| /// |
|
| Search : Peguam News | Page 1 |
|
Pembatalan pelantikan 10 Exco Negeri Sembilan sah – Peguam Negara - Mygazette - 26/09 3:00 pm # Pembatalan pelantikan 10 Exco Negeri Sembilan sah - Peguam Negara KUALA LUMPUR - Pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir adalah sah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 |
|
Pembatalan pelantikan Exco Negeri Sembilan sah - Utusan - 26/09 2:11 pm PETALING JAYA: Pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan adalah sah daripada segi undang-undang negeri. Peguam Negara, Tan Sri Mohd |
|
Pemecatan exco N Sembilan sah, kata peguam negara - FMT - 26/09 2:11 pm Dusuki Mokhtar berkata warta pembatalan itu sejajar Perkara 38(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. |
|
PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS - Sinarharian - 26/09 2:10 pm KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.Menurutnya, pihak peguam PN akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan bentuk tindakan yang sesuai terhadap keputusan RoS."Esok kami ada mesyuarat dengan peguam-peguam di Kuala Lumpur."Kami akan putuskan tindakan yang sesuai sama ada injunksi ataupun pengisytiharan terhadap keputusan RoS itu sah atau tidak," katanya selepas merasmikan Karnival Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payung di Lembah Sireh di sini pada Sabtu.Sebelum ini, Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, PN boleh memohon perintah injunksi sementara bagi menghalang pelaksanaan perintah penggantungan yang dikeluarkan RoS khususnya jika tindakan itu menjejaskan penyertaan gabungan berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.Permohonan itu boleh dibuat bersama tindakan semakan kehakiman bagi mencabar kesahan perintah penggantungan berkenaan.Takiyuddin berkata, tindakan perundangan itu dibuat susulan keputusan RoS mengenakan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN berkuat kuasa Rabu lepas.Beliau pada masa sama menjelaskan latar yang membawa kepada aduan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk isu mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu.Katanya, pada 15 Julai, Bersatu mengumumkan hasrat menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, manakala pada keesokan harinya PN mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) serta pembahagian kerusi."Jadi mereka dah tak mahu dengan Perikatan Nasional, takkan kami nak panggil lagi, itu minta penjelasan dengan mereka," katanya.RoS sebelum ini mengesahkan menerima aduan rasmi Bersatu pada 11 Ogos lalu berkaitan dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam mesyuarat berkenaan selain isu kedudukan keanggotaan Bersatu dalam PN.Mengulas sama ada perkembangan itu bermakna hasrat Bersatu sudah tercapai, Takiyuddin tidak memberikan jawapan secara langsung, sebaliknya berkata perkara berkaitan kedudukan Bersatu dalam kerajaan negeri perlu dirujuk kepada kerajaan negeri masing-masing."Kena ingat bahawa Bersatu juga berada dalam kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah."Saya tak nak ulas panjang, itu kena tanya kerajaan negeri |
|
10 Exco dibatalkan Tuanku Muhriz, Peguam Negara kata sah - Harapandaily - 26/09 1:25 pm Kemelut pentadbiran Negeri Sembilan memasuki babak baharu apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) |
|
Tahanan rumah: Apa yang boleh halang Najib gunakan telefon Rosmah? - Mkini - 26/09 11:23 am Peguam berpendapat, syarat yang dikenakan terhadap Najib tidak dengan sendirinya memberikan pihak berwajib kuasa tanpa batas untuk memantau Rosmah atau mengawal telefon isteri bekas PM itu. |
|
Pembatalan pelantikan Exco Negeri Sembilan sah - Peguam Negara - Sinarharian - 26/09 11:16 am SHAH ALAM - Pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan adalah sah mengikut peruntukan undang-undang negeri.Exco tersebut ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, warta pembatalan lantikan itu bermula 20 September lalu oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengikut Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959."Warta ini merupakan prosedur tetap."Berdasarkan warta Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Exco selain daripada Menteri Besar memegang jawatannya selama diperkenan oleh Tuanku Muhriz," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Media sebelum ini melaporkan, kesemua Exco tersebut telah mengangkat serta menandatangani sumpah dan ikrar taat setia di hadapan Tuanku Muhriz pada 7 Ogos lepas sebelum mengambil tempat sebagai Exco Negeri Sembilan.Memandangkan kesemua Exco itu telah melanggar ikrar taat setia tersebut, maka Tuanku Muhriz menarik balik perkenannya dan membatalkan pelantikan tersebut.Pada 20 September, pihak Istana Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Tuanku Muhriz telah membatalkan pelantikan semua Exco berkenaan, berkuat kuasa serta-merta.Sebelum ini, AGC memaklumkan Menteri Besar dan Exco Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Selain itu, AGC turut menjelaskan bahawa Exco tidak mempunyai kuasa dari sudut perundangan untuk menggantung tugas SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri kerana kedua-dua jawatan tersebut berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. |
|
Wujud Sistem Kasta Dalam Penjara? Peguam Dedah Realiti Sebenar – “Pengalaman Saya Sendiri…” - Beautifulnara - 26/09 10:26 am Peguam dan pencipta kandungan, Aminahtul Mardiah berkongsi pandangan mengenai dakwaan bahawa wujud sistem kasta dalam kalangan banduan di penjara negara ini |
|
Kuasa pilih, turunkan Yang di-Pertuan Besar prerogatif kami - Mygazette - 26/09 8:16 am Dalam perkembangan sama, mereka mengecam sekeras-kerasnya setiap usaha pihak tertentu sama ada secara terang-terangan atau berselindung yang didakwa cuba mencabuli prerogatif dan hak perlembagaan mereka. Mereka turut mengingatkan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya tidak mencampuri urusan pemerintahan Negeri Sembilan, khususnya prerogatif mereka di bawah Perkara 10 dan Perkara 11 UUTKNS 1959 |
|
Krisis institusi diraja, adat Negeri Sembilan: 'Saya tak mahu campur' - Anwar - Sinarharian - 26/09 12:15 am Saya tak mahu campur."Tapi Undang itu pun yang mana sah, yang mana tak sah, itu dua. Pilih, selesaikan yang itu," katanya.Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Program Pendang Berselawat di Perkarangan Pondok Pertubuhan Mujamma' Ibnu Sunni Al-Talaqqi Pendang, Kedah (Mushtaq) di sini pada Jumaat.Anwar sebelum ini turut menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak mencampuri urusan adat dan sistem pemerintahan beraja di Negeri Sembilan, sebaliknya menghormati proses ditetapkan Perlembagaan, undang-undang serta amalan adat negeri berkenaan.Dalam perkembangan berkaitan, kemelut institusi diraja Negeri Sembilan tercetus susulan isu proklamasi bertarikh 19 April 2026 berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini menyatakan proklamasi berkenaan tidak sah, manakala Kerajaan Negeri turut berdepan pertikaian berhubung tindakan dan keputusan berkaitan kedudukan institusi diraja negeri itu. |
|
Tengku Zafrul persoal status penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan - Sinarharian - 25/09 8:31 pm SHAH ALAM - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim digesa menjelaskan sama ada keputusan menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri itu sudah ditarik balik atau sebaliknya.Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kenyataan terbaharu Ismail bahawa kedudukan kedua-dua pegawai itu perlu diselesaikan melalui proses undang-undang dan pentadbiran masih belum menjawab persoalan utama mengenai status keputusan penggantungan yang diumumkan pada 22 September lalu.Tengku Zafrul berpandangan, mandat rakyat lebih dua per tiga dan hak eksekutif kerajaan negeri yang berulang kali disebut oleh Ismail tidak memberikannya kuasa yang tidak diperuntukkan undang-undang."Apakah keputusan penggantungan sudah ditarik balik? Kalau belum, apa gunanya 'mengambil maklum' bahawa kuasa tersebut terletak pada pihak lain, tetapi keputusan yang dibuat tanpa kuasa masih mahu dikekalkan?"Menang besar bukan bermakna boleh bertindak sesuka hati," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal berkuat kuasa serta-merta.Ismail memaklumkan, keputusan itu dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat khas MMKN Negeri Sembilan.Susulan penggantungan itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Masri Razali dinamakan untuk menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri hingga penyandangbaharu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Tugas memberikan nasihat perundangan pula dilaksanakan oleh Fahmi Adilah, peguam bela dan peguam cara sehingga Penasihat Undang-Undang baharu dinamakan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).Mengulas lanjut, Tengku Zafrul turut meminta Ismail menjelaskan sama ada terdapat dakwaan salah laku terhadap Mohd Zafir dan Muzalmah, proses tatatertib diguna pakai serta pihak berkuasa yang membuat keputusan berkenaan.Beliau berkata,penjawat awam perlu diberi ruang untuk memberikan nasihat berdasarkan undang-undang, termasuk jika pandangannya sukar diterima pemimpin politik."Jangan lemparkan bayangan bahawa dua pegawai kanan tidak profesional atau tidak neutral tanpa menyatakan kesalahan mereka |
|
Badan Peguam cabar pengampunan Najib, tahanan rumah - Mkini - 25/09 8:23 pm Ini cabaran kedua Badan Peguam berhubung pengampunan Najib. |
|
Peguam negara berhak ulas krisis N Sembilan, kata pakar undang-undang - FMT - 25/09 8:00 pm Aziz Bari berkata sebagai penasihat undang-undang tertinggi Persekutuan Dusuki Mokhtar perlu nyata pendirian susulan tuduhan beliau campur tangan dalam pertikaian itu. |
|
Peguam persoal kesahan pelantikan MB N Sembilan - FMT - 25/09 6:00 pm Rosli Dahlan berkata pendirian Ismail Lasim yang 'berubah-ubah' boleh mendedahkannya kepada kesalahan jenayah. |
|
Isa Samad jalani pembedahan mata, SPRM tangguh rakaman keterangan - Sinarharian - 25/09 5:49 pm PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangguhkan proses rakaman keterangan terhadap Datuk Seri Isa Samad, berikutan bekas Pengerusi FELDA itu menjalani pembedahan mata di Hospital Serdang.Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman memaklumkan, proses berkenaan akan bersambung selepas veteran politik itu pulih sepenuhnya."Sepatutnya (keterangan) diambil semalam dan hari ini, tetapi terpaksa tangguh dahulu memandangkan beliau tidak sihat."Apabila sudah sihat, kami akan sambung. Banyak lagi hendak dirakam daripada beliau," katanya demikian di sidang akhbar Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan di sini pada Jumaat.Isa,76, kini menjalani hukuman penjara enam tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2026 mengembalikan sabitan dan hukuman terhadapnya atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3.09 juta.Pertuduhan itu berkaitan penerimaan suapan melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip, daripada bekas Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel, sebagai dorongan untuk membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak, oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.Dalam perkembangan sama, SPRM memaklumkan tujuh kes membabitkan agensi itu disiasat pihaknya.Ujar Abd Halim, Jabatan Peguam Negara telah memberikan izin untuk mendakwa dua individu iaitu bekas pengurus besar FELDA dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FELDA Investment Corporation.Menurutnya, bekas pengurus besar FELDA berdepan satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK), manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif FELDA Investment Corporation pula menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 417 KK.Pertuduhan terhadap kedua-dua individu berkenaan dijadualkan masing-masing pada 29 dan 30 September ini. |
|
RoS perlu jelas asas notis kepada PN – peguam - Harakahdaily - 25/09 5:39 pm SHAH ALAM: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) perlu menjelaskan asas perundangan yang digunakan untuk mengeluarkan notis cadangan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), sedangkan aduan berkaitan kuorum Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU masih belum diputuskan.Pengamal undang-undang, Dr Yusfarizal Yussoff berkata, notis di bawah Seksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] yang dikeluarkan pada 22 September 2026 […] The post RoS perlu jelas asas notis kepada PN – peguam appeared first on Harakahdaily . |
|
Isu baja Kedah: SPRM selesai siasat, dua individu bakal didakwa - Sinarharian - 25/09 5:07 pm PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan berhubung isu kelewatan pengedaran baja kepada pesawah di Kedah dan bercadang mendakwa dua individu berkaitan kes berkenaan dalam masa terdekat.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pihaknya telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi memperakukan pertuduhan terhadap mereka yang terlibat."Kami telah menyelesaikan penyiasatan |
|
MAIWP, kerajaan berjaya batal saman cabar status agama - Sinarharian - 25/09 5:00 pm PUTRAJAYA -Mahkamah Rayuan pada Jumaat membenarkan rayuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan kerajaan untuk membatalkan saman seorang lelaki yang mencabar status agamanya.Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, Datuk Faizah Jamaludin dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid memutuskan bahawa kes yang dikemukakan Shehzad Malik Muhammad Sarwar Malik melibatkan isu keluar daripada agama Islam dan relif yang dipohonnya hanya boleh diberikan oleh Mahkamah Syariah."Responden (Shehzad Malik) tidak boleh datang ke Mahkamah Sivil kerana mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberikan perintah yang dipohon," kata Hakim Mohd Firuz ketika menyampaikan keputusan sebulat suara panel berkenaan.Beliau berkata, mahkamah berpandangan bahawa dari segi undang-undang, responden dikenal pasti sebagai individu beragama Islam, manakala hakikat bahawa beliau mungkin tidak mempercayai akidah Islam serta tidak mengamalkan ajaran agama itu adalah tidak relevan.Terdahulu, panel berkenaan menolak bantahan awal yang dibangkitkan peguam Shehzad Malik bahawa rayuan MAIWP dan kerajaan tidak dikemukakan dengan sewajarnya di hadapan mahkamah dan sepatutnya dibatalkan.Hakim Mohd Firuz memutuskan bahawa rayuan berkenaan adalah kompeten.Shehzad Malik, 30, memfailkan saman pemula pada Disember 2023 dengan mendakwa bahawa ketika dilahirkan pada Jun 1996, kedua-dua ibu bapanya beragama Islam, namun beliau dibesarkan oleh ibunya sebagai penganut Sikh.Beliau berkata, selepas ibunya meninggal dunia pada 2007, beliau dibesarkan oleh bapa saudaranya yang turut menganut dan mengamalkan agama Sikh.Shehzad Malik memohon deklarasi mahkamah supaya status agamanya dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) "dipinda dan diperbetulkan" daripada Islam kepada Sikh, selain menukar namanya daripada Shehzad Malik bin Muhammad Sarwar Malik kepada Bilawal Singh Bhutter.Pada 24 Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan MAIWP dan kerajaan untuk membatalkan saman pemula itu, menyebabkan kedua-dua pihak mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.Dalam prosiding hari ini, MAIWP diwakili peguam Ahmad Kamal Abu Bakar dan Arik Zakri Abdul Kadir, manakala Peguam Kanan Persekutuan Husniyyah Hanapi mewakili kerajaan.Shehzad Malik pula diwakili peguam Sachpreetraj Singh Sohanpal dan Amanda Sonia Mathew.- Bernama |
|
Kalau tak mahu, duduk sajalah dalam penjara, netizen balas kenyataan .. - Wrlr - 25/09 4:35 pm Harapandaily September 25, 2026 Kenyataan peguam Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan syor pemasangan kawat duri, lampu sorot dan menempatkan pengawal bersenjata di kediaman bekas Presiden Umno itu sebagai tidak masuk akal mengundang kecaman dan sindiran netizen di media sosial |
|
Sudah-sudahlah manipulasi fakta, ahli akademik tegur 4 undang - FMT - 25/09 4:08 pm Peguam, Rosli Dahlan, menyifatkan teguran mereka terhadap perdana menteri sebagai 'menghairankan dan belum pernah berlaku'. |
|
Sudah-sudahlah manipulasi fakta, ahli akademik tegur 4 undang - Hotfm - 25/09 4:08 pm Peguam, Rosli Dahlan, menyifatkan teguran mereka terhadap perdana menteri sebagai 'menghairankan dan belum pernah berlaku'. |
|
Anak Najib, cucu muncul di mahkamah - Mygazette - 25/09 3:15 pm Terdahulu, keluarga Najib dilaporkan belum menerima sebarang makluman rasmi daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Penjara mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan tahanan rumah. Malah, pihak keluarga dan peguam juga belum menerima maklumat mengenai persiapan kediaman termasuk kerja pengubahsuaian bagi membolehkan pelaksanaan tahanan rumah itu dilakukan |
|
Akaun bank dibeku, Najib tiada wang bayar denda RM50 juta – Shafee .. - Mygazette - 25/09 3:15 pm # Akaun bank dibeku, Najib tiada wang bayar denda RM50 juta - Shafee KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak mampu untuk membayar denda RM50 juta yang disyaratkan kepadanya bagi menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah. Peguam Tan Sri Dr |
|
2 pelajar didakwa cederakan pelajar lain dengan seterika 2 pelajar didakwa .. - Mygazette - 25/09 3:15 pm Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Jayasri, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nur Nadrah Badarudin |
|
Najib belum terima surat rasmi pemakluman pengampunan bersyarat – .. - Mygazette - 25/09 3:15 pm # Najib belum terima surat rasmi pemakluman pengampunan bersyarat - Shafee KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak masih menunggu surat rasmi pengampunan bersyarat dari pihak berwajib bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara kes SRC International sebagai tahanan rumah. Peguam Tan Sri Dr |
|
Krisis adat N.Sembilan: Rais Yatim didakwa keluar kenyataan hasutan - Mygazette - 25/09 3:15 pm Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Shahrizat Ismail, Nor Azizah Aling dan Nadia Mohd Izhar mencadangkan jaminan sebanyak RM 10,000 dengan seorang penjamin. Rais yang diwakili barisan lima peguam diketuai anaknya sendiri, Danni Rais bagaimanapun memohon jumlah jaminan berkenaan dikurangkan dengan alasan tertuduh memberi kerjasama baik kepada mahkamah meskipun hanya dimaklumkan berkaitan pertuduhan kira-kira pukul 10.30 malam tadi |
|
Tahanan Rumah Bukan Ganjil dan Cadangan Supaya Rumah Najib Dipagar Ketat... - Mygazette - 25/09 3:15 pm # Tahanan Rumah Bukan Ganjil dan Cadangan Supaya Rumah Najib Dipagar Ketat Adalah Bodoh - Shafee Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan sebab pihaknya memohon penggantungan pelaksanaan hukuman serta isu berkaitan tahanan rumah. |
|
Mengapa AGC berdiam diri isu pembatalan lantikan Exco N. Sembilan? ??? .. - Mygazette - 25/09 3:15 pm # Mengapa AGC berdiam diri isu pembatalan lantikan Exco N. Sembilan? Fadhli Shaari KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan mengapa Jabatan Peguam Negara (AGC) berdiam diri dalam isu pembatalan lantikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan |
|
Proklamasi: Saya tak tandatangan, kenapa Ismail tandatangan? ??? Aminuddin - Mygazette - 25/09 3:15 pm Dalam pada itu, Aminuddin menegaskan Perkara 10 UUTKNS tidak boleh dianggap sebagai proses yang boleh diambil ringan kerana ia mempunyai kaitan langsung dengan kedudukan Yang di-Pertuan Besar. Pada 17 September lalu, Jabatan Peguam Negara menyatakan proklamasi bertarikh 19 April 2026 tidak sah kerana, menurut pendirian jabatan itu, kehendak mandatori Perkara 10 tidak dipatuhi |
|
Kalau tak mahu, duduk sajalah dalam penjara, netizen balas kenyataan peguam Najib - Harapandaily - 25/09 3:13 pm Kenyataan peguam Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan syor pemasangan kawat duri, lampu sorot dan menempatkan pengawal bersenjata di kediaman bekas Presiden Umno itu sebagai tidak masuk akal mengundang kecaman dan sindiran netizen di media sosial |
|
Bila Najib boleh mula jalani tahanan rumah? Ini penjelasan peguam Shafee Abdullah - Sinarharian - 25/09 3:01 pm KUALA LUMPUR - Lapan hari selepas keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan diumumkan pada 18 September lalu, tumpuan kini terarah kepada bila Datuk Seri Najib Razak boleh mula menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd, secara tahanan rumah.Najib menerima pengampunan bersyarat untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat yang ditetapkan.Berikut antara penjelasan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib, dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini:1 |
|
Bila Najib boleh mula jalani tahanan rumah? Ini penjelasan peguam Shafee Abdullah - Astroawani - 25/09 2:32 pm Kemunculan bekas Perdana Menteri itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini turut menjadi perhatian susulan perkembangan berhubung pelaksanaan tahanan rumah berkenaan. |
|
Tahanan rumah Najib: Kawat duri, lampu sorot tidak masuk akal Peguam - Sinarharian - 25/09 1:25 pm KUALA LUMPUR Cadangan memasang kawat duri, lampu sorot serta menempatkan pengawal bersenjata di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani tahanan rumah disifatkan tidak masuk akal.Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, cadangan sedemikian tidak selari dengan rasional pelaksanaan tahanan rumah yang sepatutnya membolehkan seseorang menjalani kehidupan secara normal.Menurutnya, terlalu banyak pandangan dan perbincangan dikemukakan mengenai cara tahanan rumah perlu dilaksanakan, termasuk persoalan sama ada kediaman seseorang itu perlu mempunyai ciri-ciri seperti penjara."Kalau ada penahanan di rumah, bagaimana keadaan rumah, adakah keadaan rumah seperti penjara, adakah kita pasang kawat duri di sekeliling kawasan, seperti kawat duri di kawasan tahanan perang dan sebagainya?"Macam-macam ya, terlalu banyak pakar tidak rasmi yang membuat kenyataan yang kadang-kadang terlalu mengejutkan dan langsung tidak mempunyai logik," katanya ketika sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.Muhammad Shafee berkata, jika tahanan rumah dilaksanakan terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan, perkara berkenaan bukan sesuatu yang ganjil."Bagi saya, penahanan rumah kalau berlaku dan jika berlaku, merupakan sesuatu yang bukan luar biasa sebab perkara ini lazim dilakukan dalam banyak kes," katanya.Mengulas cadangan supaya kediaman Najib dikawal seperti sebuah penjara, Shafee menyifatkannya sebagai pandangan yang terlalu spekulatif dan tidak berasas."Kalau anda membaca kebanyakan artikel dan media sosial, orang yang bercakap, seolah-olah mereka sangat pakar, sedangkan semuanya merapu."Jadi, kalau anda meminta saya memberikan komen mengenai perkara-perkara yang merapu, saya tidak boleh kerana ia terlalu spekulatif," katanya.Shafee turut menjelaskan bahawa pelaksanaan tahanan rumah seharusnya tidak hanya dilihat dalam konteks Najib, sebaliknya wajar menjadi satu kaedah yang boleh digunakan kepada banduan lain mengikut peruntukan dan syarat yang ditetapkan.Pada 18 September lalu, Najib mendapat pengampunan bersyarat daripada Agong, Sultan Ibrahim, dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada tarikh sama.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.Najib hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat berkenaan terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjaraNajib dihukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 atas tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Najib dan mengekalkan sabitan serta hukuman berkenaan.Pada hari sama, Najib mula menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.Tidak lama selepas itu, Najib mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 2 September 2022 |
|
Najib tak mampu bayar RM50 juta, serba salah kutip derma - peguam - Mkini - 25/09 1:19 pm Akaun banknya masih dibekukan, kata Shafee. |
|
“Dia serba salah…” – Akaun Bank Kena Beku, Peguam Dedah Najib Tak Mampu Bayar Denda RM50 Juta - Lobakmerah - 25/09 12:57 am Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar denda RM50 juta yang menjadi antara syarat bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah. Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, selepas prosiding mahkamah di Kuala Lumpur hari ini |
|
Pembantu jurujual kedai emas didakwa tipu pakej umrah RM35,736 - Sinarharian - 25/09 12:52 am BALIK PULAU Seorang pembantu jurujual kedai emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan menipu seorang individu berkaitan pakej umrah persendirian membabitkan kerugian RM35,736 tahun lalu.Syed Syafiq Syed Azhar, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memperdayakan seorang pengadu pada Februari 2025 dengan menawarkan pakej umrah persendirian yang kononnya meliputi penerbangan pergi dan balik serta penginapan di Makkah dan Madinah.Tawaran tersebut bagaimanapun didakwa tidak benar sebelum pengadu menyerahkan wang berjumlah RM35,736 kepada tertuduh menerusi akaun Bank Islam milik syarikat Fique Legacy yang didaftarkan atas namanya.Perbuatan itu didakwa berlaku di sebuah premis di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.Mahkamah turut dimaklumkan bahawa tertuduh dipercayai menjalankan perkhidmatan pakej pelancongan umrah persendirian tanpa lesen sah daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) selain tidak memiliki lesen Syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Lembaga Tabung Haji (TH).Dalam prosiding itu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sofi Jaafar menawarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin.Selain itu, tertuduh turut diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.Bagaimanapun, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Hazarul Iqram Rozahan yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya seorang duda dan mempunyai seorang anak.Selepas mempertimbangkan permohonan kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan jaminan RM7,500 dengan seorang penjamin selain menetapkan 19 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. |
|
“Akaun Bank Dibekukan, Najib Tak Mampu Bayar Denda RM50 Juta” – Peguam - Beautifulnara - 25/09 12:50 am Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan belum mempunyai kemampuan untuk membayar denda sebanyak RM50 juta, yang menjadi antara syarat sebelum beliau boleh menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah. Perkara itu dimaklumkan oleh peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika bercakap kepada media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis |
|
Remaja Indonesia didakwa edar lebih 25kg dadah - Sinarharian - 25/09 12:39 am KLUANG Seorang remaja lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan mengedar dadah disyaki heroin dan methamphetamine dengan berat keseluruhan lebih 25 kilogram (kg), pada minggu lalu.Tertuduh, Nanda Afrizal, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norasidah A Rahman.Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang juga buruh binaan didakwa mengedar dadah disyaki jenis heroin dengan anggaran berat kasar 17,842 gram di sebuah bilik sebuah rumah di Taman Lian Seng, kira-kira jam 3 petang pada 13 September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengedar dadah disyaki methamphetamine dengan anggaran berat kasar 8,109 gram di lokasi dan waktu sama.Kesalahan itu juga didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.Sekiranya disabit kesalahan, kedua-dua pertuduhan itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan, jika tidak dihukum mati, sebatan tidak kurang 12 kali.Dalam pertuduhan berasingan, Nanda turut didakwa memiliki dadah disyaki methamphetamine dengan anggaran berat kasar 5.25 gram di ruang tamu rumah sama pada waktu dan tarikh berkenaan.Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun serta sebatan tidak kurang tiga kali dan tidak lebih sembilan kali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Tiada sebarang jaminan ditawarkan menetapkan 25 November bagi serahan laporan kimia dan sebutan semula kes.Dalam prosiding sama, tertuduh berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana didakwa tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas lawatan sosial pada 8 Oktober tahun tanpa sebab yang munasabah.Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta sama yang memperuntukkan denda tidak kurang RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.Majistret menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan daripada tarikh tangkap an selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan. |
|
AGC perlu jelas status pembatalan EXCO N Sembilan - Harakahdaily - 25/09 12:36 am KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) diminta menjelaskan sama ada pembatalan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan sah di sisi undang-undang.Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan mengapa AGC masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.Menurutnya, AGC sebelum ini segera memberikan penjelasan berhubung isu penggantungan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan […] The post AGC perlu jelas status pembatalan EXCO N Sembilan appeared first on Harakahdaily . |
|
Najib belum terima surat rasmi tahanan rumah, kata peguam - FMT - 25/09 12:35 am Shafee Abdullah berkata kelewatan itu jejaskan tindakan pihaknya kerana tidak tahu syarat penuh pengampunan bersyarat tersebut. |
|
Akaun bank dibekukan, Najib tak mampu bayar denda RM50 juta - Peguam - Astroawani - 25/09 12:15 am Keadaan kewangan beliau ketika ini tidak membolehkannya menyediakan jumlah berkenaan susulan pembekuan beberapa akaun miliknya. |
|
'Pelik, dah lapan hari' - Peguam persoal Najib belum terima surat rasmi pengampunan bersyarat - Sinarharian - 25/09 12:11 am KUALA LUMPUR Biarpun Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong lapan hari lalu, namun bekas Perdana Menteri itu belum menerima surat rasmi yang membolehkannya menjalani baki hukuman kes SRC International di bawah tahanan rumah.Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah turut menyifatkan perkara berkenaan sebagai suatu yang pelik.Menurutnya, pasukan pembelaan bekas Ahli Parlimen Pekan berusia 73 tahun itu juga belum menerima dokumen yang memperincikan syarat-syarat pengampunan tersebut.Bukan itu sahaja, Muhammad Shafee mendakwa pihak penjara turut belum menerima dokumen rasmi yang sama."Hingga hari ini, sudah masuk hari kelapan, ia sesuatu yang pelik kerana Datuk Seri Najib masih belum menerima surat rasmi mengenai pengampunan bersyarat yang membolehkanya menjalani baki hukuman kes SRC International di bawah tahanan rumah."Sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan di bawah kuasa prerogatif, individu paling penting ialah Najib kerana yang sedang menjalani hukuman penjara dan akan diletakkan di bawah tahanan rumah."Bagaimanapun sehingga hari ini, Najib masih belum menerima surat itu, kami tidak tahu punca surat itu mengambil masa yang begitu lama," katanya ketika sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.Beliau berkata, kelewatan menerima dokumen rasmi berkenaan turut menjejaskan langkah seterusnya yang perlu diambil pasukan guaman kerana mereka masih tidak mengetahui secara terperinci syarat-syarat yang ditetapkan.Beliau berkata, surat berkenaan penting bagi membolehkan pihaknya memahami skop pengampunan bersyarat itu serta menentukan tindakan lanjut yang perlu diambil.Pada 18 September lalu, Najib mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada tarikh sama.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.Najib hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat berkenaan terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjaraNajib dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 atas tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Najib dan mengekalkan sabitan serta hukuman berkenaan.Pada hari sama, Najib mula menjalani hukuman di Penjara Kajang.Tidak lama selepas itu, Najib mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 2 September 2022.Permohonan tersebut kemudian dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 29 Januari 2024.Pada 2 Februari 2024, BHEUU mengumumkan keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. |
|
'Najib tidak mampu bayar' - Peguam - Hmetro - 25/09 11:38 am Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak kini berasa serba salah apabila perlu membayar denda RM50 juta sebagai antara syarat pengampunan, namun pada masa sama tidak mempunyai kemampuan untuk menjelaskan jumlah berkenaan |
|
[TERKINI] Najib Razak belum terima surat rasmi pengampunan bersyarat - Peguam - Astroawani - 25/09 11:30 am Peguam Muhammad Shafee menyatakan rasa pelik kerana surat berkenaan juga masih belum diterima Jabatan Penjara walaupun keputusan pengampunan sudah dibuat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 18 September lalu. |
|
Rais Yatim pleads not guilty to sedition charge - Sinardaily - 25/09 11:01 am MELAKA - Former Dewan Negara senator Tan Sri Rais Yatim pleaded not guilty at the Ayer Keroh Sessions Court today to a charge under the Sedition Act linked to the crisis involving the Negeri Sembilan royal institution.The 84-year-old claimed trial after the charge was read before Judge Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.According to the charge, Rais allegedly uttered seditious words at a hotel in Simpang Ampat, Alor Gajah, at around 1pm on June 5.The sedition charge stems from remarks Rais made expressing support for Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar as Negeri Sembilan's 12th Yang di-Pertuan Besar and urging loyalty to him.Rais, who is also Parti Wawasan Negara chairman was charged under Paragraph 4(1)(b) of the Sedition Act 1948, punishable under Subsection 4(1) of the same act.If convicted, he faces a fine of up to RM5,000, an imprisonment of up to three years, or both.The prosecution was conducted by deputy public prosecutors Shahrizat Ismail, Nor Azizah Aling and Nadia Mohd Izhar.They proposed bail of RM10,000 with one surety.However, lawyers representing Rais, including his son, Danni Rais, along with Sheela Menon, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Ahmad Soleh Yusof and Syahmi Aiman Mohamad Nasir pleaded for lower bail.The defence told the court that their client had given full cooperation by appearing in court despite only being notified of the charge at around 10.30pm, yesterday.The court then set bail at RM8,000 with one surety and fixed Oct 27 mention.It was reported that Rais had previously spoken publicly about the dispute involving the institution of the Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan.In September, he voiced his views on the position of the royal institution and the alleged involvement of the Attorney General's Chambers in the dispute.In July, two Negeri Sembilan state honours conferred on Rais were revoked with immediate effect on the orders of the Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.For the record, Rais was appointed as the chief legal adviser (Penasihat dan Peguam Utama) to Negeri Sembilan's top customary (adat) leadership on Apr 2. |
|
Bekas COO TH didakwa lagi atas pertuduhan terima kos ubah suai rumah RM8,882.77 - Sinarharian - 25/09 10:42 am KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) yang telah didakwa atas pertuduhan menerima kos ubah suai rumah, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan sama melibatkan kos pengubahsuaian sebuah rumah di Bandar Sri Damansara bernilai RM8,882.77, sembilan tahun lepas.Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.Adi Azuan didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Pegawai Operasi TH, telah menerima untuk dirinya benda berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi iaitu kos pengubahsuaian sebuah rumah di Jalan Tanjung SD 13/4, Bandar Sri Damansara bernilai RM8,882.77 daripada Pengarah Syarikat AG Reka Sdn Bhd Thamsulazri Ismail, yang dia ketahui ada kena-mengena dalam urusan yang dijalankan olehnya.Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di kediaman berkenaan pada 7 Mac 2017, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irna Julieza Maaras memaklumkan kepada mahkamah bahawa Adi Azuan telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam mengikut seksyen serupa dan pihak pendakwaan memohon supaya jaminan RM50,000 dan syarat jaminan di mahkamah berkenaan diguna pakai untuk kes ini."Semalam, mahkamah menetapkan jaminan RM50,000 serta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM Putrajaya, tidak mengganggu saksi pendakwaan selain pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai. Mahkamah Sesyen Shah Alam juga telah menetapkan 25 Nov untuk sebutan kes."Oleh itu, pihak pendakwaan memohon supaya kes di mahkamah ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan secara bersama, kerana ia melibatkan saksi dan kertas siasatan sama," katanya.Peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, yang mewakili Adi Azuan berkata pihaknya tidak membantah permohonan pendakwaan supaya kes di mahkamah ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan secara bersama."Saya sahkan tertuduh sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan |
|
'Mengapa AGC diam isu pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan?' - Fadhli Shaari - Sinarharian - 25/09 10:12 am SHAH ALAM Jabatan Peguam Negara (AGC) digesa menjelaskan status pembatalan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang didakwa berlaku lebih awal berbanding isu proklamasi dan penggantungan pegawai kanan kerajaan negeri.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, AGC sebelum ini dilihat pantas mengeluarkan kenyataan berhubung kesahan proklamasi yang ditandatangani Menteri Besar Negeri Sembilan.Menurut beliau, tindakan sama turut diambil AGC dalam isu penggantungan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri."Dalam isu penggantungan SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri, AGC cepat mengeluarkan kenyataan."Tetapi dalam isu pembatalan pelantikan Exco Negeri Sembilan yang berlaku lebih awal, mengapa AGC berdiam diri?"Sah atau tidak, AGC perlu mengeluarkan penjelasan mengenai perkara itu juga," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, AGC memaklumkan Menteri Besar dan Exco Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Selain itu, AGC turut menjelaskan bahawa Exco tidak mempunyai kuasa dari sudut perundangan untuk menggantung tugas SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri kerana kedua-dua jawatan tersebut berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.Dalam pada itu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Machang berpandangan penjelasan AGC berhubung isu berkenaan penting kerana ia berpotensi menjadi rujukan dan panduan kepada kerajaan negeri lain."Perkara ini boleh menjadi panduan kepada negeri-negeri lain pada masa akan datang."Sebab itu penjelasan yang jelas dan menyeluruh amat diperlukan," katanya. |
|
Rais tiba di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, berdepan pertuduhan Akta Hasutan - Sinarharian - 25/09 8:57 am MELAKA - Bekas Senator Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim tiba di Mahkamah Ayer Keroh di sini sekitar jam 8.40 pagi, Jumaat, bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Hasutan berkaitan krisis institusi diraja Negeri Sembilan.Beliau ditemani isterinya, Puan Sri Masnah Muhamat serta anaknya, Danni Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang.Berdasarkan semakan, kes berkenaan didaftarkan dan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 2 Ayer Keroh, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.Ia dipercayai berhubung tindakan memasyhurkan Tunku Nazaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis di sebuah hotel di Melaka pada 5 Jun lalu.Rais dijangka dituduh di bawah perenggan 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 [Akta 15], yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta yang sama.Rais yang juga Pengerusi Parti Wawasan Negara sebelum ini lantang mengulas kemelut membabitkan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Beliau antara lain menyuarakan pandangan berhubung kedudukan institusi diraja serta campur tangan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kemelut berkenaan.Pada Julai lalu, dua darjah kebesaran Negeri Sembilan yang dikurniakan kepada Rais turut ditarik balik berkuat kuasa serta-merta atas titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. |
|
Polis N. Sembilan utamakan keselamatan, ketenteraman awam - Mygazette - 25/09 8:00 am Sembilan utamakan keselamatan, ketenteraman awam SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Polis Kontinjen Negeri Sembilan terus mengutamakan keselamatan dan ketenteraman awam susulan perkembangan semasa di negeri berkenaan. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, PDRM mengambil maklum kenyataan Jabatan Peguam Negara berhubung proklamasi bertarikh 19 April lepas dan menghormati proses Perlembagaan dan perundangan yang sedang berjalan tanpa membuat sebarang penentuan di luar bidang kuasanya |
|
Pembatalan 10 Exco Negeri Sembilan timbul persoalan kuasa – Peguam - Mygazette - 25/09 8:00 am # Pembatalan 10 Exco Negeri Sembilan timbul persoalan kuasa - Peguam KUALA LUMPUR - Persoalan sama ada Yang di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan mempunyai kuasa membatalkan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tanpa nasihat Menteri Besar kini menjadi antara isu utama susulan pembatalan pelantikan 10 Exco negeri itu |
|
Petronas, Kerajaan Sarawak mahu petisyen berkaitan minyak dan gas didengar .. - Mygazette - 25/09 8:00 am Perkara itu dimaklumkan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Rhodzariah Bujang pada prosiding saman untuk arahan, hari ini. Peguam Petronas, Datuk Dr Cyrus Das memberitahu mahkamah bahawa Kerajaan Negeri Sarawak telah mengambil pendirian supaya dua petisyen itu tidak digabungkan |
|
Rais Yatim to be charged at Ayer Keroh Sessions Court today - Sinardaily - 25/09 7:25 am MELAKA Former Dewan Negara senator Tan Sri Rais Yatim is expected to be charged at the Ayer Keroh Sessions Court here today over an alleged offence under the Sedition Act linked to the crisis involving the Negeri Sembilan royal institution.Checks found that the case is scheduled to be registered and mentioned before Sessions Court 2 judge Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.The charge is believed to be related to the proclamation of Tunku Nazaruddin Tuanku Jaafar as the 12th Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan during a ceremony at a hotel in Melaka on June 5.Rais, who is also chairman of Parti Wawasan Negara, had previously spoken publicly about the dispute involving the institution of the Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan.In September, he voiced his views on the position of the royal institution and the alleged involvement of the Attorney General's Chambers (AGC) in the dispute.In July, two Negeri Sembilan state honours conferred on Rais were revoked with immediate effect on the orders of the Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.For the record, Rais was appointed as the chief legal adviser (Penasihat dan Peguam Utama) to Negeri Sembilan's top customary (adat) leadership on Apr 2. |
|
Tertuduh tiba-tiba menangis, prosiding kes bunuh terhenti seketika - Sinarharian - 24/09 11:36 pm TAWAU - Prosiding kes bunuh seorang penebar roti canai wanita terpaksa dihentikan seketika selepas tertuduh tiba-tiba menangis dan berdiam diri ketika ditanya sama ada mengaku bersalah atau tidak selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Tawau, pada Khamis.Tertuduh, Md Ridzuan Abd Ahmad Zaini Logan, 35, tidak memberikan sebarang jawapan dan dalam keadaan emosi tidak stabil menyebabkan prosiding ditangguhkan seketika sebelum disambung semula.Selepas prosiding disambung, mahkamah kemudian menetapkan tarikh baharu bagi sebutan semula kes berkenaan.Pertuduhan terhadap Md Ridzuan dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Steve Ritikos.Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Sirlin Salleh di kawasan semak Kampung Pisang, Lahad Datu, antara jam 6 hingga 8 pagi pada 14 November 2023.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan 12 sebatan jika tidak dihukum mati.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif manakala tertuduh diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki.Mahkamah menetapkan 1 Oktober depan untuk sebutan semula kes.Sebelum itu, Sinar Harian pada 14 November 2023 melaporkan mangsa yang berusia 36 tahun ditemukan tidak bernyawa oleh ahli keluarganya di kawasan semak sebuah kebun pisang kira-kira 600 meter dari rumahnya.Mangsa dipercayai keluar dari rumah kira-kira jam 6.15 pagi untuk berjalan kaki ke tempat kerja dengan melalui kawasan semak berkenaan.Mangsa dikatakan tidak sampai ke tempat kerjanya sebelum pihak majikan bertindak menghubungi ahli keluarganya.Susulan itu, ahli keluarga bertindak mencari mangsa sebelum menemui mayatnya kira-kira 600 meter dari rumah dan dipercayai dirogol serta dibunuh dengan kesan kelar pada bahagian leher. |
|
Rais Yatim to be charged at Ayer Keroh Sessions Court tomorrow, linked to Negeri Sembilan royal crisis - Sinardaily - 24/09 11:35 pm MELAKA Former Dewan Negara senator Tan Sri Rais Yatim is expected to be charged at the Ayer Keroh Sessions Court here on Friday over an alleged offence under the Sedition Act linked to the crisis involving the Negeri Sembilan royal institution.Checks found that the case is scheduled to be registered and mentioned before Sessions Court 2 judge Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.The charge is believed to be related to the proclamation of Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar as the 12th Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan during a ceremony at a hotel in Melaka on June 5.Rais, who is also chairman of Parti Wawasan Negara, had previously spoken publicly about the dispute involving the institution of the Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan.In September, he voiced his views on the position of the royal institution and the alleged involvement of the Attorney Generals Chambers (AGC) in the dispute.In July, two Negeri Sembilan state honours conferred on Rais were revoked with immediate effect on the orders of the Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.For the record, Rais was appointed as the chief legal adviser (Penasihat dan Peguam Utama) to Negeri Sembilan's top customary (adat) leadership on April 2, 2026. |
|
Rais bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh esok - Sinarharian - 24/09 11:22 pm MELAKA - Bekas Senator Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Jumaat berhubung pertuduhan di bawah Akta Hasutan berkaitan krisis institusi diraja Negeri Sembilan.Berdasarkan semakan, kes berkenaan akan didaftarkan dan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 2 Ayer Keroh, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.Ia dipercayai berhubung memasyhurkan Tunku Nazaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis di sebuah hotel di Melaka pada 5 Jun lalu.Rais yang juga Pengerusi Parti Wawasan Negara sebelum ini lantang mengulas kemelut membabitkan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Pada September lalu, beliau antara lain menyuarakan pandangan berhubung kedudukan institusi diraja serta campur tangan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kemelut berkenaan.Pada Julai lalu, dua darjah kebesaran Negeri Sembilan yang dikurniakan kepada Rais turut ditarik balik berkuat kuasa serta-merta atas titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. |
|
Indira bawa perjuangan berkait anak hilang ke Mahkamah Persekutuan - FMT - 24/09 7:12 pm Peguam kepada M Indira Gandhi kemuka enam persoalan kepada mahkamah, termasuk sama ada tuntutan 'nonfeasance' oleh penjawat awam memerlukan bukti kemungkiran, penyebaban, dan kerugian. |
|
Suami isteri terlepas hukuman mati, menangis peluk ahli keluarga - Sinarharian - 24/09 5:42 pm KOTA BHARU - Sepasang suami isteri menangis sambil disambut pelukan dari ahli keluarga selepas dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis daripada pertuduhan mengedar 81.77 gram dadah jenis pil kuda.Pesuruhjaya Kehakiman, Azhar Mokhtar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Syed Mohamad Haizat Syed Hassan, 32, dan isterinya, Nurul Syahira Zakaria, 30, pada akhir kes pendakwaan.Dalam alasan penghakiman, Azhar berkata, hasil ujian DNA terhadap bungkusan dadah yang ditemui dalam bakul motosikal di dapur rumah serta jaket yang digunakan untuk membungkus dadah berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan kedua-dua tertuduh.Menurutnya, keadaan rumah pasangan itu juga membolehkan sesiapa sahaja memasuki premis berkenaan sama ada melalui pintu utama atau bahagian dapur."Di sebelah rumah tertuduh pula terdapat kedai basuh kereta dan tiga pekerja premis berkenaan sering menggunakan tandas di rumah tertuduh."Mereka sebelum ini sudah ditangkap namun dibebaskan dengan jaminan polis."Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, tiada sebarang maklumat yang dapat mengaitkan tertuduh kedua, Nurul Syahira dengan dadah yang ditemui," katanya.Susulan itu, mahkamah memutuskan kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri.Mengikut pertuduhan, pasangan berkenaan didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 81.77 gram itu di sebuah rumah di Batu 19, Kampung Badak, Bachok, pada jam 11 pagi, 20 Mac 2022.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.Jika sabit kesalahan, seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman mati dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, hukuman penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 15 kali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Adila Mat Zaidan.Syed Mohamad Haizat diwakili peguam Azrul Hashimi Mohammad, manakala Nurul Syahira diwakili peguam Mohd Firdaus Zainal Abidin dan Mohd Zubairi Salleh. |
|
Dua penjawat awam mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu, bersubahat - Mygazette - 24/09 4:07 pm Jika sabit kesalahan Mohamad Ihsan dan Radzmil boleh di penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Sabah Norsham Saharom manakala kedua-dua lelaki itu diwakili peguam Nur Hafizah Husna Elahab |
|
Pemilik syarikat gajet didenda RM40,000 jual telefon bimbit bercap .. - Mygazette - 24/09 4:07 pm Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan yang dipakaikan cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa KPDN, Shamani Natha, manakala tertuduh tidak diwakili peguam |
|
Bekas COO TH mengaku tidak bersalah terima manfaat lebih RM300,000 - Mygazette - 24/09 4:07 pm Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin menawarkan jaminan sebanyak RM70,000 dengan seorang penjamin, selain memohon tertuduh diwajibkan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. Dalam prosiding jaminan, peguam tertuduh merayu supaya mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga |
|
Pengerusi NGO tidak hadir kali kedua, mahkamah kekalkan waran tangkap - Sinarharian - 24/09 1:28 pm KOTA BHARU - Sehari selepas dikenakan waran tangkap, pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sekali lagi tidak hadir ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bagi menghadapi 30 pertuduhan gagal menyelenggara buku stok minyak masak.Orang kena saman (OKS), Pui Tiong Lam, 61, tidak hadir ke mahkamah berkenaan atas alasan cuti sakit.Dia yang juga pemilik perniagaan borong minyak masak sebelum ini dikenakan waran tangkap oleh mahkamah sama pada Rabu selepas gagal menghadirkan diri bagi menghadapi 42 pertuduhan berkaitan bekalan minyak masak bersubsidi.Hakim Nik Habri Muhamad kemudian menetapkan 15 Oktober depan untuk OKS hadir bagi menghadapi pertuduhan terbaharu berkenaan.Pada prosiding itu, peguam yang mewakili OKS, Nurul Atikah Che Anawa dan Nur Insyirah Yusmizul memaklumkan keadaan kesihatan Tiong Lam serta memohon supaya waran tangkap yang dikeluarkan sehari sebelumnya dibatalkan.Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Siti Edabayu Subhan dan Pegawai Pendakwa, Muhammadi Iman Masjuri bagaimanapun membantah permohonan tersebut.Siti Edabayu berkata, pihak pendakwaan tidak membantah ketidakhadiran OKS kali kedua atas alasan cuti sakit, namun waran tangkap yang dikeluarkan sebelum itu hendaklah kekal sehingga dia hadir ke mahkamah.Dalam pada itu, Nik Habri menasihati peguam supaya memastikan anak guamnya hadir pada tarikh ditetapkan memandangkan kes berkenaan membabitkan keseluruhan 72 pertuduhan."Kes ini bukan sedikit |
|
Kes tikam pelajar: AGC fail rayuan keputusan bebas pertuduhan membunuh - Sinarharian - 24/09 12:18 am KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam melepaskan dan membebaskan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun daripada pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, tahun lepas.AGC dalam kenyataan pada Khamismemaklumkan, rayuan itu difailkan pada 22 September lepas."Jabatan ini merujuk kepada keputusan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 September 2026 yang melepaskan dan membebaskan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun daripada pertuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] di akhir kes pembelaan, setelah mahkamah mendapati remaja tersebut berada dalam keadaan tidak waras pada masa kesalahan itu dilakukan."Setelah mempertimbangkan keputusan hakim berkenaan, AGC memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut," menurut kenyataan itu.Pada 14 September lepas, Hakim Adlin Abdul Majid memerintahkan remaja lelaki itu ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sehingga selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.Dia didakwa membunuh rakan sekolahnya di tandas pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Bandar Utama antara 9.20 pagi hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober 2025.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak melebihi 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman mati.Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 menetapkan bahawa hukuman mati tidak boleh dikenakan terhadap individu yang berumur di bawah 18 tahun.- Bernama |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |