///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Uec News   Page 1    



KPT boleh beri penjelasan terperinci berhubung UEC – Timbalan Naib .. - Mygazette - 15/05 3:06 pm

# KPT boleh beri penjelasan terperinci berhubung UEC - Timbalan Naib Canselor UMT KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diminta memberi penjelasan terperinci berhubung keputusan membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA)





Pintu IPTA dilonggarkan demi undi – Fadhli Shari - Mygazette - 15/05 3:06 pm

KUALA LUMPUR - Pas mendakwa keputusan kerajaan membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dibuat demi meraih undi





UEC: Jangan gunakan nama aliran tahfiz untuk halalkan agenda lain .. - Mygazette - 15/05 3:06 pm

# UEC: Jangan gunakan nama aliran tahfiz untuk halalkan agenda lain - Sukri KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak boleh berselindung di sebalik permainan persepsi dengan menggunakan aliran tahfiz untuk membenarkan pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)





UEC: Keputusan politik yang salah, buka ‘pintu lebih besar’ .. - Mygazette - 15/05 3:06 pm

# UEC: Keputusan politik yang salah, buka 'pintu lebih besar' - Pakar KUALA LUMPUR Keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) disifatkan sebagai satu keputusan politik yang perlu dikaji semula kerana dibimbangi boleh menjejaskan dasar nasional





Siswa Bersatu gesa KPT kaji semula kemasukan lepasan UEC ke IPTA Siswa .. - Mygazette - 15/05 3:06 pm

# Siswa Bersatu gesa KPT kaji semula kemasukan lepasan UEC ke IPTA KUALA LUMPUR Siswa Bersatu menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempertimbang semula keputusan membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA)





UEC: Kerajaan tak harus tunduk tekanan politik -Perkasa - Mygazette - 15/05 3:06 pm

# UEC: Kerajaan tak harus tunduk tekanan politik -Perkasa KUALA LUMPUR Kerajaan diingatkan tidak menggunakan institusi tahfiz bagi mewajarkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk membuka laluan memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA)





UEC: SPM tetap wajib, perlu lulus Sejarah dan BM -Zambry - Mygazette - 15/05 3:06 pm

# UEC: SPM tetap wajib, perlu lulus Sejarah dan BM -Zambry PUTRAJAYA - Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk untuk pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan





UMNO sudah iktiraf UEC sejak 2018 – Amidi - Mygazette - 15/05 3:06 pm

KUALA LUMPUR Isu panas berhubung peluang lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah dijadikan isu politik terutamanya Pas yang dilihat bersungguh-sungguh memainkan naratif kerajaan Madani tunduk kehendak DAP, kata Amidi Abdul Manan





Tahfiz hanya alasan, hakikatnya UEC jadi fokus utama - Harakahdaily - 15/05 3:04 pm

SHAH ALAM: Kerajaan tidak boleh berselindung di sebalik permainan persepsi dengan menggunakan aliran tahfiz sebagai alasan untuk membenarkan pelajar lepasan SPMC dan UEC mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)





Pengiktirafan UEC dipersoal dalam dasar baharu KPT - Harakahdaily - 15/05 3:02 pm

KUALA LUMPUR: Ketetapan baharu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengenai laluan khas kepada pelajar lepasan tahfiz, sekolah swasta dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dilihat menimbulkan lebih banyak persoalan dalam kalangan masyarakat





Keputusan benar lepasan UEC ke IPTA diputus Kabinet, kata PM - FMT - 15/05 2:48 pm

Anwar Ibrahim berkata semua pelajar tanpa mengira aliran sekolah mesti memenuhi syarat asas lulus bahasa Melayu dan sejarah pada peringkat SPM.





Armada Bersatu bantah pengiktirafan UEC, dakwa kerajaan langgar dasar pendidikan - Sinarharian - 15/05 2:38 pm

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membantah sebarang kecenderungan kerajaan ke arah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana mendakwa langkah itu boleh menjejaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan.Exco Armada Bersatu, Muhammad Airil Fitri Jalalludin dalam satu kenyataan memandang serius dan melahirkan rasa dukacita terhadap kerajaan yang didakwa semakin lunak membuka ruang ke arah pengiktirafan UEC.Menurutnya, perkara yang menyentuh asas kenegaraan tidak boleh dijadikan bahan tawar-menawar politik demi memenuhi tekanan pihak tertentu.Beliau berkata, sejarah negara dibina atas persefahaman besar melibatkan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan yang disifatkan sebagai tiang seri pembentukan Malaysia sejak merdeka."Rakyat berhak mempersoalkan pendirian kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sekiranya terdapat kecenderungan melonggarkan prinsip berkenaan."Armada Bersatu Malaysia tidak pernah menolak kepelbagaian pendidikan mahupun hak masyarakat untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing."Namun kerajaan harus sedar, khususnya Menteri Kementerian Pengajian Tinggi daripada UMNO, bahawa isu ini bukan sekadar isu akademik, sebaliknya melibatkan identiti nasional, integrasi rakyat dan masa depan pembinaan negara bangsa," katanya dalam kenyataan itu pada Jumaat.Muhammad Airil Fitri yang juga Ketua Biro Graduan Muda, Mahasiswa dan Undi 18 berkata, kerajaan dilihat terlalu ghairah mahu dilihat progresif sehingga terlupa bahawa sesebuah negara dibina berasaskan prinsip yang perlu dipertahankan.Sehubungan itu, Armada berpandangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) perlu terus diperkasakan sebagai arus perdana pendidikan nasional tanpa mewujudkan ruang yang boleh mencairkan dasar sedia ada.Tambahnya, kerajaan juga perlu kekal tegas mempertahankan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan tidak membuat keputusan secara terburu-buru yang boleh memberi implikasi jangka panjang terhadap keharmonian serta identiti negara.





Dong Zong kritik syarat kemasukan pemegang UEC ke universiti awam - Mkini - 15/05 2:38 pm

Dasar itu gagal memenuhi prinsip kesaksamaan pendidikan, kata Dong Zong.





Jangan politikkan, UEC diiktiraf dengan syarat wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah - Mypress - 15/05 2:34 pm

Oleh: S.Abdullah dan Don Mikael SEREMBAN Beberapa perincian berhubung pelaksanaan kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) masih diperhalusi kerajaan





UEC: BM, Sejarah kekal jadi syarat wajib lulus untuk masuk IPTA - Harapandaily - 15/05 2:29 pm

Sebab penilaian UPU... The post UEC: BM, Sejarah kekal jadi syarat wajib lulus untuk masuk IPTA appeared first on Harapan Daily .





Anthony Loke labels backlash against UEC public university access an attempt to politicise education - Malaymail - 15/05 2:21 pm

KUALA LUMPUR, May 15 DAP secretary-general Anthony Loke today slammed criticism over the move to open publ...





Dong Zong hits out at conditions for UEC holders entering public uni - Mkini - 15/05 2:00 pm

Education group laments 'vague' announcement, numerous restrictions imposed.





Koleksi Idea Ucapan Selamat Hari Guru Yang Tak ‘Cringe’, Tapi Menyentuh Hati…Tersenyum Cikgu! - Siraplimau - 15/05 1:41 pm

Sebenarnya, ucapan Selamat Hari Guru yang paling bermakna adalah ucapan yang datang terus dari hati, ringkas, tapi penuh dengan penghargaan. Baca juga: Lepasan Tahfiz & UEC Kini Berpeluang Sambung Pengajian Di IPTA, KPT Buka Laluan Lebih Inklusif IDEA UCAPAN […] The post Koleksi Idea Ucapan Selamat Hari Guru Yang Tak Cringe, Tapi Menyentuh HatiTersenyum Cikgu! first appeared on SirapLimau.com .





UEC bukan keputusan seorang menteri, apatah lagi Umno semata-mata - Mkini - 15/05 1:41 pm

Exco Wanita Umno itu tolak manipulasi dalam isu UEC di sekolah Cina sehingga partinya dituduh mengkhianati Melayu.





Hukum Sentuh Capybara Dalam Islam, Perlu Samak Ke Kalau Pegang Haiwan Comel ‘Babi Air’ Ini? - Siraplimau - 15/05 1:29 pm

Timbul persoalan dalam kalangan umat Islam apakah hukum pegang capybara ini. Baca juga: Lepasan Tahfiz & UEC Kini Berpeluang Sambung Pengajian Di IPTA, KPT Buka Laluan Lebih Inklusif […] The post Hukum Sentuh Capybara Dalam Islam, Perlu Samak Ke Kalau Pegang Haiwan Comel Babi Air Ini? first appeared on SirapLimau.com .





UEC: Demi penuhi tuntutan DAP - Harakahdaily - 15/05 12:46 am

RAKYAT semakin kecewa melihat tindakan kerajaan Madani yang dilihat semakin berani mengetepikan asas jati diri kebangsaan demi memenuhi tuntutan politik kelompok tertentu. Keputusan membuka laluan kepada lepasan UEC memasuki IPTA bukan lagi dilihat sebagai isu pendidikan semata-mata, tetapi simbol bagaimana kerajaan hari ini sanggup menggadaikan prinsip asas negara yang telah dibina sejak merdeka





'Tahfiz dijadikan wayang politik lindung isu UEC' - Mohamed Sukri - Sinarharian - 15/05 12:23 am

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor mendakwa pengumuman kerajaan mengenai peluang lepasan tahfiz memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hanyalah wayang politik persepsi bagi mengurangkan sensitiviti isu berkaitan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).Ketua Pemudanya, Mohamed Sukri Omar berkata, aliran tahfiz tidak pernah berdepan masalah besar untuk melanjutkan pengajian ke IPTA kerana pelajar tahfiz turut menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti pelajar lain.Menurutnya, ramai lepasan tahfiz sebelum ini berjaya menyambung pengajian ke IPTA dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melalui saluran biasa serta menjadi profesional dalam pelbagai bidang."Jadi kenapa tiba-tiba perlu keluar kenyataan khas kononnya lepasan tahfiz kini berpeluang masuk ke IPTA?"Rakyat boleh membaca apa yang sedang berlaku





UEC diterima di IPTA tidak sepatutnya dipolitikkan - Anwar - Sinarharian - 15/05 12:19 am

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Keputusan Kabinet membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sepatutnya dipolitikkan dan dijadikan isu oleh mana-mana pihak.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri."Dunia sekarang, semuanya nak kaitkan dengan politik





Calon UEC wajib lulus BM, Sejarah - Mat Sabu - Sinarharian - 15/05 12:19 am

KLANG - Calon lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang ingin melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu memenuhi syarat utama iaitu lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, syarat itu ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membolehkan lepasan UEC mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.Menurutnya, calon UEC yang memenuhi syarat berkenaan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di universiti awam."Secara umumnya, bila calon UEC ambil mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu serta lulus, mereka boleh diterima masuk ke IPTA," katanya ketika ditemui selepas Peluncuran Tuaian Nanas di Projek Rintis Pintar Parlimen Kota Raja di sini pada Jumaat.Pada Rabu, media melaporkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.KPT dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makananberkata, bekalan beras negara berada dalam keadaan stabil sehingga penghujung tahun ini.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembelian panik kerana stok bekalan masih mencukupi."Bekalan beras berada dalam keadaan stabil buat masa ini sehingga hujung tahun ini, cuma jangan beli banyak-banyak, beli seperti biasa," tambah beliau.





UEC tidak diiktiraf secara automatik, ikut syarat ketat IPTA Nurulhidayah - Sinarharian - 15/05 12:11 am

SHAH ALAM - Isu berkaitan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sering dimanipulasi sehingga mengaitkan UMNO dengan tuduhan 'mengkhianati bangsa Melayu', sedangkan banyak pihak didakwa tidak memahami fakta sebenar serta proses penggubalan dasar kerajaan.Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, keputusan berkaitan kemasukan lepasan UEC ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukan dibuat secara individu oleh mana-mana menteri, apatah lagi oleh UMNO semata-mata.Menurut beliau, semua keputusan dasar pendidikan negara perlu melalui proses kelulusan Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri dan dipersetujui secara kolektif oleh kerajaan."Walaupun Menteri Pengajian Tinggi datang daripada UMNO, segala keputusan dasar dibuat secara bersama dalam Kabinet," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Jumaat.Dalam masa sama, beliau menegaskan, UEC masih tidak diiktiraf secara automatik untuk semua kemasukan ke IPTA.Jelasnya, syarat asas tetap dikenakan termasuk keperluan kredit Bahasa Melayu serta lulus mata pelajaran Sejarah, selain hanya program tertentu dibuka berdasarkan syarat merit universiti."Untuk kebanyakan program kritikal seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain, syarat akademik tetap ketat dan tertakluk kepada keputusan senat universiti," jelasnya lagi.Beliau turut menyifatkan naratif kononnya lepasan UEC kini bebas memasuki IPTA tanpa syarat sebagai tidak tepat dan bersifat manipulasi politik.Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga membuka ruang kepada lepasan tahfiz serta aliran pendidikan lain untuk melanjutkan pengajian, yang menunjukkan pendekatan lebih inklusif tanpa mengetepikan identiti nasional."Jangan kerana kebencian politik, semua perkara dijadikan bahan membakar sentimen kaum dan memfitnah parti tertentu," katanya.Beliau turut mengingatkan bahawa setiap pihak perlu memahami struktur kerajaan sebelum membuat penilaian terhadap sesuatu isu dasar negara.





Pelajar Aliran Tahfiz & UEC Kini Berpeluang Sambung Pengajian IPTA, Ini Syaratnya - Lobakmerah - 15/05 11:55 am

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini bersetuju untuk membuka laluan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kepada pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan bagi mengikuti program pengajian tertentu. Aliran yang dimaksudkan adalah: Sekolah atau institusi tahfiz Sekolah swasta serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Mei […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah .





NGO bantah laluan lepasan UEC ke universiti - Mkini - 15/05 11:52 am

Shuhaib ar-Rumy melihat langkah itu sebagai pengiktirafan secara berperingkat terhadap UEC.





Ahmad Fadhli dakwa kerajaan guna taktik silap mata sembunyi agenda UEC - Sinarharian - 15/05 11:49 am

SHAH ALAM - Pas mendakwa pengumuman kerajaan mengenai peluang kemasukan lepasan tahfiz ke program tertentu di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hanyalah satu taktik "silap mata" bagi mengaburi agenda sebenar berkaitan pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate (UEC).Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pengumuman menggabungkan kategori lepasan tahfiz dan UEC itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menghalalkan kemasukan pelajar UEC ke universiti awam secara halus.Beliau mempersoalkan mengapa kerajaan perlu mengeluarkan kenyataan khusus mengenai lepasan tahfiz sedangkan golongan berkenaan selama ini tidak pernah menghadapi masalah untuk menyambung pengajian ke IPTA mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).Ahmad Fadhli menerusi hantaran di laman Facebooknya menegaskan, pelajar aliran tahfiz sedia ada sudah pun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti pelajar lain, sekali gus melayakkan mereka memasuki sistem pendidikan tinggi tanpa halangan."Sejak bila pula aliran tahfiz bermasalah untuk ke IPTA? Selama ini, mereka yang mengikuti aliran tahfiz menduduki SPM sama seperti pelajar lain, dan masuk ke IPTA/IPTS tanpa sebarang masalah."Kenapa perlu dikeluarkan kenyataan khusus sebut tentang lepasan tahfiz ini?"Akui sahajalah, kerajaan mahu umumkan untuk UEC sahaja sebenarnya





Lepasan Tahfiz Dan UEC Kini Berpeluang Mohon Program Tertentu Di IPTA - Ohmedia - 15/05 11:36 am

Lepasan tahfiz dan UEC kini boleh mohon program tertentu di IPTA menerusi sistem UPUOnline berdasarkan merit





Penduduk Terdengar Jeritan Kuat, Budak 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 5 PPR Masih Kritikal - Siraplimau - 15/05 10:43 am

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang jatuh flat dari tingkap tingkat lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bandar Uda Utama, Johor Bahru, dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal. Baca juga: Lepasan Tahfiz & UEC Kini Berpeluang Sambung Pengajian Di IPTA, KPT Buka Laluan Lebih Inklusif BUDAK LELAKI JATUH FLAT DARI TINGKAT 5 Kejadian menyayat hati […] The post Penduduk Terdengar Jeritan Kuat, Budak 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 5 PPR Masih Kritikal first appeared on SirapLimau.com .





GPMS Perak bantah pengiktirafan KPT terhadap UEC - Sinarharian - 15/05 9:41 am

IPOH Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak membantah sebarang bentuk pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) termasuk langkah terbaharu kerajaan yang membuka ruang kemasukan lepasan sijil itu ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Pengerusinya, Faizal Haramaini berkata, walaupun keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu dilihat terhad kepada bidang seperti Pengajian Bahasa Cina dan Linguistik Cina ia dibimbangi menjadi titik permulaan kepada pengiktirafan lebih meluas pada masa depan.Menurutnya, dalam konteks dasar awam sesuatu kelonggaran yang diberikan secara terhad hari ini berpotensi menjadi asas kepada tuntutan lebih besar pada masa akan datang."Jika hari ini dibuka ruang untuk satu jurusan esok mungkin timbul desakan supaya ia diperluaskan kepada jurusan lain pula."Akhirnya sedikit demi sedikit garis pemisah antara sistem pendidikan kebangsaan dan sistem peperiksaan persendirian akan menjadi semakin kabur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Faizal berkata, sejak awal kewujudannya UEC merupakan peperiksaan persendirian bagi sekolah yang memilih berada di luar sistem pendidikan kebangsaan serta tidak tertakluk di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia.Katanya, sistem itu juga tidak dibina berasaskan kerangka pendidikan nasional dan tidak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama seperti yang termaktub dalam asas pendidikan negara."Justeru apabila IPTA mula membuka pintu kepada lepasan UEC walaupun secara terhad ia memberi isyarat bahawa negara mula menerima peperiksaan persendirian ke dalam institusi awam."Keadaan ini secara tidak langsung membuka ruang kepada proses normalisasi UEC," katanya yang juga Pengerusi Biro Pendidikan GPMS Gopeng.Tambah beliau, bantahan terhadap pengiktirafan UEC bukan bertujuan menafikan peluang pendidikan kepada pelajarnya kerana lepasan sijil itu telah lama mempunyai laluan ke universiti luar negara, kolej swasta serta sektor pekerjaan antarabangsa.Jelas Faizal, isu sebenar ialah mempertahankan prinsip Dasar Pendidikan Negara yang berteraskan sistem arus perdana melalui Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).Dalam pada itu, beliau turut menggesa Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meneliti semula keputusan berkenaan kerana dikhuatiri memberi implikasi jangka panjang terhadap sistem pendidikan negara."Malaysia sudah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan sendiri yang dibina atas semangat Perlembagaan, Bahasa Kebangsaan dan identiti nasional."Atas rasa tanggungjawab terhadap masa depan negara, GPMS Perak kekal dengan pendirian menolak UEC secara total," katanya.Pada Rabu, media melaporakan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.KPT dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA





Lepasan Tahfiz & UEC Kini Berpeluang Sambung Pengajian Di IPTA, KPT Buka Laluan Lebih Inklusif - Siraplimau - 15/05 8:29 am

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan bahawa calon lepasan tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini berpeluang mengikuti program tertentu di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA)





Lepasan tahfiz, UEC dipertimbang masuk program pengajian tertentu di IPTA - Mygazette - 15/05 7:48 am

# Lepasan tahfiz, UEC dipertimbang masuk program pengajian tertentu di IPTA KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju membuka laluan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kepada pelajar lepasan sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC/UEC) bagi mengikuti program pengajian tertentu





UEC grads, tahfiz students allowed into public unis for four programmes - Mkini - 14/05 8:20 pm

All applications will be processed based on principles of meritocracy, says MOHE.





New pathways into public unis approved for UEC, tahfiz students - FMT - 14/05 7:54 pm

Candidates who don't have a full SPM certificate but pass BM and History subjects conducted by the examination board may only be considered for certain programmes.





Malaysia opens public university access for tahfiz, UEC, private school graduates - Malaymail - 14/05 7:11 pm

KUALA LUMPUR, May 14 The Cabinet has approved a new, alternative entry pathway for students from religious schoo...





Kerjasama BN-PH hanya sementara – KJ - Mygazette - 1/05 3:38 pm

Khairy berkata, keberadaan wakil UMNO dalam Kabinet bukan sekadar pelengkap angka, tetapi berfungsi sebagai benteng dalam memastikan agenda yang bercanggah dengan prinsip parti tidak diluluskan begitu sahaja. "Kita ambil contoh isu UEC dan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA)




Reformasi     >>



1MDB scandal: Anwar says Malaysia wont oppose Jho Lows .. - Scmp
Malaysia will not oppose a bid by a fugitive businessman involved in the massive 1MDB corruption scandal to seek a pardon from US President Donald Trump, Prime Minister Anwar Ibrahim said on Friday. Speaking to reporters during a visit to Seremban district, south of Kuala Lumpur, Anwar ..
Kroni     >>



Selat Hormuz masih dikawal tentera Iran - Utusan
TEHERAN/WASHINGTON: Iran masih menguasai Selat Hormuz dengan bahagian baratnya dikawal oleh pasukan tentera laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) selepas Amerika Syarikat (AS) bersama Israel melancarkan serangan ke negara itu pada 28 Februari lalu. Menurut jurucakap tentera Iran, Mohammad Akraminia, ..
Tabloid     >>



Perdana Menteri Sepanyol Sokong Lamine Yamal Kibar .. - Vocket
Aksi bintang muda Barcelona, Lamine Yamal, yang mengibarkan bendera Pal*stin ketika sambutan kejayaan kelab itu baru-baru ini terus menjadi topik hangat di Sepanyol dan dunia... The post Perdana Menteri Sepanyol Sokong Lamine Yamal Kibar Bendera P*lestin appeared first on VOCKET .
Tech     >>



Android ‘People Finding’ could be .. - Androidauthority
Google may be getting ready to borrow Apple's best tool for sharing your location with friends.
World     >>



Iran war day 77: Trump, Xi discuss Hormuz as Tehran .. - Aljazeera
The US and Chinese leaders agreed during talks that the Strait of Hormuz should remain open to ensure global supplies.
Motor Trend     >>



Buletin Honda Ubah Haluan, Lancar Model Hibrid Baharu .. - Mekanika
# HONDA UBAH HALUAN, LANCAR MODEL HIBRID BAHARU MENJELANG 2028 **Selepas beberapa projek EV dibatalkan, Honda kini dilihat mengubah haluan dengan memberi tumpuan lebih besar terhadap teknologi hibrid generasi baharu menerusi pengenalan sedan dan SUV baharu yang dijadualkan memasuki pasaran ..