| /// |
|
| Search : Tampin News | Page 1 |
|
Anak Tampin cipta nama global, CEO Batik Air mengadap Tunku Besar... - Mgazette - 18/04 3:49 pm # Anak Tampin cipta nama global, CEO Batik Air mengadap Tunku Besar Tampin KUALA LUMPUR Anak kelahiran Tampin yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Datuk Chandran Rama Muthy mengadap Tunku Besar Tampin, Kol.(K) Tunku Syed Razman ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri dalam suasana penuh mesra di sini hari ini |
|
CEO Batik Air menghadap Tunku Besar Tampin, jadi inspirasi anak tempatan - FMT - 17/04 6:58 pm Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri bangga kejayaan Chandran Rama Muthy menempah kejayaan hingga ke peringkat antarabangsa. |
|
Anak Tampin di pentas global: CEO Batik Air menghadap Tunku Besar Tampin - Sinarharian - 17/04 6:13 pm TAMPIN - Anak kelahiran Tampin yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Datuk Chandran Rama Muthy menghadap Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin, Kol.(K) Tunku Syed Razman ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri, dalam suasana penuh mesra.Tunku Syed Razman berkata, kedatangan Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Batik Air Malaysia tersebut amat bermakna kerana ia membuktikan bahawa anak watan Tampin juga berupaya untuk menempa nama termasuk dalam sektor penerbangan.Tunku Syed Razman menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian tersebut serta menyeru lebih ramai anak Tampin yang berjaya dalam pelbagai bidang untuk tampil berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka."Diharapkan perkongsian pengalaman dan kejayaan mereka akan menjadi motivasi untuk lebih ramai anak-anak muda dan pelajar di Tampin berusaha lebih gigih demi menggapai cita-cita serta masa depan yang cemerlang," kata beliau di majlis mengadap di Balai Kediaman Rasmi YTM Tunku Besar Tampin pada Jumaat.Turut hadir mantan Pengurus Kanan Keselamatan Operasi Petronas di Iraq (di kawasan Garraf, Wilayah Thi Qar), Zaharudin Abd Hamid yang juga anak kelahiran Tampin dan isteri Datuk Ruhaidini Abd Kadir, yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) merangkap Pengerusi VFive Media Ads dan Pengerusi Violet Pacific Media Ads.Majlis turut disertai Pegawai Bahagian Penterjemahan dan Bimbingan di Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah, Sheikh Haji Muhammad Jamil Mujahed; Pengasas dan Pengarah Urusan Teraju Construction Sdn Bhd, Fakhrul Nazhi Hanaffi dan Pengasas dan Pengarah Urusan Emreka Group Sdn Bhd, Mohd Kasarudin Suudi.Tunku Syed Razman turut menasihatkan anak-anak Tampin yang menerajui jabatan kerajaan serta agensi swasta untuk kembali menyumbang kepada pembangunan di Tampin agar ia turut mencapai kemajuan seperti bandar-bandar lain di dalam dan luar negara.Sementara itu Chandran, 46, berkata, beliau tidak akan melupakan pengalaman ketika membesar dan belajar di Tampin kerana ia membantu membentuk jati diri dan ketahanan untuk berhadapan dalam pelbagai cabaran."Pelbagai cabaran yang berlaku termasuk konflik di Timur Tengah menuntut kekuatan minda serta keupayaan untuk merencana semula perniagaan agar mampu bertahan," kata graduan Teknolgi Penguruan Universiti Teknologi Malaysia tersebut.Dalam suasana santai tersebut, Tunku Syed Razman turut membawa Chandran melawat kawasan Balai Kediaman Rasmi beliau yang banyak menyimpan pelbagai sejarah. |
|
'Tolong jangan ganggu kami, kami tak pinjam along' - Sinarharian - 17/04 11:25 am TAMPIN Enam sekeluarga kini hidup dalam ketakutan selepas kediaman mereka di Taman Indah di sini disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali.Kejadian pada Selasa lalu itu disedari oleh salah seorang ahli keluarga pada jam 3.30 pagi selepas terdengar bunyi bising di luar rumah.Mangsa, Haw Hui Ching, 42, berkata, dia yang terjaga daripada tidur kemudian menjenguk ke luar dan terkejut apabila mendapati rumah serta kereta Perodua Aruz yang diparkir di bahagian garaj disimbah cat merah."Saya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan nampak dua lelaki menaiki motosikal melakukan perbuatan tersebut."Saya tidak pasti mengapa rumah kami menjadi sasaran, tetapi saya ingin menegaskan bahawa saya, suami, ibu mentua dan ayah mentua tidak meminjam wang daripada along atau sesiapa," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Hui Ching yang merupakan suri rumah percaya kejadian itu berpunca daripada salah faham berkaitan hutang individu lain yang tiada kaitan dengan mereka yang tinggal di situ.Justeru, katanya, dia berharap pihak terbabit dapat tampil atau menghubungi suaminya, Foo Ying Hau di talian 012-2711007 untuk memberikan penjelasan."Jika ada salah faham, sila hubungi kami |
|
Pengguna kesal jadual komuter disusun semula - Utusan - 14/04 7:45 am TAMPIN: Penstrukturan semula jadual perkhidmatan tren KTM Komuter laluan Pulau SebangBatu CavesPulau Sebang yang akan dilaksanakan bermula 18 April ini dikesali pengguna |
|
'Masih berat untuk terima' - Bapa kongsi duka kehilangan Prebet Muhammad .. - Hmetro - 12/04 9:26 am Tampin: Pemergian anggota tentera Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi bukan sahaja meragut nyawa seorang anggota muda, malah meninggalkan luka mendalam kepada seluruh keluarganya |
|
Family mourns army private who died after assault, father says he has accepted it, but it is hard to bear - Malaymail - 12/04 9:21 am TAMPIN, April 12 The death of Private Muhammad Amirul Raziq Rosafindi has left his family in deep grief followin... |
|
"Masih Berat Untuk Terima", Bapa Kongsi Duka Kehilangan Prebet Muhammad Amirul - Siakapkeli - 12/04 8:54 am "Masih Berat Untuk Terima", Bapa Kongsi Duka Kehilangan Prebet Muhammad Amirul TAMPIN, 12 April (Bernama) -- Pemergian anggota tentera Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi bukan sahaja meragut nyawa |
|
Amirul mahu jadi komando seperti bapanya - Utusan - 12/04 12:57 am TAMPIN: Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi yang meninggal dunia pagi tadi memang bercita-cita mahu menjadi seorang komando seperti bapanya |
|
Hasrat Amirul Raziq jadi komando tak kesampaian – Rakan - Kosmo - 12/04 12:07 am TAMPIN – Anggota tentera, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24, pernah meluahkan rasa kesalnya tidak lulus ujian asas menjadi komando seperti mana bapanya, Rosafindi Tambi Chik, 49, kepada rakan-rakan semasa menuntut ilmu di Kolej Vokasional (KV) Port Dickson |
|
Penjawat awam lega bebas tuduhan amang seksual anak tiri - Sinarharian - 10/04 4:03 pm SEREMBAN - Seorang penjawat awam akhirnya boleh menarik nafas lega apabila dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat daripada pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuanya berusia 16 tahun, dua tahun lalu.Hakim, Datin Surita Budin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie bagi dua pertuduhan terhadap tertuduh berusia 46 tahun yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).Dalam penghakimannya di akhir kes pendakwaan, beliau memaklumkan keputusan berkenaan dibuat setelah meneliti keterangan semua saksi pendakwaan dan mempertimbangkan hujahan bertulis daripada pihak pendakwaan serta pembelaan."Di dalam kes ini, pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan mangsa dan tiada keterangan sokongan lain yang dikemukakan."Namun, dalam kes ini terdapat isu perceraian dan harta sepencarian selain perhubungan yang tidak baik antara kekeluargaan ini yang menyebabkan ibu mangsa memfailkan laporan polis tiga hari sebelum pertuduhan," katanya.Tambahnya, boleh disimpulkan bahawa wujudnya permusuhan dan pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap tertuduh khususnya berkaitan penarikan balik Mahkamah Syariah.Justeru katanya, mahkamah memutuskan adalah tidak selamat untuk memanggil tertuduh membela diri.Tertuduh diwakili peguam S Kartikeyan dan MGobinathan manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi.Mengikut dua pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan memeluk badan mangsa dan memaksanya mencium pipi tertuduh bagi maksud seksual.Perbuatan berkenaan dilakukan pada 16 Jun 2024 dan 9 Julai 2024 di sebuah rumah di daerah Tampin.Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.Sabit kesalahan di bawah Seksyen 14(a) boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat. |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan 11 negeri - Sinarharian - 9/04 8:43 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL), Labuan dan 11 negeri hingga jam 10 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 7.30 malam ini memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Perak.Amaran sama dikeluarkan bagi Kedah melibatkan (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).Keadaan itu turut diramal berlaku di Kelantan (Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).Di Sabah, amaran dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) serta Pantai Barat (Putatan).Sementara itu, di Sarawak, kawasan terjejas ialah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang |
|
Thunderstorms, heavy rain expected in KL, 11 states until 9pm - Sinardaily - 9/04 7:42 pm KUALA LUMPUR - The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorms, heavy rain and strong winds throughout the Federal Territory of Kuala Lumpur and 11 states until 9 pm today.MetMalaysia said in a statement that, in addition to the country's capital, inclement weather is expected to hit the whole of Penang and Perak.The affected areas in Kedah are Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim and Bandar Baharu, while the areas in Selangor are Hulu Selangor and Gombak.In the East Coast, the affected areas are Kuala Krai and Gua Musang in Kelantan; Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun and Kemaman in Terengganu; and Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan and Rompin in Pahang.The warning also covers Jempol and Tampin in Negeri Sembilan, as well as Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang and Kulai in Johor.In Sabah, the warning covers the Interior (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort and Tambunan) and the West Coast (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran and Kota Belud).In Sarawak, the areas expected to be affected are Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Song and Kapit), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan and Marudi) and Limbang |
|
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri - Sinarharian - 9/04 7:12 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 11 negeri sehingga 9 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan selain ibu negara, cuaca buruk dijangka melanda seluruh kawasan di Pulau Pinang dan Perak.Di Kedah, kawasan yang terjejas ialah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor dan Gombak.Keadaan itu turut diramal berlaku di beberapa kawasan di pantai timur melibatkan Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) serta Pahang di (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan, serta Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kulai di Johor.Sementara itu, di Sabah, kawasan yang terlibat merangkumi bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).Di Sarawak kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Song dan Kapit), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang |
|
Thunderstorms, heavy rain forecast in most states until 6pm - Sinardaily - 8/04 4:25 pm SHAH ALAM The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorms and heavy rain affecting several areas in Peninsular Malaysia, Sarawak and Sabah until 6pm on Wednesday.In a statement, MetMalaysia said the affected areas in the peninsula include Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Kulim and Bandar Baharu), and Perak (Larut, Matang and Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang and Muallim).The same warning was also issued for Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan and Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak and Hulu Langat), the Federal Territory of Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau and Tampin), Melaka, and Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang and Mersing).In Sarawak, the affected areas include Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei and Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu and Dalat), Miri (Subis and Marudi), as well as Limbang.In Sabah, the heavy rain warning covers the Interior areas (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau and Tambunan), while the West Coast involves Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran and Kota Belud. |
|
Ribut petir, hujan lebat diramal di kebanyakan negeri - Sinarharian - 8/04 4:02 pm SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga jam 6 petang pada Rabu.MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin, Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang dan Mersing).Di Sarawak, kawasan terlibat termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Miri (Subis dan Marudi) serta Limbang.Bagi Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan manakala Pantai Barat melibatkan Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud. |
|
Nak bawa nozel pam minyak ke mana tu? - Sinarharian - 8/04 10:56 am TAMPIN - Terlupa atau sengaja, apabila sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback dilihat meninggalkan stesen minyak dengan nozel pam yang masih tergantung pada kenderaannya.Menerusi video tular, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di daerah ini pada petang Selasa.Dalam video itu, kedengaran suara lelaki meminta nombor kenderaan terbabit direkodkan bagi membolehkan tindakan dapat diambil.Namun kereta tersebut tidak kelihatan cuba melarikan diri apabila bergerak perlahan, bukannya dalam keadaan tergesa-gesa.Satu lagi video menunjukkan kenderaan itu dipandu menghala ke arah Rembau.Menjengah di ruangan komen, ada berpendapat pemandu tersebut mungkin terlupa selain ada meninggalkan komen lucu dengan mengatakan ia berpunca daripada kenaikan harga diesel ketika ini.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superitenden Amiruddien Sariman berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada pemilik stesen minyak atau mana-mana individu."Saya difahamkan kejadian itu berlaku petang semalam |
|
Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri - Sinarharian - 7/04 12:36 am REMBAU Mahkamah Majistret di sini pada Selasa menetapkan 6 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan penuh bedah siasat dan toksikologi kes pembunuhan Suri Narudin.Tarikh berkenaan ditetapkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali selepas Timbalan Pendakwa Raya, Fidha Misjedi, memaklumkan laporan kedua-duanya masih belum diperoleh.Terdahulu, tertuduh, Zainizan Zainal, 52, yang memakai baju berwarna putih, tiba di perkarangan mahkamah berkenaan kira-kira jam 8.10 pagi dengan menaiki van polis sebelum diiring masuk ke lokap mahkamah.Zainizan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin pada 26 Disember lalu atas pertuduhan membunuh Suri Narudin, 53.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh wanita itu di belakang sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi di sini antara 7 Disember hingga 18 Disember lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, dilaporkan berkata mayat yang ditemukan di dalam beg yang ditanam di belakang rumah terbabit dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Disember lalu.Susulan itu, polis menahan dua lelaki berumur 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan sebelum mengesahkan identiti mayat wanita itu ialah Suri berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara. |
|
Enam anak YKM cemerlang SPM, sokongan berterusan jadi kunci kejayaan - Sinarharian - 6/04 11:12 am TAMPIN Seramai enam daripada 32 anak-anak Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatat keputusan cemerlang.Mereka ialah Aisyah Maharuddin (10A) dari Sekolah Menengah Agama Repah; Nur Aqilah Alya Mohamad (9A) dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar dan Nurhanani Ainan Khafizan (9A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib.Antara lain, Nurul Iffah Hafshah Irwan (8A) dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu; Nur Afiqah Najla Maharin (5A) dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong serta Anis Shazrina Anuar (5A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya.Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kejayaan itu bukan sekadar pencapaian akademik, sebaliknya mencerminkan kekuatan jiwa, ketabahan serta keazaman tinggi dalam menghadapi cabaran kehidupan.Menurutnya, ia membuktikan setiap anak Malaysia berpotensi melakar kejayaan membanggakan dengan sokongan berterusan serta peluang yang saksama."Kejayaan ini adalah bukti bahawa agenda pemerkasaan pendidikan dan kebajikan anak-anak Keluarga Malaysia berada pada landasan yang tepat."Setiap kejayaan anak-anak ini adalah simbol harapan negara |
|
Ribut petir, hujan lebat diramal di sembilan negeri - Sinarharian - 30/03 4:13 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan negeri setakat 5 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Kedah (Baling) dan Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim).Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Bentong), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Muar dan Tangkak).Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song dan Belaga).Kawasan yang terkesan di Sabah ialah Pedalaman (Beaufort dan Nabawan) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) |
|
Penyamun tiga tabung Masjid Kg. Londah diburu - Kosmo - 27/03 9:22 pm TAMPIN – Polis sedang memburu dua lelaki yang disyaki memecah tiga tabung Masjid Kampung Londah di Gemas, di sini, awal pagi tadi |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |