| /// |
|
| Search : Nik Muhammad Zawawi News | Page 1 |
|
Majlis Ulama UMNO gesa pihak berkuasa agama siasat kenyataan Nik Zawawi .. - Mygazette - 13/05 10:15 pm # Majlis Ulama UMNO gesa pihak berkuasa agama siasat kenyataan Nik Zawawi KUALA LUMPUR - Majlis Ulama UMNO Malaysia menggesa pihak berkuasa agama meneliti secara serius kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang mengandungi unsur-unsur tidak sahih dan menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam |
|
Pas terima permohonan maaf Nik Zawawi – Tuan Ibrahim - Mygazette - 13/05 10:15 pm # Pas terima permohonan maaf Nik Zawawi - Tuan Ibrahim KUALA LUMPUR Kepimpinan Pas menerima penjelasan serta permohonan maaf Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kontroversi ceramahnya yang didakwa menyentuh peribadi sahabat Nabi Muhammad SAW di Kuala Terengganu baru-baru ini |
|
Nik Zawawi mohon maaf isu ceramah kontroversi sahabat Nabi - Mygazette - 13/05 10:15 pm # Nik Zawawi mohon maaf isu ceramah kontroversi sahabat Nabi KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kontroversi ceramahnya yang didakwa menyentuh peribadi sahabat Nabi Muhammad SAW |
|
Pas jangan bertindak macam wakil umat Islam nak maafkan Nik Zawawi - Harapandaily - 13/05 8:05 pm Aktivis politik, Fairul Al Qasas mengkritik Pas supaya tidak bertindak seperti mewakili umat Islam di Malaysia dalam isu memaafkan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh |
|
'Perlu ada adab dalam berhujah elak kekeliruan' - Sinarharian - 13/05 7:27 pm SEREMBAN - Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa menyentuh isu akidah dan kedudukan sahabat Nabi tanpa sandaran hujah yang sahih boleh disifatkan sebagai serius.Ketua Penerangan Briged Negaraku Malaysia, Ross Razeq Rosli berkata, sebarang kenyataan berkaitan agama Islam perlu berlandaskan ilmu, dalil yang jelas daripada al-Quran dan hadis."Perlu ada adab dalam berhujah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam serta menjaga keharmonian masyarakat."Perkara melibatkan agama bukan ruang untuk kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham, apatah lagi jika ia menyentuh sahabat Nabi, ia perlu dijelaskan dengan hujah yang tepat dan bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib yang mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.Antara lain setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang "bapa ceti" yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah.Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.Dalam pada itu, Ross Razeq turut menegaskan bahawa kenyataan yang berpotensi mengganggu ketenteraman awam atau mencetuskan perpecahan boleh tertakluk kepada peruntukan undang-undang negara.Jelasnya, antara yang berkaitan ialah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menghina atau melukakan perasaan agama dengan niat, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali."Selain itu, Seksyen 298A Kanun Keseksaan turut memperuntukkan kesalahan bagi mana-mana perbuatan atau kenyataan yang menyebabkan atau cuba menyebabkan perpecahan, kebencian atau ketidakharmonian atas dasar agama, yang boleh membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun."Selain itu Seksyen 505 Kanun Keseksaan, yang berkaitan kenyataan-kenyataan yang boleh menyebabkan kegusaran awam atau mengganggu ketenteraman masyarakat," katanya.Justeru, beliau menyeru semua pihak khususnya pemimpin politik, agar lebihberhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan agama demi menjaga perpaduan, keharmonian serta kestabilan negara. |
|
Jemaah Menteri Kecam Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Isu Hina Sahabat Nabi - Ohmedia - 13/05 7:21 pm Kabinet kecam kenyataan Nik Muhammad Zawawi yang didakwa menghina sahabat Nabi dalam ceramah politik |
|
Majlis Ulama UMNO gesa pihak berkuasa agama siasat kenyataan Nik Zawawi - Sinarharian - 13/05 7:08 pm KUALA LUMPUR - Majlis Ulama UMNO Malaysia menggesa pihak berkuasa agama meneliti secara serius kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang mengandungi unsur-unsur tidak sahih dan menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam.Pengerusi majlis berkenaan, Datuk Dusuki Ahmad berkata, pihak berkuasa agama perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung penyebaran fatwa politik songsang yang disandarkan atas nama Islam.Beliau berkata, pihak berkuasa juga perlu tampil memberikan penjelasan tuntas bagi mengelak isu berkenaan terus mencetuskan kekeliruan dan perpecahan, selain mengingatkan semua pihak agar menghormati institusi agama Islam di bawah naungan Raja-Raja Melayu."Kita tidak boleh membiarkan polemik seperti ini terus memecahbelahkan umat Islam serta mengheret masyarakat ke arah budaya permusuhan sesama Muslim," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.Terdahulu, tular video memaparkan Nik Muhammad Zawawi semasa ceramah politik di Kuala Terengganu minggu lepas yang didakwa mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghina dan mempersendakan kewibawaan beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW.Ahli Parlimen Pasir Puteh itu dilaporkan telah memohon maaf hari ini dan mengakui kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan mengenai para sahabat Rasulullah SAW.Sementara itu, Dusuki berkata, semua pihak yang bercakap atas nama agama wajib memastikan setiap perkataan dibuat berdasarkan fakta sahih, beradab dan bertanggungjawab.Beliau berkata, umat Islam, khususnya pengikut Ahli Sunnah Waljamaah wajib meyakini bahawa sahabat Rasulullah merupakan generasi terbaik umat dan diangkat menjadi sahabat rapat baginda bukan semata-mata kerana hubungan zaman, tetapi kerana keimanan, pengorbanan, akhlak dan adab mereka yang tinggi terhadap Nabi Muhammad dan ajaran Islam.Sehubungan itu, beliau berkata Majlis Ulama UMNO Malaysia menyeru semua pihak terutama PAS supaya tidak bertindak melulu dalam isu melibatkan agama, raja dan kaum (3R), selain mengelakkan budaya takfir serta fitnah yang boleh mengeruhkan lagi hubungan sesama umat Islam."Politik mestilah dipandu dengan ilmu dan akhlak |
|
Isu hina sahabat nabi: Pemimpin perlu waspada beri kenyataan mengenai fatwa - Zulkifli - Sinarharian - 13/05 6:37 pm KUALA LUMPUR - Orang ramai termasuk golongan pemimpin dinasihatkan berhati-hati dalam memberikan pandangan melibatkan sebarang fatwa dan memastikan kesahihannya terlebih dahulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.Zulkifli berkata, perkara itu amat penting terutama bagi individu yang mempunyai pengaruh dan pengikut yang ramai kerana kenyataan yang dikeluarkan mampu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat."Di pihak kami, sekiranya ia melibatkan tindakan undang-undang, kita serahkan kepada pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Baitulmal Majlis Wilayah Persekutuan di sini pada Rabu.Zulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas isu Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghina dan mempersendakan kewibawaan beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW.Mengenai langkah kerajaan untuk mengelakkan perkara yang sama daripada berulang, beliau berkata pihaknya akan memperkasakan lagi program pendidikan dan dakwah bagi menanamkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dan para sahabat.Terdahulu, Nik Muhammad Zawawi dilaporkan telah memohon maaf dan mengakui kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan mengenai para sahabat Rasulullah.Sementara itu, mengenai isu proses tuntutan nafkah anak melibatkan ibu bapa yang bercerai yang mengambil masa lama untuk diselesaikan, Zulkifli berkata, kerajaan sememangnya sedang memperkukuh usaha bagi menangani perkara itu."Kita sudah ada gerak kerja dan banyak kejayaan dicapai, namun usaha itu akan terus diperkukuh kerana kita faham isu ini sangat penting."Semua pihak berkepentingan akan duduk semeja bagi memastikan perkara ini dapat ditangani dengan lebih baik serta memberi bantuan sewajarnya kepada masyarakat," katanya |
|
Isu Hina Sahabat Nabi: Kerajaan Serah Kepada Pihak Berkuasa Untuk Siasatan – Fahmi Fadzil - Lobakmerah - 13/05 6:32 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Jemaah Menteri mengecam sekeras-kerasnya terhadap kenyataan yag diberikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang dianggap menghinnna sahabat nabi Muhammad SAW dalam satu program ceramah politik yang berlangsung di Kuala Terengganu pada Ahad lalu |
|
Polis tunggu maklumat lanjut isu kenyataan Nik Zawawi - KPN - Sinarharian - 13/05 5:27 pm KUALA LUMPUR - Polis masih menunggu maklumat lanjut berhubung kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh didakwa menghina sahabat nabi dalam program ceramah politik di Terengganu pada minggu lalu.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya telah mengambil perhatian terhadap perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan."Perkara itu masih dalam perhatian dan tindakan kita |
|
Ketua Polis Negara bersuara isu kenyataan kontroversi Nik Zawawi - Harapandaily - 13/05 5:15 pm Ketua Polis Negara hari ini tampil memberi respon susulan laporan demi laporan terhadap kenyataan kontroversi Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh |
|
Permohonan maaf Dr Nik Zawawi jernihkan kekeruhan - Harakahdaily - 13/05 4:42 pm KUALA LUMPUR: Kepimpinan PAS menerima penjelasan dan permohonan maaf daripada Ahli Parlimen Pasir Puteh, DatoDr Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kekhilafan yang berlaku ketika ucapan beliau dalam satu ceramah di Kuala Terengganu |
|
AMANAH seluruh negara buat laporan polis terhadap MP Pasir Puteh - Harapandaily - 13/05 4:27 pm Pemuda AMANAH Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh |
|
Saya akui kurang cermat, dan mohon maaf - Harakahdaily - 13/05 4:26 pm KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, mengakui beliau kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan berhubung isu yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini |
|
Umno, PH Pasir Puteh buat laporan polis terhadap Nik Zawawi - Harapandaily - 13/05 3:44 pm Umno dan PKR Pasir Puteh hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kenyataan kontroversi beliau yang menghina para sahabat Rasulullah SAW |
|
Rupanya bukan kali pertama Nik Zawawi cakap ikut sedap mulut - Harapandaily - 13/05 2:52 pm Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh rupanya bukan kali pertama cakap ikut sedap mulut |
|
Nik Zawawi mohon maaf, akui kurang cermat - Sinarharian - 13/05 2:16 pm KOTA BHARU Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memohon maaf susulan kontroversi membabitkan pengucapannya yang tular.Beliau mengakui kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan berkenaan.Menurutnya, beliau menghargai segala teguran, nasihat dan pandangan yang diberikan oleh para tuan guru, asatizah, sahabat serta masyarakat berhubung isu tersebut."Saya mengakui bahawa saya kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut."Justeru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Kontroversi sebelum ini tercetus selepas tersebar sedutan ucapan bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat itu dalam satu ceramah yang dianggap menghina sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, Terengganu pada hujung minggu lalu.Susulan itu, Dewan Ulamak Pas Pusat menegur Nik Muhammad Zawawi dan mengakui ada beberapa kesilapan fakta dalam ceramah berkenaan.Nik Muhammad Zawawi berkata, kenyataan yang dibuat sebelum ini sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan ALLAH SWT.Jelasnya, tujuan asal kenyataan itu hanyalah untuk menjelaskan mengenai kehebatan risalah Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW dalam mengubah sosio budaya masyarakat jahiliah kepada kehidupan yang lebih mulia dan berperadaban.Dalam pada itu, beliau turut mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu berkenaan dan menegaskan itu adalah kekhilafan peribadi yang tidak berkaitan dengan pendirian Pas atau kepimpinannya."Semoga ALLAH SWT mengampunkan segala kekhilafan saya dan menerima segala usaha kita semua dalam menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kebijaksanaan," katanya. |
|
Nik Zawawi akhirnya mohon maaf selepas dikecam, tarik kenyataan berkaitan sahabat Nabi - Mydateline - 13/05 2:15 pm Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi akhirnya memohon maaf dan menarik semula kenyataan beliau berkaitan sahabat Nabi Muhammad SAW selepas dikecam .. |
|
Dewan Ulamak Pas akui terdapat kenyataan tidak tepat dalam ceramah Nik Zawawi - Sinarharian - 13/05 11:46 am SHAH ALAM - Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) mengakui terdapat beberapa kenyataan yang tidak tepat dari sudut fakta sejarah berkaitan latar kehidupan para sahabat Rasulullah dalam ceramah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.Ketua Penerangan DUPP, Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, kenyataan itu khususnya melibatkan Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA dan Saidina Uthman RA sebelum Islam.Menurutnya, para sahabat Rasulullah merupakan generasi terbaik umat Islam yang wajib dimuliakan serta dipelihara kehormatan mereka."Sebarang huraian berkaitan sejarah dan keperibadian mereka, khususnya kehidupan mereka pada zaman jahiliah, hendaklah disampaikan secara tepat, beradab serta berpandukan disiplin ilmu yang sahih."DUPP juga telah menyampaikan teguran serta peringatan secara dalaman kepada Nik Zawawi Salleh agar lebih cermat dan berhati-hati dalam menyampaikan fakta sejarah Islam."Terutama yang melibatkan kedudukan serta kemuliaan para sahabat Rasulullah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi yang mengeluarkan kenyataan menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.Antara lain, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mendakwa Saidina Abu Bakar sebagai seorang "bapa ceti" yang gemar memeras orang miskin semasa berada pada zaman jahiliah.Saidina Umar pula digambarkan sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan, kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu pada hujung minggu lalu.Tambah Mohd Nor, pada masa sama, DUPP menghargai teguran para asatizah dan ilmuwan yang disampaikan secara beradab, ilmiah serta bersandarkan fakta yang sahih."Budaya saling menasihati dalam perkara ilmu perlu terus diperkukuhkan demi memelihara kefahaman Islam yang benar dalam masyarakat."DUPP komited untuk terus memperkemaskan panduan penyampaian dakwah agar setiap penyampaian dibuat dengan lebih teliti, berhikmah serta mematuhi disiplin ilmu dan adab," ujarnya. |
|
Nik Zawawi beri penjelasan, hanya mahu masyarakat faham konteks sejarah - Sinarharian - 13/05 12:23 am SHAH ALAM- Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau menghina, merendah atau mempersendakan wibawa para sahabat Nabi Muhammad SAW dalam ceramahnya baru- baru ini.Nik Muhammad Zawawi berkata, perkara yang disampaikan ketika itu hanya untuk memudahkan masyarakat memahami konteks sejarah.Menurut beliau, misalnya penggunaan istilah 'ceti' itu adalah bertujuan agar masyarakat lebih mudah memahami betapa zalim zaman jahiliyah dan indahnya sistem Islam yang dibawa selepas itu."Apa yang saya maksudkan ialah pada zaman jahiliyah di Mekah, sesiapa sahaja yang bermuamalah dalam masyarakat ketika itu terpaksa akur dan patuh."Ia termasuklah tokoh-tokoh seperti Abu Bakar RA dan Abdul Rahman bin Auf |
|
[VIDEO] Nik Zawawi beri penjelasan isu ceramah kontroversi - Kosmo - 12/05 11:30 pm PETALING JAYA Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memberi penjelasan berhubung ceramahnya yang mencetuskan kontroversi selepas dikatakan mengaitkan Saidina Abu Bakar dengan istilah ceti ketika menyentuh tentang sistem ekonomi masyarakat jahiliah |
|
Pihak berkuasa digesa ambil tindakan, sengaja timbul kebencian terhadap tokoh Islam - Sinarharian - 12/05 10:59 pm SHAH ALAM - Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menggesa pihak berkuasa dan institusi berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan kebencian terhadap tokoh-tokoh Islam termasuk para sahabat Nabi Muhammad SAW.Timbalan Presiden Wadah, Hasri Harun berkata, ini kerana para sahabat adalah generasi terbaik umat Islam yang telah dipilih oleh ALLAH SWT untuk mendampingi, membantu serta menyampaikan risalah Islam yang suci kepada seluruh umat manusia.Menurutnya, kedudukan mereka telah dimuliakan dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW."Oleh itu, Wadah mengecam kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh ceramahnya seolah-olah menghina, merendah atau mempersendakan wibawa para Sahabat Nabi Muhammad SAW."Sebarang usaha untuk mencemarkan nama para Sahabat bukan sahaja bertentangan dengan adab Islam, malah boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam, menggugat keharmonian masyarakat dan menimbulkan kekeliruan atas kewibawaan sahabat Nabi SAW yang telah berjasa dengan agama Islam."Apalah maksud dan tujuan menimbulkan dan membangkitkan sejarah lama para sahabat nabi sebelum Islam walaupun faktanya juga masih diragui," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib yang mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.Antara lain setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang "bapa ceti" yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah.Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.Tambah Hasri, bukankah ALLAH lebih mengetahui akan suasana dan keadaan mereka sehinggakan mereka berjaya bersama-sama Rasulullah SAW membangunkan Islam sehingga dinikmati hingga hari ini.Jelasnya, justeru, Wadah menyeru agar semua pihak harus berhati-hati menyatakan pandangan, khususnya umat Islam di Malaysia."Ia bagi menghormati kedudukan para sahabat Nabi SAW sebagai tokoh agung Islam dan mengelakkan sebarang provokasi, fitnah atau kenyataan tidak berasas terhadap sejarah Islam."Selain itu, sebarang kenyataan perlu merujuk kepada autoriti ilmiah dan ulama muktabar dalam memahami isu-isu berkaitan sejarah Islam serta memelihara perpaduan umat dan mengutamakan adab dalam perbezaan pandangan."Akhirnya, Wadah berharap agar umat Islam kembali kepada nilai ilmu, hikmah dan akhlak mulia dalam menyampaikan pandangan, selaras dengan tuntutan Islam sebagai agama rahmat untuk sekalian alam," ulasnya. |
|
Pemuda Pas Selangor saran Nik Zawawi bertaubat - Mypress - 12/05 9:07 pm PELBAGAI pihak tampil menegur Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, selepas tular video ceramahnya yang dikatakan membawa kisah tidak sahih dan menghina empat sahabat terdekat Nabi… |
|
Politik jangan sampai sentuh maruah sahabat Nabi – Sheikh Umar - Harapandaily - 12/05 9:00 pm Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh digesa menarik balik kenyataan kontroversi berkaitan beberapa sahabat Rasulullah SAW serta memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam |
|
Hina sahabat Rasulullah, AMK persoal standard ilmu pimpinan Pas - Utusan - 12/05 8:47 pm PETALING JAYA: Apakah ini standard ilmu dan adab yang mahu dibawa oleh Pas dalam wacana politik Islam hari ini? Demikian kata Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nadia Nazri berhubung video tular melibatkan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh yang dilaporkan menghina sahabat Nabi Muhammad |
|
Perlekeh sahabat Nabi: Nik Zawawi digesa tarik balik ucapan, mohon maaf .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm # Perlekeh sahabat Nabi: Nik Zawawi digesa tarik balik ucapan, mohon maaf JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh digesa menarik balik kenyataan susulan ucapan yang didakwa menyentuh dan memperlekeh beberapa sahabat Rasulullah SAW |
|
Cerita ???kawan luar negara??? bukan hujah bersandar fakta??? Amanah bidas .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm # Cerita kawan luar negara bukan hujah bersandar fakta Amanah bidas Nik Zawawi KUALA LUMPUR Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang menyerang Perdana Menteri dalam ceramahnya baru-baru ini, disifatkan berat, cacat dan tidak berasas |
|
Khairuddin ???sekolahkan??? Nik Zawawi, tegas fakta sahabat Nabi jangan .. - Mygazette - 12/05 7:33 pm # Khairuddin sekolahkan Nik Zawawi, tegas fakta sahabat Nabi jangan diputar belit KUALA LUMPUR Timbalan Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan polemik kenyataan melibatkan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW |
|
Nik Zawawi didesak beri penjelasan, Pas mohon maaf - Sinarharian - 12/05 7:29 pm SHAH ALAM - Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan (BiPPA) mendesak Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh memberikan penjelasan terhadap kenyataan beliau berhubung sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW.Pengerusi BiPPA, Amidi Abdul Manan berkata, jika tiada sebarang penjelasan maka pimpinan tertinggi Pas perlu menyatakan sikap dan pendirian terhadap isu ini.Menurutnya, Pas perlu memohon maaf kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana kenyataan Nik Muhammad Zawawi yang boleh mencemarkan kemurnian Islam."Rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu pernyataan yang terkandung kebohongan terhadap para Ashabi Rasulullah SAW yang dikeluarkan beliau."Tohmahan yang sehingga ini, kita menanti penjelasan setelah lebih 24 jam ia berlegar dalam domain komunikasi awam di Malaysia."Islam di Malaysia ini terancam bukan kerana kepelbagaian agama, kaum dan budaya tetapi, Islam terancam kerana akhlaq buruk seorang yang mengakui dirinya pewaris tugasan para nabi tetapi biadab kepada para sahabat baginda SAW," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib yang mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.Antara lain setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang "bapa ceti" yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah.Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.Tambah Amidi, BiPPA menasihatkan Nik Muhammad Zawawi agar mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang tidak menyebut-nyebut perilaku menyimpang dari norma Islam yang dilakukan oleh para sahabat baginda ketika masih jahiliyah.Jelasnya, jasa para sahabat Rasulullah SAW terlalu besar kepada Islam."Pengorbanan yang terpaksa mereka tempuh, begitu juga penderitaan yang dialami mereka, bukti keyakinan dan keimanan serta kesetiaan terhadap Rasulullah SAW yang tidak pernah disangsikan."Kita faham dan kita yakini betul, kekuatan ajaran al-Quran yang mempunyai kekuatan transformatif terhadap diri dan masyarakat |
|
Nik Zawawi perlu tarik balik ucapan, mohon maaf terbuka - Sinarharian - 12/05 6:46 pm JOHOR BAHRU Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menggesa Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh menarik balik kenyataan serta memohon maaf secara terbuka susulan ucapan yang didakwa menyentuh dan memperlekehkan beberapa sahabat Rasulullah SAW.Menurut Sheikh Umar yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, isu berkenaan perlu dipandang serius kerana melibatkan sensitiviti umat Islam serta kedudukan para sahabat Nabi dalam tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah.Beliau berkata, para sahabat Rasulullah SAW mempunyai kedudukan yang tinggi dan dimuliakan, justeru sebarang perbahasan berkaitan kehidupan mereka perlu dilakukan secara beradab, berhati-hati dan bersandarkan riwayat sahih."Sebarang bentuk ucapan yang boleh membawa persepsi penghinaan, merendahkan martabat atau mempermainkan para sahabat Nabi tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila datang daripada seorang tokoh agama dan Ahli Parlimen," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Seputeh itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup yang keji sebelum memeluk Islam.Antara lain beliau mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang bapa ceti yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah, Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu, pada hujung minggu lalu.Sheikh Umar berkata, permohonan maaf terbuka perlu dibuat memandangkan rakaman ucapan berkenaan telah tersebar luas dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.Pada masa sama, beliau turut menggesa pihak berkuasa agama dan pihak berkaitan menjalankan siasatan secara telus serta adil bagi memastikan isu berkaitan kesucian agama tidak dipolitikkan atau dipermainkan oleh mana-mana pihak.Tambah beliau, Islam mengajar umatnya supaya memuliakan para sahabat Rasulullah SAW kerana golongan itu merupakan generasi yang membawa, mempertahankan dan menyebarkan agama Islam sehingga sampai kepada umat hari ini.Katanya lagi, kebebasan berceramah dan berpolitik tidak boleh dijadikan alasan untuk mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti akidah serta adab terhadap tokoh-tokoh agung Islam |
|
Menghina sahabat Nabi Muhammad haram, berdosa besar - Menteri Agama - Sinarharian - 12/05 6:25 pm Mereka generasi terbaik, dipuji ALLAH SWT. Mencaci mereka bererti menghina insan yang menegakkan Islam bersama baginda," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada ucapan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas menyentuh kisah kehidupan Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum memeluk Islam.Isu berkenaan mencetuskan pertikaian di media sosial susulan dakwaan beberapa pihak yang mempersoalkan ketepatan fakta sejarah dalam ucapan beliau.Malah, ramai warga maya menyifatkan kisah melibatkan para sahabat Rasulullah tidak sepatutnya dijadikan bahan ceramah politik atau dihuraikan tanpa rujukan yang jelas.Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil menekankan kepentingan menjaga adab dan bahasa ketika berbicara.Ujarnya, perkara tersebut merupakan sesuatu yang telah disepakati seluruh umat Islam dan tidak seharusnya dijadikan bahan senda atau hinaan."Perlu mempunyai kecermatan dalam penceritaan berkenaan para sahabat kiram (mulia) |
|
Fakta Sahabat Nabi Jangan Diputar Belit, Khairuddin Tegur Nik Zawawi - Wrlr - 12/05 5:42 pm Pengerusi Ulama Umno, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (kanan) menegur kenyataan Nik Zawawi melibatkan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW pada 12 Mei 2026. KUALA LUMPUR, 12 Mei Polemik berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh daripada Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh melibatkan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW, ditegur Timbalan Pengerusi Ulama Umno, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali |
|
Pemuda Pas Selangor tegur tokoh ulama pusat sabit hina sahabat - Wrlr - 12/05 5:35 pm Harapandaily May 12, 2026 Polemik membabitkan ceramah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh semakin melebar apabila Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar tampil secara terbuka menegur kenyataan tokoh ulama Pas itu yang didakwa menyentuh kemuliaan para sahabat Rasulullah SAW |
|
Nik Zawawi, bertaubatlah, kata Pemuda Pas Selangor - Harapandaily - 12/05 5:00 pm Polemik membabitkan ceramah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh semakin melebar apabila Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar tampil secara terbuka menegur kenyataan tokoh ulama Pas itu yang didakwa menyentuh kemuliaan para sahabat Rasulullah SAW |
|
RENCANA Petik cerita tanpa sumber sahih, MP Pas hina sahabat Nabi? - Harapandaily - 12/05 3:30 pm Tetapi mutakhir ini, semakin ramai penceramah memilih jalan sensasi, cerita yang sedap didengar, emosional dan penuh dramatisasi walaupun tidak bersandarkan sumber yang sahih. Terbaru, Ahli Majlis Syura Ulama Pas dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh membawa satu naratif yang sangat.. |
|
Rupanya ini kesalahan fatal Nik Zawawi, berikut ulasan Pensyarah Pengajian Quran dan Sunnah - Mydateline - 12/05 2:30 pm Kandungan ceramah disampaikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa memetik kisah para sabahat Nabi telah mencetuskan kontroversi .. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |