| /// |
|
| Search : Sogo News | Page 1 |
|
Hak asasi dan perlembagaan wajar dihormati – Hanipa Maidin - Mgazette - 8/02 4:32 pm Peguam Haniff Khatri Abdulla mengesahkan kedua-duanya ditahan untuk proses reman manakala individu lain dibebaskan dengan jaminan polis. Polis dilaporkan mula menahan peserta di sekitar kompleks beli-belah Sogo seawal jam 8 malam dengan kehadiran anggota termasuk pasukan antirusuhan di beberapa lokasi berhampiran bagi mengawal keadaan |
|
Zamri, Tamim, Arun antara lima direman lakukan ancaman dan hasutan - Mgazette - 8/02 4:32 pm # Zamri, Tamim, Arun antara lima direman lakukan ancaman dan hasutan KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan lima individu termasuk Zamri Vinoth dan Tamim Dahari ditahan dan direman bagi membantu siasatan susulan perhimpunan Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (Garah) di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, semalam |
|
Henti tekanan terhadap rakyat yang pertahankan undang-undang – .. - Mgazette - 8/02 4:32 pm Tindakan pihak berkuasa menahan beberapa individu yang terlibat dalam Himpunan GARAH, serta laporan berhubung kesukaran akses peguam kepada tahanan, menimbulkan persoalan serius berkaitan pematuhan kepada prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang, menurut kenyataan itu hari ini. Pagi tadi, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan lima individu yang dipercayai peserta himpunan GARAH ditahan di hadapan Kompleks Membeli-Belah Sogo malam tadi |
|
Zamri Vinoth, Tamim Dahari direman dua hari - Harapandaily - 8/02 3:54 pm Dua individu Zamri Vinoth dan Tamim Dahari Abdul Razak direman dua hari bagi siasatan lanjut berhubung penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah). Zamri yang merupakan penyelaras himpunan terbabit bersama Pengasas TanahMalaya.Com, Tamim Dahari sebelum ini ditahan berdekatan kompleks Sogo malam tadi |
|
Himpunan GARAH: Zamri Vinoth, Tamim Dahari direman dua hari - Sinarharian - 8/02 3:48 pm KUALA LUMPUR - Dua aktivis, Zamri Vinoth dan Tamim Dahari Abdul Razak direman dua hari bagi siasatan lanjut berhubung penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) pada Ahad.Zamri yang merupakan penyelaras himpunan terbabit bersama Pengasas TanahMalaya.Com, Tamim Dahari sebelum ini ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua individu itu direman untuk siasatan lanjut."Kedua-dua individu terbabit telah dibenarkan untuk direman dua hari," katanya ringkas pada Ahad.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis menahan seramai 19 individu termasuk dua yang akan direman bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang cuba dianjurkan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo di sini pada Sabtu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tangkapan dibuat susulan perhimpunan ad hoc yang berlaku walaupun pihak polis tidak membenarkan penganjurannya atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 15 lelaki dan empat wanita tempatan berusia antara 30 hingga 64 tahun ditahan ketika perhimpunan berlangsung pada Sabtu.Ujar beliau, daripada tangkapan tersebut, dua individu disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Jelasnya, manakala 17 individu lain ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah sebagai langkah pencegahan. |
|
Keputusan larang perhimpunan GARAH berdasarkan risikan keselamatan - Polis - Sinarharian - 8/02 12:19 am KUALA LUMPUR Keputusan melarang penganjuran perhimpunan Gerakan Anti Rumah Ibadat Haram (GARAH) dibuat selepas pertimbangan menyeluruh berdasarkan risikan keselamatan yang dijalankan pihak polis.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, larangan itu turut mengambil kira keperluan mengekalkan kestabilan negara, termasuk ketika Malaysia menerima kehadiran tetamu negara, selain memastikan tidak berlaku sebarang gangguan terhadap ketenteraman awam."Antara pertimbangan utama ialah memastikan keadaan negara kekal stabil dan keselamatan awam sentiasa terpelihara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada Ahad.Fadil menegaskan, polis memberi amaran tegas supaya mana-mana pihak tidak meneruskan perhimpunan yang menyentuh isu sensitif termasuk agama dan kaum kerana ia berpotensi mencetuskan ketegangan serta menjejaskan keselamatan masyarakat.Beliau berkata, sebarang pandangan atau cadangan berkaitan pembinaan rumah ibadat seharusnya disalurkan melalui saluran yang betul dan berlandaskan undang-undang, bukannya melalui perhimpunan jalanan."Sekiranya terdapat pembinaan rumah ibadat di atas tanah yang tidak dibenarkan dan pihak polis menerima perintah mahkamah, kami akan memberikan kerjasama penuh bagi tujuan penguatkuasaan mengikut lunas undang-undang," katanya.Tambah beliau, polis tidak mahu sebarang unsur hasutan atau ancaman terhadap keselamatan awam tercetus daripada perhimpunan sedemikian.Dalam perkembangan sama, Fadil mengesahkan terdapat beberapa tangkapan berkaitan kes hasutan melalui paparan di media sosial, termasuk TikTok, yang dipercayai boleh menggugat ketenteraman awam.Katanya, siasatan mendapati wujud unsur hasutan dalam beberapa kes terbabit dan tangkapan dibuat mengikut Seksyen 41 Kanun Keseksaan.Beliau turut memaklumkan bahawa keputusan untuk tidak membenarkan perhimpunan GARAH dibuat selepas perbincangan bersama pihak penganjur, selain mengambil kira maklum balas daripada semua pihak berkaitan."Siasatan telah dibuka dan tindakan lanjut sedang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan yang menyentuh isu sensitif kerana ia boleh menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat."Keselamatan dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya terletak di bahu pihak penguat kuasa," katanya.Terdahulu, media melaporkan penyelaras perhimpunan GARAH tetap berhasrat meneruskan perhimpunan berkenaan walaupun polis memutuskan untuk tidak membenarkannya atas faktor keselamatan awam.Perkara itu disuarakan oleh penyelaras perhimpunan, Zamri Vinoth, yang menegaskan perhimpunan tersebut dirancang berlangsung di perkarangan Kompleks Sogo pada jam 8 malam.Penganjur mendakwa perhimpunan itu bersifat aman dan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk Akta Perhimpunan Aman, serta menyatakan tanggungjawab polis untuk memastikan keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung.Bagaimanapun, Fadil menjelaskan bahawa polis turut menerima surat bantahan daripada pemilik premis Kompleks Sogo, Pertama Kompleks serta beberapa premis lain di sekitar lokasi perhimpunan yang menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pelanggan dan orang awam. |
|
Himpunan GARAH: 19 individu ditahan, dua disiasat - Sinarharian - 8/02 12:14 am KUALA LUMPUR - Seramai 19 individu ditahan termasuk dua yang akan direman bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang cuba dianjurkan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo, di sini pada Sabtu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tangkapan dibuat susulan perhimpunan ad hoc yang berlaku walaupun pihak polis tidak membenarkan penganjurannya atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 15 lelaki dan empat wanita tempatan berusia antara 30 hingga 64 tahun ditahan ketika perhimpunan berlangsung pada Sabtu."Daripada tangkapan tersebut, dua individu disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Manakala 17 individu lain ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah sebagai langkah pencegahan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Ahad.Beliau berkata, pihak polis sebelum ini menerima pemakluman penganjuran perhimpunan daripada pihak penganjur sebelum sesi libat urus dijalankan."Hasil risikan, pemantauan dan siasatan mendapati perhimpunan tersebut berpotensi menjejaskan keselamatan awam."Polis juga menerima sebanyak 131 laporan daripada pelbagai pihak termasuk premis sekitar lokasi yang mendakwa wujud ancaman berkaitan perhimpunan tersebut," katanya.Tambah beliau, tindakan penahanan dibuat bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk atau berlakunya jenayah lain yang tidak diingini.Dalam perkembangan berasingan, polis turut menahan tiga lelaki di Klang Utara yang dipercayai mempunyai kaitan dengan isu sama.Menurut Fadil, ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan direman bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan.Beliau menegaskan tindakan diambil tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang."Keutamaan kita adalah keselamatan dan ketenteraman awam yang melibatkan semua lapisan masyarakat."Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak menyentuh isu melibatkan kaum, agama dan institusi diraja (3R)," katanya.Media sebelum ini melaporkan penyelaras himpunan terbabit iaitu Zamri Vinoth bersama beberapa individu difahamkan ditahan berhampiran Kompleks Membeli Belah Sogo pada Sabtu.Difahamkan individu itu ditahan sebelum himpunan yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8 malam di lokasi terbabit dijalankan.Terdahulu, polis memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan GARAH yang dijadualkan diadakan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo atas faktor keselamatan awam. |
|
GARAH: Peguam dakwa hak berpelembagaan rakyat dinafikan - Mgazette - 8/02 8:05 am "Hak berperlembagaan rakyat dinafikan pihak berkuasa! "Insiden malam ini jelas menunjukkan kebobrokan pihak berkuasa dalam menghormati hak rakyat di sisi Perlembagaan," katanya. Terdahulu, Malaysia Gazette melaporkan beberapa individu termasuk Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth ditahan berhampiran kompleks beli-belah Sogo di sini, malam ini |
|
Beberapa peserta himpunan GARAH ditahan polis Beberapa peserta himpunan .. - Mgazette - 8/02 8:05 am KUALA LUMPUR - Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan di hadapan kompleks beli belah, Sogo sebelum demonstrasi itu bermula, malam ini |
|
Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram Kecoh di Hadapan Sogo - Mgazette - 8/02 8:05 am # Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram Kecoh di Hadapan Sogo |
|
GARAH: Polis sahkan tahan Zamri Vinoth, beberapa individu lain GARAH: .. - Mgazette - 8/02 8:05 am # GARAH: Polis sahkan tahan Zamri Vinoth, beberapa individu lain KUALA LUMPUR- Polis mengesahkan Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth ditahan berhampiran kompleks beli-belah Sogo di sini, malam ini |
|
Himpunan Garah: Bukan soal undang-undang tetapi mainan politik 3R - Harapandaily - 8/02 7:00 am Oleh SYAM GHAZ Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) di Sogo malam tadi jelas bukan isu undang-undang, sebaliknya cubaan politik untuk mencetuskan sentimen 3R |
|
Zamri Vinoth antara peserta himpunan GARAH ditahan polis - Kosmo - 7/02 10:29 pm KUALA LUMPUR – Beberapa individu yang dipercayai peserta Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan di hadapan pusat beli belah Sogo di sini, malam ini |
|
Polis sahkan tahan Zamri Vinoth, beberapa individu lain - Sinarharian - 7/02 9:54 pm KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan penahanan Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinothbersama beberapa individu lain, pada Sabtu.Difahamkan penahanan itu berkait dengan penganjuran himpunan yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Beli-Belah Sogo di sini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesahkan tangkapan dilakukan melibatkan Zamri serta beberapa individu lain."Tiada sidang akhbar pada malam ini sebab ada banyak tindakan lagi yang perlu dibuat."Saya cuma mahu sahkan tangkapan Zamri Vinoth bersama penama-penama yang lain, namun saya akan rangkumkan makluman berkaitan semua ini dalam sidang akhbar pada esok (Ahad)," katanya ringkas pada Sabtu.Sinar Hariansebelum ini melaporkan Zamri ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.Penahanan itu dilakukan sebelum himpunan yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8 malam di lokasi berkenaan.Polis sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan terbabit atas faktor keselamatan awam. |
|
Penyelaras Himpunan GARAH, Zamri Vinoth ditahan - Sinarharian - 7/02 9:19 pm KUALA LUMPUR - Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth difahamkan ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.Difahamkan, penahanan itu dilakukan sebelum himpunan yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8 malam di lokasi berkenaanKeadaan dilaporkan sedikit tegang apabila beberapa individu yang dipercayai peserta himpunan turut ditahan pihak berkuasa.Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati pegawai serta anggota polis melaksanakan kawalan keselamatan seawal jam 7 malam di sekitar lokasi yang dijadualkan menjadi lokasi perhimpunan.Polis sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan terbabit atas faktor keselamatan awam.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan, termasuk pemilik premis di sekitar lokasi perhimpunan. |
|
Beberapa peserta GARAH ditahan polis - Sinarharian - 7/02 8:54 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan di hadapan Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu.Difahamkan individu yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.Polis sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak membenarkan penganjuran perhimpunan terbabit yang dijadualkan diadakan di hadapan Kompleks Membeli-Belah Sogo pada Sabtu atas faktor keselamatan awam.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan.Media tempatan sebelum ini melaporkan satu himpunan aman dijadualkan di ibu negara pada Sabtu bagi menyuarakan kebimbangan terhadap isu pembinaan rumah anutan haram yang dilihat semakin berleluasa di seluruh negara.Himpunan berkenaan dianjurkan oleh Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) disertai 141 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan bakal diadakan bermula 8 malam di hadapan pekarangan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur. |
|
Tindakan maksimum terhadap pihak gugat keselamatan negara - Anwar - Sinarharian - 7/02 5:57 pm Tunjukkanlah masih sayang. Apa salahnya warna kulit berbeza sedikit, hidung tinggi atau rendah? Mengapa perlu sampai membenci begitu?" katanya.Berhubung isu rumah ibadat, Perdana Menteri berkata, sebarang bantahan berkaitan perkara itu boleh disuarakan melalui saluran sah dan mengikut undang-undang, termasuk mengemukakan memorandum atau bantahan rasmi, namun tidak boleh dilakukan dengan cara hasutan atau melanggar peraturan.Anwar juga berkata, beliau tidak bersetuju dengan percambahan kuil yang dibina tanpa mengikut peraturan, sambil menegaskan semua pihak termasuk masjid atau gereja mesti mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi tujuan berkenaan.Terdahulu, polis tidak membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) di hadapan kompleks beli-belah Sogo, di sini malam ini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat setelah polis menjalankan risikan keselamatan dan mendapatkan maklum balas pihak terlibat termasuk pemilik premis di sekitar lokasi berkenaan |
|
Polis larang himpunan GARAH atas faktor keselamatan awam - Mgazette - 7/02 4:07 pm # Polis larang himpunan GARAH atas faktor keselamatan awam KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak membenarkan penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang dijadualkan berlangsung di hadapan pusat beli-belah Sogo hari ini berikutan kebimbangan terhadap keselamatan awam |
|
Kalau ganggu keselamatan negara, tangkap dan humban mereka – Anwar - Mgazette - 7/02 4:07 pm "Ketua Polis Daerah Dang Wangi turut mengadakan perbincangan bersama pihak penganjur perhimpunan GARAH pada 5 Februari bagi meneliti perkara berkenaan. "Semalam, pihak polis menerima surat bantahan daripada pemilik premis Kompleks Sogo, Pertama Kompleks, Harissons serta beberapa premis lain di sekitar lokasi perhimpunan berhubung kebimbangan terhadap keselamatan pelanggan yang berada di kawasan itu," katanya dalam kenyataan hari ini |
|
Polis tiada kuasa halang perhimpunan aman - PPMM - Sinarharian - 7/02 2:41 pm SHAH ALAM - Polis tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan atau menghalang ataupun tidak membenarkan perhimpunan aman selagi ia dijalankan secara aman dan tanpa senjata berdasarkan undang-undang khususnya Perlembagaan Persekutuan.Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata, hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi yang dijamin kepada setiap warganegara.Menurutnya, hak tersebut dinyatakan secara jelas di bawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan setiap warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata."Hak ini adalah hak asasi yang hanya boleh dikenakan sekatan yang sah, munasabah dan selaras dengan Perlembagaan."Dalam hal ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Amir Hariri Abd Hadi v Pendakwa Raya1 telah menegaskan dengan jelas bahawa hak berhimpun secara aman bukan suatu keistimewaan yang tertakluk kepada budi bicara pihak berkuasa, sebaliknya merupakan hak perlembagaan yang wajib dihormati dan dilindung," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Terdahulu, polis tidak membenarkan penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang dijadualkan berlangsung di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo pada Sabtu atas faktor keselamatan awam.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitanMuhamad Hisham menambah, Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan bahawa peruntukan undang-undang yang bersifat menghukum atau menjenayahkan kegagalan memberi notis perhimpunan adalah tidak berperlembagaan."Keputusan ini menegaskan bahawa keperluan notis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak boleh ditafsir sebagai kuasa untuk melarang perhimpunan, apatah lagi menjadikannya tidak sah secara automatik," ujarnya lagi.Tambah beliau, alasan kononnya terdapat bantahan daripada para peniaga di sekitar kawasan perhimpunan juga bukanlah alasan yang sah untuk melarang sesuatu perhimpunan aman.Muhamad Hisham memberitahu, satu kes pernah difailkan oleh Persatuan Peniaga Bazar Masjid India pada 2016 untuk menghalang perhimpunan yang hendak diadakan di sana, namun telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.Justeru, beliau menegaskan, sebarang kenyataan bahawa sesuatu perhimpunan aman adalah 'tidak dibenarkan' adalah bercanggah dengan prinsip undang-undang perlembagaan dan keputusan Mahkamah Persekutuan."PPMM menegaskan bahawa peranan dan tanggungjawab polis bukanlah untuk menghalang perhimpunan aman, tetapi untuk memudahcara pelaksanaan hak berhimpun secara aman, menjaga keselamatan awam dan peserta perhimpunan dan memastikan ketenteraman awam tanpa menafikan hak perlembagaan rakyat," kongsinya lagi.Beliau berpandangan, pendekatan yang bersifat melarang, menakut-nakutkan atau mengugut penganjur dan peserta perhimpunan aman bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, malah merosakkan prinsip kedaulatan undang-undang dan demokrasi berperlembagaan.Beliau turut menggesa pihak polis supaya mematuhi sepenuhnya kehendak Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Mahkamah Persekutuan serta mengambil pendekatan yang selari dengan prinsip hak asasi manusia dan tadbir urus demokratik."Hak berhimpun secara aman bukan ancaman kepada undang-undang dan ketenteraman awam |
|
Polis tidak benarkan demo anti rumah ibadat haram malam ini - Mkini - 7/02 11:46 am Himpunan itu dirancang diadakan di Sogo, KL. |
|
Himpunan Anti Rumah Anutan Haram tetap diteruskan - Zamri Vinoth - Sinarharian - 7/02 11:09 am SHAH ALAM Himpunan Anti Rumah Anutan Haram berhampiran kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur akan diteruskan seperti biasa pada malam Sabtu.Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth berkata, himpunan tersebut tetap berlangsung seperti dirancang pada jam 8 malam di lokasi berkenaan.Menurutnya, ia adalah himpunan aman bertujuan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang menentang jenayah ceroboh yang tiada kaitan dengan mana-mana kaum mahupun agama."Himpunan ini dijalankan selaras dengan peruntukan undang-undang tanpa melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada |
|
City police deny permit for GARAH rally at Sogo over security risks and public safety concerns - Malaymail - 7/02 10:53 am KUALA LUMPUR, Feb 7 Police are not granting permission for the Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARA... |
|
Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram tidak dibenarkan - Polis - Sinarharian - 7/02 9:53 am KUALA LUMPUR Polis tidak membenarkan penganjuran Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) yang dijadualkan akan diadakan di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo pada Sabtu atas faktor keselamatan awam.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menjalankan risikan keselamatan serta meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan.Menurutnya, pada 3 Februari lalu, polis menerima surat pemakluman daripada penyelaras GARAH berhubung perancangan mengadakan perhimpunan aman di lokasi berkenaan pada 7 Februari jam 8 malam."Susulan itu, polis telah menjalankan risikan keselamatan dan mendapatkan maklum balas daripada semua pihak yang terlibat termasuk pemilik premis-premis di sekitar lokasi perhimpunan."Ketua Polis Daerah Dang Wangi juga telah mengadakan perbincangan bersama pihak penganjur himpunan GARAH pada 5 Februari lalu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pada 6 Februari, pihak polis menerima surat bantahan daripada pemilik premis Kompleks Sogo, Pertama Kompleks, Harisons serta beberapa premis lain di sekitar lokasi berkenaan.Katanya, bantahan itu dibuat berikutan kebimbangan terhadap keselamatan pelanggan yang akan mengunjungi premis perniagaan di kawasan tersebut."Maklumat risikan turut mendapati terdapat kemungkinan berlakunya pecah keamanan serta ancaman keselamatan kepada masyarakat di sekitar lokasi perhimpunan."Keadaan ini dijangka lebih berisiko memandangkan kawasan berkenaan akan dipenuhi orang ramai yang datang membeli-belah sempena sambutan beberapa perayaan," katanya.Fadil berkata, hasil pertimbangan menyeluruh serta risikan keselamatan yang dijalankan, polis menjangkakan perhimpunan berkenaan berpotensi mendatangkan kemudaratan kepada orang awam."Oleh itu, pihak polis membuat keputusan untuk tidak membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan ini," katanya."Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghadirkan diri ke lokasi perhimpunan berkenaan," katanya.Menurutnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan atau menggugat keselamatan awam di lokasi tersebut."Pihak polis akan memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan awam sentiasa diutamakan," katanya.Media tempatan sebelum ini melaporkan satu himpunan aman dijadualkan di ibu negara pada Sabtu bagi menyuarakan kebimbangan terhadap isu pembinaan rumah anutan haram yang dilihat semakin berleluasa di seluruh negara.Himpunan berkenaan dianjurkan oleh Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) disertai 141 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan bakal diadakan bermula 8 malam di hadapan pekarangan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur |
|
KDN minta penganjur tidak teruskan perhimpunan esok - Sinarharian - 6/02 7:50 pm SHAH ALAM - Orang ramai digesa tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi ke Malaysia selama dua hari bermula esok.Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan berkata, pihak polis juga akan berjumpa dengan penganjur perhimpunan dan meminta mereka memberi kerjasama tidak meneruskan perhimpunan yang dirancang."KDN melalui pasukan polis bertanggungjawab menyusun semua persiapan keselamatan sempena lawatan tersebut demi memastikan tiada sebarang insiden yang boleh mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam."Lawatan rasmi tetamu negara ini mencerminkan hubungan diplomatik yang kukuh dan saling menghormati antara kedua-dua negara," ujarnya pada Jumaat.Terdahulu, penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram Zamri Vinoth mengesahkan bahawa polis telah dimaklumkan tentang Himpunan Anti Rumah Anutan Haram seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.Sebanyak 141 NGO dijangka menyertai perhimpunan tersebut, yang dijadualkan bermula pukul 8 malam berhampiran kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur pada esok bagi memastikan undang-undang terhadap pencerobohan dan pembinaan rumah ibadat secara haram dikuatkuasakan.Tambah kenyataan itu, sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negara, KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melaksanakan tanggungjawabnya secara profesional dan tegas."Ia bagi menjamin keselamatan rakyat serta kestabilan negara," ujarnya. |
|
Himpunan perlu berlaku aman, tidak cetus provokasi- AMK - Sinarharian - 6/02 7:11 pm SHAH ALAM - Setiap perhimpunan yang dianjurkan harus dilaksanakan secara aman dan tidak mencetuskan sebarang bentuk provokasi, khususnya yang menyentuh atau menghina kepercayaan serta agama mana-mana kaum di Malaysia.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pendirian pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perkara ini tidak bersandarkan sentimen perkauman mahupun keagamaan.Menurut beliau, sebaliknya ia berpaksikan prinsip Rukun Negara khususnya kedaulatan undang-undang."Undang-undang negara menuntut setiap pihak menghormati peraturan serta proses perundangan yang berkuat kuasa."Sehubungan itu, AMK berpandangan bahawa semua rumah ibadat harus berlandaskan undang-undang terutama soal hak milik tanah yang sah sepertimana hak untuk beragama dijamin dalam perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Terdahulu, penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth mengesahkan bahawa polis telah dimaklumkan tentang Himpunan Anti Rumah Anutan Haram seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.Sebanyak 141 NGO dijangka menyertai perhimpunan tersebut, yang dijadualkan bermula pukul 8 malam berhampiran kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur pada esok bagi memastikan undang-undang terhadap pencerobohan dan pembinaan rumah ibadat secara haram dikuatkuasakan.Tambah Muhammad Kamil, AMK menghormati hak mana-mana pihak untuk berhimpun selaras dengan prinsip demokrasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan."Dalam masa sama, AMK menaruh keyakinan penuh terhadap jaminan pihak berkuasa untuk menangani isu ini secara berhemah dan menurut prinsip rule of law, tanpa tindakan tergesa-gesa yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum serta kestabilan masyarakat majmuk negara," ujarnya. |
|
DHPP harap Pas tak sertai Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram - Mgazette - 6/02 4:07 pm Jangan tersepit, katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini. Media sebelum ini melaporkan sebanyak 141 NGO dijangka menyertai Himpunan Anti Rumah Anutan Haram berhampiran Kompleks Beli-Belah Sogo, di sini esok |
|
Himpunan Anti Rumah Anutan Haram: Polis beri peringatan jangan sentuh isu 3R - Sinarharian - 5/02 6:56 pm KUALA LUMPUR - Polis memberi peringatan pihak penganjur agar tidak membuat provokasi dan melontarkan kenyataan berkaitan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) dalam Himpunan Anti Rumah Anutan Haram berhampiran kompleks beli-belah Sogo di sini Sabtu ini.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, satu perjumpaan dengan pihak penganjur telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Khamis."Enam orang daripada pihak penganjur telah hadir ke IPD (Dang Wangi) kira-kira jam 2.30 petang tadi."Kita memberi peringatan dan garis panduan agar tidak menyentuh isu 3R khususnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Tegasnya, sekiranya dikesan dan mereka ingkar dengan garis panduan ditetapkan, tindakan akan diambil mengikut lunas undang-undang.Jelasnya, keanggotaan polis daripada pelbagai eleman berada dalam keadaan siap sedia bagi mengawal keselamatan dan ketenteraman awam sekitar lokasi himpunan.Terdahulu, Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram Zamri Vinoth mengesahkan bahawa polis telah dimaklumkan tentang perhimpunan tersebut seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.Sebanyak 141 NGO dijangka menyertai perhimpunan tersebut, yang dijadualkan bermula pukul 8 malam bagi memastikan undang-undang terhadap pencerobohan dan pembinaan rumah ibadat secara haram dikuatkuasakan. |
|
Pemimpin bukan Islam desak tindakan tegas, halang Himpunan Anti Rumah Anutan Haram - Sinarharian - 5/02 3:57 pm KUALA LUMPUR Pemimpin politik bukan Islam dan wakil pertubuhan masyarakat mendesak kerajaan serta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas susulan perancangan himpunan yang didakwa mampu mencetuskan ketegangan kaum dan agama.Desakan itu berikutan perancangan Himpunan Anti Rumah Anutan Haram yang dijangka bermula jam 8 malam berhampiran kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, Sabtu ini.Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk G Parameswaran berkata, walaupun hak berhimpun dijamin di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memprovokasi isu kaum dan agama.Beliau menegaskan, isu rumah ibadat perlu ditangani secara menyeluruh dengan mengambil kira sejarah, faktor penempatan serta peranan komuniti setempat."Masyarakat India tersinggung dengan tindakan segelintir yang seolah memperkecilkan kepercayaan orang lain, namun belum ada lagi tindakan pantas dari pihak kerajaan," katanya.Ujar beliau lagi, perhimpunan itu hanya akan mencurahkan minyak ke dalam api, memburukkan lagi rasa terpinggir dan seterusnya menggugat kepercayaan sesebuah komuniti terhadap sistem pemerintahan."Mana pergi larangan 3R yang dilaungkan selalu?" katanya.Terdahulu, Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram Zamri Vinoth mengesahkan bahawa polis telah dimaklumkan tentang perhimpunan tersebut seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.Sebanyak 141 NGO dijangka menyertai perhimpunan tersebut, yang dijadualkan bermula pukul 8 malam bagi memastikan undang-undang terhadap pencerobohan dan pembinaan rumah ibadat secara haram dikuatkuasakan.Sementara itu Ketua Pemuda Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Justin Prabakaran memaklumkan parti telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dengan permintaan agar pihak berkuasa campur tangan untuk menyekat perhimpunan tersebut.Malah kata Justin, Presiden MIPP P Punithan turut menghantar surat rasmi kepada sekutu PN, PAS dan Bersatu, melalui Presiden parti Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin."Kami (MIPP) menggesa ahli dan pemimpin mereka (PAS dan Bersatu) untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut."Ini adalah untuk menjaga kerjasama dalam PN dan untuk menegakkan keharmonian, keamanan dan keselamatan negara," katanya |
|
PAS Selangor tak halang ahli sertai himpunan bantah binaan rumah ibadat - Hotfm - 3/02 11:54 pm Ketua Pemuda PAS Selangor, Sukri Omar secara peribadi menyokong penganjuran perhimpunan itu di Sogo, Sabtu ini. |
|
PAS Selangor tak halang ahli sertai himpunan bantah binaan rumah ibadat - FMT - 3/02 11:54 pm Ketua Pemuda PAS Selangor, Sukri Omar secara peribadi menyokong penganjuran perhimpunan itu di Sogo, Sabtu ini. |
|
Kinabatangan, Lamag by-elections: 48,526 voters set to cast ballots tomorrow - Sinardaily - 23/01 9:42 am KINABATANGAN - A total of 48,526 voters are set to cast their ballots for a new Member of Parliament in the Kinabatangan by-election, while 13,703 voters will go to the polls for the Lamag state seat tomorrow.All 36 polling centres, comprising 117 polling stations, will be open from 7.30am to 5.30pm, except for 25 centres, which will close earlier, between noon and 5pm.All 25 early-closing polling centres include Sekolah Kebangsaan (SK) Inarad and SK Sri Ganda, which will close at noon, followed by SK Kuamut, SK Masaum, SK Sangau, SK Tundun Bohangin, SK Litang, and SK Ladang Tomanggong, which will close at 1pm.Polling centres at SK Keramuak, SK Sungai Lokan, Dewan Serbaguna Kampung Balat Kinabatangan, SK Bilit, and SK Abai will close at 2pm, while SK Penangah, SK Minusuh, SK Saguon, SK Tanjong Aru, SK Tanjong Batu, and SK Mumiang will close at 3pm.SK Pulau Lubukan is the only polling centre to close at 4pm, followed by SK Menanam, SK Sogo-Sogo, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Entilibon, SK Pekan Tongod, and SK Batu Puteh, which will close at 5pm.The voting process for the Member of Parliament and state assemblyman concludes after the last 11 polling centres close at 5.30pm |
|
AGC tarik balik semakan kehakiman Akta Perhimpunan Aman - Mgazette - 17/01 7:12 am Dalam penghakimannya, Tengku Maimun memutuskan, antara lain, bahawa Seksyen 9(5) melanggar hak untuk berhimpun secara aman yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Keputusan ini dibuat susulan cabaran perlembagaan terhadap hukuman di bawah Seksyen 9(5) PAA oleh bekas Setiausaha Agung MUDA Amir Hariri Abd Hadi, yang didakwa pada tahun 2022 kerana gagal memaklumkan kepada polis daerah Dang Wangi lima hari lebih awal sebelum mengadakan perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur berkaitan isu perolehan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |