///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Pantai Merdeka News   Page 1    



KPM, IPG bantu bawa pulang jenazah pelajar IPG lemas ke Sarawak - Mgazette - 6/04 7:57 am

# KPM, IPG bantu bawa pulang jenazah pelajar IPG lemas ke Sarawak ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan menguruskan segala keperluan untuk membawa pulang jenazah dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis ke Sarawak yang lemas ketika melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka dekat Sungai Petani, semalam





KPM teliti pematuhan SOP susulan kes dua pelajar IPG lemas - Mgazette - 6/04 7:57 am

Kita juga akan merujuk laporan polis kepada Maritim Malaysia untuk siasatan punca kemalangan di laut,katanya menerusi kenyataan media hari ini. Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, dua pelajar IPG tersebut ditemukan meninggal dunia akibat lemas semasa melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka





KPM, IPG bantu bawa pulang jenazah pelajar lemas ke Sarawak - Sinarharian - 5/04 8:08 pm

ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan menguruskan segala keperluan untuk membawa pulang jenazah dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis ke Sarawak yang lemas ketika melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka dekat Sungai Petani semalam.Timbalan Menteri KPM, Wong Kah Woh berkata, kementerian bersama pihak IPG akan memberikan bantuan sepenuhnya kepada keluarga kedua-dua mangsa yang baru memasuki tahun kedua pengajian di institut berkenaan."KPM berdukacita dan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat





Tangisan iringi pengecaman dua pelajar IPG lemas - Kosmo - 5/04 7:35 pm

ALOR SETAR – Suasana pilu menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini apabila keluarga dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang lemas di Pantai Merdeka semalam menangis ketika pengecaman dibuat





Amaran ribut petir, angin kencang di 10 negeri dan KL - Sinarharian - 5/04 5:36 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kebanyakan negeri dan Kuala Lumpur sehingga 8 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka di Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).Amaran sama dikeluarkan bagi Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Besut, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin).Keadaan sama turut diramal di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling) dan Johor (Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah melibatkan bahagian Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran)





Education ministry probes SOP compliance in kayaking tragedy - FMT - 5/04 4:58 pm

Two teacher trainees drowned yesterday while participating in an off-campus outdoor programme in Pantai Merdeka, Kedah





Pelajar IPG lemas: KPM mulakan siasatan dalaman - Mgazette - 5/04 3:08 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) memulakan siasatan dalam kejadian dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis yang lemas sewaktu mengikuti Program Pendidikan Luar Kampus di Pantai Merdeka, Sungai Petani semalam





Duda beri alasan kereta rosak selepas ditangkap khalwat - Mgazette - 5/04 3:08 pm

# Duda beri alasan kereta rosak selepas ditangkap khalwat KLUANG Seorang duda yang ditangkap khalwat dalam sebuah rumah teres dua tingkat di sebuah taman perumahan di sini memberi alasan dia bermalam di situ kerana kereta teman wanitanya rosak





Kayak dinaiki pelajar IPG dipercayai terbalik kerana arus deras - Polis - Sinarharian - 5/04 2:47 pm

SUNGAI PETANI - Siasatan awal polis mengesahkan tragedi membabitkan dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis yang maut semasa aktiviti kayak di perairan Pantai Merdeka pada Sabtu dipercayai akibat arus deras.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan bagaimanapun berkata, pihaknya akan merujuk kes berkenaan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk siasatan lanjut."Polis merujuk kes ini kepada pihak maritim untuk siasatan lanjut," katanya.Selain itu, Hanyan berkata, kayak dinaiki mangsa dipercayai terbalik semasa kejadian.Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja ditemui sekitar jam 7.30 malam.Beliau juga memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa memakai jaket keselamatan ketika menjalankan aktiviti tersebut.Dalam kejadian pada Sabtu, dua mangsa dikenal pasti sebagai Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20, dilaporkan lemas semasa menjalankan aktiviti kayak di Pantai Merdeka.Dalam masa sama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menzahirkan rasa dukacita serta merakamkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua pelajar terbabit.Menurut kenyataan itu, bantuan segera sedang diuruskan kepada keluarga termasuk sokongan psikososial dan kebajikan.Kementerian juga memaklumkan siasatan dalaman telah dimulakan bagi meneliti pematuhan prosedur operasi standard (SOP), di samping mengingatkan semua institusi pendidikan mematuhi garis panduan keselamatan semasa melaksanakan aktiviti luar.





MOE provides immediate aid to families of drowned IPG students - BorneoPost - 5/04 2:30 pm

KANGAR (April 5): The Ministry of Education (MOE) is arranging immediate assistance to the families of two students from the Perlis campus of the Institute of Teacher Education (IPG), who drowned in a kayaking incident at Pantai Merdeka near Sungai Petani, Kedah, yesterday





Waris dua pelajar IPG lemas dalam perjalanan dari Sarawak - Utusan - 5/04 2:28 pm

ALOR SETAR: Mayat dua penuntut sebuah institut pendidikan guru (IPG) yang lemas ketika aktiviti berkayak di Pantai Merdeka semalam, ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sementara menunggu kehadiran waris masing-masing dari Sarawak





Education Ministry offers support, launches probe after two trainee teachers drown at Pantai Merdeka in Kedah - Malaymail - 5/04 2:21 pm

KANGAR, April 5 The Ministry of Education (MOE) is arranging immediate assistance to the families of two student...





Two drown after kayak capsizes in strong waves at Pantai Merdeka - SUN - 5/04 2:20 pm

A man and a woman in their 20s drowned after their kayak capsized in strong waves off Pantai Merdeka, with others rescued from the group outing.





2 Pelajar IPG Ditemui Lemas Ketika Sertai Aktiviti Berkayak Di Kawasan Pantai Merdeka - Lobakmerah - 5/04 1:33 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Dua orang bakal guru telah ditemui lemas ketika sertai aktiviti berkayak di kawasan Pantai Merdeka, Kuala Muda di Kedah pada petang Sabtu semalam





Dua pelajar IPG lemas dikenal pasti sebagai Christopher, Joey - Kosmo - 5/04 1:04 pm

ALOR SETAR – Dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis yang lemas ketika berkayak di Pantai Merdeka, Sungai Petani dikenal pasti sebagai Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20





Pelajar IPG lemas ketika berkayak: KPM siasat pematuhan SOP - Sinarharian - 5/04 12:58 am

KANGAR - Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan kejadian dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis yang dilaporkan lemas ketika menjalani aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah, sedang dalam siasatan pihak berkuasa, selain kementerian itu turut memulakan siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan.Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi hari ini, KPM menegaskan penelitian menyeluruh sedang dijalankan bagi memastikan setiap garis panduan keselamatan dipatuhi dalam penganjuran Program Pendidikan Luar Kampus.Menurut KPM, semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya diingatkan supaya sentiasa memastikan setiap aktiviti luar mematuhi SOP yang berkuat kuasa, dengan aspek keselamatan peserta diberi keutamaan.Dalam masa sama, KPM turut menguruskan bantuan segera kepada keluarga mangsa serta menyediakan sokongan psikososial, selain memberi tumpuan terhadap kebajikan dan kesejahteraan mereka yang terlibat."KPM menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua pelajar IPG Kampus Perlis yang mengalami kemalangan sewaktu mengikuti Program Pendidikan Luar Kampus pada Sabtu





Two drown after waves capsize kayak at Pantai Merdeka in Kedah - BorneoPost - 5/04 9:25 am

SUNGAI PETANI (April 5): Two individuals, a man and a woman in their 20s, were found drowned after they were believed to have fallen into the sea while kayaking at Pantai Merdeka, near here, Saturday afternoon





Two drown after kayak capsizes in rough waters at Pantai Merdeka in Kedah - Malaymail - 5/04 9:10 am

SUNGAI PETANI, April 5 Two individuals, a man and a woman in their 20s, were found drowned after they were belie...





2 individu ditemukan lemas ketika berkayak di Pantai Merdeka - Mgazette - 5/04 8:02 am

# 2 individu ditemukan lemas ketika berkayak di Pantai Merdeka SUNGAI PETANI - Dua individu, masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 20-an ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, dekat sini petang tadi





Nelayan hilang ketika mencandat ditemukan lemas, hanyut sejauh 32km - Mgazette - 5/04 8:02 am

# Nelayan hilang ketika mencandat ditemukan lemas, hanyut sejauh 32km KUANTAN Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas yang keluar mencandat sotong sejak tiga hari lalu akhirnya terjawab apabila mangsa ditemukan lemas di Pantai Laganda, Tanjung Gosong, Pekan, petang tadi





DBKU scales down Kuching Car Free Morning following church Easter service concerns - BorneoPost - 5/04 12:14 am

KUCHING (April 4): The Kuching North City Commission (DBKU) has cancelled the Raya Parade and Aerodance activities scheduled for tomorrow’s Kuching Car Free Morning at Padang Merdeka, following concerns that the event could disrupt Easter Sunday services at the neighbouring St Thomas Cathedral





Dua pelajar IPG lemas ketika berkayak - Sinarharian - 5/04 12:11 am

SUNGAI PETANI - Dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis dilaporkan lemas ketika sedang melakukan aktiviti kayak di Pantai Merdeka kira-kira jam 5 petang Sabtu.Difahamkan, kedua-dua mangsa berusia 20-an terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.Berdasarkan saksi kejadian, sekumpulan pelajar menaiki kira-kira 30 buah kayak bergerak dari Teluk Bayu di sini menuju ke Teluk Nipah di Pantai Merdeka.Bagaimanapun, secara tiba-tiba berlaku arus deras di muara Sungai Merbok menyebabkan beberapa kayak dinaiki pelajar terbalik.Operasi pencarian kemudian menemui dua orang mangsa dipercayai tersangkut di bawah pukat kira-kira jam 7.30 malam.Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat sementara beberapa pelajar yang dikesan trauma dihantar Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan, dua mangsa disahkan meninggal dunia."Kita masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya.





Dua pelajar institusi perguruan lemas ketika berkayak - Kosmo - 4/04 11:27 pm

SUNGAI PETANI – Aktiviti berkayak sekumpulan pelajar sebuah institusi perguruan bertukar tragedi apabila dua daripada mereka ditemukan lemas di Pantai Merdeka, dekat sini malam ini





Nelayan hilang ketika candat sotong ditemukan lemas - Sinarharian - 4/04 8:27 pm

KUANTAN Mayat seorang nelayan warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencandat sotong sejak Rabu lalu ditemukan lemas di Pantai Lagenda, Pekan pada petang Sabtu.Mangsa, Mohd Ishak Ismail, 63, ditemukan pada jam 6.30 petang, kira-kira 32 kilometer dari lokasi botnya ditemui terdampar di Pantai Sepat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, penemuan itu dibuat pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR).Menurutnya, mangsa dari Taman Beserah Ria itu ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian t-shirt berkolar warna krim dan seluar panjang hitam."Pihak bomba menerima maklumat daripada pihak polis berhubung penemuan itu sebelum tindakan pengesahan dan proses evakuasi dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Mohd Salahuddin memberitahu, operasi tersebut dimulakan dengan panggilan baris di Pos Kawalan Bomba (PKB) Pantai Sepat bersama agensi sahabat."Pencarian di laut digerakkan menuju Kampung Hijrah dalam lingkungan jarak empat hingga lima kilometer dari PKB," jelasnya.Terdahulu, mangsa dilaporkan keluar seorang diri dari Jeti Tanjung Api pada 1 April kira-kira jam 10 pagi untuk mencandat sotong dengan menaiki bot gentian kaca sepanjang 24 kaki.Kehilangan dirinya mula disedari selepas botnya ditemui terdampar di Pantai Sepat pada Khamis.Operasi SAR kemudiannya digerakkan melibatkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia





Helikopter Dauphin kesan nelayan hilang di Pantai Sepat - Sinarharian - 4/04 7:40 pm

KUANTAN Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang di perairan Pantai Sepat sejak Khamis lalu dipergiatkan lagi dengan penglibatan aset udara pada Sabtu.Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, sebuah helikopter jenis AS365 N3 Dauphin milik Maritim Malaysia telah digerakkan bagi membantu pemantauan dari udara untuk memperluaskan liputan pencarian."Helikopter tersebut telah berlepas dari Subang pada jam 1.05 tengah hari sebelum memasuki sektor pencarian sekitar jam 2.30 petang."Tujuannya adalah bagi melaksanakan pemantauan udara serta mengesan sebarang petunjuk di kawasan terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau menambah, operasi di darat turut diteruskan oleh pasukan Tim Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) yang melakukan pencarian di sepanjang pesisir Pantai Sepat hingga ke Cherok Paloh bagi meningkatkan kebarangkalian mengesan mangsa.Jelasnya lagi, operasi yang memasuki hari ketiga itu melibatkan aset laut Maritim Malaysia bersama agensi sahabat dengan sektor pencarian meliputi keluasan kira-kira 38.09 batu nautika persegi."Keadaan cuaca di lokasi dilaporkan sederhana dengan angin Barat Daya Barat berkelajuan 10 hingga 20 kilometer sejam, manakala ketinggian ombak antara 0.5 hingga 1.0 meter," katanya.Sehubungan itu, Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau talian kecemasan 999.Terdahulu, mangsa, Mohd Ishak Ismail, 63, dari Taman Beserah Ria dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas keluar sendirian untuk mencandat sotong di perairan daerah ini sejak Rabu lalu.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, bot gentian kaca sepanjang kira-kira tujuh meter yang digunakan mangsa ditemui terdampar di Pantai Sepat pada Khamis





Kekal hubungan baik dengan semua negara, Malaysia tentu dasar sendiri sebagai negara merdeka PMX - Thempress - 4/04 7:13 pm

IPOH Malaysia tidak bergantung kepada persetujuan mana-mana kuasa besar dalam menentukan hala tuju negara, sebaliknya kekal membuat keputusan sendiri berasaskan prinsip kedaulatan dan kepentingan nasional





Negara Teluk minta bantuan Malaysia runding dengan Iran - Anwar - Sinarharian - 4/04 7:13 pm

IPOH Malaysia memainkan peranan sebagai orang tengah dengan menyampaikan permintaan beberapa negara Teluk kepada Iran bagi meredakan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil susulan hubungan baik Malaysia dengan kedua-dua pihak termasuk Iran serta negara-negara Arab.Menurutnya, beberapa pemimpin negara Arab telah menghubunginya dan meminta Malaysia menyampaikan pandangan mereka kepada pemimpin tertinggi Iran dalam usaha mencari jalan damai."Dalam perbualan telefon dengan beberapa negara Arab, mereka minta saya sampaikan kepada Presiden Iran kerana mereka tahu hubungan Malaysia dengan Iran agak baik."Kita ambil pendekatan positif, kita sampaikan simpati kepada Iran, tetapi juga keprihatinan negara Arab supaya ketegangan ini tidak berlarutan dan ada usaha ke arah perdamaian," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Madani Rakyat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di sini pada Sabtu.Anwar berkata, Malaysia turut berhubung dengan beberapa negara termasuk Mesir, Turkiye dan Azerbaijan bagi mendapatkan pandangan serta mencari pendekatan terbaik untuk mengelakkan konflik terus memuncak.Tambahnya, Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi juga telah memberi jaminan untuk membantu Malaysia menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui laluan Rafah.Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan Malaysia antara negara yang lantang membantah serangan Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran, meskipun tidak ramai negara berani berbuat demikian."Sebagai negara merdeka dan berdaulat, kita tidak tunduk kepada mana-mana kuasa asing





Krisis tenaga global: Malaysia tentukan dasar sendiri, jalin hubungan baik - PM - Sinarharian - 4/04 5:19 pm

IPOH - Malaysia menegaskan komitmennya untuk menjalin hubungan baik dengan semua negara serta menentukan dasar sendiri sebagai sebuah negara merdeka, termasuk dalam mengurus cabaran krisis tenaga global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, pendekatan berkecuali dan terbuka itu penting, bagi memastikan kepentingan negara terus terpelihara khususnya ketika ketidaktentuan geopolitik memberi tekanan kepada ekonomi global.Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak bergantung kepada persetujuan mana-mana kuasa besar dalam menentukan dasar negara, sebaliknya membuat keputusan sendiri sebagai negara berdaulat."Kita kena berkawan dengan semuanegara Malaysia ini bebas dan merdeka, kita putuskan sendiri dasar kita," kata beliau berucap pada Majlis Jalinan Mesra Madani Taman Perpaduan Koperasi Tambun di pekarangan Masjid Ar-Rashid, di sini pada Sabtu.Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa hubungan baik Malaysia dengan negara Arab dan Teluk termasuk Iran, membolehkan komunikasi serta kerjasama berterusan, selain memastikan laluan kapal negara melalui Selat Hormuz kekal terbuka."Walaupun negara kita ini tidaklah negara besar, kita bersyukur kerana semua negara Arab dan negara Teluk yang terlibat telah menghubungi kita, termasuk Presiden Iran," kata Perdana Menteri.Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza di Palestin, termasuk melalui misi penghantaran bekalan makanan dan ubat-ubatan.Perdana Menteri berkata, beliau turut berhubung dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi bagi memastikan laluan ke Rafah dibuka, bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza.Beliau berkata, rakyat di Gaza berdepan kebuluran dan Malaysia kekal komited untuk meneruskan usaha bantuan sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib mereka.Semalam, Pejabat Menteri Besar Selangor memaklumkan Datuk Seri Amirudin Shari akan mewakili Perdana Menteri untuk mengetuai Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0.Misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu akan menyampaikan 30 kontena mengandungi 374 tan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan terus mencari penyelesaian terbaik dalam menghadapi krisis tenaga global, termasuk memberi perhatian kepada golongan peniaga, petani dan nelayan."Saya tak kata tak ada masalah





Ayah berdebar ke laut kali ini, firasat sebelum hilang, bot ditemui... - Mgazette - 4/04 4:12 pm

# Ayah berdebar ke laut kali ini, firasat sebelum hilang, bot ditemui terdampar KUANTAN Kata-kata seorang ayah yang mengakui berasa takut dan berdebar sebelum turun ke laut rupa-rupanya menjadi petanda kepada kehilangan misterinya apabila bot dinaiki ditemui terdampar di pesisir Pantai Sepat, di sini, Khamis lalu





'Ayah rasa takut, berdebar nak pergi mencandat' - Anak pesara kontraktor yang hilang di laut - Sinarharian - 4/04 1:31 pm

KUANTAN "Ayah ada beritahu ibu, kali ini dia rasa takut dan berdebar sedikit untuk pergi mencandat, tak seperti sebelum ini."Demikian kata Nor Hidayah Mohd Ishak, 36, anak ketiga kepada Mohd Ishak Ismail, 63, yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya ditemui terdampar di pesisir Pantai Sepat di sini pada Khamis.Sebelum kejadian, mangsa yang juga pesara kontraktor itu dikatakan keluar bersendirian dari rumahnya di Taman Beserah Ria kira-kira jam 10 pagi Rabu untuk mencandat sotong.Hidayah berkata, perubahan sikap bapanya itu disedari ibunya sebelum mangsa keluar ke laut."Ibu sempat bertanya mengapa ayah takut, sedangkan sebelum ini dia memang tak pernah takut





Pendekar Madani hidupkan kembali roh perjuangan lama – PM Pendekar .. - Mgazette - 4/04 8:05 am

# Pendekar Madani hidupkan kembali roh perjuangan lama - PM KUANTAN - Himpunan Pendekar Madani Pahang bukan sekadar acara biasa tapi perpaduan anak-anak muda dalam pencak silat yang boleh menghidupkan kembali roh perjuangan lama dalam memulihkan semangat kemerdekaan





Mangsa tersepit bawah LRT Abdullah Hukum - Mgazette - 4/04 8:05 am

KUALA LUMPUR Seorang wanita telah terjatuh dan tersepit di Bawah LRT Abdullah Hukum di sini petang tadi





Nelayan dikhuatiri lemas selepas mencandat sotong - Mgazette - 3/04 3:26 pm

# Nelayan dikhuatiri lemas selepas mencandat sotong KUANTAN - Seorang nelayan dikhuatiri hilang di laut selepas keluar mencandat sotong berhampiran Pantai Sepat, di sini





Nelayan hilang selepas keluar candat sotong sendirian - Sinarharian - 3/04 11:16 am

KUANTAN - Seorang nelayan hilang dikhuatiri lemas ketika keluar mencandat sotong di kawasan perairan daerah ini sejak Rabu lalu.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, bot gentian kaca sepanjang kira-kira tujuh meter digunakan mangsa ditemui terdampar di Pantai Sepat pada Khamis.Menurutnya, berdasarkan maklumat, mangsa, Mohd Ishak Ismail, 63 dari Taman Beserah Ria keluar sendirian ke laut kira-kira jam 10 pagi pada Rabu untuk mencandat sotong."Mengikut maklumat anaknya, mangsa akan keluar pagi dari Jeti Tanjung Api di sini dan akan pulang semula pada keesokan harinya sebelum berlabuh di jeti yang sama," katanya.Zulfadli berkata, susulan maklumat diterima sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan ke lokasi penemuan bot terbabit."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan dengan pencarian di kawasan pesisir pantai."Sehingga jam 10.30 pagi ini (Jumaat) mangsa masih belum ditemui," katanya.





Rakyat guna bahan api perlu tanggung sebahagian kos, bukan kerajaan .. - Mgazette - 3/04 7:43 am

# Rakyat guna bahan api perlu tanggung sebahagian kos, bukan kerajaan sepenuhnya KUALA LUMPUR - Rakyat perlu menerima realiti ketidaktentuan harga minyak dunia dan tidak terlalu bergantung kepada pemberian subsidi kerajaan semata-mata





Gempa bumi 7.6 skala Richter landa perairan luar Sulawesi Utara, tsunami... - Mgazette - 2/04 3:36 pm

# Gempa bumi 7.6 skala Richter landa perairan luar Sulawesi Utara, tsunami dikesan JAKARTA - Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter melanda perairan luar Bitung, Sulawesi Utara awal Khamis, dengan ombak tsunami dikesan di beberapa kawasan di timur Indonesia





Jefri Nichol ‘Belanja’ Foto Siluet Di Pantai, Tapi Komen ‘Kelate’ Buat Netizen Terhibur! - Murai - 2/04 3:00 pm

Perkongsian terbaru pelakon Indonesia, Jefri Nichol kembali mencuri perhatian ramai





Polis Pahang jumpa dadah bernilai RM7.3j di Pantai Tanjung Gosong - Mgazette - 1/04 3:50 pm

# Polis Pahang jumpa dadah bernilai RM7.3j di Pantai Tanjung Gosong KUALA LUMPUR - Polis Pahang menjumpai 14 bungkusan ketulan mampat berwarna hitam bertulisan 'stone' disyaki mengandungi dadah jenis kokain (A.B 16.263 kilogram) dan enam lagi bungkusan yang telah terlarut isi kandungannya





Kokain RM7.31 juta terdampar di Pantai Tanjung Gosong - Kosmo - 1/04 2:31 pm

KUANTAN – Kewujudan sebuah beg yang terdampar di tepi Pantai Tanjung Gosong di Pekan membongkar penemuan dadah jenis kokain bernilai RM7.31 juta, semalam





Kokain RM7.3 juta terdampar di Pantai Tanjung Gosong - Sinarharian - 1/04 1:07 pm

KUANTAN - Sebanyak 16.263 kilogram dadah disyaki kokain bernilai RM7.31 juta ditemui terdampar di pesisir Pantai Tanjung Gosong, Tanjung Selangor, Pekan pada Selasa.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, penemuan kira-kira jam 2.45 petang itu hasil pemeriksaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang susulan maklumat awam.Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati sebuah beg mencurigakan mengandungi 14 bungkusan ketulan mampat berwarna hitam bertanda STONE yang disyaki kokain."Secara keseluruhan, terdapat 20 bungkusan dalam beg berkenaan, namun enam daripadanya telah terlarut kerana dipercayai lama berada di dalam air, manakala 14 lagi masih dalam keadaan baik."Jumlah berat dadah yang masih elok dianggarkan sekitar 16 kilogram dengan nilai keseluruhan kira-kira RM7.318 juta berdasarkan harga pasaran semasa kira-kira RM450,000 sekilogram," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar kejayaan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang membabitkan rampasan dadah di Pekan di bilik media sini pada Rabu.Yahaya memaklumkan, siasatan awal mendapati beg berkenaan dipercayai telah dihanyutkan sebelum terdampar di pesisir pantai berdasarkan keadaan fizikal bungkusan yang telah lama terendam di dalam air.Ujarnya, tempoh sebenar dadah itu berada di laut masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan dengan bantuan agensi berkaitan."Setakat ini, seorang saksi telah dirakam percakapan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pihak terlibat."Belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kita masih meneruskan siasatan lanjut mengenai kes ini," jelas beliau lagi.Yahaya menjelaskan, rampasan itu dianggarkan mampu menjejaskan lebih 80,000 penagih sekiranya dadah berkenaan berjaya diedarkan.Tambah beliau, penemuan kokain dalam jumlah besar itu merupakan kes yang jarang berlaku di negeri ini.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman video berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi JSJN Pahang di talian 09-4221222 atau 012-2087222.





Polis belum terima notis himpunan Tangkap Azam Baki - Sinarharian - 1/04 11:29 am

KUALA LUMPUR Polis masih belum menerima sebarang notis pemakluman berhubung penganjuran himpunan oleh Sekretariat Tangkap Azam Baki yang akan berlangsung pada 25 April ini di Dataran Merdeka.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang serta tidak menyalahgunakan platform berhimpun sehingga menjejaskan ketenteraman awam."Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh mengganggu keamanan atau mengancam keselamatan awam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Pada Isnin, Sekretariat Tangkap Azam Baki mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan himpunan itu bagi mendesak siasatan telus terhadap isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki serta dakwaan mafia korporat dalam agensi penguatkuasaan.Sekretariat itu menegaskan bahawa kedua-dua isu berkenaan masih belum dijelaskan secara tuntas, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap integriti SPRM dan institusi penguatkuasaan negara





Pengguna masih dapat subsidi, jadi siapa sebenarnya terjejas bila diesel .. - Wrlr - 31/03 8:55 am

SITI NUR ZAWANI March 31, 2026 Isu lonjakan harga diesel hangat diperkatakan, sehingga tersebar dakwaan ia telah membebankan golongan tertentu seperti pesawah dan nelayan





Nurul Izzah masih komited jalani tugas dalam parti - Harapandaily - 30/03 11:36 pm

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar masih komited menjalankan tugas yang diamanahkan dalam parti tersebut





Hujan lebat di Kedah, Pantai Timur hingga 2 pagi - Kosmo - 30/03 10:25 pm

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda beberapa kawasan di tujuh negeri termasuk Sabah dan Sarawak, malam ini





Parade adds colours to grand TYT Sabahs 75th birthday celebration - BorneoPost - 30/03 9:25 pm

KOTA KINABALU (March 30): In conjunction with the official 75th birthday celebration of the Yang Di-Pertua Negeri Sabah, a parade comprising of contingents representing various government departments, as well as uniformed and non-uniformed bodies took place at the Padang Merdeka here on Monday morning





Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri - Sinarharian - 30/03 7:10 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kebanyakan negeri dan Kuala Lumpur sehingga 9 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut) serta Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Petaling).Keadaan sama turut diramal di Negeri Sembilan (Jempol); Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kulai); manakala Sarawak melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud)





Cuaca panas: IPT diberi kelonggaran laksana PdP dalam talian - Sinarharian - 30/03 7:05 pm

KUALA NERUS Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan kelonggaran kepada pengurusan universiti di seluruh negara untuk menentukan kaedah pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang bersesuaian dengan situasi semasa di kampus masing-masing.Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pendekatan tersebut diambil memandangkan keadaan persekitaran di setiap institusi adalah berbeza, khususnya melibatkan negeri-negeri di Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan.Menurut beliau, pihak universiti mempunyai kuasa untuk mengambil langkah perlu sekiranya keadaan dianggap berada dalam kategori bahaya, termasuklah dalam mendepani isu cuaca ekstrem."Pada dasarnya, dari segi membuat keputusan, kita tidak menghalang mana-mana universiti mengambil langkah perlu untuk mengatasi masalah seperti musim kemarau, banjir dan sebagainya."Pihak pengurusan universiti lebih mengetahui keadaan di kampus mereka dan akan memaklumkan kepada kementerian mengenai tindakan yang diambil," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Sembang Santai bersama mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Dewan Perdana UniSZA di sini pada Isnin.Mengulas lanjut, Zambry berkata, setakat ini beliau difahamkan pihak universiti memilih pendekatan yang lebih anjal, termasuk melaksanakan pengajian secara dalam talian.Jelas beliau, langkah itu juga bagi memudahkan urusan pelajar sepanjang bulan puasa dan mengelakkan bebanan untuk berulang-alik ke kampung halaman dalam keadaan yang tidak menentu."Pihak universiti boleh melaksanakan kurikulum secara dalam talian sekiranya mereka merasakan ia perlu





Sekretariat Tangkap Azam Baki anjur demo 25 April di Dataran Merdeka - Mkini - 30/03 4:39 pm

"Hari ini kita membuat keputusan bahawa kerajaan sudah tidak faham bahasa lagi melainkan bahasa jalan raya."





Ribut petir, hujan lebat diramal di sembilan negeri - Sinarharian - 30/03 4:13 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan negeri setakat 5 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Kedah (Baling) dan Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim).Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Bentong), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Muar dan Tangkak).Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song dan Belaga).Kawasan yang terkesan di Sabah ialah Pedalaman (Beaufort dan Nabawan) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud)





All abuzz over pet obituary - Star - 30/03 12:00 am

A SOCIAL media user in Pantai Remis, Perak, attracted both sympathy and ridicule for creating an obituary mourning their pet hamster, reported China Press





Hujan lebat, ribut petir landa Kedah, Perak petang ini - Mgazette - 29/03 7:01 pm

# Hujan lebat, ribut petir landa Kedah, Perak petang ini KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan Kedah dan Perak yang di antara sembilan buah negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak hingga pukul 6:00 petang ini





Langkawi pun berhak dapat subsidi diesel seperti Sabah, Sarawak – .. - Mgazette - 29/03 7:01 pm

# Langkawi pun berhak dapat subsidi diesel seperti Sabah, Sarawak - Radhi KUALA LUMPUR Pulau Langkawi perlu mendapat hak subsidi diesel seperti mana di Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan kos sosial ekonomi tidak membebankan rakyat





78 pesalah buang sampah kecil jalani Perintah Khidmat Masyarakat - Mgazette - 29/03 7:01 pm

# 78 pesalah buang sampah kecil jalani Perintah Khidmat Masyarakat KUALA LUMPUR - Tujuh puluh lapan pesalah yang melakukan kesalahan pembuangan sampah kecil di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) menjalaniPerintah Khidmat Masyarakat (PKM)





Cuaca panas: Penduduk di Kedah lega hujan walaupun sekejap - Sinarharian - 29/03 5:28 pm

ALOR SETAR Hujan dalam tempoh singkat pada Ahad petang, memberikan sedikit kelegaan kepada penduduk di beberapa daerah di Kedah selepas beberapa bulan mereka berdepan cuaca panas.Penduduk di Titi Gajah, Pantai Johor di sini, Sayuti Wan Chik berkata, hujan pada kira-kira jam 3 petang itu amat dinanti-nantikan kerana sedikit sebanyak membantu menurunkan suhu panas.Menurutnya, suhu di daerah Kota Setar sebelum ini mencecah Tahap Dua (gelombang haba) dengan bacaan sekitar 38 darjah Celsius sejak beberapa hari lalu."Alhamdulillah, petang ini hujan walaupun hanya beberapa minit, memang terasa nikmatnya kerana dapat menurunkan sedikit suhu panas ini," katanya pada Ahad.Penduduk di Pekan Jitra 3, Mahdzir Hasan pula berkata, dia juga bersyukur walaupun hujan selama 15 minit namun cukup untuk mengurangkan rasa bahang.Menurutnya, walaupun hujan renyai dan sekejap sahaja, orang ramai tetap bersyukur.Sementara itu, Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz berkata, hampir semua daerah di negeri ini dijangka menerima hujan atau ribut petir pada sebelah petang kecuali Langkawi dan Bandar Baharu.Menurutnya, keadaan itu adalah normal ketika fasa peralihan monsun yang lazimnya membawa hujan dan ribut petir pada waktu petang."Orang ramai dinasihatkan supaya peka terhadap perubahan cuaca dan sentiasa merujuk laman web serta media sosial Jabatan Meteorologi Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini," katanya.Terdahulu, media melaporkan bahawa seramai 86,030 pelajar daripada 206 sekolah di daerah Kota Setar dan Pendang terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas kedua-dua daerah itu merekodkan suhu Tahap Dua selama tiga hari berturut-turut sejak Khamis lalu.





‘Alhamdulillah, Alor Setar dah hujan’ - Kosmo - 29/03 4:48 pm

ALOR SETAR – “Alhamdulillah, petang ini Titi Gajah (Alor Setar) hujan





Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 5 petang ini - Sinarharian - 29/03 4:08 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan pada 2.20 petang memaklumkan, kawasan terlibat ialah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang; Perak (Batang Padang dan Muallim); Pahang (Cameron Highlands, Raub dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Keadaan sama turut diramal di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit, Bintulu (Tatau) serta Limbang.Di Sabah pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Tawau (Tawau dan Lahad Datu)





'Jangan sesekali buang sampah dan malukan nama keluarga' - Kor Ming - Sinarharian - 29/03 3:37 pm

SHAH ALAM - Penguatkuasaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) atas kesalahan pembuangan sampah kecil di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bertujuan membanteras amalan pembuangan sampah di tempat dan jalan awam di negara ini.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, tabiat membuang sampah kecil jika tidak dibendung akan menyumbang kepada masalah besar seperti longkang tersumbat yang menjejaskan keselesaan komuniti setempat dan mengakibatkan banjir kilat di kawasan bandar.Menurutnya, penguatkuasaan perintah itu juga seharusnya menjadi peringatan kepada masyarakat untuk lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar sekiranya tidak mahu berdepan tindakan yang boleh memalukan nama keluarga."Kerajaan berhasrat untuk mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar secara bersama."Jangan kita buang puntung rokok, tisu atau tin minuman di merata-rata tempat kerana ia bukan saja mencemarkan alam sekitar, malah menjatuhkan imej negara."Tangan yang membuang sampah, tangan yang perlu membersihkan





Nelayan hilang ditemukan lemas - Sinarharian - 29/03 12:33 am

MERSING - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang pada Sabtu ditemukan lemas di pesisiran pantai berhampiran Tanjung Rhu di sini, awal pagi Ahad.Pegawai Bomba Kanan II, Ikmal Hafiz Shamsudin berkata, lelaki berusia 41 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada jam 1.45 pagi."Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Pada Sabtu, bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada jam 8.36 malam dan sebuah Light Fire Rescue Tender serta satu utiliti dengan kekuatan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing digegaskan ke lokasi kejadian.Pasukan Keluaran Operasi kemudian membuat pencarian di pesisir pantai berhampiran dengan kawasan Tanjung Rhu bersama-sama penduduk kampung.Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2 pagi





Cuaca Terlalu Panas, 206 Sekolah Di Pendang & Kota Setar Jalani PdPR Selama 3 Hari Hingga Selasa Ini - Lobakmerah - 29/03 8:57 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





78 pesalah buang sampah jalani hukuman - Sinarharian - 29/03 7:30 am

YAN Seramai 78 pesalah yang diarahkan mahkamah menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) telah melaksanakan hukuman tersebut secara serentak di enam negeri pada Sabtu.Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed berkata, pelaksanaan PKM siri ketiga itu melibatkan negeri Kedah seramai 21 orang, Perlis (lima), Wilayah Persekutuan (26), Pahang (12), Negeri Sembilan (sembilan) dan Johor (lima).Menurutnya, antara lokasi terlibat di Pantai Murni, Yan; Dataran Sena, Kangar; Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Taman Tasik Bandar, Temerloh; Bandar Prima Senawang serta Kampung Senibong, Johor Bahru."Melalui penglibatan langsung ini, mereka dapat memahami perbuatan membuang sampah secara tidak bertanggungjawab memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat dan kualiti ruang awam."Ia juga diharapkan dapat memupuk disiplin serta kesedaran berterusan dalam menjaga kebersihan," katanya dalam sidang akhbar di Pantai Murni di sini.Jelas Khalid, pendekatan tersebut dilaksanakan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) sebagai sebahagian daripada strategi bersepadu bagi membanteras amalan pembuangan sampah kecil di kawasan awam.Menurutnya, pelaksanaan PKM bukan sekadar hukuman sebaliknya bertujuan memberi kesedaran kepada pesalah mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran."Sepanjang pelaksanaan program, pesalah terlibat menjalankan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh termasuk di laluan pejalan kaki, jalan awam, sistem saliran, tandas awam serta kawasan pantai," ujarnya.Tambah beliau, bagi memastikan kelancaran dan keselamatan, SWCorp turut mendapatkan khidmat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) susulan keadaan cuaca panas dan tidak menentu ketika ini.Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah turut menempatkan petugas di lokasi pelaksanaan bagi memantau aspek kesihatan dan kebajikan peserta sepanjang program berlangsung."Bagi kesinambungan seterusnya pula, PKM siri keempat dijadualkan melibatkan lima pesalah di Perlis pada Ahad, diikuti PKM siri kelima membabitkan enam pesalah pada Isnin




Reformasi     >>



YOURSAY Madani Mart reminiscent of plans by Najib, .. - Mkini
It would be far more effective to directly distribute cash to those in need.
Kroni     >>



Trump tingkat tekanan ke atas Iran - Utusan
KAHERAH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Israel meningkatkan tekanan ke atas Iran untuk membuka Selat Hormuz yang strategik atau berdepan serangan ke atas infrastruktur tenaga negara itu dan menjadikannya sebagai neraka dunia. Sejak konflik bermula dengan pengeboman bersama AS-Israel ke atas Iran ..
Tabloid     >>



Pembahagi dipecah di 9 lokasi - Hmetro
Sungai Petani: Jalan Gurun-Jeniang di Kuala Muda yang melalui beberapa kampung didakwa sering menjadi lokasi kemalangan maut sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



vivo X300 Ultra official, Xperia 1 VIII leaks, Week 14 .. - Gsmarena
The next Sony Xperia 1 (number VIII) may finally bring a redesign to the (a bit stagnant) series. Case renders from China show a new camera island design, a more conventional (rather Moto-like) square camera island. The vivo X300 Ultra is official in China. It brings a larger 200MP main 35mm ..
World     >>



Trump threatens Iran in expletive-filled social media .. - Aljazeera
Donald Trump unleashed a vulgar online tirade against Irans leaders as his deadline for reopening the Strait of Hormuz.
Motor Trend     >>



Pandu Uji Volvo Xc90 – Facelift & Facelift. .. - Mekanika
# VOLVO XC90 - FACELIFT & FACELIFT. TETAP SEGAK BERGAYA Volvo XC90 sememangnya dikenali sebagai salah satu SUV premium yang membawa pendekatan berbeza berbanding pesaing Jerman. Ia tidak cuba untuk menjadi laju atau menjadi terlalu lincah di selekoh. XC90 hanya menggilap karekter yang ada pada ..