra dan Jambatan Seri Ehsan, manakala hanya Jambatan Seri Bestari dan Jambatan Seri Setia dibuka untuk akses," katanya dalam kenyataan hari ini.Selain itu, Fadil berkata beberapa laluan lain di Putrajaya turut terjejas termasuk Lebuh Bestari, Lebuh Setia, Lebuh Saujana, Lebuh Gemilang, Lebuh Wawasan, Lebuh Sentosa, Jalan Tun Hussein, Persiaran Barat dan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAS).Sehubungan itu, Fadil menasihatkan pengunjung untuk merancang perjalanan serta menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu bas ulang-alik secara percuma yang disediakan oleh Perbadanan Putrajaya.Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di Putrajaya yang merupakan kawasan larangan terbang, selain menasihati penduduk agar tidak cemas dengan bunyi tembakan meriam oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa sesi raptai dan hari sambutan."Sebanyak 2,357 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di Putrajaya bagi menjaga kawalan keselamatan dan kawalan trafik dengan jangkaan kehadiran pengunjung 80,000 orang," katanya.Di ibu negara, beliau berkata pihak polis akan melaksanakan Ops Pencegahan Jenayah bersempena Sambutan Ambang Merdeka 2026 dengan tumpuan kepada pemantauan kawasan hotspot, lokasi tumpuan orang ramai serta usaha mencegah dan membanteras jenayah."Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) akan menguruskan kawalan lalu lintas di beberapa lokasi tumpuan utama seperti Dataran Merdeka, KLCC dan Sunway Velocity yang akan menjadi tumpuan pembakaran bunga api dan persembahan dron di Menara Kuala Lumpur," katanya.Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kawalan lalu lintas boleh menghubungi talian Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999, Hotline Polis Putrajaya (03-8886 2222) atau Bilik Gerakan JSPT KL (03-2071 9999) |
|
???Tak pernah terlintas terima anugerah ini??? ??? Syed Azman - Mygazette - 25/08 4:47 pm # Tak pernah terlintas terima anugerah ini Syed Azman SERDANG Tak pernah terlintas terima anugerah ini, saya sendiri terkejut" |
|
Islam bukan sekadar simbol dan sambutan, perlu diterjemah melalui akhlak .. - Mygazette - 25/08 4:47 pm # Islam bukan sekadar simbol dan sambutan, perlu diterjemah melalui akhlak - Anwar SERDANG Sambutan Maulidur Rasul tidak seharusnya sekadar menjadi acara pesta atau perarakan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penghayatan terhadap risalah Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat kepada seluruh umat manusia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Tiga negara ikrar kekalkan Selat Melaka, Selat Singapura bebas, selamat - Mygazette - 25/08 4:47 pm # Tiga negara ikrar kekalkan Selat Melaka, Selat Singapura bebas, selamat SINGAPURA - Malaysia, Indonesia dan Singapura menegaskan semula komitmen bersama untuk mengekalkan Selat Melaka dan Selat Singapura bebas, terbuka dan selamat untuk perkapalan antarabangsa |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |