| /// |
|
| Search : Empat News | Page 1 |
|
Polis buru pencuri kabel di MRR2 - Mygazette - 6/06 4:04 pm "Video berkenaan memaparkan beberapa individu sedang memunggah kabel dari sebuah lubang utiliti di tepi lebuh raya sebelum memasukkannya ke dalam sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey berwarna kelabu yang menggunakan nombor kenderaan palsu. "Pengadu mendakwa, ketika berada di lokasi, beliau melihat sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey berwarna kelabu berhenti di tepi jalan, sebelum melihat empat lelaki yang tidak dapat dikenal pasti sedang memotong dan memunggah kabel ke dalam kenderaan tersebut," katanya menerusi kenyataan hari ini |
|
Bila pula kerajaan persekutuan menunjukkan hak ke atas perlantikan Sultan & Raja? - Wrlr - 6/06 3:31 pm Sebarang keputusan untuk menggugurkan, menggantikan atau melantik Setiausaha baharu tidak boleh dilaksanakan. Mahkamah belum memutuskan sama ada tindakan Undang Yang Empat sah atau tidak sah |
|
Isu pemerintahan Negeri Sembilan wajar diselesai secara rundingan - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/06 1:28 pm PUTRAJAYA - Isu berkaitan kedudukan pemerintahan Negeri Sembilan wajar diselesaikan melalui rundingan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berpendapat, pendekatan itu lebih sesuai berbanding membawa perkara berkenaan ke mahkamah, selain menegaskan kepentingan untuk menghormati Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan."Caranya ialah menghormati institusi kedaulatan DKU yang ada dan pada hemat saya, jalan yang terbaik ialah melalui perundingan dan tidak perlu membawa perkara ini ke muka pengadilan atau mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2026 di sini hari ini.ARTIKEL BERKAITAN - DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi esokUndang Negeri Sembilan bantah bubar DUN, dakwa langgar peruntukan undang-undangBN terbuka kekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan - Ahmad ZahidUndang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUProses turun takhta Yang di-Pertuan Besar perlu ikut undang-undang - PakarKemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan segeraSemalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.Anwar berkata, meskipun Kerajaan Persekutuan tidak terlibat secara langsung dalam isu berkaitan kedudukan pemerintahan Negeri Sembilan, kemuliaan institusi diraja mesti kekal dipertahankan dan perlu melalui setiap kaedah serta peraturannya.Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hampir dimuktamadkan dan perbincangan lanjut bersama parti komponen BN akan diadakan dalam masa terdekat bagi memastikan pembahagian kerusi dapat dilakukan secara menyeluruh sebelum pengumuman mengenainya dibuat."Untuk Johor, telah hampir diselesaikan dan esok saya akan mengadakan perundingan dengan parti komponen BN terutamanya MCA bagi mereka memuktamadkannya dan untuk UMNO, hampir selesai."Insya-ALLAH dalam minggu depan kita akan memuktamadkan sepenuhnya dan kita akan umumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon," kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan mesyuarat khas bagi urusan PRN Johor ke-16 akan diadakan pada 12 Jun ini, manakala untuk Negeri Sembilan, pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN telah diterima semalam.DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi dibubarkan pada 1 Jun diikuti Negeri Sembilan, yang memiliki 36 kerusi pada semalam (5 Jun) |
|
Kompromi, pemimpin Pas Perlis dapat banyak jawatan lantikan - Harapandaily - 6/06 11:21 am Kemelut politik yang menggoncang Pas Perlis sebelum ini dilihat memasuki fasa baharu apabila beberapa pemimpin kanan parti itu diumumkan menerima jawatan lantikan penting, sekali gus mencetuskan persoalan sama ada kompromi dalaman telah dicapai. Menteri Besar Perlis, Datuk Abu Bakar Hamzah mengumumkan pelantikan empat pemimpin Pas negeri ke beberapa jawatan strategik melibatkan penyelaras Dewan Undangan Negeri.. |
|
'Gunung Liang gunung terakhir kami mendaki bersama' - Kakak Jaslinda - Sinarharian - 6/06 11:19 am IPOH "Gunung Liang ialah gunung terakhir kami mendaki bersama pada 2022 selepas pulang daripada melakukan aktiviti sama di Gunung Rinjani, Indonesia."Kenangan yang paling saya tidak lupakan ialah rancangan kami untuk 'khatam' G7 (Gunung Yong Yap pada 2019) bersama-sama," kata kakak kepada pendaki wanita yang masih hilang di Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 24 Mei lalu, Jaslinda Saludin.Jasima Saludin, 52, berkata, beliau dan adiknya berkongsi minat yang sama terhadap aktiviti pendakian, namun keadaan kesihatannya tidak lagi mengizinkan untuk terus aktif dalam kegiatan tersebut.Menurutnya, Jaslinda, 49, merupakan seorang yang aktif sejak muda dan gemar melakukan pelbagai aktiviti luar seperti menyelam serta berbasikal gunung (MTB).ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanKatanya, minat terhadap alam semula jadi menyebabkan adiknya lebih selesa melakukan aktiviti luar yang jauh daripada kesibukan bandar."Adik saya, Jaslinda seorang yang sangat baik. Kadang-kadang kebaikan dia itu terpaksa saya masuk campur kerana ada yang suka mengambil kesempatan."Bukan saya nak puji, tetapi memang itulah Jaslinda," katanya kepada Bernama sambil memaklumkan ahli keluarga merindui celoteh wanita itu.Jasima berkata, Jaslinda mempunyai pengalaman mendaki lebih 10 tahun dan pernah menawan beberapa gunung termasuk Gunung Kinabalu, Gunung Semangkok serta Gunung Stong, selain mendaki bukit-bukit lain."Ya, sudah tentu dia telah mendaki lebih 10 tahun, tetapi pengalaman mendaki itu sendiri bukanlah bermaksud untuk bermegah, hebat atau mahir dengan semua perkara," katanya.Mengulas operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini diteruskan dalam skala lebih kecil, beliau berkata keluarganya tidak pernah berputus asa dan terus berharap agar Jaslinda ditemukan secepat mungkin."Memang kami sentiasa menunggu atau bertanya perkembangan kes kerana setiap maklumat itu sangat bermakna untuk kami sekeluarga," katanya.Dalam pada itu, Jasima meminta orang ramai menghentikan kecaman terhadap adiknya di media sosial kerana tidak mengetahui keadaan sebenar yang berlaku."Bagaimanapun, dalam banyak kecaman, saya tahu masih ada yang mendoakan Jaslinda |
|
Kantoi potong kabel MRR2, empat lelaki diburu polis - Sinarharian - 6/06 11:08 am AMPANG - Sekumpulan lelaki yang dipercayai mencuri kabel di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini sedang giat diburu polis.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, satu laporan diterima pihaknya kira-kira jam 1.30 tengah hari Khamis lalu.Menurutnya, laporan dibuat individu yang melihat sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey berada di tepi jalan dengan empat lelaki sedang memunggah kabel-kabel yang telah dipotong pendek dari lubang pembetungan masuk ke dalam kenderaan tersebut."Kejadian telah dirakam pengadu sebelum kesemua suspek beredar pergi."Kes masih dalam siasatan dan suspek terlibat masih sedang dikesan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Sebelum itu, satu rakaman video tular memaparkan individu mengangkat kabel yang dipotong dari lubang pembetungan dan dibawa masuk ke dalam kenderaan. |
|
'Setiap hari anak mengadu sakit, bengkak di betis sebesar bola takraw' - Amyza Aznan - Sinarharian - 6/06 10:19 am Sebelum tidur saya akan bertanya keadaannya dan jawapan yang diberikan tetap sama, iaitu sakit."Sebelum ini dia tidak mahu berkongsi kesakitannya dengan saya, sebaliknya meluahkan kepada orang lain," katanya menerusi siaran langsung di Instagram baru-baru ini.Amyza berkata, tahap kesakitan yang dialami Adrian dilaporkan semakin kerap sejak minggu lalu sehingga menyebabkan remaja itu menangis apabila tidak mampu menahannya lagi.Menurutnya, Adrian juga sering menyembunyikan keadaan sebenar daripada pengetahuannya."Hampir setiap hari minggu lalu, apabila kesakitan menjadi terlalu kuat, dia akan menangis."Dia seorang anak yang sangat baik, tetapi bijak menyembunyikan kesakitannya daripada saya. Bila ditanya sama ada sakit atau tidak, dia akan kata tidak," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Amyza memaklumkan Adrian kini sedang menjalani rawatan di beberapa pusat rawatan dan tidak hanya tertumpu di satu lokasi sahaja.Katanya, setiap sesi rawatan menelan kos kira-kira RM900 dan mereka turut mendapatkan rawatan di beberapa tempat lain bagi meningkatkan peluang pemulihan."Ketika ini kami mencuba beberapa kaedah rawatan |
|
KUSKOP sasar 50,000 pengunjung Karnival HPM Johor - Sinarharian - 6/06 9:30 am SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan kehadiran seramai 50,000 pengunjung sempena penganjuran Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) 2026 Edisi Johor yang akan membuka tirainya secara rasmi di Padang Akasia, Angsana Johor Bahru Mall pada Jumaat.Karnival yang berlangsung selama tiga hari sehingga 7 Jun ini akan beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan membawa tema 'Usahawan Digital Mendunia'.Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, program itu adalah antara inisiatif yang dicetuskan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.Cetusan itu bagi memperkasakan usahawan tempatan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), koperasi serta peniaga mikro melalui peningkatan akses pembiayaan, pemerkasaan dan pengiktirafan.Beliau berkata, karnival berkenaan menjadi platform kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat, di samping memperluaskan peluang perniagaan serta jaringan pasaran."Bagi edisi Johor, seramai 99 peserta terbabit secara langsung membabitkan 60 usahawan di bawah agensi KUSKOP, 17 usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI), 10 peserta Selera Selatan, sembilan pengusaha trak makanan, dua Perusahaan Sosial (SE) atau Perniagaan Inklusif (IB) serta satu penyertaan di bawah JMKU."Secara keseluruhan di empat lokasi penganjuran, kementerian menyasarkan penglibatan 460 usahawan dengan sasaran kehadiran 50,000 pengunjung."Program ini turut disasarkan menjana RM100,000 jualan tunai usahawan, RM1 juta potensi padanan perniagaan serta RM2 juta potensi pembiayaan usahawan," ujarnya kepada Sinar Harian.Selain Johor, Karnival HPM dan Mini Showcase SDSI 2026 turut dijadualkan berlangsung di Morten Walk, Melaka dari 19 hingga 21 Jun dengan tema 'Jom Singgah SDSI'; Penang Waterfront Convention Centre, Pulau Pinang dari 17 hingga 19 Julai bertemakan 'Melonjak Jaguh Lokal'; serta Tapak Tamu Borobon, Manggatal, Sabah dari 7 hingga 9 Ogos dengan tema 'Anjung Rakyat'.Mengulas pengisian sepanjang tiga hari penganjuran karnival itu berlangsung, Khairul Dzaimee berkata, pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung termasuk pameran dan jualan produk serta perkhidmatan PMKS tempatan.Beliau berkata, Jualan MADANI KUSKOP turut diadakan setiap hari termasuk slot 'Happy Hour' pada waktu tertentu yang menawarkan harga istimewa bagi barangan keperluan asas seperti beras, tepung, bahan pencuci, ayam, daging, telur dan minyak masak."Karnival ini juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif termasuk sesi bersama pempengaruh media sosial, usahawan selebriti, perkongsian ilmu perniagaan serta aktiviti kekeluargaan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak."Turut diadakan Cabaran TikTok menerusi TikTok 12 Hours Challenge yang memberi peluang kepada usahawan mempromosikan produk masing-masing," ujarnya.Beliau berkata, usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri, turut mengesahkan kehadiran untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Pemasaran Digital: Jom Terpaling Laris" pada Sabtu ini jam 12 tengah hari.Selain itu, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi sesi cabutan bertuah yang diadakan setiap hari sepanjang karnival berlangsung.Khairul Dzaimee berkata, penganjuran karnival itu dijangka memberi manfaat kepada komuniti setempat melalui peningkatan jualan usahawan, promosi produk tempatan serta pengukuhan hubungan dalam kalangan masyarakat."Produk tempatan seperti makanan, kraftangan dan hasil industri kecil dapat diperkenalkan kepada pengunjung dari luar daerah sekali gus membantu meningkatkan penjenamaan serta populariti produk berkenaan."Pada masa sama, karnival ini menghimpunkan penduduk dan peniaga dalam satu program yang mampu memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan hubungan komuniti," ujarnya lagi.Penganjuran karnival itu mendapat kerjasama pelbagai rakan strategik termasuk TikTok Shop, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SME Corp |
|
Filem Polong Tembus RM10 Juta! - Murai - 6/06 9:00 am Filem seram tempatan Polong terus membuktikan kekuatannya di pawagam apabila berjaya mencatat kutipan RM10 juta setakat hari ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling hangat diperkatakan ketika ini |
|
Kemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan segera - Sinarharian - 6/06 9:00 am SHAH ALAM - Kemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan mengikut lunas undang-undang tubuh negeri dan adat yang diterima pakai di negeri berkenaan.Pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, meskipun krisis hanya berlaku di dalam Negeri Sembilan, rakyat akan menilai ia sebagai perkara besar kerana melibatkan institusi diraja itu sendiri."Rakyat memandang dan menilai yang krisis ini besar sebab melibatkan masalah dalaman institusi diraja."Jadi, saya harap krisis dalaman ini cepat berakhir dan diselesaikan dengan tenang berdasarkan perlembagaan serta undang-undang tubuh kerajaan negeri," katanya ringkas kepada Sinar Harian.Media melaporkan, kurang 12 jam selepas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), suasana di Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin pada pagi Jumaat bertukar kecoh.Ia selepas beberapa pembesar adat negeri itu tidak dibenarkan memasuki kawasan balai untuk menghadiri Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU).ARTIKEL BERKAITAN -Undang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUSebelum itu, Aminuddin mengumumkan pembubaran DUN selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang diperoleh dalam sesi menghadap di Istana Besar Seri Menanti.Pembubaran tersebut membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat bagi memilih kerajaan negeri baharu untuk tempoh lima tahun akan datang. |
|
Najib dapat sebahagian dokumen kes saman 1MDB - Mygazette - 6/06 7:32 am Saman berkenaan adalah salah satu daripada 22 saman sivil yang difailkan 1MDB bagi menuntut lebih AS$23 bilion terhadap beberapa individu yang didakwa terbabit dalam skandal kewangan berprofil tinggi itu. Pada 7 Mei 2021, writ saman terbabit pada asalnya difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikat kepada 15 defendan termasuk Najib |
|
Undang Yang Empat, Tengku Besar Tampin bantah pembubaran DUN Negeri .. - Mygazette - 6/06 7:32 am # Undang Yang Empat, Tengku Besar Tampin bantah pembubaran DUN Negeri Sembilan SEREMBAN - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang diumumkan lewat malam tadi berdepan cabaran baharu apabila Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin secara rasmi mengemukakan bantahan terhadap tindakan tersebut |
|
Wanita cedera parah kereta dinaiki terbabas di LPT2 - Mygazette - 6/06 7:32 am "Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba, manakala bahagian kaki yang terputus turut ditemukan di dalam kenderaan berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi malam ini. Beliau berkata nahas berlaku ketika kenderaan yang dinaiki seorang lelaki dan empat wanita itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang |
|
Kanak-kanak empat tahun lemas di kolam resort Port Dickson Kanak-kanak .. - Mygazette - 6/06 7:32 am # Kanak-kanak empat tahun lemas di kolam resort Port Dickson PORT DICKSON - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas ditemukan lemas di kolam renang sebuah resort hotel di Jalan Pantai, Batu 4, di sini semalam |
|
Krisis takhta N. Sembilan memuncak, Tunku Nadzaruddin dimasyhur Yang .. - Mygazette - 6/06 7:32 am # Krisis takhta N. Sembilan memuncak, Tunku Nadzaruddin dimasyhur Yang di-Pertuan Besar ke-12 MELAKA - Krisis institusi diraja Negeri Sembilan terus memuncak apabila Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar hari ini dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 oleh Undang Yang Empat dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di sini |
|
Buletin Suzuki Fronx Sport Kini Ditawarkan Pada Harga Bermula Rm130k Read .. - Mekanika - 6/06 7:32 am Dimensinya yang kompak menjadikannya sesuai untuk pemanduan bandar, namun masih menawarkan ruang kabin praktikal untuk kegunaan harian. Model ini turut ditawarkan dengan tujuh pilihan warna menarik: Suzuki Fronx menggunakan enjin 1.5 liter empat silinder naturally aspirated bersama sistem mild hybrid Integrated Starter-Generator (ISG) |
|
Buletin Ford Everest 2026 Dilancarkan – 2.0l Dan 3.0l, Harga Mula .. - Mekanika - 6/06 7:32 am Sebagai model paling tinggi dalam keluarga Everest, Ford Everest Platinum 3.0L hadir dengan enjin diesel V6 turbo 3.0 liter 4V DOHC yang menghasilkan 250PS pada 3,250rpm serta tork maksimum 600Nm antara 1,750 hingga 2,000rpm. Kuasa itu dipadankan bersama transmisi automatik 10-kelajuan dengan eShifter, selain sistem pacuan empat roda sepenuh masa ElectroMagnetic Transfer Case (EMTC) yang membolehkan agihan tork dilakukan secara pintar bagi meningkatkan cengkaman dan kestabilan ketika pemanduan mencabar |
|
Buletin Suzuki Jimny Allgrip Plus Dan Rhino Plus Rasmi Dilancarkan – .. - Mekanika - 6/06 7:32 am Bagi varian AllGrip Plus, Suzuki memberi fokus kepada peningkatan aspek keselamatan, bantuan pemanduan dan keselesaan harian tanpa menjejaskan kemampuan off-road ikonik model itu. Walaupun lebih moden, Jimny AllGrip Plus masih mengekalkan casis ladder-frame, sistem pacuan empat roda AllGrip Pro serta keupayaan off-road yang menjadi identiti model tersebut sejak sekian lama |
|
SIFC naib juara di Indonesia, Qarin raih Kasut Emas - Sinarharian - 6/06 7:10 am PASUKAN Saujana Impian FC (SIFC) mencipta pencapaian membanggakan apabila muncul naib juara kategori bawah 17 tahun (B-17) pada Kepri Championship 2026 yang berlangsung di Kepulauan Riau, Indonesia, baru-baru ini.Lebih manis, penyerang utama Muhammad Qarin Mohd Rizal mencuri tumpuan apabila dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan, sekali gus meraih Anugerah Kasut Emas.Kejohanan yang berlangsung pada 30 dan 31 Mei itu menghimpunkan 89 pasukan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura membabitkan empat kategori iaitu B-10, B-12, B-14 dan B-17, menjadikannya antara platform pembangunan bola sepak remaja paling kompetitif di rantau ini.Selaku naib juara, pasukan dari Kajang, Selangor itu membawa pulang trofi iringan, pingat perak dan sijil penghargaan, sekali gus mengukuhkan reputasi SIFC sebagai antara kelab akar umbi yang aktif melahirkan bakat muda berpotensi.Selain skuad B-17, SIFC turut menyertai kategori B-12 dan B-14 dengan keseluruhan 38 pemain bersama empat pegawai yang dibawa ke kejohanan berkenaan bagi menimba pengalaman di peringkat antarabangsa.Jurulatih skuad B-14 SIFC, Abu Hassan berkata, pendedahan di luar negara memberi nilai tambah besar kepada perkembangan pemain muda dari aspek keyakinan dan pemahaman taktikal."Pengalaman menentang pasukan dari negara berbeza memberi banyak manfaat kepada pemain terutama dari segi kematangan, disiplin dan pemahaman taktikal."Pencapaian ini diharap menjadi dorongan untuk mereka terus bekerja keras dan menetapkan sasaran lebih tinggi selepas ini," katanya. |
|
Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar perlu ikut undang-undang - Pakar - Sinarharian - 6/06 12:27 am Tuanku mesti 'voluntarily' turun tahta kerana adat dan beradab."Baginda perlu diberikan peluang untuk mengetahui dan memahami perkara atau dakwaan yang dibangkitkan terhadapnya. Baginda juga sewajarnya diberi ruang untuk memberi penjelasan atau menjawab sebarang tuduhan sebelum sebarang keputusan dibuat."Selepas proses tersebut dilaksanakan, Undang Yang Empat perlu membuat keputusan sama ada untuk meminta Yang di-Pertuan Besar turun takhta atau mengekalkan kedudukan baginda," katanya.Sebelum ini, Undang Yang Empat menggunakan kuasa mereka memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di Alor Gajah, Melaka, hari ini.Majlis pemasyhuran ringkas oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.Tambah Noor Aziah, proses berkenaan sepatutnya dilakukan secara tertutup dan mengikut adat istiadat Negeri Sembilan, termasuk memaklumkan perkara berkenaan secara rasmi kepada Baginda.Jelasnya, Menteri Besar juga perlu terlibat dalam proses itu kerana deklarasi yang dibuat oleh Undang Yang Empat bagi meminta Yang di-Pertuan Besar turun takhta mensyaratkan tandatangan Menteri Besar sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang."Tetapi situasi sekarang di Negeri Sembilan, sebelum perkara itu berlaku sudah pun diumumkan |
|
Wanita putus kaki kiri SUV terbabas di LPT2 - Sinarharian - 5/06 11:51 pm DUNGUN - Seorang wanita cedera parah selepas kereta dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 341.5, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka, dekat sini petang tadi.Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Nor Hazamullah Abdullah berkata, wanita berusia 57 tahun itu mengalami putus kaki kiri apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dinaikinya terbabas.Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.41 petang sebelum tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat"Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba, manakala bahagian kaki yang terputus turut ditemukan di dalam kenderaan berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi malam ini.Beliau berkata, nahas berlaku ketika kenderaan yang dinaiki seorang lelaki dan empat wanita itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang."Wanita terlibat dan empat lagi mangsa yang turut cedera dalam kemalangan itu dikejarkan ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan," katanya.- Bernama |
|
Felipe idam raih Anugerah Kasut Emas MPFL - Hotfm - 5/06 11:08 pm Kuantan: Selepas menjaringkan 11 gol daripada empat perlawanan, pemain import Pahang Rangers, Felipe de Souza kini berada pada kedudukan terbaik untuk sekali lagi meraih anugerah penjaring terbanyak Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL) musim ini. |
|
Kanak-kanak empat tahun lemas dalam kolam resort - Kosmo - 5/06 11:04 pm PORT DICKSON – Percutian sebuah keluarga dari Johor ke daerah ini berakhir dengan tragedi apabila kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan lemas di dalam kolam sebuah resort di Jalan Pantai, Batu 4, di sini, semalam |
|
Kanak-Kanak Empat Tahun Lemas Di Kolam Resort Port Dickson - Siakapkeli - 5/06 10:56 pm Kanak-Kanak Empat Tahun Lemas Di Kolam Resort Port DicksonPORT DICKSON, 5 Jun (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal |
|
Dua tahun beroperasi, stor pengumpulan petrol untuk diseludup ke Thailand diserbu - Sinarharian - 5/06 10:21 pm TUMPAT - Kegiatan sebuah stor haram yang menjadi pusat pengumpulan petrol sebelum dijual ke Thailand sejak dua tahun lalu terbongkar apabila enam individu ditahan dalam serbuan di Pengkalan Kubor di sini pada Khamis.Serbuan menerusi Op Taring Wawasan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 Pengkalan Chepa bersama anggota Pos PK 5 Kompeni C dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kota Bharu itu turut membawa kepada rampasan bernilai RM104,748.60 membabitkan petrol, wang tunai serta empat kenderaan.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pihaknya bertindak hasil maklumat risikan berhubung aktiviti penyeludupan petrol di sebuah stor di pangkalan haram Tualang, Pengkalan Kubor.Menurut beliau, pemerhatian selama kira-kira 30 minit mendapati beberapa kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero memasuki stor berkenaan dalam keadaan mencurigakan sebelum pasukan serbuan bertindak menyerbu premis itu."Ketika serbuan, anggota mendapati tiga lelaki sedang menyedut petrol dari tangki kenderaan ke dalam tong plastik, manakala seorang wanita dan dua lelaki lain berada di dalam serta sekitar stor tersebut."Hasil pemeriksaan menemukan 255 liter petrol, tiga hos getah, sebuah pam angin, wang tunai RM3,650 dan empat kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu," katanya kepada pemberita pada Jumaat.Ujar beliau, siasatan awal mendapati empat suspek berusia antara 25 hingga 40 tahun berperanan membeli petrol dari stesen minyak sekitar Tumpat sebelum menjualnya kepada seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun yang dipercayai menjadi pembeli utama di stor berkenaan.Menurutnya, suspek terbabit dipercayai menjalankan kegiatan tersebut sejak dua tahun lalu dengan stor berkenaan disewa pada kadar RM400 sebulan."Suspek membeli petrol pada harga RM4.20 seliter sebelum menjualnya semula ke Thailand |
|
Hampir 300,000 pelancong Malaysia bercuti di selatan Thailand, jana lebih RM123.2 juta - Sinarharian - 5/06 9:23 pm SONGKHLA - Hampir 300,000 pelancong Malaysia membanjiri selatan Thailand sepanjang cuti Aidiladha dan cuti persekolahan dari 27 Mei hingga 4 Jun lepas, menjana lebih satu bilion baht (RM123.2 juta) kepada sektor pelancongan negara itu.Presiden Persatuan Hotel Hat Yai-Songkhla, Sittipong Sitthiphataraprabah berkata, pelancong Malaysia memasuki Thailand melalui sembilan pintu sempadan darat di Narathiwat, Yala, Songkhla dan Satun.Beliau berkata ,Songkhla, Satun, Phatthalung, Trang, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Pattani, Yala dan Narathiwat antara tumpuan pelancong Malaysia."Lebih 30,000 bilik hotel direkodkan penuh sepanjang tempoh berkenaan, sekali gus menjana pendapatan pelancongan melebihi satu bilion baht," katanya kepada Bernama.Beliau berkata, pintu masuk darat paling sesak ialah Bukit Kayu Hitam-Sadao, Padang Besar, Sungai Golok dan Betong.Bagaimanapun, Sittipong melahirkan rasa kecewa apabila ramai pelancong Malaysia terpaksa menunggu antara tiga hingga empat jam untuk urusan imigresen, khususnya di Kompleks Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao."Ada pelancong yang terkandas ketika mahu pulang ke Malaysia sehingga terpaksa bermalam di dalam kenderaan atau di tepi jalan kerana kesesakan yang luar biasa," katanya.Beliau berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada agensi berkaitan dan berharap langkah penambahbaikan dapat disegerakan bagi memastikan selatan Thailand terus menjadi pilihan pelancong Malaysia.Sementara itu, Faizul Nasruddin, 40, dari Banting, Selangor, berkata beliau dan isterinya sanggup menunggang motosikal lebih lapan jam untuk bercuti di Hat Yai kerana tarikan makanan yang pelbagai, enak dan berpatutan."Walaupun berdepan kesesakan di pintu sempadan, saya tetap akan datang lagi kerana tiada tempat lain yang setanding dengan Hat Yai," katanya.Seorang lagi pelancong, Hasbul Hisyam Yusuf, 42, dari Terengganu berkata, beliau mengambil kesempatan sempena cuti sekolah untuk membawa keluarganya bercuti di Hat Yai sebelum sesi persekolahan bermula Isnin ini."Makanan yang sedap dan murah, saya memilih untuk datang ke Hat Yai berkali-kali setiap kali musim cuti |
|
KPDN Beaufort rampas 1,000 liter diesel disyaki dipindah menyalahi undang-undang - Mypress - 5/06 9:02 pm BEAUFORT Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Beaufort merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Invader Double Cabin bersama kira-kira 1,000 liter diesel yang disyaki… |
|
Krisis takhta N9: Persekutuan kekal iktiraf Tuanku Muhriz Yang Dipertuan Besar - Harapandaily - 5/06 8:26 pm Di sebalik ketegangan berterusan berkaitan pertikaian takhta di Negeri Sembilan, Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Respon itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas laporan mengenai pertabalan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 oleh Undang Yang Empat dalam satu majlis.. |
|
JDT, Kuching City diundi dalam kumpulan berbeza di ACC 26/27 - Sinarharian - 5/06 7:48 pm SKUAD Johor Darul Tazim (JDT) dan Kuching City FC tidak akan bersemuka pada saingan peringkat kumpulan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2026/2027, apabila masing-masing diundi dalam kumpulan berbeza pada pengundian yang dilakukan Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) hari ini. AFF dalam kenyataan memaklumkan JDT diundi dalam Kumpulan B bersama Port FC dari Thailand, Lion City Sailors FC (Singapura), Cng An H Ni FC (Vietnam), PKR Svay Rieng FC (Kemboja), Persib Bandung (Indonesia) serta pemenang Play-Off 2.Sementara itu, Kuching City FC yang membuat penampilan sulung dalam saingan berprestij peringkat ASEAN itu, diletakkan dalam Kumpulan A bersama Buriram United FC dan Ratchaburi FC dari Thailand, Tampines Rovers FC (Singapura), pemenang Piala Vietnam, Borneo FC Samarinda (Indonesia) serta pemenang Play-Off 1.Empat pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir yang akan berlangsung secara timbal balik.Sementara itu, peringkat separuh akhir dan final juga akan menyaksikan setiap pasukan yang layak beraksi secara timbal balik bagi penentuan juara.ACC 2026/2027 menghimpunkan kelab-kelab terbaik Asia Tenggara dan dijangka berlangsung mengikut format liga satu pusingan pada peringkat kumpulan, sebelum saingan diteruskan ke peringkat kalah mati |
|
Kerajaan Persekutuan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan .. - Wrlr - 5/06 7:37 pm Terdahulu, media melaporkan Tunku Nadzaruddin dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam majlis yang berlangsung di sebuah resort di Melaka, sebentar tadi. Pemasyhuran itu diisytiharkan dalam majlis ringkas oleh Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat |
|
Tunku Nadzaruddin dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan - Wrlr - 5/06 7:34 pm Oleh Mohd Amin Jalil - Jun 5, 2026 @ 2:51pm ALOR GAJAH: Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar dimasyhurkan oleh Undang Yang Empat sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang dilangsungkan di sebuah resort di sini, hari ini |
|
Empat anggota polis didakwa peras ugut jurujual - Sinarharian - 5/06 5:33 pm KUALA LUMPUR -Empat anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaatatas pertuduhan melakukan pemerasan wang RM10,000 terhadap seorang jurujual, tiga tahun lepas.Mohd Al Hafis Sairudin, 43, Mohd Azmi Mohd Ghozali, 40, Muhamad Azlan Zakaria, 39, dan Muhammad Hanif Abdul Talib, 30, didakwa secara bersama-sama sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Danny Goh Ngee Guan, 35,bahawa mangsa akan didenda minimum RM50,000 oleh pihak mahkamah.Ini mendorong jurujual itu menyerahkan wang RM10,000 di sebuah apartmen di Jalan Kepong, Sentul pada 12 tengah hari, 23 Disember 2023.Pertuduhan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun peguam Ahmad Ikram Ab Halim yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan minima dengan alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga dan memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan.Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin, berserta syarat tambahan melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran serta tidak menganggu saksi dan mangsa sehingga kes selesai.Mahkamah menetapkan 8 Julai depan untuk sebutan kes |
|
Kerajaan Persekutuan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz - PM - Sinarharian - 5/06 4:13 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, meskipun Kerajaan Persekutuan tidak terlibat secara langsung dalam isu berkaitan kedudukan pemerintahan Negeri Sembilan, kemuliaan institusi diraja mesti kekal dipertahankan dan perlu melalui setiap kaedah serta peraturannya."Jadi kita sebagai Kerajaan Persekutuan walaupun tidak terlibat secara langsung, harus memberikan nasihat terutamanya (mengenai) orang Melayu dan rakyat Malaysia, sistem Raja ini bukan saja namanya tetapi kemuliaannya dan beberapa kaedah serta peraturannya sebab itu bagi kita tetap pertahankan kedudukan dan kemuliaan dan kedaulatan Raja."Kalau kita ikut sekarang susur galur setakat ini, kita tetap bekerja dan mengiktiraf kedudukan Yang di-Pertuan Negeri Sembilan Tuanku Muhriz. (Saya) mohon supaya apa-apa pandangan yang lain dibuat mengikut jalur yang sah mengikut perlembagaan tanpa menimbulkan keresahan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti Puchong dekat sini hari ini.ARTIKEL BERKAITAN - Undang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUPerdana Menteri berkata demikian mengulas laporan media mengenai pertabalan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 oleh Undang Yang Empat dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di Melaka pada Jumaat.Mengakui perkembangan di Negeri Sembilan sebagai sesuatu yang menggusarkan, Anwar berkata, beliau tidak menafikan hak mana-mana pihak menggunakan saluran undang-undang dan perlembagaan negeri untuk mengemukakan pandangan, namun tindakan itu perlu disokong dengan hujah yang kukuh."Menggugurkan atau memakzulkan mana-mana raja akan memberikan implikasi yang sangat besar bagi negara dan keamanan negara sebab itu kita pandang berat dan saya juga telah menyampaikan pandangan ini kepada pihak berkenaan," katanya.Pada masa sama, Perdana Menteri turut menyokong tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi mendapatkan mandat rakyat dalam menyelesaikan kemelut tersebut."Saya menyokong penuh tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan oleh kerana simpang siur yang tidak tentu arah ini sebaiknya diadakan pilihan raya dan Tuanku juga telah perkenan |
|
Tunku Nadzaruddin dimasyhur Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 - Harapandaily - 5/06 3:42 pm Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 oleh Undang Yang Empat dalam satu majlis di sebuah resort hari ini |
|
Kemelut DKU: Mahkamah halang usaha singkir Raja Norazli - Sinarharian - 5/06 3:42 pm SEREMBAN [DIKEMAS KINI] Pertikaian membabitkan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) memasuki episod baharu apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat mengeluarkan perintah 'ad interim' atau injunksi sementara yang menghalang Sidang Khas DKU daripada diteruskan serta menyekat sebarang usaha untuk menyingkirkan Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin.Hakim, Roz Mawar Rozain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh Raja Norazli dan DKU bagi mengekalkan status quo pentadbiran badan berkenaan sementara tindakan undang-undang yang sedang berlangsung diputuskan oleh mahkamah.Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan pihak defendan, melalui perintah sementara itu, plaintif sama ada secara langsung atau menerusi wakil mereka dihalang daripada memanggil atau mengadakan sebarang mesyuarat DKU termasuk Sidang Khas yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.Mahkamah turut melarang plaintif daripada menggantung, menyingkirkan, menggantikan atau mengganggu Raja Norazli dalam melaksanakan tugas dan fungsinya sebagai Setiausaha DKU.Plaintif dalam tindakan itu ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri; serta Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.ARTIKEL BERKAITAN - Undang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUDalam perintah yang sama, mahkamah mengarahkan supaya tiada jawatankuasa, individu atau badan lain ditubuhkan atau diberikan kuasa untuk mengambil alih fungsi serta bidang kuasa Setiausaha DKU.Plaintif juga dilarang membuat, melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang keputusan berkaitan pentadbiran, tadbir urus, prosiding dan urusan DKU termasuk mengambil langkah yang boleh mengubah kedudukan sedia ada sebelum 21 Mei lalu.Menurut kenyataan itu, injunksi tersebut akan terus berkuat kuasa sehingga mahkamah memutuskan isu bidang kuasa dan kebolehhakiman kes berkenaan serta sehingga sebarang perintah lanjut dikeluarkan.Kenyataan itu turut menegaskan bahawa kesan perintah berkenaan ialah plaintif tidak boleh menyingkirkan Raja Norazli sebagai Setiausaha DKU, menjalankan urusan badan itu atau mengeluarkan kenyataan media berkaitan DKU.Peguam kanan, Steven Thiru yang mewakili Raja Norazli dan DKU ketika dihubungi mengesahkan keputusan tersebut.Selain Steven, Raja Norazli dan DKU diwakili peguam, David Dinesh Mathew, Shafrin Halim, Gregory Das dan Gurjeevan Singh.Plaintif pula diwakili peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Rhiza Ghazi dan Asmawi Ismail, manakala defendan ketiga diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal bersama Aala'uddin Baharom.Setakat jam 6 petang Jumaat, Sinar Harian masih menunggu kenyataan daripada pihak plaintif. |
|
Pendaki hilang: Keluarga tepis kecaman, sifatkan Jaslinda baik hati, suka .. - Mygazette - 5/06 3:24 pm Perkara itu dinyatakan oleh kakaknya, Jasima Saludin, 52, yang kali terakhir berkomunikasi dengan adik bongsunya itu menerusi perbualan telefon, tiga hari sebelum mangsa memulakan pendakian berkenaan. "Adik saya, Jaslinda seorang yang sangat baik kadang-kadang kebaikan dia itu terpaksa saya masuk campur kerana ada yang suka mengambil kesempatan |
|
Tunku Nadzaruddin didakwa dihalang hadir ke Tampin, Rais bangkit isu .. - Mygazette - 5/06 3:24 pm Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai pihak yang mengeluarkan arahan berkenaan. Dalam perkembangan sama, Rais turut mendakwa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang diumumkan malam tadi tidak mendapat perakuan daripada Undang Luak Yang Empat |
|
Bubar DUN jalan terbaik selesaikan ‘simpang-siur’ di N. .. - Mygazette - 5/06 3:24 pm Hari ini dilaporkan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di Melaka. Pemasyhuran berkenaan diisytiharkan dalam majlis ringkas oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat |
|
Keluarga mangsa kemalangan maut Simpang Renggam cadang tuntut pampasan - Mygazette - 5/06 3:24 pm # Keluarga mangsa kemalangan maut Simpang Renggam cadang tuntut pampasan DUNGUN - Keluarga empat mangsa yang maut dalam nahas di Simpang Renggam, Johor pada Isnin lepas bercadang mengambil tindakan undang-undang termasuk memfailkan tuntutan pampasan terhadap individu yang disyaki menyebabkan kemalangan itu |
|
Nahas Simpang Renggam: Pemandu direman 4 hari, siasatan di bawah Seksyen... - Mygazette - 5/06 3:24 pm # Nahas Simpang Renggam: Pemandu direman 4 hari, siasatan di bawah Seksyen 302 KLUANG - Pemandu lelaki berusia 19 tahun yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan lima nyawa di Jalan RenggamSimpang Renggam pada Isnin lepas, direman semula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Remaja terbabit direman selama empat hari hingga Isnin depan selepas perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Hakim Mujib Saroji di Mahkamah Sesyen Kluang, di sini pagi ini |
|
Mengaku tumbuk lelaki selepas kemalangan, penganggur didenda RM2,000 - Mygazette - 5/06 3:24 pm Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan disahkan mengalami kecederaan di bahagian kiri kepala serta rusuk kiri akibat dipukul. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan tidak bekerja serta mempunyai empat tanggungan |
|
PRN Johor bakal jadi neraca penentu masa depan politik Anwar –... - Mygazette - 5/06 3:24 pm Katanya, kemenangan besar itu meletakkan BN dalam kedudukan yang kukuh untuk mempertahankan penguasaan mereka, lebih-lebih lagi selepas gabungan itu memutuskan untuk bertanding secara solo pada pilihan raya kali ini. Dalam masa sama, Elviza berpandangan Pakatan Harapan (PH) berdepan cabaran lebih besar berbanding empat tahun lalu susulan beberapa perkembangan politik terkini yang menurutnya memberi kesan terhadap persepsi dan moral penyokong gabungan tersebut |
|
Rosmah Hadir Prosiding Kes Saman 1MDB AS$8 Bilion Terhadap Najib - Mygazette - 5/06 3:24 pm # Rosmah Hadir Prosiding Kes Saman 1MDB AS$8 Bilion Terhadap Najib Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Mahkamah Tinggi bagi mengikuti prosiding permohonan berkaitan kes saman berjumlah US$8 bilion yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat anak syarikatnya. |
|
Kelulusan Doktor Farmasi tak diiktiraf, Anwar arah KPT, KKM selesai segera - Mygazette - 5/06 3:24 pm Justeru, KPT dan KKM perlu menyelesaikan isu ini secara tuntas selaras dengan gagasan MADANI yang menuntut keadilan, ihsan dan kebijaksanaan dalam setiap keputusan yang menyentuh masa depan rakyat, tanpa menjejaskan standard profesional yang ditetapkan bagi bidang farmasi, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Media sebelum ini melaporkan rayuan empat pelajar Malaysia di Universiti Alexandria, Mesir yang berdepan kebuntuan menjalani peperiksaan wajib, latihan praktikal serta meneruskan kerjaya sebagai ahli farmasi di negara ini |
|
Ini Lebih Teruk Dari Komunis! Kecoh Empat Pembesar Negeri Sembilan .. - Mygazette - 5/06 3:24 pm # Ini Lebih Teruk Dari Komunis! Kecoh Empat Pembesar Negeri Sembilan Dihalang Masuk Ini Lebih Teruk Dari Komunis! Kecoh Empat Pembesar Negeri Sembilan Dihalang Masuk Perkembangan itu dilihat menguatkan lagi spekulasi PKR dan PH sedang memperkemaskan gerak kerja politik serta jentera parti menjelang beberapa kemungkinan perkembangan politik yang dijangka berlaku dalam masa terdekat. |
|
Buletin Byd Atto 3 2026 Rasmi Dilancarkan – Varian Ultra (fwd) Dan .. - Mekanika - 5/06 3:24 pm # BYD ATTO 3 2026 RASMI DILANCARKAN - VARIAN ULTRA (FWD) DAN PREMIUM (RWD), HARGA MULA RM125K **BYD Malaysia secara rasmi melancarkan BYD Atto 3 2026 untuk pasaran tempatan dengan pelbagai penambahbaikan menyeluruh merangkumi prestasi, reka bentuk, teknologi dan keselesaan kabin.** SUV elektrik popular itu kini tampil lebih matang dan premium, selain memperkenalkan buat pertama kali varian pacuan roda belakang (RWD) bagi pasaran Malaysia |
|
Tunku Nadzaruddin Ditabalkan Undang Yang Empat Sebagai YDPB Negeri Sembilan Ke-12 - Vocket - 5/06 3:17 pm Majlis pertabalan tersebut berlangsung... The post Tunku Nadzaruddin Ditabalkan Undang Yang Empat Sebagai YDPB Negeri Sembilan Ke-12 appeared first on VOCKET . |
|
Diupah sindiket RM2,000 jadi 'transporter' ungka ke India - Sinarharian - 5/06 3:17 pm SEPANG - Cubaan menyeludup enam ekor ungka yang disumbat dalam bagasi berjaya digagalkan selepas penahanan seorang lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini pada Khamis.Tangkapan dilaksanakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kira-kira jam 8.35 malam.Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, semakan mendapati lelaki itu merupakan warga tempatan berusia 38 tahun.Menurutnya, suspek dipercayai akan berlepas ke Hyderabad, India pada jam 9 malam."Ungka-ungka bernilai anggaran RM18,000 telah diletakkan dalam empat beg kecil atau raga dan disorok dalam beg bagasi bersaiz besar yang turut diisi dengan barang-barang lain seperti pakaian serta bungkusan makanan ringan"Kesemua ungka yang dirampas boleh dikategorikan sebagai masih di peringkat juvenile iaitu masih muda dan tidak matang |
|
Tunku Nadzaruddin Ditabalkan Undang Yang Empat Sebagai YDPB Negeri Sembilan Ke-12 - Hotfm - 5/06 3:17 pm Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar, telah ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-12. |
|
Undang Luak masyhurkan Tunku Nadzaruddin Yang di-Pertuan Besar Negeri .. - Hmetro - 5/06 3:16 pm Tampin: Undang Yang Empat menggunakan kuasa mereka apabila memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di Alor Gajah, Melaka, hari ini |
|
Warga asing didakwa aktif dalam penjualan rokok seludup - MAMBA - Sinarharian - 5/06 1:34 pm KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Persatuan Perniagaan Mikro Malaysia (MAMBA) menggesa pihak berkuasa memperhebatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti penjualan rokok seludup yang semakin berleluasa, khususnya melibatkan warga asing yang didakwa aktif dalam kegiatan berkenaan.Gesaan itu dibuat susulan dapatan satu tinjauan yang menunjukkan 68.8 peratus pembeli rokok seludup mengenal pasti penjual sebagai warga asing, manakala 75 peratus responden berpendapat produk berkenaan mudah diperoleh di pasaran.Presiden MAMBA, Tan Peng Beng berkata, dapatan itu mengesahkan aduan yang telah lama dibangkitkan oleh ahli-ahli persatuan di seluruh negara mengenai penglibatan warga asing dalam perdagangan rokok seludup."Warga asing didapati terlibat secara aktif dalam penjualan rokok seludup di kawasan kejiranan dan lokasi yang sama di mana peniaga mikro tempatan menjalankan perniagaan."Kini kita mempunyai data yang mengesahkan perkara itu dan ia memerlukan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas serta berterusan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurut beliau, keadaan itu bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peniaga yang mematuhi undang-undang, malah menyebabkan kerugian kewangan yang ketara.Katanya, peniaga sah terpaksa menanggung kos operasi, cukai dan lesen perniagaan, sedangkan penjual rokok seludup menawarkan produk serupa pada harga jauh lebih rendah tanpa mematuhi sebarang peraturan."Ini bukan soal persaingan perniagaan |
|
Kakak dedah sisi sebenar Jaslinda - Sinarharian - 5/06 1:03 pm IPOH - Pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 24 Mei lepas, disifatkan sebagai seorang yang sangat baik, penyayang, murah hati dan suka membantu.Perkara itu dinyatakan oleh kakaknya, Jasima Saludin, 52, yang kali terakhir berkomunikasi dengan adik bongsunya itu menerusi perbualan telefon, tiga hari sebelum mangsa memulakan pendakian berkenaan."Adik saya, Jaslinda seorang yang sangat baik kadang-kadang kebaikan dia itu terpaksa saya masuk campur kerana ada yang suka mengambil kesempatan |
|
Nahas Simpang Renggam : Remaja direman semula untuk siasatan kes bunuh - FMT - 5/06 11:39 am Suspek berusia 19 tahun direman empat hari hingga Isnin depan. |
|
Nahas Simpang Renggam: Pemandu direman 4 hari, siasatan di bawah seksyen 302 - Sinarharian - 5/06 11:24 am KLUANG -Pemandu lelaki berusia 19 tahun yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan lima nyawa di Jalan Renggam-Simpang Renggam pada Isnin lepas, direman semula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Remaja terbabit direman selama empat hari hingga Isnin depan selepas perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Hakim Mujib Saroji di Mahkamah Sesyen Kluang, di sini pagi ini.ARTIKEL BERKAITAN:Empat maut nahas lima kenderaanLima maut, BMW hilang kawalan rempuh empat kenderaanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis'Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas' - Ibu saudara mangsa nahas maut di Simpang RenggamTerkilan tidak sempat bergambar dengan ibu saudara sempena Aidiladha - Anak saudaraNahas di Simpang Renggam: Seorang lagi maut kereta masuk gaung, pemandu Mercedes Benz ditahanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - PolisKemalangan maut Simpang Renggam: Jenazah empat sekeluarga dikebumi satu liang lahadTerdahulu, suspekyang memakai bajuberwarna coklat tiba di pekarangan mahkamah pada 8.45 pagi dengan diiringi ketat oleh pegawai polis.Suspek sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis setelah direman tiga hari hingga semalam bagi siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Bagaimanapun, polis menahan semula suspek bagi membolehkan siasatan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Kemalangan pada 1 Jun lepas di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam itumenyebabkan empat sekeluarga yang menaiki Toyota Viostermasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.Remaja itudisyaki memandukereta Mercedes Benz A250 secara melulu dan berbahayabersama-sama sebuah kereta BMW 530e dipandu abangnya berusia 22 tahun, yang turut maut ketika dalam perjalanan ke hospital |
|
Keluarga tepis kecaman, sifatkan Jaslinda baik hati, suka membantu - Sinarharian - 5/06 10:43 am IPOH - Pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 24 Mei lepas, disifatkan sebagai seorang yang sangat baik, penyayang, murah hati dan suka membantu.Perkara itu dinyatakan oleh kakaknya, Jasima Saludin, 52, yang kali terakhir berkomunikasi dengan adik bongsunya itu menerusi perbualan telefon, tiga hari sebelum mangsa memulakan pendakian berkenaan."Adik saya, Jaslinda seorang yang sangat baik kadang-kadang kebaikan dia itu terpaksa saya masuk campur kerana ada yang suka mengambil kesempatan |
|
Pentas Piala Dunia terakhir buat 10 bintang bola sepak - Sinarharian - 5/06 10:15 am PIALA Dunia 2026 mungkin menjadi aksi penutup tirai bagi sebilangan bakat terbaik dalam sejarah bola sepak moden.Meskipun beberapa pemain bakal mencipta rekod penampilan terbanyak dengan beraksi dalam edisi keenam mereka, faktor usia dan masalah kecederaan mula membatasi keupayaan fizikal masing-masing.Berikut adalah barisan bintang dunia yang dijangka beraksi dalam Piala Dunia terakhir mereka:Cristiano Ronaldo PortugalMeskipun tahap kecergasan sentiasa menjadi aset utama sepanjang kariernya, penyerang Portugal berusia 41 tahun ini menyedari masanya dalam arena bola sepak profesional semakin suntuk.Namun, rekod statistik sentiasa memihak kepada bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid ini apabila beliau berjaya meledak 30 gol dalam 37 perlawanan bersama Al-Nassr musim ini, manakala jumlah gol antarabangsanya bersama Portugal kini mencecah 143 gol.Merupakan pemain kedua tertua dalam kejohanan kali ini di belakang penjaga gol Scotland berusia 43 tahun, Craig Gordon, Ronaldo bakal turun dalam penampilan Piala Dunia keenamnya sedar bahawa ini adalah peluang terakhir untuk menjulang trofi idaman yang belum pernah dimenanginya.Lionel Messi ArgentinaSama seperti seteru utamanya Ronaldo, Messi juga bakal membuat penampilan keenam dalam Piala Dunia, kali ini mengetuai misi Argentina untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Qatar empat tahun lalu.Messi, yang merupakan penjaring terbanyak serta pemegang rekod penampilan terbanyak Argentina, berdepan masalah kecederaan menjelang kejohanan ini.Situasi itu menimbulkan persoalan sama ada fizikalnya mampu bertahan dengan jadual padat format baharu Piala Dunia yang kini lebih besar.Bagaimanapun, impak dan bakat pemenang Ballon d'Or lapan kali ini sangat luar biasa sehingga pada usia 38 tahun, beliau tetap menjadi nadi utama skuad bimbingan Lionel Scaloni ini.Luka Modric CroatiaSelepas memainkan peranan penting dalam membawa Croatia ke perlawanan akhir edisi 2018 dan tempat ketiga pada 2022, Modric bersedia untuk penampilan kelima dan terakhirnya di pentas Piala Dunia.Walaupun turun beraksi selepas menjalani pembedahan tulang pipi, pemain berusia 40 tahun ini tetap menjadi sandaran utama sebagai perancang tengah.Kapten Croatia ini masih diangkat sebagai wira negara Balkan tersebut yang sering kali melakar kejutan di pentas global.Neymar Jr BrazilPada usia 34 tahun, penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Brazil ini jauh lebih muda berbanding Messi atau Ronaldo.Namun, tidak seperti dua legenda berkenaan, tempat Neymar dalam skuad kebangsaan kali ini tidak dijamin sepenuhnya.Kepulangan semula Neymar ke dalam skuad Selecao selepas menyepi selama dua tahun setengah mengejutkan peminat bola sepak, dan masa akan menentukan sama ada keputusan pengendali Carlo Ancelotti ini merupakan satu perjudian atau taktikal yang genius.Dengan sejarah kecederaan berpanjangan dan faktor usia beliau akan mencecah usia 38 tahun menjelang Piala Dunia 2030, edisi kali ini berkemungkinan besar menjadi pentas keempat dan terakhir buat Neymar.Manuel Neuer JermanBerdasarkan aura yang dimiliki Neuer, seperti yang dinyatakan oleh jurulatih Julian Nagelsmann, penjaga gol berusia 40 tahun ini memutuskan untuk membatalkan persaraannya bagi menggalas tugas selaku penjaga gol utama Jerman di Piala Dunia 2026.Kembali ke dalam skuad selepas hampir dua tahun, para penyokong kini berpeluang menyaksikan kelibatnya buat kali terakhir di pentas berprestij ini.Diiktiraf sebagai antara penjaga gol terbaik sepanjang zaman, Neuer sebelum ini telah beraksi dalam empat edisi Piala Dunia, dengan kejayaan paling manis adalah membantu Jerman menjulang trofi pada edisi 2014 di bumi Brazil.Mohamed Salah MesirSering dianggap sebagai antara pemain terbaik Afrika sepanjang zaman, Salah menjadi bintang global susulan kejayaannya bersama Liverpool dengan memenangi sembilan trofi major.Pada usia 33 tahun dan tidak lagi berada di kemuncak prestasinya, kejohanan kali ini mungkin menjadi penampilan kedua dan terakhir buat penyerang ini.Musim yang agak hambar sebelum berpindah dari Liverpool mungkin menurunkan sedikit jangkaan peminat, namun rakyat Mesir tetap meletakkan kepercayaan penuh kepada pemain jersi nombor 10 kesayangan mereka ini untuk mencetuskan inspirasi baharu buat negara.Kevin de Bruyne BelgiumMenjadi watak penting dalam 'generasi emas' Belgium antara tahun 2014 hingga 2022, perancang tengah ini terus membuktikan bisanya di peringkat kelab dan negara.Bagaimanapun, faktor usia mula mengejar De Bruyne yang bakal menyambut ulang tahun ke-35 hujung bulan ini.Prestasi pemain tengah Napoli ini amat penting bagi menentukan sejauh mana Belgium mampu melangkah dalam edisi 2026, dan beliau pastinya mahu menamatkan penampilan keempat dan terakhirnya ini dengan memori yang indah.Virgil van Dijk BelandaPemain pertahanan berpengalaman, Van Dijk, kini tidak lagi sehebat beberapa tahun lalu ketika membantu Liverpool memenangi trofi Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris dalam musim berturut-turut.Kapten skuad Belanda ini bakal berusia 35 tahun bulan depan, dan skuad Oranje berkemungkinan akan beralih kepada gandingan pertahanan lebih muda menjelang edisi 2030.Selepas membantu pasukan mara ke suku akhir Piala Dunia 2022 dan separuh akhir Euro 2024, Van Dijk berharap dapat membawa pasukannya melangkah lebih jauh dalam penampilan ketiganya ini.Sadio Mane SenegalDiiktiraf secara meluas sebagai antara pemain sayap terbaik dunia, Mane turun ke Piala Dunia kali ini dengan misi menebus kekecewaan selepas kecederaan kaki menghalang impiannya untuk beraksi di Qatar pada 2022.Pada usia 34 tahun, bintang Senegal ini sudah melepasi zaman kegemilangannya sewaktu merangkul pelbagai kejuaraan bersama Liverpool dan Bayern Munich.Biarpun begitu, beliau tetap menjadi sumber inspirasi utama pasukan |
|
Apabila mereka tidak pulang - Mygazette - 5/06 7:50 am **MASIH** segar dalam ingatan rakyat Malaysia apabila negara dikejutkan dengan kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak. Lebih menyentuh hati, wanita yang berpengalaman dalam aktiviti pendakian itu dipercayai sempat tiba di puncak gunung sebelum hilang tanpa jejak |
|
DUN Negeri Sembilan dijangka bubar esok atau Isnin depan - Mygazette - 5/06 7:50 am Katanya, sentimen rakyat terhadap prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini turut menjadi antara faktor yang banyak dibincangkan menjelang kemungkinan pilihan raya negeri diadakan. Di peringkat akar umbi memang ada rungutan mengenai beberapa isu tempatan dan prestasi sebahagian wakil rakyat |
|
5 maut: Pemandu Mercedes-Benz akan direman bawah kes bunuh - Kosmo - 4/06 9:52 pm KLUANG – Pemandu Mercedes Benz A250 yang disyaki berlumba dengan abangnya hingga meragut nyawa empat sekeluarga di kilometer 27 Jalan Renggam-Simpang Renggam, Isnin lalu ditahan semula bagi membantu siasatan membunuh |
|
Lima maut nahas Simpang Renggam: Remaja ditahan semula untuk siasatan bunuh - Sinarharian - 4/06 9:15 pm JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI]Remaja lelaki yang direman bagi membantu siasatan memandusecara melulu dan berbahaya hingga menyebabkanempat sekeluarga maut dalam nahas diSimpang Renggam dekat Kluang, ditahansemula untuk siasatan membunuh.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, remaja berusia 19 tahun itu direman dua hari bermula 2 Jun sebelum disambung sehari pada hari ini mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."Bagi tangkapan sebelum ini, (suspek) diberikan jaminan polis (selepas selesai tempoh reman) |
|
Lari lintang-pukang tinggalkan 1.3 tan beras - Sinarharian - 4/06 9:07 pm TUMPAT - Sekumpulan penyeludup lari lintang-pukang menaiki bot ke Thailand dengan meninggalkan 1.3 tan beras seludup selepas diserbu di sebuah pangkalan haram di Kampung Simpangan di sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas pelbagai jenis beras bernilai RM36,665.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, ketika rondaan dijalankan berhampiran pangkalan haram berkenaan, anggota melihat beberapa lelaki sedang memunggah guni beras dari sebuah bot ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero."Bagaimanapun, semua suspek telah meloloskan diri ke Thailand |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |