///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Ketua Pemuda News   Page 1    





Lelaki New Zealand lintas jalan secara tiba-tiba punca dilanggar motosikal - Mygazette - 11/05 7:52 am

# Lelaki New Zealand lintas jalan secara tiba-tiba punca dilanggar motosikal KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penjalan kaki warga New Zealand melintas secara tiba-tiba mengundang padah apabila lelaki itu dilanggar sebuah motosikal di Jalan Chow Kit menghala ke arah Sogo, awal pagi tadi





Dakwaan kaitkan bapa suspek kes bunuh pelajar KPTM dengan PDRM tak benar .. - Mygazette - 11/05 7:52 am

# Dakwaan kaitkan bapa suspek kes bunuh pelajar KPTM dengan PDRM tak benar - Ayob Khan GEORGE TOWN - Polis sekali lagi menegaskan dakwaan mengaitkan bapa kepada salah seorang suspek dalam kes pembunuhan penuntut Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah tidak benar





ADUN lantikan di Johor: Pemuda MCA tempelak Kor Ming - Mygazette - 11/05 7:52 am

# ADUN lantikan di Johor: Pemuda MCA tempelak Kor Ming KUALA LUMPUR - Tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang mengecam pelantikan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lantikan di Johor dilihat sebagai tidak demokratik dan disifatkan sebagai satu lagi siri drama dwi-standard parti itu





Kerajaan teliti cadangan had baharu subsidi petrol golongan kaya - Mygazette - 11/05 7:52 am

Terdahulu media melaporkan, Pemuda UMNO akan membawa usul menarik balik subsidi petrol bagi golongan berpendapatan tinggi (T20) ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sebagai antara resolusi utama hasil Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun 2.0). Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, langkah rasionalisasi dan subsidi bersasar itu penting ketika negara berdepan cabaran ekonomi susulan konflik di Asia Barat ketika ini





Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Pahang - Sinarharian - 11/05 7:31 am

PEKAN - Seorang lelaki warga Kemboja yang dilaporkan hilang disyaki terjatuh ke Sungai Pahang di Kampung Pulau Keladi di sini Sabtu lalu ditemukan lemas.Mayat mangsa berusia 51 tahun itu ditemui terapung di tepi Pulau Babi, berhampiran Pekan Riverfront di sini kira-kira jam 8.30 pagi pada Ahad.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki itu jam 5 petang pada Sabtu.Menurutnya, laporan polis dibuat adiknya selepas mendapati mangsa dan keluarganya tiada di rumah."Pada hari kejadian, difahamkan Jabatan Imigresen telah melakukan serbuan di kawasan tersebut dan hasil semakan waris mendapati isteri dan enam anak mangsa telah ditahan namun lelaki itu tiada dalam senarai tangkapan."Justeru adiknya membuat laporan polis selepas syak mangsa terjatuh ke dalam sungai," katanya.Mohd Zaidi berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Ahad di kawasan berdekatan rumah mangsa dibantu anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pekan sebelum mayatnya ditemui."Hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan berunsur jenayah."Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pekan untuk proses bedah siasat





Walau sudah tiada, Manisha selamat 11 nyawa - FMT - 11/05 7:00 am

Ketua Unit Derma Organ dan Tisu Hospital Sungai Buloh Dr Natasha Noh berkata kisah Manisha Jagan Mongan lonjak ikrar mendadak derma organ.





Filem Konspirasi angkat penguatkuasaan rasuah - SPRM - Sinarharian - 11/05 12:15 am

PUTRAJAYA Tayangan khas berjudul Konspirasi menjadi platform kreatif dalam memperkukuh mesej antirasuah kepada masyarakat menerusi penghasilan filem aksi tempatan yang mengangkat tema penguatkuasaan rasuah secara realistik, dramatik dan berimpak tinggi.Filem yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh negara bermula 21 Mei ini turut mengetengahkan isu kebocoran maklumat siasatan membabitkan pendedahan data sulit, rahsia dan maklumat siasatan secara tidak sah kepada pihak yang tidak dibenarkan.Ini sekali gus memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya pengkhianatan amanah terhadap keselamatan negara serta integriti institusi penguatkuasaan.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, filem itu diyakini mampu meningkatkan kefahaman dan keyakinan masyarakat terhadap peranan SPRM yang bukan sahaja tertumpu kepada aspek penguatkuasaan, malah merangkumi usaha pencegahan serta pendidikan antirasuah kepada rakyat."Masyarakat sebelum ini mungkin hanya mengenali gerak kerja SPRM menerusi laporan berita dan paparan media, namun filem Konspirasi memberi gambaran lebih dekat mengenai liku perjuangan, ancaman, tekanan serta keteguhan prinsip pegawai SPRM dalam melaksanakan amanah demi kepentingan negara."Filem ini memberi gambaran jelas mengenai cabaran sebenar yang dihadapi pegawai penguat kuasa dalam menjalankan tanggungjawab mereka," katanya ketika menghadiri tayangan khas filem itu di sini pada Ahad.Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman serta Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Junipah Wandi.Sementara itu, pengarah filem Konspirasi, Ghaz Abu Bakar berkata, filem itu diluluskan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tanpa sebarang potongan jalan cerita hingga penghujung filem.Jelasnya, Konspirasi bukan sekadar sebuah karya hiburan, sebaliknya membawa mesej dan nilai yang baik kepada masyarakat dalam memahami peranan serta tanggungjawab sebenar SPRM."Filem ini menjadi medium untuk mengetengahkan SPRM kepada masyarakat daripada sudut yang lebih dekat dan berbeza," katanya.Filem Konspirasi menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Datuk Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shidin Kamal, Che Puan Sarimah Ibrahim, Amir Nafis dan Esma Daniel.





Lelaki tanpa identiti ditemukan maut di tepi jalan - Sinarharian - 10/05 9:47 pm

BELURAN - Seorang lelaki tanpa identiti ditemukan maut di tepi jalan dipercayai akibat tercampak selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di Kilometer 85, Jalan Sapi Nangoh-Botition di sini pada Ahad.Mangsa berusia lingkungan 20-an itu ditemukan orang awam dan video penemuannya turut tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Hasan Majid berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung video tersebut pada jam 9.45 pagi."Kejadian itu membabitkan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal yang terbabas sendiri dan mangsa dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan laju."Akibat kemalangan tersebut, mangsa tidak sedarkan diri dan ditemui di tepi jalan oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Nangoh," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan serius pada beberapa bahagian anggota badan."Mangsa didapati parah di bahagian muka, patah tulang hidung dan kaki





Perangi rasuah: Kepimpinan perlu berani buat keputusan sukar - Azam Baki - Sinarharian - 10/05 8:19 pm

PUTRAJAYA - Kepimpinan dalam agensi penguatkuasaan memerlukan keberanian serta kesediaan membuat keputusan sukar tanpa menghiraukan kritikan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Azam berkata, sepanjang lebih empat dekad berkecimpung dalam bidang penguatkuasaan antirasuah, beliau menyedari tugas itu menyebabkan seseorang mempunyai lebih ramai musuh berbanding rakan."Kalau kita mahu selamat, jangan buat apa-apa, tetapi apabila berada dalam agensi penguatkuasaan, kita perlu berani membuat keputusan walaupun dikritik," katanya dalam pertemuan eksklusif bersama pengamal media di sini baru-baru ini.Azam yang bakal menamatkan perkhidmatan pada 12 Mei ini berkata, pengalaman sejak menyertai SPRM pada 1984 banyak membentuk perjalanan kerjayanya melalui proses pembelajaran berterusan, perkongsian maklumat serta pendedahan dalam operasi dan pentadbiran."Visi itu penting





Barang kes kemalangan maut terbakar di depan IPD Kuala Pilah - FMT - 10/05 6:58 pm

Ketua polis Kuala Pilah berkata, lori itu terpaksa diletakkan di luar kawasan kompaun IPD disebabkan saiznya dan kesesuaian lokasi simpanan.





Bekas pembantu khas ahli Parlimen antara 3 individu akan didakwa esok - SPRM - Sinarharian - 10/05 6:20 pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seorang bekas pembantu khas Ahli Parlimen di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.SPRM dalam jemputan medianya memaklumkan lelaki berkenaan akan didakwa pada 8.30 pagi di mahkamah berkenaan.Pada Mac tahun lepas, SPRM memaklumkan pihaknya menahan reman bekas pembantu khas Ahli Parlimen itu bagi membantu siasatan berhubung perolehan papan pintar oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan pada 14 Nov 2024.SPRM turut memaklumkan seorang pakar pelaburan dan kewangan Islam bergelar Tan Sri antara dua pengarah syarikat yang dijangka turut didakwa di mahkamah sama, esok.Lelaki bergelar Tan Sri itu dan seorang lagi individu akan didakwa pagi esok.Pada Januari lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang disyaki menipu wang pelabur membabitkan kerugian lebih RM300 juta sejak dua tahun lepas.Beliau berkata seorang wanita yang juga ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan yang berpangkalan di Kuala Lumpur turut ditahan bagi membantu siasatan kes sama





Geng curi kabel ada rekod jenayah, dadah kecundang - Sinarharian - 10/05 6:11 pm

SHAH ALAM - Polis menumpaskan geng curi kabel selepas enam individu dicekup baru-baru ini.Tangkapan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah D4 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dengan kerjasama Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Seksyen 9 dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, operasi di sekitar Lembah Klang bermula 4 hingga 9 Mei berjaya menahan enam lelaki tempatan berusia 26 hingga 40 tahun.Menurutnya, semakan mendapati kesemua suspek masing-maisng mempunyai tujuh hingga 31 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah."Selain itu, ujian air kencing juga mendapati empat suspek positif dadah jenis amphetamine dan nethamphetamine."Operasi ini turut merampas kenderaan jenis Nissan Navara, peralatan yang digunakan oleh saspek semasa melakukan curi kabel serta tiga gulung kabel milik Telekom Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, polis dapat menyelesaikan beberapa kes curi kabel di Selangor dengan tertangkapnya kumpulan penjenayah ini.Tegas Ramsay, siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998."Mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Shah Alam, Inspektor Mohammad Amirul Zulkifli di talian 012-5583436 bagi membantu siasatan," ujarnya.Tambahnya, orang ramai juga diminta segera menyalurkan maklumat mengenai kehadiran individu mencurigakan di kawasan kediaman masiing-masing bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk terus terpelihara.Sebelum ini, tular rakaman video kejadian pada 2 Mei sekumpulan lelaki menggunakan pacuan empat roda mencuri kabel pada awal pagi di Seksyen 2, Shah Alam.





Kini lebih banyak ruang dalam Bersatu untuk yang setia, kata Tun Faisal - FMT - 10/05 5:56 pm

Ketua Penerangan Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Umno dialu-alukan terima pemimpin-pemimpin 'bermasalah' yang telah dikenakan tindakan oleh Bersatu.





'UMNO boleh ambil bekas pemimpin, ahli Bersatu bermasalah demi kebaikan bersama' - Tun Faisal - Sinarharian - 10/05 5:54 pm

SHAH ALAM - UMNO boleh mengambil bekas pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dikenakan tindakan disiplin untuk menyertai parti berkenaan.Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan itu demi kebaikan bersama."Asyraf Wajdi (Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) dan UMNO boleh mengambil bekas pemimpin dan ahli yang bermasalah ini demi kebaikan bersama."Insya-ALLAH Bersatu akan terus membuka ruang dan menjadi inklusif kepada lebih ramai lagi di luar sana yang lebih berintegriti dan setia."Selain memahami prinsip demokratik dalam berorganisasi, mematuhi perlembagaan serta disiplin parti," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.Pada Sabtu, Dr Asyraf Wajdi memaklumkan UMNO sedia menerima sesiapa sahaja tanpa syarat menyertai parti itu termasuk pemimpin dan ahli Parti Bersatu yang dipecat atau digantung tanpa syarat selain menyifatkan mereka itu berasal dari rahim UMNO juga umpamanya sirih pulang ke gagang.Terdahulu, Lembaga Disiplin Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu, manakala enam lagi wakil rakyat digantung keahlian selama dua penggal pemilihan berkuat kuasa serta-merta.Mereka yang dipecat ialah ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis, kedua-duanya ADUN di Kedah.Enam wakil rakyat Bersatu yang digantung keahlian melibatkan lima Ahli Parlimen dan seorang ADUN iaitu Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.Turut dikenakan tindakan sama ialah Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail dan ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain.Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, tindakan parti itu menjatuhkan hukuman berkenaan adalah langkah tepat untuk memastikan parti dianggotai dan dibarisi pemimpin serta ahli yang setia, berintegriti, faham perlembagaan dan maksud demokratik dalam berorganisasi.Dalam pada itu beliau berkata, kenyataan bekas Ketua Armada Bersatu merangkap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad yang mendakwa parti itu sudah tidak ada nilai kepada akar umbi, langsung tidak menggambarkan apa yang sedang berlaku dalam Bersatu hari ini."Di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sejak bulan Ramadan yang lalu disusuli bulan Syawal, program-program Bersatu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan menakjubkan."Kehadiran lebih 3,000 orang ahli dan penyokong Bersatu semasa Majlis Berbuka Puasa di Lumut berbanding hanya 300 orang di Majlis Berbuka Puasa anjuran Geng SD pada malam yang sama menjelaskan realiti ini."Begitu juga kehadiran, minat dan semangat lebih 1,400 orang ahli Bersatu Selangor yang ditunjukkan dalam Konvensyen Bersatu Selangor baru-baru ini membuktikan Bersatu terus kukuh, harmoni dan teratur selepas ketiadaan Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Geng SD," katanya.





Chow tepis laporan dakwa PH P Pinang akan hilang majoriti 2/3 - FMT - 10/05 5:49 pm

Ketua Menteri Chow Kon Yeow kata ramalan bahawa PH mungkin hanya memenangi 23 daripada 40 kerusi mungkin senario terburuk.





Polis rampas 2 lagi senjata, peluru daripada rumah mekanik di Baling - Sinarharian - 10/05 5:48 pm

BALING - Polis merampas selaras senapang patah, sepucuk pistol tiruan serta lebih 180 butir peluru di rumah seorang mekanik yang sebelum ini ditahan kerana disyaki memiliki senjata api secara haram.Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, kesemua rampasan itu dilakukan pada Rabu lepas hasil soal siasat terhadap suspek lelaki berusia 45 tahun yang kini masih ditahan reman."Suspek telah mendedahkan kewujudan senjata api yang disembunyikan





Polis tolak dakwaan berat sebelah dalam tindakan 2 kes kemalangan - Sinarharian - 10/05 5:18 pm

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak dakwaan mengamalkan tindakan berat sebelah dalam dua kes kemalangan maut, baru-baru ini.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana setiap tindakan diambil berdasarkan bukti, pertimbangan undang-undang dan keadaan kes.Beliau berkata, setiap kes dinilai secara berasingan termasuk mengambil kira keadaan kesihatan dan usia individu terlibat sebelum tindakan seperti reman dibuat."Kita tengok kes demi kes, seperti kes kemalangan itu, pemandu kereta berusia 72 tahun, mempunyai pelbagai penyakit dan sedang menjalani rawatan dialisis





Armada bidas kenyataan Ahmad Zahid, dakwa Bersatu kini ganti UMNO - Sinarharian - 10/05 5:11 pm

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyelar kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan kenyataannya yang mendakwa jangka hayat parti itu tidak akan bertahan lama.Ketua Penerangannya, Harris Idaham Rashid berkata, kenyataan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu jelas tidak berasas kerana fakta membuktikan sebaliknya apabila Bersatu berjaya memenangi 31 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berbanding 26 kerusi dimenangi parti pimpinan Ahmad Zahid."Angka-angka fakta diatas memberi kesimpulan bahawa Bersatu telah berjaya memperoleh mandat rakyat yang jauh lebih cemerlang daripada UMNO."Juga ternyata Bersatu telah diberi lebih kepercayaan oleh rakyat berbanding UMNO





Lori barang kes kemalangan maut terbakar - Sinarharian - 10/05 5:09 pm

KUALA PILAH - Sebuah lori yang merupakan barang kes kemalangan maut terbakar di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Pilah di sini pada Ahad.Kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu berlaku ketika lori berkenaan diletakkan di luar kawasan IPD.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah tiba di lokasi jam 3.05 pagi untuk memadamkan kebakaran terbabit."Api berjaya dikawal dalam tempoh kira-kira 20 minit dan hasil siasatan awal mendapati, lori itu adalah barang kes bagi satu kemalangan jalan raya yang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Kemalangan dipercayai berlaku di Jalan Kuala PilahBatu Kikir membabitkan sebuah lori serta dua kereta lain sehingga mengakibatkan seorang mangsa meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurutnya, lori itu bersama dua kenderaan lain ditahan bagi tujuan pemeriksaan lanjut di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).Bagaimanapun ujarnya, lori berkenaan terpaksa diletakkan di luar kawasan kompaun IPD kerana faktor saiz dan kesesuaian lokasi simpanan."Setakat ini, punca kebakaran masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan dengan bantuan pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)."Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan."Sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatandengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Supiah Ishak di talian 019-9933978," katanya.





Bebas dengan jaminan polis kerana faktor kesihatan, ini penjelasan peguam - Sinarharian - 10/05 5:02 pm

SHAH ALAM - Peguam berpandangan tidak semestinya wujud layanan dua darjat sepertimana didakwa segelintir pihak dalam kes rempuh pelajar Tingkatan Satu di Kota Bharu, Kelantan dan direman berserta kejadian langgar penghantar makanan di Petaling Jaya, Selangor tetapi dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.Menurut peguam, Dr Mahmud Jumaat, ia kerana terdapat perbezaan fakta kes dan pertimbangan siasatan yang dilakukan pihak berkuasa berdasarkan keadaan setiap kes secara tersendiri.Beliau yang sering mengendalikan kes jenayah, korporat, hartanah, syariah dan pengurusan harta berkata, orang ramai perlu memahami perbezaan antara kedua-dua konteks terlebih dahulu bagi mengelakkan timbulnya salah faham."Perkara pertama yang perlu diingat dan ramai sering salah faham apabila seseorang 'dibebaskan dengan jaminan polis', ia bermaksud individu tersebut dilepaskan daripada kesalahan atau tidak akan didakwa





Insiden tertembak: Tan Lek Khang sudah sedar, masih lemah - Sinarharian - 10/05 4:33 pm

JOHOR BAHRU - Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang yang cedera parah dipercayai selepas tertembak diri sendiri di bahagian dada pada 28 April lepas, sudah sedarkan diri semalam.Perkara itu disahkan rakan beliau yang juga bekas ketua penerangan sayap parti itu, Peter Khoo Kong Ek ketika dihubungi Bernama."Beliau sudah sedarkan diri tetapi masih lemah sudah boleh bercakap sedikit," katanya.Bagaimanapun beliau berkata, Lek Khang yang masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini mungkin perlu menjalani satu lagi pembedahan susulan.Lek Khang yang juga ahli perniagaan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas menjalani pembedahan selama empat jam bagi mengeluarkan peluru.Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahman Arsad berkata, Lek Khang dipercayai tertembak diri sendiri ketika mengosongkan peluru daripada pistol miliknya selepas sesi latihan menembak di Lapangan Sasar Ladang Rem di Kota Tinggi.Lek Khang mempunyai lesen senjata api yang sah sejak 2022 untuk tujuan keselamatan diri serta sukan menembak.Sembilan saksi yang berada di lokasi kejadian juga telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan, termasuk lima pengawal peribadi, anak tiri mangsa berusia 19 tahun, jurulatih serta dua rakan mangsa





Hina Sultan Selangor: Polis tunggu laporan analisis data forensik MCMC - Sinarharian - 10/05 4:14 pm

GEORGE TOWN - Polis sedang menunggu laporan analisis data forensik daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung siasatan kes hantaran imej penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dimuat naik di Facebook.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, barangan kes termasuk telefon bimbit milik suspek telah dihantar kepada MCMC untuk tujuan analisis forensik digital yang akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan."Kertas siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) tetapi mereka minta kita tunggu hasil laporan daripada MCMC





152 individu dikesan buang sampah di Bukit Bintang - Sinarharian - 10/05 4:09 pm

ALOR SETAR Sebanyak 152 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dikeluarkan terhadap individu yang didapati membuang sampah di kawasan tumpuan pelancong di Bukit Bintang sejak operasi penguatkuasaan dipertingkatkan bermula 1 Mei lalu.Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed berkata, daripada jumlah itu, 68 notis dikeluarkan hanya dalam tempoh tiga hari sepanjang penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang berlangsung dari 30 April hingga 2 Mei lalu.Menurutnya, operasi berfokus dilaksanakan bagi memastikan tahap kebersihan di kawasan pelancongan utama itu sentiasa terkawal khususnya ketika penganjuran acara berskala besar."Sebagai antara ikon pelancongan dan pusat aktiviti metropolitan utama negara, Bukit Bintang menerima kehadiran ribuan pengunjung tempatan serta antarabangsa setiap hari menerusi pelbagai penganjuran acara hiburan, komersial dan rekreasi berskala besar."Justeru, bermula 1 Mei, SWCorp telah menggandakan pelaksanaan operasi penguatkuasaan dan pemantauan kebersihan secara lebih intensif di sekitar kawasan tersebut bagi memastikan tahap kebersihan sentiasa berada pada standard terbaik setara bandar raya bertaraf dunia," katanya pada sidang akhbar pada Ahad.Beliau berkata demikian selepas meninjau Pelaksanaan Hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Siri Ke-8 di Taman Rekreasi Gunung Keriang di sini.Jelasnya, pendekatan penguatkuasaan terbuka turut dilaksanakan dan membolehkan orang ramai menyaksikan sendiri tindakan terhadap individu yang melakukan kesalahan membuang sampah kecil.Menurutnya, dalam situasi melibatkan kehadiran pengunjung berskala besar dan pergerakan awam yang tinggi, penguatkuasaan secara konsisten dan tanpa kompromi amat penting bagi memastikan tahap kebersihan awam kekal terkawal dan imej bandar terus terpelihara."Pendekatan ini bukan bertujuan mengaibkan, sebaliknya memberi pendidikan kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan awam," ujarnya.Dalam perkembangan berkaitan, Khalid berkata, Program PKM Siri Ke-8 dilaksanakan serentak di Kedah, Melaka, Pahang dan Johor melibatkan 55 pesalah di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).Di Kedah, seramai 24 pesalah termasuk penjawat awam dan pelajar institusi pengajian tinggi berusia antara 19 hingga 55 tahun menjalani hukuman khidmat masyarakat di Taman Rekreasi Gunung Keriang dan Pantai Cenang, Langkawi.Menurutnya lagi, sejak pelaksanaan penguatkuasaan diperkasakan, sebanyak 6,000 NPK telah dikeluarkan di tujuh negeri melibatkan 4,347 warga tempatan dan 1,653 warga asing."Kesalahan paling kerap dikesan ialah membuang puntung rokok





Suami isteri warga Indonesia diberkas bantu siasatan pecah rumah - Sinarharian - 10/05 3:42 pm

AMPANG JAYA Pasangan suami isteri warga Indonesia diberkas bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian pecah masuk sebuah rumah yang mengakibatkan kerugian RM800,000 di Taman Melawati di sini, Khamis lalu.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kedua-dua suspek ditahan pada Jumaat.Menurutnya, tangkapan dijalankan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah rumah berkenaan."Suami isteri berketurunan Indonesia itu telah ditangkap pada 9 Mei bagi membantu siasatan."Kes masih dalam siasatan polis sehingga kini," katanya ringkas pada Ahad.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki mengalami kerugian lebih RM800,000 selepas rumah miliknya di Taman Melawati dipercayai dipecah masuk penjenayah.Khairul Anuar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas pengadu tiba di rumah kira-kira jam 11.30 malam.Mangsa mendapati, ruang tamu dan beberapa bilik di dalam rumah berada dalam keadaan berselerak sebelum pemeriksaan lanjut menemukan kesan umpilan pada pintu belakang rumah.Suspek dipercayai masuk ke dalam rumah dengan cara mengumpil grill dan pintu belakang sebelum menggeledah beberapa bahagian rumah.Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemukan tiga kesan cap jari bagi tujuan siasatan lanjut.Semakan lanjut mendapati beberapa barang kemas serta jam tangan dipercayai hilang dalam kejadian itu.Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.





Murid Tahun Enam meninggal dunia di sekolah pernah mengadu sakit dada - Polis - Sinarharian - 10/05 3:37 pm

KLANG - Seorang murid Tahun Enam yang meninggal dunia selepas rebah ketika menghadiri perhimpunan bulanan di dewan sekolahnya di Klang pada Jumaat, dilaporkan pernah mengadu sakit dada kepada bapanya kira-kira dua minggu lalu.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata, mangsa kemudian dibawa mendapatkan rawatan di klinik sebelum disahkan berada dalam keadaan sihat.Bagaimanapun, katanya, punca sebenar kematian hanya dapat dipastikan selepas laporan bedah siasat diperoleh."Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kerana tiada sebarang unsur jenayah dikesan," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Sabtu.Vijaya Rao berkata, mangsa merupakan anak tunggal kepada seorang anggota polis berpangkat koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.Menurutnya, setakat ini polis sudah merakam keterangan guru besar sekolah berkenaan dan bapa mangsa.Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Fahim Darwisy Yusmafendi,dilaporkan pengsan ketika menghadiri perhimpunan di sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk mendapatkan rawatan.Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas itu





Operasi Tiris 4.0: Rampasan cecah RM23.1 juta, 161 individu ditahan - Sinarharian - 10/05 3:08 pm

MARANG - Operasi Tiris 4.0 (Bersepadu) mencatatkan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM23.1 juta di seluruh negara sehingga Sabtu.Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, statistik tersebut melibatkan 42,894 pemeriksaan di pelbagai premis serta lokasi strategik.Menurut beliau, daripada jumlah pemeriksaan itu, sebanyak 556 kes melibatkan penyelewengan diesel, petrol dan gas petroleum cecair (LPG) telah direkodkan."Seramai 161 individu telah ditahan bagi membantu siasatan dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM23,172,355.91."Penyelewengan diesel mendominasi statistik dengan 249 kes, manakala petrol pula mencatatkan 119 kes," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Penguat Kuasa ke-54 peringkat KPDN Negeri Terengganu di sini yang turut dihadiri Pengarah KPDN Terengganu, Mohd Mufsi Lat.Mengulas lanjut mengenai pecahan kes mengikut negeri, Azman mendedahkan Sarawak merekodkan kes penyelewengan diesel tertinggi iaitu sebanyak 91 kes, diikuti Sabah dan Johor.Bagi petrol pula, Kelantan mencatatkan jumlah kes tertinggi diikuti Sabah, manakala Sabah turut mendahului statistik bagi kes LPG, diikuti Kedah."Secara keseluruhan, hampir semua kategori kes tertinggi dikesan di Sabah





Titah Tengku Mahkota Pahang wajar diberi perhatian serius – Nashriq - Mygazette - 10/05 2:49 pm

# Titah Tengku Mahkota Pahang wajar diberi perhatian serius - Nashriq KUALA LUMPUR Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera berharap Kerajaan Persekutuan memberi perhatian sewajarnya terhadap perkara yang dibangkitkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkaitan kepentingan pembangunan negeri dan kebajikan rakyat di negeri itu. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bera, Nashriq Ismail Sabri berkata, pihaknya menjunjung kasih atas titah baginda yang mahu Pahang diberikan pertimbangan sewajarnya dalam aspek pembangunan serta keperluan rakyat





Peniaga burger antara dua suspek ditahan curi kabel di Kajang - Mygazette - 10/05 2:49 pm

# Peniaga burger antara dua suspek ditahan curi kabel di Kajang KUALA LUMPUR - Seorang peniaga burger antara dua lelaki tempatan yang ditahan polis dipercayai terlibat kes curi kabel dalam kejadian berhampiran Taman Bukit Mewah, Kajang pada Jumaat lalu





Ibu tunggal rugi RM60,500 terperdaya love scam - Mygazette - 10/05 2:49 pm

KUALA TERENGGANU - Seorang ibu tunggal kerugian RM60,500 selepas ditipu sindiket penipuan cinta atau love scam bulan lepas





Seorang lelaki maut, dua parah, ditembak depan pusat hiburan - Mygazette - 10/05 2:49 pm

# Seorang lelaki maut, dua parah, ditembak depan pusat hiburan ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki maut, seorang lagi lelaki parah manakala seorang lagi menghilangkan diri selepas ditembak di sebuah pusat hiburan di Taman Industri Jaya, Skudai di sini malam tadi





Bunuh OKU: Dua lelaki direman ada rekod dadah - Sinarharian - 10/05 2:45 pm

BACHOK - Dua lelaki yang direman enam hari pada Ahad bagi membantu siasatan kes bunuh orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, memiliki rekod dadah.Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, mereka berdua juga merupakan rakan kepada mangsa."Kedua-dua suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan di Kubang Kerian dan Kota Bharu pada kira-kira jam 1 dan 3 pagi Ahad."Salah seorang suspek bekerja sebagai peniaga pakaian manakala seorang lagi merupakan penganggur," katanya ketika dihubungi pemberita pada Ahad.Sinar Harian Online melaporkan dua lelaki direman enam hari pada Ahad bagi membantu siasatan kes bunuh OKU pembelajaran, Muhammad Zakir Fikry yang bekerja sebagai pemasang jubin.Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.Suspek tiba di mahkamah pada jam 9.40 pagi dengan memakai pakaian lokap, bergari serta diiringi anggota polis.Sebelum ini, Muhammad Zakir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian pada jam 12.55 pagi pada 15 April selepas mengalami kecederaan parah.Mangsa sebelum itu ditemukan terbaring di tepi jalan pada jam 7.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka dan kepala dengan punca kematian disahkan akibat trauma tumpul.Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Kes tembakan depan pusat hiburan: Seorang maut, dua lagi parah - Sinarharian - 10/05 1:48 pm

ISKANDAR PUTERI - Tiga lelaki menjadi mangsa dalam kejadian tembakan di sebuah pusat hiburan di Taman Industri Jaya, Skudai di sini pada malam Sabtu.Dalam kejadian itu, seorang lelaki maut manakala dua lagi parah akibat terkena tembakan





Polis 'pukat' remaja merempit - Sinarharian - 10/05 1:25 pm

KUALA LANGAT - Kumpulan remaja dan pelajar sekolah yang menunggang motosikal tanpa lesen memandu dan kenderaan itu yang diubah suai dengan bunyi bising dikejutkan dengan operasi polis di sini Jumaat lalu.Operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat susulan aduan awam.Difahamkan, ketika operasi penguatkuasaan itu, rata-rata golongan remaja terbabit hendak keluar melepak.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, Op Motosikal bermula jam 10 malam itu dijalankan di sekitar Bukit Changgang dan Banting bagi membanteras aktiviti samseng jalanan.Menurutnya, operasi sehingga jam 4 pagi bertindak memeriksa 35 individu dan 30 motosikal."Hasil operasi telah mengeluarkan 55 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu dan perlindungan insurans, ubah suai ekzos dan struktur kenderaan serta tidak memakai topi keledar."Enam motosikal kerana ditunggang tanpa lesen memandu serta ubah suai ekstrem turut disita," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Beliau berkata, semasa operasi dilakukan, terdapat cubaan penunggang untuk melarikan diri namun keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang tindakan agresif.Katanya, pihak polis memandang serius kegiatan samseng jalanan yang bukan sahaja melanggar undang-undang, malah membahayakan pengguna jalan raya lain."Ibu bapa juga diingatkan agar tidak membenarkan anak bawah umur menunggang motosikal selain memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan sah di sisi undang-undang," katanya.Tegas beliau, operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.





Peniaga burger antara dua suspek ditahan kes curi kabel - Sinarharian - 10/05 12:23 am

KAJANG Seorang peniaga burger antara dua suspek diberkas dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di sekitar daerah ini.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kedua-dua suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerusi beberapa serbuan di sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi.Menurutnya, tangkapan dibuat hasil maklumat orang ramai serta risikan yang dijalankan pihak polis."Suspek pertama berusia 29 tahun merupakan seorang peniaga burger dan mempunyai satu rekod jenayah lampau."Suspek kedua pula berumur 43 tahun, tidak bekerja serta mempunyai 10 rekod jenayah dan empat rekod narkotik," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Naazron berkata, kedua-dua suspek direman sehingga 12 Mei bagi membantu siasatan lanjut."Polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna perak yang dipercayai digunakan semasa kejadian."Bagaimanapun, usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang," katanya.Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 379 Kanun Keseksaan.Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada penahanan suspek."Polis menyeru masyarakat supaya terus bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-89114243," katanya.Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan beberapa individu dipercayai sedang mencuri kabel di sebuah tamah perumahan di sini.Kesemua suspek kemudian bertindak melarikan diri selepas kegiatan mereka disedari dan ditegur penduduk setempat.





Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan - Sinarharian - 10/05 11:53 am

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dilaporkan maut dalam satu kejadian tembak di Taman Industri Jaya, di sini, pada malam Sabtu.Beberapa foto memaparkan keadaan mangsa terbaring berlumuran darah tular di media sosial.Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan jam 11 malam."Kes berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di Taman Industri Jaya dan siasatan lanjut sedang dijalankan."Polis sedang giat menyiasat untuk mengetahui motif dan punca kejadian," katanya.Jelas beliau, polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu.





Krisis politik Negeri Sembilan: Pas Rasah persoal setiakawan dua ADUN Bersatu - Sinarharian - 10/05 11:21 am

SEREMBAN - Tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan yang secara terbuka mengambil pendirian berkecuali dalam isu penarikan sokongan terhadap Menteri Besar menimbulkan persoalan besar terhadap komitmen serta semangat setiakawan dalam Perikatan Nasional (PN).Pas Kawasan Rasah dalam satu kenyataan berkata, tindakan tersebut disifatkan sebagai satu sikap tidak konsisten dan 'flip-flop', apatah lagi ketika keputusan awal dibuat secara bersama dan kolektif dalam kalangan pimpinan pembangkang negeri terbabit."Persoalannya, kenapa ketika kesepakatan dicapai sebelum ini mereka boleh bersama menyatakan sokongan secara kolektif, namun kini secara tiba-tiba memilih untuk berkecuali?"Di manakah semangat setiakawan dalam PN Negeri Sembilan? Apakah sebenarnya agenda Bersatudalam isu ini?" kata kenyataan itu.Kenyataan tersebut turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan ADUN Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker, yang juga Ketua Pembangkang di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, kerana dianggap mengelirukan dan tidak konsisten."Justeru, Pas Kawasan Rasah berpandangan bahawa kedudukan beliau wajar dinilai semula oleh pimpinan PN."Pas Kawasan Rasah menggesa agar kerusi DUN Labu dikembalikan kepada Pas pada pilihan raya negeri atau Plihan Raya Umum ke-16 akan datang demi memastikan suara dan prinsip perjuangan terus dipertahankan secara konsisten dan berprinsip," katanya.Sebelum ini media melaporkan Mohamad Hanifah dan ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad membuat kejutan apabila secara tiba-tiba mengumumkan mengambil langkah berkecuali berhubung tindakan UMNO yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Ia selepas beberapa hari mereka bersama tiga ADUN Pas menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan 14 ADUN UMNO yang menyatakan sudah hilang kepercayaan terhadap Aminuddin.





Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika potong wayar - Polis - Sinarharian - 10/05 10:58 am

KOTA KINABALU - Lelaki yang ditemukan maut di atas bumbung sebuah restoran di Karambunai, pada Sabtudipercayai cuba memotong wayar elektrik.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan lelaki tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.Menurutnya,sepasukan pegawai dan anggota polis digerakkan ke lokasi bersama wakil Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Sabah Electricity Sdn Bhd bagi memastikan keselamatan dan tindakan lanjut."Pegawai perubatan kemudiannya menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia kira-kira jam 3.02 petang."Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa dipercayai cuba memotong wayar elektrik yang berada di atas bumbung restoran sebelum terkena renjatan."Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan terbakar dan melecur pada bahagian jari kanan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, setakat ini, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)."Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tujuan bedah siasat dan tindakan lanjut," katanya.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.Sementara itu, dalam kes berasingan,seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri di belakang sebuah rumah di Taman Iramanis di sinikira-kira jam 5.30 petang, Sabtu."Pengadu yang dimaklumkan jiran, bergegas pulang dan mendapati lelaki itu terbaring di belakang pintu dapur rumah sebelum menghubungi pihak ambulans dan polis."Hasil pemeriksaan pasukan perubatan mendapati lelaki tersebut disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.34 petang," katanya.Syed Lot berkata,siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kematian mangsa."Mayat dibawa ke Unit Forensik HQEI untuk tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai SDR," katanya.





Salleh saran gubal enakmen baharu iktiraf kerajaan desa - FMT - 10/05 10:11 am

Bekas ketua menteri Sabah itu merujuk kejayaan kawasan Tamparuli mengadakan pemilihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk 94 kampung secara serentak.





Titah Tengku Mahkota Pahang wajar diperhalusi Putrajaya, kata Pemuda Umno Bera - FMT - 10/05 9:16 am

Ketuanya Nashriq Ismail Sabri berkata pandangan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah itu dibuat atas kepentingan kesejahteraan rakyat.





Peniaga rugi RM86,735 angkara 'Cikgu Faizal' - Sinarharian - 10/05 9:06 am

KUALA TERENGGANU Seorang peniaga berusia 54 tahun berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM86,735 lesap selepas terperdaya dengan taktik licik seorang lelaki yang menyamar sebagai guru dari sebuah sekolah di Marang.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa didatangi suspek yang memperkenalkan diri sebagai 'Cikgu Faizal' dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa semasa berada di kedainya di sini pada 30 April lalu.Menurutnya, suspek berpura-pura mahu berbincang mengenai pembekalan mozek dan menyatakan hasrat untuk membuat tempahan 45 set meja serta kerusi kantin dengan nilai keseluruhan RM122,450."Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa untuk berurusan dengan seorang individu kononnya pembekal bernama 'Kevin' bagi tujuan rundingan penyediaan set perabot tersebut."Terpancing dengan tawaran tender berkenaan, mangsa telah melakukan dua transaksi pembayaran deposit berjumlah keseluruhan RM86,735 ke satu akaun bank atas nama syarikat pembinaan pada 6 dan 7 Mei lalu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Azli berkata, mangsa yang mula berasa curiga kemudiannya hadir ke SMK Bukit Sawa pada Sabtu lalu bagi mendapatkan pengesahan lanjut."Bagaimanapun, mangsa terkejut apabila pihak sekolah memaklumkan tiada sebarang urusan pembelian atau penghantaran barang dilakukan, malah dokumen yang diterima mangsa adalah palsu."Menyedari dirinya ditipu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," jelasnya.Beliau berkata, siasatan awal mendapati wang kerugian itu adalah hasil simpanan peribadi mangsa dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan."Orang ramai khususnya para peniaga dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan melakukan semakan terperinci dengan pihak pengurusan sekolah atau jabatan berkaitan sebelum bersetuju dengan sebarang tawaran tender bagi mengelak menjadi mangsa penipuan," ujarnya.





'Bersatu patut pecat saya, bukan gantung' - ADUN Chenderoh - Sinarharian - 10/05 8:16 am

IPOH - Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya menggantung keahlian beberapa pemimpin parti kerana melanggar disiplin parti, bukan memecat, didakwa sebagai langkah menutup kelemahan kepimpinan parti itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zinyang digantung keahliannya mendakwa,keputusan lembaga disiplin itu dibuat tanpa proses yang terbuka, adil, dan telus.Menurutnya, biarpun menerima keputusan itu dengan tenang, rakyat dan akar umbi Bersatu berhak mengetahui punca sebenar mengapa semakin ramai pemimpin yang digantung dan dipecat."Persoalannya mudah, jika benar saya melakukan kesalahan besar mengapa hanya digantung, mengapa tidak dipecat terus?"Tindakan separuh jalan ini jelas memperlihatkan kepimpinan parti sendiri berada dalam keadaan tertekan, tidak yakin dan semakin bercelaru dalam mengurus parti," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Syed Lukman Hakim berkata, krisis yang berlaku ketika ini berpunca daripada sikap kepimpinan tertinggi parti yang dilihat semakin obses untuk terus kekal berkuasa dan terlalu tertumpu kepada cita-cita politik peribadi berbanding kestabilan parti.Menurutnya, ramai ahli parti mempersoalkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih dilihat mahu terus mengangkat dirinya sebagai calon utama Perdana Menteri sedangkan realiti politik semasa memerlukan pendekatan baharu yang lebih sederhana, terbuka dan berpijak di bumi nyata.Katanya, sikap kepimpinan yang dilihat terlalu mempertahankan kedudukan sendiri itu menjadi penyebab tercetusnya rasa tidak puas hati di pelbagai peringkat dalam parti.Jelasnya, banyak persoalan turut dibangkitkan oleh akar umbi berkaitan perjalanan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT), proses pemilihan parti dan cara pengurusan dalaman parti yang didakwa tidak lagi mencerminkan semangat demokrasi sebenar.Beliau berkata, tindakan disiplin dalam parti yang bersifat terpilih dan tidak konsisten juga menyebabkan ahli akar umbi kurang senang dengan kepimpinan."Bersatu kononnya berani dan tegas, tetapi hakikatnya hanya pandai bercakap





Murid Tahun Enam meninggal dunia selepas pengsan di sekolah - Mygazette - 10/05 7:32 am

# Murid Tahun Enam meninggal dunia selepas pengsan di sekolah SHAH ALAM - Seorang murid tahun enam meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang semalam selepas pengsan ketika sedang mengikuti perhimpunan di sebuah sekolah di Kapar





Tiada unsur jenayah kes kejar mengejar di Elmina Lakeside Mall –... - Mygazette - 10/05 7:32 am

# Tiada unsur jenayah kes kejar mengejar di Elmina Lakeside Mall - Polis KUALA LUMPUR Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden tular melibatkan dakwaan cubaan samun berhampiran Elmina Lakeside Mall, sebaliknya kes disiasat dari sudut kemalangan jalan raya





Akmal yakin UMNO-BN kekal perintah Melaka, Johor walau turun solo PRU-16 - Mygazette - 10/05 7:31 am

# Akmal yakin UMNO-BN kekal perintah Melaka, Johor walau turun solo PRU-16 KUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasional (BN) yakin mampu terus mempertahankan pentadbiran di Johor dan Melaka walaupun bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) serta Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada prestasi kerajaan negeri diterajui BN yang menurutnya berjaya membuktikan kemampuan mentadbir dengan baik serta stabil





UMNO terbuka pertimbang penyertaan wakil rakyat, pemimpin Bersatu dipecat, .. - Mygazette - 10/05 7:31 am

# UMNO terbuka pertimbang penyertaan wakil rakyat, pemimpin Bersatu dipecat, digantung - Zahid BAGAN DATUK - UMNO akan mempertimbangkan penyertaan wakil rakyat dan pemimpin Bersatu yang dipecat atau digantung sekiranya mereka memohon menyertai parti itu menerusi inisiatif Rumah Bangsa





Naqib tegur pemimpin tertinggi DAP guna singkatan M’sia Naqib tegur .. - Mygazette - 10/05 7:31 am

# Naqib tegur pemimpin tertinggi DAP guna singkatan M'sia JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara, Dr Naqib Ghazali menegur seorang pemimpin tertinggi DAP menulis nama Malaysia dengan singkatan M'sia dalam hantaran Facebook miliknya kerana boleh menimbulkan salah faham





Kena terima hakikat berada pada titik terendah, Umno Terengganu diberitahu - FMT - 9/05 11:57 pm

Ketua Umno Terengganu berkata, pemimpin parti harus iktiraf kekuatan pihak lawan, cari jalan dekati rakyat langkaui retorik politik.





Agong Ketua Negara Malaysia pertama hadir sambutan Hari Kemenangan di Moscow - Sinarharian - 9/05 11:20 pm

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim melakar sejarah apabila menjadi Ketua Negara Malaysia pertama diundang sebagai Tetamu Kehormat ke Sambutan Ulang Tahun Ke-81 Hari Kemenangan di Moscow, Rusia, hari ini.Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, undangan khas daripada Presiden Rusia Vladimir Putin kepada Seri Paduka Baginda itu mencerminkan pengiktirafan tertinggi kerajaan negara berkenaan terhadap Malaysia serta hubungan baik antara kedua-dua negara.Seri Paduka Baginda turut berkenan menyaksikan perarakan ketenteraan di Dataran Merah bersama-sama Presiden Putin serta beberapa pemimpin dunia lain termasuk Presiden Belarus Aleksandr Lukashenko, Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev, Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev, Presiden Laos Thongloun Sisoulith dan Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.Hari Kemenangan disambut setiap tahun dengan penuh istiadat di Moscow bagi memperingati kemenangan Kesatuan Soviet dalam Perang Dunia Kedua dari 1941 hingga 1945, yang turut diiringi perarakan ketenteraan besar-besaran di Dataran Merah.Keberangkatan Sultan Ibrahim ke Moscow sebagai Tetamu Kehormat mencerminkan kedudukan Malaysia yang semakin dihormati di persada antarabangsa, selain menzahirkan peranan penting Institusi Diraja dalam memperkukuh hubungan antarabangsa demi manfaat bersama.- Bernama





'Bosan tiada kawan bersembang' - Remaja perempuan OKU hilang ditemui di rumah rakan - Sinarharian - 9/05 9:06 pm

KANGAR - Remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran yang dilaporkan hilang di sebuah klinik kesihatan pada Khamis lepas ditemukan selamat semalam.Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, remaja berusia 13 tahun itu ditemukan di rumah seorang rakan perempuan oleh ibunya pada jam 6.30 petang, selepas dimaklumkan oleh saudara menerusi panggilan telefon kira-kira 20 minit sebelum itu."Keterangan remaja perempuan itu mendapati dia keluar dari klinik kesihatan untuk ke sebuah bank dengan berjalan kaki bagi menyemak duit bantuan OKU sebelum memutuskan ke rumah rakan itu."Dia memberitahu telah mendapat izin daripada ibunya untuk bermalam di rumah itu kepada ibu bapa rakannya





Cubaan tiga lelaki disyaki curi kabel gagal selepas disergah penduduk - Sinarharian - 9/05 8:41 pm

KAJANG Tindakan sekumpulan individu mencuri kabel gagal apabila disedari penduduk setempat dalam kejadian berhampiran Taman Bukit Mewah di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang Sabtu.Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.15 petang melibatkan tiga lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti."Suspek dipercayai menggunakan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna perak ketika sedang memotong kabel yang disyaki milik Telekom Malaysia (TM)."Bagaimanapun, semua suspek bertindak melarikan diri selepas kegiatan mereka disedari dan ditegur penduduk setempat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, usaha mengesan semula suspek yang terlibat sedang giat dijalankan polis.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 379 Kanun Keseksaan."Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Balasundaram Gobal di talian 010-2272724."Orang ramai turut dinasihatkan agar segera menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-89114243 sekiranya mempunyai maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah," katanya.Terdahulu, tular video di media sosial yang memaparkan beberapa individu dipercayai sedang mencuri kabel di sebuah taman perumahan di sini.Aksi mereka bagaimanapun disedari penduduk sekitar sebelum kesemua individu terbabit melarikan diri dari lokasi kejadian menaiki sebuah kereta.





Penunggang motosikal maut digilis treler - Sinarharian - 9/05 8:33 pm

BESUT Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak ke laluan bertentangan sebelum digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuala TerengganuKota Bharu, berhampiran Kampung Gerai di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd Faris Harun, 33, yang menunggang motosikal jenis Demak EVO disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan bermula apabila sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berhenti di simpang tiga untuk membelok ke kanan."Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dari arah belakang dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan kereta berkenaan."Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah treler kontena jenis Mercedes-Benz yang datang dari arah hadapan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.Mohd Rozaime berkata, pemandu kereta dan pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan."Mayat mangsa yang beralamat di Kampung Telaga Nibong, Jerteh dihantar ke Hospital Besut untuk proses bedah siasat dan hasil laporan mengesahkan punca kematian disebabkan kecederaan parah pada kepala akibat kemalangan jalan raya," katanya.Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Dalam pada itu, katanya, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan memandu dengan lebih berhati-hati."Pastikan jarak selamat antara kenderaan sentiasa dijaga bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang," ujarnya.




Reformasi     >>



Pemuda AMANAH diminta mula gerakkan jentera dari .. - Harapandaily
Pemuda AMANAH diingatkan supaya mula memperkukuh gerak kerja dan mempersiapkan jentera parti susulan kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa. Perkara itu disampaikan Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof ketika sesi Ramah Mesra bersama Pemuda AMANAH Negeri ..
Kroni     >>



Kerajaan kaji subsidi RON95 golongan kaya - Utusan
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan subsidi petrol untuk golongan berpendapatan tinggi bagi membantu negara mengharungi keadaan ekonomi semasa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut sudah diteliti oleh Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK), Tan Sri ..
Tabloid     >>



EPL: Arsenal semakin hampir bergelar juara - Kosmo
LONDON – Arsenal FC semakin hampir menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selama 22 tahun selepas meraih kemenangan dramatik 1-0 ke atas West Ham, sebentar tadi. Pada aksi di Stadium London itu, pemain Belgium, Leandro Trossard yang meledak gol kemenangan pada minit ke-83 untuk ..
Tech     >>



Sunday Reboot: Chip issues, oranges, and Tony Awards - Appleinsider
In this week's "Sunday Reboot," a good chip issue for Apple to have, regulatory comparisons with oranges, and "Schmigadoon!" gets 12 Tony Award nominations. Tony Awards, orange trademarks, and chip issues Sunday Reboot is a weekly column covering some of the lighter stories within the Apple ..
World     >>



Oil climbs as Netanyahu warns Iran conflict is not .. - Cnbc
Oil prices jumped on Monday after Israel warned that the conflict with Iran was still ongoing.
Motor Trend     >>



Bandar Frankfurt Kini Operasi 34 Lori Elektrik .. - Careta
Penambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan lori elektrik tugas berat yang digunakan di bandar itu kini meningkat kepada 34 unit. Kesemua lori berkenaan dikendalikan oleh FES Frankfurter Entsorgungs und Service GmbH, syarikat pengurusan sisa dan pembersihan bandar utama di Frankfurt am Main