| /// |
|
| Search : Sungai Besar News | Page 1 |
|
UEC: Lepasan tahfiz sudah lama masuk IPTA guna SPM – Amar... - Mygazette - 16/05 3:25 pm # UEC: Lepasan tahfiz sudah lama masuk IPTA guna SPM - Amar Abdullah KUALA LUMPUR Lepasan tahfiz sudah lama mengikuti Kurikulum Kebangsaan serta menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) |
|
UEC belum diiktiraf sepenuhnya, MCA desak DAP tunaikan janji lama UEC .. - Mygazette - 16/05 3:25 pm # UEC belum diiktiraf sepenuhnya, MCA desak DAP tunaikan janji lama KUALA LUMPUR MCA menyifatkan pengumuman terbaharu kerajaan berhubung laluan kemasukan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke universiti awam masih jauh daripada janji pengiktirafan penuh yang pernah dibawa DAP dan Pakatan Harapan sebelum ini |
|
TH sedia sofa bed, kemudahan masyair lebih selesa untuk jemaah haji - Mygazette - 16/05 3:25 pm # TH sedia sofa bed, kemudahan masyair lebih selesa untuk jemaah haji Penggunaan sofa bed ini membolehkan jemaah duduk atau berbaring mengikut keselesaan di tempat masing-masing, selain tidak perlu lagi berebut tempat mengecas telefon seperti yang berlaku sebelum ini |
|
KPM hapuskan sistem perekodan kokurikulum secara manual - Mygazette - 16/05 3:25 pm # KPM hapuskan sistem perekodan kokurikulum secara manual IPOH Sistem perekodan kokurikulum guru secara manual dihapuskan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengurangkan beban tugas warga pendidik |
|
Perbincangan berkenaan UEC sudah puluhan tahun ??? Anwar - Mygazette - 16/05 3:25 pm # Perbincangan berkenaan UEC sudah puluhan tahun Anwar IPOH Keputusan Kabinet dalam membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melibatkan siri perbincangan yang berlangsung kira-kira 40 tahun yang lalu |
|
UEC ke IPTA: Jamal gesa UMNO keluar daripada kerajaan - Mygazette - 16/05 3:25 pm # UEC ke IPTA: Jamal gesa UMNO keluar daripada kerajaan KUALA LUMPUR UMNO Bahagian Sungai Besar gesa semua kepimpinan parti Melayu itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya benar kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) secara rasmi |
|
Isu UEC: SPM akan hilang nilai standard pendidikan utama negara Haim - Sinarharian - 16/05 3:20 pm ALOR SETAR Keputusan menerima kelayakan Unified Examination Certificate (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berpotensi memberi kesan besar terhadap kedudukan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai standard utama pendidikan negara.Exco Pengajian Tinggi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berkata, pengiktirafan berkenaan walaupun dengan syarat tertentu seperti kredit Bahasa Melayu dan lulus Sejarah, boleh memberi implikasi jangka panjang terhadap sistem pendidikan kebangsaan.Menurutnya, hal ini boleh mendorong lebih ramai pelajar memilih laluan alternatif berbanding sistem SPM yang menjadi asas pendidikan negara ketika ini."Lebih membimbangkan, kemasukan UEC ke IPTA akan mencipta insentif besar untuk lebih ramai meninggalkan arus pendidikan nasional |
|
'Guru sekarang kena banyak bersabar' - Tokoh Guru Kebangsaan - Sinarharian - 16/05 3:09 pm IPOH - Guru pada masa kini perlu memiliki tahap kesabaran yang tinggi dalam mendidik pelajar selari dengan cabaran pendidikan yang semakin kompleks.Itu antara pesanan ikhlas penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2026, Abdul Rashid Bakar, 64, buat warga pendidik, khususnya golongan guru muda yang berhadapan dengan cabaran dunia pendidikan moden.Bekas guru Kimia dari Melaka High School atau kini dikenali Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka itu berkata, kerjaya sebagai guru memerlukan kekuatan jiwa yang besar kerana tugas utama mereka adalah membentuk insan, bukan sekadar menghabiskan silabus pembelajaran."Cabaran sekarang saya tahu memang berbeza berbanding zaman 80-an atau 90-an |
|
Subsidi bersasar perlu lebih holistik, bukan ikut kategori T20 - Sinarharian - 16/05 2:39 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak mengklasifikasikan secara ketat kumpulan pendapatan seperti T20 dalam merangka dasar subsidi.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pihaknya mengelak penggunaan klasifikasi tersebut kerana ia tidak mencerminkan realiti sebenar ekonomi secara menyeluruh.Menurut beliau, pendekatan yang lebih luas dan holistik diperlukan dalam perbincangan berterusan mengenai penyasaran subsidi."Saya tidak pernah menggunakan terma T sana, T sini kerana pada pandangan Kementerian Ekonomi, perkara ini lebih relevan jika dilihat secara menyeluruh."Perbandingan ini bukan hanya dari segi pendapatan, tetapi juga melibatkan perbelanjaan asas dan sebagainya," katanya.Beliau ditemui pada majlis perasmian Kerjasama Strategik Kementerian Ekonomi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di bawah Program Inisiatif Pendapatan Rakyat-Inisiatif Usahawan Makanan (IPR-Insan) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini pada Sabtu.Akmal Nasrullah berkata, langkah mitigasi dan intervensi akan terus dilakukan dari semasa ke semasa memandangkan tekanan ekonomi dijangka berterusan selagi konflik global belum menemui penyelesaian."Kita tahu selagi konflik itu tidak selesai, beban yang perlu dipikul bersama akan terus meningkat."Sebab itu langkah mitigasi dan intervensi perlu dilakukan dari semasa ke semasa," katanya.Ditanya mengenai pertemuan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dengan rakan sejawatannya, Xi Jinping, Akmal Nasrullah berkata, sebarang perkembangan di peringkat global termasuk hubungan antara kuasa besar dunia sentiasa dipantau.Ujar beliau, keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk memastikan ketahanan ekonomi negara kekal stabil."Apa jua perkembangan yang berlaku pada masa ini di peringkat global, pastinya kami berharap agar keadaan menjadi reda."Untuk Malaysia, kami perlu memastikan kesinambungan bekalan bahan api dan barangan input lain supaya daya tahan ekonomi negara dapat dipertahankan sebaik mungkin."Tetapi untuk mengulas mengenai pertemuan itu, saya fikir adalah di luar bidang saya untuk mengatakan apa yang berlaku buat masa ini," katanya. |
|
Piala Dunia Sepak Takraw: Servis jadi fokus Malaysia buru momentum kuadran - Sinarharian - 16/05 2:39 pm SKUAD kuadran negara mahu memperkemaskan aspek servis dan penyudah serangan selepas membuka kempen Piala Dunia Sepak Takraw 2026 dengan kemenangan ke atas Singapura di Stadium Titiwangsa pada Sabtu.Walaupun menang straight set 15-9, 15-13 dalam aksi Kumpulan C, kem negara mengakui masih belum berada pada tahap terbaik terutama dari segi konsistensi permainan ketika berdepan tekanan lawan.Kapten pasukan, Amirul Zazwan Amir berkata, rentak permainan yang sedikit perlahan perlu segera diperbaiki menjelang dua aksi lebih mencabar menentang Korea Selatan dan India esok.Menurutnya, setiap kesilapan kecil memberi kesan besar dalam acara kuadran yang menyaksikan setiap pasukan memiliki peluang seimbang untuk mencipta kemenangan."Perlawanan hari ini agak perlahan dan kami perlu naikkan tempo untuk aksi esok |
|
[KRONOLOGI] Kes bunuh, bakar kekasih hamil - Sinarharian - 16/05 2:10 pm KES bunuh dan bakar seorang wanita hamil empat bulan di Sungai Besar pada Mei 2023 kembali menjadi perhatian apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 14 Mei lalu menggantikan hukuman gantung terhadap Muhammad Fakrul Aiman Sajali kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan.Kes berprofil tinggi itu mendapat perhatian ramai selepas mangsa, Nur Anisah Abdul Wahab, 21, ditemukan dalam keadaan terbakar di kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sabak Bernam.Berikut kronologi kes bunuh dan bakar kekasih hamil tersebut:23 Mei 2023 (8 pagi)- Mayat seorang pelayan restoran yang hamil empat bulan ditemui dalam keadaan terbakar oleh orang awam di kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor |
|
Pendidikan kekal keutamaan negara, peruntukan bakal ditambah - PM - Sinarharian - 16/05 1:54 pm IPOH - Kerajaan akan terus mengutamakan sektor pendidikan sebagai agenda utama negara dengan menilai keperluan dari semasa ke semasa, termasuk meningkatkan peruntukan dalam Belanjawan akan datang.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu selari dengan keperluan mendesak untuk memperkukuh bidang pendidikan khususnya dalam aspek digital, kecerdasan buatan (AI), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).Menurutnya, perbincangan bersama Kementerian Kewangan telah diadakan bagi meneliti keperluan tambahan agar peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat dipertingkatkan."Kerajaan memberikan penumpuan besar dalam bidang pendidikan."Maka ada beberapa keperluan yang kita akan nilai semula supaya dalam Belanjawan nanti, kita dapat tingkatkan lagi perbelanjaan dan kelulusan untuk KPM," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru di sini pada Sabtu.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.Anwar turut menyampaikan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia kepada Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1), selain Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan kepada Dr Ahmad Rafee Che Kassim dan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan kepada Abdul Rasid Bakar.Sebagai komitmen terhadap kebajikan warga pendidik, beliau meluluskan tambahan RM100 juta bagi menaik taraf serta menyelenggara kira-kira 7,000 bilik guru di seluruh negara.Selain itu, sebanyak RM50 juta lagi diperuntukkan bagi penyelenggaraan 8,700 unit kuarters guru bagi memastikan keselesaan dan keselamatan tempat tinggal mereka terus terjamin.Dalam pada itu, Anwar memuji pencapaian guru-guru Malaysia yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa meskipun berkhidmat di kawasan pedalaman.Beliau memberi contoh kejayaan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sebangang di Lawas, Sarawak yang tersenarai sebagai finalis Top 50 bagi anugerah berprestij dunia, Global Teacher Prize 2025 serta pengiktirafan diterima seorang lagi guru dari SK Bingkor, Keningau, Sabah yang membangunkan pendekatan inovatif Neuro Arts.Menurutnya, lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi di Kudat, Sabah turut meninggalkan kesan mendalam apabila sekolah tersebut berjaya memanfaatkan teknologi digital melalui inisiatif NADI sehingga menerima pengiktirafan International Telecommunication Union (ITU) di Geneva, Switzerland."Tidak berbanggakah kita |
|
Guru perlu berjiwa besar depani cabaran, positif terima kritikan - PM - Sinarharian - 16/05 1:52 pm IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, warga pendidik perlu berjiwa besar dalam menerima cabaran dan teguran secara positif, terutama berkaitan kepincangan serta masalah membabitkan pelajar.Beliau berkata, pendidikan tidak boleh terlepas daripada dikaitkan dengan peribadi, sahsiah, insan atau kemanusiaan dan sebarang masalah yang timbul sering dikaitkan dengan sekolah sehingga akhirnya kadang-kadang membebankan warga pendidik."Masalah masyarakat tentunya menyentuh anak-anak di sekolah dan tentu menimbulkan keributan |
|
Kemasukan pelajar UEC ke IPTA kekal bersyarat, wajib lulus BM, Sejarah - PM - Sinarharian - 16/05 1:36 pm IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemasukan pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tetap tertakluk kepada syarat ketat sama seperti lulusan sekolah di luar sistem pendidikan kebangsaan yang lain.Beliau berkata, antara syarat utama bagi melayakkan mereka mendapat tempat di universiti awam ialah wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah."Sekarang ini sekolah antarabangsa kita letak syarat kan? (syarat sama), sekolah antarabangsa itu anak-anak Melayu ramai, anak-anak Malaysia |
|
UEC: Negara tidak boleh korbankan falsafah pendidikan kebangsaan atas nama keterbukaan - Sinarharian - 16/05 1:24 pm SHAH ALAM - Negara tidak boleh mengorbankan falsafah pendidikan kebangsaan atas nama keterbukaan tanpa menilai kesan jangka panjang terhadap identiti, perpaduan dan arah tuju pendidikan negara.Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kebimbangan itu timbul susulan perkembangan semasa mengenai Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA)."Dasar Pendidikan Kebangsaan dibina atas tujuan yang jelas iaitu membentuk perpaduan nasional, memartabatkan Bahasa Melayu dan memastikan semua sistem pendidikan bergerak dalam satu kerangka negara bangsa yang sama."Apabila seorang tokoh pendidikan sendiri mula menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan semasa dasar kemasukan ke IPTA, ia memberi isyarat bahawa berlaku perubahan besar yang tidak boleh dipandang ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Pakar pendidikan, Dr Anuar Ahmad mengusulkan 15 Mei sebagai tarikh rasmi terkuburnya Dasar Pendidikan Kebangsaan susulan kerajaan membenarkan calon lepasan UEC ke IPTA.Pensyarah kanan dan penyelidik bidang Sosiologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan, UKM itu secara sinis berkata, sekurang-kurangnya tarikh 'matinya' akan diingati oleh generasi akan datang.Media pada Khamis melaporkan, calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Mengulas lanjut, Zainul Rijal berkata, kenyataan yang dibuat pakar pendidikan mengenai UEC wajar diberikan perhatian serius kerana ia menyentuh asas yang paling penting dalam sistem pendidikan negara iaitu kedudukan dan hala tuju Dasar Pendidikan Kebangsaan.Menurutnya, apabila laluan ke IPTA mula diperluaskan kepada sistem pendidikan yang tidak berasaskan kurikulum kebangsaan secara menyeluruh, maka timbul persoalan sama ada asas dasar berkenaan masih dipertahankan atau sedang dilonggarkan secara beransur-ansur."Lebih membimbangkan apabila dalam wacana ini, institusi tahfiz seolah-olah dijadikan perbandingan."Sedangkan hakikatnya institusi tahfiz di Malaysia telah lama menyesuaikan diri dengan sistem nasional melalui Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelbagai program integrasi akademik."Justeru, negara tidak boleh mengorbankan falsafah pendidikan kebangsaan atas nama keterbukaan tanpa menilai kesan jangka panjang," katanya. |
|
Sekolah persendirian Cina tunjuk perubahan besar sejak 40 tahun lalu, kata PM - FMT - 16/05 12:39 am Anwar Ibrahim berkata sekolah persendirian Cina menunjukkan keselarasan lebih baik dengan kerangka pendidikan kebangsaan |
|
Liga Super: IFC bakal guna identiti baharu musim depan - Sinarharian - 16/05 12:32 am IMIGRESEN FC (IFC) bakal tampil dengan identiti baharu musim depan menerusi proses penjenamaan semula pasukan dalam usaha memperkukuhkan reputasi serta memperluas sokongan penyokong di saingan Liga Super.Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail yang memaklumkan proses rebranding pasukan kini sedang berjalan dan nama baharu pasukan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.Menurut beliau, langkah itu diambil bagi membentuk identiti lebih segar dan sesuai dengan kedudukan pasukan yang kini membawa cabaran bola sepak di zon utara."Saya nak umumkan kelab ini akan lakukan penjenamaan semula dengan memperkenalkan satu nama pasukan yang baharu sebagai langkah rebranding IFC."Kami ada beberapa idea baharu yang lebih segar untuk penjenamaan pasukan ini, lebih kepada pembentukan identiti baharu yang lebih sesuai kerana kita bermain di zon utara ini," katanya pada malam Jumaat.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Makan Malam dan Amanat kepada pasukan Liga Super Imigresen FC di sini.Jelas Saifuddin Nasution, ketiadaan wakil Kedah dan Perlis dalam saingan Liga Super ketika ini membuka ruang kepada IFC untuk membina kelompok penyokong lebih besar di utara tanah air."Untuk Liga Super di sini Kedah tiada pasukan dan Perlis pun tiada pasukan |
|
Isu UEC: 'Itu 40 tahun lalu, sekarang semua cakap Melayu' - PM - Sinarharian - 16/05 12:31 am IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan suasana rundingan melibatkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini jauh berbeza berbanding pengalamannya ketika menerajui Kementerian Pendidikan 40 tahun lalu.Anwar berkata, ketika itu sekolah-sekolah Cina dilihat terpisah sepenuhnya daripada landasan pendidikan kebangsaan, malah pemimpin persatuan pendidikan enggan bertutur dalam bahasa Melayu.Beliau berkata, keadaan itu pernah menyebabkan Ketua Pengarah Pendidikan ketika itu, Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Arshad berasa tersinggung dan bertindak meninggalkan majlis rundingan.ARTIKEL BERKAITAN:Iktiraf UEC: Zambry, Fadhlina tidak boleh dimaafkan, perlu letak jawatan - Hassan Karim"Itu 40 tahun yang lalu |
|
KPM umum 12 inisiatif utama sempena Hari Guru - Sinarharian - 16/05 11:51 am IPOH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan 12 inisiatif utama sempena Hari Guru yang memberi tumpuan kepada kebajikan serta pembangunan profesional warga pendidik, termasuk pemansuhan sistem perekodan kokurikulum secara manual bagi mengurangkan beban tugas guru.Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, langkah memansuhkan perekodan manual itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPM memperkasa profesion keguruan dan meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah.Menurut beliau, sekolah juga diberikan autonomi untuk menguruskan perekodan sebelum maklumat kokurikulum murid dimasukkan ke dalam Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)."Selain itu, saya juga telah mengarahkan supaya sistem PAJSK disepadukan dengan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi memastikan urusan lebih sistematik dan efisien."Hapus satu sistem, bermakna guru boleh fokus kepada kelas dan murid," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru di sini pada Sabtu.Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.Dalam perkembangan sama, Fadhlina berkata, antara inisiatif diumumkan ialah pensijilan Google Certified Educator (GCE) Tahap 1 dan Tahap 2 diteruskan secara percuma kepada semua guru bagi memperkukuh literasi digital.Menurutnya, Malaysia kini diiktiraf sebagai negara nombor satu dunia bagi jumlah pendidik bertauliah Google dengan 60,000 pemegang sijil Tahap 1 dan 33,000 pemegang sijil Tahap 2."Kos bagi setiap guru ialah RM40 untuk Tahap 1 dan RM100 untuk Tahap 2, dan ini ditanggung sepenuhnya bagi memastikan guru terus kompeten dalam teknologi," katanya.Beliau turut memaklumkan KPM memperkenalkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) khas kepada guru di kawasan pedalaman termasuk sekolah rintangan di bawah Program Khas seperti sekolah dalam hospital, sekolah terapung dan sekolah pedalaman di kawasan P1, P2 serta P3.Selain itu, Biasiswa Perguruan Persekutuan turut diperluas kepada pemimpin sekolah seperti guru besar, pengetua dan penolong kanan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana.Bagi memperkasa pembelajaran digital, KPM memperkenalkan Projek Network Offline Digital Environment (NODE) yang membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan tanpa capaian internet, khususnya di kawasan pedalaman.Sebanyak RM1 juta diperuntukkan menerusi Yayasan Guru Tun Hussein Onn bagi memperkukuh pelaksanaan projek berkenaan.Pada masa sama, kerajaan turut memperuntukkan RM169 juta untuk membekalkan peranti kepada semua sekolah sebagai persediaan pelaksanaan kurikulum baharu pada 2027.Dari sudut kebajikan guru, tambahan RM100 juta disediakan bagi penyelenggaraan bilik guru menjadikan jumlah keseluruhan RM200 juta termasuk penyediaan kemudahan seperti penghawa dingin dan peralatan sokongan."Kita mahu kesejahteraan guru benar-benar dimaknakan dalam persekitaran kerja yang selesa dan kondusif," katanya.Selain itu, sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk kerja penyelenggaraan kuarters guru bagi memastikan aspek keselamatan dan keselesaan tempat tinggal terus terjamin.Dalam usaha memperkasa pendidikan awal kanak-kanak, KPM turut melaksanakan Program PAKAT di peringkat prasekolah bagi memupuk budaya membaca melalui kerjasama antara guru dan ibu bapa.Sebanyak RM10.5 juta diperuntukkan bagi penyediaan bahan bacaan tambahan untuk 10,515 kelas prasekolah di seluruh negara.Tambah beliau, peruntukan RM122.4 juta turut disalurkan terus ke sekolah bagi pelaksanaan program STEM dan TVET bagi memberi peluang kepada guru melaksanakan aktiviti secara praktikal di sekolah.Sebagai penghargaan kepada warga pendidik, Yayasan Guru Tun Hussein Onn turut menyediakan sumbangan RM1,000 kepada guru yang anak mereka memperoleh keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.Dalam menghadapi cabaran kos sara hidup pula, KPM mengumumkan potongan 50 peratus sewaan kantin sekolah bagi tempoh enam bulan pertama untuk membantu pengusaha mengekalkan harga makanan yang berpatutan dan berkualiti.Sambutan Hari Guru tahun ini bertemakan Guru Bitara Nadi Negara yang menekankan peranan guru sebagai tonggak utama dalam melahirkan modal insan berkualiti demi kestabilan sosial dan pembangunan ekonomi negara |
|
Peranan guru semakin genting bentuk generasi berakhlak, berjiwa besar - PM - Sinarharian - 16/05 11:46 am KUALA LUMPUR - Peranan guru kini semakin genting dalam mendepani dunia yang kian kompleks, khususnya bagi membentuk generasi berakhlak, berjiwa besar dan berteraskan nilai kemanusiaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, tugas guru tidak lagi sekadar menyampaikan ilmu, sebaliknya membina keyakinan, mengangkat maruah insan dan menanam harapan serta cita-cita dalam kehidupan."Hari ini kita mengiktiraf jasa, pengorbanan dan dedikasi para guru yang menjadi tunjang pembinaan anak bangsa serta mencorakkan akhlak, nilai dan ketamadunan negara kita."Tatkala cabaran dunia menjadi semakin kompleks, peranan guru semakin genting dalam membentuk generasi yang memiliki kekuatan akhlak dan jiwa untuk mewarnai ilmu dengan nilai kemanusiaan serta kebijaksanaan, selaras dengan citra MADANI," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook bersempena dengan sambutan Hari Guru pada Sabtu.Anwar berkata, tanpa nilai dan adab, pembangunan hanya akan melahirkan kemajuan yang kehilangan arah.Perdana Menteri turut mengimbau pengalamannya sebagai tenaga pengajar ketika menubuhkan Yayasan Anda Akademik pada awal 1970-an, yang menurut beliau membuka mata terhadap realiti kehidupan anak muda daripada keluarga susah dan tercicir pendidikan yang datang dengan kegelisahan tentang masa depan mereka."Pengalaman itu mengajar saya bahawa tugas seorang guru jauh lebih besar daripada sekadar menyampaikan ilmu, sebaliknya membina keyakinan diri, mengangkat maruah insan serta menanam harapan dan cita-cita dalam kehidupan pelajar," kata beliau.Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pendidik atas jasa, pengorbanan dan dedikasi mereka sebagai tunjang pembinaan anak bangsa dan negara."Moga seluruh warga pendidik terus dikurniakan kekuatan, kecekalan dan iltizam dalam mendidik anak bangsa demi Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan mampan," kata beliau.Sambutan Hari Guru tahun ini yang bertemakan Guru Bitara, Nadi Negara diadakan di Ipoh, Perak dan dirasmikan oleh Anwar |
|
Sistem perekodan kokurikulum secara manual dimansuhkan - Fadhlina - Sinarharian - 16/05 11:32 am IPOH - Sistem perekodan kokurikulum secara manual dimansuhkan sebagai langkah mengurangkan beban tugas guru.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pemansuhan itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkasa profesion keguruan serta meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah.Menurutnya, pihak sekolah turut diberikan autonomi untuk menguruskan perekodan sebelum maklumat kokurikulum murid dimasukkan ke dalam Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)."Selain itu, saya juga telah mengarahkan supaya sistem PAJSK disepadukan dengan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi memastikan urusan lebih sistematik dan efisien."Hapus satu sistem, bermakna guru boleh fokus kepada kelas dan murid," katanya ketika berucap sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru di sini pada Sabtu.Majlis dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.Dalam pada itu, Fadhlina turut mengumumkan 11 lagi inisiatif utama sebagai Ikhtiar Hari Guru yang memberi fokus kepada kebajikan dan pembangunan profesional warga pendidik.Semua inisiatif tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam membina ekosistem pendidikan yang lebih kukuh dengan sokongan menyeluruh kepada guru sebagai tunjang utama negara.Antaranya, pensijilan Google Certified Educator (GCE) Tahap 1 dan Tahap 2 akan diteruskan secara percuma kepada semua guru bagi memperkukuh literasi digital.Fadhlina berkata, Malaysia kini diiktiraf sebagai negara nombor satu dunia bagi jumlah pendidik bertauliah Google, melibatkan 60,000 pemegang sijil Tahap 1 dan 33,000 pemegang sijil Tahap 2."Kos bagi setiap guru ialah RM40 untuk Tahap 1 dan RM100 untuk Tahap 2, dan ini ditanggung sepenuhnya bagi memastikan guru terus kompeten dalam teknologi," jelasnya.Beliau turut memaklumkan, KPM memperkenalkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) khas kepada guru di kawasan pedalaman termasuk sekolah rintangan di bawwh ProKhas seperti sekolah dalam hospital, sekolah terapung serta sekolah pedalaman di kawasan P1, P2 dan P3.Selain itu katanya, Biasiswa Perguruan Persekutuan turut diperluas kepada pemimpin sekolah seperti guru besar, pengetua dan penolong kanan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana."Dalam usaha memperkasa pembelajaran digital, KPM turut memperkenalkan Projek Network Offline Digital Environment (NODE) bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran diteruskan tanpa capaian internet, khususnya di kawasan pedalaman."Sebanyak RM1 juta diperuntukkan menerusi Yayasan Guru Tun Hussein Onn bagi memperkukuh pelaksanaan projek ini," katanya.Pada masa sama Fadhlina berkata, kerajaan memperuntukkan RM169 juta untuk membekalkan peranti kepada semua sekolah sebagai persediaan pelaksanaan kurikulum baharu 2027.Dari aspek kebajikan pula, tambahan RM100 juta disediakan bagi penyelenggaraan bilik guru, menjadikan jumlah keseluruhan RM200 juta, termasuk kemudahan seperti penghawa dingin dan peralatan sokongan."Kita mahu kesejahteraan guru benar-benar dimaknakan dalam persekitaran kerja yang selesa dan kondusif," katanya.Selain itu, sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi kerja penyelenggaraan kuarters guru untuk memastikan aspek keselamatan dan keselesaan tempat tinggal terus terjamin.Dalam memperkasa pendidikan awal, KPM turut memperkenalkan Program PAKAT di peringkat prasekolah bagi menyemarakkan budaya membaca melibatkan kerjasama guru dan ibu bapa.Fadhlina berkata, sebanyak RM10.5 juta diperuntukkan bagi penyediaan bahan bacaan tambahan untuk 10,515 kelas prasekolah di seluruh negara.Tambah beliau, peruntukan sebanyak RM122.4 juta disalurkan terus ke sekolah bagi pelaksanaan program STEM dan TVET, sekali gus memberi ruang kepada guru melaksanakan program secara hands-on di peringkat sekolah."Sebagai tanda penghargaan, Yayasan Guru Tun Hussein Onn turut menyediakan sumbangan RM1,000 kepada guru yang anak mereka memperoleh keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025," kataya.Sementara itu, dalam menghadapi cabaran kos sara hidup, KPM turut mengumumkan potongan 50 peratus sewaan kantin sekolah bagi tempoh enam bulan pertama.Fadhlina berkata, langkah itu diharap dapat membantu pengusaha mengekalkan harga makanan yang berpatutan dan berkualiti untuk warga sekolah.Sambutan tahun ini bertemakan 'Guru Bitara Nadi Negara' menekankan peranan guru sebagai model atau 'bitara' utama dalam membentuk modal insan bermutu yang bakal menjadi tulang belakang ekonomi serta kestabilan sosial negara |
|
Masyair lebih selesa, tenang buat jemaah haji - Sinarharian - 16/05 11:03 am MAKKAH Persediaan operasi kemuncak haji, Masyair bagi musim 1447H kini mencapai tahap kesiapsiagaan lebih 90 peratus dengan pelbagai penambahbaikan menyeluruh dilaksanakan demi menjamin keselesaan jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Arafah dan Mina.Operasi yang dijadual berlangsung bermula 8 hingga 13 Zulhijjah bersamaan 25 hingga 29 Mei itu bakal menyaksikan hampir dua juta jemaah haji dari seluruh dunia berhimpun di lokasi sama bagi menunaikan wukuf di Arafah sebelum bergerak ke Muzdalifah dan Mina.Tinjauan media bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Mustakim Mohamad bermula di Arafah sebelum diteruskan ke Mina bagi melihat sendiri kesiapsiagaan operasi Masyair yang kini memasuki fasa akhir persediaan.Di Arafah, suasana khemah yang sedang melalui sentuhan akhir jelas memperlihatkan usaha besar dilakukan TH demi memberikan pengalaman ibadah yang lebih baik kepada jemaah Malaysia.Tahun ini, khemah baharu diperkenalkan dengan material penebat haba bagi membantu mengurangkan kepanasan di dalam khemah yang sebelum ini sering menjadi cabaran utama ketika operasi Masyair.Malah, unit penyaman udara jenis split unit turut dipasang di atas setiap khemah supaya bahang daripada unit outdoor tidak lagi dirasai di laluan pejalan kaki.Menurut Mustakim, setiap penambahbaikan dilakukan dengan satu matlamat utama iaitu memastikan jemaah dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah tanpa dibebani isu keselesaan dan logistik."Kita mahu jemaah datang ke sini dengan tenang |
|
Slot enggan layan spekulasi masa depan - Sinarharian - 16/05 10:45 am ARNE Slot enggan melayan spekulasi mengenai masa depannya bersama Liverpool FC selepas pasukannya tewas 4-2 kepada Aston Villa di Villa Park, awal pagi tadi.Kekalahan itu menyaksikan Liverpool gagal mengesahkan tiket ke saingan Liga Juara-Juara musim depan meskipun Virgil van Dijk meledak dua gol buat The Reds.Slot yang semakin menerima tekanan susulan prestasi hambar Liverpool musim ini memilih untuk mengalihkan tumpuan kepada aksi terakhir liga menentang Brentford FC di Anfield minggu depan."Ia bukan mengenai saya tetapi mengenai kekecewaan kami terhadap keputusan ini."Saya sudah bercakap mengenainya semalam dan itu sudah memadai," katanya kepada BBC Match of the Day.Bekas pengendali Feyenoord itu turut mengakui Liverpool perlu segera mengembalikan keyakinan penyokong yang semakin kecewa dengan prestasi semasa pasukan."Kami perlu tampil lebih agresif ketika menentang Brentford dan memberikan persembahan yang mampu mengembalikan sokongan penyokong."Gabungan sokongan peminat serta aksi berkualiti mampu membantu kami mencapai sasaran utama iaitu layak ke Liga Juara-Juara," katanya.Dalam masa sama, Slot mengakui prestasi buruk di tempat lawan menjadi antara faktor utama kemerosotan Liverpool musim ini.Menurutnya, pasukan terlalu mudah dibolosi selain gagal memanfaatkan peluang yang terhidang berbanding musim lalu."Bagi pasukan besar seperti kami, jumlah kekalahan dan mata tercicir di tempat lawan terlalu banyak."Kami terlalu mudah melepaskan gol dan pada masa sama tidak cukup tajam di depan gawang."Ketiadaan Alexander Isak dalam banyak perlawanan serta masalah kecergasan Hugo Ekitike turut memberi kesan, namun fokus kami sekarang hanya kepada Brentford," katanya |
|
934 pelajar cemerlang SPM terima penghargaan - Sinarharian - 16/05 9:45 am SUNGAI BULOH "Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih kepada Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R |
|
ECRL pemangkin ekonomi baharu Pahang - Sinarharian - 16/05 9:30 am SHAH ALAM Kepelbagaian projek infrastruktur di Pahang yang kini melalui fasa pembangunan bakal memberi impak besar kepada rakyat di negeri itu secara langsung menerusi limpahan ekonomi dalam lima hingga 10 tahun mendatang.Ini manifestasi daripada projek pemangkin transformasi negeri antaranya Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal beroperasi pada Januari 2027, dipacu oleh pendekatan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) dalam usaha merancakkan ekosistem ekonomi.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim berkata, projek ECRL bukan sekadar landasan kereta api sepertimana sinis diperkatakan ramai, ia sebaliknya gagasan masa depan negeri membabitkan tujuh stesen strategik iaitu Bentong, Temerloh, Maran, Paya Besar, KotaSAS, Pelabuhan Kuantan dan Cherating.Beliau menegaskan, tumpuan kerajaan negeri adalah untuk mencipta peluang pekerjaan, membina bandar baharu di sepanjang laluan ECRL dan menghidupkan ekonomi generasi masa depan."Melalui pendekatan seperti TOD, pembangunan bandar secara bersepadu di sekitar stesen ECRL dapat dijayakan contohnya projek Pangsapuri Pahangku, komersial perhotelan dan perniagaan serta kemudahan awam seperti hospital."Ini termasuk Pembangunan Berhampiran Transit (TAD), Pembangunan Berorientasikan Kargo (COD) dan Pelabuhan Kuantan termasuk Inland Port yang bakal menjadi hab strategik untuk mengumpul, menyimpan serta mengendalikan kargo dari zon perindustrian menggunakan ECRL."Kita mewujudkan perumahan, kawasan komersial, hospital dan taman perindustrian |
|
UEC: Negara tak boleh korbankan falsafah pendidikan kebangsaan atas nama .. - Mygazette - 16/05 8:04 am # UEC: Negara tak boleh korbankan falsafah pendidikan kebangsaan atas nama keterbukaan Zainul Rijal KUALA LUMPUR Kenyataan yang dibuat pakar pendidikan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)wajar diberikan perhatian serius |
|
PGA tahan 360 pendatang tanpa izin di Kelantan sejak Januari - Mygazette - 16/05 8:04 am # PGA tahan 360 pendatang tanpa izin di Kelantan sejak Januari KOTA BHARU - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan 360 pendatang tanpa izin menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan sepanjang tempoh 1 Jan hingga 15 Mei tahun ini |
|
DAP perlu jaga disiplin, elak serangan terbuka sesama sendiri – .. - Mygazette - 16/05 8:04 am # DAP perlu jaga disiplin, elak serangan terbuka sesama sendiri - Veteran DAP GEORGE TOWN - Perbezaan pandangan dalam parti perlu dibincangkan melalui saluran dalaman dan tidak dibawa secara terbuka sehingga boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan negeri, tegas Veteran DAP, Datuk Seri Phee Boon Poh |
|
KPT lancar PTK-IPT 2026-2030 perkasa ekosistem keusahawanan - Mygazette - 16/05 8:04 am # KPT lancar PTK-IPT 2026-2030 perkasa ekosistem keusahawanan KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini melancarkan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK-IPT) 2026-2030 untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan IPT yang mampan, inklusif dan berimpak tinggi bagi melahirkan usahawan holistik bertaraf global |
|
Samakan lepasan tahfiz dengan UEC pengkhianatan terhadap sistem pendidikan .. - Mygazette - 16/05 8:04 am # Samakan lepasan tahfiz dengan UEC pengkhianatan terhadap sistem pendidikan kebangsaan - Pas KUALA LUMPUR Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Mohd Amar Abdullah menyifatkan tindakan menyamakan lepasan tahfiz dengan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)adalah tidak tepat dan tidak wajar |
|
Iktiraf UEC mungkin untuk pastikan sokongan berterusan DAP kepada Kerajaan .. - Mygazette - 16/05 8:04 am # Iktiraf UEC mungkin untuk pastikan sokongan berterusan DAP kepada Kerajaan Madani - Muhyiddin KUALA LUMPUR Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Kerajaan Madani mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)dibuat secara tergesa-gesa |
|
Warga Myanmar paling ramai diseludup melalui Sungai Golok - FMT - 16/05 7:15 am Seramai 264 daripada 360 Pati yang ditahan sejak 1 Jan lalu merupakan warga Myanmar. |
|
Beckham atlet British pertama bergelar bilionair - Sinarharian - 16/05 7:10 am LEGENDA bola sepak England, David Beckham muncul atlet British pertama bergelar bilionair selepas kekayaannya bersama isteri, Victoria Beckham dianggarkan mencecah 1.185 bilion pound (RM6.2 bilion).Menurut Rich List 2026 oleh Sunday Times, pasangan terkenal itu kini berada di tangga kedua individu sukan terkaya di Britain, hanya di belakang keluarga bekas ketua eksekutif Formula Satu, Bernie Ecclestone yang memiliki kekayaan sekitar 2 bilion pound (RM10.5 bilion).Beckham yang bersara pada 2013 terus mengukuhkan empayar perniagaannya menerusi pelbagai pelaburan dan kerjasama komersial termasuk sebagai pemilik bersama Inter Miami, kelab yang kini dianggap paling bernilai dalam saingan Liga Bolasepak Utama (MLS).Bekas kapten England itu turut menjana pendapatan lumayan menerusi kontrak penajaan bersama jenama antarabangsa seperti Adidas dan Hugo Boss.Sepanjang kariernya, Beckham mencipta nama bersama Manchester United dengan memenangi pelbagai trofi termasuk Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara sebelum beraksi bersama Real Madrid, LA Galaxy, AC Milan dan Paris Saint-Germain.Sementara itu, Victoria pula memperkukuhkan kekayaannya menerusi jenama fesyen miliknya selepas sebelum ini terkenal sebagai anggota kumpulan pop Spice Girls.Turut tersenarai dalam kelompok elit itu ialah juara dunia Formula Satu tujuh kali, Lewis Hamilton di tangga kelima dengan nilai kekayaan sekitar 435 juta pound (RM2.2 bilion).Juara Masters, Rory McIlroy berada di kedudukan ketujuh dengan kekayaan 325 juta pound (RM1.7 bilion), diikuti peninju heavyweight Anthony Joshua di tangga kelapan menerusi nilai 240 juta pound (RM1.2 bilion).Seteru utamanya, Tyson Fury pula menghuni tangga kesembilan dengan kekayaan 162 juta pound (RM853 juta).Penyerang Bayern Munich dan England, Harry Kane berkongsi kedudukan ke-10 bersama bekas juara Wimbledon, Andy Murray selepas kedua-duanya memiliki kekayaan sekitar 110 juta pound (RM579 juta).Dalam perkembangan lain, pemilik bersama Manchester United, Jim Ratcliffe menyaksikan nilai kekayaannya menurun sebanyak 1.85 bilion pound (RM9.7 bilion) kepada 15.194 bilion pound (RM80 bilion) susulan prestasi syarikat petrokimia miliknya, INEOS yang dilaporkan berdepan peningkatan hutang serta kerugian besar.Pada masa sama, pasangan bapa dan anak dalam dunia promosi sukan, Barry Hearn dan Eddie Hearn turut menyertai kelompok bilionair Britain dengan kekayaan gabungan dianggarkan 1.035 bilion pound (RM5.4 bilion) menerusi syarikat Matchroom Sport. |
|
UMNO iktiraf UEC sejak 2018 - PKR - Sinarharian - 16/05 12:31 am SHAH ALAM Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan bahawa UMNO pernah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pada tahun 2018.Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan, Amidi Abdul Manan berkata, kebenaran untuk lulusan UEC melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) dibuat oleh kerajaan ketika itu."Bersungguh-sungguh pihak Pas memainkan naratif Kerajaan Madani tunduk dengan kehendak DAP untuk menutup serangan kepada Setiausaha Majlis Syura Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi."Namun satu fakta yang kita perlu sedari, kebenaran untuk lulusan UEC melanjutkan pengajian ke IPTA dibuat pada tahun 2018 oleh parti Melayu terbesar iaitu UMNO," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau mendakwa Barisan Nasional (BN) yang diterajui Datuk Seri Najib Razak ketika itu amat terdesak untuk mendapatkan undi kaum Cina dengan mengembalikan MCA sebagai parti pilihan.Tambah Amidi, UMNO turut bersetuju untuk melanjutkan pajakan 99 tahun kepada sebuah Sekolah Menengah Persendirian (SMP) Chung Hwa, Kuala Lumpur."Operasi sebuah universiti swasta dari Tanah Besar Cina juga mendapat kelulusan ketika negara diterajui oleh parti Melayu terbesar pada tahun 2018."Menteri Pendidikan Tinggi ketika itu juga datang dari parti UMNO iaitu Datuk Seri Idris Jusoh."Namun apakan daya, walau sebegitu hebat tawaran yang diletakkan dalam manifesto BN ketika itu, UMNO/BN akhirnya terpaksa meninggalkan Putrajaya," katanya lagi.Ujar beliau, UMNO perlu memberikan justifikasi terhadap keputusan yang pernah dibuat itu selaku parti mewakili Melayu.Pada Khamis, kerajaan bersetuju membuka laluan kemasukan ke IPTA kepada pelajar lepasan sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC/UEC) bagi mengikuti program pengajian tertentu.Langkah itu bagaimanapun mencetuskan perdebatan daripada pelbagai pihak terutama dalam kalangan pembangkang. |
|
Kaji semula pengiktirafan sijil UEC - Muhyiddin - Sinarharian - 15/05 11:01 pm SHAH ALAM Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyifatkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai "hadiah paling buruk" sempena sambutan Hari Guru tahun ini.Beliau mendakwa tindakan itu merupakan pengkhianatan terhadap usaha guru-guru yang komited menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan |
|
DID Sarawak to tender Sungai Seblak embankment rehab project in Q3 2026 - BorneoPost - 15/05 10:38 pm KUCHING (May 15): The Department of Irrigation and Drainage (DID) Sarawak is expected to call for tender for Phase 1 of the Sungai Seblak River Corridor Rehabilitation Project in Kampung Sungai Benang, Kabong, Betong Division in the third quarter of 2026 |
|
Siasatan SPRM terhadap Pengerusi IJM selesai, tiada tindakan lanjut - Sinarharian - 15/05 10:34 pm SHAH ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyelesaikan siasatannya terhadap Pengerusi Bukan Eksekutif IJM Corporation Bhd (IJM), Tan Sri Krishnan Tan dan mengklasifikasikan kes sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).IJM dalam kenyataan mengalu-alukan penyelesaian siasatan berkaitan tawaran pengambilalihan sukarela oleh Sunway Berhad.Jelasnya, seperti yang diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 24 Mac lalu, SPRM telah mengesahkan bahawa siasatan tersebut tidak melibatkan IJM sebagai sebuah entiti."Syarikat telah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sepanjang proses tersebut dan kekal komited untuk menyokong pihak berkuasa sebagaimana yang diperlukan."Seperti yang diumumkan sebelum ini kepada Bursa Malaysia pada 24 Mac lalu, SPRM telah mengesahkan bahawa siasatan tersebut tidak melibatkan IJM Corporation Berhad sebagai sebuah entiti."Dengan selesainya perkara ini, IJM akan terus mara dengan penuh tekad, memberi tumpuan kepada pelaksanaan keutamaan strategiknya serta membuka nilai portfolio merentasi perniagaan teras kumpulan," katanya pada Jumaat.Sementara itu, Krishnan dalam kenyataan peribadi mengalu-alukan keputusan tersebut sambil menegaskan bahawa beliau sentiasa mempertahankan dirinya sebagai tidak bersalah sepanjang tempoh berkenaan."Siasatan dan publisiti yang diberikan telah menyebabkan kerosakan besar terhadap reputasi saya serta menjejaskan hasil sepanjang hayat perkhidmatan awam dan korporat saya."Ia juga memberi tekanan yang amat besar kepada keluarga, rakan-rakan serta organisasi yang saya wakili |
|
Warga Myanmar paling ramai seludup masuk melalui Sungai Golok - Sinarharian - 15/05 10:18 pm KOTA BHARU Warga Myanmar dikesan menjadi kumpulan paling ramai cuba diseludup masuk ke negara ini melalui laluan Sungai Golok, Rantau Panjang, Pasir Mas sepanjang tempoh 1 Januari hingga 15 Mei ini.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ahmad Radzi Hussain berkata, daripada keseluruhan 360 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan (OTWK) dan Op Delta, seramai 264 individu merupakan warga Myanmar.Menurut beliau, jumlah itu jauh mengatasi warga asing lain termasuk Thailand seramai 40 orang, Bangladesh (30), Indonesia (9), India (8), Vietnam (4), China (3), Nepal (1) dan Pakistan (1)."Dalam tempoh sama, pihak PGA turut menahan sembilan tekong darat yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran di kawasan sempadan negeri ini."Sebanyak 78 serbuan dilaksanakan melibatkan kawasan sekitar Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Kota Bharu," katanya dalam kenyataan kepada pemberita pada Jumaat.Beliau berkata, antara lokasi panas yang dikenal pasti sering digunakan sebagai laluan masuk PATI ialah pengkalan haram di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Jeram Perdah dan Chabang Empat.Tambah beliau, sebanyak 110 kes telah disabitkan terhadap PATI dan tekong yang ditahan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.Ahmad Radzi berkata, PGA akan terus memperketat kawalan dan memperhebat operasi bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan sempadan negara sentiasa terpelihara."Pihak polis juga mengharapkan kerjasama orang awam untuk terus menjadi mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah di kawasan masing-masing," katanya. |
|
UEC: Langkah awal rintis pengiktirafan, perlu semakan semula - Pemuda Pas - Sinarharian - 15/05 10:11 pm SHAH ALAM - Keputusan Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) hanya suatu langkah awal untuk merintis pengiktirafan sistem pendidikan itu dalam negara.Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Mohd Hafez Sabri berkata, pihaknya membantah keputusan berkenaan walaupun calon aliran tersebut diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) yang diperakui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai syarat dan kemasukan dipertimbangkan hanya untuk mengikuti program tertentu di IPTA."Hal ini juga jelas bercanggah dengan pendirian Perdana Menteri sebelum ini |
|
Demi anak autisme, guru beralih bidang raih anugerah khas Menteri Pendidikan - Sinarharian - 15/05 9:23 pm IPOH - Demi membantu pembelajaran anak tunggalnya yang disahkan menghidap Autisme Spectrum Disorder (ASD), seorang guru sanggup beralih bidang daripada mengajar seni kepada aliran pendidikan khas.Keputusan itu bukan sahaja mengubah haluan kerjaya, Dr Velerie Wheelervon Primus, 37, malah membawa kepada pengiktirafan apabila beliau diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Menteri Pendidikan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 di sini pada Jumaat.Beliau menyifatkan anugerah yang diterima bukan sekadar pengiktirafan peribadi, tetapi simbol kepada kekuatan seorang bapa dan guru yang tidak pernah berputus asa demi masa depan anak serta murid-muridnya."Semua ini bermula kerana anak saya, Nogah |
|
Amerika Syarikat rakan strategik Malaysia bangunkan sektor pertanian moden - Mohamad Sabu - Sinarharian - 15/05 9:22 pm PUTRAJAYA - Malaysia melihat Amerika Syarikat (AS) sebagai rakan kongsi utama dalam membangunkan sektor pertanian moden dan mampan bagi mendepani cabaran global termasuk perubahan iklim, gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan geopolitik.Perkara itu ditekankan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (USABC), Duta (Bersara) Brian D McFeeters bersama delegasi majlis itu, semalam.Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini, Mohamad berkata Malaysia turut berhasrat meningkatkan kerjasama dan pelaburan dengan AS dalam sektor padi dan ruminan, selain penanaman jagung bijirin secara besar-besaran bagi menyokong industri makanan haiwan domestik."Sesi dialog telah memfokuskan kepada tiga perkara utama iaitu pertanian regeneratif(regenerative agriculture), bekalan baja dan juga hala tuju sektor pertanian Malaysia," menurut kenyataan itu.Menurut KPKM, Mohamad turut menjemput delegasi USABC untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2026 yang dijadualkan pada 28 Ogos hingga 6 September ini.- Bernama |
|
Pelayaran Global Sumud Flotilla semakin getir - Sinarharian - 15/05 8:16 pm SEPANG - Pelayaran 54 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang telah memasuki fasa akhir dijangka akan berhadapan dengan pintasan oleh pihak rejim Zionis dalam tempoh beberapa jam akan datang.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, misi yang turut disertai delegasi Malaysia itu kini berada di Zon Kuning 2 iaitu sekitar 340 batu nautika dari pantai Gaza."Dalam tempoh beberapa jam akan datang, flotila dijangka memasuki zon berisiko tinggi pada waktu malam yang mana potensi berlakunya pintasan oleh pihak rejim adalah sangat tinggi," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan SNCC di sini pada Jumaat.Tegas beliau, pintasan yang mungkin dilakukan oleh pihak rejim itu bertujuan untuk menyekat keabsahan koridor kemanusiaan maritim yang sah di bawah klausa Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS)."Klausa UNCLOS membenarkan apa jua bantuan kemanusiaan disalurkan ke kawasan bergolak tanpa sekatan."Pintasan ini pastinya menjadi bukti kukuh salah laku rejim Zionis sekali lagi yang akan diheret ke muka pengadilan pada tahap tertinggi dengan kerjasama rangkaian peguam antarabangsa," katanya lagi.Sani Araby meminta rakyat Malaysia mempergiat usaha menyebarkan fakta dan sejarah sahih berkaitan Palestin serta terus melaksanakan solat hajat, Qunut Nazilah dan munajat demi keselamatan delegasi misi berkenaan.Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sehingga kini rejim Zionis Israel melaksanakan penjarahan haram selepas 78 tahun peristiwa Nakba yang menyaksikan rakyat Palestin kehilangan tanah air, hak dan kehidupan mereka."Gaza yang kononnya dalam fasa gencatan senjata sebenarnya sedang dialihkan perhatian atau dimanipulasikan sehingga pengalihan blok batu, garisan kuning atau pencabulan pengambilalihan tanah berlaku secara besar-besaran di bumi Gaza."Kenyataan angkuh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam yang mengumumkan bahawa rejim Israel menguasai 60 peratus wilayah Gaza serta menyasarkan penguasaan penuh ke atas keseluruhan Gaza membuktikan agenda penjajahan dan peluasan sedang dilakukan," ujarnya.Katanya, 950 hari berlalu sejak bermulanya perang pada 7 Oktober 2023, lebih 100,000 rakyat Palestin syahid manakala sejak peristiwa Nakba, dianggarkan lebih 136,000 rakyat terbunuh akibat penjajahan, peperangan dan kekejaman berterusan rejim Zionis. |
|
Ramai lagi bakat muda belum dicungkil Safee Sali - Sinarharian - 15/05 7:27 pm BEKAS penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali mengakui masih ramai bakat muda dalam sukan bola sepak di peringkat akar umbi yang belum dicungkil terutama di kawasan pedalaman.Menurut Safee, beliau mempunyai impian besar untuk terus mencari bakat-bakat baharu sekali gus menyediakan mereka untuk mewarnai pasukan kebangsaan nanti."Saya rasa impian saya adalah melahirkan ramai bakat muda di peringkat akar umbi yang sebenarnya masih ramai belum tersentuh, terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar."Jika ada kolaborasi dan kerjasama daripada syarikat korporat yang boleh membantu saya mencapai sasaran ini, saya rasa ia sangat-sangat membantu," katanya selepas pelancaran kejohanan MommyHana Safee Sali Superkids Cup pada Jumaat.Kejohanan kali ini dijangka menghimpunkan kira-kira 900 pemain muda, sekali gus menunjukkan peningkatan ketara berbanding 500 peserta pada edisi sebelumnya.Lebih menarik, edisi tahun ini turut menyaksikan penyertaan pasukan dari luar Lembah Klang iaitu Pulau Pinang dan Pahang sekali gus membuktikan minat yang semakin meningkat terhadap pembangunan bola sepak akar umbi di seluruh negara.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MommyHana, Mohd Farid Mohamed Sangido berkata, kejohanan tersebut tidak hanya berorientasikan pertandingan malah menjadi platform untuk membentuk sahsiah diri peserta."Kejohanan ini bukan hanya mengenai bola sepak, malah kita menitikberatkan pembentukan keyakinan diri, disiplin, semangat berpasukan dan nilai-nilai positif dalam kalangan kanak-kanak sejak usia muda."Kami percaya setiap kanak-kanak mempunyai potensi jika diberikan sokongan dan persekitaran yang tepat |
|
Wan Saiful dakwa PN sukar serang isu UEC kerana pendirian Azmin - FMT - 15/05 7:12 pm Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata timbalan setiausaha agung PN itu pernah mengiktiraf UEC ketika menjadi menteri besar Selangor. |
|
Kedah police probe Bedong school fight involving female students, clarify video misled viewers - Malaymail - 15/05 7:08 pm SUNGAI PETANI, May 15 Police have identified between six and 10 female students believed to be involved in a fig... |
|
'Iktiraf UEC buka pintu malapetaka buat masa depan negara' - Dewan Ulamak Pas - Sinarharian - 15/05 6:51 pm SHAH ALAM - Sebarang bentuk pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah bercanggah dengan semangat Dasar Pendidikan Kebangsaan dan bakal membuka pintu malapetaka buat masa depan negara.Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, oleh itu kerajaan digesa untuk segera bertegas dan menghentikan agenda mengarut pengiktirafan UEC ini.Menurutnya, dalam masa sama semua pihak tidak boleh berdiam diri melihat sistem pendidikan negara dan masa depan anak bangsa dirosakkan oleh percaturan politik yang sempit."Jika kerajaan tetap berdegil melaksanakan agenda dari pihak-pihak tertentu, satu gerakan selaras undang-undang mesti diambil terhadap keputusan yang membelakangkan perlembagaan ini."Pengumuman kelulusan Kabinet pada hari Khamis yang lalu jelas membuktikan pentadbiran ini tidak bertegas, tidak mempunyai hala tuju dasar yang jelas dan hanya membuat keputusan secara semberono."Tindakan cuba menyelitkan dan mencampuradukkan pengiktirafan UEC bersama-sama dengan lepasan institusi tahfiz adalah satu helah kosmetik yang sangat dangkal," katanya menerusi laman Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), atau UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).Langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Tambah Mohd Nor, hakikatnya, sistem pendidikan yang bersifat 'multipolar' atau pelbagai aliran terbukti telah gagal menjadi medium penyatuan.Jelasnya, realiti pada hari ini, perpaduan rakyat gagal dipupuk dari rebung, manakala kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penyatuan terus gagal diperkasa di sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan."Hal ini secara langsung terus melebarkan jurang sosial dan menggagalkan usaha asimilasi serta penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini."Langkah mengiktiraf sistem yang meminggirkan dasar kebangsaan pastinya membawa mafsadah (kerosakan) yang jauh lebih besar kepada kerukunan hidup bermasyarakat dan kelestarian identiti negara berbanding sedikit manfaat politik yang cuba diraih oleh pihak tertentu," ulasnya. |
|
Polis nafi dakwaan penganiayaan dalam kematian anggota semasa kawad - Sinarharian - 15/05 6:18 pm SEPANG - [DIKEMAS KINI] Polis menyangkal dakwaan insiden kematian seorang anggota polis semasa menjalani sesi latihan kawad tambahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini Rabu lalu, mempunyai unsur penganiayaan.Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Mior Mohd Nor Azuan Aliaberkata, kejadian berlaku di pekarangan padang kawad IPD Sepang kira-kira jam 4 petang."Berdasarkan laporan bedah siasat dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, punca kematian disahkan akibat penyakit jantung (coronary atherosclerosis)."Penjelasan terperinci mengenai perkara ini telah disampaikan secara bersemuka oleh pakar patologi forensik kepada ahli keluarga allahyarham," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, pihak IPD Sepang menyangkal dakwaan tidak berasas yang mengatakan bahawa insiden ini mempunyai unsur penganiayaan.Bagaimanapun, kata Mior Mohd Nor Azuan, satu jawatankuasa penyiasat (CE) tetap ditubuhkan bagi menjalankan siasatan lanjut mengikut prosedur operasi standard (SOP) secara profesional dan telus bagi memastikan setiap aspek diteliti sepenuhnya.Tambahnya, jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Mahmudiah, Bukit Keteri, Perlis pada jam 11 pagi, Khamis."Allahyarham merupakan anggota berusia 37 tahun bertugas di Balai Polis Dato' Abu Bakar Baginda," ujarnya.Katanya lagi, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi tidak sahih demi menjaga kebajikan serta menghormati sensitiviti keluarga Allahyarham."Seluruh warga IPD Sepang merakamkan ucapan takziah kepad keluarga atas kehilangan ini," ujarnya.Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu perkongsian di laman Facebook rasmi beliau menzahirkan kesedihan di atas pemergian Allahyarham Koperal Khairil Idzhar Rodzi."Allahyarham Koperal Khairil Idzhar telah berkhidmat mencurahkan bakti kepada agama, bangsa dan negara dan sesungguhnya pemergian ini adalah satu kehilangan besar buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Salam takziah saya titipkan buat keluarga Allahyarham, semoga ALLAH SWT memberi mereka semua ketabahan menghadapi dugaan ini dan dipermudahkan segala urusan," katanya. |
|
KPM utama permohonan pertukaran guru duka lara - Sinarharian - 15/05 6:09 pm IPOH - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi keutamaan terhadap permohonan pertukaran melibatkan guru duka lara sebagai usaha menjaga kebajikan warga pendidik.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, daripada keseluruhan pertukaran yang diluluskan setakat ini, 80 peratus permohonan adalah membabitkan kes pasangan yang terpaksa berjauhan.Katanya, selain kes pasangan berjauhan, pertimbangan turut diberikan kepada permohonan melibatkan faktor kesihatan dan keselamatan."KPM amat memahami isu ini dan telahpun mengambil pertimbangan semua permohonan kerana memang tujuannya untuk menjaga kebajikan guru-guru kita."Sebab itu dalam konteks permohonan pertukaran ini, 80 peratus adalah terkait dengan pasangan jarak jauh, ini yang kita selesaikan," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 di sini pada Jumaat.Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.Fadhlina berkata, kementerian memahami situasi dihadapi warga pendidik melibatkan pasangan jarak jauh yang menjadi antara isu utama kebajikan guru ketika ini.Menurutnya, pelbagai langkah penambahbaikan telah dilaksanakan bagi memastikan proses pertukaran menjadi lebih fleksibel dan mesra guru."Antara langkah diambil ialah memendekkan tempoh kelayakan untuk memohon pertukaran kepada dua tahun berbanding sebelum ini yang lebih lama," katanya.Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan kekeliruan berkaitan permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Kursus Dalam Cuti (KDC) melibatkan guru lantikan Contract of Service (COS) telah diselesaikan.Menurutnya, isu berkenaan hanya bersifat sementara dan telah ditangani di peringkat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) serta KPM sebaik sahaja aduan diterima."Kekeliruan itu telah kita selesaikan dan kini tiada lagi isu berkaitan perkara tersebut," katanya.Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM telah berjaya menyelesaikan isu kekosongan 50 jawatan pentadbir sekolah melibatkan guru besar dan pengetua yang dikenalpasti sebelum ini.Katanya, kementerian memandang serius isu kekosongan berkenaan kerana ia melibatkan aspek pengurusan, reformasi sekolah dan juga keselamatan."Pelantikan itu telah bermula hari ini dan maknanya mereka boleh menjalankan tugas pentadbiran sekolah masing-masing," katanya. |
|
PM mahu FAM teliti isu kerakyatan tujuh pemain warisan - Sinarharian - 15/05 6:08 pm ISU membabitkan status kerakyatan tujuh pemain warisan Harimau Malaya perlu dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang keputusan berhubung perkara itu perlu melalui saluran dan prosedur yang ditetapkan dengan FAM sebagai pihak pertama yang perlu menyelesaikan isu berkenaan."Biar persatuan bola sepak bincang dulu, kemudian dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri mengikut kuasa biasa," katanya ketika ditemui pemberita pada Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat.Kontroversi itu tercetus susulan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada September 2025 yang mendapati wujud unsur pengubahsuaian atau pemalsuan dokumen berkaitan kelayakan tujuh pemain warisan baharu yang menyertai skuad kebangsaan pada 2025.Susulan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000, manakala setiap pemain dikenakan denda CHF2,000 serta penggantungan selama 12 bulan.FAM kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada Oktober 2025 untuk mencabar keputusan berkenaan.Bagaimanapun, rayuan tersebut ditolak pada Mac tahun ini, dengan mahkamah mengekalkan hukuman FIFA.Walaupun digantung, pemain terbabit masih dibenarkan menjalani latihan dan kekal bersama kelab masing-masing, namun tidak boleh beraksi dalam perlawanan rasmi sepanjang tempoh penggantungan.Awal bulan ini, kumpulan penyokong tegar Ultras Malaya melancarkan boikot terhadap pasukan kebangsaan selain mengemukakan tiga tuntutan termasuk pelucutan status kerakyatan kesemua tujuh pemain warisan terbabit.Malah, Ultras Malaya turut memberi bayangan bahawa tindakan lebih besar akan diambil sekiranya tuntutan itu terus dipandang sepi termasuk kemungkinan memboikot keseluruhan ekosistem Liga Malaysia.Menurut mereka, langkah itu bukan bermotifkan kebencian, sebaliknya sebagai tekanan bagi memastikan bola sepak negara diurus secara lebih telus, adil dan berintegriti. |
|
Amaran ribut petir hampir seluruh negara - Sinarharian - 15/05 5:37 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan hampir kesemua negeri di Semenanjung serta beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak hingga 9 malam ini.MetMalaysia memaklumkan keadaan cuaca diramal melanda Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka manakala di utara, kawasan terjejas ialah Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, seluruh Pulau Pinang serta sebahagian besar Perak termasuk Kuala Kangsar, Kinta dan Hilir Perak.Cuaca sama turut dialami di Pantai Timur merangkumi Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan, manakala Terengganu melibatkan Besut, Setiu serta Dungun.Pahang pula menyaksikan hampir kesemua daerah terkesan termasuk Cameron Highlands, Raub, Kuantan dan Rompin.Bagi Johor, amaran sama dikeluarkan bagi kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.Di Sarawak, cuaca buruk dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.Sabah pula melibatkan kawasan di Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan (Tongod), selain Wilayah Persekutuan Labuan |
|
RISE Educator Award kembali dengan dana lebih RM100,000 - Sinarharian - 15/05 5:25 pm SHAH ALAM - RISE Educator Award kembali untuk edisi keenam sempena sambutan Hari Guru 2026 dengan membawa misi memperkasa transformasi pendidikan diterajui guru di seluruh negara menerusi dana dan hadiah keseluruhan melebihi RM100,000.Anugerah anjuran Taylors College itu terus mengangkat peranan pendidik yang bukan sahaja cemerlang di bilik darjah, malah menjadi pencetus perubahan dalam komuniti dan sistem pendidikan negara.Bertemakan Meraikan Guru di Sebalik Masa Depan Bersama, penganjuran tahun ini memberi fokus terhadap usaha guru dalam membina ekosistem pembelajaran yang lebih inklusif, inovatif dan relevan dengan cabaran masa hadapan.Pengarah Kampus Taylors College, Josephine Tan berkata, guru memainkan peranan besar dalam memastikan pendidikan terus berkembang selari dengan keperluan semasa."Ramai pendidik di lapangan kini tampil dengan pendekatan baharu bagi memastikan proses pembelajaran lebih berkesan dan dapat diakses oleh semua pelajar tanpa mengira latar belakang."Melalui RISE Educator Award, kami mahu mengiktiraf usaha luar biasa para guru yang sentiasa komited membawa perubahan bermakna kepada pelajar dan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.Anugerah tersebut terbuka kepada guru sekolah kebangsaan, swasta dan antarabangsa melibatkan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah.Malah, edisi kali ini turut memperluaskan penyertaan kepada pusat pendidikan alternatif yang membantu kanak-kanak pelarian serta tanpa kewarganegaraan mendapatkan akses pendidikan.Pencalonan dibuka bermula 15 Mei hingga 30 Jun 2026 menerusi penulisan antara 100 hingga 500 patah perkataan yang menghuraikan sumbangan dan impak seorang guru.Antara aspek utama yang perlu diketengahkan ialah cabaran dihadapi, tindakan dilaksanakan, hasil dicapai serta kesan jangka panjang terhadap pelajar atau komuniti setempat.Salah satu kisah inspirasi yang pernah diketengahkan menerusi anugerah itu ialah penerima tahun lalu, Stefanus Lucas.Guru pendidikan khas dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kota Kinabalu itu berjaya membangunkan Bilik Muzik Inklusif pertama di Sabah bagi pelajar bermasalah pendengaran melalui dana tajaan RM50,000 diterimanya.Inisiatif berkenaan kini memberi manfaat kepada lebih 40 pelajar dan membuktikan inovasi kecil yang digerakkan guru mampu mencipta perubahan besar dalam dunia pendidikan negara |
|
NUTP mohon kerajaan kembalikan subsidi petrol 300 liter kepada guru - Sinarharian - 15/05 5:00 pm BUTTERWORTH - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula pemberian subsidi bahan api bulanan sebanyak 300 liter di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada warga pendidik sempena sambutan Hari Guru esok.Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, ada guru yang menggunakan kuota subsidi BUDI95 individu untuk urusan rasmi, termasuk menghantar pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan pertandingan di peringkat daerah, negeri serta kebangsaan menggunakan kenderaan sendiri, sekali gus menyebabkan kuota subsidi petrol mereka cepat habis."Justeru, kami harap kerajaan akan mempertimbangkan semula pemberian kuota 300 liter itu sebagai penghargaan sempena Hari Guru," katanya selepas menghadiri Majlis Semarak Hari Guru NUTP Cawangan Pulau Pinang Merentas Hari Pekerja bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong di sini hari ini.Aminuddin berkata, permintaan itu telah dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi surat rasmi yang dihantar bulan lepas.Beliau berkata, selain menanggung kos petrol, banyak guru turut menggunakan wang sendiri untuk membeli alat tulis, menggunakan komputer riba peribadi dan menanggung kos Internet bagi tujuan pengajaran serta urusan rasmi."Guru bukan sahaja menggunakan wang sendiri untuk urusan rasmi, malah turut menggunakan kuota subsidi minyak mereka |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |