///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Aminuddin Harun News   Page 1    





Negeri Sembilan MCA quits local councils in solidarity with Umno - Sinchew - 29/04 1:57 pm

"Negeri Sembilan MCA will reconsolidate and chart a direction that can more effectively protect and advance the interests of the Chinese community in the political changes that lie ahead," he said. On Apr 27, 14 Umno assemblymen under Barisan Nasional in Negeri Sembilan withdrew support for Pakatan Harapan- led Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, citing no confidence in his leadership over ongoing royalty dispute





The Negeri Sembilan power grab: Umno gently slides the knife into PH - Sinchew - 29/04 1:57 pm

The Negeri Sembilan power grab: Umno gently slides the knife into PH The political turbulence in Negeri Sembilan has settledfor nowinto this: Pakatan Harapan has announced that it retains the Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir's consent and will continue governing as a minority administration, with Datuk Seri Aminuddin Harun remaining as Menteri Besar





Wanita PKR kecam UMNO-BN N. Sembilan khianat mandat, korban kestabilan .. - Mygazette - 29/04 1:57 pm

Wanita Keadilan turut menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi untuk mempertahankan peranan serta fungsi institusi Raja-Raja Melayu sebagai pelindung kepada kedaulatan Perlembagaan, katanya. Terdahulu, 14 ADUN UMNO-BN menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun atas alasan kegagalan menyelesaikan kemelut membabitkan Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Seri Menanti





Baik bubar sahaja DUN Negeri Sembilan – Puad - Mygazette - 29/04 1:57 pm

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tidak akan dapat mentadbir negeri dengan licin jika ia kerajaan lemah, tidak ada majoriti kukuh dan dilanda dengan krisis adat dan perlembagaan





Krisis N. Sembilan: Beberapa ADUN UMNO disebut pengganti Exco? - Mygazette - 29/04 1:57 pm

MalaysiaGazette belum berjaya menghubungi kedua-dua pemimpin ini. Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan laporan bahawa beliau sudah melantik barisan Exco baharu bagi mengisi kekosongan empat jawatan yang ditinggalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) selepas 14 ADUN parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinannya





UMNO N. Sembilan gesa sidang khas DUN diadakan segera - Mygazette - 29/04 1:57 pm

"Pada pandangan saya, sidang khas dewan mesti dipanggil dalam masa terdekat, kita tiada pilihan kedua," katanya. Terdahulu, 14 ADUN UMNO-Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun atas alasan kegagalan menyelesaikan kemelut membabitkan Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Seri Menanti





Konflik N. Sembilan: Tak adil hukum, ambil keputusan terburu-buru ??? PM - Mygazette - 29/04 1:57 pm

Terdahulu beliau dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluncurkan pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI di Le Quadri, Kuala Lumpur. Semalam, 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO daripada Barisan Nasional (BN) mengumumkan menarik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Aminuddin Harun berkuat kuasa serta-merta





Kemelut politik: UMNO Negeri Sembilan mohon menghadap Tuanku Muhriz - Mygazette - 29/04 1:57 pm

# Kemelut politik: UMNO Negeri Sembilan mohon menghadap Tuanku Muhriz SEREMBAN - UMNO Negeri Sembilan telah menghantar permohonan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir susulan keputusan penarikan sokongan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, semalam





Penunggang motosikal maut, tak sempat elak lori 'u-turn' - Sinarharian - 29/04 1:32 pm

LAHAD DATU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian di pusingan U Kilometer 6 Jalan Lahad Datu-Sandakan di sini pada malam Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 53 tahun disahkan maut di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, hasil siasatan mendapati lori tersebut yang dipandu lelaki berusia 34 tahun dalam perjalanan dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu."Sebaik tiba di lokasi, pemandu tersebut telah membuat pusingan U untuk berpatah balik menghala ke arah Sandakan semasa kejadian, datang sebuah motosikal yang ditunggang mangsa dari arah Lahad Datu."Disebabkan jarak yang terlalu dekat menyebabkan motosikal tersebut telah terlanggar bahagian tepi sebelah kiri lori dan akibat kejadian itu, mangsa telah meninggal dunia di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."Mana-mana individu yang melihat kejadian ini boleh terus menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Humaidi Harun di talian 089-881255 atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu," katanya.





Bukan nak tebuk atap tetapi sudah tak percaya MB, kata Adun BN - FMT - 28/04 10:00 pm

14 Adun BN Negeri Sembilan yang tarik sokongan terhadap Aminuddin Harun semalam sebut kegagalan MB urus 'krisis institusi yang amat sensitif'.





Tidak timbul isu UMNO ingin jadi Menteri Besar, tebuk atap di Negeri Sembilan - MKT UMNO - Sinarharian - 28/04 9:50 pm

SHAH ALAM - Tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bukan disebabkan ingin menguasai negeri itu dengan cara menebuk atap seperti didakwa.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii sebaliknya menjelaskan, keputusan itu dibuat disebabkan kegagalan pentadbiran yang diterajui Aminuddin menangani krisis membabitkan institusi adat dan Perlembagaan Negeri Sembilan secara harmoni dan teratur."Tidak timbul isu untuk kita ingin mendapat kuasa Menteri Besar, sebabnya kalau hendak buat (UMNO jadi Menteri Besar), kita buat daripada awal kerana daripada awal lagi desakan untuk kita tubuhkan kerajaan bersama Perikatan Nasional tetapi kita tidak mengambil kesempatan itu untuk kita menebuk atap."Tetapi apabila krisis ini terjadi, adakah kita nak diam? Adakah ADUN-ADUN Negeri Sembilan ini akan melihat sahaja institusi raja ini sehingga hancur lebur? TIdak boleh





PH regrets actions of 14 Negeri Sembilan Umno-BN assemblymen - Sinardaily - 28/04 9:31 pm

KUALA LUMPUR -Pakatan Harapan (PH) has expressed regret over the actions of 14 Negeri Sembilan Umno-Barisan Nasional (BN) assemblymen who withdrew their support for the state government.PH Communications director Datuk Fahmi Fadzil said the move does not reflect the spirit of the unity government.He said PH strongly rejects what it described as a betrayal by Umno-BN in the state in attempting a "backdoor move to take over the state administration, with the reasons given have no connection whatsoever with the performance of Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun."The actions were taken without regard for the welfare of the people, and at a time when the unity government and the country are facing global supply crisis while striving to manage the economy and ease the burden on the people, he said in a statement today.He said PH reaffirmed its commitment that, as conveyed by its chairman to the Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan, the state administration under the leadership of the Menteri Besar continues to function as usual.Fahmi added that PH will continue to extend its cooperation to the state leadership to ensure economic stability and the welfare of the people."PH will also continue to uphold the role and functions of the institution of the Malay Rulers, he said.Yesterday, all 14 Umnoand BN assemblymen in Negeri Sembilan unanimously announced they had lost confidence in and withdrawn support for the state government led by Aminuddin





PH kekal sokong kepimpinan Aminuddin, tolak pengkhianatan UMNO-BN Negeri Sembilan - Fahmi - Sinarharian - 28/04 7:40 pm

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) akan kekal memberi kerjasama kepada kepimpinan kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun demi kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat di negeri itu.Pengarah Komunikasinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pakatan berkenaan juga akan terus mempertahan peranan dan fungsi institusi Raja-Raja Melayu.Menurutnya, PH juga menzahirkan rasa kesal dengan tindakan yang dibuat 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan tersebut kerana jelas tidak menghayati semangat Kerajaan Perpaduan."Pakatan Harapan menolak keras langkah pengkhianatan yang dilakukan UMNO Barisan Nasional Negeri Sembilan untuk cuba menebuk atap dan mengambil alih pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan, apatah lagi alasan tindakan 14 ADUN berkenaan tidak terkait sama sekali dengan prestasi Menteri Besar."Tindakan UMNO Barisan Nasional Negeri Sembilan ini telah dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan rakyat, malah dilakukan pada ketika Kerajaan Perpaduan dan negara berdepan dengan krisis bekalan global, dan berusaha menguruskan ekonomi serta mengurangkan beban yang dihadapi rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias pada Isnin mengumumkan 14 ADUN UMNO-BN sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.Jelasnya, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Perkembangan terbaharu itu turut mencetuskan konflik politik memandangkan Negeri Sembilan dibentuk melalui kerjasama Kerajaan Perpaduan.





Negeri Sembilan Umno seeks audience with Tuanku Muhriz - Sinardaily - 28/04 7:18 pm

SEREMBAN - The Negeri Sembilan Umno is seeking an audience with the Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, following its decision to withdraw support for the Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, yesterday.State Umno chief Datuk Seri Jalaluddin Alias said the request was made to formally convey the partys position on the shift in political support affecting the state administration."We have submitted a request for an audience to formally inform His Royal Highness of our withdrawal of support for the Menteri Besar





Persatuan Rangkaian Peniaga Malaysia kecam tindakan 14 ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan - Sinarharian - 28/04 6:47 pm

SHAH ALAM - Persatuan Rangkaian Peniaga Malaysia mengecam tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun di saat dunia termasuk Malaysia sedang berhadapan tekanan ekonomi akibat konflik global.Presidennya, Balamurugan Sinnathamby berkata, perbuatan itu tindakan politik tidak bertanggungjawab dan mengancam kestabilan serta kemajuan ekonomi negeri ketika rakyat amat memerlukan kepimpinan yang bersatu dan berhemah.Beliau berkata, ketika dunia sedang berhadapan tekanan ekonomi termasuk kenaikan harga bahan api, inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat, pemimpin politik sepatutnya bekerjasama memperkukuhkan keyakinan rakyat serta memastikan kestabilan ekonomi negeri terus terpelihara."Malangnya, terdapat pihak yang memilih untuk mewujudkan ketidaktentuan politik demi kepentingan tertentu."Rakyat dan komuniti perniagaan Negeri Sembilan akan terus berdiri teguh mempertahankan kestabilan, tadbir urus yang bertanggungjawab dan kesinambungan pembangunan."Sebarang tindakan yang mengancam pencapaian ini akan dinilai oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias pada Isnin mengumumkan 14 ADUN UMNO -BN sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.Jelasnya, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Mengulas lanjut, Balamurugan berkata, rakyat negeri berkenaan tidak seharusnya menjadi mangsa kepada percaturan politik yang didorong oleh kepentingan peribadi atau kepentingan parti.Ujarnya, sebarang cubaan menggunakan isu sensitif untuk menukar kerajaan melalui jalan belakang hanya akan merosakkan keyakinan rakyat terhadap proses demokrasi serta mewujudkan ketidakstabilan yang tidak perlu."Perkara ini amat membimbangkan kerana pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan ketika ini telah menunjukkan peningkatan yang jelas dan ketara dari segi pengurusan kewangan serta prestasi ekonomi sejak tahun 2018





Kemelut Negeri Sembilan libatkan Pas, bukan Bersatu sahaja Muhyiddin - Sinarharian - 28/04 5:59 pm

KUALA LUMPUR Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, kemelut politik di Negeri Sembilan bukan hanya melibatkan isu parti itu sebaliknya turut mengaitkan pembabitan Pas.Presiden Bersatu berusia 79 tahun itu berkata, ia berdasarkan pendirian atas nama Perikatan Nasional (PN)."Ini bukan soal Bersatu sahaja, ini juga soal Pas dan kami ambil pendirian atas nama PN."Jadi saya fikir, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PN, Datuk Takiyuddin Hassan yang wajar mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini."Saya tidak akan mengulas lanjut isu berkenaan," katanya selepas perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.Timbalan Pengerusi PN itu berdepan empat kes salah guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM225.3 juta dan tiga pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM200 juta dihadapi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Sementara itu, di Terengganu pada Isnin, Ahmad Samsuri berkata, gabungan itu tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri baharu.Bagaimanapun, Menteri Besar Terengganu itu berkata, pendekatan berhati-hati perlu diambil dengan memantau perkembangan semasa terlebih dahulu.Beliau berkata, PN akan melihat dan memantau langkah seterusnya sebelum membuat keputusan kerana segala-galanya boleh berlaku dalam politik.Pada Isnin, semua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan dilaporkan sebulat suara hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun.Langkah itu susulan kemelut pemerintahan yang berlaku, dengan pemakluman rasmi berhubung keputusan berkenaan akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri dan Setiausaha Dewan.Dewan Undangan Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi, dengan Pakatan Harapan (PH) memegang 17 kerusi manakala PN mempunyai lima kerusi.Susulan pengunduran sokongan UMNO dan BN, kerajaan negeri pimpinan PH kini tidak mempunyai majoriti mencukupi untuk kekal berkuasa melainkan mendapat sokongan daripada wakil PN





Pertemuan pemimpin parti cetus tanda tanya, bincang krisis Negeri Sembilan? - Sinarharian - 28/04 5:56 pm

SHAH ALAM - Sekeping gambar yang dikongsikan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencuri perhatian dan menimbulkan tanda tanya apabila ia memaparkan pertemuan melibatkan beberapa pemimpin parti dalam kerajaan.Bagaimanapun, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Madani tidak memperincikan butiran pertemuan berkenaan, sebaliknya hanya menulis kapsyen ringkas 'pertemuan berlangsung'.Antara pemimpin kelihatan dalam gambar itu termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Hadir sama, Setiausaha Agung DAP yang juga ADUN Chennah, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Ahmad Zahid dijangka mengadakan pertemuan bersama Anwar bagi membincangkan krisis politik di Negeri Sembilan.Bagaimanapun Ahmad Zahid enggan mengulas lanjut pertemuan tersebut ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), di sini pada Selasa.Terdahulu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.





Aminuddin rubbishes shadow exco appointments claim - FMT - 28/04 5:54 pm

The Negeri Sembilan menteri besar says the viral poster circulating online is an attempt to stoke racial fears and tarnish the state governments image.





UMNO Negeri Sembilan mohon menghadap Tuanku Muhriz - Sinarharian - 28/04 4:50 pm

SEREMBAN - UMNO Negeri Sembilan telah menghantar permohonan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir susulan keputusan penarikan sokongan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada Isnin





Aminuddin terus galas tugas Menteri Besar Negeri Sembilan - Anwar - Sinarharian - 28/04 4:44 pm

SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan terus menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar negeri itu.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut dititahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, ketika beliau menghadap baginda semalam."Saya telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus malam tadi bagi membincangkan perkembangan melibatkan institusi Raja dan pentadbiran kerajaan negeri, selain menjunjung kasih atas kebijaksanaan Duli Tuanku dalam menangani perkara ini."Dalam pertemuan tersebut, saya menyokong titah Duli Tuanku agar YAB Dato Seri Utama Aminuddin Harun terus menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar demi memastikan kestabilan pentadbiran negeri, memelihara kepentingan rakyat serta menjunjung kedaulatan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Selasa.Pada Isnin, 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.Keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Berikutan itu, difahamkan Aminuddin menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi membincangkan krisis tersebut.Mengulas lanjut, Anwar menegaskan, segala kemelut melibatkan institusi Undang sedang ditangani melalui saluran dan proses yang sah mengikut kebijaksanaan Undang."Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan kerjasama penuh untuk memastikan kelangsungan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat."Dalam apa jua keadaan, keluhuran institusi Raja dan undang-undang negeri mesti terus dipelihara serta dipertahankan," jelasnya.Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat khususnya di Negeri Sembilan untuk terus berhemah, menjaga adab dan ketertiban dalam membicarakan hal institusi Raja dan undang-undang negeri.





Aminuddin nafi poster tular exco baharu selepas Umno tarik sokongan - FMT - 28/04 4:29 pm

Menteri besar Negeri Sembilan itu berkata ia adalah usaha mencalarkan imej kerajaan negeri dengan cubaan memainkan sentimen perkauman.





PN tak letak syarat bergabung dengan BN di Negeri Sembilan - Sinarharian - 28/04 3:24 pm

Ketika UMNO lemas, 22 bulan, siapa yang hulurkan tangan? Pas."Kita tak pernah mengungkit cerita-cerita lama yang berlaku. Kita bersedia untuk bekerjasama demi kepentingan yang lebih besar," katanya dalam sidang media pada Selasa.Beliau berkata demikian selepas membuat kunjungan hormat bersama pimpinan Pas Perak ke atas Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) di Rumah Media Perak di sini pada Selasa.Hadir sama Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria; Ketua Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri dan Pengerusi PPMP, Sayed Mohd Hesham Sayed Idris.Mengulas lanjut, Idris menjelaskan bahawa keutamaan PN ketika ini adalah mengelakkan berlakunya pilihan raya mengejut yang boleh membebankan rakyat.Katanya, selain itu PN juga mahu memastikan wujud kepimpinan negeri yang mampu menjamin kestabilan politik."Kita tak mahu ada snap election, rakyat pun susah."Kita nak kepimpinan yang boleh mewujudkan kestabilan di peringkat negeri," jelas Ahli Majlis Tertinggi PN Pusat itu.Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa PN tidak akan campur tangan dalam hal berkaitan adat atau urusan dalaman negeri, sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan rakyat Negeri Sembilan.Ditanya mengenai kemungkinan kerjasama itu menjadi realiti memandangkan gabungan politik di peringkat Persekutuan berbeza, Idris berkata, perkara tersebut bergantung kepada kebijaksanaan wakil rakyat di negeri berkenaan.Menurutnya, pihak PN di Negeri Sembilan termasuk wakil rakyat Pas dan Bersatu telah menunjukkan kesediaan untuk menyokong usaha tersebut.Dalam pada itu, Idris tidak menolak kemungkinan model kerjasama seumpama itu boleh diperluaskan ke negeri lain seperti Perak dan Pahang sekiranya mendapat persetujuan pimpinan.Pada Isnin, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan menarik sokongan terhadap Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dilaporkan berkata keputusan dibuat secara sebulat suara membabitkan semua 14 ADUN BN Negeri Sembilan susulan krisis adat yang berlaku ketika ini.Sejurus itu, lima ADUN PN Negeri Sembilan mengumumkan sedia bekerjasama dengan BN bagi memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.Bagaimanapun, Aminuddin pada sidang medianya memaklumkan, beliau akan meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri biarpun 14 ADUN BN menarik sokongan kepadanya.Beliau berkata, sudah menyembah maklum mengenai kedudukan semasa ADUN yang menyokongnya kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir





Kemelut Negeri Sembilan akan diselesaikan melalui saluran politik - Ahmad Zahid - Sinarharian - 28/04 3:18 pm

CYBERJAYA - Kemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan akan diselesaikan melalui saluran politik dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang tubuh negeri serta peraturan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sebarang penyelesaian perlu dibuat secara tertib dan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri tidak terjejas."Saya harap kita ikuti undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan juga peraturan DUN. Pada hemat saya, (perkara ini) tidak semudah itu dan yang paling baik adalah mengikuti semua peraturan serta prosedur yang ada terlebih dahulu," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya berhubung isu pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan selepas majlis Sambutan Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke-54 dan pelancaran Dasar Pengguna Negara 2.0 di sini pasa Selasa.Ahmad Zahid berkata pihaknya tidak akan campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri atau undang-undang adat Negeri Sembilan, sebaliknya akan mencari penyelesaian terbaik demi memastikan kerajaan negeri terus berfungsi dan mampu memenuhi keperluan rakyat."Saya akan menyelesaikan kemelut yang ada itu melalui politik dan kita tidak akan campur dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri ataupun dalam undang-undang adat Negeri Sembilan," katanya.Mengulas gesaan supaya tidak berlaku langkah untuk membentuk kerajaan negeri secara tebuk atap, beliau berkata perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan pada Selasa bagi mencari penyelesaian yang sesuai."Masalah politik harus diselesaikan melalui politik, bukan dengan kaedah lain," katanya.Pada Isnin, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan BN Negeri Sembilan sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun susulan kemelut pemerintahan yang berlaku dan pemakluman rasmi berhubung perkara itu akan dihantar kepada Yang Dipertua DUN dan Setiausaha DUN





PH Selangor perlu nilai semula kedudukan BN - AMK - Sinarharian - 28/04 3:08 pm

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) Selangor perlu meneliti semula secara serius kedudukan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam struktur kerajaan negeri termasuk peranan dalam pentadbiran, agensi serta kedudukan strategik yang dikongsi bersama.Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairuddin berkata, langkah itu penting bagi memastikan kerjasama politik kekal berteraskan kejujuran, disiplin dan kesetiaan kepada mandat rakyat serta rakan gabungan."Jika ada pihak yang terus bermain dua wajah, di mana di satu negeri bekerjasama, di negeri lain menggugat kestabilan, maka penilaian semula adalah wajar dan perlu dilakukan."Selangor sebagai negeri maju dan penyumbang utama ekonomi negara tidak boleh kompromi dengan permainan politik yang tidak konsisten," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Salleh menegaskan pendiriannya menolak sebarang usaha menubuhkan kerajaan melalui kaedah 'tebuk atap', sebaliknya menggesa semua pihak menghormati mandat rakyat.Ia susulan krisis yang berlaku di Negeri Sembilan apabila 14 Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) BN negeri itu yang mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Isnin.Dalam pada itu, Danish menyifatkan kenyataan Muhammad Akmal sebagai sinis memandangkan sejarah politik negara pernah menyaksikan episod pengkhianatan mandat rakyat."Rakyat masih ingat siapa yang pernah mencorakkan politik pintu belakang dan merobek mandat diberikan."Jangan terlalu ghairah menunjuk jari, sedangkan sejarah sendiri belum diselesaikan," ujarnya.Danish berkata, kerajaan Negeri Sembilan yang terbentuk ketika ini adalah hasil mandat jelas rakyat menerusi gabungan PH dan BN, bukannya melalui rundingan politik secara tersembunyi.Sehubungan itu beliau berpandangan, tidak sepatutnya timbul isu penarikan sokongan oleh BN sekiranya semangat setiakawan dalam gabungan dipelihara."Jika ada sebarang perbezaan pandangan, salurannya adalah rundingan dan perbincangan, bukan ugutan politik atau percaturan politik belakang."Itulah asas Kerajaan Perpaduan yang matang dan semangat setiakawan," katanya.





Istilah kerajaan minoriti di Negeri Sembilan tidak sah Pakar perlembagaan - Sinarharian - 28/04 2:43 pm

SHAH ALAM Dakwaan wujud kerajaan minoriti di Negeri Sembilan ketika ini adalah tidak berperlembagaan apatah lagi 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mempunyai sokongan daripada lima ADUN Perikatan Nasional (PN) untuk mengusulkan calon Menteri Besar yang baharu.Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, ia sekali gus menjadikan kelompok ADUN BN dan PN tersebut memiliki majoriti mudah dengan 19 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.Beliau menegaskan, istilah kerajaan minoriti tidak wujud dalam mana-mana peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) dan tidak boleh dijadikan asas untuk menentukan keabsahan sesebuah kerajaan negeri."Tidak sah dan bercanggah





UMNO Negeri Sembilan nafi 'tebuk atap' berpakat dengan PN - Sinarharian - 28/04 1:49 pm

SERMBAN - UMNO Negeri Sembilan menafikan dakwaan yang ada pakatan awal bersama lima Ahli Dewan Undangan(ADUN) Perikatan Nasional(PN) untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun apabila mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan Pengerusi Pakatan Harapan(PH) Negeri Sembilan itu.Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, jika adanya perancangan awal ke arah itu, semestinya sejak awal lagi ia telah pun dibuat, bukannya hanya pada waktu sekarang."Kita tidak ada niat untuk menjatuhkan Menteri Besar dan kita tidak jadikan penangguhan persidangan DUN sebagai sebab untuk kita tarik sokongan."Jangan 'pusing' ke situ





Ahmad Zahid jumpa Anwar bincang krisis Negeri Sembilan - Sinarharian - 28/04 1:24 pm

Tak ada... Tak akan dapat masuk ya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), di sini pada Selasa.Terdahulu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkankan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan undang luak mengisytihar menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong.Sebelum itu, Aminuddin dalam kenyataannya memaklumkan, Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menasihatkan Luak Sungei Ujong agar menerima pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Dato' Klana Petra luak berkenaan.Berikutan krisis berkenaan juga, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang sepatutnya berlangsung selama empat hari terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan walaupun istiadat pembukaan sidang berkenaan telah disempurnakan oleh Tuanku Muhriz pada Khamis lalu.





Aminuddin jalankan tugas MB Negeri Sembilan seperti biasa - PM - Sinarharian - 28/04 1:12 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Datuk Seri Aminuddin Harun akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.Anwar berkata, perkara itu dititahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, ketika beliau menghadap baginda semalam."Semalam saya menghadap Tuanku Muhriz dan menjunjung kasih atas pertimbangan baginda untuk pertamanya atas titah baginda supaya Aminuddin meneruskan tugas sebagai Menteri Besar demi kepentingan negeri dan kebajikan rakyat."Keputusan setakat ini, dengan titah Tuanku yang saya dengar semalam, kerajaan negeri harus berjalan seperti biasa sehingga ada keperluan untuk membawa apa-apa perubahan."Setakat ini saya telah minta Menteri Besar (Aminuddin) jalankan (tugas) seperti biasa dan proses undang-undang tidak menghalang, dan kita juga tidak menghalang proses undang-undang itu diteruskan dengan baik





PH langgar prinsip, beri kesan pada parti- Pas - Sinarharian - 28/04 12:46 am

SHAH ALAM - Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat melanggar prinsip mereka satu demi satu akan memberi kesan kepada parti tersebut.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia sepertimana kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke PH berhubung Barisan Nasional di Negeri Sembilan mendapat undi dalam Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN2023) atas mandat pengundi yang mana mereka berkempen bersama.Menurutnya, apabila UMNO Negeri Sembilan menarik balik sokongan daripada Menteri Besar PKR, ia melanggar mandat rakyat."Saya nak tanya, ketika enam ahli Parlimen (MP) Bersatu isytihar sokong PMX, ia langgar mandat pengundi tak?"Kenapa DAP turut sama menyokong tindakan Speaker yang tidak isytihar kekosongan enam kerusi tersebut yang jelas langgar mandat pengundi mereka di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)?"Setidak-tidaknya UMNO Negeri Sembilan buat keputusan 'en bloc' bukan melompat secara peribadi seperti MP Bersatu," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.Sebelum ini, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkankan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Tambah Ahmad Fadhli, lagipun tiada sebarang halangan seperti Akta Anti Lompat parti yang mengekang keputusan UMNO Negeri Sembilan berbanding akta yang sama-sama dipersetujui oleh semua ahli Parlimen sebelum PRU15."Tetapi kemudiannya dilanggar oleh enam MP Bersatu."Sebenarnya satu demi satu prinsip yang dilanggar oleh PH akan berbalik implikasinya kepada mereka."Ia termasuklah peruntukkan ahli Parlimen yang mereka juga akan tuntut apabila jadi pembangkang kelak





Kemelut Negeri Sembilan akan diselesaikan secara politik - Sinarharian - 28/04 12:20 am

CYBERJAYA [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan kemelut pentadbiran Negeri Sembilan yang hangat ketika ini akan diselesaikan secara politik.Beliau berkata, parti tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri ataupun undang-undang adat Negeri Sembilan."Kita akan mencari penyelesaian terbaik bagi memastikan sebuah kerajaan yang kukuh di Negeri Sembilan dapat terus melayani dan mendepani permasalahan rakyat," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), di sini pada Selasa.Terdahulu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan Undang Luak mengisytiharkan penurunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Balai Undang Luak Sungai Ujong.Sebelum itu, Aminuddin dalam kenyataannya memaklumkan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menasihatkan Luak Sungai Ujong agar menerima pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Dato' Klana Petra di luak berkenaan.Berikutan krisis tersebut, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang sepatutnya berlangsung selama empat hari terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan walaupun istiadat pembukaan sidang berkenaan telah disempurnakan oleh Tuanku Muhriz pada Khamis lalu.Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, yang menolak sebarang usaha menubuhkan kerajaan melalui kaedah tebuk atap, Ahmad Zahid berpandangan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu diadakan."Itulah sebabnya perbincangan dengan Perdana Menteri itu penting."Masalah politik harus diselesaikan secara politik, bukan dengan cara lain," jelas beliau.Ketika diasak mengenai maklumat perbincangan bersama Anwar, Ahmad Zahid bagaimanapun enggan mengulas lanjut.Mengulas mengenai kemungkinan wujud kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu, beliau menegaskan undang-undang Negeri Sembilan tidak semudah itu."Saya harap kita ikuti undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan juga peraturan Dewan Undangan Negeri, khususnya di Negeri Sembilan."Pada hemat saya, tidak semudah itu dan yang paling baik ialah mengikuti semua peraturan serta prosedur bagi memastikan ia dipatuhi terlebih dahulu," jelasnya.





Exco UMNO-BN kosongkan pejabat, pulang kenderaan hari ini - Sinarharian - 28/04 12:07 am

SEREMBAN UMNO Negeri Sembilan telah mengarahkan kesemua ahli exconya mengemas pejabat di Wisma Negeri serta memulangkan kenderaan rasmi termasuk aset kerajaan kepada setiausaha kerajaan negeri pada Selasa.Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan tindakan kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun."Apabila saya mengumumkan tidak lagi memberi kepercayaan kepada Menteri Besar serta menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, secara automatik jawatan saya sebagai ahli exco gugur."Hari ini, saya telah pun mengarahkan semua Exco UMNO menyerahkan segala kemudahan termasuk kenderaan rasmi kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita pada Selasa.Untuk rekod, Jalaluddin yang merupakan ADUN Pertang, menggalas portfolio Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi dan Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, selain berperanan sebagai Exco Kanan.ADUN Seri Menanti, Datuk Ismail Lasim (Exco Bertindak Pendidikan dan Modal Insan) dan ADUN Palong Mustapha Nagoor (Exco Pembangunan Belia dan Sukan).ADUN Linggi Datuk Mohd Faizal Ramli pula memegang portfolio Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital





Negeri Sembilan state election may not be held - PM - Sinardaily - 28/04 10:06 am

It depends. Because it is up to His Royal Highness and of course, the state assembly sitting, he said.He said this after attending a closed-door meeting with Huaweis top management, held in conjunction with the launch of the Huawei AI Lab and Innovation Centre here on Monday.He was responding to a question on whether a state election would be called to resolve the situation in Negeri Sembilan.He said any developments regarding the states administration would be announced in the near future.Meanwhile, Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said he would meet Anwar soon to discuss the matter.Zahid, who is also Deputy Prime Minister, said the meeting would, among others, touch on the actions of 14 Barisan Nasional (BN) state assemblymen who withdrew their support for the state government led by Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.On Monday, Aminuddin, in a press conference, stressed that he remains the Menteri Besar of Negeri Sembilan despite the withdrawal of support by the 14 BN assemblymen





Krisis N. Sembilan: Berjasa seru BN, PN kerjasama demi kepentingan rakyat - Mygazette - 28/04 7:57 am

Kerjasama ini juga titik tolak bagi mengembalikan kekuatan suara ummah dan usaha mengangkat prinsip penyatuan yang menekankankesepaduan, kestabilan, dan kesejahteraan bersama, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO daripada Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara menarik sokongan serta menyatakan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, sekali gus mencetuskan krisis politik di negeri itu





BN N. Sembilan umum miliki majoriti mudah tubuh kerajaan negeri - Mygazette - 28/04 7:57 am

Menurutnya, krisis berkenaan telah menjejaskan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri sehingga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terpaksa ditangguhkan tanpa tarikh baharu. Tambahnya, situasi menjadi semakin serius apabila 14 ADUN BN negeri ini sebulat suara menyatakan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun





Krisis N. Sembilan: Tok Min orang baik, semua yang berlaku ada... - Mygazette - 28/04 7:57 am

# Krisis N. Sembilan: Tok Min orang baik, semua yang berlaku ada hikmah -Rafizi KUALA LUMPUR "Saya tak tahu menahu tentang apa yang berlaku di Negeri Sembilan," kata Datuk Seri Rafizi Ramli meskipun mengakui mengenali rapat Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang sudah dianggapnya seperti abang





PN cuba ‘rangkul’ peluang??? daripada kemelut N. Sembilan .. - Mygazette - 28/04 7:57 am

# PN cuba 'rangkul' peluang daripada kemelut N





Beroperasi sebagai ‘kerajaan minoriti’, Aminuddin kekal MB - Mygazette - 28/04 7:57 am

# Beroperasi sebagai 'kerajaan minoriti', Aminuddin kekal MB SEREMBAN - Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan beliau kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan akan meneruskan tanggung jawab mentadbir negeri yang bakal beroperasi sebagai kerajaan minoriti





Kemelut Negeri Sembilan: Kita akan umum kemudian – PM - Mygazette - 28/04 7:57 am

# Kemelut Negeri Sembilan: Kita akan umum kemudian - PM KUALA LUMPUR - Kita akan umum kemudian, demikian kenyataan ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu semasa di Negeri Sembilan. Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata demikian ketika ditanya mengenai sebarang perkembangan terkini berhubung penarikan sokongan 14 ADUN Barisan Nasional terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Naib Presiden PKR





Razeef tempelak Dr. Akmal, tindakan BN N. Sembilan khianat, kemaruk kuasa .. - Mygazette - 28/04 7:57 am

Bagai 'melepaskan anjing tersepit', inilah sikap sebenar UMNO yang telah diberi 'muka' walau telah ditolak rakyat, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Semalam, Dr Muhamad Akmal menyifatkan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai langkah tepat berlandaskan prinsip utama parti





Kemungkinan besar tiada PRN Negeri Sembilan – Anwar - Mygazette - 28/04 7:57 am

Sementara itu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan bertemu Anwar segerauntuk membincangkan perkara itu. Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata mesyuarat itu antara lain akan menyentuh tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun





Kemelut Negeri Sembilan: ???Zahid akan bertemu Anwar - Mygazette - 28/04 7:57 am

# Kemelut Negeri Sembilan: Zahid akan bertemu Anwar KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut politik yang melanda Negeri Sembilan susulan penarikan sokongan 14 Ahli Dewan Undangan (ADUN) BN terhadap Menteri Besar, Datuk Aminuddin Harun





MUDA desak percaturan politik di N. Sembilan dihentikan MUDA desak .. - Mygazette - 28/04 7:57 am

Dalam satu kenyataan, MUDA Negeri Sembilan berkata, rakyat tidak memilih wakil untuk bermain politik kuasa, sebaliknya memilih wakil untuk mentadbir. Menurutnya, tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun semalam jelas menggugat kestabilan negeri itu





Krisis N. Sembilan: Tindakan BN tak bertanggungjawab, khianati mandat .. - Mygazette - 28/04 7:57 am

# Krisis N. Sembilan: Tindakan BN tak bertanggungjawab, khianati mandat rakyat - Fadhli Umar KUALA LUMPUR Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda menyuarakan kekesalan terhadap tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun





Kedudukan MB tidak gugur secara automatik - Sinarharian - 28/04 7:45 am

SHAH ALAM - Negeri Sembilan akan kekal diterajui Kerajaan Perpaduan sekiranya masih mengekalkan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).Bagaimanapun, pertukaran kerajaan boleh berlaku jika terdapat perubahan sokongan untuk melantik wakil Barisan Nasional (BN) sebagai Menteri Besar baharu.Penganalisis politik, Mohamad Hafis Amat Simin berpandangan, kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar tidak gugur secara automatik walaupun berlaku penarikan sokongan, sebaliknya bergantung kepada sama ada beliau masih menguasai majoriti dalam DUN.Jelasnya, situasi semasa itu merupakan fasa ujian angka yang akan menentukan keabsahan kerajaan negeri."Jika blok Kerajaan Perpaduan masih cukup kerusi, pentadbiran sedia ada akan kekal walaupun dalam keadaan lebih rapuh."Bagaimanapun, jika UMNO atau BN berjaya membentuk gabungan baharu sama ada dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain atau melalui kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), tidak mustahil berlaku pertukaran kerajaan tanpa pilihan raya," katanya kepada Sinar Harian.Mohamad Hafis berkata, isunya kini bukan sekadar krisis sokongan tetapi krisis keabsahan yang akan ditentukan oleh siapa terlebih dahulu dapat membuktikan majoriti."Jika tiada pihak berjaya menguasai keadaan, pembubaran DUN dan pilihan raya negeri boleh menjadi jalan terakhir kepada kemelut politik di Negeri Sembilan," ujarnya.Beliau turut merujuk Krisis Perlembagaan Perak 2009 bahawa penentuan majoriti boleh berlaku di luar sidang DUN dengan penilaian dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk akuan bersumpah dan penilaian pihak istana."Terdapat tiga senario utama berpotensi berlaku dalam krisis berkenaan iaitu ujian kekuatan di DUN, peralihan kuasa tanpa pilihan raya dan pembubaran DUN."Dalam keadaan ini, peranan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menjadi kritikal sebagai penentu akhir terhadap keabsahan sokongan yang dimiliki Menteri Besar," katanya.





PN beri isyarat kerjasama dengan BN di Negeri Sembilan - Sinarharian - 28/04 7:22 am

Jadi kita tengok pula langkah seterusnya esok macam mana," ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut memberi bayangan bahawa segala-galanya tidak mustahil dalam arena politik, termasuklah kemungkinan wujudnya jajaran atau gabungan politik yang lebih besar pada masa hadapan.Bagaimanapun, Ahmad Samsuri mengingatkan bahawa sebarang jalan penyelesaian bagi menamatkan kemelut tersebut mestilah berlandaskan lunas undang-undang."Apa jua kemelut yang berlaku, perlu diteliti dari segi aspek undang-undang negeri yang berkenaan dan juga Perlembagaan Persekutuan bagaimana kita nak tangani perkara itu. Dari situ, barulah politik memainkan peranannya," jelas beliau.Krisis politik di Negeri Sembilan ketika ini dilaporkan tercetus berikutan kemelut membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri yang melibatkan Yang di-Pertuan Besar serta Undang Yang Empat.Situasi bertambah tegang apabila dilaporkan berlaku tindakan 'pecat-memecat' jawatan melibatkan Undang Sungai Ujong dan Yang di-Pertuan Besar, yang membawa kepada penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.Sebelum ini, Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker mendedahkan lima ADUN PN telah mengemukakan tawaran bertulis kepada BN untuk bekerjasama demi memastikan kestabilan politik negeri kembali pulih.Namun, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan beliau akan terus menjalankan tugas meskipun kini mengetuai kerajaan minoriti dan menolak keperluan untuk membubarkan DUN dalam masa terdekat.Menurutnya, kerajaan negeri akan terus berfungsi selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri bagi memastikan pentadbiran berjalan lancar.





PRN Negeri Sembilan mungkin tidak diadakan - PM - Sinarharian - 28/04 6:31 am

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan berkemungkinan tidak diadakan susulan ketidaktentuan politik yang sedang berlaku di negeri itu.Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bergantung kepada keputusan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri."Mungkin tidak (PRN diadakan). Ia bergantung kerana ia terpulang kepada Tuanku dan sudah tentu kepada persidangan dewan," katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama pengurusan tertinggi Huawei yang diadakan sempena pelancaran Makmal AI dan Pusat Inovasi Huawei, di sini, pada Isnin.Jawapan itu sebagai maklum balas ketika ditanya sama ada PRN akan diadakan bagi menyelesaikan situasi berkenaan di Negeri Sembilan.Perdana Menteri berkata, sebarang perkembangan berkaitan pentadbiran Negeri Sembilan akan diumumkan dalam masa terdekat.Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan bertemu Anwar dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara tersebut.Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pertemuan itu antara lain akan menyentuh tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pada Isnin, Datuk Seri Aminuddin Harun menerusi sidang medianya menegaskan, beliau kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan meskipun 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadapnya





Elak 'Langkah Sheraton', PH perlu serah pada rakyat buat keputusan - Sinarharian - 27/04 9:23 pm

SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan yang bermaruah dengan memulangkan kembali keputusan di tangan rakyat untuk membuat pilihan baharu.Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Negeri Sembilan, S. Tinagaran berkata, langkah tersebut penting bagi mengelakkan berulangnya 'Langkah Sheraton'."Kita tidak mahu tragedi Langkah Sheraton berulang lagi, apabila mana-mana wakil rakyat atau parti politik sewenang-wenangnya membuat percaturan sendiri, bergabung dan berpisah sesuka hati tanpa mendengar keinginan rakyat dari bawah."Meskipun membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini berisiko kepada nasib PH untuk menerajui kerajaan pada masa akan datang, ia adalah langkah terhormat bagi menyelamatkan demokrasi daripada menjadi mainan kaki politik yang cuba mengambil kesempatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Tegasnya, meskipun Negeri Sembilan mempunyai adat yang unik dan dihormati, diharapkan ia tidak menyekat atau mengganggu gugat sebuah kerajaan negeri yang berdiri atas mandat rakyat.Tambahnya, suara rakyat harus menjadi lebih keramat dan berdaulat untuk ditaati serta dipertahankan."Situasi krisis di Negeri Sembilan semakin meruncing apabila UMNO/Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Datuk Seri Aminuddin Harun daripada PH."Ini menjadikan kerajaan negeri hanya disokong oleh 17 wakil rakyat, kurang daripada jumlah 19 kerusi yang diperlukan bagi membentuk majoriti, manakala Perikatan Nasional (PN) juga telah menawarkan kerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri baharu," katanya.





Aminuddin Stays On As Negeri Sembilan Menteri Besar, To Lead Minority Government - Rakyatpost - 27/04 9:00 pm

Negeri Sembilan Menteri Besar Aminuddin Harun will stay in office after the Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, decreed that the current administration should continue even as 14 Barisan Nasional assemblymen withdrew their support, stripping the state government of its majority





Negeri Sembilan DAP supports Aminuddin, rejects efforts to form backdoor govt - BorneoPost - 27/04 8:55 pm

SEREMBAN (April 27): Negeri Sembilan DAP has expressed its full support for the leadership of Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun and its commitment to the principle of constitutional monarchy amid the current political uncertainty in the state





MUDA Negeri Sembilan desak henti percaturan politik, fokus kebajikan rakyat - Sinarharian - 27/04 8:50 pm

SEREMBAN - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Negeri Sembilan mendesak semua pihak supaya menghentikan percaturan politik yang berlaku dan mengembalikan fokus kepada pentadbiran negeri serta kebajikan rakyat.Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pihaknya berkata rakyat tidak memilih wakil untuk bermain politik kuasa, sebaliknya memilih wakil untuk mentadbir."MUDA Negeri Sembilan memandang serius tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO/Barisan Nasional (BN) yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun."Tindakan ini jelas menggugat kestabilan negeri dan sekali lagi membuktikan bahawa politik penarikan sokongan terus digunakan sebagai alat tekanan kuasa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Menurutnya, MUDA Negeri Sembilan juga tidak akan menutup mata terhadap kegagalan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang membiarkan kemelut ini berlarutan sehingga menjejaskan tadbir urus negeri.Tambahnya, kedua-dua pihak telah gagal menjunjung amanah rakyat





Rafizi backs Aminuddin amid Negeri Sembilan political turmoil - Sinardaily - 27/04 8:46 pm

SHAH ALAM - Pandan Member of Parliament (MP) Datuk Seri Rafizi Ramli has voiced support for Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, expressing confidence in his leadership as the state faces a political crisis involving Barisan Nasional (BN) assemblymen.The situation escalated after 14 BN state assemblymen declared they had lost confidence in Aminuddins administration, withdrawing their support amid issues linked to the states customary and constitutional framework.Rafizi said he was not fully aware of the developments in Negeri Sembilan but had contacted Aminuddin Harun on Monday morning to check on him.Aminuddin is like my elder brother and his wife is like an elder sister to my wife.I can only pray from afar like a younger brother to his elder sibling





MB says Umno reps should have just tabled no-confidence motion in N. Sembilan assembly - Malaymail - 27/04 8:29 pm

SEREMBAN, April 27 The Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun today said any challenge to his...





Negeri Sembilan DAP supports Aminuddin, rejects efforts to form backdoor government - Sinardaily - 27/04 8:22 pm

SEREMBAN - Negeri Sembilan DAP has expressed its full support for the leadership of Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun and its commitment to the principle of constitutional monarchy amid the current political uncertainty in the state.State DAP chairman Anthony Loke said the party firmly rejects any attempt to form a new state government through what he described as "back door manoeuvres, following the withdrawal of support by 14 Barisan Nasional state assemblymen from the Aminuddin-led administration.He said Aminuddins leadership must be preserved to ensure continuity in governance and to prevent disruption to the states administration and development agenda.At an emergency meeting held today, all 11 DAP state assemblymen in Negeri Sembilan, including Loke himself, unanimously agreed to continue backing Aminuddin as Menteri Besar."For us, his position as Menteri Besar remains until proven otherwise





'Saya perlu bertemu Anwar' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 27/04 7:54 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu berkaitan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata pertemuan itu antara lain akan membincangkan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Aminudin Harun.Beliau berkata pertemuan dengan Presiden Pakatan Harapan (PH) itu, akan diadakan pada bila-bila masa."Saya perlu bertemu (Anwar) dan beliau perlu bertemu saya," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai isu melibatkan 14 ADUN negeri itu, di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan kesemua ADUN terlibat bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan."Saya mempunyai waktu yang sangat terbuka untuk mereka (ADUN BN) dan mereka boleh datang bertemu dengan saya pada bila-bila masa, pada hari ini atau selepas ini," katanya mengadakan pertemuan dengan editor media di sini hari ini.Ahmad Zahid berkata, kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional pada peringkat nasional, akan meneliti keputusan yang dibuat oleh ADUN terbabit serta menilai implikasi politik daripada tindakan itu.Hari ini, kesemua14 ADUNUMNO dan BNNegeri Sembilan, sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin, susulan kemelut pemerintahan yang berlaku dan pemakluman rasmi berhubung perkara itu akan dihantar kepada Yang DipertuaDUNdan Setiausaha DUN.Dalam pada itu, Aminuddin dalam sidang media petang ini memaklumkan beliau dititahkan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, untuk meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri dan kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa bagi memastikan kepentingan rakyat terpelihara.Sementara itu ditanya sama ada isu berkenaan akan menjejaskan kestabilan Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional, Ahmad Zahid berkata segala impak tindakan itu akan diteliti secara mendalam, selain akan dirujuk dan diputuskan apabila dibawa ke Biro Politik dan Majlis Tertinggi UMNO kelak."Kita harus membezakan sistem adat yang diamalkan di negeri itu dan keputusan yang dibuat oleh ADUN-ADUN UMNO di Negeri Sembilan adalah keputusan mereka sendiri."Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional pada peringkat nasional akan meneliti keputusan tersebut serta implikasi politik yang mungkin timbul daripada pengumuman mereka," katanya.Mengenai hasrat dan kesediaan Perikatan Nasional untuk bekerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri, Ahmad Zahid menyifatkan dalam gelanggang politik pelbagai pihak akan sentiasa mencariruang dan peluang untuk kelangsungan dan kedudukan masing-masing.Terdahulu, Ahmad Zahid bersama kepimpinan UMNO mengadakan pertemuan bersama editor-editor kanan agensi media menjelang program sambutan ulang tahun ke-80 UMNO





'UMNO yang ceraikan saya - Aminuddin - Sinarharian - 27/04 7:38 pm

SEREMBAN - "Bukan saya cerai, UMNO yang ceraikan saya, nampak macam talak tiga."Demikian seloroh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berhubung krisis di Negeri Sembilan ketika ini.Beliau berkata demikian ketika ditanya media berhubung kerjasama dengan BN selepas kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinannya.Aminuddin berkata, walaupun terkejut dengan situasi itu namun menerima krisis terbabit dengan hati terbuka."Saya boleh senyum, insya-ALLAH boleh tidur





Krisis Negeri Sembilan: MB, PH akan umum kemudian - PM - Sinarharian - 27/04 7:17 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan perkembangan terhadap krisis pentadbiran di Negeri Sembilan.Beliau ketika ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut terhadap isu tersebut."MB (menteri besar) dan PH, kita akan umumkan kemudian," katanya ringkas kepada pemberita selepas melancarkan Makmal Kecerdasan Buatan (AI) dan Pusat Inovasi di The Exchange 106 di sini pada Isnin.Terdahulu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkankan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.





14 Negeri Sembilan BN reps acted on their own, says Zahid - FMT - 27/04 7:11 pm

The BN chairman admits, however, he was informed that the assemblymen from Umno would be retracting their support for menteri besar Aminuddin Harun.





Tuanku Muhriz tells me to continue duties as Negeri Sembilan MB - Aminuddin - Sinardaily - 27/04 7:01 pm

SEREMBAN - Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun today said he has been decreed by the Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, to continue carrying out his duties as head of the state government.Aminuddin said the state administration would therefore continue to function as usual to safeguard the interests of the people.He also acknowledged earlier announcement by 14 Barisan Nasional state assemblymen withdrawing their support for the state government."Following that, I sought an audience with the Yang di-Pertuan Besar."His Royal Highness advised and instructed me to continue administering the state as Menteri Besar as usual."Until there is a definitive resolution to this matter, and in accordance with the law and the State Constitution, the state government will continue to function as normal, ensuring smooth administration and that the interests of the people of Negeri Sembilan are protected, he told a press conference here, attended by the state Pakatan Harapanleadership.Also present were state DAP chairman Anthony Loke, who is Transport Minister, and State Legislative Assembly Speaker Datuk MK Ibrahim Abd Rahman





'Saya terkejut tindakan UMNO'- Aminuddin - Sinarharian - 27/04 6:53 pm

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meluahkan rasa terkejut terhadap tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO negeri itu yang sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau.Malah, beliau turut mendakwa UMNO sendiri yang membuat permintaan supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang sepatutnya bermula pada Isnin ditangguhkan."Saya baca surat itu yang dihantar kepada Pejabat Setiausaha DUN dan saya terperanjat kerana sebelum ini kita telah berbincang mengenai persidangan DUN itu."Empat Exco UMNO berjumpa dengan saya meminta supaya sidang DUN ditangguhkan dan kita bersetuju supaya perasmian berjalan dan mesyuarat ditangguhkan, yang mana itu permintaan BN sendiri," katanya dalam sidang akhbar Pakatan Harapan (PH) di kediaman rasminya pada Isnin.Tambahnya, sekiranya UMNO mahu menyatakan sudah hilang kepercayaan terhadap beliau selaku Menteri Besar, sepatutnya usul itu dibentangkan dalam persidangan DUN.Selain itu, beliau turut memaklumkan kedudukan empat Exco UMNO secara automatik dikosongkan, namun pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.Namun, Aminuddin berkata, pentadbiran negeri akan berjalan seperti biasa sehingga ada keputusan jelas mengenai situasi semasa atau kemungkinan usul undi tidak percaya dibentangkan terhadap beliau dalam persidangan DUN Negeri Sembilan akan datang."Kita pun telah rujuk kepada kepimpinan pusat seawal pagi tadi (situasi berlaku) dan perbincangan telah diadakan, mereka (UMNO) juga mungkin telah merujuk kepada kepimpinan pusat.Beliau juga tidak menolak keadaan yang berlaku sekarang akan lebih mengeruhkan hubungan dengan UMNO."Sepatutnya itu difikirkan dan diambil tindakan bersama sebagai sebuah kerajaan gabungan," katanya.Ditanya sama ada pertemuan dengan UMNO, beliau memberitahu buat masa ini tiada perancangan ke arah itu.





Hubungan dengan BN ditentukan Majlis Presiden PH, kata Aminuddin - FMT - 27/04 6:08 pm

Menteri besar Negeri Sembilan itu berkata fokus beliau kini adalah terus mentadbir negeri dengan baik.





N. Sembilan MB to remain in office after 14 Umno assemblymen withdraw support - BorneoPost - 27/04 5:47 pm

SEREMBAN (April 27):Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun today said that he has been decreed by the Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, to continue carrying out his duties as head of the state government





Gabungan BN-PN atau PH serah jawatan MB antara kemungkinan di Negeri Sembilan - Khairy - Sinarharian - 27/04 5:39 pm

SHAH ALAM Pelbagai kemungkinan boleh berlaku susulan krisis di Negeri Sembilan, termasuk pembentukan kerajaan negeri baharu menerusi gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada BN.Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpandangan bagaimanapun Menteri Besar dan Speaker Dewan Undangan Negeri yang kedua-duanya daripada PH dijangka tidak akan membenarkan usul undi tidak percaya dibawa.Menurutnya, sebaliknya mereka lebih cenderung meneruskan pentadbiran kerajaan minoriti yang disifatkan sebagai "muka tembok" atau memohon pembubaran Dewan."Malah, kerajaan gabungan BN dan PN juga berkemungkinan tidak akan mendapat perkenan untuk dibentuk di Istana Seri Menanti, mengambil kira pendirian Menteri Besar berhubung krisis perlembagaan yang berlaku."Satu lagi kemungkinan ialah PH menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada BN. Namun, saya berpendapat kita sudah jauh melepasi tahap itu," katanya menerusi hantaran di Instagram Stories pada Isnin merujuk kepada krisis berkenaan.Pada Isnin, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Mengulas lanjut, bekas Menteri Kesihatan itu berkata sekiranya PH berbuat demikian, mereka akan dilihat sebagai terlalu terdesak, seolah-olah kalah dan dipaksa keluar daripada jawatan Menteri Besar."Pada tahap ini, UMNO berada dalam situasi check seperti dalam permainan catur," katanya.





Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan - Sinarharian - 27/04 5:31 pm

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan bahawa beliau kekal sebagai Menteri Besar sehingga sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) diperjelaskan.Perkara itu dimaklumkan beliau dalam sidang media khas bersama Pakatan Harapan (PH) yang diadakan di kediaman rasminya pada jam 4.30 petang, pada Isnin.Beliau berkata, perkara berkenaan disampaikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika beliau menghadap baginda."Saya mengambil maklum pengumuman oleh 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang telah menyatakan penarikan sokongan terhadap kerajaan negeri."Sehubungan itu, saya telah mempersembahkan pemakluman kepada Tuanku Muhriz berhubung kedudukan terkini sokongan ADUN terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan."Setelah melalui pertimbangan sewajarnya, baginda menasihati dan menitahkan agar saya meneruskan tanggungjawab sebagai Menteri Besar seperti biasa selagi belum mendapat kejelasan muktamad mengenai perkara ini," katanya.Justeru, ujarnya, selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, kerajaan negeri akan terus berfungsi seperti biasa dalam memastikan urusan pentadbiran berjalan lancar serta kepentingan rakyat Negeri Sembilan terus terpelihara.Tambahnya, segala tindakan seterusnya akan dilaksanakan mengikut lunas perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa."Ia termasuklah usaha untuk meleraikan tindakan Datuk-Datuk Undang yang ingin menurunkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan," katanya.Selain itu, beliau turut menyatakan harapan supaya rakyat negeri ini terus bersabar dan memberikan sokongan terhadap kerajaan negeri.Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah semua 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH, termasuk Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen PH serta Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman.





Up to PH leadership to decide on BN ties, says Aminuddin - FMT - 27/04 5:30 pm

The Negeri Sembilan menteri besar says his focus is on continuing his duties to the state and governing well.





N. Sembilan MB to remain in office after 14 Umno assemblymen withdraw support - Malaymail - 27/04 5:22 pm

SEREMBAN, April 27 Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun will continue in office after the Ro...





Krisis Negeri Sembilan: Rafizi zahir sokongan kepada Aminuddin, anggap seperti abang sendiri - Sinarharian - 27/04 4:49 pm

SHAH ALAM- Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menzahirkan sokongan dan doa buat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun susulan kemelut yang berlaku di negeri berkenaan sambil menyifatkan pemimpin itu seperti abangnya sendiri.Rafizi berkata, beliau tidak mengetahui secara terperinci mengenai apa yang berlaku di Negeri Sembilan namun sempat menghubungi Aminuddin pada pagi Isnin untuk bertanya khabar."Saya tak tahu menahu tentang apa yang berlaku di Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun adalah seperti abang saya, isterinya seperti kakak kepada isteri saya."Saya hanya boleh berdoa dari jauh seperti seorang adik kepada abangnya




Reformasi     >>



‘Maaf cakap saya terkilan’ – Lokman .. - Harapandaily
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam mengakui agak terkilan dengan tindakan 14 ADUN BN yang mencetuskan ketidakstabilan politik di Negeri Sembilan, menyifatkan ia boleh merosakkan hubungan baik antara Umno dan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan. Beliau berkata, ..
Kroni     >>



Business : Labuan Corporation Advisory Council .. - Bernama
LABUAN, April 29 (Bernama) The Labuan CorporationAdvisory Council has unanimously agreed to support a proposal to establish an oil refinery on the island, describing it as a strategic move to spur economic growth and create employment opportunities.
Tabloid     >>



Nasi lemak, roti canai Hairudin Omar ubati rindu .. - Kosmo
MEKAH – Bermula daripada hasrat untuk menyantuni tetamu Allah agar dapat menunaikan ibadah dengan lebih tenang, mendorong bekas pemain bola kebangsaan menyediakan hidangan bercita rasa tempatan di Tanah Suci. Menurut Hairudin Omar, idea itu tercetus ketika beliau sendiri menunaikan umrah dan ..
Tech     >>



OpenAI brings its models to Amazon's cloud after .. - Cnbc
OpenAI's generative AI models are becoming available on Amazon's cloud a day after the AI company revamped its relationship with longtime partner Microsoft.
World     >>



White House hails two kings as King Charles delivers .. - Aljazeera
King Charles III has hailed US-UK ties at a state dinner in the White House.
Motor Trend     >>



Chery Tiggo V: SUV Yang Boleh Berubah Menjadi Pikap - Piston
Chery Tiggo V secara rasminya telah membuat kemunculan sulung global di Beijing Auto Show 2026. Diposisikan sebagai SUV “transformable” pertama dalam barisan Tiggo, kenderaan ini direka khas untuk memadamkan sempadan antara kategori kenderaan tradisional. Chery Tiggo V (V bermaksud ..