| /// |
|
| Search : Mohamad News | Page 1 |
|
Sindiket dadah guna inap desa terbongkar, rampasan RM16.8 juta terbesar .. - Mygazette - 23/04 2:57 pm # Sindiket dadah guna inap desa terbongkar, rampasan RM16.8 juta terbesar di Sarawak KUCHING - Sindiket dadah yang menyewa premis inap desa sebagai pusatpembungkusan dan penyimpanan terbongkar melibatkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM16.8 juta, dalam dua serbuan berasingan di sekitar Kuching bulan ini, iaitu yang terbesar direkodkan di Sarawak setakat ini. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam kes pertama, seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 41 dan 31 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah inap desa di Santubong pada 7 April lepas |
|
Amir Hamzah kekal Presiden PKIBM - Sinarharian - 23/04 2:31 pm DENGKIL - Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa kekal menjadi presiden dan menerajui Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) bagi penggal 2026/2029.Amir Hamzah, 58, yang merupakan penyandang jawatan Presiden sejak empat penggal lalu menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM 2025 ke-26 yang berlangsung di kampus University College of Aviation Malaysia (UniCAM), Dengkil di sini.Perasmian acara tahunan itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Education Malaysia Global Services (EMGS), Novie Tajuddin.Pada sesi pemilihan setiap tiga tahun itu juga, Pengerusi University College of Aviation Malaysia, Prof Dr Kapten TUDM (B) Ab Manan Mansor turut dipilih semula sebagai Timbalan Presiden.Presiden Universiti Geomatika Malaysia, Prof Datuk Dr Mohaizi Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif East West International College, Prof Datuk Dr Abdul Murad Ahmad turut mengekalkan jawatan Naib Presiden 1 dan 2 yang disandang sebelum ini.Ketua Pegawai Eksekutif Murni International College, Dr Ramlee Mohd Junus Ranaco serta Pengarah Shipping and Aviation College, Mohd Shafie Sarip masing-masing dipilih sebagai Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung PKIBM.Turut dilantik dalam pemilihan kali ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif MSU College, Mohd Adnan Rosley sebagai Bendahari dan Ketua Pegawai Eksekutif College Felcra, Eisa Mohamed sebagai Penolong Bendahari.Pada majlis yang dihadiri lebih 59 orang perwakilan mewakili 32 IPTS milikan Bumiputera yang menganggotai PKIBM, seramai tiga Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Canselor IPT turut dipilih perwakilan sebagai ahli jawatankuasa eksekutif bagi penggal 2026/2029.Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Widad, Norhisyam Abd Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Teknologi A.N.S, Mohd Nasir Idris dan Naib Canselor IJN University College, Prof Emerita Dr Durrishah Idrus.Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti Kota Bharu, Seri Banun Bahtiar dan Ketua Eksekutif UniCAM, Prof Madya Dr Faiz Aizat Ab Manan pula diumumkan sebagai Auditor Kehormat 1 dan 2.Dalam pada itu, turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif bagi penggal 2026/2029 ialah Ketua Pegawai Eksekutif International Islamic College, Shaik Faridhudheen Anverdeen; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Muhammad Ihsan Lim Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Taj International College, Tina Tajuddin. |
|
No unilateral decisions on Malacca Strait, ASEAN works by consensus: Malaysias foreign minister - CNA - 23/04 2:31 pm Malaysian Foreign Minister Mohamad Hasans comments came amid geopolitical tensions in the Middle East, with a chokepoint at the Strait of Hormuz, and after Indonesia Foreign Minister Purbaya Yudhi Sadewa floated the idea of imposing a levy on ships passing through the Malacca Strait |
|
Cops uncover syndicate using homestays, seize drugs worth RM16.8 million in Sarawak - Sinardaily - 23/04 1:24 pm KUCHING - A drug syndicates tactic of renting homestay premises as packaging and storage centres has been uncovered after police arrested four individuals and seized various types of drugs worth about RM16.8 million in two separate operations around Kuching this month, making it the biggest seizure recorded in Sarawak to date.Sarawak Police Commissioner Datuk Mohamad Zainal Abdullah said that the first case involved a raid on a homestay in Santubong on April 7, which led to the arrest of a couple aged 41 and 31.He said police also seized various types of drugs believed to be Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) weighing 107.5 kilogrammes (kg), ketamine (1.3kg), Erimin 5 pills (180 grammes), ecstasy pills (102 grammes) and syabu (28 grammes)."The total seizure is estimated at RM16.2 million, and the seized drugs could potentially supply up to 16,952 addicts, he told a press conference at the Sarawak police headquarters here today.He said the syndicate is believed to have been active since the beginning of this month and used several homestay premises as temporary locations for packaging activities before moving to other locations to avoid detection by the authorities.Mohamad Zainal said the two suspects were believed to be involved in packaging and distributing drugs to locations designated by other syndicate members via WhatsApp."They were paid RM3,000 monthly plus a RM5 commission for every packet of drugs sold, he said, adding that police also seized a vehicle worth an estimated RM15,000 and RM1,856 in cash.He said the success was the result of an operation by the Bukit Aman Narcotics Crime Investigation Department (NCID) in cooperation with the Sarawak NCID.Both suspects tested negative for drugs, while checks found that the woman has three prior criminal records.The couple were charged in court at the Kuching Magistrates Court on April 20 with four counts under Section 39B(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952, one count under Section 39A(1) and two counts under Section 12(2) of the same Act.In the second operation on April 19, police arrested two men, aged 28 and 38, around Jalan Setia Raja, following information from the Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS).Inspection of the suspects led to the discovery of 1,281 packages of vape cartridges suspected of containing marijuana liquid, weighing an estimated 3.2kg and valued at about RM576,450."The two suspects are believed to have acted as runners and transporters within the syndicate network, receiving about RM8,000 for each delivery, he said, adding that the case is being investigated under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952.According to him, the two suspects have no prior records and also tested negative for drugs, while police also seized a vehicle worth about RM12,000.In a related development, Mohamad Zainal said the "No Day Without Arrests approach implemented by the Sarawak contingent has shown positive results, with 5,151 drug-related arrests recorded from Jan 1 to April 19 this year compared to 3,728 in the same period last year.He said the value of drug and poison seizures for the same period surged to RM31.9 million compared to RM3.1 million last year, which is a 913.7 per cent increase |
|
Sarawak police record largest-ever drug bust worth RM16.2 million - BorneoPost - 23/04 12:12 am KUCHING (April 23): Sarawak police have seized drugs valued at RM16.21 million from a single case – the largest in the state’s history. Sarawak police commissioner Datuk Mohamad Zainal Abdullah said the seizure surpassed last year’s highest haul of RM8.53 million |
|
Kelindan lori mengaku salah sebabkan kematian anak angkat - Sinarharian - 23/04 11:35 am KUALA TERENGGANU - Seorang kelindan lori berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki pada 11 April lalu.Tertuduh, Muhammad Firdaus Zamri, 31, membuat pengakuan tersebut selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian ke atas Muhammad Adamdanial Abdul Khafidh, 4, dengan niat hendak menyebabkan suatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian.Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Banggol Katong di sini, kira-kira jam 6 petang pada 11 April 2026.Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, Muhammad Firdaus didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap mangsa yang juga anak angkatnya dengan menggunakan sebatang rotan di lokasi dan masa yang sama.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 29 April ini sebagai tarikh hukuman. |
|
Anggota polis risikokan nyawa bantu selamat mangsa banjir - Sinarharian - 23/04 11:32 am PETALING JAYA Tular video memaparkan keberanian anggota polis yang sanggup merisikokan keselamatan diri bagi membantu pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kejadian banjir di sebuah terowong di Ara Damansara baru-baru ini.Rakaman berdurasi beberapa saat yang dikongsikan di Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia itu memaparkan anggota dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bertindak pantas menghulurkan bantuan kepada mangsa.Menurut hantaran tersebut, kejadian berlaku di Terowong FAS, Jalan PJU 1A/4F apabila beberapa kenderaan dipercayai terkandas akibat banjir kilat.Empat anggota terlibat dikenal pasti sebagai Koperal Ahmad Safuan Zulkipli, Koperal Hisham Hashim, Lans Koperal Mohamad Taufik Ibrahim dan Lans Koperal Muhammad Hafiz Azmi."Mereka bertindak membantu menolak kenderaan yang terkandas selain memindahkan mangsa ke lokasi lebih selamat," menurut hantaran itu.Tindakan itu didorong oleh faktor keselamatan serta tahap keprihatinan tinggi terhadap orang awam yang terjejas.Difahamkan, semua mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.Perkongsian video tersebut turut meraih perhatian warga maya yang memuji tindakan pantas dan keberanian anggota terbabit.Dalam masa sama, ia mencerminkan nilai integriti, empati serta komitmen anggota Sang Saka Biru dalam memastikan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara. |
|
Amid Middle East tensions, Malaysia rules out unilateral action in Strait of Malacca - Malaymail - 23/04 9:21 am KUALA LUMPUR, April 23 Foreign Affairs Minister Datuk Seri Mohamad Hasan on Wednesday said no unilateral decisio... |
|
Perketatkan pemilihan, pantau perunding kutipan zakat - Mufti - Sinarharian - 23/04 8:40 am SHAH ALAM - Majlis agama Islam negeri-negeri perlu perketatkan pemilihan dan pemantauan terhadap perunding atau ejen yang dilantik membuat pungutan zakat bagi mengelak sebarang penyelewengan oleh pihak tidak bertanggungjawab.Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tindakan ini penting dalam memastikan agihan zakat sampai kepada yang berhak.Menurut beliau, secara undang-undang pelantikan perunding atau ejen dalam urusan pungutan zakat adalah dibolehkan dan sah."Tapi pihak berwajib perlu lebih berhati-hati dan sentiasa memantau urusan yang dijalankan supaya tidak berlaku sebarang unsur penyelewengan."Kontroversi yang berlaku ketika ini melibatkan penahanan beberapa individu kerana disyaki terlibat menyeleweng dana bukan sahaja mengejutkan, malah turut menjadi iktibar kepada semua pihak untuk tidak memandang ringan sebarang perkara," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu. |
|
Tiada keputusan unilateral ke atas Selat Melaka, kata Tok Mat - FMT - 23/04 8:05 am Menteri Luar Negeri Mohamad Hasan menekankan pendekatan berasaskan konsensus Asean dalam mengekalkan keselamatan Selat Melaka. |
|
Haramkan buku sudah tak realistik pada zaman internet - Rais - Mkini - 23/04 8:00 am Bekas timbalan menteri dalam negeri itu berkongsi pengalaman ketika diarah mengharamkan buku Dilema Melayu karya Dr Mahathir Mohamad. |
|
Polis kesan remaja perempuan hilang sejak bulan lalu - Mygazette - 23/04 7:34 am # Polis kesan remaja perempuan hilang sejak bulan lalu ISKANDAR PUTERI - Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan ahli keluarganya hilang sejak 30 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kehilangan Nurqayas Noor Mohamad iaitu remaja etnik Rohingya disedari keluarganya |
|
Tiada keputusan unilateral berhubung Selat Melaka – Mohamad - Mygazette - 23/04 7:34 am # Tiada keputusan unilateral berhubung Selat Melaka - Mohamad KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Rabu berkata tiada keputusan unilateral boleh dibuat berhubung Selat Melaka, sambil menekankan pendekatan berasaskan konsensus ASEAN dalam mengekalkan keselamatan maritim di laluan air yang penting itu |
|
Pickleball ada potensi menjadi sukan teras - Sinarharian - 23/04 7:15 am WALAUPUN ada pihak mendakwa populariti pickleball di Malaysia semakin perlahan, hakikatnya ia terus berkembang secara dinamik sejak diperkenalkan di negara ini pada 2018.Data kejohanan, aplikasi pendaftaran pemain serta inisiatif pembangunan akar umbi menunjukkan pickleball sedang berkembang sebagai sukan yang berdaya tahan dengan potensi menyamai badminton dan skuasy.Mengulas dakwaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan Persatuan Pickleball Malaysia (MAP), Profesor Madya Dr Mohamad Rahizam Abdul Rahim menegaskan bahawa turun naik sambutan adalah lumrah dalam mana-mana perniagaan sukan.Beliau menjelaskan bahawa sebahagian pengusaha gelanggang mungkin meletakkan jangkaan terlalu tinggi, mahu pulangan modal dalam tempoh singkat tetapi tidak membuat perancangan jangka panjang."Realiti di lapangan menunjukkan gelanggang masih dipenuhi pemain terutama pada waktu malam selepas bekerja," katanya kepada Sukan Sinar.Mengulas lanjut, Rahizam yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam melihat masa depan pickleball di negara ini dengan penuh optimisme.Beliau turut menggariskan enam syarat penting untuk melonjakkan pickleball ke tahap setaraf badminton dan skuasy iaitu pembangunan di peringkat akar umbi terutama di sekolah, sistem kejurulatihan yang mantap, pertandingan di semua peringkat, persatuan yang aktif, kemudahan sukan yang mudah diakses, serta sokongan industri dan kerajaan."Insya-ALLAH dengan ekosistem yang mantap, dalam tempoh lima hingga 10 tahun pickleball mampu setaraf dengan sukan-sukan popular lain," katanya.Rahizam menjelaskan, langkah konkrit untuk melihat pickleball diangkat sebagai sukan teras sudah pun dimulakan.Menurutnya, MAP bersama Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor akan melancarkan program pembangunan pickleball di sekolah rendah dan menengah."Sebanyak 50 sekolah telah dikenal pasti sebagai projek perintis dengan pelancaran dijadualkan pada 7 Mei ini."Program ini dilihat sebagai strategi penting untuk memperluas penglibatan generasi muda, sekali gus memastikan kesinambungan sukan tersebut," kata Rahizam.Selain itu, aplikasi seperti DUPR dan ReClub menunjukkan pertambahan pemain baharu secara konsisten.Malah, Rahizam memaklumkan purata penganjuran kejohanan pickleball kini mencecah lebih 300 pertandingan dalam tempoh setahun, dengan hampir setiap hujung minggu berlangsung kejohanan di pelbagai lokasi di seluruh negara."Angka ini jelas menolak dakwaan bahawa minat terhadap pickleball semakin merosot," katanya lagi.Apa pun, Rahizam melihat keunikan pickleball terletak pada akses terbuka kepada semua umur dan latar belakang.Katanya, pickleball boleh dimainkan oleh kanak-kanak, golongan dewasa, malah warga emas, sekali gus menjadikan sukan tersebut benar-benar inklusif dan dekat dengan masyarakat."Sifat menyeluruh ini membuka ruang besar untuk pickleball berkembang bukan sahaja sebagai sukan komuniti tetapi juga sebagai sukan prestasi yang mampu melahirkan bakat baharu di pentas antarabangsa."Dengan sokongan ekosistem yang mantap, pickleball berpotensi menjadi salah satu sukan utama negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang," tambah Rahizam yang optimis bahawa pickleball kini berada di persimpangan penting menuju aspirasi sebagai sukan arus perdana yang bakal mewarnai landskap sukan Malaysia. |
|
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang - Sinarharian - 22/04 9:04 pm ISKANDAR PUTERI - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan ahli keluarganya hilang sejak 30 Mac lalu.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kehilangan Nurqayas Noor Mohamad iaitu remaja etnik Rohingya disedari keluarganya."Bapa remaja tersebut yang berusia 34 tahun melaporkan kehilangan anaknya itu di kawasan Gelang Patah."Remaja berkenaan berketinggian kira-kira 150 sentimeter, berat sekitar 50 kilogram, berkulit hitam manis dan hidung mancung," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, alamat terakhir remaja berkenaan di nombor 8, Jalan Nusantara 3/4, Taman Nusantara, Gelang Patah di sini.Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Nor Syafiqa Hamzon 013-7416882 atau pusat kawalan daerah Iskandar Puteri 07-5113622@Hotline 07-5114486 |
|
Kerajaan usaha tambah stok makanan, Bang Mat ajak rakyat elak pembaziran - Harapandaily - 22/04 4:19 pm Isu bekalan krisis yang mula memberi kesan kepada rakyat, adalah perkara utama dibincangkan ketika Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Atas sebab itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu sekali lagi menyeru rakyat Malaysia untuk mengelakkan pembaziran |
|
SPRM reman pengurus jualan kes tuntutan bekal peralatan pembedahan - Mygazette - 22/04 4:11 pm # SPRM reman pengurus jualan kes tuntutan bekal peralatan pembedahan KUANTAN - Seorang pengurus jualan sebuah syarikat pembekal barangan kesihatan direman selama tiga hari kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu melibatkan tuntutan pembekalan peralatan pembedahan berjumlah kira-kira RM54,000. Menurut sumber, perintah reman selama tiga hari sehingga 23 April terhadap suspek dikeluarkan oleh Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Raub pagi semalam |
|
Isytihar palsu barang import: SPRM reman pemilik syarikat, beku akaun .. - Mygazette - 22/04 4:11 pm Aktiviti tersebut turut menyebabkan kerajaan mengalami kerugian hasil duti kastam mencecah kira-kira RM1.5 bilion dalam tempoh lima tahun. Sementara itu, Pengarah Kanan BOK SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, ketika dihubungi mengesahkan operasi tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) |
|
Pemilik syarikat disyaki ahli sindiket penyeludupan ditahan, akaun RM160 juta dibeku - Sinarharian - 22/04 4:11 pm PUTRAJAYA - Seorang pemilik syarikat disyaki terlibat dalam sindiket isytihar palsu barang import kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Pelabuhan Klang ditahan pada Selasa.Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 5 petang dalam satu operasi yang dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lembah Klang.Operasi bersepadu Op Celio itu melibatkan Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) yang terdiri daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), JKDM dan Bank Negara Malaysia (BNM).Suspek kini direman lima hari sehingga 26 April selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu."Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2020 dengan menjadi runner bagi individu, syarikat dan juga ejen penghantaran yang menguruskan kemasukan barang-barang import di Pelabuhan Klang."Suspek yang juga dipercayai salah seorang ahli sindiket terlibat dalam aktiviti penyeludupan barangan kontraban daripada pelbagai negara pengeksport dengan menggunakan modus operandi Trade Based Money Laundering," katanya.Tambah sumber, penggeledahan telah dijalankan di 14 lokasi melibatkan premis syarikat dan kediaman suspek sekitar Lembah Klang.Bagaimanapun, operasi tersebut menyasarkan 28 entiti yang terdiri daripada syarikat dan individu melibatkan pengimport, ejen penghantaran dan orang tengah yang disyaki membuat pengisytiharan butiran palsu berkaitan kuantiti dan jenis barangan import yang dibawa masuk ke Malaysia kepada pihak Kastam untuk mengelak dan pengurangan duti import."Siasatan yang dilakukan BOK ini turut mempercayai sindiket itu memberi rasuah kepada penguat kuasa bagi melindungi aktiviti haram tersebut selain terlibat dalam pengubahan wang haram bernilai jutaan ringgit selain menyebabkan kerajaan mengalami kerugian hasil duti kastam mencecah kira-kira RM1.5 bilion dalam tempoh lima tahun," katanya.Melalui operasi itu juga, SPRM turut membekukan 133 akaun bank persendirian serta syarikat yang berjumlah kira-kira RM160 juta.Sementara itu, Pengarah Kanan BOK SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan operasi tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).Tambah beliau, Op Celio akan diteruskan dengan menyasarkan lagi 14 premis melibatkan kediaman serta syarikat dan juga ejen penghantaran sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan. |
|
SPRM tahan pengurus jualan - Kosmo - 22/04 4:05 pm RAUB – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus jualan sebuah syarikat pembekal barangan kesihatan kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu melibatkan tuntutan pembekalan peralatan pembedahan berjumlah kira-kira RM54,000. Perintah tahanan reman selama tiga hari sehingga 23 April 2026 terhadap suspek telah dikeluarkan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret .. |
|
Status kilang BYD di Tanjung Malim tidak jejas keyakinan pelabur - Utusan - 22/04 3:55 pm IPOH: Status projek pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) oleh BYD di Tanjung Malim yang telah dihentikan kerana ketidakmampuan firma antarabangsa itu memenuhi syarat baharu yang diperkenalkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tidak menjejaskan keyakinan pelabur untuk melabur di Perak. Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, walaupun kecewa dengan keputusan tersebut namun .. |
|
Bintulu police record RM59.26 mln contraband seizure - BorneoPost - 22/04 3:33 pm BINTULU (April 22): The Bintulu District Police Headquarters (IPD Bintulu) has recorded its biggest contraband seizure this year, involving untaxed cigarettes and liquor worth an estimated RM59.26 million. Sarawak Police Commissioner Datuk Mohamad Zainal Abdullah said the success stemmed from two coordinated enforcement operations conducted on April 12 and 13, based on intelligence gathered by [...] The post Bintulu police record RM59.26 mln contraband seizure appeared first on Borneo Post Online . |
|
All reports must be investigated, complainants kept informed, says Sarawak CP - BorneoPost - 22/04 2:50 pm BINTULU (April 22): Every police report lodged by members of the public must be thoroughly investigated and complainants kept informed of the progress of their cases, said Sarawak Police Commissioner Datuk Mohamad Zainal Abdullah |
|
Isu rasuah, integriti IPTA bukan isu terpencil, perlu reformasi - UMPSA - Sinarharian - 22/04 2:16 pm SHAH ALAM - Isu rasuah dan kemerosotan integriti dalam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini tidak lagi boleh dianggap sebagai kes terpencil, apabila wujud petunjuk jelas berlakunya kegagalan sistemik dalam aspek tatakelola institusi berkenaan.Presiden Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr Syed Mohamad Hamzah Al-Junid berkata, UMPSA memandang serius perkembangan tersebut yang disifatkan turut melibatkan pengurusan tertinggi universiti sebagai penjaga utama kepada prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti."Realitinya, terdapat petunjuk bahawa proses tadbir urus tidak sentiasa dilaksanakan dengan disiplin dan ketegasan yang sewajarnya termasuk ketidakpatuhan kepada prosedur dan garis panduan dalam membuat keputusan strategik; kelemahan pematuhan terhadap polisi dan peraturan sedia ada dan tahap ketelusan yang rendah dalam proses membuat keputusan."Apabila perkara asas ini diabaikan di peringkat tertinggi, ia secara langsung membuka ruang kepada salah guna kuasa, ketirisan dan penyelewengan yang akhirnya menyuburkan budaya rasuah dalam organisasi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Ujarnya, isu tersebut turut dipengaruhi pelantikan lembaga pengarah yang tidak sepenuhnya berasaskan kompetensi, kepakaran dan integriti, sebaliknya dipengaruhi oleh pertimbangan selain merit.Katanya, keadaan itu menjejaskan keupayaan lembaga untuk melaksanakan fungsi pengawasan secara berkesan."Sehubungan itu, peranan wakil agensi pusat seperti Kementerian Kewangan (MoF) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam lembaga pengarah perlu benar-benar berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang yang efektif, bukannya sekadar kehadiran formal," katanya.Dalam pada itu beliau turut mempersoalkan mengenai sejauh mana Jawatankuasa Audit Dalaman serta Jawatankuasa Governans, Risiko dan Integriti benar-benar berfungsi secara bebas, profesional dan berkesan dalam mengesan, melaporkan serta memastikan tindakan susulan diambil terhadap sebarang ketidakpatuhan.Menurutnya, sekiranya sebarang kes salah laku yang telah sampai ke pengetahuan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) tidak disusuli dengan tindakan tegas, keadaan berkenaan boleh mencetuskan persepsi perlindungan terhadap salah laku, malah membuka ruang kepada ketidakadilan institusi."Kelemahan ini turut diperburukkan oleh polisi yang tidak dilaksanakan secara konsisten atau tidak cukup jelas, mekanisme audit dan pemantauan yang tidak cukup bebas atau kurang proaktif serta tindakan susulan terhadap penemuan audit yang tidak tegas."Justeru, Persatuan Alumni UMPSA berpandangan bahawa keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan |
|
Ini duit rakyat, tak boleh lewat : Bang Mat pantau projek agro - Harapandaily - 22/04 11:07 am Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan semua projek pembangunan pertanian mesti disiapkan mengikut jadual, sambil memberi amaran tiada ruang untuk kelewatan melibatkan peruntukan awam |
|
Kerajaan negeri ringankan urusan ke Tanah Suci - Sinarharian - 22/04 9:30 am IPOH Bantuan khas RM1,000 yang diumumkan Kerajaan Negeri Perak kepada bakal jemaah haji bagi musim 1447H/2026M disifatkan sebagai inisiatif signifikan yang meringankan beban kewangan selain membantu melancarkan persiapan ke Tanah Suci.Menurut bakal jemaah haji dari Tapah, Abdul Rahim Mohamad, 42, sumbangan itu amat bermakna khususnya bagi mereka yang pertama kali menunaikan ibadah berkenaan."Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada Menteri Besar Perak atas sumbangan ini |
|
Sabahan para shuttlers top the nation in KL - BorneoPost - 22/04 9:06 am The state Para shuttlers smashed their way to five gold, four silver and three bronze medals to top the tournament held at the National Sports Council (MSN) Complex. Mohamad Faris Ahmad Azri [...] The post Sabahan para shuttlers top the nation in KL appeared first on Borneo Post Online . |
|
KL Chinese Assembly Hall founder Liew Poon Siak passes on at 83 - Sinchew - 22/04 7:49 am Honorary president of the Federation of Malaysia Chinese Commerce Association, Liew had a fall earlier and was warded at Tung Shin Hospital, Lum said. Liew was criticized by Chinese community for a tea ceremony jointly organized at the Merdeka celebration for then Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad in 2001 |
|
Pejalan kaki maut digilis lori - Mygazette - 22/04 7:49 am Sehubungan kitu beliau menggesa saksi yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Insp. Mohamad Fadzil Zainol Abidin di talian 019-5588221 atau 03-87774264, atau hadir ke balai polis berhampiran |
|
Projek Ehsan Perwira buka peluang veteran ATM jana pendapatan - Sinarharian - 21/04 5:50 pm KUALA LUMPUR Kementerian Pertahanan (MINDEF) menjalin kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi mengusahakan tanah seluas 8.09 hektar milik kementerian berkenaan di negeri itu menerusi Projek Ehsan Perwira.Projek itu dapat memperkasa kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta memperkukuh sekuriti makanan negara.Inisiatif tersebut dimeterai melalui memorandum kerjasama (MoC) yang diserahkan antara Ketua Pegawai Eksekutif PKPS, Datuk Dr Mohamad Khairil Mohd Razi, manakala MINDEF diwakili Ketua Setiausahanya, Datuk Lokman Hakim Ali.Penyerahan MoC itu disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.Majlis berkenaan berlangsung sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada Selasa.Amirudin berkata, MINDEF telah mengenal pasti tanah tersebut di beberapa lokasi termasuk Sabak Bernam dan Kuala Selangor, melibatkan penyertaan kira-kira 40 veteran ATM."Setiap peserta akan diberikan kawasan seluas 0.202 hektar yang akan diusahakan dengan tanaman cili fertigasi dan timun sebagai permulaan sebelum diperluaskan kepada tanaman kontan lain," katanya.Beliau berkata, peserta akan dibimbing secara menyeluruh oleh PKPS termasuk dari aspek penyediaan benih, teknologi pertanian, pengurusan ladang serta pemasaran hasil."Hasil pertanian tersebut dijamin pasaran melalui rangkaian sedia ada termasuk pasar borong di Selangor dan Jualan Ehsan Rahmah," katanya.Tambah beliau, projek itu akan dilaksanakan secara berfasa dengan kerja-kerja penyediaan tanah dan pemilihan peserta sedang giat dijalankan ketika ini."Kita juga akan melakukan saringan bagi memastikan hanya peserta yang benar-benar komited terlibat dalam projek ini," katanya.Beliau turut menegaskan bahawa inisiatif itu tidak menggunakan tenaga kerja asing, sebaliknya memberi keutamaan sepenuhnya kepada veteran ATM selaras dengan matlamat kerjasama bersama MINDEF."Pengalaman PKPS dalam projek pertanian sebelum ini termasuk kerjasama di Kem Terendak akan dimanfaatkan bagi memastikan kejayaan program ini |
|
Semak Akta 522 demi jamin bekalan beras negara - CAKE - Sinarharian - 21/04 5:27 pm SHAH ALAM Tiga langkah iaitu semakan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522), penilaian semula harga padi dan beras serta kebebasan pemilihan benih dikenal pasti sebagai pendekatan penting bagi memastikan bekalan makanan negara terus stabil, terutamanya ketika berdepan krisis global.Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, langkah terbabit perlu diberi perhatian bagi menyelesaikan isu padi dan seterusnya menjamin keterjaminan makanan negara."Kita ada beberapa solusi untuk menyelesaikan masalah padi ini bagi menjaga keterjaminan makanan negara, disebabkan wujud kartel beras, kartel benih, baja dan sebagainya."Kita perlu menyemak semula dasar berkaitan harga siling padi dan beras di bawah Akta 522 kerana permasalahan hari ini berpunca daripada akta tersebut yang menyebabkan pesawah tidak boleh menjual hasil mereka sendiri, malah tidak dibenarkan menyimpannya."Perkara tersebut perlu dikaji semula kerana di Kedah baru-baru ini, Exco Pertanian menyatakan Kedah mampu mengeluarkan beras sendiri tetapi disekat oleh Akta 522," katanya dalam forum meja bulat bertajuk Krisis Tenaga dan Kelestarian Subsidi: Apa Nasib Rakyat Marhaen yang berlangsung di sini pada Khamis.Forum yang dikendalikan oleh hos merangkap personaliti televisyen, Ismail Adnan itu turut menampilkan barisan panel terdiri daripada Profesor Adjung Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) UKM, Ir Dr Mohd Shahreen Zainoreen Madros dan Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Datuk Dr Ramli Tahir.Menurut Mohamad Yusrizal, selain semakan terhadap akta berkenaan, kerajaan juga perlu menilai semula harga siling padi dan beras yang dilihat tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.Jelas beliau, harga beras tempatan yang terlalu lama dikekalkan pada kadar rendah telah menyekat peningkatan harga jualan padi, sekali gus menekan pendapatan pesawah."Harga beras itu terlalu lama berada pada RM2.60 sekilogram dan hari ini pengguna sudah tidak dapat menikmati harga tersebut hingga terpaksa membeli beras import pada harga lebih tinggi."Kita membeli pada RM36, RM37 dan ada yang mencecah RM40 bagi beras import, tetapi beras tempatan masih dijual pada harga lama |
|
Pasangan kes kelucahan jirat Cina dibebaskan, hukuman penjara 12 bulan .. - Mygazette - 21/04 3:23 pm # Pasangan kes kelucahan jirat Cina dibebaskan, hukuman penjara 12 bulan diketepikan GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret kerana melakukan perbuatan kelucahan melampau di sebuah jirat Cina di Batu Gantung, Ayer Itam, bulan lalu. Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Rofiah Mohamad selepas membenarkan permohonan semakan yang difailkan pihak pembelaan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas M |
|
Warga emas mengaku tak salah buat hantaran hina mahkamah - FMT - 21/04 2:12 pm Idris Mohamad didakwa membuat kesalahan itu melalui Facebook menggunakan akaun 'Idris Mohamad' |
|
Aksi tidak senonoh di kubur: Mahkamah tinggi ketepi penjara 12 bulan, sabitan kekal - Sinarharian - 21/04 1:56 pm GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengenepikan hukuman penjara 12 bulan terhadap pasangan kekasih yang melakukan perbuatan tidak senonoh di sebuah tanah perkuburan Cina pada Mac lepas.Hakim Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan difailkan pasangan itu untuk mengenepikan hukuman dijatuhkan Mahkamah Majistret di sini pada 26 Mac, bagaimanapun mengekalkan sabitan terhadap mereka.Rofiah memerintahkan hukuman penjara ke atas pasangan itu digantikan dengan tempoh penjara dari tarikh tangkap, iaitu 23 Mac sehingga pelupusan semakan pada Selasa.Sehubungan dengan itu, pasangan tersebut diperintahkan untuk dilepaskan serta-merta.Terdahulu, peguam Datuk Naran Singh yang mewakili pasangan itu memaklumkan telah mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan berhubung hukuman tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan."Sabitan dikekalkan namun kami memohon agar hukuman penjara 12 bulan diketepikan kerana terlalu berat," katanya.Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohamed Jaafar tidak membantah permohonan itu dan mengesahkan pihak pendakwaan menerima representasi yang dikemukakan.Sementara itu, Rofiah dalam penghakimannya berkata, mahkamah tidak mempunyai alasan untuk menolak persetujuan antara pihak pendakwaan dan pembelaan, selaras dengan representasi yang dikemukakan.Pada 26 Mac, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap pasangan tersebut selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di sebuah tanah perkuburan Cina di Batu Gantung, Ayer Itam pada jam 8.30 pagi 22 Mac.Mereka didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun |
|
Agong kurnia surat cara pelantikan kepada 14 hakim - Sinarharian - 21/04 11:35 am KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Selasa berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim di Istana Negara, di sini.Istiadat berkenaan dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan kepada Datuk Ravinthran Paramaguru dan Datuk Azmi Ariffin.Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada enam Hakim Mahkamah Rayuan, iaitu Datuk Amarjeet Singh Serjit Singh, Datuk Seri Mohd Radzi Harun, Datuk Aliza Sulaiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, Dean Wayne Daly dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan surat cara pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi kepada enam individu, iaitu Dr Suzana Muhamad Said, Yusrin Faidz Yusoff, Arziah Mohamed Apandi, Datuk Hazizah Kassim, Gan Techiong dan Suriyati Hasimah Mohd Hashim.Istiadat berkenaan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Turut hadir Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.Pada istiadat berasingan, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 17 Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).Antara ahli MAINPP itu ialah Yang Dipertua MAINPP Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Yang Dipertua MAINPP Datuk Ahmad Shaziy Ismail Bakti, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Zulkifli Long dan Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Wan Nor Sakina Saad.Turut menerima surat cara pelantikan ialah Pegawai Kewangan Negeri Datuk Zairi Mat Ali, Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Mohd Sukki Othman, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail serta Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh |
|
TH anjur bacaan Yasin mohon kelancaran operasi haji - Sinarharian - 21/04 11:02 am MADINAH - Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan majlis bacaan Yasin dan solat hajat di Surau Hotel Zaha Taiba sebagai usaha memohon keberkatan, kelancaran serta kejayaan operasi haji musim 1447H/2026M.Majlis berkenaan dihadiri lebih 40 petugas haji TH yang kini berada di Madinah bagi melaksanakan persiapan awal menyambut ketibaan jemaah haji Malaysia.Program dimulakan dengan solat Maghrib dan solat hajat secara berjemaah sebelum diteruskan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Pengurus Bimbingan dan Ziarah Madinah, Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zahir Husin.Ketua Rombongan Haji, Mohd Hisham Harun turut menyampaikan amanat ringkas kepada para petugas sebagai pembakar semangat dalam melaksanakan tanggungjawab sepanjang musim haji kali ini.Beliau berkata, seluruh petugas perlu melaksanakan amanah dengan penuh keikhlasan, disiplin dan komitmen tinggi demi memastikan kebajikan jemaah haji Malaysia sentiasa terpelihara."Setiap tugasan yang digalas merupakan tanggungjawab besar dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin bagi memastikan urusan jemaah berjalan lancar sepanjang berada di Tanah Suci," katanya.Majlis turut diisi dengan tazkirah rohani yang disampaikan oleh Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS), Al-Fadhil Ustaz Saiful Nizam.Penganjuran program berkenaan mencerminkan komitmen TH bukan sahaja dalam aspek pengurusan operasi, malah turut menitikberatkan pengisian rohani dalam kalangan petugas bagi menghadapi musim haji tahun ini. |
|
'Tak terlintas di fikiran bergelar hafiz al-Quran sehinggalah saya .. - Hmetro - 20/04 6:27 pm Machang: Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz, sehinggalah saya dipenjarakan dan di situlah segalanya bermula, kata Mohamad, 36, (bukan nama sebenar) |
|
MP Jasin, Harakah mohon maaf kepada Fadhlina, akui kenyataan fitnah undang salah faham - Sinarharian - 20/04 4:52 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan akhbar Harakah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Mahkamah Sesyen di sini berhubung kenyataan fitnah terhadap beliau yang dikeluarkan pada 2023.Zulkifli yang membacakan penghakiman persetujuan bersama, berkata, pihak defendan mengakui bahawa kenyataan yang dikeluarkan tersebut telah mengundang pelbagai tafsiran dan salah faham dalam kalangan masyarakat terhadap plaintif (Fadhlina) yang menjejaskan nama baik beliau."Oleh yang demikian, kami bersetuju untuk menarik balik sepenuhnya, secara mutlak dan tanpa sebarang syarat kenyataan-kenyataan tersebut," kata beliau.Hakim Hilmiah Yusof kemudian merekodkan penghakiman persetujuan dengan terma penyelesaian yang dinyatakan dalam draf persetujuan dan turut memerintahkan ketiga-tiga defendan membayar kos berjumlah RM15,000 kepada plaintif.Fadhlina memfailkan saman fitnah itu terhadap Zulkifli, bekas ketua pengarang Harakah, Mazlan Jusoh dan penerbit akhbar Harakah, Galeri Media Serbanika Sdn Bhd berhubung dakwaan larangan takbir dan bacaan Qunut Nazilah sempena Minggu Solidariti Palestin.Hakikatnya, Zulkifli berkata, pihak sekolah dibenarkan untuk membuat laungan takbir dan membaca Qunut Nazilah ketika Minggu Solidariti Palestin."Maka, kami memohon maaf kepada YB Fadhlina di atas kenyataan-kenyataan tersebut dan bersetuju membayar kos sebanyak RM15,000 kepada YB Fadhlina."Kami juga memberi akujanji kepada mahkamah bahawa kami tidak akan pada bila-bila masa selepas ini mengulangi, menerbitkan semula, menyebarkan atau mengulas kenyataan-kenyataan itu atau apa-apa kenyataan yang sama maksudnya, sama ada secara lisan, bertulis, melalui media sosial, media cetak, media elektronik atau dalam apa jua bentuk sekalipun," katanya.Zulkifli berkata, mereka akan mengambil segala langkah yang munasabah dan perlu bagi memastikan semua kenyataan tersebut diturunkan, dipadam dan tidak lagi disebarkan oleh mana-mana pihak di bawah kawalan mereka."Kami juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Sesyen, pegawai-pegawai mahkamah dan barisan peguam yang terlibat atas profesionalisme dan budi bicara mereka dalam mengendalikan kes ini," katanya.Beliau berharap agar penyelesaian ini dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak, serta tidak dijadikan bahan yang boleh menggugat kesejahteraan, perpaduan dan keharmonian negara.Terdahulu, peguam, Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Fadhlina memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak-pihak telah mencapai penyelesaian dan telah bersetuju dengan penghakiman persetujuan."Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan namun saya telah dimaklumkan pihak-pihak telah berjaya menyelesaikan perkara ini secara baik dan saya percaya satu draf penghakiman telah dikemukakan kepada mahkamah," katanya.Perkara berkenaan disahkan oleh peguam, Yusfarizal Yusoff dan Mohd Faizi Che Abu mewakili Zulkifli manakala Muhammad Darwisy Roslan dan Afifah Latiff mewakili Mazlan dan Galeri Media Serbanika.Ditemui pemberita selepas prosiding, Fadhlina menzahirkan rasa syukur dan lega kerana dapat membersihkan namanya daripada kenyataan fitnah itu."Sebenarnya hari ini saya sudah bersedia untuk meneruskan perbicaraan, tetapi saya fikir apabila ada ruang untuk kita mencari penyelesaian dan paling penting adalah untuk membersihkan nama saya...yang saya nak dengar adalah perkataan maaf dan saya dapat hari ini perkataan maaf itu, Alhamdulillah."Berkaitan dengan kos itu (RM15,000), saya akan guna sepenuhnya untuk kempen Solidariti Palestin di Jasin |
|
Axed Amanah leader finds new home in 'mature' Umno, jabs Harapan 'amateurs' - Mkini - 20/04 4:05 pm Mohamad claims PKR overly reliant on Anwar to manage key issues. |
|
Stok beras ditambah, rakyat diminta berjimat Bang Mat - Harapandaily - 20/04 2:50 pm Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan stok simpanan beras negara kepada 300,000 tan metrik sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan krisis tenaga global. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata langkah tersebut dilaksanakan secara tenang dan terancang bagi memastikan bekalan makanan asas negara kekal mencukupi |
|
Suami isteri warga emas terkorban, cucu kritikal dalam nahas di Temerloh - Mygazette - 20/04 2:34 pm Akibat kemalangan itu, Mohd Nasyim memaklumkan, mangsa, Zulkifli Md Yusof, 72, yang memandu kereta Perodua Kancil telah tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara itu, isterinya, Radzuan Mohamad, 67, dilaporkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di zon merah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini, kira-kira tiga jam kemudian |
|
Mekanik tak mengaku salah cederakan dua lelaki guna parang - Mygazette - 20/04 2:34 pm # Mekanik tak mengaku salah cederakan dua lelaki guna parang BUTTERWORTH - Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah menggunakan parang terhadap seorang lelaki pada 12 April lalu. Tertuduh, Mohamad Arif Abdul Razak, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid |
|
Pengakap, MARTS jalin kerjasama perkukuh komunikasi radio amatur - Mygazette - 20/04 2:34 pm "Kerjasama ini turut melibatkan penganjuran aktiviti bersama seperti Jamboree on the Air (JOTA), latihan lapangan, demonstrasi dan program komuniti bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan komunikasi dalam kesiapsiagaan bencana," ujar kenyataan itu. MoU itu ditandatangani oleh Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Dr Mohamad Mukhyuddin Sarwani dengan disaksikan Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, Datuk Ahmad Shazily Ismail Bakti, manakala Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Datuk Prof Dr Mohd Zin Bidin bertindak sebagai pemerhati pemeteraian |
|
Suami isteri warga emas maut, cucu kritikal nahas dua kenderaan - Sinarharian - 20/04 1:59 pm TEMERLOH Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan KuantanKuala Lumpur pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 5.25 petang itu, mangsa yang maut ialah Zulkifli Md Yusof, 72, dan isterinya, Radzuan Mohamad, 67.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahrun berkata, kemalangan berlaku membabitkan sebuah Perodua Myvi dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.Menurutnya, kenderaan tersebut kemudian bertembung dengan sebuah Perodua Kancil yang datang dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan."Akibat kejadian, pemandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya yang merupakan penumpang hadapan pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (HOSHAS)."Cucu pasangan berkenaan berusia 13 tahun mengalami kecederaan serius dan kini dirawat di zon merah hospital sama," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Mohd Nasyim menambah, tiga inividu dalam Perodua Myvi yang merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalami kecederaan dan sedang dirawat di zon kuning.Jelasnya, siasatan mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus dua hala dengan keadaan jalan kering dan cuaca baik."Kedua-dua pemandu tidak mempunyai rekod saman lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
|
Stok Simpanan Beras Negara Ditingkatkan Kepada 300,000 Tan Metrik - Mohamad - Siakapkeli - 20/04 1:05 pm Kerajaan tambah stok simpanan beras negara kepada 300,000 tan metrik, langkah persediaan awal hadapi kemungkinan gangguan bekalan susulan krisis tenaga global. |
|
Berdepan krisis global, stok simpanan beras negara kini ditingkatkan - Mkini - 20/04 12:18 am Mohamad Sabu berkata langkah itu bertujuan memastikan bekalan beras negara kekal mencukupi dan terjamin, selain menjaga keperluan asas rakyat. |
|
Minister: Country’s rice reserve stock increased to 300,000 metric tonnes - BorneoPost - 20/04 12:10 am KUALA LUMPUR (April 20): The government has increased the country’s rice reserve stock to 300,000 metric tonnes as an early measure against potential supply disruptions arising from the global energy crisis. Minister of Agriculture and Food Security Datuk Seri Mohamad Sabu said the move aims to ensure rice supply remains sufficient and secure, while safeguarding [...] The post Minister: Country’s rice reserve stock increased to 300,000 metric tonnes appeared first on Borneo Post Online . |
|
Tidak gentar ancaman - Sinarharian - 20/04 8:20 am Sampai sekarang saya ingat nama lelaki (suspek) itu yang dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada Sinar Harian.Tambahnya, kedua-dua suspek sebelum itu ditahan selepas cuba meloloskan diri semasa sekatan jalan raya dijalankan JKDM Johor di Skudai.Menceritakan pengalaman lain semasa menghadiri mahkamah sebagai saksi perbicaraan, beliau berkata, terdapat seorang tahanan kes edar dadah merayu agar tempoh hukuman penjaranya dikekalkan bagi membolehkannya menghafaz al-Quran."Masa itu saya berdepan dengan peguam terkenal, Karpal Singh (mendiang Datuk Seri Karpal Singh)."Tahanan lelaki itu merayu minta dapat duduk lama di Penjara Simpang Renggam kerana mahu menghabiskan hafazan al-Quran," ujarnya.Mengimbas ketika mula bergelar agensi penguat kuasa itu, Raja Abdul Aziz berkata, beliau menyertai JKDM pada April 1990 ketika usia 28 tahun kerana minat dalam badan beruniform."Saya memulakan tugas sebagai penguasa JKDM di Johor di Bahagian Import sebagai pegawai penaksir sebelum bertukar ke beberapa bahagian termasuk penguatkuasaan."Semasa di sekolah (Sekolah Menengah Inggeris Port Dickson), saya ahli Kadet Polis."Masa itu memang minat dalam badan uniform ini sebab kita akan kelihatan segak serta berdisiplin," ceritanya.CabaranKetika ditanya apakah cabaran dalam menguatkuasakan undang-undang, beliau tanpa ragu berkongsikan kes kediamannya di Johor disimbah cat merah sebanyak dua kali dalam sebulan pada Februari 2014."Rumah rosak dan kereta habis disimbah cat merah."Kes berlaku selepas saya ditugaskan bagi mengetuai custom border management di Gelang Patah dan berjaya menangkap sindiket penyeludupan arak," katanya.Bapa lima anak itu berkata, cabaran lain didepaninya seperti diekori tonto sindiket setiap kali pergi dan pulang kerja."Pada April 2014, ketika sedang memandu dan berada di persimpangan lampu isyarat di Gelang Patah, sebuah Toyota Hilux di sebelah saya tiba-tiba cuba menghimpit tetapi melanggar kereta lain di hadapan."Susulan beberapa insiden itu dan sebagai langkah keselamatan diri dan keluarga, saya buat laporan polis. Pegawai polis banyak membantu saya," katanya.AgresifSepanjang bertugas di JKDM Johor, beberapa modus operandi sindiket dikesan antaranya menggunakan nombor plat palsu pada lori membawa barangan seludup seperti rokok dan arak selain khidmat tonto 24 jam.Kata beliau, sindiket akan bertindak agresif sekiranya menyedari aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa."Mereka akan study bagaimana pergerakan kita dan pastikan tidak ada halangan termasuklah ketika melalui pemeriksaan di pintu masuk sah."Pernah ada kejadian kira-kira jam 10.30 pagi pada April 2022 ketika saya dan anggota mengejar sebuah lori bonded membawa arak seludup."Lori dipandu lelaki tempatan itu bertindak agresif hingga kenderaan kami dan kereta polis yang membantu dalam operasi itu rosak dilanggar lori terbabit," ujarnya.NasihatDalam pada itu, beliau sempat memberikan nasihat kepada setiap pegawai JKDM supaya menyematkan diri dengan ilmu perkastaman dan integriti.Jelasnya, tugas sebagai penguat kuasa memerlukan integriti dalam meningkatkan keyakinan masyarakat."Masyarakat tahu dengan siapa mereka nak salurkan maklumat kalau integriti itu ada."Jangan jadi pengkhianat kepada negara," ujarnya.Beliau turut berkongsi satu pesanan daripada bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang masih kekal dalam ingatannya."Beliau berpesan pada saya 'jangan prasangka dengan ALLAH'," tambahnya. |
|
Former Opposition Leader Hamzah Zainudin leads first “Reset” .. - Sinchew - 20/04 8:09 am The meeting attracted several heavyweight political figures, including Tan Sri Rais Yatim, who recently left Bersatu, and former Negeri Sembilan Exco member Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab Malek, who left PKR |
|
Always filter, verify info before sharing, people reminded - BorneoPost - 20/04 8:01 am SIBU (April 20): Members of the public must carefully evaluate and filter every piece of information that they receive, particularly from social media, to ensure that the spirit of harmony in the community remains intact. According to Sibu Resident Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, the spread of unverified information, especially when shared without proper checking, [...] The post Always filter, verify info before sharing, people reminded appeared first on Borneo Post Online . |
|
Peserta konvoi maut kemalangan - Sinarharian - 19/04 4:38 pm IPOH Perjalanan konvoi sekumpulan penunggang motosikal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang ke Sungkai berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 281.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini pada Sabtu.Mangsa, Mohamad Irfan Noor Azam, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu kira-kira jam 11.45 pagi.Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 54 tahun sedang bergerak lurus di lorong kiri dari arah Bercham menuju ke Kuala Lumpur."Pada masa sama, motosikal jenis Yamaha Y16ZR yang ditunggang mangsa dari arah belakang dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian bucu kanan belakang lori tersebut."Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi tujuan bedah siasat.Tambahnya, kedua-dua kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan di Puspakom, selain pemandu lori akan menjalani ujian saringan air kencing sebagai sebahagian daripada siasatan.Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Kebetulan beli makanan, bomba selamatkan dua wanita dalam kebakaran gerai - Sinarharian - 19/04 11:20 am PENDANG Tindakan pantas dua pegawai bomba berjaya menyelamatkan dua wanita termasuk seorang warga emas dalam kebakaran sebuah gerai makan di medan selera berhampiran Masjid Al Falah, Felda Sungai Tiang di sini pada petang Sabtu. Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, kebakaran dipercayai berpunca daripada hos gas yang tercabut ketika proses memasak sehingga menyebabkan api marak secara tiba-tiba di bahagian dapur gerai berkenaan.Dua pegawai bomba terbabit, Muhammad Athir Maula Esaha dan Mohamad Anas Elyas kebetulan berada di premis tersebut untuk membeli makanan selepas selesai tugasan berkaitan pertandingan Kadet Bomba peringkat negeri Kedah |
|
KBS perkasa agensi anti-doping Malaysia hadapi Sukan SEA 2027 - Mygazette - 19/04 8:03 am Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Hishamuddin Abdul Karim. Sebelum ini, Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata langkah strategi yang dipacu oleh Malaysia itu akan memastikan Sukan SEA 2027 mematuhi sepenuhnya piawaian Agensi Anti-Doping Dunia, sekali gus meningkatkan integriti dan kedudukan temasya itu di peringkat antarabangsa |
|
284 jemaah haji selamat tiba di Madinah - Mygazette - 19/04 8:03 am Jemaah kumpulan pertama ini menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050 yang berlepas dari KLIA pada pukul 4.09 pagi waktu Malaysia tiba di Hotel Emaar Royal, Madinah pada kira-kira 9.45 pagi (waktu tempatan). Ketibaan rombongan jemaah disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman bersama Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Ridzuan Wahi dan Konsul Haji Malaysia di Jeddah, Radin Adi Hilmi, barisan pengurusan kanan dan petugas Tabung Haji (TH) |
|
Kos operasi meningkat, penternak lembu pertimbang naikkan harga – .. - Mygazette - 19/04 8:03 am Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu di sini hari ini. Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad |
|
Peserta konvoi maut nahas membabitkan motosikal, lori - Utusan - 19/04 8:00 am IPOH: Perjalanan konvoi sekumpulan penunggang motosikal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang ke Sungkai berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 281.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini semalam. Mangsa, Mohamad Irfan Noor Azam, 21, yang mengalami kecederaan parah, disahkan maut di lokasi kejadian |
|
[VIDEO] Nasib baik ada abang bomba - Kosmo - 19/04 12:40 am PENDANG – Tindakan pantas dua pegawai bomba berjaya menyelamatkan dua wanita termasuk seorang warga emas dalam kebakaran kiosk di sebuah medan selera di Felda Sungai Tiang, di sini hari ini. Kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu disedari Pegawai Bomba Muhammad Athir Maula Esaha dan Pegawai Bomba Mohamad Anas Elyas yang kebetulan sedang makan di situ .. |
|
Peserta konvoi maut langgar lori - Kosmo - 19/04 12:06 am IPOH – Perjalanan konvoi sekumpulan penunggang motosikal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang ke Sungkai berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 281.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini. Mangsa, Mohamad Irfan Noor Azam, 21, yang mengalami kecederaan parah, disahkan maut di lokasi kejadian |
|
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di Madinah - Sinarharian - 18/04 9:16 pm KUALA LUMPUR - Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia musim 1447H/2026 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz, Madinah pada 8.21 pagi waktu tempatan hari ini.Kesemua 284 jemaah itu menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4.09 pagi (waktu Malaysia) dan tiba di Hotel Emaar Royal, Madinah pada 9.45 pagi (waktu tempatan).Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketibaan rombongan disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Ridzuan Wahi, Konsul Haji Malaysia di Jeddah Radin Adi Hilmi, barisan pengurusan kanan dan petugas TH.Syed Mohamad Bakri dalam kenyataan itu berkata, segala persiapan telah dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan jemaah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah sepanjang berada di Tanah Suci."Mewakili Kerajaan Malaysia dan TH, saya ingin merakamkan rasa syukur atas ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia di Madinah |
|
PDRM tidak boleh cenderung kepada mana-mana parti - Sinarharian - 18/04 4:20 pm KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh dilihat cenderung kepada mana-mana parti semata-mata dalam melaksanakan penguatkuasaan.Bekas Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata, perkara itu penting bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi penguat kuasa kekal terpelihara.Menurutnya, laporan polis juga dibuat susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berhubung penggunaan undang-undang tertentu termasuk Akta Hasutan."Kami berpandangan Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang mempunyai Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara kepada setiap rakyat," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media Tutup Mulut = Bunuh Demokrasi Solidariti Influencer dan Pencipta Kandungan Malaysia di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Sabtu.Katanya, kebebasan bersuara tertakluk kepada undang-undang tertentu termasuk melibatkan aspek keselamatan negara, agama dan institusi raja."Namun, apa yang membimbangkan adalah apabila undang-undang ini dilihat digunakan terhadap pihak yang mengkritik dasar kerajaan."Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap sistem demokrasi negara," katanya.Dalam pada itu, beliau turut merujuk kepada satu kes melibatkan seorang individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kandungan media sosial yang tular."Tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara adil dan profesional tanpa sebarang persepsi berat sebelah."Tidak wajar situasi di mana individu yang mengkritik kerajaan diambil tindakan sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat," katanya.Beliau menegaskan, setiap rakyat mempunyai hak yang dijamin di bawah Perlembagaan termasuk kebebasan bersuara, namun ia perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab.Katanya, sekiranya terdapat kesalahan, siasatan dan pendakwaan perlu dilakukan secara telus mengikut saluran undang-undang yang ditetapkan.Dalam masa sama, beliau menggesa agar semua pihak menghormati peranan institusi penguat kuasa dalam memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.Tambahnya, keseimbangan antara kebebasan bersuara dan pematuhan undang-undang perlu diberi perhatian bagi menjamin keharmonian negara.Media sebelum ini melaporkan PDRM mengesan trend perdebatan di media sosial untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta provokatif mengenai dasar kerajaan dan isu semasa.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, perkara ini perlu dielakkan kerana ia bukan sahaja menjejaskan keharmonian dalam ruang siber, tapi turut mewujudkan ekosistem maya yang tidak sihat.Menurutnya, perkara itu berpotensi mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat jika tidak dibendung melalui penguatkuasaan.Tegas Kumar, tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang. |
|
Pulau Pinang perhebat kesiapsiagaan hadapi ancaman bencana bahan berbahaya - Utusan - 18/04 2:28 pm Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, ancaman seperti letupan dan kebocoran bahan berbahaya itu bukan sekadar gambaran di atas kertas, tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa .. |
|
PRU16: Tuntutan kerusi dibincang di peringkat tertinggi - Pengerusi PKR Perak - Sinarharian - 18/04 11:18 am IPOH Semua usul termasuk tuntutan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak akan dibincangkan di peringkat tertinggi parti termasuk dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan.Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, suara akar umbi yang dibawa melalui mesyuarat agung di 24 cabang parti di negeri ini akan dinilai sebelum diangkat ke peringkat lebih tinggi untuk pertimbangan lanjut.Menurutnya, pelbagai isu termasuk perkara sensitif dan hangat telah dibangkitkan oleh perwakilan cabang, namun semuanya akan diteliti secara menyeluruh di peringkat negeri."Di peringkat negeri, kita akan ambil dan nilai semua pandangan ini sebelum dibincangkan dalam PKR negeri, seterusnya dengan PH negeri dan Kerajaan Perpaduan."Insya-ALLAH, perkara ini juga akan diangkat ke Kongres Pusat parti," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Bantuan Pendidikan Madani Parlimen Tambun 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Kinta di sini pada Sabtu.Mengulas isu tuntutan kerusi, Mohamad Hairul Amir menjelaskan situasi di Perak ketika ini berada dalam keadaan terkawal dan tidak menimbulkan konflik besar seperti di beberapa negeri lain."Setakat ini di Perak, kita boleh katakan keadaan agak clear |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |