///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Umany News   Page 1    



Jadikan STPM laluan tunggal ke IPTA tak realistik, bersifat elitis - Mgazette - 13/09 11:01 pm

# Jadikan STPM laluan tunggal ke IPTA tak realistik, bersifat elitis KUALA LUMPUR - Cadangan untuk memansuhkan program matrikulasi dan menjadikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai laluan tunggal ke universiti awam sebagai bersifat elitis dan tidak realistik. UMNOSiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) menegaskan, cadangan Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) boleh menjejaskan akses pendidikan tinggi khususnya bagi pelajar luar bandar dan golongan B40 yang melihat matrikulasi sebagai laluan lebih cepat dan mampu milik ke menara gading





Kenapa double standard, UEC yang tak ikut dasar pendidikan tidak pula... - Mgazette - 13/09 11:01 pm

"Matrikulasi kamu kata tak adil, tapi peliknya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang tak ikut dasar pendidikan kebangsaan tu tak pernah pula kamu persoalkan. Semalam, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus STPM sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam (UA) bagi jurusan ijazah





Mansuh matrikulasi UMANY beri cadangan dangkal - Mgazette - 13/09 11:01 pm

KUALA LUMPUR Siswa Bersatu Malaysia menemplak Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) berhubung cadangan pemansuhan Program Matrikulasi dengan hanya mengekalkan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai laluan tunggal kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui sistem UPU





Silap guna perkataan, Umany mohon maaf cadang ‘mansuh’ .. - Mgazette - 13/09 11:01 pm

# Silap guna perkataan, Umany mohon maaf cadang 'mansuh' matrikulasi KUALA LUMPUR - Selepas mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin politik, persatuan mahasiswa dan pihak institusi pengajian tinggi, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) tampil memberi penjelasan berhubung cadangannya agar program matrikulasi dimansuhkan





MPPK pertahan matrikulasi, bantah tuntutan UMANY - Mgazette - 13/09 11:01 pm

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsan (MPPK) berkata, kesemua program tersebut memberi pilihan lebih luas kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi mengikut kecenderungan dan potensi masing-masing. Sehubungan itu, Presidennya Muhammad Haykal Mohd Halid menegaskan, MPPK menolak dan tidak bersetuju dengan tuntutan Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) yang mahu program matrikulasi dihapuskan dan menjadikan STPM sebagai aliran tunggal ke universiti





Program matrikulasi wajar kekal demi akses pendidikan adil, inklusif - UiTM - Sinarharian - 13/09 9:38 pm

SHAH ALAM - Program matrikulasi wajar dikekalkan sebagai salah satu laluan signifikan ke institusi pengajian tinggi (IPT) demi menjamin akses pendidikan yang adil, inklusif dan seimbang untuk semua pelajar.Pejabat Komunikasi Strategik Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam satu kenyataan berkata, cadangan pemansuhan matrikulasi berpotensi menghadkan peluang anak muda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.Menurut UiTM, ia tidak selari dengan matlamat pembangunan pendidikan negara bagi jangka masa panjang, khususnya dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk pembangunan negara."UiTM berpendirian bahawa program matrikulasi wajar dikekalkan. Matrikulasi adalah mekanisme penting yang bukan sahaja membuka jalan ke universiti, malah menjadi instrumen keadilan sosial agar tiada pelajar tercicir peluang menjejakkan kaki ke menara gading."Kami percaya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited memastikan setiap anak Malaysia mendapat akses pendidikan yang holistik serta adil, selaras Perlembagaan Persekutuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan."Sebagai universiti awam yang sinonim dengan agenda pembangunan bumiputera, UiTM menegaskan ekosistem pendidikan tinggi negara tanggungjawab bersama dan tidak wajar dijadikan polemik berpanjangan," katanya pada Sabtu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) menerusi presidennya, Tang Yi Ze menyerahkan memorandum kepada KPT untuk menuntut program matrikulasi dimansuhkan.Kata pemuda itu, pihaknya mahu menjadikan silibus STPM sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam (UA) bagi jurusan ijazah.Memorandum tersebut dikemukakan susulan laporan media mengenai Edward Wong, lepasan STPM yang memperoleh CGPA 4.0 serta bercita-cita menjadi akauntan, namun ditolak enam universiti.Bagaimanapun, selepas menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin politik, UMANY tampil memberikan penjelasan berhubung cadangan memansuhkan program matrikulasi yang dibangkitkan pihaknya pada Jumaat.Menerusi hantaran di Instagram, persatuan itu menjelaskan bahawa maksud sebenarnya adalah menggabungkan program matrikulasi dengan peperiksaan STPM berasaskan sukatan pelajaran sijil itu yang diiktiraf secara meluas termasuk di peringkat antarabangsa.Malah, pihaknya juga menegaskan cadangan berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan isu perkauman selain memohon maaf di atas kekeliruan tersebut.Mengulas lanjut, UiTM berpandangan, pendidikan adalah asas pembinaan negara bangsa dan pihaknya meminta supaya program matrikulasi terus diperkasa, bukannya dipertikai.Hal ini kerana menurutnya, ia terbukti menjadi antara laluan akademik paling berkesan dalam membina modal insan yang lestari, cemerlang dan berdaya saing pada masa hadapan.





Majoriti pembaca Sinar Harian tolak cadangan mansuh matrikulasi - Sinarharian - 13/09 6:14 pm

SHAH ALAM Majoriti besar pembaca Sinar Harian menolak cadangan supaya program matrikulasi dimansuhkan dan hanya Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijadikan laluan tunggal ke universiti awam bagi kemasukan ke peringkat ijazah.Daripada 3,043 undi yang direkodkan di keempat-empat platform media sosial rasmi Sinar Harian iaitu Facebook, X, YouTube dan Instagram, sebanyak 80.8 peratus atau 2,459 undi memilih tidak, manakala hanya 19.2 peratus atau 584 undi menyatakan persetujuan.Undian yang berlangsung selama 24 jam berakhir jam 4.30 petang Sabtu itu memperlihatkan keputusan berbeza di setiap platform, namun majoritinya memilih untuk mengekalkan kedua-dua laluan sedia ada.Di platform X, seramai 128 responden mengambil bahagian dengan 80 peratus memilih tidak bersetuju manakala hanya 20 peratus menyokong cadangan pemansuhan matrikulasi.Di Instagram pula, sebanyak 2,139 undian direkodkan dengan 87 peratus menolak cadangan berkenaan dan hanya 13 peratus menyatakan persetujuan.Sementara itu, keputusan di Facebook juga jelas memperlihatkan penolakan apabila 90 peratus daripada 51 undi tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan, manakala hanya 9 peratus bersetuju.Bagi tinjauan di YouTube, seramai 726 responden mengambil bahagian dengan 62 peratus memilih tidak dan 38 peratus menyokong.Secara keseluruhan, dapatan ini memperlihatkan majoriti pembaca Sinar Harian menolak cadangan tersebut, meskipun terdapat sedikit perbezaan peratusan antara platform.Sebelum ini Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dengan alasan ia berterusan mewujudkan jurang ketara antara pelajar aliran tersebut dan pelajar STPM, khususnya dalam peluang melanjutkan pelajaran ke universiti awam.UMANY berhujah bahawa sistem sedia ada tidak lagi mencerminkan prinsip meritokrasi sebenar kerana kuota kemasukan matrikulasi yang diperuntukkan sebahagiannya berdasarkan faktor kaum dan latar belakang tertentu.Malah, UMANY turut menyatakan bahawa STPM seharusnya dijadikan satu-satunya laluan ke universiti awam bagi memastikan kesaksamaan dan persaingan sihat dalam kalangan pelajar tanpa mengira kaum atau latar belakang.Bagaimanapun, cadangan tersebut menimbulkan reaksi balas dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar dan ibu bapa yang melihat program matrikulasi masih relevan sebagai laluan alternatif selain STPM, terutama kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mahu melanjutkan pelajaran dengan lebih cepat.





UMANY mohon maaf cadangan mansuh matrikulasi - Sinarharian - 13/09 5:56 pm

SHAH ALAM Selepas menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin politik, persatuan mahasiswa dan pihak institusi pengajian tinggi, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) tampil memberi penjelasan berhubung cadangan memansuhkan program matrikulasi yang dibangkitkan pihaknya pada Jumaat.Menerusi hantaran di laman Instagram, persatuan itu menjelaskan bahawa maksud sebenar cadangan tersebut adalah menggabungkan program matrikulasi dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) berasaskan sukatan pelajaran sijil itu yang diiktiraf secara meluas termasuk di peringkat antarabangsa.Malah, persatuan mahasiswa Universiti Malaya itu menegaskan cadangan berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan isu perkauman."Kami gunakan perkataan 'mansuhkan' program matrikulasi yang mungkin menimbulkan salah faham





UMANY Mohon Maaf, Jelaskan Isu Mansuh Matrikulasi Cuma Salah Guna Perkataan - Lobakmerah - 13/09 5:06 pm

Selepas dikecam hebat oleh pelbagai pihak termasuk ahli politik, persatuan pelajar dan institusi pengajian tinggi, Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) tampil menjelaskan kekeliruan berhubung kenyataan mereka yang mencadangkan supaya program matrikulasi dimansuhkan





Mansuh matrikulasi beri kesan peluang kemasukan ke universiti awam - UTM - Sinarharian - 13/09 4:32 pm

SHAH ALAM - Program matrikulasi perlu dikekalkan sebagai antara laluan utama ke pendidikan tinggi bagi memastikan akses lebih adil, saksama dan inklusif kepada pelajar seluruh negara.Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menegaskan, pemansuhan program tersebut akan memberi kesan terhadap peluang kemasukan pelajar ke universiti awam (UA), sekali gus bercanggah dengan aspirasi nasional dalam membentuk bakat masa depan negara."UTM yakin Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia komited memastikan anak-anak Malaysia menikmati peluang pendidikan menyeluruh serta adil, sejajar Perlembagaan negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan."Kami juga berharap agar isu ini tidak terus menjadi polemik berpanjangan, sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi demi menjamin masa depan generasi muda yang lestari dan cemerlang," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Sebelum ini, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) dilapor menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam bagi jurusan ijazah.Presidennya, Tang Yi Ze berkata, ini kerana pihaknya mendapati silibus STPM terbukti lebih baik.Malah katanya, silibus STPM lebih mencabar dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa termasuk oleh universiti ternama dunia.





Matrikulasi tidak wajar dimansuh, hanya perlu ditambah baik - AMK - Sinarharian - 13/09 3:38 pm

STPM ada fungsinya, matrikulasi juga ada peranan dan tanggungjawab tersendiri."Kalau ada penambahbaikan yang perlu dibuat, ia boleh dilakukan mengikut keperluan semasa, tetapi pada masa ini saya tidak fikir matrikulasi wajar dimansuhkan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) 2025 di pusat beli-belah Mydin Meru Raya di sini pada Sabtu.Menurut Muhammad Kamil, kerajaan pastinya terbuka terhadap setiap cadangan penambahbaikan sistem pendidikan negara dan percaya isu berkenaan akan dibincangkan secara teliti oleh Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pendidikan Tinggi."Cadangan (pemansuhan) itu daripada sebahagian pelajar dan pertubuhan mahasiswa. Saya fikir tidak ada masalah untuk mana-mana pihak memberikan cadangan."Cuma bagi saya, apa yang ada ini, kita perlu teruskan," katanya.Pada Jumaat, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) dilaporkan menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan STPM dijadikan piawaian tunggal bagi kemasukan jurusan ijazah di universiti awam.Presiden UMANY, Tang Yi Ze berpendapat, silibus STPM terbukti lebih baik, lebih mencabar serta diiktiraf di peringkat antarabangsa termasuk oleh universiti ternama dunia.Dalam pada itu, mengulas isu Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata, tindakan pihak tertentu mengaitkan isu tersebut dengan kegagalan kerajaan adalah tidak bertanggungjawab.Beliau menjelaskan, pewartaan tanah kawasan berkenaan dibuat pada tahun 2021 ketika kerajaan diterajui bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut melibatkan Pas, Bersatu dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian daripada kerajaan ketika itu."Apa yang berlaku di Kampung Sungai Baru ini adalah urusan pemaju yang melaksanakan perintah dikeluarkan mahkamah





Perhimpunan aman bantah tuntutan mansuh matrikulasi - Sinarharian - 13/09 3:31 pm

PUTRAJAYA Kira-kira 200 wakil pelajar dari 20 universiti mengadakan perhimpunan aman membantah cadangan Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam (UA).Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Haykal Halid berkata, cadangan UMANY adalah tidak bertanggungjawab dan tidak relevan kerana program matrikulasi terbukti berjaya sejak ditubuhkan pada 1998.Beliau menegaskan, program matrikulasi telah melahirkan ramai cendekiawan dan menjadi saluran penting ke universiti."MPPK jelas menolak sebarang tuntutan memansuhkan matrikulasi kerana langkah itu bukan sahaja akan mengurangkan akses pendidikan kepada sebahagian besar pelajar, malah tidak mencerminkan kepentingan jangka panjang pembangunan pendidikan negara."Program matrikulasi telah terbukti memainkan peranan besar dalam menyediakan landasan kukuh yang efektif untuk melahirkan mahasiswa cemerlang serta menampung keperluan tenaga mahir negara," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan aman dan penyerahan memorandum membantah cadangan pemansuhan matrikulasi oleh UMANY anjuran MPPK di pekarangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini pada Sabtu.Terdahulu, kira-kira 200 perwakilan berarak dan berhimpun secara aman sambil membawa beberapa sepanduk membantah cadangan UMANY itu.Selepas itu, Muhammad Haykal dan beberapa perwakilan menyerahkan memorandum bantahan kepada Penolong Pengarah Seksyen Kepimpinan dan Jati Diri Bahagian Hal Ehwal Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi, Asyraf Radzwan.Pada Jumaat, UMANY menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus STPM sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti bagi jurusan ijazah.Presidennya, Tang Yi Ze berkata, pihaknya mendapati silibus STPM terbukti lebih baik selain lebih mencabar dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk universiti ternama dunia.Muhammad Haykal berkata, MPPK mengecam sebarang tindakan, desakan atau pendekatan yang boleh menjejaskan kesejahteraan mahasiswa serta mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat."Setiap isu pendidikan perlu dibincangkan dengan rasional dan profesional, bukan bertindak berpandukan emosi atau kepentingan tertentu semata-mata," tegas beliau.Sementara itu, Ahli Eksekutif Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Nur Akil Shamil Mohamed berpandangan, dakwaan bahawa STPM lebih diiktiraf antarabangsa berbanding matrikulasi adalah tidak tepat.Jelasnya, matrikulasi menawarkan Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi (PPC) yang membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke Ireland dan United Kingdom, sekali gus membuktikan matrikulasi turut mendapat pengiktirafan global.Nur Akil Shamil berkata, pemansuhan matrikulasi akan menafikan peluang lepasan prauniversiti untuk bersaing secara sihat mendapatkan tempat di IPTA serta berisiko mencetus masalah baharu kepada ribuan pelajar."Adakah itu keadilan yang cuba diperjuangkan oleh UMANY





Umany clarifies 'abolish' call, moots matriculation-STPM merger - Mkini - 13/09 3:10 pm

Not connected to racial issues, for fairer and more transparent process, group says.





Umany mohon maaf saran mansuh matrikulasi - Mkini - 13/09 3:07 pm

"Maksud sebenar kami ialah menggabungkan program matrikulasi dengan peperiksaan STPM," jelas persatuan siswa itu.





Idea mansuh matrikulasi: Umany semberono - Siswa Bersatu - Mkini - 13/09 2:36 pm

Tidak adil kata STPM lebih baik berbanding matrikulasi, kata Ameer.





Program matrikulasi perlu dikekalkan, laluan utama ke IPT - UPSI - Sinarharian - 13/09 1:54 pm

IPOH - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berpandangan program matrikulasi perlu dikekalkan sebagai satu laluan utama ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) demi memastikan akses pendidikan yang adil dan menyeluruh bagi semua pelajar.Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, pemansuhan program matrikulasi akan mengehadkan peluang pelajar ke pendidikan tinggi dan tidak selari dengan matlamat pembangunan pendidikan negara dalam jangka panjang."UPSI sentiasa yakin bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan amat komited dalam memastikan anak-anak Malaysia mendapat peluang pendidikan tinggi selaras dengan Perlembagaan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan."Pihak UPSI amat berharap isu ini tidak menjadi polemik berterusan dan menasihatkan semua pihak supaya berganding bahu dalam memartabatkan mutu pendidikan tinggi negara," menurut kenyataan itu.Terdahulu, dilaporkan Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY), Tang Yi Ze menuntut program matrikulasi dimansuhkan dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijadikan sebagai piawaian tunggal bagi kemasukan jurusan ijazah di universiti awam





Cadangan UMANY mansuh matrikulasi semberono, sempit - Siswa Bersatu Malaysia - Sinarharian - 13/09 1:19 pm

SHAH ALAM - Cadangan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) supaya program matrikulasi dimansuhkan sebagai laluan ke universiti awam disifatkan sebagai semborono dan sempit.Presiden Siswa Bersatu Malaysia, Ameer Hazeem Mohd Zaky berkata, UMANY membuat perbandingan silibus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi secara tidak berasas apabila mendakwa STPM lebih baik tanpa penelitian jelas."Kaedah kuota kemasukan pelajar ke universiti tidak lagi diguna pakai kerana sistem meritokrasi telah dilaksanakan sejak 2002."Perkara ini sepatutnya disedari UMANY, lebih-lebih lagi individu yang mengeluarkan kenyataan itu sendiri merupakan lepasan Matrikulasi Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Terdahulu, UMANY menggesa kerajaan memansuhkan matrikulasi dan hanya menggunakan keputusan STPM sebagai penanda aras tunggal kemasukan ke universiti awam.Presidennya, Tang Yi Ze, berhujah bahawa silibus STPM lebih mencabar serta mendapat pengiktirafan antarabangsa.Mengulas lanjut, Ameer Hazeem berkata, Siswa Bersatu mengambil maklum isu berkenaan rentetan seorang pelajar STPM yang gagal diterima masuk ke universiti pilihan."Namun, perkara ini perlu dilihat secara objektif kerana meritokrasi memainkan peranan penting dalam kemasukan pelajar, iaitu menilai pencapaian akademik dan penglibatan kokurikulum secara menyeluruh."Kami berharap UMANY atau mana-mana pihak tidak mempolemikkan isu ini dengan cadangan dangkal





Kenyataan Yang Dikeluarkan Oleh UMANY Tidak Mencerminkan Pendirian Rasmi Universiti Malaya – Naib Canselor UM - Lobakmerah - 13/09 8:52 am

Baru-baru ini, kecoh dibincangkan di media sosial mengenai seorang calon STPM yang tidak ditawarkan tempat ke Universiti Malaya (UM) untuk kos Perakaunan meskipun calon tersebut telah mendapat 4.0 dalam peperiksaan STPM





Tuntutan UMANY mansuh matrikulasi bukan pendirian rasmi UM - NC - Astroawani - 13/09 7:00 am

Program matrikulasi merupakan sistem pendidikan yang menyeluruh, yang terbukti berperanan dalam menyediakan akses kepada pendidikan tinggi.





Calling for unified varsity entry standards - Star - 13/09 7:00 am

PUTRAJAYA: The Higher Education Ministry must break down university admission quotas by entry pathways and release detailed data to ensure fairness and transparency in the UPU (University Admissions Unit) system, says the University Malaya Association of New Youth (Umany)





Tuntutan mansuh matrikulasi sikap tidak inklusif GPMS - Sinarharian - 12/09 11:12 pm

SHAH ALAM Tuntutan oleh pertubuhan pelajar University of Malaya Association of New Youth (UMANY) untuk memansuhkan program matrikulasi sebagai laluan ke universiti awam disifatkan sebagai tidak inklusif dan menafikan prinsip keadilan dalam sistem pendidikan negara.Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Wafiy Musa berkata, cadangan UMANY agar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijadikan laluan tunggal ke universiti jelas mengetepikan kepelbagaian pilihan yang wajar diberikan kepada para pelajar."Sejak diperkenalkan pada tahun 1998, program matrikulasi telah terbukti sebagai satu mekanisme persediaan akademik yang efektif bukan sahaja dari aspek penguasaan ilmu asas dalam bidang sains, matematik dan kemahiran insaniah, tetapi juga sebagai platform melahirkan pelajar yang kompetitif dan berdaya saing di peringkat universiti."Justeru, dakwaan bahawa matrikulasi tidak setara dengan STPM adalah tidak berasas, malah menafikan pencapaian ribuan graduan yang telah melalui sistem ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, penilaian dalam matrikulasi dilaksanakan secara adil berdasarkan silibus yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, melibatkan kombinasi antara peperiksaan akhir dan kerja kursus."Kaedah ini menzahirkan pendekatan holistik yang mengukur kebolehan pelajar secara lebih menyeluruh berbanding penilaian tunggal yang bergantung kepada peperiksaan bertulis semata-mata," katanya.Tambahnya, perbezaan dalam bentuk penilaian tidak sewajarnya dijadikan hujah untuk meremehkan program matrikulasi kerana akhirnya semua pelajar sama ada daripada STPM atau matrikulasi akan dinilai mengikut piawaian akademik yang seragam di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta."GPMS juga menegaskan bahawa laluan masuk ke institusi pengajian tinggi merupakan pilihan individu berdasarkan kecenderungan, kemampuan serta matlamat akademik masing-masing."Kami percaya bahawa dakwaan tersebut adalah pra-matang dan tidak melambangkan sebuah persatuan mahasiswa yang sepatutnya mengangkat hak kepada pendidikan dari segenap aspek," ujarnya.GPMS turut mengingatkan UMANY agar berperanan sebagai badan mahasiswa yang mendidik masyarakat dengan pemikiran yang lebih rasional dan konstruktif, bukannya mengkritik sistem pendidikan semata-mata untuk meraih populariti melalui kes terpencil.Pada masa sama, GPMS turut mendesak kerajaan Madani agar melaksanakan sistem sekolah satu aliran serta membuat pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang disifatkan menyekat agenda kebersamaan negara.





'Anak kampung, nelayan, Felda paling rugi jika matrikulasi dimansuh' - Mkini - 12/09 10:48 pm

Exco Pemuda Umno ingatkan Umany agar tidak berselidung di sebalik perkataan meritokrasi yang hanya menguntungkan "kelompok" tertentu.





Umno slams Umany's call to end matriculation while UM distances itself - Mkini - 12/09 10:20 pm

Umno Youth leader says STPM focus will disadvantage the underprivileged, UM praises matriculation.





Tuntutan UMANY mansuh matrikulasi bukan pendirian rasmi UM - Naib Canselor - Sinarharian - 12/09 9:43 pm

SHAH ALAM Kenyataan yang dikeluarkan oleh pertubuhan pelajar University of Malaya Association of New Youth (UMANY) berhubung isu sistem matrikulasi tidak mencerminkan pendirian rasmi Universiti Malaya (UM).Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu berkata, UM sentiasa menjunjung tinggi kebebasan bersuara dalam kalangan warga kampus, selaras dengan semangat keterbukaan dan intelektualisme yang menjadi asas sesebuah institusi pengajian tinggi."Bagaimanapun kebebasan itu perlu diiringi dengan rasa tanggungjawab serta pertimbangan yang wajar terhadap sensitiviti dan implikasi kenyataan yang dibuat, khususnya melibatkan dasar awam."Sistem matrikulasi negara merupakan satu sistem pendidikan yang menyeluruh yang telah terbukti berperanan dalam menyediakan akses kepada pendidikan tinggi kepada pelajar daripada pelbagai latar belakang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau turut menjelaskan bahawa ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam memastikan peluang pendidikan yang lebih inklusif dan saksama untuk semua."Universiti Malaya kekal komited menyokong dasar pendidikan negara yang berteraskan prinsip keadilan, kebolehcapaian dan pembangunan modal insan demi kemajuan negara," katanya.Terdahulu, UMANY menggesa kerajaan memansuhkan sistem matrikulasi dan menggunakan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sebagai penanda aras tunggal kemasukan ke universiti awam.Presidennya, Tang Yi Ze, sebelum ini berhujah bahawa silibus STPM lebih baik kerana lebih mencabar serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.





UMANY tuntut mansuh matrikulasi bukan pendirian rasmi UM - SUN - 12/09 9:29 pm

KUALA LUMPUR: Kenyataan Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) yang menuntut program matrikulasi dimansuhkan tidak mencerminkan pendirian rasmi Universiti Malaya





'Jangan sorok di balik meritokrasi' - Pemuda UMNO bantah cadangan mansuh matrikulasi - Sinarharian - 12/09 8:24 pm

Siapa pula yang teruk tersepit, rugi? Anak kampung, anak nelayan, anak Felda."Jangan sembunyi belakang 'meritokrasi' jika akhirnya hanya kelompok tertentu yang untung. Janganlah membina istana di atas pusara, menari di atas tangisan anak-anak kampung," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Terdahulu Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) dilapor menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus STPM sebagai piawaian tunggal kemasukan ke UA bagi jurusan ijazah.Presidennya, Tang Yi Ze berkata, ini kerana pihaknya mendapati silibus STPM terbukti lebih baik, mencabar dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa termasuk oleh universiti ternama dunia.Dalam pada itu Wan Muhammad Zuhir turut mempersoalkan sikap segelintir pihak yang lantang mengkritik sistem matrikulasi tetapi berdiam dengan kewujudan sistem pendidikan seperti Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang tidak mengikut dasar pendidikan kebangsaan."Yang tidak ikut dasar pendidikan kebangsaan tidak pernah pula kamu persoalkan."Kenapa 'double standard'," ujarnya.





MPPK tegas tolak tuntutan mansuh program matrikulasi - Sinarharian - 12/09 7:07 pm

SHAH ALAM - Program matrikulasi merupakan salah satu laluan penting ke pendidikan tinggi negara.Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) berkata, program itu terbukti memainkan peranan besar dalam menyediakan landasan yang efektif bagi melahirkan mahasiswa cemerlang serta menampung keperluan tenaga mahir negara.Menurutnya, MPPK percaya setiap laluan pendidikan yang dirangka kerajaan sama ada matrikulasi, asasi, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mahupun Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mempunyai peranan tersendiri dalam melahirkan mahasiswa berkualiti."Ia kerana memberi pilihan lebih luas kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut kecenderungan dan potensi masing-masing dan memastikan akses pendidikan yang adil serta inklusif untuk semua."MPPK dengan jelas menolak sebarang tuntutan memansuhkan matrikulasi kerana langkah tersebut bukan sahaja akan mengurangkan peluang akses pendidikan kepada sebahagian besar pelajar, malah tidak mencerminkan kepentingan jangka panjang pembangunan pendidikan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan sukatan pelajaran STPM sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam (UA) bagi jurusan ijazah.Presidennya, Tang Yi Ze berkata, ini kerana pihaknya mendapati sukatan pelajaran STPM terbukti lebih baik selain lebih mencabar dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk universiti ternama dunia.Tambah MPPK, pihaknya turut mengecam sebarang tindakan, desakan atau pendekatan yang boleh menjejaskan kesejahteraan mahasiswa serta mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat.Tegasnya, setiap isu pendidikan perlu dibincangkan dengan rasional dan profesional, bukan bertindak berpandukan emosi atau kepentingan tertentu semata-mata."Hanya melalui pendekatan yang matang, progresif dan berpandangan jauh, barulah keharmonian masyarakat serta perpaduan negara dapat terus dipelihara."Sehubungan itu, MPPK menyeru agar perbincangan mengenai masa depan pendidikan dilaksanakan dengan semangat keterangkuman, keadilan dan kesaksamaan."Perancangan dasar pendidikan perlu berteraskan kepentingan jangka panjang negara, mengutamakan agenda pembangunan insan serta memastikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, mendapat manfaat daripada sistem pendidikan yang saksama dan berkualiti," katanya.





'Desakan tutup program matrikulasi melampau' - Puad Zarkashi - Sinarharian - 12/09 6:53 pm

SHAH ALAM - Cadangan Presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY), Tang Yi Ze supaya program matrikulasi dimansuhkan dilihat amat cetek, melampau dan salah mencari kesalahan.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, program itu tidak sepatutnya dihapuskan kerana ia bukan suatu bentuk penolakan terhadap persaingan kecuali jika benar ia dijadikan laluan emas dengan gred direndahkan atau wujud unsur pilih kasih."Kenapa mesti hapuskan matrikulasi? Apakah dia menolak persaingan dan kecuali jika matrikulasi diberi laluan emas, gred direndahkan atau terdapat unsur pilih kasih."Semua tahu calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terbabit walaupun dapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00, tetapi dia gagal masuk ke kursus pilihan perakaunan dan tempat pilihan Universiti Malaya (UM) kerana faktor merit





UMANY desak program matrikulasi dimansuh, STPM jadi piawaian tunggal - Sinarharian - 12/09 6:48 pm

SHAH ALAM - Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam (UA) bagi jurusan ijazah.Presidennya, Tang Yi Ze berkata, ini kerana pihaknya mendapati silibus STPM terbukti lebih baik selain lebih mencabar dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk universiti ternama dunia."UMANY telah menyerahkan aduan-aduan yang diterima berhubung ketidakadilan dalam sistem Unit Pusat universiti (UPU) kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)"Berdasarkan aduan tersebut, UMANY mengenal pasti tiga masalah utama dan mendesak pihak kementerian untuk mengambil serius dan segera melaksanakan reformasi demi mencapai pembaharuan pendidikan yang sebenar serta keadilan dalam sistem pendidikan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Dalam pada itu, Yi Ze berkata, ramai pelajar STPM yang cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) masih gagal mendapat tempat dalam kursus pilihan mereka.Sebagai contoh katanya, seorang pelajar dengan PNGK 4.0 dan markah kokurikulum 9.45 hanya ditawarkan pilihan kelapan dalam sistem UPU manakala tiga pilihan utama tidak dipertimbangkan."Silibus STPM jauh lebih mencabar dan ketat berbanding program matrikulasi serta mendapat pengiktirafan antarabangsa."Namun pelajar STPM terpaksa bersaing di platform yang sama dengan sejumlah besar pelajar matrikulasi, sekali gus mewujudkan ketidakadilan struktur."Keadaan ini jelas merupakan satu bentuk peminggiran sistematik terhadap pelajar STPM," ujarnya.Selain itu Yi Ze berkata, tanggapan bahawa memasuki matrikulasi pasti dapat kursus pilihan tidak lagi relevan ekoran pelaksanaan tergesa-gesa dasar '10A' oleh kerajaan terdahulu.Dasar ini katanya, menyebabkan bilangan pelajar cemerlang yang memasuki program matrikulasi melonjak, namun kuota universiti tidak ditambah."Sebagai universiti awam terkemuka negara, UM juga sepatutnya memansuhkan dasar kemasukan terus dan menyatukan semua kemasukan pelajar tempatan melalui UPU."Apabila pelajar cemerlang Asasi terpaksa bergantung kepada saluran tersebut yang lebih mahal untuk menyambung pengajian, ini menunjukkan bahawa UM sebenarnya bermotif 'menjual' tempat kemasukan universiti awam pada kadar yuran yang tinggi."Oleh itu UMANY menggesa KPT segera mendedahkan sepenuhnya mekanisme serta data pengagihan sistem UPU agar pelajar jelas memahami sebab mereka ditawarkan kursus tertentu," tegasnya.





Cadangan Umany mansuh matrikulasi melampau - Puad - Mkini - 12/09 5:12 pm

Ini selepas presidennya menuntut program matrikulasi dimansuhkan dan silibus STPM dijadikan piawaian tunggal kemasukan ke universiti.





Umany: Mansuh matrikulasi, jadikan STPM piawaian tunggal masuk universiti - Mkini - 12/09 1:06 pm

Presiden Umany Tang Yi Ze berkata silibus STPM lebih mencabar dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.





'Scrap matriculation, use only STPM as benchmark for varsity entry' - Mkini - 12/09 12:37 am

UPDATED 1.11PM STPM proven to be more challenging and recognised in the international arena - Umany chief.





Mahasiswa cabar data KPT, dakwa STPM lebih ketat berbanding matrikulasi - Mkini - 10/09 11:53 am

"Umany menolak keras keputusan kementerian yang menyamakan STPM dengan matrikulasi





STPM top scorer offered direct intake route costing '10 times more' - Umany - Mkini - 9/09 1:15 pm

Group says this shows Wong met entry requirements, yet rejected by UPU.



11 gerakan mahasiswa tubuh Sekretariat Pendidikan Percuma - Sinarharian - 25/08 3:57 pm

SHAH ALAM Sebanyak 11 gerakan mahasiswa seluruh negara sepakat menubuhkan 'Sekretariat Pendidikan Percuma' bagi memperjuangkan agenda pendidikan percuma sebagai dasar negara yang progresif.Antara yang menyertai sekretariat itu ialah Liga Mahasiswa Malaysia, Federasi Pemuda Kebangsaan (FEDERASI), Ikatan Mahasiswa Demokratik Malaysia, Pro-Siswa Kolej Komuniti Malaysia, UMANY, New Generation of Universiti Malaya (NewGen), Suara Siswa UM, Neo-Siswa UM, Mahasiswa Keadilan UM (MKM UM), Harmoni UM serta Kelab Bahasa Melayu UniSHAMS.Sekretariat itu dalam satu kenyataan berkata, mereka membawa empat tuntutan utama termasuk mengadakan siri pertemuan bersama pakar pendidikan, ekonomi dan sosial bagi memperhalusi idea serta membentuk kertas dasar komprehensif.Selain itu, sekretariat juga akan menggunakan pelbagai bentuk aksi massa seperti mobilisasi jalanan, wacana awam dan kempen akar umbi untuk mengangkat suara mahasiswa dan rakyat.Mereka turut menuntut sesi libat urus di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membincangkan pelaksanaan idea pendidikan percuma."Sekretariat ini juga membuka ruang seluas-luasnya kepada semua gerakan mahasiswa, tanpa mengira latar politik atau ideologi, untuk bersama dalam membentuk suara kolektif yang lebih besar," kata 11 gabungan persatuan mahasiswa itu pada Isnin.Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 011-2150 0341 atau e-mel ...




Reformasi     >>



Pas, Bersatu rebut jawatan PM bukti kepentingan rakyat .. - Harapandaily
Perebutan jawatan Perdana Menteri dalam sebuah kerajaan yang belum pun dibentuk, membuktikan bahawa Bersatu dan Pas tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, kata naib presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar. Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu menyaksikan presidennya Tan Sri ..
Kroni     >>



Unity, respect key to progress - Star
KUALA LUMPUR: Malaysians should be prepared to listen to and respect one another, while also strengthening each other as the country empowers its sustainable economy through positive values and humanity, says Datuk Seri Anwar Ibrahim. Read full story
Tabloid     >>



Dua babak paling beri kesan dalam hidup ketika ayah .. - Hmetro
Di sebalik teruja filem Magik Rompak memasuki pawagam, memori perjalanan menjayakan filem itu sarat dengan kepahitan yang tidak mudah untuk dilupakan pelakon, Sharnaaz Ahmad, 40. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Nintendo revives Virtual Boy after 30 years for the .. - Tomshardware
Nintendo is reviving the Virtual Boy 3D console with an accessory that accepts your Switch or Switch 2 handheld.
World     >>



No 10 questioned Mandelson on Epstein links before .. - BBC
The fallout is continuing after Peter Mandelson's sacking as UK ambassador to Washington over his links to disgraced financier Jeffrey Epstein.
Motor Trend     >>



Toyota GR Yaris “Aero performance package” .. - Carsifu
TOKYO: Toyota Gazoo Racing (TGR) will launch the GR Yaris “Aero performance package”, on the RZ “High performance” and RC trim levels, in Japan on Oct 1, 2025. TGR said the GR Yaris “Aero performance package” incorporates insights gained from motorsports, ..