| /// |
|
| Search : Angkatan News | Page 1 |
|
Hanya berani cakap, tetapi tidak buat ??? Kamil - Mygazette - 18/09 8:00 am IPOH Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyelar tindakan sebahagian pemimpin kerajaan yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyerang kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak kebelakangan ini |
|
Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK - Mypress - 17/09 8:18 pm IPOH Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan kenyataan segelintir pemimpin kerajaan yang seolah-olah menggambarkan pentadbiran negara tidak stabil sebagai sebahagian daripada perbahasan politik, dan tidak mencerminkan realiti sebenar kerajaan ketika… |
|
'MB, Exco tiada kuasa turunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan' - Mkini - 17/09 5:47 pm Angkatan Muda Harapan (AMH) berkata, undang-undang tubuh negeri tidak memberikan kuasa kepada Menteri Besar, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) atau mana-mana kerajaan negeri untuk mengambil tinda |
|
Hanya berani cakap, buatnya tidak - AMK - Sinarharian - 17/09 2:48 pm IPOH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mahu kestabilan politik negara terus terpelihara bagi menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kestabilan politik menjadi asas penting dalam membolehkan dasar serta perancangan kerajaan dilaksanakan dengan berkesan untuk manfaat rakyat.Menurutnya, sebarang kenyataan terutama kalangan pemimpin parti kerajaan yang menggambarkan ketidaktentuan politik ketika ini merupakan perkara biasa dalam perbahasan politik, namun tidak mencerminkan realiti pentadbiran negara."Kita dengar ucapan-ucapan yang seolah-olah memberi gambaran keadaan tidak stabil, tidak kukuh dan sebagainya, tetapi itu adalah kenyataan politik biasa."Ada juga percubaan daripada kelompok tertentu yang sengaja mewujudkan keadaan tidak stabil ini bagi memenuhi kepentingan pihak tertentu dalam parti mereka," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Peruntukan Perdana Menteri kepada pelbagai NGO Perak di Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta di Tanjung Rambutan pada Khamis.Sumbangan keseluruhan berjumlah RM117,000 itu diberikan kepada 10 NGO antaranya Persatuan Penganut Sri Muniswarar, Persatuan Kebajikan Komuniti Penyanyang Kuala Kangsar, Surau Kampung Sayong Hilir, Kelab Muda Mudi Inspirasi Ulu Kinta dan Pertubuhan Proaktif Rakyat Parlimen Tambun.Mengulas dakwaan serangan politik terhadap Perdana Menteri, Muhammad Kamil secara sinis berkata, terdapat pihak yang hanya lantang berbicara tetapi tidak menunjukkan tindakan."Setengah orang dia berani cakap saja, tapi dia tak berani buat |
|
AMK gesa percepat penyelesaian caj bil elektrik - Sinarharian - 17/09 2:24 pm IPOH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) berharap kerajaan dapat mengambil langkah segera dan berkesan bagi meringankan beban rakyat susulan peningkatan bil elektrik yang menimbulkan keresahan ketika ini.Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, harapan itu selari dengan keluhan pengguna yang terkesan dengan perubahan kadar bayaran dikenakan Tenaga Nasional Berhad (TNB).Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil maklum isu berkenaan dan mengumumkan satu perbincangan khusus akan diadakan melibatkan TNB bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air."Kita berharap akan ada tindakan susulan yang dapat meringankan, kelegaan kepada rakyat yang terkesan dengan pendekatan (caj elektrik) ketika ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Peruntukan Perdana Menteri kepada pelbagai NGO Perak di Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta di Tanjung Rambutan pada Khamis.Sumbangan keseluruhan berjumlah RM117,000 itu diberikan kepada 10 NGO antaranya Persatuan Penganut Sri Muniswarar, Persatuan Kebajikan Komuniti Penyanyang Kuala Kangsar, Surau Kampung Sayong Hilir, Kelab Muda Mudi Inspirasi Ulu Kinta dan Pertubuhan Proaktif Rakyat Parlimen Tambun.Muhammad Kamil berkata, meskipun mekanisme sedia ada dilihat mampu mengawal kos, faktor seperti cuaca panas dan jerebu berkemungkinan mempengaruhi peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan pengguna."Insya-ALLAH kita nantikan sebarang pengumuman atau langkah susulan kerajaan bagi meringankan beban rakyat."Kerajaan hari ini sentiasa mendengar keluhan serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat," katanya.Pada Rabu, TNB memaklumkan Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) tidak menyebabkan peningkatan mendadak bil elektrik pengguna.Menurut TNB, perubahan bil bulanan lebih dipengaruhi corak penggunaan elektrik seperti ketika musim perayaan, cuti sekolah serta amalan bekerja dari rumah.TNB turut menjelaskan, AFA yang diperkenalkan pada 1 Julai 2025 bagi menggantikan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bukan caj tambahan baharu dan tidak menyalurkan keuntungan kepada syarikat utiliti itu.Dalam perkembangan lain, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan itu berkata, lawatan Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak BRICS di New Delhi, India disifatkan berjaya dengan pelbagai manfaat diperoleh menerusi pertemuan dua hala bersama pemimpin dunia.Katanya, sejurus tiba di India, Perdana Menteri mengadakan mesyuarat bersama Presiden Rusia diikuti pertemuan dengan Presiden Iran serta pemimpin negara lain."Ini menunjukkan komitmen serta pengiktirafan negara-negara besar terhadap kedudukan Malaysia yang dilihat mempunyai potensi besar di peringkat antarabangsa," katanya. |
|
Derhaka kepada Tuanku Muhriz: MB, Exco Negeri Sembilan perlu letak jawatan - AMK - Sinarharian - 17/09 9:00 am SEREMBAN - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan mendesak Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco mengambil tanggungjawab politik denganmeletakkan jawatan serta-merta susulan melakukan penderhakaan terbuka kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohamad Hamizan Mohd Bahtiar berkata, apa yang berlaku sejak beberapa hari ini lebih banyak menimbulkan persoalan."AMK mengecam sekeras-kerasnya keputusan Menteri Besar bersama seluruh barisan Exco yang mengiktiraf penurunan takhtaTuanku Muhriz."Apa yang berlaku sejak beberapa hari lalu menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan kepada rakyat Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan.Ini kerana ujarnya, Menteri Besar sendiri sebelum ini telah mempertikaikan kesahan proklamasi tersebut selain mendakwa dipaksa menandatanganinya.Malah katanya, laporan polis turut dibuat berhubung perkara tersebut."Namun hari ini, Menteri Besar dan pentadbiran yang sama, tiba-tiba mengambil pendirian bahawa proklamasi tersebut adalah sah."Pihak berkuasa perlu melakukan siasatan secara menyeluruh segala dakwaan mengenai tekanan, dokumen dan proses yang membawa kepada kemelut ini," katanya.Mohamad Hamizan berkata, rakyat negeri ini berhak diberitahu apa yang sebenarnya berlaku termasuk siapa yang menekan Menteri Besar seperti yang didakwa.Tegasnya, apa yang berlaku sekarang bukanlah pertelingkahan politik biasa, tetapi berkenaan takhta dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan."Jika proklamasi itu sebelum ini dikatakan tidak sah, atas asas apa ia kini diterima sebagai sah? Adakah Menteri Besar kini menarik balik dakwaannya bahawa beliau telah ditekan?"Undang-undang bukan bahan mainan yang boleh ditafsir hari ini dan ditukar pendirian esok mengikut keselesaan politik," katanya.Beliau turut menegaskan bahawa institusi Raja jauh lebih tinggi daripada mana-mana parti politik meskipun kerajaan bertukar sekali pun.Tambahnya, kemuliaan takhta dan keluhuran Perlembagaan mesti sentiasa dipelihara dan tidak boleh sesekali dipermainkan.Selain itu, Mohamad Hamizan turut menggesa UMNO Negeri Sembilan menyatakan pendirian berhubung isu yang sedang berlaku."UMNO mesti menjawab kepada rakyat dalam perkara yang menyentuh takhta dan Perlembagaan negeri, tiada ruang untuk kecelaruan dan sikap lepas tangan," katanyaPada 9 September lalu, Undang Yang Empat termasuk Undang yang dipertikai menunjukkan dokumen didakwa proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dikatakan telah ditandatangani oleh Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.Ia susulan kenyataan media Ismail pada 6 September lalu yang menzahirkan sokongan taat setia kepada Tuanku Muhriz.Katanya, fokusnya kini adalah untuk menjalankan amanah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan demi kepentingan rakyat dan negeri.Namun, pada 9 September lalu, Ismail mendakwa telah dipaksa menandatangani dokumen proklamasi terbabit, tanpa menyatakan pihak atau individu yang memaksanya.Beliau turut memaklumkan telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. |
|
Zakir Naik: Kenyataan Takiyuddin lebih sudu daripada kuah – AMK - Mygazette - 17/09 8:05 am # Zakir Naik: Kenyataan Takiyuddin lebih sudu daripada kuah - AMK KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyelar kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang membayangkan Dr Zakir Naik mungkin menjadi 'korban politik' dalam rundingan antara Malaysia dengan India |
|
SAR pemancing hilang: Sektor pencarian laut diperluas - Sinarharian - 16/09 7:29 pm PELABUHAN KLANG - Sektor pencarian laut dalam operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) dua lagi pemancing yang masih hilang di perairan One Fathom Bank diperluaskan meliputi kawasan seluas 203.85 batu nautika persegi di sempadan perairan Selangor dan Perak.Bagi sektor udara pula, kawasan pencarian meliputi 408 batu nautika persegi di sekitar One Fathom Bank ketika operasi memasuki hari ketiga pada Rabu.Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, peluasan sektor pencarian ke perairan Perak dilakukan susulan kebimbangan mangsa dihanyutkan arus ke kawasan berkenaan.Menurutnya, satu mayat ditemukan kira-kira 14 batu nautika barat Kampung Sungai Apong, Selangor pada Rabu."Mayat berkenaan ditemukan dalam sektor pencarian yang diperluaskan ke perairan Perak susulan kebimbangan mangsa dihanyutkan arus ke kawasan berkenaan."Mayat itu dibawa oleh Bot Benteng 1206 dari Maritim Malaysia Perak untuk diserahkan kepada pihak polis bagi proses pengecaman oleh waris," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bot dinaiki tujuh pemancing termasuk tekong dipercayai terbalik selepas dilambung ombak setinggi kira-kira empat meter.Susulan itu pada Isnin, Maritim Malaysia Selangor melancarkan SARselepas menerima laporan rasmi berhubung kehilangan tujuh pemancing terbabit pada3.35 pagi.Bagaimanapun, empat daripadanyaditemukanselamat di perairan Sekinchan pada hari kedua operasi SAR, sebelum dihantar mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Hospital Banting.Abdul Muhaimin berkata, Pangkalan Hadapan Carialamat (PHC) diaktifkan semula pada jam 7 pagi bagi mempergiatkan operasi membabitkan aset laut dan udara pelbagai agensi.Katanya, operasi itu melibatkan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)."Sebuah Kapal Maritim (KM) NUSA dari Maritim Negeri Perak turut digerakkan bagi memperluaskan kawasan pencarian ke perairan Perak."Maritim Malaysia terus menyelaras operasi bersama agensi terlibat dengan mengoptimumkan keupayaan aset laut dan udara bagi memastikan usaha Carilamat dilaksanakan secara pantas, tersusun dan berkesan," katanya.Beliau berkata, pencarian terhadap mangsa yang masih belum ditemui diteruskan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.Jelasnya, sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Maritim Malaysia Negeri Selangor di talian 013-660 6652 bagi membantu usaha pencarian dan menyelamat. |
|
ATM tubuh Angkatan Siber menjelang 2030 - FMT - 16/09 7:17 pm Ruang siber dan elektromagnetik kini jadi medan pertempuran semakin mendominasi pada peringkat global, kata panglima ATM. |
|
ATM tubuh Angkatan Siber jadi ketumbukan keempat menjelang 2030 - Astroawani - 16/09 7:00 pm Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal melakar sejarah dengan menubuhkan Angkatan Siber sebagai ketumbukan keempatnya menjelang2030 bagi mendepani ancaman landskap keselamatan moden. |
|
Mayat pemancing ditemui terapung disahkan Mohd Shahril - Sinarharian - 16/09 6:20 pm KLANG - Polis mengesahkan mayat lelaki ditemui terapung di perairan Hutan Melintang, Perak pada Rabu merupakan salah seorang daripada tiga individu yang dilaporkan hilang selepas keluar memancing di perairan One Fathom Bank, Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Mohd Shahril Abd Rahman, 43, selepas proses pengecaman dilakukan waris.Menurutnya, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 8.30 pagi selepas pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menerima maklumat daripada nelayan mengenai penemuan mayat lelaki terapung di perairan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Mayat dipercayai pemancing hilang ditemukan memakai jaket keselamatan, diikat pada tongSAR pemancing hilang diperluas ke sempadan Selangor-Perak"Mayat berkenaan kemudiannya dibawa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke Jeti Hutan Melintang, Perak untuk tindakan selanjutnya."Hasil pengecaman oleh waris mengesahkan mayat tersebut adalah Mohd Shahril salah seorang daripada tiga mangsa yang masih hilang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bot dinaiki tujuh pemancing termasuk tekong yang dilaporkan hilang di perairan One Fathom Bank pada Ahad dipercayai terbalik selepas dilambung ombak setinggi kira-kira empat meter.Empat daripada tujuh pemancing termasuk tekong yang dilaporkan hilang kemudian ditemukan selamat pada Selasa.Mereka dikenal pasti sebagai Mohd Shairazi Abdul Aziz, 43, Mohd Rizal Mohamad Sadali, 45, Muhd Hamiszar Punirain, 45, dan tekong bot, Zulfikalnain Awang, 47.Dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala dua lagi dibawa ke Hospital Banting bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.Bagaimanapun, dua lagi mangsa masih belum ditemukan iaitu Muhamad Ridzuan Ruhaizat, 37 dan Raja Mohd Rozi Raja Mohamad, 49.Ramsay berkata, mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Shah Alam bagi tindakan lanjut.Ujar beliau, operasi SAR bagi mengesan dua lagi mangsa masih diteruskan secara bersepadu."Operasi ini membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta agensi berkaitan."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya. |
|
Ekstradisi Zakir Naik: Kenyataan Takiyuddin 'lebih sudu dari kuah' - AMK - Sinarharian - 16/09 3:47 pm SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan Setiausaha Agung Pas, Dato Seri Takiyuddin Hassan yang membayangkan Dr Zakir Naik mungkin menjadi korban politik dalam rundingan antara Malaysia dan India.Exco AMK, Ashraf Hadi berkata, kenyataan Takiyuddin itu dilihat mendahului fakta dan disifatkan sebagai lebih sudu daripada kuah.Beliau berkata, perbincangan diplomatik tidak semestinya bermaksud wujud persetujuan ekstradisi, manakala permintaan daripada sesebuah negara juga tidak bermakna Malaysia telah menerimanya.Takiyuddin sebelum ini meminta kerajaan memperjelaskan status perundangan dan diplomatik berhubung permintaan ekstradisi Zakir Naik, termasuk perkara yang dibincangkan serta sama ada wujud sebarang persefahaman atau komitmen politik.Beliau berkata, sebarang permintaan ekstradisi yang sah perlu dipertimbangkan berdasarkan undang-undang dan bukannya dijadikan bahan tawar-menawar politik.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengesahkan kepada media India bahawa isu ekstradisi berkenaan dibincangkan bersama pihak India secara tertutup.Anwar berkata, sebarang tindakan perlu dilakukan secara berhati-hati dengan menghormati prinsip kedaulatan undang-undang serta kepentingan hubungan dua hala Malaysia-India.Menurut Ashraf, Pas telah mensensasikan laporan media India tanpa mengemukakan bukti bahawa Anwar bersetuju untuk menyerahkan Zakir Naik kepada India.Beliau turut meminta Takiyuddin mengemukakan bukti sekiranya kerajaan benar-benar telah memberikan komitmen untuk menyerahkan Zakir Naik.Katanya, Zakir Naik belum menjadi korban politik, sebaliknya prinsip tabayyun dan fakta tidak seharusnya diketepikan dalam membincangkan isu berkenaan. |
|
100,904 pegawai, anggota ATM isytihar harta - Sinarharian - 16/09 3:03 pm KUALA LUMPUR - Seramai 100,904 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengisytiharkan harta bagi memastikan tahap tatakelola dan integriti di dalam pasukan berada pada tahap tertinggi.Langkah positif berkenaan dilaksanakan susulan kontroversi rasuah melibatkan pegawai kanan pasukan pertahanan itu sejak penghujung tahun lalu.Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, pengisytiharan harta telah mencapai 97.53 peratus.Menurutnya, selain itu, pegawai atau anggota yang memegang jawatan berisiko tinggi termasuk dalam perolehan, spesifikasi teknikal bagi pembelian peralatan dan pengurusan kewangan akan dipantau lebih dekat."Saya sendiri sudah isytihar semula harta selepas dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera berikutan perubahan gaji."Kita telah meletakkan asas yang kukuh melalui penguatkuasaan Pelan Tindakan Pembanterasan Rasuah ATM 2026-2030 dan pembangunan Pelan Integriti dan Antirasuah."Selain itu, instrumen pengurusan risiko dan pencegahan rasuah turut diperkasa, termasuk melalui pelaksanaan Corruption Risk Management (CRM) ATM," katanya dalam sesi temubual sempena Hari ATM Ke-93 di Wisma Pertahanan di sini baru-baru ini.Beliau berkata, selain itu, bagi memastikan kelangsungan tadbir urus yang telus serta mencegah sebarang ruang kelemahan yang boleh mendedahkan kepada risiko ketirisan atau salah laku, ATM turut melaksanakan inisiatif penggiliran penugasan (job rotation) secara berkala setiap 18 bulan khususnya bagi jawatan-jawatan kritikal yang berisiko tinggi.Tambahnya, daripada segi mekanisme semak dan imbang, ATM secara tegas melaksanakan Audit Pengurusan Standard ATM (SATM) serta siri audit tidak terjangka."Langkah ini amat kritikal bagi memastikan setiap urusan tadbir urus yang melibatkan aset, kewangan, keselamatan dan sumber manusia sentiasa telus dan mematuhi peraturan yang ditetapkan, di mana setiap penemuan audit mesti disusuli dengan tindakan korektif dan penambahbaikan serta-merta."Di samping penambahbaikan sistem, pembentukan integriti individu juga diperteguhkan dan diterjemahkan kepada hasil yang nyata," ujarnya.Malek berkata, sehingga kini, seramai 105,536 pegawai dan anggota yang mewakili 98.7 peratus daripada keseluruhan warga aktif telah menyempurnakan lafaz Ikrar Bebas Rasuah.Katanya lagi, pengisytiharan harta diberi perhatian yang amat serius sebagai manifestasi sebenar nilai kejujuran dan amanah.Jelas beliau, untuk membina benteng moral dan ketahanan rohani warga ATM, ATM merangka dan melaksanakan Modul Pembinaan Jiwa yang dikenali sebagai '3T', iaitu Takhalli, Tahalli dan Tajalli."Modul ini telah melalui proses pembangunan, penulisan, serta latihan jurulatih yang teliti dan kini diterapkan sepenuhnya dalam program pengukuhan serta pembangunan kerohanian warga ATM."Bagi menyokong kesejahteraan ini secara holistik, kita juga telah memperkaya sistem sokongan kerohanian menerusi penubuhan Bahagian Kerohanian Islam ATM dan pengoperasian Pusat Sulh Mediasi ATM," ujarnya. |
|
Bil elektrik naik: PETRA, TNB diminta lindungi rakyat daripada tekanan AFA - Mygazette - 16/09 7:58 am # Bil elektrik naik: PETRA, TNB diminta lindungi rakyat daripada tekanan AFA KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menilai semula mekanisme pelarasan bahan api automatik (AFA) bagi pengguna domestik susulan peningkatan kadar yang disifatkan semakin memberi tekanan kepada isi rumah. Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Danish Hairudin berkata, kenaikan bil sebanyak RM30, RM50 atau RM100 mungkin kelihatan kecil, namun jumlah itu memberi kesan kepada keluarga yang perlu mengutamakan perbelanjaan harian |
|
AMK Penampang tuntut Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf - Mygazette - 16/09 7:58 am # AMK Penampang tuntut Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menggesa Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said, menarik balik kenyataannya yang didakwa menjadikan paderi dan biarawati Katolik sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 |
|
Armada mahu sekatan akaun Bersatu ditamatkan - Mygazette - 16/09 7:58 am KUALA LUMPUR - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Malaysia menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada pertuduhan berkaitan program Jana Wibawa sebagai kemenangan kepada prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang |
|
ATM tubuh Angkatan Siber - Sinarharian - 16/09 7:20 am KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan Angkatan Siber menjelang 2030 bagi menerajui aspek perancangan, penyelarasan, persediaan transformasi organisasi serta pembangunan keupayaan dalam domain siber.Penubuhan cabang keempat ATM selepas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) itu mencerminkan keperluan memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara seiring perkembangan ancaman dalam ruang siber dan elektromagnetik yang semakin kompleks.Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, ruang siber dan elektromagnetik kini merupakan medan persaingan serta pertempuran yang semakin mendominasi landskap keselamatan moden."Selari dengan hasrat tersebut, pembangunan kepakaran dalam bidang Aktiviti Siber dan Elektromagnetik (CEMA) turut dilaksanakan secara berterusan."Keupayaan siber, peperangan elektronik dan operasi pengurusan spektrum telah pun diaplikasikan secara praktikal dalam Eksesais Camar Kilat Siri 2/26 bagi menghasilkan kesan operasi yang nyata dalam kerangka CEMA."Komitmen ini turut diperkukuh menerusi aspek modal insan di mana seramai 60 pegawai dan 17 anggota lain-lain pangkat TUDM telah mengikuti kursus berkaitan CEMA sehingga Julai 2026," katanya dalam sesi temu bual sempena Hari ATM Ke-93 di Wisma Pertahanan di sini baru-baru ini.Tambahnya, pembangunan keupayaan CEMA sedang dilaksanakan termasuk operasi siber, peperangan elektronik dan pengurusan spektrum.Kata beliau, penubuhan Angkatan Siber turut menjadi nadi penting bagi memperkasakan penguasaan secara bersepadu di dalam domain ini."Secara keseluruhannya, bagi tempoh 2026 hingga 2030, fokus strategik akan diberikan kepada pembangunan kesiagaan yang lebih menyeluruh, merangkumi kesiagaan operasi, pembuatan keputusan, teknologi dan sustainment (penyelenggaraan)."Ini termasuklah rancangan pembangunan Satelit Komunikasi ATM yang dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2031 bagi memastikan setiap keupayaan yang dibangunkan terus diintegrasikan ke dalam konsep operasi agar setiap pelaburan benar-benar menterjemah kepada kesan operasi yang nyata," ujarnya.Pada 24 Mac tahun lalu, dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata, angkatan itu akan dilengkapi dengan kepakaran teknikal tinggi dalam bidang seperti Perisikan Ancaman Siber, Tindak Balas Insiden, Forensik Digital serta Pertahanan Siber Aktif.Kata Mohamed Khaled, keupayaan ini membolehkan ATM bukan sahaja bertindak balas terhadap serangan siber tetapi juga menghalang dan meneutralkan ancaman sebelum ia memberi kesan terhadap operasi ketenteraan dan keselamatan negara.Selain itu, ketika ditanya hala tuju pembinaan Angkatan Masa Hadapan, Malek berkata, ia didukung sepenuhnya menerusi Pelan Strategik Pertahanan Negara 2026-2030, seiring dengan komitmen kerajaan ke arah mencapai peruntukan pertahanan sebanyak 1.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030.Katanya, dalam aspek perancangan strategik, kajian semula separuh penggal Strategi Ketenteraan Negara (SKN) 2.0, dokumen strategik ATM, rancangan blueprint serta Rancangan Malaysia Ke-13 terus diperkasa bagi memastikan pembangunan keupayaan ATM dilaksanakan secara terancang, berfasa, dan berasaskan keperluan strategik.Strategi 5D ATM"Penjajaran doktrin dan reka bentuk angkatan turut diperkemas bagi memastikan setiap keupayaan saling melengkapi dan mampu mendokong keperluan operasi semasa serta masa hadapan."Di samping itu, bagi memastikan kelangsungan dan peningkatan daya tahan operasi TUDM, perancangan perolehan di bawah RMK-13 turut merangkumi inisiatif naik taraf midlife upgrade bagi 12 buah helikopter EC725, perolehan dua bateri Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana serta 12 helikopter AW149 melalui kaedah kerjasama awam-swasta," ujarnya.Tambah beliau, ATM menterjemahkan Strategi 5D dengan dalam mengangkat pertahanan negara sekali gus mencerminkan keupayaan angkatan dalam menghadapi persekitaran keselamatan yang semakin kompleks.Katanya, 5D yang pertama ialah Diplomasi iaitu membina ruang strategik dan mengurangkan risiko konflik, kedua Detect dengan memastikan ATM sentiasa mengetahui dan memahami ancaman."Ketiga ialah Deter |
|
LTdL 2026: Skuad negara letak sasaran realistik, fokus pelumba pendaki - Sinarharian - 15/09 6:36 pm Kami harap pelumba dapat mengambil setiap peluang yang ada, belajar dan memberikan saingan yang hebat. Kalau tidak dapat berada dalam kategori keseluruhan, gelaran terbaik Asia pun sudah baik."Kami akan tengok keadaan mengikut peringkat perlumbaan," katanya pada sidang media LTdL 2026 hari ini.Pada majlis itu, beliau memperkenalkan empat pelumba utama yang akan menggalas cabaran negara, iaitu Muhammad Zawawi Azman dan Muhammad Yusri Shaari dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Muhammad Adam Hakimi Nazuan dan Chan Jian Le dari Selangor.Empat lagi pelumba, Muhammad Zahin Wahhi (ATM), Muhammad Ameer Ahmad Kamal (PDRM), Tsen Ren Han (Kuala Lumpur) dan Nazirul Aniq Abd Rahman (Johor) pula akan merebut dua lagi slot untuk melengkapkan enam pelumba.Dalam pada itu, Yusof berkata, pihaknya tidak membariskan pelumba pecut khusus, sebaliknya memberi keutamaan kepada pelumba serba boleh yang mampu mendaki sebelum beraksi untuk pecutan."Untuk pasukan tahun ini, kami memang bersedia untuk pendakian |
|
Bil elektrik naik: Jangan hanya suruh rakyat berjimat - AMK - Sinarharian - 15/09 5:08 pm SHAH ALAM - Kenaikan bil elektrik sebanyak RM30, RM50 atau RM100 mungkin kelihatan kecil, namun memberi tamparan besar kepada keluarga biasa yang perlu mengutamakan perbelanjaan asas seperti susu anak, barangan dapur dan keperluan persekolahan.Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, pengguna yang menggunakan kadar elektrik melebihi 600 kilowatt-jam (kWh) sebulan kini terdedah kepada peningkatan pelarasan bahan api automatik (AFA).Menurutnya, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) perlu segera menilai semula tahap AFA bagi pengguna domestik."Kadar AFA telah meningkat daripada 2.59 sen/kWh pada Jun kepada 3.59 sen (Julai), 3.80 sen (Ogos) dan 3.67 sen bagi bulan September ini."Kita mungkin tidak mampu mengawal harga global, tetapi kita boleh menentukan berapa banyak tekanan itu patut dipindahkan kepada rakyat di negara ini."Had 600 kWh semata-mata tidak semestinya menggambarkan kemampuan |
|
Armada desak SPRM buka sekatan akaun Bersatu - Sinarharian - 15/09 4:38 pm KUALA LUMPUR Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan sekatan terhadap akaun rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan berkaitan Program Jana Wibawa, pada Selasa.Ketua Penerangan Armada, Harris Idaham Rashid berkata, pihaknya menyambut baik keputusan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin itu dan berpandangan tiada lagi asas perundangan mahupun moral untuk meneruskan pembekuan akaun berkenaan."Rentetan pelepasan mutlak ini, Armada menuntut agar SPRM segera membatalkan sekatan ke atas akaun-akaun bank rasmi Bersatu tanpa sebarang alasan birokrasi lagi."Tiada lagi asas perundangan mahupun moral untuk terus membekukan hak pengurusan kami," katanya dalam kenyataan.Akaun Bersatu sebelum ini dibekukan SPRM pada Januari 2023 bagi membantu siasatan berkaitan wang yang disyaki daripada hasil aktiviti haram sebelum dua akaun parti itu kemudiannya disita pada April tahun sama.Pada 18 Jun lalu, Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak permohonan semakan kehakiman Bersatu bagi mencabar tindakan SPRM membeku dan menyita dua akaun bank parti itu, dengan mahkamah mendapati perintah pembekuan tersebut sah serta mematuhi keperluan undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA).Dalam pada itu, Harris mendakwa rangkaian pertuduhan terhadap Muhyiddin merupakan satu bentuk "persekuasi politik" yang dirancang bagi melumpuhkan perjuangan Bersatu.Menurutnya, keputusan mahkamah menjadi pencetus kepada sayap parti itu untuk terus memperkukuh sokongan terhadap Muhyiddin serta kepimpinan parti."Kebenaran hari ini menjadi semboyan keramat: Bersatu kini sedia bangkit dengan solidariti penuh dan kekuatan total."Segala rintangan tirani ini tidak sedikit pun melemahkan maruah kami, malah menyemarakkan lagi obor perjuangan Armada untuk mara ke hadapan membentengi saf kepimpinan Muhyiddiin dan menuntut keadilan mutlak demi rakyat seluruh negara," jelas beliau.Terdahulu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri itu daripada satu pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM200 juta serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. |
|
Bot dinaiki tujuh pemancing dipercayai terbalik akibat ribut, ombak kuat - Sinarharian - 15/09 4:18 pm KLANG Bot dinaiki tujuh pemancing termasuk tekong yang dilaporkan hilang di perairan Klang pada Ahad dipercayai terbalik selepas dilambung ombak setinggi kira-kira empat meter.Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd Rahimi Zainol berkata, ketika kejadian keadaan cuaca dilaporkan ribut dan ombak kuat melanda kawasan perairan berkenaan."Cuaca buruk menyebabkan bot dinaiki pemancing itu terbalik dan karam," katanya kepada Sinar Harian.Mohd Rahimi berkata, empat daripada tujuh pemancing terbabit berjaya ditemui dalam keadaan selamat di perairan Sekinchan, kira-kira jam 10.01 pagi pada Selasa."Pihak berkuasa menerima maklumat daripada sebuah bot nelayan berhubung penemuan mangsa di kawasan perairan berkenaan."Pelampung keselamatan (life jacket) yang dipakai dan tong minyak kosong membantu menyelamatkan mangsa," katanya.Menurutnya, hasil tindakan susulan, empat mangsa itu dibawa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang."Keempat-empat mangsa kemudiannya di hantar ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan serta rawatan perubatan," katanya.Empat mangsa yang ditemui selamat ialah Mohd Shairazi Abdul Aziz, 43, Muhd Hamiszar Punirain, 45, Mohd Rizal Mohamad Sadali, 45, dan Zulfikalnain Awang, 47.Sebelum ini, polis menerima laporan pada Isnin berhubung kehilangan tujuh lelaki tempatan yang keluar memancing dari Jeti Sementa, Sungai Kapar, Klang kira-kira jam 8.20 pagi.Kesemua mereka bagaimanapun tidak kembali seperti dijadualkan, menyebabkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) digerakkan.Operasi itu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta agensi berkaitan.Bagaimanapun, tiga lagi mangsa masih belum ditemui dan operasi SAR diteruskan di kawasan perairan serta pesisir pantai berdasarkan sektor pencarian yang telah ditetapkan. |
|
Mohd Marzuki dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SKM - Sinarharian - 15/09 3:23 pm KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melantik Mohd Marzuki Yasoa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuat kuasa semalam.SKM memaklumkan, Mohd Marzuki yang mempunyai lebih 26 tahun pengalaman dalam gerakan koperasi diharap dapat terus memperkukuh keupayaan suruhanjaya itu dalam menghadapi landskap gerakan koperasi yang kian dinamik di samping meningkatkan daya saing, profesionalisme dan tadbir urus sektor koperasi."Pelantikan ini langkah penting bagi memperkukuh kepimpinan dan kesinambungan pentadbiran SKM, sejajar dengan hasrat untuk terus memperkasakan gerakan koperasi sebagai penyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara," menurut SKM dalam kenyataan hari ini.Mohd Marzuki akan menerajui pengurusan dan operasi harian SKM, termasuk memastikan dasar, strategi serta program pembangunan koperasi dilaksanakan secara berkesan, berintegriti dan berimpak.Menurut SKM, berlandaskan kepimpinan baharu itu, pihaknya akan menumpukan kepada usaha memperkukuh ekosistem koperasi dengan memperkasakan tadbir urus, meningkatkan keupayaan koperasi, mengembangkan aktiviti perniagaan, menggalakkan inovasi serta mempercepat transformasi digital.Kenyataan itu menjelaskan sebagai badan kawal selia tunggal gerakan koperasi negara, SKM akan meneruskan kerjasama dengan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dalam bidang latihan dan pembangunan modal insan serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) yang mewakili suara dan kepentingan gerakan koperasi di dalam dan luar negara.SKM juga akan memperhebat kerjasama strategik dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), kementerian dan agensi kerajaan, kerajaan negeri serta pemegang taruh gerakan koperasi bagi memastikan sektor koperasi terus berkembang sebagai antara pemacu penting ekonomi negara |
|
Empat pemancing ditemui terapung, tiga lagi masih hilang - Sinarharian - 15/09 3:10 pm KLANG Empat daripada tujuh pemancing termasuk seorang tekong yang dilaporkan hilang di perairan One Fathom Bank dekat sini berjaya ditemukan selamat pada Selasa.Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, kesemua mangsa ditemukan oleh bot nelayan tempatan dalam keadaan terapung di perairan Sekinchan."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua pada jam 7 pagi selepas ditangguhkan pada jam 7 malam Isnin."Operasi hari kedua melibatkan aset laut dan udara Maritim Malaysia serta aset Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dua bot nelayan tempatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Menurut beliau, sektor pencarian di laut diperluaskan sehingga meliputi kawasan seluas 203.5 batu nautika persegi, manakala pencarian udara melibatkan kawasan seluas 764 batu nautika persegi."Kesemua mangsa ditemukan pada jam 9.50 pagi dalam keadaan lemah," katanya.Terdahulu, media melaporkan empat mangsa yang ditemukan selamat dikenal pasti sebagai Mohd Shairazi Abdul Aziz, 43, Mohd Rizal Mohamad Sadali, 45, Muhd Hamiszar Punirain, 45, dan tekong bot, Zulfikalnain Awang, 47.Dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala dua lagi dibawa ke Hospital Banting bagi pemeriksaan kesihatan.Bagaimanapun, tiga lagi mangsa masih belum ditemukan, iaitu Muhamad Ridzuan Ruhaizat, 37, Mohd Shahril Abd Rahman, 43 dan Raja Mohd Rozi Raja Mohamad, 49.Mengulas lanjut, Abdul Muhaimin berkata, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan baki tiga mangsa yang masih hilang."Bagaimanapun, keadaan berjerebu menghadkan jarak penglihatan dan sedikit menyukarkan operasi pencarian," katanya.Beliau berkata, Maritim Malaysia akan terus menyelaras operasi bersama semua agensi yang terlibat bagi memastikan usaha pencarian dijalankan secara menyeluruh sehingga kesemua mangsa berjaya dikesan.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Maritim Malaysia Negeri Selangor di talian 013-660 6652 bagi membantu operasi mencari dan menyelamat. |
|
PPS mesra OKU antara persiapan JKM hadapi musim tengkujuh - Mygazette - 15/09 2:47 pm Melalui program-program atau latihan seperti ini, kita nak melibatkan semua agensi-agensi yang berkaitan. JKM sebagai agensi yang mengendalikan PPS, kita bersama-sama dengan NADMA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba dan sebagainya, katanya |
|
Kerajaan Perpaduan bukan tiket imuniti isu integriti ??? AMK Kerajaan .. - Mygazette - 15/09 2:47 pm # Kerajaan Perpaduan bukan tiket imuniti isu integriti AMK KUALA LUMPUR Kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan bukan tiket untuk mengetepikan persoalan integriti, termasuk terhadap mana-mana calon yang mahu diangkat sebagai Perdana Menteri. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang merangkap Ketua AMK Selangor, Muhammad Iman Haziq berkata, persoalan yang dibangkitkan AMK adalah berkaitan integriti calon dan bukannya cubaan menjatuhkan hukuman terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
PAT - ATM sedia atur gerak aset udara bantu pasukan doktor udara - Careta - 15/09 7:40 am Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia mengatur gerak aset udaranya bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) dan pemindahan perubatan kecemasan di kawasan pedalaman |
|
Jangan jadikan DNAA senjata politik serang Zahid ??? Hasry Sham - Mygazette - 15/09 7:35 am # Jangan jadikan DNAA senjata politik serang Zahid Hasry Sham KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak seharusnya menjadikan isu pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) sebagai senjata politik untuk menyerang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
Nak jadi PM ke-11? AMK pesan Zahid: Selesaikan dulu bayang-bayang kes mahkamah - Harapandaily - 14/09 3:35 pm Hasrat untuk menerajui Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kini berdepan satu persoalan yang belum selesai sejauh mana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mampu meyakinkan rakyat mengenai isu integriti yang masih berkait dengan kes Yayasan Akalbudi. Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Danish Hairuddin berkata, Presiden Umno itu wajar menyelesaikan terlebih dahulu proses.. |
|
Kalau mahu jadi pengadil integriti, jangan pilih-pilih – Pemuda UMNO - Mygazette - 14/09 3:18 pm # Kalau mahu jadi pengadil integriti, jangan pilih-pilih - Pemuda UMNO KUALA LUMPUR Pemuda UMNO mengingatkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) supaya tidak memilih-milih apabila bercakap mengenai soal integriti, termasuk dalam menilai kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi |
|
Selesaikan dulu isu integriti jika mahu jadi PM ??? AMK ingatkan... - Mygazette - 14/09 3:18 pm # Selesaikan dulu isu integriti jika mahu jadi PM AMK ingatkan Zahid KUALA LUMPUR Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu terlebih dahulu menyelesaikan persoalan integriti yang masih membayangi dirinya sebelum bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri ke-11 selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16). Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Danish Hairuddin berkata, hasrat untuk memimpin negara tidak seharusnya hanya bersandarkan kekuatan politik, sebaliknya perlu disertai rekod integriti yang diyakini rakyat |
|
Isu DNAA Ahmad Zahid: AMK jangan hipokrit - Sinarharian - 14/09 3:14 pm KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak seharusnya menjadikan keputusan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) dalam kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai modal serangan politik terhadap kepimpinan parti itu.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Mohd Affifi Aris berkata, seseorang tidak boleh dianggap bersalah hanya kerana disiasat atau didakwa, sebaliknya kesalahan perlu dibuktikan melalui proses mahkamah."Jangan mendahului mahkamah |
|
Cadangan wujudkan semula NTF kekang kemasukan PATI - Utusan - 14/09 3:06 pm KUALA LUMPUR: Operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi keselamatan di negara ini perlu diwujudkan dengan fungsi seumpama Pasukan Petugas Khas (NTF) dalam usaha mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, pendekatan tersebut penting bagi meningkatkan kerjasama khususnya dalam aspek perkongsian maklumat serta penggunaan .. |
|
FDS: ATM sedia atur gerak aset udara bantu KKM - PAT - Sinarharian - 14/09 1:23 pm KUALA LUMPUR - Aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia diatur gerak bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) dan pemindahan perubatan kecemasan di kawasan pedalaman.Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, ATM mempunyai kemudahan serta peruntukan helikopter yang mencukupi untuk melaksanakan misi tersebut."ATM sedia berkerjasama sebaik sahaja permohonan rasmi diselaraskan oleh pihak kementerian."Sebagai penyedia perkhidmatan dalam konteks keselamatan menyeluruh serta bantuan kecemasan, kita akan tampung kelompangan pada waktu kritikal ini, terutamanya di kawasan yang sukar diakses," katanya dalam sesi temubual sempena Hari ATM Ke-93 di Wisma Pertahanan, di sini pada Isnin.Malek berkata, pihaknya sedia memenuhi permintaan pihak kementerian dan menyelaraskan gerak kerja bagi memastikan perkhidmatan untuk rakyat tidak terjejas.Pada Ahad, media melaporkan KKM akan menggunakan aset dari empat agensi penguatkuasaan bagi mengendalikan penerbangan ihsan bagi merawat pesakit di pedalaman.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, empat agensi itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).Dr Dzulkefly memaklumkan, bantuan penerbangan itu dijalankan selepas KKM memutuskan semua operasi FDS ditangguhkan bagi membolehkan siasatan dan semakan terhadap mekanisme keselamatan dan operasi oleh pihak berkaitan.Tragedi helikopter BO-105 yang terhempas dan terbakar berhampiran landasan STOLport Long Lellang, Sarawak, 8 September lalu telah mengorbankan lima nyawa termasuk empat petugas perubatan KKM.Mereka yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30; pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33; pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31; serta dua jururawat iaitu Jessie Paya Jok, 44, dan Debra Moset, 40. |
|
Keselamatan sempadan: ATM cadang penyelarasan agensi seperti NTF - Sinarharian - 14/09 1:09 pm KUALA LUMPUR - Pendekatan seumpama Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) dengan penyelarasan pelbagai agensi secara bersepadu telah dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha memperkukuh keselamatan sempadan negara.Antara agensi terlibat ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, pendekatan seumpama NTF itu akan menghimpunkan agensi bagi menyelaraskan peranan masing-masing dengan lebih baik, khususnya dalam menangani kelemahan keselamatan di sepanjang sempadan darat dan maritim negara.Menurutnya, ATM sudah mengemukakan cadangan supaya setiap agensi dihimpunkan bagi menjalankan tugas ini menerusi operasi yang lebih bersepadu dan diselaraskan."Sebelum ini, agensi masing-masing mungkin beroperasi secara berasingan."Kini kami melihat kepada pendekatan bersepadu dan diselaraskan kerana ia lebih berkesan dalam menangani isu ini," katanya dalam sesi temubual sempena Hari ATM Ke-93 di Wisma Pertahanan, di sini pada Isnin.Malek berkata, pendekatan sama pernah digunakan menerusi NTF ketika pandemik Covid-19 yang menurutnya terbukti berkesan dalam menyelaras usaha pelbagai agensi.Tambahnya, elemen pendekatan itu boleh dikembalikan walaupun tidak semestinya pada skala sama, bagi menangani cabaran keselamatan sempadan ketika ini."Kami pernah melakukan perkara ini menerusi NTF ketika pandemik dan kami melihat ia berkesan."Atas apa juga sebab, mekanisme itu kemudiannya diubah |
|
Perkelahan 9 sahabat bertukar tragedi, seorang lemas dihanyut arus deras - Sinarharian - 14/09 12:59 am ROMPIN - Kegembiraan sembilan sahabat berkelah di Jeram Air Leleh, Bukit Ibam di sini pada Ahad bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dihanyutkan arus deras sebelum ditemukan lemas pada Isnin.Mangsa dikenali Muhammad Azreen Othman, 25, ditemukan pada kedalaman 12 meter kira-kira enam meter dari lokasi terakhir dia dilihat.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian membabitkan lelaki berkenaan kira-kira jam 5.40 petang pada Ahad.Menurutnya, mangsa bersama tiga rakan lelaki dan lima rakan wanita tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 2 petang untuk berkelah dan mandi-manda."Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 petang ketika mangsa sedang mandi sambil bergayut pada tali yang diikat antara pokok melintasi anak sungai. Mangsa dikatakan terlepas memegang tali itu sebelum dibawa arus menuju ke jeram."Dua saksi wanita yang berada berhampiran sempat mencapai tangan mangsa, namun terlepas kerana licin, selain keadaan fizikal mangsa dan arus deras ketika kejadian."Mangsa juga dipercayai tidak pandai berenang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan dengan bantuan anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).Menurut Sharif Shai, dua penyelam JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan menemukan mangsa kira-kira jam 8.50 pagi Isnin."Ini merupakan kes kematian kedua yang dilaporkan berlaku di lokasi kejadian tersebut."Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Pahang, Mohd Salahuddin Isa memberitahu, sejumlah 19 anggota dari BBP Muadzam Shah dan Pasukan Penyelamatan Dasar Air (PPDN) Bomba telah terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling serta memahami risiko kawasan rekreasi yang dikunjungi."Pastikan pengawasan ketat terhadap ahli keluarga ketika beriadah di kawasan rekreasi melibatkan air."Wajibkan guna jaket keselamatan bagi aktiviti sukan di air seperti naik bot atau mandi-manda di kawasan berarus," katanya. |
|
Subsidi bersasar bukan menyusahkan rakyat, sebaliknya elak ketirisan wang negara - Mypress - 14/09 12:17 am KOTA KINABALU – Pelaksanaan subsidi bersasar menerusi BUDI Diesel perlu ditambah baik mengikut keperluan rakyat Sabah, bukannya dimansuhkan atau dikembalikan kepada sistem subsidi pukal. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah,… |
|
Makanan, tempat kerja magis satukan rakyat Malaysia - Sinarharian - 14/09 10:00 am SHAH ALAM - Menikmati makanan semeja dan hubungan terjalin di tempat kerja menjadi antara magis kehidupan harian yang menyatukan rakyat di negara ini tanpa mengira kaum, agama serta latar belakang.Peniaga rojak, Kesavan Chandra Dass, 55, berkata, semangat perpaduan di premis makanannya terserlah apabila pelanggan Melayu, Cina, India dan Sikh boleh duduk bersama serta beramah mesra ketika menjamu selera."Kalau meja tak cukup, kemudian contohnya ada keluarga Cina baru sampai, saya nampak ada keluarga Melayu dan India sudi berikan tempat."Memang semangat perpaduan itu kuat, terus tenggelam isu perkauman yang sering dimomok-momokkan," katanya.Sementara itu, kontraktor pembinaan, Sean Yap, 46, berkata, kedai makan terutama restoran mamak menjadi ruang penting untuk masyarakat bergaul dan mengenali antara satu sama lain.Menurutnya, nasi kandar adalah menu kegemaran kerana menepati cita rasa rakyat Malaysia selain suasana meriah di restoran mamak membolehkan pelanggan berbeza kaum duduk bersama.Sean mengakui pengalaman dalam dunia perniagaan turut membuktikan kepelbagaian kaum memberi satu kelebihan apabila hubungan baik dengan masyarakat membuka lebih banyak ruang kerjasama.Tentera kongsi makan sekawahMakan satu kawah, tidur berdekatan dan saling menjaga ketika bertugas di hutan tanpa mempersoalkan status kaum menjadi antara kenangan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Nagarajoo Veloo, 67, ketika mengenang semangat perpaduan lebih empat dekad lalu."Ketika itu, anggota Melayu, Cina dan India berkongsi susah senang."Hubungan antara anggota begitu rapat sehingga kami saling menjaga seperti adik-beradik terutama ketika bertugas dalam keadaan mencabar."Dulu semua makan satu kawah |
|
Jika Ahmad Zahid bercita-cita jadi PM selesaikan dahulu isu integriti - AMK - Sinarharian - 14/09 12:40 am KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu membersihkan namanya di mahkamah terlebih dahulu sebelum bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang akan datang.Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Danish Hairuddin berkata, umum masih maklum terdapat proses perundangan berkaitan keputusan dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) berkaitan kes Yayasan Akalbudi terhadap Presiden UMNO itu.Jelasnya, Mahkamah Persekutuan dijadualkan pada 8 Oktober ini untuk mendengar permohonan beliau dan Peguam Negara bagi mendapatkan kebenaran merayu dalam prosiding berkaitan cabaran Badan Peguam terhadap keputusan tersebut."Saya tidak mahu mendahului mahkamah dan kita mesti menghormati proses undang-undang."Tetapi jika benar ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, saya fikir adalah lebih baik segala persoalan yang masih membayangi integriti seseorang pemimpin diselesaikan terlebih dahulu melalui saluran undang-undang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Danish menegaskan, pihaknya menghormati hak mana-mana parti untuk menentukan calon mereka.Namun akhirnya ujarnya, Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri yang bukan sahaja mempunyai sokongan untuk memerintah, tetapi juga mempunyai keyakinan rakyat untuk memimpin.Katanya lagi, soal siapa yang mahu dicalonkan sebagai Perdana Menteri selepas PRU akan datang adalah hak setiap parti serta gabungan politik dan tidak perlu mendahului keputusan rakyat."Namun, sesiapa sahaja yang bercita-cita memimpin negara perlu memahami bahawa jawatan Perdana Menteri bukan sekadar soal mempunyai sokongan politik |
|
KKM jamin kesihatan pedalaman Sarawak terus dipelihara - Sinarharian - 13/09 7:08 pm PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan kesinambungan akses kesihatan penduduk pedalaman Sarawak akan terus dipelihara susulan penangguhan sementara operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di negeri itu.KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penangguhan itu melibatkan tujuh pasukan FDS yang memberi liputan kepada 85 lokaliti dengan anggaran populasi sekitar 14,830 penduduk di kawasan pedalaman.Menurut kenyataan itu, strategi serampang dua mata sedang diaktifkan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan secara sistematik dan berfasa, dengan keselamatan serta kebajikan petugas kesihatan kekal sebagai keutamaan."Bagi memastikan kesinambungan rawatan, KKM sedang giat menilai semula program perkhidmatan kesihatan ke setiap lokaliti berdasarkan tahap kebolehcapaian dan keadaan setempat."Sebagai langkah pengoptimuman, KKM kini memaksimumkan penggunaan mod pengangkutan alternatif melalui jalan darat dan jalan air," menurut kenyataan itu.KKM memaklumkan sebarang kaedah alternatif hanya akan dilaksanakan selepas penilaian risiko yang merangkumi keadaan laluan, tempoh perjalanan, cuaca dan kesesuaian kenderaan mendapati kaedah berkenaan benar-benar selamat untuk petugas.Bagi lokaliti yang berdepan kekangan akses geografi dan infrastruktur yang ketara, KKM sedang melaksanakan penyelarasan logistik khusus, termasuk bagi Pa Tik yang memerlukan perjalanan sehingga dua hari dengan berjalan kaki dari Klinik Kesihatan Bario.Turut terjejas ialah Ba Itam, Ba Abang dan Long Tebangan yang memerlukan perjalanan antara empat hingga 10 jam dari Klinik Kesihatan Long Bedian berikutan laluan terputus dan keadaan jambatan runtuh."Bagi kawasan berisiko tinggi ini, serta untuk keperluan Pemindahan Perubatan kecemasan (MEDEVAC), KKM akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti mana yang telah dimaklumkan sebelum ini," menurut kenyataan itu.KKM dalam pada itu memaklumkan tempoh penangguhan operasi FDS bergantung sepenuhnya kepada hasil siasatan rasmi oleh pihak berkuasa dan pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada agensi berkaitan bagi memastikan siasatan insiden itu dapat dilengkapkan secara menyeluruh.Menurut kenyataan itu, semua petugas kesihatan yang terlibat dalam pasukan FDS akan terus dilindungi berdasarkan peraturan dan polisi yang terpakai kepada penjawat awam."KKM kini sedang melaksanakan audit menyeluruh dengan meneliti semula pemetaan lokasi perkhidmatan, tahap pematuhan standard syarikat pengendali, serta keperluan sokongan psikososial kepada petugas."Operasi ini hanya akan disambung semula setelah KKM berpuas hati secara mutlak bahawa keupayaan operasi dan sistem penyampaian ini benar-benar selamat," menurut kenyataan itu |
|
KKM jamin akses kesihatan penduduk pedalaman Sarawak diteruskan - Mygazette - 13/09 7:04 pm Turut terjejas ialah Ba Itam, Ba Abang dan Long Tebangan yang memerlukan perjalanan antara empat hingga 10 jam dari Klinik Kesihatan Long Bedian berikutan laluan terputus serta keadaan jambatan runtuh. Bagi kawasan berisiko tinggi ini serta untuk keperluan pemindahan perubatan kecemasan (MEDEVAC), KKM akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, katanya |
|
KKM serah 5 jenazah nahas helikopter Miri kepada keluarga hari ini... - Mygazette - 13/09 7:04 pm Bagi juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham pula, jenazah Allahyarham akan diterbangkan dari Miri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) menaiki penerbangan Malaysia Airlines untuk dikebumikan di Taman Perkuburan Forest Height, Senawang, Negeri Sembilan. KKM amat berterima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyediakan kemudahan logistik TUDM bagi melancarkan urusan penghantaran pulang jenazah ke Semenanjung Malaysia |
|
Nelayan terjatuh ke laut - Mygazette - 13/09 7:02 am Yusharifuddin berkata, abang mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat pada 5.53 pagi bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan. Beliau berkata Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah diwujudkan bagi menyelaras operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 12 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 10 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), 16 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 13 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) |
|
Sokongan ATM amat dihargai, UMNO terus perkukuh pertahanan negara – .. - Mygazette - 13/09 7:02 am # Sokongan ATM amat dihargai, UMNO terus perkukuh pertahanan negara - Khaled KUALA LUMPUR - Sokongan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat dihargai UMNO, dengan parti itu memberi jaminan akan terus bersama pasukan keselamatan dalam memperkukuh pertahanan dan ketahanan negara |
|
Profesional, tokoh korporat perkasa peranan APM - Mygazette - 13/09 7:02 am MELAKA - Golongan profesional dan pemimpin korporat yang berkhidmat sebagai pegawai bersekutu mampu memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka serta fungsi menyelamat yang dilaksanakan pasukan itu |
|
PRU16: Menteri, MP UMNO perlu nyata pendirian jelas -AMK - Mygazette - 13/09 7:02 am # PRU16: Menteri, MP UMNO perlu nyata pendirian jelas -AMK KUALA LUMPUR - Menteri dan ahli Parlimen UMNO digesa perlu menyatakan pendirian jelas jika parti itu benar-benar merasakan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) perlu diadakan lebih awal bagi mendapatkan mandat baharu. Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Nabil Halimi berkata, jika UMNO mahu kekal bersama kerajaan, mereka sepatutnya memikul tanggungjawab itu sehingga tamat penggal mandat berkenaan |
|
UMNO cabar cerai tetapi masih tarik selimut sebelah - AMK - Sinarharian - 12/09 8:54 pm SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggambarkan UMNO yang mencabar kerajaan untuk mengeluarkan Barisan Nasional (BN) daripada Kabinet seperti pasangan yang lantang meminta untuk bercerai.Naib Ketua AMK, Nabil Halimi berkata, UMNO dilihat seperti mahu meninggalkan kerajaan, namun pada masa sama masih mahu mengekalkan kedudukannya dalam pentadbiran."UMNO ini macam pasangan yang mulut cabar 'ceraikan aku kalau berani', tapi beg tak berkemas, barang tak berangkat, malam masih tarik selimut sebelah."Nak berpisah, tapi sayang keselesaan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencabar Kerajaan Perpaduan supaya mengeluarkan BN secara rasmi daripada kerajaan jika benar parti itu tidak lagi diperlukan dalam pentadbiran negara.Ahmad Zahid berkata, tindakan tersebut perlu dibuat secara terbuka dan mengikut proses demokrasi, termasuk mengadakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya kerajaan benar-benar berani mengambil langkah berkenaan.Menurut Nabil, tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dilihat lebih tegas apabila memilih untuk berada di blok pembangkang selepas tidak lagi selesa dengan kerajaan."Rasanya Syed Saddiq dan Muda lebih anak jantan, tidak selesa dengan kerajaan terus pindah kerusi Pembangkang," katanya lagi. |
|
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana - Mypress - 12/09 8:15 pm KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana |
|
Ancaman siber, dron, AI cabaran baharu pertahanan negara - Raja Muda Perlis - Sinarharian - 12/09 12:30 am ARAU - Ancaman terhadap keselamatan negara kini tidak lagi terhad kepada peperangan konvensional sebaliknya turut merangkumi serangan siber, peperangan hibrid, penggunaan dron, kecerdasan buatan (AI) dan ketidaktentuan politik global.Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkembangan berkenaan menjadikan medan pertahanan masa hadapan semakin kompleks kerana ia bukan sahaja melibatkan ruang fizikal, malah turut merangkumi aspek digital dan pemikiran.Sehubungan itu, baginda menyeru generasi baharu supaya celik teknologi, bijak menilai maklumat, memahami isu keselamatan serta sentiasa peka terhadap perkembangan geopolitik."Dalam mendepani cabaran ini, semangat cinta akan negara mesti menjadi tunjang perjuangan."Pegang teguh prinsip kesetiaan, keberanian dan kejujuran dalam setiap tindakan," titah baginda.Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Awam (PALAPES UA) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada Sabtu.Tuanku Syed Faizuddin turut mengingatkan pegawai muda supaya bijaksana menilai setiap maklumat agar tidak mudah dipengaruhi propaganda, berita palsu atau naratif yang boleh mengganggu gugat keharmonian dan keamanan negara.Baginda yang juga Canselor UniMAP pada masa sama menitahkan agar mereka memelihara nama baik Institusi Raja, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), universiti dan pasukan yang diwakili."Tampilkan keteladanan dalam tutur kata, tingkah laku dan tindakan kerana setiap pegawai bukan sahaja membawa nama organisasi, namun turut memikul maruah dan amanah negara."Ingatlah, mempertahankan negara bukan sekadar tugas, tetapi komitmen dan tanggungjawab kepada tanah air," titah baginda.Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin menzahirkan tahniah kepada seluruh Pegawai Kadet PALAPES yang berjaya menamatkan latihan dan ditauliahkan sebagai Pegawai Muda dalam Rejimen Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia (TDM), Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).Istiadat berkenaan menyaksikan seramai 1,885 Pegawai Kadet PALAPES daripada 20 universiti awam seluruh negara menerima pentauliahan.Daripada jumlah itu, seramai 1,218 Pegawai Muda ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Wataniah, manakala 389 ke dalam Pasukan Simpanan Sukarela TLDM dan 278 lagi ke dalam Pasukan Simpanan Sukarela TUDM.Istiadat tersebut turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pedang Kehormat kepada 39 Pegawai Kadet Terbaik bagi setiap perkhidmatan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian, kepimpinan, disiplin dan kecemerlangan sepanjang menjalani latihan PALAPES.UniMAP diberi penghormatan menjadi tuan rumah penganjuran Istiadat Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet PALAPES UA ke-44 Tahun 2026 buat julung kalinya.Selain istiadat berkenaan, pelbagai pameran aset dan demonstrasi ketenteraan turut dibuka kepada orang ramai di sekitar Padang Kawad dan Dataran Boulevard UniMAP dari 10 hingga 12 September.Antara yang dipamerkan termasuk aset pertahanan darat, laut dan udara, selain demonstrasi terjun bebas, Tempur Tanpa Senjata, ikhtiar hidup serta pertunjukan anjing perang. |
|
UniMAP tuan rumah Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES Ke-44 - Sinarharian - 12/09 9:30 am Pangkat memberikan kuasa, tetapi integriti memberikan kewibawaan.PALAPES bukan hanya untuk melahirkan pegawai simpanan. Kita mahu melahirkan individu yang boleh dipercayai sama ada mereka berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia, sektor awam, industri atau bidang profesional.Latihan yang dilalui mengajar mereka mematuhi arahan, bekerja dalam pasukan, mengurus tekanan, membuat keputusan dan menerima teguran.Dalam konteks kedaulatan negara, apakah peranan generasi muda hari ini?Ancaman terhadap negara sudah berubah |
|
Guru, petrol dan ???keputusan peperiksaan???, AMK balas Zahid Guru, petrol .. - Mygazette - 12/09 7:57 am # Guru, petrol dan keputusan peperiksaan, AMK balas Zahid KUALA LUMPUR - Tiga perkara iaitu guru, subsidi petrol dan keputusan peperiksaan dijadikan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairuddin untuk membidas kenyataan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
Angkat MA63 sebagai naratif nasional permulaan kepada perbincangan lebih .. - Mygazette - 12/09 7:57 am # Angkat MA63 sebagai naratif nasional permulaan kepada perbincangan lebih besar Kamil Munim KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menyifatkan seruan untuk mengangkat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai naratif nasional sebagai permulaan kepada sebuah perbincangan yang lebih besar |
|
MA63 perlu diangkat sebagai naratif nasional, bukan isu Sabah dan Sarawak semata-mata - Kamil Munim - Sinarharian - 11/09 10:18 pm SHAH ALAM - Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diangkat secara lebih mendalam sebagai sebahagian daripada naratif nasional, bukan sekadar dilihat sebagai tuntutan wilayah antara Kota Kinabalu, Kuching dan Putrajaya.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, penegasan Perdana Menteri di Sabah itu membuka ruang untuk menilai semula kefahaman mengenai sejarah, asas pembentukan serta makna Malaysia.Beliau berkata, selepas lebih enam dekad pembentukan Malaysia, wacana kebangsaan masih banyak berlegar dari sudut pandang Semenanjung, sedangkan sejarah tidak pernah meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai catatan sampingan."Naratif nasional tidak memadai sekadar dengan masyarakat di Semenanjung memahami tuntutan Sabah dan Sarawak |
|
Pelancong ditemui maut ketika mendaki di Cameron Higlands - Sinarharian - 11/09 8:12 pm CAMERON HIGHLANDS- Seorang pelancong warga Jerman ditemukan maut dalam lubang bekas laluan air ketika melakukan aktiviti mendaki bersama isterinya di Jungle Trail 10 di sini pada Jumaat.Dalam kejadian itu, mangsa, Hasselbusch Jorg, 58, maut, manakala isterinya, 57, terselamat.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.04 tengah hari yang memaklumkan berlaku kejadian tanah runtuh di lokasi berkenaan."Hasil laporan mendapati tiada kejadian tanah runtuh berlaku di lokasi terbabit, sebaliknya mangsa dipercayai tergelincir ke dalam lubang bekas laluan air ketika melakukan aktiviti mendaki bersama isterinya."Pemeriksaan awal terhadap mangsa mendapati lelaki berkenaan tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Susulan itu Zulfadli berkata, sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi membawa mangsa keluar dari kawasan berkenaan.Beliau berkata, jentera tiba di kaki bukit pada jam 12.35 tengah hari sebelum anggota meneruskan perjalanan secara berjalan kaki sejauh kira-kira tujuh kilometer ke lokasi kejadian."Pasukan tiba di lokasi pada jam 1.20 tengah hari sebelum membawa mangsa turun ke kaki gunung menggunakan pengusung."Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan meninggal dunia," katanya.Operasi berkenaan turut dibantu tujuh anggota polis, lima anggota Jabatan Perhutanan, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dua anggota KKM. |
|
UMNO sepatutnya bersyukur, terima kasih pada Anwar dalam isu RCI TH... - Mygazette - 11/09 4:07 pm # UMNO sepatutnya bersyukur, terima kasih pada Anwar dalam isu RCI TH - Shafiq KUALA LUMPUR - Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd |
|
Pengamal media bekerja di kawasan berisiko digesa perketat protokol keselamatan - ISWAMI - Sinarharian - 11/09 3:00 pm SHAH ALAM - Petugas media yang bekerja di kawasan berisiko diingatkan supaya mengutamakan protokol keselamatan ketat susulan insiden lima pengamal media Indonesia dilaporkan terputus hubungan ketika membuat liputan aktiviti letusan Gunung Anak Krakatau.Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, langkah itu penting bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.Menurut beliau, insiden tersebut juga menjadi peringatan besar tentang risiko tinggi serta pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh pengamal media demi menyampaikan berita sahih dari kawasan bencana."ISWAMImenzahirkan rasa amat prihatin dan simpati yang mendalam berhubung insiden kehilangan lima petugas media Indonesia yang dilaporkan terputus hubungan sejak 8 September lalu ketika menjalankan tugas liputan aktiviti letusan Gunung Anak Krakatau di sekitar perairan Selat Sunda."Kami diISWAMI memantau rapat perkembangan misi mencari dan menyelamat (SAR) ini. Seluruh komuniti media di Malaysia bersimpati dengan rakan sejawat di Indonesia dalam menempuhi detik berkenaan."Doa serta ingatan kami sentiasa mengiringi kelima-lima rakan media iaitu Muhammad Bagus Khoirunnas dari Antara, Arie Basuki (Merdeka.com), Yudistiro Pranoto (iNews), Firdaus Wajidi (Anadolu Agency) dan Donal Husni (wartawan bebas), serta tiga kru kapal yang bersama mereka," katanya dalam satu kenyataan.Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Banten, Al Amrad pada 8 September lalu dilapor berkata, lima petugas media Indonesia dilaporkan terputus hubungan ketika membuat liputan mengenai aktiviti letusan Gunung Anak Krakatau di sekitar Pulau Sebesi, Lampung, selatan Sumatera, tidak jauh dari gunung berapi berkenaan.Menurutnya, pasukan SAR gabungan masih menjalankan operasi pencarian secara intensif bagi mengesan kesemua petugas media berkenaan.Mengulas lanjut, Ahmad Zaini berkata, sebagai sebuah badan yang mendasari semangat setiakawan dan persaudaraan wartawan serantau,ISWAMI akan terus memberikan sokongan moral kepada keluarga mangsa serta organisasi media terlibat.Selain itu, beliau berharap akan ada berita gembira dalam masa terdekat."ISWAMI turut menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi pihak berkuasa Indonesia, termasuk Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) yang telah mengerahkan aset bagi mengesan kedudukan mangsa," katanya.Beliau dalam masa sama berharap agar pasukan SAR gabungan terus tabah dan mempergiatkan usaha pencarian di sekeliling kawasan terjejas sehingga kesemua mereka ditemui dengan selamat. |
|
Persetujuan parti helah melambatkan RUU Dana Politik - Utusan - 11/09 7:40 am PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan tindakan kerajaan yang mahu mendapatkan persetujuan daripada parti-parti politik untuk menggubal RUU Pendanaan Politik. Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Naim Brundage berkata, tindakan itu dilihat janggal kerana kerajaan sebelum ini bebas membuat keputusan yang jelas memberi impak kepada puluhan juta rakyat negara ini |
|
RCI TH: UMNO sepatutnya bersyukur, terima kasih kepada Anwar, Kerajaan Madani - AMK - Sinarharian - 11/09 1:30 am KUALA LUMPUR - UMNO sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani yang bertindak tegas serta tanpa 'pilih bulu' untuk membersihkan parti itu daripada imej rasuah dan salah guna kuasa yang sinonim dengannya.Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, UMNO tidak sepatutnya melihat ketegasan Anwar dalam membanteras rasuah sebagai ancaman kepada parti, sebaliknya sebagai peluang untuk melakukan reset terhadap budaya politiknya."UMNO sudah terlalu lama dibebani dengan persepsi rasuah dan salah guna kuasa, termasuk selepas bekas presidennya sendiri disabitkan kesalahan dan menjalani hukuman penjara |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |