| /// |
|
| Search : Unhcr News | Page 1 |
|
Pemegang kad DPP dilarang ke Sabah, Sarawak dan Labuan – KDN - Mygazette - 20/11 3:34 pm KDN memaklumkan sebarang pergerakan ke negeri lain pula memerlukan kelulusan bertulis daripada Pengarah Imigresen Negeri. Menurut kementerian itu, Program DPP dimulakan bagi mengambil alih fungsi pendaftaran pelarian daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) secara berperingkat |
|
10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia bakal ditempatkan di Turkiye - Ahmad Zahid - Sinarharian - 20/11 2:33 pm SHAH ALAM - Seramai 10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia bakal ditempatkan di Turkiye menerusi program latihan kemahiran berstruktur selepas cadangan berkenaan mendapat persetujuan Jemaah Menteri.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat susulan lawatan kerja rasmi beliau ke Turkiye baru-baru ini sebagai sebahagian usaha kerajaan menangani isu pelarian Rohingya secara lebih tersusun dan berperikemanusiaan."Persetujuan Kerajaan Turkiye untuk menerima 10,000 pelarian Rohingya ini merupakan satu perkembangan yang amat positif dalam usaha Kerajaan Malaysia mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu pelarian Rohingya."Pendekatan ini bukan sekadar menghantar pelarian Rohingya ke negara ketiga, sebaliknya memberi mereka peluang membina kehidupan baharu melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selama tiga hingga enam bulan," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dilaporkan berkata, Malaysia dianggarkan memerlukan lebih satu abad untuk menyelesaikan isu penempatan semula pelarian sekiranya kadar penghantaran ke negara ketiga kekal seperti sekarang.Menurutnya, hanya 974 pelarian dihantar ke negara ketiga antara Januari hingga Jun 2026, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keupayaan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing (JKKPA) berkata, bidang kemahiran yang ditawarkan akan diselaraskan mengikut keperluan sebenar pelbagai sektor industri di Turkiye.Katanya, pelarian yang terlibat akan dibekalkan kemahiran praktikal dan kompetensi pekerjaan relevan bagi meningkatkan kebolehpasaran serta membuka peluang menyertai pasaran pekerjaan di negara penerima, tertakluk kepada peraturan tempatan."Inisiatif ini juga selari dengan semangat penyelesaian jangka panjang oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), khususnya melalui pendekatan penempatan semula di negara ketiga."Penyelesaian isu pelarian tidak seharusnya hanya dilihat daripada perspektif penguatkuasaan dan penghantaran keluar semata-mata tetapi juga mesti mengambil kira dimensi kemanusiaan," ujarnya.Beliau menambah, kerjasama strategik dengan negara ketiga seperti Turkiye berpotensi menjadi model baharu pengurusan pelarian yang lebih sistematik, mampan dan bermaruah.Menurutnya, kerajaan akan menyelaraskan pelaksanaan inisiatif itu bersama pihak berkuasa Turkiye, UNHCR serta agensi berkaitan bagi memastikan proses pemilihan, latihan, dokumentasi dan penempatan dilaksanakan secara teratur."Proses itu akan mengambil kira keperluan industri, persetujuan individu yang terlibat serta peraturan antarabangsa yang berkaitan."Mereka bukan sekadar dipindahkan dari sebuah negara ke negara lain, sebaliknya diberikan ilmu, kemahiran dan peluang untuk membina masa depan yang lebih terjamin," jelasnya.Kata beliau, inisiatif berkenaan turut mencerminkan kepentingan hubungan diplomatik erat antara Malaysia dan Turkiye dalam mencari penyelesaian praktikal terhadap isu kemanusiaan yang memberi kesan kepada kepentingan negara. |
|
Pemegang kad DPP dilarang ke Sabah, Sarawak dan Labuan - KDN - Sinarharian - 20/11 12:05 am KUALA LUMPUR - Pemegang Kad Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) yang mula dilaksanakan kerajaan pada 1 Januari lepas dilarang memasuki Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis di laman rasmi Parlimen memaklumkan pemegang kad yang diberikan Pas Khas di bawah Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 itu juga hanya dibenarkan berada di negeri mereka didaftarkan.KDN memaklumkan sebarang pergerakan ke negeri lain pula memerlukan kelulusan bertulis daripada Pengarah Imigresen Negeri.Menurut kementerian itu, Program DPP dimulakan bagi mengambil alih fungsi pendaftaran pelarian daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) secara berperingkat."Program ini membolehkan kerajaan membangunkan pangkalan data biometrik rasmi yang merangkumi pengesahan identiti, profil keselamatan dan maklumat lokasi, seterusnya memperkukuh kawalan serta pemantauan keberadaan golongan berkenaan," menurut jawapan itu.KDN menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai bilangan terkini warga Rohingya, penglibatan jenayah, aduan pemalsuan kad UNHCR, lokasi penempatan dan langkah kerajaan mengawal dan menguruskan mereka.Selain itu, KDN memaklumkan bagi mengelakkan Program DPP menjadi faktor tarikan kemasukan baharu, hanya pelarian yang berada di negara ini sebelum 1 Jan 2023 layak dipertimbangkan untuk menyertai program tersebut.Kementerian itu memaklumkan pelarian atau pemohon suaka yang masuk secara tidak sah selepas tarikh terbabit tidak akan dipertimbangkan dan berdepan tindakan penguatkuasaan imigresen."KDN memaklumkan Kad DPP bukan dokumen perjalanan |
|
UNHCR ends refugee registration activities - NST - 20/11 6:00 am Your browser does not support the audio element. |
|
UNHCR Malaysia Henti Pendaftaran Pelarian, Pemohon Suaka Berkuat Kuasa 18 Nov - Siakapkeli - 19/11 4:42 pm UNHCR Malaysia henti pendaftaran dan dokumentasi pelarian serta pemohon suaka berkuat kuasa 18 Nov, selaras keputusan kerajaan melaksanakan pro... |
|
Isu Rohingya: Sudah tiba masa kerajaan tetapkan syarat kepada UNHCR - Norman Fernandez - Sinarharian - 19/11 2:33 pm SHAH ALAM - Kerajaan disaran mengambil pendirian lebih tegas terhadap Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dengan menetapkan tempoh masa untuk menempatkan semula pelarian, khususnya etnik Rohingya, ke negara ketiga atau menutup pejabat agensi itu di Malaysia.Pengamat dan pemerhati isu Rohingya, Norman Fernandez berkata, langkah itu wajar dipertimbangkan susulan keputusan UNHCR menghentikan semua aktiviti pendaftaran dan dokumentasi pelarian serta pemohon suaka di negara ini.Menurutnya, keputusan berkenaan memberi isyarat bahawa sudah tiba masanya kerajaan memperjelaskan hala tuju pengurusan pelarian di Malaysia serta peranan sebenar UNHCR selepas ini."Memandangkan UNHCR telah menghentikan proses pendaftaran dan dokumentasi pelarian, kerajaan perlu menetapkan tempoh masa untuk agensi itu menempatkan semula pelarian ke negara ketiga, khususnya Rohingya."Jika UNHCR tidak mampu atau gagal menempatkan semula pelarian ke negara ketiga, kerajaan wajar mengarahkan pejabat UNHCR di Malaysia ditutup."Pendirian ini perlu dijelaskan dan dimaklumkan kepada semua pihak mulai sekarang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Pada Rabu, UNHCR mengumumkan penghentian serta-merta semua aktiviti pendaftaran dan dokumentasi pelarian serta pemohon suaka di Malaysia.Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang rasminya, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu memaklumkan langkah tersebut diambil selaras dengan keputusan kerajaan Malaysia mengambil alih urusan pendaftaran komuniti berkenaan.Pengumuman itu dibuat dua hari selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan mengambil alih peranan pendaftaran dan pengurusan data komuniti pelarian secara berperingkat melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Pada Isnin, beliau menjelaskan pengambilalihan itu dilaksanakan menerusi sistem Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi membolehkan kerajaan memiliki rekod data yang sahih, menyeluruh dan tidak lagi bergantung kepada entiti luar.Mengulas lanjut, Norman berkata, kerajaan juga perlu mendesak UNHCR menyerahkan sepenuhnya rekod pendaftaran dan maklumat pelarian yang kini memegang kad pengenalan agensi tersebut.Katanya, Malaysia turut wajar mengumumkan bahawa bermula 1 Januari depan, kad UNHCR tidak lagi diiktiraf sebagai dokumen rujukan rasmi bagi pelarian di negara ini."Saya juga berpandangan kerajaan perlu menjelaskan secara terperinci perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan susulan keputusan untuk tidak lagi membenarkan UNHCR menjalankan proses pendaftaran serta dokumentasi pelarian di Malaysia."Kejelasan dasar ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelarian, agensi penguat kuasa serta masyarakat umum," katanya. |
|
Malaysia perlukan 111 tahun selesaikan isu 225,000 pelarian - Sinarharian - 19/11 2:10 pm KUALA LUMPUR Malaysia dianggarkan memerlukan tempoh sehingga 111 tahun untuk menyelesaikan isu lebih 225,000 pelarian yang berada di negara ini sekiranya proses penghantaran mereka ke negara ketiga terus berlaku pada kadar semasa.Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, jumlah pelarian yang dihantar ke negara ketiga hanya 974 orang bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keupayaan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menyelesaikan isu berkenaan.Menurutnya, jika jumlah penghantaran keluar hanya sekitar 2,000 orang setahun, Malaysia memerlukan lebih satu abad untuk menyelesaikan penempatan semula kesemua pelarian terbabit."Kalau kita ada 225,000 orang pelarian, separuh tahun hantar 974, katakanlah setahun hantar 2,000 orang, kita perlukan 111 tahun nak hantar mereka balik."Ini tak masuk akal |
|
UNHCR halts refugee registration in Malaysia - CNA - 19/11 1:06 pm The UN refugee agency on Nov 18 said its Malaysian office has stopped its registration and documentation activities following a decision by the government to build its own system for managing asylum seekers. |
|
UNHCR ends refugee registration role for Malaysia as Putrajaya moves in - Malaymail - 19/11 11:09 am KUALA LUMPUR, Nov 19 The United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) in Malaysia has stopped its registratio... |
|
UNHCR halts refugee registration in Malaysia - Straitstimes - 19/11 10:00 am UNHCR said it fully supported the governments efforts to strengthen its asylum management framework. |
|
UNHCR henti aktiviti pendaftaran, dokumentasi pelarian di Malaysia - Sinarharian - 19/11 1:07 am SHAH ALAM - Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menghentikan semua aktiviti pendaftaran dan dokumentasi pelarian dan pemohon suaka di Malaysia berkuat kuasa pada Rabu.Menerusi kenyataan rasmi di laman sesawangnya, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menyatakan langkah berkenaan dibuat selaras dengan keputusan kerajaan negara ini untuk mengambil alih urusan pendaftaran komuniti berkenaan.Kenyataan tersebut turut memaklumkan pihaknya kini meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa Malaysia berhubung pelan hala tuju peralihan yang dicadangkan bagi memastikan kesinambungan perlindungan kepada golongan pelarian dan pemohon suaka di negara ini."UNHCR akan terus memberikan nasihat teknikal, perkongsian kapasiti dan kerjasama kepada kerajaan sepanjang proses peralihan itu."Walaupun aktiviti pendaftaran dan dokumentasi dihentikan, operasi UNHCR di Malaysia tidak ditutup."Kami bersama rakan kerjasama akan terus menjalankan aktiviti lain termasuk penempatan semula dan memberikan sokongan kepada pelarian serta pemohon suaka yang mempunyai keperluan perlindungan mendesak," katanya pada Rabu.Pengumuman tersebut menyusul dua hari selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan mengambil alih peranan pendaftaran dan pengurusan data komuniti pelarian secara berperingkat melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Pada 16 November lalu, Saifuddin menjelaskan pengambilalihan itu dilaksanakan menerusi sistem Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi membolehkan kerajaan mempunyai rekod data yang sahih dan menyeluruh tanpa bergantung kepada entiti luar.Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan sistem baharu itu, beliau memaklumkan Fasa 1 DPP yang bermula sejak Januari lalu di depot tahanan imigresen merekodkan seramai 4,008 tahanan sebagai individu berpotensi diberikan perlindungan sementara.Kesemua individu berkenaan perlu melalui proses tapisan keselamatan yang ketat serta Penentuan Status Pelarian (PSP) sebelum sebarang dokumen perlindungan sementara dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. |
|
Rengit fatal crash: Brother saw car burst into flames, unaware younger brother was trapped inside - Sinardaily - 18/11 5:21 pm BATU PAHAT Little did Kamal Syafiq Maskat know that the car he saw engulfed in flames following an accident at Jalan Jaya Diri, Rengit, last night, was carrying his own younger brother.Even more heart-wrenching, the 35-year-old had witnessed firefighters battling the blaze as he passed the scene, unaware that his younger brother, Kamal Nur Hafizi, 22, was inside the vehicle.Kamal Syafiq said that he was on his way to Rengit town to buy essential items when he was caught in a traffic jam for about 10 minutes following the accident."I saw the car being engulfed in flames before continuing my journey to Rengit town without suspecting anything, let alone that it involved a member of my own family."Almost an hour later, when I arrived home in Kampung Sri Ladang, several acquaintances had gathered outside the house and told me that my younger brother had been involved in the accident, he told reporters when met at the Forensic Medicine Department of Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) here today.Kamal Syafiq said that upon receiving the news, he immediately recalled the accident he had witnessed about four kilometres from his home and rushed back to the scene with his father, Maskat Sarjan, 74, to verify the information.He added that by the time they arrived, the fire had been extinguished and they were informed that two victims had been burnt to death in the car."When I approached the victims to identify them, I recognised my younger brother from the necklace he was wearing. I was speechless at the sight of his remains and could only break down in tears, while my father nearly fainted, he said.He said before the incident, his younger brother and a co-worker, Mohammed Erfan, 17, a holder of a United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) card who also perished in the incident, had gone out to buy some supplies for their workplace at a mini zoo in Rengit.Kamal Syafiq said the family was heartbroken by the loss of the youngest of four siblings, particularly their mother, Hamimah Miskiah, 71, who lived with the deceased and remembered him as a cheerful person who loved teasing family members.Earlier, Batu Pahat police chief ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani said preliminary investigations found that the Proton Saga driven by Kamal Nur Hafizi was believed to have entered the opposite lane while attempting to overtake another vehicle before colliding with a Proton Wira at about 8.20 pm.He said the impact caused the Proton Saga to veer off the road and hit an electricity pole before catching fire, while the 37-year-old Proton Wira driver and his 60-year-old mother were injured and received treatment at HSNI |
|
Abang saksi kereta terbakar, tidak sangka adik sendiri rentung - Sinarharian - 18/11 4:10 pm BATU PAHAT - Tidak pernah terlintas dalam fikiran Kamal Syafiq Maskat bahawa sebuah kereta yang dilihatnya terbakar dalam kemalangan di Jalan Jaya Diri, Rengit malam tadi sebenarnya meragut nyawa adik kandungnya sendiri.Lebih memilukan, lelaki berusia 35 tahun itu sempat menyaksikan anggota bomba memadamkan kebakaran ketika melalui lokasi kejadian, tanpa mengetahui adiknya, Kamal Nur Hafizi Maskat, 22, berada dalam kenderaan terbabit.Kamal Syafiq berkata, ketika itu dia dalam perjalanan ke pekan Rengit untuk membeli barangan keperluan dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama kira-kira 10 minit susulan kemalangan berkenaan."Saya lihat sendiri api yang cukup marak membakar kereta dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke pekan Rengit tanpa mengesyaki apa-apa, apatah lagi ia melibatkan ahli keluarga sendiri."Selepas hampir sejam, apabila tiba di rumah di Kampung Sri Ladang, beberapa kenalan sudah berkumpul di hadapan rumah dan memberitahu adik saya terlibat dalam kemalangan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini hari ini.Kamal Syafiq berkata, sebaik menerima perkhabaran itu, fikirannya terus terbayang kemalangan yang dilihatnya kira-kira empat kilometer dari rumah sebelum bergegas semula ke lokasi bersama bapanya, Maskat Sarjan, 74, bagi mendapatkan kepastian.Katanya, apabila mereka tiba di tempat kejadian, kebakaran sudah berjaya dipadamkan dan dimaklumkan terdapat dua mangsa rentung di dalam kereta itu."Apabila saya mendekati mangsa untuk membuat pengecaman, memang betul itu adik saya berdasarkan rantai yang dipakainya. Saya tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat keadaan adik, cuma air mata yang mengalir sementara ayah pula hampir pitam," katanya.Menurutnya, sebelum kejadian, adiknya bersama seorang rakan sekerja, Mohammed Erfan, 17, seorang pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang turut rentung dalam insiden berkenaan, keluar bagi membeli beberapa barangan keperluan tempat kerja |
|
Get UNHCR to cover refugees hospital bills, says Radzi - FMT - 17/11 6:34 pm The Putrajaya MP accuses the UN agency of issuing cards to refugees indiscriminately without taking responsibility for them. |
|
Zahid says second phase of refugee registration programme could roll out soon for UNHCR cardholders - Malaymail - 13/11 9:11 am KUALA LUMPUR, Nov 13 The government is expected to launch the second phase of the Refugee Registration Document... |
|
Nearly 90 million displaced people face severe climate risks: UNHCR - Cgtn - 6/11 11:21 pm The UN Refugee Agency (UNHCR) has called for urgent action to protect millions of refugees and forcibly displaced people increasingly exposed to climate change, warning that climate finance is failing to reach many of the communities most at risk. |
|
Sultan Pahang Gesa Kerajaan Nilai Semula Operasi UNHCR, Perkukuh Kawalan Sempadan - Siakapkeli - 6/11 8:27 am Sultan Pahang gesa Kerajaan Persekutuan memperkukuh kawalan sempadan, memperkemas pengurusan pelarian dan nilai semula kewajaran operasi UNHCR |
|
Sultan Pahang gesa kerajaan perkukuh kawalan sempadan, nilai semula operasi UNHCR - Sinarharian - 5/11 8:03 pm KUANTAN Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa Kerajaan Persekutuan bersama agensi berkaitan memperkukuh kawalan sempadan dan memperkemas pengurusan pelarian bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara terus terpelihara.Baginda bertitah, isu lambakan warga asing termasuk keberadaan pelarian yang tidak diurus secara teratur perlu diberikan perhatian serius kerana boleh menimbulkan pelbagai cabaran terhadap keselamatan, kesejahteraan sosial, kebersihan persekitaran dan ketenteraman awam.Al-Sultan Abdullah turut berpandangan bahawa sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan membuat penilaian menyeluruh dan mempertimbangkan secara serius kewajaran meneruskan operasi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia, termasuk kemungkinan menamatkan operasinya sekiranya fungsi dan keberkesanannya tidak lagi memenuhi keperluan serta kepentingan negara."Kehadiran sesebuah organisasi antarabangsa seharusnya membantu meringankan beban negara, bukannya mewujudkan keadaan yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan rakyat tempatan."Jangan sampai atas nama kemanusiaan, kedaulatan negara dipandang ringan dan jangan pula atas nama perlindungan, undang-undang negara seolah-olah kehilangan keutamaannya."Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara yang berperikemanusiaan, tetapi tidak sesekali boleh menggadaikan kedaulatan dan keselamatannya atas nama kemanusiaan," titah baginda.Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja sempena Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Kali Ke-121 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.Al-Sultan Abdullah turut menegaskan bahawa setiap individu yang berada di negara ini wajib menghormati undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa tanpa mengira asal usul mahupun latar belakang."Saya mahu segala tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara tegas, adil dan berlandaskan undang-undang, dengan tanggungjawab utama kerajaan adalah mempertahankan kedaulatan negara, menjunjung keluhuran undang-undang serta menjamin kesejahteraan rakyat," titah baginda. |
|
Pahang ruler urges federal govt to strengthen border controls, improve refugee management - Mkini - 5/11 6:05 pm Sultan Abdullah believes Putrajaya should conduct review of whether UNHCR should continue operating in M'sia. |
|
Radzi wants action taken against UNHCR for refugee registration - NST - 3/11 9:28 pm KUALA LUMPUR: An opposition member of parliament wants action taken against the United Nations High Commissioner for Refugees. |
|
Mengapa UNHCR masih daftar pelarian, soal Radzi - FMT - 3/11 8:48 pm Ahli Parlimen Putrajaya berkata, agensi UN itu tidak wajar dibiarkan membelakangkan keputusan Jemaah Menteri. |
|
Why is UNHCR still registering refugees, asks Radzi - FMT - 3/11 8:09 pm The Putrajaya MP says the UN agency should not be allowed to disregard the Cabinets directive to suspend registrations. |
|
DPP bukan laluan pelarian dapat PR atau kewarganegaraan ??? KDN - Mygazette - 30/10 3:08 pm Mereka yang memasuki negara selepas tarikh itu adalah tidak layak. Bahkan, pemilikan kad atau surat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) juga tidak memberikan kelayakan secara automatik |
|
DPP: Kerajaan ambil alih fungsi pendaftaran, tentu status pelarian UNHCR - Utusan - 30/10 2:25 pm PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil alih fungsi pendaftaran dan penentuan status pelarian daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menerusi pelaksanaan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bermula 1 Januari lalu |
|
DPP: Kerajaan ambil alih fungsi pendaftaran, tentu status pelarian UNHCR - Kosmo - 30/10 2:22 pm PUTRAJAYA- Kerajaan mengambil alih fungsi pendaftaran dan penentuan status pelarian daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menerusi pelaksanaan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bermula 1 Januari lalu |
|
Komuniti Rohingya seperti kaduk naik junjung di Kampung Melayu Kluang - Mygazette - 30/10 8:14 am Antara kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat tinggal mereka adalah di Lorong 3 dan 4 di Jalan Orked, Lorong 1 hingga 4 di Jalan Dahlia serta beberapa lorong lain di Kampung Melayu ini. Kami juga kurang pasti adakah mereka mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana tiada kuasa untuk membuat pemeriksaan |
|
Penghantaran pulang pelarian Myanmar diteruskan - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 29/10 12:26 am PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan meneruskan proses penghantaran pulang pelarian Myanmar susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Badan Peguam untuk menghentikan sementara penghantaran pulang kira-kira 5,000 pelarian dan pencari suaka warga Myanmar.Tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perbincangan mengenai pengurusan proses penghantaran pulang kumpulan kedua dengan kerajaan Myanmar juga akan diteruskan selagi tiada keputusan sebaliknya daripada mahkamah."Biar jalur undang-undang yang buat keputusan. Sehingga ada keputusan sebaliknya, kita teruskan buat masa sekarang," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KDN di sini pada Khamis.Sebelum ini, Badan Peguam memohon kebenaran untuk mencabar rancangan kerajaan menghantar pulang kira-kira 5,000 warga Myanmar, termasuk etnik Rohingya dan kanak-kanak yang diiktiraf oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebagai pelarian atau pencari suaka.Badan itu berhujah di mahkamah bahawa kepulangan mereka ke Myanmar boleh mendedahkan mereka kepada penganiayaan, diskriminasi dan bahaya lain, serta penghantaran pulang itu boleh menyebabkan semakan kehakiman menjadi tidak bermakna kerana kesannya berkemungkinan tidak boleh diubah lagi.Bagaimana pun, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Norliza Othman memutuskan bahawa penangguhan tidak boleh dibenarkan sebelum kebenaran bagi semakan kehakiman diberikan.Tarikh semakan kehakiman permohonan itu ditetapkan pada 8 Disember depan |
|
DPP asas kerajaan tentukan tindakan terhadap pelarian - KDN - Sinarharian - 28/10 11:16 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pendaftaran dan penentuan status pelarian menerusi program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) menjadi asas untuk kerajaan menentukan tindakan bersesuaian termasuk penghantaran pulang apabila keadaan mengizinkan atau penempatan semula ke negara ketiga.Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkanmekanisme itu juga membolehkan kerajaan mengurus keberadaan sementara pelarian danmempertimbangkan akses kepada kemudahan yang dibenarkan berdasarkan status serta maklumat daripada proses pendaftaran.KDN memaklumkan DPP dilaksanakan secara berfasa sejak 1 Januari2026 bermula dengan individu di depot tahanan imigresen sebelum diperluas kepada individu dalam komunititermasuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan mereka yang mendakwa diri sebagai pelarian atau pemohon suaka."Proses ini melibatkan pendaftaran maklumat peribadi, pengambilan data biometrik, semakan latar belakang, tapisan keselamatan dan penentuan status pelarian oleh kerajaan."Pemegang kad UNHCR tidak secara automatik diperakui sebagai pelarian oleh kerajaan hanya berdasarkan pemilikan kad itu, sebaliknya individu yang melepasi proses penentuan status dan tapisan keselamatan di bawah DPP sahaja akan diperakui," menurut KDNdalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.KDN menjawab soalan P Prabakaran (PH-Batu) mengenai langkah kerajaan dalam memastikan pemegang kad UNHCR di Malaysia dapat dikenal pasti, dipantau dan diurus secara berkesanselaras dengan undang-undang negara.KDN memaklumkanmaklumat menerusi program itu akan menjadi pangkalan data rasmi kerajaan bagi mengenal pasti identiti, status dan keberadaan golongan tersebut selain membolehkan pemantauan serta penyelarasan tindakan agensi berkaitan berdasarkan maklumat yang sahih dan boleh disahkan.Kementerian itujuga menegaskanpelaksanaan DPP tidak memberikan kewarganegaraan, taraf pemastautin tetap atau hak untuk menetap secara kekal di Malaysia.Ia sebaliknya bertujuan memastikan pengenalpastian, pemantauan dan pengurusan pelarian serta pemohon suaka berada di bawah kawalan kerajaan.Dalam jawapan berasingan, KDN memaklumkan pemegang Kad DPP akan diberikan akses bersyarat kepada sektor pekerjaan formal bagi mengelakkan mereka terjerumus ke dalam ekonomi gelap (shadow economy)atau dieksploitasi sindiket.Kebenaran bekerja itu juga sebagai pengganti padakemasukan pekerja asing baharu dari luar negara, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi negara terhadap pekerja asing."Kemahiran dan pengalaman bekerja yang dimiliki pemegang DPP akan membuka peluang lebih baik untuk mendapat penempatan ke negara ketiga melalui laluan pelengkap (complementary pathway)," menurut kementerian itu menerusi jawapan kepada soalanV |
|
Tutup UNHCR jika tidak berupaya urus pelarian - Sinarharian - 28/10 7:00 am SHAH ALAM Kerajaan perlu mempercepat kajian semula keperluan kehadiran Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia dan membuat keputusan dalam tempoh enam bulan sekiranya badan itu didapati gagal melaksanakan tanggungjawabnya.Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Salawati Mat Basir berkata, UNHCR kini dilihat tidak lagi cekap memainkan peranan dalam menempatkan semula pelarian ke negara ketiga.Menurutnya, kelemahan itu menyebabkan Malaysia terus berdepan isu pelarian yang berlarutan, sedangkan proses penempatan semula ke negara ketiga dilihat terlalu perlahan."Memang, dia (UNHCR) gagal pada saya |
|
Chinese FM meets UN high commissioner for refugees - Cgtn - 24/10 8:13 am Chinese Foreign Minister Wang Yi on Friday met with UN High Commissioner for Refugees (UNHCR) Barham Salih, who is in China for the 2026 Global Governance Forum (Xiongan). |
|
PDRM tunggu arahan AGC berhubung siasatan dakwaan Ismail dipaksa .. - Mygazette - 22/10 8:50 am Kementerian itu memaklumkan bahawa 400 individu telah dipindahkan ke Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka di Bidor, Perakuntuk menjalani proses penentuan statusmanakala status pelarian bagi 78 orang diluluskan. Menurut KDN, fasa kedua DPPakan melibatkan pendaftaran individu di luar depottermasuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dan individu yang mendakwa sebagai pelarian |
|
PDRM tunggu arahan AGC berhubung siasatan dakwaan Ismail dipaksa tandatangani Proklamasi - Sinarharian - 21/10 10:45 pm KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung siasatan dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi.Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen memaklumkan kertas siasatan dirujuk kepada AGC pada 29 Sept lepas untuk penelitian dan arahan lanjut.Menurut kementerian itu, tindakan atau siasatan lanjut oleh PDRM bergantung pada hasil penelitian dan arahan AGC."PDRM akan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dan KDN memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang tanpa memihak kepada mana-mana pihak," katanya.Kementerian itu menjawab pertanyaan Cha Ke Chin (PH-Rasah) yang ingin tahu perkembangan siasatan laporan polis yang dibuat Ismail pada 8 Sept lepas serta tindakan yang telah dan akan diambil terhadap pihak terlibat.KDN memaklumkan empat individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan sejak laporan itu dibuat.Pada 9 September lepas, Ismail mendakwa beliau dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi bagi memecat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Sementara itu, kerajaan menyasarkan pendaftaran semua pelarian di bawah sistem domestik Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) dapat diselesaikan menjelang 31 Disember 2029.KDN memaklumkan sebanyak 4,010 individu telah didaftarkan dalam fasa pertama program itu setakat Jun lepas, sejak pelaksanaannya pada 1 Jan 2026 dan daripada jumlah itu, 4,008 adalah warga Myanmar manakala masing-masing seorang warga Sudan serta Syria.Kementerian itu memaklumkan bahawa 400 individu telah dipindahkan ke Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka di Bidor, Perak untuk menjalani proses penentuan status manakala status pelarian bagi 78 orang diluluskan.Menurut KDN, fasa kedua DPP akan melibatkan pendaftaran individu di luar depot termasuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dan individu yang mendakwa sebagai pelarian."Berdasarkan perancangan yang telah diumumkan, fasa ini dijadualkan bermula pada separuh kedua tahun ini dengan sasaran keseluruhan proses pendaftaran diselesaikan pada 31 Disember 2029."Pelaksanaan ini merangkumi pengumpulan maklumat peribadi dan biometrik, tapisan keselamatan serta proses penentuan dan pengesahan status oleh kerajaan," menurut kementerian berkenaan.KDN memaklumkan perkara itu bagi menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang meminta kementerian berkenaan menyatakan status terkini pelaksanaan DPP, dan sejauh mana program tersebut dapat meredakan keresahan rakyat mengenai kebanjiran warga asing di Malaysia |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |