| /// |
|
| Search : Suri Narudin News | Page 1 |
|
Dituduh bunuh Suri Narudin, Zainizan hanya mengangguk - Mgazette - 26/12 3:42 pm # Dituduh bunuh Suri Narudin, Zainizan hanya mengangguk TAMPIN - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Suri Narudin yang mayatnya ditemukan di dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah dekat sini |
|
Man charged with murder of Suri Narudin, whose body was found buried in a bag in Rembau - Sinardaily - 26/12 12:34 am TAMPIN - A 51-year-old man was charged in the Magistrates Court here today with the murder of Suri Narudin, whose body was discovered in a bag buried behind a house near Rembau.Zainizan Zainal nodded in understanding after the charge was read before Magistrate Mohamad Redza Azhar Rezali |
|
Body-in-bag case: Suspect charged with murder of Suri Narudin in Tampin - Malaymail - 26/12 11:14 am TAMPIN, Dec 26 A 51-year-old man was charged in the Magistrates Court here today with the murder of... |
|
51-year-old man charged with murder of Suri Narudin from Kuching - BorneoPost - 26/12 11:10 am TAMPIN (Dec 26): A 51-year-old man was charged in the Magistrate’s Court here today with the murder of Suri Narudin, whose body was discovered in a bag buried behind a house near Rembau |
|
Mayat wanita dalam beg: Zainizan didakwa bunuh Suri - Sinarharian - 26/12 11:03 am TAMPIN - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Suri Narudin yang mayatnya ditemukan di dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah dekat sini.Zainizan Zainal, 51, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Lelaki itu yang tidak diwakili peguam didakwa membunuh Suri, 53, di kawasan belakang sebuah rumah di Jalan Pedas Linggi, Rembau antara 7 hingga 18 Disember lepas.Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan jaminan terhadap Zainizan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Jan tahun depan untuk laporan forensik serta bedah siasat.Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, mayat yang ditemukan di dalam beg yang ditanam di belakang rumah terbabit dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Disember.Susulan itu, polis menahan dua lelaki berumur 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan sebelum mengesahkan identiti mayat wanita itu ialah Suri berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara |
|
Lelaki didakwa bunuh Suri - FMT - 26/12 11:02 am Zainizan Zainal didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan belakang sebuah rumah di Jalan Pedas Linggi, Rembau antara 7 hingga 18 Dis lepas. |
|
Man charged with Suri Narudins murder - FMT - 26/12 10:56 am Zainizan Zainal nodded to confirm he understood the charge, but no plea was recorded as murder cases fall under the jurisdiction of the High Court. |
|
Suspek utama kematian Suri Narudin didakwa esok - Mgazette - 26/12 8:05 am KUALA LUMPUR - Suspek utama kes pembunuhan Suri Narudin yang mayatnya ditemukan dalam sebuah beg di belakang rumah tinggal di Kampung Batu 4, Pedas, Negeri Sembilan pada 18 Disember lalu, akan dihadapkan ke mahkamah ke esok |
|
Suspek utama kes bunuh Suri dijangka didakwa esok - FMT - 25/12 4:30 pm Suspek dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Tampin esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
|
Main suspect in Suri Narudin murder to be charged on Friday - BorneoPost - 25/12 4:15 pm SEREMBAN (Dec 25): The main suspect in the case of Suri Narudin, whose body was discovered buried in a bag behind a house in Kampung Batu 4, Pedas, here on Dec 18, will be charged in the Tampin Magistrate’s Court on Friday (Dec 26) |
|
Pedas body-in-bag case: Main suspect in Suri Narudin murder to be charged in Tampin tomorrow - Malaymail - 25/12 4:11 pm SEREMBAN, Dec 25 The main suspect in the case of Suri Narudin, whose body was discovered buried in a bag behind... |
|
Main suspect in Suri Narudins murder to be charged tomorrow - FMT - 25/12 4:01 pm Another individual who was arrested by the police will testify as a prosecution witness. |
|
Suspek utama kes Suri dituduh esok - Sinarharian - 25/12 3:51 pm SEREMBAN - Suspek utama dalam kes penemuan mayat Suri Narudin yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, di sini, 18 Disember lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Tampin pada Jumaat.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lelaki berusia 51 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki menyebabkan kematian mangsa."Seorang lagi individu iaitu lelaki berusia 41 tahun yang turut ditahan sebelum ini akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan," katanya dalam kenyataan.Beliau menasihatiorang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses perundangan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.Sebelum ini, Alzafny dilaporkan berkata, mayat yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang rumah tersebutdipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Disember lepas.Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan sebelum mengesahkan identiti mayat wanita itu ialah Suri Narudin, 53, berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara |
|
Family suspected from the outset that body found in bag was Suri, says nephew - BorneoPost - 25/12 1:17 pm REMBAU (Dec 25): The family of the late Suri Narudin suspected from the beginning that the body found in a bag buried behind a house in Pedas was hers, based on clues from the luggage |
|
'Jenazah Suri bersih, cantik dan berseri' - Sukarelawan Skuad Amal Rembau kongsi pengalaman urus jenazah - Sinarharian - 24/12 9:26 pm REMBAU - Meskipun mayat Allahyarham Suri Narudin, 53, disahkan sudah lebih daripada tiga hari ketika ditemui, namun jenazahnya kelihatan bersih dan berseri.Perkara itu dikongsikan oleh sukarelawan Skuad Amal Rembau, Sabariah Mat Deris, 52, yang merupakan antara individu yang menguruskan jenazah wanita itu di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau pada Rabu.Menurutnya, jenazah wanita itu kelihatan seperti baharu saja meninggal dunia."Jenazah arwah bersih, cantik dan berseri |
|
'Keluarga tahu hubungan arwah Suri dengan suspek hanyalah kekasih, bukan suami isteri' - Sinarharian - 24/12 6:52 pm REMBAU - Orang ramai diharap tidak berterusan membuat spekulasi berhubung status Suri Narudin, 53, dengan suspek utama lelaki berusia 51 tahun yang ditahan, 19 Disember lalu.Anak saudara Allahyarham yang mahu dikenali sebagai Syasya, 38, berkata, ibu saudaranya itu telah pun meninggal dunia dan sebaiknya tidak perlu lagi bercakap mengenai perkara tersebut, kerana boleh menimbulkan kekeliruan."Kami harap semua pihak hentikan spekulasi yang boleh mengundang pelbagai kekeliruan."Berhentilah bercakap mengenai isu yang sebenarnya tidak perlu digembar-gemburkan," katanya ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau di sini pada Rabu.Menurutnya, keluarga hanya mengetahui status suspek dengan arwah hanyalah pasangan kekasih dan bukannya suami isteri seperti yang dilaporkan sebelum ini.Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri tiba jam 5.55 petang di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk bertemu keluarga Allahyarham.Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada pihak keluarga sebelum meninggalkan lokasi sekitar jam 6.20 petang.Terdahulu media melaporkan, polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam beg yang ditanam dekat sebuah rumah kosong di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau, adalah Suri Narudin.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilapor berkata, pengesahan identiti itu dilakukan melalui cap jari yang diperolehi dan ia sepadan dengan data yang terdapat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)Beliau turut mengesahkan bahawa laporan analisis daripada Jabatan Kimia Malaysia sudah diterima dan mendapati profil spesimen yang dianalisis menunjukkan hubungan kekeluargaan terdekat dengan sampel DNA daripada waris mangsa.ARTIKEL BERKAITAN: Polis sah mayat wanita dalam beg adalah SuriSuspek utama dibawa ke lokasi penemuan mayat wanita dalam begMayat wanita dalam beg: Penduduk dakwa suspek sudah berkahwin baharu dengan wanita SarawakKeluarga kenal suspek utama, dakwa hanya teman lelaki Suri'Suspek masih ambil anak saya dari sekolah selepas makcik hilang' - Anak saudara SuriMayat wanita dalam beg: Mangsa, suspek dipercayai bertengkar kerana wang |
|
'Saya dah jangka mayat dalam beg itu Mak Su, itulah beg yang selalu Mak Su guna pergi bercuti' - Sinarharian - 24/12 6:14 pm REMBAU Anak saudara kepada wanita yang mati dibunuh dan mayatnya ditemui di dalam beg di sebuah rumah di Rembau pada 18 Disember lalu berkata, dia sudah menjangka mayat berkenaan adalah ibu saudaranya selepas melihat saiz bagasi yang digunakan.Lelaki yang mahu dikenali sebagai Mizan, 41, berkata, jangkaan itu dibuat kerana bagasi berkenaan sering digunakan oleh ibu saudaranya, Suri Narudin, 53 atau Mak Su setiap kali wanita itu pergi bercuti."Bila lihat saiz bagasi itu, saya memang sudah dapat agak |
|
Sah! Mayat dalam beg adalah Suri Narudin - Mgazette - 24/12 5:18 pm KUALA LUMPUR - Polis Negeri Sembilan mengesahkan identiti mayat wanita yang ditemukan dalam beg di sebuah rumah tidak berpenghuni Kampung Batu 4, Rembau pada 18 Disember lalu adalah Suri Narudin |
|
Body found in bag confirmed as missing woman Suri Narudin - Sinardaily - 24/12 2:57 pm SEREMBAN - Police have confirmed the identity of a womans body found inside a bag buried in Rembau last week.Negeri Sembilan police chief Datuk Alzafny Ahmad said the body is that of Suri Narudin, who was reported missing on Dec 8.Identification was confirmed through fingerprint records matching the National Registration Department.Further confirmation was obtained through a deoxyribonucleic acid (DNA) analysis report from the Chemistry Department of Malaysia, Alzafny said in a statement.The DNA report showed a close familial match from a full sibling source.This indicated a very high probability of a relationship, confirming the body as the 53-year-old woman.Alzafny advised the public not to speculate on the case as it could affect the investigation.He urged anyone with information to contact the Rembau district police headquarters.The police chief assured that investigations would be conducted transparently and professionally.The body was found buried behind an unoccupied house in Kampung Batu 4, Pedas, last Thursday.Police initially believed it was linked to a woman reported missing in Ampang, Selangor.Following the discovery, police arrested two men, aged 51 and 41, to assist in the investigation.The men are being investigated under Section 302 of the Penal Code for murder.Suris aunt had lodged a missing person report at the Ampang police station on Dec 15.Police had earlier sought public assistance to locate the missing woman |
|
Police confirm body found in bag is that of Suri Narudin from Kuching, Sarawak - BorneoPost - 24/12 2:53 pm SEREMBAN (Dec 24): The body of a woman found inside a bag buried behind a house in Rembau last Thursday has been confirmed as that of Suri Narudin, who was reported missing since Dec 8 |
|
Cops confirm body found in bag is Suri Narudin - FMT - 24/12 2:16 pm Negeri Sembilan police chief Alzafny Ahmad says fingerprint analysis confirmed the identity, matching records from the national registration department. |
|
Mayat dalam beg disahkan Suri Narudin - FMT - 24/12 2:01 pm Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata pengesahan identiti dibuat hasil padanan cap jari dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). |
|
Pedas body in bag: Police confirm remains are missing woman Suri Narudin - Malaymail - 24/12 2:00 pm KUALA LUMPUR, Dec 24 The woman whose body was discovered inside a bag buried behind a house in Kampung Batu 4, P... |
|
Polis sah mayat wanita dalam beg adalah Suri - Sinarharian - 24/12 1:11 pm REMBAU Teka-teki penemuan mayat seorang wanita di dalam beg di sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 di sini akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan identiti mangsa sebagai Suri Narudin.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pengesahan itu diperoleh hasil pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang dijalankan oleh pihak polis."Satu set cap jari mangsa telah dikemukakan ke Pejabat Pendaftaran Penjenayah Malaysia, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi tujuan semakan."Berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari, pihak polis mengesahkan cap jari berkenaan sepadan dengan rekod dalam Sistem Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) atas nama Suri Narudin yang dilaporkan hilang melalui laporan polis di Balai Polis Ampang pada 15 Disember 2025," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Menurutnya, polis turut menerima laporan analisis DNA (Deoxyribonucleic Acid) daripada Jabatan Kimia Malaysia yang menunjukkan hubungan kekeluargaan dengan ahli keluarga wanita terbabit."Hasil keputusan analisis DNA mendapati, spesimen yang dianalisis menunjukkan hubungan kekeluargaan terdekat iaitu adik-beradik kandung dengan kebarangkalian hubungan yang sangat tinggi."Penemuan ini sekali gus mengukuhkan proses pengesahan identiti mayat sebagai Suri Binti Narudin," katanya.Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau atau mana-mana balai polis berhampiran."PDRM memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus, profesional serta berlandaskan undang-undang," katanya.Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat seorang wanita di dalam beg di sebuah rumah di Rembau pada 18 Disember lalu yang dikaitkan dengan seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.Susulan itu, polis menahan dua lelaki masing-masing di Melaka termasuk suspek di Genting Sempah, Bentong, Pahang untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Identiti wanita itu sebelum ini sukar untuk disahkan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari. |
|
Suspek utama dibawa ke lokasi penemuan mayat wanita dalam beg - Sinarharian - 22/12 6:50 pm SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Siasatan kes penemuan mayat seorang wanita di dalam beg di sebuah rumah di Kampung Batu 4 di Jalan Pedas-Linggi, Rembau hampir lengkap.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, setakat ini hanya dua suspek lelaki berusia 41 dan 51 tahun yang ditahan dalam kes ini."Tiada lagi suspek yang akan ditahan setakat ini, kemungkinan perbuatan itu mungkin suspek utama saja yang lakukan," katanya dihubungi pemberita pada Isnin.Sementara itu, beliau memberitahu polis telah membawa suspek ke tempat penemuan mayat terbabit pada malam Ahad untuk melengkapkan bukti siasatan.Bagaimanapun katanya, tiada barangan yang dirampas di lokasi."Siasatan masih sedang dilakukan dan kami mahu memastikan tiada kelompongan sebelum diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri,"katanya.Mengulas mengenai Ujian asid deoksiribonukleik (DNA), beliau berkata, kebiasaannya keputusannya mengambil masa dua hingga tiga bulan sebelum diperolehi.Namun jelas beliau, pihaknya cuba untuk meneruskan pendakwaan walaupun tiada keputusan DNA bagi pengesahan identiti dengan mengambil kira keterangan suspek, saksi dan hasil siasatan."Ini kes yang mendapat perhatian, kami cuba teruskan pendakwaan. Bagaimanapun, kami perlukan juga laporan DNA itu bagi mengukuhkan pendakwaan," katanya.Sementara itu tinjauan Sinar Harian di lokasi malam Ahad mendapati, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz yang dipercayai membawa suspek utama dilihat memasuki kawasan lokasi kejadian kira-kira jam 7.30 malam.Bagaimanapun, wartawan yang berada di lokasi tidak dibenarkan mengambil gambar serta dinasihatkan supaya tidak berada di lokasi.Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat seorang wanita di dalam beg di rumah terbabit pada 18 Disember lalu dikaitkan dengan seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.Susulan itu, polis menahan dua lelaki masing-masing di Melaka termasuk suspek di Genting Sempah, Bentong, Pahang untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Sehingga kini Identiti wanita itu belum dapat disahkan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari. |
|
Mayat wanita dalam beg: Penduduk dakwa suspek sudah berkahwin baharu dengan wanita Sarawak - Sinarharian - 22/12 7:32 am REMBAU - Penduduk yang tinggal berhampiran lokasi penemuan mayat seorang wanita di dalam begdi sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 di sini, mendakwa ada melihat suspek utama di kawasan itu beberapa hari sebelum kejadian.Lelaki yang dikenali sebagai Rahim, 63, berkata, suspek berusia 51 tahun yang dipanggil 'adik' itu, datang menyapanya di rumah pada 11 Disember lalu."Saya tengah kemaskan pokok di kawasan rumah, tiba-tiba dia datang bersalam dan kami sempat berborak, katanya sudah lama tak jumpa saya."Dia beritahu pulang ke rumah ibunya untuk berkemas kerana rumah itu sudah lama kosong," katanya ditemui Sinar Harian pada petang Ahad.Menurutnya, dia turut bertanya mengenai isteri suspek dan lelaki itu memaklumkan sudah lama berpisah, namun telah berkahwin baharu dengan wanita Sarawak.Ujar Rahim, ketika itu dia sempat mencadangkan kepada suspek supaya membawa isteri tinggal di rumah pusaka ibunya saja, namun suspek memaklumkan isterinya sering 'terbang'."Waktu itu muka suspek biasa saja, tidak kelihatan mencurigakan dan saya sempat bergurau dengannya."Setakat yang saya kenal suspek, dia baik orangnya dan penduduk kampung panggilnya adik kerana dia anak bongsu," ujarnya.Tambahnya, berita mengenai penemuan mayat di rumah terbabit sememangnya mengejutkan penduduklebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan suspek yang peribadinya dikenali sebagai orang baik.Ini kerana katanya, beberapa hari sebelum penemuan mayat tersebut, suspek dilihat minum di sebuah kedai makan berhampiran kolam memancing berhampiran, selain ada meminta sebut harga untuk membuat pagar rumah ibunya."Ada juga penduduk beritahu nampak sebuah kereta Proton Saga FLX di lokasi sekitar jam 8 pagi pada 12 Disember itu, tapi suspek tidak kelihatan."Cumanya yang cerita dia ada berjumpa dengan suspek di kolam untuk bagi sebut harga pagar, tapi suspek kelihatan tergesa-gesa nak pergi," katanya.Rahim berkata, kali terakhir suspek dilihat mempunyai rambut, bukannya botak seperti mana ketika dia direman.Warga emas itu turut memaklumkan yang lokasi penemuan mayat tersebut merupakan rumah arwah kakak suspek manakala rumah ibunya turut berada dekat situ.Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat seorang wanita di dalam beg di rumah terbabit pada 18 Disember lalu dikaitkan dengan seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.Susulan itu, polis menahan dua lelaki masing-masing di Melaka termasuk suspek di Genting Sempah, Bentong, Pahang untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Sehingga kini Identiti wanita itu belum dapat disahkan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari. |
|
We trusted him: Family says Pedas murder suspect picked up kids like nothing happened after killing - Malaymail - 21/12 11:58 am SHAH ALAM, Dec 21 The family of Suri Narudin, who is believed to be the woman whose body was found in a bag at a... |
|
Keluarga kenal suspek utama, dakwa hanya teman lelaki Suri - Sinarharian - 21/12 10:18 am SHAH ALAM Keluarga Suri Narudin mengakui terkejut apabila lelaki yang kini disyaki sebagai suspek utama dalam kes kehilangan wanita itu merupakan individu yang pernah diberikan kepercayaan penuh oleh mereka.Anak saudara mangsa, Sasha, 38, berkata, suspek berusia 51 tahun itu sudah lama mengenali keluarga sejak kira-kira enam tahun lalu dan tidak pernah menimbulkan sebarang syak wasangka sebelum kejadian berkenaan.Menurutnya, kepercayaan itu termasuk mengamanahkan lelaki berkenaan menguruskan hal melibatkan kanak-kanak dalam keluarga."Saya sendiri membayar dia untuk menjemput anak-anak saya dari sekolah kerana kami percaya dan selesa dengan kehadirannya," katanya ketika ditemui pada Sabtu |
|
'Suspek masih ambil anak saya dari sekolah selepas makcik hilang' - Anak saudara Suri - Sinarharian - 21/12 9:09 am SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Keluarga Suri Narudin mendedahkan suspek utama dalam kes kehilangan wanita itu merupakan individu yang sudah lama dikenali dan dipercayai oleh keluarga.Anak saudara mangsa yang mahu dikenali sebagai Sasha, 38, berkata, lelaki berusia 51 tahun itu sudah berkenalan dengan keluarga sejak kira-kira enam tahun lalu dan sebelum ini disifatkan sebagai seorang yang berkelakuan baik serta disenangi kanak-kanak.Menurutnya, suspek turut pernah diamanahkan mengurus hal keluarga termasuk mengambil kanak-kanak dari sekolah."Saya membayar dia untuk menjemput anak-anak saya dari sekolah dan selepas makcik saya hilang, dia masih datang mengambil dua anak perempuan saya seperti biasa."Ketika itu kami tidak mengesyaki apa-apa kerana dia bertindak seolah-olah tiada apa yang berlaku," katanya pada Sabtu.Sasha berkata, kali terakhir dia bertemu ibu saudaranya itu adalah pada 5 Disember lalu sebelum mereka hanya berhubung melalui media sosial.Katanya, usaha menghubungi mangsa gagal bermula 8 Disember dan perkara itu menimbulkan kebimbangan keluarga kerana Suri dikenal pasti aktif di media sosial dan lazimnya memberi maklum balas segera setiap kali dihubungi.Menurut Sasha, kecurigaan mula timbul apabila suspek memberikan penjelasan yang tidak konsisten apabila ditanya mengenai keberadaan mangsa."Dia memberitahu makcik saya dihantar orang lain ke lapangan terbang dan cerita itu berubah-ubah," katanya.Mengulas laporan yang menyatakan mangsa dan suspek adalah pasangan suami isteri, Sasha menegaskan dakwaan itu tidak tepat."Sehari selepas saya membuat laporan polis, anak suspek juga membuat laporan polis dan dalam laporan itu menyatakan mereka sudah berkahwin."Namun berdasarkan pengetahuan keluarga, mereka tidak pernah berkahwin dan hanya teman lelaki," katanya.Sasha berkata, hubungan mangsa dan suspek rapat dan mangsa sering berkongsi cerita peribadi, namun kebanyakannya berkaitan isu biasa dalam perhubungan.Mengulas kemungkinan berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek, Sasha berkata, perkara itu ada berlaku namun tidak pernah berada pada tahap serius.Ada perselisihan faham sekali sekala, mungkin berkaitan kewangan, tetapi saya tidak berani mengulas lebih lanjut."Makcik saya jarang berkongsi masalah besar, cuma sesekali mengadu apabila berlaku pertengkaran kecil," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, mayat wanita berkenaan disyaki berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor.Susulan laporan tersebut, pada 18 Disember, satu laporan diterima di Balai Polis Pedas, Rembau, sebelum pihak polis bergegas ke sebuah rumah di Jalan PedasLinggi untuk pemeriksaan dan menemui sebuah beg berisi mayat seorang wanita yang ditanam.Berikutan itu, pada hari yang sama, polis telah menahan seorang lelaki di Melaka yang disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan mayat wanita tersebut.Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 25 Disember bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
|
Mayat wanita dalam beg: Polis buru tiga lagi individu - Sinarharian - 20/12 5:42 pm SEREMBAN Polis masih memburu sekurang-kurangnya tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat seorang wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau, Khamis lalu.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, setakat ini keterangan daripada ramai saksi telah diambil bagi membantu siasatan dan menjejaki suspek yang masih bebas.Menurutnya, usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan susulan penahanan dua lelaki berkaitan kes berkenaan.Dalam perkembangan sama, suspek utama berusia 51 tahun direman tujuh hari bermula Sabtu selepas perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurul Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret di sini.Suspek berkenaan dibawa polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau dan tiba di mahkamah kira-kira jam 9.45 pagi diiringi peguam, Sean Dudley.Muhammad Idzam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Beliau sebelum ini memaklumkan bahawa lelaki terbabit ditahan di kawasan Genting Sempah, kurang 24 jam selepas penahanan seorang lagi suspek berusia 41 tahun di Melaka, yang kini direman sehingga Khamis.Dalam pada itu, identiti sebenar mayat wanita yang ditemukan masih belum dapat dikenal pasti berikutan keadaan jasad yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari."Identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana keadaan mayat yang sudah mereput. Sampel asid deoksiribonukleik (DNA) beberapa ahli keluarga telah diambil bagi membantu proses pengecaman," katanya.Selain itu, Muhammad Idzam berkata, siasatan awal turut mengesyaki rumah yang menjadi lokasi penemuan mayat berkenaan mempunyai kaitan dengan suspek utama yang juga seorang penganggur, namun perkara itu masih belum dapat disahkan setakat ini.Kes berkenaan terus disiasat dari pelbagai sudut sementara polis mempergiat usaha mengesan suspek lain yang dipercayai terlibat.Sementara itu, Polis Daerah Ampang sebelum ini turut memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu, bagi membantu siasatan kes terbabit |
|
Mayat wanita dalam beg: Mangsa, suspek dipercayai bertengkar kerana wang - Sinarharian - 20/12 4:06 pm SEREMBAN [DIKEMAS KINI] Kejadian penemuan mayat seorang wanita yang ditanam di dalam beg di sebuah rumah kosong berhampiran Kampung Batu 4, Pedas, Rembau, Khamis lalu dipercayai berpunca daripada pertengkaran melibatkan isu kewangan.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek utama dipercayai terlibat dalam pertengkaran sebelum kejadian berlaku.Menurutnya, konflik tersebut dikatakan berpunca apabila mangsa dipercayai meminta wang daripada suspek."Suspek utama yang ditahan di Genting Sempah semalam baru sahaja direman pagi ini, justeru proses soal siasat masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian."Bagaimanapun, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek, dipercayai berkaitan permintaan wang oleh mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan dari pelbagai sudut bagi mendapatkan gambaran lengkap berhubung punca kejadian, termasuk kemungkinan motif lain yang berkaitan.Dalam perkembangan berkaitan, sebelum ini polis telah menahan dua lelaki masing-masing di Melaka dan Genting Sempah susulan penemuan mayat seorang wanita yang ditemui di dalam beg dan ditanam di sebuah rumah kosong di kawasan berkenaan.Sementara itu, Polis Daerah Ampang sebelum ini turut memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu, bagi membantu siasatan kes terbabit. |
|
Ibu jaga kami semasa hidup hingga meninggal dunia - Sinarharian - 20/12 9:30 am GUA MUSANG "Ibu jaga kami semasa hidup hingga meninggal dunia."Demikian luahan pilu Nor Amni Faqihah Mohd Rizlan, 20, anak kedua daripada lima beradik yang kehilangan ibu tersayang, Rohaya Jaafar, 42, dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan lori pada 15 Mei lalu.Menurut Nor Amni, ibunya hanya seorang suri rumah namun tidak pernah menyangka pemergiannya telah melayakkan mereka adik-beradik menerima manfaat sebanyak RM158,400 daripada hasil menyimpan di Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) Plus, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Katanya, arwah ibu telah membuka akaun tersebut untuk dirinya serta dua adik lelaki, Mohamad Darish Haziq, 14, dan Mohamad Dayyan Harraz, 9, pada 26 Disember tahun lalu."Dua lagi adik-beradik kami telah meninggal dunia, abang sulung pada 2021 akibat kemalangan ketika berusia 17 tahun, manakala adik bongsu pada 2022 ketika berusia sembilan bulan disebabkan sakit paru-paru."Ibu sanggup mengorbankan duit belanja diberikan oleh ayah yang bekerja sebagai pemandu lori dengan membuka akaun di bawah pakej Intan, dengan komitmen RM30 sebulan bagi setiap akaun, iaitu RM20 simpanan dan RM10 caruman takaful |
|
'Saya yakin itu jasad Suri, dia kenal suspek' - Rakan baik - Sinarharian - 19/12 6:52 pm SHAH ALAM "Saya yakin itu jasad Suri. Suspek juga ialah orang yang dikenali oleh Suri."Demikian kata rakan baik mangsa, Mac Ruhayu Mohd Nor, ketika mengulas penemuan mayat seorang wanita yang ditemukan di dalam sebuah beg di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Rembau, Negeri Sembilan pada Khamis.Sebelum itu, satu laporan berhubung kehilangan Suri Narudin, 53, sejak 8 Disember telah dibuat di Balai Polis Ampang oleh ibu saudaranya.Menurut Ruhayu, kakak kandung Suri telah hadir di Hospital Rembau bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA)."Maklumat awal daripada pihak hospital memaklumkan bahawa keputusan ujian DNA tersebut akan mengambil masa antara dua minggu hingga empat bulan."Bedah siasat telah selesai dan kami juga perlu menunggu laporan rasmi daripada pihak polis," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Tambah Ruhayu, beliau turut akan bertemu dengan keluarga Suri untuk berbincang mengenai tindakan seterusnya.Setakat ini, tiada pengesahan rasmi berhubung identiti mayat wanita yang ditemui itu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata mayat wanita berkenaan disyaki berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor.Susulan laporan tersebut, pada 18 Disember, satu laporan diterima di Balai Polis Pedas, Rembau, sebelum pihak polis bergegas ke sebuah rumah di Jalan PedasLinggi untuk pemeriksaan dan menemui sebuah beg berisi mayat seorang wanita yang ditanam.Berikutan itu, pada hari yang sama, polis telah menahan seorang lelaki di Melaka yang disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan mayat wanita tersebut.Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 25 Disember bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
|
Polis belum sah mayat dalam beg adalah Suri - Sinarharian - 19/12 4:41 pm REMBAU Walaupun polis masih belum mengesahkan mayat wanita yang ditemukan di dalam beg di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, di sini, adalah milik Suri, namun kenalan dan ahli keluarganya kelihatan hadir di Unit Perubatan Forensik Rembau pada Jumaat.Seorang wanita yang dikenali sebagai Jue, 53, berkata, Suri merupakan rakan sekampungnya di Kuching, Sarawak dan mereka bersama-sama datang ke Semenanjung untuk bekerja."Tetapi Suri yang datang dahulu ke Semenanjung, kemudian barulah saya sebelum masing-masing membawa haluan sendiri."Kami sekampung dan rapat sejak zaman muda. Dia sangat disayangi rakan-rakan kerana suka membantu serta pemurah."Jika betul itu (mayat) Suri, saya kehilangan seorang kawan yang pemurah dan suka membantu," katanya kepada pemberita.Sebelum ini, media melaporkan polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita bernama Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.Polis menerima laporan kehilangan wanita itu di Balai Polis Ampang.Bagaimanapun, Jue enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut kerana proses pengecaman belum dibuat bagi mengesahkan mayat yang ditemui itu adalah rakannya yang dilaporkan hilang sebelum ini.Tambahnya lagi, laporan polis dibuat oleh anak saudara mangsa yang berusia 30 tahun dan bukannya ibu saudara seperti yang dilaporkan media sebelum ini.Sementara itu, pemberita difahamkan proses bedah siasat terhadap mayat yang ditemui terbabit telah selesai.Namun, sehingga jam 4 petang tadi, belum ada proses pengecaman mayat dibuat oleh mana-mana ahli keluarga.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Izham Jaafar berkata, lelaki yang ditahan disyaki merupakan rakan kepada beberapa individu yang dikenal pasti terbabit dalam kes penemuan mayat wanita itu.Menurutnya, berdasarkan siasatan, suspek berkenaan berkemungkinan mengenali mangsa dan setakat ini polis belum mempunyai maklumat sama ada dia terlibat secara langsung atau tidak dalam kes itu."Lelaki ini juga memiliki enam rekod jenayah lampau termasuk dadah dan polis percaya terdapat beberapa individu lain yang turut terlibat dalam kes berkenaan," katanya. |
|
Dulu takut ditipu, kini anak muda yakin beli kereta terpakai - Sinarharian - 19/12 9:30 am SHAH ALAM - Suatu ketika dahulu, membeli kereta terpakai dianggap seolah-olah mempertaruhkan nasib antara mendapatkan kenderaan idaman hati atau menanggung beban besi tua yang hanya berkilat dari luaran.Ramai pembeli pernah terpedaya dengan janji manis kononnya kereta terpakai yang dibeli dalam keadaan terbaik serta baru servis tetapi malangnya enjin mula meragam hanya seminggu selepas diserahkan dan apabila diperiksa rupa-rupanya kenderaan itu pernah terlibat kemalangan.Kekeliruan awam mengenai proses jual beli dan kurangnya maklumat tentang hak pengguna menjadikan urusan membeli kereta terpakai sangat berisiko tinggi.Pembeli juga turut berdepan dengan kemungkinan menjadi mangsa scam apabila transaksi dilakukan dengan penjual tidak berdaftar dan tidak hairanlah waktu itu ramai masih skeptikal setiap kali mendengar istilah kereta terpakai.Namun, landskap itu kini berubah dengan kemunculan platform jual beli automotif digital seperti CARSOME yang membawa pengalaman yang lebih telus, selamat dan mudah kepada pengguna yang semakin celik teknologi.Seorang mahasiswa universiti yang juga pekerja gig separuh masa, Muhammad Hakim Muhamad Hazam Muddin, 22, dari Taman Melawati misalnya membeli kereta terpakai sebagai kereta pertamanya secara dalam talian bagi memudahkan urusan hariannya.Kisah seperti ini menunjukkan perubahan cara rakyat Malaysia melihat kereta terpakai kerana keputusan untuk membeli kereta terpakai sekarang bukan lagi seolah-olah memperjudikan nasib atau menjadi pilihan kedua sebaliknya menjadi satu alternatif bijak dalam keadaan ekonomi yang mencabar.Pandangan berubahPakar automotif, Hezeri Samsuri berkata, pandangan terhadap kereta terpakai berubah disebabkan kesedaran dan kepercayaan terhadap platform e-dagang automotif seperti CARSOME yang semakin meningkat.Beliau menegaskan, ia kerana platform jual beli kenderaan digital tersebut beroperasi dengan piawaian ketat serta dokumentasi lengkap selain apa yang lebih penting waranti turut ditawarkan kepada pembeli seumpama membeli kereta baharu."Piawaian ketat dan dokumentasi lengkap ini menjadikan proses pembelian kereta terpakai lebih telus, selamat dan mudah kerana ia bukanlah hanya janji mulut |
|
Carum RM30 sebulan, waris pendeposit Simpan SSPN Plus terima manfaat .. - Mgazette - 19/12 8:03 am # Carum RM30 sebulan, waris pendeposit Simpan SSPN Plus terima manfaat RM158,400 GUA MUSANG - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyantuni waris kepada seorang pendeposit Simpan SSPN Plus, Allahyarhamah Rohaya Jaafar yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, 15 Mei lalu |
|
Hilang sejak 15 Disember, mayat dalam beg di rumah kosong dipercayai Suri - Sinarharian - 18/12 9:13 pm REMBAU - Polis mengesahkan penemuan satu mayat wanita di dalam sebuah beg di sebuah rumah yang tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini pada Khamis.Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, mayat wanita berkenaan disyaki berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor pada 15 Disember lalu."Susulan daripada laporan tersebut, pada 18 Disember (Khamis) satu laporan diterima di Balai Polis Pedas, Rembau."Bertindak atas maklumat, polis telah pergi ke sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi untuk pemeriksaan lanjut dan telah mengesan unsur-unsur berlakunya perlakuan jenayah di kawasan belakang rumah tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Menurutnya, pemeriksaan lanjut telah menjumpai satu beg mengandungi mayat seorang perempuan yang ditanam.Beliau berkata, polis kini sedang giat menjalankan siasatan dan usaha mengesan individu yang disyaki terlibat dalam kes ini.Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline ibu pejabat polis daerah rembau di talian 06-6852222.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kehilangan Suri Narudin, 53, daripada ibu saudaranya."Wanita berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung kehilangan anak saudaranya."Kita telah membuka kertas siasatan, kes diklasifikasikan Orang Hilang, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan wanita itu," katanya. |
|
Polis mohon bantuan orang ramai kesan Suri - Sinarharian - 17/12 7:22 pm AMPANG - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kehilangan Suri Narudin, 53, daripada ibu saudaranya."Wanita berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung kehilangan anak saudaranya."Kita telah membuka kertas siasatan, kes diklasifikasikan Orang Hilang, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan wanita itu," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Terdahulu, tular rakaman video penyanyi Mac Ruhayu memohon bantuan orang ramai mengesan rakannya yang dilaporkan hilang dan gagal dihubungi itu. |
|
Suri rumah sanggup gadai barang kemas akhirnya rugi RM131,000 terpedaya tawaran pelaburan - Sinarharian - 15/12 10:45 am GOMBAK Terpengaruh dengan tawaran pelaburan di satu aplikasi dalam talian, seorang suri rumah sanggup menggadai barangan kemas, sebelum menyedari dirinya diperdaya sehingga mengalami kerugian lebih RM131,000.Menurut sumber, mangsa berusia 37 tahun itu ketika berada di rumahnya di Batu Caves pada hujung bulan lalu ternampak satu iklan pelaburan di aplikasi itu yang menjanjikan pulangan lumayan."Mangsa yang berminat kemudian menghubungi seorang lelaki untuk melabur sebelum diberi satu ujian kononnya bagi melayakkan dirinya menjadi pelabur syarikat terbabit."Wanita itu turut membuka akaun pelaburan melalui pautan yang diberikan bagi memudahkan urusan pelaburan," katanya.Sumber berkata, sejak itu mangsa membuat beberapa pemindahan wang ke akaun bank berbeza menggunakan wang hasil menggadai barangan kemas miliknya."Suspek bagaimanapun terus meminta mangsa membuat pelaburan tambahan walaupun dia sudah kehabisan wang sebelum mangsa bertanya bila pulangan akan diterima."Sejak itu, suspek memberi pelbagai alasan dan sehingga kini wang yang dilaburkan tidak dipulangkan," katanya.Mangsa telah tampil membuat laporan di Balai Polis Selayang pada Ahad untuk tindakan lanjut.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi pada Isnin mengesahkan menerima laporan berkenaan."Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan |
|
Lelaki Bangladesh rogol remaja hingga hamil direman seminggu - Sinarharian - 9/12 2:50 pm NILAI - Lelaki warga Bangladesh yang didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun sehingga hamil, direman tujuh hari bermula pada Selasa.Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 31 tahun itu dikeluarkan Majistret Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret Seremban."Reman terhadap suspek bermula 9 hingga 15 Disember dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anaknya berusia 16 tahun yang disangka hanya sakit perut biasa rupa-rupanya sedang mengandung.Perkara itu diketahui suri rumah terbabit ketika membawa anaknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sini.Dia kemudiannya membuat laporan polis pada Mei lalu kerana mengesyaki anaknya telah dirogol di tempat kerja oleh rakan sekerja mangsa iaitu warga Bangladesh.Susulan itu, polis menahan suspek berusia di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 11.44 pagi pada Isnin. |
|
MP Padang Serai didakwa bersubahat rasuah projek ternakan lembu Kedah - Mgazette - 8/12 3:55 pm # MP Padang Serai didakwa bersubahat rasuah projek ternakan lembu Kedah SHAH ALAM Ahli Parlimen Padang Serai hari ini didakwa atas satu pertuduhan bersubahat menerima rasuah berkaitan projek usaha sama penternakan lembu milik Kerajaan Negeri Kedah, lima tahun lalu |
|
Kaki palsu dan celebral palsy: Dua graduan OKU UIAM raih pengiktirafan... - Mgazette - 7/12 7:49 am # Kaki palsu dan celebral palsy: Dua graduan OKU UIAM raih pengiktirafan tertinggi GOMBAK - Dua graduan Orang Kelainan Upaya (OKU) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membuktikan kekurangan fizikal bukan penghalang mencapai kecemerlangan apabila masing-masing menerima anugerah khas pada Majlis Konvokesyen UIAM ke-41 di sini hari ini |
|
Banjir kilat: Tak sampai seminggu, mangsa banjir kembali ke PTS - Mgazette - 6/12 7:35 am # Banjir kilat: Tak sampai seminggu, mangsa banjir kembali ke PTS BATU PAHAT - "Belum habis penat mencuci rumah akibat banjir air pasang minggu lalu, kejadian serupa berlaku lagi kali ini dengan paras air agak tinggi kira-kira 0.5 meter |
|
Profesor UTeM nafi seleweng dana persatuan staf akademik - Mgazette - 6/12 7:35 am # Profesor UTeM nafi seleweng dana persatuan staf akademik MELAKA Seorang profesor yang juga pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan dana persatuan universiti berkenaan pada Februari lalu |
|
Buat baik dibalas jahat - Sinarharian - 4/12 8:02 am AMPANG Seorang suri rumah yang menumpangkan wanita warga Myanmar di rumahnya menanggung kerugian apabila individu itu dipercayai melarikan barangan berharga termasuk wang tunai RM4,500 di Taman Permai Jaya di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid, berkata, mangsa berusia 29 tahun menerima panggilan daripada anak perempuannya yang memaklumkan telefon bimbit, beg bagasi berisi pakaian dan wang tunai hilang disyaki dicuri oleh suspek."Mangsa mengenali suspek berusia 18 tahun sejak tiga bulan lalu dan telah menumpangkannya di rumah kerana wanita itu tiada tempat tinggal."Kejadian berlaku ketika mangsa tiada di rumah, suspek memasuki bilik tidur utama dan melarikan barang tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Khairul Anuar berkata, pihaknya telah menahan suspek di Taman Nirwana di sini pada Isnin."Kita turut merampas telefon bimbit, pakaian serta beg bagasi bagi membantu siasatan."Suspek direman empat hari bermula Selasa hingga Jumaat |
|
Shopee raikan kejayaan affiliate wanita sempena 10 tahun - Sinarharian - 3/12 2:35 pm KUALA LUMPUR Bersempena sambutan ulang tahun ke-10, Shopee terus melangkah ke hadapan dalam usaha memperkasa wanita dalam dunia perdagangan digital.Melalui Program Affiliate Shopee, ramai pencipta kandungan wanita dari seluruh negara bukan sahaja menjana pendapatan fleksibel, malah membina keyakinan, kreativiti serta komuniti sokongan yang memberi inspirasi.Antara kisah yang menonjol ialah perjalanan Sabrinabeautyhub dan Erawan1308; dua wanita yang menemui peluang baharu pada saat mereka paling memerlukannya.Dari kerja sampingan ke karier sepenuh masaBagi Sabrinabeautyhub, kebebasan kewangan terasa seperti impian yang jauh |
|
Rumah Ronald McDonald beri teduhan kepada keluarga pesakit - Sinarharian - 2/12 9:30 am KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal bersama anak perempuannya akan menaiki feri sekitar 20 minit dari Pasir Kelang ke Pasir Era, Kuala Krai menyeberangi Sungai Kelantan, kemudian menaiki kereta hampir tiga jam ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) di sini.Rutin tersebut perlu dilalui setiap hari oleh Nur Haniza Arifin, 45, apabila Nur Adawiyah Awang, 17, perlu menjalani fisioterapi selepas mengalami ke cederaan serius akibat kemalangan langgar lari pada tahun 2023 lalu sehingga menyebabkan anak ketiga daripada lima beradik itu koma selama lapan bulan.Menurut suri rumah itu, rawatan tersebut perlu dilakukan selama tiga hingga empat hari dalam masa seminggu dan ia bukan sahaja memenatkan malah memakan belanja yang besar namun demi anak tersayang ia terpaksa dilalui."Semuanya menjadi mudah dan menjimatkan kos apabila diberi peluang untuk menetap di Rumah Ronald McDonald (RMH) |
|
Warga kota disantuni Gelombang Merah - Sinarharian - 2/12 9:00 am KUALA LUMPUR Wajah baharu Sinar Harian disambut meriah menerusi program turun padang Gelombang Merah di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang pada Isnin, sebagai usaha menyantuni warga kota sejak awal pagi.Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, program itu membawa pendekatan lebih dekat dengan masyarakat melalui pemberian akhbar, nasi lemak dan roti percuma kepada orang ramai."Sambutan yang diterima sangat menggalakkan |
|
Banjir termenung lambat surut gusar lapan kampung terjejas - Sinarharian - 1/12 4:55 pm PASIR MAS Penduduk di lapan kampung dalam Mukim Pohon Tanjung di sini berdepan banjir termenung yang lambat surut meskipun hujan sudah berhenti sejak tiga hari lalu.Kampung terbabit ialah Bakong, Pohon Tanjung, Gading, Banggol Poyok, Siram, Merbau, Kubang Pak Hitam dan Cenerai yang masih digenangi air pada paras 0.4 meter hingga lebih satu meter.Di Kampung Kubang Pak Hitam, suri rumah Khadijah Daud, 54, berkata air naik sehingga hampir dua meter di pekarangan rumahnya yang dibina dengan tiang tinggi sehingga memaksa beliau bersama suami dan dua anak berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)."Dua hari lepas saya keluar guna bot, meredah air di tengah bendang hampir tiga kilometer untuk sampai ke PPS," katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjung di sini pada Isnin.Menurut ibu lima anak itu, keadaan banjir termenung tersebut berlaku apabila air dari Sungai Lanchang, Tersang dan aliran sekitarnya turun ke kawasan rendah di kampung berkenaan sebelum mengalir ke Sungai Golok yang sudah melimpah |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |