| /// |
|
| Search : Tony Pua News | Page 1 |
|
Kenapa Tony Pua kongsi di FB sebelum kerajaan umum? Fadhli Kenapa Tony Pua .. - Mygazette - 20/11 8:55 am # Kenapa Tony Pua kongsi di FB sebelum kerajaan umum? Fadhli KUALA LUMPUR - Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa dokumen berkaitan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak dinyahrahsia kerana dicabar di mahkamah menimbulkan beberapa kemusykilan yang perlu dijawab secara terbuka |
|
Saya hanya rujuk minit mesyuarat yang telah sah dinyahklasifikasikan ??? .. - Mygazette - 20/11 8:55 am # Saya hanya rujuk minit mesyuarat yang telah sah dinyahklasifikasikan Tony Pua KUALA LUMPUR Pemimpin DAP, Tony Pua mempertahankan tindakannya memuat naik sebahagian laporan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam |
|
Sekretariat Ahli Parlimen BN desak PDRM siasat kebocoran minit Lembaga .. - Mygazette - 20/11 8:55 am # Sekretariat Ahli Parlimen BN desak PDRM siasat kebocoran minit Lembaga Pengampunan KUALA LUMPUR Sekretariat Ahli Parlimen Barisan Nasional (MPBN) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka siasatan menyeluruh berhubung penyebaran dokumen didakwa minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan oleh bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua di media sosial |
|
Khaled sokong UMNO buat pendirian bersama isu minit Lembaga Pengampunan - Mygazette - 20/11 8:55 am Mohamed Khaed berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azalina yang menggesa pihak berkuasa memberikan penjelasan berhubung status penyahklasifikasian minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan. Isu itu tercetus selepas bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berkongsi beberapa halaman dokumen yang didakwa sebahagian daripada minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang membincangkan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
Minit pengampunan penuh Anwar juga perlu didedahkan ??? Wan Saiful - Mygazette - 20/11 8:55 am Kalau benar kita mahu ketelusan, biarlah semuanya terbuka dan tidak hanya melibatkan satu pihak. Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mendedahnya beberapa muka surat kandungan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang dinyahklasifikasikan |
|
Adakan PRU bagi meredakan huru-hara dalam negara – Naqib - Mygazette - 20/11 8:55 am Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan Johor 2027 oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Dewan Undangan Negeri (DUN), Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. Naqib berkata, terbaharu adalah isu Tony Pua yang didakwa menghina Yang DiPertuan Agong apabila membocorkan minit mesyuarat sulit Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) dalam Facebook miliknya |
|
UMNO Kedah gesa Tony, DAP disiasat susulan pendedahan minit Lembaga .. - Mygazette - 20/11 8:55 am # UMNO Kedah gesa Tony, DAP disiasat susulan pendedahan minit Lembaga Pengampunan KUALA LUMPUR - UMNO Kedah menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua susulan tindakannya mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan keputusan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak |
|
Pemuda Pas Terengganu buat laporan terhadap Tony Pua, dakwa persenda kewibawaan Agong - Sinarharian - 19/11 10:24 pm KUALA TERENGGANU - Pemuda Pas Terengganu tampil membuat laporan terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan hantaran di media sosial yang didakwa mempersendakan kewibawaan Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini pada petang Khamis.Pemangku Timbalan Ketua Pemuda Pas Terengganu, Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin berkata, hantaran tersebut didakwa mengandungi pendedahan beberapa halaman dokumen Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-64 bertarikh 18 September 2026 yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.Katanya, cara kenyataan itu diolah boleh memberi gambaran negatif kepada rakyat seolah-olah Seri Paduka Baginda bertindak membelakangkan nasihat Peguam Negara dan pendirian kerajaan, selain mencemarkan kemuliaan institusi diraja di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."Turut dipersoalkan dalam laporan berkenaan adalah penggunaan ungkapan 'our king kleptocrat' serta bagaimana individu yang bukan ahli atau pemegang jawatan dalam Lembaga Pengampunan boleh memperoleh dokumen rasmi berkenaan."Sehubungan itu, pihak polis digesa menyiasat kesahihan dakwaan sama ada dokumen tersebut telah dinyahklasifikasikan secara sah mengikut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 sebelum diterbitkan," katanya.Beliau berkata, siasatan dimohon dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(c) dibaca bersama Seksyen 3(1)(a) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, selain menyiasat mana-mana individu atau pegawai kerajaan yang mungkin terlibat membocorkan dokumen terbabit.Jelas beliau, pihak berkuasa digesa menjalankan siasatan segera dan telus terhadap kenyataan serta isu kebocoran minit mesyuarat berkenaan."Kita hadir hari ini untuk memohon kepada semua pihak yang mempunyai autoriti dalam negara supaya membuka kertas siasatan dan menyiasat perkara ini dengan segera serta telus."Ini perkara besar kerana Yang di-Pertuan Agong merupakan institusi yang paling dihormati dalam negara, perkara itu juga termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.Mengulas lanjut, Muhammad Irsyad menegaskan isu membabitkan Institusi Diraja dan kuasa Yang di-Pertuan Agong perlu diberi perhatian serius kerana ia merupakan pelanggaran undang-undang yang tidak boleh dimaafkan."Sebagai rakyat dan pihak yang berada dalam sistem pentadbiran negara, kita sepatutnya menghormati kuasa serta kedudukan Yang di-Pertuan Agong."Seluruh rakyat Malaysia diminta supaya bersama-sama mempertahankan institusi raja yang menjadi sebahagian daripada asas kenegaraan sejak sebelum kemerdekaan," katanya. |
|
‘Kita kira sangat mengguris hati rakyat’ - Harakahdaily - 19/11 10:02 pm KUALA TERENGGANU: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menggesa pihak berkuasa menyiasat segera kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang berkaitan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pemangku Timbalan Ketua DPPNT, Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin berkata, kebocoran minit mesyuarat berkenaan serta beberapa kenyataan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, disifatkan sebagai isu serius kerana […] The post ‘Kita kira sangat mengguris hati rakyat’ appeared first on Harakahdaily . |
|
Tony Pua sindir pemimpin UMNO 'cacing kepanasan' - Sinarharian - 19/11 4:19 pm SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menyindir beberapa pemimpin UMNO yang didakwanya semakin 'cacing kepanasan' susulan pendedahan fakta berkaitan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Menurutnya, tindakan segelintir pemimpin parti itu yang menyerang individu yang membangkitkan isu berkenaan menunjukkan mereka lebih berminat mempertikaikan pembawa maklumat berbanding menjawab kandungan dokumen yang telah didedahkan."Yang menyahklasifikasikan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan bukan saya |
|
BN demands clarity on declassification of FTPB minutes - FMT - 19/11 4:13 pm BN questions how the document could have been obtained by others outside the government, including former Damansara MP Tony Pua, before being made public. |
|
Anwar kena belajar dengan Probowo - Msomelayu - 19/11 11:45 am Tujuannya satu untuk menunjukkan kerajaan Madani anti raja. Terbaharu, kita melihat bagaimana bekas Ahli Parlimen Damansara daripada DAP Tony Pua, dikaitkan dengan dakwaan mempertikai dan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong apabila beliau mendedahkan minit mesyuarat pengampunan |
|
Tony Pua semakin biadab, pihak berkuasa perlu siasat ??? Wan Rosdy Tony .. - Mygazette - 19/11 7:32 am # Tony Pua semakin biadab, pihak berkuasa perlu siasat Wan Rosdy KUANTAN Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera terhadap tindakan Tony Pua mendedahkan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
Pendedahan minit Lembaga Pengampunan tidak hormati institusi Agong Wan Rosdy - Sinarharian - 18/11 11:22 pm KUANTAN Tindakan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua mendedahkan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai perbuatan yang tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kuasa pengampunan merupakan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Menurut beliau, institusi Raja-Raja Melayu tidak seharusnya diperlakukan sedemikian, apatah lagi dijadikan bahan polemik politik."Jangan sampai berlaku keadaan kaduk naik junjung apabila kebebasan dan ruang yang diberikan disalahgunakan sehingga terlupa akan batas, adab dan tanggungjawab menghormati institusi negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib, menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang didakwa telah dinyahklasifikasikan.Beberapa muka surat dokumen itu turut dikongsi oleh Tony Pua menerusi akaun Facebook miliknya, termasuk bahagian yang merekodkan pendirian Peguam Negara berhubung perkara berkenaan.Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, pendedahan dokumen tersebut menimbulkan persoalan mengenai aspek keselamatan, kerahsiaan dan tatakelola dokumen kerajaan.Beliau mempersoalkan bagaimana dokumen yang berkaitan dengan prosiding rasmi Lembaga Pengampunan boleh didedahkan kepada umum."Siapakah yang bertanggungjawab terhadap dokumen tersebut dan apakah prosedur penyahklasifikasiannya?" katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera terhadap isu tersebut, termasuk meneliti kemungkinan berlakunya pelanggaran undang-undang berkaitan isu 3R melibatkan institusi raja, agama dan kaum.Menurutnya, siasatan juga perlu merangkumi aspek keselamatan serta kerahsiaan dokumen kerajaan."Sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau prosedur, tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa pilih kasih."Perbezaan politik bukan lesen untuk memperlekeh institusi Raja-Raja Melayu."Menghormati Yang di-Pertuan Agong dan menjaga kerahsiaan dokumen kerajaan adalah soal prinsip, kedaulatan undang-undang serta tanggungjawab terhadap negara," katanya. |
|
Wan Rosdy calls for probe into Pua's disclosure of Pardons Board minutes - NST - 18/11 10:53 pm KUANTAN: The disclosure of purported Pardons Board meeting minutes concerning Datuk Seri Najib Abdul Razak's house arrest order by former DAP lawmaker Tony Pua has raised concerns over the confidentiality and security of government records. |
|
Umno Kedah wants Tony Pua investigated over Pardons Board minutes - Sinardaily - 18/11 9:48 pm ALOR SETAR Authorities have been urged to investigate former DAP MP Tony Pua for sharing details of the Federal Territories Pardons Board meeting minutes concerning the conditional pardon granted to former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.Umno Kedah chairman Datuk Seri Mahdzir Khalid described the move as malicious and said it had crossed legal boundaries by challenging the royal prerogative of His Majesty Sultan Ibrahim, the Yang di-Pertuan Agong.He said the matter should not have happened as it involved documents believed to remain classified and the country's highest institution."Such a thing should not have happened |
|
Pihak berkuasa digesa segera siasat Tony Pua - UMNO Kedah - Sinarharian - 18/11 8:45 pm ALOR SETAR Pihak berkuasa digesa segera menyiasat bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berhubung tindakan memuat naik butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan tersebut didakwa berniat jahat dan melampaui batas perundangan sehingga mencabar kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong (YDPA).Menurutnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana membabitkan dokumen yang dikatakan masih berstatus sulit serta institusi tertinggi negara."Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku dan Tony Pua serta DAP perlu segera disiasat serta dikenakan tindakan sewajarnya."Saya kira tindakan Tony Pua itu sudah melampaui batas kerana berniat jahat terhadap YDPA," katanya dalam kenyataan kepada media pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib, menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang dinyahklasifikasikan.Beberapa muka surat kandungan minit mesyuarat itu dikongsi oleh Tony Pua menerusi akaun Facebooknya yang antara lain merekodkan pendirian Peguam Negara berhubung perkara tersebut.Mahdzir mendakwa tindakan berkenaan turut mencabar kuasa prerogatif YDPA selain menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan pelanggaran Akta Rahsia Rasmi 1972.Beliau berkata, sesuatu yang pelik apabila dokumen minit mesyuarat berstatus sulit yang belum dinyahklasifikasikan boleh disebarkan kepada umum.Menurutnya, tindakan itu dipercayai mempunyai motif tertentu dan dirancang bagi mencetuskan polemik baharu berkaitan isu pengampunan bersyarat Najib."Kalau dokumen minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan itu telah dinyahklasifikasikan, kenapa tidak ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan?"Ini menunjukkan bahawa minit mesyuarat itu diperoleh secara tidak sah dan ada pihak yang sengaja membocorkannya dengan niat tidak baik, khususnya menjurus kepada memperlekehkan kuasa prerogatif YDPA," ujarnya.Sehubungan itu, Mahdzir berkata, UMNO Kedah akan membuat laporan polis dan menggesa siasatan segera dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap penyebaran dokumen berkenaan.Beliau turut meminta Tony Pua menjelaskan sumber maklumat serta bagaimana butiran minit mesyuarat tersebut diperolehi. |
|
'Sikap talam dua muka DAP terhadap prinsip Raja Berperlembagaan' - Exco Pemuda UMNO - Sinarharian - 18/11 7:40 pm SHAH ALAM - Penggunaan pelbagai frasa provokatif dalam kenyataan bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua bukan kebetulan atau kesilapan tatabahasa tetapi isyarat halus mempertikai keputusan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).Exco Pemuda UMNO, Fadzmel Fadzil berkata, dalam masa sama ia membakar sentimen kebencian penyokong tegar mereka supaya berani melanggar batas 3R (raja, agama dan kaum) tanpa rasa takut kepada undang-undang.Menurutnya, perkara yang berlaku ini membuktikan DAP hanya menjunjung tinggi keputusan YDPA apabila ia menguntungkan mereka seperti ketika pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2018."Namun, apabila keputusan Baginda tidak selari dengan selera politik, mereka sanggup mengeluarkan minit mesyuarat sulit semata-mata mahu memberi isyarat kepada penyokong tegar bahawa 'kami tidak bersetuju, raja yang berkeras'."Ini adalah sikap talam dua muka DAP terhadap prinsip Raja Berperlembagaan."Kedaulatan Raja Berperlembagaan dan rahsia negara bukan barang mainan politik untuk meraih 'likes' di media sosial |
|
Penularan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan satu bentuk hasutan, remeh .. - Mygazette - 18/11 5:19 pm # Penularan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan satu bentuk hasutan, remeh kuasa Agong KUALA LUMPUR - UMNO memandang serius dan amat kesal dengan tindakan penyebaran minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan Datuk Seri Mohd Najib Razak, khususnya tindakan bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua, yang memuat naik dokumen berkenaan melalui akaun Facebook beliau |
|
UMNO tuntut penjelasan rasmi pendedahan minit Lembaga Pengampunan Najib .. - Mygazette - 18/11 5:19 pm Apakah asas kuasa yang digunakan, tatacara yang dipatuhi dan tujuan pengelasan semula itu? Adakah salinan yang beredar sepadan dengan rekod rasmi? Adakah pengelasan semula itu meliputi keseluruhan minit, termasuk lampiran berkaitan atau hanya bahagian tertentu? katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan pemimpin DAP, Tony Pua bahawa minit mesyuarat itu telah dinyahklasifikasikan |
|
UMNO dakwa penularan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan satu bentuk hasutan - Sinarharian - 18/11 5:19 pm SHAH ALAM UMNO mendakwa tindakan bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menularkan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu bentuk penghinaan dan hasutan yang disengajakan.Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tindakan itu bertujuan mencetuskan perdebatan serta polemik bagi mempersoalkan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.Beliau berkata, pihaknya memandang serius dan amat kesal dengan tindakan Tony Pua memuat naik dokumen berkenaan menerusi akaun Facebook beliau.Menurutnya, kuasa pengampunan, pengurangan dan melegakan hukuman merupakan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong sebagaimana termaktub dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.Justeru, katanya, segala urusan dan dokumen berkaitan prosiding Lembaga Pengampunan sewajarnya diuruskan dengan penuh cermat, kerahsiaan serta penghormatan terhadap kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong."Persoalan utama yang perlu dijawab ialah adakah penyahklasifikasian dan pendedahan minit mesyuarat tersebut telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong?"Walaupun terdapat proses penyahklasifikasian dokumen, UMNO berpandangan perkara yang menyentuh secara langsung prosiding Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Seri Paduka Baginda sewajarnya terlebih dahulu dirujuk kepada Baginda bagi mendapatkan perkenan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Asyraf Wajdi turut mendakwa Tony Pua berterusan memperalatkan prosiding pengampunan diraja sebagai bahan perbalahan politik dan tidak menghormati kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.Sehubungan itu, UMNO mendesak kerajaan memberikan penjelasan segera mengenai proses, asas perundangan dan pihak yang meluluskan penyahklasifikasian minit mesyuarat berkenaan, termasuk sama ada perkenan Yang di-Pertuan Agong telah diperoleh."Sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau prosedur, tindakan tegas perlu segera diambil bagi mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu, keluhuran Perlembagaan dan menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong," tegasnya. |
|
Minit pengampunan Najib akhirnya terbongkar, Tony Pua dedah Hannah dan .. - Wrlr - 18/11 5:18 pm ARIF ATAN November 18, 2026 Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh sama-sama membantah cadangan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak, menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akhirnya dinyahrahsia. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua Kiam Wee berkata, pendedahan dokumen berkenaan memperjelaskan pendirian kedua-dua wakil kerajaan dalam proses pertimbangan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri itu |
|
Umno wants answers on whether Najib pardon minutes were declassified - Sinardaily - 18/11 5:05 pm SHAH ALAM - Umno has urged the authorities to clarify whether the minutes of the Federal Territories Pardons Board meeting concerning Datuk Seri Najib Razaks conditional pardon have been officially declassified.In a statement today, Umno information chief Datuk Seri Azalina Othman Said said the party took note of former Damansara MP Tony Puas claim that the minutes had been declassified after he shared several pages allegedly from the document on social media.Following the sharing of the document with the public, Umno urges the responsible party to provide an official explanation, the statement said.Azalina said Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail told the Dewan Rakyat on Nov 12 that he was prepared to bring a proposal to declassify the minutes to the Cabinet.After the Cabinet meeting on Nov 13, a government spokesman said the proposal had not been raised directly at the meeting and that the process was being arranged with legal requirements in mind.For documents with official secret status, the decision to reclassify them must be made by the authority under Section 2C of the Official Secrets Act 1972 (Act 88), according to the applicable procedures, she said.Umno called on the responsible party to explain three matters |
|
Umno denounces leak of Najib pardon minutes as provocation, singles out Tony Pua - Malaymail - 18/11 4:54 pm KUALA LUMPUR, Nov 18 Umno has condemned the circulation of purported Federal Territories Pardons Board minutes concern... |
|
UMNO mahu status penyahklasifikasian minit pengampunan Najib diperjelas - Sinarharian - 18/11 4:38 pm PUTRAJAYA - UMNO menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi berhubung status penyahklasifikasian minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, terdapat tiga perkara utama yang perlu diperjelaskan pihak bertanggungjawab susulan perkongsian dokumen berkenaan kepada umum."Adakah minit berkenaan telah dikelaskan semula secara rasmi? Jika ya, bilakah keputusan itu dibuat dan siapakah yang membuatnya?" katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, UMNO turut mahu penjelasan mengenai asas kuasa yang digunakan, tatacara yang dipatuhi serta tujuan pengelasan semula dokumen berkenaan.Selain itu, parti berkenaan mahu pihak bertanggungjawab mengesahkan sama ada salinan yang beredar sepadan dengan rekod rasmi dan sama ada penyahklasifikasian itu meliputi keseluruhan minit, termasuk lampiran berkaitan atau hanya bahagian tertentu."Skop dokumen. Adakah salinan yang beredar sepadan dengan rekod rasmi? Adakah pengelasan semula itu meliputi keseluruhan minit, termasuk lampiran berkaitan atau hanya bahagian tertentu?' soalnya.Ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Reformasi Institusi) itu, bagi dokumen yang berstatus rahsia rasmi, keputusan untuk mengelaskannya semula hendaklah dibuat oleh pihak berkuasa di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 mengikut tatacara yang terpakai."Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 12 November lalu menyatakan kesediaan membawa cadangan penyahklasifikasian itu kepada Jemaah Menteri.Bagaimanapun, selepas mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 November, Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan cadangan berkenaan belum dibangkitkan secara langsung dalam mesyuarat tersebut dan prosesnya sedang diatur dengan mengambil kira keperluan undang-undang.Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua memuatnaik petikan dokumen itu di Facebook dan menyifatkannya sebagai minit yang telah dinyahklasifikasikan |
|
Umno tuntut penjelasan status minit pengampunan Najib - FMT - 18/11 4:23 pm Azalina Othman Said mahu pihak berkuasa menjelaskan sama ada minit dikongsi Tony Pua sudah dinyahklasifikasi secara rasmi dan siapa yang meluluskan tindakan itu. |
|
Peguam Negara, Hannah Yeoh bantah tahanan rumah Najib - Minit Lembaga Pengampunan - Sinarharian - 18/11 2:35 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang dinyahklasifikasikan.Beberapa muka surat kandungan minit mesyuarat itu dikongsi oleh bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menerusi akaun Facebooknya, yang antara lain merekodkan pendirian Peguam Negara berhubung perkara tersebut.Menurut minit berkenaan, Mohd Dusuki berpendapat bahawa bekas Perdana Menteri itu perlu menjalani hukuman banduan sehingga 2028 sebagaimana pandangan sebelum ini.Hukuman tahanan rumah tidak terdapat dalam undang-undang dan merupakan suatu perkara yang asing dan bukan dalam sistem negara kita sebagaimana keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke, sebelum ini.Beliau menyatakan bahawa keputusan itu akan memberi kesan kepada kerajaan khususnya kestabilan politik, ekonomi, pelaburan dan imej negara di peringkat antarabangsa.Menurut minit mesyuarat itu, Hannah menyatakan bahawa pandangan beliau sama seperti pandangan Mohd Dusuki dan juga dalam mesyuarat sebelum ini.Mohd Dusuki dan Hannah juga tidak memberi apa-apa komen terhadap draf Perintah Pengampunan Bersyarat dan syarat-syarat yang dicadangkan memandangkan mereka tidak bersetuju dengan pengampunan bersyarat itu.Namun, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bersetuju dengan syarat-syarat tanpa sebarang komen.Pada 6 November lepas, Najib, 73, selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi.Pembayaran itu merupakan antara syarat pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 18 September, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.Pada 29 Januari 2024, Lembaga Pengampunan menerusi mesyuarat ke-61 memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun serta denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan serta hukuman itu pada Disember 2021 dan keputusan tersebut turut dikekalkan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir Najib pada 23 Ogos 2022.Pada hari yang sama, Najib mula menjalani hukuman di Penjara Kajang.Pada 10 November lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di sini, yang berkuat kuasa serta-merta.Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membatalkan perintah pelepasan atas pembayaran denda RM50 juta dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi pada 6 November terhadap Najib |
|
AG, Hannah objected to Najib's house arrest - Pardons Board minutes - Sinardaily - 18/11 2:24 pm KUALA LUMPUR - Attorney-General Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar and Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories) Hannah Yeoh objected to the implementation of house arrest for Datuk Seri Najib Razak, according to the declassified minutes of the Federal Territories Pardons Board meeting.Several pages of the meeting minutes were shared by former DAP MP Tony Pua on his Facebook account, which, among other things, recorded the Attorney-General's position on the matter.According to the minutes, Dusuki was of the view that Najib should remain in prison until 2028, in line with the previous position.The minutes stated that house arrest was not provided for under the law and was foreign to, and not part of, the country's legal system, as previously ruled by High Court judge Alice Loke.He said the decision would have an impact on the government, particularly on political stability, the economy, investment and the country's image internationally.According to the meeting minutes, Hannah said her view was the same as Dusuki's and was also consistent with her position at the previous meeting.Mohd Dusuki and Hannah also did not make any comments on the draft Conditional Pardon Order and the proposed conditions, as they did not agree with the conditional pardon.However, former Federal Court judge Tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal and former Inspector-General of Police Tan Sri Razarudin Husain agreed to the conditions without any comments.On Nov 6, Najib, 73, settled the RM50 million fine imposed on him in the SRC International Sdn Bhd funds misappropriation case at the High Court Criminal Registry.The payment was one of the conditions of the conditional pardon granted by His Majesty Sultan Ibrahim |
|
Pantun kencing malukan diri sendiri, MP PH tegur Ahmad Maslan berpantun .. - Wrlr - 17/11 3:34 am Kejadian bermula ketika Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menjawab celahan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung isu penghapusan tol serta janji politik yang didakwanya masih belum ditunaikan. Ahmad kemudian menyebut bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang pernah membuat pengiraan mengenai kos penghapusan tol sebelum menyampaikan pantun berikut: Jika tuan pergi memancing, Jangan lupa membawa umpan, Jika tak mahu kena kencing, Sokong Barisan dan Perikatan |
|
Dewan Rakyat kecoh pantun 'kencing' Ahmad Maslan - Sinarharian - 16/11 5:26 pm KUALA LUMPUR Persidangan Dewan Rakyat petang ini kecoh apabila Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menyelitkan pantun berunsur sindiran ketika menjawab celahan Datuk Ngeh Koo Ham (PH - Beruas) berhubung isu penghapusan tol.Ahmad (BN - Pontian) ketika menjawab perkara itu berkata, terdapat beberapa janji politik yang masih belum ditunaikan, termasuk berkaitan perkara itu.Beliau kemudian mengaitkan perkara itu dengan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang sebelum ini membuat pengiraan berkaitan kos penghapusan tol."Saya dengar masa itu terutama Tony Pua membuat perkiraan, berdiri di tol MEX dan sebagainya |
|
Armand Azha perlu jelaskan sumber dana RM50 juta bayar denda Najib - AMK - Sinarharian - 15/11 6:30 pm KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mahu Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, menjelaskan secara terperinci sumber dana RM50 juta yang diperoleh UMNO bagi membayar denda dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak.Ketua AMK Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, Armand Azha perlu berani memberikan penjelasan berhubung sumber dana berkenaan meskipun perkara itu mungkin menimbulkan persoalan lanjut terhadap pihak terbabit."Kami mendapat maklumat bahawa banyak pihak yang menderma untuk dana berkenaan kini berada dalam kerisauan dan kegelisahan sekiranya Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan audit."Justeru, kami turut mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa Armand Azha, termasuk konco-konconya dalam UMNO, akan turut merasa lebih kepanasan untuk menceritakan sumber mana yang mereka gunakan bagi membayar denda RM50 juta itu," dakwanya dalam kenyataan hari ini.Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menggesa BNM dan SPRM menjalankan audit terhadap dana RM50 juta yang diperoleh UMNO bagi membayar denda dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.Dalam pada itu, Muhammad Iman berkata, Armand Azha sepatutnya melihat dan menilai diri sendiri terlebih dahulu sebelum melemparkan kata-kata negatif terhadap pemimpin negara.Beliau turut menggesa Armand Azha menghentikan penggunaan kata-kata berbaur cacian dan makian terhadap pemimpin negara.Pada 10 November lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu bersedia membuka semua maklumat terperinci berhubung kutipan sumbangan RM50 juta yang digunakan bagi membayar denda Najib.Tegasnya, kutipan berkenaan dibuat menerusi kaedah pendanaan awam (crowdfunding) dan melibatkan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk ahli dan bukan ahli UMNO, selain cawangan, bahagian serta perhubungan UMNO negeri.Pembayaran itu antara syarat pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 18 September lalu yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 |
|
Hormati keputusan tahanan rumah Najib, jangan cetus polemik ??? Wan Rosdy - Mygazette - 13/11 7:03 am "Justeru, keputusan yang dibuat melalui saluran perlembagaan dan mendapat perkenan diraja sewajarnya dihormati oleh semua pihak, katanya menerusi kenyataan hari ini. Dalam pada itu, Wan Rosdy turut membidas hantaran bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua di media sosial yang didakwa memperlekehkan keputusan Lembaga Pengampunan serta menyentuh kedudukan Yang di-Pertuan Agong |
|
Onn Hafiz ajar jangan derhaka tapi UMNO tak hormat institusi raja... - Mygazette - 13/11 7:03 am Tegas Menteri Besar Johor itu menegaskan kebiadaban dan penderhakaan kepada raja tidak boleh dinormalisasikan. Terdahulu, media melaporkan, Tony Pua didakwa mempersenda institusi Yang di-Pertuan Agong berhubung pengampunan bersyarat Najib |
|
Ada penderhakaan secara halus terhadap titah Agong ??? Hafiz - Mygazette - 13/11 7:03 am Jadi pengampunan dan tahanan rumah ini hak semua orang? Atau ikut siapa yang dapat? soalnya. Hafiz turut menyelar tindakan susulan selepas proses pengampunan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong oleh beberapa kenyataan pemimpin PH termasuk bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang meminta orang ramai merujuk kepada istana berhubung persoalan titah berkenaan |
|
Pemimpin PH jangan jadikan raja Melayu alat percaturan politik – .. - Mygazette - 13/11 7:03 am Institusi diraja mesti dihormati, titah raja mesti dijunjung dan kepentingan negara hendaklah sentiasa mengatasi kepentingan politik kepartian," katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu, media melaporkan, Tony Pua didakwa mempersenda institusi Yang di-Pertuan Agong berhubung pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Razak yang menjalani tahanan di rumah |
|
Tahanan rumah Najib: Majlis Peguam digesa tidak teruskan semakan kehakiman Wan Rosdy - Sinarharian - 12/11 8:36 pm KUANTAN Majlis Peguam digesa supaya tidak meneruskan tindakan semakan kehakiman berhubung keputusan Lembaga Pengampunan berkaitan pelaksanaan tahanan di rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah tersebut boleh mencetuskan polemik dan menjejaskan penghormatan terhadap institusi diraja.Menurutnya, permohonan pengampunan Najib telah melalui proses serta pertimbangan pihak berautoriti, termasuk Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong dan mendapat perkenan diraja, justeru sewajarnya dihormati semua pihak."Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur apabila Najib diberikan peluang menjalani baki tempoh hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi kaedah tahanan di rumah, selaras dengan keputusan pengampunan diraja."Kita perlu memahami bahawa permohonan pengampunan merupakan hak yang diperuntukkan kepada setiap individu yang sedang menjalani hukuman."Dalam pada itu, saya kesal dengan tindakan Majlis Peguam yang memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar prosiding dan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan pelaksanaan tahanan di rumah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.Beliau turut membidas hantaran bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua di media sosial yang dilihat memperlekehkan keputusan Lembaga Pengampunan dan menyentuh kedudukan Yang di-Pertuan Agong."Saya menggesa pihak berkuasa menyiasat hantaran tersebut secara menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang."Perlu ditegaskan bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mempunyai kedudukan serta peranan yang jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan," tegas beliau.Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata, kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk memperlekehkan institusi diraja atau memainkan sentimen berkaitan institusi diraja, kaum dan agama (3R) sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara."Hormatilah prerogatif diraja, peliharalah kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu dan pertahankan keluhuran perlembagaan," katanya |
|
Kalkulator pahala RM50 juta - Denyutreformasi - 12/11 1:55 pm Pihak penentang pula tidak mahu ketinggalan. Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, menggesa Bank Negara Malaysia dan SPRM mengaudit dana tersebut bagi memastikan wang yang dikutip adalah sah dan bukan hasil pengubahan wang haram |
|
Tony Pua biadab, Anwar perlu ambil tindakan - UMNO Kelantan - Sinarharian - 12/11 1:51 pm KOTA BHARU - UMNO Kelantan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan serius terhadap bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua.Ia susulan kenyataannya di Facebook yang didakwa mempersendakan dan mempersoalkan perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung pengurniaan lega hukum bagi tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib Razak.Timbalan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor berkata, ia bukan sahaja bersifat sindiran melampau, malah didakwa mempunyai unsur hasutan yang boleh mendorong rakyat membenci serta mempertikaikan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong."Tindakan berkenaan menimbulkan persoalan mengenai pendirian DAP dan PH apabila tiada teguran dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti terhadap kenyataan tersebut."Perilaku Tony Pua ini direstui oleh DAP dan PH kerana tidak ada langsung teguran daripada pimpinan atasan parti mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurut Noor Hariri, pendirian itu berbeza dengan UMNO yang sentiasa menjunjung tinggi hak dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara seperti termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.Sehubungan itu, beliau meminta Anwar mengambil serius perkara berkenaan kerana ia membabitkan penghormatan terhadap institusi raja negara. |
|
Isu pengampunan Najib: 'Tanya Anwar, bukan Istana' Onn Hafiz - Sinarharian - 12/11 10:26 am JOHOR BAHRU Sebarang persoalan atau kekeliruan berhubung pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat perlu dirujuk kepada kerajaan dan pihak bertanggungjawab, bukannya menjadikan Istana sebagai sasaran pertikaian politik.Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sekiranya terdapat kekeliruan pimpinan DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Majlis Peguam sepatutnya penjelasan perlu diperoleh daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, perkara itu kerana Anwar sendiri pernah menyatakan dalam sesi Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024 bahawa beliau yang membawa kes pengampunan berkenaan untuk dimasukkan dalam agenda."Pemimpin utama mereka sendiri yang bawa ke Lembaga Pengampunan."Inilah perangai sebenar mereka dan ini bukan kali pertama Tony Pua dan konco-konco DAP-nya mencetuskan hasutan serta kontroversi membabitkan institusi diraja."Sebelum ini pun beliau pernah disiasat polis susulan kenyataannya berhubung titah Sultan Selangor |
|
Tony Pua didakwa persenda institusi Agong, UMNO gesa tindakan tegas - Sinarharian - 12/11 12:28 am SHAH ALAM - UMNO menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan hantaran di Facebook yang didakwa mempersendakan institusi Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, selain mempersenda, Tony jelas turut mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam Lembaga Pengampunan.Menurut beliau, kenyataan berkenaan turut mengundang komen pengguna media sosial yang didakwa menghina seorang Raja Berdaulat."UMNO ingin bertanya apakah pihak berkuasa Kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Peguam Negara boleh membiarkan perkara seumpama ini."Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas akan memberikan isyarat yang salah bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri takut untuk bertindak terhadap DAP," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Rabu.Asyraf Wajdi turut mendakwa tindakan Tony itu bukan kali pertama kerana sebelum ini beliau pernah mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung penghayatan terhadap Rukun Negara."Kebiadapan melampau ini tidak boleh dimaafkan tetapi mesti dikenakan tindakan tegas," tegasnya lagi.Beliau turut memberi nasihat bahawa kegagalan pihak berkuasa bertindak dikhuatiri boleh mencetuskan kemarahan masyarakat Melayu sehingga membawa kepada keadaan yang tidak dapat dijangkakan. |
|
Effective date of Loke Siew Fook???s resignation depends on .. - Sinchew - 10/11 7:58 am As the spearhead of opposition against Najibs house arrest, the DAP has raised various queries. Former Damansara MP Tony Pua fired the first shot, urging authorities to audit the donations raised to pay Najibs fine |
|
Audit Segera Dari Mana Datangnya Wang Bayar Denda Najib Tony Pua - Wrlr - 7/11 1:14 am 2 hours ago Tony Pua antara pemimpin yang berjaya membongkar skandal SRC dan 1MDB hingga menyebabkan Najib Razak meringkuk dalam Penjara Kajang sejak 2025 |
|
Tony Pua gesa BNM, SPRM audit kutipan untuk bayar denda Najib - Sinarharian - 6/11 5:00 pm SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya mengaudit sumbangan yang dikutip bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta.Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berkata, langkah itu penting untuk memastikan dana yang dikumpulkan itu diperoleh secara sah dan bukan hasil pengubahan wang haram."UMNO mendakwa berjaya mengumpul RM50 juta bagi membawa pulang individu paling korup di Malaysia, Najib Razak supaya dapat menjalani tahanan di rumah."Daripada menggunakan sejumlah wang yang begitu besar untuk membantu rakyat biasa di Malaysia, mereka sebaliknya memilih membebaskan individu yang paling banyak terlibat dalam rasuah di negara ini."Terserlah dengan begitu jelas sikap sebenar UMNO," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiSinar Harian melaporkan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan pihaknya sudah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi, sebagai syarat untuk Najib menjalani tahanan di rumah.Menurut beliau, jumlah kutipan dana melalui Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September lalu untuk membantu bekas Presiden UMNO itu sudah pun mencapai sasaran dan mencukupi.Jelasnya lagi, UMNO secara rasmi turut menutup akaun khas tabung khas berkenaan yang diwujudkan untuk penerimaan dana sumbangan orang ramai dan tiada lagi keperluan untuk pendanaan awam bagi tujuan berkenaan. |
|
Tony Pua calls for audit of Umno's RM50 million Najib fund - NST - 6/11 4:24 pm KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) have been urged to audit Umnos RM50 million donation fund for former prime minister Datuk Seri Najib Razak. |
|
Siapa sumbang RM50 juta untuk Najib? Tony Pua mahu BNM, SPRM jejak aliran wang - Harapandaily - 6/11 3:36 pm Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyemak aliran wang sumbangan yang didakwa dikumpulkan Umno bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani tahanan rumah |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |