| /// |
|
| Search : Konflik Asia News | Page 1 |
|
Isu harga minyak: Kerajaan perlu dengar, nilai, bertindak lebih telus - Mohd Syahir - Sinarharian - 9/04 10:00 pm SHAH ALAM Kerajaan perlu mendengar, menilai dan bertindak lebih telus dalam menangani isu kenaikan harga minyak susulan krisis di Asia Barat.Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, hal ini kerana pendekatan kerajaan dalam menguruskan isu berkenaan dilihat masih tempang khususnya melibatkan pelaksanaan subsidi bersasar.Menurutnya, langkah menangani krisis ekonomi tidak sepatutnya memindahkan beban kepada rakyat, sama ada melalui perluasan cukai, pengurangan subsidi atau pelaksanaan mekanisme subsidi silang."Apa yang sedang kita saksikan hari ini ialah pendekatan Anwarnomics cenderung memindahkan beban ekonomi kepada rakyat secara silang subsidi yang tidak telus dan samar dalam menangani krisis tenaga global."Lebih malang, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tidak membawa watak Perdana Menteri yang gentleman, asyik memperlekeh dan menyalahkan orang lain dengan ungkapan yang tidak enak seperti bodoh, bebal, buta huruf, dangkal, tidak kurang seperti ungkapan jelik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump."Dalam dunia serba pantas, zaman di mana kerajaan lebih tahu segalanya telah berlalu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, Abdul Hadi berkata, tiada sebab untuk kerajaan menaikkan harga minyak memandangkan Malaysia mempunyai sumber petroleum sendiri, selain tidak terlibat dalam sekatan di selat berkenaan."Kenaikan harga minyak tidak sepatutnya berlaku memandangkan sebelum ini terdapat dakwaan bahawa kemelut tersebut mampu diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 24 jam."Tidak wajar untuk menaikkan harga minyak melainkan berlaku banyak kebocoran dan salah laku dalam pengurusan," ujarnya.Dalam pada itu Mohd Syahir berkata, meskipun kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, jurang harga bahan api antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dilihat semakin meluas.Justeru, beliau berkata, negara perlu menyusun semula keutamaan ekonomi negara dengan mengambil kira pandangan rakyat serta pakar industri."Dalam hal ini, pendekatan 3M yang telah saya gariskan sebelum ini wajar diberi perhatian |
|
Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara ke suku akhir BAC 2026 - Sinarharian - 9/04 9:36 pm JUARA bertahan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pasangan beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 di Ningbo, China selepas menewaskan lawan masing-masing dalam pusingan kedua yang sengit hari ini.Aaron-Wooi Yik menumpaskan wakil tuan rumah Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi, 22-20, 21-19 dalam pertembungan sengit di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, sekali gus mencatat kemenangan pertama ke atas pasangan China yang berada di ranking ke-37 dunia itu.Beregu nombor dua dunia itu seterusnya akan berdepan pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju bagi merebut tempat ke separuh akhir dalam pertemuan pertama mereka.Sementara itu, Pearly-Thinaah berhempas-pulas menewaskan pasangan Taiwan Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun 21-19, 19-21, 24-22 dalam perlawanan mendebarkan yang berlangsung lebih sejam.Kemenangan ini menandakan kemenangan ketiga mereka ke atas pasangan Taiwan berkenaan selepas menewaskan lawan sama di Terbuka Perancis 2025 dan Masters Jepun 2025.Di suku akhir nanti, Pearly-Thinaah dijadual bertemu wakil China Li Yi Jing-Luo Xu Min yang menewaskan beregu dari Jepun Rui Hirokami-Sayaka Hobara 21-14, 21-10.Sementara itu, satu lagi wakil negara Ong Xin Yee-Carmen Ting, gagal meneruskan kemaraan apabila tunduk kepada gandingan ketujuh dunia dari Jepun Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, 18-21, 14-21 |
|
Malaysian shuttlers Aaron-Wooi Yik and Pearly-Thinaah power into BAC quarters - SUN - 9/04 9:14 pm Defending champions Aaron Chia-Soh Wooi Yik and women's pair Pearly Tan-M |
|
Pearly-Thinaah squeeze into quarter-finals at Asia meet - FMT - 9/04 8:15 pm The world No 2 pair were pushed to the limit by the 12th-ranked Taiwanese duo Hsu Yin HuiLin Jhih Yun before sealing a hard-fought three-game victory. |
|
Konflik Asia Barat serlah keperluan ke arah keterjaminan, peralihan tenaga - Fadillah - Sinarharian - 9/04 7:52 pm KUALA LUMPUR -Ketegangan geopolitik terkini di Asia Barat menyerlahkan keperluan Malaysia untuk memperkukuh keterjaminan dan mempercepat usaha peralihan tenaga,kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.Beliau berkata, ketidakstabilan pasaran tenaga global membuktikan bahawa keterjaminan tenaga bukan sekadar teoritetapi bersifat sangat berstruktur."Kita berdepan keseimbangan yang halus iaituberalih daripada bahan bakar fosil dan pada masa sama, memastikan keterjaminan tenaga terpelihara."Keuntungan jangka pendek daripada harga minyak yang tinggi tidak seharusnya mengalih perhatian kita daripada kerentanan jangka panjang."Ini kerana keterjaminan sebenar bukan tentang apa yang kita peroleh hari ini sebaliknyaapa yang mampu kita kekalkan esok," katanya dalam ucaptama bersempena dengan Sidang Kemuncak Tenaga, Air dan Perubahan Iklim Malaysia 2026 di sini pada Khamis.Sidang kemuncak bertemaImplementing Infrastructure, Renewable Energy and Water Reform for a Net Zero Malaysiaitu turut dihadiri Presiden KSI Strategic Institute for Asia Pacific,Tan Sri Michael Yeoh.Fadillah yang juga memegang jawatan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, di seluruh ASEAN, tekanan serupa sedang berlaku dan sejarah menunjukkan bahawa semasa krisis, naluri sering menyebabkan sesebuah negara menangguhkan peralihan tenaga serta melanjutkan kebergantungan kepada bahan bakar fosil."Bagaimanapun, kita harusmenolak naluri itu.. |
|
Konflik Asia Barat serlah keperluan kukuh keterjaminan, peralihan tenaga - FMT - 9/04 7:52 pm Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata ketidakstabilan pasaran tenaga global membuktikan keterjaminan tenaga bukan sekadar teori tapi bersifat sangat berstruktur. |
|
More cheer for Msia as Aaron-Wooi Yik reach quarters at Asia meet - FMT - 9/04 6:57 pm The defending champions beat Chinese duo Hu Ke Yan-Lin Xiang Yi in straight games after saving two game points in the first game. |
|
Konflik Asia Barat: Malaysia akan hantar memorandum kepada PBB bawa pulang MALBATT - Sinarharian - 9/04 6:56 pm SEREMBAN Malaysia akan menghantar memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memohon pertimbangan supaya pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 di Lubnan dibawa pulang segera.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu perlu dipertimbangkan memandangkan keadaan semasa di negara itu yang tidak lagi selamat."Keadaan di Lubnan ketika ini tidak lagi berasaskan misi pengaman kerana sudah berlaku perang di sana dan semalam pun Israel melakukan serangan, lebih 300 orang terbunuh."Saya dah arahkan kita punya wakil tetap di PBB untuk mengumpulkan negara-negara rakan yang menganggotai misi pengaman ini dan kita nak buat memorandum kepada Setiausaha Agung PBB dengan secepat mungkin," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah-Sekolah di Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau di sini pada Khamis.Menurutnya, tempoh matang misi berkenaan sepatutnya berakhir hujung tahun ini, namun sekiranya keadaan perang yang masih berterusan, perlunya PBB membuat semakan semula keberadaan pasukan terbabit di sana.Ini kerana jelas beliau, Malaysia tidak mahu ada anggota MALBATT termasuk dari negara lain yang tercedera atau terbunuh."Kita ucapkan takziah kepada kerajaan Indonesia kerana anggota misi pengaman mereka terbunuh semasa menjalankan misi pengaman di Lubnan dan kita tidak mahu anggota kita turut terdedah."Ketika dalam mesyuarat kabinet, saya telah pun minta Menteri Pertahanan supaya anggota kita tidak lagi perlu membuat rondaan sebaliknya hanya duduk di dalam bangunan supaya tidak terdedah kepada apa jua sebarang kemungkinan," katanya.Beliau berkata, Malaysia tidak boleh membuat keputusan sendiri membawa keluar kira-kira 511 pegawai dan anggota MALBATT kerana ia di bawah Majlis Keselamatan PBB.Tambahnya, tindakan sebegitu tidak menampakkan sesuatu yang baik kepada Malaysia dan boleh memberi beberapa implikasi terutamanya soal kewangan kerana semuanya ditanggung oleh PBB.Selain itu Ahli Parlimen Rembau tersebut berkata, enam buah kapal Malaysia dijangka dibenarkan melalui Selat Hormuz selepas tempoh gencatan senjata selama dua minggu antara Iran dan Amerika Syarikat berakhir.Katanya, setakat ini sebuah kapal tangki yang membawa bekalan minyak mentah telah pun berjaya keluar dari kawasan berkenaan."Semua kapal tidak boleh lalu sekarang |
|
No shortcuts to sovereignty: DPM Fadillah stresses urgent energy, water reforms amid West Asia tensions - Malaymail - 9/04 6:40 pm KUALA LUMPUR, April 9 Recent geopolitical tensions in West Asia have emphasised the urgency for Malaysia to stre... |
|
Peace in pieces a ceasefire that never was - FMT - 9/04 6:26 pm The lack of clarity, trust and enforcement renders the ceasefire in West Asia merely theatrical, and for Asean, the need to prepare for volatility is imperative. |
|
ABIM cadang mekanisme pemantauan PBB pantau gencatan senjata ASIran - Sinarharian - 9/04 5:28 pm SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan satu mekanisme pemantauan bebas dan telus diwujudkan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan gencatan senjata melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Iran dipatuhi.Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menegaskan bahawa penangguhan serangan ketenteraan itu tidak boleh sekadar menjadi jeda taktikal berikutan sejarah menunjukkan kegagalan komitmen hanya akan mengheret dunia ke dalam kitaran keganasan."ABIM menegaskan bahawa sebarang pelanggaran terhadap gencatan senjata ini merupakan pencabulan terhadap prinsip asas Piagam PBB, khususnya larangan penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa."Kegagalan bertindak secara konsisten dan tidak selektif hanya akan menghakis kepercayaan terhadap sistem tadbir urus global serta memperkukuh persepsi hipokrasi geopolitik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mengulas lanjut, beliau berkata usaha diplomatik perlu diperkukuh bagi membina kepercayaan antara kedua-dua negara, sekali gus membuka laluan kepada perjanjian damai yang lebih menyeluruh, adil dan berkekalan."Pendekatan ini bukan sahaja penting untuk kestabilan serantau, malah merupakan prasyarat kepada keamanan global yang lestari, termasuk dalam memastikan keselamatan rantaian bekalan tenaga serta kestabilan laluan strategik."Sebarang bentuk provokasi, ancaman, percanggahan naratif yang mengelirukan serta tindakan ketenteraan yang berpotensi menggagalkan gencatan senjata ini mesti dihentikan serta-merta."Ini termasuk tindakan berterusan oleh rejim Zionis Israel di Palestin dan wilayah sekitarnya," katanya lagi.Ahmad Fahmi berkata, usaha perdamaian di Asia Barat tidak akan bermakna tanpa penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, yang kekal sebagai punca utama ketidakstabilan serantau.Pada masa sama, ABIM menegaskan bahawa konflik melibatkan Iran tidak boleh dilihat secara terpisah daripada realiti di Lubnan, yang kini menjadi medan lanjutan kepada ketegangan serantau."Pencabulan kedaulatan dan serangan berterusan oleh rejim Zionis Israel di Lubnan membuktikan bahawa pendekatan yang tidak menyeluruh hanya akan memindahkan dan meluaskan konflik ke wilayah lain."Keadaan ini menunjukkan bahawa keamanan yang bersifat selektif bukan sahaja rapuh, malah berisiko mencetuskan eskalasi baharu serta memperdalam krisis kemanusiaan di rantau tersebut."Justeru, sebarang kerangka keamanan serantau mesti bersifat menyeluruh," katanya.Menurut Ahmad Fahmi, Malaysia digesa untuk terus memainkan peranan aktif melalui diplomasi pelbagai hala termasuk dalam kerangka ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyokong usaha de-eskalasi yang berprinsip dan berkeadilan."Keamanan yang hakiki menuntut keberanian moral untuk menghentikan keganasan secara menyeluruh tanpa pilih kasih dan tanpa hipokrasi geopolitik."Dunia pada abad ke-21 tidak boleh terus terperangkap dalam logik konflik yang usang, yang hanya mengorbankan nyawa insan tidak berdosa serta meruntuhkan asas kemanusiaan sejagat," katanya. |
|
Bekalan ubat negara kekal stabil, MMA gesa langkah jangka panjang diperkukuh - Sinarharian - 9/04 5:24 pm SHAH ALAM - Bekalan ubat negara ketika ini dilaporkan masih stabil tanpa menunjukkan peningkatan trend gangguan, meskipun berdepan ketidaktentuan global susulan krisis tenaga akibat konflik di Asia Barat.Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata, pengilang tempatan juga mempunyai stok bahan mentah dan produk siap yang mencukupi untuk tempoh beberapa bulan, sekali gus memberi perkembangan positif kepada sektor kesihatan negara.Pada masa sama, beliau berkata MMA menyokong langkah kerajaan dalam memastikan keterjaminan bekalan ubat dan peranti perubatan negara yang diumumkan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).Menurutnya, langkah itu adalah penting dan tepat pada masanya dalam menangani cabaran semasa."Antara pendekatan diambil termasuk pelaksanaan Laluan Akses Khas (Special Access Pathway) bagi memastikan ubat dan peranti perubatan kritikal terus boleh diakses."Selain itu, pemantauan stok secara berpusat, kepelbagaian sumber import serta pengaktifan pelan tindak balas kecemasan turut dilaksanakan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, perancangan penubuhan stok penimbal strategik nasional serta pembangunan dasar keterjaminan ubat melalui MyMedSecure juga dilihat sebagai langkah penting dalam jangka sederhana dan panjang.Bagaimanapun, katanya, situasi global masih tidak menentu dan tidak wajar bergantung sepenuhnya kepada keadaan semasa.Sehubungan itu, MMA mengemukakan tiga cadangan utama bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara.Pertama, stok penimbal strategik perlu memberi keutamaan kepada ubat dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEML), khususnya bagi rawatan penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular.Kedua, maklumat berkaitan status bekalan perlu dikongsi secara lebih telus dan proaktif dengan sektor swasta termasuk klinik dan hospital bagi memastikan kesinambungan rawatan pesakit.Ketiga, Malaysia perlu mempercepatkan pembangunan kapasiti pengeluaran ubat tempatan secara berstruktur dan berterusan sebagai langkah jangka panjang ke arah kedaulatan kesihatan negara."MMA akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, MTEN serta semua pihak berkepentingan bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat akses kepada rawatan dan ubat-ubatan yang diperlukan tanpa gangguan," tambahnya. |
|
Mat Sabu nasihat jangan beli beras melebihi keperluan - FMT - 9/04 5:19 pm Pembelian panik susulan krisis di Asia Barat boleh beri gambaran seolah-olah berlaku kekurangan bekalan di pasaran walaupun sebenarnya mencukupi. |
|
Jangan beli beras melebihi keperluan bulanan - Mohamad - Sinarharian - 9/04 4:46 pm SRI AMAN - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli beras melebihi keperluan bulanan memandangkan bekalan bahan makanan itu di negara ini kekal stabil, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.Beliau berkata, pembelian secara panik susulan krisis di Asia Barat boleh memberi gambaran seolah-olah berlaku kekurangan bekalan di pasaran walaupun bekalan sebenarnya mencukupi."Kalau kebiasaan kita makan dua kampit beras sebulan, kekalkan dua kampit itu |
|
Bank Dunia saran naikkan harga RON95 kepada RM2.05 - FMT - 9/04 4:17 pm Ahli ekonomi Apurva Sanghi berkata langkah itu boleh menjadi pilihan dasar tambahan bagi menangani kesan konflik berterusan melibatkan AS, Israel dan Iran. |
|
BUDI95 langkah tepat pembaharuan subsidi bahan api bersasar Malaysia .. - Mgazette - 9/04 4:09 pm # BUDI95 langkah tepat pembaharuan subsidi bahan api bersasar Malaysia - Bank Dunia KUALA LUMPUR - Pembaharuan subsidi bahan api bersasar Malaysia mengikut inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah langkah yang tepat dalam situasi konflik Asia Barat apabila kerajaan berusaha mengurus tekanan fiskal dengan lebih baik |
|
Krisis bahan api: Elak tuduhan ???umat Islam ditipu???, fokus fakta dan... - Mgazette - 9/04 4:09 pm # Krisis bahan api: Elak tuduhan umat Islam ditipu, fokus fakta dan realiti global - ABIM KUALA LUMPUR Dakwaan pihak yang mengaitkan isu harga minyak dan geopolitik dengan tuduhan umat Islam ditipu perlu ditangani secara berhati-hati, berasaskan fakta sahih serta analisis bertanggungjawab, selari dengan prinsip tabayyun, keadilan dan keilmuan yang dituntut dalam Islam |
|
Konflik Asia Barat boleh jejaskan kos sara hidup, CAP gesa perpaduan... - Mgazette - 9/04 4:09 pm # Konflik Asia Barat boleh jejaskan kos sara hidup, CAP gesa perpaduan nasional GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyifatkan konflik Asia Barat berpotensi memberi kesan langsung kepada rakyat Malaysia apabila ia mendorong kenaikan harga bahan api, makanan, ubat-ubatan serta mengganggu rantaian bekalan |
|
Anwar selar pihak dakwa harga minyak hanya naik di negara ini - Mgazette - 9/04 4:09 pm # Anwar selar pihak dakwa harga minyak hanya naik di negara ini PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan ulama tertentu yang mendakwa kenaikan harga minyak hanya berlaku di negara ini |
|
Kuota BUDI95 dikurangkan selepas kerajaan pertimbang cabaran masa depan .. - Mgazette - 9/04 4:09 pm # Kuota BUDI95 dikurangkan selepas kerajaan pertimbang cabaran masa depan - PM PUTRAJAYA - keputusan mengurangkan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) kepada 200 liter sebulan dibuat selepas kerajaan mempertimbangkan cabaran jangka masa panjang |
|
World Bank: Malaysia doesnt need stimulus despite Middle East crisis - Malaymail - 9/04 2:13 pm KUALA LUMPUR, April 9 Malaysia does not need stimulus amid the West Asia crisis, said the World Banks lea... |
|
Tang Jie-Ee Wei lift Malaysian spirits at Asia meet - FMT - 9/04 1:33 pm The world mixed doubles champions defeat Indias top pair to power their way into the quarter-finals of the Badminton Asia Championships. |
|
Kerajaan digesa perjelas isu Madani Mart - Sinarharian - 9/04 12:50 am SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi penjelasan tuntas berhubung kontroversi Yayasan Madani dan pelaksanaan model perniagaan Madani Mart.Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun berkata, struktur perniagaan yang bertujuan membantu rakyat itu berpotensi mencetuskan isu dari sudut tadbir urus dan konflik kepentingan."Di bawah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), kerajaan membantu dari segi rantaian bekalan untuk menurunkan harga kepada pengguna."Tetapi di bawah Madani Mart, usahawan bukan sahaja perlu membuka premis sendiri, malah mereka juga perlu membayar yuran yang tinggi kepada Yayasan Madani sehingga mencecah RM420,000 untuk tempoh tiga tahun."Persoalannya, adakah inisiatif ini membantu rakyat atau skim pelesenan yang menguntungkan pihak tertentu?" katanya dalam kenyataan pada Khamis.Selain itu, Siew Mun turut melahirkan kebimbangan mengenai kaitan Yayasan Madani dengan individu yang kononnya rapat dengan kepimpinan tertinggi negara, yang didakwa boleh menimbulkan konflik kepentingan.Katanya, entiti yang didakwa bebas itu dilihat boleh beroperasi dalam ekosistem kerajaan selain mengenakan yuran yang tinggi kepada usahawan."Usahawan yang menyertai Madani Mart juga dilihat tidak mempunyai kebebasan dalam rantaian bekalan apabila mereka hanya boleh mendapatkan stok daripada satu sumber sahaja iaitu Yayasan Madani."Ini bukan lagi soal membantu peniaga kecil, sebaliknya soal kawalan pasaran |
|
Buntong masih aman - Polis - Sinarharian - 9/04 12:48 am IPOH - Orang ramai diminta tidak membuat tanggapan melulu dengan menyamakan kawasan Buntong seperti Klang susulan insiden pergaduhan yang membawa kepada kes bunuh di kawasan berkenaan, Isnin lalu.Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, keadaan keselamatan di Buntong serta kawasan-kawasan lain di seluruh negeri masih terkawal dan selamat.Menurutnya, insiden tersebut hanyalah berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan dan tidak melibatkan ancaman lebih besar kepada keselamatan awam."Sebenarnya kita tidak mahu disamakan dengan Klang |
|
Soon Huat-Shevon crash out of Asia championships - FMT - 9/04 12:18 am The husband-wife pair was upset by a much lower-ranked Taiwanese pair in three games in the second round. |
|
Harga minyak: Umat Islam dituntut tidak mudah diperdaya, angkat prinsip tabayyun - ABIM - Sinarharian - 9/04 12:10 am SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan umat Islam dituntut agar tidak mudah diperdaya serta mengangkat prinsip tabayyun, keadilan dan keilmuan dalam menilai sesuatu maklumat serta kepimpinan.Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, terdapat wacana semasa yang mengaitkan isu harga minyak dan geopolitik dengan dakwaan bahawa umat Islam ditipu.Menurutnya, penggunaan istilah yang berat dalam ruang awam perlu disandarkan kepada fakta yang sahih serta analisis yang bertanggungjawab."Dalam konteks semasa, isu tenaga tidak boleh dipisahkan daripada realiti global |
|
Sarawakian shuttler Ling Ching falls to India’s Sindhu after 1-hour battle at BAC - BorneoPost - 9/04 8:52 am KUCHING (April 9): Singles player Wong Ling Ching can hold her head high despite failing to clear the first round of the Badminton Asia Championships (BAC) in Ningbo, China on Wednesday |
|
Social media prep trend reflects caution, not panic buying - Sinardaily - 9/04 8:47 am SHAH ALAM The growing trend of sharing prep or preparedness measures on social media amid concerns over potential shortages of essential goods is seen more as a precautionary step rather than a sign of public panic.Kuching University College i-CATS Economist Professor Datuk Dr Shazali Abu Mansor said such actions were reasonable following the conflict in West Asia, which could potentially affect global supply chains.He noted that concern among the public is normal, as any conflict involving energy resources such as oil can impact multiple sectors, including transportation and the delivery of goods.If energy supplies are disrupted, many things could be affected, including the delivery of food and essential items such as vegetables and rice |
|
Bekalan negara jadi keutamaan, kerajaan pantau rapi ???gelombang??? .. - Mgazette - 9/04 7:38 am # Bekalan negara jadi keutamaan, kerajaan pantau rapi gelombang konflik Timur Tengah PUTRAJAYA Walaupun konflik di Timur Tengah kini memasuki fasa gencatan senjata sementara, kerajaan menegaskan, fokus utama tetap terarah kepada memastikan bekalan dalam negara tidak terjejas |
|
Krisis Asia Barat, tenaga global: TikTok kena jelaskan impak terhadap .. - Mgazette - 9/04 7:38 am # Krisis Asia Barat, tenaga global: TikTok kena jelaskan impak terhadap operasi TikTok Shop KUALA LUMPUR Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil akan meminta pihak TikTok menjelaskan kesan krisis tenaga global dan konflik di Asia Barat terhadap operasi TikTok Shop khususnya melibatkan aspek logistik penghantaran dan perkhidmatan |
|
Serangan KTV Cheras, dendam perniagaan cetus rusuhan – Polis - Mgazette - 9/04 7:37 am # Serangan KTV Cheras, dendam perniagaan cetus rusuhan - Polis KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan insiden serangan ke atas sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin, Cheras pada Ahad lalu berpunca daripada konflik dalaman berkaitan persaingan perniagaan bukan kejadian rawak |
|
Acara langsung tetap berjalan walau konflik di Iran - FMT - 9/04 7:30 am Penganjur bagaimanapun berkata disebabkan harga makin meningkat usaha urus kos operasi lebih ditekankan. |
|
Malaysia’s e-commerce and logistics ecosystem feels impact of West Asia conflict - SUN - 9/04 7:08 am Effects still evolving but already filtering through in form of higher freight, fuel and input costs |
|
Sze Fei-Izzuddin, Wei Chong-Kai Wun suffer shock early exits at Asia championships - FMT - 8/04 11:43 pm Malaysia's challenge also fizzles out in the mens singles category with Justin Hoh's defeat. |
|
TikTok Shop Malaysia diminta sedia laporan kesan krisis tenaga global - Sinarharian - 8/04 10:55 pm KUALA LUMPUR Kementerian Komunikasi akan meminta TikTok Shop Malaysia menyediakan laporan berhubung kesan daripada isu krisis tenaga global dan konflik di Asia Barat termasuk kekangan dari segi logistik.Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan mendapatkan laporan berkenaan untuk dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Selasa depan."Penelitian ini penting bagi memahami impak krisis geopolitik dan tenaga terhadap rakan niaga serta keseluruhan ekosistem TikTok Shop."Ini termasuk perkhidmatan berkaitan yang menyokong operasi platform berkenaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis Raikan Raya TikTok Shop yang diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini pada Rabu.Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Pengarah Kanan Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz.Sementara itu, Fahmi memaklumkan bahawa ketika ini terdapat lebih tujuh juta penstrim langsung (live streamers) terlibat dalam ekonomi TikTok Shop Malaysia yang telah menjana hasil sebanyak RM1.9 bilion serta mewujudkan kira-kira 147,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini.Menurutnya, pencapaian itu membuka ruang luas kepada rakyat untuk terlibat dalam ekonomi digital, sama ada memasarkan produk sendiri atau membantu menjual barangan pihak lain menerusi platform berkenaan.Pada masa sama, beliau akan menggesa TikTok Shop Malaysia untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang kini mempunyai hampir 1,100 cawangan di seluruh negara."Banyak NADI berada di kawasan luar bandar dan ia boleh dimanfaatkan untuk melahirkan pencipta kandungan serta membantu komuniti menjual produk tempatan secara dalam talian melalui TikTok Shop," ujarnya.Fahmi turut memaklumkan bahawa Pengerusi MCMC dijadual bertemu pihak pengurusan TikTok di Singapura pada Jumaat ini bagi membincangkan beberapa perkara penting termasuk isu berkenaan.Beliau turut berharap kemudahan internet yang pantas dan meluas di Malaysia dapat terus dimanfaatkan rakyat untuk menjana pendapatan tanpa perlu meninggalkan rumah, selain membantu peniaga mengembangkan perniagaan melalui jualan dalam talian."Ini membuktikan keupayaan Malaysia mengadaptasi teknologi baharu di samping usaha kerajaan memastikan capaian internet yang pantas, meluas dan mampu milik," jelas jurucakap Kerajaan Perpaduan itu. |
|
Selat Hormuz: Nurul Izzah sifatkan pendirian Singapura pendekatan strategik sempit - Sinarharian - 8/04 10:12 pm SHAH ALAM - Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali.Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakya (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, pendirian itu mencerminkan pendekatan strategik sempit dengan mengutamakan penjajaran berbanding tanggungjawab serantau serta undang-undang antarabangsa."Iran mengawal selat tersebut sebagai usaha untuk mencapai keamanan yang berkekalan."Malaysia secara konsisten berpegang kepada prinsip bahawa diplomasi mesti dilaksanakan, bukan ditinggalkan."Penglibatan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dalam isu ini berteraskan usaha untuk memastikan kestabilan serantau, keselamatan tenaga dan kepentingan lebih luas Asia Tenggara," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Ia susulan kenyataan Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan sebelum ini yang menegaskan, Republik itu tidak mahu berunding berhubung laluan selamat di Selat Hormuz atas dasar prinsip.Beliau dilapor berkata, tindakan tersebut secara tersirat akan menghakis prinsip perundangan di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), yang mana Singapura merupakan salah satu negara yang tandatangan.Dalam pada itu Nurul Izzah menegaskan, sukar untuk mengabaikan maksud tersirat dalam pendirian Balakrishnan."Pendirian beliau dilihat kurang mencerminkan sikap berkecuali, sebaliknya mengulangi keutamaan strategik kuasa luar yang tidak selari dengan kepentingan rantau ini."Balakrishnan berhak dengan pendiriannya, namun beliau juga harus mengakui bahawa persetujuan secara senyap terhadap naratif kuasa besar dan entiti bersifat genosid bukanlah sama dengan prinsip berkecuali.'"Penjajaran sedemikian berisiko menghakis komitmen lama ASEAN terhadap diplomasi yang bebas dan seimbang," ujarnya.Nurul Izzah berkata, Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan diplomasi dengan jelas, tegas dan bebas."Sejarah telah menunjukkan bahawa menjauhkan diri hanya mengundang peningkatan ketegangan, bukannya kestabilan."Kami memilih untuk bertindak kerana kepimpinan menuntut lebih daripada sekadar mengambil jarak berhati-hati," ujarnya. |
|
Gencatan senjata belum jamin rantaian bekalan minyak, gas pulih serta merta - Pakar - Sinarharian - 8/04 8:33 pm KUALA LUMPUR - Persetujuan gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran tidak bermakna tekanan terhadap rantaian bekalan minyak dan gas global akan pulih serta-merta.Ini memandangkan kerosakan teruk yang dialami infrastruktur tenaga di rantau Asia Barat memerlukan beberapa tahun untuk kembali pulih seperti sediakala.Pemerhati dan penganalisis geopolitik berpendapat keadaan itu sekali gus meletakkan aspek kestabilan tenaga global berdepan dengan fasa ketidaktentuan yang panjang, sekali gus mengekalkan premium risiko yang tinggi terhadap harga minyak dunia untuk suatu tempoh yang lama.Pakar perang saraf, penganalisis keselamatan dan politik di Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, walaupun diplomasi dilihat masih relevan melalui rundingan itu, namun tindakan membelakangi undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menggugat kedaulatan negara lain serta kestabilan pasaran."Isu asas di sini adalah penggunaan strategi peperangan termasuk menjadikan laluan strategik seperti Selat Hormuz sebagai 'senjata' diplomasi dan ekonomi |
|
Konflik Asia Barat: Pemulihan infrastruktur tenaga ambil masa panjang - Sinarharian - 8/04 7:24 pm PUTRAJAYA - Kesan konflik di Asia Barat terhadap bekalan tenaga global dijangka berlarutan walaupun gencatan senjata sementara selama dua minggu antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) telah dipersetujui, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.Jurucakap Kerajaan MADANI itu berkata, walaupun perdamaian sementara telah dicapai, kerosakan terhadap ekosistem dan prasarana tenaga di negara Asia Barat memerlukan tempoh masa yang panjang untuk dipulihkan sepenuhnya.Beliau berkata, Jemaah Menteri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dimaklumkan bahawa kerja pembaikan infrastruktur kritikal seperti tangki penyimpanan, saluran paip gas dan minyak mentah serta fasiliti pemprosesan petroleum mungkin mengambil masa antara beberapa bulan hingga beberapa tahun."Sudah pasti yang paling penting adalah bagi rakyat Malaysia untuk memahami bahawa akhirnya walaupun pada waktu ini perdamaian sementara telah dikecapi, namun kesan konflik tersebut terus kita rasai akibat daripada kerosakan kepada ekosistem dan prasarana tenaga di negara-negara Teluk," katanya dalam taklimat krisis tenaga global dan sidang media pasca-Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.Menurut beliau, situasi di Selat Hormuz turut memberi kesan kepada rantaian bekalan global apabila kira-kira 2,000 kapal dilaporkan masih terperangkap di laluan strategik itu, berbanding kebiasaan lebih 200 kapal keluar masuk setiap hari sebelum konflik tercetus.Fahmi berkata, pergerakan kapal tangki membawa bahan bakar memerlukan masa lama kerana faktor keselamatan dan saiz yang besar, sekali gus menjejaskan kelancaran penghantaran bekalan tenaga ke pasaran global.Beliau menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan isu bekalan dalam negara dapat ditangani secara berkesan bagi mengurangkan kesan kepada rakyat."Pergerakan kapal di selat dan juga di lautan terbuka mengambil masa yang agak lama |
|
Selat Hormuz: Sindir Malaysia runding dengan Iran, Syahredzan bidas bekas Ahli Parlimen Singapura - Sinarharian - 8/04 6:33 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan membidas kenyataan bekas Ahli Parlimen Dilantik (NMP) Singapura, Calvin Cheng berhubung kenyataan dianggap secara halus menyindir Malaysia kerana berunding dengan Iran bagi mendapatkan laluan selamat di Selat Hormuz.Naib Presiden DAP itu berkata, kenyataan Calvin tersasar dan bersifat menghasut apabila mendakwa Singapura 'tidak akan berunding bagi laluan selamat kerana tidak berunding dengan pengganas'."Biar saya jelaskan, kami menghormati pendirian Singapura dalam konflik ini |
|
Kerajaan tubuh Majlis Pengurusan Bencana Negara - Fahmi - Sinarharian - 8/04 6:05 pm PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini bersetuju menubuhkan Majlis Pengurusan Bencana Negara dengan ahli tetapnya dianggotai oleh semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier Sarawak, kata Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil.Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, penubuhan majlis berkenaan dipersetujui pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dan sekretariatnya adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)."Majlis ini akan merangkumi semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier Negeri Sarawak sebagai ahli tetap dan (mesyuarat majlis) akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang diadakan secara berkala."Pihak sekretariat bagi Majlis Pengurusan Bencana Negara telah diputuskan sebagai pihak NADMA," katanya pada taklimat krisis tenaga global dan sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.Beliau berkata, Jemaah Menteri hari ini turut dimaklumkan mengenai pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai pelanjutan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) sehingga penghujung tahun 2027.Fahmi berkata, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing juga memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa terdapat keperluan untuk meneliti cabaran dihadapi beberapa sektor seperti penerbangan mahupun hospitaliti untuk memastikan mereka tidak terlalu terkesan akibat krisis tenaga global dan konflik di Asia Barat.Sementara itu, beliau berkata, Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA, Tun Dr Ling Liong Sik, yang meninggal dunia pada Sabtu lepas."Beliau merupakan seorang mantan Menteri Pengangkutan yang telah berkhidmat 17 tahun, antara Menteri Pengangkutan yang paling lama berkhidmat dan paling banyak berjasa kepada negara," katanya.Fahmi berkata, Jemaah Menteri juga telah meneliti beberapa kemudahan yang akan disediakan untuk keluarga Tun Dr Ling sebagai tanda hormat atas pemergian mendiang.- Bernama |
|
Kerajaan teliti kesan konflik Asia Barat kepada industri PMKS - Mgazette - 8/04 5:35 pm # Kerajaan teliti kesan konflik Asia Barat kepada industri PMKS KUANTAN - Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPUPK) sudah bertemu pengusaha PMKS di wilayah utara, baru-baru ini |
|
Jet fuel take months to normalise even if Hormuz open –... - Mgazette - 8/04 5:35 pm # Jet fuel take months to normalise even if Hormuz open - IATA ISTANBUL - It will take months for jet fuel prices and supply to normalise even if the Strait of Hormuz opens and remains open, the chief of the International Air Transport Association (IATA) said on Wednesday, Anadolu Ajansi (AA) reported |
|
Amanah Johor cadang semua parti politik duduk semeja bincang isu ekonomi .. - Mgazette - 8/04 5:35 pm # Amanah Johor cadang semua parti politik duduk semeja bincang isu ekonomi rakyat JOHOR BAHRU - Parti Amanah Negara (Amanah) Johor mencadangkan kerajaan negeri memanggil semua parti politik untuk duduk semeja dalam masa terdekat bagi membincangkan isu ekonomi rakyat yang semakin mencabar |
|
Easy for Letshanaa, heartache for Ling Ching in Asia championships - FMT - 8/04 5:30 pm World No 2 pair Pearly Tan-M Thinaah also stroll through to the second round. |
|
New Documentary Building Icons: The Global One From Discovery To Debut On April 10 In Southeast Asia - SUN - 8/04 5:14 pm SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 8 April 2026 - A new documentary Building Icons: The Global One explores the complexities of architecture and engineering, with the team behind The Global One showcasing how one of Taiwan's most earthquake-resistant residential complexes came to life. |
|
Kongsi gelap dalangi serangan pusat hiburan - Sinarharian - 8/04 5:10 pm KUALA LUMPUR - Polis tidak menolak kemungkinan penglibatan kumpulan kongsi gelap tempatan dalam serangan ganas di sebuah pusat hiburan di Cheras, Ahad lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati kumpulan terbabit dipercayai direkrut dan diupah bagi melaksanakan serangan tersebut."Kita percaya kumpulan ini adalah gengster tempatan yang direkrut dan diupah untuk melakukan rusuhan serta khianat," katanya dalam sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur pada Rabu.Menurutnya, premis berkenaan juga dipercayai mempunyai kaitan dengan penggunaan khidmat kumpulan kongsi gelap dalam operasinya."Penglibatan kongsi gelap dipercayai berkait dengan konflik antara pihak tertentu yang membawa kepada kejadian ini," katanya.Beliau berkata, setakat ini polis telah menahan 45 individu serta merampas sebuah lori dan beberapa kenderaan lain yang digunakan dalam serangan tersebut."Kita juga sedang mengesan individu yang bertindak sebagai orang tengah serta dalang utama di sebalik kejadian ini," katanya.Fadil berkata, jumlah bayaran atau bentuk upah kepada kumpulan terbabit masih dalam siasatan."Operasi mengesan suspek yang masih bebas sedang dijalankan secara agresif," katanya.Dalam perkembangan sama, beliau mengakui pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu agak lewat termasuk melalui pusat kawalan daerah."Maklumat yang diterima oleh PDRM didapati agak lewat, termasuk melalui pusat kawalan daerah," katanya.Menurutnya, kelewatan perkongsian maklumat daripada orang awam turut memberi kesan kepada respons pasukan keselamatan di lapangan."Perkongsian maklumat yang lewat menyebabkan pasukan barisan hadapan tidak sempat bertindak ketika kejadian sedang berlaku," katanya.Beliau berkata, insiden tersebut berlaku dalam tempoh singkat walaupun melibatkan jumlah individu yang ramai."Jika maklumat disalurkan lebih awal, kita berpeluang menahan suspek ketika kejadian masih berlangsung," katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya segera menyalurkan maklumat berkaitan jenayah melalui talian kecemasan bagi membantu tindakan pantas pihak berkuasa."Polis dan masyarakat tidak boleh dipisahkan |
|
Dendam, persaingan perniagaan cetus serangan ganas di pusat hiburan - Sinarharian - 8/04 4:59 pm KUALA LUMPUR Perselisihan faham antara pesaing perniagaan serta unsur dendam peribadi dipercayai menjadi punca serangan ganas terhadap sebuah pusat hiburan di Cheras, Ahad lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati dipercayai wujud konflik antara dua pihak yang membawa kepada kejadian tersebut."Siasatan mendapati terdapat persaingan perniagaan serta unsur dendam antara pihak terlibat yang mencetuskan serangan ini," katanya.Beliau berkata, kira-kira 60 individu dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.Menurutnya, kumpulan tersebut bertindak secara terancang dengan menggunakan senjata seperti kayu besbol untuk merosakkan premis."Bahagian hadapan, lobi serta beberapa bilik di dalam premis mengalami kerosakan akibat tindakan kumpulan terbabit," katanya.Fadil berkata, setakat ini seramai 45 individu telah ditahan bagi membantu siasatan."Polis percaya masih terdapat suspek lain termasuk dalang utama yang masih bebas dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan," katanya.Tambah beliau, kes itu turut menarik perhatian pihaknya kerana melibatkan unsur keganasan seolah-olah satu rusuhan |
|
MOE ensures new school projects proceed despite global challenges - SUN - 8/04 4:42 pm The Education Ministry is taking proactive steps to safeguard 38 new school projects from global economic pressures, including rising material costs linked to the West Asia conflict. |
|
Harga barang import berpotensi naik 3 hingga 10 peratus - Mydin - Sinarharian - 8/04 3:52 pm SHAH ALAM - Harga barangan import berpotensi meningkat antara tiga hingga 10 peratus dalam tempoh dua bulan akan datang kesan peningkatan kos bahan api, logistik dan insurans susulan konflik di Asia Barat.Pengarah Urusan Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, bagaimanapun pada masa ini harga barangan masih stabil kerana bekalan sedia ada mencukupi."Ketika ini pembekal kami di China masih mengekalkan harga seperti sebelum ini |
|
Konflik Asia Barat: Kerajaan digesa bersedia hadapi 'tiga kejutan serentak' - Howard - Sinarharian - 8/04 3:14 pm SHAH ALAM - Kerajaan digesa mengambil langkah awal bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kesan tiga kejutan serentak susulan ketegangan konflik Asia Barat ketika ini.Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How berkata, tiga krisis melibatkan tenaga, baja dan helium itu berpotensi berlaku sekiranya situasi konflik terus memuncak, termasuk kemungkinan penutupan Selat Hormuz dalam tempoh lebih lama.Ujar beliau, meskipun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan mengenai gencatan senjata selama dua minggu dilaporkan telah dicapai, krisis berkenaan berpotensi berlarutan dan menjadi lebih buruk."Minyak adalah titik tekanan paling ketara |
|
Malaysia dijangka tuan rumah Sukan SEA pertama guna pakai Kod Anti-Doping Dunia - Sinarharian - 8/04 2:39 pm MALAYSIA dijangka menjadi tuan rumah Sukan SEA pertama yang akan mengguna pakai Kod Anti-Doping Dunia semasa edisi ke-34 temasya itu yang dijadual berlangsung tahun depan.Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, langkah strategik yang dipacu oleh Malaysia itu akan memastikan Sukan SEA 2027 mematuhi sepenuhnya Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), sekali gus meningkatkan integriti dan kedudukan temasya tersebut di peringkat antarabangsa.Beliau berkata, cadangan dari Malaysia itu disokong sebulat suara semasa Mesyuarat Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) Ke-1 (2025-2027) di sini hari ini."Malaysia mempunyai sejarah cemerlang dalam mempelopori perubahan struktur dalam sukan serantau |
|
Konflik Asia Barat: Mara ada pelan evakuasi bawa pelajar pulang jika krisis memuncak - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 8/04 2:03 pm KLANG Majlis Amanah Rakyat (Mara) sudah mempunyai pelan pemindahan (evakuasi) bagi membawa pulang pelajar tajaan di Asia Barat sekiranya keadaan memerlukan berikutan ketidaktentuan situasi keselamatan di rantau berkenaan.Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelaksanaan pelan itu bergantung kepada situasi semasa serta penyelarasan rapat dengan Wisma Putra."Kalau ada apa-apa perkembangan yang boleh menjejaskan keselamatan, kita akan ambil tindakan sewajarnya mengikut nasihat Wisma Putra," katanya ketika ditemui selepas perasmian penutup Persidangan Pendidikan Antarabangsa Mara di sini pada Rabu.Menurutnya, Mara sentiasa berwaspada dan memantau rapat perkembangan semasa di Asia Barat bagi memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjamin.Setakat ini, pelajar tajaan Mara di rantau itu masih meneruskan pengajian seperti biasa tanpa sebarang gangguan serius.Beliau berkata, pelajar Mara di Asia Barat ditempatkan antaranya di Jordan dan Mesir dengan anggaran kira-kira 400 orang.Mengulas kebimbangan ibu bapa, Asyraf Wajdi menegaskan, Mara mengikuti rapat perkembangan semasa dan memberi keutamaan kepada keselamatan pelajar.Dalam pada itu, beliau memberi jaminan kebajikan pelajar sentiasa diberi keutamaan dengan pemantauan berterusan termasuk melalui pegawai Mara yang ditempatkan di negara terbabit.Ditanya kemungkinan mereka enggan pulang sekiranya diarahkan, Asyraf Wajdi berkata, semua pelajar tajaan Mara terikat dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan."Saya tidak rasa pelajar Mara akan ingkar kerana mereka tertakluk kepada semua syarat tajaan," tambah beliau. |
|
Konflik Asia Barat: Pelan 10 perkara perlu diterjemah kepada perjanjian damai - PM - Sinarharian - 8/04 12:21 am SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik perkembangan baharu dalam konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran khususnya berhubung pelan 10 perkara yang diterima secara positif oleh Washington.Menurut Anwar, cadangan tersebut dilihat sebagai langkah penting ke arah memulihkan keamanan dan kestabilan, bukan sahaja di Asia Barat, malah seluruh dunia."Adalah diharapkan agar proses rundingan akan dijalankan dengan penuh keikhlasan, disertai tekad yang kukuh untuk mencari penyelesaian berkekalan terhadap isu-isu yang sedang dihadapi di rantau ini."Rundingan damai tidak akan berjaya sekiranya prosesnya diselubungi penipuan dan kepentinga tersembunyi," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu.Beliau menegaskan bahawa pelan sepuluh perkara yang dicadangkan Iran itu perlu diterjemahkan kepada perjanjian damai yang menyeluruh melibatkan negara lain yang terkesan termasuk Iraq, Lubnan dan Yemen.Pada masa sama, Anwar turut menegaskan keperluan mendesak untuk menamatkan genosid serta penindasan terhadap rakyat Palestin, khususnya di Gaza.Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Pakistan dan Perdana Menterinya, Shehbaz Sharif atas usaha diplomasi yang tidak mengenal penat lelah serta penuh keberanian dalam menjayakan perkembangan tersebut."Kesediaan Pakistan untuk berunding dengan semua pihak tanpa rasa takut atau memihak mencerminkan tradisi tertinggi solidariti umat Islam serta tanggungjawab antarabangsa."Malaysia bersedia untuk menyokong dan melengkapi segala usaha ke arah mencapai keamanan tersebut," ujarnya.Beliau menyeru komuniti antarabangsa dapat memastikan akses bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa halangan kepada penduduk awam yang terkesan akibat konflik berkenaan."Biarlah ini menjadi titik perubahan ke arah keamanan berkekalan |
|
Pelan 10 perkara Iran perlu diterjemah ke perjanjian damai menyeluruh, kata Anwar - FMT - 8/04 12:11 am Perdana menteri kata pelan dicadang Iran itu boleh kembalikan keamanan bukan sahaja di Asia Barat malah di seluruh dunia. |
|
Malaysia sambut baik perjanjian gencatan senjata AS-Iran - Sinarharian - 8/04 12:04 am PUTRAJAYA - Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata selama dua minggu yang dicapai antara Amerika Syarikat AS) dan Iran.Menurut kenyataan Kementerian Luar, perkembangan penting itu menjadi langkah utama ke arah mengurangkan ketegangan dan memulihkan keamanan serta kestabilan yang amat diperlukan di rantau Asia Barat."Malaysia menggesa semua pihak untuk menghormati sepenuhnya dan melaksanakan semua syarat gencatan senjata dengan suci hati demi mengelakkan sebarang permusuhan kembali," menurut kenyataan itu.Semua pihak turut digesa mengelak sebarang tindakan provokatif atau langkah unilateral yang boleh memberi kesan negatif kepada kestabilan rapuh rantau itu atau menjejaskan keselamatan ekonomi dan tenaga global."Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha diplomatik dan pengantaraan yang membawa kepada perjanjian ini."Kejayaan ini menunjukkan bahawa diplomasi kekal sebagai satu-satunya jalan berdaya maju untuk menyelesaikan konflik yang berlarutan dan memastikan keselamatan serantau dalam jangka masa panjang," menurut kementerian itu.Semua pihak harus menggunakan peluang ini untuk meneruskan dialog mereka ke arah penyelesaian yang kukuh, komprehensif dan aman terhadap perbezaan mereka."Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa supaya menyokong usaha damai ini dan menyumbang ke arah resolusi yang adil serta berkekalan yang memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat di rantau tersebut," menurut kenyataan itu.Presiden AS Donald Trump pada Selasa mengumumkan penggantungan dua minggu operasi ketenteraan terhadap Iran susulan pengantaraan oleh Pakistan.Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi pula berkata, Majlis Keselamatan Negara Tertinggi mengisytiharkan bahawa Tehran akan menghentikan operasi pertahanan jika serangan ke atas negara itu ditamatkan.Menurut laporan, rundingan antara pihak terbabit dijangka berlangsung di Islamabad pada Jumaat |
|
KL City FC masih buru gelaran naib juara Liga Super - Sinarharian - 8/04 11:56 am PENGENDALI Kuala Lumpur (KL) City FC, Risto Vidakovic optimis pasukannya masih berpeluang untuk menamatkan saingan Liga Super sebagai naib juara dengan tumpuan kini terarah kepada baki empat perlawanan untuk mengutip mata maksimum.Beliau mengakui cabaran tersebut tidak mudah kerana Kuching City FC mempunyai sedikit kelebihan dengan satu perlawanan sudah dalam tangan dan mendahului satu mata, namun menegaskan keazaman pasukannya untuk terus berjuang hingga ke penghujung musim."Peluang masih ada walaupun ia sangat rumit |
|
Ahli Parlimen ingatkan risiko 3 kejutan akibat kesan konflik Iran - FMT - 8/04 10:50 am Howard Lee berkata krisis tenaga, baja dan helium bakal menekan harga makanan serta menjejaskan logistik, hospital, industri elektronik, semikonduktor dan pembuatan. |
|
Defending champs Aaron-Wooi Yik clear 1st hurdle at Asian meet - FMT - 8/04 10:48 am The world No 2 shuttlers beat Taiwans top pair Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin in straight games at the Badminton Asia Championships. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |