| /// |
|
| Search : Tun Daim News | Page 1 |
|
Gagal hadir, mahkamah keluarkan waran tangkap dua anak Daim - Mgazette - 8/04 8:13 am # Gagal hadir, mahkamah keluarkan waran tangkap dua anak Daim KUALA LUMPUR Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap dua anak Allahyarham Tun Daim Zainuddin selepas didapati gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan |
|
Anak Daim tidak lari, sambung belajar di luar negara - Peguam - Sinarharian - 7/04 10:39 pm KUALA LUMPUR Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Selasa bahawa dua anak lelaki bekas Menteri Kewangan itu tidak melarikan diri ke luar negara.Sebaliknya peguam, Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid memberitahu, Muhammed Amir Zainuddin, 31, dan Muhammed Amin Zainuddin, 28, berada di United Kingdom (UK) bagi persiapan peperiksaan kelayakan peguam dan perakaunan.Semasa membantah permohonan pendakwaan yang meminta waran tangkap dikeluarkan, peguam itu berkata, ahli perniagaan, Josephine Premla, 65, yang juga kenalan kepada keluarga Daim tidak dapat hadir ke mahkamah kerana menerima rawatan di luar negara.Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghubungi pihak pembelaan pada 13 Februari lalu, supaya meminta dua beradik itu hadir ke ibu pejabat bagi memberi keterangan sebagai saksi, keesokan hari.Menurutnya, SPRM telah memberikan notis yang singkat kepada anak guamnya sehingga mereka tidak sempat untuk memberi maklum balas."Dua anak guam saya merupakan pelajar dan Josephine warga emas, jadi tiada sebab mereka mahu melarikan diri."Selain itu, kami tidak menerima sebarang makluman atau dokumen yang menyatakan mereka akan didakwa di mahkamah hari ini," katanya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat mengesahkan bahawa SPRM telah mengeluarkan notis pertama kepada dua anak lelaki bekas pemimpin kanan UMNO tersebut pada 13 Februari.Selepas dimaklumkan mereka tidak dapat hadir pada tarikh tersebut, beliau berkata, SPRM membenarkan permohonan lanjutan masa dan memberikan tarikh lain kepada dua beradik berkenaan untuk hadir memberi keterangan.Susulan itu katanya, peguam kemudian menghantar surat dengan menyatakan mereka tidak boleh hadir atas beberapa alasan lain antaranya masih berada di luar negara, mahu menguruskan rawatan ibu dan mahu menyambut Aidilfitri."SPRM kemudian memaklumkan tiada lagi permohonan penangguhan akan dilayan dan memberi lanjutan masa akhir pada 6 April."Dua hari sebelum tarikh itu, Muhammed Amir Zainuddin memaklumkan baru mendaftar kelas peperiksaan di London, sementara Muhammed Amin Zainuddin pula belum habis belajar di luar negara."Josephine hanya memaklumkan ketidakhadirannya pada Selasa," katanya.Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, Majistret, Illi Marisqa Khalizan mengeluarkan waran tangkap kepada ketiga-tiga individu tersebut kerana gagal mematuhi notis SPRM bagi menjawab pertuduhan kes."Mahkamah berpendapat, ada sebab untuk mempercayai tiga penama itu melarikan diri biarpun mengetahui notis telah dikeluarkan," katanya.Selain itu beliau berkata, tiada dokumen sokongan mengaitkan alasan melanjutkan pelajaran di universiti luar negara atau bukti rawatan hospital dilampirkan kepada mahkamah.Justeru mahkamah berpendapat, permohonan pihak pendakwaan sebagai bermerit dan waran tangkap bagi ketiga-tiga penama dibenarkan.Susulan itu, Mahadi memaklumkan bahawa, pihak pendakwaan akan meneruskan permohonan untuk mendapatkan Notis Merah bagi membolehkan waran tangkap tersebut dilaksanakan di luar negara.Muhammad Nizamuddin kemudiannya memohon supaya pelaksanaan waran tangkap itu ditangguhkan sementara permohonan untuk mengetepikan perintah berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi pada Rabu.Katanya, kesan waran tangkap itu terlalu besar lebih-lebih lagi kepada dua anak guam yang berstatus penuntut universiti.Selepas mendengar hujahan berhubung perkara berkenaan, mahkamah membenarkan penangguhkan sementara, pelaksanaan waran tangkap tersebut.Pada Isnin, anak perempuan Daim iaitu Asnida hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.50 pagi bersama peguamnya sebelum diambil keterangan hampir lima jam, bermula 10 pagi.Bagaimanapun, tiga lagi anak Allahyarham Daim iaitu Md Wira Dani, Muhammed Amir dan Muhammed Amin tidak hadir untuk memberi keterangan seperti dijadualkan.Difahamkan, mereka dipercayai masih berada di luar negara.Pada pagi Selasa, anak perempuan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan gagal mengisytiharkan harta, membabitkan pegangan saham di lima syarikat, tiga tahun lalu. |
|
Dua anak lelaki Daim Zainuddin dikenakan waran tangkap - Sinarharian - 7/04 4:25 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dua anak lelaki bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin iaitu Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, selepas gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menghadapi pertuduhan kes.Mahkamah juga mengeluarkan waran sama terhadap ahli perniagaan, Josephine Premla, 65, yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Daim.Perintah berkenaan dikeluarkan selepas anak ketiga dan keempat bekas ahli politik itu termasuk Josephine, tidak hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.Semasa prosiding, Majistret, Illi Marisqa Khalizan berkata, mahkamah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah itu, selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat.Semasa membaca keputusan, beliau berkata, SPRM telah mengeluarkan notis pertama kepada dua anak lelaki bekas pemimpin kanan UMNO tersebut pada 13 Februari supaya hadir ke pejabat SPRM keesokan hari.Bagaimanapun beliau berkata, mahkamah bersetuju bahawa masa yang diberikan terlalu singkat.Justeru katanya, SPRM membenarkan permohonan lanjutan masa dan memberikan tarikh 11 Mac iaitu lebih kurang tiga minggu kepada dua beradik berkenaan.Beliau berkata, peguam kemudian menghantar surat bertarikh 9 Mac dengan menyatakan mereka tidak boleh hadir dan hanya bersedia pada 30 Mac.Katanya, pihak SPRM sekali lagi memberi lanjutan masa dan meminta ketiga-tiga individu itu hadir ke pejabat SPRM pada 6 April."Sekali lagi, penama-penama gagal menjawab notis tersebut dan meminta penangguhan kepada Julai depan."Susulan itu, SPRM memfailkan permohonan waran tangkap ini di mahkamah."Mahkamah berpendapat, ada sebab untuk mempercayai tiga penama itu melarikan diri biarpun mengetahui notis telah dikeluarkan oleh SPRM," katanya.Selain itu beliau berkata, tiada dokumen sokongan mengaitkan alasan melanjutkan pelajaran di universiti luar negara dilampirkan kepada mahkamah, untuk membuktikan kenyataan peguam penama mengenai ketidakhadiran anak guam ke pejabat SPRM.Justeru mahkamah berpendapat, permohonan pihak pendakwaan adalah bermerit dan waran tangkap bagi ketiga-tiga penama dibenarkan.Mendengar perkara ituMahadi memaklumkan bahawa pihak pendakwaan akan meneruskan permohonan untuk mendapatkan Notis Merah bagi membolehkan waran tangkap tersebut dilaksanakan di luar negara.Bagaimanapun peguam, Muhammad Nizamuddin memohon supaya pelaksanaan waran tangkap itu ditangguhkan sementara permohonan untuk mengetepikan perintah berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi pada Rabu.Selepas mendengar hujahan berhubung perkara berkenaan, mahkamah membenarkan permohonan Muhammad Nizamuddin untuk menangguhkan waran tangkap tersebut.Pada Isnin, anak perempuan Daim iaitu Asnida hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.50 pagi bersama peguamnya sebelum diambil keterangan hampir lima jam, bermula 10 pagi.Bagaimanapun, tiga lagi anak Allahyarham Daim iaitu Md Wira Dani, Muhammed Amir dan Muhammed Amin tidak hadir untuk memberi keterangan seperti dijadualkan.Difahamkan, mereka dipercayai masih berada di luar negara.Pada pagi Selasa, anak perempuan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan gagal mengisytiharkan harta, membabitkan pegangan saham di lima syarikat, tiga tahun lalu. |
|
Anak Tun Daim didakwa hari ini - Mgazette - 7/04 1:02 pm KUALA LUMPUR - Anak perempuan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Asnida akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 |
|
Asnida dibenar ikat jamin RM50,000, pasukan bela sifatkan pertuduhan .. - Mgazette - 7/04 1:02 pm # Asnida dibenar ikat jamin RM50,000, pasukan bela sifatkan pertuduhan teknikal KUALA LUMPUR Anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Asnida dibenarkan diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan pegangan saham |
|
Anak Tun Daim, Asnida didakwa gagal isytihar pegangan saham lima syarikat - Mgazette - 7/04 1:02 pm # Anak Tun Daim, Asnida didakwa gagal isytihar pegangan saham lima syarikat KUALA LUMPUR - Anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Asnida dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi notis bagi mengisytiharkan pegangan saham dalam lima syarikat |
|
Daims daughter pleads not guilty to failing to declare shareholdings in five companies - BorneoPost - 7/04 11:49 am KUALA LUMPUR (April 7): The daughter of the late former finance minister Tun Daim Zainuddin was charged in the Sessions Court here today with failing to declare her shareholdings in five companies in 2023 |
|
MACC to seek red notice against Daims two sons over failure to attend probe - Sinardaily - 7/04 11:01 am PUTRAJAYA - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will take stern action, including applying to Interpol for a Red Notice against three individuals, two of whom are the children of the late Tun Daim Zainuddin, following their failure to turn up to give statements at the MACC Headquarters.It said it took a serious view of the failure of Tun Daim's two sons - Muhammed Amir Zainuddin and Muhammed Amin Zainuddin - to be present to give statements as required through the three attendance orders dated Feb 13, March 11 and April 6, 2026."Previously, their lawyers had stated their commitment and agreement to be present on April 6 |
|
Daims daughter pleads not guilty to failing to declare company shareholdings - Malaymail - 7/04 10:20 am KUALA LUMPUR, April 7 The daughter of the late former finance minister Tun Daim Zainuddin was charged in the Ses... |
|
Daims daughter Asnida arrives at court in KL over alleged failure to declare assets - Malaymail - 7/04 9:41 am KUALA LUMPUR, April 7 The daughter of former Finance Minister, the late Tun Daim Zainuddin, arrived at the Kuala... |
|
Anak Tun Daim didakwa tidak isytihar pegangan saham lima syarikat - Sinarharian - 7/04 9:31 am KUALA LUMPUR Anak perempuan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, iaitu Asnida, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas satu pertuduhan gagal mengisytiharkan harta membabitkan pegangan saham di lima syarikat, tiga tahun lalu.Asnida, 65, yang memakai baju dan berselendang biru gelap, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Rosli Ahmad."(Tidak bersalah) Minta bicara," katanya ringkas.Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 bertarikh 8 November 2023.Notis tersebut telah dihantar kepada tertuduh oleh seorang pegawai SPRM pada 14 November 2023, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta yang membabitkan pegangan saham di lima syarikat.Ia membabitkan Amiraz Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Transgrade Sdn Bhd dan Gajah3 Foods Sdn Bhd.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, pada 13 Disember 2023.Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh didenda maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid.AKAN MENYUSUL |
|
Anak perempuan Tun Daim tiba di mahkamah - Sinarharian - 7/04 8:55 am KUALA LUMPUR Anak perempuan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, iaitu Asnida, hadir ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bagi menghadapi pertuduhan dipercayai gagal mematuhi notis untuk mengisytiharkan harta.Pada Isnin, peguam Asnida, Yu Ying Ying, mengesahkan anak guamnya akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.Asnida yang memakai baju dan berselendang biru gelap tiba pada jam 8.40 pagi dengan diiringi beberapa individu.Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes itu dijadualkan disebut di hadapan Hakim Rosli Ahmad.Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 merujuk kepada kesalahan gagal mematuhi notis bertulis daripada SPRM untuk mengisytiharkan harta yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak melebihi RM100,000 jika sabit kesalahan.Pada Isnin, Asnida hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.50 pagi bersama peguamnya sebelum diambil keterangan selama hampir lima jam, bermula pada jam 10 pagi.Bagaimanapun, tiga lagi anak Allahyarham Daim, iaitu Md Wira Dani, Muhammed Amir dan Muhammed Amin, tidak hadir untuk memberi keterangan seperti dijadualkan.Difahamkan, mereka dipercayai masih berada di luar negara. |
|
Asnida Daim to face charge in KL court today as MACC widens Op Godfather crackdown - Malaymail - 7/04 8:48 am PUTRAJAYA, April 7 A daughter of former finance minister Tun Daim Zainuddin will be charged at the Kuala Lumpur... |
|
SPRM gerak notis merah Interpol terhadap 2 anak Tun Daim, Josephine - Mgazette - 7/04 7:37 am # SPRM gerak notis merah Interpol terhadap 2 anak Tun Daim, Josephine KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggerakkan notis merah melalui polis antarabangsa (Interpol) terhadap dua anak Allahyarham Tun Daim Zainuddin kerana mengingkari arahan untuk hadir memberi keterangan bersabit siasatan yang dijalankan terhadap mereka |
|
SPRM akan gerakkan Notis Merah, kolaborasi dengan JIM kesan anak Tun Daim - Sinarharian - 6/04 9:12 pm SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggerakkan Notis Merah melalui Polis Antarabangsa (Interpol) selepas kegagalan dua anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin hadir memberi keterangan.Individu itu ialah Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.Bagaimanapun, dua lagi anak tokoh korporat terbabit iaitu Asnida telah hadir memberi keterangan dan memberikan kerjasama kepada SPRM, manakala Md Wira Dani telah memaklumkan lebih awal mengenai ketidakhadirannya.SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya memandang serius kegagalan dua individu terbabit untuk hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sebagaimana yang diperintahkan melalui tiga Perintah Menghadiri Pemeriksaan bertarikh 13 Februari, 11 Mac dan 6 April 2026."Sebelum ini, wakil peguam yang mewakili mereka telah menyatakan komitmen dan persetujuan untuk hadir pada 6 April (Isnin)."Namun demikian, mereka sekali lagi gagal berbuat demikian tanpa sebarang alasan yang munasabah."Turut gagal hadir tanpa alasan yang memuaskan ialah Josephine Premla, walaupun telah diarahkan berbuat demikian oleh pihak SPRM," katanya pada Isnin.SPRM berkata, susulan ketidakpatuhan ini, SPRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas selanjutnya iaitu menggerakkan Notis Merah melalui Interpol.Katanya lagi, SPRM juga berkolaborasi dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menyekat serta memantau pergerakan keluar masuk dan status pasport individu terbabit."Penama-penama berkenaan juga akan berdepan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 48(c) Akta SPRM 2009 kerana ingkar mematuhi Perintah Menghadiri Pemeriksaan di bawah Seksyen 30(1)(a) akta yang sama," ujarnya.Dalam pada itu, SPRM memaklumkan Asnida akan dituduh di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 7 April 2026."SPRM menegaskan bahawa sebarang kegagalan mematuhi arahan sah agensi ini tidak akan dilayan dengan toleransi dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan tanpa pengecualian," ujarnya.27 Februari lalu, SPRM memaklumkan sedang mengesan empat anak tokoh politik terbabit bagi tujuan siasatan.SPRM juga menjelaskan Notis Kesan Individu yang dikeluarkan pihaknya terhadap empat individu itu bukan satu bentuk hukuman atau senarai dikehendaki.Sebaliknya kata SPRM, ia merupakan mekanisme prosedural bagi mengesan dan memastikan kehadiran individu untuk membantu siasatan. |
|
Anak Tun Daim, Asnida dituduh di mahkamah esok - Sinarharian - 6/04 7:17 pm PUTRAJAYA - [KEMAS KINI] Seorang anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin iaitu Asnida akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan ringkas mengesahkan perkara itu."Dimaklumkan, SPRM telah mendapat izin mendakwa terhadap seorang pengarah syarikat (Asnida) pada jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen 8 Kuala Lumpur esok," katanya pada Isnin.Sementara itu, peguam kepada Asnida, Yu Ying Ying memaklumkan anak guamnya akan dituduh di bawah Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.Difahamkan, pertuduhan itu berkaitan dengan kegagalan mematuhi notis perisytiharan aset yang dikeluarkan oleh SPRM.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan Asnida hadir ke di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan kira-kira jam 9.50 pagi pada Isnin.Asnida hadir menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV).Turut kelihatan dua peguam dipercayai mewakili Asnida.27 Februari lalu, SPRM memaklumkan sedang mengesan empat anak tokoh politik terbabit iaitu Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin serta Muhammed Amin Zainuddin bagi tujuan siasatan.SPRM juga menjelaskan Notis Kesan Individu yang dikeluarkan pihaknya terhadap empat individu itu bukan satu bentuk hukuman atau senarai dikehendaki.Sebaliknya kata SPRM, ia merupakan mekanisme prosedural bagi mengesan dan memastikan kehadiran individu untuk membantu siasatan.SPRM sebelum ini melaksanakan Op Godfather mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. |
|
Anak Tun Daim hadir beri keterangan kepada SPRM Anak Tun Daim hadir beri .. - Mgazette - 6/04 1:45 pm PUTRAJAYA - Seorang anak bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin hari ini hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi memberi keterangan berhubung siasatan agensi berkenaan |
|
Daims daughter appears at MACC over asset probe, siblings yet to be seen - Malaymail - 6/04 11:57 am KUALA LUMPUR, April 5 Asnida Abdul Daim, a daughter of former finance minister the late Tun Daim Zainuddin, arri... |
|
Anak Tun Daim, Asnida hadir beri keterangan di SPRM - Sinarharian - 6/04 10:41 am PUTRAJAYA - Seorang anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin.Individu itu ialah Asnida dan dilihat tiba kira-kira jam 9.50 pagi menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV).Turut kelihatan dua peguam dipercayai mewakili Asnida.27 Februari lalu, SPRM memaklumkan sedang mengesan empat anak tokoh politik terbabit iaitu Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin serta Muhammed Amin Zainuddin bagi tujuan siasatan.Berikutan itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin dilaporkan berkata, pihak peguam telah memberikan jaminan bahawa kesemua individu terbabit akan hadir ke pejabat SPRM pada 6 April bagi tujuan memberikan keterangan.Siasatan Op Godfather dijalankan mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.SPRM juga menjelaskan Notis Kesan Individu yang dikeluarkan pihaknya terhadap empat individu itu bukan satu bentuk hukuman atau senarai dikehendaki.Sebaliknya kata SPRM, ia merupakan mekanisme prosedural bagi mengesan dan memastikan kehadiran individu untuk membantu siasatan. |
|
Empat anak Tun Daim hadir beri keterangan 6 April depan - SPRM - Sinarharian - 24/03 4:25 pm SHAH ALAM - Empat anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin akan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 April depan.Mereka ialah Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin serta Muhammed Amin Zainuddin.Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, setakat ini pihak peguam memberikan jaminan bahawa kesemua individu terbabit akan hadir ke pejabat SPRM pada 6 April ini bagi tujuan memberikan keterangan."Sehubungan itu, SPRM mengambil maklum jaminan itu dan mengharapkan komitmen ini dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak yang terlibat."SPRM memberi ruang kepada semua pihak untuk hadir dan sekiranya mana-mana individu gagal hadir seperti yang dijanjikan, tindakan lanjut akan dipertimbangkan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya pada Selasa.Pada 27 Februari lalu, dalam satu kenyaatan SPRM memaklumkan telah mengeluarkan Notis Kesan Individu terhadap empat anak Daim susulan kegagalan memberi maklum balas serta tidak mematuhi dua notis rasmi yang diserahkan sebelum ini.Siasatan Op Godfather dijalankan mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.SPRM juga menjelaskan Notis Kesan Individu yang dikeluarkan pihaknya terhadap empat individu itu bukan satu bentuk hukuman atau senarai dikehendaki.Sebaliknya kata SPRM, ia merupakan mekanisme prosedural bagi mengesan dan memastikan kehadiran individu untuk membantu siasatan. |
|
Sabotaj negara: Polis akan rakam 14 lagi individu dalam masa terdekat .. - Mgazette - 19/03 2:55 pm Saya difahamkan lebih kurang 14 orang lagi akan diambil keterangan dan insyaallah setelah semuanya selesai kita akan kumpulkan dan hantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini. Ditanya sama ada isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid antara yang akan dirakam percakapan bagi membantu siasatan, beliau enggan mendedahkan sebarang nama |
|
Sabotaj kestabilan negara: 14 individu akan dipanggil rakam keterangan - Sinarharian - 19/03 11:58 am KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara, melibatkan individu berpengaruh dengan agensi media antarabangsa.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya telah mempunyai senarai individu yang akan dipanggil itu."Kita telah mengambil keterangan 14 individu setakat ini dan masih lagi mengkaji serta menjalankan siasatan-siasatan lain."Seramai kira-kira 14 individu lagi akan dipanggil bagi dirakam keterangan sebelum siasatan dilengkapkan dan kertas siasatan dirujuk kepada Peguam Negara," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Khamis.Ditanya sama ada isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Abdul Khalid antara yang akan dirakam percakapan bagi membantu siasatan namun beliau enggan mendedahkan perkara itu."Saya tidak mahu menyentuh tentang nama-nama individu dan siasatan masih lagi berjalan," katanya.12 Mac lalu, peguam kepada Nizamuddin Hamid antara yang dipanggil pihak polis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkenaan.Media sebelum ini melaporkan, Nizamuddin antara dua peguam yang dinamakan dalam satu laporan polis yang membawa kepada siasatan berhubung dakwaan cubaan menggulingkan kerajaan.Seorang lagi peguam yang dinamakan dalam laporan polis itu ialah Amir Zharif Abdullah.Sebelum ini, Nizamuddin menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai pembohongan terbesar.Pada 27 Februari lalu, Mohd Khalid menerusi kenyataan akhbar dilaporkan berkata, satu laporan diterima pihaknya berkenaan isu terbabit dengan dakwaan melibatkan seorang individu tempatan berpengaruh dengan agensi media antarabangsa.Kata Mohd Khalid, siasatan perkara itu dijalankan oleh USJT JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.Berkenaan dakwaan itu, Na'imah dalam satu kenyataan menyifatkan dakwaan beliau cuba menggugat atau menjatuhkan kerajaan sebagai tidak masuk akal, sambil menegaskan tidak pernah terbabit, mempertimbangkan atau menyokong sebarang usaha sedemikian.Beliau turut mempersoalkan bagaimana sebuah kerajaan boleh digulingkan dengan bantuan media antarabangsa atau firma perhubungan awam dan menegaskan mendapatkan khidmat nasihat firma perhubungan awam (PR) profesional bukan satu kesalahan.Pada 3 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa cubaan untuk menjatuhkan kerajaan didukung oleh warga tempatan dengan memanfaatkan pengaruh media dan institusi antarabangsa termasuk melibatkan kelompok Zionis terkemuka.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, siasatan awal PDRM mendapati gerakan berkenaan berpangkalan di luar negara dan mempunyai dana besar bagi merancang strategi untuk mempertikai dan menggugat kerajaan sedia ada |
|
Saksi penting kes komplot jatuhkan kerajaan dikesan keluar negara - JSJ - Sinarharian - 13/03 4:14 pm KUALA LUMPUR - Beberapa saksi penting yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung dakwaan komplot menjatuhkan kerajaan dikesan telah membuat pergerakan keluar negara sejak Januari lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, setakat ini seramai 14 orang saksi telah dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.Menurutnya, melalui semakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan terdapat saksi-saksi penting telah membuat pergerakan keluar dari Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di antara Januari hingga Februari lalu."Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan usaha untuk mengesan saksi-saksi tersebut bagi membantu siasatan."Pihak polis sedang menyiasat satu kes di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan iaitu dengan apa-apa cara secara langsung atau tidak langsung melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen seperti mana kenyataan Ketua Polis Negara pada 27 Februari lalu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, PDRM komited dalam menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes terbabit demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini.Pada 27 Februari lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, pihaknya menerima satu laporan berkaitan dakwaan komplot tersebut yang didakwa melibatkan seorang individu tempatan berpengaruh dengan sebuah agensi media antarabangsa.Beliau berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan peguam kepada isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Abdul Khalid iaitu Nizamuddin Hamid direkod keterangan di Bukit Aman bagi membantu siasatan dakwaan terbabit.Sementara itu, Na'imah dalam satu kenyataan menyifatkan dakwaan beliau cuba menggugat atau menjatuhkan kerajaan sebagai tidak masuk akal, sambil menegaskan tidak pernah terbabit, mempertimbangkan atau menyokong sebarang usaha sedemikian.Beliau turut mempersoalkan bagaimana sebuah kerajaan boleh digulingkan dengan bantuan media antarabangsa atau firma perhubungan awam dan menegaskan mendapatkan khidmat nasihat firma perhubungan awam (PR) profesional bukan satu kesalahan. |
|
Dakwaan komplot jatuhkan kerajaan, peguam Na'imah direkod keterangan - Sinarharian - 12/03 3:15 pm KUALA LUMPUR - Peguam kepada isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Abdul Khalid iaitu Nizamuddin Hamid direkod keterangan di Bukit Aman di sini pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan komplot menjatuhkan kerajaan.Menurut Nizamuddin, terima kasih kepada pasukan polis yang melakukan siasatan, layanan yang diberikan dengan baik dan profesional."Pendek sahaja yang saya ingin cakap pada hari ini, temanya ialah fokus kepada realiti, hindari fantasi."Realiti pertama ialah anak guam kami (Na'imah) tidak ada kena mengena langsung dengan laporan Bloomberg yang menjadi isu dalam siasatan ini, manakala realiti kedua, anak guam kami atau ahli keluarganya berhak untuk mempertahankan Allahyarham Tun Daim, namanya, legasinya di media atau di mahkamah |
|
Dakwaan jatuhkan kerajaan: Wan Saiful sahkan dipanggil bantu siasatan - Sinarharian - 11/03 3:17 pm SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengesahkan dirinya turut dipanggil untuk membantu siasatan berhubung cubaan menjatuhkan kerajaan.Jelas beliau, beberapa orang rakannya daripada institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga disiasat."Saya dimaklumkan beberapa orang rakan dari dunia akademik dan NGO telah dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan."Saya juga akan memberi keterangan hari ini (semalam) tetapi tidak pasti kenapa saya dipanggil. Saya tertanya-tanya adakah ia satu cubaan untuk mengaitkan pembangkang dengan isu ini?" katanya dalam satu kenyataan di Facebook.Sebelum ini, tular satu laporan polis di internet yang mendakwa wujud perbincangan antara keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin dengan firma asing bagi menggunakan media antarabangsa untuk tujuan yang dikatakan salah.Laporan polis tersebut telah dibuat oleh seorang editor sebuah agensi media yang turut menjalankan perniagaan konsultansi perhubungan awam."Saya tahu bahawa individu ini pernah menawarkan perkhidmatan perhubungan awam kepada Toh Puan Naimah untuk menangani tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dan keluarga."Namun tawaran tersebut telah ditolak oleh Toh Puan Naimah |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |