///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Pemuda Pas News   Page 1    



Abim gesa Ilyas tarik balik ungkapan 'akan terus tunggang agama' - Mkini - 6/09 11:24 am

Timbalan Presiden Abim gesa Ketua Pemuda PAS Kedah itu memohon maaf atas bahasa kasar yang digunakan.





Tak ada peluang untuk parti lain, Pas target nak isi kerusi Perdana Menteri - Wrlr - 5/09 8:02 pm

Tak ada peluang untuk parti lain, Pas target nak isi kerusi Perdana Menteri Harapandaily September 3, 2026 Pas dilihat semakin jelas meletakkan sasaran untuk menerajui kerajaan Persekutuan apabila perwakilan Pemudanya menggesa supaya parti itu tidak lagi memberi laluan kepada parti lain untuk mengisi jawatan Perdana Menteri. Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad berkata, usaha menyatukan umat Islam di peringkat Persekutuan perlu dipimpin Pas, malah parti itu mempunyai calon yang mencukupi dan berkelayakan untuk memimpin Putrajaya





Tarik balik ungkapan 'menunggang agama', mohon maaf - ABIM - Sinarharian - 5/09 6:30 pm

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad menarik balik ungkapan 'menunggang agama' dan memohon maaf atas penggunaan bahasa kasar dalam kenyataannya.Timbalan Presiden ABIM, Muhamad Saifuddin Abdul Latiff berkata, sekalipun dimaksudkan sebagai sindiran terhadap pengkritik, ungkapan tersebut mengaburkan perbezaan antara perjuangan berpandukan Islam dengan perbuatan memperalatkan agama."Sindiran tidak menggugurkan tanggungjawab pemimpin untuk menjaga adab dan menjawab kritikan dengan hujah."Agama Islam dijunjung dan dijadikan panduan, bukan ditunggang untuk kepentingan politik."Setiap pemimpin dan parti wajib menundukkan tindakan mereka kepada tuntutan kebenaran, keadilan dan amanah





Pas siapkan 'frontliner' medan maya, tangkis serangan persepsi menjelang PRU16 - Sinarharian - 5/09 2:58 pm

KOTA BHARU - Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bakal menyaksikan pertempuran era baharu membabitkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai senjata utama bagi mendepani cabaran musuh politik di medan maya.Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, bagi menggalas cabaran tersebut, parti itu telah berjaya melahirkan seramai 43 graduan menerusi Akademi Influencer Pas sebagai barisan hadapan (frontliner) bagi menangkis pertempuran persepsi.Menurutnya, kesemua peserta berkenaan berjaya menamatkan kursus selepas melepasi beberapa fasa penilaian dan latihan fizikal serta secara dalam talian daripada keseluruhan 81 peserta."Mereka yang berjaya menamatkan kursus ini telah menerima sijil pada Muktamar Muslimat Pas dan Muktamar Dewan Pemuda Pas baru-baru ini."Mereka ini akan menjadi frontliner bertempur di medan bayang, menghasilkan video-video dan juga menjawab isu-isu, sekali gus menjadi antara tenaga kita untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli memberitahu, susulan kejayaan fasa pertama itu, pihak Lajnah Penerangan Pas Pusat bakal melancarkan Akademi Influencer 2.0 dengan membuka penyertaan dari kawasan-kawasan di seluruh negara.Sehubungan itu, beliau menggesa kepimpinan peringkat kawasan supaya lebih proaktif menghantar wakil yang berprestasi dan mampu memberikan komitmen padu."Ini pertempuran alaf baru, pertempuran medan baru





Pas perlu buka pintu seluas-luas tarik anak muda - Afnan - Sinarharian - 5/09 12:46 am

KOTA BHARU - Pas digesa membuka seluas-luasnya 'pintu masuk' parti itu bagi menyambut sokongan, sekali gus menarik golongan muda yang kini mendominasi demografi negara.Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, sekitar 60 hingga 65 peratus daripada 34.2 juta penduduk Malaysia berusia bawah 40 tahun kini semakin berminat serta yakin dengan masa depan dibawa parti itu."Pas ada dewan yang besar, pintu yang nak masuk dewan itu juga kena besar





PRU16: Penyatuan ummah perlu pengorbanan - Pemuda Pas Selangor - Sinarharian - 5/09 11:44 am

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor menyambut baik dan menyokong penuh usul 'Memperkasa Agenda Penyatuan Ummah ke Arah Pengukuhan Kekuatan Politik Melayu-Islam dan Kestabilan Negara' yang telah dibahas dan diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72.Usul yang dibawa oleh Dewan Ulamak Pas Pusat tersebut bukan sekadar strategi pilihan raya, sebaliknya ia adalah satu kewajiban demi menjamin kelangsungan agama, bangsa, dan tanah air.Menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor,Dr





'Anak muda Pas akan jadi penggali kubur PH pada PRU16' - Sinarharian - 5/09 10:15 am

KOTA BHARU - Lebih 1,000 anak muda Pas dari seluruh negara memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) bahawa generasi muda tidak mudah dipengaruhi dakyah parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, himpunan menerusi Konvoi Anak Muda sempena Sambutan 75 Tahun Pas itu menjadi isyarat jelas bahawa sokongan generasi muda terhadap perjuangan parti berkenaan masih kukuh.Menurut beliau, kehadiran peserta dari pelbagai negeri dalam jumlah besar itu bukan sekadar menyertai program permotoran, sebaliknya membawa mesej politik yang jelas kepada PH."Ini adalah satu amaran kepada PH





PAS sudah tunjuk langkah apa pula langkah Umno? - FMT - 5/09 9:00 am

Sehari sebelum ucapan Hadi Awang, mood 'PAS menguasai semua' sudah dirasai pada muktamar Pemuda PAS.





Pas desak diberi jawatan Pengerusi PN Selangor, mahu pimpin PRU - Mygazette - 5/09 7:51 am

"Saya yakin kita mempunyai ramai calon Pengerusi PN Selangor yang berkelayakan dalam kalangan kepimpinan Pas Selangor. "Dr Yunus Hairi adalah antara calon yang berkelayakan," katanya yang merupakan Ketua Pemuda Pas Selangor





Pemimpin Pemuda senarai 10 sebab PAS wajar pimpin PN Selangor - FMT - 4/09 11:44 pm

Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Suffi Kamari berkata PN perlukan kepimpinan yang lebih agresif, segar dan bersedia jika mahu tawan negeri itu.





Pemimpin Pemuda senarai 10 sebab PAS wajar pimpin PN Selangor - Hotfm - 4/09 11:44 pm

Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Suffi Kamari berkata PN perlukan kepimpinan yang lebih agresif, segar dan bersedia jika mahu tawan negeri itu.





Zahid tak hadir Muktamar Pas, Asyraf Wajdi ketuai rombongan UMNO - Mygazette - 4/09 3:19 pm

Semalam, rombongan Pemuda UMNO diketuai Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh hadir pada Muktamar Dewan Pemuda Pas, manakala Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dusuki Ahmad menghadiri Muktamar Dewan Ulama Pas





Bukan hanya jawatan PM, Pemuda Pas mahu semua kerusi yang dah dimenangi kekal - Harapandaily - 4/09 10:41 am

Belum pun rundingan rasmi kerjasama Pas-Umno bermula, Pemuda Pas sudah memberikan isyarat bahawa parti itu bukan sahaja mahu menyasarkan jawatan Perdana Menteri, malah bertanding untuk semua kerusi yang dimenanginya sebelum ini





Pas perlu pimpin penyatuan, bukan jadi ‘pak turut’ ??? Pemuda .. - Mygazette - 4/09 8:01 am

# Pas perlu pimpin penyatuan, bukan jadi 'pak turut' Pemuda Terengganu KOTA BHARU Pas perlu menjadi pihak yang memimpin usaha penyatuan dengan mana-mana parti politik, bukannya sekadar menjadi "pak turut", tegas Perwakilan Pemuda Pas Terengganu, Mukhlis Hasin





???Mana pergi baki RM24.6 bilion???? ??? Afnan desak penjelasan KKDW - Mygazette - 4/09 8:01 am

# Mana pergi baki RM24.6 bilion? Afnan desak penjelasan KKDW KOTA BHARU Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan status baki peruntukan RM36.6 bilion yang diluluskan untuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), selepas hanya kira-kira RM12 bilion didakwa telah disalurkan





Ilyas berang, cabar Pemuda Pas Selangor ‘singkir’ Sany Hamzan - Mygazette - 4/09 8:01 am

# Ilyas berang, cabar Pemuda Pas Selangor 'singkir' Sany Hamzan KOTA BHARU Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda Pas Negeri (DPPN) Kedah, Ilyas Ahmad berang dengan Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan sehingga mencabar Pemuda Pas Selangor memastikan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) itu tidak lagi berada di Selangor pada pilihan raya akan datang





Sokongan akar umbi terhadap Pas-UMNO makin kukuh - Mygazette - 4/09 8:01 am

KOTA BHARU Sokongan akar umbi terhadap kerjasama Pas dan UMNO terus dilihat semakin kukuh apabila Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri (DPPN) Melaka pada Ogos lalu sebulat suara menyokong supaya usaha penyatuan kedua-dua parti itu diteruskan dalam menghadapi masa depan politik negeri





Pemuda Pas desak tindakan tegas terhadap MB Perlis - Mygazette - 4/09 8:01 am

# Pemuda Pas desak tindakan tegas terhadap MB Perlis KOTA BHARU Pemuda Pas Perlis menggesa pucuk pimpinan Pas dan Perikatan Nasional (PN) mempertimbangkan tindakan tegas terhadap Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah yang didakwa semakin mencalarkan imej PN dan Pas di negeri itu





Pemuda Umno buka lembaran Penyatuan Ummah - Harakahdaily - 4/09 7:15 am

KOTA BHARU: Kehadiran 25 pimpinan dan wakil Pemuda Umno pada Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-67 disifatkan sebagai detik bersejarah yang membuka ruang ke arah memperkukuh kembali Penyatuan Ummah.Pendaki Everest Negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, rombongan berkenaan diketuai Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.Beliau menyifatkan kehadiran mereka membawa […] The post Pemuda Umno buka lembaran Penyatuan Ummah appeared first on Harakahdaily .





Anak muda PAS mampu bersaing e-sukan - Harakahdaily - 4/09 6:30 am

KUALA LUMPUR: Kejayaan DACS XVICTIM melangkah ke Grand Final PUBG Mobile Pro League (PMPL) Malaysia 2026 Fall membuktikan anak muda PAS mampu bersaing dalam arena sukan elektronik secara kompetitif.Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Mohd Hafez Sabri berkata, pencapaian itu membanggakan apabila pasukan yang bergerak di bawah Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Malaysia […] The post Anak muda PAS mampu bersaing e-sukan appeared first on Harakahdaily .





Pas perlu terajui penyatuan ummah, sasar kerusi PM - Pemuda Pas Kedah - Sinarharian - 4/09 12:22 am

KOTA BHARU - Pas perlu berperanan sebagai peneraju utama dalam usaha penyatuan ummah dan menyasarkan kerusi Perdana Menteri, kata Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad.Beliau menggesa parti itu juga tidak seharusnya lagi memberi laluan kepada parti lain untuk menerajui jawatan Perdana Menteri kerana mempunyai calon berkelayakan.Menurutnya, sudah tiba masanya Pas tampil sebagai kuasa utama dalam usaha membentuk kepimpinan di peringkat Persekutuan."Kita tidak mahu lagi dengar kata-kata seperti tak apa, biarlah orang lain jadi Perdana Menteri





Tak ada peluang untuk parti lain, Pas target nak isi kerusi Perdana Menteri - Harapandaily - 3/09 11:28 pm

Pas dilihat semakin jelas meletakkan sasaran untuk menerajui kerajaan Persekutuan apabila perwakilan Pemudanya menggesa supaya parti itu tidak lagi memberi laluan kepada parti lain untuk mengisi jawatan Perdana Menteri. Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad berkata, usaha menyatukan umat Islam di peringkat Persekutuan perlu dipimpin Pas, malah parti itu mempunyai calon yang mencukupi dan berkelayakan..





PAS akan terus 'tunggang agama' bagi tegakkan Islam - Pemuda PAS Kedah - Mkini - 3/09 9:31 pm

Seorang perwakilan Pemuda PAS hari ini menggambarkan ia tidak terkesan dengan label penunggang agama yang sering dilemparkan terhadap parti itu.





Pemuda PAS Perlis gesa ambil 'tindakan keras' pada MB - Mkini - 3/09 9:14 pm

Perwakilan Ali Na'imi Ahmad Azizi menuduh Ketua Bersatu Perlis itu semakin mencalarkan imej PN dan PAS.





Perkukuh kesatuan, kuasai naratif media sosial - Harakahdaily - 3/09 8:52 pm

KOTA BHARU: Pemuda PAS perlu memperkukuh kesatuan, membina keyakinan anak muda di samping menguasai naratif media sosial bagi memastikan perjuangan parti terus relevan dalam menghadapi cabaran semasa





PAS patut terajui Putrajaya, ada calon layak, kata perwakilan Kedah - FMT - 3/09 8:40 pm

Perwakilan Pemuda PAS Kedah berkata, penyatuan ummah mesti diterajui oleh PAS pada peringkat persekutuan.





Layan seperti pembangkang, Pemuda PAS Perlis gesa tindakan terhadap MB - FMT - 3/09 7:13 pm

Perwakilannya, Ali Naimi Ahmad Azizi berkata kerajaan negeri pimpinan Abu Bakar Hamzah turut pecat dan gugur lantikan politik PAS.





PAS sasar kerusi perdana menteri, tolak beri laluan parti lain - Mkini - 3/09 7:00 pm

MUKTAMAR PAS l Kita tidak mahu lagi dengar kata-kata seperti tak apa, biarlah orang lain jadi perdana menteri," kata Ketua Pemuda PAS Kedah, Ilyas Ahmad.





PAS perlu memimpin penyatuan, bukan lagi pak turut, kata wakil Terengganu - FMT - 3/09 5:04 pm

Perwakilan Pemuda PAS Terengganu, Mukhlis Hasin juga beri amaran supaya penyatuan yang ingin dicapai tidak menyebabkan parti gadaikan prinsip perjuangan.





Pemuda Pas lulus usul pertahan kerusi Parlimen, DUN dimenangi - Sinarharian - 3/09 4:52 pm

KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas meluluskan usul supaya semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada pilihan raya sebelum ini kekal ditandingi calon Pas pada pilihan raya akan datang.Usul dibentangkan Dewan Pemuda Pas Padang Terap itu diterima sebulat suara tanpa bahas pada Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-67 di sini pada Rabu.Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, keputusan itu dibuat bagi memelihara amanah serta keyakinan pengundi yang sudah memilih Pas sebagai wakil mereka."Usul Padang Terap dipersetujui semua jawatankuasa usul termasuk mesyuarat di peringkat Pemuda Pusat bagi memastikan kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi Pas perlu dikekalkan dan ditandingi Pas pada pilihan raya akan datang dalam sebarang bentuk kerjasama politik dengan sesiapa sahaja."Ini diterima tanpa bahas dan menjadi dasar serta prinsip utama Pas dalam sebarang rundingan pembahagian kerusi bersama parti gabungan," katanya.Pas memenangi 43 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menguasai lebih 150 kerusi DUN selepas beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk PRN 2023.Khairul Nadzir berkata, empat lagi usul turut diluluskan dalam muktamar berkenaan dengan tiga diterima untuk dibahaskan manakala satu lagi diterima tanpa bahas.Menurutnya, antara usul yang diterima untuk dibahaskan ialah mendesak kerajaan segera membuka kertas siasatan dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat secara bebas, telus dan menyeluruh dakwaan kewujudan jaringan mafia korporat.Katanya, siasatan itu melibatkan dakwaan jaringan berkenaan yang dikatakan membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat berkepentingan serta projek berkaitan kerajaan."Usul ini susulan pendedahan media antarabangsa yang berpotensi menjejaskan integriti dan tatakelola pentadbiran, mencemarkan reputasi Malaysia serta menggugat keyakinan pelabur terhadap negara," katanya.Dalam pada itu, usul mengenai agenda Penyatuan Ummah turut diluluskan bagi memperkukuh kesatuan serta representasi politik Melayu-Islam di Parlimen menjelang PRU akan datang.Usul berkenaan turut mencadangkan Himpunan Penyatuan Ummah berskala besar digerakkan sebelum PRU sebagai langkah awal untuk menghimpunkan kekuatan umat, membina momentum kebersamaan serta menterjemahkan aspirasi penyatuan kepada gerakan rakyat yang tersusun dan berimpak.Muktamar itu turut meluluskan usul mendesak kerajaan memperkenalkan kerangka kawal selia e-dagang yang lebih tegas bagi melindungi dan memperkasa daya saing usahawan tempatan.





Pas-Umno Berpelukan di Putik - Msomelayu - 3/09 4:14 pm

Khabarnya Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, akan hadir ke muktamar berkenaan atas kapasiti sebagai tetamu utama. Ketua Pemuda Umno (lupa nama),dan rombongan telah pun merasmikan kehadiran Umno dalam Muktamar Dewan Pemuda Pas





Pas mahu kekal kerusi menang, bukan tutup pintu kerjasama - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# Pas mahu kekal kerusi menang, bukan tutup pintu kerjasama KOTA BHARU Usul supaya semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas dikekalkan untuk ditandingi calon parti itu pada pilihan raya akan datang bukan bermaksud menutup ruang kerjasama politik, sebaliknya menjadi dasar Pas dalam sebarang rundingan pembahagian kerusi. Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, usul berkenaan dibentangkan perwakilan Dewan Pemuda Pas Padang Terap dan diterima sebulat suara tanpa bahas pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke-67, malam tadi





Kepentingan politik penyatuan jangan hanya ketika mahu menang – Afnan - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# Kepentingan politik penyatuan jangan hanya ketika mahu menang - Afnan KOTA BHARU Penyatuan antara parti politik Melayu dan Islam tidak boleh berlaku hanya ketika mempunyai musuh atau kepentingan politik yang sama, sebaliknya perlu dibina atas asas perjuangan Islam yang kekal, kata Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden





Pas selari dengan pendirian Zahid, setuju PRU diadakan awal - Mygazette - 3/09 3:34 pm

Saya setuju bahawa dalam situasi keadaan yang tidak menentu begini, kita kena keluar daripada kemelut yang ada," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda Pas ke-67, di sebuah hotel di sini, hari ini





Zahid dijangka hadir Muktamar Pas esok - Mygazette - 3/09 3:34 pm

Hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh muncul pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di sebuah hotel di sini





Penyatuan ummah terbuka kepada semua bangsa yang cintakan kedamaian ??? .. - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# Penyatuan ummah terbuka kepada semua bangsa yang cintakan kedamaian Afnan KOTA BHARU Himpunan Penyatuan Ummah yang bakal dianjurkan Pemuda Pas dan Pemuda UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) bukan hanya untuk Melayu-Islam semata-mata, sebaliknya terbuka kepada semua bangsa yang mahukan kedamaian, kesejahteraan dan penyatuan





Kehadirian Akmal di Muktamar Pemuda Pas jadi tumpuan - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# Kehadirian Akmal di Muktamar Pemuda Pas jadi tumpuan KOTA BHARU Kehadiran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di Hotel Grand Riverview di sini hari ini mencuri perhatian, khususnya ketika hubungan UMNO dan Pas kembali menjadi tumpuan dalam landskap politik negara





‘Bila berjuang, kita ada satu pendirian’ ??? Dr. Akmal - Mygazette - 3/09 3:34 pm

"Sebab bagi saya, bila kita berjuang ini, kita ada satu pendirian. Saya tidak akan menggadaikan pendirian saya hanya sekadar demi sebuah jawatan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas di sini, hari ini





PRN Melaka: Kerusi penyandang kekal antara asas rundingan Pas-UMNO - Sinarharian - 3/09 2:57 pm

KOTA BHARU Prinsip mengekalkan kerusi kepada parti penyandang menjadi antara asas rundingan Pas dan UMNO bagi mengelakkan pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu antara asas yang perlu dipertimbangkan sekiranya kedua-dua parti mencapai muafakat dalam rundingan pembahagian kerusi."Apabila ada muafakat, ada beberapa yang perlu utamakan iaitu penyandang kekal pada parti pemenang, itu asas termasuk Melaka."Ada sesetengah negeri contoh di Terengganu, Kedah, Perlis, UMNO tak ada kerusi penyandang, jadi di negeri-negeri macam ini, saya rasa ada kaedah-kaedah lain yang perlu bincang," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis.Menurutnya, bagi PRN Melaka, Pas mempunyai Jawatankuasa Perundingan yang diberi mandat untuk menentukan perbincangan, manakala UMNO turut menyerahkan urusan rundingan kepada pimpinan di peringkat negeri.Tuan Ibrahim berkata, ruang rundingan masih terbuka untuk mencari mekanisme terbaik bagi meminimumkan pertembungan antara kedua-dua parti."Pentingnya muafakat, kalau semua pihak bersetuju, akan ada jalan."Ruang masih panjang dan jawatankuasa ini pun boleh cari mekanisme untuk kita mengelak serta meminimumkan pertembungan itu lebih utama," katanya.Untuk rekod, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka pada PRN 2021, manakala Pakatan Harapan memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi menerusi Bersatu.





PRU16 wajar disegerakan - Pas - Sinarharian - 3/09 2:27 pm

KOTA BHARU Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) wajar dipercepatkan bagi membolehkan negara keluar daripada kemelut politik dan ketidaktentuan semasa, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Beliau berkata, keadaan politik yang tidak menentu ketika ini perlu diselesaikan dengan mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan melalui proses demokrasi."Saya melihat terdapat keperluan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal. Saya setuju bahawa dalam situasi yang tidak menentu seperti sekarang, kita perlu keluar daripada kemelut yang sedang dihadapi."Saya setuju PRU perlu disegerakan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis.Sebelum ini, media melaporkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) turut mengambil pendirian bahawa PRU16 wajar diadakan lebih awal sebelum menghampiri penghujung penggal Parlimen yang dijadualkan berakhir pada hujung tahun depan.Menurut Tuan Ibrahim, pelaksanaan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan selepas ini termasuk di Melaka dan Sarawak menuntut penyelarasan supaya pilihan raya dapat diadakan secara serentak.Katanya, langkah itu bukan sahaja dapat mengurangkan kos yang ditanggung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), malah mengelakkan tempoh berpolitik yang berpanjangan."Kita mempunyai beberapa PRN yang akan berlangsung secara berturut-turut





25 Pemuda UMNO hadir Muktamar Pemuda Pas, sejarah baharu penyatuan ummah - Sinarharian - 3/09 1:00 pm

KOTA BHARU Kehadiran 25 pimpinan Pemuda UMNO termasuk Ketuanya, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh ke Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis mencatat sejarah dalam usaha penyatuan ummah.Akmal berkata, Pemuda UMNO pada asalnya hanya menerima jemputan untuk lima wakil, namun 25 pimpinan hadir sebagai tanda sokongan terhadap agenda penyatuan yang dibawa Pas.Menurutnya, kehadiran tersebut turut melibatkan pimpinan Pemuda UMNO di peringkat pusat dan Kelantan, sekali gus membawa mesej bahawa usaha menyatukan ummah perlu digerakkan secara bersama."Hari ini kami membuktikan bahawa terciptanya sejarah, 25 orang itu membawa maksud yang sangat mendalam iaitu pimpinan Pemuda UMNO di Pusat dan juga pimpinan Pemuda UMNO di Negeri Kelantan."Kami tidak ada agenda yang lain kecuali untuk menyatukan ummah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis.Akmal berkata, tema muktamar iaitu Memimpin Penyatuan turut mempunyai persamaan dengan tema yang akan dibawa Pemuda UMNO dalam program mereka pada minggu depan.Katanya, perkembangan berkenaan menunjukkan usaha penyatuan bukan sekadar dibincangkan, sebaliknya mula diterjemahkan melalui hubungan antara pimpinan Pemuda UMNO dan Pas di beberapa negeri."Kami dah mulakan di Johor, Negeri Sembilan dan sepatutnya kami akan teruskan bukan sahaja di Melaka sehingga InsyaALLAH, selama-lamanya."Berpecah tidak pernah menguatkan, apabila bersama akan lebih menguatkan kita," katanya.Beliau berkata, penyatuan yang digerakkan itu bukan semata-mata berkisar mengenai kepentingan Melayu, sebaliknya perlu bermula dengan penyatuan kelompok utama dalam negara sebelum berkembang kepada masyarakat yang lebih luas.Sementara itu, beliau berkata penerimaan terhadap usaha penyatuan berkenaan turut mendapat respons positif daripada parti komponen Barisan Nasional termasuk MIC.Katanya, beliau sendiri baru-baru ini menghadiri program Pemuda MIC di Melaka dan melihat penerimaan terhadap agenda berkenaan sebagai sesuatu yang baik."Kita nak satukan Melayu, satukan Islam dan akhirnya yang lain-lain akan bersama-sama dengan kita," katanya.Akmal berkata, rombongan Pemuda UMNO berkenaan pada asalnya hanya menerima jemputan untuk lima wakil, namun jumlah itu meningkat kepada 25 orang sebagai tanda sokongan terhadap agenda penyatuan yang dibawa Dewan Pemuda Pas.Menurutnya, kehadiran tersebut turut melibatkan pimpinan Pemuda UMNO di peringkat pusat dan Kelantan, sekali gus membawa mesej bahawa usaha menyatukan ummah perlu digerakkan secara bersama."Hari ini kami membuktikan bahawa terciptanya sejarah, 25 orang itu membawa maksud yang sangat mendalam iaitu pimpinan Pemuda UMNO di Pusat dan juga pimpinan Pemuda UMNO di Negeri Kelantan."Kami tidak ada agenda yang lain kecuali untuk menyatukan ummah," katanya ketika ditemui pemberita di muktamar itu pada Khamis.Akmal berkata, tema muktamar iaitu Memimpin Penyatuan turut mempunyai persamaan dengan tema yang akan dibawa Pemuda UMNO dalam program mereka pada minggu depan.Katanya, perkembangan berkenaan menunjukkan usaha penyatuan bukan sekadar dibincangkan, sebaliknya mula diterjemahkan melalui hubungan antara pimpinan Pemuda UMNO dan Pas di beberapa negeri."Kami dah mulakan di Johor, Negeri Sembilan dan sepatutnya kami akan teruskan bukan sahaja di Melaka sehingga InsyaALLAH, selama-lamanya."Berpecah tidak pernah menguatkan, apabila bersama akan lebih menguatkan kita," katanya.Beliau berkata, penyatuan yang digerakkan itu bukan semata-mata berkisar mengenai kepentingan Melayu, sebaliknya perlu bermula dengan penyatuan kelompok utama dalam negara sebelum berkembang kepada masyarakat yang lebih luas.Sementara itu, beliau berkata penerimaan terhadap usaha penyatuan berkenaan turut mendapat respons positif daripada parti komponen Barisan Nasional termasuk MIC.Katanya, beliau sendiri baru-baru ini menghadiri program Pemuda MIC di Melaka dan melihat penerimaan terhadap agenda berkenaan sebagai sesuatu yang baik."Kita nak satukan Melayu, satukan Islam dan akhirnya yang lain-lain akan bersama-sama dengan kita," katanya.





Pemuda Pas gerak Himpunan Mega Penyatuan Ummah - Sinarharian - 3/09 11:32 am

KOTA BHARU Dewan Pemuda Pas akan menggerakkan Himpunan Mega Penyatuan Ummah sebagai kemuncak usaha memperkukuh penyatuan umat berlandaskan lima teras Memimpin Penyatuan.Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudeen berkata, lima teras berkenaan ialah aatukan akidah, saf, usaha, tekad dan matlamat.Beliau berkata, gagasan berkenaan tidak akan dibiarkan sekadar menjadi slogan sebaliknya akan diterjemahkan melalui gerakan di lapangan menerusi empat segmen utama sebelum dihimpunkan dalam satu gerakan lebih besar."Apabila para asatizah digerakkan, anak muda dilibatkan, para profesional dan teknokrat dihimpunkan serta masyarakat majmuk disatukan, maka seluruh kekuatan ini mesti dipertemukan di satu pentas yang lebih besar."Kami akan membawa seluruh gerakan ini menuju kepada Himpunan Mega Penyatuan Ummah," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sebuah hotel di sini pada Khamis.Turut hadir, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang merasmikan majlis.Menurut Afnan Hamimi, empat segmen berkenaan meliputi memperkukuhkan institusi agama, menggerakkan generasi baharu, kepakaran untuk negara serta memelihara keharmonian masyarakat majmuk."Penyatuan ummah bukan bermaksud memecah-belahkan masyarakat





Pemuda bimbang PAS-Umno kembali bertelagah, tuntut penyatuan tak bermusim - FMT - 3/09 11:08 am

Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden mengingatkan MN gagal sebelum ini kerana ada kelompok pentingkan diri.





Akmal Saleh hadir Muktamar Pemuda Pas - Sinarharian - 3/09 10:17 am

KOTA BHARU - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hadir ke Muktamar Dewan Pemuda Pas sempena Muktamar Pas Ke-72 di sebuah hotel di sini, pada Khamis.Beliau yang diiringi Ketua Dewan Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden tiba kira-kira jam 8.30 pagi bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Kehadiran Akmal bersama kira-kira 25 delegasi Pemuda UMNO itu turut mendapat penghargaan daripada Afnan Hamimi ketika menyampaikan ucapan pada muktamar berkenaan.Dalam ucapannya, Afnan Hamimi berkata, penyatuan umat tidak seharusnya sekadar menjadi slogan atau omongan kosong sebaliknya perlu dipimpin melalui tindakan yang ikhlas."Kita tidak mahu sekadar bercakap tentang penyatuan, tetapi kita mesti memimpin penyatuan





Rombongan Akmal ke Muktamar Pemuda PAS disambut laungan takbir - FMT - 3/09 9:46 am

Ketua Pemuda Umno itu mengetuai rombongan 25 pemimpin sayap bagi memenuhi jemputan sempena Muktamar PAS Ke-67.





Pemuda PAS lulus usul semua kerusi menang kekal ditandingi calon parti - FMT - 3/09 8:00 am

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata ia termasuk jika parti itu mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti.





Usul DPPM: Empat diterima, enam ditolak - Harakahdaily - 3/09 7:14 am

KOTA BHARU: Sebanyak 10 usul dibentangkan pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Ke-67, dengan empat daripadanya diterima dan enam lagi ditolak





Pulihkan tenaga kerja kesihatan sebelum digitalisasi - Harakahdaily - 2/09 2:26 pm

SHAH ALAM: Kerajaan patut mengutamakan pemulihan tenaga kerja kesihatan sebelum memperluaskan agenda pendigitalan sektor itu menerusi peruntukan RM1 bilion yang diumumkan baru-baru ini, gesa Ustaz Dr Aubidullah Fahim Ibrahim.Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor itu berkata, sebahagian peruntukan berkenaan wajar disalurkan bagi mengatasi kekurangan doktor, ketidakseimbangan agihan petugas serta menjaga kebajikan mereka.Apalah gunanya sistem […] The post Pulihkan tenaga kerja kesihatan sebelum digitalisasi appeared first on Harakahdaily .





Cela yang memang layak dicela - Harakahdaily - 1/09 4:09 pm

KUALA LUMPUR: Penghasilan drama atau filem tidak seharusnya menjadikan adegan ghairah dan perkara tidak sepatutnya sebagai tarikan utama semata-mata untuk meraih perhatian penonton. Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Hanif Jamaluddin berkata, karya berkualiti sepatutnya mampu menarik penonton melalui kekuatan jalan cerita, konflik, dialog serta mutu lakonan tanpa bergantung kepada adegan yang membangkitkan nafsu





'22 cabutan judi: PAS bantah tapi Zafrul lulus' - Mkini - 1/09 12:02 am

Pemuda PAS Kelantan ingatkan Zafrul kini penasihat PM: Jangan meludah kahak ke langit





'Its a YES!' - Air mata iringi restu Azizulhasni ke LA28 - Sinarharian - 31/08 3:08 pm

TANGISAN kegembiraan mengiringi luahan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang selepas menerima pengesahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) bahawa khidmatnya masih diperlukan dalam misi memburu tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).Azizulhasni yang mesra disapa Jijoe berkata, berita berkenaan diterimanya menerusi e-mel daripada KBS dan MSN selepas selesai menjalani latihan di trek pada Isnin, sekali gus melegakan tekanan yang ditanggungnya sepanjang minggu lalu.ARTIKEL BERKAITAN: MSN nafi abaikan perancangan Azizulhasni ke LA28Misi LA28, Malaysia masih perlukan AzizulhasniPendedahan Azizulhasni mengejutkan, KBS tidak serius urus atlet - Ketua Pemuda Pas'Lebih baik hilang menteri sebegini daripada hilang atlet banyak jasa pada negara' - Akmal Saleh"Alhamdulillah





Pendedahan Azizulhasni mengejutkan, KBS tidak serius urus atlet - Ketua Pemuda Pas - Sinarharian - 30/08 12:00 am

SHAH ALAM - Pendedahan Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang tentang sikap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terhadap perjalanan kariernya menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) agak mengejutkan.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, ia menunjukkan KBS tidak begitu serius mengurus seorang atlet berprestasi tinggi yang masih mempunyai kemampuan bersaing di pentas dunia.Menurutnya, berdasarkan penjelasan panjang lebar Azizulhasni, isu itu bukan tentang diri peribadinya semata-mata."KBS perlu buat keputusan, adakah khidmat dan pengalaman Azizulhasni masih diperlukan atau tidak?"Kalau perlu, uruskan dengan segera, kalau tak perlu, beritahu beliau secara terus terang





Menteri gagal urus rancangan strategik sukan negara - Harakahdaily - 30/08 11:39 am

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) digesa untuk segera membuat keputusan tegas berhubung status dan perancangan karier jaguh pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28). Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata, pendedahan dibuat oleh bekas juara dunia […] The post Menteri gagal urus rancangan strategik sukan negara appeared first on Harakahdaily .





Pemuda Negarawan: Bukan sekadar menang, tetapi bersedia memerintah - Harakahdaily - 30/08 9:45 am

UCAPAN perasmian Naib Presiden PAS merangkap Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr Sam), di Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu membawa satu mesej yang cukup besar untuk direnungkan oleh generasi muda PAS.Mesejnya jelas





Bongkar dalang penerokaan HSK Kuala Langat - Harakahdaily - 29/08 10:23 pm

KUALA LUMPUR: Pihak yang membiayai dan mengaut keuntungan daripada penerokaan lebih 200 hektar Hutan Simpan Kekal (HSK) Kuala Langat Selatan bagi kegiatan pertanian komersial perlu dikenal pasti serta dikenakan tindakan tegas. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Hanif Jamaluddin berkata, kegiatan berskala besar itu dipercayai membabitkan pihak yang mempunyai modal dan rangkaian tertentu.Menurutnya, pihak […] The post Bongkar dalang penerokaan HSK Kuala Langat appeared first on Harakahdaily .





UMNO akan jemput Pas hadir PAU 2026 - Sinarharian - 29/08 12:28 am

KUALA LUMPUR UMNO akan memanjangkan jemputan rasmi kepada pucuk pimpinan tertinggi Pas untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 12 September depan.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat sebagai tanda penghormatan selain membalas jemputan parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas di Kelantan, minggu depan."Sempena PAU yang akan diadakan pada 9 hingga 12 September akan datang, tiga program utama akan diadakan sehari awal iaitu Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia dan Laman Wanita Kreatif."UMNO turut bersetuju untuk memanjangkan jemputan rasmi kepada kepimpinan tertinggi Pas sebagai tanda penghormatan serta membalas jemputan yang telah diberikan kepada kepimpinan UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, di Menara Dato' Onn, pada Jumaat.Sebelum ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilapor menjemput beberapa pemimpin UMNO termasuk Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menghadiri Muktamar kali ke-72 pada 2 hingga 5 September ini.Rentetan itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh turut mengesahkan akan menghadiri Muktamar Pemuda Pas yang dijadual berlangsung di Kota Bharu pada 3 September ini.Sementara itu Asyraf Wajdi turut memaklumkan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, dilantik sebagai ahli MKT berkuat kuasa hari ini.Majlis angkat sumpah di hadapan Presiden dan ahli MKT dilakukan sebelum mesyuarat bermula.





Gerakan jangan rosakkan setia kawan kerana satu kerusi – Pas - Mygazette - 28/08 4:07 pm

# Gerakan jangan rosakkan setia kawan kerana satu kerusi - Pas PERMATANG PAUH - Dewan Pemuda Pas Permatang Pauh mengingatkan Parti Gerakan supaya tidak merosakkan semangat setia kawan dalam Perikatan Nasional (PN) hanya kerana mahu mengejar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya pada pilihan raya akan datang





Jangan usik kerusi Seberang Jaya, Pemuda PAS beritahu Gerakan - FMT - 28/08 12:04 am

Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh berkata kerusi itu majoriti Melayu, mengingatkan Gerakan mengenai kekalahan Dominic Lau di Bayan Lepas dengan demografi pengundi sama.





Pemuda UMNO sah hadir ke Muktamar Pemuda Pas 3 Sept Pemuda UMNO sah hadir .. - Mygazette - 25/08 7:56 am

# Pemuda UMNO sah hadir ke Muktamar Pemuda Pas 3 Sept MELAKA - Pemuda UMNO mengesahkan akan menghadiri Muktamar Pemuda Pas di Kota Bharu, Kelantan pada 3 September ini, sekali gus membuka ruang kepada perbincangan mengenai kerjasama politik antara kedua-dua sayap parti berkenaan





Kedudukan Islam tidak boleh dikecilkan – Pemuda PAS - Harakahdaily - 25/08 7:52 am

KUALA LUMPUR: Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dikecilkan atau dianggap sekadar bersifat simbolik dan ritual, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Azmer Syazwan Ahmad Suparmin





Melaka Presiden Pas boleh sampai, sidang Parlimen pula kerap uzur - Harapandaily - 24/08 8:46 pm

Niat asal mahu mengangkat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai ulama yang dinanti-nantikan jentera parti di Melaka bertukar menjadi medan sindiran netizen. Reaksi orang ramai itu susulan hantaran di Threads oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Selangor, Suffi Kamari yang pernah ditahan dan direman dua hari dalam siasatan dakwaan menceroboh kediaman rasmi Menteri..





Akmal sahkan Pemuda Umno akan hadir muktamar PAS di Kota Bharu - Mkini - 24/08 3:48 pm

"Memang ada jemputan daripada Pemuda PAS untuk menghadiri muktamar berkenaan dan insya-Allah, saya sudah menyatakan komitmen untuk hadir."





Akmal akan hadir muktamar Pemuda PAS - FMT - 24/08 2:56 pm

Ketua pemuda Umno itu berkata kehadiran itu susulan jemputan Pemuda PAS ke muktamar yang berlangsung pada 3 Sept ini.





Elemen GST dalam SST: Kerajaan sedia bebankan rakyat? - Harakahdaily - 22/08 9:29 pm

KUANTAN: Kerajaan Persekutuan perlu menjelaskan hala tuju dasar percukaian negara susulan cadangan mengkaji penerapan elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, perkara itu menimbulkan persoalan memandangkan GST sebelum ini dihapuskan dan SST dikembalikan dengan alasan mahu […] The post Elemen GST dalam SST: Kerajaan sedia bebankan rakyat? appeared first on Harakahdaily .





RCI TH: PM Anwar tak sedar diri lindungi penyakau? - Harakahdaily - 21/08 8:00 pm

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar mempersoalkan sama ada langkah Kerajaan PH memeram Laporan RCI Tabung Haji selama tiga tahun sebagai melindungi penyakau





PAS mengakui parti itu mungkin tidak sentiasa mampu membantu golongan muda .. - Wrlr - 21/08 1:13 pm

PAS mengakui parti itu mungkin tidak sentiasa mampu membantu golongan muda dari sudut kewangan, namun mendakwa mampu menawarkan sesuatu yang lain iaitu ketenangan dan ruang untuk terus melakukan kebaikan. Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata pendekatan parti terhadap anak muda bukan sekadar berkaitan kebendaan, tetapi turut melibatkan kehidupan berkeluarga dan peranan dalam masyarakat



Mansuh AUKU perlu reformasi menyeluruh - Harakahdaily - 20/08 2:32 pm

KUALA LUMPUR: Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) perlu disusuli reformasi universiti secara menyeluruh bagi memastikan kebebasan mahasiswa, akademik dan autonomi warga institusi pengajian tinggi benar-benar terjamin. Ketua Sektor Generasi Baharu Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nazrul Nazir berkata, pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bahawa kerajaan akan memansuhkan AUKU perlu diterjemahkan segera […] The post Mansuh AUKU perlu reformasi menyeluruh appeared first on Harakahdaily .



Anak muda PAS perlu bangkit bina Baitul Haraki - Harakahdaily - 19/08 10:02 pm

KOTA BHARU: Pemuda PAS mempunyai peranan besar dalam membina hubungan dan jambatan kerjasama antara kelompok politik bagi mempertahankan Islam dan kepentingan rakyat menerusi penyatuan ummah



Kerajaan tak kawal media? Jangan hanya pandai cakap - Harakahdaily - 19/08 4:49 pm

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar dakwaan kerajaan tidak bercadang mengawal media seperti dahulu, sebaliknya meminta kerajaan membuktikan komitmen terhadap kebebasan media menerusi tindakan yang nyata



Tekanan cukai telah ubah sokongan pengundi Cina? - Harakahdaily - 18/08 8:50 pm

KUALA LUMPUR: Tekanan sistem percukaian terhadap peniaga kecil dipercayai antara faktor yang boleh mempengaruhi sentimen politik masyarakat Cina, termasuk perubahan corak pengundian yang dikesan di Negeri Sembilan, kata Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden. Ketua Pemuda PAS Malaysia itu menjelaskan, terdapat tanda pengundi Cina sama ada mula mengubah sokongan atau memilih untuk melakukan protes menerusi peti […] The post Tekanan cukai telah ubah sokongan pengundi Cina? appeared first on Harakahdaily .



Judi: Ada yang nak kaut untung dari kemudaratan? - Harakahdaily - 18/08 9:15 am

KOTA BHARU: Perjudian bukan hak asasi yang perlu dinormalisasikan, sebaliknya aktiviti itu terbukti membawa pelbagai kerosakan kepada individu, keluarga dan masyarakat, kata Mohd Firdaus Mohamed Nawi.Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan berkata, tindakan Kerajaan Negeri Kedah mengekang dan menutup premis perjudian wajar dilihat sebagai usaha mencegah kemudaratan awam, bukan semata-mata daripada sudut politik.Menurutnya, jika isu […] The post Judi: Ada yang nak kaut untung dari kemudaratan? appeared first on Harakahdaily .




Reformasi     >>



Zahid nafi berselisih dengan Anwar - Mkini
Presiden Umno menegaskan bahawa BN kekal komited memastikan kestabilan politik negara sehingga tamat penggal.
Kroni     >>



China Masters final fuels Pang Ron-Pei Jing's Olympic .. - NST
KUALA LUMPUR: Independent mixed doubles pair Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing have set their sights on qualifying for the 2028 Los Angeles Olympics following an encouraging campaign at the China Masters.
Tabloid     >>



Semua penerbangan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta .. - Kosmo
PETALING JAYA Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta digantung sementara hari ini susulan peningkatan aktiviti letusan Gunung Anak Krakatau. Menurut notis perjalanan dikeluarkan pihak lapangan terbang, penggantungan operasi penerbangan itu berkuat kuasa sehingga ..
Tech     >>



Samsung Galaxy A18 4G Leak Reveals Familiar Specs At A .. - Lowyat
Samsung is preparing to refresh its entry-level smartphone lineup with the Galaxy A18, which was previously spotted on Geekbench. Now, a new leak has revealed more about the upcoming handset, leaving little to the imagination. Android Headlines has shared a set of renders depicting the ..
World     >>



US envoys Witkoff, Kushner meet Putin for talks on .. - Aljazeera
US envoys Steve Witkoff and Jared Kushner met Russian President Vladimir Putin at the Kremlin on Saturday.
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan Kalau Cybercrab Tak Boleh Jual, Saya .. - Mekanika
# KALAU CYBERCRAB TAK BOLEH JUAL, SAYA BOTAK KEPALA - YOUTUBER Pertaruhan antara YouTuber teknologi terkenal Marques Brownlee atau MKBHD dengan Elon Musk mengenai Tesla Cybercab kini semakin menarik. MKBHD sebelum ini mempertaruhkan rambutnya selepas menyatakan dia sanggup membotakkan kepala ..