| /// |
|
| Search : Pati News | Page 1 |
|
52 PATI ditahan dalam operasi bersepadu di Batu Caves, Selayang - Mygazette - 15/06 2:59 pm # 52 PATI ditahan dalam operasi bersepadu di Batu Caves, Selayang BATU CAVES Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor menahan 52 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar Batu Caves dan Selayang pada Ahad |
|
Malaysia sudah jadi syurga PATI, Putra desak Malaysia contohi dasar .. - Mygazette - 15/06 2:59 pm # Malaysia sudah jadi syurga PATI, Putra desak Malaysia contohi dasar Australia KUALA LUMPUR - Malaysia sewajarnya mengikut cara Australia yang tegas dalam menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI) memandangkan keadaan warga asing di Malaysia sudah bertambah buruk |
|
Diculik Akibat Hutang Saudara RM33,000; Polis Buru Dua Lelaki #MGFlash - Mygazette - 15/06 2:59 pm # Diculik Akibat Hutang Saudara RM33,000; Polis Buru Dua Lelaki #MGFlash Dua lelaki diculik di Tumpat dan Pasir Mas pada 6 Jun lalu dipercayai dijadikan cagaran selepas saudara mereka gagal melangsaikan hutang berjumlah RM33,000 yang dikaitkan dengan kegiatan dadah dan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI). |
|
Tujuh tekong darat, 28 PATI ditahan dalam serbuan di Sabak Bernam - Mygazette - 15/06 2:59 pm # Tujuh tekong darat, 28 PATI ditahan dalam serbuan di Sabak Bernam CHERAS - Pasukan Task Force Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan 35 individu dalam satu serbuan yang dijalankan kira-kira jam 5 pagi di Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor pada 10 Jun lalu |
|
Hampir setiap hari etnik Rohingya cuba masuk Kelantan melalui Tak Bai - Polis - Sinarharian - 15/06 2:02 pm KOTA BHARU - Polis Kelantan mendedahkan percubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), khususnya etnik Rohingya dan warga Myanmar berlaku hampir setiap hari melalui laluan sungai serta laut di sempadan negeri ini.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, sindiket penyeludupan PATI melibatkan etnik berkenaan dipercayai mengubah taktik dengan menggunakan laluan dari Tak Bai, Thailand ke Tumpat selepas penutupan pangkalan haram di Rantau Panjang.Menurut beliau, kawasan perairan yang mempunyai banyak anak sungai dan laluan kecil di sekitar Pengkalan Kubor dikenal pasti antara lokasi utama yang digunakan untuk membawa masuk PATI ke negara ini."Kita dapati percubaan kemasukan PATI berlaku hampir setiap hari melalui kawasan tersebut."Majoritinya membabitkan warga Myanmar dan etnik Rohingya yang menggunakan laluan sungai untuk memasuki negara ini," katanya semasa sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Isnin.Mohd Yusoff memberitahu, Malaysia masih menjadi destinasi pilihan etnik Rohingya berikutan faktor agama, keselamatan, peluang pekerjaan serta kewujudan ahli keluarga dan kenalan yang telah lama menetap di negara ini.Menurutnya, faktor tersebut mendorong ramai daripada mereka mengambil risiko menggunakan laluan haram untuk memasuki negara ini meskipun kawalan sempadan terus dipertingkatkan.Ujar beliau, pihak polis melalui Cawangan Khas (SB) sentiasa menjalankan pemantauan terhadap pergerakan, aktiviti dan lokasi yang menjadi tumpuan komuniti Rohingya di negeri ini."Pemantauan ini penting bagi memastikan sebarang isu berkaitan keselamatan, sosial dan ketenteraman awam dapat dikawal dengan baik."Kita akan terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain bagi mengekang aktiviti penyeludupan migran serta kemasukan PATI melalui laluan tidak sah di sepanjang sempadan negara," katanya.Mohd Yusoff memberitahu, etnik Rohingya yang melakukan kesalahan atau jenayah dan didapati bersalah akan masuk ke penjara.Ujar beliau, bagi kesalahan masuk secara tidak sah akan ditempatkan di depo tahanan. |
|
Polis Kelantan kesan dua lelaki, siasat kes culik dua individu berkaitan hutang dadah dan PATI - Sinarharian - 15/06 12:19 am KOTA BHARU Polis Kelantan sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai menjadi dalang dalam kes penculikan dua individu berkaitan hutang berjumlah RM33,000 yang melibatkan kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan sindiket dadah.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kedua-dua suspek dikenali sebagai Hamzah Muhamad, 40, dan Mohamad Syamsul Azroy Che Anuar @ Mamat, 32, yang kini dipercayai berada di negara jiran.Menurut beliau, pihaknya telah mengeluarkan status orang dikehendaki terhadap mereka selain mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan kedua-dua lelaki berkenaan."Kita percaya suspek utama kes penculikan ini masih berada di Thailand berdasarkan pemantauan yang dijalankan."Hasil semakan mendapati kedua-dua mereka mempunyai 10 rekod kesalahan lampau berkait dengan jenayah dan narkotik," katanya semasa sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Isnin.Beliau memberitahu, kes tersebut terbongkar selepas polis menerima laporan daripada isteri salah seorang mangsa pada 6 Jun lalu yang mendakwa suaminya dilarikan oleh beberapa individu dari rumah.Ujarnya, kes penculikan itu membabitkan seorang lelaki berusia 51 tahun yang merupakan pemilik bengkel dari Tumpat serta mempunyai 24 rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.Menurut Mohd Yusoff, seorang lagi mangsa merupakan seorang buruh dari Pasir Mas berusia 35 tahun, manakala kedua-dua mereka merupakan sahabat kepada penghutang.Beliau berkata, sejurus menerima maklumat, pihaknya telah melancarkan Ops Tutup dengan bantuan Bukit Aman bagi mengesan pergerakan suspek dan mangsa."Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dipercayai telah dibawa masuk ke Thailand menggunakan pangkalan haram."Hasil kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand, kedua-dua mereka berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada 8 Jun selepas ditinggalkan di tepi jalan di Mundok sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia," katanya.Ujar beliau, individu yang mempunyai hutang berkenaan gagal dikesan menyebabkan suspek bertindak menculik dua lelaki tersebut sebagai cagaran bagi memberi tekanan supaya hutang berkenaan diselesaikan.Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff memberitahu, salah seorang suspek telah bertindak membakar sebuah kereta Perodua Myvi yang digunakan dalam penculikan berkenaan bagi menghapuskan bahan bukti, yang dilakukan di Gelang Mas, Pasir Mas.Menurutnya, bagi membantu siasatan, pihaknya telah menahan lima individu termasuk penghutang berusia 25 tahun serta teman wanitanya yang berusia lingkungan 20-an, dan kesemua mereka direman sehingga 22 Jun ini. |
|
Sindiket migran kaut ribuan ringgit terbongkar - Sinarharian - 15/06 12:10 am KUALA LUMPUR Seramai 35 individu termasuk tujuh tekong darat dan transporter tempatan diberkas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah dalam serbuan di Kampung Sungai Air Tawar di Sabak Bernam pada Rabu.Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, serbuan Op Taring Nyah 1 dijalankan kira-kira jam 5 pagi."Tujuh lelaki tempatan yang dipercayai berperanan sebagai tekong darat dan transporter serta 28 warga Indonesia terdiri daripada 24 lelaki dan empat wanita yang disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 20 hingga 50 tahun ditahan dalam serbuan itu," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Isnin.Hakemal berkata, sindiket menawarkan perkhidmatan membawa masuk dan keluar migran dengan bayaran antara RM1,500 hingga RM2,000 bagi setiap individu."Kesemua individu yang ditahan |
|
Dalam proses mohon kad UNHCR alasan warga asing elak dicekup - Sinarharian - 15/06 11:52 am SELAYANG "Saya sedang dalam proses memohon kad UNHCR, keadaan negara asal saya bermasalah."Itu dakwa seorang lelaki warga asing ketika ditahan dalam pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor di sebuah flat tiga tingkat di Batu Caves di sini pada Ahad.Lelaki terbabit yang tinggal bersama isteri serta dua orang anaknya cuba menjelaskan status dirinya kepada pegawai penguat kuasa selepas dokumen perjalanan miliknya diperiksa dalam operasi berkenaan.Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati pasport lelaki itu telah tamat tempoh selain gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini.Tinjauan Sinar Harian mendapati flat tiga tingkat berkenaan mempunyai empat unit kediaman dengan setiap tingkat menempatkan dua buah rumah yang dipercayai disewakan kepada warga asing dan tempatan.Difahamkan, setiap unit rumah terbabit dipercayai disewakan pada kadar kira-kira RM600 sebulan oleh pemilik yang dipercayai merupakan warga tempatan.JIM Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemeriksaan dijalankan melibatkan sebuah bangunan tiga tingkat yang dipercayai mempunyai unit rumah yang disewakan kepada warga asing."Sembilan warga asing diperiksa dalam operasi berkenaan dan kesemuanya ditahan untuk tindakan lanjut."Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki Pakistan, seorang kanak-kanak lelaki Pakistan, seorang wanita Pakistan, seorang kanak-kanak perempuan Pakistan, empat lelaki warga Sri Lanka dan seorang lelaki warga Bangladesh," katanya.Menurutnya, hasil semakan mendapati sebahagian daripada mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah.Katanya, terdapat juga individu yang disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta yang sama kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan."Semua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat JIM Selangor untuk siasatan dan tindakan lanjut."JIM akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi mengesan serta mengambil tindakan terhadap pendatang asing yang melanggar peruntukan undang-undang imigresen negara," katanya.Tambah kenyataan itu, orang ramai termasuk pemilik premis diingatkan supaya tidak melindungi atau menyewakan kediaman kepada warga asing yang tidak memiliki dokumen sah."Tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melindungi atau membantu pendatang asing tanpa izin (PATI) berada di negara ini," ujarnya. |
|
2 diculik akibat hutang dadah, seludup Pati RM33,000 - FMT - 15/06 11:22 am Peminjam dan teman wanitanya direman sehingga 22 Jun dengan dua suspek utama sedang diburu. |
|
Warga tempatan diberi amaran keras, jangan jadi dalang lindungi PATI - Sinarharian - 14/06 3:16 pm KUALA TERENGGANU Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu memperhebatkan usaha membanteras kebanjiran warga asing apabila berjaya menahan seramai 317 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam enam siri operasi di negeri itu, sepanjang tahun ini.Kesemua tangkapan tersebut dilakukan menerusi rangkaian operasi bersepadu serta operasi bersepadu mega yang digerakkan di beberapa lokasi strategik.Pengarah JIM Terengganu, Mohd Yusri Mohd Nor berkata, tindakan tegas itu diambil hasil pemeriksaan menyeluruh yang dijalankan ke atas 776 individu daripada pelbagai warganegara.Menurut beliau, pecahan tangkapan menyaksikan seramai 277 PATI berjaya ditahan menerusi tiga Operasi Sepadu Mega."Manakala baki 40 individu lagi ditahan dalam tiga Operasi Sepadu lain yang dilaksanakan secara berasingan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata tangkapan itu melibatkan warganegara Bangladesh, Indonesia, India, Iraq serta Myanmar termasuk etnik Chin dan Rohingya.Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati kesemua PATI terbabit melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen, antaranya Seksyen 39(b) Akta Imigresen (Melanggar syarat pas) sebanyak 125 kes, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen (Tiada dokumen perjalanan sah) (110 kes), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen (tinggal lebih masa) melibatkan 82 kes.Mohd Yusri berkata, JIM Terengganu tidak akan berkompromi dan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa demi memastikan negeri itu bebas daripada lambakan warga asing tidak sah.Beliau turut memberi amaran keras kepada warga tempatan agar tidak cuba menjadi dalang dalam melindungi golongan tersebut."Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mana-mana pihak termasuk majikan dan pemilik premis yang didapati melindungi atau menggaji warga asing tanpa dokumen yang sah," ujarnya. |
|
Isu Rohingya: Kadar penempatan negara dunia ketiga oleh UNHCR terlalu rendah - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 13/06 3:35 pm Namun, angka kejayaan menempatkan ke negara ketiga itu jauh lebih kecil berbanding dengan pengeluaran kad UNHCR oleh agensi itu sendiri. Akibatnya, sementara menunggu ditempatkan pelarian ini berada di tengah-tengah masyarakat," katanya.Beliau berkata demikian bagi mengulas isu 'Kempen Tangkap Rohingya' di media sosial, selepas menghadiri program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini.Menyentuh mengenai peningkatan suhu kempen dan desakan netizen di media sosial yang mahukan tindakan tegas diambil terhadap golongan itu, beliau berkata masyarakat mempunyai hak untuk bercakap kerana isu ini memberi kesan langsung kepada aspek ekonomi, keselamatan, dan sosial negara.Bagaimanapun, beliau berkata, pelarian mempunyai status yang berbeza dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang boleh diambil tindakan terus di bawah Akta Imigresen, memandangkan kehadiran pelarian ini didorong oleh faktor penolak konflik di negara asal mereka.Saifuddin Nasution berkata, bagi menangani implikasi keselamatan ekoran situasi tersebut, kerajaan kini sedang melaksanakan proses pengumpulan data tersendiri dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada data UNHCR."Apabila kita mempunyai pendataan kita sendiri, kita boleh mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang negara oleh golongan ini |
|
Menyorok dalam semak, 35 PATI Myanmar tunggu diangkut kena cekup - Sinarharian - 12/06 10:25 pm KOTA BHARU Taktik sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar bersembunyi di dalam semak sementara menunggu diangkut sindiket penyeludupan terbongkar apabila ditahan dalam Ops Serkap di Jalan Kebun Sultan dan Kampung Tal Tujuh di sini awal pagi Khamis.Pengarah Imigresen Negeri Kelantan, Garry Belayong Anak John Siki berkata, operasi kira-kira jam 6 pagi itu hasil risikan dan pemantauan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan."Hasil pemantauan, kami mengesan tiga kenderaan yang dipercayai digunakan sindiket untuk mengangkut PATI iaitu Toyota Yaris, Honda Jazz dan Honda CR-V."Seramai lima lelaki dan enam perempuan warga Myanmar ditemui dipercayai sedang menunggu untuk diangkut ke luar Kelantan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar turut membawa kepada penemuan sekumpulan warga Myanmar yang bersembunyi di dalam semak bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa."Seramai 24 warga Myanmar terdiri daripada 17 lelaki dan tujuh wanita ditemui bersembunyi di semak itu dan sedang menunggu untuk diangkut keluar dari lokasi berkenaan."Secara keseluruhan, seramai 35 warga Myanmar terdiri daripada 22 lelaki dan 13 wanita berusia antara 23 hingga 41 tahun ditahan dalam operasi ini," katanya.Menurut beliau, dua lelaki warga tempatan berusia 33 dan 45 tahun turut ditahan kerana disyaki menjadi dalang serta memudahkan kegiatan penyeludupan migran tersebut.Katanya, seramai 14 pegawai imigresen digerakkan ke lokasi selepas menerima maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan migran yang dipercayai aktif di kawasan berkenaan."Kesemua PATI ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala dua lelaki tempatan disiasat di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)," katanya.Garry Belayong berkata, semua tahanan serta tiga kenderaan yang dirampas dibawa ke Pejabat Imigresen Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.Beliau turut menegaskan bahawa JIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk rakyat tempatan yang didapati terlibat dalam aktiviti penyeludupan atau melindungi PATI."Operasi ini jelas menunjukkan komitmen berterusan JIM dalam membanteras sindiket penyeludupan migran yang masih cuba menjadikan rakyat tempatan sebagai penggerak utama," katanya.Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan melibatkan PATI di kawasan masing-masing. |
|
Tengah Hangat Isu Rohingya Di Malaysia, Ini Perbezaan Kad UNHCR, Kad Biru, Kad Merah & PATI Rakyat Kena Tahu! - Siraplimau - 12/06 3:43 pm Sejak kebelakangan ini, isu melibatkan komuniti Rohingya kembali hangat diperkatakan di media sosial hingga ramai mula keliru tentang perbezaan dokumen seperti kad pengenalan biru, kad pengenalan merah, kad UNHCR dan juga status PATI di Malaysia |
|
Selangor ambil tindakan tegas penempatan haram termasuk libatkan Rohingya .. - Mygazette - 12/06 3:31 pm Saya telah menerima jaminan daripada pihak berkuasa tempatan bahawa tindakan segera akan dilaksanakan termasuk perobohan dan, jika perlu, proses perampasan tanah mengikut lunas undang-undang, katanya. Dalam masa sama, Amirudin menjelaskan isu melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan khususnya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) |
|
Sindiket seludup migran ada 'lapisan keselamatan' elak dikesan pihak berkuasa - Sinarharian - 12/06 8:33 am SABAK BERNAM Rangkaian sindiket penyeludupan migran dipercayai beroperasi secara sistematik dengan lapisan kawalan tertentu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.Kegiatan itu dikesan menerusi operasi bersepadu yang diselaras Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor melibatkan lapan agensi penguat kuasa di perkampungan nelayan Bagan Nakhoda Omar di sini pada Jumaat.Agensi terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan berkata, setiap agensi penguat kuasa berperanan bagi mengenal pasti modus operandi pendatang asing selain pihak yang dipercayai mendalangi aktiviti membawa masuk warga asing di perairan Selangor."Mereka ini agak sistematik, ada beberapa lapisan keselamatan untuk menentukan yang mana dia 'alert' dengan kedatangan pihak kita."Itu saya tak boleh perincikan, tetapi kita dah nampak bagaimana dia 'secure' untuk 'protect' dia punya area."Ia bukan sahaja dari segi premis itu sendiri tetapi bagaimana dia design 'route' dia itu kita akan buat sedikit kajian caranya... dan masa depan mungkin kita akan buat operasi dengan sedikit berbeza agar lebih efisien dan berkesan," katanya selepas operasi di sini pada Jumaat.Operasi mula digerakkan dari Kuala Selangor pada Khamis.Hasil operasi itu membawa penahanan 28 warga Indonesia yang dikesan masuk ke dalam negara secara haram melalui perairan Sabak Bernam serta tujuh tempatan disyaki tekong bagi tindakan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007."Selain itu, 79 warga asing membabitkan warga Indonesia, Myanmar, Thailand, Bangladesh, India, Pakistan ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen serta akta yang berkuatkuasa bagi agensi lain," ujarnya.Tambahnya, sepanjang operasi dijalankan, seramai 125 individu telah diperiksa di kawasan operasi merangkumi perairan Sabak Bernam, pesisir serta jeti-jeti.Tegasnya, kerajaan memandang serius isu keselamatan dan kawalan sempadan, khususnya melibatkan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) secara tidak sah serta aktiviti jenayah rentas sempadan. |
|
Tragedi bot PATI karam: Jenazah 27 etnik Rohingya selamat dikebumikan - Mypress - 11/06 8:38 pm ALOR SETAR – Jenazah 27 etnik Rohingya warga Myanmar yang ditemui dalam insiden bot karam di perairan Langkawi pada November tahun lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lama, Tualang,… |
|
27 mangsa bot karam Rohingya di Langkawi selamat dikebumikan - Sinarharian - 11/06 6:29 pm ALOR SETAR Sebanyak 27 warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan maut dalam insiden bot karam di perairan Langkawi pada November tahun lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang, Pokok Sena pada pagi Khamis.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pengurusan jenazah dijalankan secara teratur hasil kerjasama pelbagai agensi yang terlibat.Menurutnya, proses pengebumian kemudiannya dilaksanakan mengikut prosedur Temporary Controlled Burial (TCB) atas nasihat pihak hospital."Daripada 27 mangsa yang ditemui, 13 ialah lelaki manakala 14 lagi perempuan. Semua jenazah telah dikebumikan bermula jam 7.30 pagi pada Khamis dengan penuh tertib dan penghormatan mengikut hukum syarak Islam.ARTIKEL BERKAITANBAM, GEGAR kemuka enam cadangan urus isu pelarian kepada kerajaanFlat Rohingya lengangUNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya - Belia 4B KedahKDN, Imigresen buat pengumpulan data biometrik, maklumat pelarian"Proses pengebumian turut dipantau oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) bagi memastikan semua urusan dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan," katanya pada Khamis.Terdahulu, kesemua mayat mangsa yang ditemukan menerusi operasi mencari dan menyelamat telah dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tujuan pengecaman identiti, bedah siasat serta dokumentasi forensik mengikut prosedur yang ditetapkan.Proses pengurusan jenazah bermula pada jam 10 malam pada Rabu dan berjaya disempurnakan sepenuhnya pada jam 7 pagi pada Khamis.Operasi pengurusan dan pengebumian tersebut dilaksanakan secara bersepadu melibatkan beberapa agensi utama termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), HSB, MAIK, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).Dalam pada itu, Adzli berkata, siasatan berhubung punca kejadian, laluan kemasukan serta dalang di sebalik aktiviti penyeludupan migran masih diteruskan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya lagi.Pada 8 November tahun lalu, sebuah bot dipercayai membawa kira-kira 90 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar, Bangladesh dan etnik Rohingya dilaporkan pecah di laut berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand.Susulan operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan, mayat etnik Rohingya yang ditemukan telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. |
|
JIM serbu 8 premis, cekup 17 PATI di Langkawi - Kosmo - 11/06 3:50 pm LANGKAWI – Seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di lapan premis perniagaan di sekitar pulau peranginan ini semalam kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen |
|
Isu Rohingya jadi 'barah', perlu tindakan menyeluruh semua pihak - Ayob Khan - Sinarharian - 11/06 3:19 pm KUALA LUMPUR Isu penempatan haram etnik Rohingya yang semakin membarah di negara ini memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan pelbagai agensi dan negara berkaitan, bukannya diletakkan di bahu pihak berkuasa seperti polis semata-mata.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama itu perlu ditangani secara terancang memandangkan ia melibatkan pelbagai aspek termasuk kemasukan pendatang tanpa izin (PATI), keselamatan serta isu kemanusiaan.Menurutnya, berdasarkan statistik sehingga April lalu, terdapat seramai 219,472 pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia."Daripada jumlah itu, seramai 197,591 ialah warga Myanmar dan 128,200 daripadanya merupakan etnik Rohingya."Ini bukan isu baharu dan ia memerlukan penyelesaian yang lebih komprehensif kerana melibatkan pelbagai pihak," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Lawatan Sempena Hari Polis di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini pada Khamis.Ayob Khan berkata, usaha menangani kemasukan dan penempatan Rohingya tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau Jabatan Imigresen Malaysia semata-mata.Menurutnya, kemasukan PATI melibatkan beberapa lapisan penguatkuasaan bermula di perairan sebelum mereka mendarat dan berada di negara ini."Polis merupakan pihak terakhir dalam rantaian ini |
|
Bayaran cecah RM40,000 seorang, peguam dedah sindiket terancang seludup etnik Rohingya - Sinarharian - 10/06 5:54 pm SHAH ALAM - Sindiket penyeludupan etnik Rohingya ke Malaysia dipercayai mengenakan bayaran RM15,000 hingga RM25,000 seorang bergantung kepada faktor umur, jantina serta tujuan mereka dibawa masuk ke negara ini.Peguam, Nurul Hafidzah Hassan berkata, malah ia boleh mencapai RM30,000 hingga RM40,000 untuk kanak-kanak perempuan dan wanita bernikah di Malaysia.Menurutnya, ejen Rohingya akan membuat pembayaran kepada ejen Myanmar lengkap dengan nama dan butiran individu yang perlu dibawa masuk ke Malaysia."Selepas urusan pembayaran selesai, individu terbabit akan diambil menggunakan bot kecil di pesisiran pantai Myanmar sebelum dipindahkan ke bot yang lebih besar di Bangladesh."Mereka akan tukar bot lagi di tengah laut kemudiannya melalui perairan Thailand dan Indonesia sebelum menunggu ketibaan bot-bot lain yang mengambil alih perjalanan."Kemudian, kumpulan migran terbabit dipercayai akan diambil oleh tekong laut (Malaysia) dan tukar bot lagi kepada yang lebih kecil untuk masuk laluan tempatan," katanya menerusi laman Facebook pada Rabu.Maklumat tersebut diperoleh hasil pengalaman beliau mengendalikan kes anggota polis yang didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).Tambah Nurul Hafidzah, sebaik tiba di daratan, mereka dipercayai dibawa menggunakan lori oleh individu yang bertindak sebagai tekong darat (Malaysia).Jelasnya, mereka kemudian ditempatkan di rumah-rumah transit yang disewa oleh ejen Rohingya di Malaysia sementara menunggu proses penghantaran ke destinasi seterusnya."Kumpulan itu akan dijemput menggunakan kenderaan lain sebelum dihantar secara berperingkat ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan."Penghantaran biasanya dilakukan dalam kumpulan kecil," katanya.Nurul Hafidzah turut mendedahkan kebanyakan operasi dilakukan dalam keadaan rahsia dan tertutup berjaya namun yang dimaklumkan serta ada laporan setiap pergerakan pula gagal."Nak hapuskan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) Rohingya? Kita semua perlu hapuskan tali barut, bukan hapuskan orang yang bekerja dengan baik dan jujur demi negara."Alhamdulillah anak guam dan kesemua yang lain sudah pun dilepaskan dan dibebaskan |
|
Jawatan PM Punca Pertelingkahan Parti Melayu, Isham Syor Beri Pas .. - Mygazette - 10/06 3:02 pm # Jawatan PM Punca Pertelingkahan Parti Melayu, Isham Syor Beri Pas Peluang #MGFlash Pertelingkahan dalam kalangan parti-parti Melayu didakwa berpunca kerana masing-masing mahu menjadi dominan sekali gus menjadi perdana menteri. Isham Jalil yang membuat dakwaan itu, berkata, jika semua pati mahu jadi dominan maka semua akan berpecah dan menjadi lemah dan tidak akan jadi Perdana Menteri |
|
Cheap rent and hidden location: Inside the Jalan Klang Lama squatter raid - Sinardaily - 8/06 10:44 am KUALA LUMPUR - Despite being dilapidated, boasting cheap rentals and a hidden location are among the reasons why a squatter housing area at Jalan Klang Lama here has become a preferred settlement for illegal immigrants (PATI).However, the settlement was successfully raided by the Kuala Lumpur Malaysian Immigration Department (JIM) during Op Sapu on Saturday.The operation, which began at 1.30am, inspected 40 housing units |
|
78 PATI ditahan di sekitar Jalan Klang Lama - Mygazette - 6/06 4:04 pm KUALA LUMPUR - Seramai 78 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu Ops Sapu di sekitar Jalan Klang Lama, di sini hari ini |
|
Penempatan usang didiami PATI diserbu - Sinarharian - 6/06 12:13 am KUALA LUMPUR - Biar pun usang, namun kerana bayaran sewa murah selain kedudukannya agak tersorok antara sebab kawasan rumah setinggan di Jalan Klang Lama di sini menjadi pilihan penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI).Bagaimanapun, penempatan itu berjaya digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menerusi Op Sapu pada Sabtu.Operasi bermula jam 1.30 pagi itu bertindak memeriksa 40 unit rumah.Ketika diserbu, ada cubaan segelintir warga asing melarikan diri dan menyorok kononnya bagi mengelak ditahan JIM.Difahamkan, rata-rata penduduk menyewa bermula RM200 bagi sebuah bilik dan mencecah RM500 bagi sebuah rumah yang majoriti diduduki warga Indonesia, sebilangan kecil warga Myanmar dan penduduk tempatan.Kawasan itu juga lengkap dengan surau dan kedai runcit selain kemudahan asas seperti air, elektrik.Difahamkan juga, terdapat juga aktiviti rumah judi dalam talian di kawasan terbabit.Penempatan itu menjadi tarikan warga asing termasuk PATI dan orang tempatan yang bekerja di kawasan sekitar untuk menyewa di kawasan itu.JIM Kuala Lumpur memaklumkan, seramai 78 termasuk 30 wanita disyaki PATI telah ditahan hasil pemeriksaan 200 individu."Tangkapan melibatkan 71 warga Indonesia, enam Myanmar dan seorang India," katanya.Sementara itu, seorang penduduk tempatan mendakwa sudah menyewa di kawasan itu sejak 30 tahun lalu dengan bayaran sewa RM500."Di sini ada orang Indonesia Myanmar ada orang kita pun ada," kata wanita berusia lingkungan 50-an itu. |
|
TNG eWallet Menerima Antaramuka Baharu - Amanz - 4/06 3:11 pm Ia merangkumi aspek kewangan, gaya hidup, perjalanan dan pelbagai servis harian dengan matlamat untuk menjadi teman digital utama rakyat Malaysia. Inilah inti pati yang dikongsikan oleh TNG dalam sesi bersama media hari ini |
|
Konflik Pas-Bersatu: Pas Johor minta jentera bertenang, fokus persiapan PRN - Mygazette - 3/06 8:20 am Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mereka diminta bersabar menunggu ketetapan rasmi yang akan diputuskan Jawatankuasa Pas Pusat pada Isnin ini. "Pas Johor mengambil maklum mengenai inti pati mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang menyerahkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat untuk menentukan hala tuju kerjasama dengan Bersatu seperti yang dilaporkan pelbagai media |
|
11 entiti tawar kredit sewa beli di bawah Akta Baharu mulai 1 Jun - Sinarharian - 31/05 10:58 am PUTRAJAYA - Sebanyak 11 entiti institusi kewangan dan syarikat penyedia sewa beli, bersedia sepenuhnya untuk menawarkan pinjaman sewa beli berdasarkan pindaan peruntukan yang termaktub dalam Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 bermula 1 Jun, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, fasa kedua pelaksanaan itu pula disasarkan bermula September 2026 dan pengguna yang ingin mendapat manfaat di bawah peruntukan undang-undang baharu itu, dinasihatkan membuat semakan berkaitan sebelum memuktamadkan perjanjian sewa beli."Pada masa yang sama, institusi kewangan dan syarikat penyedia sewa beli yang masih dalam proses persediaan termasuk integrasi dan pengubahsuaian sistem, diberikan tempoh peralihan sehingga 31 Mac 2027."Institusi kewangan dan syarikat penyedia sewa beli digalakkan menawarkan perkhidmatan berdasarkan kerangka undang-undang baharu ini pada kadar segera dan memaklumkan kementerian sebaik memuktamadkan proses peralihan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Armizan berkata, kementerian itu akan menguatkuasakan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 secara rasmi bermula 1 Jun 2026, sebagai langkah memperkukuh perlindungan pengguna serta memastikan sistem pembiayaan sewa beli yang lebih adil, telus dan berdaya saing.Sejajar dengan pindaan itu, beliau berkata, Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Caj Terma) 2026 [P.U.(A) 171/2026] turut akan berkuat kuasa.Beliau berkata, penguatkuasaan itu susulan pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 yang diluluskan di Parlimen pada 2025, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerangka perundangan berkaitan ekosistem kredit pengguna.Armizan berkata, antara isu yang sering menjadi keluhan rakyat sebelum ini ialah transaksi sewa beli bagi pembelian kenderaan, khususnya membabitkan beban caj faedah tersembunyi serta baki pinjaman yang masih tinggi walaupun pengguna membuat penyelesaian awal pinjaman."Keadaan ini menyebabkan peminjam yang ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal terpaksa menanggung baki pinjaman yang tinggi dan tidak mencerminkan kos sebenar pinjaman," katanya.Antara inti pati utama pindaan berkenaan ialah pemansuhan penggunaan kadar faedah tetap sama rata dan kaedah Peraturan 78.Di bawah kaedah itu, sebahagian besar bayaran ansuran pada peringkat awal tempoh pinjaman digunakan untuk membayar faedah, manakala hanya sebahagian kecil diperuntukkan kepada bayaran prinsipal.Sebagai ganti, pindaan itu memperkenalkan Kaedah Pengurangan Baki dan Kadar Faedah Efektif bagi pinjaman sewa beli berkadar tetap."Melalui kaedah ini, faedah dikira berdasarkan baki pinjaman semasa, sekali gus menjadikan penyelesaian awal pinjaman lebih telus dan adil kepada pengguna," katanya.Armizan berkata, pindaan berkenaan turut membenarkan penggunaan tandatangan serta penyerahan dokumen secara digital dan elektronik, selaras dengan transformasi digital bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses perjanjian sewa beli.Beliau berkata, pindaan itu juga memperkenalkan keperluan dua pelaksanaan usaha wajar bagi pengesahan identiti peminjam sebagai langkah mengurangkan risiko penipuan."Reformasi undang-undang itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk mewujudkan ekosistem kredit yang lebih telus dan berintegriti, meningkatkan tadbir urus industri serta melindungi hak dan kepentingan rakyat sebagai pengguna di seluruh negara," katanya |
|
Myvi kuning bawa 9 PATI rempuh kereta, rumah penduduk - Sinarharian - 30/05 9:50 pm KOTA BHARU - Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun bersama sembilan pendatang warga Bangladesh ditahan selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah kenderaan dan rumah penduduk di Kampung Tok Malik, Wakaf Bharu, Tumpat hari ini.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, kejadian kira-kira 7 pagi itu berlaku ketika sepasukan anggota Task Force Batalion 7 PGA menjalankan rondaan Ops Taring Wawasan Kelantan di kawasan berkenaan.Beliau berkata, anggota PGA mengesan sebuah Perodua Myvi berwarna kuning dalam keadaan mencurigakan sebelum cuba menahan untuk pemeriksaan, namun pemandu kereta itu bertindak melarikan diri."Suspek gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan merempuh sebuah kereta milik penduduk serta sebahagian rumah di Kampung Tok Malik."Pemeriksaan mendapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki tempatan yang disyaki bertindak sebagai tekong darat dan membawa sembilan pendatang warga Bangladesh," katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata, suspek berjaya ditahan di lokasi kejadian manakala kesemua pendatang itu turut ditahan untuk tindakan lanjut dan proses dokumentasi di Markas Taktikal PGA Pengkalan Kubor."Pemeriksaan awal mendapati mereka yang berusia antara 20 hingga 55 tahun gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah."Siasatan awal mendapati pemandu terbabit mengaku menerima upah RM100 bagi setiap pendatang yang diambil di sempadan Malaysia-Thailand untuk dihantar ke Kota Bharu," katanya.Ahmad Radzi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 |
|
Tekong darat, dua PATI parah kereta terbabas elak polis - Sinarharian - 28/05 5:00 pm KOTA BHARU - Seorang lelaki dipercayai tekong darat dan dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas ketika cuba melarikan diri daripada ditahan polis berhampiran Jalan Bukit Cermin, Kampung Sungai Rual di sini pada Khamis.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) SAC Ahmad Radzi Hussain berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu,sepasukan anggota Cawangan Risik Batalion Ketujuh mengesan sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna merah dalam keadaan mencurigakandi Lebuhraya Timur-Barat.Beliau berkata menyedari diekori pasukan PGA, pemandu kereta warga tempatan berusia 21 tahun itu bertindak memecut laju kenderaan itu selepas sebelum hilang kawalan danterbabas lalu menjunam ke cerun jalan."Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan sembilan individu, termasuk pemandu warga tempatan danlapan lelaki warga Bangladesh berusia antara 20 hingga 40 tahun."Enamlelaki warga Bangladesh mengalami cedera ringan, manakala tekong dan dua lagi lelaki warga Bangladesh didapati cedera parah |
|
‘KL Dibanjiri PATI?’ KP Imigresen Dedah Realiti Sebenar Di Sebalik ‘Lambakan’ Warga Asing - Vocket - 28/05 8:06 am Pernahkah anda melihat lambakan warga asing berkumpul di sekitar Kuala Lumpur pada hujung minggu atau cuti umum dan membuat kesimpulan bahawa negara ini telah menjadi... The post ‘KL Dibanjiri PATI?’ KP Imigresen Dedah Realiti Sebenar Di Sebalik ‘Lambakan’ Warga Asing appeared first on VOCKET . |
|
‘KL Dibanjiri PATI?’ KP Imigresen Dedah Realiti Sebenar Di Sebalik ‘Lambakan’ Warga Asing - Hotfm - 28/05 8:06 am Pernahkah anda melihat lambakan warga asing berkumpul di sekitar Kuala Lumpur pada hujung minggu atau cuti umum dan membuat kesimpulan bahawa negara ini telah |
|
Tanggapan penguasaan PATI di kawasan tumpuan perlu diperbetulkan - Utusan - 27/05 5:10 pm KAJANG: Tanggapan bahawa kehadiran ramai warga asing di kawasan tumpuan menandakan penguasaan Pendatang Tanpa Izin (PATI) perlu diperbetulkan kerana ramai berada di sini dengan dokumen dan permit kerja yang sah |
|
Cubaan 2 lelaki seludup 88kg syabu bernilai RM4.4juta ke Indonesia jerat diri - Sinarharian - 25/05 4:31 pm TANJONG SEPAT - Cubaan 'berani mati' dua lelaki membawa 88 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM4.4 juta dipercayai untuk diseludup ke Indonesia melalui pesisir pantai berhampiran kira-kira 100 meter dari Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Ladang Tumbok di sini hanya menjerat diri.Kedua-dua lelaki Indonesia itu dicekup menerusi Op Taring Nyah 1 kira-kira jam 11.30 pagi, Sabtu lalu oleh sepasukan anggota Batalion 6 PGA.Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, pemeriksaan ke atas suspek menemui beg yang berisi bungkusan disyaki dadah jenis syabu.Menurutnya, ketika tangkapan, suspek dipercayai sedang menunggu bot untuk ke Indonesia bagi membawa bungkusan-bungkusan dadah bernilai kira-kira RM4.4 juta terbabit."Anggota serbuan turut merampas satu unit telefon bimbit dipercayai digunakan suspek sebagai alat perhubungan bagi aktiviti terbabit."Siasatan awal tidak tolak kemungkinan bot yang ditunggu suspek merupakan bot membawa pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya dalam sidang akhbar di Pos PGA Ladang Tumbok di sini pada Isnin.Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti peranan serta upah diterima suspek terbabit.Tambahnya, kegiatan penyeludupan melalui persisiran pantai ini sentiasa berubah-ubah apabila sindiket mengesan tindakan operasi di lokasi tertentu."Kedua-dua suspek diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Akta Imigresen 1959/63," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Hakemal turut memaklumkan kejayaan Briged Tengah PGA meliputi kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada tahun ini sehingga 25 Mei dengan pelaksanaan 179 serbuan serta 611 tangkapan individu termasuk 125 wanita.Jelasnya, nilai rampasan direkodkan mencecah RM254 juta."Tangkapan terdiri daripada pelbagai warganegara antaranya Indonesia, Bangladesh, Myanmar serta tempatan," ujarnya.Tegasnya, pihak polis melalui PGA akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam demi kesejahteraan rakyat Malaysia."Kita berharap orang awam menjadi mata dan telinga polis dalam menyalurkan segala maklumat berkaitan kes-kes penyeludupan bagi memastikan negara tidak dicerobohi oleh elemen yang menyalahi undang-undang," ujarnya. |
|
Raih upah RM2,500, lelaki khayal dadah dicekup bawa PATI - Sinarharian - 23/05 2:35 pm MACHANG Seorang lelaki tempatan dipercayai meraih upah RM2,500 bagi setiap perjalanan membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama 19 warga Myanmar dalam dua serbuan di hadapan Tanah Perkuburan Islam Tok Buya, Pangkal Meleret di sini pada Jumaat.Suspek berusia 32 tahun yang bertindak sebagai transporter didapati positif dadah jenis metamfetamin selepas ditahan dalam Op Taring Wawasan kira-kira jam 11.45 pagi.Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek dipercayai berperanan sebagai transporter yang membawa masuk PATI melalui laluan haram di sempadan Kelantan sebelum dihantar ke sekitar Kuala Lumpur dan Selayang."Hasil pemeriksaan terhadap sebuah Honda Jazz menemukan sembilan warga Myanmar terdiri daripada lima lelaki dan empat wanita tanpa dokumen pengenalan diri."Siasatan awal mendapati suspek mengaku menerima bayaran RM2,500 bagi setiap penghantaran daripada seorang lelaki Thailand dikenali sebagai Is," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurut beliau, suspek juga mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.Ujarnya, kira-kira 15 minit kemudian, pasukan operasi turut menahan sebuah Volkswagen Passat yang ditinggalkan selepas pemandunya melarikan diri."Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu pula menemukan sembilan lagi warga Myanmar terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita," katanya.Beliau berkata, semua PATI terbabit dipercayai memasuki negara ini menggunakan pangkalan haram di sekitar Bukit Bunga, Tanah Merah sebelum dibawa masuk untuk bekerja sebagai pekerja am dan pembantu kedai makan di sekitar Selayang."Mereka dipercayai membayar RM3,500 seorang kepada ejen dikenali sebagai Ko Myo untuk masuk ke Malaysia," katanya.Tambah beliau, sebanyak dua kenderaan, 18 telefon bimbit dan anak kunci kenderaan dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM127,000.Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. |
|
Pas dah mula naik angin? – Hadi didakwa tak puas hati dengan langkah Bersatu - Harapandaily - 22/05 3:22 pm Pas dilihat mula menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Bersatu susulan kemelut melibatkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Negeri Sembilan yang kini semakin meretakkan hubungan dalam Perikatan Nasional (PN). Perkara itu didedahkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ir Ts Dr Nurul Islam Mohamed Yusoff yang memuat naik inti pati sidang media Presiden.. |
|
Sindiket seludup migran: Lima warga asing didakwa Akta ATIPSOM 2007 - Sinarharian - 22/05 10:12 am SHAH ALAM - Lima warga asing yang dipercayai terlibat dalam rangkaian sindiket penyeludupan migran didakwa di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) baru-baru ini.Mereka membabitkan tiga warga Indonesia dan dua Bangladesh.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, bagi kes melibatkan tiga warga Indonesia, seorang daripada mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada 21 Mei lalu, manakala dua lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Khas ATIP Klang pada 15 Mei.Menurutnya, kesemua tertuduh merupakan antara individu yang ditahan hasil Operasi Khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dijalankan di sekitar Seremban, Negeri Sembilan dan Rawang, Selangor pada 7 Mei lepas."Pendakwaan dibuat di bawah Akta ATIPSOM melibatkan peranan tertuduh sebagai transporter serta penjaga rumah penampungan yang dipercayai menjadi sebahagian rangkaian sindiket penyeludupan migran."Seorang tertuduh yang berperanan sebagai transporter didakwa di bawah Seksyen 26J ATIPSOM 2007, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM250,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Tambahnya, dua lagi tertuduh yang berperanan sebagai penjaga rumah penampungan pula didakwa di bawah Seksyen 26H akta yang sama atas kesalahan menyembunyikan atau melindungi migran yang diseludup."Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali."Mahkamah Sesyen Seremban memerintahkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Seremban," ujarnya.Katanya lagi, tiada jaminan ditawarkan dan tertuduh diperintahkan untuk terus ditahan di penjara sehingga sebutan semula kes di mahkamah tinggi."Bagi dua lagi tertuduh di Mahkamah Sesyen Khas ATIP Klang, mahkamah turut memerintahkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Tiada jaminan ditawarkan dan kedua-dua tertuduh juga diperintahkan untuk ditahan di penjara sementara menunggu sebutan semula kes di mahkamah tinggi," ujarnya.Sementara itu, kata Zakaria, dua lelaki warga Bangladesh yang dikenali sebagai 'Geng Shafik' turut didakwa di Mahkamah Sesyen Khas ATIP Klang pada 15 Mei lalu.Jelasnya, kesemua tertuduh merupakan antara individu yang ditahan hasil serbuan di sebuah rumah di sekitar Petaling Jaya, Selangor yang dipercayai dijadikan lokasi penampungan dan transit pendatang asing tanpa izin (PATI) pada 7 Mei."Berdasarkan fakta kes, kedua-dua warga Bangladesh tersebut dipercayai bertindak sebagai penyelaras sindiket atau 'fasilitator' serta penjaga rumah transit bagi sindiket Geng Shafik," ujarnya.Katanya lagi, kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 26H Akta ATIPSOM 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana melindungi sembilan migran yang diseludup di sebuah premis kediaman di Petaling Jaya."Mahkamah turut memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam."Tiada jaminan dibenarkan dan kedua-dua tertuduh diperintahkan untuk ditahan di penjara sehingga tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam," ujarnya.Tegas beliau, JIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran."JIM turut memberi amaran bahawa mana-mana individu atau rangkaian sindiket yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran akan berdepan tindakan undang-undang yang tegas sebagai manifestasi komitmen berterusan kerajaan dalam membanteras jenayah rentas sempadan yang mengancam keselamatan, ketenteraman awam dan kedaulatan negara," ujarnya. |
|
'Kisah wanita terkandas' - Singgah angkat semangat perpaduan Gawai dan Kaamatan - Sinarharian - 21/05 4:55 pm SHAH ALAM - Sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan tahun ini diraikan dengan pendekatan lebih dekat di hati menerusi filem pendek bertajuk Singgah yang mengetengahkan nilai perpaduan, kasih sayang dan kebersamaan rakyat Malaysia dalam kepelbagaian budaya.Diterbitkan sempena sambutan perayaan budaya terbesar masyarakat Sabah dan Sarawak, Singgah tampil dengan naratif sederhana namun sarat emosi, mengangkat kisah seorang wanita yang terkandas di perantauan tetapi akhirnya menemui makna sebenar sebuah keluarga dalam masyarakat majmuk di negara ini.Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perpaduan Negara, Dr S Shatesh Kumar berkata, antara kekuatan utama filem tersebut adalah penggunaan dialog pelbagai dialek termasuk Sabah dan Sarawak yang memberikan rasa autentik kepada keseluruhan penceritaan."Penonton turut disajikan dengan elemen budaya seperti makanan tradisional, tarian Sumazau dan Ngajat serta suasana persiapan sambutan Gawai dan Kaamatan yang cukup dekat dengan kehidupan masyarakat Borneo."Malah, antara babak paling menyentuh hati ketika watak Kak Lidia menyuap makanan kepada Melina sambil berkata bahawa rumah mereka 'tidak pernah sunyi' setiap kali musim perayaan."Babak ini memperlihatkan bagaimana sebuah keluarga tidak semestinya terikat dengan pertalian darah, tetapi juga melalui rasa hormat dan kasih sesama insan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Shatesh Kumar menambah, dialog seperti 'dalam setiap perayaan, terjalin kebersamaan yang mengeratkan kita sebagai satu keluarga besar' menjadi inti pati utama filem tersebut, selari mesej 'Faham, Hormat, Terima dan Meraikan' yang diterapkan sepanjang penceritaan.Dalam masa sama, katanya, keserasian antara barisan pelakon pelbagai kaum dan latar budaya berjaya diterjemahkan secara semula jadi tanpa kelihatan dipaksa, menjadikan Singgah lebih dekat dengan realiti kehidupan masyarakat Malaysia hari ini.Dari sudut visual pula, menurut beliau, filem pendek itu memanfaatkan keindahan panorama sawah dan suasana kampung bagi memberi nuansa tenang serta nostalgia kepada penonton."Penggunaan tona sinematik hangat dan gerakan kamera yang lembut membantu menghidupkan emosi setiap babak, terutama ketika adegan makan bersama dan tarian budaya berlangsung."Walaupun berdurasi pendek, Singgah berjaya menyampaikan mesej besar tentang perpaduan menerusi pendekatan ringan dan mudah difahami semua lapisan masyarakat |
|
19,700 PATI dihantar pulang ke negara asal - JIM - Sinarharian - 19/05 6:52 pm PUTRAJAYA - Seramai 19,700 tahanan warga asing berjaya dihantar pulang ke negara pada tahun ini setakat Khamis lepas.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, lima warga tertinggi mencatatkan pemindahan tertinggi ialah Indonesia iaitu seramai 7,936 orang.Menurutnya, ini diikuti warga Myanmar seramai 4,005 orang, Bangladesh (2,453 orang), Filipina (1,825 orang) dan Thailand (1,008 orang)."Bagi operasi penguatkuasaan yang ditingkatkan JIM di seluruh negara pada tahun ini setakat 15 Mei, sebanyak 4,785 operasi melibatkan pemeriksaan terhadap 69,406 individu telah dilaksanakan."Seterusnya, sebanyak 16,681 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 737 majikan telah ditangkap," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen Malaysia bagi Tahun 2025 di sini pada Selasa.Zakaria berkata, seramai 20,575 tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Kekal dan seramai 1,470 tahanan berada di Depot Imigresen Sementara sementara menunggu proses dokumentasi dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang.Mengulas mengenai Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0), katanya, bermula 19 Mei 2025 hingga 17 Mei 2026, PRM 2.0 telah merekodkan pendaftaran PATI seramai 257,443 orang dari 112 negara terlibat dengan hasil kutipan bayaran kompaun sebanyak RM128,726,940."Tiga negara yang mencatatkan pendaftaran tertinggi adalah Indonesia sebanyak 111,660 orang, diikuti Bangladesh seramai 49,481 orang dan Myanmar 33,858 orang," ujarnya.Tambahnya, PRM 2.0 telah dilanjutkan berkuat kuasa sehingga 31 Mei 2027 berikutan pencapaian signifikan termasuk jumlah pendaftaran yang tinggi, penghantaran pulang secara sukarela yang konsisten serta kutipan kompaun yang memberangsangkan."Ini sekali gus menyumbang kepada pengurangan keberadaan PATI di dalam negara," ujarnya. |
|
MHO nafi bela PATI, perjuang hak kelompok ???stateless??? lahir di Malaysia - Mygazette - 19/05 3:32 pm # MHO nafi bela PATI, perjuang hak kelompok stateless lahir di Malaysia KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menafikan dakwaan kononnya pertubuhan itu membela pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk mendapatkan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) |
|
Bot pom-pom bawa 19 PATI karam, tiga masih hilang - Kosmo - 18/05 3:00 pm KLANG – Sebuah bot pom-pom membawa 19 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) karam selepas selepas mengalami kebocoran di kedudukan kira-kira 2.1 batu nautika barat daya Sungai Apong, Sabak Bernam, kelmarin |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |