| /// |
|
| Search : Jim News | Page 1 |
|
Buletin Pandu Bijak, Jimat Banyak: Cara Pemandu E-hailing Malaysia .. - Mekanika - 31/07 4:48 pm # PANDU BIJAK, JIMAT BANYAK: CARA PEMANDU E-HAILING MALAYSIA MAKSIMUMKAN SETIAP LITER BAHAN API **Bagi pemandu e-hailing, penggunaan bahan api bukan sekadar soal mengisi tangki, sebaliknya menjadi antara faktor utama yang menentukan jumlah pendapatan harian.** Semakin cekap mereka menguruskan penggunaan petrol, semakin tinggi potensi keuntungan yang boleh diperoleh |
|
Motosikal Qjmotor Srk 421 S Mendarat Di China – 76.4hp, 39nm Read .. - Mekanika - 31/07 4:48 pm Ketinggain tempat duduk SRK 421 S ini adalah 790mm dengan berat 177kg. GIIAS 2026: BYD M6 iDM, MPV PHEV DENGAN 1000KM PERJALANAN PANDU BIJAK, JIMAT BANYAK: CARA PEMANDU E-HAILING MALAYSIA MAKSIMUMKAN SETIAP LITER BAHAN API |
|
Buletin Proton e.MAS Perkukuh Rangkaian, Enam Pusat Pengedar Tampil Dengan .. - Mekanika - 31/07 4:48 pm Pelaksanaan identiti korporat baharu ini dilihat sebagai satu lagi langkah strategik Proton e.MAS dalam memperluaskan rangkaian pengedarnya, meningkatkan tahap perkhidmatan serta menyokong usaha mempercepatkan penerimaan mobiliti elektrik dalam kalangan pengguna di Malaysia. PANDU BIJAK, JIMAT BANYAK: CARA PEMANDU E-HAILING MALAYSIA MAKSIMUMKAN SETIAP LITER BAHAN API PERTAMA KALI PANDU EV, BERAKHIR DENGAN KEMALANGAN WANITA SAMAN TESLA LEBIH RM40 JUTA |
|
'Kami ada kad UNHCR, kenapa perlu takut' - Sinarharian - 31/07 3:15 pm KOTA BHARU - "Kami ada kad UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian), kenapa perlu takut."Demikian kata etnik Rohingya yang ingin dikenali sebagai Kobir, 34, ketika ditemui pada Jumaat.Tinjauan Sinar Harian di sekitar Bandar Kota Bharu mendapati masih ada warga asing terutama etnik Rohingya, Bangladesh dan Myanmar yang keluar bersantai, membeli-belah serta berkumpul walaupun pada Jumaat lalu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan Operasi Penguatkuasaan (Ops Mega).Mereka kelihatan bersahaja dan melakukan aktiviti rutin seperti membeli barangan keperluan, bertemu rakan dan lepak.Menurut Kobir, dia serta rakan-rakan tidak takut kerana mereka mempunyai dokumen lengkap."Kami hanya cuti pada hari Jumaat, malah gaji sebagai tukang rumah dibayar pada Khamis."Di sini ada jualan pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta pakaian yang dijual dengan harga murah, berbanding tempat lain," katanya.Ujar dia yang sudah menetap lapan tahun di Malaysia memberitahu, setakat ini mereka cuba mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang dan hanya menjalani kehidupan seperti masyarakat tempatan lain.Bagi peniaga yang ingin dikenali sebagai Siti Ismail, 50, memberitahu, dia serta peniaga lain tidak menolak kehadiran warga asing pada hari minggu membantu melariskan jualan.Dia yang menjual makanan berkata, pembeli tempatan sudah tidak seramai dulu dan hanya golongan ini yang berbelanja sakan."Pembeli tempatan mungkin ke pasar raya, atau pasar berhampiran."Setakat ini yang banyak melariskan barangan jualan ialah warga asing |
|
Sindiket godam MyIMMs: Ramai lagi dalam radar SPRM - Sinarharian - 31/07 3:07 pm PUTRAJAYA - Ramai lagi individu berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan berhubung sindiket penggodaman Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) bagi permohonan dan kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, siasatan kes ini masih dijalankan pihaknya."Jumlah yang terbabit itu boleh dikatakan ramai dan siasatan masih berjalan untuk meneliti tahap pembabitan mereka."Kita menjangkakan lebih banyak tangkapan serta sitaan akan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Jumaat.Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban.Tambah Abd Halim, Op Crack bermula hasil perkongsian maklumat risikan antara JIM dan SPRM sejak Mei lalu sebelum operasi dilaksanakan pada 28 Julai.Katanya, operasi itu membabitkan Cawangan Projek Khas Bahagian Perisikan SPRM bersama Bahagian Perisikan JIM, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Telekom Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) serta Bahagian Forensik Teknologi SPRM."Sehingga kini, seramai 12 individu direman antara dua hingga tiga hari bermula 29 Julai hingga hari ini bagi membantu siasatan," ujarnya.Jelas Abd Halim, SPRM turut memanggil empat individu untuk dirakam keterangan dan akan memanggil beberapa lagi individu sebagai saksi bagi membantu siasatan.Sepanjang Op Crack, SPRM menyita wang tunai RM186,360, mata wang asing berjumlah 700 dolar Singapura (RM2,313), 19 telefon bimbit, enam komputer riba, dua komputer, dua unit CPU dan router.Kata beliau, turut disita ialah tujuh keping jongkong emas seberat 0.2 gram setiap satu, sekeping jongkong emas seberat dua gram, satu rantai emas, satu gelang emas dan satu rantai kunci emas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM15,700, manakala tindakan pembekuan akaun individu sertai syarikat sedang dilaksanakan."Sidang media hari ini jelas menunjukkan bahawa usaha membanteras rasuah, salah guna kuasa dan jenayah siber memerlukan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan."SPRM akan terus komited memastikan setiap ruang kelemahan dalam sistem negara ditutup agar keselamatan dan integriti pentadbiran awam sentiasa terpelihara," ujarnya. |
|
Op Crack dedah penglibatan 'orang dalam' - KP JIM - Sinarharian - 31/07 12:57 am PUTRAJAYA - Penglibatan 'orang dalam' Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang mengetahui bagi mengeksploitasi Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) dikenal pasti dipercayai terlibat dalam sindiket godam sistem terbabit berkaitan proses kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.Ini susulan penahanan 12 individu termasuk enam pegawai JIM di mana dua merupakan Bahagian Teknologi Maklumat jabatan terbabit.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kegiatan ini tidak boleh berlaku sekiranya tidak melibatkan orang dalam dan itu merupakan asasnya."Kerana untuk menceroboh masuk sistem kita (JIM) memang tidak boleh kerana jabatan baru sahaja buat forensik dengan pihak CyberSecurity bagi menambah baik dari segi sistem keselamatan."Ia tidak boleh diceroboh masuk dari luar tapi dalam kes ini, dia melibatkan orang dalam dan orang dalam yang tahu berkaitan dengan sistem," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di sini pada Jumaat.Sidang media berkenaan kejayaan menumpaskan sindiket terbabit menerusi Op Crack turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman.Tambah Zakaria, dengan pencerobohan itu, individu terbabit menggunakan peranti 'dongle' serta perisian yang dimasukkkan ke dalam komputer.Jelasnya, jadi disebabkan itu, sistem terbabit boleh diakses dari luar dengan menggunakan ID (nama pengguna) pentadbir untuk mendaftar masuk sebelum mencipta ID palsu bagi meluluskan semua PLKS secara tidak teratur."Jadi, itulah modus operandi sindiket," katanya.Tegas Zakaria, JIM akan membatalkan semua 1,306 Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang diluluskan secara tidak sah terbabit serta-merta serta mengesan semua pemegang pas berkenaan yang dipercayai berada di pelbagai lokasi di seluruh negara serta berkerja dalam pelbagai sektor."Pertamanya tindakan kita ialah membatalkan semua PLKS yang diluluskan secara tidak teratur."Kita akan mengesan seterusnya di mana mereka berada |
|
Jim Cramer says this hedge fund's blowup reveals the hidden risks of leverage - Cnbc - 31/07 6:37 am CNBC's Jim Cramer said the forced unwind of Situational Awareness shows how borrowing money can quickly magnify losses and trigger forced selling. |
|
Dont Get Too Attached to Jimothy - Wired - 30/07 6:45 pm Urban wildlife biologists say the stumpy raccoon seems to have adapted well to his environment and spinal conditionbut his internet fame presents a new threat. |
|
Apa itu Su-57M1 ? - Wrlr - 30/07 11:36 am Ini bukan sekadar upgrade. 20% lebih nisbah tujahan-berat (thrust-to-weight) dan 15% lebih jimat minyak berbanding enjin lama |
|
Jim Cramer says software's comeback could be the blueprint for AI stocks' next rally - Cnbc - 30/07 6:22 am CNBC's Jim Cramer said software's sharp turnaround shows how quickly Wall Street can change its mind and beaten-down AI infrastructure stocks could be next. |
|
Sindiket godam MyIMMs: Pegawai JIM disyaki terima rasuah sehingga RM6,000 - Sinarharian - 29/07 9:40 pm PUTRAJAYA - Sindiket menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) dipercayai membayar wang rasuah antara RM1,000 hingga RM6,000 kepada kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana dipercayai membantu dalam proses mendapatkan kelulusan PLKS tanpa mengikut prosedur yang sah.Menurut sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 12 individu."Mereka terdiri daripada dua pengarah syarikat, tiga warga asing, enam pegawai JIM termasuk dua daripada Bahagian Teknologi Maklumat selain seorang pegawai polis kerana disyaki bersubahat menggodam sistem terbabit."Lima suspek lelaki direman tiga hari sehingga 31 Julai (Jumaat), manakala lima lagi lelaki dan dua wanita direman dua hari sehingga 30 Julai (Khamis)," katanya pada Rabu.Perintah reman dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu.Tambah sumber, dalam operasi tersebut, penggeledahan telah dijalankan melibatkan premis-premis syarikat selain JIM Pulau Pinang dan Ibu Pejabat JIM di Putrajaya."SPRM menyita harta alih seperti wang tunai bernilai RM186,360, wang tunai Singapore dolar SGD700 (anggaran RM2,214.22) dan barangan kemas bernilai RM15,700."Turut disita telefon bimbit, komputer riba serta alat elektronik yang dianggarkan bernilai RM36,000," ujarnya.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) dan 16 (a) Akta SPRM 2009.Sebelum itu, 10 suspek lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an telah ditahan antara jam 2 hingga 5 petang Selasa di Ibu Pejabat SPRM dan JIM Pulau Pinang.Op Crack itu digerakkan SPRM melalui Bahagian Perisikan dengan kerjasama Bahagian Perisikan JIM menerusi operasi bersepadu di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.Operasi tersebut turut dibantu oleh Cyber Security Malaysia ( CSM), Telekom Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Bahagian Forensik Teknologi (BFT) SPRM. |
|
SPRM, JIM tumpaskan sindiket godam Sistem MyIMMs, 12 ditahan - Mygazette - 29/07 3:39 pm # SPRM, JIM tumpaskan sindiket godam Sistem MyIMMs, 12 ditahan KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket yang dipercayai menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) bagi memproses permohonan dan kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah |
|
Sindiket godam MyIMMs: JIM tunggu laporan SPRM sebelum ambil tindakan terhadap pegawai - Sinarharian - 29/07 1:52 pm SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mendapatkan laporan siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelummengambil sebarang tindakan, termasuk tatatertibterhadap pegawainya yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket penggodaman Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaabanberkata, keutamaan ketika ini adalah memberi ruang kepada SPRM melengkapkan siasatan mengikut proses perundangan yang ditetapkan."Siasatan baru bermula dan ia mempunyai proses perundangan yang perlu dipatuhi |
|
Sistem Imigresen Digodam, Lebih 1,000 PLKS Palsu Dikeluarkan! Pegawai JIM Dan Polis Antara Suspek Diberkas - Ohmedia - 29/07 11:13 am Sistem Imigresen digodam, lebih 1,000 PLKS palsu dikeluarkan dan 12 suspek diberkas. The post Sistem Imigresen Digodam, Lebih 1,000 PLKS Palsu Dikeluarkan! Pegawai JIM Dan Polis Antara Suspek Diberkas appeared first on Oh! Media . |
|
Empat pegawai JIM antara 12 ditahan godam MyIMMs - Mkini - 29/07 10:46 am Abd Halim berkata penggeledahan turut dijalankan di premis syarikat serta pejabat JIM di Pulau Pinang dan Putrajaya. |
|
Lima syor cadangan tambah baik pengurusan kawalan sempadan SPRM Johor - Mygazette - 29/07 7:58 am # Lima syor cadangan tambah baik pengurusan kawalan sempadan SPRM Johor KUALA LUMPUR - Sebanyak lima cadangan penambahbaikan tatakelola pengurusan kawalan sempadan berkaitan aspek amalan, sistem dan tatacara pengurusan kemasukan warga asing di Terminal Feri Pasir Gudang dibentangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor. Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Johor, Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid berkata, ia dikemukakan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Pasir Gudang Passenger Terminal Sdn Bhd |
|
Pegawai JIM, polis antara diberkas sindiket godam Sistem Imigresen Malaysia - Sinarharian - 29/07 7:51 am SHAH ALAM - Sindiket penggodaman Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) berkaitan proses permohonan serta kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah tumpas pada Selasa.Operasi Op Crack itu dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, seramai 12 individu telah ditahan terdiri daripada dua pengarah syarikat, tiga warga asing, empat pegawai JIM, dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat JIM serta seorang pegawai polis."Kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditahan antara jam 2 hingga 5 petang semalam (Selasa) di Ibu Pejabat SPRM dan JIM Pulau Pinang."Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini menggunakan kuota PLKS tahun 2011 tanpa membuat bayaran levi pas yang dikeluarkan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, sebanyak 1,306 PLKS palsu telah dikeluarkan, menyebabkan kerugian kepada kerajaan dianggarkan sebanyak RM2.4 juta.Tambahnya, penggeledahan turut dijalankan di premis syarikat serta pejabat JIM di Pulau Pinang dan Putrajaya."Operasi ini adalah hasil perkongsian maklumat risikan antara Bahagian Perisikan SPRM dan Bahagian Perisikan JIM yang telah dilaksanakan sejak Mei 2026 di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang."Turut membantu dalam operasi ini ialah Cyber Security Malaysia (CSM), Telekom Malaysia dan Bahagian Forensik Teknologi (BFT) SPRM," ujarnya.Tegasnya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman bagi siasatan di bawah Seksyen 17(a) dan 16(a) Akta SPRM 2009. |
|
Op Crack: SPRM, JIM tumpas kegiatan godam MyIMMs, 12 orang ditahan - Hmetro - 29/07 7:16 am Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan kegiatan penggodaman Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) berkaitan proses permohonan serta kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah dengan penahanan 12 individu |
|
Jim Cramer: How to avoid getting burned by parabolic stocks - Cnbc - 29/07 7:00 am CNBC's Jim Cramer urged investors to take profits as stocks go parabolic, saying those explosive rallies often unravel just as quickly once momentum fades. |
|
Jim Cramer says Wall Street is fleeing the AI trade and buying these stocks instead - Cnbc - 29/07 6:20 am CNBC's Jim Cramer said investors are rotating out of memory-chip winners and into companies with growth outside the data center buildout. |
|
Jim Cramer says buy these 2 stocks but remain cautious on a couple of others - Cnbc - 29/07 12:20 am The Investing Club holds its "Morning Meeting" every weekday at 10:20 a.m |
|
Suzuki Fronx And Jimny Now Available Through Flux Subscription - DSF - 28/07 1:37 pm Naza Eastern Motors Sdn Bhd, the sole distributor of Suzuki vehicles in Malaysia, has officially signed a Memorandum of Understanding (MoU) with FLUX, Malaysias leading vehicle subscription platform. The strategic collaboration is designed to offer Malaysian motorists, including young working professionals, expatriates, and drivers seeking […] The post Suzuki Fronx And Jimny Now Available Through Flux Subscription first appeared on DSF.my . |
|
Jualan Agro MADANI bantu rakyat jimat RM30.3 juta, Mat Sabu mahu lebih ramai nikmati manfaat - Mydateline - 28/07 12:30 am Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Program Jualan Agro MADANI berjaya membantu pengguna menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM30.3 juta sepanjang tahun lalu .. |
|
110 pelarian Rohingya berhimpun di hadapan pejabat UNHCR diperiksa JIM - Sinarharian - 28/07 9:16 am KUALA LUMPUR Seramai 110 pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Pesuruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di sini telah diperiksa Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL).JIM WPKL dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, tindakan penguatkuasaan itu dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur."Individu yang diperiksa terdiri daripada 35 lelaki, 29 kanak-kanak lelaki, 22 wanita dan 23 kanak-kanak perempuan warga Myanmar serta seorang wanita warga Indonesia."Kesemua mereka kemudiannya dipindahkan ke lokasi yang bersesuaian bagi membolehkan proses saringan, pemeriksaan dan pengesahan status dilaksanakan secara teratur," katanya.Terdahulu, media melaporkan operasi pemindahan bermula pada 8.20 malam dengan menggunakan empat trak polis, selepas dua trak yang disediakan pada awalnya tidak mencukupi berikutan kebanyakan pelarian itu turut membawa bagasi dan barangan peribadi.Difahamkan, kesemua warga asing itu akan menjalani pemeriksaan identiti sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.JIM WPKL berkata, tindakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah."Bagi individu yang mendakwa memiliki dokumen UNHCR, pengesahan status akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak UNHCR."Status sebagai pelarian bukan alasan untuk mengganggu ketenteraman awam, mencetuskan keresahan atau melanggar undang-undang negara," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLMenurut JIM WPKL, pihaknya bersama IPK Kuala Lumpur akan terus memperkukuh kerjasama bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara."Semua warga asing yang berada di Malaysia tanpa mengira status atau latar belakang adalah tertakluk kepada undang-undang negara," katanya.Semalam dilaporkan ratusan pelarian Rohingya 'berkampung' di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling susulan diusir dari penempatan mereka di Pulau Pinang. |
|
Suzuki Malaysia, FLUX Perkenal Langganan Bermula RM 690 Sebulan - Careta - 28/07 8:12 am Fronx dan Jimny Jadi Model Pertama Kerjasama itu menyaksikan Suzuki Fronx dan Suzuki Jimny AllGrip Plus menjadi dua model pertama yang ditawarkan menerusi platform FLUX |
|
Ratusan Rohingya berhimpun depan UNHCR dipindahkan ke IPK KL Ratusan .. - Mygazette - 28/07 8:07 am Sementara itu, sumber memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangkaterlibat dalam penyelarasan kes berkenaanesok bagi mengenal pasti pelarian yang mempunyai dokumen sah UNHCR serta menentukan penempatan yang bersesuaian. Menurut sumber, individu yang tidak mempunyai kad UNHCR atau gagal membuktikan status pelarian yang sahakan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk dihantar ke depoh tahanan sebelum melalui proses penghantaran pulang ke negara asal |
|
Buletin Suzuki Cars Malaysia Jalin Kerjasama Dengan Flux, Tawar Langganan .. - Mekanika - 28/07 8:07 am # SUZUKI CARS MALAYSIA JALIN KERJASAMA DENGAN FLUX, TAWAR LANGGANAN KENDERAAN LEBIH FLEKSIBEL **Suzuki Cars Malaysia menerusi Naza Eastern Motors memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan FLUX bagi memperluaskan penawaran langganan kenderaan di Malaysia, sekali gus membuka lebih banyak pilihan kepada pengguna yang mahukan akses kepada kenderaan tanpa perlu memilikinya secara konvensional.** Kerjasama strategik itu menyasarkan golongan profesional muda, ekspatriat serta individu yang mengutamakan fleksibiliti dalam urusan mobiliti harian. Sebagai permulaan, dua model Suzuki iaitu Suzuki Fronx dan Suzuki Jimny AllGrip Plus akan ditawarkan menerusi platform FLUX |
|
Jim Cramer issues a warning to investors trading with borrowed money - Cnbc - 28/07 7:00 am "If you're borrowing money to buy something related to the data center, then tomorrow morning, 9:30 a.m., sell it no matter what," said CNBC's Jim Cramer. |
|
Jim Cramer warns AI's circular financing frenzy echoes the dot-com bubble - Cnbc - 28/07 6:20 am CNBC's Jim Cramer said reports of Nvidia backing OpenAI's data center expansion revived memories of the financing arrangements that preceded the dot-com crash. |
|
Ratusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - Polis - Sinarharian - 27/07 10:46 pm KUALA LUMPUR - Ratusan pelarian Rohingya yang berkampung di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petalingdi sini pada Isnin dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan pengesahan identiti.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus ketika dihubungi Bernamamengesahkan pemindahan kesemua warga asing terbabit dilakukan pada Isnin malam.ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan tidak kompromi pelarian langgar undang-undang, ganggu ketenteraman awam - AnwarTinjauan Bernamadi lokasi mendapati operasi pemindahan bermula8.20malam dengan menggunakan empat trak polis, selepas dua trak yang disediakan pada awalnya tidak mencukupi berikutan kebanyakan pelarian tersebutturut membawa bagasi dan barangan peribadi.Difahamkan,kesemua warga asing itu akan menjalani pemeriksaan identiti sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.Sementara itu, sumber memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangkaterlibat dalam penyelarasan kes berkenaanesok bagi mengenal pasti pelarian yang mempunyai dokumen sah UNHCR serta menentukan penempatan yang bersesuaian.Menurut sumber, individu yang tidak mempunyai kad UNHCR atau gagal membuktikan status pelarian yang sahakan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk dihantar ke depoh tahanan sebelum melalui proses penghantaran pulang ke negara asal.Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak akanberkompromi terhadap mana-mana kumpulan pelarian yang bertindak mengganggu ketenteraman awam atau cuba menguasai mana-mana kawasan di negara ini.Anwar berkata, agensi penguat kuasatermasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), JIM serta pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.Media sebelum ini melaporkankumpulan pelarian itu tiba di ibu negara pada awal pagi tadi dengan menaiki tiga bas selepas diusir keluar oleh penduduk tempatan dari penempatan mereka di Pulau Pinang |
|
Rakyat Untung, Usahawan Pun Senyum! RisSMart Grocer Bawa Shopping Bijak Ke Level Baharu - Murai - 27/07 6:01 pm Dalam keadaan kos sara hidup yang makin mencabar, siapa je tak suka bila boleh dapat barang keperluan pada harga berbaloi sambil buat sesuatu yang memberi impak kepada komuniti? MURAI rasa ini antara cara paling smart untuk kita berbelanja sekarang beli apa yang perlu, jimat lebih, dan dalam masa sama sokong usahawan tempatan |
|
Malaysia meterai MoU dengan Turkiye, Korea Selatan laksana perolehan aset .. - Wrlr - 27/07 4:55 pm Wajib ada TOT - Malaysia mahu setiap perolehan disertai pemindahan teknologi yang benar-benar memberi manfaat, bukan simbolik, untuk bangunkan industri pertahanan tempatan. Ini selari dengan pembelian Malaysia dari Turkiye (korvet LMS Batch 2, dron Anka) dan dari Korea Selatan (FA-50M, kapal selam dalam perbincangan) - semua nak dibuat secara terus kerajaan-ke-kerajaan supaya lebih telus, jimat dan ada jaminan jangka panjang |
|
41,596 warga asing ditahan setakat 15 julai - JIM - Sinarharian - 27/07 4:00 pm KLANG - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)melaksanakan sebanyak 7,105 operasi merangkumi96,994 pemeriksaan dan 41,596 penahananterhadap pendatang asing di seluruh negarasetakat 15 Julai lepas, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban.Sehubungan itu, beliau berkata, penguatkuasaan di bawah peruntukan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) serta Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) akan terus diperkasabagi memastikan pematuhan terhadap Akta Imigresen 1959/63.ARTIKEL BERKAITAN:JIM siasat dakwaan perkampungan haram warga asing di Setia Alam"Kita akan menggunakan segala kuasa diperuntukkan oleh undang-undang untuk kita memastikan (mereka terlibat) aktiviti-aktiviti haram yangmelanggar undang-undang dan sebagainya dapat diberikan pengajaran terutamanya bagiyang masih bebas."Ini menunjukkan kita akan terus mengambil tindakan tegas tanpa sebarang kompromi |
|
Imigresen siasat dakwaan perkampungan haram warga asing di Setia Alam - Mkini - 27/07 3:52 pm Ketua Pengarah JIM berkata operasi bersepadu melibatkan agensi berkaitan akan dijalankan jika dakwaan itu benar. |
|
JIM siasat dakwaan perkampungan haram warga asing di Setia Alam - Sinarharian - 27/07 3:29 pm KLANG - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang menyiasat dakwaan kewujudan perkampungan haram warga asing di sekitar kawasan Setia Alam, Shah Alam, walaupun tindakan penguatkuasaan telah diambil awal April lepas |
|
JIM Sabah nafi dakwaan depot sesak hingga tahanan meninggal dunia - Sinarharian - 26/07 11:11 am KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah tampil menafikan dakwaan depot tahanan di negeri ini dalam keadaan sesak sehingga menyebabkan ramai tahanan warga Filipina meninggal dunia.Pengarahnya, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial itu."JIM Sabah ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar, tidak berasas dan mengelirukan."Gambar-gambar yang tular di media sosial tersebut bukan merupakan gambar yang merujuk kepada mana-mana depot tahanan imigresen di bawah seliaan JIM Sabah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya lagi, semua tahanan warga Filipina yang ditempatkan di depot tahanan imigresen Sabah berada dalam keadaan baik sementara menunggu proses penghantaran pulang ke negara asal."Sepanjang tempoh tahanan, semua penghuni depot diberikan layanan dan perlindungan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang serta prosedur operasi yang berkuat kuasa."Tahanan turut diberikan kemudahan asas termasuk penyediaan makanan mengikut jadual yang ditetapkan serta mematuhi menu dan ketetapan nutrisi yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut keperluan orang dewasa dan kanak-kanak."Selain itu, tahanan turut diberikan akses kepada rawatan perubatan apabila diperlukan serta keperluan asas lain mengikut keperluan," katanya.Beliau turut menjelaskan bahawa proses penghantaran pulang tahanan warga Filipina melalui operasi kapal dari Sandakan ke Zamboanga, yang sebelum ini merupakan laluan utama repatriasi, telah digantung operasinya oleh pihak berkuasa negara tersebut sejak Februari 2026."Keadaan ini telah memberi kesan kepada kelancaran proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal."Bagi memastikan proses repatriasi terus dilaksankan, JIM Sabah menggunakan laluan alternatif iaitu melalui penerbangan dari Kota Kinabalu ke Manila serta laluan laut dari Lahad Datu ke Bongao."Bagaimanapun, pelaksanaan penghantaran pulang melalui laluan alternatif ini adalah tertakluk kepada persetujuan keluarga tahanan untuk menanggung kos perjalanan berkenaan," katanya.SH Sitti Saleha berkata, JIM Sabah sentiasa komited untuk memastikan kebajikan, keselamatan dan kesihatan semua tahanan terus terpelihara di samping melaksanakan proses penghantaran pulang mengikut undang-undang, prosedur yang ditetapkan serta kerjasama erat dengan pihak berkuasa Republik Filipina."Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat, gambar atau kandungan yang tidak sahih dan mengelirukan."Orang ramai juga disaran mendapatkan maklumat yang tepat hanya melalui saluran rasmi JIM," katanya. |
|
How Jimothy the raccoon became the internet's latest animal obsession - BBC - 24/07 10:27 pm It all began with an innocuous video shared by Seattle resident Kiana Hall on Instagram. |
|
Wajah tak sama, etnik Rohingya dikesan guna kad UNHCR palsu - Sinarharian - 24/07 1:29 pm KOTA BHARU Taktik menggunakan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) palsu untuk menyamar sebagai pemegang dokumen sah terbongkar apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan mengesan tiga warga etnik Rohingya menggunakan kad yang memaparkan identiti individu lain dalam Operasi Penguatkuasaan (Ops Mega) di sekitar bandar ini pada Jumaat.Pengarah JIM Kelantan, Garry Belayong Anak John Siki berkata, hasil semakan menggunakan aplikasi khas milik jabatan itu mendapati gambar pada kad UNHCR berkenaan tidak sepadan dengan wajah pemegangnya, manakala maklumat peribadi yang dipaparkan juga milik individu lain.Menurut beliau, tiga lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun itu merupakan sebahagian daripada 20 lelaki warga asing yang ditahan untuk siasatan lanjut dalam operasi yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari melibatkan 11 lokasi tumpuan di sekitar Bandar Kota Bharu."Semasa pemeriksaan kita mengimbas kod QR di belakang kad UNHCR menggunakan aplikasi jabatan |
|
362 warga asing termasuk etnik Rohingya tak sempat beli-belah - Sinarharian - 24/07 1:03 pm KOTA BHARU - Hasrat 362 individu warga asing untuk membeli-belah serta bersantai pada hujung minggu pada Jumaat tidak kesampaian apabila Bandar Kota Bharu 'digempur' oleh Jabatan Imigresen Malaysian (JIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI).Operasi Penguatkuasaan (Ops Mega) yang bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu dilakukan di 11 'hotspot' di sekitar bandar ini melibatkan tangkapan warganegara Nepal, Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Thailand, Kemboja, Myanmar dan etnik Rohingya.Pengarah JIM Kelantan, Garry Belayong Anak John Siki berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia antara dua hingga 60 tahun dan terdiri daripada lima wanita serta selebihnya adalah lelaki."Hasil pemeriksaan kita pada hari ini mendapati terdapat 20 warga asing yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan peraturan-peraturan Imigresen 1963."Antara kesalahan yang dikesan ialah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen dikemukakan semasa pemeriksaan dilakukan serta disyaki melakukan kesalahan tinggal lebih masa iaitu di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Jumaat.Menurut beliau, juga termasuk tiga kes dibawah KPDN iaitu melibatkan kawalan harga Anti Pencatutan serta Akta Kawalan BekalanUjarnya, hasil pemeriksaan juga mendapati kebanyakan etnik rohingya mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) manakala warga asing lain pula memiliki pas pekerjaan. |
|
Bangunan komersial di Jalan Ampang diserbu, 109 warga asing ditahan - Sinarharian - 24/07 11:12 am KUALA LUMPUR - Kehadiran warga asing terutamanya warga China yang dilihat semakin ketara di sebuah bangunan komersial di Jalan Ampang membawa kepada serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Khamis.Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi pada jam 11.45 pagi itu dilaksanakan susulan aduan orang awam serta hasil risikan selama tiga minggu.Menurutnya, seramai 58 pegawai pelbagai pangkat digerakkan ke Aras 18, Menara 1 dan Aras 24, Menara 3 bangunan komersial berkenaan bagi menjalankan pemeriksaan menyeluruh."Hasil pemeriksaan mendapati seramai 120 individu diperiksa membabitkan tujuh warga tempatan dan 113 warga asing dari China, Bangladesh, Myanmar serta India."Ketika serbuan dijalankan, warga asing terbabit didapati sedang giat melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di beberapa unit premis yang dipercayai sedang dipersiapkan untuk beroperasi sebagai sebuah kelab hiburan eksklusif," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, premis itu turut dilengkapi sistem kawalan keselamatan berlapis serta akses masuk yang dikawal rapi, dipercayai bagi mengehadkan kemasukan orang awam selain mengelakkan kegiatan di dalamnya dikesan pihak berkuasa.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebahagian besar warga asing terbabit dipercayai memasuki negara ini menggunakan Pas Lawatan Sosial, namun disyaki menjalankan pekerjaan tanpa kebenaran sekali gus melanggar syarat pas yang diberikan."Turut dikenal pasti ialah individu yang disyaki tinggal melebihi tempoh sah pas selain gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah semasa pemeriksaan."Seramai 109 warga asing terdiri daripada 78 lelaki warganegara China dan 31 lelaki warganegara Bangladesh, Myanmar serta India berusia antara 30 hingga 43 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.Zakaria berkata, kesemua warga asing terbabit dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut."Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang disyaki bertindak sebagai pengurus atau individu yang bertanggungjawab menguruskan kehadiran warga asing di premis berkenaan."JIM turut mengeluarkan Saman kepada Saksi (Borang 29) kepada seorang penyelia Badan Pengurusan Bersama bangunan komersial itu bagi membantu siasatan," katanya.Tegasnya, JIM tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram, tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan atau menyalahgunakan pas di negara ini."Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin," katanya. |
|
In a First, Apple Maps Navigation To Be Embedded In Ford UEV Pickups - Slashdot - 24/07 2:00 am "The pickup -- with Ford testing preproduction models on roads now -- is expected to start at $30,000 when it comes to market in 2027," reports the Detroit Free Press. "Ford has said several other EVs off that platform will follow, including a small all-electric SUV." From the report: Ford CEO Jim Farley said the new EVs will redefine advanced technology as simple, useful, and at a price point that is attainable for most people |
|
Castrol Lancar eHailing Heroes, Bantu Pemandu Jimat Kos Servis Sempena VM2026 - Murai - 23/07 12:02 am Sebab itu, MURAI rasa usaha Castrol Malaysia memperkenalkan program eHailing Heroes memang kena pada masanya menjelang kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026). Program selama 12 bulan […] The post Castrol Lancar eHailing Heroes, Bantu Pemandu Jimat Kos Servis Sempena VM2026 appeared first on Murai MY . |
|
Dipaksa kerja tanpa gaji: Wanita Sri Lanka diselamatkan, majikan ditahan - Mygazette - 23/07 8:26 am # Dipaksa kerja tanpa gaji: Wanita Sri Lanka diselamatkan, majikan ditahan KUALA LUMPUR Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 38 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan orang dan eksploitasi menerusioperasi khas yang dijalankan Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA JIM di sekitar Jenjarom, Selangor |
|
Here's how Jim Cramer says to approach the earnings season's 'ball of confusion' - Cnbc - 23/07 6:24 am CNBC's Jim Cramer urged investors not to overreact to earnings season volatility, saying short-term market moves often defy conventional logic. |
|
This is the stock to buy after OpenAI's AI agent goes rogue in a cybersecurity test - Cnbc - 23/07 1:57 am Jim Cramer said CrowdStrike is the stock to buy after OpenAI's agentic breach. |
|
Tiada negara berhak tentukan dasar Malaysia - Mapim - Sinarharian - 22/07 9:02 pm SHAH ALAM - Tiada mana-mana negara berhak menentukan dasar dalam negeri, keputusan imigresen atau dasar luar Malaysia yang bebas dan berdaulat.Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ancaman sekumpulan Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) yang menuntut Malaysia mengubah dasar berdaulatnya terhadap warga Israel dalam tempoh 15 hari merupakan perkara yang tidak boleh diterima.Beliau berkata, selain itu cadangan supaya tindakan menghukum negara ini termasuk menggantung bantuan latihan ketenteraan, merupakan satu bentuk pencabulan terhadap kedaulatan negara dan intimidasi politik.Menurutnya, tiada mana-mana negara, walau sehebat mana sekali pun dari segi kekuatan ketenteraan atau ekonomi, berhak menentukan dasar dalam negeri, keputusan imigresen atau dasar luar Malaysia."Ugutan sedemikian melanggar prinsip asas kedaulatan sama rata antara negara sebagaimana termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)."Tindakan wakil rakyat Amerika Syarikat memilih jalan paksaan berbanding diplomasi turut mencerminkan sikap yang semakin membimbangkan apabila sokongan tanpa syarat terhadap Israel diteruskan meskipun mengorbankan prinsip undang-undang antarabangsa, keadilan dan hak kedaulatan negara lain," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Media sebelum ini melaporkan, lapan Ahli Kongres AS menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengusir segera rakyat Israel yang berada di Malaysia.Mereka ialah Greg Landsman, Josh Gottheimer, Jimmy Panetta, Dan Goldman, Debbie Wasserman Schultz, Jared Moskowitz, Brad Sherman dan Jake Auchincloss daripada Parti Demokrat.Berdasarkan surat yang dimuat naik Landsman di Facebook miliknya, mereka menyuarakan kebimbangan serius terhadap kenyataan Anwar dan menggesa kerajaan AS mengambil tindakan tegas kerana kenyataan Perdana Menteri itu didakwa cenderung bersifat antisemitisme.Dalam pada itu, Mohd Azmi berkata, tuduhan bahawa Malaysia mengamalkan dasar anti-Semitik adalah tidak benar, melulu dan bermotifkan politik.Jelas beliau, Malaysia tidak pernah menentang agama Yahudi atau masyarakat Yahudi."Sebaliknya pendirian negara sejak sekian lama tertumpu kepada bantahan terhadap dasar dan tindakan Israel, khususnya berkaitan pendudukan wilayah Palestin."Ini termasuk peluasan penempatan haram, hukuman kolektif terhadap orang awam serta dakwaan pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa," katanya.Ujar beliau, menyamakan kritikan terhadap dasar Israel dengan anti-Semitisme merupakan cubaan untuk membungkam kritikan yang sah serta melindungi sebuah negara daripada dipertanggungjawabkan atas tindakannya.Sehubungan itu, beliau menggesa Kerajaan Malaysia menolak ancaman berkenaan tanpa sebarang kompromi.Tegas beliau, ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), negara-negara Selatan Global dan semua negara yang mempertahankan sistem antarabangsa berasaskan undang-undang diminta supaya menolak diplomasi berasaskan ugutan serta mempertahankan kedaulatan negara."Solidariti Malaysia terhadap rakyat Palestin berakar umbi daripada prinsip keadilan, nilai kemanusiaan dan penghormatan kepada undang-undang antarabangsa.Pendirian ini tidak akan ditentukan oleh ancaman, sekatan atau tekanan politik daripada mana-mana pihak," katanya. |
|
Ahmad Redzuan-Si Yan terus menyala di Titiwangsa - Sinarharian - 22/07 8:46 pm BEREGU campuran negara, Ahmad Redzuan Zulwaqqarizal Ahmad-Teh Si Yan, meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke pusingan seterusnya Kejuaraan Badminton Remaja Antarabangsa Petronas 2026 pada Rabu.Pasangan negara itu menewaskan rakan senegara, Yee Tian Ci-Lee Weng Yan, 21-13, 21-13 dalam tempoh 28 minit di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.Ahmad Redzuan dan Si Yan melahirkan rasa puas hati terhadap prestasi mereka selepas berjaya mengawal permainan sejak awal hingga tamat perlawanan.Si Yan berkata, sokongan dan dorongan berterusan daripada Ahmad Redzuan banyak membantunya mengekalkan keyakinan sepanjang aksi berlangsung.Sementara itu, Ahmad Redzuan, yang juga dikenali Waqqa, menegaskan bahawa fokus menjadi kunci utama kemenangan mereka.Katanya, sokongan terhadap pasangan, terutama pada saat-saat genting, turut memainkan peranan penting dalam memastikan rentak permainan kekal stabil."Kami hanya bermain secara agresif dan mengekalkan fokus terhadap permainan sendiri," katanya.Mengulas cabaran seterusnya, Ahmad Redzuan berkata, mereka perlu mengurangkan kesilapan mudah bagi memastikan persembahan lebih mantap pusingan seterusnya.Dalam satu lagi aksi beregu campuran, Irfan Shazmir-Nur Aina Maisarah Hatta turut mencatat kemenangan mudah apabila menewaskan pasangan Filipina, Imari Dawn Jimenez-Ralph Nino Dalojo, 21-7, 21-9 dalam tempoh hanya 20 minit.Bagi acara perseorangan wanita, Chua Jing Xuan menundukkan rakan senegara, Chong Wan Xin, 21-17, 21-16.Sementara itu, dalam acara perseorangan lelaki, Kong Wei Xiang menewaskan Wong Yin Heng 21-13, 21-9. |
|
'make it clear that this conduct carries consequences..' - signed by SIX US Congressmen. - OutSyed - 22/07 8:27 pm Google AI describes this letter as follows: This document appears to be a formal letter signed by several members of the U.S. Congress, including Greg Landsman, Josh Gottheimer, Jimmy Panetta, Dan Goldman, Debbie Wasserman Schultz, Jared Moskowitz, Brad Sherman, and Jake Auchincloss |
|
Desakan ahli Kongres AS cabar kedaulatan Malaysia - Menteri Agama - Sinarharian - 22/07 7:29 pm PUTRAJAYA - Tindakan lapan ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) mendesak Setiausaha Negaranya, Marco Rubio untuk mengkaji semula hubungan keselamatan dan ekonomi dengan Malaysia merupakan bibit campur tangan asing yang jelas mencabar kedaulatan tanah air.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegaskan tiada keperluan berbuat demikian memandangkan Malaysia tidak pernah mengiktiraf entiti haram Israel, malah tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik.Justeru, menurut beliau, pihaknya menyokong penuh pendirian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan dasar luar negara yang berasaskan kedaulatan, prinsip undang-undang antarabangsa, nilai kemanusiaan serta pendirian konsisten Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin."Malaysia mesti terus berdiri teguh dengan dasar luar yang bebas, berkecuali dan berprinsip. Berkawan dengan semua negara yang berdaulat, namun kekal berani menyuarakan kebenaran apabila berlaku pencabulan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa."Sebagai rakyat Malaysia, kami berikrar untuk berdiri teguh di belakang kepimpinan Anwar selaku pemimpin negara dan pejuang hak asasi sejagat."Kami bersatu hati dan bersetia untuk mempertahankan maruah, kebebasan dan kedaulatan Malaysia daripada sebarang bentuk ancaman atau campur tangan kuasa asing," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sinar Harian melaporkan, gesaan Ahli Kongres AS itu dibuat menerusi surat kepada Rubio pada 21 Julai lalu yang turut meminta Washington mempertimbangkan penggantungan pembiayaan Program Pendidikan dan Latihan Ketenteraan Antarabangsa (IMET) sekiranya Malaysia tidak mengubah pendiriannya dalam tempoh 15 hari.Dalam surat tersebut, mereka mendakwa tindakan Malaysia menyasarkan warga Israel berdasarkan kewarganegaraan.Surat tersebut turut menulis bahawa keengganan Malaysia mengiktiraf Israel sudah cukup membimbangkan dan paling tidak boleh diterima sama sekali apabila seorang ketua kerajaan secara terbuka mengisytiharkan negaranya bakal mengusir rakyat daripada salah sebuah sekutu rapat AS hanya disebabkan kewarganegaraannya Israel.Sehubungan itu, kumpulan Ahli Kongres berkenaan menggesa Jabatan Negara AS menggunakan semua saluran diplomatik bagi mendesak Malaysia mengubah pendiriannya.Surat berkenaan diketuai Ahli Kongres Greg Landsman bersama Josh Gottheimer serta turut ditandatangani Jimmy Panetta, Dan Goldman, Debbie Wasserman Schultz, Jared Moskowitz, Brad Sherman dan Jake Auchincloss.Isu itu timbul susulan dakwaan terdapat individu yang mempunyai kewarganegaraan Israel memasuki Malaysia menggunakan pasport negara lain bagi menyertai program Network School di Forest City, Johor. |
|
Dipaksa kerja tanpa gaji, wanita Sri Lanka didera majikan - Sinarharian - 22/07 7:23 pm PUTRAJAYA - Seorang lelaki warga Sri Lanka diberkas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas disyaki mengeksploitasi seorang wanita senegaranya sebagai buruh paksa dalam operasi di tiga lokasi sekitar Jenjarom, Selangor pada Selasa.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan hasil aduan awam dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) serta AMLA."Operasi itu turut membawa kepada penyelamatan seorang wanita warga Sri Lanka yang dikenal pasti sebagai mangsa eksploitasi buruh paksa."Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai diperdaya dengan tawaran pekerjaan serta janji mendapatkan permit kerja sebelum dibawa masuk ke Malaysia untuk bekerja di sebuah premis makanan milik suspek," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Zakaria berkata, mangsa dipercayai dipaksa bekerja tanpa menerima gaji, tidak diberikan makanan yang mencukupi, dikawal pergerakannya serta mengalami kekerasan fizikal sebagai bentuk ugutan dan intimidasi."Enam lagi warga Sri Lanka berusia antara 21 hingga 51 tahun turut ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah," katanya.Beliau berkata, mangsa dikenal pasti berdasarkan Garis Panduan Nasional Mengenai Indikator Pemerdagangan Orang 2.0 (NGHTI 2.0), manakala permohonan Perintah Perlindungan Interim (IPO) telah dibuat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)."Siasatan mendapati suspek yang memegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLS) melalui perkahwinan dengan seorang warga Malaysia disiasat mengikut Seksyen 12 Akta ATIPSOM serta Akta Imigresen 1959/63," katanya.Zakaria berkata, JIM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk eksploitasi pekerja dan pemerdagangan orang."Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat," katanya. |
|
Usir Rakyat Isra*l Dari Malaysia, Ahli Kongres AS Desak Bantuan Tentera Malaysia Digantung - Beautifulnara - 22/07 7:22 pm Sekumpulan lapan Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat mengemukakan surat rasmi kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio bagi menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung warga Israel yang berada di Malaysia. Surat bertarikh 21 Julai 2026 itu diketuai oleh Greg Landsman dan Josh Gottheimer serta ditandatangani enam lagi ahli kongres, iaitu Jimmy […] The post Usir Rakyat Isra*l Dari Malaysia, Ahli Kongres AS Desak Bantuan Tentera Malaysia Digantung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi . |
|
Tindakan Ahli Kongres AS biadab, seolah-olah mahu campuri urusan kedaulatan negara - Fahmi - Sinarharian - 22/07 7:00 pm KUALA PILAH - Tindakan lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) menyuarakan rasa tidak berpuas hati terhadap ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengusiran rakyat Israel seolah-olah mahu mencampuri urusan kedaulatan negara ini.Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, tindakan berkenaan juga disifatkan sebagai biadab."Kita akan sampaikan mesej yang sangat jelas kepada Kedutaan AS 'Jangan campuri urusan dalaman termasuk isu imigresen bagi negara Malaysia'."Kita tidak akan berdiam diri, negara ini negara yang berdaulat. Sekiranya ada mana-mana pihak, individu didapati melanggar syarat-syarat maka kita mempunyai kuasa, kita mempunyai hak untuk menghalau dan mengusir mereka," katanya.Beliau berkata demikian selepas melawat sesi latihan kompang dan permainan gasing di Felda Kepis bersama calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senaling, Mohd Hanis Alimin pada Rabu.Sebelum ini, Anwar menegaskan kerajaan akan mengusir rakyat Israel yang didakwa memiliki dua kerakyatan dan menetap di negara ini sekiranya dakwaan itu terbukti benar.Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menyiasat komuniti teknologi di Forest City yang dikenali sebagai Network School susulan dakwaan terdapat warga Israel mempunyai dua kerakyatan menetap di kawasan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan warga Israel sertai Network School di Forest City, Onn Hafiz gesa siasatan menyeluruhSyabas rakyat Malaysia prihatin tentang Network SchoolBatal lesen, permit Network School jika langgar undang-undang - Tunku Mahkota IsmailNetwork School didapati langgar syarat pelesenanNetwork School tangguh pelaburan baharu di Malaysia, pengasas mohon jaminan kerajaanIsu Network School: Ahli Kongres AS desak semak hubungan AS - MalaysiaSusulan perkembangan itu, lapan Ahli Kongres AS menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pendirian Anwar yang mahu mengusir segera rakyat Israel yang berada di Malaysia.Mereka ialah Greg Landsman, Josh Gottheimer, Jimmy Panetta, Dan Goldman, Debbie Wasserman Schultz, Jared Moskowitz, Brad Sherman dan Jake Auchincloss daripada Parti Demokrat.Berdasarkan surat yang dimuat naik Landsman di Facebook miliknya, mereka menyuarakan kebimbangan serius terhadap kenyataan Anwar dan menggesa kerajaan AS mengambil tindakan tegas kerana kenyataan Perdana Menteri itu didakwa cenderung bersifat antisemitisme.Mengulas lanjut, Menteri Komunikasi itu berkata, pendirian kerajaan Persekutuan juga amat tegas berkait isu Network School yang mempunyai dakwaan warga Israel dengan dua kerakyatan menetap di kawasan Forest City."Jadi, jangan cuba mencampuri urusan dalaman negara kita |
|
'Anti-Semitism' diperalat untuk campur tangan urusan Malaysia - Sinarharian - 22/07 3:49 pm SHAH ALAM - Label anti-Semitism didakwa terus diperalatkan sebagai alasan untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia susulan desakan lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) supaya Washington mengkaji semula hubungan dengan negara ini.Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, tindakan itu mencerminkan sikap AS yang mahu menentukan dasar negara lain walaupun Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat dan demokratik."Ini memang sikap AS, mahu menentukan dasar-dasar negara lain yang berdaulat dan demokratik."Seperti biasa, label anti-Semitism telah diperalatkan untuk membungkam sebarang bentuk kritikan terhadap negara Israel. Anti-Semitism dijadikan alasan untuk masuk campur urusan Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengusir rakyat Israel yang didakwa memiliki dua kerakyatan dan menetap di negara ini sekiranya dakwaan itu terbukti benar.Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menyiasat komuniti teknologi di Forest City yang dikenali sebagai Network School susulan dakwaan terdapat warga Israel mempunyai dua kerakyatan menetap di kawasan berkenaan.Susulan perkembangan itu, lapan Ahli Kongres AS menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pendirian Anwar yang mahu mengusir segera rakyat Israel yang berada di Malaysia.Mereka ialah Greg Landsman, Josh Gottheimer, Jimmy Panetta, Dan Goldman, Debbie Wasserman Schultz, Jared Moskowitz, Brad Sherman dan Jake Auchincloss daripada Parti Demokrat.Berdasarkan surat yang dimuat naik Landsman di Facebook miliknya, mereka menyuarakan kebimbangan serius terhadap kenyataan Anwar dan menggesa kerajaan AS mengambil tindakan tegas kerana kenyataan Perdana Menteri itu didakwa cenderung bersifat antisemitisme.Mengulas lanjut, Syahredzan berkata, wakil rakyat AS sepatutnya menumpukan usaha menghentikan konflik yang melibatkan negara mereka berbanding mencampuri urusan pentadbiran Malaysia."Daripada cuba memberitahu kita cara menguruskan hal ehwal negeri kita sendiri, lebih baik wakil-wakil rakyat AS tingkatkan usaha untuk menghentikan perang AS dengan Iran, yang membawa banyak kesedihan dan kesusahan kepada dunia."Dunia sedang membayar harga akibat sifat angkuh Amerika, namun mereka tanpa segan silu mahu menentukan cara kita mentadbir negara kita sendiri," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Dakwaan warga Israel sertai Network School di Forest City, Onn Hafiz gesa siasatan menyeluruhSyabas rakyat Malaysia prihatin tentang Network SchoolBatal lesen, permit Network School jika langgar undang-undang - Tunku Mahkota IsmailNetwork School didapati langgar syarat pelesenanNetwork School tangguh pelaburan baharu di Malaysia, pengasas mohon jaminan kerajaanIsu Network School: Ahli Kongres AS desak semak hubungan AS - Malaysia |
|
Kos anjur Sukma 2026 jimat sehingga 67%, kata timbalan menteri - FMT - 22/07 2:11 pm Mordi Bimol berkata penjimatan dilaksanakan berasaskan prinsip pengoptimuman sumber melalui penggunaan fasiliti sedia ada. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |