///
See Also: Shopee Pay Promo |

Search : Agama News   Page 1    



Pinda Akta Tabung Haji: Libat urus sedang dijalankan – Menteri Agama - Mygazette - 1/08 5:38 pm

# Pinda Akta Tabung Haji: Libat urus sedang dijalankan - Menteri Agama KUALA LUMPUR- Sesi libat urus bersama pihak berkepentingan sedang dijalankan bagi mendapatkan maklum balas berhubung cadangan pindaan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)





Polis buru lelaki murtad hina al-Quran, Islam - Mygazette - 1/08 5:38 pm

"Cakap hati-hati bang. Saya agama Islam, abang bercakap hati-hati bang





Tiada kompromi terhadap kekejaman haiwan, titah Tengku Permaisuri Selangor - Mygazette - 1/08 5:38 pm

Selaku Penaung Diraja inisiatif Stray Free Selangor (SFS) di bawah kelolaan SPCA Selangor, baginda bertitah perbuatan menyiksa, mencederakan, membunuh atau memperlakukan haiwan secara kejam bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mencerminkan kegagalan masyarakat menjunjung nilai belas ihsan dan kemanusiaan. "Tidak ada sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan yang boleh diterima atau ditoleransi, tidak kira siapa pelakunya, apa jawatannya, bangsa, agama atau apa juga alasannya," titah baginda dalam satu kenyataan hari ini





Cara layan haiwan cermin siapa kita sebagai manusia - permaisuri - Mkini - 1/08 5:18 pm

Tiada tolak ansur terhadap kekejaman terhadap haiwan, tak kira siapa, tak kira apa jawatan, tak kira apa bangsa dan agama pelakunya.





Wanita PKR gesa hentikan politik kebencian, takfiri - Sinarharian - 1/08 4:36 pm

SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam tindakan segelintir penyokong Perikatan Nasional (PN) yang didakwa melabel penyokong Pakatan Harapan (PH) sebagai 'Melayu pun tak ingat, agama pun tiada' sehingga mempertikaikan sama ada mereka boleh mengucap dua kalimah syahadah.Wanita PKR dalam satu kenyataan berkata, kenyataan sedemikian bukan sahaja bersifat fitnah dan menghina maruah individu, malah membawa unsur politik takfiri yang disifatkan amat berbahaya.Menurut kenyataan itu, perbezaan pegangan politik sama sekali tidak memberi hak kepada mana-mana pihak untuk mempertikaikan akidah, keislaman atau keimanan seseorang."Islam mengajar umatnya agar berlaku adil, menjaga lisan serta mengelakkan prasangka dan tuduhan tanpa bukti."Menjatuhkan hukum terhadap seseorang hanya kerana pilihan politik ialah perbuatan yang bertentangan dengan nilai Islam serta mencemarkan kemuliaan agama," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurut kenyataan itu, pilihan raya sepatutnya menjadi medan persaingan idea, dasar dan tawaran kepada rakyat, bukannya pentas menyemai kebencian, memecahbelahkan masyarakat atau mengeksploitasi sentimen agama demi meraih sokongan politik.Sehubungan itu, Wanita Keadilan Malaysia menyeru semua pemimpin politik supaya bertanggungjawab menolak budaya politik kebencian dan menghentikan sebarang naratif yang menghasut permusuhan sesama rakyat.Katanya, keamanan negara dan perpaduan masyarakat jauh lebih penting daripada kepentingan politik yang sempit."Semua pihak juga digesa berkempen secara matang, beretika dan berasaskan fakta





N9 polls: 'My hands were shaking, my heart was racing' First-time young voters share experience - Sinardaily - 1/08 12:58 am

SEREMBAN A sense of civic responsibility drove young Malaysians to cast their ballots in the Negeri Sembilan state election today, hoping to play a part in shaping a better future for the country.Fashion designer Hani Eryqa Mazlan, 21, from Kuala Lumpur said she voted because she believes every vote matters in determining the direction of both the state and the nation.She admitted feeling so nervous that her hands were shaking as she marked her ballot, as it was the first time she had voted alongside her younger sister, Hani Mazri Eyna, 20."I was really nervous and my hands were shaking when I was marking my ballot, but I hope the choice I made will help make the country better than it was before," she said when met at Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato Klana Petra Maamor here on Saturday.Meanwhile, for first-time voter M





PRN Negeri Sembilan: Warga emas dominasi pengundian awal - SPR - Sinarharian - 1/08 12:24 am

Jadi saya harap orang muda cepat-cepat bangun dan keluar mengundi."Kerana kita menjangkakan pada petang ini cuaca tidak begitu baik. Mengikut ramalan, hanya Port Dickson dijangka mempunyai cuaca yang baik sehingga petang, manakala daerah lain berkemungkinan mengalami hujan," katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato' Klana Petra Maamor di sini pada Sabtu.Beliau berkata, orang ramai disaran memanfaatkan keadaan cuaca yang masih baik pada sebelah pagi bagi mengelakkan sebarang kesulitan sekiranya hujan berlaku pada sebelah petang.Dalam pada itu, Ramlan berkata, SPR tetap optimis sasaran kadar keluar mengundi antara 72 hingga 75 peratus mampu dicapai berdasarkan persaingan yang sengit sepanjang tempoh berkempen selama dua minggu."Kita menjangkakan keadaan tersebut boleh kita capai





PRN Negeri Sembilan: 28.11 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi - Pengerusi SPR - Sinarharian - 1/08 11:52 am

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Kadar keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 mencecah 28.11 peratus setakat 11 pagi ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun.Beliau berkata, pihaknya mendapati kadar keluar mengundi pada sebelah pagi agak menggalakkan berdasarkan tinjauan di beberapa pusat mengundi di sekitar Seremban dengan golongan warga emas lebih ramai keluar mengundi pada sebelah pagi ini berbanding pengundi muda."Kita harap orang muda cepat-cepat bangun dan keluar mengundi kerana kita menjangkakan pada petang ini cuaca tidak berapa elok."Mengikut ramalan kaji cuaca, kawasan yang cuacanya elok sehingga petang cuma di Port Dickson manakala di daerah lain kita menjangkakan akan berlaku hujan," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat mengundi Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor di sini pada Sabtu.Beliau berkata, SPR menjangkakan sasaran kadar keluar mengundi antara 72 hingga 75 peratus dapat dicapai berdasarkan persaingan sengit antara parti yang bertanding sepanjang tempoh berkempen selama 14 hari bermula 18 Julai lepas.Sementara itu, Ramlan berkata, SPR menerima 293 aduan berkaitan kesalahan sepanjang tempoh kempen 14 hari melibatkan kesalahan kecil pilihan raya termasuk pemasangan poster yang tidak mengikut peraturan, dengan semua aduan telah diambil tindakan oleh pasukan pemantau dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan.Dalam pada itu, beliau berkata, projek rintis Sistem Pengecaman Aksara Optik Kehadiran Pengundi (OCR-VA) yang diperkenalkan di SMA Dato' Klana Petra Maamor melibatkan Saluran 1 hingga 7 merupakan langkah awal ke arah penggunaan teknologi digital dalam merekodkan kehadiran pengundi pada masa akan datang.Beliau berkata, pelaksanaan projek rintis berkenaan tidak melibatkan sebarang proses pilihan raya lain dan hanya bertujuan menilai keberkesanan penggunaan kad pengenalan (IC) bagi merekodkan kehadiran pengundi berbanding kaedah manual yang digunakan sebelum ini."Kita nak tengok karakter yang berbeza, orang tua, orang muda dan sebagainya





EC chairman inspects polling centres as Negeri Sembilan voting processes smoothly - Sinardaily - 1/08 11:46 am

SEREMBAN - Election Commission (EC) chairman Datuk Seri Ramlan Harun today visited three polling centres in Seremban to monitor the voting process and ensure the 16th Negeri Sembilan State Election is proceeding smoothly and in an orderly manner.He began his inspection at Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya, which serves the Sikamat state constituency, at about 9.30am.Ramlan then visited Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, also in the Sikamat constituency, before concluding his tour at Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato' Klana Petra Maamor, which serves the Ampangan state constituency.During the visits, he received briefings from election officials on the voting process and inspected the facilities provided for voters and election personnel.He is also scheduled to observe the pilot implementation of the Voter Attendance Optical Character Recognition (OCR-VA) system at polling streams 1 to 7 at the SMA Dato' Klana Petra Maamor polling centre.The OCR-VA system was developed to record and verify voter attendance by automatically scanning information from voters' identity cards, with the aim of improving the efficiency of election management.As of 10 am, voter turnout stood at 18.22 per cent.The EC is targeting an overall voter turnout of between 72 and 75 per cent





Video hina al-Quran tular, polis cari pemandu e-hailing - Sinarharian - 1/08 11:35 am

JOHOR BAHRU Polis sedang mengesan seorang pemandu e-hailing bagi membantu siasatan berhubung rakaman video tular memaparkan seorang lelaki didakwa mengeluarkan kenyataan menghina al-Quran dan agama Islam di bandar raya ini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai polis berhubung video berkenaan pada jam 3.25 petang, Jumaat.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada jam 5.55 petang, Khamis di kawasan bandar raya ini."Rakaman tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati kerana dipercayai menyentuh sensitiviti serta memburukkan agama Islam."Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam), berlaku perbualan antara seorang lelaki dipercayai pemandu e-hailing dengan seorang lelaki disyaki penumpang yang mengeluarkan kenyataan berkaitan al-Quran dan didakwa menghina agama Islam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Dalam rakaman berdurasi 2 minit 20 saat itu, suara seorang lelaki dipercayai penumpang e-hailing didengar mengeluarkan kenyataan mendakwa al-Quran mengajar mengenai pembunuhan.Bagaimanapun, pemandu e-hailing berkenaan dipercayai membidas kenyataan tersebut dan meminta penumpang terbabit berhati-hati ketika berbicara mengenai agama Islam.Pemandu itu turut menegaskan supaya agama Islam tidak dihina sebelum penumpang berkenaan dipercayai meminta maaf dan turun selepas kenderaan tersebut berhenti di tepi jalan.Azrul Hisham berkata, kes kini disiasat mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.





Masjid jadi gelanggang satukan belia pelbagai kaum - Sinarharian - 1/08 11:00 am

KUALA LUMPUR - Institusi masjid terus diberi nafas baharu apabila bakal menjadi gelanggang penyatuan belia pelbagai kaum menerusi penganjuran kejohanan bola sepak yang dijadual berlangsung di TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), Bangi pada 29 hingga 30 Ogos depan.Lebih menarik, kejohanan bertemakan 'Aksi Bola Merdeka 2026' itu menggunakan format sembilan sebelah dengan menggalakkan setiap pasukan menyenaraikan sekurang-kurangnya dua pemain bukan Islam sebagai simbol keharmonian masyarakat majmuk.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pendekatan itu selaras dengan matlamat program Semarak Masjid Bersama Belia yang mahu menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan komuniti, bukan sekadar tempat beribadah."Kita mahu menunjukkan masjid bukan hanya tempat memakmurkan ummah Islam, tetapi juga meraikan perbezaan dan menghormati masyarakat lain," katanya ketika Sidang Media Peluncuran Kejohanan Bola Sepak Piala YB Menteri Agama di Masjid At-Takwa Taman Tun Dr Ismail di sini pada Jumaat.Menurut beliau, format pertandingan turut menetapkan setiap pasukan dibarisi enam kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta tujuh pemain bawah 18 tahun bagi mengeratkan hubungan antara pegawai agama dan generasi muda.Beliau berkata, semua kategori pemain itu perlu diturunkan dalam setiap perlawanan bagi memastikan objektif penyatuan dan pembangunan belia dapat direalisasikan.Zulkifli memberitahu, penganjuran itu bukan sekadar mencari juara, sebaliknya menjadi platform mendekatkan anak muda dengan institusi masjid melalui minat mereka terhadap bola sepak."Apabila mereka datang bermain bola, kita juga akan mengajak mereka menunaikan solat berjemaah dan menyertai program pembangunan sahsiah di masjid."Kita mahu mereka terus aktif bersukan, namun pada masa sama membina akhlak dan berada dalam persekitaran yang baik," katanya.Setakat ini, katanya, tujuh negeri sudah mengesahkan penyertaan iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu, manakala penyertaan negeri lain masih dibuka.Kejohanan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran legenda bola sepak negara, Abdul Malek Abdul Rahman, Mohammad Hardi Jaafar dan Indra Putra Mahayuddin.Juara kejohanan itu bakal membawa pulang wang tunai RM3,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat selain berpeluang mengadakan aksi persahabatan menentang pasukan Kelab Bola Sepak (MAIWP FC) di Stadium Merdeka.Naib juara piala bakal menerima RM2,000 manakala tempat ketiga membawa pulang RM1,000 dengan masing-masing menerima pingat.





Menang besar atau sengit? Dua firma penyelidikan berbeza pandangan - Wrlr - 1/08 10:59 am

Politik identiti terus mendominasi Kedua-dua laporan bersetuju bahawa kempen PRN kali ini lebih tertumpu kepada isu identiti berbanding rekod pentadbiran. Ilham Centre mendapati naratif penyatuan politik Melayu-Islam bagi mempertahankan kuasa politik Melayu dan kedudukan agama kini turut didukung penyokong akar umbi BN dan PN





Pemandu e-hailing disaran jadi mata dan telinga polis, elak bincang isu sensitif - Sinarharian - 1/08 10:23 am

KUALA LUMPUR Pemandu e-hailing disaran memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dengan segera melaporkan sebarang kejadian yang berpotensi mengancam ketenteraman awam, termasuk kenyataan berunsur provokasi membabitkan agama dan kaum.Gesaan itu disuarakan Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis Digital Malaysia (LEAD Malaysia) susulan laporan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang pemandu e-hailing bagi membantu siasatan berhubung video tular yang memaparkan seorang penumpang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina al-Quran dan agama Islam.LEAD Malaysia berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada PDRM dan berharap semua pihak memberikan kerjasama bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh.Menurut pertubuhan itu, komuniti pemandu e-hailing mempunyai kedudukan yang unik kerana sentiasa berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus mampu membantu pihak berkuasa mengesan sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan keamanan awam."Jika berdepan kejadian yang mempunyai unsur jenayah atau berpotensi menggugat ketenteraman awam, pemandu disaran mengumpulkan maklumat yang bersesuaian sebelum menyalurkannya kepada pihak berkuasa melalui saluran yang sah dengan kadar segera."Tindakan sedemikian bukan sahaja membantu siasatan, malah menyumbang kepada usaha memelihara keharmonian masyarakat serta menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan sensitiviti masyarakat berbilang kaum serta agama di negara ini," menurut kenyataan itu pada Sabtu.Pada masa sama, LEAD Malaysia mengingatkan pemandu supaya mengelakkan diri daripada terlibat dalam perbualan atau perdebatan berkaitan agama, kaum, politik serta isu-isu sensitif bersama penumpang.Menurutnya, keutamaan pemandu adalah memastikan perjalanan berlangsung dengan selamat dan profesional tanpa dipengaruhi sebarang provokasi.Sekiranya berhadapan penumpang yang mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama atau kaum, pemandu disaran supaya kekal tenang, tidak melayan provokasi dan segera melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.Mengulas lanjut, LEAD Malaysia berpandangan insiden berkenaan turut memperlihatkan keperluan memperkukuh aspek keselamatan digital dalam industri e-hailing.Sehubungan itu, pertubuhan tersebut mencadangkan supaya semua Pengendali E-Hailing (E-Hailing Operators, EHO) mewajibkan penggunaan ciri rakaman audio automatik sepanjang perjalanan.Menurutnya, langkah itu bukan sahaja mampu membantu siasatan pihak berkuasa sekiranya berlaku insiden, malah dapat melindungi pemandu dan penumpang serta meningkatkan tahap akauntabiliti dalam industri e-hailing.LEAD Malaysia berkata, profesionalisme pemandu bukan hanya dinilai melalui kualiti perkhidmatan, malah keupayaan mereka mengendalikan situasi mencabar secara berhemah tanpa menjejaskan keselamatan diri, penumpang dan keharmonian masyarakat.





Suara rakyat jadi teras manifesto Mohd Zahin di DUN Palong - Mygazette - 1/08 7:59 am

Selain itu, keadaan jalan raya, lampu jalan serta simpang berisiko kemalangan di beberapa kawasan Felda Palong juga memerlukan tindakan segera demi keselamatan pengguna. Kemudahan awam seperti padang bola di Palong 12, pagar tanah perkuburan di Palong 6 akan segera dibina, surau dan sekolah agama di Palong 8 akan ditubuhkan serta penambahan pili bomba di sekitar dun Palong turut akan diberi perhatian





Bang Mat sedih rakyat terus dihasut dengan politik perkauman - Mygazette - 1/08 7:59 am

Datuk Seri Mohamad Sabuberkata, politik berasaskan perkauman bukan sahaja tidak menyatukan rakyat, malah boleh memecah-belahkan keharmonian masyarakat berbilang kaum yang telah lama dibina di negara ini. Menurutnya, suatu ketika dahulu rakyat Malaysia yang berbeza kaum dan agama mampu hidup dalam suasana harmoni tanpa dipengaruhi sentimen kebencian





Gelombang Melayu-Islam beri kelebihan kepada BN-PN – Ilham Centre - Mygazette - 1/08 7:59 am

Menurut kajian Ilham Centre, politik identiti kembali menjadi faktor paling dominan dalam mempengaruhi corak pengundian, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu, berbanding isu prestasi pentadbiran atau pembangunan negeri. Kajian itu mendapati naratif mempertahankan agama, kedudukan orang Melayu dan kuasa politik Melayu telah dibawa secara konsisten sepanjang tempoh berkempen sehingga menjadi pertimbangan utama sebahagian besar pengundi Melayu





Pas ajak Melayu bersatu bukan benci kaum lain -Ahmad Fadhli - Sinarharian - 31/07 9:38 pm

SHAH ALAM - Seruan Pas supaya orang Melayu bersatu padu bukan bermaksud membenci kaum lain sebaliknya parti itu menegaskan ia sentiasa membawa mesej perpaduan serta menghormati semua kaum dan agama di negara ini.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, seruan berkenaan juga bukanlah ajaran Islam yang menggalakkan kebencian terhadap kaum lain.Menurutnya, Pas menghormati semua kaum dan agama serta tidak pernah mengetepikan kepentingan mana-mana masyarakat hanya kerana parti itu memperjuangkan agenda Melayu dan Islam."Pas mengajak semua orang Melayu bersatu padu bukan bermaksud ia mesej supaya membenci kaum lain, itu bukanlah juga ajaran Islam."Pas menghormati semua kaum dan agama yang ada dalam negara, Pas sentiasa membawa mesej perpaduan, hanya kerana Pas bercakap tentang Melayu, bukan bererti kaum lain diketepikan, hanya kerana Pas bercakap tentang Islam, bukan bererti Pas parti yang ekstrem," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Dalam pada itu, Ahmad Fadhli turut menggesa masyarakat Cina dan India supaya tidak membuat penilaian terhadap Pas berdasarkan pandangan pihak lain, sebaliknya menilai parti itu melalui penjelasan daripada pemimpin Pas sendiri.Beliau berkata, Pas bukan sebuah parti yang ekstrem, tidak membenci kaum Cina dan India serta tidak pernah menolak perpaduan dan penyatuan dalam kalangan rakyat.Pada masa sama, beliau berkata, Pas bersama Perikatan Nasional (PN) sebelum ini merealisasikan gagasan penyatuan ummah bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi mengembalikan kuasa politik orang Melayu yang disifatkannya sebagai asas kepada kestabilan politik negara.Katanya, usaha berkenaan juga diharapkan dapat direalisasikan di Negeri Sembilan dengan sokongan semua pihak, selain mengajak pengundi Melayu-Islam bersama-sama menjayakan gagasan penyatuan ummah demi kepentingan masa depan negara.





NGO Melayu N9 bersuara kekalkan Tok Min, tolak politik kebencian - Wrlr - 31/07 6:46 pm

Pentadbiran beliau terbukti memberikan kebaikan yang banyak demi masa depan Islam, orang Melayu khususnya dan rakyat Negeri Sembilan keseluruhannya, katanya. Che Ros berkata, gabungan itu turut menyokong pendirian yang sebelum ini dizahirkan oleh Pertubuhan Profesor Melayu G70 yang menggesa masyarakat Melayu memilih pentadbiran yang mempunyai rekod mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negeri





Kenapa pula dipecat CEO cemerlang? Ahli Parlimen Bangi tuntut jawapan .. - Wrlr - 31/07 6:45 pm

Harapandaily July 31, 2026 Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji mencetuskan persoalan baharu apabila dua bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) didesak menjelaskan keputusan menamatkan khidmat dua pemimpin tertinggi Lembaga Tabung Haji (LTH) walaupun mereka didapati menjalankan tugas dengan baik





Laporan ILHAM buka mata: PH lawan gelombang sentimen dengan rekod kerajaan - Wrlr - 31/07 6:44 pm

Harapandaily July 31, 2026 Laporan ILHAM Centre mengenai PRN Negeri Sembilan membuka persoalan penting tentang arah politik negeri itu apabila mendapati kempen kali ini tidak lagi tertumpu sepenuhnya kepada rekod pentadbiran, pembangunan atau prestasi kerajaan negeri. Sebaliknya, menurut ILHAM, politik identiti berkaitan agama, kedudukan orang Melayu dan kuasa politik Melayu menjadi faktor dominan yang membentuk tingkah laku pengundi, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu





Laporan ILHAM buka mata: PH lawan gelombang sentimen dengan rekod kerajaan - Harapandaily - 31/07 5:45 pm

Laporan ILHAM Centre mengenai PRN Negeri Sembilan membuka persoalan penting tentang arah politik negeri itu apabila mendapati kempen kali ini tidak lagi tertumpu sepenuhnya kepada rekod pentadbiran, pembangunan atau prestasi kerajaan negeri. Sebaliknya, menurut ILHAM, politik identiti berkaitan agama, kedudukan orang Melayu dan kuasa politik Melayu menjadi faktor dominan yang membentuk tingkah laku pengundi, khususnya..





RCI TH: Laporan penuh akan didedahkan, tiada nama disorok – PM - Mygazette - 31/07 4:48 pm

Sementara itu, mengulas dakwaan mengenai pemberian ganjaran kepada kakitangan Tabung Haji ketika institusi berdepan pelbagai isu, Anwar berkata beliau kesal jika benar perkara itu berlaku. Malah Anwar turut menegaskan amanah yang diberikan kepada pengurusan institusi agama tidak boleh dikhianati





NGO Melayu terbuka sokong Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan - Mygazette - 31/07 4:48 pm

Pentadbiran beliau terbukti memberikan kebaikan yang banyak demi masa depan Islam, orang Melayu khususnya dan rakyat Negeri Sembilan keseluruhannya, katanya. Selain itu, katanya, gabungan berkenaan turut menyatakan pendirian senada dengan kenyataan Pertubuhan Profesor Melayu G70 yang sebelum ini menggesa masyarakat Melayu menyokong pentadbiran yang terbukti mampu mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negeri





PRN N9: Ilham Centre ramal BN mampu menang 22 kerusi, PH... - Mygazette - 31/07 4:48 pm

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, politik identiti kembali menjadi faktor paling dominan dalam mempengaruhi tingkah laku pengundi, sekali gus mengesan pergeseran ketara kerangka pertimbangan rakyat yang kini tidak lagi bergantung kepada rekod pentadbiran atau pembangunan semata-mata. Menerusi dapatan kajian lapangan Ilham Centre, naratif membabitkan kedudukan agama dan kuasa politik Melayu dibina secara konsisten sepanjang tempoh berkempen sehingga berjaya mengubah minda pengundi majoriti





PRN N9: AMK yakin pengundi muda bijak pilih calon berprestasi cemerlang - Mygazette - 31/07 4:48 pm

Menurutnya, pengundi muda diyakini mampu menilai secara bijak prestasi cemerlang kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sepanjang penggal lalu. "PH menampilkan barisan calon yang seimbang merangkumi pemimpin Melayu-Islam dan bukan Melayu daripada pelbagai latar belakang agama, korporat serta profesional untuk terus memimpin negeri ini





Kenapa pula dipecat CEO cemerlang? Ahli Parlimen Bangi tuntut jawapan bekas menteri - Harapandaily - 31/07 4:01 pm

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji mencetuskan persoalan baharu apabila dua bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) didesak menjelaskan keputusan menamatkan khidmat dua pemimpin tertinggi Lembaga Tabung Haji (LTH) walaupun mereka didapati menjalankan tugas dengan baik





Boleh Ke Masuk Masjid Ketika Haid Untuk Hadir Kelas Pengajian? Wanita Wajib Tahu Hukum Ini! - Siraplimau - 31/07 3:12 pm

Ramai wanita hari ini aktif menghadiri kelas agama, kuliah dan program ilmu yang diadakan di masjid





Kerugian RM10 bilion TH boleh tampung lebih ramai golongan B40 tunaikan haji bagi tempoh 20 tahun - Sinarharian - 31/07 2:14 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerugian RM10 bilion yang ditanggung Lembaga Tabung Haji (TH) boleh menampung subsidi haji untuk lebih ramai jemaah muassasah khususnya daripada golongan B40 menunaikan ibadah itu bagi tempoh lebih 20 tahun.Laporan pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH yang antara lain menunjukkan kelemahan tadbir urus dan pelaburan tidak berhemat, tidak sepatutnya berlaku sehingga mengundang defisit keyakinan ke atas keutuhan institusi berusia 63 tahun itu.Justeru, tugas besar menanti institusi itu untuk mengembalikan kepercayaan ramai terhadap kredibiliti TH yang telah dibina sejak sekian lama.Kerugian boleh tampung belanja hajiPensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan Islam di Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, sekiranya kerugian TH sebanyak RM10 bilion sejak 2014 hingga 2020 dihisab secara purata, ia sebenarnya mampu memberi berita gembira kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya daripada B40 yang ingin menunaikan ibadah haji."Ini kerana dengan andaian kos haji golongan B40 sebanyak RM10,980 seorang (pada ketika itu), dijangka seramai 910,747 orang daripada golongan B40 mampu menunaikan haji dalam tempoh 25 tahun dengan purata 36,430 orang setahun. "Jumlah ini sudah mewakili lebih daripada 0.1 peratus, kuota yang diberikan kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia berdasarkan jumlah penduduk kira-kira 34 juta orang."Ini merupakan satu angka yang sangat besar dan impaknya sangat panjang sehingga mencecah 25 tahun," katanya kepada Bernama hari ini.Sebelum ini, bayaran asas jemaah muassasah dikekalkan pada paras RM9,980 dari 2014 hingga 2019, meskipun kos sebenar haji telah meningkat dan TH telah membiayai perbezaan kos menerusi pendapatan pelaburannya.Namun, subsidi haji meningkat daripada RM106 juta pada 2014 kepada RM300 juta pada 2019.Bagi musim haji 1447H/2026M, kerajaan mengekalkan kos tunai haji muassasah pada kadar RM33,300 seorang dengan kadar bayaran mengikut kategori pendapatan turut diteruskan iaitu RM15,000 bagi B40, RM23,500 (M40) dan bayaran penuh RM33,300 bagi T20 manakala TH menanggung baki perbezaan kos tersebut.Kes Tabung Haji beri peringatanMohd Faisol berkata, pendedahan laporan RCI TH memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada pengurusan institusi itu sendiri, malah sebagai peringatan kepada pihak lain termasuk Jabatan Audit Negara, Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Kewangan dan khususnya kerajaan.Beliau berkata, isu itu bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh atau sebelah mata sahaja sebaliknya perlu dihadam dan diteliti satu persatu oleh kerajaan supaya tidak berulang pada masa depan.Katanya, masyarakat Islam sangat sensitif dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan isu yang boleh mencemarkan TH, institusi Islam paling dipercayai, membantu masyarakat Islam menabung untuk melaksanakan ibadah haji serta mengurus jemaah haji secara selamat dan terancang."Pendedahan (laporan) RCI TH telah memberi satu kejutan yang sangat besar dan parah kepada para penyimpan apabila banyak kesalahan tatakelola oleh mereka yang diamanahkan untuk menguruskan TH."Kesalahan ini telah memberi kesan rantaian yang panjang kepada kedudukan kewangan sehingga pelbagai aset terpaksa dijual dan distrukturkan semula demi menyelamatkan TH," katanya, sambil menambah laporan itu menunjukkan kelemahan pengurusan dari aspek tatakelola, pematuhan undang-undang, kepimpinan, pelaburan dan perakaunan serta pembaziran.Kembalikan keyakinan, ambil iktibarBagi memastikan TH mendapat semula keyakinan masyarakat Islam di Malaysia, Mohd Faisol berkata terdapat beberapa langkah yang boleh diambil antaranya tidak membenarkan lantikan orang politik dalam struktur pengurusan tertinggi TH dan anak syarikatnya.Selain itu, katanya melantik menteri agama yang hanya mempunyai latar belakang dalam bidang agama dan dalam bidang ekonomi, kewangan atau perbankan Islam.Beliau turut menyarankan wang bonus TH dikembalikan kepada pengurusan TH yang sebelum ini diberikan secara tidak beretika serta menghukum mereka yang terbukti bersalah menyeleweng dan cuba memanipulasi data dan dokumen serta keputusan yang menyebabkan kerugian dari tempoh 2014-2018.RCI Tabung Haji sebelum ini mencadangkan bonus yang diberi kepada ahli lembaga pengarah dan pengurusan TH Properties berjumlah RM2.19 juta ditarik balik memandangkan bonus berkenaan diberikan tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan."Masyarakat Islam akan memahami dan menerima keadaan ini tanpa perlu memperjudikan TH dengan menawarkan kadar hibah yang tinggi kepada pendeposit demi meraih undi masyarakat tetapi hakikatnya liabliti lebih tinggi daripada aset."Ini yang sebenarnya menjadi punca kerosakan TH pada masa akan datang dan wajib diperbetulkan."Masyarakat juga perlu faham bahawa TH bukan macam bank yang mementingkan keuntungan dalam setiap produk yang ditawarkan kepada pelanggan sebaliknya hanya membantu menguruskan tabungan untuk menunaikan haji dan membantu masyarakat Islam menunaikan haji secara sistematik dan selamat."Jika masyarakat faham, maka pemberian hibah yang rendah kepada pendeposit TH tidak menjadi isu kerana hibah hanyalah aksesori kepada simpanan di TH dan bukan keutamaan penyimpan," katanya.Beliau berkata, langkah yang boleh ditambah baik oleh kerajaan adalah dengan memastikan apa yang dicadangkan oleh RCI itu dikuatkuasakan ke atas institusi tersebut."Mungkin sudah sampai masanya satu keputusan berani dan berwibawa perlu dilakukan oleh kerajaan sekarang demi kelangsungan TH, iaitu dengan memperkukuh Akta Tabung Haji 1955 melalui menguatkuasakan akta TH yang melarang lantikan orang politik dalam struktur pengurusan tertinggi," katanya.Menerusi laporan RCI setebal 211 halaman, pelbagai faktor menjadi punca seperti pemberian bonus melampau, keputusan pelaburan yang merugikan, pengurusan tidak cekap dan lain-lain lagi.Betapa sedihnya apabila sebuah institusi Islam yang menjadi contoh kepada banyak negara kerana pengurusan haji yang cekap, hampir musnah akibat kelemahan pengurusan.Teguran BNM terhadap institusi itu sejak 2014 wajar diberi perhatian yang bimbang mengenai kedudukan kewangan dan pengurusan TH sebelum krisis berkenaan memuncak pada 2018.Dengan pendedahan laporan RCI TH, diharapkan TH dapat mengembalikan keyakinan umat Islam dalam menguruskan dana yang besar dengan sebaik mungkin untuk kesejahteraan ummah.Apa yang lebih penting ialah TH kembali kepada landasan asal penubuhannya seperti yang dicetuskan oleh Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz pada 1959 bagi membantu umat Islam menunaikan rukun Islam kelima.- Bernama





Isu 3R, berita palsu masih pengaruhi pengundi Negeri Sembilan - Sinarharian - 31/07 1:22 pm

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R), penyebaran berita palsu serta penyelewengan fakta didapati masih mewarnai perbualan masyarakat dan mempengaruhi persepsi pengundi menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Dapatan itu diperoleh menerusi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) yang dijalankan Pusat Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDERC) sebagai sebahagian daripada Kajian Persepsi Pengundi Negeri Sembilan Menjelang PRN Ke-16 esok





Si Eric See-To - Lim Sian See yang kata Lim guan eng adalah penyelamat TH .. - Wrlr - 31/07 12:51 am

Norman Daud Si Eric See-To - Lim Sian See yang kata Lim guan eng adalah penyelamat TH tempoh hari Saya tidak bersetuju kenyataan itu. Yang berusaha menyelamatkan TH dari terus menangung kerugian adalah Dr Mujahid Yusof Rawa menteri Agama pada ketika itu bersama sama kaki tangan TH itu sendiri





“Janganlah kegembiraan kita jadi kesusahan orang lain” – Pesanan Dr Zulkifli Kepada RXZ Members 8.0 - Lobakmerah - 31/07 12:37 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menitipkan beberapa pesanan dan nasihat buat para peserta himpunan RXZ Members 8.0 yang berlangsung pada 31 Julai hingga 1 Ogos di Litar Drag Gong Badak, Kuala Nerus, Terangganu





Syeikh Al-Azhar contoh kepimpinan wasatiyyah, perpaduan ummah - Anwar - Sinarharian - 31/07 12:14 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan yang tinggi terhadap Imam Besar al Azhar al Sharif, Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad Al-Tayyeb yang disifatkan sebagai antara tokoh paling lantang memperjuangkan pendekatan wasatiyyah dalam menangani isu-isu semasa.Anwar, dalam buku "Di Mihrab Al-Tayeb" yang dipetik Facebook rasmi al Azhar al Sharif, berkata, tokoh ulama itu telah menggesa agar usaha dipertingkatkan bagi memperkukuh perpaduan ummah, menyemai nilai kasih sayang, saling menghormati dan kehidupan bermasyarakat yang harmoni sesama umat Islam dan bukan Islam."Pada usia 80 tahun, Dr Ahmad Al-Tayyeb masih aktif menangani pelbagai isu yang melangkaui sempadan institusi dan zaman, sekali gus membentuk kefahaman mengenai hubungan antara agama, kepimpinan dan kehidupan bersama dalam dunia yang sentiasa berubah," katanya.Buku terbitan Majlis Hukama Muslimin itu yang dilancarkan awal tahun ini sempena ulang tahun kelahiran ke-80 Al-Tayyeb, antara lain menghimpunkan testimoni pemimpin agama serta pemikir antarabangsa mengenai tokoh itu.Anwar turut menyifatkan Al-Tayyeb sebagai tokoh yang bukan sahaja mempertahankan prinsip dan kedudukan umat Islam melalui ucapan, malah menterjemahkannya menerusi akhlak, keilmuan dan amalan, selain terus mempertahankan pendekatan wasatiyyah yang bijaksana dalam menghadapi cabaran semasa.Menurut Anwar selain peranannya dalam dunia Islam, Al-Tayyeb turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh dialog antara penganut pelbagai agama.Beliau berkata, usaha itu terserlah menerusi pemeteraian Dokumen Persaudaraan Insaniah bersama Pope Francis di Abu Dhabi pada 2019, yang membawa mesej keimanan dan mendorong seseorang mukmin untuk melihat orang lain sebagai saudara yang berhak menerima kasih sayang, sokongan dan penghormatan.Anwar berkata, sumbangan Al-Tayyeb dalam mempromosikan nilai kesederhanaan, persefahaman dan keharmonian antara agama terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh perpaduan serta keamanan masyarakat majmuk di peringkat global





Hibah Tabung Haji pergi kepada pendeposit bukan pemimpin – Jamil Khir - Mygazette - 31/07 7:46 am

# Hibah Tabung Haji pergi kepada pendeposit bukan pemimpin - Jamil Khir SEREMBAN - Pemberian hibah oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sepanjang pentadbirannya adalah untuk manfaat para pendeposit dan bukannya disalurkan kepada mana-mana ahli lembaga, pemimpin atau pihak tertentu. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr





Kerajaan Madani bantu masyarakat India melalui dasar bukan slogan – .. - Mygazette - 31/07 7:46 am

Fadhlina berkata, antara langkah paling signifikan ialah keputusan kerajaan menawarkan kemasukan automatik ke Program Matrikulasi kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurutnya, dasar itu memberi jaminan peluang pendidikan yang lebih adil kepada pelajar cemerlang tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang





Saya sudah disiasat sejak 2018, kalau nak siasat lagi saya bersedia... - Mygazette - 31/07 7:46 am

# Saya sudah disiasat sejak 2018, kalau nak siasat lagi saya bersedia - Jamil Khir SEREMBAN - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr





Wanita BN N. Sembilan ikrar laksana manifesto, bukan sekadar janji .. - Mygazette - 31/07 7:46 am

Sekiranya calon kita menang dan BN diberi peluang memerintah negeri ini, kita mahu bersama-sama sebagai sebahagian daripada kerajaan untuk melaksanakan apa yang telah diberikan melalui manifesto BN kepada wanita Negeri Sembilan, katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Ikrar Wanita Negeri Sembilan di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini hari ini. Turut hadir, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom





RCI Tabung Haji tak temui unsur ???sakau???, persepsi politik perlu .. - Mygazette - 31/07 7:46 am

# RCI Tabung Haji tak temui unsur sakau, persepsi politik perlu dihentikan Jamil Khir SEREMBAN - Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) yang didedahkan semalam tidak menemukan sebarang dapatan membuktikan berlakunya penyelewengan, kecurian atau 'sakau'. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr





Hentikan fitnah politik, mahu PRN berlangsung beradab ??? Bibi Sharliza - Mygazette - 31/07 7:46 am

Kita mahu menang secara baik, secara berhemah dan beradab, katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Ikrar Wanita Negeri Sembilan di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini hari ini. Turut hadir, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom





Syed Saddiq kemuka cadangan pengisian Sidang Khas Parlimen mengenai RCI TH - Sinarharian - 31/07 12:35 am

Kalau belum, lakukan secepat mungkin. Lepas sesi perbahasan di Parlimen itu sudah tamat, kita kemukakan usul dwiparti (bipartisan) yang disokong oleh semua pihak untuk mengangkat cadangan-cadangan yang dikemukakan RCI ini dan terus laksanakan 100 peratus."Untuk memberikan kredit kepada kerajaan hari ini, 75 peratus telah dilaksanakan, tetapi banyak lagi belum."Contohnya, menetapkan kriteria untuk memastikan mereka yang benar-benar layak mempunyai pengalaman dalam sektor korporat ataupun kepakaran dalam bidang ini untuk menerajui Tabung Haji, bukannya pemimpin politik yang tidak mempunyai pengalaman sehingga membuat keputusan politik yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit," katanya.Beliau turut mencadangkan supaya peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Menteri Kewangan dipisahkan, selain mengingatkan semua pihak supaya tidak memainkan sentimen politik atau perkauman dalam isu berkenaan."Saya tidak mahu ia menjadi isu perkauman





Siasatan susulan RCI perlu telus, jangan lindungi pihak bersalah - Anwar - Sinarharian - 30/07 11:47 pm

Saya sebagai Perdana Menteri amanahkan, siasat dengan telus, jangan cover (lindungi) lagi dah. Letih dah kita tunggu," kata beliau.Anwar berkata, demikian ketika berucap pada program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang di sini malam ini.Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan dan timbalannya Marhamah Rosli, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam menerbitkan Laporan RCI setebal 211 halaman berhubung siasatan terhadap pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau sentiasa terbuka menerima teguran dan nasihat selain menegaskan kerajaan sedang berusaha keras untuk memperbaiki segala kelemahan pentadbiran terdahulu."Tegurlah saya





Pendedahan RCI TH bukan politik picisan - Anwar - Sinarharian - 30/07 10:08 pm

PORT DICKSON - [KEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bukan isu tindakan politik picisan sebaliknya amanah dan tanggungjawab memelihara kepentingan jutaan umat Islam negara ini.Beliau berkata, laporan berkenaan perlu dilihat secara serius kerana ia antara lain mendedahkan teguran dan amaran yang pernah diberikan Bank Negara Malaysia pada 2014 dan 2017 berhubung keadaan kewangan TH, namun tidak diambil tindakan sewajarnya."Ini bukan isu politik. Ini soal amanah, satu tanggungjawab kita memelihara kepentingan umat," katanya ketika berucap pada program Munajat Perdana di Dewan Orang Ramai Linggi, yang turut dihadiri Menteri Besar yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi Datuk Seri Aminuddin Harun di sini.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata laporan RCI itu bukan dihasilkan oleh kerajaan pimpinan beliau.Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan memberi ruang kepada semua Ahli Parlimen membahaskan laporan berkenaan pada 11 Ogos ini membolehkan perkara itu dijelaskan secara terbuka berdasarkan fakta dan kandungan laporan.Anwar hari ini dilaporkan berkata sesi persidangan khas untuk membahaskan dapatan Laporan RCI mengenai TH akan diadakan pada 11 Ogos ini selepas perbincangan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.Laporan RCI mengenai TH yang diterbitkan semalam mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan lepas dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.Anwar berkata, kerajaan juga sebelum ini mengambil langkah menyusun semula aset TH dengan memindahkan syarikat mengalami kerugian ke Kementerian Kewangan bagi melindungi kepentingan pencarum manakala pengurusan dan syarikat TH yang berdaya maju kekal di bawah institusi itu.Beliau berkata, kerajaan tidak berpolitik mengenai isu berkenaan, sebaliknya memastikan setiap dakwaan yang mempunyai asas disiasat oleh pihak berkuasa dan tindakan undang-undang diambil jika terdapat kesalahan.Sementara itu, Perdana Menteri berkata Kerajaan Persekutuan telah mengembalikan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) mulai 2023 selepas bantuan berkenaan dihentikan sejak 2003."Kerana apa (kembalikan)? kerana keyakinan kita





Peruntukan naik taraf sekolah pondok Negeri Sembilan diumum selepas PRN - Anwar - Sinarharian - 30/07 9:24 pm

Di Negeri Sembilan, selain daripada yang dilakukan oleh Menteri Besar, saya tak boleh umumkan sekarang, kita kena umum pilihan raya, lepas pilihan raya, insya-ALLAH, kita akan amalkan semua sekolah-sekolah,"Saya dah lakukan di Perak, saya lakukan sebahagian di Kelantan. Kelantan, walaupun bukan penyokong-penyokong tegar (Pakatan Harapan) kita, tapi sebab pendidikan yang ini kita lakukan," katanya," katanya ketika berucap pada Program Linggi Bermunajat di Dewan Orang Ramai Linggi di sini pada Khamis.Turut hadir, Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi yang juga Pengerusi parti gabungan berkenaan di Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.Anwar berkata, kerajaan telah memulakan langkah memperkasa institusi pendidikan Islam sebaik mengambil alih pentadbiran pada penghujung 2022.Menurutnya, antara tindakan awal yang dilakukan ialah mengembalikan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dihentikan sejak 2003."Pada bulan November 2022 saya umumkan kita kaji, pada tahun 2023 saya kembalikan semua peruntukan sekolah agama rakyat yang dahulu dihentikan."Kerana ada orang menjanjikan masa itu dan beberapa kerajaan silih berganti tidak mengubah dasar itu





PRN Negeri Sembilan: SPR laksana Sistem OCR-VA - Sinarharian - 30/07 8:59 pm

SEREMBAN - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan melaksanakan projek rintis Sistem Pengecaman Aksara Optik Kehadiran Pengundi (OCR-VA) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, Sabtu ini.Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, sistem itu akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor melibatkan Saluran 1 hingga 7 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan sebagai usaha menambah baik pengurusan proses pilihan raya."Sistem OCR-VA dibangunkan khusus bagi merekod dan menandakan kehadiran pengundi di saluran mengundi melalui pengimbasan maklumat pada kad pengenalan secara automatik."Penggunaan teknologi ini dijangka dapat mempercepatkan proses semakan dan pendataan kehadiran pengundi, mengurangkan kesilapan penandaan kehadiran secara manual serta meningkatkan kecekapan petugas kerani pengundian (KP)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Khairul Shahril menjelaskan, inisiatif itu juga menyokong usaha pendigitalan proses pilihan raya dengan mengurangkan kebergantungan kepada kaedah manual tanpa menjejaskan tatacara pengundian yang ditetapkan.Beliau berkata, pengundi hanya perlu hadir ke pusat mengundi dan mengemukakan kad pengenalan kepada petugas untuk tujuan semakan sebelum meneruskan proses pengundian mengikut prosedur yang ditetapkan."SPR memberi jaminan bahawa pelaksanaan sistem OCR-VA hanya melibatkan proses penandaan kehadiran pengundi dan tidak melibatkan proses pengundian atau perekodan pilihan pengundi."Justeru, kerahsiaan undi adalah terpelihara sepenuhnya dan ia turut dibangunkan dengan mengambil kira aspek keselamatan maklumat dan perlindungan data peribadi pengundi," katanya.Khairul Shahril berkata, hasil pelaksanaan rintis ini akan dinilai secara menyeluruh bagi mengenalpasti keberkesanan, kecekapan operasi serta potensi pelaksanaannya secara lebih meluas pada pilihan raya akan datang."SPR memohon kerjasama semua pengundi untuk memberikan kerjasama kepada petugas sepanjang pelaksanaan projek rintis ini demi memastikan urusan pengundian berjalan lancar, teratur dan efisien," katanya





Jangan jadikan RCI sebab hilang keyakinan terhadap Tabung Haji - Jamil Khir - Sinarharian - 30/07 5:05 pm

SHAH ALAM - Umat Islam di negara ini diseru agar tidak menjadikan isu berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji sebagai alasan untuk hilang keyakinan terhadap institusi itu kerana tindakan panik hanya akan merugikan pendeposit dan masyarakat Islam sendiri.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Tabung Haji merupakan satu-satunya institusi simpanan haji negara yang menguruskan dana berbilion ringgit milik umat Islam dengan jumlah pendeposit melebihi sembilan juta orang.Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, sebarang usaha yang boleh mencetuskan keresahan dalam kalangan pendeposit sehingga mendorong mereka mengeluarkan simpanan secara panik perlu dielakkan."Sebab kalau kita bincang yang saat sekarang ini pun, ia akan berlaku kepanikan pengeluaran





'Jadikan laporan RCI TH iktibar agar kesilapan sama tak berulang' - Fuziah - Sinarharian - 30/07 4:35 pm

SHAH ALAM Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) perlu dijadikan iktibar bagi memastikan kelemahan tadbir urus, keputusan pelaburan tidak berhemat serta kegagalan mematuhi peruntukan undang-undang yang berlaku sebelum ini dalam institusi itu tidak berulang.Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, laporan RCI TH mendedahkan semua kelemahan itu yang mewujudkan defisit antara aset dan liabiliti TH sejak tahun 2014.Beliau yang kini Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menegaskan, antara keutamaan kerajaan ketika beliau menggalas jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 2018 hingga 2020 ialah memastikan proses pemulihan TH dapat dilaksanakan bagi melindungi simpanan pendeposit dan memulihkan keyakinan rakyat."Proses pemulihan yang dimulakan pada tahun 2018 adalah langkah penting untuk mengembalikan kestabilan institusi ini."Namun, pemulihan sahaja tidak mencukupi sebaliknya apa yang berlaku mesti dijadikan iktibar agar kesilapan yang sama tidak berulang lagi," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis.Pada Rabu malam, kerajaan mendedahkan laporan RCI TH yang merumuskan mengenai kerugian yang dialami TH selain dakwaan pemalsuan akaun, pelaburan bermasalah dan campur tangan ahli politik dalam pentadbiran institusi tersebut bagi tempoh 2014 hingga 2020.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui THDalam laporan setebal 211 muka surat itu, RCI turut menyenaraikan syor yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi berkenaan termasuk menyarankan supaya amalan pemberian bonus yang terlalu tinggi kepada kakitangan dihentikan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilapor memaklumkan, TH mengalami kerugian kira-kira RM10 bilion itu akibat pelaburan yang tidak mematuhi peraturan dan kelemahan dalam tadbir urus.Anwar berkata, pihaknya menyerahkan tindakan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat mana-mana pihak bertanggungjawab yang menyebabkan kerugian, penipuan atau salah guna kuasa dalam TH.Mengulas lanjut, Fuziah yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik pendirian Perdana Menteri supaya mana-mana pihak yang menyebabkan kerugian atau melanggar undang-undang hendaklah disiasat.Kata beliau, sekiranya terdapat bukti yang mencukupi, biarlah lunas undang-undang menjalankan tanggungjawabnya."TH dibina atas kepercayaan umat Islam, amanah sebesar ini hanya dapat dipelihara melalui tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti."Semoga segala syor RCI dapat dilaksanakan untuk memastikan institusi yang menjadi kebanggaan umat Islam ini terus kekal kukuh untuk generasi akan datang," ujar beliau.





Ramalan Kian Ming mampu suntik semangat penyokong PH keluar mengundi - Mygazette - 30/07 4:11 pm

"Dalam aspek pembangunan pula, kerajaan negeri terus memberi tumpuan kepada usaha menarik pelaburan, memperkukuh ekonomi negeri, menambah baik infrastruktur, memperluaskan peluang pekerjaan serta melaksanakan pelbagai program kebajikan yang memberi manfaat kepada rakyat, katanya. Beliau berkata, pendekatan inklusif kerajaan negeri yang menyalurkan bantuan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik turut menjadi antara faktor yang mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran sedia ada





Dah dekat PRN tetiba ada isu ‘sakau’, Azeez sedia disiasat .. - Mygazette - 30/07 4:11 pm

Mahathir dah penjarakan saya dah. Saya dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang dikatakan pemimpin UMNO itu tiada sakau," katanya





Melayu Islam benar-benar hilang kuasa atau sekadar naratif politik? - Mygazette - 30/07 4:11 pm

Abu Hafiz Salleh Hudin ketika mengulas tulisan Presiden Pas bertajuk Kaum dan Perkauman: Mengapa Melayu Islam Memimpin Malaysia yang diterbitkan baru-baru ini. Menurut beliau, dakwaan kepimpinan Melayu Islam semakin terhakis tidak disokong oleh realiti pentadbiran negara kerana institusi teras negara sehingga hari ini masih diterajui oleh orang Melayu beragama Islam





Anwar mohon maaf bukti kepimpinan berjiwa besar, kata Papparaidu - Mygazette - 30/07 4:11 pm

Papparaidu yang juga Penolong Setiausaha Pengelola DAP Selangor berkata, keberanian mengakui kesilapan bukanlah satu kelemahan, sebaliknya menjadi ukuran kepada integriti dan kematangan seseorang pemimpin. Katanya, dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia, setiap kenyataan pemimpin sememangnya akan dinilai dengan teliti





KDN serah polis siasat ucapan Sanusi - Utusan - 30/07 4:02 pm

KUBANG PASU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan berhubung ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang didakwa menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R)





RCI syor TH rujuk Muzakarah MKI berkaitan akad simpanan - Utusan - 30/07 3:57 pm

PETALING JAYA: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mengesan berlaku perubahan pada akad simpanan yang memerlukan TH memberi perhatian sewajarnya mengikut ketetapan pihak berkuasa agama





Di mana ‘penyatuan umat’ selepas RCI bongkar penyelewengan Tabung Haji – Faiz Fadzil - Mypress - 30/07 3:08 pm

KETIKA isu kaum dan agama dimainkan, suara kelompok yang membawa slogan penyatuan umat biasanya kedengaran paling lantang





CBP Anjur MMKI 2026 Bagi Memperkasakan Naratif Dan Kredibiliti Sistem Kewangan Islam - Lobakmerah - 30/07 2:39 pm

Co-opbank Pertama (CBP) menganjurkan Muzakarah Muamalat Kewangan Islam (MMKI) 2026 edisi kedua sebagai inisiatif memartabatkan serta memperkukuh naratif kewangan Islam di negara ini. Majlis bertemakan “Antara Realiti dan Persepsi: Memperkasa Naratif Perbankan Islam, Reputasi dan Kredibiliti Sistem Kewangan Islam“ itu telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr





Selesai baki 25 peratus syor RCI bukti komitmen TH - Bekas Menteri Agama - Sinarharian - 30/07 2:35 pm

SHAH ALAM - Usaha pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan kira-kira 75 peratus daripada syor yang dikemukakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mencerminkan komitmen institusi itu memperkukuhkan tadbir urus dan memulihkan keyakinan pendeposit.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, usaha pemulihan yang sedang dilaksanakan pengurusan dan warga TH wajar diberikan penghargaan."Alhamdulillah, tirai RCI telah dibuka, selain belajar daripada sejarah dan luka semalam, jangan terlupa menghargai tangan yang tekun menyembuhkannya."Membina lebih sukar daripada mengkritik





RCI syor Jawatankuasa Urusan Haji dikanunkan, diberi peranan khusus - Sinarharian - 30/07 2:31 pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) mencadangkan supaya Jawatankuasa Urusan Haji dikanunkan di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dan diberi peranan khusus.Menurut laporan RCI yang diterbitkan semalam, jawatankuasa itu ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk menilai dan membuat keputusan mengenai perkara-perkara berkaitan operasi haji selepas Majlis Penasihat Haji dibubarkan pada 2018 susulan pemansuhan Akta Lembaga Urusan Tabung Haji 1969 (Akta 8)."Memandangkan pengurusan haji adalah merupakan fungsi utama Lembaga TH, suruhanjaya berpendapat adalah wajar Jawatankuasa Urusan Haji dikanunkan di bawah Akta 535," menurut laporan itu.RCI itu mengesyorkan Jawatankuasa Urusan Haji berperanan menasihati Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkenaan dasar dan perancangan dalam urusan haji serta membincangkan isu kebajikan jemaah haji dan perkara yang dirujuk kepadanya berhubung urusan haji.Selain itu, jawatankuasa tersebut juga disyorkan untuk mencadangkan penambahbaikan dalam pengurusan haji dan memberi maklum balas kepada pengurusan Lembaga TH dalam isu berkaitan pengurusan haji serta memberi cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaMenurut laporan itu, RCI turut mencadangkan Pengerusi Lembaga TH mempengerusikan Jawatankuasa Urusan Haji, manakala ahli hendaklah terdiri daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), wakil Kementerian Luar, wakil Kementerian Kesihatan, dan tiga ahli yang dilantik oleh Menteri Hal Ehwal Agama.Suruhanjaya itu juga mencadangkan peruntukan lazim seperti kuorum, perjalanan mesyuarat, undi pemutus, pengerusi, kekosongan jawatan, hilang kelayakan dan penzahiran kepentingan berkaitan dengan Jawatankuasa Urusan Haji hendaklah diperuntukkan dalam Akta 535."Suruhanjaya juga mencadangkan ahli-ahli Jawatankuasa Urusan Haji boleh dibayar honorarium dan elaun perjalanan serta elaun gantian sebagaimana ditetapkan oleh Lembaga (TH)," menurut laporan itu.Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil semalam berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa Laporan RCI mengenai TH dari 2014 hingga 2020 dibuat pengelasan semula dan didedahkan kepada umum.Laporan RCI setebal 211 halaman berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi TH itu diterbitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) malam tadi





'Ramalan Kian Ming ajak rakyat bangkit perkukuh sokongan PH' Penganalisis - Sinarharian - 30/07 2:27 pm

KUALA LUMPUR - Ramalan yang dibuat oleh pemimpin DAP, Ong Kian Ming mengenai kemungkinan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mencatat keputusan memberangsangkan di Negeri Sembilan wajar dilihat sebagai satu peringatan, bukannya gambaran mutlak tentang keputusan pilihan raya.Profesor Adjung Universiti SEGI, Dr Sarraf Rajesh berkata, hakikatnya, dalam politik, persepsi sering mempengaruhi strategi dan apabila sesuatu pertandingan dilihat semakin sengit, jentera parti lazimnya akan bekerja dengan lebih gigih, manakala penyokong pula lebih terdorong untuk keluar mengundi.Dalam konteks ini katanya, kenyataan Kian Ming boleh menjadi pemangkin yang menyatukan semula kekuatan Pakatan Harapan (PH) di peringkat akar umbi dan mengelakkan sebarang rasa terlalu yakin dalam kalangan penyokongnya."Persoalan utama kini bukan lagi mengenai ramalan siapa yang akan menang, tetapi bagaimana pengundi menilai prestasi kerajaan negeri sepanjang tempoh pentadbirannya."Lazimnya, pengundi akan membuat keputusan berdasarkan pengalaman mereka sendiri terhadap dasar dan pelaksanaan kerajaan, bukannya semata-mata dipengaruhi oleh unjuran politik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, Ong Kian Ming meramalkan bahawa gabungan BN dan PN mempunyai kelebihan untuk memenangi antara 23 hingga 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan.Mengulas mengenai ramalan itu, Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan pilihan raya ditentukan oleh pengundi dan bukannya ramalan penganalisis politik.Mengulas lanjut, Sarraf berkata, PH memasuki pilihan raya dengan satu kelebihan yang sukar dinafikan, iaitu rekod pentadbiran di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun atau Tok Min.Katanya, sepanjang menerajui Negeri Sembilan, beliau dilihat mengekalkan pentadbiran yang stabil, berhemah dan bebas daripada sebarang kontroversi besar."Pendekatan beliau yang sederhana serta mudah didekati turut membentuk imej seorang pemimpin yang lebih mengutamakan penyelesaian berbanding retorik politik."Dalam aspek pembangunan pula, kerajaan negeri terus memberi tumpuan kepada usaha menarik pelaburan, memperkukuh ekonomi negeri, menambah baik infrastruktur, memperluaskan peluang pekerjaan serta melaksanakan pelbagai program kebajikan yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya.Beliau berkata, pendekatan inklusif yang memastikan bantuan disalurkan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang politik turut menjadi antara kekuatan pentadbiran Tok Min.Atas sebab itu katanya, tidak menghairankan jika sebahagian besar pengundi melihat kesinambungan pentadbiran sebagai pilihan yang lebih meyakinkan.Dalam banyak pilihan raya, jelasnya, kestabilan dan rekod pencapaian sering menjadi pertimbangan utama, khususnya apabila kerajaan sedia ada dilihat berjaya memenuhi sebahagian besar harapan rakyat."Justeru, ramalan yang dibuat oleh Kian Ming mungkin bukan sesuatu yang melemahkan PH."Sebaliknya, ia berpotensi meningkatkan kesedaran dalam kalangan penyokong bahawa setiap undi amat penting





RCI Tabung Haji: Apa yang perlu anda tahu? - Sinarharian - 30/07 1:54 pm

SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji dari tahun 2014 hingga 2020 ditubuhkan bagi meneliti dakwaan salah urus, kedudukan kewangan, tadbir urus, pelaburan dan pematuhan terhadap undang-undang.Laporan RCI mengenal pasti kelemahan struktur pentadbiran, amalan pengurusan kewangan dan keputusan pelaburan yang didakwa menjejaskan kedudukan kewangan TH.Pada masa sama, suruhanjaya mengemukakan 25 syor bagi memastikan institusi itu lebih telus, profesional dan mampan pada masa depan.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semula1. Apa masalah utama yang dikenal pasti?Kelemahan tadbir urusRCI mendapati Akta Tabung Haji 1995 mempunyai kelemahan yang membuka ruang kepada masalah tadbir urus.Antara isu yang dibangkitkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mempunyai kepakaran dalam bidang agama, namun bergantung kepada pihak pengurusan dan lembaga dalam membuat keputusan berkaitan kewangan, dana dan pelaburan yang memerlukan kepakaran khusus.Selain itu, penglibatan anggota lembaga dan pengurusan TH dalam syarikat-syarikat subsidiari didapati menimbulkan konflik kepentingan serta mengurangkan tumpuan terhadap tanggungjawab utama mereka di TH.2





Kerajaan percepat pelaksanaan baki syor RCI Tabung Haji - Zulkifli - Sinarharian - 30/07 1:23 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempercepat pelaksanaan baki 25 peratus syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH), yang masih belum dilaksanakan dengan mengambil kira aspek kebijaksanaan, realiti semasa serta pertimbangan berkaitan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, kerajaan sentiasa terbuka dan sedia melakukan perubahan, selain melihat syor-syor berkenaan sebagai peluang untuk memperkukuh institusi berkenaan"Ada banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk memastikan institusi yang kita sayangi ini terus terbang tinggi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muzakarah Muamalat Kewangan Islam (MMKI) di sini pada Khamis.Zulkifli berkata, sebanyak 75 peratus daripada 25 syor yang dikemukakan oleh RCI telah dilaksanakan, sekali gus meletakkan TH di landasan yang tepat dalam pengurusan deposit dan operasi haji sehingga membolehkan institusi itu menerima Diamond Award bagi pengurusan haji terbaik dunia pada musim haji 1447H/2026M.Mengulas mengenai syor supaya struktur tadbir urus TH disusun semula, beliau terbuka untuk mempertimbangkan cadangan itu termasuk mengasingkan tanggungjawab pengurusan kewangan, dana dan pelaburan di bawah Menteri Kewangan.Zulkifli berkata, syor mengehadkan bidang kuasa Menteri Hal Ehwal Agama kepada pengurusan haji adalah antara cadangan dikemukakan dalam Laporan RCI mengenai Lembaga TH yang diterbitkan semalam.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiSemalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan laporan RCI berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 setebal 211 halaman, yang antara lain mengandungi syor penambahbaikan pengurusan dan operasi TH.Mengenai penganjuran MMKI, beliau berkata, muzakarah itu penting bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai negara yang menduduki tangga teratas dunia dalam Indeks Ekonomi Islam.Beliau berkata, platform itu menghimpunkan pakar kewangan, ahli akademik dan pengamal industri bagi membincangkan isu semasa serta meneliti cabaran dan perkembangan global untuk menentukan hala tuju sektor kewangan Islam negara.Zulkifli berkata, MMKI yang dipelopori Co-opbank Pertama (CBP) turut berperanan sebagai platform rujukan kepada pemain industri yang mengendalikan perbankan dan kewangan Islam."Muzakarah ini akan membincangkan isu-isu semasa dan realiti hari ini termasuk meneliti perkembangan yang berlaku pada peringkat global




Reformasi     >>



ANALISIS Umno cari perkataan sakau, rakyat mahu tahu .. - Harapandaily
Oleh Team Editorial Perdebatan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji kini cuba dialihkan kepada satu perkara kecil: kononnya tiada perkataan sakau dalam laporan tersebut. Hujah itu digunakan sebahagian pemimpin Umno-BN untuk menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ..
Kroni     >>



Iran lancar serangan balas dendam - Utusan
TEHERAN: Tentera Iran pada Jumaat melancarkan serangan dron balas dendam yang menyasarkan kemudahan tentera Amerika Syarikat (AS) di Kuwait selepas bedilan Washington ke atas kediaman penduduk di Pulau Qeshm kelmarin. Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata, serangan itu merupakan fasa ke-27 Operasi Saegheh yang ..
Tabloid     >>



Hotel mewah di Jakarta terbakar - Kosmo
JAKARTA Kebakaran yang berlaku di Hotel Pullman kawasan Jakarta Barat dipercayai berpunca daripada masalah litar elektrik, demikian menurut saluran berita CNBC Indonesia. Proses memadamkan api selesai,” kata pusat pengurusan kebakaran dan operasi menyelamat Jakarta seperti dipetik laman berita detikcom hari ..
Tech     >>



Google Pixel 11 leaks in some fresh new renders too - Gsmarena
Yesterday the legendary leaker Evan Blass aka @evleaks shared some new marketing renders of the upcoming Pixel 11 Pro Fold, and today he's back with the 'vanilla' Pixel 11. Google Pixel 11 leaked marketing renders Like the Pixel 11 Pro Fold, the Pixel 11 will come with Gemini Intelligence. The ..
World     >>



Challenges persist despite Hamas backing Gaza .. - Cgtn
Hamas has approved the latest draft of a roadmap aimed at completing the implementation of the second phase of the Gaza ceasefire agreement, marking a potential breakthrough in negotiations after more than two and a half years of conflict in the enclave.
Motor Trend     >>



GP Bahrain di Sepang berlangsung sebelah petang bukan .. - Careta
"Perlumbaan akan diadakan pada sebelah petang, bukannya waktu malam," katanya. Sebelum ini, tular di media sosial menyatakan bahawa GP Bahrain di Malaysia akan berlangsung pada waktu malam, malah terdapat pengguna media sosial berkongsi paparan daripada aplikasi rasmi F1 berhubung perlumbaan ..