///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Teresa Kok News   Page 1    





Teresa Kok perlu fokus banjir di Seputeh, bukan festival muzik di... - Mygazette - 12/05 7:40 am

# Teresa Kok perlu fokus banjir di Seputeh, bukan festival muzik di Bukit Bintang SHAH ALAM Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok diingatkan tidak perlu sibuk untuk menjaga kawasan Bukit Bintang sedangkan pengundinya sendiri bergelut dengan masalah banjir yang melanda kawasannya, baru-baru ini





Pemuda Pas Selangor tegur Teresa Kok, fokus isu rakyat Seputeh - Sinarharian - 11/05 4:52 pm

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok diminta memberi tumpuan kepada isu banjir dan masalah longkang tersumbat di kawasannya berbanding terus mempertikaikan pendirian Pemuda Pas Selangor berhubung penganjuran festival hiburan di ibu negara.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, Teresa sepatutnya menggunakan kedudukannya dalam kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat di Seputeh yang didakwa berdepan isu saliran dan banjir kilat.Menurutnya, tindakan pemimpin DAP itu yang terus menyerang pendirian Pas mengenai isu hiburan seolah-olah cuba membentuk persepsi negatif terhadap parti berkenaan."Saya dimaklumkan ada masalah longkang tersumbat dan sebagainya di kawasannya (Teresa)."Tak perlu sibuk membentuk persepsi Pas tidak mahu hiburan atau pelancongan dalam negara ini," katanya sebagai mengulas kritikan Teresa terhadap sikap Pemuda Pas Selangor yang didakwa terlalu obses membantah festival muzik dan hiburan di ibu negara.Mengulas lanjut, Mohamed Sukri menegaskan, pihaknya tidak pernah menolak hiburan atau industri pelancongan, namun berpendapat setiap acara perlu menampilkan identiti dan budaya tempatan.Katanya, Malaysia sepatutnya mengetengahkan keunikan budaya pelbagai kaum sebagai daya tarikan utama pelancong asing."Kita mahu pembangunan dan pelancongan, tetapi biarlah berasaskan identiti negara ini."Alangkah indahnya kalau pelancong datang ke Malaysia untuk melihat budaya Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan yang menjadi kekuatan negara,"jelas beliau.Dalam pada itu, beliau turut mempertikaikan dakwaan memgenai penganjuran festival tertentu mampu menjana sehingga RM200 juta kepada ekonomi negara.Tegas beliau, data berkenaan perlu disokong fakta dan angka tepat daripada badan berautoriti."Kalau data kerajaan begitu lengkap dan pantas diperoleh, banyak isu lain dalam negara pun boleh diselesaikan dengan lebih mudah," ujar beliau.





Bekas pembantu didakwa perdaya Teresa Kok, terima suapan RM500,000 - Mygazette - 11/05 4:24 pm

# Bekas pembantu didakwa perdaya Teresa Kok, terima suapan RM500,000 KUALA LUMPUR - Bekas pembantu khas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu dan menerima suapan RM500,000 berkaitan pembekalan papan pintar interaktif, dua tahun lalu





Ex-aide to Teresa Kok claims trial to graft, cheating charges linked to school funding applications - Malaymail - 11/05 10:39 am

KUALA LUMPUR, May 11 A former aide to Seputeh MP Teresa Kok pleaded not guilty in the Sessions Court here...





Bekas pembantu Teresa Kok minta bicara kes tipu, terima suapan RM500,000 - FMT - 11/05 9:56 am

Edmund Teoh mengaku tidak bersalah kerana perdaya Ahli Parlimen Seputeh berhubung permohonan sumbangan sekolah dan menerima RM500,000 berkaitan kontrak bekal papan pintar.





Bekas pembantu khas didakwa tipu Teresa Kok, terima suapan RM500,000 - Sinarharian - 11/05 9:47 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas pembantu khas, Edmund Teoh Kheng Yaik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan menipu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berhubung sumbangan sekolah di bawah Projek Mesra Rakyat dan satu lagi menerima suapan RM500,000, dua tahun lalu.Edmund, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin."Faham, tidak bersalah," katanya yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju kemeja putih.Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memperdayakan Teresa untuk mempercayai bahawa hanya dua sekolah di parlimen berkenaan memohon sumbangan papan pintar interaktif sedangkan tertuduh tahu terdapat 16 sekolah lain memohon bantuan sama.Dia dengan sengaja mendorong Teresa untuk bersetuju supaya tertuduh membuat permohonan sumbangan tersebut melalui sistem My-Khas di bawah Projek Mesra Rakyat Parlimen Seputeh, sedangkan pemimpin DAP berusia 62 tahun itu tidak akan bersetuju sekiranya tidak diperdayakan.Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh, di Jalan Kuchai Lama, di sini pada Jun 2024.Bagi kesalahan menipu, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman, penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, dia yang merupakan Pembantu Pejabat Ahli Parlimen Seputeh, didakwa menerima suapan wang tunai RM500,000 daripada seorang lelaki berusia 37 tahun.Ia sebagai upah, membantu mendapatkan sumbangan bagi pembekalan papan pintar interaktif dan peralatan berkaitan kepada 16 sekolah di parlimen itu, oleh syarikat TMT IT Solutions milik isteri lelaki berkenaan.Kesalahan didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah stesen minyak di Kuchai Lama di sini pada 12 Ogos 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Julaila Jamaluddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM150,000 dengan seorang penjamin."Ia termasuk syarat tambahan, tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di pejabat SPRM dan tidak mengganggu saksi," katanya.Bagaimanapun, peguam, MN Lo yang mewakili lelaki itu merayu anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar minimum kerana anak guamnya telah memberi kerjasama yang baik ketika siasatan.Beliau berkata, sebelum ini dia telah melaporkan diri sebanyak lapan kali di pejabat SPRM sekali gus menunjukkan anak guam tidak berisiko untuk melarikan diri."Dia kerja dengan salah sebuah syarikat p-hailing dengan pendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 sebulan."Anak guam hanya mampu membayar ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan bantuan rakan yang bertindak sebagai penjamin," katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Suzana membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 3 Julai.Pada Mac tahun lalu, SPRM menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung perolehan papan pintar berkenaan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan jam 9.30 malam pada 5 Mac tahun lalu ketika hadir memberi keterangan.Menurutnya, ia berhubung kes membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta.





Ex-aide to Teresa Kok claims trial to cheating, graft charges - FMT - 11/05 9:47 am

Edmund Teoh pleads not guilty to deceiving the Seputeh MP over school contribution applications and receiving RM500,000 linked to smart board supply contracts.





Rasuah: Bekas pembantu khas Teresa Kok tiba di mahkamah - Sinarharian - 11/05 8:53 am

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu khas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur jam 7.30 pagi pada Isnin bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes rasuah berkaitan Projek Mesra Rakyat.Lelaki tersebut yang memakai kemeja putih ditemani oleh peguamnya.Berdasarkan sistem mahkamah, pertuduhan terhadapnya akan dibacakan di hadapan Hakim, Suzana Hussin pada jam 9 pagi.Pada Mac tahun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lelaki itu bagi membantu siasatan berhubung perolehan papan pintar oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan pada 14 November 2024.Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan jam 9.30 malam pada 5 Mac tahun lalu ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.Menurutnya, mereka disyaki melakukan perbuatan berkenaan pada 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta.





Disyaki terima rasuah RM500,000 bekas pembantu khas Teresa Kok dijangka didakwa esok - Sinarharian - 10/05 2:57 pm

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu khas kepada Ahli Parlimen Seputeh dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin berhubung kes rasuah membabitkan projek mesra rakyat.Menurut sumber, lelaki terbabit dijadualkan didakwa kira-kira jam 8.30 pagi.Media sebelum ini melaporkan dua individu termasuk bekas pembantu khas berkenaan direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000.Wang itu dipercayai sebagai balasan membantu meluluskan dana projek mesra rakyat.Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam pada 5 Mac tahun lalu ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.Menurutnya, mereka disyaki melakukan perbuatan berkenaan pada 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta.Projek itu dipercayai membabitkan pembekalan interactive smart board kepada beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.





Bekas pembantu Teresa Kok akan dituduh rasuah esok - FMT - 10/05 2:02 pm

Individu itu dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.





Ex-aide to Teresa Kok to be charged tomorrow - FMT - 10/05 1:57 pm

The former officer to the Seputeh MP was investigated by MACC over a project in the constituency.





Teresa disaran bertanding di Langkawi pada PRU akan datang - Sinarharian - 8/05 3:50 pm

ALOR SETAR Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok disaran agar bertanding di Langkawi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya benar-benar mahu memajukan pulau peranginan itu.Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, tindakan Teresa yang terus-menerus mengkritik Langkawi dan pentadbiran Kedah menimbulkan persoalan mengenai motif sebenar pemimpin DAP berkenaan terhadap pulau tersebut."Saranan saya cuma satu, jika YB Teresa benar-benar berminat untuk memajukan Pulau Langkawi, mintalah Pakatan Harapan meletakkan YB sebagai calon di sana pada PRU akan datang."Kita tengok berapa ratus undi yang YB akan dapat," katanya pada Jumaat.Mohd Salleh berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Teresa yang mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor lebih berminat meluangkan masa dalam bidang seni berbanding mempromosikan destinasi pelancongan utama negara itu.Teresa mempersoalkan Muhammad Sanusi yang didakwa lebih berminat meluangkan masa berlakon filem The Keris daripada memberi fokus untuk memulihkan imej Langkawi yang semakin hambar di bawah pentadbirannya.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan itu mendakwa Teresa terus menyerang Langkawi walaupun sebelum ini gagal menangkis fakta serta data yang dibentangkan kerajaan negeri berhubung prestasi memberangsangkan sektor pelancongan pulau itu.Beliau turut mengaitkan perkara tersebut dengan cadangan Teresa di Dewan Rakyat tahun lalu supaya kerajaan Persekutuan mempertimbangkan Langkawi dijadikan wilayah Persekutuan, wilayah khas atau zon antarabangsa."Adakah serangan-serangan terbaharunya ini satu cara untuk dia menggilap semula cadangan itu?"Adakah juga ia satu bentuk sabotaj terhadap sektor pelancongan Langkawi supaya apabila agenda sabotaj itu berjaya dan Langkawi benar-benar suram, maka kerajaan Persekutuan mempunyai sebab untuk melaksanakan cadangannya? Saya tidak pasti," ujarnya.Bagaimanapun, beliau menegaskan Langkawi akan kekal menjadi sebahagian daripada Kedah dan tidak akan diserahkan kepada mana-mana pihak.Tambahnya, kerajaan negeri tidak akan mengorbankan nilai budaya dan agama semata-mata untuk mengejar jumlah pelancong."Kita tidak akan melacurkan nilai-nilai setempat termasuk menjadikan Langkawi sebagai hab hedonisme dan budaya tidak sihat lain."Majoriti penduduk Langkawi beragama Islam





Jangan nilai Langkawi secara simplistik – Exco Kedah - Mygazette - 6/05 7:28 am

# Jangan nilai Langkawi secara simplistik - Exco Kedah ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin menyifatkan dakwaan Langkawi ketinggalan dalam persaingan pelancongan ASEAN sebagai tidak berasas dan terlalu simplistik. Ia susulan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyifatkan pulau peranginan itu kini sedang tewas dalam persaingan pelancongan ASEAN akibat kegagalan tadbir urus Kerajaan Negeri Kedah





Bayangkan jika impak RM200j pesta air Rain Rave dibawa ke Langkawi? .. - Mygazette - 5/05 10:04 pm

# Bayangkan jika impak RM200j pesta air Rain Rave dibawa ke Langkawi? - Teresa KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyifatkan pulau Langkawi kini sedang tewas dalam persaingan pelancongan ASEAN akibat kegagalan tadbir urus Kerajaan Negeri Kedah





Langkawi terima 3.2 juta pelancong tetapi masih ketinggalan, kata Kok - FMT - 5/05 6:44 pm

Ahli Parlimen DAP Teresa Kok berkata, perbandingan dengan pesaing serantau dedah 'realiti pahit'.





Langkawi falling behind despite 3.2mil tourist arrivals, says Kok - FMT - 5/05 5:53 pm

DAP's Teresa Kok says a comparison with regional competitors reveals a harsher reality.





Malaysia tidak perlu hiburan melampau untuk pacu pelancongan - Sinarharian - 4/05 3:04 pm

KUALA TERENGGANU - Prestasi sektor pelancongan negara tidak seharusnya bergantung kepada penganjuran hiburan melampau semata-mata sebaliknya perlu berpaksikan kepada keunikan produk tempatan dan kekayaan budaya sedia ada.Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Pejabat Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, kenyataan sesetengah pihak yang mengaitkan penganjuran Rain Rave bagi mengelakkan sektor pelancongan menjadi 'lesu' adalah satu persepsi yang mengelirukan.Menurut beliau, kekuatan sebenar pelancongan Malaysia terletak pada kestabilan pendekatan yang diambil serta pemeliharaan identiti nasional tanpa perlu meniru budaya asing yang tidak berakar dalam konteks tempatan."Pengalaman semasa jelas menunjukkan Terengganu mencatatkan peningkatan ketara dengan kehadiran 2.45 juta pelancong bagi suku pertama tahun 2026, berbanding 2.03 juta pada tempoh sama tahun lalu."Lonjakan ini menjana pendapatan antara RM700 juta hingga RM900 juta, sekali gus membuktikan pelancongan berasaskan budaya dan alam semula jadi mampu berkembang tanpa bergantung kepada hiburan keterlaluan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai penganjuran festival Rain Rave di Bukit Bintang baru-baru ini serta kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menyentuh soal daya saing pelancongan negara.Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa festival luar seperti Songkran mempunyai latar belakang budaya yang jelas, manakala acara komersial seperti Rain Rave tidak mempunyai akar budaya tempatan yang kukuh.Jelasnya, sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, setiap bentuk hiburan mestilah disesuaikan dengan nilai, adab dan batasan yang dihormati oleh majoriti rakyat."Penganjuran acara seumpama itu menimbulkan sensitiviti kerana melibatkan unsur percampuran bebas dan hiburan berlebihan yang tidak selari dengan norma masyarakat."Ini bukan soal menolak hiburan secara keseluruhan, tetapi menuntut agar ia disesuaikan dengan nilai dan cara hidup kita," jelasnya.Dalam pada itu, beliau turut menjadikan Terengganu sebagai model seimbang di mana pembangunan pelancongan berjalan seiring dengan pemeliharaan nilai syariat."Kejayaan Terengganu menafikan tanggapan bahawa dasar berteraskan nilai akan melemahkan pelancongan





'Adakah acara RXZ menggambarkan budaya kita?' - DAPSY Melaka - Sinarharian - 4/05 12:20 am

MELAKA - "Adakah acara mega motor RXZ benar-benar mencerminkan budaya kita?"Demikian persoalan yang dibangkitkan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Melaka, Cassel Krishnan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.Ia susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu yang menyatakan Melaka wajar dilihat sebagai bukti kejayaan dalam memacu sektor pelancongan tanpa perlu bergantung kepada hiburan jalanan bagi menarik pelancong asing.Muhamad Akmal berkata, kejayaan Melaka menarik kira-kira 15 juta pelancong tahun lalu dengan hasil mencecah hampir berbilion ringgit membuktikan pendekatan berteraskan warisan dan budaya mampu memberikan pulangan ekonomi yang besar.Mengulas perkara itu, Cassel berkata, Muhamad Akmal tidak seharusnya bersikap berat sebelah atau mempergunakan budaya sebagai alat politik."Kalau beliau mahu membenarkan hanya budaya Malaysia dipromosikan di Melaka, saya ada satu soalan ringkas."Adakah acara mega motor RXZ sedang menggambarkan budaya kita?" katanya menerusi hantaran di Facebook.Beliau berkata, pihaknya menyokong usaha kerajaan negeri dalam memperkukuh dan mempromosikan budaya tempatan, namun menegaskan agar isu budaya tidak dipolitikkan."Beliau bukan Exco Budaya dan Pelancongan, tetapi saya tidak pasti sama ada beliau masih Exco atau sudah menjadi pelakon."Kalau beliau mahu mengikuti kelas budaya, saya mempunyai ramai kenalan yang boleh mengajarnya," katanya.Muhamad Akmal sebelum ini mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respons terhadap gesaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta beliau memberi cadangan yang membina dan menarik, bukannya hanya lantang menentang Festival Muzik Air Rain Rave yang telah berakhir pada Sabtu.Ia selepas Muhamad Akmal sebelum ini memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membatalkan pesta berlangsung di Bukit Bintang itu.Walaupun Melaka turut menganjurkan pesta air namun Muhamad Akmal menegaskan Melaka tidak menganjurkan acara berunsur aktiviti disko jalanan, sebaliknya kekal mempromosikan warisan tempatan sebagai tarikan utama.





Disko jalanan ala Bukit Bintang tiada di Melaka, tapi tetap jana... - Mygazette - 4/05 7:47 am

# Disko jalanan ala Bukit Bintang tiada di Melaka, tapi tetap jana berbilion ringgit - Akmal KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO `menyindir' Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bahawa Melaka tidak mempunyai `disko jalanan' ala Bukit Bintang, namun berupaya menjana hampir berbilion ringgit daripada sektor pelancongan





Melaka jayakan sektor pelancongan tanpa disko jalanan Dr Akmal - Sinarharian - 3/05 4:10 pm

SHAH ALAM - Melaka wajar dilihat sebagai bukti kejayaan dalam memacu sektor pelancongan tanpa perlu bergantung kepada hiburan jalanan bagi menarik pelancong asing.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kejayaan Melaka menarik kira-kira 15 juta pelancong tahun lalu dengan hasil mencecah hampir berbilion ringgit membuktikan pendekatan berteraskan warisan dan budaya mampu memberikan pulangan ekonomi yang besar."Di Melaka, kami buat pesta air tapi pesta air kami dimasukkan elemen tradisional yang mana mereka yang datang diperkenalkan pakaian tradisional, nyanyian dan persembahan budaya diberikan, bukan dengan persembahan disco jalanan yang kamu banggakan itu," katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.Beliau berkata demikian bagi menjawab gesaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kak yang meminta pihaknya memberi cadangan yang membina, menarik dan bukannya lantang menentang Festival Muzik Air Rain Rave yang telah berakhir pada Sabtu.Tegasnya, Melaka tidak menganjurkan acara berunsur aktiviti 'disko jalanan', sebaliknya kekal mempromosikan warisan tempatan sebagai tarikan utama.Muhamad Akmal berkata, usaha mempromosikan pelancongan negara seharusnya memberi fokus kepada keunikan budaya tempatan agar dapat diperkenalkan kepada pelancong luar."Kalau nak promosi pelancongan negara ini, bawa dan promosikan budaya yang kita ada supaya pelancong dapat hargai dan kita dapat perkenalkan budaya Malaysia di mata dunia."Bukan ambil budaya luar dan kita pula promosikan. Dan saya nak beritahu bahawa disko jalanan sambil tembak air itu bukan budaya Malaysia," katanya lagi.Pada masa sama, beliau turut mengajak Teresa untuk datang ke Melaka bagi melihat sendiri pendekatan yang dilaksanakan di negeri itu."Saya tidak perlu bentang cadangan, tapi saya akan bentangkan bukti pada Teresa Kok"Saya jemput untuk datang ke Melaka dan saya akan bentangkan bagaimana Melaka menjadi negeri utama pelancongan dalam Malaysia tanpa buat acara ala-ala disco jalanan macam di bukit bintang," ujarnya.





Wakil DAP mahu PAS dan Akmal kemuka idea untuk TMM2026 - FMT - 3/05 2:15 pm

Teresa Kok berkata tidak memadai untuk sekadar membantah konsert jalanan atau festival muzik tanpa mencadangkan usaha rancak sektor pelancongan.





DAP MP wants PAS, Akmal to pitch ideas for VM2026 - FMT - 3/05 1:48 pm

Teresa Kok says it is not enough to simply oppose street concerts or music festivals without proposing alternatives to help drive tourism.



Saranan berkait projek babi bukti Siew Ki wakil rakyat berwawasan, berjiwa .. - Mygazette - 25/04 7:42 am

# Saranan berkait projek babi bukti Siew Ki wakil rakyat berwawasan, berjiwa rakyat - Teresa KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyifatkan kecaman Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar terhadap cadangan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhubung pelaksanaan sistem penternakan babi secara tertutup dan moden di Selangor adalah sangat menghairankan



Siti Mastura kekal bayar RM825,000 kepada veteran DAP berkait isu komunis - Mygazette - 24/04 5:05 pm

Siti Mastura Muhammad kekal diperintah membayar ganti rugi dan kos berjumlah RM825,000 kepada veteran DAP kerana memfitnah dan mengaitkan mereka dengan komunis, tiga tahun lalu. Veteran dan pemimpin DAP itu ialah Tan Sri Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng serta Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim



Siti Mastura fails in appeal over defamation suit by three DAP leaders - Sinardaily - 24/04 2:46 pm

PUTRAJAYA - The Court of Appeal here today dismissed the appeal by Kepala Batas MP Dr Siti Mastura Muhammad against the Penang High Court's decision ordering her to pay damages, including costs, totalling RM825,000 for defaming three DAP leaders by linking them to Communist Party of Malaya leader, Chin Peng.A three-member bench led by Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, sitting with Datin Paduka Evrol Mariette Peters and Datuk Seri Latifah Mohd Tahar, dismissed the appeal by Siti Mastura after finding that it was without merit.Delivering the unanimous decision, Justice Ahmad Kamal said the appellate court affirmed the entirety of the High Courts judgment delivered on Dec 4, 2024, including the award of global damages and costs totalling RM825,000.However, on Jan 23, 2025, Siti Mastura has settled the payment of RM830,034.75 in damages and legal costs (including interest) to DAP veteran Tan Sri Lim Kit Siang, DAP advisor Lim Guan Eng and Seputeh MP Teresa Kok Suh Sim.Justice Ahmad Kamal, who delivered todays decision via Zoom, also said the court found no merit in the plaintiffs cross-appeal (DAP leaders)."The High Court's judgment on liability and its assessment of damages was correct, well-reasoned, and based on a proper evaluation of the facts and the law



Teresa Kok dakwa PAS Selangor bercanggah berkait isu penternakan babi - FMT - 24/04 1:28 pm

Ahli Parlimen Seputeh berkata PAS Selangor tidak mempunyai dasar konsisten dalam menangani isu berkenaan.



Fitnah kait komunis: Siti Mastura gagal ketepi keputusan, bayar RM825,000 - Sinarharian - 24/04 10:48 am

PUTRAJAYA [KEMAS KINI] Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat.Beliau gagal untuk mengetepikan keputusan yang memerintahkannya membayar ganti rugi beserta kos bernilai RM825,000 kerana memfitnah veteran dan pemimpin DAP yang mengaitkan mereka dengan Parti Komunis serta ketuanya, Chin Peng.Pemimpin parti itu ialah Penasihat DAP, Lim Guan Eng; bapanya, veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim (selaku plaintif-plaintif semasa kes Mahkamah Tinggi).Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Mastura untuk mengetepikan semua keputusan Mahkamah Tinggi dan mengekalkan jumlah ganti rugi yang diputuskan pada 4 Disember 2024.Semasa membaca keputusan sebulat suara, menerusi aplikasi dalam talian, Zoom, Ahmad Kamal berkata, kenyataan yang dibuat Siti Mastura (defendan semasa kes Mahkamah Tinggi) merujuk kepada plaintif dan telah disiarkan kepada pihak ketiga."Kami bersetuju dapatan Mahkamah Tinggi mengenai maksud semula jadi dan biasa bagi kata-kata tersebut, bahawa ucapan defendan bukan sekadar kritikan politik."Sebaliknya, beliau membuat tuduhan yang mengaitkan plaintif dengan Chin Peng," katanya.Dalam konteks hidup dalam masyarakat Malaysia, beliau berkata, melabel seseorang atau memberi gambaran bahawa mempunyai kaitan dengan Parti Komunis yang diharamkan kerana merupakan musuh negara atau ancaman keselamatan negara adalah jelas bersifat memfitnah."Kenyataan sedemikian menyentuh secara langsung soal kesetiaan, integriti dan reputasi seseorang," katanya yang bersidang bersama Hakim, Datin Evrol Mariette Peters dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.Siti Mastura bergantung kepada pembelaannya selaku seorang ahli politik yang mempunyai tanggungjawab sosial dan moral untuk memaklumkan kepada partinya mengenai ideologi serta latar belakang pihak lawan ketika berkempen dalam pilihan raya.Beliau berkata, pembelaan itu tidak dapat dipertahankan kerana gagal memenuhi syarat penting, khususnya elemen kepercayaan jujur terhadap kebenaran penerbitan tersebut.Katanya, mahkamah turut mendapati Siti Mastura tidak mengambil langkah sewajarnya untuk mengesahkan ketepatan kenyataan berkenaan sebelum ia dibuat, termasuk kegagalan mendapatkan penjelasan daripada pihak plaintif."Kelalaian ini menunjukkan kekurangan tahap berhati-hati, sekali gus menafikan sebarang kepercayaan jujur terhadap kebenaran kenyataan itu serta menggugurkan pembelaan perlindungan bersyarat."Kami berpendapat defendan tidak boleh bergantung kepada perlindungan bersyarat sebagai pembelaan yang sah, berikutan kegagalan secara cuai untuk mengesahkan kebenaran kenyataan tersebut," katanya.Beliau berkata, mahkamah berpendapat, Hakim Mahkamah Tinggi telah menilai dengan tepat dan memberi komen yang adil.Dalam pada itu, panel turut menolak rayuan silang ketiga-tiga pemimpin dan veteran parti berkenaan untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diputuskan Hakim, Datuk Quay Chew Soon pada 4 Disember 2024.Saman tersebut difailkan secara berasingan oleh Guan Eng, bapanya, Kit Siang dan Teresa selaku plaintif terhadap pemimpin Pas tersebut, pada 27 November 2024.Pada 4 Disember 2024, Chew Soon membenarkan saman ketiga-tiganya selepas berpuas hati, kenyataan Siti Mastura yang mengaitkan mereka mempunyai pertalian dengan komunis, sebagai fitnah dan tidak disokong dengan bukti.Hakim berkenaan mendapati, wakil rakyat itu bertindak dengan niat jahat manakala pembelaannya berdasarkan komen yang adil dan perlindungan bersyarat, tidak diterima.Justeru, mahkamah mengarahkan Siti Mastura membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 kepada Kit Siang, Guan Eng (RM250,000) dan Teresa (RM200,000), selain menetapkan RM25,000 dibayar kepada setiap plaintif sebagai kos.Bagaimanapun, pada 23 Januari 2025, Siti Mastura membayar sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman (termasuk faedah) kepada ketiga-tiga pemimpin itu, sehari sebelumnya.Sebelum ini, tiga pemimpin DAP memfailkan saman terhadap Siti Mastura berhubung ucapannya dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil Kemaman.Menerusi penyataan tuntutan, ketiga-tiga plaintif mendakwa Siti Mastura telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan Parti Komunis dan ketuanya Chin Peng serta mendiang Lee Kuan Yew.Mereka mendakwa ketika ceramah pada 4 November 2023, defendan telah membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif iaitu mereka mempunyai hubungan dengan parti komunis, menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara.Bagaimanapun, dalam pembelaannya yang difailkan pada Januari lalu, Siti Mastura telah mempertahankan kenyataannya itu bahawa ia dibuat berdasarkan kebenaran dan fakta.Siti Mastura berkata, dakwaannya itu dibuat berdasarkan buku panduan 'BN Comms' yang membuat penyelidikan mendalam, diterbitkan Barisan Nasional untuk pemimpin partinya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15




Reformasi     >>



SNAPSHOT Maintain ban on river sand exports - Nik .. - Mkini
What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm.
Kroni     >>



Business : RHB Gets BNM Approval To Start Tokio Marine .. - Bernama
KUALA LUMPUR, May 11 (Bernama) --RHB Bank Bhd said its unit, RHB Investment Bank Bhd, has received no objection from Bank Negara Malaysia to begin talks with Tokio Marine Asia Pte Ltd on the proposed disposal of up to a 100 per cent stake in RHB Insurance Bhd.
Tabloid     >>



Ustazah Asma’ Harun Kesal Ramai Artis Veteran, .. - Beautifulnara
Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun tampil menegur fenomena dunia hiburan yang menurutnya semakin mendapat perhatian ramai, termasuk dalam kalangan generasi muda. Menerusi hantaran di Threads, Asma menyentuh mengenai kemunculan semula artis veteran yang kembali aktif di pentas hiburan, selain ..
Tech     >>



RCS end-to-end encryption between iPhones and Android .. - Gsmarena
After many years of anticipation, Apple finally added support for RCS in iOS 18 in late 2024, and it's been there ever since. There has been a rather significant caveat - these RCS messages you can send between an iPhone and an Android phone are not end-to-end encrypted. That changes today, ..
World     >>



Ceasefire on 'life support', Trump says, as he rejects .. - Middleeasteye
Ceasefire on 'life support', Trump says, as he rejects 'stupid' Iranian peace offer US President Donald Trump pushed back against what he called a "stupid" and "garbage" peace proposal from Iran on Monday, and told reporters at the White House that the ceasefire in place since early last ..
Motor Trend     >>



Lotus reveals Focus 2030 strategy ICE, EV and PHEV .. - Paultan
Lotus today announced Focus 2030, its revised business strategy that will see it scale back on its electric vehicle (EV) plans in favour of a multi-powertrain approach. The debut of the Eletre X Hybrid, a […] The post Lotus reveals Focus 2030 strategy ICE, EV and PHEV line-up; new Type ..