| /// |
|
| Search : Ketua Polis News | Page 1 |
|
Kerajaan diminta kaji struktur gred jawatan tertinggi PDRM - Mygazette - 27/07 8:09 am # Kerajaan diminta kaji struktur gred jawatan tertinggi PDRM KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran mengkaji semula struktur gred jawatan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya lebih setimpal dengan skop tanggungjawab serta beban tugas yang dipikul pasukan itu. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, cadangan itu bukan dibuat kerana bakal beliau bersara, tetapi pernah disuarakan secara terbuka kepada Menteri Dalam Negeri dua bulan lalu pada majlis Wira Madani di Kuantan, Pahang |
|
Dua warga asing direman bantu siasaran kematian kanak-kanak lima tahun - Mygazette - 27/07 8:09 am # Dua warga asing direman bantu siasaran kematian kanak-kanak lima tahun GEORGE TOWN - Seorang lelaki dan seorang wanita warga asing direman bagi membantu siasatan berkaitan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Gelugor, di sini Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an itu, yang juga jiran kanak-kanak terbabit ditahan pada Jumaat |
|
PRU16 lebih awal: Belum ada perbincangan dengan PM, kata Zahid - Mygazette - 27/07 8:09 am # PRU16 lebih awal: Belum ada perbincangan dengan PM, kata Zahid TAMPIN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan belum ada sebarang perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal |
|
Tidak berhasrat jadi ahli politik, kalau jadi negarawan saya mahu ??? Ayob .. - Mygazette - 27/07 8:09 am Kalau nak suruh saya jadi negarawan, saya mahu jadi". Itu penegasan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang tidak berhasrat untuk menceburi bidang politik selepas bersara wajib daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula esok |
|
Jangan lindung pesalah, kuasa bukan keistimewaan, kata Ayob Khan - Mygazette - 27/07 8:09 am # Jangan lindung pesalah, kuasa bukan keistimewaan, kata Ayob Khan KUALA LUMPUR - Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan supaya tidak sesekali melindungi pesalah yang terlibat dalam isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebarang salah laku jenayah sepanjang menjalankan tanggungjawab. Timbalan Ketua Polis Negara yang akan bersara wajib hari ini berkata, pangkat dan kuasa yang diberikan bukan satu keistimewaan untuk dibanggakan, sebaliknya amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh intergriti |
|
Culik, minta tebusan RM7 juta: Enam suspek didakwa di mahkamah esok - Mygazette - 27/07 8:09 am # Culik, minta tebusan RM7 juta: Enam suspek didakwa di mahkamah esok KUALA LUMPUR - Enam suspek kes penculikan melibatkan wang tebusan RM7 juta di Petaling Jaya, Selangor, 17 Julai lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, pagi esok |
|
Kor Ming tak dihalau seperti Sanusi – Fahmi - Mygazette - 27/07 8:09 am SEREMBAN Kehadiran Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dalam siri kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak memberikan kesan buruk kepada gabungan itu |
|
Ibrahim Darus dilantik Pemangku Timbalan KPN - Mygazette - 27/07 8:09 am KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ibrahim Darus dilantik sebagai Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini |
|
Ayob Khan pemimpin berprinsip teguh, berintegriti – Ketua Polis .. - Mygazette - 27/07 8:09 am # Ayob Khan pemimpin berprinsip teguh, berintegriti - Ketua Polis Negara KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay adalah satu jenama kepimpinan yang sarat dengan komitmen, ketegasan dan integriti dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) |
|
Dr Sathia akui kesilapan sebut ‘balik’ tapi pertahan laporan .. - Mygazette - 27/07 8:09 am # Dr Sathia akui kesilapan sebut 'balik' tapi pertahan laporan polis terhadap Sanusi SEREMBAN Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor, Dr |
|
Empat bulan selesai masalah jambatan Labu Hilir ??? Ahmad Faez - Mygazette - 27/07 8:09 am # Empat bulan selesai masalah jambatan Labu Hilir Ahmad Faez SEREMBAN Masalah jambatan tidak selamat yang menghantui penduduk Kampung Labu Hilir akhirnya diselesaikan dalam tempoh kira-kira empat bulan menerusi pembinaan jambatan baharu di kawasan berkenaan |
|
Paluan Berundur Warnai Persaraan Ayob Khan Selepas 35 Tahun Berkhidmat - Mygazette - 27/07 8:09 am # Paluan Berundur Warnai Persaraan Ayob Khan Selepas 35 Tahun Berkhidmat Majlis Paluan Berundur berlangsung penuh istiadat dan penghormatan sebagai tanda penghargaan kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang akan bersara wajib pada Isnin selepas hampir 35 tahun menabur bakti dalam pasukan keramat Polis Diraja Malaysia (PDRM) |
|
Jangan politikkan RCI Tabung Haji ketika PRN Negeri Sembilan – Zahid - Mygazette - 27/07 8:09 am # Jangan politikkan RCI Tabung Haji ketika PRN Negeri Sembilan - Zahid TAMPIN Isu berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji tidak seharusnya dipolitikkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya dilihat secara profesional demi memelihara keyakinan pendeposit |
|
“Jangan jual maruah PDRM kerana wang”, pesanan akhir Ayob Khan - Mygazette - 27/07 8:09 am Jangan jual maruah kerana wang". Itu pesanan terakhir yang ditegaskan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay kepada pasukan keramat Polis Diraja Malaysia (PDRM) |
|
Dengan Rendah Diri, PM Anwar Rayu Undi Tentera Dan Polis - Mygazette - 27/07 8:09 am # Dengan Rendah Diri, PM Anwar Rayu Undi Tentera Dan Polis Perkembangan terkini sempena Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-16 #malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9 #PakatanHarapan #PH |
|
Tunjuk MyKad sahaja tak cukup buktikan jati diri rakyat Malaysia – .. - Mygazette - 27/07 8:09 am # Tunjuk MyKad sahaja tak cukup buktikan jati diri rakyat Malaysia - Fadhli KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sejauh mana konsep "anak Malaysia" yang dibawa pemimpin DAP selari dengan penghayatan terhadap sistem pendidikan kebangsaan, bahasa rasmi negara dan sejarah pembentukan Malaysia |
|
Tuduhan terhadap Sanusi bukan kritikan politik biasa, Pemuda Pas buat .. - Mygazette - 27/07 8:09 am # Tuduhan terhadap Sanusi bukan kritikan politik biasa, Pemuda Pas buat laporan polis Hakikatnya, ucapan Muhammad Sanusi dalam ceramah di Jempol adalah berbeza daripada apa yang didakwa |
|
Sasar bangunkan 10,000 usahawan menerusi inisiatif Halal@Agrobank - Utusan - 27/07 8:05 am PERMATANG PAUH: Agrobank menyasarkan pembangunan sehingga 10,000 usahawan dalam tempoh lima tahun khususnya bagi mereka yang terlibat dengan industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah inisiatif yang baharu sahaja diperkenalkan iaitu Halal@Agrobank |
|
Rakyat Malaysia maut di Korea Selatan, seorang lagi ditahan - Sinarharian - 27/07 12:02 am KUALA LUMPUR - Polis Korea Selatan menahan seorang lelaki warga Malaysia berhubung kes tikam sehingga menyebabkan kematian seorang lagi rakyat Malaysia dalam satu pergaduhan berkumpulan di Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, lapor The Korea Herald pada Ahad.Akhbar harian berbahasa Inggeris Korea Selatan itu melaporkan bahawa kejadian berlaku kira-kira 3 pagi Ahad di sebuah bangunan komersial, apabila kira-kira 10 individu daripada dua kumpulan bertentangan dipercayai berkumpul selepas bersetuju untuk berlawan antara satu sama lain.Menurut laporan itu, suspek disyaki menikam seorang lelaki Malaysia berumur 20-an semasa pergaduhan berkenaan, menyebabkan mangsa cedera parah.Mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian, manakala seorang lagi individu yang mengalami kecederaan parah masih dirawat di hospital.Polis memaklumkan suspek melarikan diri ke sebuah kediaman berhampiran selepas kejadian itu tetapi berjaya ditahan kira-kira sejam kemudian.Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pergaduhan berkenaan, menurut laporan itu |
|
Lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika sertai pertandingan bola sepak - Sinarharian - 26/07 11:35 pm SEREMBAN - Seorang lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai pertandingan bola sepak anjuran sebuah parti politik di padang sebuah perumahan di Bandar Ekar Rantau di sini hari ini.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada 11.35 pagi.Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 45 tahun itu, yang menggalas tugas sebagai penjaga gol, rebah ketika aksi sepakan penalti berlangsung."Siasatan awal mendapati sewaktu kejadian, isteri mangsa turut berada di padang tersebut untuk memberikan sokongan |
|
Rakyat Malaysia maut ditikam di Korea Selatan - Kosmo - 26/07 10:39 pm SEOUL – Seorang rakyat Malaysia maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan melibatkan 10 warga asing di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, awal pagi tadi, lapor agensi berita Korea JoongAng Daily |
|
Dr Sathia akui khilaf sebut 'balik' namun gesa dakwaan 'perkauman' Sanusi disiasat - Sinarharian - 26/07 9:47 pm SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui terdapat kekhilafan ketika mengulangi petikan ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dikaitkan dengan ungkapan perkataan 'balik'.Namun Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, perkara itu tidak menjejaskan asas laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin Pas itu Jumaat lalu berhubung ucapan yang didakwa berpotensi membangkitkan sentimen perkauman."Saya mengakui terdapat kekhilafan apabila mengulangi ucapan itu dengan menggunakan perkataan 'balik'."Namun saya tidak pernah mendakwa perkataan tersebut merupakan petikan tepat daripada ucapan Muhammad Sanusi."Sebaliknya, apa yang saya bangkitkan ialah maksud tersirat daripada keseluruhan ucapan berkenaan yang boleh difahami oleh pendengar," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Menurut beliau, fokus utama laporan polis berkenaan ialah kenyataan Muhammad Sanusi yang menyebut orang India mempunyai India, orang Cina mempunyai China manakala orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu.Katanya, kenyataan sedemikian wajar disiasat pihak berkuasa kerana berpotensi mencetuskan persepsi bahawa kaum lain merupakan ancaman kepada hak dan masa depan orang Melayu."Dalam kenyataan Muhammad Sanusi, beliau ada menyebut frasa 'Takut tanah ni satu hari nanti kita tak tahu, tanah ni siapa punya'."Maksud tersiratnya jelas dan boleh dipersoal.'Pemimpin Pas itu mungkin tidak menyebut perkataan 'balik', tetapi bila dia kata orang India mempunyai India, orang Cina mempunyai China manakala orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu."Naratif itu menggambarkan kaum lain sebagai ancaman kepada hak atau masa depan orang Melayu boleh menjejaskan semangat perpaduan yang menjadi asas pembentukan negara," katanya.Dr Sathia berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara adil dan profesional mengikut lunas undang-undang, termasuk menentukan sama ada ucapannya sendiri melanggar mana-mana peruntukan undang-undang."Saya menghormati proses siasatan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis," katanya.Dalam perkembangan sama, Dr Sathia berkata, istilah 'barua Melayu' dan perbandingan dengan watak 'Buang' dalam filem Sarjan Hassan yang sinonim dengan pengkhianatan turut dilihat melampaui batas kritikan politikIni kerana beliau berpandangan kenyataan itu membawa konotasi bahawa pihak yang berbeza pandangan merupakan pengkhianat kepada bangsa.Jelasnya, kenyataan Muhammad Sanusi itu bukan sahaja berpotensi membangkitkan kebencian dan memperkukuh prejudis, malah boleh mengeraskan sentimen perkauman serta menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.Sebelum ini, Dr Sathia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban berhubung ucapannya ketika ceramah di Jempol yang mengaitkan Muhammad Sanusi dengan kenyataan masyarakat Cina dan India perlu 'balik' ke negara asal mereka.Terdahulu, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa Dr Sathia telah memanipulasi ucapan Muhammad Sanusi dan menuntut beliau menarik balik kenyataan serta memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kedah itu.Susulan kontroversi tersebut, beberapa laporan polis turut dibuat terhadap Dr Sathia pada Ahad. |
|
'BN hak kami, PH mahu kerjasama lain hak mereka' - Akmal Saleh - Sinarharian - 26/07 9:15 pm REMBAU Barisan Nasional (BN) berhak menentukan bentuk kerjasama politiknya sendiri tanpa perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.Beliau berkata, tindakan BN bekerjasama dengan parti lain dalam situasi tertentu tidak seharusnya dianggap sebagai tidak menghormati rakan dalam Kerajaan Perpaduan.Menurutnya, situasi politik di Sabah menunjukkan parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan juga pernah bertanding menentang sesama sendiri."Apa yang dikatakan tidak hormat? Saya mahu tahu apa yang tidak hormat sedangkan di Sabah, Warisan berada dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi Warisan juga melawan Pakatan Harapan (PH) ketika itu."Jadi, dalam politik saya rasa tidak ada salahnya," katanya kepada pemberita selepas Program Santai Ngoca Sawah di Sungai Serai, Semerbok di sini pada Ahad.Program berkenaan diadakan bagi memberi sokongan kepada calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota, Suhaimi Aini.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem; ADUN Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Ahli Parlimen Alor Setar yang juga Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, tidak terdapat sebarang persefahaman politik yang menetapkan BN dan Pakatan Harapan (PH) perlu mempunyai pendirian sama."Perlu diketahui bahawa antara BN dan PH tidak ada satu pun persefahaman yang menetapkan persamaan politik."BN adalah hak kami |
|
'BN hak kami, PH mahu kerjasama lain, hak mereka' - Akmal Saleh - Sinarharian - 26/07 8:58 pm REMBAU Barisan Nasional (BN) berhak menentukan bentuk kerjasama politiknya sendiri tanpa perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan BN bekerjasama dengan parti lain dalam situasi tertentu tidak seharusnya dianggap sebagai tidak menghormati rakan dalam Kerajaan Perpaduan.Menurutnya, situasi politik di Sabah menunjukkan parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan juga pernah bertanding menentang sesama sendiri."Apa yang dikatakan tidak hormat? Saya mahu tahu apa yang tidak hormat sedangkan di Sabah, Warisan berada dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi Warisan juga melawan Pakatan Harapan (PH) ketika itu."Jadi, dalam politik saya rasa tidak ada salahnya," katanya selepas Program Santai Ngoca Sawah di Sungai Serai, Semerbok di sini pada Ahad.Program itu diadakan bagi memberi sokongan kepada calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota, Suhaimi Aini.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem; ADUN Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Ahli Parlimen Alor Setar yang juga Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, tidak terdapat sebarang persefahaman politik yang menetapkan BN dan Pakatan Harapan (PH) perlu mempunyai pendirian sama."Perlu diketahui bahawa antara BN dan PH tidak ada satu pun persefahaman yang menetapkan persamaan politik."BN adalah hak kami |
|
Dua jiran warga asing direman kes kematian budak lima tahun - Sinarharian - 26/07 8:38 pm GEORGE TOWN - Seorang lelaki dan seorang wanita warga asing direman bagi membantu siasatan berkaitan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Gelugor, di sini Khamis lepas.Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an itu, yang juga jiran kanak-kanak terbabit ditahan pada Jumaat."Susulan penahanan mereka, polis kini telah menahan empat individu bagi membantu siasatan termasuk ibu kanak-kanak lelaki terbabit dan teman lelakinya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau berkata, berdasarkan laporan bedah siasat, kanak-kanak itu didapati meninggal dunia akibat cedera pada kepala dan badan akibat hentakan tumpul.Sehubungan dengan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan polis juga sedang merekodkan keterangan beberapa individu lain bagi melengkapkan siasatan.Sebelum ini perintah reman terhadap ibu kanak-kanak terbabit, yang berusia 30 tahun dan teman lelakinya berusia 34 tahun dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi hingga 30 Julai ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.Dilaporkan kejadian itu terbongkar selepas lelaki warga Bangladesh yang tidak bekerja tersebut mendapati kanak-kanak itu muntah di pangsapuri disewa mereka di Gelugor kira-kira 10 pagi Khamis.Dia kemudian membawa kanak-kanak itu ke sebuah klinik berhampiran ketika ibu mangsa sedang bekerja di sebuah restoran, namun, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri ketika di klinik lalu dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan petugas hospital membuat laporan polis selepas menemukan kesan lebam pada beberapa bahagian badan kanak-kanak itu.Kanak-kanak itu difahamkan anak kepada wanita warga Indonesia itu hasil perkahwinannya dengan seorang lelaki Rohingya yang meninggal dunia tahun lepas |
|
Ayob Khan seru kerajaan teliti struktur gred jawatan tertinggi polis - FMT - 26/07 8:04 pm Persamaan gred timbalan KPN, pengarah SB dan pengarah KDNKA 'menyukarkan sedikit' arahan pengaturan tugas, katanya. |
|
Pelukan erat penuh emosi Mohd Shuhaily iringi persaraan Ayob Khan - Sinarharian - 26/07 7:50 pm KUALA LUMPUR - Tindakan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memeluk erat Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay adalah antara detik penuh emosi ketika majlis persaraan tokoh kepolisan itu pada Ahad.Mohd Shuhaily sebelum itu dilihat menanti sehingga habis perbarisan paluan berundur Ayob Khan di pintu masuk utama Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.Selesai Ayob Khan bergambar bersama pasukan Unit Tindak Khas (UTK), Mohd Shuhaily kemudian menghampirinya.ARTIKREL BERKAITAN:Ayob Khan bersara wajib, Pengarah Cawangan Khas pangku jawatan Timbalan KPNKeberanian sebenar adalah mempertahankan kebenaran - Ayob Khan'Jangan khianati amanah' - Ayob Khan'Ayob Khan buktikan kewibawaannya' - ... sebarang kata, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu terus memeluk erat Ayob Khan.Kelihatan sebak seketika riak wajak kedua-dua pegawai kanan terbabit.Mohd Shuhaily kemudian turut memeluk Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dan bersalaman bersama pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).Setelah selesai, Mohd Shuhaily yang menaiki motosikal berkuasa tinggi kemudian mengiringi konvoi Ayob Khan keluar dari Pulapol Kuala Lumpur.Terdahulu, majlis yang bermula jam 2 petang itu menyaksikan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Ibrahim Darus dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara.Ayob Khan yang akan memulakan persaraan pada Isnin telah berkhidmat dalam pasukan keramat PDRM hampir 35 tahun.Anak jati Kota Setar, Kedah itu menjawat beberapa jawatan penting dalam pasukan antaranya Penolong Pengarah Anti Pengganas, Cawangan Khas (E8) Bukit Aman, Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pengarah JSJ Bukit Aman. |
|
Sepang tuan rumah F1, kos ditanggung Bahrain - Sinarharian - 26/07 7:05 pm SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Malaysia secara rasmi diumumkan sebagai tuan rumah Grand Prix Formula 1 Gulf Air Bahrain yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober ini.Pengumuman itu dibuat Formula Satu (F1) menerusi laman web rasminya pada Ahad dengan perlumbaan melibatkan Grand Prix Azerbaijan dan Grand Prix Singapura.Perjanjian dicapai antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Kerajaan Bahrain dan Malaysia membolehkan Grand Prix diteruskan dengan baki jadual perlumbaan musim 2026 kekal tidak berubah.Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen sepenuhnya kepulangan F1 ke SIC selepas mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al-Khalifa serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefani Domenicali.ARTIKEL BERKAITAN:KBS teliti kemungkinan SIC anjur semula F1Beliau menzahirkan penghargaan dan keyakinan yang diberikan kepada Malaysia untuk memainkan peranan penting dalam menjayakan penganjuran F1 tahun ini."Kerjasama ini bukan sekadar penganjuran sebuah acara sukan bertaraf dunia, ia mencerminkan persahabatan yang berkekalan, kepercayaan bersama dan hubungan kerjasama yang erat antara Malaysia dan Kerajaan Bahrain."Di samping itu, ia membuktikan kesediaan serta keupayaan Malaysia untuk menganjurkan acara antarabangsa berskala besar," katanya menerusi hantaran di Facebook.Anwar berkata, Malaysia kini bersedia membuka tirai kepada kehadiran semula Formula 1, FIA, pasukan-pasukan perlumbaan dan jutaan peminat sukan permotoran dari seluruh dunia ke Sepang."Kami menantikan peluang untuk mempamerkan infrastruktur bertaraf dunia, kecemerlangan operasi dan layanan mesra rakyat Malaysia, sambil terus memperkukuh hubungan erat antara kedua-dua negara menerusi acara istimewa ini," katanya lagi.Terdahulu, media melaporkan Bahrain masih bersedia menanggung kos penganjuran, perlumbaan itu akan dipersembahkan sebagai Grand Prix Bahrain yang dianjurkan di Malaysia, namun nama rasmi perlumbaan itu masih belum diputuskan.Grand Prix Bahrain sepatutnya berlangsung pada April lalu, namun ditangguhkan pada Mac bersama Grand Prix Arab Saudi susulan perang di Iran.Bahrain berharap dapat menjadualkan semula perlumbaan itu pada 4 Oktober iaitu hujung minggu di antara perlumbaan di Azerbaijan dan Singapura, namun peningkatan konflik bulan ini menyebabkan rancangan itu tidak dapat diteruskan.Perang di Iran turut memaksa F1 menilai semula baki jadual musim ini kerana kalendar 2026 pada asalnya mengandungi 24 perlumbaan, dengan empat daripadanya berlangsung di Asia Barat.Situasi itu turut memberi kesan kepada penghujung musim.Selain perlumbaan di Bahrain dan Arab Saudi, musim F1 dijadual berakhir dengan perlumbaan berganda di Qatar dan Abu Dhabi.Sepang pernah menjadi antara venue perlumbaan yang popular sebelum digugurkan daripada kalendar F1 selepas edisi 2017. |
|
Saya sedar masih banyak perlu diperbaiki, kata Anwar kepada tentera, polis - FMT - 26/07 7:02 pm Pengerusi Anwar Ibrahim merayu kepada warga tentera dan polis supaya terus beri kepercayaan kepada calon PH. |
|
Bendera parti dikhianat: Tunjuk bukti jika BN buat - Jalaluddin - Sinarharian - 26/07 6:43 pm SEREMBAN Barisan Nasional (BN) mencabar mana-mana pihak yang mendakwa parti itu melakukan perbuatan merosakkan bahan kempen lawan supaya mengemukakan bukti, bukannya membuat tuduhan tanpa asas.Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, sebarang dakwaan berhubung perbuatan itu perlu disertakan dengan bukti bagi membolehkan tindakan lanjut diambil."Buktikanlah kalau UMNO yang melakukan segala sabotaj dan merosakkan bendera mereka, tentunya dah ditangkap atau diambil tindakan."Kita ada undang-undang dan sepanjang tempoh berkempen ada polis serta pasukan Suruhanjaya Pilihan Raya yang membuat pemantauan," katanya pada program 'Nogori Beradat, Kito Muafakat' yang dianjurkan Muafakat Nasional di sini pada Ahad.Menurut beliau, jentera BN tidak mempunyai sebab untuk melakukan perbuatan sedemikian kerana mereka kini lebih memberi tumpuan kepada usaha mendekati rakyat dan menggerakkan jentera bagi menghadapi hari pengundian.Malah calon Dewan Undangan Negeri(DUN) Pertang itu memaklumkan, setakat ini pihaknya tidak menerima maklumat perkara sama berlaku kepada parti terbabit."Saya pun tak nampak kewajaran jentera parti untuk merosakkan bahan-bahan kempen pihak lawan kerana kita ada banyak lagi kerja."Saya sendiri balik rumah pun tidak menentu |
|
Bungkusan guni dipercayai berisi rangka manusia ditemukan - Sinarharian - 26/07 6:24 pm KANGAR - Satu bungkusan guni disyaki berisi rangka manusia yang telah reput ditemukan di kawasan kebun berhadapan sebuah kilang di sini pagi tadi.Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu pada 10.20 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan terlihat bungkusan guni berkenaan semasa sedang melakukan kerja-kerja meracun di kebunnya."Susulan maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.Yusharifuddin berkata, pihaknya sedang mengenal pasti identiti rangka tersebut dan dihantar ke unit forensik hospital untuk proses analisa serta pengesahan lanjut."Susulan maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.Yusharifuddin berkata, pihaknya sedang mengenal pasti identiti rangka tersebut dan dihantar ke unit forensik hospital untuk proses analisa serta pengesahan lanjut."Barang kes dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk siasatan lanjut," katanya.Beliau berkata, tiada tangkapan dilakukan setakat ini, dan kes masih dalam siasatan lanjut |
|
‘Undi anda amanah besar’ Anwar rayu anggota ATM, PDRM sokong calon PH - Harapandaily - 26/07 6:04 pm Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengundi awal agar terus memberikan kepercayaan kepada calon-calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan |
|
Ayob Khan pilih jadi negarawan, tak minat sertai politik - Sinarharian - 26/07 6:02 pm Saya bukan politician. Kalau mahu suruh saya jadi negarawan, saya mahu."Apa beza negarawan dengan ahli politik? Ahli politik memikirkan lima tahun lagi untuk kekal, tetapi negarawan memikirkan 20 tahun akan datang," katanya dalam sidang akhbar Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini pada Ahad.Tempat Ayob Khan akan dipangku oleh Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Ibrahim Darus.Mengulas dakwaan campur tangan politik sepanjang kerjayanya, Ayob Khan menyifatkan soalan itu sebagai sensitif.Beliau bagaimanapun memberi contoh tindakannya ketika mengetuai Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas pada 2019.Kata beliau, ketika itu pihaknya menahan sekumpulan individu yang disyaki terbabit dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti kerajaan ketika itu."Saya tangkap juga |
|
Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden serangan di Berlin - Kedutaan - Sinarharian - 26/07 5:57 pm KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam insiden serangan ketika sambutan Christopher Street Day di Berlin, Jerman pada Sabtu malam.Perkara itu disahkan Kedutaan Besar Malaysia di Berlin pada Ahad.Kedutaan turut menyampaikan rasa simpati kepada mereka yang terjejas akibat tragedi yang menyebabkan seorang maut dan sekurang-kurangnya 16 yang lain cedera."Ingatan dan doa kami bersama mangsa, keluarga mereka serta semua yang terjejas akibat tragedi ini," menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kedutaan.Kedutaan memaklumkan pihaknya sedang memantau perkembangan susulan insiden itu sambil menambah bahawa mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut boleh menghubungi kedutaan menerusi talian +49 (0)30 885749-0 atau e-mel di mwberlin@kln.gov.my.Menurut Agensi Berita Jerman (dpa), sebuah kenderaan merempuh orang ramai di kawasan Tiergarten, Berlin sejurus selepas 10 malam (waktu tempatan) pada Sabtu (25 Julai), menyebabkan penganjur membatalkan acara Christopher Street Day.Seorang wanita maut manakala 16 yang lain cedera, termasuk tiga yang mengalami kecederaan mengancam nyawa dan lapan cedera parah, sementara polis melancarkan operasi mengesan suspek |
|
Kewarganegaraan bukan sekadar tunjuk MyKad biru - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 26/07 5:41 pm SHAH ALAM - Menyuarakan semangat kepunyaan atau kebangsaan sebagai rakyat Malaysia tidak cukup sekadar tindakan simbolik memegang kad pengenalan biru semata-mata.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, status kewarganegaraan itu perlu dibuktikan melalui tindakan dan penyatuan terhadap agenda kebangsaan, bukannya sekadar retorik politik.Beliau memberi peringatan bahawa majoriti penjenayah yang berada di dalam penjara atas pelbagai kesalahan ketika ini juga merupakan pemegang kad pengenalan biru."Apa guna kita bercakap berdegar-degar tentang 'saya anak Malaysia', sedangkan DAP masih tegar memperjuangkan sistem pendidikan luar seperti Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan mengenepikan sistem pendidikan kebangsaan yang ada dalam negara."Apa guna bercakap berdegar-degar mengenai identiti nasional sedangkan suatu ketika dahulu pemimpin DAP pernah menggunakan bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan, malah sejarah negara sendiri pun tidak difahami," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang menunjukkan kad pengenalannya baru-baru ini bagi menegaskan identitidan semangat 'Anak Malaysia'.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli turut membangkitkan cadangan pimpinan DAP sebelum ini yang mahu silibus sejarah sekolah ditambah dengan memasukkan peranan parti berkenaan.Selain itu, beliau turut mengungkit tindakan mengubah nama Jalan Temiang di Negeri Sembilan kepada nama pengasas DAP kebangsaan."Adakah negara dan semangat kebangsaan negara ini perlu mengikut acuan dan kehendak DAP?" soalnya.Dalam pada itu, Ahmad Fadhli turut mempersoalkan pendekatan dwistandard yang didakwa diamalkan DAP berhubung isu perpaduan dan politik kaum.Jelas beliau, DAP kerap menuduh orang Melayu sebagai perkauman melampau apabila bersatu menolak Pakatan Harapan (PH), sedangkan pada masa sama parti itu menyeru orang bukan Melayu untuk bersatu menyokong koalisi berkenaan."Adakah ini perpaduan sebenar versi DAP?" soalnya lagi. |
|
Ayob Khan jenama kepimpinan sarat dengan ketegasan, komitmen, integriti - .. - Hmetro - 26/07 5:32 pm Kuala Lumpur: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay membuktikan kewibawaannya dalam pelbagai jawatan kritikal sepanjang berkhidmat hampir 35 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) |
|
'Ayob Khan buktikan kewibawaannya' - KPN - Sinarharian - 26/07 5:15 pm KUALA LUMPUR - Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay membuktikan kewibawaannya dalam pelbagai jawatan kritikal sepanjang berkhidmat hampir 35 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, figura kelahiran Kota Setar, Kedah, Ayob Khan adalah satu jenama kepimpinan yang sarat dengan komitmen, ketegasan dan integriti."Beliau (Ayob Khan) adalah wajah pemimpin yang mempunyai prinsip tidak tergoyah dalam menegakkan kedaulatan undang-undang."Sepanjang lebih 34 tahun mengabdikan diri dalam PDRM, bekas graduan Universiti Kebangsaan Malaysia ini telah membuktikan kewibawaannya dalam pelbagai jawatan kritikal, khususnya Cawangan Khas, menerajui Kontinjen Johor, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sebelum menamatkan khidmatnya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara ke-29," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Ayob Khan bersara wajib, Pengarah Cawangan Khas pangku jawatan Timbalan KPNKeberanian sebenar adalah mempertahankan kebenaran - Ayob Khan'Jangan khianati amanah' - Ayob Khan'Ayob Khan buktikan kewibawaannya' - .. |
|
'Jangan khianati amanah' - Ayob Khan - Sinarharian - 26/07 5:10 pm KUALA LUMPUR - Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak sesekali mengkhianati amanah dengan terlibat dalam rasuah atau salah guna kuasa sepanjang menjalankan tanggungjawab.Bekas Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata, pangkat dan kuasa yang diberikan bukan satu keistimewaan untuk dibanggakan, sebaliknya amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh integriti."Jangan sesekali menggunakan kuasa untuk kepentingan diri |
|
Keberanian sebenar adalah mempertahankan kebenaran - Ayob Khan - Sinarharian - 26/07 4:40 pm KUALA LUMPUR Keberanian menegakkan kebenaran tanpa gentar menjadi antara pesanan terakhir Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum menamatkan perkhidmatannya.Bekas Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata, keberanian sebenar bukan bermaksud seseorang itu tidak mempunyai rasa takut, sebaliknya tetap teguh mempertahankan perkara yang benar walaupun mengetahui terdapat harga yang perlu dibayar.ARTIKEL BERKAITAN: Ayob Khan bersara wajib, Pengarah Cawangan Khas pangku jawatan Timbalan KPNKeberanian sebenar adalah mempertahankan kebenaran - Ayob Khan'Jangan khianati amanah' - Ayob Khan'Ayob Khan buktikan kewibawaannya' - .. |
|
Izat julang tali pinggang Fury atasi petarung Indonesia - Sinarharian - 26/07 4:24 pm MOHD Fazzatkie Mohd Zaki atau Izat Zaki membuktikan dirinya masih antara petarung Muay Thai terbaik negara apabila menewaskan pencabar Indonesia, Brian Lawitan untuk muncul juara Fury Muay Thai Lightweight Championship kategori 61 kilogram (kg) pada Fury Championship Vol |
|
Pemuda Pas desak Dr Sathia tarik balik tuduhan, mohon maaf kepada MB Kedah - Sinarharian - 26/07 4:10 pm SHAH ALAM - Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan didesak menarik balik dakwaan yang mengaitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan kenyataan berbaur perkauman dan memohon maaf secara terbuka.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, tuduhan kononnya Sanusi pernah menyebut frasa 'Cina balik China, India balik India' adalah dakwaan yang berat, menghasut dan boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.Beliau menegaskan, Sanusi tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa Sathia ketika berucap dalam ceramah di Jempol, Negeri Sembilan baru-baru ini."Tuduhan tersebut amat berat, bersifat menghasut dan cukup berbahaya |
|
12 pegawai, anggota polis ditahan kes peras ugut warga asing RM2 juta - Sinarharian - 26/07 4:07 pm KUALA LUMPUR - Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan untuk siasatan kes peras ugut seorang lelaki warga asing sebanyak RM2 juta.Menurut sumber, lelaki warga asing itu dikatakan hanya dilepaskan selepas membayar AS$140,000 (kira-kira RM560,000)."Dia kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi."Susulan itu difahamkan seramai 12 orang pegawai dan anggota polis ditahan antaranya berpangkat Deputi Superintendan (DSP), Asisten Superintendan (ASP) dan lain-lain pangkat," katanya.Tambah sumber, polis turut menemui semula sebahagian daripada wang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek. |
|
Ayob Khan bersara wajib, Pengarah Cawangan Khas pangku jawatan Timbalan KPN - Sinarharian - 26/07 3:10 pm KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ibrahim Darus memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa pada Ahad.Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman itu bagi menggantikan Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang bersara wajib bermula Isnin selepas hampir 35 tahun berkhidmat dalam pasukan keramat Polis Diraja Malaysia (PDRM).Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.Sebelum ini, Ayob Khan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 23 Jun 2023 bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang ketika itu dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Negara.Ayob Khan dilahirkan pada 27 Julai 1966 di Kota Setar, Kedah.Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kontinjen.ARTIKEL BERKAITAN:Ayob Khan bersara wajib, Pengarah Cawangan Khas pangku jawatan Timbalan KPNKeberanian sebenar adalah mempertahankan kebenaran - Ayob Khan'Jangan khianati amanah' - Ayob Khan'Ayob Khan buktikan kewibawaannya' - .. |
|
Karnival Bijak Tenaga tingkat kefahaman peranan ST - Sinarharian - 26/07 2:59 pm IPOH - Karnival Bijak Tenaga 2026 yang julung kali dianjurkan Suruhanjaya Tenaga (ST) bertujuan memberi kefahaman mengenai peranan ST sebagai badan kawal selia sektor elektrik dan gas berpaip negara.Pengerusi ST, Datuk Seri Asri Hamidon berkata, ia merupakan antara usaha yang dilaksanakan bagi mendekati masyarakat secara lebih inklusif melalui pendekatan pendidikan serta hiburan.Menurutnya, pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang dua hari penganjuran bagi membantu pengguna untuk lebih peka terhadap aspek keselamatan, kecekapan tenaga serta perkembangan industri tenaga."Karnival ini bertujuan memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat mengenali dan memahami fungsi ST sebagai badan kawal selia sektor elektrik dan gas berpaip negara serta perkembangan sektor tenaga dalam suasana santai."Kita mahu orang ramai mendapatkan penjelasan mengenai perkhidmatan ST, perkembangan industri pembekalan elektrik negara, insentif kerajaan berkaitan kecekapan tenaga dan tenaga boleh baharu serta meneroka peluang pendidikan dan kerjaya dalam sektor tenaga," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Bijak Tenaga ST 2026 di Stadium Indera Mulia di sini pada Ahad.Karnival tersebut disempurnakan Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mewakili Menteri Besar Perak.Asri berkata, sepanjang 25 tahun penubuhannya, ST memainkan peranan penting memastikan bekalan elektrik negara kekal selamat, berdaya harap dan ditawarkan pada harga yang kompetitif.Katanya, penganjuran karnival itu menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kecekapan tenaga, keselamatan elektrik dan agenda peralihan tenaga melalui pendekatan yang mudah difahami.Menurut beliau, pengunjung turut berpeluang mengunjungi reruai pameran rakan strategik ST seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.Sementara itu Ketua Seksyen Komunikasi Strategik ST, Veliana Ruslan berkata, karnival tersebut berjaya menghimpunkan hampir 15,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjurannya."Alhamdulillah, kehadiran sangat memberangsangkan |
|
'Jasad Abang Ngah ditemui lengkap, masih pakai beg silang' - Ibu - Sinarharian - 26/07 2:41 pm GUA MUSANG "Alhamdulillah, abang Ngah ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian dan masih memakai beg silangnya."Demikian luahan ibu kepada mangsa bot terbalik di Sungai Galas, Kampung Batu 6 di sini selepas jasad anaknya, Mohd Ilham Che Mat Satar, 27, ditemukan di tepi sungai itu pada tengah hari Khamis.Rozita Ramli, 47, berkata, dia bersyukur apabila anak kedua daripada lima beradik itu akhirnya ditemukan dalam keadaan sempurna selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejak Isnin."Pihak masjid juga ada melakukan solat hajat agar usaha pencarian dipermudahkan."Saya bersama-sama isteri arwah, Nor Aida Sazliza Razali, 25, serta ahli keluarga lain turut menaiki bot ke lokasi dia ditemukan dan dapat melihat sendiri keadaannya ketika itu," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Gua Musang pada Khamis.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, mangsa yang dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya terbalik di Sungai Galas pada Isnin lalu ditemukan kira-kira tiga kilometer dari lokasi botnya dijumpai oleh pasukan SAR.Menurutnya, mangsa berjaya ditemukan pada jam 1 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis pada jam 1.53 petang."Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan.Operasi SAR yang bermula sejak Isnin itu turut melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang dan Dabong, Unit Anjing Pengesan (K9), Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).Dalam pada itu, Rozita turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan operasi pencarian sehingga jasad anaknya berjaya ditemukan |
|
Formula Negeri Sembilan belum tentu sesuai di Pahang - Mohd Sharkar - Sinarharian - 26/07 2:29 pm KUANTAN - Kaedah atau pendekatan politik yang digunakan di sesebuah negeri tidak semestinya sesuai dilaksanakan di negeri lain, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.Menurutnya, setiap negeri mempunyai keadaan tersendiri dan perkara itu perlu diberi perhatian dalam menentukan sesuatu pendekatan politik."Apa yang berlaku di Negeri Sembilan.., itu di Negeri Sembilan...maknanya hanya orang Makkah saja tahu jalan lorong-lorong di Makkah."Jadi, orang Negeri Sembilan tahu kaedahnya dan tidak semestinya kaedah sama itu diguna pakai di Pahang, Johor, Melaka atau Selangor," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan sama ada formula politik yang digunakan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan boleh digunakan di negeri lain, termasuk Pahang.Sebelum itu, Mohd Shahkar merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Indera Mahkota kali ke-23 di Dewan Atabara Indera Mahkota di sini pada Ahad.Hadir sama pada majlis tersebut, Ketua UMNO Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid dan seluruh perwakilan kawasan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMKPH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - AminuddinSPR keluar 13,263 kertas undi pos bagi PRN Negeri SembilanMohd Sharkar yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berkata, perbezaan antara politik di peringkat negeri dan Pusat perlu difahami kerana kedua-duanya mempunyai keadaan tersendiri."Kita kena lihat suasana politik hari ini dari konteks lebih luas, kita kena fahamlah apa yang berlaku di peringkat Pusat dan negeri adalah entiti yang berbeza," ujarnya.Beliau menambah, perubahan landskap politik ketika ini menyebabkan semua pihak perlu melihat pendekatan politik secara lebih terbuka berbanding sebelum ini."Kita sudah tidak boleh fikir cara yang sangat sempit dan perlu terbuka."Dulu lain sebab UMNO menguasai Pusat dan negeri, tapi sekarang ini kita ada 10 parti Melayu pastinya rakyat sudah ada banyak pilihan, bukan UMNO satu saja," ujarnya.Menyentuh mengenai permintaan UMNO Indera Mahkota yang mahu sekurang-kurangnya dua kerusi diberikan kepada mereka dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, Mohd Sharkar menjelaskan perkara itu merupakan pandangan akar umbi yang perlu dihormati."Kita serahkan kepada pimpinan UMNO negeri untuk membuat keputusan |
|
Tiada pihak kebal undang-undang jika dikaitkan dalam laporan RCI TH - Ahmad Zahid - Sinarharian - 26/07 2:23 pm TAMPIN - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada pihak yang kebal daripada undang-undang sekiranya nama mereka dikaitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH).Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata dapatan daripada siasatan dan kajian RCI itu perlu diketahui secara telus dan sekiranya terdapat unsur penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pecah amanah atau salah laku lain, tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut proses undang-undang."RCI adalah Suruhanjaya Diraja yang melakukan siasatan, dan dapatan daripada siasatan dan kajian itu harus diketahui secara telus dan selepas itu jika ada sebarang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pecah amanah dan lain-lain malpractices, ada prosesnya untuk dibuat laporan polis dan siasatan dari segi jenayah perdagangan dan aspek perundangan yang lain, itu boleh dilakukan kemudiannya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas yang turut dihadiri Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Azhan Md Othman, di sini, hari ini.Mengulas sama ada pendedahan laporan itu akan memberi kesan terhadap kempen BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata beliau tidak fikir perkara itu akan memberi pengaruh kerana rakyat, khususnya pengundi di negeri itu, mampu membuat penilaian secara matang dan bijak."Saya tidak fikir ia akan ada pengaruh rakyat, terutama pengundi di Negeri Sembilan ini sangat bijak untuk melakukan penilaian |
|
Enam suspek kes culik minta tebusan RM7 juta dituduh esok - Sinarharian - 26/07 2:11 pm KUALA LUMPUR - Enam lelaki akan dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Isnin berhubung kes penculikan melibatkan wang tebusan RM7 juta.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada Jumaat lepas dan menerima arahan pertuduhan.Menurutnya, seramai enam suspek lelaki tempatan dituduh di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 iaitu menculik untuk wang tebusan."Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara tidak kurang dari 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sebat."Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Seksyen pada jam 9.30 pagi, 27 Julai (Isnin)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Tambahnya, dua lagi suspek tempatan termasuk seorang wanita dibebaskan dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan dengan mengikat bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi komitmen bahawa tindakan berterusan akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti jenayah terutamanya jenayah kekerasan bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat."PDRM juga menyeru masyarakat agar konsisten bekerjasama menyalurkan maklumat dalam membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan jenayah daripada terus berleluasa," ujarnya.Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang menjadi mangsa culik berjaya diselamatkan polis dalam tempoh 24 jam selepas dilarikan sekumpulan suspek yang menuntut wang tebusan sebanyak RM7 juta di Petaling Jaya 17 Julai lalu.Mangsa diselamatkan menerusi operasi khas JSJ di sebuah unit kediaman di Shah Alam pada jam 1 pagi. |
|
Kenyataan Sanusi: Isu kaum hiris perasaan, tak jejas undi Mohd Sharkar - Sinarharian - 26/07 1:44 pm KUANTAN Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyentuh isu kaum mungkin memberi kesan daripada sudut emosi, tetapi tidak semestinya mempengaruhi corak pengundian di Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pandangan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah itu tetap menyentuh sensitiviti masyarakat pelbagai kaum."Pada pandangan saya benda itu agak menghiris perasaan. |
|
Polis Jerman buru suspek rempuhan kereta dekat sambutan Pride di Berlin - Utusan - 26/07 1:38 pm BERLIN: Polis Jerman pada Ahad memburu seorang suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas selepas sebuah kereta merempuh orang ramai berhampiran sambutan Pride di Berlin, mengorbankan seorang individu dan mencederakan 16 yang lain |
|
Manivanan janji tuisyen percuma, latihan AI untuk warga Jeram Padang - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Manivanan janji tuisyen percuma, latihan AI untuk warga Jeram Padang JEMPOL Menyedari kegagalan dalam subjek Bahasa Melayu boleh menyebabkan calon tidak memperoleh sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Jeram Padang, Manivanan Gowin tampil menawarkan tusiyen percuma |
|
Tersalah jalan, punca pemandu langgar kedai durian dan kereta di Kepong - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Tersalah jalan, punca pemandu langgar kedai durian dan kereta di Kepong KUALA LUMPUR - Gara-gara tersalah memasuki jalan dipercayai menjadi punca sebuah kereta Toyota Corolla terbabas hingga merempuh gerai durian di Jalan Mergastua Kepong Baru di sini, semalam |
|
Kelindan maut, lori sampah terbalik di Tol Bukit Tagar - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Kelindan maut, lori sampah terbalik di Tol Bukit Tagar KUALA LUMPUR - Seorang penumpang maut selepas lori sampah yang dinaiki terbabas hingga terjunam ke dalam gaung dan terbalik di Kilometer 419.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, dekat susur keluar Plaza Tol Bukit Tagar, semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M Manimaran berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 5.32 petang melibatkan seorang pemandu lelaki berusia 41 tahun bersama dua kelindan berumur 24 dan 32 tahun |
|
Gelap mata tawaran RM15,000 dalam masa dua jam - Mygazette - 26/07 1:37 pm KOTA TINGGI - Seorang wanita mengalami kerugian RM119,599 selepas terpedaya skim pelaburan XM Royal dalam Facebook yang sebenarnya tidak wujud bulan ini. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, mangsa warga tempatan berusia 58 tahun mendakwa ditipu pelaburan tersebut sebelum membuat laporan polis semalam |
|
Tiga pelajar sekolah menengah di Ampang ditahan terlibat kejadian buli - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Tiga pelajar sekolah menengah di Ampang ditahan terlibat kejadian buli KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga pelajar lelaki sekolah menengah dekat sini kerana disyaki memukul seorang pelajar lain di sebuah flat di Ampang. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata dalam kejadian 12.31 tengah hari semalam, mangsa telah dibawa ke bawah tangga sebuah blok di Flat Sri Nilam, Ampang oleh seorang pelajar lelaki sebelum dipukul di bahagian muka dan badan oleh suspek |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |