///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Hulu News   Page 1    



What is the release date for The Testaments episode 8 on Hulu and Disney+? - Techradar - 10/05 9:00 pm

and for her truth to stay concealed in Gilead. But when does The Testaments episode 8 drop on Hulu and Disney+?





Penduduk kampung gelisah, pocong berdiri tegak tepi jalan - Kosmo - 10/05 7:00 pm

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Hulu Sungai Utara, wilayah Kalimantan Selatan berdepan detik seram apabila menemui kelibat didakwa pocong di tepi jalan pada waktu malam, lapor portal berita Jejak Rekam





'UMNO boleh ambil bekas pemimpin, ahli Bersatu bermasalah demi kebaikan bersama' - Tun Faisal - Sinarharian - 10/05 5:54 pm

SHAH ALAM - UMNO boleh mengambil bekas pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dikenakan tindakan disiplin untuk menyertai parti berkenaan.Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan itu demi kebaikan bersama."Asyraf Wajdi (Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) dan UMNO boleh mengambil bekas pemimpin dan ahli yang bermasalah ini demi kebaikan bersama."Insya-ALLAH Bersatu akan terus membuka ruang dan menjadi inklusif kepada lebih ramai lagi di luar sana yang lebih berintegriti dan setia."Selain memahami prinsip demokratik dalam berorganisasi, mematuhi perlembagaan serta disiplin parti," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.Pada Sabtu, Dr Asyraf Wajdi memaklumkan UMNO sedia menerima sesiapa sahaja tanpa syarat menyertai parti itu termasuk pemimpin dan ahli Parti Bersatu yang dipecat atau digantung tanpa syarat selain menyifatkan mereka itu berasal dari rahim UMNO juga umpamanya sirih pulang ke gagang.Terdahulu, Lembaga Disiplin Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu, manakala enam lagi wakil rakyat digantung keahlian selama dua penggal pemilihan berkuat kuasa serta-merta.Mereka yang dipecat ialah ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis, kedua-duanya ADUN di Kedah.Enam wakil rakyat Bersatu yang digantung keahlian melibatkan lima Ahli Parlimen dan seorang ADUN iaitu Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.Turut dikenakan tindakan sama ialah Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail dan ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain.Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, tindakan parti itu menjatuhkan hukuman berkenaan adalah langkah tepat untuk memastikan parti dianggotai dan dibarisi pemimpin serta ahli yang setia, berintegriti, faham perlembagaan dan maksud demokratik dalam berorganisasi.Dalam pada itu beliau berkata, kenyataan bekas Ketua Armada Bersatu merangkap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad yang mendakwa parti itu sudah tidak ada nilai kepada akar umbi, langsung tidak menggambarkan apa yang sedang berlaku dalam Bersatu hari ini."Di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sejak bulan Ramadan yang lalu disusuli bulan Syawal, program-program Bersatu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan menakjubkan."Kehadiran lebih 3,000 orang ahli dan penyokong Bersatu semasa Majlis Berbuka Puasa di Lumut berbanding hanya 300 orang di Majlis Berbuka Puasa anjuran Geng SD pada malam yang sama menjelaskan realiti ini."Begitu juga kehadiran, minat dan semangat lebih 1,400 orang ahli Bersatu Selangor yang ditunjukkan dalam Konvensyen Bersatu Selangor baru-baru ini membuktikan Bersatu terus kukuh, harmoni dan teratur selepas ketiadaan Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Geng SD," katanya.





Polis rampas 2 lagi senjata, peluru daripada rumah mekanik di Baling - Sinarharian - 10/05 5:48 pm

Hasil pemeriksaan, kita menemui senjata tersebut di bahagian dapur dan loteng rumah suspek. Setakat ini, keseluruhan rampasan membabitkan tiga laras senapang dan empat pucuk pistol termasuk dua pistol tiruan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek memperoleh senjata api dan peluru berkenaan sejak awal tahun lepas daripada seorang kenalan di negara jiran sebelum dibawa masuk ke negara ini melalui sempadan di Pengkalan Hulu, Perak."Kita masih menyiasat tujuan suspek menyimpan senjata api berkenaan





Krisis adat Negeri Sembilan: Bekas kerani pula diisytihar sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11 - Sinarharian - 10/05 4:24 pm

SEREMBAN - Selepas akauntan berusia 29 tahun diumum dilantik sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11 bagi menggantikan Datuk Mubarak Dohak, kini dalam satu majlis di sini, diisytiharkan pula seorang bekas kerani sebagai penyandang Datuk Klana Petra tersebut.Majlis pemasyhuran Abd Rahman Limat berusia 70 tahun sebagai penyandang dibuat dalam majlis istiadat di Telapak Tua Kampung Chedang di sini pada Ahad.Pemasyhuran bapa kepada enam anak itu dimaklumkan telah dipersetujui oleh Ibu Soko, Buapak dan Tiang Balai Perut Waris Hulu.Majlis berkenaan yang bermula sekitar jam 2.45 petang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Buapak Perut Waris Hulu sebelum disusuli istiadat menandatangani watikah pelantikan.Difahamkan, Abd Rahman yang mempunyai pendidikan tertinggi Sijil Rendah Pelajaran merupakan Suku Biduanda Waris Klana manakala jawatan beliau di dalam waris ialah Datuk Juan Waris Perut di Hulu Luak Sungei Ujong.Selain itu, beliau turut didakwa pernah menghantar nama sebagai calon Datuk Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong pada 13 November 2004.Di lokasi, turut kelihatan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire tertera dengan tanda kenderaan rasmi Datuk Undang Luak Sungei Ujong.Sebelum ini, Mubarak dilaporkan telah dipecat daripada jawatannya malah turut diperakui oleh kerajaan negeri.Beliau bersama tiga Undang lain bagaimanapun telah mengisytiharkan pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, berkuat kuasa serta-merta.Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataannya pada 20 April lalu menjelaskan bahawa tindakan Mubarak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz tidak boleh diterima atau diiktiraf.Ini kerana katanya, Mubarak tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungei Ujong, selain tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 Undang-Udang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan(UUTKNS) 1959."Pemberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong telah dibuat mengikut pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Sungei Ujong sejak 13 Mei 2025."Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang(DKU) pada 17 April lepas telah bersetuju menasihat dan menerima kesepakatan Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Luak Sungei Ujong yang memberhentikan Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong ke-10 selaras peruntukan Fasal 14(3) UUTKS," katanya.Tidak lama selepas itu, Waris Nan Tua Klana Hulu bersama Ibu Soko-Ibu Soko Klana Hulu dan Waris-Waris Klana Hulu melantik Muhammad Faris Johari yang merupakan seorang akauntan sebagai Undang baharu yang dibuat dalam istiadat kerapatan di Telaga Undang pada 22 April lalu.Pemilihan tersebut didakwa mengikut salasilah pada Fasal ke-27 Teromba dan Salasilah Negeri Sungei Ujong 1910 dan hukum adat patah tumbuh termaktub pada Fasal 5 Undang-undang Sungei Ujong.Berdasarkan Fasal 48 (VI) Teromba dan Salasilah Negeri Sungei Ujong 1910, pelantikan tersebut disahkan oleh Datuk Andulika Mandalika Zainol Ariffin Ibrahim Tua Lembaga Waris di-Darat yang sah dan diiktiraf kerajaan Negeri Sembilan.





Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri - Sinarharian - 10/05 2:48 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga jam 4 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.Turut terjejas ialah Negeri Sembilan (Jelebu), Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) serta Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Selain itu, Pahang membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong; Perak (Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim) manakala Kelantan (Tumpat, Pasir Mas dan Tanah Merah)





Selangor kekal bersih tanpa skandal rasuah Menteri Besar Sejak 2008 - Harapandaily - 10/05 11:52 am

YB Anfaal Saati, YB Chua Wei Kiat, Tuan Ahmad Zahiri di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang,, Tuan Ahmad Zahiri Selangor. 9hb Mei 2026 (Sabtu) Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan menegaskan Kerajaan Perpaduan dan Pakatan Harapan Selangor perlu..





UMNO terbuka pertimbang penyertaan wakil rakyat, pemimpin Bersatu dipecat, .. - Mygazette - 10/05 7:31 am

Semalam, Lembaga Disiplin Bersatu memecat serta menggantung keahlian beberapa wakil rakyat sertapemimpin parti itu berkuat kuasa serta-merta. Mereka yang dipecatialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menantiyang juga Ketua Bahagian Bersatu Alor Setar Dzowahir Ab Ghani, ADUN Sungai Tiang Abdul Razak Khamis dan Ketua Bahagian Hulu Langat Muhammad Faiz Rahmad





Sejak awal saya dah jangka hayat politik Bersatu tak akan panjang Zahid - Wrlr - 9/05 10:19 pm

Semalam, 10 orang pemimpin Bersatu dikenakan tindakan disiplin termasuklah digantung keahlian dan dipecat dari parti. Jumlah pemimpin yang dipecat bertambah kepada tiga orang iaitu ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani; ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak; dan Timbalan Ketua Armada Nasional Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad yang juga Ketua Bahagian Hulu Langat





Ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri - Sinarharian - 9/05 5:53 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga jam 8 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan pada jam 4.30 petang tadi memaklumkan cuaca buruk itu diramalkan berlaku di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).Selain itu, turut terjejas ialah Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim), Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin).Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) serta Mersing di Johor juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama.Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang.Cuaca sama juga dijangka melanda Sabah membabitkan Pedalaman, pantai barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat), serta Wilayah Persekutuan Labuan.- Bernama





Marzuki setuju ahli Bersatu dipecat, digantung kembali kepada UMNO - Sinarharian - 9/05 5:14 pm

Karpet merah telah dibentang. Masuklah dengan paluan kompang," katanya.Terdahulu, Asyraf dalam kenyataannya berkata, UMNO sedia menerima sesiapa sahaja tanpa syarat termasuk pimpinan dan ahli Bersatu yang dipecat atau digantung.Menurutnya, parti itu sedia menerima sesiapa sahaja tanpa syarat termasuk pimpinan dan ahli Bersatu yang dipecat atau digantung.Bagaikan sirih pulang gagang katanya, mereka semua berasal dari rahim UMNO.Pada Jumaat, Lembaga Disiplin Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu manakala tujuh lagi wakil rakyat digantung keahlian selama dua penggal pemilihan berkuat kuasa serta-merta.Dua ADUN dipecat ialah Abdul Razak Khamis bagi DUN Sungai Tiang yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Dzowahir Ab Ghani (ADUN Suka Menanti) yang juga Ketua Bersatu Bahagian Alor Setar.Tujuh wakil rakyat digantung keahlian pula membabitkan lima ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Khalib Abdullah (Rompin), Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (Lumut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh).Turut digantung ialah ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain yang juga Ketua Armada Bahagian Padang Rengas dan ADUN Kuala Sepetang, Ahmad Man.Selain itu, Ketua Bersatu Bahagian Hulu Langat, Muhammad Faiz Rahmad yang juga Naib Ketua Armada Nasional turut dipecat keahlian berkuat kuasa pada Jumaat.Semua notis tindakan disiplin itu ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan.





UMNO terbuka pertimbang penyertaan wakil rakyat, pemimpin Bersatu dipecat atau digantung - Zahid - Sinarharian - 9/05 4:00 pm

BAGAN DATUK - UMNO akan mempertimbangkan penyertaan wakil rakyat dan pemimpin Bersatu yang dipecat atau digantung sekiranya mereka memohon menyertai parti itu menerusi inisiatif Rumah Bangsa.Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu bersikap terbuka untuk menerima penyertaan mana-mana individu, khususnya dalam kalangan orang Melayu."Kalau ada permohonan, kita akan pertimbangkan, kita terbuka kerana sebagai parti politik yang menaungi rumah bangsa, kita mempunyai dasar yang terbuka," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) Prihatin Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Politeknik Maritim Sultan Azlan Shah, di sini hari ini.Ahmad Zahid mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mengalu-alukan wakil rakyat dan pemimpin Bersatu yang digantung atau dipecat menyertai UMNO melalui Rumah Bangsa.Semalam, Lembaga Disiplin Bersatu memecat serta menggantung keahlian beberapa wakil rakyat serta pemimpin parti itu berkuat kuasa serta-merta.Mereka yang dipecat ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti yang juga Ketua Bahagian Bersatu Alor Setar, Dzowahir Ab Ghani, ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis dan Ketua Bahagian Hulu Langat, Muhammad Faiz Rahmad.Lima Ahli Parlimen pula digantung hak-hak keahlian bagi dua penggal pemilihan parti, iaitu Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Abdul Khalib Abdullah (Rompin), Nordin Ahmad Ismail (Lumut) dan Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu).- Bernama





Asyraf Wajid pelawa ADUN, MP Bersatu dikenakan tindakan kembali ke Rumah... - Mygazette - 9/05 3:26 pm

Semalam, Bersatu dalam kenyataan memaklumkan pemecatan dua ADUN parti itu iaitu Dzowahir Ab Ghani(Suka Menanti) dan Abdul Razak Khamis (Sungai Tiang). Sementara itu, lima Ahli Parlimen turut digantung iaitu Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh); Abdul Khalib Abdullah (Rompin); Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu); Nordin Ahmad Ismail (Lumut) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah)





UMNO Terengganu terbuka terima Rosol Wahid - Sinarharian - 9/05 3:11 pm

KUALA TERENGGANU UMNO Terengganu sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid untuk kembali menyertai parti itu susulan tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, pihaknya sentiasa bersikap terbuka untuk menerima mana-mana individu yang memahami semangat perjuangan Rumah Bangsa demi memperkukuh parti."Kalau ada sesiapa yang memahami Rumah Bangsa ini dan mahu bersama perjuangan parti, kita terbuka





Saya bertanding atas tiket PAS, kata Khlir lepas digantung Bersatu - Wrlr - 9/05 2:18 pm

Semalam Malaysiakini melaporkan Khlir antara lima ahli parlimen Bersatu yang digantung keahlian selama dua penggal oleh parti itu. Turut digantung ialah Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz, Khalib Abdullah (Rompin), Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Nordin Ahmad Ismail (Lumut)





Pemecatan pemimpin Bersatu cetus tanda tanya - Khaliq Mehtab - Sinarharian - 9/05 1:33 pm

Kalau benar atas alasan disiplin, kenapa hukumannya berbeza?" katanya.Beliau yang juga bekas Pengerusi Biro Perundangan dan Perlembagaan Bersatu menambah, perkembangan tersebut sebenarnya sudah lama dijangka oleh beberapa pihak dalam parti.Katanya, individu yang dipecat juga tidak terkejut dengan tindakan tersebut kerana mereka dikatakan sememangnya bercadang meninggalkan Bersatu."Kalau tidak dipecat sekalipun, mereka tetap akan meninggalkan Bersatu. Cuma masa yang menentukan."Rumah baru dikatakan sudah siap, ahli-ahli pula semakin ramai bersiap sedia, hanya menunggu masa untuk bergerak," katanya.Tambah beliau, tindakan pemecatan itu dilihat sebagai usaha mengawal keadaan sebelum berlaku gelombang perpindahan ahli yang lebih besar."Rakyat dan akar umbi sedang memerhati."Jangan sampai tindakan yang kononnya mahu mengukuhkan parti akhirnya dilihat sebagai usaha menyusun semula kedudukan untuk kelompok tertentu sahaja," katanya.Beliau turut mendakwa rakyat kini semakin sedar terhadap keadaan semasa Bersatu yang menurutnya semakin lemah meskipun parti itu terus melaungkan kekuatan mereka.Terdahulu, Lembaga Disiplin Bersatu memecat dua ADUN daripada parti itu, manakala tujuh lagi wakil rakyatnya digantung keahlian selama dua penggal pemilihan, berkuat kuasa serta-merta.Setakat jam 8.30 malam Jumaat, dua ADUN yang dipecat ialah wakil rakyat di Kedah membabitkan Abdul Razak Khamis (Sungai Tiang) yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah serta Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti) yang juga Ketua BERSATU Bahagian Alor Setar.Tujuh wakil rakyat yang digantung keahlian pula termasuk lima Ahli Parlimen, iaitu Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Khalib Abdullah (Rompin), Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (Lumut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh).Dua lagi digantung ialah ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain yang juga Ketua Armada Bahagian Padang Rengas, dan ADUN Kuala Sepetang, Ahmad Man.Selain itu, Ketua Bersatu Bahagian Hulu Langat, Muhammad Faiz Rahmad yang merupakan Naib Ketua Armada Nasional, turut dipecat keahlian berkuat kuasa Jumaat.Ends.





Senarai terkini pemimpin Bersatu dikenakan tindakan, jumlah cecah 10 orang - Wrlr - 9/05 1:14 pm

SITI NUR ZAWANI May 8, 2026 Sehingga jam 9 malam tadi, sekurang-kurangnya 10 orang pemimpin Bersatu dikenakan tindakan disiplin termasuklah digantung keahlian dan dipecat dari parti. Jumlah pemimpin yang dipecat bertambah kepada tiga orang iaitu ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani; ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak; dan Timbalan Ketua Armada Nasional Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad yang juga Ketua Bahagian Hulu Langat





Landslide hits Kampung Bukit Sungai Putih in Hulu Langat, residents told to evacuate home for safety - Malaymail - 9/05 9:01 am

KUALA LUMPUR, May 9 Residents of a house were instructed to evacuate their home after a landslide hit Kampung B...





Balancing modernisation and food autonomy : the dilemma of pig farming .. - Sinchew - 9/05 7:31 am

The Sultan decreed that the matter should end here, closing the chapter once and for all to preserve social harmony and public peace. In January, Sultan Sharafuddin Idris Shah issued several decrees regarding the industry, including the staggered closure of farms in Tanjung Sepat, Kuala Langat, and their relocation to a modern centralised zone in Bukit Tagar, Hulu Selangor





Bersatu terus bergolak, 4 ahli Parlimen digantung dua penggal - Mygazette - 9/05 7:31 am

# Bersatu terus bergolak, 4 ahli Parlimen digantung dua penggal KUALA LUMPUR Kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus memuncak apabila parti itu menggantung empat Ahli Parlimennya berkuat kuasa serta-merta susulan didakwa melanggar Perlembagaan dan Kod Etika parti. Mereka yang dikenakan tindakan ialah Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor





Tanah runtuh: Penghuni sebuah rumah diarah kosongkan kediaman - FMT - 8/05 11:01 pm

Bomba sedang memantau kawasan kejadian di Kampung Bukit Sungai Putih, Hulu Langat.





Senarai terkini pemimpin Bersatu dikenakan tindakan, jumlah cecah 10 orang - Harapandaily - 8/05 10:05 pm

Sehingga jam 9 malam tadi, sekurang-kurangnya 10 orang pemimpin Bersatu dikenakan tindakan disiplin termasuklah digantung keahlian dan dipecat dari parti. Jumlah pemimpin yang dipecat bertambah kepada tiga orang iaitu ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani; ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak; dan Timbalan Ketua Armada Nasional Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad yang juga Ketua Bahagian Hulu Langat...





Rosol, Khlir antara Ahli Parlimen Bersatu terbaharu digantung dua penggal, Faiz Rahmad dipecat - Sinarharian - 8/05 9:21 pm

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor menjadi antara pemimpin terbaharu dikenakan tindakan disiplin oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas digantung hak keahlian selama dua penggal pemilihan parti.Menerusi notis ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, kedua-dua pemimpin terbabit didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.Menurut notis berkenaan, penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta dan secara langsung melucutkan semua jawatan yang dipegang mereka dalam parti selain tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan atas nama Bersatu sepanjang tempoh hukuman.Bagaimanapun, mereka diberikan tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan parti.Turut dikenakan tindakan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang, Ahmad Man.Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Armada Nasional Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad yang juga Ketua Bahagian Hulu Langat dilaporkan dipecat daripada parti berkuat kuasa serta-merta.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan dua ADUN iaitu ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis dipecat, manakala empat lagi pemimpin dikenakan tindakan penggantungan hak keahlian bagi tempoh dua penggal pemilihan Bersatu.Antara digantung hak keahlian selama dua penggal pemilihan parti termasuklah ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah dan Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail.Ia menjadikan jumlah keseluruhan pemimpin Bersatu dikenakan tindakan displin setakat jam 9 malam mencecah 10 orang.Pada Februari lalu, selepas Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat dari Bersatu, 11 lagi pemimpin parti lagi turut menerima nasib sama setelah didapati melanggar Perlembagaan Bersatu.Mereka yang terlibat ialah Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.Tujuh lagi melibatkan Ketua Bahagian Bersatu iaitu Mohd Hassundi Hamzah (Larut), Yunus Nurdin yang juga Setiausaha Bersatu Sabah (Libaran), Datuk Abdul Aziz Ismail, Ahmad Nasir Mid (Selayang), Ahmad Ishak (Gopeng), Kamaruddin Majid (Telok Intan) dan Mohd Yunus Mohd Yusof (Tapah).





Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri - Sinarharian - 8/05 4:09 pm

PETALING JAYA Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan sembilan negeri serta tiga Wilayah Persekutuan hingga jam 5 petang ini.MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan yang terlibat di Semenanjung ialah Kedah melibatkan Sik dan Baling.Turut terjejas ialah Perak melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, selain Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin."Hujan lebat turut diramal berlaku di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya serta Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin," menurut kenyataan itu hari ini.Selain itu, cuaca buruk turut dijangka melibatkan seluruh Melaka dan Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit melibatkan Song, Bintulu serta Miri melibatkan Subis dan Beluru.Bagi Sabah pula, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan selain Pantai Barat membabitkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.Turut terlibat ialah kawasan Tawau melibatkan Tawau dan Lahad Datu, Sandakan termasuk Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan serta Kudat.Cuaca buruk sama turut dijangka berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.





Selepas ???Reset???, Hamzah bawa naratif ???Konsensus Nasional Baharu??? - Mygazette - 8/05 7:47 am

Turut dipecat ialah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Dr Mohd Yadzil Yaakub, selain sembilan ketua bahagian Bersatu termasuk Mohd Hassundi Hamzah, Yunus Nurdin, Datuk Abdul Aziz Ismail, Ahmad Nasir Mid, Ahmad Ishak, Kamaruddin Majid, Datuk Zulkifli Bujang, Ramlan Meon dan Mohd Yunus Mohd Yusop. Ketua Srikandi Muda Bersatu Sabah, Nabila Norsahar serta Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim turut menerima nasib sama apabila dipecat daripada parti itu





Realiti miskin tegar perlihat sifat `sindrom penafian??? Kerajaan Negeri .. - Mygazette - 7/05 4:18 pm

Sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan meneliti setiap laporan dengan lebih terperinci bagi menggubal perancangan dan langkah intervensi yang strategik. Kenyataan yang tidak tepat akan membentuk persepsi yang salah dalam masyarakat seterusnya menghasilkan sebuah perancangan yang tidak bertepatan dengan realiti semasa, katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang dalam kenyataan hari ini





Sungai Penchala gagal tampung hujan lebat luar biasa, punca banjir kilat di PJ - Kosmo - 7/05 4:14 pm

PETALING JAYA – Hujan luar biasa dengan taburan melebihi 60 milimeter (mm) dalam tempoh singkat dikenal pasti antara punca beberapa kawasan di sini, semalam dilanda banjir kilat. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam kenyataan hari ini berkata, taburan hujan yang sangat tinggi semalam bermula dari kawasan hulu (upstream) di Kuala Lumpur





Warga emas maut dihempap jentera pembajak - Mygazette - 7/05 8:11 am

KUALA BERANG - Seorang lelaki warga emas maut selepas tercampak keluar sebelum dihempap jentera pembajak yang dipandunya sendiri, dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Paya Besar-Pengkalan Ajal di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdul Wahab berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 71 tahun dalam perjalanan dari Pejabat Felda Tersat menuju ke Pengkalan Ajal





Bangunan kolej terbiar jadi sekolah Islam - Utusan - 7/05 8:00 am

KUALA TERENGGANU: Projek pembangunan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Hulu Terengganu bernilai RM35 juta di tapak bekas Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di Batu 22, Ajil, Kuala Berang, dekat sini dijangka siap pada Julai 2028





Kuda mini Falabella sukar membiak lahir di Rimba Razia - Utusan - 7/05 7:37 am

HULU TERENGGANU: Kelahiran seekor anak kuda mini baka Falabella di Zoo Rimba Razia di sini, mencuri perhatian kerana disifatkan sebagai antara kejayaan pembiakan jarang berlaku di Malaysia





Pelantikan Akauntan Muda Sebagai Undang Luak Sungei Ujong Didakwa Tidak Sah - Beautifulnara - 6/05 2:49 pm

Pelantikan akauntan muda, Muhammad Faris Johari sebagai Undang Luak Sungei Ujong yang baharu didakwa tidak sah dan bercanggah dengan aturan adat Sungei Ujong. Menerusi kenyataan media Datuk-Datuk Lembaga Adat Sungei Ujong lewat petang tadi, mereka memaklumkan bahawa pelantikan Undang Luak Sungei Ujong perlu mendapat persetujuan sebulat suara daripada semua ibu-ibu soko waris Klana Hulu dan […] The post Pelantikan Akauntan Muda Sebagai Undang Luak Sungei Ujong Didakwa Tidak Sah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi .





Amaran hujan lebat, ribut petir di sembilan negeri - Sinarharian - 6/05 2:42 pm

KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan sehingga jam 5 petang ini.Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran yang dikeluarkan pada jam 2 petang itu melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak termasuk Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu, Kerian, Larut, Matang serta Selama.Turut terjejas ialah kawasan di Selangor seperti Hulu Perak, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat termasuk Seremban dan Port Dickson, manakala di Melaka melibatkan Jasin.Bagi Johor, kawasan terjejas ialah Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Sementara itu, di Sarawak, amaran melibatkan kawasan Kuching, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat, Kapit, Song, Bukit Mabong, Bintulu, Miri serta Limbang.Di Sabah pula, kawasan pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Kudat dijangka terjejas termasuk Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa.





Muhammad Faris dilantik Undang Luak Sungei Ujong yang baharu - Mygazette - 5/05 10:04 pm

# Muhammad Faris dilantik Undang Luak Sungei Ujong yang baharu KUALA LUMPUR - Muhammad Faris Johari dilantik sebagai Undang Luak Sungei Ujong yang baharu. Perkara itu diumumkan Waris Nan Tua Klana Hulu Datuk Shaharumzaman Abdul Malek bersama Ibu Soko-Ibu Soko Klana Hulu dan Waris-Waris Klana Hulu dalam satu kenyataan, hari ini





28-year-old accountant Muhammad Faris Johari is new Undang of Sungei Ujong - Sinardaily - 5/05 1:37 pm

SEREMBAN - Waris Nan Tua Klana Hulu, together with the Ibu Soko and other clan representatives, have selected and appointed an accountant, Muhammad Faris Johari as the new Undang of Luak Sungei Ujong.In a joint statement today, they said the appointment of Muhammad Faris, 28, as Datuk Klana Petra, the 11th Undang of Sungei Ujong, was made during a customary installation ceremony at Telaga Undang on April 22."We, Waris Nan Tua Klana Hulu, together with the Ibu Soko and clan members, have reached a consensus to appoint Muhammad Faris Johari as Datuk Klana Petra, the 11th Undang of Luak Sungei Ujong, during the ceremony at Telaga Undang, the statement read.It said the ceremony was conducted in accordance with customary law, guided by principles of justice, lineage and tradition.The appointment was further endorsed by the Ibu Soko and clan representatives of Klana Hilir, and witnessed by Ibu Soko Waris Negeri, Waris Negeri, Datuk Lembaga Lingkungan, To Buapak Lingkungan and government officials.The selection of the new Undang followed the established genealogical provisions under Clause 27 of the Teromba and Genealogy of Sungei Ujong 1910, as well as the customary principles enshrined in Clause 5 of the Sungei Ujong laws.Under Clause 48 (VI) of the same Teromba, the appointment was confirmed by Datuk Andulika Mandalika Zainol Ariffin Ibrahim, the recognised Tua Lembaga Waris di-Darat under the Negeri Sembilan state authority.The customary process ensures that the appointment of Datuk Klana Petra is carried out without external interference, in line with Clause 14(1) of the Negeri Sembilan State Constitution 1959





Akauntan Usia 29 Tahun Dilantik Sebagai Dato Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong Ke-11 - Beautifulnara - 5/05 12:25 am

Akauntan berusia 29 tahun, Muhammad Faris Johari dilantik sebagai Dato Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong ke-11. Pelantikan tersebut dibuat mengikut istiadat kerapatan di Telaga Undang selepas dipilih secara bulat muafakat oleh Waris Nan Tua Klana Hulu bersama Ibu Soko-Ibu Soko Klana Hulu dan Waris-waris Klana Hulu





Akauntan Muda Berusia 29 Tahun Dilantik Luak Sungei Ujong Sebagai Undang ke-11 - Lobakmerah - 5/05 10:58 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Luak Sungei Ujong kini mempunyai pemimpin baharu setelah YM Waris Klana Hulu Muhammad Faris bin Johari secara rasminya dipilih dan dilantik sebagai Yang Teramat Mulia Dato Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong ke-11





Selangor Sasar 500 Stesen Pengecas EV Tahun Ini, 4,000 Menjelang 2030 - Careta - 4/05 10:23 pm

Menurut Ng Sze Han, cadangan itu diterima daripada empat pihak berkuasa tempatan (PBT) utama iaitu Petaling Jaya, Shah Alam, Hulu Selangor dan Ampang Jaya, dengan lokasi strategik kini dalam proses penilaian





Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri - Sinarharian - 4/05 3:47 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 11 negeri hingga 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan 2.30 petang tadi memaklumkan kawasan terlibat meliputi Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).Amaran sama turut melibatkan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Selangor (Hulu Selangor dan Hulu Langat).Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang.Di Sabah, amaran melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat, Tawau dan Kudat





Tiga warga Yemen terperangkap kepala air di Sungai Kedondong - Sinarharian - 4/05 8:38 am

HULU SELANGOR - Tiga lelaki warga Yemen berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan Air Terjun Sungai Kedondong di sini pada Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.12 petang.Menurutnya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 26 kilometer dari balai berkenaan."Setibanya di lokasi pada jam 4.40 petang, kita mendapati tiga lelaki warga Yemen terkandas akibat kepala air," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, dua mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,"Seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian tangan berada di tepi tebing berketinggian kira-kira tiga meter diselamatkan oleh anggota bomba," katanya.Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang cedera kemudian berjaya dibawa keluar dan operasi dikawal sepenuhnya pada jam 5.30 petang."Kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya.





'Saya terima apa pun keadaan dia, syukur mayat Nur Qaseh ditemui'- Datuk - Sinarharian - 3/05 9:05 pm

Asalkan saya dapat tahu di mana dia disempurnakan (dikebumikan), daripada hanyut dan tidak ditemukan," katanya kepada pemberita di unit forensik di sini hari ini.Menyifatkan Nur Qaseh Deandra sebagai seorang kanak-kanak periang dan mudah mesra, Zulkarnain berkata, kali terakhir mereka bertemu ialah dua minggu lepas ketika majlis keluarga di kediamannya di Sendayan, Negeri Sembilan."Dia memang periang, dia mudah berkawan dengan siapa sahaja. Yang paling terkesan sekarang mungkin abang nombor duanya kerana mereka memang sangat rapat," katanya.Kira-kira 10 ahli keluarga termasuk ibu bapa kanak-kanak itu menunggu proses bedah siasat selesai dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long di sini.Difahamkan, jenazah Nur Qaseh Deandra akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long, Hulu Langat malam ini, selepas proses bedah siasat selesai pada jam 3.47 petang.Jenazah mangsa dimandi dan dikafankan di hospital berkenaan sebelum dibawa ke Masjid Taman Rakan di Cheras, dekat sini untuk disembahyangkan.Nur Qaseh Deandra yang terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Bandar Mahkota Cheras pada Jumaat lepas, ditemukan lemas di Sungai Langat berdekatan Jalan Reko, di sini jam 12.17 tengah hari tadi.Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang yang juga komander operasi Izman Adnan, kanak-kanak itu ditemukan kira-kira 10.6 kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan terjatuh oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).- Bernama





What is the release date for The Testaments episode 7 on Hulu and Disney+? - Techradar - 3/05 9:00 pm

Gilead is tightening its grip as Mayday's plans become clearer. But when does The Testaments episode 7 drop on Hulu and Disney+?





Widow grateful late husband's organ donation saves three lives - Sinardaily - 3/05 7:00 pm

KUALA BERANG - The widow of organ donor the late Muhammad Syukri Bazli is grateful that her husbands sacrifice helped save three lives, including two teenagers.Nurul Hanis Amelia Ramli said based on information from medical officers at Sultanah Nur Zahirah Hospital (HSNZ), her late husbands liver was donated to a 13-year-old girl, while his kidneys were given to a 19-year-old male teenager and a 47-year-old woman."Alhamdulillah, according to HSNZ, the child is in stable condition, as are the two kidney recipients who had long depended on dialysis," she said.She said this when met at the presentation ceremony of the Survivors Pension and Funeral Benefit, delivered by Terengganu Social Security Organisation (Perkeso) director Faridah Che Hussin at her residence in Kampung Peroh, Hulu Terengganu on Thursday.The mother of three children aged between one and six said that after news of the organ donation spread, many visitors came to offer support and contributions, which helped ease her familys burden."I did not expect the news, which went viral on social media and received media coverage, to draw such an extraordinary response from the public





Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri - Sinarharian - 3/05 4:07 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, melibatkan kebanyakan negeri termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang ini.MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang.Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim).Turut dijangka terjejas ialah Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban) serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Keadaan cuaca yang sama juga berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Miri (Subis dan Miri) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan dan Kudat.- Bernama





Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri - Sinarharian - 3/05 1:25 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara serta lapan negeri lain sehingga jam 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 12.30 tengah hari ini, memaklumkan kawasan terlibat di Kedah ialah Langkawi, manakala di Perak melibatkan daerah Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Mualim.Di Pantai Timur, amaran sama dikeluarkan bagi Dungun dan Kemaman di Terengganu, selain beberapa kawasan di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan serta Rompin.Selain seluruh Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang, juga diramal mengalami cuaca sama.Selain itu, keadaan sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) serta Johor (Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Bagi Sabah, amaran melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Pitas dan Kudat)





Ok dh kompom....Calon2 PKR yg dipilih bertanding di Parlimen. - Wrlr - 2/05 6:21 pm

Ustaz Al-Asri Ok dh kompom....Calon2 PKR yg dipilih bertanding di Parlimen. - Hulu Selangor : Zulklifi Hassan - Selayang : Juwairiya Zulklifi - Gombak : Amiruddin Shaari - Ampang : Nurul Izzah Anwar - Pandan : Tengku Zafrul - Subang : Loh Ker Chean - Petaling Jaya : Lee Chean Chung - Sungai Buloh : Amir Hamzah Azizan - Kuala Langat : Borhan Aman Shah - Batu : P





Ribut petir, hujan lebat dijangka landa seluruh negara - MetMalaysia - Sinarharian - 2/05 5:26 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negara hingga 6 petang pada Sabtu.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan antara negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.Selain itu, Kelantan melibatkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang; Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); Pahang (Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin); Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai).Di Sarawak, amaran itu dikeluarkan bagi kawasan Kuching, Samarahan, Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.Sementara di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas)





Kanak-kanak perempuan jatuh longkang: Radius pencarian diperluas - Bomba - Sinarharian - 2/05 3:17 pm

KAJANG Lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras di sini diperluaskan hingga ke Sungai Langat.Ketua Zon Hulu Langat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Selangor, Wan Syariman Wan Saleh berkata, keadaan air yang semakin surut ketika ini membolehkan anggota penyelamat melakukan pencarian secara lebih menyeluruh."Anggota penyelamat akan melakukan pencarian secara terperinci di kawasan sempit termasuk melalui culvert," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Sabtu.Wan Syariman berkata, pos kawalan semua agensi turut dipindahkan ke Masjid Taman Rakan bagi memudahkan pemantauan serta penyelarasan tenaga operasi."Operasi pencarian akan bermula dari Jambatan Taman Rakan menghala semula ke lokasi mangsa dipercayai terjatuh sebelum diteruskan hingga ke Sungai Langat," katanya.Dalam pada itu, beliau mengakui antara cabaran utama operasi adalah struktur longkang jenis monsoon drain yang mempunyai tebing tinggi serta permukaan tanah tidak stabil."Anggota tidak boleh turun dari atas kerana faktor keselamatan, jadi mereka perlu masuk melalui laluan air untuk meneruskan pencarian hingga ke Sungai Langat."Operasi SAR dijangka diteruskan hingga malam bergantung kepada keadaan cuaca semasa," ujarnya.Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati anggota Bomba Dan Penyelamat turut menggunakan dron bagi membantu operasi pencarian.Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil bola sebelum dihanyutkan arus deras.Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam di Kondominium Sri Hijau, Bandar Mahkota Cheras itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.08 malam sebelum operasi SAR digerakkan.





Isu festival: PKR Selangor persoal konsistensi pendirian Pemuda UMNO - Mygazette - 2/05 2:53 pm

Menurutnya, tindakan Dr Akmal yang sebelum ini menggesa pembatalan festival Rain Rave di Bukit Bintang mencerminkan satu pendirian tegas terhadap isu sensitiviti awam namun pendekatan sama dilihat tidak diterapkan terhadap penganjuran Melaka Water Music Festival yang berlangsung di Pantai Klebang dari semalam hingga esok. Sathia yang juga Ketua PKR Cabang Hulu Selangor berkata, persoalan utama yang timbul adalah sama ada sesuatu acara dianggap tidak sesuai hanya berdasarkan lokasi atau prinsip penilaian itu seharusnya kekal konsisten tanpa mengira tempat





Festival Hiburan Air Melaka tiada bantahan, Akmal jangan selektif - Dr Sathia - Sinarharian - 1/05 5:20 pm

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempersoalkan pendirian tidak konsisten Pemuda UMNO Malaysia dalam membantah program festival muzik air yang dianjurkan Kerajaan Madani baru-baru ini.Pengarah Jabatan Pilihan Raya PKR Selangor, Dr Sathia Prakash menegaskan, sikap konsisten dalam menyatakan mana-mana pendirian politik, khususnya apabila melibatkan isu yang menyentuh sensitiviti awam sepatutnya tidak boleh dikompromi.Menurut beliau, tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh yang sebelum ini secara terbuka menggesa pembatalan festival Rain Rave di Bukit Bintang mencerminkan satu pendirian jelas mengenai kesesuaian sesuatu acara."Persoalan yang timbul adalah mudah. Jika acara seperti itu dianggap tidak sesuai di Kuala Lumpur, mengapa pendekatan yang sama tidak diambil apabila acara hampir serupa berlangsung di Melaka bermula hari ini 1 Mei?" katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Dr Sathia berkata, penganjuran Melaka Water Music Festival di Pantai Klebang dari 1 hingga 3 Mei dilihat menampilkan elemen yang tidak jauh berbeza, termasuk persembahan muzik, budaya, makanan serta aktiviti komuniti dan hiburan."Bezanya hanya lokasi, bukan pengisian," katanya.Beliau yang juga Ketua PKR Cabang Hulu Selangor menegaskan, isu sebenar bukan terletak pada penganjuran festival berkenaan, sebaliknya pada prinsip digunakan dalam membuat penilaian."Adakah sesuatu itu salah hanya apabila ia berlaku di tempat tertentu atau prinsip itu sepatutnya kekal sama tanpa mengira lokasi?" soalnya.Tambah beliau, keadaan menjadi lebih signifikan apabila individu yang lantang mengkritik turut berada dalam kedudukan pentadbiran negeri, sekali gus membuka ruang kepada rakyat untuk menilai tahap konsistensi pendirian."Jika berani mendesak pembatalan di satu tempat, maka harus berani mengambil pendirian yang sama di tempat lain."Jika tidak, ia bukan lagi soal prinsip tetapi soal persepsi dan persepsi itu jelas, iaitu selektif," katanya.Dalam pada itu, beliau menegaskan kenyataan tersebut bukan bertujuan menyerang mana-mana pihak, sebaliknya sebagai peringatan bahawa rakyat kini semakin peka dan kritikal dalam menilai tindakan pemimpin."Kredibiliti tidak dibina melalui kenyataan yang kuat dalam satu isu sahaja, tetapi melalui konsistensi dalam semua keadaan."Akhirnya, rakyat tidak menuntut kesempurnaan, tetapi keadilan





Ribut petir, hujan lebat diramalkan melanda hampir semua negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 1/05 4:49 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir semua negeri di seluruh negara hingga jam 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysiadalam satu kenyataan memaklumkan, negeri di bahagian utara yang terjejasialah Perlis dan Kedah melibatkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik.Bagi Perak kawasan yang terlibatialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.Keadaan itu turut diramalkan berlaku di beberapa kawasan di pantai timur melibatkan Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bera dan Rompin).Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling di Selangor serta seluruh Kuala Lumpur.Di bahagian selatan pula melibatkan Negeri Sembilan (Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), seluruh Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).Sementara itu di Sabah, kawasan terlibat merangkumi bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu).Di Sarawak membabitkanKuching (Bau dan Lundu), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.-Bernama





Tiga sayap UMNO Negeri Sembilan dakwa MB gagal urus krisis adat - Sinarharian - 1/05 2:46 pm

SHAH ALAM Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Negeri Sembilan mendakwa tidakan tergesa-gesa mengarahkan pengosongan kediaman rasmi dan Balai Undang Sungei Ujong hanya mengesahkan kebimbangan mengenai krisis adat negeri itu gagal diuruskan dengan bijaksana oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Ketiga-tiga sayap parti berkenaan menerusi satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, kegagalan tersebut juga menguatkan alasan mengapa keyakinan terhadap kepimpinan Aminuddin telah hilang sejak tercetusnya krisis adat terbabit."Kami bersolidariti dan sebulat suara memandang serius arahan penempatan semula semua kakitangan Balai Undang Luak Sungei Ujong yang berkuat kuasa pada 28 April 2026 serta pengosongan kediaman rasmi dan Balai Undang Sungei Ujong sehari selepas itu."Jelas bahawa arahan tersebut dikeluarkan ketika Balai Undang Luak Sungei Ujong sedang menguruskan pertikaian yang belum selesai melibatkan Datuk Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong."Maka tindakan kerajaan negeri ini adalah tidak wajar, tidak sensitif dan boleh dilihat sebagai penggunaan kuasa pentadbiran untuk mendahului proses adat," katanya.Menurutnya, Institusi Undang Luak bukan sekadar jawatan pentadbiran biasa sebaliknya merupakan sebahagian daripada struktur adat Negeri Sembilan.Katanya lagi, institusi terbabit juga yang mempunyai kedudukan tersendiri dan tinggi dalam sejarah, budaya serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 yang harus dihormati."Oleh itu, sebarang tindakan melibatkan kediaman rasmi, balai, kakitangan atau kemudahan berkaitan institusi tersebut perlu dibuat dengan penuh tertib, santun dan kebijaksanaan."Isu ini bukan soal politik kepartian





Ramai Tak Tahu Hulu Langat Ada Tempat Secantik Ini! Telang 18 by SeriGreen Jadi Pilihan Ramai - Murai - 1/05 8:00 am

Telang 18 by SeriGreen merupakan satu tempat acara berkonsepkan alam yang menyediakan ruang indoor dan outdoor dalam suasana yang tenang dan penuh dengan kehijauan. Telang 18 ini terletak di Hulu Langat, Selangor, lokasi ini semakin dikenali sebagai destinasi acara yang unik dengan suasana hijau dan tenang, hanya kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur





Hati Syukri kini milik remaja perempuan 13 tahun - Kosmo - 30/04 3:20 pm

HULU TERENGGANU – Niat murni seorang penderma organ, Allahyarham Muhammad Syukri Bazli, 31, bukan sahaja memberi sinar baharu kepada tiga pesakit malah turut membuka mata masyarakat mengenai kepentingan pendermaan organ di negara ini





Desakan pecat Exco UMNO tidak berasas, bersifat politik persepsi - Omar Al-Khattab - Sinarharian - 29/04 3:33 pm

HULU SELANGOR Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Sathia Prakash yang mendesak Exco kerajaan negeri dari UMNO dipecat daripada pentadbiran negeri sebagai tidak berasas dan bersifat politik persepsi.Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Omar Al-Khattab Kasim berkata, tindakan itu menunjukkan pihak berkenaan seolah-olah ketandusan idea apabila terpaksa mengaitkan isu dari negeri lain untuk menyerang UMNO di Selangor."Pemuda UMNO Hulu Selangor memandang sinis kenyataan Sathia yang begitu ghairah mendesak wakil UMNO dipecat daripada pentadbiran negeri."Lebih menghairankan apabila mereka mengheret isu politik di negeri lain untuk dijadikan modal menyerang UMNO di Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Omar Al-Khattab memberitahu, tindakan itu jelas membuktikan mereka ketandusan idea serta gagal menjawab pelbagai kelemahan pentadbiran sendiri di negeri ini.Menurut beliau, isu yang dibangkitkan oleh pihak berkenaan juga tidak berkaitan dengan Selangor, sebaliknya melibatkan situasi di Negeri Sembilan, namun cuba dijadikan bahan politik di negeri ini."Kita hairan, isu yang berlaku ini hanya melibatkan Negeri Sembilan, tetapi seolah-olah pemimpin PKR ingin mencetuskan perpecahan dalam Pakatan Harapan di Selangor."Isu Negeri Sembilan berbeza dengan isu di Selangor," jelas beliau.Omar Al-Khattab berkata, rakyat Selangor ketika ini lebih memerlukan perhatian terhadap isu-isu asas seperti kos sara hidup, banjir berulang, pembangunan tidak seimbang, peluang pekerjaan dan masalah perumahan."Rakyat sedang berdepan tekanan harian yang memerlukan perhatian segera, bukannya pertelingkahan politik tidak berkesudahan," katanya.Beliau dalam masa sama turut membangkitkan isu lain yang didakwa kurang diberi perhatian oleh pihak tertentu termasuk polemik melibatkan penternakan babi di Seri Kembangan yang menimbulkan keresahan rakyat."Lebih memalukan apabila mereka lantang menyerang pihak lain, namun membisu apabila timbul isu yang membabitkan ADUN Seri Kembangan," katanya.Omar Al-Khattab menegaskan, jika benar soal prinsip dan tanggungjawab menjadi keutamaan, maka PKR Selangor perlu terlebih dahulu menilai dan menegur kepimpinan dalam parti sendiri."Utamakan titah Tuanku, antaranya menyelesaikan isu banjir yang masih berlarutan di Selangor," katanya.Beliau pada masa sama yakin rakyat Selangor kini semakin matang dalam menilai tindakan politik semua pihak."Jangan pinjam isu negeri lain untuk menutup masalah sendiri di Selangor," tegas beliau.Terdahulu, Sathia menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memecat Exco kerajaan negeri daripada Umno, Datuk Rizam Ismail.Gesaan itu dibuat susulan tindakan Umno mahu menjatuhkan kerajaan pimpinan PKR di Negeri Sembilan.





Lenggong diiktiraf sebagai Geopark Global UNESCO - Sinarharian - 29/04 11:50 am

PARIS Nama Lenggong kini bergema di pentas antarabangsa apabila kawasan tersebut secara rasmi diiktiraf sebagai Geopark Global Pertubuhan Pendidikan, Saintik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).Pengiktirafan tersebut diterima Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad daripada Ketua Seksyen Sains Bumi dan Pengurangan Risiko Geobahaya UNESCO merangkap Setiausaha Program Geosains dan Geopark Antarabangsa, Kristof Vandenberghe di ibu pejabat Nasional 11 UNESCO, Paris, Perancis pada Isnin.Turut hadir menyaksikan pengiktirafan bersejarah itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Pegawai Daerah Hulu Perak, Mohamad Fitri Hasan; Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong (MDL), Mohd Amzari Mohd Arzami dan Setiausaha MDL, Muhammad Khairul Ameer Abbas.Menerusi hantaran di Facebook, Saarani berkata, pengiktirafan berprestij itu meletakkan Lenggong sebaris geopark terkemuka dunia, sekali gus mengangkat profil daerah berkenaan sebagai destinasi arkeopelancongan bertaraf global.Menurutnya, kejayaan tersebut amat bermakna memandangkan persaingan sengit daripada pelbagai negara yang turut berusaha mendapatkan pengiktirafan sama, namun Lenggong berjaya menonjolkan keunikan warisan geologi, arkeologi dan budaya yang dimilikinya."Lebih membanggakan, Lenggong turut menerima status sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2012, menjadikan kawasan itu antara yang memiliki dua pengiktirafan bertaraf antarabangsa."Semoga pengiktirafan ini akan terus memacu Lenggong sebagai destinasi arkeopelancongan bertaraf antarabangsa yang mampu memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi setempat," katanya pada Selasa.Saarani berkata, pengiktirafan terbaharu itu merupakan hasil usaha bersepadu pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Jawatankuasa Badan Pengurusan Lenggong Geopark dalam memelihara serta mempromosikan khazanah semula jadi dan sejarah kawasan tersebut.Martabat nama Malaysia Sementara itu, Shamsul Anuar berkata, pengiktirafan itu amat bermakna bukan sahaja kepada Lenggong, malah turut mengangkat nama Perak dan Malaysia di peringkat antarabangsa.Menurutnya, pengiktirafan tersebut menjadikan Lenggong antara kawasan di Malaysia yang menerima dua status bertaraf antarabangsa.Beliau berkata, Lenggong memiliki kekayaan khazanah luar biasa dengan 39 geowarisan serta 21 tapak warisan dan budaya, termasuk lapan daripadanya bertaraf antarabangsa.Katanya, antara penemuan penting di kawasan tersebut adalah bukti kewujudan manusia seawal 1.83 juta tahun lalu berdasarkan penemuan batu meteorit di Bukit Bunuh, Kota Tampan yang diiktiraf sebagai satu-satunya tapak seumpamanya di Asia Tenggara."Lenggong UNESCO Global Geopark juga diiktiraf kerana nilai geologi yang luar biasa, biodiversiti yang kaya serta warisan budaya yang unik."Ini sekali gus menjadikannya landskap penting yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan kepentingan sejarah," katanya.Tambah beliau, geopark tersebut merangkumi kawasan Mukim Temelong, Mukim Durian Pipit, Mukim Lenggong, Mukim Kenering dan Mukim Gerik yang mempunyai pelbagai ciri semula jadi seperti tasik, sungai, gunung serta tapak arkeologi penting.Jelasnya, pengiktirafan itu dijangka memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi setempat, khususnya dalam sektor pelancongan serta membuka peluang kepada komuniti untuk terlibat dalam keusahawanan pelancongan.Beliau berkata, pelbagai inisiatif telah dan akan dilaksanakan termasuk program Geoschool, Geoentrepreneur serta penganjuran acara seperti Lenggong Dialog 2026 bagi memperkukuh peranan komuniti setempat.Selain itu, usaha turut dipergiat untuk menjadikan Lenggong sebagai pusat pendidikan terbuka melalui kerjasama institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa.Beliau dalam masa sama berharap kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, dapat membantu membangunkan infrastruktur pelancongan di kawasan tersebut.Dengan pencapaian itu, Lenggong kini dijangka terus berkembang sebagai destinasi arkeopelancongan dan pelancongan pendidikan bertaraf dunia.





14 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - Sinarharian - 29/04 9:49 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan cuaca panas pada Tahap 1 atau kategori berjaga-jagasetakat 6 pagi Rabu.Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkankawasan terlibat ialah Perlis; Kedah meliputi Kubang Pasu, Pendang, Kota Setar dan Padang Terap; Perak (Kuala Kangsar dan Hulu Perak); Kelantan (Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang), Kuala Lumpur sertaSelangor melibatkan Gombak dan Sepang.Turut terlibat dua kawasan di Sabah iaitu Beaufort dan Telupid serta Sarawak (Limbang).Menurut MetMalaysia, statusTahap 1 (berjaga-jaga) dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.Orang ramai boleh merujukmaklumat terkini status cuaca panas melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my.





Hulu is quietly developing a brutal TV show pilot that could rival Yellowstone and it's even 'copied' a famous Taylor Sheridan casting tradition - Techradar - 28/04 7:08 pm

Hulu has ordered a pilot of graphic novel Southern Bastards and if it sticks, the TV show could rival Yellowstone in more ways than one





Hulu Promo Codes & Discounts: 20% Off in April - Wired - 28/04 1:00 pm

Students can get a Hulu plan for $1.99 per month





Amaran ribut petir, hujan lebat libat tujuh negeri, Kuala Lumpur - Sinarharian - 27/04 6:46 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang melibatkan tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis; Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda; serta Perak di Bagan Datuk, Hilir Perak dan Mualim.Keadaan cuaca sama dijangka melanda Pahang melibatkan Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh; Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling serta Kuala Langat; selain Kuala Lumpur.Amaran turut dikeluarkan bagi Sarawak merangkumi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) serta Limbang.Di Sabah, kawasan terjejas ialah Pedalaman melibatkan Sipitang dan Nabawan, selain Tawau




Reformasi     >>



Pemuda AMANAH diminta mula gerakkan jentera dari .. - Harapandaily
Pemuda AMANAH diingatkan supaya mula memperkukuh gerak kerja dan mempersiapkan jentera parti susulan kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa. Perkara itu disampaikan Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof ketika sesi Ramah Mesra bersama Pemuda AMANAH Negeri ..
Kroni     >>



Kerajaan kaji subsidi RON95 golongan kaya - Utusan
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan subsidi petrol untuk golongan berpendapatan tinggi bagi membantu negara mengharungi keadaan ekonomi semasa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut sudah diteliti oleh Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK), Tan Sri ..
Tabloid     >>



EPL: Arsenal semakin hampir bergelar juara - Kosmo
LONDON – Arsenal FC semakin hampir menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selama 22 tahun selepas meraih kemenangan dramatik 1-0 ke atas West Ham, sebentar tadi. Pada aksi di Stadium London itu, pemain Belgium, Leandro Trossard yang meledak gol kemenangan pada minit ke-83 untuk ..
Tech     >>



Sunday Reboot: Chip issues, oranges, and Tony Awards - Appleinsider
In this week's "Sunday Reboot," a good chip issue for Apple to have, regulatory comparisons with oranges, and "Schmigadoon!" gets 12 Tony Award nominations. Tony Awards, orange trademarks, and chip issues Sunday Reboot is a weekly column covering some of the lighter stories within the Apple ..
World     >>



Oil climbs as Netanyahu warns Iran conflict is not .. - Cnbc
Oil prices jumped on Monday after Israel warned that the conflict with Iran was still ongoing.
Motor Trend     >>



Bandar Frankfurt Kini Operasi 34 Lori Elektrik .. - Careta
Penambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan lori elektrik tugas berat yang digunakan di bandar itu kini meningkat kepada 34 unit. Kesemua lori berkenaan dikendalikan oleh FES Frankfurter Entsorgungs und Service GmbH, syarikat pengurusan sisa dan pembersihan bandar utama di Frankfurt am Main