///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Bebas News   Page 1    



Azman mahu perkasa pembangunan ekonomi Serkam - Mygazette - 1/11 8:10 am

Sebagai rekod, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin itu berdepan dua lagi calon daripada Pakatan Harapan (PH) iaitu Muhammad Faiq Azman dan Muhammad Saffie Md Yasan (Bersama). Pada PRN Melaka yang lepas, penyandang DUN Serkam, Datuk Zaidi Attan (BN) berjaya mengalahkan calon Pas, Amanah dan bebas meraih 5,038 undi.- MalaysiaGazette Berita sedih itu disahkan oleh Ketua Penerangan Pas Perlis, Mohamad Zahid Ibrahim dalam satu hantaran media sosialnya hari ini.





PRN Melaka: Perebutan 28 kerusi bermula, 79 calon berentap - Sinarharian - 31/10 5:12 pm

MELAKA - Sebanyak 79 calon bakal berentap merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 selepas proses penamanaan calon berakhir pada jam 10 pagi tadi.Mewakili pelbagai parti politik dan gabungan serta calon Bebas, mereka kini mempunyai tempoh 14 hari untuk berkempen sebelum pengundi membuat pilihan pada 14 November.Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan calon paling ramai iaitu 24 orang, diikuti Barisan Nasional (BN) 23, Parti Bersama Malaysia (Bersama) 16, Bersatu (tujuh), Perikatan Nasional (PN) lima dan parti Pribumi Perkasa Malaysia (Putra) satu selain tiga calon Bebas.Daripada keseluruhan 79 calon, sebanyak 65 merupakan calon lelaki dan 14 wanita, dengan PH menampilkan calon wanita paling ramai iaitu enam orang, diikuti BN (empat), Bersama (dua) manakala Bersatu dan Putra masing-masing seorang calon wanita.Dari segi usia, calon berumur 41 hingga 50 tahun membentuk kumpulan terbesar dengan 28 orang, diikuti 51 hingga 60 tahun (23), 18 hingga 40 tahun (21) dan 61 hingga 70 tahun (tujuh).Pentas demokrasi kali ini turut menyaksikan 11 kerusi menjadi tumpuan, antaranya DUN Tanjung Bidara yang mempertemukan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh (BN) dengan muka baharu PH Mohd Yunazri Mustamiri, yang menyifatkan dirinya sebagai calon underdog dalam saingan satu lawan satu.Turut menjadi perhatian ialah DUN Paya Rumput apabila Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin, 54, yang mewakili PH berdepan Rafie Ahmad (PN) dan Abdul Rashid Abu Bakar (Bersama) dalam saingan tiga penjuru.Proses penamaan calon berlangsung di 28 pusat penamaan calon di seluruh negeri bermula jam 9 pagi tadi sebelum ditutup sejam kemudian.Seperti lazimnya pada hari penamaan calon, suasana di sekitar pusat berkenaan mula meriah seawal 7 pagi apabila penyokong yang mengenakan pakaian mengikut warna parti masing-masing berkumpul sebelum mengiringi calon mereka.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, sebanyak 1,159 anggota ditugaskan di seluruh Melaka hari ini, bagi memastikan proses penamaan calon PRN Melaka ke-16 berjalan lancar dan terkawal.Beliau berkata, setakat jam 10.15 pagi tadi, keseluruhan proses penamaan calon berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang gangguan atau provokasi."Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong parti yang menunjukkan sikap tenang dan tidak melakukan sebarang provokasi atau kekacauan," katanya kepada pemberita di Kompleks Japerun Machap Jaya, Bukit Bulat di sini hari ini.Pengundian awal ditetapkan pada 10 November manakala hari pengundian PRN Melaka ke-16 berlangsung 14 November ini





Empat penjuru di Bukit Katil, bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari kembali rebut kerusi DUN - Harapandaily - 31/10 4:19 pm

FOTO BERIRA: Proses Penamaan Calon N.17 Bukit Katil, dari kiri Calon Pakatan Harapan (PH) Adly Zahari, Perikatan Nasional (PN), Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) Dr Aliza Che Amran dan calon Bebas, Abu Bakar Sabudin di Dewan Tun Ali Jalan Tun Kudu, Bukit Katil Melaka





13 Ahli Parlimen tandatangan CSA kekal pembangkang, bebas kritik kerajaan - Sinarharian - 31/10 4:06 pm

KUALA LUMPUR Seramai 13 Ahli Parlimen yang menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan Kerajaan Madani pada Khamis masih kekal sebagai pembangkang serta bebas mengkritik kerajaan dan menjalankan fungsi semak dan imbang terhadap pentadbiran negara.Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, perjanjian berkenaan tidak bermakna Ahli Parlimen terbabit perlu menyokong semua perkara yang dibawa oleh kerajaan.Sebaliknya, beliau menjelaskan, persefahaman itu membolehkan kerajaan menyediakan peruntukan setara kepada kawasan Parlimen terbabit bagi tujuan pembangunan dan penyampaian khidmat kepada penduduk setempat.Menurutnya, pemberian peruntukan berkenaan tertakluk kepada peraturan kewangan serta kelulusan Parlimen.Beliau berkata demikian menerusi video yang dimuat naik di Facebook bagi menjelaskan tujuan serta persetujuan yang dicapai menerusi pemeteraian perjanjian berkenaan.Terdahulu, Kerajaan Madani memeterai CSA dengan enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) serta enam Ahli Parlimen Bebas.Menerusi perjanjian itu, kesemua 13 Ahli Parlimen berkenaan bersetuju menyokong pentadbiran Kerajaan Madani sehingga tamat penggal Parlimen semasa, termasuk dalam undian penting berkaitan Belanjawan 2027.Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, Ahli Parlimen terbabit turut bersetuju menyokong kerajaan dalam undian penting di Parlimen, termasuk Belanjawan 2027, usul undi keyakinan dan reformasi institusi.Bagaimanapun, katanya, persetujuan itu tidak menghalang mereka daripada menyuarakan perbezaan pandangan atau mengkritik dasar kerajaan."Mereka masih pembangkang, masih boleh kritik kerajaan dan masih boleh semak dan imbang."Bukan kena sokong semua perkara





Persaingan satu lawan satu, tiga penjuru dominasi PRN Melaka 2026 - Sinarharian - 31/10 4:03 pm

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang membuka tirai hari ini dengan proses penamaan calon menyaksikan persaingan satu lawan satu dan tiga penjuru masing-masing di 11 daripada 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.Baki enam kerusi pula menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan calon daripada parti politik yang bertanding.Corak persaingan kali ini jauh berbeza berbanding PRN Melaka 2021 yang menyaksikan kebanyakan kerusi ditandingi lima atau enam calon, tanpa sebarang pertembungan satu lawan satu.Bagi persaingan satu lawan satu, antara yang menjadi tumpuan ialah DUN Tanjung Bidara apabila penyandangnya yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh daripada Barisan Nasional (BN) dicabar muka baharu Pakatan Harapan (PH) Mohd Yunazri Mustamiri.Turut menjadi perhatian ialah DUN Rim yang menyaksikan penyandangnya Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira berdepan Ketua Wanita Keadilan Jasin Esma Eazreen Husin daripada PH.Sementara itu, DUN Duyong menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Ahli Jawatankuasa Aduan DAP Melaka Poo Long Suan daripada PH dengan penyandang Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mewakili BN, manakala di DUN Merlimau, penyandang Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh (BN) berdepan calon PH Rahayu Hamzah.Bagi saingan tiga penjuru, DUN Machap Jaya menyaksikan penyandang Datuk Ngwe Hee Sem (BN) berdepan bekas penyandang Datuk Ginie Lim Siew Lin (PH) serta B Prasanth Kumar daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama).Turut menjadi perhatian ialah DUN Paya Rumput apabila Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang mewakili PH dicabar Rafie Ahmad daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon Bersama Abdul Rashid Abu Bakar.Pertandingan tiga penjuru turut berlaku di DUN Bandar Hilir membabitkan penyandang Leng Chau Yen daripada PH, Jasmine Lok Huey Yee (BN) dan Dr Mohd Nor Rashidi Ab Jalil (Bersama).Bagi saingan empat penjuru, DUN Bukit Katil menyaksikan penyandang yang juga Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berdepan Muhammad Ridzuan Mohd Sarif (PN), Dr Aliza Che Amran (Bersama) dan calon Bebas Abu Bakar Sabudin.Di DUN Ayer Keroh, penyandang Kerk Chee Yee (PH) pula dicabar Datuk Seri Michael Gan Peng Lam (PN), Mohd Hamnaim Mohamad (Bersatu) dan Muhammad Muhaimin Lau Abdullah (Bersama).DUN Melaka yang mempunyai 28 kerusi dibubarkan pada 23 September selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 NovemberSebanyak 687,697 pengundi layak menunaikan tanggungjawab pada PRN kali ini, terdiri daripada 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera dan pasangan serta 2,762 anggota polis.Pada PRN Melaka ke-15 yang berlangsung 20 November 2021, BN memenangi 21 kerusi DUN dengan UMNO menguasai 18 kerusi, MCA (dua) dan MIC (satu), sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga.PH pula menang lima kerusi menerusi DAP (empat) dan AMANAH (satu), manakala PN memperoleh dua kerusi.- Bernama





PRN Melaka: Akmal Saleh pertahan kerusi BN, abang wakili Bersama - Sinarharian - 31/10 3:21 pm

SHAH ALAM - Abang kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, Dr Muhammad Solehin Saleh, antara 16 calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Dr Muhammad Solehin, 40, mewakili parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban di Parlimen Jasin dalam saingan empat penjuru.Beliau bakal berdepan tiga calon lain iaitu Muhammad Rabaie Ab Hamid (Bersatu), Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN-Wawasan) dan Abd Halim Said (Bebas).Dr Muhammad Solehin merupakan seorang doktor perubatan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran Umum dari Universitas Sriwijaya, Indonesia.Sementara itu, adiknya, Akmal Saleh pula mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Merlimau meskipun kedua-duanya berada dalam parti politik berbeza.Akmal berdepan saingan dua penjuru di kerusi itu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Rahayu Hamzah daripada Amanah.Pada PRN Melaka 2021, Akmal memenangi kerusi DUN Merlimau dengan majoriti 3,248 undi, sekali gus mempertahankan kerusi berkenaan untuk UMNO-BN.Beliau kemudian dilantik sebagai Exco yang memegang portfolio Kesihatan sebelum dipindahkan ke portfolio Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 2023.





PRN Melaka medan uji formula UMNO-Pas hadapi PRU ??? Khaled - Mygazette - 31/10 3:11 pm

Jumlah itu berdasarkan pengumuman calon Pakatan Harapan (PH), BN, PN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Bersama Malaysia (Bersama). Bagaimanapun, jumlah sebenar calon yang layak bertanding hanya akan diketahui selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi, termasuk kemungkinan penyertaan calon Bebas atau jika ada pencalonan ditolak yang boleh mengubah corak persaingan di setiap kawasan





PRN Melaka: Mohamad Sabu yakin pengundi Bukit Katil pilih semula Adly - Mygazette - 31/10 3:11 pm

Kita akan usahakan untuk terangkan tetapi saya sebut tadi, kekeliruan itu akan tetap ada pada orang ramai, katanya. Pada PRN Melaka ke-15, Adly memperoleh majoriti 1,057 undi selepas menewaskan tiga calon lainiaitu Datuk Hasnoor Sdg Husin daripada BN, Muhammad Al Afiz Yahya (Perikatan Nasional) dan Abdul Hamid (Bebas)





79 calon berentap pada PRN Melaka – Pengerusi SPR - Kosmo - 31/10 2:52 pm

MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan seramai 79 calon mewakili pelbagai parti dan gabungan politik serta calon bebas layak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November ini





PRN Melaka: Adly pertaruh rekod lapan tahun berdepan tiga muka baharu - Sinarharian - 31/10 2:43 pm

Ini penggal ketiga saya menyertai pilihan raya dan memang ini antara cabaran yang agak kuat juga."Kita telah memberikan khidmat selama lapan tahun dan pernah menjadi kerajaan 22 bulan. Jadi kita serahkan kepada rakyat untuk menilai segala usaha yang telah dibuat," katanya ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon DUN Bukit Katil di Dewan Tun Ali MBMB, di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: Proses penamaan calon bermula hari iniPRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbirPRN Melaka: Penyokong PN, PH bersahutan dengan laungan takbir dan hidup rakyatPRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid ke pusat penamaan calon DUN Tanjung BidaraPRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar HilirPRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya RumputDalam PRN Melaka kali ini, Adly akan berdepan tiga calon baharu iaitu calon PN, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, Dr Aliza Che Amran (Bersama) dan Abu Bakar Sabudin (Bebas).Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka turut berharap pengundi memberinya peluang untuk meneruskan khidmat bagi penggal ketiga.Jelasnya, masih terdapat beberapa perancangan yang belum disempurnakan, termasuk pembangunan pendidikan digital dan kemudahan kesihatan di kawasan berkenaan."Kalau saya diberikan mandat, memang fokus utama saya adalah untuk lengkapkan pendidikan digital untuk anak-anak di DUN Bukit Katil termasuk kepada usahawan."Kita juga sedang berusaha untuk melengkapkan poliklinik kesihatan





Senarai penuh calon bertanding PRN Melaka ke-16 - Sinarharian - 31/10 2:01 pm

PETALING JAYA Seramai 79 calon daripada pelbagai parti politik dan gabungan bakal bersaing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November ini bagi merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan penyertaan calon daripada beberapa parti dan gabungan, dengan Parti Bersama Malaysia (Bersama) mencatatkan jumlah calon tertinggi, iaitu 16 orang.Pakatan Harapan (PH) pula mempertaruhkan 24 calon, diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 23 calon. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bertanding di tujuh kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) meletakkan lima calon.Selain itu, Parti Putra menampilkan seorang calon, sementara tiga calon Bebas turut menyertai persaingan dalam pilihan raya berkenaan.Berikut ialah senarai penuh calon yang bertanding bagi 28 kerusi DUN pada PRN Melaka ke-16; N.01 Kuala LinggiDatuk Rosli Abdullah (BN-UMNO)Muhammad Mukhlisul Mubin Julaisapiyah (PH-Amanah)Nur Farhana Hamzah (Bersama) N.02 Tanjung BidaraDatuk Seri Ab





Alex Marquez sambar petak pertama MotoGP Malaysia - Sinarharian - 31/10 1:27 pm

PELUMBA Gresini Racing MotoGP Alex Marquez muncul pelumba terpantas Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2026 pada sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Sabtu.Pada sesi Kelayakan 2, pelumba Sepanyol itu mencatat masa 1 minit 56.493 saat (s) untuk menempah petak utama, meninggalkan abangnya, pelumba Ducati Lenovo Team, Marc Marquez di tempat kedua dengan catatan 1:56.563s.Seorang lagi pelumba Sepanyol beraksi untuk Red Bull KTM Factory Racing, Pedro Acosta bakal memulakan perlumbaan di petak ketiga selepas merekodkan masa 1:56.577s.Sementara itu, hasrat untuk melihat pelumba Aprilia Racing Jorge Martin menghangatkan saingan MotoGP Malaysia 2026 tidak kesampaian selepas pelumba itu disahkan menarik diri daripada saingan.Martin yang dibelenggu kecederaan retak pergelangan tangan sebelum ini turun beraksi pada sesi latihan bebas dua (FP2) pada sebelah pagi, namun bergelut menamatkan sesi di kedudukan ke-21.Juara dunia 2024 itu ketinggalan hampir dua saat daripada catatan terpantas pelumba Red Bull KTM Tech3, Enea Bastianini yang merekodkan catatan 1:58.516s.Menurut kenyataan Aprilia, pelumba itu akan meneruskan proses pemulihan.Martin yang mengalami keretakan pergelangan tangan kanan selepas terjatuh ketika bersaing dengan pencabar kejuaraan Marc Marquez dalam perlumbaan Sprint di Phillip Island, Sabtu lepas, disahkan cergas untuk menyertai sesi latihan semalam.Marquez kini mendahului carta kejuaraan dengan 365 mata, hanya 10 mata di depan Martin yang mengumpul 355 mata, manakala Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) berada di kedudukan ketiga dengan 315 mata.-Bernama





79 calon sah bertanding pada PRN Melaka - Pengerusi SPR - Sinarharian - 31/10 1:19 pm

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan 79 calon mewakili pelbagai parti dan gabungan politik serta calon Bebas layak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, pada 14 November ini.Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata, Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di 24 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN)(23), Parti Bersama Malaysia (Bersama)(16) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)(tujuh).Beliau berkata, Perikatan Nasional (PN) pula bertanding di lima kerusi, Parti Pribumi Perkasa Malaysia (Putra) satu kerusi manakala tiga individu bertanding sebagai calon Bebas."Bagi bilangan pertandingan mengikut penjuru, pertandingan satu lawan satu melibatkan 11 kerusi, tiga penjuru 11 kerusi dan empat penjuru enam kerusi.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: Proses penamaan calon bermula hari iniPRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbirPRN Melaka: Penyokong PN, PH bersahutan dengan laungan takbir dan hidup rakyatPRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid ke pusat penamaan calon DUN Tanjung BidaraPRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar HilirPRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya Rumput"Bilangan calon yang bertanding mengikut jantina pula membabitkan 65 calon lelaki dan 14 calon wanita," katanya pada sidang media di Menara Persekutuan Ayer Keroh di sini pada Sabtu.Mengulas lanjut, Ramlan berkata, calon tertua ialah wakil PH di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas iaitu Mohamad Jaafar, 66, manakala calon termuda juga daripada PH iaitu Muhammad Mukhlisul Mubin Julaisapiyah, 24, di kerusi DUN Kuala Linggi.Katanya sebanyak dua calon berusia antara 18 hingga 29 tahun, 14 calon (30 hingga 39 tahun), 33 calon (40 hingga 49 tahun), 22 calon (50 hingga 59 tahun) dan lapan calon berusia 60 tahun ke atas.Beliau berkata, selepas proses penamaan calon hari ini, tempoh berkempen adalah sehingga 11.59 malam, 13 November."SPR menubuhkan 28 Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) untuk memantau semua aktiviti calon yang bertanding sepanjang tempoh berkempen."SPR juga berharap dan mengingatkan agar aktiviti berkempen yang dibenarkan berjalan dalam suasana penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan ditetapkan," katanya.Beliau turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana menjalankan tugas dengan lancar pada hari ini."Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka serta jabatan dan agensi di bawahnya, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Insolvensi, Kementerian Komunikasi, petugas media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung," katanya.SPR menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 November.Proses penamaan calon berlangsung serentak di 28 pusat penamaan calon di seluruh negeri bermula 9 pagi dan ditutup sejam kemudian





Tiga Ditahan Terlibat Pergaduhan Dan Rempuh Lelaki Di Taman Pulai Utama .. - Wrlr - 31/10 12:01 am

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara berat, menurut kenyataan rasmi itu. Pihak polis sedang memburu beberapa lagi individu yang masih bebas dan menggesa saksi kejadian atau orang ramai yang mempunyai maklumat agar segera menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan tuntas





PRN Melaka: Mohamad Sabu yakin pengundi Bukit Katil pilih semula Adly - Sinarharian - 31/10 11:34 am

Jadi, kalau apa kejayaan yang disebut oleh BN adalah kejayaan kerajaan, kami pun menyebutnya sebagai kejayaan kerajaan. Terserahlah kepada pengundi untuk menimbang."Kita akan usahakan untuk terangkan tetapi saya sebut tadi, kekeliruan itu akan tetap ada pada orang ramai," katanya.Pada PRN Melaka ke-15, Adly memperoleh majoriti 1,057 undi selepas menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Hasnoor Sdg Husin daripada BN, Muhammad Al Afiz Yahya (Perikatan Nasional) dan Abdul Hamid (Bebas).Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka ke-16, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 10 November- Bernama.





Presiden PAS hadir beri sokongan kepada calon PN - Harakahdaily - 31/10 11:28 am

HANG TUAH JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Pakatan Harapan (PH), Bersama dan Bebas bakal bertembung dalam persaingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Bukit Katil





PRN Melaka: Adly Zahari dicabar tiga pencabar baharu di Bukit Katil - Sinarharian - 31/10 11:14 am

HANG TUAH JAYA - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan seorang calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Katil, Shaifulfazlee Mohamad di Pusat Penamaan Calon, Dewan Tun Ali MBMB, di sini pada Sabtu.PH mempertaruhkan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Adly Zahari, 55, yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dan Timbalan Menteri Pertahanan.Adly yang mempertahankan kerusi Bukit Katil sejak 2018 bakal dicabar calon PN, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, 42, yang mewakili Pas.Ridzuan merupakan Pegawai Kesihatan Persekitaran selain memegang jawatan Bendahari Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas Malaysia.Turut menyertai persaingan ialah calon Bersama, Dr Aliza Che Amran, 46, bekas pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: Proses penamaan calon bermula hari iniPRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbirPRN Melaka: Penyokong PN, PH bersahutan dengan laungan takbir dan hidup rakyatPRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid ke pusat penamaan calon DUN Tanjung BidaraPRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar HilirPRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya RumputSeorang lagi calon yang bertanding ialah calon Bebas, Abu Bakar Sabudin, 65, yang juga seorang kontraktor berasal dari Bukit Katil.DUN Bukit Katil mempunyai seramai 35,359 pemilih berdaftar yang bakal menentukan wakil rakyat bagi kawasan berkenaan pada PRN kali ini.Pada PRN Melaka 2021, Adly berjaya mempertahankan kerusi itu selepas memperoleh 6,805 undi dengan majoriti 1,057 undi.Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Hasnoor Sidang Husin yang memperoleh 5,748 undi, calon PN, Muhammad Al Afiz Yahya (3,715 undi) dan calon Bebas, Abdul Hamid Mustapah (109 undi).Keputusan tersebut menyaksikan Adly mengekalkan penguasaan di Bukit Katil dalam persaingan empat penjuru ketika itu.





Adly lawan 3 pencabar pertahan Bukit Katil - FMT - 31/10 11:14 am

Ketua PH Melaka Adly Zahari berdepan cabaran PN, Bersama, dan bebas.





PRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya Rumput - Sinarharian - 31/10 10:42 am

TANGGA BATU - [DIKEMAS KINI] Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersama Malaysia (Bersama) sebaik sesi penamaan calon selesai di Stadium Hang Jebat di sini pada Sabtu.PH mempertaruhkan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin sementara PN meletakkan tokoh korporat, Rafie Ahmad manakala Abdul Rashid Abu Bakar mewakili Bersama.Pegawai Pengurus PRN Melaka DUN Paya Rumput, Safuan Effendy Mat Ghani mengumumkan calon sebaik tempoh proses penamaan calon ditutup tepat jam 10 pagi selepas dibuka jam 9 pagi tadi.Proses penamaan melibatkan ratusan penyokong yang berarak mengiringi calon masing-masing sebelum itu berlangsung dalam suasana tenang dan terkawal, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: Proses penamaan calon bermula hari iniPRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbirPRN Melaka: Penyokong PN, PH bersahutan dengan laungan takbir dan hidup rakyatPRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid ke pusat penamaan calon DUN Tanjung BidaraPRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar HilirKerusi DUN Paya Rumput menjadi tumpuan apabila penyandang DUN Paya Rumput dari Barisan Nasional (BN) Datuk Rais Yasin digugurkan bagi mengisi kerusi Sungai Udang yang disandang oleh PN.Pada PRN lalu, Rais yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu menang di kerusi Paya Rumput dengan majoriti 629 undi.Beliau berjaya menewaskan empat pencabarnya termasuk bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mewakili Pakatan Harapan (PH), selain Muhammad Fariz Izwan Mazlan (PN), Mohd Jaini Dimon (Bebas) dan Mohamad Hashidi Mohd Zin (Putra).





PRN Melaka: Penyokong PN, PH bersahutan dengan laungan takbir dan hidup rakyat - Sinarharian - 31/10 9:36 am

HANG TUAH JAYA - Laungan takbir dan hidup rakyat bersahutan antara penyokong Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) yang ditempatkan bersebelahan di pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil di sini pada Sabtu.Kedudukan penyokong kedua-dua gabungan yang dipisahkan hanya dengan ruang penempatan itu menjadikan suasana di pusat penamaan calon lebih meriah, sekali gus menarik perhatian orang ramai yang hadir menyaksikan proses berkenaan.Tumpuan turut terarah kepada penyandang kerusi berkenaan sejak 2018, Datuk Seri Adly Zahari, 55, yang tiba bagi menyerahkan borang pencalonan mewakili PH.Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan diiringi Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu bersama rombongan penyokong di Dewan Tun Ali, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).Sementara itu, calon Pas yang mewakili PN, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, 42, turut hadir bersama rombongan yang diiringi Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.Ridzuan merupakan Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Bendahari Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas Malaysia.Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Dr Aliza Che Amran, 46, pula tiba dengan rombongan lebih kecil, namun tetap disambut meriah dengan paluan kompang.Aliza merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).Persaingan di kerusi itu turut menyaksikan penyertaan calon Bebas, Abu Bakar Sabudin, 65, yang juga seorang kontraktor.Seramai 35,359 pemilih berdaftar di DUN Bukit Katil bakal menentukan wakil rakyat kawasan berkenaan pada PRN kali ini.Pada PRN Melaka 2021, Adly mempertahankan kerusi itu selepas memperoleh 6,805 undi dengan majoriti 1,057 undi dalam pertandingan empat penjuru.Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Hasnoor Sidang Husin yang memperoleh 5,748 undi, calon PN, Muhammad Al Afiz Yahya (3,715 undi) dan calon Bebas, Abdul Hamid Mustapah (109 undi).PRN Melaka kali ini menyaksikan pengundian awal ditetapkan pada 10 November, manakala hari pengundian pada 14 November ini.





CSA terbuka kepada semua Ahli Parlimen??– Fahmi - Mygazette - 31/10 7:51 am

PUTRAJAYA - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) tidak terbatas kepada 13 Ahli Parlimen yang telah menandatanganinya, sebaliknya terbuka kepada mana-mana Ahli Parlimen yang berhasrat untuk mengadakan perbincangan serta memeterai perjanjian berkenaan. Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil berkatapemeteraian CSA antara kerajaan denganParti Bersatu serta Ahli-Ahli Parlimen Bebas dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan ia adalah perkembangan positif terhadap kestabilan politik negara





PRN Melaka: 76 calon diramal rebut 28 kerusi, 687,697 pemilih penentu .. - Mygazette - 31/10 7:51 am

Jumlah itu berdasarkan pengumuman calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Bersama Malaysia (Bersama). Namun, jumlah sebenar calon yang layak bertanding hanya akan diketahui selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi, termasuk kemungkinan penyertaan calon Bebas atau jika ada pencalonan ditolak yang boleh mengubah corak persaingan di setiap kawasan





Martin cergas beraksi di Sepang - Utusan - 31/10 7:45 am

SEPANG: Jorge Martin disahkan cergas untuk beraksi dalam perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia selepas pelumba Sepanyol itu berjaya mengharungi sesi latihan bebas pertama, semalam tanpa sebarang masalah, ketika pencabar kejuaraannya, Marc Marquez, mencatat masa terpantas





Hakim Danish beri amaran di sesi latihan bebas pertama - Astroawani - 30/10 7:00 pm

Pelumba muda sensasi negara Hakim Danish Ramli memberi amaran awal kepada pencabarnya apabila mencatat masa kelima terpantas pada sesi latihan bebas pertama (FP1) kelas Moto3 Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini hari ini.





CSA manifesto berprinsip, Pemuda nafi Ahli Parlimen Bersatu melutut kepada kerajaan - Hotfm - 30/10 6:04 pm

Ketua Penerangan Pemuda Harris Idaham Rashid berkata perjanjian itu bukan perkongsian kuasa sebaliknya membolehkan Bersatu kekal sebagai blok pembangkang bebas.





CSA manifesto berprinsip, Pemuda nafi Ahli Parlimen Bersatu melutut kepada kerajaan - FMT - 30/10 6:04 pm

Ketua Penerangan Pemuda Harris Idaham Rashid berkata perjanjian itu bukan perkongsian kuasa sebaliknya membolehkan Bersatu kekal sebagai blok pembangkang bebas.





CSA terbuka kepada semua ahli Parlimen - Fahmi - Sinarharian - 30/10 4:44 pm

PUTRAJAYA - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) tidak terbatas kepada 13 Ahli Parlimen yang telah menandatanganinya, sebaliknya terbuka kepada mana-mana ahli Parlimen yang berhasrat untuk mengadakan perbincangan serta memeterai perjanjian berkenaan.Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pemeteraian CSA antara kerajaan dengan Parti Bersatu serta Ahli-Ahli Parlimen Bebas dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan ia adalah perkembangan positif terhadap kestabilan politik negara."Ini merupakan satu perkembangan yang positif terhadap kestabilan politik negara serta mencerminkan semangat kebersamaan dalam melaksanakan beberapa usaha reformasi institusi."Tindakan menandatangani MoU (perjanjian persefahaman) ataupun CSA ini tidak terbatas kepada 13 orang Ahli Parlimen ini sahaja dan terbuka kepada mana-mana Ahli Parlimen yang berhasrat untuk datang, berbincang dan menandatangani CSA..





CSA Kerajaan Madani: Zaid harap Pas ikut jejak Muhyiddin, Syed Saddiq sokong Anwar - Sinarharian - 30/10 4:08 pm

SHAH ALAM Pas diharap dapat mengikut langkah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dengan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Perkara itu disuarakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim, selepas Syed Saddiq, enam Ahli Parlimen Bersatu dan enam Ahli Parlimen Bebas menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan Kerajaan Madani pada Khamis.Menurut Zaid, meskipun Muhyiddin dan Syed Saddiq pernah mengkritik Anwar sebelum ini, kedua-duanya kini didakwa menyedari bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpotensi mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)."Tahniah kepada Muhyiddin dan Syed Saddiq kerana menyokong Anwar





PU Riz Sedih Dituduh Penunggang Agama, Didakwa Tiada Tauliah - Rotikaya - 30/10 3:22 pm

Pendakwah bebas, PU Riz meluahkan rasa terkilan apabila dituduh tidak mempunyai tauliah serta kelayakan akademik dimilikinya dipertikai segelintir pihak





NGO desak siasatan bebas tragedi tanah runtuh di Paya Terubong - Mygazette - 30/10 3:08 pm

# NGO desak siasatan bebas tragedi tanah runtuh di Paya Terubong GEORGE TOWN - Gabungan 12 badan bukan kerajaan (NGO) Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Negeri (SCI) bagi menyiasat tragedi tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong yang mengorbankan seorang doktor berusia 73 tahun, Ahad lalu





DPP bukan laluan pelarian dapat PR atau kewarganegaraan ??? KDN - Mygazette - 30/10 3:08 pm

"Program itu merupakan mekanisme untuk mengenal pasti, menyaring, mendokumentasikan dan memantau pelarian sedia ada sementara penyelesaian jangka panjang dilaksanakan mengikut undang-undang. "KDN ingin memperjelas bahawa pemberian akses pekerjaan kepada pemegang DPP bukan bermaksud pasaran pekerjaan negara dibuka secara bebas kepada pelarian





YB ???juara tembak babi??? mahu perjuang isu jalan ???roti tampal??? pula .. - Mygazette - 30/10 3:08 pm

Lapan kerusi berkenaan ialah Klebang, Lendu, Gadek, Sungai Udang, Pantai Kundor, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban. Norhizam sebelum ini merupakan wakil rakyat Pengkalan Batu atas tiket DAP sebelum bertanding sebagai calon bebas pada PRN Melaka 2021





3 lelaki tak mengaku samun bersenjata kedai emas - Mygazette - 30/10 3:08 pm

Mohd Noor Mat Ail, 45; Muhammad Farid Rasid, 30, dan Che Rosfaizul Aswadi Che Hamid, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharudin. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa telah melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang mangsa di sebuah kedai emas dekat Taman Tas, di sini kira-kira pukul 2 petang pada 21 Ogos 2026





CSA tidak ikat pihak terlibat dengan sebarang keputusan politik – .. - Mygazette - 30/10 3:08 pm

# CSA tidak ikat pihak terlibat dengan sebarang keputusan politik - Adam Adli MELAKA - Pemeteraian Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan dengan Parti Bersatu serta Ahli Parlimen Bebas semalam tidak mengikat pendirian mahupun keputusan politik mana-mana pihak termasuk dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka,14Nov ini





Rayer Kalau Anak Jantan Ulang Luar Parlimen, Berdebat -Firdaus Wong - Mygazette - 30/10 3:08 pm

# Rayer Kalau Anak Jantan Ulang Luar Parlimen, Berdebat -Firdaus Wong Firdaus Wong Wai Hung sekali lagi mengulangi gesaan supaya Ahli Parlimen Jelutung RSN Rayer untuk mengulangi kenyataan yang dibuat membabitkan dirinya di luar Dewan Rakyat. Pendakwah bebas itu mendakwa, pemimpin DAP itu telah beberapa kali menyebut namanya dalam Dewan Rakyat, namun dia tidak boleh mengambil tindakan berikutan Ahli Parlimen mempunyai kekebalan terhadap kenyataan yang dibuat di dalam Dewan Rakyat.





GP Malaysia: Martin dapat ‘lampu hijau’ untuk beraksi - Kosmo - 30/10 2:59 pm

SEPANG – Pelumba pasukan Aprilia, Jorge Martin dapat menarik nafas lega apabila dia disahkan cergas untuk berlumba pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Ahad ini. Selepas turun memanaskan ‘enjin’ pada sesi latihan bebas pertama hari ini, dia kemudiannya menjalani ujian perubatan sebelum disahkan cergas oleh pasukan perubatan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP)





Lama-Lama menyakitkan hati – Dituduh Penunggang Agama & Tiada Tauliah, PU Riz Tampil Bersuara - Lobakmerah - 30/10 2:53 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd





Tiga rakan didakwa rompak kedai emas, tidak dibenar ikat jamin - Sinarharian - 30/10 2:23 pm

KUANTAN - Tiga rakan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata secara berkumpulan di sebuah kedai emas pada Ogos lalu.Tertuduh, Mohd Noor Mat Ail, 45, Muhammad Farid Rasid, 30 dan Che Rosfaizul Aswadi Che Hamid, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nadhirah Kasim dan Khamisah Ismail.Tertuduh, Mohd Noor dan Muhammad Farid diwakili peguam, Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri manakala Che Rosfaizul Aswadi tiada peguam.Berdasarkan kertas pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan bersenjata secara berkumpulan di kedai emas itu kira-kira jam 2 petang, 21 Ogos lalu.Bagi kesalahan itu tertuduh masing-masing bekerja sebagai peniaga buah, buruh dan jurukimpal dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan membantah jaminan ke atas semua tertuduh dengan mengambil kira seksyen kesalahan yang berat dan tidak boleh dijamin.Fathin Nadhirah berkata, bantahan jaminan itu juga atas kepentingan awam, kebimbangan saksi dan risiko tertuduh melarikan diri."Kejadian rompakan berlaku pada Ogos manakala tangkapan dilakukan pada Oktober dan ketika ditangkap tertuduh melawan hingga berlaku pergelutan," katanya.Bagaimanapun, Nik Muammer Hurrie memohon pertimbangan mahkamah agar anak guamnya diberikan jaminan.Che Rosfaizul Aswadi pula merayu agar dia dibenarkan diikat jamin dan bercadang untuk mendapatkan khidmat peguam.Mengambil kira hujah semua pihak, Harmi Thamri tidak membenarkan jaminan ke atas semua tertuduh.Mahkamah menetapkan 4 Disember depan sebagai tarikh sebutan serahan dokumen terhadap Mohd Noor dan Muhammad Farid.Che Rosfaizul Aswadi juga ditetapkan tarikh sebutan sama dan diminta melantik peguam sebelum tarikh tersebut.





'Saya tidur hanya tiga jam masa jadi wakil rakyat, orang Pengkalan Batu kenal saya' YB tembak babi - Sinarharian - 30/10 2:18 pm

MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang lebih dikenali sebagai YB tembak babi teruja untuk kembali berkhidmat selepas sekali lagi diberi kepercayaan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Ini merupakan kali ketiga beliau bertanding dalam pilihan raya selepas pertama kali mewakili DAP dan dipilih sebagai ADUN Pengkalan Batu sebelum dilantik sebagai Exco kerajaan negeri.Pada PRN lalu, beliau bertanding atas tiket Bebas, manakala kali ini mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Norhizam, 60, yang juga Naib Ketua Bahagian Bersatu Hang Tuah Jaya berkata, beliau berterima kasih kepada Badan Pimpinan Bersatu di peringkat pusat dan negeri kerana mencalonkannya bagi kerusi N15 Pengkalan Batu.Beliau berjanji tidak akan menghampakan rakyat, khususnya penduduk di kawasan berkenaan, selain memberi perhatian kepada aspek pembangunan setempat termasuk sistem perparitan, jalan raya dan pendidikan."Sejak saya tinggalkan kawasan ini, saya tengok itu sahaja yang ada





CSA tak ikat keputusan politik Ahli Parlimen, kata pemimpin PKR - FMT - 30/10 1:12 pm

Adam Adli berkata semua Ahli Parlimen terbabit kekal bebas dengan pendirian masing-masing, khasnya dalam peranan semak dan imbang di Dewan Rakyat.





CSA tidak ikat pihak terlibat dengan sebarang keputusan politik - Adam Adli - Sinarharian - 30/10 12:42 am

MELAKA - Pemeteraian Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) antara kerajaan dengan parti Bersatu serta Ahli Parlimen Bebas semalam tidak mengikat pendirian mahupun keputusan politik mana-mana pihak termasuk dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata, semua pihak yang terlibat di dalam perjanjian itu kekal bebas berdiri atas pendirian masing-masing, terutamanya memainkan peranan sebagai semak dan imbang dalam Dewan Rakyat sebagai pembangkang."Persetujuan ini sebenarnya satu langkah untuk mengukuhkan pentadbiran dan membolehkan kerajaan beri tumpuan terhadap pelaksanaan dasar-dasar serta pembangunan negara."Hal ini bertepatan dengan semangat kerajaan Madani yang sentiasa membuka ruang kerjasama terutama jika melibatkan kepentingan rakyat melangkaui sebarang perbezaan parti," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) di Bukit Piatu, di sini hari ini.Semalam, kerajaan Madani menandatangani CSA dengan enam anggota Parlimen Bersatu yang diketuai Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tujuh yang lain termasuk anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Adam Adli berkata, PH juga pernah menandatangani perjanjian seumpama CSA sewaktu berada di dalam blok pembangkang di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Ditanya mengenai impak perjanjian itu kepada kerjasama PH dengan Bersatu dalam menghadapi PRN Melaka, yang dijangka menyaksikan kedua-dua pihak bakal bertembung di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Adam Adli berkata, gabungan itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara berkenaan."Di Melaka ini setiap parti bebas berpegang pada prinsip masing-masing, keputusan masing-masing dan kita hormati itu





Kerjasama 'hijau-biru', strategi menuju Putrajaya atau perangkap kuasa - Penganalisis - Sinarharian - 30/10 12:22 am

KUALA TERENGGANU - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 kini memasuki dimensi baharu apabila kedua-dua gabungan memeterai perjanjian persefahaman politik pada Rabu lalu.Penganalisis politik, Dr Azrie Azeh berkata, pada peringkat awal, agihan sebanyak 21 kerusi ditetapkan kepada BN dan tujuh kepada PN sebelum rundingan akhir pada 29 Oktober menyaksikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir diserahkan kepada MCA.Katanya, perkembangan itu mengubah pembahagian akhir kepada 22 kerusi bagi BN dan enam bagi PN, sekali gus memperlihatkan bahawa kerjasama politik bukanlah suatu persetujuan yang statik, sebaliknya proses tawar-menawar yang sentiasa dipengaruhi kepentingan parti, kedudukan calon serta pertimbangan kebolehmenangan dalam kawasan yang mempunyai komposisi pengundi tersendiri."Dari perspektif realisme politik, kesediaan UMNO dan Pas menyelaraskan strategi pilihan raya menunjukkan bahawa kepentingan elektoral boleh mengatasi persaingan sejarah, namun kesepakatan untuk menghadapi musuh politik yang sama tidak semestinya membuktikan keserasian ideologi atau menjamin kestabilan hubungan selepas pilihan raya."Keputusan memberikan kerusi Bandar Hilir kepada MCA, yang turut bertanding di Machap Jaya dan Kelebang, memperlihatkan kepentingan rundingan dalam menentukan kedudukan parti komponen, khususnya apabila BN perlu mengimbangi tuntutan rakan strategik dengan keperluan mengekalkan representasi politik masyarakat berbilang kaum," katanya kepada Sinar Harian, di sini pada Ahad.Beliau berkata, dari sudut pengurusan gabungan, penyesuaian daripada tujuh kepada enam kerusi bagi PN menimbulkan persoalan tentang pengagihan kos dan manfaat dalam kerjasama tersebut, kerana persefahaman yang berkekalan memerlukan setiap pihak melihat kompromi sebagai keputusan strategik yang munasabah dan bukannya pengorbanan sebelah pihak demi kepentingan rakan yang lebih dominan."Berdasarkan teori pilihan rasional, penyelarasan calon berpotensi mengurangkan perpecahan undi dan meningkatkan kecekapan kempen, tetapi kelebihan tersebut hanya akan menghasilkan pulangan politik sekiranya penyokong menerima calon rakan kerjasama serta percaya bahawa persefahaman itu membawa manfaat yang lebih besar daripada persaingan berasingan."Bagi Pakatan Harapan (PH), kerjasama BN-PN meningkatkan tekanan persaingan dan menuntut strategi yang lebih meyakinkan, namun penyatuan lawan tidak secara automatik menentukan keputusan pilihan raya kerana pengundi turut menilai prestasi pentadbiran, integriti calon, keadaan ekonomi dan keupayaan parti menangani persoalan yang menyentuh kehidupan seharian mereka," katanya.Sementara itu, beliau berkata, dalam konteks nasional, Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan atau Confidence and Supply Agreement (CSA) yang dimeterai antara kerajaan Madani dengan 13 ahli Parlimen pada 29 Oktober perlu dibaca sebagai perkembangan berasingan daripada persefahaman BN-PN di Melaka, kerana perjanjian itu bertujuan mendapatkan sokongan terhadap Belanjawan 2027 dan pentadbiran sehingga tamat penggal Parlimen semasa, bukannya membuktikan bahawa Bersatu telah menyertai kerajaan."CSA tersebut melibatkan enam ahli Parlimen Bersatu, Ahli Parlimen MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan enam ahli Parlimen bebas yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada kerajaan, dengan perkara yang dilaporkan merangkumi cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal, memisahkan peranan Peguam Negara daripada pendakwa raya serta memastikan peruntukan pembangunan kawasan diberikan secara adil kepada Ahli Parlimen."Dari perspektif institusionalisme demokratik, nilai CSA tidak seharusnya diukur berdasarkan pertambahan sokongan politik semata-mata, tetapi perlu dinilai melalui ketelusan pelaksanaan, pengawasan Parlimen dan kemajuan reformasi institusi yang mampu memperkukuh semak dan imbang serta memastikan kestabilan kerajaan tidak mengatasi prinsip kebertanggungjawaban kepada rakyat."Penegasan bahawa CSA tidak bermaksud Bersatu menyertai kerajaan atau membentuk pakatan pilihan raya dengan PH di Melaka perlu dihormati dalam analisis politik, kerana kerjasama untuk menjamin kelangsungan pentadbiran dan kelulusan belanjawan tidak semestinya membawa perubahan terhadap kedudukan rasmi sesebuah parti dalam persaingan pilihan raya,"katanya.Beliau berkata, implikasi kerjasama BN-PN terhadap empat negeri yang dikenali sebagai SG4, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, juga tidak boleh disimpulkan secara automatik daripada perkembangan di Melaka kerana setiap negeri mempunyai konfigurasi politik, kepentingan kepimpinan dan corak sokongan pengundi yang tersendiri, selain hubungan Persekutuan-negeri yang boleh mempengaruhi bentuk kerjasama yang dianggap sesuai."Sekiranya kerjasama UMNO-Pas atau BN-PN mahu diperluas ke negeri-negeri SG4, pihak yang terlibat perlu merundingkan pembahagian kerusi, kedudukan kepimpinan, tanggungjawab pentadbiran, keserasian dasar dan mekanisme penyelesaian pertikaian secara jelas supaya persefahaman tersebut tidak sekadar menjadi instrumen memenangi pilihan raya, tetapi turut menyediakan asas kepada pentadbiran yang stabil dan berkesan," ujarnya.Beliau berkata, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), perkembangan di Melaka membuka beberapa kemungkinan, termasuk pembentukan blok pilihan raya yang lebih tersusun, kerjasama terhad mengikut negeri atau kawasan, mahupun persaingan semula apabila kepentingan parti bercanggah, justeru keputusan PRN ini lebih wajar dianggap sebagai petunjuk awal arah rundingan politik daripada bukti muktamad pembentukan gabungan nasional baharu."Ukuran sebenar kejayaan kerjasama hijau-biru bukanlah sejauh mana gabungan tersebut menghampiri Putrajaya, tetapi sejauh mana persaingan kuasa dapat diterjemahkan kepada dasar yang meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pengurusan kos sara hidup,"Peluasan peluang pekerjaan, penyediaan perumahan, pengukuhan pendidikan dan penambahbaikan kesihatan, kerana tanpa integriti, kebertanggungjawaban dan hasil yang dapat dirasai masyarakat, jambatan politik yang dibina atas kepentingan elektoral berisiko menjadi perangkap kuasa yang menghakis kepercayaan pengundi," ujarnya.





Ingat lagi tak cerita tahun 2024 dulu? - Wrlr - 30/10 10:37 am

Ahli Parlimen pembangkang masih membangkitkan soal layanan sama rata, sementara rakyat di kawasan masing-masing turut menjadi sebahagian daripada perdebatan mengenai peruntukan pembangunan. Kini, dua tahun kemudian, perkembangan baharu berlaku apabila 13 Ahli Parlimen pembangkang dan Bebas dilaporkan menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan atau CSA dengan Kerajaan MADANI





Elak siasatan mafia korporat separuh masak - Sinarharian - 30/10 9:15 am

SHAH ALAM - Siasatan berhubung dakwaan mafia korporat berisiko menjadi separuh masak sekiranya tidak merangkumi pegawai penguat kuasa yang disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut.Bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, siasatan perlu meliputi semua pihak yang disyaki terlibat termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukan hanya individu yang didakwa menjadi dalang atau mendapat manfaat daripada kegiatan itu."Kalau mahu siasatan lengkap, bukan sahaja dalang di belakang atau pihak kewangan yang terlibat perlu disiasat, tetapi pegawai penguat kuasa yang disyaki bersekongkol juga perlu disiasat."Kalau tidak, siasatan itu separuh masak," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membeku dan menyita aset bernilai kira-kira RM409.21 juta menerusi Op Viking susulan laporan Bloomberg mengenai dakwaan kewujudan mafia korporat di Malaysia.Mengulas lanjut, Wong Chen berkata, beliau menyambut baik tindakan itu namun mempersoalkan skop siasatan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa tiada pegawai SPRM terlibat atau dikenali pasti perlu membantu siasatan berdasarkan latar belakang dan identiti individu yang dipanggil memberi keterangan.Katanya, kemungkinan penglibatan pegawai penguat kuasa perlu diteliti bagi memastikan siasatan tidak tertumpu kepada pihak tertentu, sedangkan kemungkinan penglibatan pihak lain tidak disiasat.Sehubungan itu, beliau menegaskan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu diteruskan bagi memastikan siasatan berhubung dakwaan mafia korporat dijalankan secara bebas."Mesti diteruskan RCI





Pakatan menipu tender kos tersembunyi rasuah - Sinarharian - 30/10 9:05 am

Kes-kes ini memberikan satu pengajaran penting: kewujudan prosedur tender tidak menjamin persaingan yang tulen. Sistem perolehan boleh dimanipulasi apabila pembida berpakat, pengawasan lemah atau pegawai gagal mengambil tindakan terhadap tanda-tanda amaran.Bagaimana pakatan menipu tender dilakukan? Pakatan menipu tender berlaku apabila pembida bersepakat secara rahsia untuk mengemukakan tawaran, bukannya bersaing secara bebas.Empat bentuk pakatan yang lazim perlu diberikan perhatian khusus.1





CSA perkukuh kestabilan politik, buka ruang reformasi institusi -Taufiq - Mygazette - 30/10 8:14 am

# CSA perkukuh kestabilan politik, buka ruang reformasi institusi -Taufiq KUALA LUMPUR - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan Madani dengan ahli Parlimen daripada Bersatu, Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan bebas mampu memperkukuh kestabilan politik negara selain membuka ruang kepada pelaksanaan reformasi institusi





Norhizam cuba tawan semula DUN Pengkalan Batu? - Mygazette - 30/10 8:14 am

Difahamkan, Bersatu dijangka bertanding di lapan daripada 28 kerusi DUN, termasuk empat kawasan yang turut bakal ditandingi Pakatan Harapan (PH) Lapan kerusi itu ialah Kelebang, Lendu, Gadek, Sungai Udang, Pantai Kundor, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban. Norhizam sebelum ini pernah bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 di DUN Pengkalan Batu sebagai calon Bebas menggunakan lambang kunci





Bersatu meterai CSA dengan Kerajaan MADANI, sokong Belanjawan 2027 - Mygazette - 30/10 8:14 am

Mereka ialah Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Langkawi), Datuk Ali Biju (Saratok), Mohd Nazri Abu Hassan (Merbok) dan Datuk Azman Nasrudin (Padang Serai). Yang turut menandatangani perjanjian itu Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA) dan enam Ahli Parlimen bebas iaitu Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan)





CSA perkukuh kestabilan Kerajaan Madani hingga akhir penggal – Tze .. - Mygazette - 30/10 8:14 am

# CSA perkukuh kestabilan Kerajaan Madani hingga akhir penggal - Tze Tzin GEORGE TOWN - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan Perpaduan, Parti Bersatu dan ahli Parlimen bebas disifatkan mampu memperkukuh kestabilan politik negara sehingga penghujung penggal Parlimen ini





CSA buka laluan pelaksanaan reformasi institusi penting negara – MUDA - Mygazette - 30/10 8:14 am

Kedua-dua reformasi ini perlu disusuli dengan peruntukan undang-undang yang berkesan dan mekanisme pelaksanaan yang jelas. Kedua-dua pembaharuan ini juga penting untuk mengelakkan penumpuan kuasa yang berlebihan, memperkukuh kebebasan institusi dan memastikan sistem pendakwaan negara lebih bebas daripada campur tangan politik, menurut MUDA dalam kenyataan





CSA perkukuh kestabilan politik negara - Dr Zaliha - Sinarharian - 30/10 7:28 am

PUTRAJAYA - Pemeteraian Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan Madani dengan 13 Ahli Parlimen merupakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh kestabilan politik dan memastikan kesinambungan pentadbiran negara sehingga tamat penggal Parlimen.Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Madani(BBC), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, kesepakatan itui turut memberikan keyakinan bahawa agenda pembangunan ekonomi, pelaksanaan Belanjawan 2027 dan reformasi institusi dapat diteruskan dengan lebih teratur.Menurutnya, dalam keadaan ekonomi global yang semakin mencabar, kestabilan politik dan kepastian dasar merupakan antara asas penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur serta menjamin kesejahteraan rakyat."Lebih menarik, ketika masih terdapat pihak yang ghairah dengan percaturan untuk menggugat kerajaan, perkembangan hari ini membuktikan bahawa perbezaan politik tidak semestinya menghalang kerjasama demi kepentingan negara," katanya menerusi hantaran di laman sosial pada Jumaat.Beliau berkata demikian mengulas mengenai pemeteraian CSA yang dicapai melibatkan enam Ahli Parlimen Bersatu yang diketuai Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta enam Ahli Parlimen Bebas yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menerusi perjanjian itu, kesemua 13 Ahli Parlimen berkenaan bersetuju menyokong pentadbiran Kerajaan Madani sehingga tamat penggal Parlimen semasa, termasuk Belanjawan 2027.Sebagai sebahagian daripada persefahaman itu, mereka turut menggesa pelaksanaan reformasi institusi serta pemberian peruntukan pembangunan kawasan setara dengan Ahli Parlimen kerajaan.Dalam pada itu, Dr Zaliha berharap kesepakatan berkenaan membolehkan seluruh Ahli Parlimen memberikan tumpuan kepada tanggungjawab masing-masing, termasuk memastikan dasar dan peruntukan yang diluluskan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat."Kestabilan politik bukan sekadar soal siapa yang memerintah, tetapi sejauh mana negara dapat terus melangkah ke hadapan tanpa kemajuan ekonominya terjejas akibat percaturan kuasa," jelas beliau.





Dakwaan rasuah RM350,000: Ahli perniagaan lapor polis desak pegawai kanan SPRM direhatkan - Sinarharian - 29/10 10:54 pm

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiasat polis berhubung dakwaan penerimaan wang RM350,000 digesa agar direhatkan sementara daripada tugas rasmi bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan ketika siasatan dijalankan.Ahli perniagaan dikenali Affendy berkata, langkah berkenaan perlu dipertimbangkan bagi memastikan proses siasatan berlangsung secara bebas dan telus tanpa menimbulkan keraguan masyarakat terhadap integriti institusi penguatkuasaan.Menurutnya, dibimbangi sekiranya pegawai yang berdepan dakwaan serius itu masih menjalankan tugas seperti biasa, keadaan berkenaan boleh menimbulkan persoalan mengenai kebebasan siasatan."Langkah ini bukan bermaksud beliau telah didapati bersalah."Sebaliknya penting bagi melindungi integriti siasatan dan mengelakkan sebarang konflik kepentingan," katanya menerusi laporan polis yang dibuat pada Khamis.Media sebelum ini melaporkan bahawa polis membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan penerimaan wang RM350,000 oleh seorang pegawai kanan SPRM.Siasatan berkenaan dilaporkan melibatkan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, manakala satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.SPRM turut menubuhkan satu pasukan khas bagi meneliti semula dakwaan itu susulan arahan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, bagi memastikan integriti suruhanjaya berkenaan terus terpelihara serta keyakinan masyarakat terhadap institusi antirasuah negara tidak terjejas.Dalam pada itu, Affendy turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM dan kerajaan memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh serta telus, selain memberikan penjelasan kepada masyarakat mengenai perkembangannya setakat yang dibenarkan undang-undang.





Rupanya Macam Ni Rasa Hidup Bila Dah Bebas Dari Sosok Yang Hancurkan Mental & Emosi - Rotikaya - 29/10 9:21 pm

Menerusi perkongsian di Threads, Syida berkata dirinya kini menemui ketenangan... Baca selanjutnya → The post Rupanya Macam Ni Rasa Hidup Bila Dah Bebas Dari Sosok Yang Hancurkan Mental & Emosi appeared first on ROTIKAYA .





Sistem MLFF bakal bantu atasi kes ceroboh tol, kesan pesalah - Astroawani - 29/10 9:00 pm

Pelaksanaan penuh sistem kutipan tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (Multi-Lane Fast Flow-MLFF) dijangka dapat membantu mengatasi isu pencerobohan tol termasuk mengesan pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan itu.





Muda mahu reformasi institusi diperluas menerusi kerjasama CSA - Sinarharian - 29/10 7:47 pm

SHAH ALAM - Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa kerjasama rentas parti menerusi Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) bersama Kerajaan Madani dimanfaaatkan untuk melaksanakan reformasi institusi penting negara.Muda memaklumkan reformasi yang memerlukan sokongan rentas parti itu ialah pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun serta pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.Menurut kenyataan parti itu pada Khamis, kedua-dua pembaharuan itu penting untuk mengelakkan penumpuan kuasa yang berlebihan, memperkukuh kebebasan institusi dan memastikan sistem pendakwaan negara lebih bebas daripada campur tangan politik."Muda berpandangan bahawa rang undang-undang dan pindaan Perlembagaan yang baik tidak sepatutnya gagal di Parlimen hanya kerana perbezaan politik."Ahli-Ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab untuk menilai sesuatu reformasi berdasarkan merit dan kepentingan negara, bukannya semata-mata berdasarkan parti yang mengusulkannya," menurut kenyataan itu.Parti itu mengharapkan CSA tersebut dapat membantu memperoleh sokongan Parlimen bagi meluluskan reformasi berkenaan dan perlu disusuli dengan peruntukan undang-undang dan mekanisme pelaksanaan yang jelas.Pada masa sama, Muda melihat kerjasama rentas parti itu diperluas kepada reformasi lain yang masih tertangguh, khususnya penggubalan Akta Pendanaan Politik bagi memastikan sumber pembiayaan parti politik lebih telus, terkawal dan bertanggungjawab."Muda juga mahu melihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipisahkan daripada kawalan eksekutif dan diletakkan di bawah mekanisme pengawasan Parlimen yang bebas dan berkesan."Institusi yang bertanggungjawab menyiasat rasuah mesti mempunyai kebebasan untuk menjalankan tugas tanpa campur tangan politik, tanpa mengira siapa yang memegang kuasa," menurut kenyataan itu.Selain itu, Muda mahu sistem peruntukan pembangunan kawasan Parlimen diinstitusikan menerusi kerangka perundangan yang jelas, telus dan saksama, dengan pengagihan berdasarkan keperluan serta prinsip kesaksamaan."Muda percaya bahawa kerjasama politik yang matang tidak menghapuskan perbezaan pandangan, sebaliknya membolehkan parti-parti yang berbeza pendirian mencari titik persamaan demi kepentingan negara."Reformasi institusi yang baik mesti diberi peluang untuk dilaksanakan, dan kepentingan rakyat mesti sentiasa mengatasi kepentingan parti," tambah kenyataan itu.





CSA bersama Bersatu, MP Bebas kukuhkan kedudukan Kerajaan Madani - Sinarharian - 29/10 5:55 pm

GEORGE TOWN - Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) antara Kerajaan Perpaduan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Ahli Parlimen Bebas yang melibatkan 13 ahli Parlimen dijangka memperkukuh kestabilan politik negara sehingga penghujung penggal Parlimen ini.Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, perjanjian itu membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pelaksanaan reformasi tanpa terganggu oleh percaturan politik yang berpanjangan.Beliau berkata, perkembangan tersebut merupakan satu langkah positif yang mampu mengukuhkan kedudukan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, pelaksanaan CSA itu menggunakan kerangka yang sama seperti perjanjian dimeterai antara kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Pakatan Harapan (PH) pada 2021."CSA pada 2021 berjaya membawa kestabilan politik negara selepas kejatuhan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin."Perjanjian tersebut membolehkan kerajaan memberikan tumpuan kepada pentadbiran negara manakala pembangkang terus memainkan peranan semak dan imbang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Tze Tzin berkata, Kerajaan Madani ketika ini mempunyai sokongan dua pertiga ahli Parlimen dan tambahan sokongan menerusi CSA berkenaan akan mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan.Beliau yakin kerajaan dapat terus mentadbir dengan stabil sehingga penghujung penggal Parlimen ini sekali gus membolehkan agenda pembangunan negara dilaksanakan dengan lebih berkesan."Perkembangan itu juga mencerminkan kematangan demokrasi apabila pihak pembangkang dan Ahli Parlimen Bebas sanggup mengetepikan perbezaan politik kepartian demi kepentingan negara."Antara agenda penting yang boleh diberi perhatian menerusi kerjasama itu termasuk Belanjawan 2027 yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, reformasi institusi bagi memperkukuh tadbir urus dan ketelusan serta pindaan Perlembagaan yang penting untuk masa depan negara," ujarnya.Bagaimanapun, beliau menegaskan, CSA itu tidak bermaksud Bersatu dan Ahli Parlimen Bebas perlu mengetepikan peranan mereka sebagai pembangkang.Sebaliknya, beliau berkata, mereka masih bebas melaksanakan tanggungjawab untuk mengkritik dasar kerajaan dan menjalankan fungsi semak dan imbang bagi memastikan pentadbiran negara terus dipantau."CSA bukan bermaksud pembangkang menyerah kepada kerajaan





SPRM masih jalankan siasatan pelaburan KWAP dalam eFishery - Wrlr - 29/10 4:55 pm

Bagaimanapun, menurutnya syarikat berkenaan kemudiannya didapati terlibat dalam manipulasi kewangan yang disengajakan serta penyelewengan fakta dalam laporan kewangan syarikat. Keadaan ini berlaku walaupun proses penilaian yang dilaksanakan telah merangkumi penilaian dalaman, usaha wajar bebas serta penelitian terhadap aspek kewangan, perundangan dan operasi sebelum cadangan pelaburan diluluskan





Kerajaan tandatangani CSA bersama 6 MP Bersatu, tujuh lain.Naya pak malau - Wrlr - 29/10 4:40 pm

Tiga ahli Parlimen Warisan turut berada dalam blok kerajaan, bersama masing-masing seorang daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM). Lapan ahli Parlimen Bebas turut menyokong kerajaan, termasuk enam bekas wakil Bersatu




Reformasi     >>



Berpuluh tahun tertangguh, akhirnya PMX yang bagi .. - Harapandaily
Selepas bertahun-tahun tertangguh dengan sasaran penyiapan yang terus berubah, projek pembinaan Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) di Kelantan akhirnya bakal menjadi realiti. Ia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM250 juta bagi pembangunan ..
Kroni     >>



Anwar prays for Sultan of Selangor's speedy recovery - NST
KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has prayed for the recovery of the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, who is unwell after contracting Influenza A.
Tabloid     >>



Moto3: Hakim Danish ada peluang besar - Kosmo
SEPANG Impian pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli untuk memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia dari barisan hadapan akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya mengunci petak ketiga pada sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam. Kejayaan itu cukup bermakna apabila Hakim Danish ..
Tech     >>



French lawmakers approve $11.2 billion internet tax .. - Tomshardware
French lawmakers have approved an amendment proposing a 0.055-per-gigabyte tax on digital content delivered to internet subscribers in France. The measure could generate an estimated 10 billion annually, with companies including Google, Meta, Netflix and potentially TikTok among those affected. ..
World     >>



Trump defamation suit against Murdoch, WSJ over .. - Cnbc
President Donald Trump denied writing a birthday letter to sex offender Jeffrey Epstein, which was the subject of a 2025 Wall Street Journal article.
Motor Trend     >>



Deepal Patenkan Tempat Rendaman Kaki Terbina Dalam .. - Careta
Ciri luar biasa ini membolehkan penumpang merendam kaki ketika kenderaan berhenti tanpa memerlukan peralatan tambahan yang mengambil ruang kabin. Berdasarkan laporan CarNewsChina bertajuk Changans Deepal applied for an in-car foot bath patent bertarikh 30 Oktober 2026, permohonan tersebut