///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Putik News   Page 1    



Hadi dedah AS pernah tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan - Mygazette - 6/09 5:15 pm

"Dia (pihak AS) nak ajak bincang, sanggup nak jatuh kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Amerika sanggup tolong," katanya ketika ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini, hari ini





Amerika Syarikat tolak dakwaan pernah campur tangan dalam politik Malaysia - Mygazette - 6/09 5:15 pm

"Kami tidak memberikan apa-apa keputusan kerana kita tidak mengharapkan campur tangan daripada negara-negara luar. Politik negara kita, negara kitalah, tidak boleh ada campur tangan luar," katanya pada sidang media selepas Muktamar Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini, semalam.- MalaysiaGazette Kenyataan berkenaan tidak wajar kerana golongan profesional juga tidak terkecuali daripada terlibat dalam kes rasuah dan salah laku, kata Mohd Yussof.





Cukuplah berkelahi, ‘ketegaq’ sangat – Sanusi tegur Pas .. - Mygazette - 6/09 5:15 pm

Tak ada siapa dah nak pergi berubat, hampa berubatlah diri hampa sendiri," katanya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Tahunan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini, hari ini





Pas tak mahu lagi ???lepas??? kerusi boleh menang kepada parti lain... - Mygazette - 6/09 5:15 pm

"Kita akan tentukan kerusi mana yang patut, yang boleh dimenangi oleh Pas. Kita jangan lepas dah kerusi itu kepada siapa-siapa pun," katanya ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini, hari ini





Prestasi 6 bulan jadi penentu nasib pengerusi PN negeri - Mygazette - 6/09 5:15 pm

Dilantik pada Mac, maka September ini sudah cukup enam bulan. "Berkemungkinan kita akan mengkaji semula," katanya ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini, hari ini





Masih terlalu awal namakan calon PM untuk PRU-16 – Zahid - Mygazette - 6/09 5:15 pm

"Belum tiba masanya. Kita belum tahu lagi kerusi siapa banyak, siapa sedikit," katanya dalam sidang akhbar Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kota Bahru





Masih terlalu awal namakan calon PM - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/09 12:03 am

Kita tidak tahu bila Parlimen dibubarkan. Saya fikir elok kita ketepikan soal itu dululah dan tumpukan kepada menghadapi pilihan raya di Melaka," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan di Stadium EduCity di sini pada Ahad.Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kota Bharu yang dilaporkan mengakui parti itu mempunyai calon Perdana Menteri daripada Pas untuk menghadapi PRU16.Bagaimanapun, Pas belum bersedia mendedahkan individu berkenaan kerana penentuan calon Perdana Menteri hanya akan dibuat selepas melihat kekuatan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding pada PRU16.Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, sebarang perbincangan berkaitan calon Perdana Menteri bagi kerajaan Persekutuan hanya wajar diberi perhatian selepas perkembangan politik semasa, khususnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dapat diketahui."Tumpuan kita ketika ini ialah PRN Melaka





Ikhlas dengan bodoh dekat sangat, senipis kulit bawang' - Sanusi - Sinarharian - 5/09 7:35 pm

Itu ikhlas dengan bodoh namanya."Ikhlas dengan bodoh ni dekat sangat, jaraknya hanya senipis kulit bawang. Jangan ambil yang bodoh, ambil yang ikhlas tak apa," katanya.Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah mengibaratkan Pas seperti 'parti gajah' yang tidak sepatutnya gundah atau mengikut rentak parti baharu yang diumpamakan seperti kucing."Dilarang tawaduk kepada orang yang tidak tawaduk





Mardhiyyah dan Alex diumum pembahas terbaik - Harakahdaily - 5/09 6:59 pm

KOTA BHARU: Perwakilan PAS Kedah, Mardhiyyah Johari, dinobatkan sebagai pembahas terbaik pada Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali ke-72 yang diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini, hari ini





Pas to send four leaders to Umno assembly next week - Sinardaily - 5/09 5:21 pm

KOTA BHARU Pas has confirmed it will attend the 2026 Umno General Assembly (PAU), which begins on Sep 9 at the World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.Pas Secretary-general Datuk Seri Takiyuddin Hassan said he is among four top party leaders set to attend.He said Pas hopes the Ummah unity agenda would be among the main issues raised and debated at the assembly."We believe that is an emphasis from the Umno president himself and that is what we understand the agenda to be. We were invited and we will attend."I am one of those attending along with other Pas leaders, but who the others will be has not yet been finalised," he said.He was speaking at a press conference after the 72nd Pas Annual Muktamar at Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa here on Saturday.Meanwhile, Pas deputy president Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man confirmed the party had received the official invitation, adding that the list of representatives would be finalised later.





PN to decide Bersatu's position at upcoming meeting - Sinardaily - 5/09 5:09 pm

Another is that there may be new parties that want to join Perikatan Nasional.The second is to discuss the position and status of the existing parties. We will decide, he told reporters at a press conference after the 72nd Pas Annual Muktamar at Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik) here today.Asked whether the meeting would determine whether Bersatu would leave or remain in PN, Takiyuddin said a decision would be made.Better late than never, he said.Takiyuddins remarks come as uncertainty continues over Bersatus position in PN, with the coalition previously saying the matter would be discussed after the Pas muktamar.He said the upcoming meeting would also provide an opportunity for PN leaders to review the coalitions future direction and the position of its component parties.Meanwhile, Takiyuddin said Pas efforts to strengthen political cooperation with Umno and other parties would continue, particularly ahead of the Melaka state election.





Pas terima jemputan, akan hantar wakil ke PAU 2026 - Sinarharian - 5/09 4:52 pm

KOTA BHARU - Pas mengesahkan akan memenuhi jemputan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadualkan bermula 9 September ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau merupakan antara empat pimpinan tertinggi parti yang dijadualkan hadir ke persidangan tahunan tersebut.Menurutnya, Pas turut berharap agar agenda Penyatuan Ummah menjadi antara fokus utama yang diangkat dan dibahaskan dalam persidangan berkenaan."Kita yakin itu adalah satu penekanan daripada Presiden UMNO itu sendiri dan digambarkan kepada kami itulah agendanya. Kami dijemput dan kami akan hadir."Saya salah seorang yang akan hadir bersama kepimpinan Pas yang lain, cuma siapa (empat pimpinan) yang akan hadir itu belum dimuktamadkan lagi," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengesahkan penerimaan jemputan rasmi berkenaan dan memaklumkan keputusan rasmi mengenai senarai perwakilan akan dimuktamadkan kelak.





PRU16: Pas lancar Tabung Derma Jihad, sasar kembali ke Putrajaya - Sinarharian - 5/09 4:28 pm

KOTA BHARU - Pas menyasarkan untuk menawan beberapa buah negeri lagi sekaligus melangkah ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, seluruh ahli dan pimpinan parti digesa kekal fokus dan mengukuhkan semangat kerja berjemaah sebagai persiapan awal."Mudah-mudahan muktamar kita hari ini bukan sahaja merumuskan agenda besar, tetapi kita akan pulang dengan semangat mujahadah yang tinggi, sabar, istiqamah dalam perjuangan dan terus bekerja bagi memastikan PRU16, insyaALLAH kita akan menawan beberapa buah negeri dan akan berada di Putrajaya," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Mengulas mengenai perundingan kerusi bersama rakan komponen, beliau berkata, prinsip keutamaan parti kekal berpegang kepada kerusi yang dimenangi akan dipertahankan, selain perlu adanya sifat bertolak ansur bagi pembahagian kerusi baharu.Menurutnya, setiap keputusan pimpinan peringkat pusat perlu dipatuhi oleh jentera di semua peringkat demi agenda yang lebih besar."Di sana kita perlu lihat lebih besar, toleransi dan tolak ansur membahagikan kerusi-kerusi yang belum kita menangi





'Judi bukan hak, tetapi virus kepada masyarakat' - DHPP - Sinarharian - 5/09 4:20 pm

KOTA BHARU - Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) mahu kerajaan bertegas dalam menangani gejala perjudian yang menjadi virus dalam masyarakat.Ketua DHPP, Kumaresan Baby Kalidawson berkata, perkembangan teknologi menyebabkan kegiatan perjudian tidak hanya tertumpu kepada premis atau kaunter nombor ekor, tetapi merangkumi permainan 4D, serta platform perjudian dalam talian yang boleh diakses melalui telefon bimbit pada bila-bila masa.Menurut beliau, keadaan itu menuntut pendekatan yang lebih menyeluruh daripada kerajaan bagi memastikan masyarakat dilindungi daripada kesan buruk gejala berkenaan menerusi langkah kawalan, pendidikan dan pencegahan yang lebih berkesan."Perjudian bukan sekadar kerugian, ia memberi kesan besar kepada institusi keluarga, masalah hutang dan kesejahteraan masyarakat."DHPP mohon kerajaan mengawal, mendidik dan melindungi masyarakat daripada masalah perjudian ini. Judi bukan hak golongan bukan Islam, tapi adalah virus kepada masyarakat," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Beliau berkata, akses yang semakin meluas kepada pelbagai bentuk perjudian melalui platform digital menyebabkan gejala itu boleh berlaku tanpa mengira masa dan lokasi sekali gus meningkatkan risiko ketagihan serta pelbagai implikasi sosial kepada masyarakat.Sehubungan itu, katanya, usaha menangani perjudian tidak boleh hanya tertumpu kepada aspek penguatkuasaan semata-mata, sebaliknya perlu disertai pendidikan berterusan serta langkah pencegahan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesan buruk gejala tersebut.Terdahulu, Muktamar Tahunan Pas Ke-72 turut menerima tanpa bahas usul yang dibawa Pas Kawasan Baling yang menggesa kerajaan Persekutuan memberi ruang lebih jelas kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar lebih tegas terhadap operasi premis perjudian menerusi penambahbaikan peruntukan undang-undang berkaitan.





Pas to launch Influencer Academy 2.0 after training 43 graduates for GE16 cyber fight - Sinardaily - 5/09 4:00 pm

KOTA BHARU - The 16th General Election (GE16) will see a new-era battle involving the use of artificial intelligence (AI) as a key weapon against political rivals in the online arena.Pas central information chief Ahmad Fadhli Shaari said to meet this challenge, the party had produced 43 graduates through the Pas Influencer Academy to serve as frontliners in the battle of perception.He said all the participants completed the course, out of a total of 81, after passing several stages of assessment and training, both physical and online."Those who successfully completed this course received their certificates at the recent Pas Muslimat muktamar and Pas Youth muktamar."They will become frontliners fighting in the shadow arena, producing videos and responding to issues and will be among our forces facing the upcoming general election," he said.He was speaking while delivering the closing address at Pas' 72nd annual muktamar at Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa.Fadhli said following the success of the first phase, the Pas central information bureau (Lajnah Penerangan) would launch Influencer Academy 2.0, opening participation to divisions nationwide.He urged division-level leaderships to be more proactive in sending capable representatives who could give full commitment."This is a battle of the new millennium, a battle on new ground





Pas siapkan 'frontliner' medan maya, tangkis serangan persepsi menjelang PRU16 - Sinarharian - 5/09 2:58 pm

KOTA BHARU - Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bakal menyaksikan pertempuran era baharu membabitkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai senjata utama bagi mendepani cabaran musuh politik di medan maya.Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, bagi menggalas cabaran tersebut, parti itu telah berjaya melahirkan seramai 43 graduan menerusi Akademi Influencer Pas sebagai barisan hadapan (frontliner) bagi menangkis pertempuran persepsi.Menurutnya, kesemua peserta berkenaan berjaya menamatkan kursus selepas melepasi beberapa fasa penilaian dan latihan fizikal serta secara dalam talian daripada keseluruhan 81 peserta."Mereka yang berjaya menamatkan kursus ini telah menerima sijil pada Muktamar Muslimat Pas dan Muktamar Dewan Pemuda Pas baru-baru ini."Mereka ini akan menjadi frontliner bertempur di medan bayang, menghasilkan video-video dan juga menjawab isu-isu, sekali gus menjadi antara tenaga kita untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli memberitahu, susulan kejayaan fasa pertama itu, pihak Lajnah Penerangan Pas Pusat bakal melancarkan Akademi Influencer 2.0 dengan membuka penyertaan dari kawasan-kawasan di seluruh negara.Sehubungan itu, beliau menggesa kepimpinan peringkat kawasan supaya lebih proaktif menghantar wakil yang berprestasi dan mampu memberikan komitmen padu."Ini pertempuran alaf baru, pertempuran medan baru





Pas Ulama Council calls for Muslim unity as national agenda ahead of GE - Sinardaily - 5/09 2:42 pm

KOTA BHARU - The Pas Ulama Council wants Muslim unity to be made a strategic national agenda, including closer political cooperation among Malay-Muslim parties ahead of the next general election (GE).PasUlama Council representative Zulkarnain Hassan said Muslim unity was crucial to strengthening the community, ensuring political stability, fostering social harmony and safeguarding the country's wellbeing.He said political divisions and partisan competition could weaken Muslim unity and the community's ability to determine its own direction."The unity of the ummah must become a strategic agenda that takes priority over party interests and electoral considerations, based on Islamic principles, mutual understanding and the interests of the ummah and the nation," he said when tabling the motion on Muslim unity at the 72nd Pas Muktamar at Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) in Pengkalan Chepa, here, today.Zulkarnain said the unity agenda should be based on Islam while upholding the position of Islam, the Malay Rulers, Malay and Bumiputera rights and the Malay language as provided for under the Federal Constitution, while ensuring justice and the legitimate rights of all citizens.He said the agenda should also strengthen Malay-Muslim political power in a mature, strong and credible manner to establish a stable and integrity-driven government capable of addressing economic issues, the rising cost of living, corruption, education and the welfare of the people."Pas should expand dialogue and cooperation with Malay-Muslim political parties, ulama, non-governmental organisations, professionals, academics, the younger generation and other parties that share common ground on matters concerning Islam, the ummah and the country," he said.Among the proposals put forward by the council is to strengthen strategic political cooperation among Malay-Muslim parties, including developing strategies for the next general election to reduce fragmentation of the Malay-Muslim vote.However, Zulkarnain stressed that any such cooperation would remain subject to decisions by the party leadership.The council also proposed the establishment or strengthening of a specific mechanism to coordinate dialogue, strategic studies and network-building on Muslim unity.Zulkarnain said the unity agenda should extend beyond politics to areas including the economy, education, social development, dakwah, media, professional development and the younger generation.He said all forms of cooperation must take into account the principles of priorities, balance and the interests of the ummah without compromising the principles of Pas' Islamic struggle."The Pas Ulama Council should continue to provide guidance on Islamic law and political principles in determining the principles and limits of cooperation," he said.Zulkarnain also stressed that Pas was not merely a political party, but also a movement centred on dakwah and tarbiah.He also reminded delegates of the need to engage with everyone, regardless of whether they were Muslims or non-Muslims, as part of efforts to advance the broader unity agenda.Zulkarnain also cited Surah Al-Imran, verse 103, which calls on Muslims to "hold firmly to the rope of Allah all together and do not be divided", as the basis for the council's call for greater unity.He said the approach was also consistent with the advice of Islamic scholar Al-Allamah Rashid Rida to help one another in matters on which there was agreement and show understanding towards one another in areas of difference.





Pas calls for broader unity, urges members to stop internal conflicts - Sinardaily - 5/09 2:10 pm

KOTA BHARU - Pas has called for greater unity among Muslims, saying internal divisions weaken the community's political strength and undermine its dignity.Pas Pahangdelegate Nasaruddin Hassan urged the party's leaders and supporters to replace a politics of punishment with education, guidance and nurturing in efforts to strengthen unity.He said there should be no attempts to create conflict or undermine the unity agenda, while cautioning members against using harsh or divisive language in their speeches and writings.Social media, he said, should also be used as a platform for unity rather than division."A single harsh or divisive social media post could undermine years of efforts to build unity. Pas members should avoid turning minor differences into conflicts, he said during the 72nd Pas Muktamar at Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) in Pengkalan Chepa, here, today.He said unity required members to have a big heart, including being willing to forgive past mistakes while learning from them.At the same time, he stressed that unity did not mean abandoning Pas' principles.We remain firm in our beliefs and struggle, clear in our Islamic thinking and steadfast in our objectives, Nasrudin said.He also called on Pas to become a broader platform for the Muslim community by reaching out to scholars, Islamic non-governmental organisations, professionals, young people, religious figures, community activists and those who had previously disagreed with the party.Pas must become a destination for those who want to contribute to the struggle





Pas Youth calls for RCI into alleged 'corporate mafia' network linked to political figures, enforcement officials - Sinardaily - 5/09 1:18 pm

KOTA BHARU - Pas Youth Councilhas called for the establishment of a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate allegations of a "corporate mafia" network with links to political figures and enforcement officials.Moving the motion at the muktamar, Pas Youth Councildelegate Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir said the allegations, first raised in an international report in February 2026, involved a network of businessmen said to have connections with senior political leaders and enforcement officials attempting to gain control of a company."This is what we call the corporate mafia that is allegedly operating and existing in our country without us knowing,"said during the 72nd Pas Muktamar at Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) in Pengkalan Chepa, here, today.Nazrul argued that if Tabung Haji could be subjected to an RCI in the name of good governance, the same standard should apply to allegations involving individuals with links to the highest levels of government and enforcement."If Tabung Haji can have an RCI, why can't this alleged corporate mafia issue also have an RCI?" he asked.He noted that police had said the authorities may not be involved, but argued this was insufficient given allegations that enforcement bodies may themselves have played a role."No businessman should be too wealthy or too powerful to be investigated





Pas perlu buka pintu seluas-luas tarik anak muda - Afnan - Sinarharian - 5/09 12:46 am

KOTA BHARU - Pas digesa membuka seluas-luasnya 'pintu masuk' parti itu bagi menyambut sokongan, sekali gus menarik golongan muda yang kini mendominasi demografi negara.Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, sekitar 60 hingga 65 peratus daripada 34.2 juta penduduk Malaysia berusia bawah 40 tahun kini semakin berminat serta yakin dengan masa depan dibawa parti itu."Pas ada dewan yang besar, pintu yang nak masuk dewan itu juga kena besar. Buka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang nak bersama Pas," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Afnan Hamimi menjelaskan, generasi muda hari ini mempunyai sifat tersendiri iaitu tidak mahu terikat dengan struktur organisasi tegar mahupun pengisian borang ahli, namun sedia menyertai aktiviti parti seperti konvoi dan program kemasyarakatan."Sebab itu kita kena faham pendekatan mereka





Pas desak tindakan tegas hapus kartel, monopoli industri padi, beras - Sinarharian - 5/09 10:55 am

KOTA BHARU - Muktamar Tahunan Pas Pusat Kali Ke-72 mendesak kerajaan agar mengambil tindakan segera dan tegas terhadap kewujudan kartel serta amalan monopoli yang membelenggu industri padi dan beras negara.Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr Azman Ibrahim berkata, isu itu tidak boleh dilengahkan memandangkan wujud dakwaan golongan 'orang tengah' atau kartel kini mengawal hampir 95 peratus penghasilan padi tempatan.Menurutnya, kuasa kartel berkenaan bertapak kukuh ekoran kebergantungan pesawah yang terikat dengan dana pinjaman permulaan musim, sekali gus menjadikan golongan itu seperti 'tawanan' dalam sistem yang membelenggu mereka."Selagi kartel dibiarkan beroperasi, selagi itulah pesawah terus diperah, bekalan beras tempatan dimanipulasi dan rakyat menanggung harga yang tidak sepatutnya. Tindakan perlu dilaksanakan tanpa pilih kasih serta tanpa kompromi politik," katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Azman berkata, Perdana Menteri sebelum ini pernah menyeru agar amalan kartel dihapuskan, namun tindakan nyata masih belum dirasai oleh pesawah di lapangan manakala amalan monopoli terus berlaku.Dalam pada itu, beliauturut menyenaraikan empat ketetapan utama yang digariskan menerusi usul berkenaan bagi membela nasib lebih 200,000 pesawah di seluruh negara.Antaranya, kerajaan digesa menyemak dan menaikkan harga lantai padi serta-merta kepada sekurang-kurangnya RM2,000 setan metrik berbanding RM1,500 masa kini yang disifatkan hanya menyamai kos pengeluaran sehektar tanpa memberi margin keuntungan.Selain itu, beliau berkata, bekalan baja bersubsidi, benih berkualiti dan racun perosak perlu dipastikan sampai kepada pesawah tepat pada waktunya tanpa sebarang gangguan birokrasi.Katanya, tindakan undang-undang secara lebih tegas juga perlu diambil terhadap rangkaian kartel dan orang tengah bagi membebaskan rantaian bekalan makanan ruji negara."Kerajaan perlu menetapkan pelan tindakan terukur bagi meningkatkan kadar sara diri beras negara daripada 52.9 peratus pada 2024 kepada sekurang-kurangnya 75 peratus dalam tempoh lima tahun," katanya.Mengulas lanjut, beliau menggariskan realiti bebanan yang ditanggung pesawah antaranya kenaikan kos membajak mencecah RM190 seekar, kos jentuai RM17 seguni, pengangkutan RM35 setan kasar, serta isu pemutuan timbangan di kilang yang dilaporkan mencapai melebihi 40 peratus."Kadar sara diri beras negara pada tahun 2024 adalah 52.9 peratus manakala pengeluaran padi mencatatkan penurunan kepada 2.06 juta tan metrik berbanding 2.17 juta tan metrik pada 2023





Pas lulus usul desak Persekutuan henti beri lesen judi - Sinarharian - 5/09 10:21 am

KOTA BHARU - Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 pada Sabtu meluluskan tanpa bahas usul menggesa kerajaan Persekutuan menghentikan pemberian lesen perjudian selain memperkukuh kuasa kerajaan negeri dalam membendung aktiviti berkenaan.Usul yang dibentangkan Pas Kawasan Baling itu diterima dalam sesi pembentangan usul pada muktamar yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepadi sini.Ketua Penerangan Pas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Muktamar, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan mahkamah berkaitan isu lesen premis perjudian di Kedah menunjukkan terdapat kekangan dari sudut perundangan terhadap kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan lebih tegas.Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan keperluan supaya kerajaan Persekutuan menilai semula dasar pemberian lesen perjudian serta mengkaji ruang perundangan bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan dasar yang lebih tegas mengikut bidang kuasa yang sah."Justeru, muktamar menggesa kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan menilai semula dasar pemberian dan pembaharuan lesen perjudian, termasuk mempertimbangkan penghentian pemberian lesen baharu."Kerajaan negeri khususnya negeri-negeri SG4, juga digesa memperkemaskan undang-undang sedia ada, dasar PBT dan mekanisme pentadbiran berdasarkan nasihat perundangan supaya usaha membendung aktiviti perjudian dapat dilaksanakan dengan asas undang-undang yang lebih kukuh," katanya ketika membentangkan usul itu.Ahmad Fadhli berkata, usul itu turut menggesa Ahli Parlimen Pas membawa perkara berkenaan ke Dewan Rakyat bagi mengkaji serta mencadangkan pindaan terhadap undang-undang Persekutuan.Menurutnya, langkah itu bertujuan memberikan ruang lebih jelas kepada kerajaan negeri untuk menentukan dasar lebih ketat terhadap operasi premis perjudian.Beliau berkata, kerajaan negeri Kedah sebelum ini mengambil pendekatan tidak mengeluarkan dan memperbaharui lesen premis perjudian sebagai sebahagian daripada usaha membendung kesan sosial dan moral akibat perjudian.Bagaimanapun, dasar tersebut dicabar melalui proses kehakiman sehingga Mahkamah Persekutuan pada 12 Ogos lalu menolak permohonan kebenaran kerajaan negeri Kedah untuk merayu sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.Usul berkenaan turut menegaskan bahawa Islam melarang perjudian kerana kemudaratannya terhadap individu, keluarga dan masyarakat selain menyifatkan isu itu berkaitan kepentingan dasar awam, kesejahteraan sosial serta ketenteraman masyarakat."Sehubungan itu muktamar berpandangan usaha menangani isu perjudian perlu diteruskan melalui saluran dasar, perbahasan di Parlimen serta pindaan undang-undang yang bersesuaian bagi memperjelaskan bidang kuasa kerajaan negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya.Sebanyak 33 usul diterima pada muktamar berkenaan daripada seluruh negara membabitkan Pas Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Jawatankuasa Pas Pusat.Selain isu perjudian, muktamar turut meluluskan tanpa bahas usul mendesak kerajaan mengambil langkah menyeluruh bagi menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.Antara cadangan dikemukakan ialah memperkukuh kawalan harga dan bekalan barangan keperluan asas, meningkatkan pendapatan serta kuasa beli rakyat, memperluaskan peluang pekerjaan berkualiti dan mengukuhkan jaringan keselamatan sosial khususnya kepada golongan B40, warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta ibu atau bapa tunggal.Muktamar juga menerima tanpa bahas usul gabungan Pas Kawasan Parit dan Pas Kawasan Bangi yang menggesa Ameerah diperkasakan sebagai sayap penting dalam organisasi Pas.Melalui usul itu, satu Jawatankuasa Khas di peringkat Pas Pusat dicadangkan ditubuhkan bagi meneliti secara menyeluruh kedudukan, struktur, fungsi, bidang kuasa serta mekanisme terbaik untuk memperkukuh peranan Ameerah dalam pembangunan kepimpinan, tarbiyah, dakwah dan advokasi Muslimat muda.Sementara itu, Ahmad Fadhli berkata, muktamar turut menerima empat usul untuk dibahaskan oleh para perwakilan."Usul-usul itu ialahmemperkasa Agenda Penyatuan Ummah ke arah pengukuhan kekuatan politik Melayu-Islam dan kestabilan negara serta penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan mafia korporat."Selain itu, usul reformasi masa kerja dan tenaga kerja kesihatan serta usul memperkasakan rantaian pengeluaran padi serta beras negara bagi memperkukuh keterjaminan makanan," katanya.





'Anak muda Pas akan jadi penggali kubur PH pada PRU16' - Sinarharian - 5/09 10:15 am

Anak muda tidak mudah termakan dengan dakyah PH."Bersedialah untuk dikuburkan dalam PRU16. Anak muda akan menjadi penggali kubur kepada PH nanti," katanya.Konvoi berkenaan bermula dengan peserta berkumpul di Pusat Khidmat DUN Panchor sebelum bergerak menuju ke Dataran Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini.Ketibaan peserta disambut Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Afnan Hamimi Taib bersama kepimpinan Pemuda Pas Malaysia.Program diteruskan dengan solat asar berjemaah dan sesi Pidato Anak Muda yang turut menampilkan Ketua Pengarah ARC Malaysia, Hanafi Zulkapli.Mohd Firdaus yang juga Timbalan Ketua Pengarah DACS Pemuda Pas Malaysia memberitahu gelombang penyertaan anak muda itu membuktikan generasi baharu bersedia memainkan peranan lebih besar dalam menentukan hala tuju politik negara.Ujarnya, golongan muda bakal menjadi antara kelompok penting yang menentukan keputusan PRU16, justeru Pas melihat mobilisasi anak muda sebagai elemen penting dalam menghadapi pilihan raya berkenaan.





Pas calls for Parliament to be dissolved, claims Madani Government is in turmoil - Sinardaily - 5/09 8:49 am

KOTA BHARU Pas has proposed for Parliament to be dissolved to allow the people to give a fresh mandate to a new administration, following claims that the Madani Government is in turmoil.Pas deputy president Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man claimed that parties within the government, particularly Pakatan Harapan (PH), were openly attacking Barisan Nasional (BN) despite currently being in cooperation with the coalition government.The situation is now out in the open and is no longer a secret. Usually, such matters within a party would not be made public, but because of the criticism, the situation has become very serious and is no longer under control, with each side attacking one another, he said during a press conference at the 72nd Pas Muktamar at Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) in Pengkalan Chepa, here, on Friday.Tuan Ibrahim said the situation should not be allowed to continue as political stability needed to be restored through a fresh mandate from the people.My view is simple





Pas backs MACCs move to suspend use of orange lock-up attire - Sinardaily - 5/09 8:30 am

KOTA BHARU Pas has welcomed the Malaysian Anti-Corruption Commissions (MACC) decision to suspend the use of its orange lock-up attire for individuals under investigation who are brought to court for remand proceedings.Pas deputy president Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man said the move was appropriate as the individuals involved had not been charged with any offence and were only being brought to court for an extension of their remand.So, when they are made to wear orange attire, handcuffed, it gives the impression that they have already been found guilty or are being tried in court, he said during a press conference at the 72nd Pas Muktamar at Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) in Pengkalan Chepa, here, on Friday.It was reported that MACC had suspended the use of the orange lock-up attire for individuals under investigation who are brought to court for remand applications, effective immediately.MACC chief commissioner Datuk Seri Abd Halim Aman said the decision was made following recent developments and current recommendations concerning procedures for handling individuals under investigation, particularly when they are brought to court.Earlier, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said individuals detained by MACC would no longer be required to wear orange attire when brought to court for remand proceedings.Anwar was reported as saying that individuals who were merely cooperating with the authorities should first be investigated before any further action was decided.





Pas Terengganu has its candidate for PM, says delegate - Sinardaily - 5/09 8:30 am

KOTA BHARU - Pas Terengganu has a candidate for prime minister from the state, should Perikatan Nasional (PN) go on to govern Malaysia at the upcoming 16th General Eection (GE16).Pas Terengganu delegate Dr Wan Mat Sulaiman said this is based on the successes and achievements already secured in administering the state."We are not just playing identity politics. We are also able to prove that Pas has the capability to govern well and deliver the best performance," he said while tabling a motion and debating the president's policy speech at the 72nd Pas Annual Muktamar at the Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) in Pengkalan Chepa here on Friday.Pas had earlier acknowledged having a prime ministerial candidate from within the party for GE16, though it said the time had not yet come to reveal the individual concerned.Pas president Tan Sri Abdul Hadi Awang has said the choice of prime ministerial candidate will only be made after seeing the strength of seats won by the contesting parties in the election.





We'll run Selangor 1,000 times better than PH, says Selangor Pas chief - Sinardaily - 5/09 8:22 am

The PN chairman must be appointed from Pas to steer the party to victory in Selangor."I am confident we have many qualified candidates for PN Selangor chairman. Pas Selangor commissioner Datuk Dr Yunus Hairi is among the qualified candidates," he said.He was speaking while tabling a motion and debating the president's policy speech at the 72nd Pas Annual Muktamar at the Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) in Pengkalan Chepa here on Friday.He said Pas Selangor is targeting at least 36 State Legislative Assembly (DUN) seats and 12 parliamentary seats in the state, driven by a reinforced ummah unity agenda.He added Pas Selangor already has a leadership line-up drawn from professional and religious backgrounds, whom he described as ready to take over the state administration.Pas' preparations, he said, should not be limited to winning Selangor and that the party needs to be ready to govern Malaysia as a whole, including through the formation of a shadow cabinet.He said Pas's administrative approach in Selangor would be built on Islam, integrity, professionalism, technology and justice for all citizens regardless of religion and culture."Selangor is a wealthy state, but that wealth must be felt by the people as a whole





Dakwa Kerajaan Madani 'bergolak', Pas cadang bubar Parlimen - Sinarharian - 5/09 8:21 am

KOTA BHARU - Pas mencadangkan supaya parlimen dibubarkan bagi membolehkan rakyat memberi mandat kepada pentadbiran baharu selepas Kerajaan Madani dilihat bergolak, dakwa Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Ini kerana dakwanya lagi, parti-parti yang ada dalam kerajaan terutama Pakatan Harapan (PH) rancak menyerang Barisan Nasional (BN) walaupun membentuk kerjasama ketika ini."Keadaan ini sudah terbuka dan bukan lagi satu rahsia. Biasanya perkara sebegini dalam parti tidak akan dibawa keluar, tetapi kerana kritikan, situasi sudah sangat serius dan tidak boleh dikawal, masing-masing serang-menyerang satu sama lain," dakwanya semasa sidang akhbar pada Jubli Intan 75 Tahun Pas sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Tuan Ibrahim berkata, situasi itu tidak seharusnya dibiarkan berlarutan kerana kestabilan politik perlu dikembalikan menerusi mandat baharu daripada rakyat."Pandangan saya mudah sahaja





Pas desak diberi jawatan Pengerusi PN Selangor, mahu pimpin PRU - Mygazette - 5/09 7:51 am

Pengerusi PN mesti dilantik daripada Pas untuk mengemudi kemenangan di negeri Selangor, katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelatan (Putik) di sini, hari ini





Pas Perak buka pintu rundingan dengan UMNO demi penyatuan ummah Pas Perak .. - Mygazette - 5/09 7:51 am

"Bagaimana pula dengan negeri-negeri lain seperti Perak, Selangor, Pulau Pinang dan negeri-negeri SG4? Formula yang akan digunakan di setiap negeri mungkin berbeza mengikut keadaan dan keperluan negeri masing-masing," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini, hari ini





Gesaan DAP semak kes Zahid disifatkan hipokrasi ??? Pas - Mygazette - 5/09 7:51 am

Ini bukan reformasi tetapi hipokrasi," katanya. Beliau yang juga ADUN Pengkalan Kundor berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini





Pas Sarawak sasar empat kerusi, intai kemenangan sulung - Mygazette - 5/09 7:51 am

Setiap kerusi yang kita usulkan mempunyai objektif tertentu yang jelas. "Kita mesti tahu mengapa kita bertanding, apa kekuatan kita, apa kelemahan kita dan apa yang mahu kita bina," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, di sini, hari ini





Pas mahu Kementerian Wilayah Persekutuan jadi portfolio keutamaan jika PN .. - Mygazette - 5/09 7:51 am

"Ini bukan soal kedudukan. Ini soal tanggungjawab memenangkan Perikatan Nasional di pusat kuasa negara," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelatan (Putik) di sini, hari ini





Pas Terengganu tawar calon PM, pengalaman tadbir negeri 2 penggal jadi .. - Mygazette - 5/09 7:51 am

"Oleh yang demikian itu, Pas Terengganu Insyaallah, kalau pusat mahu, ingin menawarkan calon Perdana Menteri daripada Negeri Terengganu," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini, hari ini





Tindakan SPRM gantung pemakaian baju oren tepat - Pas - Sinarharian - 5/09 7:48 am

KOTA BHARU - Pas melihat tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah untuk tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta sebagai tepat.ARTIKEL BERKAITAN:Baju tahanan jingga dicadang tidak perlu dipakai sebelum individu didakwa - PMTimbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hal ini kerana OKS yang dibawa itu bukan dituduh sebaliknya proses sambung reman."Jadi bila pakai pakaian baju oren... digari dan sebagainya, seolah-oleh mereka dah bersalah ataupun dibicara di mahkamah," katanya semasa sidang akhbar pada Jubli Intan 75 Tahun Pas sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, SPRM menggantung pemakaian baju oren bagi OKS yang dibawa ke mahkamah bagi tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, keputusan itu dibuat susulan perkembangan terkini dan saranan semasa berkaitan tatacara pengendalian OKS, khususnya ketika proses membawa mereka ke mahkamah.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan individu yang ditahan SPRM tidak lagi perlu memakai 'baju oren' ketika dibawa ke mahkamah untuk prosiding reman.Anwar dilaporkan berkata, individu yang hanya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa wajar disiasat terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lain diputuskan.Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim memberitahu, secara peribadi tindakan SPRM itu sesuatu yang positif dan Pas menyambut baik perkara tersebut.





'Kerjasama Pas-BN bukan suka-suka, diputuskan Majlis Syura Ulama' - Tuan Ibrahim - Sinarharian - 5/09 12:14 am

KOTA BHARU - Sebarang kerjasama politik yang bakal dimeterai Pas termasuk dengan Barisan Nasional (BN) bukan dibuat secara suka-suka sebaliknya diperhalusi satu persatu sebelum diputuskan dengan panduan Majlis Syura Ulama, kata Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Menurut beliau, pendekatan itu termasuk dalam soal pemilihan calon yang turut melalui semakan parti bagi memastikan mereka memenuhi pertimbangan yang ditetapkan.Tambahnya, Pas tidak meletakkan calon semata-mata berdasarkan keperluan pilihan raya, sebaliknya meneliti pelbagai aspek sebelum sesuatu keputusan dibuat."Dalam Pas, kita menyemak semua calon-calon kita. Lebih membanggakan ialah kerana kita dikawal, dipandu oleh Majlis Syura Ulama yang memandu parti dalam penegasan yang hendak buat."Sebab itu yakinlah, sebarang kerjasama politik yang kita buat bukan hanya bermesyuarat kemudian suka-suka buat keputusan."Kita perhalusi satu per satu, kita meneliti satu per satu, kita semak semua aspek, lalu kita serah kepada panduan daripada Majlis Syura Ulama," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Jubli Intan 75 Tahun Pas sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Tuan Ibrahim memberitahu, pengalaman Pas dalam beberapa kerjasama politik sebelum ini membuktikan pendekatan berkenaan tidak merugikan parti, malah pernah membawa kepada kejayaan menguasai beberapa negeri."Bersama Angkatan 46 (Semangat 46), kita berjaya tawan Kelantan





Muktamar PAS: 2 tokoh Sabah terima anugerah - Harakahdaily - 4/09 11:08 pm

KOTA BHARU: Dua tokoh dari Sabah menerima pengiktirafan pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, dekat sini sebagai penghargaan terhadap jasa, istiqamah dan sumbangan mereka kepada perjuangan parti





Pas Terengganu ada calon PM jika PN menang - Sinarharian - 4/09 10:23 pm

KOTA BHARU - Pas Terengganu mempunyai calon Perdana Menteri dari negeri itu sekiranya Perikatan Nasional (PN) mentadbir Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.Perwakilan Pas Terengganu, Dr Wan Mat Sulaiman berkata, ia berdasarkan kejayaan dan pencapaian yang sudah diraih sepanjang mentadbir negeri berkenaan."Kita bukan sekadar memainkan politik identiti, tetapi kita juga mampu membuktikan Pas mempunyai keupayaan untuk mentadbir dengan baik serta menunjukkan prestasi yang terbaik," katanya semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Sebelum itu Pas mengakui mempunyai calon Perdana Menteri daripada parti itu bagi menghadapi PRU16 akan datang, namun belum tiba masanya untuk mendedahkan individu berkenaan.Menurut Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, penentuan calon Perdana Menteri hanya akan dibuat selepas melihat kekuatan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding pada pilihan raya berkenaan.





Penyelesaian Islam mesti dirasai masyarakat bukan Islam - DHPP - Sinarharian - 4/09 8:12 pm

KOTA BHARU - Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) mengingatkan bahawa gagasan Negara Berkebajikan dan penyelesaian Islam mesti dapat dilihat dan dirasai oleh masyarakat bukan Islam.Wakilnya, Alex Chan Foo Yew berkata, ia perlu diterjemahkan dan bukan sekadar di bibir sahaja."Masyarakat bukan Islam sememangnya mahu melihat idea yang menggabungkan pembangunan material dengan pembangunan insan serta berdiri di atas prinsip keadilan di mana semua itu direalisasikan."Bagi masyarakat bukan Islam, inilah yang mahu dilihat. Mereka ingin pendidikan yang baik untuk anak-anak, peluang pekerjaan dan ekonomi, pentadbiran bersih, keselamatan keluarga dan kebebasan beragama dihormati."Paling penting mereka ingin diyakinkan bahawa dalam negara yang dipimpin berteraskan Islam, mereka juga mempunyai tempat, hak dan masa depan," katanya.Beliau berkata demikian semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Menurut beliau, penekanan terhadap pembangunan insan, membina manusia berilmu, berakhlak, berkemahiran serta mampu menghadapi perubahan zaman merupakan titik pertemuan sangat luas dengan masyarakat bukan Islam.Katanya, DHPP selaku pembawa mesej bahawa Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan sekadar membina negara tetapi membina manusia, turut menyambut baik Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS 2051)."WINS 2051 bergerak melalui tiga fasa, iaitu pemulihan negara, negara model dan negara memimpin, namun jika ia ingin menjadi wawasan untuk Malaysia, maka masyarakat majmuk mesti dapat melihat diri mereka berada di dalamnya."Golongan profesional, usahawan, akademik, belia dan pemimpin masyarakat bukan Islam juga mempunyai kepakaran untuk menyumbang dan DHPP bersedia menjadi jambatan untuk membawa mereka Bersama," katanya.Jelas beliau, jika Pas ingin memperluaskan kemenangan, DHPP mesti diperkasakan dan untuk menembusi pengundi bukan Islam, peranan DHPP mesti diperluaskan."Dalam perkara melibatkan masyarakat bukan Islam, DHPP ingin membawa satu permintaan jelas kepada seluruh pimpinan dan jentera Pas





Pas Sabah gesa laksana MA63, mansuh subsidi bersasar - Sinarharian - 4/09 6:48 pm

KOTA BHARU - Pas Sabah menggesa kerajaan melaksanakan sepenuhnya tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk mengembalikan 40 peratus hasil negeri itu, selain memansuhkan subsidi bersasar bagi bahan api.Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan berkata, Sabah tidak memerlukan wang ihsan atau peruntukan khas, sebaliknya mahu hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan.Menurut beliau perkara itu termasuk hak 40 peratus atau dua perlima daripada hasil negeri Sabah yang diperuntukkan menerusi Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan."Sabah tidak mahu peruntukan, Sabah tidak mahu wang ihsan. Sabah mahu adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan 112C dan 112D, yang termaktub di dalamnya 40 peratus ataupun dua perlima daripada hasil negeri Sabah dipulangkan semula ke negeri Sabah."Kita berharap, insya-ALLAH, ketika mana nanti kita akan memerintah Malaysia, perkara ini bukan perkara untuk dirundingkan tetapi perkara ini adalah untuk kita laksanakan bersama-sama," katanya.Beliau semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Dalam pada itu, Aliakbar turut menggesa kerajaan memansuhkan pelaksanaan subsidi bersasar Budi Madani bagi bahan api di Sabah.Ujarnya, pendekatan berkenaan perlu mengambil kira keadaan geografi dan demografi Sabah yang berbeza, selain kedudukan rakyat negeri itu yang masih memerlukan sokongan untuk mengembangkan aktiviti ekonomi dan keusahawanan."Kita mohon kepada kerajaan bukan setakat menaikkan 200 ke 300 liter sama ada petrol ataupun diesel."Rakyat Sabah antara rakyat yang susah





Pas Sarawak sasar tanding empat kerusi DUN PRN akan datang - Sinarharian - 4/09 6:45 pm

KOTA BHARU Pas Sarawak menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu akan datang.Timbalan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Rashidi Halun berkata, sasaran itu bukan sekadar memenuhi penyertaan dalam pilihan raya, sebaliknya menjadi sebahagian daripada pelan jangka panjang bagi membina kekuatan parti di negeri berkenaan.Menurutnya, setiap kerusi yang akan ditandingi mempunyai objektif tersendiri dan perlu disokong dengan perancangan yang tersusun sebelum, semasa dan selepas pilihan raya."Empat kerusi bukan sekadar angka tapi setiap kerusi yang diusulkan, mempunyai objektif tertentu."Paling penting, kita mesti mempunyai pelan gerak kerja yang tersusun sebelum, semasa dan selepas pilihan raya," katanya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Jumaat.Rashidi berkata, Pas Sarawak turut meletakkan sasaran untuk meraih kemenangan sulung di negeri itu sempena hampir 30 tahun penubuhan Pas Sarawak sejak dilancarkan secara rasmi pada 1996.Katanya, kemenangan tersebut diharapkan menjadi titik permulaan kepada pembinaan kekuatan parti secara lebih mampan, namun hanya mampu dicapai menerusi perancangan rapi, usaha berterusan dan pengorbanan seluruh jentera.Dalam pada itu, beliau berkata, Pas Sarawak melalui proses pembangunan organisasi yang panjang daripada sebuah jawatankuasa penaja kepada sebuah organisasi yang kini mempunyai 11 kawasan di seluruh negeri.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pas negeri-negeri lain yang membantu memperkukuhkan gerak kerja Pas Sarawak termasuk Kelantan yang disifatkannya sentiasa memberikan sokongan menerusi penubuhan pasukan petugas bersama."Tempoh yang berbaki sebelum PRN perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memperkukuhkan organisasi, memperluaskan khidmat kepada masyarakat dan melahirkan lebih ramai pelapis yang mampu meneruskan perjuangan parti," katanya.





Penyatuan ummah mesti jadi agenda utama Pas - Sinarharian - 4/09 6:36 pm

KOTA BHARU Usaha penyatuan ummah melalui kerjasama politik perlu terus dijadikan agenda utama Pas bagi mengelakkan perpecahan yang boleh melemahkan kekuatan parti serta membuka ruang kepada pihak lawan meraih kelebihan.Perwakilan Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, sejarah perjuangan parti membuktikan permuafakatan politik menjadi antara faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan Pas mentadbir negeri dan memperluaskan pengaruh di peringkat nasional.Menurutnya yang juga Ketua Penerangan Pas Kelantan, pengalaman kerjasama politik yang pernah dijalinkan Pas dengan pelbagai gabungan sebelum ini menunjukkan penyatuan mampu memperkukuhkan kedudukan parti dalam menghadapi cabaran politik semasa."Usaha penyatuan ummah melalui kerjasama politik sama ada atas dasar taawun siyasi atau tahaluf siyasi hendaklah dijadikan agenda keutamaan dengan mengelakkan sebarang anasir perpecahan dan pertembungan."Perpecahan hanya akan melemahkan kita serta membuka ruang kepada musuh politik untuk menjejaskan kekuatan yang telah dibina," katanya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Jumaat.Mohd Asri berkata, kejayaan Pas membentuk kerajaan di beberapa negeri pada pelbagai fasa sebelum ini tidak dapat dipisahkan daripada semangat permuafakatan yang berjaya diwujudkan bersama rakan-rakan politik.Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli dan kepimpinan parti supaya terus memperkukuhkan hubungan dengan parti-parti yang berkongsi matlamat serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan perpecahan.Dalam pada itu, beliau turut menggariskan tiga fokus utama yang perlu diberi perhatian bagi memperkukuhkan parti iaitu memperkasa tarbiah dan jati diri ahli, memperluaskan penguasaan medium penerangan khususnya dalam era digital dan kecerdasan buatan (AI)."Selainnya perlu memperkukuhkan walak dan ketaatan terhadap keputusan kepimpinan," katanya.Dalam pada itu, katanya, jentera penerangan perlu bergerak lebih agresif dan bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa selaras dengan perkembangan teknologi semasa.Beliau turut menegaskan komitmen Kerajaan Kelantan untuk terus mempertahankan dasar Membangun Bersama Islam serta memperkukuhkan pelaksanaan syariat Islam di negeri itu.Pada akhir perbahasannya, Mohd Asri mengemukakan cadangan supaya Ucapan Dasar Presiden Pas diterima dan disokong oleh para perwakilan.





Pas Selangor tuntut jawatan Pengerusi PN negeri - Sinarharian - 4/09 5:53 pm

Pengerusi PN mesti dilantik daripada Pas untuk mengemudi kemenangan di Negeri Selangor."Saya yakin kita mempunyai ramai calon Pengerusi PN Selangor yang berkelayakan. Datuk Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Yunus Hairi antara calon yang berkelayakan," katanya.Beliau berkata demikian semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Menurut beliau, Pas Selangor menyasarkan kemenangan sekurang-kurangnya 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 12 kerusi Parlimen di negeri itu menerusi agenda penyatuan ummah yang diperkukuhkan.Ujarnya, Pas Selangor juga sudah mempunyai barisan kepimpinan daripada latar belakang profesional dan agamawan yang disifatkan bersedia untuk mengambil alih pentadbiran negeri.Mohamed Sukri memberitahu, persiapan Pas tidak seharusnya terhad kepada sasaran kemenangan di Selangor, sebaliknya parti itu perlu bersedia untuk mentadbir Malaysia termasuk melalui pembentukan Kabinet Bayangan.Ujar beliau, pendekatan pentadbiran Pas di Selangor akan berteraskan Islam, integriti, profesionalisme, teknologi serta keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira agama dan budaya."Selangor sebagai sebuah negeri yang kaya, tetapi kekayaan itu mestilah dirasai oleh rakyat secara keseluruhan





Pas Johor mahu enam kawasan dikenal pasti, diuji hadapi PRU16 - Sinarharian - 4/09 5:36 pm

Apa yang lebih penting ialah supaya Pusat memberikan arahan lebih awal."Kawasan mana yang perlu diberi tumpuan, calon mana yang perlu dipersiapkan, organisasi mana perlu diperkukuhkan dan apakah ukuran yang perlu dicapai."Jika enam kawasan mahu dikenal pasti untuk dibangunkan, maka bina dan uji enam kawasan itu terlebih dahulu. Biarlah prestasi di lapangan menentukan tahap kesiapsiagaannya," katanya.Beliau berkata demikian semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Mohd Firdaus memberitahu, persiapan PRU16 juga tidak seharusnya hanya berakhir dengan usaha memenangi kerusi, sebaliknya Pas perlu memastikan parti mempunyai keupayaan untuk mentadbir sekiranya diberikan amanah oleh rakyat.Ujarnya, empat perkara perlu bergerak seiring iaitu dasar, manusia, keupayaan dan institusi bagi memastikan parti bukan sahaja bersedia untuk menang, malah mampu memikul tanggungjawab pemerintahan."Kita perlu tahu bukan sahaja apa yang mahu dilakukan, tetapi juga siapa yang mampu melaksanakannya."Kita memerlukan pemimpin, profesional, teknokrat, pakar dan pelaksana yang memahami bidang masing-masing," katanya.Menurut beliau, pendekatan itu amat penting bagi Pas Johor yang perlu memahami realiti negeri berkenaan sebagai negeri perindustrian, pelabuhan dan logistik, selain mempunyai hubungan rapat dengan Singapura serta komposisi masyarakat yang pelbagai.Tambahnya, Pas Johor tidak boleh sekadar membina kekuatan pilihan raya, sebaliknya perlu mempunyai kemampuan memahami isu setempat dan menawarkan penyelesaian yang dekat dengan keperluan masyarakat.





Tengku Zafrul tidak pernah bawa isu judi ke Kabinet, kata Takiyuddin - Mygazette - 4/09 3:19 pm

Hanya di peringkat Kementerian Kewangan. "Minta Tengku Zafrul sahkan, dia menteri kewangan, kami menteri lain," katanya pada sidang media selepas Majlis Persamian dan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini





Zahid tak hadir Muktamar Pas, Asyraf Wajdi ketuai rombongan UMNO - Mygazette - 4/09 3:19 pm

# Zahid tak hadir Muktamar Pas, Asyraf Wajdi ketuai rombongan UMNO PENGKALAN CHEPA Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir pada Muktamar Tahunan Pas Ke-72 yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini meskipun sebelum ini beliau dilaporkan akan menghadiri perhimpunan berkenaan





Hadi nafi campur tangan dalam keputusan Perikatan Nasional - Mygazette - 4/09 3:19 pm

Kita mengamalkan demokrasi. Kita boleh mempunyai pandangan terbuka," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini, hari ini





UMNO-Pas: Muafakat Melayu demi politik negara lebih stabil – Asyraf .. - Mygazette - 4/09 3:19 pm

"Tetapi, seperti mana yang selalu kita tekankan, penyatuan ummah tidak bermakna kita menafikan bangsa-bangsa ataupun agama-agama lain. Teras negara kita, induknya Melayu dan Islam," katanya ketika ditemui pada Muktamar Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini





Pas mahu pertahan SG4, sasar Pahang, Perak dan Selangor - Mygazette - 4/09 3:19 pm

"Setiap kerusi DUN dan Parlimen yang telah dimenangi dalam PRU15 wajib dipertahankan, manakala Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis (SG4) sebagai 'Negeri Pangkalan' mesti terus dikekalkan penguasaannya, diperkukuh pentadbirannya serta dilaksanakan agenda Islam mengikut bidang kuasa negeri," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini, hari ini





Kerjasama UMNO-Pas bukan kesinambungan MN - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 4/09 1:58 pm

KOTA BHARU Kerjasama antara UMNO-Pas ketika ini bukanlah kesinambungan kepada Muafakat Nasional (MN), kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.Ujar beliau, usaha itu sebaliknya adalah sokongan terhadap agenda yang mampu memperkukuhkan perpaduan orang Melayu serta mewujudkan kestabilan politik negara."Ini bukan MN, seperti yang disebutkan oleh Presiden UMNO, kami mendukung apa-apa jua agenda yang boleh memastikan harapan orang Melayu melihat dua parti terbesar ini ada pemuafakatan yang baik."Paling penting boleh memberikan suatu aspirasi besar untuk melihat keadaan politik dan negara stabil, harmoni serta makmur," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Muktamar Tahunan Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Pada masa sama, beliau berkata, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai hala tuju kerjasama tersebut."Namun apa-apa pun, kami mendokong penyatuan ummah sebagaimana harapan majoriti rakyat."Penyatuan ummah tidak bermakna kita menafikan bangsa-bangsa atau agama-agama lain namun teras negara kita ialah Melayu dan Islam," katanya.Sebelum itu, beliau memaklumkan UMNO menerima jemputan rasmi daripada Pas untuk menghadiri Muktamar Tahunan parti itu selepas perkara tersebut dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.Menurutnya, Pas juga akan menghantar wakil ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) manakala UMNO akan memenuhi jemputan menghadiri muktamar parti itu.Dalam perkembangan sama, Asyraf Wajdi berkata, persiapan PAU berjalan lancar dengan perhimpunan yang berlangsung dari 9 hingga 12 September ini dijangka menghimpunkan hampir 7,000 perwakilan serta lebih 50,000 kehadiran keseluruhannya termasuk keluarga besar UMNO.





Umno backs greater cooperation with Pas, says Asyraf Wajdi - Sinardaily - 4/09 1:46 pm

KOTA BHARU Umno supports efforts to strengthen cooperation with Pas, with Umno secretary-general Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki saying both parties must work towards political stability, harmony and prosperity.He said Umno accepted Pas invitation to the 72nd PAS Annual Muktamar after the matter was discussed by the partys supreme council.We received the official invitation and discussed it in the supreme council. As Malays and Muslims, we accepted the invitation with an open heart, he told reporters during a sideline interview at Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) here today.Asked whether Umno would invite Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim to its upcoming general assembly, Asyraf said the party would extend invitations to those who had invited Umno to their respective assemblies.We will send invitations to those who invited us to their general assembly, he said.He also stressed that Umno would continue to support efforts towards greater unity among Muslims and Malays, while respecting the countrys multiracial and multireligious composition.We support the unity of the ummah, as hoped for by the majority of the people





'Tak betul campur tangan keputusan PN' Abdul Hadi - Sinarharian - 4/09 1:44 pm

Kita ini boleh bagi pandangan. Terbuka," katanya semasa sidang akhbar Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Sebelum ini, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa, keputusan berkaitan PN sepatutnya dibuat menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN dan bukan melalui campur tangan Presiden Pas.Abdul Hadi bagaimanapun menegaskan, budaya perbincangan terbuka menjadi amalan dalam Pas dengan setiap pimpinan mempunyai ruang untuk menyatakan pandangan masing-masing.Beliau turut menolak gambaran bahawa kepimpinan parti hanya mengikut pandangan seorang pemimpin tanpa perbincangan atau perbezaan pendapat.





Hadi rejects claims he controls PN decisions, stating they practice open approach - Sinardaily - 4/09 12:53 am

KOTA BHARU Pas president Tan Sri Abdul Hadi Awang rejects claims that he plays a dominant role in decision-making within Perikatan Nasional (PN), stressing that decisions are made collectively through consultation.Speaking during a press conference with media members at Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) here today, Hadi said Pas practised an open approach in its internal discussions, where leaders were free to express their views.That is not true





'Isu cabutan khas nombor ramalan tak pernah dibawa ke Kabinet' Takiyuddin - Sinarharian - 4/09 12:49 am

KOTA BHARU - Isu cabutan khas nombor ramalan yang dipertikaikan sebelum ini tidak pernah dibawa ke Kabinet ketika Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjadi Menteri Kewangan, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.Menurut beliau, perkara berkenaan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan tidak dibentangkan melalui kertas Kabinet atau memorandum Jemaah Menteri."Seingat saya tidak dibawa ke Kabinet. Tidak ada kertas Kabinet, tiadamemorandum Jemaah Menteri."Diputuskan memang bidang kuasa Kementerian Kewangan," katanya semasa sidang akhbar Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Media sebelum ini melaporkan, keputusan meningkatkan jumlah cabutan khas nombor ramalan kepada 22 kali setahun ketika pentadbiran terdahulu adalah tanggungjawab bersama jemaah menteri, termasuk menteri daripada Pas ketika itu.Tengku Zafrul Aziz yang kini Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri berkata cabutan khas bukan perkara baharu, sebaliknya telah diperkenalkan sejak 1999, malah had siling 22 cabutan setahun sudah wujud ketika pentadbiran Barisan Nasional sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan.Takiyuddin memberitahu, menteri-menteri lain tidak mempunyai maklumat berhubung keputusan tersebut sekiranya perkara itu tidak dibawa ke peringkat Kabinet.Tambahnya, teguran hanya dibuat selepas jumlah cabutan khas berkenaan diumumkan."Bila tak dibawa ke Kabinet, kami tiadamaklumat





Isu rasuah bukan modal politik jatuhkan pihak lawan - Abdul Hadi - Sinarharian - 4/09 11:54 am

KOTA BHARU - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan isu rasuah tidak seharusnya dijadikan modal politik untuk menjatuhkan pihak lawan, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai kemungkaran yang wajib dicegah.Menurut beliau, tindakan terhadap kesalahan rasuah perlu dilaksanakan secara adil dan tidak bersifat terpilih."Malangnya di Malaysia, isu rasuah sering dijadikan modal politik untuk menjatuhkan lawan, bukan sebagai kemungkaran yang wajib dicegah."Keadaan ini berlaku apabila tindakan diambil secara terpilih terhadap pihak lawan, sedangkan salah laku dalam kalangan sendiri dibiarkan, sama ada melibatkan penerima rasuah, pemberi rasuah mahupun perantara yang mengatur urusan rasuah," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di PUTIK, Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Abdul Hadi memberitahu, pihaknya amat menyesali kepincangan dalam pengurusan dana awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berlaku ketika ini.Jelasnya, perkara tersebut seharusnya dibawa ke mahkamah, bukannya bahan untuk dibicarakan di media ataupun di pentas politik."Tidak dinafikan berlakunya kepincangan dalam pengurusan dana awam dan GLC yang amat kita kesali."Ia perlu dibawa ke mahkamah apabila cukup bukti, bukannya dibicarakan di media ataupun di pentas politik," katanya.Ujar beliau, apatah lagi apabila ia menjadi bahan kempen pilihan raya untuk mencipta persepsi buruk seperti isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.Dalam pada itu Abdul Hadi memberitahu, kedudukan Islam dan umatnya akan berada dalam keadaan paling berbahaya apabila berada dalam pemerintahan yang dikuasai oleh kumpulan bukan Islam.Katanya, lebih membimbangkan, kedudukan Islam dan umatnya berada dalam keadaan paling berbahaya apabila berada dalam pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai oleh kumpulan bukan Islam dan menjadi ancaman kepada maqasid al-syariah."Maka, tindakan bertujuan menolak kemudaratan yang besar hendaklah diutamakan,"katanya.





Pas mahu pengaruh Penyatuan Ummah diperluas ke Pahang, Perak, Selangor - Abdul Hadi - Sinarharian - 4/09 11:32 am

KOTA BHARU - Pas mahu agenda Penyatuan Ummah diperkukuh sebagai antara strategi utama menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), selain menyasarkan perluasan pengaruh parti ke Pahang, Perak dan Selangor.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, seluruh jentera parti perlu mengambil langkah strategik bagi memastikan prasyarat kemenangan dipenuhi, termasuk mempersiapkan jentera pilihan raya pada tahap maksimum kerana PRU16 boleh diadakan pada bila-bila masa.Menurut beliau, Pas berkewajipan mengambil langkah politik yang berhikmah untuk menyatukan Melayu Islam dan masyarakat bukan Islam yang tidak ekstrem sebagai sebuah masyarakat majmuk di Malaysia."Perpaduan umat Islam mesti terus diperkukuh kerana perpecahan hanya melemahkan kemampuan umat menjaga agama, rakyat dan negara."Pada masa sama, perpaduan ummah tidak bererti menafikan hak masyarakat bukan Islam," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Jelas beliau, usaha memperkukuh perpaduan umat perlu berjalan seiring dengan jaminan keadilan kepada masyarakat bukan Islam serta penghormatan terhadap kebebasan beragama dalam kerangka Perlembagaan.Dalam pada itu, Abdul Hadi memberitahu, Pas mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi pada PRU15, selain memastikan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terus menjadi negeri pangkalan parti."Negeri-negeri ini mesti terus dikekalkan penguasaannya, diperkukuh pentadbirannya serta dilaksanakan agenda Islam mengikut bidang kuasa negeri," katanya.Menurut beliau, Pas turut meletakkan Pahang, Perak dan Selangor sebagai negeri yang akan menyumbang kepada kemenangan seterusnya, sekali gus memperkukuh kedudukan Pas dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Parlimen.Katanya, pencapaian Pas di Sabah dan pertambahan pengaruh di Negeri Sembilan pula perlu diisi dengan agenda kebajikan, integriti dan keadilan kepada semua."Di samping itu, kita perlu melonjakkan pencapaian di Melaka yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi," katanya.Abdul Hadi memberitahu, tumpuan turut diberikan kepada pengundi atas pagar, pengundi kali pertama, pengundi muda, pengundi luar dan golongan ilmuwan yang dilihat sebagai segmen penting dalam menentukan kemenangan.





Penyatuan Ummah: Kehadiran UMNO di Muktamar Pas buka sejarah baharu arena politik negara - Takiyuddin - Sinarharian - 4/09 10:28 am

KOTA BHARU - Kehadiran pimpinan UMNO ke Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat bukan sekadar memenuhi undangan.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan malah menyifatkan ia sebagai detik sejarah baharu dalam landskap politik negara dalam usaha memperkukuh gagasan Penyatuan Ummah.Menurut beliau, kehadiran pimpinan UMNO yang diketuai Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada muktamar kali ini memperlihatkan usaha gigih dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan agenda penyatuan tersebut."Sesungguhnya kehadiran pimpinan UMNO ke muktamar ini menzahirkan usaha gigih dan bersungguh-sungguh dalam kita menjayakan gagasan besar Penyatuan Ummah," katanya semasa berucap pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di PUTIK, Pengkalan Chepa di sini.Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 tidak dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi namun beliau diwakili Asyraf Wajdi, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub serta kepimpinan UMNO negeri termasuk ketua bahagian.Ia merupakan kehadiran kali kedua kepimpinan UMNO ke Muktamar Pas selepas di Pahang pada 2019.Jemputan itu dibuat memandangkan UMNO sebagai rakan kerjasama strategik.Mengulas lanjut Takiyuddin berkata, usaha menyatukan umat Islam perlu berteraskan perdamaian, kasih sayang dan tanggungjawab, bukannya didorong keegoan atau kepentingan politik semata-mata.





Era of elites determining the nations direction is over Sanusi - Sinardaily - 4/09 10:22 am

It is time for ordinary people to determine their own fate."Do not leave your fate in the hands of the elites. They do not understand us, he said during the Anak Muda Podcast in conjunction with the 72nd Pas Muktamar at the Kelantan Islamic Education Centre (Putik) in Pengkalan Chepa here on Thursday.Sanusi said elites also found it difficult to understand the everyday language used by ordinary people, let alone understand their feelings and the lives they went through.He said this was why many elites became upset when they heard him use terms representing ordinary people that were somewhat harsh, resulting in his words being misinterpreted as rude, gangster-like or abusive.My language may be a little harsh, brutal and some people may feel uncomfortable, but this is my language, the language of the majority of us.We cannot use aristocratic or bombastic language that is difficult for people to understand, he said.Sanusi said he did not intend to disparage any members of the elite who were still able to understand the plight of ordinary people, but said such individuals were usually portrayed as those who had been born in a rice granary.Those who were born in a rice granary or among sacks of rice do not understand people who are struggling





Zahid absent from Pas muktamar, Asyraf Wajdi represents Umno - Sinardaily - 4/09 10:03 am

KOTA BHARU Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi is absent from the 72nd Pas Annual Muktamar here today, despite earlier expectations that he would attend the event.Representing Umno was its secretary-general Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.Pas secretary-general Datuk Seri Takiyuddin Hassan said Asyraf was attending on Zahids behalf, after the Umno president was unable to make it at the last minute.Zahid could not attend due to unavoidable circumstances, he said at Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK).Takiyuddin also thanked Umno leaders for accepting Pas' invitation, describing their presence as another significant moment in the countrys political landscape and reflecting efforts towards greater unity.The commitment shown by Umno leaders in joining us is another new historic moment in the countrys political landscape, reflecting our determination to realise the greater aspiration of public unity, he said.Takiyuddin added that reconciliation between two brothers who were in conflict strengthened the dignity of faith.Zahid was earlier expected to attend the muktamar, with an Umno source yesterday confirming that he would be present.Pas had invited Zahid and other Umno leaders to the muktamar as part of its engagement with Umno as a strategic cooperation partner.Parti Wawasan Negara president Datuk Seri Hamzah Zainudin was also present at the muktamar.The 72nd Pas Annual Muktamar is being held at PUTIK and is officiated by Pas president Tan Sri Abdul Hadi Awang.





Zahid tidak hadir Muktamar Pas, Asyraf Wajdi ketuai delegasi UMNO - Sinarharian - 4/09 9:52 am

KOTA BHARU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir ke Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat sebagaimana dilaporkan sebelum ini.Sebaliknya, Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub serta kepimpinan UMNO negeri termasuk ketua bahagian di negeri ini dilihat mewakili Ahmad Zahid.Ini merupakan kehadiran kali kedua kepimpinan UMNO ke Muktamar Pas selepas di Pahang pada 2019.Media sebelum ini melaporkan, Pas menjemput Ahmad Zahid dan pimpinan parti itu bagi menghadiri Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 itu.Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, jemputan itu dibuat memandangkan UMNO sebagai rakan kerjasama strategik.





'Zaman elit tentukan perjalanan negara sudah berlalu' Muhammad Sanusi - Sinarharian - 4/09 7:22 am

KOTA BHARU - Zaman golongan elit menentukan perjalanan negara sudah berlalu dan kini tiba masa golongan marhaen bangkit menentukan nasib negara bangsa, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Beliau berkata, golongan kaya dianggarkan hanya mewakili 10 peratus rakyat, namun menguasai antara 75 hingga 80 peratus kekayaan, manakala 90 peratus lagi marhaen yang berkongsi sekitar 25 peratus saja kekayaan."Jadi saya rasa ini tidak adil, tiba masa untuk orang marhaen menentukan nasib mereka."Jangan serahkan nasib kepada orang elit, mereka tidak faham kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam Podcast Anak Muda sempena Muktamar Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa di sini pada Khamis.Beliau berkata, golongan-golongan elit juga sukar memahami bahasa percakapan harian yang digunakan oleh marhaen apatah lagi untuk memahami jiwa serta kehidupan yang dilalui mereka.Katanya, oleh sebab itu ramai golongan elit yang marah apabila mendengar beliau sendiri menyebut istilah-istilah mewakili marhaen yang agak kasar sehingga disalah tafsir sebagai kurang ajar, samseng atau maki-hamun."Mungkin kasar sedikitlah bahasa saya, brutal dan ada yang tidak selesa, tapi ini bahasa saya, bahasa kita semua yang ramai."Kita tidak boleh guna bahasa bangsawan atau bombastik yang payah orang faham," katanya.Muhammad Sanusi memberitahu, beliau bukan bermaksud mengata mana-mana golongan elit yang masih boleh memahami jiwa marhaen tetapi golongan itu biasanya digambarkan seperti beranak dalam jelapang padi."Mereka yang beranak dalam jelapang atau dalam kepuk beras ini, tidak faham orang susah, berlakon sahaja memahami tetapi sebenarnya dia tak faham."Jadi saya bercakap, memimpin, mengendalikan sesuatu perkara dari perspektif orang susah," ujarnya.





Buku yang wajar dibaca oleh setiap ahli PAS - Harakahdaily - 4/09 6:21 am

SEMPENA Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK) pada 4 dan 5 September 2026 serta sambutan 75 tahun perjuangan PAS pada 21 November 2026, sebuah buku yang sangat wajar berada dalam koleksi setiap pimpinan, ahli dan pendukung PAS ialah karya terbaru Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff, ‘PAS Menuju Putrajaya: Suara Kepimpinan […] The post Buku yang wajar dibaca oleh setiap ahli PAS appeared first on Harakahdaily .





Pas-Umno Berpelukan di Putik - Msomelayu - 3/09 4:14 pm

Bagaimana bentu dan rupa kerjasama masih misteri. Apakah Pas sedia membahagikan kerusinya buat Umno atau menjadikan Umno sekadar kaldai tua sebagai tunggangan? Kemuncak kepada usaha dan gagasan itu akan dapat dinilai dan dihitung esok apabila Ahmad Zahid Hamidi hadir ke PUTIK, tempat berlangsungnya muktamar




Reformasi     >>



Zahid nafi berselisih dengan Anwar - Mkini
Presiden Umno menegaskan bahawa BN kekal komited memastikan kestabilan politik negara sehingga tamat penggal.
Kroni     >>



China Masters final fuels Pang Ron-Pei Jing's Olympic .. - NST
KUALA LUMPUR: Independent mixed doubles pair Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing have set their sights on qualifying for the 2028 Los Angeles Olympics following an encouraging campaign at the China Masters.
Tabloid     >>



Semua penerbangan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta .. - Kosmo
PETALING JAYA Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta digantung sementara hari ini susulan peningkatan aktiviti letusan Gunung Anak Krakatau. Menurut notis perjalanan dikeluarkan pihak lapangan terbang, penggantungan operasi penerbangan itu berkuat kuasa sehingga ..
Tech     >>



Samsung Galaxy A18 4G Leak Reveals Familiar Specs At A .. - Lowyat
Samsung is preparing to refresh its entry-level smartphone lineup with the Galaxy A18, which was previously spotted on Geekbench. Now, a new leak has revealed more about the upcoming handset, leaving little to the imagination. Android Headlines has shared a set of renders depicting the ..
World     >>



US envoys Witkoff, Kushner meet Putin for talks on .. - Aljazeera
US envoys Steve Witkoff and Jared Kushner met Russian President Vladimir Putin at the Kremlin on Saturday.
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan Kalau Cybercrab Tak Boleh Jual, Saya .. - Mekanika
# KALAU CYBERCRAB TAK BOLEH JUAL, SAYA BOTAK KEPALA - YOUTUBER Pertaruhan antara YouTuber teknologi terkenal Marques Brownlee atau MKBHD dengan Elon Musk mengenai Tesla Cybercab kini semakin menarik. MKBHD sebelum ini mempertaruhkan rambutnya selepas menyatakan dia sanggup membotakkan kepala ..