///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Musyawarah News   Page 1    



Jangan pandang negatif pindaan Akta MARA – TPM - Mygazette - 11/05 7:52 am

Ia supaya landasan penubuhan MARA daripada perut UMNO yang menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965 itu tidak tersasar. Jangan ada interpretasi yang negatif ataupun yang berbeza-beza, katanya selepas menyampaikan ucapan penutup pada Musyawarah Nasional di ibu negara hari ini





Resah Melayu jangan jadi marah – Zahid mahu Musyawarah Nasional jadi makmal fikir bangsa - Harapandaily - 11/05 7:00 am

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu Musyawarah Nasional dijadikan sebagai Makmal Pemikir Bangsa bagi mencari penyelesaian terhadap keresahan masyarakat Melayu yang menurutnya semakin dirasai dalam pelbagai lapisan rakyat ketika ini





Musyawarah Nasional bukan medan cari salah - Sinarharian - 10/05 9:56 pm

KUALA LUMPUR Musyawarah Nasional bukan platform untuk mencari salah atau menuding jari, sebaliknya menjadi ruang membincangkan keresahan bangsa Melayu secara matang dan beradab.Pengerusi Musyawarah Nasional, Tan Sri Abdul Ghani Othman berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan segala isu melibatkan agama, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial dapat dirumuskan dengan baik demi masa depan bangsa dan negara.Menurut beliau, perbezaan pandangan tidak seharusnya membawa kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu."Kita boleh berbeza pandangan, tetapi jangan sampai berpecah."Kita boleh berbeza pendekatan, tetapi matlamat akhirnya mesti sama iaitu membina masa depan bangsa," katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Musyawarah Nasional Keresahan Bangsa Melayu: Apakah Penyelesaiannya? di ibu negara pada Ahad.Program berkenaan turut menampilkan ucaptama dan rumusan penutup yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Abdul Ghani berkata, musyawarah tersebut bukan medan untuk meninggikan suara atau mencari pihak yang perlu dipersalahkan terhadap keresahan yang berlaku dalam masyarakat Melayu ketika ini.Sebaliknya, katanya, platform itu diwujudkan untuk menghimpunkan pandangan secara jujur serta membincangkan penyelesaian dengan penuh adab dan kematangan."Melayu memerlukan medan untuk kita mendengar dengan jujur, berbincang dengan adab dan merumuskan jalan ke hadapan," ujarnya.Beliau berkata, lima teras utama iaitu agama, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial dijadikan asas utama sepanjang musyawarah berlangsung.Menurutnya, setiap pandangan, kritikan, cadangan dan keresahan perlu diberikan perhatian yang sama tanpa mengira latar belakang peserta."Kita mahu setiap pandangan mempunyai nilai yang sama."Setiap kritikan, setiap cadangan dan setiap keresahan diraikan bersama dengan penuh kematangan," katanya.Beliau berkata, Musyawarah Nasional juga tidak bermula dengan andaian bahawa semua jawapan terhadap keresahan bangsa Melayu sudah tersedia.Sebaliknya, katanya, ia menjadi ruang menghimpunkan ilmuwan, agamawan, profesional, pemimpin NGO, pimpinan masyarakat, pemain industri dan generasi muda untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian.Menurut beliau, perubahan landskap politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan agama ketika ini menuntut masyarakat Melayu berfikir secara lebih matang dan terbuka.Katanya, Musyawarah Nasional itu diharap menjadi permulaan kepada gerakan pemikiran, penyatuan dan tindakan yang lebih tersusun demi agama, bangsa dan negara.





Musyawarah Nasional didaftar sebagai NGO, bukan gabungan parti politik - Sinarharian - 10/05 3:37 pm

KUALA LUMPUR - Musyawarah Nasional tidak akan didaftarkan sebagai gabungan parti politik di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), sebaliknya beroperasi sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghimpunkan fikrah dan aspirasi orang Melayu dan Islam di negara ini.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, platform itu bukan milik mana-mana individu, kelompok atau parti politik."Ia milik semua yang ikhlas mahu melihat bangsa ini berdiri dengan lebih yakin, bermaruah dan tersusun agar terus berjaya membangun di tanah air





Musyawarah Nasional akan didaftar sebagai NGO – Zahid Musyawarah .. - Mygazette - 10/05 2:49 pm

# Musyawarah Nasional akan didaftar sebagai NGO - Zahid KUALA LUMPUR - Musyawarah Nasional akan didaftarkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) supaya dapat menjadi wadah yang tersusun, sah, berwibawa dan berterusan





Musyawarah Nasional bukan semarakkan ketakutan tapi makmal pemikir bangsa .. - Mygazette - 10/05 2:49 pm

# Musyawarah Nasional bukan semarakkan ketakutan tapi makmal pemikir bangsa - Zahid KUALA LUMPUR - Musyawarah Nasional bukan untuk menyemarakkan ketakutan, mencetuskan perbalahan dan menuding jari mencari kesalahan





Nilai semula undang-undang tangani isu sensitif, hina Islam, Raja Melayu .. - Mygazette - 10/05 2:49 pm

Maka apabila dua tiang seri ini diganggu, keresahan rakyat tidak boleh dianggap kecil. "Ia mesti ditangani dengan tegas, adil dan berhikmah agar maruah agama, institusi negara dan keharmonian nasional dapat terus terpelihara," katanya menyampaikan ucapan pembukaan Musyawarah Nasional, Keresahan Bangsa Melayu: Apakah Penyelesaiannya? di sini hari ini





Musyawarah Nasional tangani keresahan Melayu - Zahid - Mkini - 10/05 12:32 am

Ia perlu dijadikan "makmal pemikir bangsa" namun tidak harus disalahertikan sebagai menolak perpaduan, kata TPM.





Isu hina Islam, institusi raja perlu ditangani secara tegas - Ahmad Zahid - Sinarharian - 10/05 11:46 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu penghinaan terhadap agama Islam dan institusi Raja-Raja Melayu perlu ditangani secara tegas, adil dan berhikmah bagi memastikan maruah agama, institusi negara serta keharmonian nasional terus terpelihara.Beliau berkata, keresahan masyarakat Melayu ketika ini semakin mendalam apabila kesucian Islam dan kewibawaan institusi Raja-Raja Melayu berulang kali disentuh secara terbuka menerusi pelbagai isu yang mencetuskan sensitiviti rakyat.Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, antara isu yang menimbulkan kegusaran ialah penghinaan terhadap kalimah Allah, jenaka yang memperlekehkan halal, bantahan terhadap laungan azan serta tindakan menghina institusi Raja-Raja Melayu."Islam ialah agama Persekutuan dan Raja-Raja Melayu ialah payung kedaulatan negara, maka apabila dua tiang seri ini diganggu, keresahan rakyat tidak boleh dianggap kecil," katanya ketika berucap pada Musyawarah Nasional bertemakan "Keresahan Bangsa Melayu: Apakah Penyelesaiannya" di sini pada Ahad.Pengasas Musyawarah Nasional itu berkata, kebebasan bersuara perlu terus dihormati, namun tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina agama, memperlekehkan institusi Raja-Raja Melayu atau merosakkan asas keharmonian negara.Sehubungan dengan itu, Ahmad Zahid berkata sudah tiba masanya kerangka perundangan sedia ada dinilai semula dan diperkukuh agar selari dengan cabaran semasa.Dalam pada itu, beliau berkata keresahan masyarakat Melayu turut melibatkan aspek ekonomi, pendidikan, perpaduan nasional dan kestabilan politik kaum itu.Menurutnya, dalam aspek ekonomi, masyarakat Melayu masih belum cukup kuat sebagai pemilik walaupun menjadi kelompok besar pengguna dan pekerja dalam negara."Cabaran ini bukan lagi sekadar soal bantuan atau subsidi





Musyawarah Nasional perlu jadi Makmal Pemikir Bangsa tangani keresahan Melayu - Ahmad Zahid - Sinarharian - 10/05 11:18 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Musyawarah Nasional perlu dijadikan sebagai Makmal Pemikir Bangsa, iaitu ruang untuk menguji fakta, memisahkan persepsi daripada realiti serta merumuskan tindakan berhubung keresahan orang Melayu ketika ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Ahmad Zahid yang juga pengasas Musyawarah Nasional berkata, platform itu bukan sekadar medan membawa keluhan sebaliknya menghimpunkan akal, data, pengalaman dan keberanian untuk mencari penawar kepada penyakit bangsa.Beliau berkata, negara telah melalui fasa peralihan besar sejak 2018 yang menguji daya tahan rakyat susulan perubahan politik, tekanan ekonomi pasca-Covid-19, ketidaktentuan geopolitik, konflik dunia serta ledakan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) dan automasi yang mengubah cara manusia berfikir, berinteraksi dan membina masa depan."Dalam suasana inilah keresahan Melayu terbentuk





Jangan ulangi tebuk atap, tunggulah PRU nak berkawan boleh, nak lawan pun .. - Wrlr - 7/05 7:23 pm

Musuh politik Dalam masa sama, Mohamad mengakui bukan mudah untuk PH bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), memandangkan kedua-dua gabungan itu pernah menjadi musuh politik tradisi. Namun katanya, perbezaan pandangan adalah perkara biasa dan perlu diselesaikan melalui musyawarah dengan mengutamakan kepentingan rakyat





Status MB Negeri Sembilan belum muktamad, masih dalam perbincangan - Amirudin - Sinarharian - 4/05 12:55 am

SHAH ALAM Kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan masih berada di peringkat perbincangan susulan beberapa isu dan pertikaian yang timbul berkaitan kedudukan berkenaan.Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini pihaknya tetap menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir atas perkenan baginda mengekalkan Aminuddin untuk terus menerajui pentadbiran negeri.Menurutnya, perkara itu bagaimanapun masih dalam penelitian kerana melibatkan beberapa isu yang perlu diselesaikan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta adat Negeri Sembilan."Hal ini tidak boleh diputuskan secara sewenang-wenangnya kerana ia turut membabitkan struktur adat termasuk peranan Undang dan institusi diraja negeri."Keabsahan jawatan Menteri Besar dan kestabilan kerajaan negeri hanya dapat dipastikan melalui proses yang termaktub dalam perlembagaan serta adat," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Selangor di Auditorium, Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini pada Isnin.Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, sebarang pertikaian perlu diselesaikan secara 'musyawarah' melibatkan semua pihak berkepentingan bagi memastikan pentadbiran negeri terus berjalan lancar."Semua pihak perlu bekerjasama untuk menyelesaikan isu atau pertikaian yang berlaku," ujar beliau.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 lalu, Pakatan Harapan (PH) memenangi 17 kerusi, diikuti BN dengan 14 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) memperoleh lima daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.Pentadbiran Negeri Sembilan yang diterajui Aminuddin dengan komposisi kerusi stabil hasil gabungan PH dan BN pada PRN lalu.Terdahulu, Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengadakan sidang akhbar bagi memaklumkan penarikan sokongan tersebut.Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Sebelum ini, krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan Undang Luak pada 19 April lalu yang mengisytiharkan penurunan Tuanku Muhriz di Balai Undang Luak Sungai Ujong.



Tangguh Sidang DUN Perlis mengejut, ADUN tuntut penjelasan - Harakahdaily - 18/04 4:31 pm

KANGAR: Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis mendesak kerajaan negeri memberikan penjelasan segera dan telus berhubung keputusan penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibuat secara mengejut, semalam. Mereka daripada PAS itu menyifatkan tindakan itu sebagai tidak munasabah dan tidak mencerminkan semangat musyawarah, memandangkan keputusan berkenaan dibuat hanya tiga hari sebelum sidang sepatutnya berlangsung



PN bukan hak mutlak Bersatu - Muhammad Fadhli - Sinarharian - 16/04 2:12 pm

IPOH Perikatan Nasional (PN) bukan hak mutlak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menentukan keahlian gabungan itu kerana sebarang keputusan perlu dibuat secara musyawarah bersama semua parti komponen.Bekas Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Timor, Muhammad Fadhli Ismail berkata, sebarang keputusan berkaitan kemasukan parti baharu ke dalam PN tidak boleh ditentukan secara unilateral tanpa mengambil kira pandangan rakan komponen lain termasuk Pas.Menurutnya, kenyataan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menolak kemungkinan penyertaan parti baharu dipimpin Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin ke dalam PN adalah tidak berasas."Penolakan tersebut hanya bersandarkan kepada pertemuan Hamzah dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkan sebagai remeh dan tidak wajar dijadikan alasan."Hamzah merupakan tokoh berjiwa besar serta konsisten memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara selain dilihat sebagai ikon penyatuan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Muhammad Fadhli berkata, kenyataan Ahmad Faizal itu juga memberi gambaran seolah-olah UMNO kini dianggap sebagai musuh utama Bersatu sekali gus boleh menjejaskan usaha penyatuan ummah.Menurutnya, pendekatan sedemikian berpotensi menggagalkan usaha penyatuan bukan sahaja di Perak malah di peringkat nasional terutama apabila ia datang daripada individu yang didakwa kurang peka terhadap landskap politik semasa.Dalam pada itu, beliau menegaskan isu sumpah atau baiah tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mempertahankan pendirian tetapi keutamaan perlu diberikan kepada integriti serta kelayakan moral seseorang pemimpin.Muhammad Fadhli juga menasihati Ahmad Faizal supaya tidak mengutamakan kepentingan peribadi sehingga menjejaskan matlamat penyatuan ummah sebaliknya kembali kepada prinsip perjuangan asal parti.Pada 15 April, media melaporkan Bersatu mengakui sukar menerima parti baharu pimpinan Hamzah untuk menyertai gabungan PN.Dalam laporan itu, Ahmad Faizal berkata, perkara itu berpunca daripada pendirian Hamzah yang sebelum ini menjalinkan kerjasama dengan pihak lawan tanpa memaklumkan kepada kepimpinan parti.




Reformasi     >>



Pemuda AMANAH diminta mula gerakkan jentera dari .. - Harapandaily
Pemuda AMANAH diingatkan supaya mula memperkukuh gerak kerja dan mempersiapkan jentera parti susulan kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa. Perkara itu disampaikan Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof ketika sesi Ramah Mesra bersama Pemuda AMANAH Negeri ..
Kroni     >>



Kerajaan kaji subsidi RON95 golongan kaya - Utusan
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan subsidi petrol untuk golongan berpendapatan tinggi bagi membantu negara mengharungi keadaan ekonomi semasa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut sudah diteliti oleh Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK), Tan Sri ..
Tabloid     >>



EPL: Arsenal semakin hampir bergelar juara - Kosmo
LONDON – Arsenal FC semakin hampir menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selama 22 tahun selepas meraih kemenangan dramatik 1-0 ke atas West Ham, sebentar tadi. Pada aksi di Stadium London itu, pemain Belgium, Leandro Trossard yang meledak gol kemenangan pada minit ke-83 untuk ..
Tech     >>



Sunday Reboot: Chip issues, oranges, and Tony Awards - Appleinsider
In this week's "Sunday Reboot," a good chip issue for Apple to have, regulatory comparisons with oranges, and "Schmigadoon!" gets 12 Tony Award nominations. Tony Awards, orange trademarks, and chip issues Sunday Reboot is a weekly column covering some of the lighter stories within the Apple ..
World     >>



Oil climbs as Netanyahu warns Iran conflict is not .. - Cnbc
Oil prices jumped on Monday after Israel warned that the conflict with Iran was still ongoing.
Motor Trend     >>



Bandar Frankfurt Kini Operasi 34 Lori Elektrik .. - Careta
Penambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan lori elektrik tugas berat yang digunakan di bandar itu kini meningkat kepada 34 unit. Kesemua lori berkenaan dikendalikan oleh FES Frankfurter Entsorgungs und Service GmbH, syarikat pengurusan sisa dan pembersihan bandar utama di Frankfurt am Main