///
See Also: Shutterstock

Search : Kemboja News   Page 1    



Anwar diiktiraf tokoh Muslim paling berpengaruh ke-10 di dunia - Mgazette - 30/10 2:14 pm

Penilaian ini dibuat berdasarkan pengaruh tokoh Muslim, yang didefinisikan sebagai kemampuan untuk membawa perubahan ketara dalam dunia Islam atau dalam kalangan umat Islam sama ada dari aspek budaya, ideologi, kewangan, politik atau bidang lain, dengan impak dilihat sebagai positif atau negatif bergantung perspektif. Dalam pengenalan ringkas mengenai Anwar, penerbitan itu menyatakan bahawa Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja susulan beberapa hari pertempuran sempadan serta lantang bersuara mengenai perjuangan rakyat Palestin menghadapi kekejaman Israel





27 rakyat Singapura, tujuh warga Malaysia antara suspek baharu sindiket penipuan di Kemboja - Astroawani - 30/10 1:43 pm

Operasi dilancarkan pada 9 Sept terhadap Kumpulan Jenayah Terancang yang menyamar sebagai pegawai kerajaan dan menyasarkan mangsa di Singapura.





Trump Puji Anwar Ibrahim, Malaysia Jadi Pengantara Keamanan Antara Thailand Dan Kemboja - Ohmedia - 30/10 1:37 pm

Trump puji Anwar Ibrahim selepas Malaysia berjaya jadi pengantara rundingan damai Thailand-Kemboja





Kejayaan Malaysia di Sidang Kemuncak ASEAN wajar jadi kebanggaan bersama - PM - Sinarharian - 30/10 1:29 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini seharusnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik, dan bukannya dijadikan bahan kecaman atau perbalahan.Beliau berkata, antara kejayaan besar yang dicapai semasa penganjuran sidang kemuncak itu termasuk penerimaan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN serta termeterainya Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja, yang wajar dijadikan kebanggaan bersama rakyat Malaysia.Anwar berkata, pengiktirafan antarabangsa, termasuk daripada kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), terhadap peranan aktif Malaysia dalam menjayakan rundingan damai di rantau ini jelas membuktikan keupayaan diplomatik negara yang semakin diyakini dunia."Apatah lagi dengan keadaan sekarang apabila nama kita harum, nama Malaysia harum





Agong terima menghadap PM, dipersembah hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 - Sinarharian - 30/10 12:01 am

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku di sini pada Khamis.Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda dipersembahkan mengenai hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di ibu negara minggu lalu.Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam memaklumkan bahawa sebanyak 80 dokumen hasil diterima dan diluluskan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober.Dokumen berkenaan termasuk Kenyataan Bersama Pemimpin ASEAN dengan Amerika Syarikat, Jepun, India, New Zealand dan Australia hasil daripada Sidang Kemuncak ASEAN+3, Sidang Asia Timur (EAS), Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) dan Pemimpin Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).Menurut PMO, satu lagi kejayaan penting ialah pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja yang disaksikan Perdana Menteri dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.Malaysia secara rasmi menyerahkan Kepengerusian ASEAN kepada Filipina, secara simboliknya menandakan peralihan kepimpinan ketika Malaysia memasuki fasa akhir selaku pengerusi bagi 2025





'Malaysia hebat, PM Anwar juga hebat' - Trump - Hmetro - 30/10 11:38 am

Gyeongju : Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terus memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan kejayaan Malaysia memainkan peranan penting dalam memeterai perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja, minggu lalu





Perjanjian damai Thailand-Kemboja: Trump puji peranan Anwar - Mkini - 30/10 10:33 am

Trump menyifatkan konflik antara kedua-dua negara itu sebelum ini sebagai terlalu panas dengan peluru berterbangan di merata tempat.





PM Anwar diiktiraf sebagai tokoh Muslim paling berpengaruh ke-10 dunia - Sinarharian - 30/10 9:58 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dinamakan sebagai tokoh Muslim paling berpengaruh ke-10 dalam edisi 2026 buku The Worlds 500 Most Influential Muslims, yang diterbitkan oleh Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISSC), Jordan.Kenaikan Anwar ke tangga ke-10 daripada kedudukan ke-15 tahun lepas (2025) dalam kategori sama mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap kepimpinannya serta kedudukan Malaysia di peringkat global.Dalam penerbitan buku tersebut, Anwar disenaraikan antara 50 tokoh Muslim paling berpengaruh di dunia, bersama-sama tokoh lain seperti Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani yang menduduki tempat pertama, Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud (kelapan) dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto (15).RISSC turut mencatatkan bahawa Anwar berada di tangga ketujuh dalam kategori pemimpin Islam dan ahli politik paling berpengaruh di dunia, naik daripada tempat kesembilan tahun lepas, mengatasi Prabowo (10) dan Presiden Mesir Abdel Fattah Saeed Al-Sisi (13).Penilaian ini dibuat berdasarkan pengaruh tokoh Muslim, yang didefinisikan sebagai kemampuan untuk membawa perubahan ketara dalam dunia Islam atau dalam kalangan umat Islam sama ada dari aspek budaya, ideologi, kewangan, politik atau bidang lain, dengan impak dilihat sebagai positif atau negatif bergantung perspektif.Dalam pengenalan ringkas mengenai Anwar, penerbitan itu menyatakan bahawa Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja susulan beberapa hari pertempuran sempadan serta lantang bersuara mengenai perjuangan rakyat Palestin menghadapi kekejaman Israel."Anwar membantu membina kepercayaan antara Bangkok dan Phnom Penh, mengukuhkan imej Malaysia sebagai pengantara keamanan yang konstruktif di Asia Tenggara





Lelaki China bawa dadah dalam bagasi ditahan di KLIA - Mgazette - 30/10 7:46 am

# Lelaki China bawa dadah dalam bagasi ditahan di KLIA KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warganegara China ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 selepas dikesan cuba menyeludup dadah jenis ketamin semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.25 petang itu, pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang bertugas di Mesin Pengimbas MPA2 telah mengesan imej mencurigakan dalam dua bagasi milik penumpang yang baharu tiba dari Sihanoukville, Kemboja menerusi penerbangan KT175





Di pentas Apec, Trump puji Malaysia meterai perjanjian damai Thailand-Kemboja - FMT - 30/10 12:03 am

Presiden Amerika Syarikat itu berkata Perjanjian Damai Kuala Lumpur itu menyelamatkan berjuta-juta nyawa.





Trump masih belum 'move on' dengan Malaysia, sekali lagi puji Anwar - Sinarharian - 29/10 9:21 pm

SHAH ALAM - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi dilihat belum move on apabila memuji Malaysia dan Perdana Menterinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau menyentuh mengenai keamanan serantau sambil menceritakan mengenai Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Accord) antara Thailand dan Kemboja.Menurut Trump, Malaysia cemerlang sebagai mediator antara kedua-dua negara berkenaan."Kami juga menikmati fasiliti terbaik di Malaysia kerana terdapat bahang di antara kedua-dua negara ini (termasuk cuaca)





Anwar hadiri APEC Korea Selatan 2025, teruskan misi diplomasi - Sinarharian - 29/10 6:22 pm

SHAH ALAM - Setelah kejayaan pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Accord) antara Thailand dan Kemboja, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusikan misi diplomasinya ke Gyeongju, Korea Selatan pula.Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar akan memulakan lawatan kerja ke Gyeongju untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang berlangsung selama dua hari iaitu 31 Oktober dan 1 November ini.Bagaimanapun, menurut Tunku Nashrul, Anwar dijadual bergerak ke Parlimen terlebih dahulu pada pagi Khamis bagi menghadiri Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT)."Berhubung fokus Malaysia di APEC, insya-ALLAH Perdana Menteri akan menekankan kepentingan keterangkuman pengukuhan rantaian bekalan, ekonomi digital dan pembangunan mampan selain mengetengahkan kerangka dasar negara dalam transformasi digital serta kecerdasan buatan (AI)."Lawatan ini juga memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan dengan barisan pemain utama industri bagi membincangkan peluang perniagaan dan pelaburan, di samping meningkatkan lagi Perkongsian Strategik antara Malaysia serta Republik Korea."Semoga usaha yang berterusan sama ada di pentas ASEAN mahupun APEC terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai negara yang berprinsip, progresif dan komited memperjuangkan keadilan serta keamanan serantau demi masa depan negara," katanya.Beliau berkata demikian ketika siaran langsung taklimat harian Jabatan Perdana Menteri (PMO) di Facebook pada Rabu.Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan melabuhkan tirai dengan jayanya bermula 26 hingga 28 Oktober lalu di mana Malaysia bertindak selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.Anwar ketika majlis penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berpandangan, kejayaan blok serantau itu bukan sahaja diukur menerusi pemeteraian dokumen, sebaliknya disiplin untuk bertindak dengan sabar, membangun mengikut rentaknya sendiri dan kekal tenang dalam ketidaktentuan.Sementara itu, Tunku Nashrul menambah, sidang kemuncak kali ini mengukir sejarah tersendiri dan membuktikan kredibiliti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN di bawah tema Keterangkuman dan Kemampanan.Jelasnya, ia himpunan terbesar dan berprofil tinggi setakat ini melibatkan kehadiran kesemua pemimpin ASEAN, sembilan rakan dialog serta empat tetamu Pengerusi.Kata beliau, pemeteraian KL Accord, kemasukan secara rasmi Timor-Leste sebagai anggota ASEAN ke-11, penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ASEAN Trade in Goods Agreement-ATIGA), Perjanjian Perdagangan Bebas ASEANChina (ACFTA) 3.0, Konsensus Lima Perkara (5PC) serta pertukaran pandangan mengenai isu Laut Cina Selatan dan Palestin antara kejayaan yang membanggakan."Menerusi kejayaan ini, Perdana Menteri menegaskan bahawa ia tidak akan berhasil tanpa jasa, bakti dan keringat petugas yang menjalankan amanah sebaiknya dari agensi kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sukarelawan serta pengamal media."Ribuan terima kasih diucapkan atas komitmen dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan kelancaran penganjuran sidang kemuncak ini."Perdana Menteri juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas dukungan dan kesabaran yang diberikan sepanjang proses diplomasi ini berlangsung," ujar beliau





Malaysia teguh pertahan prinsip kemanusiaan walau meraikan kuasa besar - Amanah Kedah - Sinarharian - 29/10 3:54 pm

ALOR SETAR - Malaysia tidak akan sesekali menukar prinsip diplomasi hanya demi sorakan kuasa besar dunia, sebaliknya terus berpegang kepada nilai kemanusiaan sejagat yang menjadi teras dasar luar negara ini.Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, persidangan ASEAN di Kuala Lumpur membuktikan Malaysia kini diiktiraf sebagai pusat graviti baharu dalam dunia multipolar yang sedang terbentuk.Menurut beliau, kehadiran kuasa-kuasa utama dunia bukan sekadar acara protokol, tetapi suatu pengiktirafan bahawa Malaysia kini memainkan peranan sebagai penyelaras strategik dalam percaturan geopolitik serantau dan antarabangsa."Malaysia kekal mengamalkan diplomasi ketamadunan, menyantuni tetamu dengan adab warisan Nusantara tanpa mengorbankan prinsip moral dalam isu kemanusiaan."Namun adab tidak bermaksud berkompromi terhadap moral imperatif dalam isu kemanusiaan."Gaza ialah kompas nurani Malaysia. Tarian dan sorakan bukan ukuran diplomasi jika tragedi kemanusiaan sedang berlaku tanpa henti di Palestin," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Asmirul Anuar menegaskan, Malaysia berdiri teguh bersama negara-negara Selatan Global dalam menolak hipokrasi kuasa besar serta penindasan, sejajar dengan tindakan Afrika Selatan membawa rejim aparteid moden ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas dakwaan pembunuhan beramai-ramai."Ini membuktikan dunia membangun tidak lagi rela menjadi penonton terhadap penodaan undang-undang antarabangsa."Isu Gaza kekal dibawa dalam koridor diplomasi kerana kelazimannya keputusan besar sering terbit daripada rundingan sisi yang bersahaja tetapi mendalam."Walaupun Malaysia konsisten memperjuangkan keadilan untuk Palestin, kerajaan turut mengimbangi pendirian moral itu dengan keperluan geopolitik ekonomi yang strategik serta tidak akan mengkhianati integriti kemanusiaannya," jelasnya.Tambah beliau, antara perkara yang diberikan perhatian ialah rundingan semula kadar duti import sebanyak 19 peratus oleh Amerika Syarikat agar pendedahan perdagangan Malaysia tidak terjejas, selain melindungi industri semikonduktor negara daripada tekanan tarif yang boleh menjejaskan rantaian nilai global."Malaysia juga menjadi perantara jujur dalam rundingan damai antara Thailand dan Kemboja, selain Kuala Lumpur menjadi pentas diplomasi Amerika Syarikat-China Track II Dialogues, menunjukkan negara ini dipercayai kedua-dua pihak dalam persaingan kuasa global," ujarnya.Asmirul Anuar berkata, kehadiran negara seperti Brazil dan Afrika Selatan turut mengesahkan komitmen Malaysia terhadap peluasan kerjasama Perkongsian BRICS dalam memperkukuh kepelbagaian ekonomi global yang bebas daripada dominasi satu kuasa tunggal."Sementara keanggotaan rasmi Timor-Leste sebagai ahli ASEAN ke-11 membuka peluang pembangunan pasaran hadapan kepada syarikat Malaysia, manakala penglibatan Kanada pula memperkukuh kedudukan negara sebagai gerbang strategik ke Asia," jelasnya.Menurut beliau, Malaysia bukan sekadar menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa tetapi suara penjaga keadilan sejagat yang menegakkan keadilan global."Setiap salam diplomasi yang kita hulurkan disertai ingatan bahawa hak asasi tidak boleh digadaikan demi pesta meraikan ego mana-mana kuasa," tambahnya.Katanya, Malaysia akan terus melangkah sebagai negara berdaulat yang menyulam keuntungan strategik tanpa meninggalkan maruah dan solidariti umat, mencerminkan kepimpinan negara yang berprinsip, bermaruah serta berpandangan jauh.





Farm Fresh luas sayap ke Kemboja - Sinarharian - 29/10 11:15 am

SHAH ALAM Syarikat pengeluar susu tempatan, Farm Fresh Berhad, melangkah setapak ke hadapan apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Alpha Group Co. Ltd bagi membangunkan ladang tenusu berskala besar serta kemudahan pembuatan produk tenusu di Kemboja.Majlis menandatangani MoU itu diadakan di ibu negara dan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Yang Berhormat Sun Chanthol.MoU tersebut dibuat antara Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee, dan Pengerusi serta Pengasas Alpha Group, Neak Oknha Ly Kunthai.Sun Chanthol yang juga Naib Pengerusi Pertama Majlis Pembangunan Kemboja berkata, kerajaan Kemboja mengalu-alukan pelaburan Farm Fresh di negaranya memandangkan Kemboja masih bergantung kepada susu segar import dan produk tenusu.Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan Kemboja akan memberikan sokongan serta memudahkan pelaburan syarikat Malaysia itu di negara tersebut.Menurut kenyataan Farm Fresh, kerjasama berkenaan bukan sekadar langkah pengembangan perniagaan, sebaliknya melambangkan perkongsian kepakaran dalam menghasilkan susu segar berkualiti tinggi melalui amalan penternakan yang lestari dan beretika."Dengan menggabungkan kepakaran Farm Fresh dalam pengeluaran tenusu moden serta potensi pertanian Kemboja yang sedang berkembang, kerjasama ini akan memperkukuh rantaian bekalan tenusu tempatan, mengurangkan kebergantungan terhadap import, mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan pembangunan kemahiran kepada penternak Kemboja."Akhirnya, ia akan membawa susu yang lebih segar dan berkualiti kepada lebih banyak komuniti di rantau Asia Tenggara,"katanya dalam satu kenyataan.Langkah strategik itu turut menandakan komitmen Farm Fresh untuk terus memperluas falsafah grass-to-glass syarikat dalam memastikan pengguna menikmati susu segar terus dari ladang ke gelas di seluruh rantau ini.



Thailand pantau rapi pelaksanaan perjanjian damai KL dengan Kemboja Thailand pantau rapi pelaksanaan perjanjian damai KL dengan Kemboja - SUN - 29/10 7:33 am





Mesej saya jelas, Palestin harus selamat, merdeka dan berdaulat -PM - Mgazette - 29/10 7:32 am

"Malaysia tetap teguh dengan prinsip kemanusiaan sejagat, memperjuangkan keamanan yang adil dan berkekalan, memperkukuh solidariti ASEAN, serta mengangkat martabat Malaysia sebagai jambatan ke arah dunia yang aman, makmur dan bermaruah," katanya menerusi satu hantaran di media sosial, malam ini. Tambah Anwar, Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand merupakan satu pencapaian bersejarah yang menyerlahkan peranan Malaysia sebagai pemangkin diplomasi damai ASEAN serta lambang kesepaduan rantau dalam menjunjung keamanan dan kestabilan





Berita Terkini ASEAN25: Thailand pantau rapi pelaksanaan Perjanjian Damai KL - Astroawani - 28/10 7:13 pm

Thailand mengesahkan penarikan balik senjata berat di sempadan negara itu dan Kemboja telah bermula, menandakan permulaan pelaksanaan fasa awal Perjanjian Damai KL dimeterai kedua-dua negara.





Malaysia akhiri Kepengerusian ASEAN 2025, berjaya laksana peranan - Anwar - Sinarharian - 28/10 5:56 pm

Di mata dunia, anda telah memperlihatkan yang terbaik tentang Malaysia. Dengan itu, saya mengisytiharkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan ditutup," kata Anwar.Sejak mengambil alih daripada Laos, Malaysia telah menumpukan kepada usaha memperkukuh perpaduan, keterangkuman dan kemampanan.Dua pencapaian penting yang menandakan kejayaan sepanjang kepengerusian ini, iaitu kemasukan Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 ASEAN serta pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Kemboja dan Thailand.Sejak penubuhan badan serantau itu pada 1967, ini kali kelima Malaysia menggalas tanggungjawab selaku pengerusi selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015





Malaysia serah Kepengerusian ASEAN kepada Filipina - Sinarharian - 28/10 5:43 pm

KUALA LUMPUR -Malaysia pada Selasa secara rasmi menyerahkan Kepengerusian ASEAN kepada Filipina sekali gus menandakan peralihan kepimpinan secara simbolik ketika Malaysia memasuki fasa terakhir kepengerusian bagi tahun 2025.Di bawah tema "Keterangkuman dan Kemampanan", Kepengerusian Malaysia merangkumi lebih 300 mesyuarat sepanjang tempoh jawatannya, dengan beberapa lagi dijadual diadakan sebelum tarikh akhir iaitu 31 Disember ini, yang mencerminkan komitmen negara untuk memajukan kesatuan ASEAN, memperkukuh kerjasama serantau serta meningkatkan daya tahan blok serantau itu.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan tukul kepada Presiden Ferdinand R Marcos Jr,yang menjadi simbolik pemindahan kuasa secara rasmi sekali gus membuka lembaran baharu bagi kepimpinan Filipina dalam ASEAN pada 2026.Sejak mengambil alih jawatan itu daripada Laos,Malaysiamenumpukan usaha memajukan kesatuan, keterangkuman dan kemampanan ASEAN sepanjang tahun kepengerusiannya.Dua pencapaian penting menandakan kejayaan Kepengerusian Malaysia setakat ini iaitu penyertaan Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 ASEAN serta pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand.Malaysia turut menerajui penerimaan DeklarasiKuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Kita Bersama semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada Mei lepas.Deklarasi itu menyaksikan pencapaian penting dalam komitmen bersama ASEANserta menggambarkan visi jangka panjang untuk membina komuniti serantau yang lebih berdaya tahan, inovatif,dinamik serta berteraskan rakyat.Malaysia turut memperkukuh penglibatan ASEAN di peringkat antarabangsa melalui penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-Chinayang pertama dan kedua bagi memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembangunan mampan selaras dengan aspirasi blok serantau itu untuk memainkan peranan lebih besar dalam landskap geoekonomi Indo-Pasifik.Ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sejak penubuhan blok serantau itu pada 1967 selepas tahun 1977, 1997, 2005, dan2015





PM hargai 50 tahun hubungan mesra Malaysia-New Zealand - Sinarharian - 28/10 5:03 pm

Sejak 1977, kami tidak pernah berdepan sebarang masalah serius, yang membuktikan sikap saling menghormati, nilai-nilai bersama dan ikatan persahabatan yang kukuh," katanya dalam ucapan ringkas.Anwar turut mengalu-alukan komitmen baharu New Zealand untuk memperkukuh penglibatan dengan ASEAN melalui Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang baru ditubuhkan.Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon berkata, CSP yang dipersetujui pada Sidang Kemuncak ASEAN-New Zealand hari ini membuka lembaran baharu dalam masa depan bersama kedua-dua negara.Beliau turut menegaskan tekad New Zealand untuk terus memperkukuh hubungan dengan ASEAN sambil menekankan peranan blok serantau itu sebagai penghubung yang dinamik serta berdaya saing antara masyarakat dan ekonomi.Luxon berkata, hubungan rasmi New Zealand dengan ASEAN, yang terjalin sejak negara itu menjadi rakan dialog, terus berkembang dengan kukuh dari semasa ke semasa.Beliau berkata, ASEAN dan New Zealand mempunyai jalinan yang kukuh dalam pelbagai bidang termasuk komuniti, pendidikan, budaya, perniagaan dan pertahanan."Tonggak utama hubungan kita iaitu keamanan, kemakmuran dan rakyat, menjadi bukti kepada keluasan serta kepentingan kerjasama ini."CSP yang kita meterai pada sidang kemuncak ini, kurang sejam yang lalu, menetapkan hala tuju baharu yang amat memberangsangkan bagi masa depan bersama," katanya.Luxon juga berkata, kedua-dua pihak akan menetapkan sasaran yang tinggi dan berusaha membawa hubungan mereka ke tahap lebih kukuh termasuk melalui penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-New Zealand secara dwitahunan, kerjasama lebih rapat dalam sektor baharu yang sedang berkembang serta sokongan berterusan terhadap mekanisme yang diterajui blok serantau itu.Hadir pada majlis itu ialah pemimpin-pemimpin ASEAN lain termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong; Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr; Perdana Menteri, Vietnam Phm Minh Chinh; Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet; Perdana Menteri Laos, Prime Sonexay Siphandone dan Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmo.Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.Majlis Makan Tengah Hari Gala ASEAN-New Zealand turut diserikan dengan persembahan kapa haka yang penuh bertenaga, menyuntik semangat yang disulam dengan keindahan budaya ke dalam acara tersebut





Berita Terkini ASEAN25: Kaedah diplomasi lembut Malaysia diiktiraf dunia - Panglima Angkatan Tentera - Astroawani - 28/10 3:46 pm

Kejayaan Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja menonjolkan kematangan Malaysia dalam menggunakan kaedah diplomasi lembut (soft diplomacy).





ASEAN perkukuh keamanan dan kemakmuran di bawah kepimpinan Malaysia - Setiausaha Agung - Sinarharian - 28/10 3:26 pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) kekal teguh dalam usaha memajukan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini serta di peringkat global di bawah Kepengerusian Malaysia tahun ini, kata Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.Beliau berkata, di bawah kepengerusian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ASEAN memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh perpaduan dan peranan sebagai kuasa global untuk keamanan dan kerjasama."ASEAN kekal berpegang pada semangat penubuhannya. Sejak ditubuhkan pada 1967, kita sentiasa menekankan keamanan dan kestabilan serantau kerana hanya dengan keamanan dan kestabilan, kita dapat memberi keutamaan kepada kemakmuran, rakyat dan agenda terancang," katanya.Kim Hourn berkata, demikian kepada pemberita dalam temu bual di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini pada Selasa.Beliau berkata, Kepengerusian Malaysia di bawah kepimpinan Anwar memainkan peranan penting dalam melaksanakan pembaharuan di peringkat domestik sambil mengimbangi peranan ASEAN di pentas global."Saya berpendapat ASEAN kini bukan lagi sekadar ASEAN serantau, tetapi telah menjadi ASEAN global," katanya.Beliau berkata, Malaysia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang sebagai Pengerusi ASEAN meskipun berdepan tahun yang mencabar bagi rantau ini, dan memuji kepimpinan tegas Malaysia dalam menangani pelbagai isu termasuk kemasukan Timor-Leste, kerjasama ekonomi, krisis Thailand-Kemboja serta penglibatan dengan Myanmar."Saya boleh katakan bahawa tahun ini amat mencabar bagi ASEAN dan dunia, namun Malaysia telah mengemudi cabaran ini secara strategik dan berjaya mencapai banyak kemajuan dalam tempoh setahun," katanya.Kim Hourn berkata, ASEAN juga terus memperjuangkan multilateralisme dan diplomasi dialog dalam menangani konflik global di bawah kepengerusian Malaysia."Kita sentiasa menjadi penyokong kuat kepada diplomasi dialog, bukan sahaja di peringkat serantau tetapi juga di peringkat global," katanya."Kita mahu melihat konflik di seluruh dunia diselesaikan melalui diplomasi dan rundingan," katanya sambil menambah bahawa isu seperti Palestin turut dibincangkan dalam sidang kemuncak itu.Kim Hourn berkata, perpaduan dan kepusatan ASEAN kekal menjadi asas kepada hubungan luarannya, dengan blok itu terus bekerjasama dengan rakan seperti Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea dan Kesatuan Eropah."Perpaduan adalah kekuatan ASEAN





Penyertaan Timor-Leste kukuhkan imej ASEAN sebagai blok inklusif - Sinarharian - 28/10 12:45 am

SHAH ALAM- Penyertaan secara rasmi Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 membuktikan ASEAN bukan sahaja institusi ekonomi dinamik tetapi juga inklusif dan menyeluruh dalam mendukung pembangunan negara kecil serta membangun di rantau ini.Penganalisis Hubungan Antarabangsa, Strategi dan Keselamatan Universiti Malaya, Collins Chong Yew Keat berkata, kemasukan Timor-Leste juga memperkukuh naratif bahawa ASEAN komited merapatkan jurang pembangunan sebagaimana yang dilakukan untuk negara CLMV iaitu Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.Pada masa sama, beliau melihat ia membawa makna strategik besar terhadap landskap geopolitik rantau ini, terutama dalam konteks keseimbangan kuasa antara blok besar seperti China, Amerika Syarikat (AS) dan Australia di Indo-Pasifik."Langkah bersejarah ini turut memperkukuh konsep ASEAN Centrality dengan memperluas payung norma ASEAN seperti konsensus, tidak campur tangan dan diplomasi praktikal ke hujung timur Nusantara."Saya juga melihat kedudukan Timor-Leste di Laut Timor mengurangkan jurang geostrategik antara Indonesia (Nusa Tenggara) dan Australia





Malaysia akan pantau pelaksanaan perjanjian dimeterai ASEAN - PM - Sinarharian - 28/10 12:18 am

KUALA LUMPUR - Penglibatan bermakna dengan kalangan rakan kongsi pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan perlu melangkaui perjanjian di atas kertas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, Malaysia juga akan memantau pelaksanaannya untuk memastikan rakyat meraih manfaat.Malaysia akan memastikan rakyat memperoleh manfaat daripada akses perdagangan, dan melindungi kepentingan dan autonomi negara."Pendiran kita akan kekal berasaskan kepada prinsip keamanan, kemakmuran dan integriti, di samping bekerjasama dengan sahabat dan negara jiran."Bersama-sama, kita akan merangka hala tuju yang memartabatkan tradisi kita, menjamin masa depan dan kesejahteraan rakyat Malaysia serta warga ASEAN," kata Anwar menerusi catatan di media sosial rasmi beliau hariAnwar berkata, lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Malaysia menandakan detik penting dalam mengukuhkan semula hubungan sekian lama Putrajaya dengan Washington serta komitmen bersama terhadap keamanan dan kemakmuran serantau."Pertemuan kami berlandaskan rasa hormat terhadap kepentingan bersama, memperbaharu dialog perdagangan, memperkukuh kerjasama rantaian bekalan dan mineral penting serta menegaskan semula peranan utama ASEAN dalam membentuk kerjasama Asia-Pasifik," katanya.Trump merupakan Presiden Amerika Syarikat ketiga dalam sejarah yang melawat Malaysia, selepas Lyndon B Johnson pada 1966 dan Barack Obama pada 2014 dan 2015.Sebagai Pengerusi ASEAN 2025 berdasarkan giliran, Anwar berkata, lawatan itu dilihat bukan sebagai sokongan kepada mana-mana blok kuasa sebaliknya menjadi bukti bahawa Malaysia boleh berperanan sebagai rakan yang neutral, boleh dipercayai dan efektif"Menghubungkan ekonomi, memudah cara dialog dan menyumbang kepada kestabilan. Pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand merupakan contoh jelas bahawa peranan diplomatik strategik kita memberi nilai," katanya.Pada masa yang sama, Anwar juga menyatakan penghargaan kepada Trump atas komitmen beliau dalam memajukan Pelan Damai Gaza, yang diharap dapat menyelamatkan nyawa rakyat Palestin."Mesej saya jelas, Palestin harus selamat, merdeka dan berdaulat."Malaysia tetap teguh dengan prinsip kemanusiaan sejagat, memperjuangkan keamanan yang adil dan berkekalan, memperkukuh solidariti ASEAN, serta mengangkat martabat Malaysia sebagai jambatan ke arah dunia yang aman, makmur dan bermaruah," kata beliau.- Bernama





Anwar, Li Qiang bincang kerjasama perdagangan, kestabilan serantau dalam mesyuarat dua hala - Sinarharian - 28/10 11:36 am

KUALA LUMPUR - Memperkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan selain menangani isu-isu utama serantau menjadi tumpuan perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang pada mesyuarat dua hala di sini pagi ini.Difahamkan bahawa perbincangan tertutup selama 15 minit itu turut menyentuh isu-isu serantau, dengan China menyatakan sokongannya terhadap usaha damai berkaitan situasi di sempadan Kemboja-Thailand serta krisis yang berterusan di Myanmar.Kedua-dua pemimpin turut membincangkan pelbagai inisiatif yang bertujuan meningkatkan perdagangan dan pelaburan, terutamanya dalam sektor automotif dan teknologi tinggi, termasuk pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim.Mesyuarat itu turut membincangkan isu berkaitan jaringan infrastruktur termasuk peluasan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Rantau Panjang serta dalam bidang penting seperti unsur nadir bumi (REE), projek saluran paip air Perak-Pulau Pinang dan industri halal.Kerjasama dalam sektor pelancongan dan mobiliti rakyat turut diketengahkan selain usaha meningkatkan kesalinghubungan udara dengan menarik lebih banyak penerbangan kargo dari China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Mereka turut membincangkan kerjasama dalam industri semikonduktor dan mengekalkan sokongan untuk inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG).Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia mengalu-alukan penyertaan China dalam memacu APG untuk menggalakkan kerjasama tenaga mampan di rantau ini.Mengenai ekonomi digital, Malaysia mempelawa syarikat teknologi terkemuka China untuk memperluas kedudukan dan pelaburan mereka di Malaysia, selain menggalakkan syarikat baharu untuk mewujudkan operasi serantau di negara ini.Terdahulu, Anwar dalam ucapan berkata, "Anda telah berkunjung ke Malaysia banyak kali, begitu juga saya ke China



Thailand akan bertindak balas selepas Kemboja tarik balik senjata berat – Anutin Thailand akan bertindak balas selepas Kemboja tarik balik senjata berat – Anutin - SUN - 28/10 7:54 am





ASEAN ke-47: PBB puji Malaysia gencatan senjata Thailand, Kemboja - Kosmo - 27/10 9:34 pm

KUALA LUMPUR – Peranan yang diambil oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam memudah cara gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja mendapat pujian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)





'Kawan baik jual saya kepada 'scammer' demi habuan RM8,400' - Sinarharian - 27/10 6:05 pm

Dia suruh saya buat apa yang syarikat (scammer) minta. Kawan saya cakap dia dapat komisen AS$2,000 (RM8,400) untuk seorang mangsa."Itu luahan seorang pemuda dari Johor Bahru, Joe (bukan nama sebenar), 36, yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Sihanouk, Kemboja.Dia mendedahkan bagaimana rakan sendiri tergamak menjualnya kepada sindiket scammer demi habuan kira-kira RM8,400.Joe antara lima rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan oleh Wisma Putra dan Kementerian Luar pada Ogos lalu selepas empat bulan dipaksa bekerja sebagai scammer.Katanya, penderitaan itu bermula selepas dia menerima tawaran kerja daripada rakan sebagai pembakar sate di Kemboja dengan gaji AS$1,500 sebulan (sekitar RM6,300)."Saya memang kerja pembakar sate di Johor Bahru





“Saya fikir saya dah mat*” – Pemuda Dipaksa Makan Babi, Minum Arak Ketika Di Kemboja - Lobakmerah - 27/10 4:52 pm

Seorang lelaki berusia 36 tahun yang mahu dikenali sebagai Joe menceritakan pengalaman minggu hitamnya apabila dia menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Kampong Sihanouk, Kemboja





Trump puji Malaysia sebagai negara yang hebat - Mgazette - 27/10 4:29 pm

Dalam catatan Truth Social beliau pada Isnin, semasa berlepas ke Jepun, Trump berkata, AS telah menandatangani perjanjian perdagangan dan nadir bumi penting dengan Malaysia, penganjur persidangan berkenaan. Selain itu, katanya, yang paling penting adalah beliau turut menyaksikan pemeteraian perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja pada Ahad





‘Mati hidup semula’ selepas empat bulan bekerja sebagai .. - Mgazette - 27/10 4:29 pm

# 'Mati hidup semula' selepas empat bulan bekerja sebagai scammer di Kemboja ISKANDAR PUTERI- Seorang pemuda yang mahu mengubah nasib seakan mati hidup semula, apabila berjaya pulang ke tanah air hidup-hidup selepas empat bulan berada di Kemboja dan hidup seperti dalam neraka





'Dipaksa makan babi, diseksa dengan renjatan elektrik' - Sinarharian - 27/10 2:55 pm

ISKANDAR PUTERI - "Saya dipaksa bekerja sebagai scammer bekerja 14 jam sehari, diberi makan lauk babi, jika lambat buat kerja akan diseksa dengan renjatan elektrik."Demikian penderitaan yang ditempuh seorang pemuda dari Johor Bahru yang mahu dikenali sebagai Joe, 36 selama empat bulan selepas diperdaya sindiket pemerdagangan manusia dan terperangkap Sihanouk, Kemboja.Joe antara lima warga Malaysia yang berjaya dibawa keluar Wisma Putra dan Kementerian Luar pada Ogos lalu daripada sindiket "scammer" di Kemboja.Ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan (ADUN) Skudai, Joe berkata, episod hitam bermula selepas dia menerima tawaran daripada rakannya sebagai pembakar sate di Kemboja dengan tawaran gaji ASD$1,500 sebulan atau kira-kira RM6,300."Saya memang bekerja sebagai pembakar sate di Johor Bahru, jadi bila ada rakan tawarkan kerja yang sama di luar negara saya berminat, tambahan dengan yang banyak dan cerita rakan mampu beli kereta mewah."Pada hari raya keenam iaitu pada 5 April saya terbang ke Kemboja





Malaysia negara hebat dan bersemangat, Trump puji melambung Perjanjian Damai Thailand-Kemboja - Thempress - 27/10 2:27 pm

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 oleh Malaysia sebagai satu kejayaan besar dan membuktikan keupayaan negara ini sebagai peneraju penting rantau Asia Tenggara





Rakyat Kemboja zahir terima kasih kepada PMX atas usaha damai bersejarah - Thempress - 27/10 2:13 pm

RAKYAT Kemboja membanjiri laman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan ucapan terima kasih dan penghargaan atas kejayaannya menjadi perantara utama dalam rundingan damai antara Thailand dan Kemboja yang…





Anwar adakan pertemuan ringkas dengan Trump - Sinarharian - 27/10 1:38 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengadakan pertemuan ringkas dengan Donald Trump sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berlepas ke Tokyo, Jepun.Anwar berkata, pertemuan itu memberi peluang untuk meneliti semula hasil perbincangan dua hala Malaysia-AS yang diadakan sebelum ini, termasuk kerjasama strategik dalam bidang perdagangan, teknologi dan keselamatan serantau."Saya turut menyampaikan penghargaan kepada Presiden Trump atas peranannya yang penting dalam Perjanjian Damai KL (KL Accord) dan Pelan Damai Gaza, yang kedua-duanya memberi sinar harapan bagi mencapai keamanan yang adil dan berkekalan," katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.Trump, yang tiba di Kuala Lumpur semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, turut mengadakan beberapa mesyuarat bilateral dengan pemimpin serantau.Presiden AS itu juga menyaksikan majlis menandatangani perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja, bertujuan menyelesaikan pertikaian sempadan yang berlarutan selama beberapa dekad.Sidang kemuncak anjuran Malaysia bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan" itu menumpukan kepada usaha memperkukuh integrasi serantau, memperdalam kerjasama ekonomi serta menangani cabaran global, termasuk isu keamanan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik





PM Anwar Bertemu Trump, Hargai Perjanjian Damai KL, Pelan Gaza - Wrlr - 27/10 1:34 pm

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim Perjanjian keamanan antara Thailand dan Kemboja dimeterai di hadapan Anwar dan Trump menerusi inisiatif KL Peace Accord ditandatangani Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatnya Hun Manet pada Ahad





Malaysia negara yang hebat, sangat bertenaga, kata Trump - Harapandaily - 27/10 12:23 am

Menandatangani perjanjian perdagangan dan nadir bumi. “Semalam, paling penting, tandatangani perjanjian perdamaian di antara Negara Thai dan Kemboja





Trump puji Malaysia sebagai negara hebat, sangat bertenaga - Sinarharian - 27/10 12:05 am

KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan Malaysia sebagai "negara yang hebat, sangat bertenaga" selepas menamatkan lawatan dua hari di sini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.Dalam catatan Truth Social beliau pada Isnin, semasa berlepas ke Jepun, Trump berkata, AS telah menandatangani perjanjian perdagangan dan nadir bumi penting dengan Malaysia, penganjur persidangan berkenaan.Selain itu, katanya, yang paling penting adalah beliau turut menyaksikan pemeteraian perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja pada Ahad."TIADA PERANG! Berjuta-juta nyawa diselamatkan."Suatu penghormatan untuk saya melakukan ini





Trump: Malaysia negara hebat, sangat bertenaga - Mkini - 27/10 12:00 am

Katanya yang paling penting adalah beliau turut menyaksikan pemeteraian perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja pada Ahad.





Trump pulang selepas hadiri Sidang Kemuncak ASEAN, Majlis Pemeteraian Perjanjian Damai KL - Sinarharian - 27/10 11:45 am

SEPANG - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.06 pagi Isnin, selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).Dengan berlepasnya pesawat Air Force One sekali gus menandakan berakhir lawatan dua hari Trump ke Malaysia, kunjungan pertamanya ke Malaysia sejak kembali memegang jawatan pada awal tahun ini dan sebagai sebahagian siri lawatan ke beberapa negara Asia.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berada di KLIA untuk mengucapkan selamat jalan.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saifuddin serta wakil Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, termasuk Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard D Kagan dilihat berada di hotel penginapan Trump di ibu negara.Di luar sidang kemuncak itu, Trump dan Anwar menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Damai KL antara Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, usaha ke arah menamatkan pertikaian antara kedua-dua negara jiran itu yang telah berlarutan selama beberapa dekad.Perjanjian damai yang ditandatangani di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 itu turut menyaksikan penubuhan Pasukan Pemerhati ASEAN bagi memantau usaha perdamaian serta memastikan kestabilan jangka panjang di kawasan sempadan.Trump turut memuji Anwar atas keberanian dan kejayaan sebagai perantara dalam proses perjanjian berkenaan, menyifatkan beliau sebagai tokoh hebat dan bersejarah yang berjaya mempertemukan kedua-dua pihak melalui dialog dan diplomasi.Selain itu, Trump turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Anwar, kedua-dua pemimpin menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS dan Perkongsian Strategik Komprehensif yang bertujuan memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi, tenaga dan mineral penting.Majlis menandatangani itu turut diserikan dengan interaksi santai apabila Anwar secara berseloroh merujuk pen Trump sebagai "pen Rumah Putih", mencetuskan suasana ceria dan mencerminkan keakraban hubungan antara kedua-dua pemimpin.Trump turut meluangkan masa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 menyaksikan beliau menegaskan semula komitmen penuh Washington terhadap Asia Tenggara serta berikrar meneruskan kerjasama pada era yang disifatkan sebagai "zaman keemasan Amerika".Beliau berkata, AS terus komited memajukan rantau Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan makmur, serta memperkukuh kerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam bidang perdagangan, pelaburan dan keselamatan serantau."Pesanan saya kepada negara-negara di Asia Tenggara ialah AS seratus peratus berada di pihak anda, dan kami berhasrat menjadi rakan kongsi dan sahabat anda yang kuat untuk generasi akan datang," kata Trump dalam ucapan pada sidang kemuncak ASEAN-AS itu.Presiden AS itu turut memuji Malaysia atas kepimpinan serta layanan mesra di bawah pentadbiran Anwar, dan berkata lawatan ini memberikan beliau peluang untuk melihat sendiri kemajuan serta pencapaian negara ini."Pengalaman saya di sini benar-benar menakjubkan





1.84 juta sertai Malaysia Techlympics 2025 - Sinarharian - 27/10 11:23 am

PUTRAJAYA Malaysia Techlympics 2025 mencatat sejarah tersendiri apabila menerima penyertaan luar biasa melebihi 1.84 juta peserta dari 1,420 sekolah di seluruh negara.Ia sekali gus menjadikannya program pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI) terbesar sejak diperkenalkan pada 2022.Acara anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu bakal menghimpunkan lebih 5,000 peserta dari dalam dan luar negara pada peringkat akhir yang dijadual berlangsung pada 9 dan 10 November ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka.Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI MOSTI Abdullah Daud berkata, Malaysia Techlympics bukan sekadar pertandingan, sebaliknya gerakan nasional bagi menyemai minat terhadap sains dan inovasi dalam kalangan generasi muda berusia antara tujuh hingga 30 tahun."Kami mahu pelajar rasa bangga, ibu bapa rasa yakin dan masyarakat melihat bahawa anak muda Malaysia mampu mencipta masa depan. Dari pentas Malaysia Techlympics ini, mungkin lahir saintis, pencipta dan usahawan teknologi masa depan negara," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, penyertaan antarabangsa dari Thailand, Kemboja, Indonesia dan China membuktikan komitmen Malaysia untuk melahirkan generasi muda yang celik teknologi, kreatif dan bersedia ke pentas dunia.Selain membawa pulang trofi dan wang tunai keseluruhan bernilai RM141,100, pemenang juga berpeluang mewakili negara ke pelbagai pertandingan antarabangsa termasuk Pilot X International di Hong Kong pada Februari 2025 yang menghimpunkan lebih 1,000 peserta dari seluruh dunia.Menariknya, edisi kali ini turut menampilkan penyertaan 2,500 pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dalam Cabaran Mencipta Robot (Keterangkuman), yang buat pertama kali akan berentap secara fizikal di pentas akhir.Bagi memastikan peluang sama rata kepada semua, MOSTI melaksanakan lebih 90 program keterangkuman di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar, pedalaman dan komuniti Orang Asli.Sepanjang dua hari penganjuran di MITC, pelbagai aktiviti turut diadakan untuk seisi keluarga termasuk pameran STI dengan 40 ruang pameran interaktif, demonstrasi teknologi, aktiviti sains dan pertunjukan khas."Salah satu tarikan utama ialah pertunjukan dron dalam bangunan terbesar di Malaysia melibatkan 40 unit dron yang bakal dicatat dalam Malaysia Book of Records," jelas Abdullah.MOSTI menyasarkan kehadiran lebih 20,000 pengunjung sepanjang acara berlangsung dengan kemasukan percuma kepada orang ramai





Lima sidang utama warnai hari kedua diplomasi ASEAN - Sinarharian - 27/10 8:44 am

KUALA LUMPUR - Agenda hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Isnin menyaksikan Malaysia meneruskan peranan diplomasi serantau melalui lima lagi mesyuarat utama bersama rakan strategik.Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, persidangan tersebut akan terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju kerjasama ekonomi dan keselamatan di rantau ini."Hari ini kita ada Sidang Kemuncak ASEANRepublik Korea, ASEAN Plus Three, ASEANPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Sidang Kemuncak Asia Timur serta Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP)," katanya pada Isnin.Menurut beliau, perbincangan akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama dalam transformasi digital, peralihan tenaga bersih, kestabilan geopolitik dan ketahanan rantaian bekalan serantau."ASEAN perlu terus dilihat sebagai pusat pertumbuhan ekonomi dan pemacu kestabilan strategik di Indo-Pasifik," jelasnya.Mengulas perjalanan sidang semalam, beliau berkata, hari pertama berjalan lancar serta menyaksikan pencapaian penting buat Malaysia dan ASEAN."Perdana Menteri mempengerusikan lima sidang kemuncak utama termasuk bersama Amerika Syarikat, Jepun dan India. Ia menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan strategik dengan rakan dialog," ujarnya.Dalam pada itu, sejarah turut terbentuk apabila Timor-Leste diterima sebagai anggota ASEAN ke-11, satu detik yang disifatkan Malaysia sebagai kejayaan perjuangan serantau."Malaysia konsisten menyokong penyertaan Timor-Leste sejak sekian lama melalui latihan dan pengukuhan kapasiti," katanya lagi.Pada masa sama, Malaysia turut memainkan peranan utama dalam memeterai Perjanjian Perdamaian Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja."Ini titik permulaan kepada penamatan pertikaian mereka dan membolehkan pemerhati ASEAN termasuk Malaysia menilai pelaksanaan perdamaian," tegasnya.Selain itu, Perdana Menteri turut dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan pemimpin antarabangsa hari ini sebelum menghadiri majlis makan malam gala ASEAN pada sebelah malam.Tunku Nashrul berkata, Malaysia akan terus mengalas amanah kepimpinan ASEAN dengan penuh tekad."Kita komited memperkukuh perpaduan serantau serta memastikan setiap kerjasama membawa manfaat kepada rakyat Asia Tenggara," katanya.Beliau berharap semua sidang pada hari ini berjalan lancar serta membuahkan hasil bermakna kepada pembangunan dan kemakmuran bersama rantau ini.





Hari bersejarah buat ASEAN: Perjanjian Damai KL, keanggotaan Timor-Leste dan lawatan Trump warnai sidang kemuncak - Astroawani - 27/10 6:50 am

Perjanjian Damai KL antara Kemboja dan Thailand, kemasukan rasmi Timor-Leste sebagai anggota ASEAN ke-11, serta lawatan Trump mencipta sejarah.





Berita Terkini ASEAN25: PM Anwar guna platform ASEAN bangkit beberapa isu termasuk Gaza - Fahmi - Astroawani - 27/10 6:30 am

PM Anwar bangkit isu Gaza bersama Trump di ASEAN; Thailand & Kemboja setuju berdamai, Timor-Leste rasmi jadi ahli ke-11.





Facebook Anwar dibanjiri ucapan penghargaan rakyat Kemboja - Sinarharian - 27/10 12:32 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima banyak ucapanpenghargaan daripada rakyat Kemboja menerusimedia sosial susulan pemeteraian Perjanjian DamaiKLantara Thailand dan Kemboja,hari ini.Rata-rata hantaran yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Anwar dan Pejabat Perdana Menteri, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas peranan Malaysia sebagai pemudah cara untuk perjanjian bersejarah berkenaan yang bertujuan memulihkan kestabilan di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja."Terima kasih atas usaha gigih anda membantu kami," tulis pengguna Facebook, Keo Dalis.Seorang lagi pengguna, Hei Nailmenulis,"Terima kasih atas usaha untuk mewujudkan perdamaian," manakala Teav Kim Leamg pula membuat hantaran, "Saya rakyat Kemboja





Berita Terkini ASEAN25: Facebook PM Anwar dibanjiri ucapan penghargaan rakyat Kemboja terhadap usaha damai - Astroawani - 26/10 11:55 pm

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima banyak ucapan penghargaan daripada rakyat Kemboja menerusi media sosial susulan pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja, hari ini.





Malaysia sedia sertai Misi Pengaman PBB ke Gaza - Anwar - Sinarharian - 26/10 9:05 pm

KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Gaza bersama negara-negara sehaluan termasuk dalam kalangan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata perkara itu disampaikan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dalam mesyuarat dua hala yang diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini pada Ahad."Malaysia turut menegaskan pendirian teguh terhadap perjuangan Palestin, serta mengalu-alukan pendirian konsisten PBB dan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menegaskan bahawa sekatan rejim Israel terhadap bantuan kemanusiaan di Gaza melanggar undang-undang antarabangsa," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.Anwar berkata pertemuan itu bertujuanmemperkukuh kerjasama Malaysia-PBB, termasuk di bawah kerangka ASEAN-PBB, serta menzahirkan sokongan penuh Malaysia terhadap agenda reformasi PBB, termasuk Pact for the Future dan Inisiatif UN80.Beliau juga menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkasakan VisiKomuniti ASEAN 2045, seiring dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030 melalui pelaksanaan Complementarities Initiative 2.0.Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira 20 minit itu, Anwar dan Guterres turut membincangkan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN dalam memudah cara rundingan damai antara Thailand dan Kemboja dan memajukan usaha dialog inklusif di Myanmar.Turut disentuh adalah usaha memperkukuh agenda perubahan iklim global termasuk penyerahan Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) 3.0 Malaysia menjelang Persidangan Pihak-Pihak ke-30 (COP30) di Brazil."Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan PBB dalam memperjuangkan keamanan, keadilan dan pembangunan mampan sejagat," kata Anwar.Guterres tiba di Malaysia pada awal pagi Ahad sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan"





Penekanan diplomasi Trump terhadap Asia mampu bawa manfaat besar - Sinarharian - 26/10 7:46 pm

KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan lawatan pertama beliau ke Asia sebagai "momen menarik" manakala sejumlah besar perjanjian perdagangan yang dicapai dengan beberapa ekonomi Asia Tenggara berpotensi menjana hasil.Trump, yang berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, telah menandatangani perjanjian perdagangan dengan Malaysia, Vietnam, Kemboja dan Thailand.Beliau juga dijangka menandatangani perjanjian yang sama di Jepun dan Korea Selatan, destinasi seterusnya selepas Sidang Kemuncak ASEAN.Tidak lama selepas Trump tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, AS dan Malaysia menandatangani Perkongsian Strategik Komprehensif dan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas, yang akan menaik taraf hubungan dua hala dan perdagangan.Antara lain, perjanjian itu meliputi kerjasama yang lebih erat dalam bidang strategik seperti perdagangan dan pelaburan, teknologi termaju serta keterjaminan tenaga.Perjanjian tersebut turut merangkumi kerjasama untuk mempelbagaikan rantaian bekalan mineral penting global dan menggalakkan pelaburan.Trump turut bertemu dengan Presiden Brazil Luiz Incio Lula da Silva, dan Presiden AS itu dilaporkan berkata kedua-dua negara sewajarnya dapat mencapai perjanjian yang saling memberi manfaat.AS juga memeterai perjanjian yang sama dengan Vietnam, Kemboja dan Thailand, sekali gus menunjukkan langkah Washington untuk mempelbagaikan sumber dan mengurangkan penguasaan China dalam perlombongan dan pemprosesan nadir bumi.Trump, yang akan melawat Jepun dan Korea Selatan selepas Malaysia, dijangka memeterai perjanjian untuk memperkukuh kerjasama ekonomi."Kami akan berada di sini malam ini, kemudian menuju ke sebuah lagi negara yang indah (Jepun) esok





Berita Terkini ASEAN25: Kunjungan Trump bukti kepentingan hubungan AS-ASEAN - McFeeters - Astroawani - 26/10 6:06 pm

McFeeters memuji kepimpinan Anwar Ibrahim yang berjaya menghimpunkan pemimpin serantau dan menjadi pengantara utama dalam pemeteraian perjanjian damai Thailand-Kemboja.





Kunjungan Trump bukti kepentingan hubungan AS-ASEAN - Bekas Duta AS - Sinarharian - 26/10 5:57 pm

Trump tiba di Malaysia pada Ahad bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan merupakan lawatan pertama oleh presiden AS ke negara ini dalam tempoh sedekad selain menjadi lawatan pertama beliau ke negara ini.Mengulas sidang kemuncak kali ini, McFeeters berkata antara isu perbincangan utama adalah bagaimana ASEAN dapat menjadi lebih kukuh secara dalaman, khususnya menerusi usaha meningkatkan perdagangan intra-ASEAN yang ketika ini menyumbang kira-kira 23 peratus daripada jumlah perdagangan perkumpulan itu.Beliau berkata banyak pihak percaya angka itu sewajarnya lebih tinggi, namun kemajuan itu dikekang oleh langkah bukan tarif yang menyukarkan lagi urusan menjalankan perniagaan rentas sempadan.McFeeters turut menekankan peranan penting ASEAN dalam rantaian bekalan global iaitu hampir 45 peratus cip semikonduktor diimport oleh AS berasal dari negara-negara ASEAN."Sehubungan itu, ASEAN dan terutamanya Malaysia, telah menjadi bahagian penting dalam rantaian bekalan global. Sewaktu krisis COVID-19, beberapa kilang kereta di Detroit, AS, terpaksa ditutup disebabkan ketiadaan penghantaran komponen semikonduktor tertentu dari Malaysia," katanya.Contoh itu, katanya, hanya membuktikan lagi aspek saling kerbergantungan rantau berkenaan.Dalam pada itu, McFeeters yang pernah menggalas tugas sebagai Duta Besar AS ke Malaysia, memuji kepimpinan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyerlahkan kemahiran diplomasi, kredibiliti antarabangsa serta rangkaian global luas yang membantu mengangkat peranan Malaysia dalam ASEAN serta di persada global.Beliau berkata kemampuan Anwar menghimpunkan pemimpin serantau sepertimana kejayaan pemeteraian perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja, jelas membuktikan pengaruh Malaysia yang kian ketara sebagai perantara dan penggerak dipercayai di Asia Tenggara."Anwar mempunyai jaringan antarabangsa yang tiada tandingan...saya tidak fikir ada banyak pemimpin yang dapat menandingi kemampuan sedemikian," katanya





Trump akui Anwar tokoh yang hebat - Thempress - 26/10 5:27 pm

KUALA LUMPUR Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam merintis usaha damai antara Thailand dan Kemboja





Berita Terkini ASEAN25: Trump puji peranan Anwar dalam perjanjian damai Thailand-Kemboja - Astroawani - 26/10 5:05 pm

Trump berkata Anwar memainkan peranan penting dalam membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan dan berjaya mencegah peningkatan konflik bersenjata.





Anwar, Trump saksi Thailand-Kemboja meterai Perjanjian Damai KL - Harapandaily - 26/10 5:02 pm

Malaysia jadi pentas utama yang menyaksikan momen bersejarah antara Thailand dan Kemboja menandatangani Perjanjian Damai KL (KL Peace Accord) untuk menamatkan pertelingkahan dua negara





Berita Terkini ASEAN25: Aksi spontan PM Kemboja, PM Thailand sewaktu deklarasi perjanjian damai curi perhatian - Astroawani - 26/10 4:49 pm

Momen itu menjadi perhatian dan menunjukkan suasana mesra di tengah-tengah perbincangan rasmi yang penting bagi keamanan dan kerjasama serantau.





Pemerhati dari ASEAN akan dihantar di bawah perjanjian damai Thailand-Kemboja - Trump - Sinarharian - 26/10 4:46 pm

KUALA LUMPUR - Pemerhati daripada negara ASEAN termasuk Malaysia akan dihantar di bawah perjanjian damai yang ditandatangani Kemboja dan Thailand hari ini, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump."(Iaitu) untuk memastikan keamanan itu berterusan dan berkekalan dan saya tidak ragu-ragu bahawa ia akan berlaku," katanya sebelum menyaksikan pemeteraian perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand di sini pada Ahad.Turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu bersama-sama Trump, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Perjanjian itu yang digelar sebagai "Perjanjian Damai Kuala Lumpur", ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatannya dari Kemboja, Hun Manet di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur, yang bermula pada Ahad.Selain itu, Trump berkata di bawah perjanjian damai itu, Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghentikan semua pertelingkahan dan berusaha untuk membina hubungan kejiranan yang baik antara satu sama lain."18 tawanan perang Kemboja (juga) akan dibebaskan," katanya.Perjanjian damai itu menandakan satu kejayaan dalam diplomasi serantau ASEAN mencerminkan komitmen blok itu terhadap pencegahan konflik, kestabilan dan kerjasama di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dengan tema "Keterangkuman dan Kemamampanan".Thailand dan Kemboja telah lama bertelagah mengenai sempadan 817 kilometer mereka dengan ketegangan baru-baru ini memuncak menjadi konfrontasi tentera pada 24 Julai lepas.Pada 28 Julai, Anwar menganjurkan mesyuarat penting di Putrajaya antara Manet dan pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai yang berjaya meredakan ketegangan di sepanjang sempadan bersama kedua-dua negara.Gencatan senjata itu dilihat sebagai pencapaian utama ASEAN yang mencegah peningkatan ketenteraan dan memastikan keselamatan ribuan orang awam





Berita Terkini ASEAN25: Pemerhati dari ASEAN akan dihantar di bawah perjanjian damai Thailand-Kemboja - Trump - Astroawani - 26/10 4:42 pm

Trump berkata di bawah perjanjian damai itu, Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghentikan semua pertelingkahan dan berusaha untuk membina hubungan kejiranan yang baik antara satu sama lain.




Reformasi     >>



'Who else if not Trump?': Anwar says Gaza, trade .. - Mkini
UPDATED 12.56PM PARLIAMENT PM urges against condemnation 'as if we are US stooges.'
Kroni     >>



Business : Trump Heads For Washington After Meeting Xi .. - Bernama
GYEONGJU (South Korea), Oct 30 (Bernama) -- United States President Donald Trump and his Chinese counterpart Xi Jinping concluded their high-level meeting as Trump left for Washington after more than an hours meetingin Busan.
Tabloid     >>



Raih Perhatian Temani Uqasha Ke Mahkamah, ‘Coach .. - Lobakmerah
Kehadiran individu yang dikenali sebagai Coach Cerai yang menemani pelakon Uqasha Senrose ke mahkamah syariah pada Selasa lalu telah meraih perhatian ramai dan mencetuskan perbincangan hangat di media sosial. Ramai yang tertanya siapakah individu terbabit dan apakah fungsi sebenar Coach ..
Tech     >>



Nvidia's Huang joins tech titans funding Trump's .. - Star
WASHINGTON (Reuters) -Nvidia CEO Jensen Huang donated to fund the construction of U.S. President Donald Trump's White House ballroom, he told reporters, joining other tech leaders supporting the project."I'm delighted to be part of it," he told reporters in Washington on Tuesday.Nvidia was not ..
World     >>



In Hurricane Melissa's wake, Jamaican expats can only .. - Star
NEW YORK (Reuters) -New York chef Kemoy Gordon last spoke to his cousin in Jamaica on Monday, as his family prepared to leave their beachside home on the western part of the Caribbean island ahead of Hurricane Melissa. That was the last time he made contact with them. Read full story
Motor Trend     >>



Honda Perkenal Super-ONE Kereta Elektrik Kecil yang .. - Piston
Honda telah memperkenalkan Super-ONE Prototype di Japan Mobility Show 2025, sebuah kereta elektrik kompak yang direka untuk mengembalikan keseronokan dan keterujaan pemanduan dalam kehidupan seharian. Model konsep ini dibangunkan berdasarkan falsafah baharu Honda yang dikenali sebagai e: Dash ..