| /// |
|
| Search : Gaza News | Page 1 |
|
GSF: Razman tidak dibenarkan menaiki pesawat, berisiko tinggi - Mygazette - 25/05 7:43 am Dalam pada itu, Sani Araby menegaskan kecederaan dialami Razman bukan kes terpencil kerana semua delegasi didakwa berdepan layanan kasar dan penderaan fizikal sepanjang ditahan. Terdahulu, Razman merupakan antara 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF 2.0 bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza sebelum misi berkenaan dipintas pihak Israel |
|
Malaysia nekad teruskan misi Global Sumud Flotila ke Gaza Malaysia nekad .. - Mygazette - 25/05 7:43 am # Malaysia nekad teruskan misi Global Sumud Flotila ke Gaza SEPANG Misi kemanusiaan ke Gaza menerusi Global Sumud Flotilla (GSF) dan Sumud Nusantara tidak akan terhenti meskipun peserta didakwa berdepan penyeksaan, gangguan serta tekanan fizikal sepanjang operasi tersebut |
|
Return of 28 Malaysians from Gaza mission - SUN - 25/05 7:42 am A total of 28 Malaysians detained by Israeli forces in the Global Sumud Flotilla 2.0 arrive safely home at KLIA |
|
Malaysia tidak akan berdiam diri isu Gaza - Amirudin - Sinarharian - 25/05 7:39 am SEPANG - Kerajaan Malaysia akan terus memperhebat tekanan diplomatik dan tindakan perundangan antarabangsa bagi mempertahankan rakyat Palestin serta membongkar kekejaman rejim Zionis di Gaza.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perjuangan untuk membebaskan Gaza tidak akan terhenti meskipun Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah selesai."GSF 2.O bukan hanya dengan menghantar kapten pasukan aktivis di laut, kita turut suarakan melalui persidangan di Brussels, baru- baru ini."Selepas ini, kita akan turut menilai dan ingin membawa persidangan itu di Malaysia pada masa depan kerana kita mahu setiap segi dan sendi perjuangan ini dapat dikembangkan, dapat diperkasakan dan membawa kepada pembebasan Gaza yang telah diimpikan sekian lama," katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Kepulangan Aktivis Kemanusiaan GSF 2.0 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Ahad.Amirudin berkata, rakyat Malaysia wajar berbangga dengan keberanian aktivis tempatan daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang sanggup mempertaruhkan masa, tenaga serta nyawa demi memperjuangkan isu kemanusiaan di Gaza.Menurutnya, para aktivis terbabit bukan sahaja berdepan tekanan psikologi dan ancaman ketakutan, malah turut menerima serangan fizikal daripada pihak Zionis."Malaysia tidak akan berdiam diri, Parlimen tidak akan berdiam diri dan rakyat Malaysia juga tidak akan berdiam diri kerana mereka telah mencerca kedaulatan serta warga kita demi mempertahankan kemanusiaan."Satu usul berkaitan Gaza akan dibawa ke Parlimen dan yakin mendapat sokongan penuh daripada semua ahli Parlimen tanpa mengira latar belakang politik," katanya lagi.Dalam pada itu, beliau berkata, pasukan peguam kini sedang mengumpul dokumen dan bukti pelanggaran undang-undang antarabangsa melibatkan aktivis kemanusiaan yang didakwa diculik dan diseksa."Kita juga akan membawa perkara ini ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selain meneruskan tekanan diplomatik."Pasukan ini, aktivis kita juga akan menjelajah seluruh negara, bercakap dan membawa hati Malaysia ke pentas dunia, kita akan turun di semua tempat sampaikan kerana ini adalah lambang kemanusiaan dunia abad ini yang harus kita selesaikan," ujarnya.Amirudin berkata, terdapat juga cubaan untuk menggagalkan misi solidariti tersebut melalui penyebaran maklumat palsu, serangan fizikal terhadap delegasi Malaysia dan tekanan terhadap ahli keluarga aktivis.Bagaimanapun katanya, delegasi Malaysia telah membuktikan kesungguhan luar biasa dalam mempertahankan perjuangan Palestin."Hari ini terbukti negara dan rakyatnya sanggup mempertaruhkan apa pun demi kemanusiaan abad ini untuk membebaskan Gaza dan juga menghapuskan kejaman Zionis yang telah berlaku puluhan tahun," katanya. |
|
'Kalau papa tak kembali jangan risau, selepas 10 tahun saya akan pergi ke Gaza' - Anak Kapten Siva - Sinarharian - 25/05 7:35 am SEPANG - Aktivis Malaysia berbangsa India yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Patmanathan Sivasamy menegaskan beliau akan meneruskan perjuangan membantu rakyat Gaza meskipun berdepan pelbagai cabaran dan halangan.Beliau yang juga dikenali sebagai Kapten Siva berkata, semangat itu diperoleh daripada ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan kepadanya."Sebelum sertai misi GSF ini, anak lelaki saya berumur 10 tahun ada beri pesanan."Dia kata papa, saya sangat bangga dengan papa, papa teruslah pergi ke Gaza |
|
GSF 3.0 diteruskan, tarikh akan dikongsi- Nadir Al- Nuri - Sinarharian - 25/05 7:25 am SEPANG- Misi kemanusiaan ke Gaza menerusi Global Sumud Flotilla (GSF) akan terus dilaksanakan bagi meroboh dan menghancurkan Israel.Chef de Mission Sumud Nusantara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata, tarikh untuk misi kali ketiga itu akan dikongsikan kelak."Kita akan menggerakkan apa yang disebut sebagai We Rise iaitu membabitkan baki negara-negara yang tidak terlibat dalam GSF pada kali ini."Hampir 100 tahun perjuangan Palestin, kalau ada rezeki dan umur, Palestin akan dibebaskan saat kita masih lagi bernyawa |
|
28 aktivis GSF 2.0 selamat tiba di KLIA - Sinarharian - 25/05 12:06 am SEPANG - Seramai 28 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum bertemu dengan ahli keluarga dan penyokong yang mula berkumpul sejak jam 8 malam.Turut hadir, Duta Besar Palestin ke Malaysia, Jehad Fouad Alqdra; Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.Terdahulu, kesemua aktivis itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye dan meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.Bagaimanapun, kelibat pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) sekali lagi tidak kelihatan pada himpunan solidariti kepulangan aktivis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1) di sini.Seorang lagi rakyat Malaysia, Razman Mat Ali, 38, perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye selepas disahkan menghidap paru-paru bocor ekoran ditumbuk tentera Israel.Terdahulu, kesemua 29 aktivis terbabit adalah sebahagian daripada kumpulan 50 kapal yang belayar dari selatan Turkiye pada 14 Mei lalu dalam usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.Pengusiran mereka berlaku sehari selepas rakaman penghinaan terhadap aktivis ketika berada dalam tahanan, yang dikongsi secara dalam talian oleh Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir, sehingga mencetuskan kemarahan antarabangsa. |
|
Angka kematian di Gaza cecah lebih 72,000 - Mkini - 23/05 9:15 pm Sekurang-kurangnya 172,779 yang lain turut cedera. |
|
41 aktivis GSF dibenarkan keluar dari hospital di Istanbul - Mygazette - 23/05 7:53 am Sadi Konuk. GSF cuba untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza dan menghantar bantuan kemanusiaan ke enklaf itu apabila ia dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa |
|
GSF 2.0: 29 rakyat Malaysia dijadualkan pulang Ahad ini - Mygazette - 23/05 7:53 am Kementerian turut memuji komitmen ditunjukkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan pasukan Sumud Nusantara dalam menjayakan misi kemanusiaan tersebut meskipun berdepan pelbagai cabaran. Menurut kementerian itu, walaupun flotila berkenaan dihalang daripada memasuki Semanjung Gaza, misi tersebut berjaya meningkatkan tekanan dan kecaman antarabangsa terhadap sekatan yang dikenakan rejim Zionis Israel ke atas wilayah Palestin itu |
|
Amirudin dedah jadi sasaran, bot Misi GSF 2.0 disabotaj rejim Zionis - Mygazette - 23/05 7:53 am Amirudin yang diberi mandat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetuai delegasi berkenaan berkata, pihak berkenaan dipercayai berjaya mengesan pergerakan serta bot yang dijadualkan bakal dinaiki beliau. "Tindakan rejim berkenaan langsung tidak akan mematahkan semangat delegasi Malaysia untuk terus melaungkan solidariti demi kebebasan bumi Gaza |
|
Gaza flotilla activists allege abuse by Israeli forces while detained - BBC - 23/05 4:52 am The detainees say they were slapped, hit, humiliated and even subjected to sexual violence, but Israel's prison service says the allegations are false. |
|
Decades-old photos show joyful Gaza in happier times. - Aljazeera - 23/05 3:10 am An exhibition in Marseille is showcasing 300 photos taken in Gaza between the 1940s and the 1970s. |
|
World Central Kitchen halves Gaza meals as Iran war drives up costs - Middleeasteye - 23/05 1:23 am World Central Kitchen halves Gaza meals as Iran war drives up costs World Central Kitchen says it has cut its hot meal distribution in Gaza by half, warning that soaring food and fuel costs linked to the war on Iran have made its operations impossible to maintain at previous levels |
|
WHO sounds alarm on Gaza medical shortages - SUN - 22/05 10:29 pm Hospitals in Gaza face severe medical supply shortages as WHO warns of Israeli restrictions on essential items. |
|
Mercy Malaysia seeks specialist medical volunteers to support Gaza emergency response - Sinardaily - 22/05 8:00 pm SHAH ALAM - Mercy Malaysia is expanding its humanitarian medical capacity for Gaza by inviting qualified specialists to join its Emergency Medical Team (EMT) roster under the World Health Organization (WHO) framework, as the organisation continues to scale up critical care deployment in conflict-affected areas.The initiative comes after Mercy Malaysia confirmed that it has, to date, deployed 13 Specialised Care Teams to Gaza in coordination with WHO EMT system, working alongside international partners to strengthen frontline healthcare delivery.In its latest call, the organisation said it is opening applications for medical professionals who are prepared to contribute their expertise in a structured humanitarian deployment setting.We are now opening a channel for medical professionals who are ready to contribute their expertise in a humanitarian setting.If you are a specialist interested in supporting response efforts, we welcome your application to be part of our roster, Mercy Malaysia said in its announcement.The organisation stated that it is seeking to strengthen its Specialised Care Team with a broad range of surgical and medical disciplines, particularly those critical in emergency, trauma and complex care environments.Among the priority specialties listed are:Cardiology and interventional cardiologyCardiothoracic anaesthesiaCardiothoracic surgeryColorectal surgeryHaematologyOncologyEndocrine surgeryHepatobiliary and pancreatic surgeryAdvanced general surgical expertise including abdominal wall reconstruction and laparoscopyOther high-priority roles include:Interventional pain management specialistsOphthalmologists with expertise in glaucoma and oculoplastic surgeryOrthopaedic and neurosurgeons specialising in spinal surgeryVascular surgeons.The organisation also highlighted a strong need for paediatric-focused specialists, including:Paediatric cardiologistsPaediatric haematologistsPaediatric nephrologistsPaediatric oncologistsPaediatric surgeonsAdditional requested expertise includes:Peripheral nerve surgeonsPlastic surgeons experienced in cleft palate reconstructionPulmonologists with bronchoscopy expertiseReconstructive urologistsSpecialist hand surgeonsSpecialists in interventional endoscopyInterested medical professionals are encouraged to apply through Mercy Malaysias official website or contact the organisation via email at volunteer@mercy.org.my.The recruitment drive reflects Mercy Malaysias continued role in international humanitarian medical response, particularly under the WHO EMT coordination framework, which standardises rapid-deployment medical teams for crisis zones.Humanitarian organisations have repeatedly stressed that sustained specialist capacity is critical in Gaza, where hospitals continue to operate under severe strain and complex trauma cases require highly specialised surgical and medical intervention.Mercy Malaysias ongoing deployment efforts highlight the growing reliance on international medical volunteer networks to supplement overwhelmed local healthcare systems in conflict environments. |
|
GSF 2.0: 29 aktivis Malaysia tiba di tanah air Ahad ini - Sinarharian - 22/05 7:47 pm SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri mengesahkan kesemua 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dan dibebaskan pada Khamis dalam keadaan selamat serta berada di Istanbul, Turkiye ketika ini.Wisma Putra dalam kenyataan berkata, kesemuanya sedang menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dijadualkan pulang ke tanah air dengan ketibaan dijangka pada Ahad."Kerajaan Malaysia turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas segala bantuan dan sokongan diberikan sepanjang proses pembebasan serta kepulangan mereka dengan selamat."Kementerian memuji komitmen teguh yang ditunjukkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) serta pasukan Sumud Nusantara."Walaupun flotila kemanusiaan tersebut dihalang daripada tiba di Gaza, misi ini berjaya meningkatkan kecaman antarabangsa terhadap sekatan haram rejim Zionis Israel ke atas Gaza, Palestin," katanya pada Jumaat.Wisma Putra memaklumkan, Malaysia kekal komited untuk meneruskan usaha diplomatik bersama rakan antarabangsa dalam menjunjung prinsip kemanusiaan serta memperkukuh solidariti global ke arah penubuhan negara Palestin yang berdaulat dan merdeka.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, kesemua 428 aktivis GSF 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa dibebaskan.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah menghantar tiga kapal terbang Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon yang terletak di tanah haram Israel.Tambah Sani Araby, pihaknya mengesahkan laporan terkini bahawa semua 428 aktivis flotilla dipindahkan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Ramon dan dijangka sampai ke Istanbul menggunakan tiga penerbangan tajaan khas Kerajaan Turkiye dengan kod TK6919, TK6921 dan TK6925. |
|
Pernah Join Misi Flotilla Ke Gaza, Ramai Tumpang Gembira Lihat Ustaz Mad Kechik Kini Sah Bergelar Suami! - Lobakmerah - 22/05 5:57 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Amirudin alleges sabotage after boat for Gaza aid mission sinks before departure - Malaymail - 22/05 11:57 am KUALA LUMPUR, May 22 Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari today claimed that a boat he was supposed... |
|
Kisah Zohar Regev: Aktivis Warganegara Isra*l Yang Peluk Islam & Aktif Dalam Misi Kemanusiaan Gaza - Lobakmerah - 22/05 11:02 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Semalam, media telah melaporkan bahawa kesemua aktivis flotila untuk misi kemanusiaan ke Gaza yang telah ditahan secara tidak sah di Israel telah pun dibebaskan daripada Penjara Ketziot dan sedang melalui proses pengusiran |
|
Caitriona Graham recounts violent treatment after Gaza flotilla raid - Aljazeera - 22/05 10:21 am Irish activist Caitriona Graham recounts violent treatment after Gaza flotilla raid |
|
SNCC says Malaysian Gaza flotilla activist Haroqs receives alleged Mossad-linked threats - Malaymail - 22/05 9:04 am SEPANG, May 22 The Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) has confirmed that Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 acti... |
|
Sumud: 29 rakyat Malaysia dijangka tiba di tanah air Ahad ini - Mygazette - 22/05 7:52 am Tekanan luar jangka yangsemakin meluas itu telah menjatuhkan reputasi serta memberi tekanan langsung kepada pihak rejim yang pada awalnya merancang untuk menahan mereka dalam jangka masa lama di Penjara Ketziot tetapi terpaksa bebaskan semua tahanan tanpa syarat, katanya. Semalam, SNCC mengesahkan kesemua 50 kapal GSF 2.0 yang membawa 428 aktivis kemanusiaan termasuk 29 rakyat Malaysia daripada 40 negara telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza |
|
Board of Peace envoy warns permanent Gaza divide under current status quo - Aljazeera - 22/05 5:10 am UN Security Council urged to press for Israeli obligations and Hamas disarmament under Gaza 'ceasefire' roadmap. |
|
Five key takeaways from Democrats autopsy report on Kamala Harriss loss - Aljazeera - 22/05 3:14 am Riddled with mistakes and missing sections, 192-page document on 2024 election loss to Trump fails to mention Gaza. |
|
Gaza flotilla activists deported from Israel as backlash over treatment grows - BBC - 22/05 12:08 am A video showing a far-right Israeli minister taunting activists who were kneeling with their hands tied behind their backs has been widely condemned. |
|
SNAPSHOT Israel releases Gaza flotilla activists, including 29 M'sians, Turkiye sponsors flights - Mkini - 21/05 9:00 pm What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm. |
|
Malaysia giat usaha diplomatik bebaskan aktivis GSF 2.0 - Mypress - 21/05 8:54 pm SEPANG – Kerajaan Malaysia memperhebat usaha diplomatik bagi mendesak pembebasan segera aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditahan Israel selepas misi bantuan kemanusiaan ke Gaza dipintas di perairan… |
|
'Siapa kata pejuang Sumud tiada taring?' Syed Saddiq - Sinarharian - 21/05 8:04 pm SHAH ALAM - Keberanian peserta misi kemanusiaan yang mempertahankan nasib rakyat Palestin berjaya membuka mata dunia terhadap kekejaman yang berlaku di Gaza ketika ini.Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tanggapan bahawa mereka tidak mempunyai kekuatan untuk mengubah keadaan adalah tidak tepat kerana perjuangan mereka berjaya membuka mata dunia terhadap penderitaan yang dialami."Jangan kata suara kita tidak penting |
|
PM Anwar pledges commitment to secure release of Gaza flotilla activists, says SNCC - Malaymail - 21/05 3:27 pm SEPANG, May 21 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has given his assurance and full commitment to lead effor... |
|
Dia wira kami, terima kasih perkenalkan Haroqs kepada dunia - Sinarharian - 21/05 3:25 pm Saya pasti dia sedang bimbang tentangnya."Perkongsian itu bagaimanapun menerima kecaman ramai apabila pengguna media sosial Malaysia membanjiri ruangan komen dengan pelbagai respons mempertahankan Haroqs serta mengecam tindakan rejim Zionis.ARTIKEL BERKAITAN: Israel rampas semua kapal GSF - Penganjur FlotilaLebih 400 aktivis flotila ditahan, didakwa dikasari tentera IsraelSeorang pengguna X dikenali sebagai Mia menyifatkan Haroqs sebagai individu yang lebih berani berbanding pihak yang bersembunyi di sebalik akaun media sosial."Terima kasih kerana memperkenalkannya kepada dunia. Dia jauh lebih berani daripada anda yang berselindung di sebalik akaun Zionis," tulisnya.Seorang lagi pengguna, Littlida, turut mempertikaikan tindakan terhadap aktivis kemanusiaan yang dalam misi membantu penduduk Gaza."Ibunya percaya kepadanya |
|
PM beri komitmen maksimum gesa pembebasan aktivis GSF 2.0 - SNCC - Sinarharian - 21/05 2:29 pm SEPANG -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan dan komitmen maksimum untuk mengetuai segala usaha menggunakan hubungan dua hala bagi mendesak pembebasan segera aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0yang diculik serta ditahan Israel.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, komitmen berkenaandinyatakan Perdana Menteri kepada SNCC menerusi satu panggilan telefon pada Khamis."Perdana Menteri sedang mengetuai segala usaha bersama Kerajaan Malaysia, menggunakan hubungan dua hala yang akrab serta telah berhubung rapat dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, bagi mendesak pembebasan segera seluruh aktivis yang diculik, dipastikan selamat dan mengelakkan mereka daripada dipenjarakan di Penjara Ketziot," katanya.Dalam sidang media perkembangan Misi GSF 2.0, Sani Araby berkata, SNCC turut dimaklumkan yang Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa Wisma Putra menggandakan usaha diplomatik bersama Turkiye serta beberapa negara lain.Ia termasuk membuat persediaan wakil kedutaan di Istanbul, Aman dan Kaherah bagi memastikan keselamatan dan pembebasan rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi flotilla kemanusiaan ini."SNCC menegaskan insiden penculikan ini turut membangkitkan kemarahan dan kecaman antarabangsa termasuk kenyataan negara serta aksi demonstrasi di Itali, Turkiye, Sepanyol, Perancis, Belgium, Ireland, Kanada, Belanda, Jerman, Korea Selatan, Australia, Portugal serta organisasi antarabangsa."Mereka juga turut mengecam tindakan pencerobohan dan penculikan terhadap aktivis flotilla kemanusiaan ini yang berlaku di perairan antarabangsa," katanya.Sani Araby berkata, SNCC menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus memperhebat solidariti melalui solat hajat, Qunut Nazilah, munajat nasional serta tekanan diplomatik dan advokasi berterusan sehingga seluruh delegasi kemanusiaan dibebaskan.Semalam, SNCC mengesahkan kesemua 50 kapal GSF 2.0 yang membawa 428 aktivis kemanusiaan daripada 40 negara, telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.- Bernama |
|
Dron Haroqs RM15K Diinfakkan Demi Gaza, Rakaman Detik Cemas Jadi Bukti Dunia Sebelum Kapal Dipintas! - Siraplimau - 21/05 11:43 am Ramai mungkin mengenali Haroqs sebagai pencipta kandungan visual dan jurugambar berbakat. Namun siapa sangka dron Haroqs yang dipercayai menjadi antara sumber pendapatannya sanggup ‘dikorbankan’ demi misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini |
|
US lifts sanctions on Francesca Albanese, UN expert on Palestinian rights - Aljazeera - 21/05 9:02 am Albanese is among several people sanctioned by the US for advocacy against Israel's genocidal war in Gaza. |
|
Far-right Israeli minister condemned for taunting handcuffed Gaza flotilla activists - BBC - 21/05 7:28 am France and Italy are among the countries that have criticised a video showing Itamar Ben-Gvir taunting dozens of activists detained at an Israeli port. |
|
Peserta GSF laung Free Palestine ke arah Ben Gvir ketika tiba di Ashdod - Sinarharian - 20/05 10:44 pm KUALA LUMPUR - Jeritan 'Free Palestine!' atau Bebas Palestin oleh peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 dihalakan tepat ke arah Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir.Menurut Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby, kesemua peserta GSF yang ditahan oleh rejim Zionis Israel pada 18 dan 19 Mei lalu telah tiba di Pelabuhan Ashdod pada petang tadi."Mereka ketika ini berada di Ashdod," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.Sementara itu, sebuah rakaman tersebar di media sosial menunjukkan para peserta dipaksa melutut ke lantai dan ditarik secara kasar oleh tentera rejim untuk dipindahkan dari kapal ke tempat tahanan.Pada masa sama, Itamar juga turut dilihat mengelilingi para peserta sambil melemparkan kata-kata kesat kepada mereka.Semalam, GSF memaklumkan kesemua 50 bot misi itu dipintas rejim Zionis di timur Mediterranean pada 18 dan 19 Mei, menyebabkan 428 aktivis dari lebih 40 negara ditahan termasuk 29 delegasi Malaysia yang menyertai 18 bot berkenaan.Untuk rekod, sebanyak 54 buah kapal GSF 2.0 mula berlepas dari Pelabuhan Marmanis, Turkiye ke Gaza pada 14 Mei lalu.Pada 30 April, sekurang-kurangnya 22 kapal GSF 2.0 dipintas oleh tentera rejim Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Crete, Greece sebelum dilepaskan di negara yang sama pada 2 Mei.Dalam operasi haram itu, 10 rakyat Malaysia dilaporkan antara peserta yang ditahan atau terputus hubungan selepas kapal mereka dinaiki tentera rejim |
|
Activists launch hunger strike after Gaza flotilla seizure - SUN - 20/05 3:25 pm Eighty-seven activists held by Israel begin hunger strike to protest detention and show solidarity with Palestinian prisoners. |
|
GSF 2.0: SNCC terputus hubungan dengan peserta ditahan tentera laut rejim Zionis - Sinarharian - 20/05 3:15 pm Saya kira masa ini adalah masa yang sangat penting dan jika dalam tempoh 48 jam tidak ada maklumat (rasmi) pendaratan di Pelabuhan Ashdod. Saya kira ini adalah satu insiden yang perlu dunia ambil peduli dan masuk campur," katanya pada sidang media perkembangan Misi GSF 2.0 di sini hari ini.Media sebelum ini melaporkan misi GSF 2.0 memasuki fasa akhir apabila sebanyak 54 kapal mula berlepas dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye menuju ke Gaza, manakala SNCC turut mengemas kini radius garisan zon kuning dan merah berdasarkan analisis risiko keselamatan terkini di kawasan operasi.Sani Araby berkata pihaknya dimaklumkan peserta misi itu dipercayai ditempatkan di "penjara atas kapal" sebelum dibawa ke Pelabuhan Ashdod, namun setakat ini maklumat rasmi masih sangat terhad."Seperti tahun lepas, SOP (prosedur operasi standard) yang telah kita latih, apabila sampai waktu genting terakhir, mereka telah disuruh untuk membuang telefon bimbit untuk elak daripada dirampas |
|
Semua kapal GSF 2.0 bawa 428 aktivis dipintas tentera laut Zionis - SNCC - Sinarharian - 20/05 2:51 pm SEPANG - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan kesemua 50 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang membawa 428 aktivis kemanusiaan daripada 40 negara, telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, laporan dan bukti visual mendedahkan, kapal Sirius telah diserang menggunakan meriam air bertekanan tinggi serta dirempuh secara agresif oleh kapal IOF beridentiti A833D."Bukti visual turut merakamkan insiden tembakan ke arah kapal Girolama dan Elengi |
|
Aktivis kemanusiaan GSF yang diculik belum tiba di Pelabuhan Ashdod - Sinarharian - 20/05 2:27 pm SEPANG - Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) belum menerima petunjuk berhubung kehadiran kesemua aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan di Pelabuhan Ashdod.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, sayap perundangan Pusat Kajian Hak Asasi Manusia dan Advokasi (Centhra) telah melakukan persiapan awal di lapangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan."Maklumat daripada Centhra sehingga kini melalui pasukan Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (Adalah) yang berada di lapangan, khususnya di Pelabuhan Ashdod masih belum dapat mengesahkan kehadiran kesemua peserta ini," katanya dalam sidang media khas di Mapim Central Warehouse pada Rabu.Menurut beliau, tentera rejim Zionis (IOF) dipercayai menggunakan helah dengan sengaja menempatkan peserta misi kemanusiaan itu di atas kapal lebih lama sebelum dibawa ke darat."Sebaik sahaja dibawa ke darat, mereka terpaksa akur dengan undang-undang yang digubal sendiri iaitu tahanan harus dilepaskan dalam tempoh 24 jam."Boleh jadi hari ini mereka sampai namun, sekiranya semua tahanan yang diculik itu tiba di Pelabuhan Ashdod, Adalah bersedia menjadi wakil peguam mewakli Centhra dan seluruh dunia," ujarnya.Sani Araby percaya situasi kini agak tegang selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas lima pimpinan tertinggi Israel termasuk menteri serta komander IOF atas jenayah perang.ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman video tunjuk tentera Israel lepaskan tembakan ke arah kapal GSFBeliau berkata, peserta GSF mempunyai profil antarabangsa yang mewakili pelbagai negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) dan ia turut melibatkan adik perempuan Presiden Ireland, Catherine Connolly."Jika dalam tempoh 48 jam tidak ada maklumat pendaratan di Pelabuhan Ashdod saya kira itu adalah satu insiden dunia ambil peduli dan perlu masuk campur," katanya.Dalam perkembangan sama, Sani Araby berkata, kerajaan sedang menggerakkan usaha diplomatik dengan bekerjasama rapat negara-negara sahabat bagi memastikan kesemua aktivis kemanusiaan dibebaskan segera.Tambah beliau, tindakan ketenteraan bersenjata di koridor laut bebas itu merupakan pencabulan terhadap Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa (UNCLOS) 1982 yang menjamin kebebasan pelayaran mutlak bagi kapal awam termasuk kapal kemanusiaan."SNCC telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri serta Menteri Luar melalui Wisma Putra bahawa usaha diplomatik sedang digerakkan secara giat dan berterusan untuk meningkatkan tekanan antarabangsa," katanya lagi.Dalam insiden hitam pada Isnin dan Selasa lalu, kesemua 50 kapal yang membawa 428 aktivis kemanusiaan dari 40 buah negara telah dipintas secara haram dan dikepung oleh tentera rejim zionis israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.Laporan dan bukti visual mendedahkan kapal Sirius telah diserang menggunakan meriam air bertekanan tinggi serta dirempuh secara agresif oleh kapal tentera laut israel beridentiti A833D.Insiden turut merakamkan tembakan ke arah kapal Girolama dan Elengi. |
|
Hope beyond ruins: Taawon seeks support for Gaza orphans, virtual Palestinian Museum in KL - Sinardaily - 20/05 12:47 am KUALA LUMPUR - Behind every shattered home in Gaza today is a child learning to live with grief too heavy for their young hearts to bear.As bombs continue to scar the Palestinian enclave, a quiet but determined effort is unfolding to preserve not only lives, but also memory, dignity and hope for future generations.During a deeply emotional maiden visit to Malaysia, Palestinian organisation Taawon spoke of two urgent missions -- caring for thousands of orphaned children and bringing the story of Palestine closer to Malaysians through a virtual Palestinian Museum initiative in Kuala Lumpur.Taawon chairman Dr Nabil Qaddumi said the organisation hopes to forge strategic partnerships with Malaysian institutions and organisations, describing Malaysians as steadfast supporters of the Palestinian cause."Malaysian people are very supportive of the Palestinian cause, and Taawon wants to leverage that support by working with like-minded groups |
|
Semua 10 kapal GSF 2.0 dipintas IOF – SNCC Semua 10 kapal GSF 2.0 .. - Mygazette - 20/05 7:56 am "Kapal tentera rejim itu membawa aktivis kami yang diculik termasuk doktor, wartawan dan pembela hak asasi manusia dari lebih 40 negara dijadual berlabuh dalam tempoh kira-kira dua jam," menurut kenyataan itu. GSF mendesak semua peserta bersama lebih 9,000 tahanan politik Palestin dibebaskan segera dan tanpa syarat, selain menggesa pemimpin dunia menuntut pembebasan peserta flotila, tahanan politik Palestin dan tebusan, serta menamatkan genosid dan sekatan ke atas Gaza |
|
Trumps Board of Peace urges fix to gap in funding - Aljazeera - 20/05 2:46 am UN-approved body says that pledged funds have not materialised despite urgent situation in Gaza. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |