| /// |
|
| Search : Suspek News | Page 1 |
|
Rasa tidak puas hati dipercayai motif insiden tikam pelajar di sekolah - Mygazette - 9/07 2:55 pm Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar bagaimanapun berkata, siasatan awal tidak menemukan elemen yang menjurus kepada berlaku aktiviti buli. Hasil siasatan awal pada peringkat ini mendapati alasan yang diberikan suspek berkaitan rasa tidak puas hati atau perasaan yang dipendam terhadap beberapa individu yang didakwanya membuli suspek |
|
Polis tumpaskan sindiket bunga ganja bernilai lebih RM13 juta - Mygazette - 9/07 2:55 pm Pada hari sama, seorang wanita tempatan berusia 35 tahun turut ditahan selepas pemeriksaan sebuah bagasi menemukan 21.1 kg bunga ganja bernilai RM1.7 juta. "Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan metaphetamine |
|
Rahim Bai ditahan kes ugut - Sinarharian - 9/07 2:53 pm SUBANG JAYA Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun ditahan polis selepas dipercayai mengugut seorang individu ketika mangsa sedang membuat siaran langsung menerusi aplikasi TikTok di Kampung Sri Langkas Puchong pada Isnin.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pengadu bersama beberapa rakannya sedang menjalankan siaran langsung sebelum didatangi beberapa lelaki tempatan yang melarang mereka membuat rakaman di kawasan berkenaan."Salah seorang lelaki yang dikenali sebagai Rahim Bai dipercayai mengeluarkan ugutan terhadap pengadu dengan memberi amaran supaya rakaman tersebut tidak ditularkan."Suspek dipercayai mengugut pengadu dengan mengatakan sekiranya rakaman berkenaan menjadi tular, dia akan 'memecahkan muka' pengadu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Wan Azlan berkata, pengadu berasa takut akibat ugutan tersebut dan tampil membuat laporan polis."Bertindak hasil laporan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berjaya menahan seorang lelaki tempatan di Subang Jaya pada Rabu kira-kira jam 4.20 petang," katanya.Katanya, suspek kemudian dibawa ke mahkamah dan perintah tahanan reman selama tiga hari bermula Khamis hingga Sabtu diberikan bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan ugutan jenayah," ujarnya. |
|
Suspek kes tikam pelajar di Banting beri alasan tidak puas hati, dakwa dibuli - Mypress - 9/07 2:35 pm Shah Alam – Suspek yang menikam seorang pelajar perempuan di sekolah di Banting dekat sini pada Isnin lalu memberi alasan tidak berpuas hati dan memendam rasa selepas mendakwa dibuli |
|
Suami isteri ditahan, rampas bunga ganja RM13.34 juta - Kosmo - 9/07 2:32 pm SHAH ALAM – Sepasang suami isteri antara lima individu yang ditahan selepas terlibat dalam pengedaran dadah jenis bunga ganja dalam empat operasi berasingan, baru-baru ini. Kesemua suspek termasuk dua warga asing berusia 25 hingga 40 tahun ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebuah kondominium di Kota Warisan di Sepang pada 29 Jun hingga .. |
|
Polis akui masih ada kelompongan pembelian senjata tajam dalam talian - Sinarharian - 9/07 2:27 pm SHAH ALAM - Polis mengakui masih terdapat kelompongan dari segi penguatkuasaan terhadap pembelian senjata tajam secara dalam talian oleh golongan bawah umur, sekali gus membuka ruang kepada remaja mendapatkan barangan tersebut.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, walaupun beberapa platform e-dagang telah mengetatkan syarat pembelian senjata tajam dan kerajaan sedang memperkenalkan akta berkaitan akses media sosial bagi golongan bawah umur, pelaksanaan penguatkuasaan secara menyeluruh masih memerlukan masa."Pada pandangan saya, kita masih dalam proses memastikan mereka yang di bawah umur tidak mempunyai akses, selaras dengan hasrat kerajaan menerusi penggubalan akta baharu."Dalam tempoh peralihan ini, mungkin terdapat ruang yang membolehkan suspek memperoleh senjata tersebut secara dalam talian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini pada Khamis.Terdahulu, media melaporkan suspek berusia 15 tahun yang menikam rakan sekolahnya di Banting, Kuala Langat memperoleh senjata itu menerusi pembelian dalam talian.Dalam pada itu, beliau menafikan kunjungan dan rondaan di sekolah-sekolah di Selangor adalah berkurangan yang berkemungkinan berlakunya kejadian tikaman dalam sekolah.Katanya, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan pasukan rondaan terus menjalankan pemantauan sejak arahan dikeluarkan Ketua Polis Negara tahun lalu tanpa sebarang pengurangan."Malah di Selangor, kunjungan dan rondaan polis ke sekolah adalah sangat baik serta semakin meningkat |
|
Suami isteri antara lima ditahan, bunga ganja RM13.34 juta dirampas - Sinarharian - 9/07 2:25 pm SHAH ALAM - Pasangan suami isteri disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran bunga ganja antara lima individu yang diberkas dalam operasi berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebuah kondominium di Kota Warisan di Sepang pada 29 Jun hingga 4 Julai.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, dalam serbuan itu, polis berjaya merampas bunga ganja seberat 166.2 kilogram yang bernilai RM13.34 juta."Kejayaan itu dicapai menerusi empat serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) KLIA dengan kerjasama Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) KLIA," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di sini pada Khamis.Shazeli berkata, dalam kes pertama pada 29 Jun lalu, polis bantuan MAHB KLIA mengesan dua bagasi mencurigakan ketika melalui mesin pengimbas bagasi di terminal KLIA sebelum menahan seorang lelaki warga asing berusia 25 tahun di ruang menunggu pelepasan penerbangan."Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua bagasi tersebut menemui 60 bungkusan plastik mengandungi ketulan mampat disyaki bunga ganja dengan anggaran berat 33.6 kilogram," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Shazeli berkata, dalam serbuan kedua pada hari sama, polis sekali lagi mengesan sebuah bagasi mencurigakan di terminal KLIA sebelum menahan seorang wanita tempatan berusia 35 tahun yang dipercayai pemilik bagasi tersebut."Hasil pemeriksaan menemui 39 bungkusan plastik mengandungi ketulan mampat disyaki bunga ganja seberat 21.1 kilogram dengan nilai rampasan dianggarkan RM1.7 juta," katanya.Beliau berkata, pada 3 Julai lalu, polis menahan sepasang suami isteri masing-masing berusia 31 dan 40 tahun di kawasan parkir sebuah kondominium di Kota Warisan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah."Hasil soal siasat, kita menyerbu sebuah unit kondominium yang disewa pasangan itu sebelum menemukan empat bagasi dan tiga beg plastik mengandungi 146 bungkusan plastik berisi ketulan mampat disyaki bunga ganja."Rampasan tersebut dianggarkan seberat 76 kilogram dengan nilai keseluruhan RM6.1 juta," katanya.Shazeli berkata, pasangan tersebut disyaki aktif mengedar dadah sejak dua tahun lalu."Kita turut menyita sebuah kenderaan jenis Perodua Alza bernilai RM20,000 yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penghantaran dadah," katanya.Dalam serbuan terakhir pada 4 Julai lalu, Shazeli berkata, polis bantuan MAHB KLIA mengesan dua lagi bagasi mencurigakan di terminal KLIA sebelum menahan seorang lelaki warga asing berusia 27 tahun yang dipercayai pemilik bagasi tersebut."Pemeriksaan lanjut menemukan 68 bungkusan plastik mengandungi ketulan mampat disyaki bunga ganja seberat 35.5 kilogram dengan nilai rampasan berjumlah RM2.84 juta," katanya.Shazeli berkata, hasil siasatan lanjut mendapati tiga individu warga tempatan mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah."Hasil saringan awal air kencing mendapati hanya dua suspek tempatan positif dadah |
|
Kes tikam di sekolah: Polis mohon lanjutan reman pelajar 15 tahun esok - Sinarharian - 9/07 1:46 pm SHAH ALAM - Polis akan memohon lanjutan reman terhadap pelajar perempuan berusia 15 tahun yang disyaki menikam rakan sekolahnya di sebuah sekolah menengah di Banting Kuala Langat sebaik tempoh reman berakhir pada Jumaat.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, permohonan lanjutan reman itu dibuat bagi membolehkan siasatan terhadap suspek dilengkapkan."Insya-ALLAH sejurus reman pertama berakhir esok, kita akan memohon lanjutan reman kali kedua bagi melengkapkan siasatan terhadap suspek," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Khamis.Sinar Harian sebelum ini melaporkan suspek direman selama empat hari selepas perintah dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok bagi membantu siasatan kes dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.Ketika ditanya jumlah tikaman terhadap mangsa dalam insiden itu, Shazeli memaklumkan perlu menunggu laporan rasmi pakar perubatan supaya tiada spekulasi berkaitannya."Angka sebenarnya tidak dapat saya berikan kerana ini memerlukan laporan daripada pakar perubatan yang lebih mengetahui jumlah tikaman itu," katanya.Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun cedera selepas dipercayai ditikam sebanyak 16 kali menggunakan pisau oleh rakan sekolahnya di kantin sekolah ketika waktu rehat.Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk paru-paru dan kini menerima rawatan di hospital.Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. |
|
Suspek tikam di sekolah dakwa tak puas hati, pendam rasa kerana dibuli - FMT - 9/07 1:31 pm Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar bagaimanapun berkata hasil soal siasat polis terhadap beberapa individu mendapati ia tidak menjurus ke arah perbuatan buli. |
|
Kes tikam pelajar: Suspek beli pisau secara dalam talian, datang sekolah naik e-hailing - Sinarharian - 9/07 1:29 pm SHAH ALAM Suspek kes tikam pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting pada Isnin dipercayai memperoleh pisau yang digunakan dalam kejadian itu melalui pembelian di platform jualan dalam talian.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, senjata tajam itu dibawa suspek di dalam beg, sebelum dia memasuki kawasan sekolah melalui pintu pagar yang ketika itu terbuka."Siasatan juga mendapati suspek menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk datang ke sekolah pada hari kejadian," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Khamis.Mengulas sama ada berlaku kelemahan daripada aspek kawalan keselamatan sekolah, Shazeli berkata, perkara itu tidak boleh disimpulkan sebagai kecuaian pihak pengawal keselamatan."Tidak boleh dikatakan kelemahan pihak sekolah |
|
Op DAK: Dakwaan rasuah RM53 juta bekas menteri tidak berasas - Sinarharian - 9/07 1:22 pm PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini mendapati dakwaan kononnya seorang bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menerima rasuah RM53 juta dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah, Amoi, Dara dan kelat (DAK) ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun tidak mempunyai asas selepas siasatan tidak menemukan sebarang aliran wang yang mengaitkannya.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, siasatan yang dijalankan setakat ini juga tidak mengesan sebarang aliran tunai atau pembayaran kepada bekas menteri berkenaan mahupun mana-mana syarikat yang mencurigakan."Siasatan menunjukkan dan mendapati bahawa tiada wujud aliran wang ataupun aliran tunai pembayaran kepada menteri atau kepada mana-mana syarikat yang mencurigakan."Hasil siasatan pihak kami setakat ini menunjukkan perkara yang dibangkitkan itu, berkenaan rasuah RM53 juta itu setakat ini tidak mempunyai asas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Khamis.Menurutnya, semakan terhadap Cash Transaction Report (CTR) dan Suspicious Transaction Report (STR) melibatkan syarikat yang dilantik di Malaysia serta pemilik syarikat berkenaan juga tidak menemukan sebarang transaksi mencurigakan yang boleh mencetuskan siasatan lanjut."Semakan CTR dan STR mendapati tidak wujud apa-apa transaksi yang mencurigakan yang boleh mencetuskan penyiasatan dan tidak ada perkara yang signifikan dalam tempoh proses berkenaan," katanya.Beliau bagaimanapun berkata, semakan CTR dan STR terhadap empat suspek yang dikenal pasti dalam siasatan menemukan beberapa transaksi yang masih memerlukan penelitian lanjut melalui analisis kewangan."Yang empat suspek itu masih lagi dalam siasatan kerana didapati terdapat beberapa transaksi yang perlu diklarifikasikan melalui money trail, akaun bank dan sebagainya," ujar Abdul Halim.Beliau berkata, siasatan kes berkenaan kini berada di peringkat akhir dan pegawai penyiasat diberikan tempoh sebulan untuk melengkapkan siasatan, termasuk mendapatkan penjelasan daripada institusi perbankan berkaitan transaksi yang dikenal pasti."Hampir tiga perempat siasatan telah selesai |
|
Kes tikam di sekolah: Suspek dakwa tidak puas hati dengan beberapa individu kerana dibuli - Polis - Sinarharian - 9/07 12:52 am SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Hasil siasatan awal mendapati suspek kes tikam di sebuah sekolah menengah di Banting dipercayai menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap beberapa individu yang didakwa pernah membulinya.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, bagaimanapun, setakat ini keterangan yang diperoleh belum menunjukkan wujudnya kejadian buli seperti yang didakwa."Hasil siasatan awal peringkat ini, kita mendapati alasan diberikan adalah berkaitan dengan rasa tidak puas hati ataupun boleh dikatakan memendam perasaan suspek terhadap beberapa individu rakan sekolahnya yang dikatakan membuli suspek tersebut."Namun, hasil daripada keterangan yang diberi tidak menjurus kepada berlakunya aktiviti buli tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolahKes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPNRemaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolahRemaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polisShazeli berkata, banyak rakaman percakapan telah diambil, ia termasuk 10 pelajar yang namanya tular di media sosial dan dikaitkan dengan kes berkenaan."Siasatan berhubung kes tikaman itu masih berjalan dan belum selesai sepenuhnya, Jadi saya minta beri ruang kepada pegawai penyiasat membuat siasatan sepenuhnya dan dapat membuat kesimpulan secara menyeluruh," katanya.Mengulas keadaan mangsa, Shazeli berkata, pelajar berkenaan kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan serta menjalani proses pemulihan di hospital."Temu bual terhadap mangsa juga telah dijalankan," katanya.Ketika ditanya sama ada tindakan suspek dipengaruhi hantaran media sosial berunsur jenayah, Shazeli menegaskan, siasatan masih dijalankan termasuk daripada aspek itu yang dipercayai boleh mempengaruhi minda dan kelakuan suspek."Apa jenis video media sosial itu saya tidak boleh kongsikan kerana masih lagi dalam siasatan dari polis," jelasnya.Terdahulu media melaporkan, beberapa keping surat yang dipercayai milik remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga suspek kes tikam di sebuah sekolah di sini tular di media sosial.Tinjauan Sinar Harian beberapa akaun media sosial Threads mendapati surat-surat terbabit mula dimuat naik sejak insiden itu berlaku.Difahamkan surat atau nota itu berkisarkan tentang diri suspek serta beberapa individu.Dalam insiden kira-kira jam 9.30 pagi pada Isnin, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera di beberapa anggota badan selepas dipercayai ditikam suspek di kawasan sekolah dengan senjata pisau.Suspek yang dikatakan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu kerana rawatan kesihatan dipercayai memasuki sekolah melalui laluan utama.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi dilaporkan berkata, suspek telah direman empat hari sehingga Jumaat untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. |
|
Kes tikam Banting: Suspek beri alasan tak puas hati, dakwa dibuli - Ketua .. - Hmetro - 9/07 12:43 am Shah Alam: Suspek menikam pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sekolah di Banting, Kuala Langat, dekat sini Isnin lalu memberi alasan tidak berpuas hati dan memendam rasa selepas mendakwa dibuli, menurut siasatan |
|
Geng Rohingya rompak berkumpulan, larikan aluminium formwork bernilai RM200,000 - Sinarharian - 9/07 12:27 am MELAKA Enam lelaki Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Khamis atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan di sebuah gudang penyimpanan barangan binaan di Sungai Udang pada Jun lalu.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek berusia antara 18 hingga 38 tahun itu diberkas menerusi Ops Kargo di sekitar Kajang.Menurutnya, dalam kejadian pada 15 Jun lalu, kumpulan terbabit didakwa menyamun gudang berkenaan sebelum melarikan aluminium formwork (palet acuan aluminium) yang dianggarkan bernilai RM200,000."Modus operandi kumpulan tersebut adalah dengan mengikat tangan dan kaki pengawal keselamatan sebelum melarikan barangan tersebut."Kesemua suspek berjaya ditahan di sekitar Kajang dan polis turut merampas barang kes, termasuk dua buah lori, tiga guni bongkah aluminium serta dua resit jualan berjumlah RM27,440 dan RM101,816," katanya menerusi kenyataan.Beliau berkata, kesemua suspek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Tiada pengakuan direkodkan pada prosiding itu selepas kesemua tertuduh tidak memahami bahasa Melayu.Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin kemudian menetapkan 10 Ogos depan untuk lantikan jurubahasa bahasa Rohingya. |
|
Kediaman mewah lokasi transit PATI diserbu, jaga Bangladesh ditahan - Mygazette - 9/07 8:08 am "Pasukan operasi turut menahan enam lelaki dan dua wanita warga Bangladesh yang kesemuanya berusia di antara 23 hingga 43 tahun sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan tahanan adalah 10 orang. "Semakan awal mendapati, seorang lelaki warga Bangladesh yang ditahan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara bagi sektor pembinaan, dua wanita terbabit disenarai hitam oleh JIM namun suspek masuk semula ke negara ini melalui pintu masuk yang tidak diwartakan |
|
4 penjawat awam minta, terima rasuah kira-kira RM25,000 ditahan - Mygazette - 9/07 8:08 am # 4 penjawat awam minta, terima rasuah kira-kira RM25,000 ditahan KUALA LUMPUR - Empat penjawat awam antara lima individu direman disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM25,000 sebagai balasan membantu mendapatkan kerja perolehan kerajaan di sebuah institusi pendidikan pra-universiti di Perlis yang dianggarkan bernilai RM100,000. Perintah reman sehingga 10 Julai terhadap kesemua suspek termasuk seorang pemilik syarikat dikeluarkan oleh Majistret Kangar, Mohd Amiruldin Roslan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis, pagi tadi |
|
Enam lelaki Rohingya samun gudang aluminium RM200,000 - Kosmo - 8/07 11:06 pm MELAKA – Enam lelaki Rohingya diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kes samun sebuah gudang penyimpanan barangan pembinaan di Sungai Udang membabitkan kerugian RM200,000, pada bulan lalu. Kesemua suspek berusia antara 18 hingga 38 tahun itu ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dalam Op Kargo di .. |
|
MCCC gesa CCTV diwajibkan di semua sekolah, pemeriksaan beg diperketat - Sinarharian - 8/07 10:45 pm Sebaliknya tanyalah mengapa ia boleh berlaku dan apakah kelemahan yang perlu diperbaiki supaya kejadian sama tidak berulang."MCCC percaya pencegahan bermula dengan komunikasi, keprihatinan dan kesediaan untuk mendengar. Kadangkala satu perbualan yang ikhlas sudah cukup untuk mengubah kehidupan seorang anak," katanya.Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan insiden seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera selepas dipercayai ditikam di sebuah sekolah menengah di Banting.Kejadian itu turut mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan suasana panik dalam kalangan pelajar, manakala suspek telah didakwa di mahkamah mengikut proses perundangan. |
|
Polis buru suspek kes gaduh di Bandar Sunway - FMT - 8/07 8:56 pm Akibat kejadian tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di hospital. |
|
Lima individu termasuk empat penjawat awam ditahan, disyaki rasuah RM25,000 - Sinarharian - 8/07 8:05 pm KANGAR -Lima individu termasuk empat penjawat awam sebuah institusi pendidikan pra-universiti awam di Perlis direman empat hari bagi membantu siasatan kes disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM25,000.Kesemua suspek dipercayai menerima wang suapan sebagai balasan membantu sebuah syarikat pembinaan, pembekalan makanan dan perkhidmatan penyelenggaraan mendapatkan beberapa kerja perolehan kerajaan di institusi berkenaan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.Perintah reman selama empat hari sehingga 10 Julai terhadap semua suspek dikeluarkan Majistret Mohd Amiruldin Roslan selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)di Mahkamah Majistret Kangar pada Rabu.Menurut sumber, kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 40-an, ditahan antara jam 2 petang hingga 4 petang pada Selasa ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Perlis."Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2023 hingga 2024."Keempat-empat suspek yang merupakan penjawat awam dipercayai telah menerima wang suapan daripada pemilik syarikat bernilai antara kira-kira RM2,000 hingga RM10,000 bagi setiap projek dengan keseluruhan projek yang diperolehi adalah sebanyak 16," katanya pada Rabu.Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009."SPRM tekad menoktahkan budaya salah guna kuasa dan secara tidak langsung melumpuhkan kartel penganugerahan kerja-kerja kepada syarikat kontraktor yang monopoli di institusi pendidikan," ujarnya. |
|
Polis kesan suspek kes gaduh di kafe Bandar Sunway - Sinarharian - 8/07 8:02 pm KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan dan merusuh yang mengakibatkan tiga lelaki cedera di sebuah kafe di Bandar Sunway dekat sini awal pagi Khamis.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 6.16 pagi."Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara mangsa dan kumpulan lelaki yang berada di lokasi itu sebelum tercetusnya pergaduhan."Akibat kejadian itu, tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan di hospital," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Wan Azlan berkata, polis menjalankan pemeriksaan menyeluruh di tempat kejadian, merakam percakapan saksi kejadian serta memperoleh rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan insiden itu.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan |
|
Bapa buat laporan polis dua anak ditendang rakan sekelas, dibuli sejak awal sesi persekolahan - Sinarharian - 8/07 4:22 pm KOTA KINABALU - Seorang bapa mendakwa dua anaknya menjadi mangsa buli apabila ditendang oleh seorang murid lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di daerah ini.Kejadian itu didakwa berlaku pada Isnin lalu sebelum laporan polis dibuat oleh bapa mangsa pada keesokan harinya, dan siasatan sedang dijalankan.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung dakwaan kejadian buli dan serangan fizikal melibatkan dua murid di sekolah rendah di daerah ini."Laporan polis telah dibuat oleh bapa kepada kedua-dua mangsa pada 7 Julai lalu selepas mendakwa anak-anaknya menjadi mangsa gangguan dan serangan fizikal oleh seorang murid lelaki."Hasil siasatan awal mendapati kejadian pertama dipercayai berlaku pada 6 Julai lalu, apabila mangsa perempuan berusia 12 tahun didakwa telah ditendang pada bahagian belakang kepala oleh seorang murid lelaki yang merupakan rakan sekelasnya."Keesokan harinya, adik mangsa yang juga bersekolah di sekolah yang sama didakwa telah ditendang pada bahagian perut oleh murid lelaki yang sama," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya lagi, menurut laporan, mangsa perempuan mengalami sakit kepala manakala adik lelakinya berada dalam keadaan trauma dan ketakutan akibat kejadian tersebut."Pengadu turut mendakwa suspek sering mengganggu kedua-dua mangsa melalui panggilan berunsur hinaan dan gangguan fizikal di dalam kelas."Kejadian tersebut dipercayai berlaku secara berterusan sejak awal sesi persekolahan," katanya.Sehubungan itu, Syed Lot berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti identiti penuh suspek, merakam percakapan mangsa, saksi-saksi, guru serta pihak pentadbiran sekolah."Pemeriksaan perubatan ke atas mangsa turut dijalankan bagi menentukan tahap kecederaan yang dialami."Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 507(b) Kanun Keseksaan," katanya.Beliau berkata, polis memandang serius sebarang bentuk buli dan keganasan yang melibatkan kanak-kanak serta akan menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh."Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh menjejaskan siasatan serta identiti kanak-kanak yang terlibat."Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor A Movendran di talian 018-5746310 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran |
|
Lelaki Rohingya direman kes rogol remaja 19 tahun - Sinarharian - 8/07 4:07 pm BACHOK - Seorang lelaki etnik Rohingya direman enam hari selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di Kampung Kuar, Tawang di sini pada bulan lalu.Perintah reman terhadap suspek berusia 32 tahun itu dikeluarkan oleh mahkamah majistret di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, suspek ditahan kira-kira jam 9 malam pada Selasa."Suspek direman selama enam hari bermula pada Rabu."Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya ketika dihubungi. |
|
Polis tahan wanita, rampas dadah bernilai lebih RM18,000 - Mygazette - 8/07 3:43 pm # Polis tahan wanita, rampas dadah bernilai lebih RM18,000 KUALA LUMPUR Seorang wanita tempatan berusia 22 tahun ditahan selepas polis merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM18,000 dalam dua serbuan berasingan di sekitar Sibu, semalam. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 3 petang di Jalan Pahlawan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu |
|
Ahmad Maslan dah hilang kemahiran berpantun, kata Ahmad Fadhli - Sinarharian - 8/07 2:18 pm SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengulang siar video Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan ketika turun berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Ahad lalu.Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook pada Rabu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, Ahmad Maslan seolah-olah 'hilang kemahiran berpantun' sejak akhir-akhir ini sedangkan umum mengetahui beliau jaguh menjual dan membeli pantun."Dah hilang sikit kemahiran berpantun Tok Mad Maslan sejak akhir-akhir ini," katanya dalam nada mengusik.Berdasarkan petikan video pendek itu, Ahmad Maslan dilihat mengulangi rangkap pantun popular yang pernah digunakannya ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada September 2019.Ia kononnya bertujuan menarik sokongan pengundi menentang gabungan Pakatan Harapan (PH) pada ketika itu.Bagaimanapun dalam kempen PRN Johor kali ini, Ahli Parlimen Pontian itu menukar rangkap terakhir pantun kepada; jika tuan pergi memancing, jangan lupa membawa umpan, jika tak mahu kena kencing, jangan sokong 'parti itu'.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolahKes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPNRemaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolahRemaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polisPelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantinKes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuhSuspek kes tikam pelajar direman empat hariKes tikam pelajar: Peguam sahkan suspek OKU"Macam tak kena je pantun itu?" seloroh Ahmad Maslan ketika program sembang santai bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah Ring Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.Situasi itu mengundang gelak tawa dalam kalangan penyokong Barisan Nasional (BN) memandangkan PRN Johor ke-16 menyaksikan PH dan BN bertanding secara berasingan di semua 56 kerusi DUN.Kedua-dua gabungan bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, namun situasi politik di peringkat negeri Johor menyaksikan parti bertembung sesama sendiri.Meskipun empat baris pantun itu menjadi memori politik yang melucukan, naratif dan pendirian parti disesuaikan dengan realiti pentadbiran negara masa kini, malah ia masih diguna pakai sebagai modal kempen. |
|
Lelaki direman kes rompak, rogol remaja 15 tahun ketika joging - Sinarharian - 8/07 11:47 am TUMPAT - Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan samun seorang remaja perempuan berusia 15 semasa berjoging di Palekbang di sini pada 17 Jun lalu.Perintah reman terhadap suspek berusia 24 tahun bermula pada Rabu hiingga 14 Julai dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di mahkamah majistret di siniPerintah reman itu bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga menyebabkan kecederaan.Terdahulu suspek yang merupakan mekanik memakai baju unggu tiba di pekarangan mahkamah untuk permohonan reman pada jam 10 pagi.Terdahulu, seorang remaja berusia 15 tahun berdepan detik hitam apabila dipercayai menjadi mangsa samun dan rogol oleh lelaki tidak dikenali ketika keluar berjoging bersama adik lelakinya di kawasan Palekbang di sini pada cuti Awal Muharram, Rabu.Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan cedera berhampiran kawasan semak kira-kira jam 11 pagi sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. |
|
“Saya Sedih Doktor Psikiatri Tak Bagi Pergi Sekolah” Tular Nota Didakwa Milik Suspek Kes Ti*am Pelajar - Siraplimau - 8/07 8:46 am Beberapa nota suspek tikam pelajar di sebuah sekolah di Kuala Langat kini menjadi perhatian ramai selepas tersebar di media sosial |
|
Tular ceroboh rumah di Rawang, kelindan lori didakwa di mahkamah - Mygazette - 8/07 8:10 am Terdahulu katanya, polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan berumur 29 tahun merupakan suri rumah sekitar jam 7.49 petang, semalam dan telah mengesan video tular itu di media sosial. "Siasatan mendapati, kejadian berlaku jam 5.15 petang hari sama disalah sebuah rumah di kawasan berkenaan dan suspektelah menceroboh masuk ke dalam rumah wanita itu ketika dia berada di bahagian dapur |
|
Pasangan Indonesia, seorang China terlibat seluk saku di Jonker Walk .. - Mygazette - 8/07 8:10 am Polis menerima satu laporan berhubung kejadian curi dompet membabitkan seorang pelancong lelaki warga China yang berlaku di Jalan Hang Jebat. "Siasatan awal mendapati suspek wanita berperanan mengambil dompet mangsa, manakala suspek lelaki bertindak memerhati keadaan sebelum mereka melarikan diri dari tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini |
|
3 ditahan terbabit tuntutan palsu pembelian beras RM20 Juta - Mygazette - 8/07 8:10 am Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, dokumen itu dikemukakan kepada sebuah institusi kewangan pembangunan bagi dana Kemudahan Modal Kerja Perdagangan-I. Menurut sumber, kesemua suspek dipercayai mengemukakan dokumen palsu berkenaan kepada institusi kewangan pembangunan, namun tidak berlaku urusan pembelian padi dan beras tersebut |
|
Cemas rumah diceroboh lelaki tidak dikenali - Sinarharian - 7/07 10:05 pm GOMBAK - Seorang wanita menempuh detik cemas apabila rumahnya diceroboh individu tidak dikenali ketika berada di bahagian dapur kediamannya di Taman Tun Teja, Rawang di sini pada Isnin.Suspek bagaimanapun berjaya diberkas anggota kereta peronda polis (MPV) beberapa jam kemudian ketika membuat rondaan berhampiran lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya mengesan satu hantaran tular di media sosial berhubung kejadian pencerobohan rumah itu sebelum semakan mendapati mangsa membuat laporan polis pada jam 7.49 malam."Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.15 petang apabila seorang lelaki warga tempatan menceroboh masuk ke dalam rumah pengadu ketika wanita terbabit berada di bahagian dapur."Mangsa kemudian menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan berhubung kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Katanya, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 11.30 malam pada hari sama, anggota MPV dari Balai Polis Rawang berjaya menahan suspek ketika membuat rondaan berhampiran lokasi kejadian."Susulan tangkapan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan."Kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya," katanya.Menurutnya, individu terbabit telah dituduh di Mahkamah Majistret Selayang."Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengambil langkah keselamatan termasuk memastikan pintu rumah berkunci bagi mengelakkan kejadian pencerobohan."Pihak polis akan terus meningkatkan rondaan berkala bagi mengekang kejadian seumpama itu daripada berulang," katanya. |
|
Kes pelajar ditikam: JPN Selangor ziarah, santuni mangsa dan keluarga - Sinarharian - 7/07 7:04 pm SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor hari ini menyantuni keluarga dan pelajar perempuan yang cedera ditikam di sebuah sekolah menengah di Banting, Kuala Langat.JPN Selangor menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan kunjungan ziarah berkenaan diketuai Pengarahnya, Wan Nor Ashikin Abu Kassim di Hospital Banting di Kuala Langat, hari ini."Beliau (Wan Nor Ashikin) berkesempatan menziarah pelajar itu yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan."Dalam lawatan itu, beliau turut meluangkan masa menyantuni ibu bapa pelajar itu bagi menzahirkan rasa prihatin dan memberi kata-kata semangat dan sokongan kepada mereka," maklum hantaran itu.Menurut JPN Selangor, pihaknya sentiasa mendoakan kesembuhan segera pelajar dan komited memberi kerjasama kepada keluarga, hospital dan semua agensi terlibat."Semoga pelajar itu diberikan kesembuhan yang sempurna dan dipermudahkan segala urusan," menurut hantaran itu.Terdahulu, suspek kes tikam seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Banting direman empat hari bermula hari ini.Semalam, JPN Selangor dalam kenyataan memaklumkan suspek yang dipercayai menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Banting telah ditahan pihak polis.JPN Selangor turut memaklumkan pelajar perempuan yang cedera sedang diberikan rawatan di Hospital Banting.Bapanya ketika ditemui semalam memaklumkan anaknya berusia 15 tahun cedera di bahagian paru-paru selain turut mengalami 16 luka tikaman.- Bernama |
|
Tiga warga asing seluk saku pelancong di Jonker Walk dicekup polis - Sinarharian - 7/07 6:32 pm MELAKA - Tindakan tiga warga asing dipercayai aktif melakukan kegiatan seluk saku di kawasan pelancongan Jonker Walk tumpas selepas diberkas polis dalam satu operasi, Sabtu lalu.Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Halim Abasberkata, dua suspek warga Indonesia, masing-masing lelaki dan wanita, serta seorang lelaki warga China ditahan kira-kira jam 3 petang di Jalan Hang Jebat.Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek wanita bertindak mengambil dompet mangsa, manakala suspek lelaki berperanan memerhati keadaan sebelum mereka melarikan diri dari lokasi kejadian"Hasil tangkapan itu, polis berjaya merampas dua beg galas, dua beg dompet, lima telefon bimbit pelbagai jenama selain wang tunai mata wang Malaysia dan Indonesia."Polis turut menerima satu laporan berkaitan kejadian kehilangan dompet membabitkan seorang pelancong lelaki warga China di Jalan Hang Jebat," katanya.Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati dua suspek warga Indonesia itu dipercayai terlibat dalam beberapa kes seluk saku lain di sekitar Melaka.Katanya, kesemua suspek direman selama 14 hari sehingga 16 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.Ujarnya, polis menghargai kerjasama orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada kejayaan tangkapan berkenaan.Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan menjaga barangan peribadi terutama ketika berada di kawasan tumpuan pelancong dan lokasi sesak."Kami juga menyeru agensi pelancongan, pemandu pelancong serta pengusaha premis pelancongan supaya memainkan peranan proaktif dengan mengingatkan pelancong agar sentiasa berwaspada terhadap jenayah seluk saku," katanya. |
|
Jangan Kongsi Sesuka Hati! Ini Risiko Jika Sebar Identiti Suspek Bawah Umur - Murai - 7/07 6:03 pm Namun, jika kandungan itu memaparkan wajah atau identiti kanak-kanak yang terlibat dalam sesuatu kes jenayah, tindakan tersebut sebenarnya boleh memberi kesan yang sangat besar. Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan wajah, nama, alamat, sekolah atau apa-apa […] The post Jangan Kongsi Sesuka Hati! Ini Risiko Jika Sebar Identiti Suspek Bawah Umur appeared first on Murai MY . |
|
'Saya sedih doktor psikiatri tak bagi ke sekolah' - Tular nota suspek kes tikam - Sinarharian - 7/07 5:21 pm BANTING - Beberapa keping surat yang dipercayai milik remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga suspek kes tikam di sebuah sekolah di sini tular di media sosial.Tinjauan Sinar Harian beberapa akaun media sosial Threads mendapati surat-surat terbabit mula dimuat naik sejak insiden itu berlaku pada Isnin.Difahamkan surat atau nota itu berkisarkan tentang diri suspek serta beberapa individu."Saya sangat sedih sebab psikiatri tidak benarkan saya ke sekolah."Saya nak pergi ke sekolah, belajar dengan kawan-kawan..ketawa dengan kawan-kawan," tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolahKes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPNRemaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolahRemaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polisPelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantinKes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuhSuspek kes tikam pelajar direman empat hariKes tikam pelajar: Peguam sahkan suspek OKUSelain itu, turut tular paparan gambar kad orang kurang upaya (OKU) dipercayai milik suspek, rakaman video insiden serta gambar yang dikaitkan sebelum insiden itu berlaku.Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan lanjut pihak polis tentang kesahihan surat tular terbabit.Sinar Harian juga difahamkan, satu sidang akhbar akan dibuat Ketua Polis Selangor dalam masa terdekat berkenaan pencerahan insiden terbabit.Dalam insiden kira-kira jam 9.30 pagi pada Isnin, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera di beberapa anggota badan selepas dipercayai ditikam suspek di kawasan sekolah dengan senjata pisau.Suspek yang dikatakan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu kerana rawatan kesihatan dipercayai memasuki sekolah melalui laluan utama.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi dilaporkan berkata, suspek telah direman empat hari sehingga Jumaat untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. |
|
Tiga ditahan disyaki kemuka dokumen palsu dana pembelian padi, beras RM20 juta - Sinarharian - 7/07 4:44 pm ALOR SETAR -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu, termasuk dua pengarah sebuah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras, kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM20 juta, tahun lalu.Menurut sumber, penahanan itu dibuat susulan siasatan terhadap permohonan Kemudahan Modal Kerja Perdagangan-I (Trade Working Capital Financing) yang dikemukakan kepada sebuah institusi kewangan pembangunan bagi tujuan pembelian padi dan beras.Sumber berkata, seorang daripada suspek, lelaki berusia lingkungan 30-an yang bertugas sebagai pengurus operasi direman selama lima hari sehingga 11 Julai 2026 bagi membantu siasatan."Perintah reman dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sivil Alor Setar pada pagi Selasa."Suspek ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Alor Setar," katanya pada Selasa.Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang mempunyai pertalian keluarga dipercayai berpakat melakukan perbuatan itu pada tahun 2025.Bagaimanapun, dua lagi suspek lelaki berusia lingkungan 60-an yang juga pengarah syarikat dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan mereka direkodkan."Kesemua suspek dipercayai mengemukakan dokumen palsu tersebut kepada institusi kewangan pembangunan, bagaimanapun tidak berlaku urusan pembelian padi dan beras tersebut," ujarnya.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga individu terbabit.Menurut beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi tujuan memperoleh kemudahan atau manfaat tertentu. |
|
Bapa Mangsa T*kam Bersedia Bersemuka Dengan Keluarga Suspek - Lobakmerah - 7/07 4:27 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Bapa kepada pelajar yang cedera akibat serangan tikam di sebuah sekolah di Banting menyatakan bahawa dirinya bersedia untuk bertemu dengan keluarga suspek |
|
3 ditahan berkait dokumen palsu beli beras RM20 juta - FMT - 7/07 4:05 pm Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang merupakan ahli keluarga bersubahat melakukan perbuatan itu pada 2025. |
|
Kes tikam pelajar: Suspek direman 4 hari, peguam sahkan alami OKU... - Mygazette - 7/07 3:32 pm # Kes tikam pelajar: Suspek direman 4 hari, peguam sahkan alami OKU autisme BANTING - Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun direman empat hari di Mahkamah Telok Datok selepas disyaki menikam rakannya dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini semalam |
|
Bapa mangsa tikam sedia jumpa keluarga suspek - Mygazette - 7/07 3:32 pm BANTING - "Ya, saya sedia jumpa tapi tengok keadaan dulu macam mana". Itu yang dinyatakan Mohd Firuz Ibrahim, bapa kepada mangsa yang cedera ditikam di sebuah sekolah di sini ketika ditanya kesediaan untuk bertemu dengan ahli keluarga suspek |
|
Anak saya masih trauma, sampai sekarang masih menangis kesakitan – .. - Mygazette - 7/07 3:32 pm Semalam media melaporkan, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga ditikam rakan sekolahnya hingga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut. Difahamkan, suspek berusia 15 tahun itu dilaporkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu kerana sedang menjalani rawatan kesihatan |
|
Suhakam gesa jangan spekulasi tahap kesihatan, motif suspek tikam - FMT - 7/07 3:25 pm Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk menstigma atau menghasut kebencian terhadap kanak-kanak. |
|
Suspek kes tikam seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah .. - Wrlr - 7/07 3:04 pm Suspek kes tikam seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Banting direman empat hari bermula hari ini |
|
Kes tikam Banting: "Nama anak saya ada dalam senarai itu di nombor 10" - .. - Wrlr - 7/07 2:58 pm Oleh Inas Farid , Hidayah Sayuti - Julai 7, 2026 @ 12:45pm BANTING: Remaja yang cedera ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Banting semalam antara nama dalam senarai individu yang dikatakan berada dalam sasaran suspek |
|
Polis tahan lelaki disyaki curi fius elektrik, 10 laporan diterima - Sinarharian - 7/07 1:42 pm BESUT - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian fius elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di beberapa premis perniagaan di sekitar Jerteh di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, suspek yang berusia 43 tahun ditahan kira-kira jam 12.45 tengah hari hasil aduan dan maklumat diterima daripada orang awam.Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas suspek membawa kepada penemuan dan rampasan sebanyak lapan unit fius elektrik yang dipercayai berkaitan dengan kes tersebut."Sehingga kini, sebanyak 10 laporan polis telah diterima daripada pemilik premis perniagaan di sekitar bandar Jerteh berkaitan kehilangan fius elektrik di luar premis masing-masing."Kejadian itu telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik serta menjejaskan operasi harian perniagaan mereka," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Mohd Rozaime berkata, semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.Dalam pada itu, katanya, pihak polis menasihatkan pemilik premis perniagaan agar sentiasa berwaspada serta mengambil langkah keselamatan yang bersesuaian bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang."Orang ramai juga digesa untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesan aktiviti mencurigakan bagi membantu usaha membanteras jenayah di kawasan berkenaan," ujarnya lagi. |
|
Bapa mangsa tikam nafi anak kaki buli - Hmetro - 7/07 1:11 pm Kuala Langat: Anak saya bukan pembuli, kata bapa kepada pelajar perempuan yang menjadi mangsa tikam di sebuah sekolah menengah, di sini, susulan penularan surat yang mengaitkan anaknya sebagai antara pembuli suspek |
|
'Saya ada terima mesej senarai nama tular, biar polis siasat' - Bapa pelajar kes tikam - Sinarharian - 7/07 1:09 pm BANTING - "Saya ada juga mendengar cerita dan menerima mesej WhatsApp yang mengandungi senarai nama yang tular itu, tetapi kami tidak dapat memastikan kesahihannya."Demikian kata Mohd Firuz Ibrahim, 43, yang menegaskan anak perempuannya bukan pembuli, susulan dakwaan di media sosial yang mengaitkan mangsa kes tikam di sebuah sekolah di sini dengan kes buli.Menurutnya, beliau enggan membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan berkenaan dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis."Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan," katanya ketika ditemui di Hospital Banting pada Selasa.Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPNRemaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolahMohd Firuz berkata, berdasarkan perwatakan yang dikenalinya, anak perempuannya seorang yang pendiam dan tidak pernah keluar bersendirian bersama rakan-rakan."Kalau keluar rumah pun saya atau ibunya yang menghantar."Bila ditanya, barulah dia menjawab dan hanya meminta sesuatu apabila perlu."Dia tidak pernah keluar bersendirian dengan rakan-rakan |
|
'Saya sedia jumpa keluarga suspek' - Bapa pelajar kes tikam - Sinarharian - 7/07 1:00 pm BANTING - Bapa kepada pelajar yang cedera ditikam di sebuah sekolah di sini menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan keluarga suspek.Mohd Firuz Ibrahim, 43, berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang panggilan daripada keluarga suspek."Ya, saya bersedia untuk berjumpa.. |
|
Kirby, Toxic Friendship & English Suspek Antara 4 Perkara Dalam Surat Suspek Tikam Pelajar Jadi Perdebatan - Murai - 7/07 12:01 am Kes tikaman melibatkan seorang pelajar perempuan di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Banting terus menjadi perhatian ramai apabila sekeping surat yang didakwa ditulis oleh suspek mula tular di media sosial, khususnya di Threads |
|
Pindah wang simpanan 18 kali dalam dua hari, penjawat awam rugi RM63,438 - Sinarharian - 7/07 11:48 am KUALA TERENGGANU Seorang penjawat awam wanita kerugian RM63,438 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian sehingga sanggup melakukan 18 transaksi pemindahan wang dalam tempoh dua hari.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 43 tahun tidak menyedari diperdaya sehingga kesemua wang simpanannya habis dipindahkan ke beberapa akaun bank berbeza.Menurutnya, kejadian bermula pada 3 Julai lalu apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang menawarkan peluang pekerjaan sambilan."Mangsa yang tertarik kemudiannya dimasukkan ke dalam satu kumpulan aplikasi Telegram dan diarahkan melaksanakan tugasan transaksi wang dengan jaminan akan menerima bayaran upah mengikut kadar ditetapkan."Bagaimanapun, bagi tujuan menebus bayaran upah tersebut, suspek telah meminta mangsa melakukan transaksi lain secara berterusan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Azli berkata, keghairahan mengejar komisen menyebabkan mangsa melakukan sebanyak 18 kali transaksi pemindahan wang bermula 5 hingga 6 Julai 2026."Hasil siasatan mendapati, transaksi pertama dibuat pada 5 Julai jam 11.32 pagi berjumlah RM200 ke sebuah akaun bank manakala siri transaksi seterusnya terus meningkat mencecah ribuan ringgit termasuk menerusi imbasan kod QR."Secara keseluruhan, mangsa telah memindahkan wang miliknya ke beberapa akaun berbeza |
|
“Anak guam saya adalah autistik” – Peguam Kes T*kam Di Sekolah Banting - Lobakmerah - 7/07 11:37 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S Vijeswari Devi yang mewakili suspek berumur 15 tahun dalam kes tikam pelajar memaklumkan bahawa anak guamnya merupakan orang kurang upaya (OKU) dan seorang autistik |
|
Suspek tikam pelajar perempuan direman empat hari - Hmetro - 7/07 10:58 am Kuala Lumpur: Remaja perempuan berusia 15 tahun yang terbabit dalam kes tikam pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Banting, Kuala Langat, semalam, direman selama empat hari bermula hari ini |
|
Pelajar ditikam di sekolah: 'Pasukan perubatan berusaha keluarkan darah pada paru-paru anak saya' - Sinarharian - 7/07 10:45 am KUALA LANGAT - Pelajar perempuan Tingkatan Tiga yang ditikam di sebuah sekolah di Banting di sini, cedera pada bahagian paru-paru selain turut mengalami kira-kira 16 luka tikaman pada bahagian badan dalam kejadian sekitar 9 pagi tadi.Bapa mangsa Mohd Firuz Ibrahim, 43, berkata ketika kejadian beliau sedang bekerja sebelum menyedari terdapat beberapa panggilan tidak dijawab daripada pihak sekolah yang cuba menghubunginya untuk memaklumkan insiden berkenaan."Saya ketika itu sedang menyusun barang dan tidak perasan telefon saya berbunyi namun bila saya telefon semula pihak sekolah, saya ingat anak saya cuma tak sihat dan tak sangka dia menjadi mangsa tikaman.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolahKes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPNRemaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolahRemaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polisPelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantinKes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuhSuspek kes tikam pelajar direman empat hariKes tikam pelajar: Peguam sahkan suspek OKU"Setakat ini, saya dimaklumkan pasukan perubatan sedang berusaha mengeluarkan darah pada paru-paru kiri anak saya dan dia dalam keadaan stabil serta masih boleh bercakap," katanya yang bekerja sebagai penghantar barangan ketika ditemui di Hospital Banting di sini pada Isnin.Mohd Firuz turut meluahkan rasa kesal terhadap kejadian itu dan memohon pihak sekolah supaya mengetatkan tahap keselamatan agar kejadian sama tidak berulang.Beliau turut difahamkan suspek adalah rakan sekelas anaknya ketika Tingkatan Dua dan kini sedang dicutikan bagi menjalani rawatan kesihatan."Saya rasa anak saya mungkin bukan sasaran asal suspek, mungkin dia nak sasar orang lain tapi mungkin dia yang paling dekat dan tak sempat nak lari |
|
BMW terbabas, tiga warga asing cuba larikan diri dicekup - Sinarharian - 7/07 10:37 am LIPIS - Tiga warga Myanmar yang melarikan diri selepas kereta BMW yang dinaiki mereka terbabas ketika cuba mengelak sekatan jalan raya di Jalan Lipis-Merapoh di sini berjaya ditahan polis pada pagi Selasa.Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira jam 8.45 pagi di sebuah ladang yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi kemalangan."Ketiga-tiga suspek mengalami kecederaan ringan ketika ditemui," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Isnin, kereta BMW berkenaan dipandu seorang lelaki tempatan bersama lima warga Myanmar yang gagal berhenti ketika diarahkan berbuat demikian dalam sekatan jalan raya di Kilometer 28, Jalan Lipis-Merapoh.Menurutnya, kereta itu kemudian terbabas selepas bergerak kira-kira lima kilometer sebelum merempuh sebuah tangki air di hadapan kedai makan."Pemandu bersama dua penumpang wanita warga Myanmar ditahan selepas kejadian, manakala tiga lagi penumpang melarikan diri sebelum berjaya dikesan pagi ini," katanya.Ismail berkata, ujian saringan awal mendapati pemandu kereta terbabit positif dadah jenis methamphetamine.Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selain Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI)."Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas selepas gagal mematuhi arahan polis ketika sekatan jalan raya."Kesemua warga Myanmar terbabit pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," ujarnya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |