![]() |
/// |
|
Search : Besut News | Page 1 |
Bot terbalik: Lesen jurumudi digantung, lesen bot dibatal serta-merta - Sinarharian - 1/07 3:23 pm Jika terbukti bersalah, lesen itu akan dibatalkan sepenuhnya."Walaupun lesen bot dan perlindungan insurans masih sah sehingga Mac 2026, bot itu dipercayai beroperasi di luar syarat pelesenan."Antara kesalahan jelas ialah bot tidak dibenarkan beroperasi pada waktu malam dan tidak boleh membawa penumpang melebihi kapasiti ditetapkan," ujarnya.Beliau berkata, bot bersaiz kecil, hanya sepanjang 7.9 meter dan lebar 1.79 meter, dengan had maksimum dua kru dan 10 penumpang, namun, bilangan penumpang ketika kejadian didapati melebihi jumlah dibenarkan.Mengulas mengenai pemakaian jaket keselamatan, beliau berkata, terdapat dakwaan penumpang tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian.Katanya, bot berkenaan berdaftar pada Mac lalu dan dipercayai merupakan bot pertama diusahakan oleh pemilik bot terbabit."Jurumudi sepatutnya tegas memastikan semua penumpang memakai jaket sebelum bot bergerak."Mungkin dia masih baharu dan kurang pengalaman, tetapi itu bukan alasan untuk mengabaikan aspek keselamatan," katanya.Tambah beliau, pemeriksaan dan penguatkuasaan keselamatan maritim dilakukan secara berkala melibatkan pelbagai agensi termasuk Maritim Malaysia dan Jabatan Perikanan."Setiap bot perlu menyediakan jaket keselamatan bercahaya untuk digunakan pada waktu malam, namun tidak semua bot layak beroperasi pada waktu itu kerana ada syarat-syarat yang ditetapkan bagi yang beroperasi."Jika cuaca tidak mengizinkan, operasi perlu dihentikan serta-merta," katanya.Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua pengusaha agar sentiasa mematuhi syarat pelesenan dan memastikan keselamatan penumpang menjadi keutamaan."Peraturan ini bukan untuk menyusahkan, sebaliknya melindungi nyawa. Penumpang juga perlu patuh pada arahan jurumudi demi keselamatan bersama," katanya.Jelas beliau, sebanyak 221 bot penumpang berlesen dilaporkan beroperasi di sekitar perairan Besut termasuk ke destinasi pelancongan seperti Pulau Perhentian.Sabtu lalu, bot yang membawa 15 penumpang dari tiga keluarga termasuk enam kanak-kanak terbalik selepas dilambung ombak besar dalam cuaca ribut pada jam 10.30 malam.Tiga mangsa disahkan terkorban iaitu S |
Senior Citizen Killed In Collision After Attempted U-Turn On Motorcycle - DSF - 1/07 1:50 pm The senior rider was in a collision with a Proton X70 SUV A tragic road accident claimed the life of a senior citizen earlier today when the motorcycle he was riding was struck by a Proton X70 SUV on Jalan JertehKuala Besut, near Kampung Dengir |
Pulau Perhentian tragedy: Boatman ignored life jacket pleas, says grieving wife - SUN - 1/07 12:14 am PETALING JAYA : A grieving wife stated that repeated requests for life jackets were dismissed by the boatman shortly before a tragic accident that claimed the lives of her husband and young daughter in the boat capsize tragedy off Pulau Perhentian, Besut, Terengganu, on Sunday night |
Khurafat jika anggap kubur Nurly Shahirah keramat - Utusan - 1/07 7:30 am BESUT: Tanggapan kubur Allahyarham Nurly Shahirah Azman di Kampung Gong Pasir, Kerandang, Besut, Terengganu keramat atau boleh memberi sebarang kebaikan kepada manusia adalah khurafat |
Pesara guru rugi RM164,000 akibat klik pautan cabutan bertuah - Sinarharian - 30/06 5:11 pm JERTIH - Seorang pesara guru mengalami kerugian kira-kira RM164,000 dipercayai selepas pernah mengklik satu pautan cabutan bertuah yang kononnya ditawarkan oleh sebuah bank tempatan melalui laman sosial Facebook sebelum ini.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @Abu berkata, lelaki berumur 60 tahun itu menyedari wang di dalam akaun banknya berkurangan apabila menerima email daripada bank tempatan menyatakan berlaku transaksi dalam akaun simpanan miliknya Khamis lepas, sebelum dia tampil membuat laporan polis pada hari sama."Mangsa yang terkejut kerana tidak membuat sebarang transaksi dalam tempoh tersebut terus pergi untuk mendapatkan penyata di sebuah bank di bandar Jertih, dan semakan mendapati telah berlaku 39 kali pengeluaran dari akaunnya ke akaun berbeza, yang semuanya dipercayai berpangkalan di luar negara"Akibatnya sebahagian besar wang di dalam akaun itu hilang dan hanya berbaki sekitar RM30,000 sahaja," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Azamuddin berkata, pesara itu mengesyaki dia menjadi mangsa penipuan phishing setelah dia memasukkan butiran peribadinya dalam pautan di laman sosial Facebook yang menawarkan peraduan cabutan bertuah sebelum ini.Kes sedang disiasat mengkut Seksyen 420 Kanun Keseksaan |
Tragedi Pulau Perhentian: Pemandu bot direman tiga hari - Mgazette - 30/06 5:10 pm Kesemua penumpang bot berusia tiga hingga 40 tahun yang mempunyai pertalian keluarga itu dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas selesai makan malam, namun ombak besar tiba-tiba datang menyebabkan bot terbalik. Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu semalam berkata pemandu bot terbabit disahkan positif dadah selain turut mempunyai lima rekod lampau berkaitan bahan terlarang itu. |
“Jaket basah, resort dekat” – Isteri Mangsa Bot Terbalik Dakwa Sudah Berkali-kali Minta Jaket Keselamatan - Lobakmerah - 30/06 3:54 pm Isteri kepada mangsa insiden bot terbalik di Pulau Perhentian yang mengorbankan 3 nyawa itu mengeluarkan kenyataan di mana dia sudah berkali-kali meminta jaket keselamatan. Suaminya, S Arumugam terkorban dalam insiden itu bersama anak perempuan bongsu mereka A Sarrvihka dalam insiden di perairan Pulau Perhentian, Besut, Terengganu, kelmarin |
JHEAT warns against superstitious acts at Nurly Sahirahs grave - SUN - 30/06 3:28 pm Offenders could be fined up to RM5,000 or jailed for three years. Aizi confirmed that JHEAT, through the Besut Religious Office Enforcement Unit, will conduct regular monitoring to prevent such practices |
'Pemandu bot sudah nasihat, mereka tetap mahu balik walau cuaca buruk' - Sinarharian - 30/06 2:24 pm BESUT - Kejadian tragis melibatkan sebuah bot penumpang terbalik yang meragut tiga nyawa termasuk dua kanak-kanak di perairan Pulau Perhentian malam Sabtu lalu dipercayai berpunca daripada cuaca buruk yang melanda secara tiba-tiba.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pulau Perhentian, Nik Zawawi Mohd Nor berkata, kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke penginapan selepas menonton pertunjukan api di Long Beach, Pulau Perhentian Kecil."Keadaan cuaca pada awal malam itu kelihatan baik, namun mula berubah sekitar jam 9 malam sebelum ribut kuat melanda."Pemandu bot ada memaklumkan bahawa dia telah menasihati penumpang supaya menangguhkan perjalanan pulang atas faktor keselamatan, namun mereka tetap mahu balik ke resort," katanya ketika dihubungi Sinar Harin di sini pada Isnin.Beliau berkata, bot yang membawa 15 penumpang itu hanya mengambil masa sekitar 10 minit perjalanan merentasi jarak kira-kira empat kilometer dari Long Beach ke kawasan penginapan di Pulau Perhentian Besar."Kalau mereka boleh tunggu dalam dua hingga tiga jam lagi mungkin tragedi ini tidak berlaku."Lagipun ramai penumpang lain yang terkandas mereka sanggup tunggu lama semata-mata mahu pastikan cuaca benar-benar pulih."Malangnya dalam insiden ini, bot itu terbalik kerana dihempas ombak besar, hanya beberapa meter dari resort yang mereka duduk," ujarnya.Tambah Nik Zawawi, ribut kuat yang melanda pada malam itu hanya reda sekitar jam 11.30 malam.Bagaimanapun, katanya, usaha menyelamat segera digerakkan sebaik kejadian dimaklumkan kepada pihak berkuasa."Penduduk setempat dan pihak berkuasa mengambil langkah segera menyelamatkan mangsa yang terlibat."Tragedi ini amat menyedihkan kerana ia melibatkan keluarga dan anak kecil |
Pemandu bot positif dadah direman 3 hari kes kemalangan Pulau Perhentian - SUN - 30/06 1:55 pm Tragedi itu mengorbankan tiga penumpang, termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, manakala dua lagi cedera dengan seorang dalam keadaan kritikal. Menurut Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu, kejadian berlaku sekitar pukul 10.30 malam ketika bot dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas makan malam |
Insiden Bot Terbalik Di Pulau Perhentian, Pemandu Positif Dadah Direman 3 Hari - Lobakmerah - 30/06 1:06 pm Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah kemalangan bot yang mengorbankan tiga pelancong di Pulau Perhentian, Besut |
Pemandu bot terbalik di Pulau Perhentian direman - Sinarharian - 30/06 12:40 am BANDAR PERMAISURI - Seorang pemandu bot yang terbabit dalam tragedi mengorbankan tiga penumpang di Pulau Perhentian Sabtu lepas, direman selama tiga hari bermula pada hari ini.Perintah reman hingga Rabu terhadap lelaki berumur 22 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Setiu, di sini hari ini.Penahanan itu bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dijalankan berikutan lelaki berkenaan didapati positif dadah.Dalam kejadian pada 10.30 malam itu, S Arumugam, 40, dan anaknya A Sarrvihka, 3, serta seorang lagi saudara perempuan, V Vennpani, 10, maut manakala dua mangsa cedera termasuk seorang kritikal, selain 10 lagi terselamat.Kesemua penumpang bot berusia tiga hingga 40 tahun yang mempunyai pertalian keluarga itu dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas selesai makan malam, namun ombak besar tiba-tiba datang menyebabkan bot terbalik.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad@Abu semalam berkata, pemandu bot terbabit disahkan positif dadah selain turut mempunyai lima rekod lampau berkaitan bahan terlarang itu |
Mayat mangsa bot terbalik dibawa ke Buttterworth dan Sungai Petani untuk... - Mgazette - 30/06 7:41 am # Mayat mangsa bot terbalik dibawa ke Buttterworth dan Sungai Petani untuk disemadikan KUALA TERENGGANU - Mayat tiga mangsa yang lemas dalam tragedi bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, Besut malam tadi akan dibawa pulang ke Buttterworth dan Sungai Petani untuk disemadikan |
Tiga termasuk kanak-kanak maut bot terbalik di Pulau Perhentian - Mgazette - 30/06 7:41 am # Tiga termasuk kanak-kanak maut bot terbalik di Pulau Perhentian JERTIH - Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam tadi. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, dalam kejadian pada 10.30 malam itu, S |
3 dipercayai maut bot terbalik di Pulau Perhentian - Mgazette - 30/06 7:41 am # 3 dipercayai maut bot terbalik di Pulau Perhentian BESUT - Tiga individu dipercayai maut manakala seorang kritikal apabila sebuah bot terbalik di pesisir Pulau Perhentian, Terengganu lewat malam tadi |
MMEA launches full probe into Pulau Perhentian boat tragedy - NST - 30/06 12:50 am KUALA BERANG: The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) will conduct a thorough investigation into the boat capsize incident in Pulau Perhentian, Besut, which resulted in the deaths of three victims, including two family members |
Bot karam: ‘Vennpani anak tunggal, lama kami tunggu kelahirannya’ - Kosmo - 29/06 10:40 pm Panjawarnam, 68, nenek kepada V. Vennpani, 10, murid tahun empat yang maut dalam tragedi bot terbalik di perairan Pulau Perhentian di Besut, Terengganu malam semalam |
MMEA launches probe into Pulau Perhentian boat capsize tragedy - SUN - 29/06 9:59 pm KUALA BERANG : The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) is conducting a detailed investigation into the boat capsize incident near Pulau Perhentian, Besut, which claimed three lives, including a child |
Bot terbalik di Pulau Perhentian: APMM siasat kejadian ragut tiga nyawa - SUN - 29/06 9:40 pm KUALA BERANG : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian, Besut malam tadi yang mengorbankan tiga nyawa termasuk dua beranak |
Bot terbalik di Pulau Perhentian: APMM jalankan siasatan menyeluruh - Sinarharian - 29/06 9:34 pm KUALA BERANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian, Besut malam tadi, yang meragut tiga nyawa termasuk dua beranak.Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, meskipun insiden itu dikatakan berlaku apabila bot yang dinaiki 15 penumpang itu dipukul ribut, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci termasuk perlesenan bot, muatan yang dibawa serta memastikan semua peraturan dipatuhi."Kita akan melaksanakan siasatan terperinci dalam pelbagai aspek, termasuk menghubungi mangsa terlibat," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Sukarelawan Malaysia 2025 di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini.Majlis tersebut disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Mohd Rosli menambah pihaknya sentiasa menggandakan kawalan dan penguatkuasaan apatah lagi aktiviti pelancongan di pantai dan laut ketika ini semakin rancak selepas berakhirnya musim Monsun Timur Laut.Dalam kejadian yang berlaku pada 10.30 malam tadi, S |
Kes buli MRSM Besut di peringkat akhir siasatan, lima pelajar dibebaskan - Sinarharian - 29/06 8:00 pm BESUT Siasatan berhubung kes buli membabitkan dua pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di daerah ini kini berada di peringkat akhir.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, lima daripada tujuh pelajar yang direman sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad, manakala dua lagi akan dibebaskan pada Isnin.Menurutnya, pegawai penyiasat akan menghubungi keluarga pelajar terlibat bagi urusan lanjut berkaitan prosedur pembebasan."Buat masa ini, siasatan masih diteruskan dengan mengambil beberapa dokumen dan maklumat tambahan termasuk laporan prestasi pelajar, laporan perubatan serta mengesan saksi-saksi kejadian."Kertas siasatan juga sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.Pada masa sama, beliau turut menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih yang boleh mengganggu proses siasatan."Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh disalurkan terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di talian 09-6956222," ujarnya.Sebelum ini, lima pelajar berkenaan direman selama tiga hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes buli melibatkan seorang pelajar Tingkatan Dua di MRSM berkenaan.Tahanan reman terhadap empat pelajar Tingkatan Tiga dan seorang Tingkatan Lima itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.Dua lagi pelajar direman pada Sabtu selepas mangsa kedua tampil membuat laporan polis pada Khamis lalu mendakwa turut menjadi mangsa dalam kejadian sama.Siasatan terhadap dua pelajar berkenaan dijalankan di bawah seksyen sama.Sebelum ini, dua pelajar lelaki Tingkatan Dua di MRSM tersebut mendakwa menjadi mangsa buli beberapa pelajar senior di asrama sekitar jam 11.30 malam pada Selasa lalu.Seorang daripadanya mendakwa dipaksa duduk dalam keadaan separa mencangkung, diletakkan selipar di kepala selama 40 minit, ditumbuk di perut dan ditampar sehingga menyebabkan mangsa mengalami sakit di perut dan rusuk kanan serta lebam di belakang badan. |
Tragedi bot terbalik di Pulau Perhentian, tiga maut dibawa pulang - SUN - 29/06 6:45 pm KUALA TERENGGANU : Mayat tiga mangsa yang maut dalam kejadian bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, Besut akan dibawa pulang ke Butterworth dan Sungai Petani untuk upacara pengebumian |
Boat capsizes off Pulau Perhentian, three killed - BorneoPost - 29/06 6:40 pm JERTIH (June 29): Two girls, aged three and 10, were among three people killed when a boat capsized off Pulau Perhentian last night. Besut police chief Supt Azamuddin Ahmad @ Abu identified the deceased in the 10.30 pm mishap as S |
'Ambil tanah kubur Nurly, mohon ampun kepada ALLAH SWT' - Sinarharian - 29/06 6:37 pm BESUT - Keluarga kepada Allahyarham Nurly Sahirah Azman berharap agar individu yang mengambil tanah pusara anak mereka tampil memohon maaf serta memohon keampunan kepada ALLAH SWT.Bapanya, Azman Mohamad, 63, berkata, tindakan mengambil tanah dari kawasan kubur untuk tujuan tertentu boleh dianggap sebagai perbuatan khurafat dan syirik yang merupakan dosa besar dalam Islam."Janganlah minta pada kubur |
Mayat tiga mangsa bot terbalik dibawa pulang untuk disemadikan - Sinarharian - 29/06 6:31 pm KUALA TERENGGANU - Mayat tiga mangsa yang lemas dalam tragedi bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, Besut, malam tadi akan dibawa pulang ke Butterworth dan Sungai Petani untuk disemadikan.Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) kepada Menteri Besar Terengganu, Dr K |
Bot terbalik di Pulau Perhentian: Keluarga mangsa trauma, enggan ditemu bual - Sinarharian - 29/06 4:30 pm KUALA TERENGGANU Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, susulan tragedi bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, Besut, malam Sabtu yang meragut tiga nyawa, termasuk dua kanak-kanak.Waris mangsa yang menanti proses bedah siasat bagi urusan membawa pulang mayat ke kampung halaman masing-masing kelihatan bersedih dan enggan ditemu bual kerana masih diselubungi trauma.Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, kesemua mangsa datang bercuti ke pulau itu sejak Jumaat dan dijadualkan pulang pada Ahad."Ahli keluarga mangsa sangat sedih dan masih terkejut dengan kejadian |
Saya tak nak tengok anak-anak Mara masuk lokap - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 29/06 3:59 pm SHAH ALAM Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak mahu melihat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berakhir dengan tindakan undang-undang hanya kerana terlibat dalam budaya buli.Pesanan dan peringatan itu disampaikan oleh Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada para pelajar institusi tersebut ketika melakukan lawatan mengejut ke MRSM Besut, Terengganu pada Ahad.Beliau turut mengingatkan bahawa budaya buli perlu dihentikan segera kerana ia hanya mewujudkan kitaran keganasan dan dendam yang berterusan."Saya menangis dalam hati apabila melihat pelajar memakai pakaian lokap |
Dr Asyraf Wajdi Tegaskan, Taknak Lagi Anak MARA Masuk Penjara - Ohmedia - 29/06 3:21 pm Asyraf Wajdi kecewa isu buli di MRSM Besut dan beri amaran keras |
Not the MRSM DNA: Asyraf Wajdi denies bullying cover-up, mounts surprise visit to Besut school after seven students remanded - Malaymail - 29/06 1:14 pm BESUT, June 29 Majlis Amanah Rakyat (Mara) chairman Datuk Asyraf Wajdi Dusuki has denied any attempts by Mara Junior S... |
'Jika ada yang ambil tanah kubur, mohon ampun dengan Allah' - Bapa Nurly - Hmetro - 29/06 12:36 am Besut: Pengunjung diminta menjaga adab ketika menziarahi kubur penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Sahirah Azman serta tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama Islam |
Tiga maut termasuk kanak-kanak dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian - SUN - 29/06 10:53 am JERTIH: Tiga nyawa terkorban termasuk dua kanak-kanak dalam kejadian bot terbalik di perairan Pulau Perhentian malam tadi akibat keadaan laut bergelora dan ribut. Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu mengesahkan mangsa ialah S |
Pemandu bot terbalik di Pulau Perhentian positif dadah, miliki 5 rekod lampau - Sinarharian - 29/06 10:49 am BESUT - Pemandu yang terlibat dalam insiden bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu didapati mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu kini direman bagi membantu siasatan insiden tragik yang mengorbankan tiga nyawa termasuk dua kanak-kanak.Menurutnya, tiga penumpang yang maut dikenali sebagai Arumugam Sativelo, 40, Vennpani Vijeya Raj, 10, dan Sarrvihka Arumugam, 3, manakala seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Sakthivel Thamil Selvan dilaporkan dalam keadaan kritikal."Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika bot yang membawa 15 penumpang terdiri daripada tiga keluarga dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas menonton pertunjukan api."Difahamkan, pada awalnya pemandu bot telah menasihatkan supaya perjalanan ditangguhkan berikutan keadaan cuaca buruk, namun mereka tetap mahu pulang ke penginapan."Ketika hampir tiba ke Pulau Perhentian Besar, bot berkenaan karam selepas berdepan hujan lebat, laut bergelora dan angin kuat," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Ahad.Beliau berkata, semua mangsa berjaya ditemui hasil operasi menyelamat yang dijalankan oleh polis bersama penduduk setempat yang menyedari kejadian tersebut."Kesemua mangsa yang terlibat merupakan pelancong dari Butterworth, Pulau Pinang, yang bercuti selama tiga hari di pulau berkenaan sejak Jumaat lalu."Mayat tiga mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut, manakala mangsa kritikal dan 11 penumpang lain dirawat di Hospital Besut," katanya.Azamuddin berkata, siasatan awal turut mendapati kesemua penumpang tidak memakai jaket keselamatan semasa kejadian berlaku.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan diri dan keluarga ketika melakukan aktiviti di laut atau pulau."Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian."Polis turut mengingatkan semua pengusaha bot supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan, termasuk memastikan pemakaian jaket keselamatan oleh semua penumpang," katanya. |
“Rumah keluarganya juga ditutup kepada umum”- Keluarga Pelajar UPSI Arwah Nurly Sahirah Tidak Akan Terima Tetamu Bermula 2/7 Ini Sehingga 5/7 - Lobakmerah - 29/06 10:05 am Selepas kematian Arwah Nurly Sahirah iaitu pelajar UPSI yang meninggal dunia dalam nahas bas ketika dalam perjalanan pulang ke kampus beberapa minggu lalu, ramai orang awam yang telah menziarahi pusara dan rumah arwah di Besut kerana mahu melihat sendiri Tahriri atau Al-Quran tulisan tangan arwah |
Tiga termasuk dua kanak-kanak maut bot terbalik di Pulau Perhentian - Sinarharian - 29/06 9:48 am KUALA TERENGGANU Tiga maut termasuk dua kanak-kanak apabila sebuah bot pelancong yang membawa 15 penumpang terbalik dalam kejadian di perairan Pulau Perhentian, Besut pada malam Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, bot berkenaan dipercayai hilang kawalan akibat ombak kuat dan cuaca buruk ketika dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar, sebelum terbalik pada jarak 0.05 batu nautika dari Cozy Chalet Resort.Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melalui Pusat Penyelamat Maritim Kuantan (MRSC) jam 10.55 malam, sebelum Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) diaktifkan pada jam 11.17 malam."Sebuah bot peronda Maritim Malaysia terus digerakkan ke lokasi kejadian |
Stop exploiting her name: Family forced to cordon off UPSI crash victims grave amid surge in superstition seekers, supernatural claims - Malaymail - 29/06 9:37 am BESUT, June 29 The grave of Nurly Sahirah Azman, who died in a bus crash involving Universiti Pendidikan Sultan Idris... |
3 maut, 1 kritikal bot terbalik di Pulau Perhentian - Hmetro - 29/06 8:04 am Besut: Tiga maut manakala satu kritikal dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian, di sini, semalam |
Tiga dikhuatiri maut bot karam di Pulau Perhentian - Utusan - 29/06 7:53 am BESUT: Tiga individu dipercayai maut dalam kejadian bot karam di Pulau Perhentian di sini, malam tadi |
Keluarga pasang tali penghadang, lindungi kubur penuntut UPSI Nurly Sahirah - Hmetro - 28/06 11:00 pm Besut: Kubur penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Sahirah Azman yang maut dalam nahas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Tasik Banding, 9 Jun lalu dipasang tali penghadang bagi mengelak sebarang perlakuan yang mengundang khurafat |
Buli: Dua lagi pelajar MRSM Besut direman - Astroawani - 28/06 2:30 pm Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Besut yang ditahan petang semalam direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes buli pelajar di sekolah berkenaan. |
Two more Besut MRSM students remanded over alleged dorm bullying - Malaymail - 28/06 2:14 pm KUALA LUMPUR, June 28 Two more students from the Mara Junior Science College (MRSM) in Besut, Kuala Terengganu have be... |
Buli: Dua pelajar MRSM Besut direman tiga hari - Sinarharian - 28/06 1:02 pm KUALA TERENGGANU - Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut yang ditahan petang semalam direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes buli pelajar di sekolah berkenaan.Perintah reman terhadap kedua-dua remaja berusia 15 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret di sini, untuk siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dijalankan.Kedua-dua pelajar berkenaan ditahan jam 4 petang semalam selepas hadir bersama keluarga ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut untuk membantu siasatan.Sebelum ini, lima pelajar di sekolah sama berusia 15 hingga 17 tahun yang dipercayai turut terlibat dengan kes buli, ditahan reman hingga esok.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad@Abu sebelum ini berkata, setakat ini dua pelajar lelaki Tingkatan Dua di MRSM Besut mendakwa menjadi mangsa buli beberapa pelajar senior di asrama pada 11.30 malam Selasa lepas.Seorang daripada mangsa mendakwa telah dipaksa untuk duduk dalam keadaan separa mencangkung, diletakkan selipar di kepala selama 40 minit, ditumbuk di perut dan ditampar sehingga menyebabkan mangsa mengalami sakit di perut dan rusuk kanan serta lebam di belakang badan |
Sixteen-year-old angler drowns in Besut trying to retrieve snagged hook - Malaymail - 28/06 9:26 am KUALA LUMPUR, June 28 A 16-year-old boy drowned while fishing in the river at Kampung Amer in Besut, Terengganu last n... |
Police detain two more MRSM Besut students over alleged bullying incident - Malaymail - 28/06 9:05 am JERTIH, June 28 Two more students from the Mara Junior Science College (MRSM) in Besut, Kuala Terengganu have been de... |
Buli: Dua lagi pelajar MRSM Besut ditahan - Mkini - 28/06 8:30 am Kedua-dua pelajar Tingkatan Tiga itu ditahan 4 petang semalam selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bersama keluarga. |
Kes buli: Mara mahu jadikan pengajaran buat semua MRSM - Mgazette - 28/06 8:02 am # Kes buli: Mara mahu jadikan pengajaran buat semua MRSM PASIR MAS - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menegaskan bahawa insiden buli fizikal melibatkan enam pelajar yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut, Kuala Terengganu baru-baru ini, harus dijadikan pengajaran kepada semua pelajar di MRSM lain agar tidak mengulangi perbuatan sama |
Dua lagi pelajar MRSM Besut ditahan berkaitan kes buli - Mgazette - 28/06 8:02 am # Dua lagi pelajar MRSM Besut ditahan berkaitan kes buli JERTIH - Dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut ditahan polis bagi membantu siasatan kes buli melibatkan pelajar di sekolah berkenaan |
Remaja lemas ketika cuba ambil mata kail tersangkut - Sinarharian - 28/06 12:49 am BESUT Seorang pelajar Tingkatan Empat lemas ketika cuba mengambil mata pancing jenis casting yang tersangkut dalam kejadian di Sungai Kampung Amir di sini, malam Jumaat.Mangsa, Muhammad Amin Asyraf Zulkifli, 16, ditemukan kira-kira jam 9.09 malam, iaitu tiga jam selepas dilaporkan hilang, dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba II Baharum Muhamad Hasim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa memancing bersama abang dan seorang rakan."Difahamkan mangsa telah berenang ke seberang sungai untuk mengambil mata casting miliknya yang tersangkut sebelum dilihat tenggelam ke dasar sungai."Abang mangsa cuba menyelamatkan adiknya namun gagal sebelum menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan berjaya menemukan mayat mangsa pada jarak kira-kira 14 meter dari tebing sungai di kedalaman lebih kurang lapan meter.Jelas beliau, operasi melibatkan seramai 41 anggota termasuk daripada JBPM, polis dan penduduk kampung itu ditamatkan sekitar jam 10 malam."Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujarnya. |
Five students remanded in bullying case - Star - 28/06 12:00 am KUALA TERENGGANU: Five students have been remanded to assist investigations in a bullying case at Mara Junior Science College (MRSM) in Besut |
Dua lagi pelajar MRSM Besut ditahan berkaitan kes buli - Astroawani - 27/06 11:58 pm Dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut ditahan polis bagi membantu siasatan kes buli melibatkan pelajar di sekolah berkenaan. |
Two more MRSM students arrested over bullying incident - NST - 27/06 11:51 pm BESUT: Police have arrested two more students from Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) in connection with a bullying case involving a Form Two student at the institution |
Kes buli: Dua lagi pelajar MRSM Besut ditahan - SUN - 27/06 10:48 pm JERTIH : Dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut ditahan polis bagi membantu siasatan kes buli melibatkan pelajar di sekolah berkenaan |
Kes buli MRSM: MARA mahu jadikan pengajaran buat semua maktab - Pengerusi MARA - Astroawani - 27/06 10:45 pm MARA menegaskan bahawa insiden buli fizikal melibatkan enam pelajar yang berlaku di MRSM Besut, Kuala Terengganu baru-baru ini, harus dijadikan pengajaran kepada semua pelajar di MRSM. |
Kes buli MRSM: Jadikan pengajaran kepada semua maktab - Asyraf - Mkini - 27/06 10:38 pm Pengerusi Mara berkata enam pelajar MRSM Besut digantung dan disingkirkan daripada selepas didapati terlibat kes buli. |
ANSARA Besut sedia kerjasama pulih, pantau isu buli - Sinarharian - 27/06 10:33 pm SHAH ALAM Persatuan Bekas Maktab Rendah Sains MARA Besut (ANSARA Besut) menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama dalam usaha pemulihan dan pemantauan jangka panjang terhadap isu buli susulan kes terbaharu melibatkan pelajar di institusi pendidikan tersebut.Ketua ANSARA Besut, Dr Muhammad Azwan Sulaiman berkata, pihaknya kesal dengan insiden buli yang didakwa berlaku di MRSM Besut baru-baru ini."Kami memandang serius perkara ini dan menzahirkan solidariti penuh kepada pelajar terlibat serta keluarga mangsa."Buli bukan budaya kita dan merupakan satu virus ganas yang menghancurkan jati diri, menodai nilai pendidikan, serta mencemarkan nama baik institusi unggul seperti MRSM," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Dr Muhammad Azwan turut menyatakan kekesalan apabila masih terdapat kelompok pelajar yang menjadikan kekerasan sebagai alat membentuk hierarki toksik dalam kalangan rakan sebaya."Ini merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap roh pendidikan dan cita-cita membina insan unggul seperti yang diasaskan dalam falsafah MRSM."Kami menyambut baik tindakan pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan terperinci dan menyeru semua pihak agar menghormati proses undang-undang yang dilaksanakan, serta berharap ia dijalankan secara telus, adil dan segera demi menjamin keadilan kepada semua pihak," ujarnya.Media sebelum ini melaporkan bahawa lima pelajar MRSM Besut telah direman selama tiga hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes buli melibatkan seorang pelajar Tingkatan Dua |
MARA tegas kes buli MRSM Besut, 6 pelajar digantung - SUN - 27/06 10:00 pm PASIR MAS : Majlis Amanah Rakyat (MARA) menegaskan bahawa insiden buli fizikal melibatkan enam pelajar yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut, Kuala Terengganu baru-baru ini, harus dijadikan pengajaran kepada semua pelajar di MRSM lain agar tidak mengulangi perbuatan sama |
Kes buli MRSM: Mangsa kedua buat laporan, dua pelajar lagi ditahan - Sinarharian - 27/06 9:35 pm BESUT Dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ditahan bagi membantu siasatan kes buli melibatkan seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah MRSM di daerah ini.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, pihak polis menerima laporan kedua daripada seorang lagi pelajar lelaki berusia 14 tahun yang mendakwa turut menjadi mangsa dalam kejadian yang sama.Menurutnya, laporan itu dibuat pada jam 3.58 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut pada Khamis."Mangsa kedua turut memaklumkan bahawa dia telah dibuli oleh pelajar-pelajar yang sama dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11.30 malam, 24 Jun lalu di asrama putera MRSM Besut."Mangsa mengalami kesakitan di bahagian kaki kanan dan kiri," katanya.Beliau berkata, dua suspek lelaki masing-masing berusia 15 tahun itu ditahan pada jam 4 petang Jumaat selepas hadir bersama keluarga di IPD Besut.Menurutnya, permohonan reman terhadap kedua-dua pelajar akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Sabtu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.Sebelum ini, lima pelajar lain berusia antara 15 hingga 17 tahun telah direman selama tiga hari bermula Jumaat selepas dipercayai terlibat dalam kejadian buli terhadap seorang pelajar berusia 14 tahun.Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Jumaat.Azamuddin berkata, kejadian dipercayai berlaku di asrama putera pada jam 11.30 malam, Selasa lalu dan disedari oleh warden bertugas."Mangsa mendakwa diarahkan membuat kedudukan separa mencangkung sambil diletakkan selipar di atas kepala selama kira-kira 40 minit."Mangsa turut mendakwa ditumbuk di bahagian perut dan ditampar oleh beberapa pelajar Tingkatan Tiga sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," ujarnya.Sementara itu, susulan insiden berkenaan, Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengambil tindakan tegas dengan membuang kesemua enam pelajar yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian buli tersebut.Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi terhadap pelaku buli di mana-mana institusi pendidikan di bawah agensi itu."Semua enam pelajar MRSM di Terengganu yang didapati membuli secara fizikal telah diarahkan keluar daripada maktab |
Tiada alasan untuk halalkan perlakuan buli di MRSM - Kosmo - 27/06 9:17 pm PASIR MAS – Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan menerima sebarang alasan untuk merasionalkan atau menghalalkan perlakuan enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Besut, Terengganu yang dibuang serta-merta selepas terbabit kes membuli pelajar tingkatan dua sehingga cedera |
Buli MRSM: Dua lagi ditahan, seorang pelajar dakwa turut jadi mangsa - Kosmo - 27/06 9:14 pm BESUT – Dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut ditahan bagi membantu siasatan membuli rakan sekolah di asrama institusi pendidikan tersebut pada Selasa |
Bullying wont be tolerated, says MARA chairman after Besut MRSM suspends, .. - Malaymail - 27/06 8:54 pm PASIR MAS, June 27 Majlis Amanah Rakyat (MARA) has said that the recent physical bullying incident involving six stude... |
MRSM bullying case leads to student expulsions, MARA takes firm action - SUN - 27/06 8:50 pm PASIR MAS: The recent bullying incident at Mara Junior Science College (MRSM) Besut has prompted stern action from Majlis Amanah Rakyat (MARA), with six students suspended and expelled following an investigation |
Kes buli MRSM: Sudah berkali-kali saya tegaskan 'you touch, you go, kata Asyraf Wajdi - Sinarharian - 27/06 7:26 pm PASIR MAS Kejadian buli membabitkan sekumpulan pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Terengganu disifatkan sebagai sesuatu yang amat mendukacitakan.Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam sebarang bentuk perlakuan buli dan memaklumkan bahawa enam pelajar terbabit telah dibuang serta-merta selepas siasatan dalaman mendapati kesalahan itu benar-benar berlaku."Siasatan awal dijalankan sejurus kejadian dimaklumkan pada Selasa lalu dan enam pelajar terbabit terus digantung sebelum dibuang selepas keputusan siasatan diperoleh."Saya sudah berkali-kali menegaskan bahawa saya tidak akan berkompromi dengan segala perlakuan buli. Prinsip kami jelas, you touch, you go," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang 2025 di Lubok Jong di sini, pada Jumaat.Pada Khamis, media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Dua MRSM di Besut mendakwa dibuli sekumpulan pelajar senior di Asrama Putera sehingga mengalami kecederaan di perut, rusuk dan belakang badan.Asyraf turut mengakui insiden tersebut memberi tamparan kepada usaha pencegahan buli yang selama ini dilaksanakan secara berterusan oleh pihak Mara.Beliau berkata, program pencegahan seperti sesi aku janji, pencerahan, motivasi dan kaunseling telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu dengan kerjasama semua kaunselor MRSM."Secara umumnya, kes buli di MRSM memang semakin menurun, malah kita jarang dengar lagi kes sebegini yang melibatkan siasatan polis."Tetapi apabila berlaku juga insiden seperti ini, ia amat mengecewakan saya |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |